Elektrik dan elektronik asimen khsr

23
2.0 Elektrik dan Elektronik (EE) 2.1 Prinsip Elektrik & Elektronik Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan. Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik. Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan. . Objektif 1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel. 2. Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik. 3. Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan elektronik. 4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberikan. 5. Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya. 6. Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri. i

description

 

Transcript of Elektrik dan elektronik asimen khsr

  • 1. 2.0 Elektrik dan Elektronik (EE)2.1 Prinsip Elektrik & Elektronik Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antarabidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekananyang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori danamali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topikberkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengankemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan danpengurusan. Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalankuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalanmotor elektrik.Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian danpengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan. .Objektif 1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel. 2. Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik. 3. Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan elektronik. 4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberikan. 5. Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya. 6. Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri. i
  • 2. 2.1.1 Tenaga Elektrik, Pengalir Dan Penebat Tajuk ini mendedahkan murid kepada kaedah penghasilan tenaga elektrik ;jenis-jenis bekalan elektrik ; penyambungan sel ; pengalir dan penebat ; rintanganpengalir dan penggunaan alat ujian dan alat ukuran. Murid dinilai kompetensinya menggunakan osiloskop untuk memaparkanbentuk gelombang ; menggunakan meter pelbagai untuk mengukur arus, voltan danrintangan ; menyambung sel secara siri, selari dan siri-selari dan mengukur bacaanvoltan.2.1.2 Aplikasi Elektrik & Elektronik Tajuk ini dibahagikan kepada dua mata pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik danElektronik serta Aplikasi Elektrik dan Elektronik. Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antarabidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekananyang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori danamali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topikberkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengankemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan danpengurusan.2.1.3 Peluang Melanjutkan Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Politeknik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Institut Kemahiran Mara (IKM) Kolej Komuniti i
  • 3. Objektif : 1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan peraturan STM / IEE. 2. Memahami kaedah dan membuat kerja pemasangan elektrik fasa tunggal domestik dan industri. 3. Memahami ciri, fungsi, penggunaan dan penyenggaraan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektrik dan elektronik. 4. Membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberi. 5. Mengesan dan membaiki kerosakan litar elektronik, penerima radio AM, FM dan penerima TV warna. 6. Memasang dan mendawai pemula, motor elektrik dan komponen-komponen kawalan magnetik. 7. Mengaturcara mudah PLC untuk mengawal motor elektrik. 8. Membaca, melukis dan mentafsir lukisan elektrik dan elektronik. 9. Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi yang dapat membantu usahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan dengan kursus elektrik & elektronik yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.2.1.4 Lukisan Elektrik Dan Elektronik Modul ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kaedah melukissimbol-simbol kompenan elektrik dan elektronik; melukis skema pemasangan danpendawaian elektrik; susunatur peralatan yang berkaitan; kaedah mentafsir danmemindahkan litar skema kepada papn tercetak dan sebagainya. Murid dinilai kompetensinya dalam kerja melukis rajah litar skema dan rajahsusun atur pendawaian 1 fasa dan 3 fasa; melukis simbol kompenan, litar skemadan litar bercetak. i
  • 4. 2.1.5 Litar Elektrik Modul ini mendedahkan murid kepada kemahiran membina litar siri, selaridan siri-selari ; teknik mempateri; menghitung kuantiti elektrik ; menggunakanHukum Ohm dan Hukum Kirchoff dalam litar siri, selari dan siri-selari ; menggunakanmeter pelbagai. Murid dinilai kompetensinya dalam membuat lakaran dan sambunganperintang secara siri, selari dan siri-selari ; memateri perintang secara siri-selaripada papan jalur.2.1.6 Laluan Kerjaya Wireman Mekanik Radio TV Mekanik Mesin dan Peralatan2.2 Jenis Komponen Elektronik i
  • 5. Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasifdan komponen aktif. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidakmenyumbang kepadagandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidakmemerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasif ialahperintang, pemuat dan pearuh. Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehanuntuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga bolehmenghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis inidibina menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialahtransistor, diod dan litar bersepadu.2.2.1 Komponen Pasif a) Perintang Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litarelektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar keranaadanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponenini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintanganialah ohm ().Terdapat dua jenis perintang: 1. Perintang tetap perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap 2. Perintang boleh ubah perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah b) Jenis Pemuat Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentukdan saiz. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada duajenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah. c) Pemuat tetap i
  • 6. Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis iniada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Anda perlu pastikan pemuat berkutubdisambung pada kekutupan yang betul. Pemuat tetap jenis tidak berkutub sepertipemuat seramik, mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkirakekutupan sambungannya. d) Pemuat boleh ubahPemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. Nilaikemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yangberkesan atau jarak antara plat. e) Kemuatan Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalamkemuatan, C. Unit bagi kemuatan ialah farad, F. Nilai kemuatan sesuatu pemuatdinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada caraberikut: Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat Nilai dinyatakan menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit f) Suis digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar dengan mudah dan pantas. dua perkara yang perlu diberi perhatian berhubung dengan penggunaan suis: kadaran voltan kendalian dan arus maksimum suis tersebut. Jika kadaran voltan kendalian dan arus maksimum suis dilampaui, suis akan rosakJenis-jenis Suis i
  • 7. Suis Togel (Rajah 7) dan Suis Gelangsar (Rajah 8) Rajah 7: Suistogel Rajah 8: SuisGelangsar Suis punat tekan digunakan untuk membuka atau menutup litar dalam masa yang singkat. Terbahagi kepada dua jenis: - suis punat tekan hidup (NO) - suis punat tekan mati (NC). Bagi suis punat tekan hidup, litar akan tertutup apabila punat ditekan. Apabila punat dilepaskan, litar akan terbuka. Contoh: Suis loceng dalam bas. Bagi suis punat tekan mati, litar akan terbuka apabila punat ditekan dan litar akan tertutup apabila punat dilepaskan. Contoh: suis amaran di pintu kereta. g) Mentol i
  • 8. Mengeluarkan cahaya apabila arus mengalir melalui filamennya. Mentol selalunya rosak apabila filamennya putus. Mentol dan simbol skematiknya adalah seperti dalam rajah 11. Rajah 11: Mentoldansimbolskematik h) Sel dan Bateri Komponen ini membekalkan tenaga elektrik untuk membolehkan sesuatu projek elektronik berfungsi. Binaan asas suatu sel dan bateri terdiri daripada elektrod positif, elektrod negatif dan elektrolit. Tindakbalas kimia di antara elektrolit dan plat-plat tersebut menyebabkan tenaga elektrik terhasil. Terdapat dua jenis sel: sel primer dan sel sekunder Sel kering yang digunakan dalam lampu suluh adalah contoh sel primer. Beberapa sel yang disambung secara siri membentuk satu bateri. Bateri basah yang digunakan dalam kereta merupakan contoh sel sekunder. sel bateri Rajah 12: Simbolskematikseldanbateri2.3 Komponen Aktif i
  • 9. 2.3.1 Diod Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah. Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-P dan jenis-N. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Rajah 13 menunjukkan diod simpang dan simbol skematiknya. Rajah 13: Diodsimpangdansimbolskematik Bahagian katod ditandakan dengan satu gelang yang tercetak berhampiran dengannya. Satu fungsi penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan. Lihat rajah 14. pincanghadapan pincangbalikan Rajah 14: Cara memincangdiod2.3.2 Diod pemancar cahaya (LED) i
  • 10. Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V). Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya. Rajah 15: Bentukfizikaldansimbolskematik LED Ada tiga cara untuk menentukan kaki LED: 1. Kaki yang hampir dengan permukaan rata adalah katod, dan yang jauh adalah anod. 2. Bagi LED yang baru, kaki anod lebih panjang dari kaki katod 3. Hujung kaki berbentuk bendera (di dalam badan LED) adalah katod2.3.3 Transistor (Simpang DwikKutub) - BJT dicipta pada 1948 membuka era baru dalam bidang elektronik sumbangan transistor kepada bidang elektronik: litar menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah i
  • 11. peralatan elektronik lebih tahan lasak Binaan dan Simbol transistor BJTTerdapat dua jenis transistor BJT PNP --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan separa pengalir jenis-P NPN --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapit oleh bahan separa pengalir jenis-N dasar dasar pengeluar pengeluar Simbol Struktur transistor PNP Simbol Struktur transistor NPN Rajah 16: Strukturasasdansimbolskematik transistor Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis transistor dalam rajah 16 setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki (pin) nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1: Nama Kaki Fungsi dasar (base B) mengawal arus pemungut pengeluar (emitter membekalkan cas-cas kepada E) pemungut pemungut (collector mengumpulkan cas daripada C) pengeluar Jadual 1: Namadanfungsi kaki transistor BJT i
  • 12. 2.4 Rajah Litar Bergambar Binaan sesuatu sistem elektronikboleh dipersembahkan denganmenggunakan rajah litarbergambar.Dalam rajah ini komponen-komponendilukiskan menyerupai bentuk fizikalnyayang sebenar. Rajah 25 menunjukkanrajah litar bergambar suatu projek yangdi pasang menggunakan bongkahpenyambung. Rajah ini sesuai digunakan oleh Rajah 25: Rajah LitarBergambar bidang orang yang baru menceburielektronik. Ianya juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik yang kecildan mudah. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan susun atur fizikal sebenarsesuatu litar. Rajah ini membolehkan kebanyakan orang memahami suatu litardengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal.2.5 Rajah Litar Skematik Apabila sesuatu projek menjadisemakin besar, litarnya akan menjadisemakin kompleks. Bilangan dan jeniskomponen yang terlibat juga bertambahbanyak dan berbagai-bagai. Jika litarkompleks dilukis menggunakan rajah litarbergambar, ruang yang diperlukan untukmelukisnya lebih besar. Tambahan pula, pertalian di antara komponen-komponen Rajah 26: Rajah LitarSkematiksemakin sukar dilihat. Oleh itu, rajah litar bergambar tidak sesuai digunakan untukmempersembahkannya. Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untukmempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks. Rajah ini membolehkansuatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebihkecil. Rajah 26 menunjukkan rajah litar skematik bagi projek dalam rajah 25. i
  • 13. Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah litar skematik kelihatanmembingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudahmengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu.Sebenarnya, rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanyadilukis menggunakan simbol-simbol. Anda hanya perlu perbanyakkan latihan,kesabaran dan ketelitian. Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untukmewakili sesuatu komponen tertentu. Garisan-garisan digunakan untukmenunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. Selain daripada simbol,komponen-komponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali bersertanombor) tertentu. Label ini penting untuk pengenalan komponen. Biasanya saturajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang mengandungimaklumat penting mengenai sesuatu komponen.Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut: 1. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang 2. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza walaupun saiz simbolnya sama Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlumenguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litarbergambar dan sebaliknya. Dengan cara ini, kefahaman anda terhadap sesuatu litarjuga akan menjadi lebih mudah. i
  • 14. 2.6 Rajah Papan Litar Bercetak Peralatan elektronik komersialbiasanya dipasang menggunakan papanlitar bercetak. (Papan litar bercetakseringkali dipanggil PCB - singkatan bagiPrinted Circuit Board). Rajah 27menunjukkan satu contoh projek elektronikyang dipasang menggunakan papan litarbercetak. Ciri utama PCB ialah penggunaanbalapan kuprum tercetak menggantikan kebanyakan wayar-wayar penyambung Rajah 27: PapanLitarBercetakkomponen-komponen.Beberapa kebaikan PCB: 1. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar penyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang. 2. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi 3. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat cuma perlu letakkan komponen di tempat yang disediakan dan pateri. 4. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan susunan komponen telah ditentukan lebih awal. 5. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan banyak. Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun aturkomponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum yangmenyambungkannya. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatiansemasa melukis rajah papan litar bercetak. Pastikan anda melakar satu lubanguntuk setiap pin (kaki) komponen. Kedudukan suatu komponen di atas papan litarbercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atausimbol skematiknya. Kedudukannya juga dilabelkan dengan label huruf (bernombor)untuk mengelakkan kesilapan semasa memasang komponen. i
  • 15. Rajah 28 menunjukkan bagaimana suatu rajah papan litar bercetak disediakanberdasarkan rajah litar skematik. Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprumnipis untuk dicetak. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar papanlitar bercetak yang akan dihasilkan. Rajah PapanLitarBercetak Rajah 28:Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut: 1. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB. 2. Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau berus keluli yang halus. 3. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke permukaan kuprum. 4. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum dengan pen berdakwat kalis bahan kakis. 5. Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan ferik klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Berhenti menunar apabila semua bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci bod kuprum dengan air dan keringkan bod. 6. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki komponen. 7. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter 1mm. 8. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai (seperti thinner) 9. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai. i
  • 16. 2.7 Menghasilkan Projek Elektronik Penghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai caramenyambung dan memasang komponen-komponen elektronik. Sesetengah caramelibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi. Adapula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus. Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara ataukekal. Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubahserta pengujian dan pembaikan yang kerap. Komponen-komponen boleh digunakanberulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan. Pemasangan ini selalunyadigunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar, latihan, ujian dan kajianmakmal. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telahmantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian. Dalam tajuk ini andaakan pelajari cara pemasangan projek elektronik. Rajah 29: PemasanganProjekMenggunakan BongkahKayuBerskruAtauPaku Rajah 30: PemasanganProj ekMenggunakanBon gkahPenyambung Rajah 31: PemasanganProjekMenggunakanV i erobod
  • 17. 2.7.1 Susun Atur KomponenPemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut: 1. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang disediakan. Jika perlu, ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis semula rajah litar. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponen-komponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu projek. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan projek. 2. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Beri perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan. 3. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum di pasang. 4. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. Perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar): a) Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor, penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier SCR dan litar bersepadu - IC) hendaklah disusun terlebih dahulu. Komponen lain yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian yang betul. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litar itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. Anda perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponen tersebut. b) Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit, diod pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut kutubnya. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif dan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Sambungan yang salah boleh merosakkan komponen. i
  • 18. 5. Setiap kali suatu komponen dipasang, pastikan kaki komponen itu disambung dengan mantap. Jika perlu, goyangkan badan komponen untuk memastikan sambungan itu mantap. Sambungan yang longgar menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi.Setelah semua komponen dipasang, semak semula susun atur komponenberdasarkan rajah litar.2.7. 2 Pengujian Pemasangan dan Penyambungan Projek Elektronik Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Langkah iniperlu dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siapdipasang. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujiankefungsian.2.8 Ujian Keterusan Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuatmempunyai keterusan. Pada masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untukmengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas.Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara:2.8.1 Pemeriksaan Visual Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda tertentu yang mungkinmenyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan denganmata kasar. Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam bahagian-bahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Keadaan ini menyebabkan projekgagal berfungsi. Kejadian litar pintas pula bukan sahaja menyebabkan projek gagalberfungsi tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan kepada komponen i
  • 19. 2.8.2 Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu padasesuatu litar. Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan denganmenggunakan alat pengujian tertentu. Meter pelbagai adalah satu alat pengujianyang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini. Satu daripada tujuanpemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litaryang dipasang tidak sifar atau infiniti. Jika bacaannya sifar, projek mempunyai litarpintas dan jika bacaannya infiniti, projek mempunyai litar terbuka.Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini: 1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). 2. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarum penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu tidak sifar atau infiniti. Jika projek dipasang dengan suis, ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu menukar julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat yang dipilih. 3. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2. Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya pemeriksaan secaravisual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang pintas (keranalimpahan timah pateri yang terlalu kecil). Keadaan ini boleh dikesan menggunakanmeter ohm mengikut langkah berikut: i
  • 20. 1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). 2. Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja disambung menggunakan wayar pelompat). 3. Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri. 4. Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi. Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litarpintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki, barulah projek tersebutboleh dikenakan punca voltan. Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelummenyambung bekalan voltan kepada projek: 1. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yang betul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah wayar negatif (-). 2. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Voltan yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan. 3. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik. i
  • 21. Prakata Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja khususpanjangKaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah kami. Saya Mohd AidilB Othman bersama dua orang rakan yang lain iaitu Mohd Faiz B Damanhuri danMuhammad Asyraf Adib B Nordin berasa bersyukur kerana mendapat tugasan inikerana banyak perkara yang boleh kami pelajari seperti cara-cara membuatrancangan pelajaran harian, teknik mengajar secara berkesan dan pembelajaransecara mikro dan makro. Kami juga tahu bagaimana menganalisis dan membuat isipelajaran yang diperolehi dengan cara yang betul. Kami ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarahyang banyak membantu kami iaitu En Zulkifli B Ariffin. Beliau bnyak membantu kamiuntuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepadaibubapa kami yang bnyak memberikan dorongan kepada kami untuk mnyiapkantugasan kerja kursus pendek ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan lain yang bnyak menolong untuk menyiapkan tugasan ini Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami berjayamenyiapkan tugasan yang diberikan ini. i
  • 22. Isi KandunganPerkara Muka SuratBiodata i1.0 Prakata ii2.0 Elektrik dan Elektronik 2.1 Prinsip elektrik dan elektronik 2.1.1 Tenaga Elektrik, Pengalir Dan Penebat 2.1.2 Aplikasi Elektrik & Elektronik 2.1.3 Peluang Melanjutkan Pelajaran 2.1.4 Lukisan Elektrik Dan Elektronik 2.1.5 Litar Elektrik 2.1.6 Laluan Kerjaya 2.2 Jenis Komponen Elektronik 2.2.1 Komponen Pasif 2.3 Komponen Aktif 1-20 2.3.1 Diod 2.3.2 Diod pemancar cahaya (LED) 2.3.3 Transistor (Simpang DwikKutub) BJT 2.4 Rajah Litar Bergambar 2.5 Rajah Litar Skematik 2.6 Rajah Papan Litar Bercetak 2.7 Menghasilkan Projek Elektronik 2.7.1 Susun Atur Komponen 2.7.2 Pengujian Pemasangan dan Penyambungan Projek Elektronik 2.8 Ujian Keterusan 2.8.1 Pemeriksaan Visual 2.8.2 Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian 3.0. Rancangan Pengajaran 3.1. Rancangan pengajaran Mingguan 21-30 3.2. Rancangan pengajaran Harian i
  • 23. 4.0 Isi pelajaran 4.0 Carta alir pengajaran 4.1 Langkah 1 pengenalan komponen elektrik dan elektronik 4.2.1powerpoint4.2.2penilaian4.3 Langkah 2 persediaan kerja kumpulan4.3.1 power point4.3.2 persediaan amali 31-404.4 Langkah 3 Membina projek4.4.1 Gambar rajah4.4.2 Amali dan penilaian4.5 Pengukuhan4.5.1 Aktiviti pop quiz 5.0 Bahan bantu mengajar 40-45 5.1 Cakera padat dokumentasi kerja kursus6.0 Refleksi 45-507.0 Bibliografi 518.0 Lampiran 52 i