Frasakerja sintaksis

21
FRASA KERJA DALAM BAHASA MELAYU DI SEDIAKAN OLEH : SAHARA BINTI MACHA ZALEHA BINTI BUJANG NOOR ZUHADAH BINTI JOHARI

Transcript of Frasakerja sintaksis

Page 1: Frasakerja sintaksis

FRASA KERJA DALAM BAHASA

MELAYU

DI SEDIAKAN OLEH :SAHARA BINTI MACHAZALEHA BINTI BUJANG

NOOR ZUHADAH BINTI JOHARI

Page 2: Frasakerja sintaksis

Frasa KerjaMerupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya kata kerja.

Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

- Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.- Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

Page 3: Frasakerja sintaksis

BINAAN FRASA KERJA

Frasa kerja yang tidak mengandungi objek

Frasa kerja yang mengandungi objek,

Page 4: Frasakerja sintaksis

KONSEP FRASA KERJA TIDAK MENGANDUNGI OBJEK

Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Contoh ayat : 1. Ali menang.

2. Adik sedang tidur.

Page 5: Frasakerja sintaksis

KONSEP FRASA KERJA MENGANDUNGI OBJEK

SubjekFrasa Kerja

Kata Kerja Objek Keterangan

1. Mereka makan ayam goreng itu.

2. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.

3. Dia menjalankan tugasnya dengan baik.

Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Contohnya :

Page 6: Frasakerja sintaksis

BINAAN FRASA KERJA TIDAK MENGANDUNGI OBJEK

Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai Intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.

Frasa kerja tak transitif ialah jenis kata yang tidak disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek.

Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut boleh mengalami ayat pasif.

Page 7: Frasakerja sintaksis

Jenis kata kerja tak transitif

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Kata kerja tak transitif dengan Kata

Nama sebagai Penerang

Kata kerja tak transitif dengan pelengkap

Kata adjektif sebagai

pelengkapFrasa sendi nama

sebagai pelengkapKata nama

sebagai pelengkap

Page 8: Frasakerja sintaksis

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

• Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya :

1. Semua penonton duduk.2. Padi menguning.3. Dia tercengang.

Page 9: Frasakerja sintaksis

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

• Kata kerja yang tidak mempunyai makna sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.

• Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah :

1. Kata adjektif sebagai pelengkapPelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, dan miskin.

Contoh ayat :1. Badannya menjadi lemah.2. Mereka tidak berbuat jahat.

Page 10: Frasakerja sintaksis

2. Frasa sendi nama sebagai pelengkap

Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna “tempat”. Contoh kata demikian ialah berada, tinggal, menetap, bemaustatin, membelok, singgah dan sebagainya.

Contoh ayat :1. Mereka tinggal di Miri.2. Keretanya membelok ke kanan.

Page 11: Frasakerja sintaksis

3. Kata nama sebagai pelengkapPelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif.Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian.

1. Kata kerja yang berimbuhan ber-…-kan

2. Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada.

Contohnya : 1. Dia berbantalkan lengan.

2. Pengemis itu berbantalkan rumput.

3. Pak Kaduk berbajukan kertas.

Contohnya :1. Dia menjadi guru.

2. Orang itu ada harta.

Page 12: Frasakerja sintaksis

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA SEBAGAI PENERANG

Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan.

Kata nama tersebut hanya sebagai penerang bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna ayat.

Page 13: Frasakerja sintaksis

• Contohnya :

SubjekFrasa Kerja

Kata Kerja Penerang

Lelaki itu berseluar jean.Kanak-kanak

ituberbaju Melayu.

Mereka bersawah padi.keluarganya berkedai kopi.Peladang itu berkebun kelapa.

Page 14: Frasakerja sintaksis

BINAAN FRASA DENGAN OBJEK

• Contohnya :• 1. Saya menjawab surat itu. • 2. Dia tidak mengabaikan tugasnya.

Frasa kerja dengan satu

objek

• Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif.

• Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung dan objek sipi tidak menjadi penyambut secara langsung.

• Contoh ayat:• 1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.• - Ali objek tepat dan buku ialah objek sipi

Frasa kerja dengan Dua

objek

Page 15: Frasakerja sintaksis

Frasa kerja dengan kata

bantu

Kata Bantu Aspek

Menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan.

Kata Bantu ragam

Menerangkan ragam

(atau suasana perasaan) sesuatu

perbuatan.

Page 16: Frasakerja sintaksis

Kata Bantu Aspek

Kata Aspek BantuSudah dilakukan Sedang

dilakukanBelum dilakukan

SudahTelahpernah

sedangmasih

belumakan

Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dilakukan, contohnya :

Contoh ayat :1. Saya pernah melihat orang itu.2. Adik saya masih tidur lagi.3. Ibu belum memasak nasi.

Page 17: Frasakerja sintaksis

Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersamaBelum + pernahMasih + belumMasih + sedangSudah + pernahTelah + pernah

Akan + sedangBelum + akanSedang + masihPernah + akanTelah + masih

Kata Bantu Aspek

Dalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama dan tidak boleh

hadir bersama. Contohnya :

Page 18: Frasakerja sintaksis

Kata Bantu Ragam

hendakmahuharus

boleh dapat mesti

Antara kata-kata bantu jenis ini termasuklah :

Contoh ayat :1. Encik Jumat hendak mengembara ke Afrika.2. Mereka mahu berikhtiar lagi.3. Kamu boleh pergi sekarang.

Page 19: Frasakerja sintaksis

Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama-sama

Harus + mahuHarus + dapatMesti + mahuMesti + dapat

Hendak + mahuMahu + mestiBoleh + mestiMahu + harus

Kata Bantu Ragam

Dalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir

bersama dan tidak boleh hadir bersama. Contohnya :

Page 20: Frasakerja sintaksis

Kata bantu aspek + kata bantu ragam

Kata bantu ragam + kata bantu aspek

Contohnya :1. Hamdan sedang hendak ke

pasar.2. Ellif belum hendak mandi.3. Herman masih belum dapat

tidur.

Contohnya :1. Mereka mesti akan datang

lagi.2. Hazairi harus sudah tidur.3. Polis mesti telah menangkap

pencuri itu.

Kata bantu aspek juga boleh hadir bersama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutnya. Misalnya :

Page 21: Frasakerja sintaksis

Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen

Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen

1. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

2. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.

1. Pak Abut percaya bahawa tetamu anaknya dari kota.

2. Ibu Herna berpendapat bahawa sumbangan PIBG sekolah anaknya berkesan.

Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya :