Frasakerja sintaksis

download Frasakerja sintaksis

of 21

  • date post

    18-Jan-2017
  • Category

    Education

  • view

    791
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Frasakerja sintaksis

Slide 1

FRASA KERJA DALAM BAHASA MELAYU

DI SEDIAKAN OLEH :SAHARA BINTI MACHAZALEHA BINTI BUJANGNOOR ZUHADAH BINTI JOHARI

Frasa Kerja

BINAAN FRASA KERJAFrasa kerja yang tidak mengandungi objek Frasa kerja yang mengandungi objek,

KONSEP FRASA KERJA TIDAK MENGANDUNGI OBJEKFrasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Contoh ayat : Ali menang.

Adik sedang tidur.

KONSEP FRASA KERJA MENGANDUNGI OBJEK

SubjekFrasa KerjaKata KerjaObjekKeterangan1. Merekamakanayam goreng itu.2. Pemburumenembakharimau itudengan senapangnya.3. Diamenjalankantugasnyadengan baik.

Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Contohnya :

BINAAN FRASA KERJA TIDAK MENGANDUNGI OBJEKFrasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai Intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.

Frasa kerja tak transitif ialah jenis kata yang tidak disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek.

Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut boleh mengalami ayat pasif.

Kata adjektif sebagai pelengkapFrasa sendi nama sebagai pelengkapKata nama sebagai pelengkap

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya : Semua penonton duduk. Padi menguning. Dia tercengang.

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP Kata kerja yang tidak mempunyai makna sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah :

1. Kata adjektif sebagai pelengkapPelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, dan miskin.

Contoh ayat : Badannya menjadi lemah. Mereka tidak berbuat jahat.

2. Frasa sendi nama sebagai pelengkapFrasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna tempat. Contoh kata demikian ialah berada, tinggal, menetap, bemaustatin, membelok, singgah dan sebagainya.

Contoh ayat : Mereka tinggal di Miri. Keretanya membelok ke kanan.

3. Kata nama sebagai pelengkapPelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif.Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian. 1. Kata kerja yang berimbuhan ber--kan2. Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada. Contohnya : 1. Dia berbantalkan lengan.

2. Pengemis itu berbantalkan rumput.

3. Pak Kaduk berbajukan kertas.Contohnya :Dia menjadi guru.

Orang itu ada harta.

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA SEBAGAI PENERANG Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan.

Kata nama tersebut hanya sebagai penerang bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna ayat.

Contohnya : SubjekFrasa KerjaKata KerjaPenerangLelaki ituberseluarjean.Kanak-kanak ituberbajuMelayu.Merekabersawahpadi.keluarganyaberkedaikopi.Peladang ituberkebunkelapa.

BINAAN FRASA DENGAN OBJEK

Kata Bantu Aspek

Kata Aspek BantuSudah dilakukanSedang dilakukanBelum dilakukanSudahTelahpernahsedangmasihbelumakan

Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dilakukan, contohnya :Contoh ayat :Saya pernah melihat orang itu. Adik saya masih tidur lagi. Ibu belum memasak nasi.

Boleh hadir bersamaTidak boleh hadir bersamaBelum + pernahMasih + belumMasih + sedangSudah + pernahTelah + pernahAkan + sedangBelum + akanSedang + masihPernah + akanTelah + masih

Kata Bantu AspekDalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama dan tidak boleh hadir bersama. Contohnya :

Kata Bantu Ragam

hendakmahuharusboleh dapat mesti

Antara kata-kata bantu jenis ini termasuklah : Contoh ayat :Encik Jumat hendak mengembara ke Afrika. Mereka mahu berikhtiar lagi. Kamu boleh pergi sekarang.

Boleh hadir bersamaTidak boleh hadir bersama-samaHarus + mahuHarus + dapatMesti + mahuMesti + dapatHendak + mahuMahu + mestiBoleh + mestiMahu + harus

Kata Bantu RagamDalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama dan tidak boleh hadir bersama. Contohnya :

Kata bantu aspek + kata bantu ragamKata bantu ragam + kata bantu aspekContohnya :Hamdan sedang hendak ke pasar. Ellif belum hendak mandi. Herman masih belum dapat tidur.Contohnya :Mereka mesti akan datang lagi. Hazairi harus sudah tidur. Polis mesti telah menangkap pencuri itu.

Kata bantu aspek juga boleh hadir bersama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutnya. Misalnya :

Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja transitif dengan ayat komplemenFrasa kerja tak transitif dengan ayat komplemenOrang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.Pak Abut percaya bahawa tetamu anaknya dari kota.

Ibu Herna berpendapat bahawa sumbangan PIBG sekolah anaknya berkesan.

Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya :