BENGKEL ELEKTRIK

download BENGKEL ELEKTRIK

of 18

Embed Size (px)

Transcript of BENGKEL ELEKTRIK

BENGKEL ELEKTRIK

1.0 PENGENALAN

TAJUK : Elektrik

KERJA AMALI : Pamasangan lampu Pendarflour dan Extention

Melalui Bengkel Elektrik, pelajar didedahkan untuk melakukan kerja amali bagi pendarflour dan Extention. Pelajar akan membaca litar sebelum membuat penyambungan dan pemasangan. Hasil kerja akan di uji untuk mengetahui kejayaan hasil kerja tersebut.Bengkel Elektronik adalah satu bengkel yang mempunyai pelbagai peralatan yang digunakan dalam kerja membuat pendawaian elektrik seperti penjana tenaga, fius, wayar dan sebagainya.Pemasangan litar elektrik yang dilakukan oleh para pelajar merupakan projek yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi sukatan pelajaran seterusnya dapat memberikan pengetahuan yang sewajarnya dalam penggunaan litar elektrik ini.

2.0 OBJEKTIF

Melalui Bengkel Elektrik hasil daripada penyambungan dan pemasangan lampu pendaflour serta extension, pelajar dapat :

1) Memahami dan mengamal peraturan keselamatan menggunakan elektrik dengan betul.2) Memahami dan mengguna alat-alat tangan elektrik dengan betul dan selamat.3) Mengenalpasti jenis-jenis wayar dan kabel serta kegunaannya yang meluas.4) Membaca litar sebelum mengaplikasi ke atas projek yang ingin dilakukan.5) Membuat penyambungan dan pemasangan pada lampu pendaflour dan Extention.6) Menguji projek dengan betul dan selamat.

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL ELEKTRONIKAntara peraturan dan langkah keselamatan yang ada dalam bengkel elektrik ialah : Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan memakai kasut semasa menggunakan bengkel. Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan yang sewajarnya daripada pensyarah yang bertugas. Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang komponen dan peralatan dalam bengkel tanpa kebenaran pensyarah. Jika terdapat kerosakan alat atau komponen semasa mengendalikan kerja, laporkan perkara tersebut kepada pensyarah secepat mungkin supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Pelajar diminta membersihkan meja dan menyusun semula kerusi selepas digunakan. Komponen yang telah digunakan dan tidak diperlukan seperti lebihan timah hendaklah dibuang dalam tong yang disediakan. Pastikan semua suis kipas dan lampu ditiutup sebulum meninggalakan bengkel. Pelajar dibenarkan meminjam peralatan dan komponen elektrik dengan syarat mengisi borang pinjaman yang disediakan dengan lengkap. Disamping itu, pelajar juga dikehendaki mematuhi semua peraturan bengkel dari masa ke masa dari pensyarah ataupun kakitangan bengkel. Jangan bebankan litar dengan menyambung terlalu banyak perkakas elektrik pada suatu soket. Jangan sentuh wayar elektrik yang terputus atau tergantung kerana ia mungkin wayar hidup. Matikan suis sebelum menukar mentol. Cabut plag dari soket elektrik sebelum membaiki sebarang alat elektrik. Jangan cuba membaiki kelengkapan elektrik jika anda kurang pasti

4.0 ALATAN TANGAN YANG DIGUNAKAN DALAM BENGKEL ELEKTRONIK

4.1 PENA UJIAN

Pena ujian ini digunakan untuk : Mengesan kebocoran arus elektrik. Menguji sama ada sesuatu punca pengaliran arus elektrik wujud atau tidak. Mentol neon akan menyala jika pena ujian tersentuh pada punca yang berarus elektrik. Membuka dan memasang skru kecil

4.2 PEMUTAR SKRU

Kegunaan alat pemutar skru ini ialah untuk : Melonggarkan skru. Mengetat skru. Jenis yang akan digunakan bergantung kepada bentuk kepala skru. Cara menggunakannya dengan betul : Untuk melonggar skru, pemutar skru hendaklah diputar arah pusingan lawan jam. Untuk mengetat skru, pemutar skru hendaklah diputar arah pusingan ikut jam.

4.3 PEMOTONG SISI

Kegunaan pemotong sisi ini adalah untuk : Untuk memotong wayar Untuk menjalur wayar Cara menggunakannya dengan betul : Untuk menjalur wayar, gunakan mata penjalur Untuk memotong wayar, gunakan mata sisi

4.4 PENJALUR WAYAR

Jenis yang biasa digunakan ialah jenis penjalur wayar mudah Penjalur wayar ini digunakan untuk : Memotong wayar Menanggalkan penebat wayar seterusnya menjalur wayar tersebut. Cara menggunakan penjalur wayar dengan betul : Untuk memotong wayar, gunakan mata pemotong Untuk menanggalkan penebat wayar, gunakan bahagian mata penjalur Untuk melaraskan saiz permotongan, gunakan bahagian penahan laras

4.5 PLAYAR MUNCUNG TIRUS

Terdapat pelbagai saiz playar muncung tirus ini. Saiz yang biasa digunakan ialah 150mm. Kegunaan playar muncung tirus ini adalah untuk : Memotong wayar Membentuk wayar Memegang wayar dan komponen elektronik Cara menggunakannya dengan betul : Untuk kerja memotong wayar, gunakan bahagian mata pemotong Untuk kerja memegang dan membentuk benda kerja, gunakan bahagian rahang4.6 PLAYAR GABUNG

Playar gabung juga mempunyai banyak saiz. Penggunaan playar gabung yang sesuai sangat penting bagi mendapatkan hasil projek yang tepat dan kemas. Saiznya biasa didapati ialah 150mm. Playar gabung digunakan : Untuk kerja-kerja am Memotong wayar Mencengkam benda kerja bulat Memegang dan membentuk benda kerja Cara menggunakan playar gabung dengan betul : Untuk memotong wayar, gunakan bahagian mata pemotong Untuk mencengkam barang, gunakan bahagian rahang cekung Untuk memegang dan membentuk, gunakan bahagian rahang

4.7 MULTIMETER

Multimeter digunakan untuk : Mengukur voltan sesuatu alat elektronik.

Cara penggunaan : Bagi mengukur kerintangan sesuatu perintang, tangkupkan kedua-dua nob positif dan negative. Dapatkan bacaan sifar, kemudian multimeter sedia digunakan.4.8 PISAU LIPAT

Antara kegunaan pisau lipat ialah : Menanggal penebat wayar. Memotong penebat wayar.

4.9 GERIMIT

Gerimit mempunyai hulu untuk kegunaan tangan dimana hulu merupakan tempat untuk memusingkannya. Antara kegunaan gerimit ialah : Menebuk lubang pandu paku dan skru. Membuat lubang lubang kecil pada bahan-bahan yang lembut dan nipis. Cara menggunakan gerimit dengan betul : Untuk menebuk, pusing mata gerimit mengikut pusingan jam dengan cermat bagi mengelakkan bahan yang ditebuk menjadi pecah.5.0 ALATAN KELENGKAPAN ELEKTRIK

5.1 PENDAWAIAN Pendawaian adalah proses menyambungkan wayar kepada komponen elektrik. Pendawaian haruslah dibuat dengan cermat dan betul untuk memastikan perkakas elektrik dapat berfungsi apabila dihidupkan.5.2 JENIS WAYAR DAN KABEL Wayar Kuprum berenamel Digunakan untuk melilit gegelung dalam motor elektrik dan transformer Wayar Teras Tunggal Terbahagi kepada dua iaitu :

Lembaran Tunggal Digunakan untuk litar mudah Lembaran Berbilang Wayar Digunakan untuk litar rumah

Wayar Teras Kembar Terbahagi kepada dua iaitu :

Wayar mudah lentur dua teras Digunakan untuk sambungan penyuai dengan soket. Wayar teras dua / Kabel teras kembar Digunakan untuk menyambung radio, lampu meja dan televisyen.

Kabel Teras Tiga Digunakan untuk menyambung peti sejuk, seterika elektrik, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, mesin pembasuh baju dan lain-lain. Kabel ini disaluti penebat PVC getah atau PVC beranyam benang kapas.

Kod warna bagi Kabel : Coklat / Perang Hidup ( L ) Biru Neutral ( N ) Hijau Bumi ( E )5.3 SOKET DAN PENYUAI LAMPU Soket lampu digunakan untuk memegang mentol atau lampu. Terdapat 2 jenis soket iaitu : Soket lampu jenis biasa Digunakan untuk mentol yang tergantung dari syiling dan bumbung. Soket lampu jenis batten Digunakan untuk mentol yang biasa diskru pada syiling atau tembok. Ia tidak boleh dialih dengan mudah. Penyuai mempunyai 2 tamatan dan diguna secara berpasangan dengan soket lampu. Penyuai diperbuat daripada plastic tetapi tamatan dan pin dibuat daripada Loyang.

5.4 PLAG DAN SOKET ELEKTRIK Plag digunakan untuk menyambung kabel perkakas elektrik bagi membolehkan perkakas tersebut menerima bekalan kuasa elektrik dari soket. Terdapat 4 jenis plag dan soket : Plag dan soket 2 pin 2A 240V Sesuai digunakan bagi kelengkapan elektrik yang berkuasa rendah Plag dan soket 3 pin 5A 240V Sesuai digunakan bagi kelengkapan elektrik yang berkuasa sederhana seperti lampu meja. Plag ini mempunyai pin bentuk bulat dan dipasang dengan menggunakan kabel 3 teras. Wayar hidup disambung ke terminal kanan soket, wayar neutral ke terminal kiri soket dan wayar bumi ke terminal bumi. Plag dan soket 3 pin 13A 240V Sesuai digunakan bagi kelengkapan elektrik di rumah seperti peti sejuk, seterika elektrik, cerek elektrik, pengisar, pembakar roti dan sebagainya. Plag ini mempunyai 3 pin Loyang yang berbentuk empat segi bujur dan fius kartrij untuk memutuskan arus jika bekalan elektrik melebihi 13 ampere. Plag dan soket 3 pin 15A 240V Sesuai digunakan bagi kelengkapan elektrik yang berkuasa tinggi seperti penghawa dingin dan alat pemanas air. Plag ini tidak berfius

5.5 FIUS Fius di pasang dalam litar elektrik untuk menjaga keselamatan kelengkapan elektrik dan penggunanya. Apabila litar pintas berlaku, fius dalam plag akan melebur dan pengaliran arus ke perkakas elektrik akan terputus. Terdapat 2 jenis fius yang biasa digunakan iaitu : Fius dawai Fius kartrij Fius dibuat daripada aloi timah yang akan melebur apabila terdapat arus yang lebih daripada kadar melaluinya. Fius dikadarkan mengikut kadaran ampere iaitu 2A, 5A, 10A, 13A dan 15A.

6.0 PROSES PENGHASILAN KERJADalam menghasilkan pendawaian lampu pendaflour dan extension ini, banyak aspek di beri perhatian semasa proses ini berjalan. Antaranya ialah cara penggunaan alatan tangan dalam bengkel, kemampuan pelajar untuk mengikuti pemahaman tantang teori asas elektik dan menguji para pelajar dalam membaca litar skematik dan menterjemahkannya kepada kerja amali yang dikehendaki.

6.1 PERINGKAT PERTAMA Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dimana bilangan ahli kumpulan seramai dua orang. Penerangan yang secukupnya tentang asas elektrik dan cara melaksanakan pendawaian diberikan oleh pensyarah. Pendawaian lampu pendaflour dimulakan terlebih dahulu dengan setiap kumpulan diberikan alatan dan komponen yang secukupnya seperti pemegang starter, starter, tiub holder, cok/balas, perumah, wayar, dan plug. Lampu pendarflour merupakan satu daripada beberapa jenis lampu yang popular digunakan untuk pencahayaan sama bagi kegunaan domestic ataupun industri. Terdapat beberapa bahagian pada lampoon pendarflour seperti batten, pemegang mentol- lampu kembar, lampu tunggal, pemegang starter, pemantul cahaya ( reflector ) dan prismatic diffuser. Begitu juga dengan mentol atau tiubpendarflour boleh didapati dalam bentuk lurus, membulat gelang dan padat. Terdapat pelbagai pemegang lampu pendarflour. Lampu pendarflour memerlukan starter untuk dihidupkan.

PEMEGANG STARTER TIUB HOLDER

PERUMAH COK / BALAS

Pendawaian lampu pendaflour dimulakan dengam pemyambungan wayar mengikut litar skematik yang telah ditunjukkan oleh pensyarah. Penggunaan alatan tangan yang betul memainkan peranan yang penting dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dengan berjaya. Penyambungan wayar yang betul pentinh bagi mengelakkan sebarang litar pintas berlaku. Setelah siap pendawaian, pensyarah memeriksa setiap penyambungan yang dilakukan oleh pelajar dengan menggunakan multimeter.

Selepas itu, pengujian lampu pendaflour dilakukan. Jika menyala, maka penyambungan yang dilakukan oleh pelajar adalah betul dan tepat.

6.2 PERINGKAT KEDUA Setelah siap melakukan pendawaian lampu pendaflour, tugasan yang seterusnya yang dilakukan oleh pelajar ialah pemasangan extension. Antara komponen kerja yang diberikan kepada pelajar ialah : Plag 3 Core Cable Soket Pelajar perlu memastikan extension yang disambung dapat berfungsi dengan baik. Sebelum itu, litar skematik diberikan oleh pensyarah kepada pelajar bagi memudahkan proses penyambungan berlaku. Pemilihan wayar yang betul dan tepat sangat mempengaruhi penyambungan. Wayar hijau disambung dengan warna hijau, manakala wayar merah daripada plag disambungkan dengan warna biru ( life ), dan wayar biru dari plag disambungkan dengan warna hitam ( neutral ).

Selepas siap pemasangan, pengujian dilakukan terlebih dahulu dengan menggunakan multimeter.

Seterusnya, pengujian dilakukan. Penyambungan yang tepat dan betul akan menyalakan mentol yang disediakan.

7.0 KESIMPULAN

Setelah selesai melakukan pendawaian dan penyambungan elektrik ini, Pelajar dapar memahami dan mengamal peraturan keselamatan menggunakan elektrik dengan cermat dan berhati-hati. Pelajar juga boleh menggunakan alat-alat tangan elektrik dan mengenal jenis-jenis wayar dan kabel dengan betul dan selamat. Pelajar juga mampu untuk membaca litar, membuat penyambungan dan pemasangan dengan betul dan menguji hasil kerja yang telah dibuat dengan selamat.