B3 sintaksis (menukarkan ayat)

53
Bahagian Sintaksis (Menganalisis Binaan Ayat) Disediakan oleh: Saharuddin Abdullah SMK Sijangkang Jaya

Transcript of B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Page 1: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Bahagian Sintaksis(Menganalisis Binaan Ayat)

Disediakan oleh:

Saharuddin Abdullah

SMK Sijangkang Jaya

Page 2: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Format Peperiksaan

• 6 markah diperuntukkan dalam bahagian ini.

• Terdapat beberapa jenis soalan yang boleh disoal dalam bahagian ini ;

• a. Menyambung ayat.• b. Memisahkan ayat.• c. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah (6/14).

Page 3: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Format Peperiksaan

• d. Ayat Aktif dan Ayat Pasif.(6/15)

• e. Ayat Songsang dan ayat Biasa• f. Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk (11/15).

• g. Jenis Ayat ( Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan )

• h. Menganalisis ayat  – Pola ayat (FN/FK/FS/FA)– Subjek dan Predikat (11/14)

Page 4: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Panduan Menjawab SoalanBahagian Sintaksis

Page 5: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

MEMINDAHKAN PETIKAN ( Cakap Ajuk dan Cakap Pindah )

Terdapat dua bentuk soalan memindahkan petikan iaitu :a)Memindahkan petikan perbualan atau cerpen

kepada bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

b)Memindahkan petikan karangan biasa (Cakap Pindah) kepada bentuk perbualan / dialog (Cakap Ajuk).

Page 6: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Teknik memindahkan petikan perbualan  atau cerpen kepada bentuk karangan biasa.

Baca petikan dengan teliti dan fahamkan maksud petikan serta perkaitan antara watak-watak yang terdapat di dalam petikan.

Pindahkan dialog baris demi baris dan elakkan daripada membuat ringkasan.

Gunakan ayat penyata sahaja ketika memindahkan petikan

Page 7: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Teknik memindahkan petikan perbualan  atau cerpen kepada bentuk karangan biasa.

Gugurkan/hilangkan tanda baca ( pembuka dan penutup kata ) dalam perbualan atau petikan yang diberikan.

Gantikan kata seruan dalam petikan perbualan atau carpen kepada kata yang membawa makna yang sesuai: Contoh :o Cis! - dengan marahnya…o Amboi! - dengan perasaan terkejut…o Eh! - dengan rasa hairan…o Aduh! - sambil mengerang kesakitan…o Hore! - dengan perasaan gembira… 

Page 8: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Teknik memindahkan petikan perbualan  atau cerpen kepada bentuk karangan biasa.

Tukarkan kata ganti diri , masa, dan tempat, kepada bentuk kata ganti yang sesuai. Contoh: Saya - diakita / kami - merekabeta - baginda Ini - itubegini - begitudi sini - di sanaesok - hari keesokannyasekarang - pada masa itusemalam - hari sebelumnya 

Page 9: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Teknik memindahkan petikan perbualan  atau cerpen kepada bentuk karangan biasa.

Hasilkan ayat yang gramatis dengan  a) Memberi imbuhan yang sesuai kepada kata-kata

tertentu.b) Tidak menggunakan kata-kata singkatan seperti

tapi, sikit, tak, nak, dll.c) Menggunakan kata hubung yang sesuai.

Contoh:berkata / mengatakan / menerangkan – memberitahu bahawa.Bertanya – menanyakan sebab atau tujuan.Adakah anda – ingin tahu / ingin memastikan sama adaMeminta / mencadangkan – mengharapkan agar

Page 10: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Teknik memindahkan petikan perbualan  atau cerpen kepada bentuk karangan biasa.

Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan cakap pindah dalam jawapan anda.

Tulis petikan yang telah dipindahkan dalam satu perenggan sahaja / beberapa perenggan.

(elak daripada menjawab dalam bentuk point )

Page 11: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Soalan.

Tulis semula perbualan di bawah ini dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

 Ali : Sudah lama ayah sampai ? Mengapa ibu tidak ikut sama ? Pak Aji : Baru lagi. Ibu engkau tak dapat

datang. Dia kirim salam saja.

Page 12: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Jawapan.

Ali menyambut kedatangan ayahnya sambil menanyakan sama ada ayahnya telah lama sampai. Selain itu, Ali menanyakan sebab ibunya tidak datang. Ayah Ali memberitahunya bahawa dia baru sahaja sampai. Dia seterusnya menjelaskan bahawa ibu Ali tidak dapat datang dan hanya berkirim salam

Page 13: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Soalan.

