7sistem pendawaian elektrik
-
Author
ayu-sumaiyah -
Category
Documents
-
view
271 -
download
1
Embed Size (px)
Transcript of 7sistem pendawaian elektrik
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
1/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 1
SISTEM PENDAWAIAN
Objektif am : Mengetahui tentang faktor pemilihan jenis pendawaian,
memahami kaedah-kaedah pemasangan serta memahami
sistem pendawaian kawasan pertanian dan tapak
pembinaan. Memahami sistem pepasangan sementara.
Objektif khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
1. Menyenaraikan faktor pemilihan jenis pendawaian.
2. Menerangkan kaedah-kaedah pemasangan.
3. Menerangkan sistem pendawaian di kawasan pertanian dan tapakpembinaan.
4. Mentakrifkan sistem pepasangan sementara.
UNIT 7
OBJEKTIF
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
2/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 2
7.0 PENGENALAN
Sistem pendawaian merupakan suatu pemasangan litar elektrik yang merangkumipengalir, penebat, pelindung mekanikal dan aksesori elektrik. Ia boleh dijalankan
dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan mekanikal, keadaan
pemasangan dan jenis penebat kabel yang digunakan. Jenis sesuatu sistempendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah
pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.
7.1 FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENDAWAIAN
7.1.1 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian
Faktor yang perlu diberi perhatian semasa memilih sesuatu sistem
pendawaian ialah;
Jenis beban yang hendak dipasang
Keadaan tempat pemasangan
Kos perbelanjaan
Tempoh ketahanan pemasangan
Kekemasan dan kecantikan
Keadaan sekeliling
Tempoh masa menyiapkan
Perubahan atau penambahan litar masa akan datang
Jenis voltan bekalan
Keselamatan dan kelulusan LLN/JKR
7.1.2 Sebab-sebab pemilihan dibuat
FAKTOR PEMILIHAN
JENIS PENDAWAIANINPUT 7a
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
3/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 3
7.1.3 Jenis-jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunan
Berikut merupakan senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum
digunakan.
Sistem permukaan
Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada
permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan.
Sistem tersembunyiBagi sistem pendawaian teresembunyi, kabel-kabel litar dipasang
di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan lansung, kecuali
penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal
aksesori-aksesori.
Sistem penyokong katenariSistem pendawaian penyokong katenari adalah satu sistem yang
jarang-jarang digunakan dewasa ini. Tetapi pada sesuatu keadaansistem ini masih diperlukan.
Sistem konduit
Sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakankonduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan
di dalamnya akan disalurkan kabel.
Sistem sesalurSistem pendawaian sesalur merupakan satu sistem yang
menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaanya
bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar dipermukaan dinding atau besi rangka bangunan.
Sistem salur
Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang
menggunakan salur logam atau bahan penebat dan diapasang dibawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan.
Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
Sistem ini dinamakan sedemikian kerana keseluruhan sistempendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan mineral
pelapik kuprum.
Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum
Pemberian nama sistem ini adalah juga kerana keseluruhan sistempendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan kertas
pelapik plumbum.
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
4/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 4
7.1.4 Ciri-ciri kelebihan dan kelemahan sistem pendawaian
Berikut merupakan ciri-ciri kelebihan dan kelemahan jenis-jenis sistem;
a) Sistem permukaani) Bekalan voltan jenis 1 fasa tunggal
ii) Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.
iii) Kos perbelanjaan murah.iv) Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah
sedikit.
v) Kerosakan mekanikal kemungkinan berlaku amat kurang.
vi) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkanpendawaian.
vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.
b) Sistem tersembunyii. Bekalan voltan jenis 1 fasa.
ii) Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atausimen
iii) Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik
iv) Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.v) Bilangan kabel yang perlu dipasang adalah banyak.
vi) Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.
c) Sistem penyokong katenari
i. Bangunan atau dewan yang silingnya terlalu tinggi.
ii. Pendawaian di pusat atau kandang ternakan.iii. Penyambungan kabel bekalan di antara dua
bangunan.
iv. Kawasan luar bangunan yang mempunyaihalangan.
d) Sistem konduit
i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal padasesuatu bangunan terlalu banyak.
ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akandatang.
iv. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.
e) Sistem sesalur
i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
ii. Bangunan besar dan bertingkat
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
5/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 5
iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.
iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.vi. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau penguna yang
lebih.
f) Sistem salur
i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
ii. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan
datang.
iv. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan
beban pada masa akan datang.v. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja
berbaris.
vi. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
vii. Memerlukan perlindungan yang lebih.
g) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprumi. Suhu sekeliling terlalu panas.
ii. Kawasan berminyak.
iii. Tindakan kesan kimia.iv. Kawasan yang mudah terbakar.
h) Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum
i. Untuk pemasangan di dalam tanah.ii. Untuk beban yang mengalir arus tinggi.
iii. Memerlukan perlindungan mekanikal yang
lebih.
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
6/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 6
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
1) Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian.
2) Nyatakan 8 jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunan.
AKTIVITI 7a
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
7/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 7
Jawapan :
1) Faktor faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian :
a) Jenis beban yang hendak dipasang
b) Keadaan tempat pemasanganc) Kos perbelanjaan
d) Tempoh ketahanan pemasangan
e) Kekemasan dan kecantikanf) Keadaan sekeliling
g) Tempoh masa menyiapkan
h) Perubahan atau penambahan litar masa akan datangi) Jenis voltan bekalanj) Keselamatan dan kelulusan LLN/JKR
2) Jenis-jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunana) Sistem permukaan
b) Sistem tersembunyi
c) Sistem penyokong katenarid) Sistem konduit
e) Sistem sesalur
f) Sistem salur
g) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprumh) Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum
MAKLUMBALAS 7a
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
8/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 8
7.2 KAEDAH-KAEDAH PEMASANGAN
7.2.1 Kaedah-kaedah memasang kabel mengikut jenis sistem pendawaian.
a) Sistem permukaan
Jenis-jenis kabel yang digunakan
Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut. Ini
adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan
terdedah pada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jeniskabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah
kabel bersalut pvk atau getah.
Kaedah pemasangan kabel
Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong
oleh klip ke permukaan dinding, tiang atau siling. Sebelum sistemini dijalankan, pastikan permukaan dawai bukan daripada bahan
jenis logam. Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di
bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah
papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan ke dindingatau siling.
Terdapat dua jenis klip kabel yang biasa digunakan iaitu klip
aluminium dan pelambam. Saiz klip yang digunakan perlu dipilihagar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong.
Jarak maksimum di antara klip yang menyokong kabel bolehlah
dirujuk pada jadual di bawah.
b) Sistem pendawaian tersembunyi
Jenis kabel yang digunakan
KAEDAH-KAEDAH
PEMASANGANINPUT 7b
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
9/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 9
Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah
sama dengan sistem permukaan iaitu kabel bersalut pvk.
Kaedah pemasangan kabel
Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem
tersembunyi ialah dengan membenamkan kabel-kabel ke lurah alurdi dinding atau siling yang telah disediakan. Pada kebiasaanya
pendawaian tersembunyi dibuat ketika peeringkat pembinaan
bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan.Oleh itu kabel-kabel yang dipasang mestilah disusun dengan rapi
agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel.
c) Sistem penyokong katenari
Jenis kabel yang digunakan
Kabel yang sesuai digunakan ialah daripada jenis kabel penebat
bersalut pvk atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak danpenghalang api.
Kaedah pemasangan kabel
Kabel akan dimasukkan ke lubang yang terdapat di penyokong
ketenari, dengan diikuti oleh dawai pengikat. Setelah kerjamemasukkan kabel dan dawai pengikat selesai, barulah
disangkutkan kedua-due penghujung dawai pengikat ke dinding
atau tiang bangunan. Ikatan dawai pengikat di dinding atau tiangmestilah kuat dan kemas. Pada kebiasaannya hanya dua kabel
sahaja yang boleh disokong oleh penyokong katenari.
d) Sistem pendawaian konduit
Jenis kabel yang digunakan
Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada tanpa salut atau
bersalut.
