contoh sintaksis 2

download contoh sintaksis 2

of 70

  • date post

    19-Oct-2015
  • Category

    Documents

  • view

    82
  • download

    4

Embed Size (px)

Transcript of contoh sintaksis 2

  • 1.0 PENDAHULUAN

    Bidang sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,

    struktur dan binaan ayat. Malah, sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan

    ayat, tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam

    ayat. Unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah seperti ayat, klausa dan

    frasa.Walau bagaimanapun, soalan tugasan kami berfokus kepada kajian ayat, yang

    mana kami perlu menganalisis ayat dalam satu cerpen.

    Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud

    yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang

    sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan

    timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik

    selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.Ahli bahasa

    mempunyai pelbagai takrifan terhadap ayat bergantung pada teori atau pendekatan

    yang dianutinya.

    Malahan, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil daripada

    bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan

    penting.Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat.

    Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama,

    frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan

    iaitu susunan biasa dan susunan songsang.Dari segi ragam, ayat bahasa Melayu terdiri

    daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat terdiri daripada ayat

    penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru.

  • BAHAGIAN A ( Kajian Sintaksis)

  • 2.0 MENJELASKAN DEFINISI AYAT,

    AYAT DASAR, AYAT TERBITAN,

    STRUKTUR BINAAN AYAT, BINAAN

    SUBJEK DAN PREDIKET, SERTA

    MENGANALISIS BINAAN AYAT, BINAAN

    AYAT DASAR, BINAAN AYAT

    TERBITAN, DAN STRUKTUR SUBEJK

    DAN PREDIKET DALAM AYAT

  • 2.1 DEFINISI AYAT

    Ayat boleh dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk dan pola.Terdapat banyak

    definisi dan takrif ayat dan semuanya bergantung kepada teori linguistik yang dipegang

    oleh ahli-ahli bahasa.

    Menurut C.C Fries (1963), A sentence is a group of words expressing a

    complete thought ".Seterusnya, dalam huraian tatabahasa Melayu yang berdasarkan

    pada rangka Tatabahasa Tradisional, A.A Fokker (1980), menakrifkan ayat sebagai

    ucapan bahasa yang mempunyai erti dan batas keseluruhannya ditentukan oleh

    turunnya suara.

    Aliran Tatabahasa Struktural pula menakrifkan ayat dengan berdasarkan pada

    ujaran yang berdiri sendiri dan bebas daripada ujaran-ujaran lain dan ujaran tersebut

    terletak di antara dua kesenyapan iaitu sebelum dan sesudahnya, (C.C Friess,

    1963).Seterusnya bagi Asmah Hj. Omar (2-8) dalam buku Nahu Kemas Kini

    mendefinisikan ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh

    intonasi yang lengkap, yang bermula dengan kesenyapan yang menandakan bahawa

    tutur itu selesai dan mengandungi proposisi yang lengkap.Di samping itu, Asmah telah

    membahagikan ayat kepada dua golongan iaitu ayat sistem (ayat dasar) dan juga ayat

    wacana (konteks).

    Bagi takrif ayat aliran Transformasi Generatif,Noam Chomsky sebagai pengasas

    Tatabahasa Transformasi Generatif tidak memberikan pengertian ayat. Walau

    bagaimanapun, R.A Jacobs dan P.S Rosebaum (1968) sebagai penganut aliran

    Transformasi Generatif, Noam Chomsky, ada memberikan konsep ayat yang

    membayangkan fahaman aliran ini sebagai a sentence is a structured string whose

    words fall into natural groups.

  • Menurut kamus dewan, edisi ketiga, ayat ialah pengucapan yang paling tinggi

    letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang

    pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi

    yang sempurna.

    Seterusnya, menurut Abdullah Hassan (2006), dalam buku Sintaksis, ayat terdiri

    daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok

    tertentu.Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.Susunan yang lengkap

    mempunyai makna yang lengkap dan setiap satu daripada kelompok tersebut

    mengandungi sekutang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan prediket.

    Seperti yang kita ketahui, setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak

    terhad bilangannya.Walaupun bilangannya tidak terhad, ayat-ayat tersebut sebenarnya

    terbahagi kepada hanya dua golongan ayat dasar dan juga ayat terbitan. Ayat dasar

    juga adakalanya disebut sebagai ayat inti yang daripadanya dapat dibentuk atau

    diterbitkan pelbagai ayat yang lain dan disebut sebagai ayat terbitan, seterusnya

    disebut ayat transformasi dalam istilah ilmu bahasa moden.

    Tuntasnya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil

    daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan

    penting.Malah, ayat perlu terbina daripada kosntituen subjek dan prediket. Subjek ayat

    terdiri daripada frasa nama dan prediket ayat boleh diwakili oleh frasa nama, frasa

    kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Tambahan lagi, ayat mempunyai dua bentuk

    susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Seterusnya, dari segi ragam, ayat

    bahsa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat

    perintah, ayat tanya dan ayat seru.

  • 2.2 DEFINISI AYAT DASAR

    Menurut kamus dewan, edisi ketiga, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar

    atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Namun, jika

    dikaji asas binaannya, maka semua ayat itu boleh dikenalpasti rangka dasarnya

    sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu, walaupun terdapat pelbagai jenis ayat

    dari segi binaan dan susunannya dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu

    bahasa.Pola-pola rangka ayat itulah disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa dan

    melaluinya maka terbitlah ayat yang lain sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat

    pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan lain-lain.

    Seterusnya, menurut Arbak Othman (1985), ayat dasar juga dikenali sebagai

    ayat inti dan ayat ini terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu tidak

    mengandungi sebarang keterangan di dalamnya.Boleh dikatakan juga, ayat dasar ini

    ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa

    prediket.( Nik Safiah Karim et al. 2008).

    Di samping itu, bagi Asraf (2007), beliau mendefinisikan ayat inti dalam Penunjuk

    Tatabahasa Melayu sebagai ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan

    merupakan ayat tunggal yakni terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. Tidak

    ketinggalan, Lutfi Abas (1975) menyebut bahawa ayat inti adalah ayat yang dihasilkan

    oleh rumus-rumus struktur frasa transformasi wajib.

    Dengan definisi-definisi ini, jelas menyatakan bahawa ayat inti merupakan ayat

    yang paling dasar iaitu yangg terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami

    transformasi pilihan seperti pasif, negatif dan sebagainya.Oleh sebab itu, ayat inti yang

    dikatakan oleh Paul Roberts (1964) sebagai tne basic, elementary sentences of the

    language, the stuff from which all else is made.

    Oleh yang demikian, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang

    daripadanya dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. ( Lutfi Abas

    dan Raja Mukhtaruddin Dain, 1986).

  • Kesimpulannya, ayat inti atau ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau

    punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas.Konstituen subjek dan

    prediket hendaklah diisi oleh frasa inti.Kebiasaannya, ayat ini adalah ayat penyata dan

    ayat tunggal.Maksudnya, ayat dasar merupakan bentuk ayat-ayat lain yang dipanggil

    ayat terbitan dan ayat terbitan termasuklah ayat tunggal dan juga ayat majmuk.

  • 2.3 DEFINISI AYAT TERBITAN( Ayat Transformasi / Ayat Bukan Inti )

    Menurut Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu

    mendefiniskan ayat terbitan ialah ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat

    inti tetapi dengan bentuk yang berubah atau sekurang-kurangnya maknanya berubah.

    Seterusnya, Lutifi Abas ( 1978), ayat transformasi atau ayat bukan inti ialah ayat

    yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa (dengan atau tanpa transformasi wajib)

    bersama-sama dengan transformasi bebas (transformasi pilihan).

    Lutfi Abas, Asraf dan Samsuri telah menghasilkan huraian yang lebih padat

    tentang ayat terbitan atau ayat transformasi ini. Samsuri (1978) telah mengemukakan

    tiga jenis transformasi aiatu tranformasi tunggal yang sama maksud dengan

    transformasi satu dasar, transformasi gabungan dan transformasi rapatan. Tambahan

    lagi, transformasi tunggal didasari oleh hanya satu penanda frasa.Malah, Asraf (1974)

    telah membahagikan ayat transformasi kepada ayat transformasi satu dasar, ayat

    transformasi dua dasar dan ayat transformasi berdasar banyak.Pembahagian ayat

    transformasi adalah berdasarkan pada huraian dan pemerian yang dilakukan oleh

    beberapa ahli linguistik bahasa Inggeris seperti A. Koutsoudas (1986) dan Paul Roberts

    (1964).

    Ayat terbitan ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis yang

    melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau

    struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa

    M