Tulis semula petikan cerpen di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

 " Hai , Mat! Apa khabar ?“" Khabar baik. Kamu pula bagaimana, Ramli?“" Macam biasa tetapi minggu depan saya akan pergi ke Ipoh.

Page 14: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Jawapan.

Ramli menegur Mat lalu bertanyakan khabar. Mat menjawab bahawa dia berada dalam keadaan baik lalu menanyakan pula keadaan Ramli. Ramli menjelaskan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja tetapi pada minggu berikutnya dia akan pergi ke lpoh.

Page 15: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Teknik memindahkan petikan karangan biasa kepada bentuk perbualan / dialog .

Baca petikan perbualan dengan teliti dan fahamkan maksud petikan serta perkaitan antara watak yang terdapat dalam petikan.

Pindahkan petikan karangan ke dalam bentuk dialog.

Gunakan ayat-ayat pendek ( dialog ) yang sesuai dengan situasi.

Masukkan perlakuan, atau tindakan watak dalam kurungan bagi melengkapkan jawapan.

Page 16: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Teknik memindahkan petikan karangan biasa kepada bentuk perbualan / dialog .

Masukkan kata seruan yang sesuai dengan makna yang dinyatakan dalam petikan itu. Contoh : o dengan marahnya  - cis, nyah kau!.o dengan perasaan terkejut    - amboi, hebatnya!.                        o dengan hairan                     - eh, mana beg

aku!.                          o dengan hati yang gembira   - hore, aku menang!.

Page 17: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh

Si penjual bertanya kepada Encik Abu tentang jenis ikan yang hendak dibelinya. Penjual : Encik nak beli ikan apa?     

Encik Abu berkata bahawa dia hendak membeli ikan bawal lalu menanyakan harga sekilogram ikan tersebut. Encik Abu : Ikan bawal . Berapa harganya sekilo ?  

Si penjual berkata bahawa harga sekilogram ikan bawal itu ialah RM7.50. Penjual : RM 7.50 sahaja, encik.

Encik Abu terkejut apabila mendengar jawapan si penjual itu kerana pada pendapatnya harga tersebut terlalu mahal.  Encik Abu : Amboi, mahal betul ! Kenapa mahal sangat ?

Page 18: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Soalan.

Si penjual menjelaskan bahawa harga sekilogram ikan bawal itu agak mahal pada waktu itu kerana ikan kurang akibat musim tengkujuh. Penjual : Mahal sedikit encik, oleh sebab ikan kurang sekarang.

Maklumlah musim tengkujuh.  

Encik Abu berpuas hati dengan penjelasan penjual itu lalu meminta penjual menimbangkannya ikan bawal yang besar seekor dan yang sederhana besar seekor.            Encik Abu : Oh , begitu ! Timbangkan saya ikan bawal yang

besar seekor dan ikan yang sederhana besar seekor.           

Page 19: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Latihan

(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah.•Meor : Aduhai, mana baju Melayu saya yang berwarna biru? Dah puas saya cari, tak ada!•Ibu : Janganlah kelam-kabut! Carilah betul-betul. •Meor : Hai, ke mana perginya? Siapa pulak yang ambil? •Ibu : Tak ada siapa yang hendakkan baju awak tu. Tepi sikit, biar emak cari. Ini apa? Lain kali carilah betul-betul.

[6 markah]

Page 20: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Jawapan.

• Meor mengeluh sambil bertanya kepada ibunya duduk letak baju Melayunya yang berwarna biru. Dia menambah sambil mengatakan bahawa dia telah puas mencarinya tetapi tidak dijumpai.

• Ibu menasihati Meor agar tidak kelam-kabut. Ibu juga menyarankan agar Meor mencarinya betul-betul.

• Meor mengeluh kerana tidak tahu tentang kedudukan bajunya. Dia tertanya-tanya tentang orang yang telah mengambil baju itu.

• Ibunya mencemuh/menyindir kata-kata Meor dengan mengatakan bahawa tiada sesiapa yang ingin akan baju Meor itu.

• Ibu seterusnya mengarahkan agar Meor ke tepi sedikit agar memberikan laluan kepadanya untuk mencari baju itu. Apabila menemukan baju itu, ibu menyindir/mencemuh kekalutan Meor.

• Ibu kemudian menasihati Meor agar mencari sesuatu dengan berhati-hati kali lain

Page 21: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

TEKNIK MENYAMBUNG AYAT

• Anda mungkin diberikan satu atau beberapa petikan ringkas.

• Petikan yang diberi akan terdiri daripada beberapa ayat pendek.

• Anda  dikehendaki menyambung atau menggabungkan ayat-ayat pendek dalam petikan itu menjadi dua, tiga, empat ayat

( berdasarkan pada arahan soalan)

Page 22: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN

• Baca arahan soalan untuk memahami kehendak arahan soalan.

• Baca petikan dan fahami maksud keseluruhan petikan.

• Kenal pasti ayat-ayat yang mempunyai kaitan dan sesuai digabungkan mengikut isi .

Page 23: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN

• Gunakan hanya Kata Hubung, sama ada Kata Hubung Gabungan, Pancangan, atau Berpasangan untuk menyambung ayat-ayat ini. – Contoh: Kata Hubung Gabungan.dan, serta, atau, lalu, sambil, maka, tetapi,

kecuali / melainkan /  malahan, kemudian. 

Page 24: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN

– Kata Hubung Pancangan.yang, bahawa, untuk, kerana, supaya / agar, jika /

jikalau / sungguhpun / meskipun / walaupun, semasa / sewaktu / ketika / apabila, sementara, setelah, hingga / sehingga.

- Kata Hubung Berpasangan.baik …ataupun / mahupun, bukan sahaja…bahkan

juga, sedangkan…apatah lagi / tambahan pula, makin…makin. 

Page 25: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN

• Bukan semua kata dalam ayat-ayat pendek itu mesti digunakan. Perkataan yang berulang boleh ditiadakan supaya ayat menjadi lebih kemas dan tidak meleret-leret.

• Penanda wacana juga boleh digunakan di permulaan ayat untuk menunjukkan kesinambungan ayat itu dengan ayat yang lain.  Contoh: Oleh yang demikian, Oleh sebab itu, Di

samping itu, Namun demikian, Dalam pada itu…

Page 26: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Menyambungkan ayat

• Cerakinkan setiap ayat mamuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal.

(i) Adakah Farah sekeluarga hendak ke Pulau Pinang atau ke Pulau Langkawi.

(ii) Pemidato itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah pembangkang.

(iii) Para belia yang berpandangan jauh tidak mengharapkan makan gaji sahaja.

Page 27: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Jawapan Menyambungkan ayat

(i) - Adakah Farah sekeluarga hendak ke Pulau Pinang ? - Adakah Farah sekeuarga hendak ke Pulau Langkawi?(ii) - Pemidato itu petah berhujah. - Pemidato itu bijak mematahkan hujah pembangkang.(iii)- Para belia yang berpandangan jauh. - Para belia tidak mengharapkan makan gaji sahaja.

Page 28: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN

• Elakkan penggunaan kata yang bukan merupakan kata hubung seperti “di mana”, “yang mana”, “seperti mana”, “menyebabkan”, “mendatangkan”,dan lain-lain.

• Jangan membina ayat yang kurang daripada yang diarahkan kerana markah tidak akan diberikan langsung jika hal ini berlaku.

• Jangan ubah struktur ayat kerana hal ini boleh menjejaskan pemarkahan anda.

• Tulis ayat-ayat yang telah disambungkan itu dengan kemas dengan tanda bacaan yang betul.

Page 29: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Bengkel Menyambungkan ayatTulis ayat-ayat dalam petikan di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menjadi penghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar ini menjadi penghuni hutan tersebut sejak sekian lama. Binatang-binatang liar ini menghadapi ancaman kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada tabiat manusia yang berburu sewenang-wenang. Kepupusan berpunca daripada arus pembangunan. Arus pembangunan ini tidak teratur. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Tujuannya adalah untuk mengatasi kepupusan haiwan liar.

Page 30: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Bengkel Menyambungkan ayatTulis ayat-ayat dalam petikan di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut.

(Beberapa jenis binatang liar menjadi penghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar ini menjadi penghuni hutan tersebut sejak sekian lama. Binatang-binatang liar ini menghadapi ancaman kepupusan.) (Kepupusan ini berpunca daripada tabiat manusia yang berburu sewenang-wenang. Kepupusan berpunca daripada arus pembangunan. Arus pembangunan ini tidak teratur.) (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Tujuannya adalah untuk mengatasi kepupusan haiwan liar.)

Page 31: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Jawapan Bengkel Menyambungkan ayat(Beberapa jenis binatang liar menjadi penghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar ini menjadi penghuni hutan tersebut sejak sekian lama. Binatang-binatang liar ini menghadapi ancaman kepupusan.) (Kepupusan ini berpunca daripada tabiat manusia yang berburu sewenang-wenang. Kepupusan berpunca daripada arus pembangunan. Arus pembangunan ini tidak teratur.) (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Tujuannya adalah untuk mengatasi kepupusan haiwan liar.)