Kaedah pemasangan kabel
Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan
dibebenangkan di kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja
bebenang siap pada kesemua konduit yang diperlukan,sambungkan konduit-konduit tersebut mengikut keperluan dengan
menggunakan aksesori-aksesori tertentu (sesiku, tee, dansebagainya), dan pasangkan ke permukaan dinding atau siling
dengan disokong oleh pelanan dan bar. Jarak maksismum di
antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah dirujuk
daripada jadual 11c. Setelah kesemua kerja pemasangan siapbarulah kerja menyalurkan kabeldijalankan. Pastikan kabel-kabel
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
10/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 10
daripada satu litar akhir dimasukkan atau disalurkan ke dalam
konduit yang sama. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan
daripada terhasilnya aruhan di sekeliling konduit.
e) Sistem sesalur
Jenis kabel yang digunakan
Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.
Kaedah pemasangan kabel
Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau
siling sehingga siap keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja
pemasangan kotak-kotak itu barulah disalurkan kabel ke dalamnya.
Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang boleh didapati
daripada jadual 12f.
f) Sistem salur
Jenis kabel yang digunakan
Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.
Kaedah pemasangan kabel
Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaanbangunan sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja
memasang kotak salur didahului kemudian diikuti oleh penyaluran
kabel di dalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagitujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atausebagainya.
g) Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum.
Jenis kabel yang digunakan
Menggunakan kabel penebatan mineral pelapik kuprum.
Kaedah pemasangan kabel
Kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian penebatan
mineral pelapik kuprum boleh dilakukan dengan pelbagai cara, diantaranya ialah:
i) secara diklip ke permukaan dinding atau siling
ii) secara sistem konduit.iii) secara sistem sesalur
iv) secara sistem salur
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
11/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 11
h) Sistem pendawaian kabel penebatan kertas pelapik plumbum.
Jenis kabel yang digunakan
Menggunakan kabel penebatan kertas pelapik plumbum.
Kaedah pemasangan kabel
Kaedah pemasangan kabel untuk sistem pendawaian ini ialah;
i) Dengan menggunakan sistem salur atau konduit atau saluran.ii) Dengan ditanamterus kabel di dalam tanah.
7.2.2 Pemilihan saiz kondit, sesalur dan salur.
a) Cara-cara pemilihan saiz nominal konduit
i. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus
dengan panjangnya tidak lebih 3 meter, perlu rujuk jadual 12a dan12b.
Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual
12a.
Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan
dengan faktor konduit daripada jadual 12b.
Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduitsama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.
ii. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurusdengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang
larian yang mengandungi bengkok atau offset.
Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual
12a.
Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan
dengan faktor konduit daripada jadual 12d, mengikut panjang
larian dan jumlah bengkok serta offset dalam larian.
Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit
sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.
b) Cara pemilihan saiz nominal sesalur
i. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12e.
ii. Jumlahkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkandengan faktor sesalur daripada jadual 12f.
iii. Saiz nominal sesalur yang sesuai, sekiranya faktor sesalur sama
atau lebih daripada jumlah faktor kabel.
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
12/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 12
Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz sesalur selain daripada yang
diberi di jadual 12e dan 12f, jumlah kabel yang perlu dipasang faktor
ruangnya haruslah tidak melebihi 45%.
7.2.3 Peraturan IEE Sistem sesalur dan salur
1. Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungidaripada sebarang kerosakan mekanikal.
2. Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah
terbakar.
3. Semua kabelhidup dan neutral untuk bekalan A>U bagi setiap litarmestilah dipasang dalam sesalur atau salur yang sama.
4. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air
dan kerosakan kabel.
5. Faktor ruang bagi sesalur tidak melebihi 45%.
Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel x 100
Jumlah luas keratan rentas dalam sesalur/salur
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
13/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 13
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
1) Terangkan kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian konduit.
2) Nyatakan jenis kabel yang digunakan pada setiap sistem pendawaian berikut :
a) Sistem permukaan :
b) Sistem penyokong katenari :
c) Sistem pendawaian konduit :
d) Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum :
3) Berikan 4 peraturan IEE bagi sistem sesalur dan salur.
AKTIVITI 7b
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
14/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 14
Jawapan :
1) Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah denganmembenamkan kabel-kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
Pada kebiasaanya pendawaian tersembunyi dibuat ketika peeringkat pembinaanbangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu kabel-kabel
yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakanmekanikal ke atas kabel.
2) a) Kabel bersalut pvk atau getah.
b) Kabel penebat bersalut pvk atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak dan
penghalang api.c) Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada tanpa salut atau bersalut.
d) Kabel penebatan mineral pelapik kuprum.
3) Peraturan IEE bagi sistem sesalur dan salur :
1. Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang
kerosakan mekanikal.2. Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar.
3. Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan A.U bagi setiap litar mestilah
dipasang dalam sesalur atau salur yang sama.4. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan
kerosakan kabel.
MAKLUMBALAS 7b
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
15/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 15
SISTEM PENDAWAIAN
KAWASAN PERTANIAN DAN
TAPAK PEMBINAANINPUT 7c
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
16/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 16
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
AKTIVITI 7c
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
17/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 17
MAKLUMBALAS 7c
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
18/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 18
7.4 Pepasangan Sementara
7.4.1 Takrif pepasangan sementara
Sistem pepasangan sementara ialah satu lagi jenis sistem pendawaian di
mana ia merupakan pemasangan yang digunakan dalam jangka masa yang
pendek.
7.4.2 Tempat yang lazim digunakan
Sistem pendawaian pepasangan sementara biasanya digunakan di pesta-pesta keramaian dan di tapak pembinaan bangunan.
7.4.3 Peraturan IEE khas sistem pepasangan sementara
a) Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3
bulan.
b) Mesti mangadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yangboleh memutuskan semua kutub hidup dan neutral.
c) Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak
melebihi 1000 watts.d) Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab
sepenuh masa ke atas keselamatan pemasangan.
e) Semua kabel ang digunakan dalam pemasangan ini mestilah berlapik
dan tahan daripada kerosakan mekanikal.f) Kabel berlapikkan logam tidak dibenarkan dalam pemasangan ini
kecuali berperisai.
g) Jika pemasangannya menggunakan konduit logam ia mestilahmematuhi peraturan IEE bagi sistem konduit.
h) Ujian pemasangan hendaklah dijalankan seperti ujian pemasangan
tetap.
PEPASANGAN SEMENTARA
INPUT 7d
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
19/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 19
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
1) Takrifkan pepasangan sementara.
2) Nyatakan tempat-tempat dimana sistem pendawaian pepasangan sementara sesuai
digunakan.
3) Berikan 4 peraturan IEE bagi sistem pepasangan sementara.
AKTIVITI 7d
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
20/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 20
Jawapan :
1) Pemasangan yang digunakan dalam jangka masa yang pendek.
2) Sistem pendawaian pepasangan sementara biasanya digunakan di pesta-pesta
keramaian dan di tapak pembinaan bangunan.
3) a) Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3 bulan.
i)Mesti mangadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang boleh
memutuskan semua kutub hidup dan neutral.j) Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak melebihi 1000
watts.
k) Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab sepenuhmasa ke atas keselamatan pemasangan.
MAKLUMBALAS 7d
PENILAIAN KENDIRI U7
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
21/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 21
Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri inidan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!
SOALAN
MAKLUMBALAS - U7
-
7/29/2019 7sistem pendawaian elektrik
22/22
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 22
Adakah anda telah mencuba dahulu ???
Jika YA , sila semak jawapan anda .
JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI