REFLEKSI

4
REFLEKSI Tugasan yang diberikan adalah berkaitan topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun 4 dan Tahun 5 dalam melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan baik mengenai warganegara yang patriotik dan juga jati diri. Yang pertama ialah warganegara patriotik. Saya dapat memahami bahawa warganegara patriotik akan mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar. Apabila negara diserang oleh musuh atau menerima ancaman luar, warganegara patriotik akan menentang mereka dengan kuat. Mereka akan menganggap ia sebagai satu tanggungjawab rakyat terhadap negara. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup berkorban demi kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mementingkan kepentingan diri sendiri. Perpaduan merupakan satu elemen yang penting dan boleh dikatakan sebagai tulang belakang negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, keturunan dan budaya. Sejarah negara menceritakan bahawa Tanah Melayu pernah dijajah British. Semasa penjajahannya, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah. Di bawah dasar ini, rakyat negara kita diasingkan mengikut kaum masing-masing. Orang Melayu tinggal di desa, orang India tinggal di estet dan orang Cina di bandar. Ini telah menyebabkan negara mengalami kesukaran dalam mewujudkan perpaduan di antara ketiga-tiga kaum utama ini. Tambahan, Peristiwa 13 Mei 1969 telah merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia terutamanya hubungan di antara masyarakat Melayu dan juga masyarakat Cina. Warganegara patriotik akan sedar dan memahami kepentingan hidup bersatu. Bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu, warganegara patriotik akan mengeratkan hubungan yang baik dan mesra antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan juga budaya. 13

description

mmkmkm

Transcript of REFLEKSI

REFLEKSITugasan yang diberikan adalah berkaitan topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun 4 dan Tahun 5 dalam melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan baik mengenai warganegara yang patriotik dan juga jati diri. Yang pertama ialah warganegara patriotik. Saya dapat memahami bahawa warganegara patriotik akan mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar. Apabila negara diserang oleh musuh atau menerima ancaman luar, warganegara patriotik akan menentang mereka dengan kuat. Mereka akan menganggap ia sebagai satu tanggungjawab rakyat terhadap negara. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup berkorban demi kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mementingkan kepentingan diri sendiri. Perpaduan merupakan satu elemen yang penting dan boleh dikatakan sebagai tulang belakang negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, keturunan dan budaya. Sejarah negara menceritakan bahawa Tanah Melayu pernah dijajah British. Semasa penjajahannya, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah. Di bawah dasar ini, rakyat negara kita diasingkan mengikut kaum masing-masing. Orang Melayu tinggal di desa, orang India tinggal di estet dan orang Cina di bandar. Ini telah menyebabkan negara mengalami kesukaran dalam mewujudkan perpaduan di antara ketiga-tiga kaum utama ini. Tambahan, Peristiwa 13 Mei 1969 telah merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia terutamanya hubungan di antara masyarakat Melayu dan juga masyarakat Cina. Warganegara patriotik akan sedar dan memahami kepentingan hidup bersatu. Bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu, warganegara patriotik akan mengeratkan hubungan yang baik dan mesra antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan juga budaya. Warganegara patriotik juga sentiasa memastikan hubungan antara rakyat sentiasa stabil. Hal ini demikian kerana, musuh tidak berani masuk ke dalam negara jika rakyat bersatu padu. Apabila hubungan antara rakyat menjadi renggang, kemungkinan besar musuh atau kuasa luar mengambil kesempatan ini untuk mengancam negara. Bukan itu sahaja, perpaduan dalam kalangan rakyat juga akan memastikan rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa ada kehuruharaan. Selain itu, warganegara patriotik akan saling bantu-membantu, bekerjasama dan bertolak ansur sesama lain dalam apa jua keadaan. Walaupun bukan kaum yang sama, rakyat patriotik akan saling memahami antara satu sama lain. Kehidupan masyarakat bersatu padu, berkerjasama dan bertolak ansur merupakan asas kepada semangat kekitaan.Rakyat yang memiliki semangat patriotik akan sentiasa melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Mereka sentiasa menghormati raja dan pemimpin negara serta tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan imej baik mereka. Selain daripada itu, warganegara patriotik juga menghormati lambang-lambang atau symbol-simbol negara seperti jata negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan. Sebagai contoh, apabila lagu Negaraku dinyanyikan warganegara patriotik akan berdiri tegak sebagai tanda penghormatan kepada negara yang dicinta. Warganegara patriotik juga menghormati pemimpin-pemimpin negara yang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Warganegara yang patriotik memahami perjuangan tokoh-tokoh negara yang sanggup menggadai nyawa ketika memperjuangkan kemerdekaan negara dan sentiasa menghargai jasa mereka.Yang berikut adalah rakyat yang mempunyai jati diri. Agama Islam merupakan agama rasmi negara. Jati diri yang ada pada masyarakat Melayu memastikan mereka sentiasa mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat berbilang agama, bangsa dan budaya. Walaupun Islam dijadikan sebagai agama rasmi, agama-agama lain bebas diamalkan di negara ini. Jati diri dalam kalangan masyarakat bukan Islam akan menyebabkan mereka sentiasa menghormati agama Islam. Tambahan, mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan agama Islam. Mereka juga akan memastikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara sentiasa dikekalkan. Selain itu, warganegara yang mempunyai jati diri juga sentiasa menghormati bahasa kebangsaan negara iaitu bahasa Melayu. Walaupun penggunaan bahasa Inggeris pada zaman ini adalah sangat tinggi, warganegara yang mempunyai jati diri akan memastikan kedudukan bahasa Melayu tidak diancam. Bagi mengatasi masalah ini, mereka akan mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Seterusnya, warganegara yang mempunyai jati diri akan mengekalkan tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Walaupun hidup dalam zaman yang moden, mereka akan memastikan warisan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga dikekalkan supaya dapat disampaikan kepada generasi yang akan datang. Warganegara yang mempunyai jati diri juga akan menghormati raja. Dengan adanya pengetahuan tentang konsep daulat dan derhaka, rakyat akan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan nama dan imej baik Sultan. Tambahan, akan timbul kesedaran dalam diri setiap rakyat Malaysia bahawa institusi raja dalam negara perlu dikekalkan.

13