Page 32: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Jawapan Bengkel Menyambungkan ayat(Beberapa jenis binatang liar menjadi penghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar ini menjadi penghuni hutan tersebut sejak sekian lama. Binatang-binatang liar ini menghadapi ancaman kepupusan.)

Beberapa jenis binatang liar yang menjadi penghuni hutan belantara negara kita sejak sekian lama kini menghadapi ancaman kepupusan.

Page 33: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Jawapan Bengkel Menyambungkan ayat(Kepupusan ini berpunca daripada tabiat manusia yang berburu sewenang-wenang. Kepupusan berpunca daripada arus pembangunan. Arus pembangunan ini tidak teratur.)

Kepupusan ini berpunca daripada tabiat manusia yang berburu sewenang-wenang dan arus pembangunan yang tidak teratur.

Page 34: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Jawapan Bengkel Menyambungkan ayat(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Tujuannya adalah untuk mengatasi kepupusan haiwan liar.)

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dengan tujuan untuk mengatasi ancaman kepupusan haiwan liar.

Page 35: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

A. AYAT AKTIF:i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)

ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.

iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)•

Page 36: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

B. AYAT PASIF:i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.Contoh : •i. Ikan itu dipancing oleh Ali. •ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

Page 37: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

• Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di

sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang

ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.

Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.

Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.

Page 38: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

• Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai

itu. Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah

saya lukis.5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains

dan Matematik. Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan

Matematik itu belum awak jelaskan.

Page 39: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

Page 40: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK

A. MAKSUD AYAT:1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat

tunggal. ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan

satu pradikat sahaja.

2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang. ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu

subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.

Page 41: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK

Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu

mesti didahulukan. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.

a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.

b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namundan lain-lain.

Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.

Page 42: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.

Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya.

Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK

Page 43: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK

Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.

o Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.o Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan

melabur juga.o Ayat majmuk : Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka

digalakkan melabur.o Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

Page 44: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Latihan 1

Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang hadir. Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan. Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira

Page 45: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Penganalisisan Ayat

• Aspek ini dikeluarkan dalam SPM 2008 dan SPM 2009.

• Bentuk soalan untuk aspek ini mungkin disertai beberapa ayat atau satu petikan ringkas.

• Anda diminta untuk menganalisis pelbagai aspek bahasa yang terdapat dalam ayat atau petikan

Page 46: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh SoalanNyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS).

•Basikal baharu itu untuk adik.•Kereta kuda itu bergerak dengan perlahan.•Rumah besar itu sangat indah bentuknya.•Tun Dr Mahathir Bapa Pemodenan Malaysia.•Pelajar-pelajar sekolah itu sedang berhimpun di dewan.•Puan Asni pegawai akaun di Syarikat Maju.

Page 47: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh SoalanNyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS).

•Tun Dr Mahathir Bapa Pemodenan Malaysia.– FN + FN

•Pelajar-pelajar sekolah itu sedang berhimpun di dewan.

– FN + FK•Puan Asni pegawai akaun di Syarikat Maju.

– FN + FN

Page 48: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh SoalanNyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).

•Basikal baharu itu untuk adik.– FN + FS

•Kereta kuda itu bergerak dengan perlahan.– FN + FK

•Rumah besar itu sangat indah bentuknya.– FN + FA

Page 49: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Soalan

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.Subjek : _________________Pedikat : ________________(i) Pak Ali diminta mengandangkan kambing-kambingnya itu.(ii) Lauk-pauk yang di atas meja itu dimasak oleh ibu saya.(iii) Adik merengek sejak tadi kerana tidak sihat.

Page 50: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Soalan

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.Subjek : _________________Pedikat : ________________(iv) Penduduk di perkampungan nelayan itu sedang menambak tebing pantai itu.(v) Baju kurung yang diperbuat daripada kain sutera ini cantik betul.(vi) Jam tangan adik yang di atas meja itu sudah rosak.

Page 51: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Soalan

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.Subjek : _________________Pedikat : ________________(i) Pak Ali (subjek) diminta mengandangkan kambing-kambingnya itu.(ii) Lauk-pauk yang di atas meja itu (subjek) dimasak oleh ibu saya.(iii) Adik (subjek) merengek sejak tadi kerana tidak sihat.

Page 52: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Contoh Soalan

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.Subjek : _________________Pedikat : ________________(iv) Penduduk di perkampungan nelayan itu (subjek) sedang menambak tebing pantai itu.(v) Baju kurung yang diperbuat daripada kain sutera ini cantik betul.(vi) Jam tangan adik yang di atas meja itu sudah rosak.

Page 53: B3 sintaksis (menukarkan ayat)

Ingat…

Teruskan membuat latihan dan dapatkan bimbingan daripada guru-

guru anda