Pemasangan elektrik

of 20/20
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/1 4 Unit SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK OBJEKTIF AM Memahami konsep sistem litar pengguna, sistem perlindungan, kabel dan aksesori dalam pemasangan elektrik. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan unit kawalan pengguna 1 fasa dan 3 fasa. Mentakrifkan maksud litar kecil akhir (kuasa dan lampu). Menyatakan jenisjenis aksesori dalam pemasangan Menerangkan jenis-jenis kabel dalam pemasangan Menjelaskan sistem penebatan dan perlindungan di dalam kabel
  • date post

    22-Nov-2014
  • Category

    Documents

  • view

    1.261
  • download

    12

Embed Size (px)

description

 

Transcript of Pemasangan elektrik

  • 1. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/1 4 Unit SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK OBJEKTIF AM Memahami konsep sistem litar pengguna, sistem perlindungan, kabel dan aksesori dalam pemasangan elektrik. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan unit kawalan pengguna 1 fasa dan 3 fasa. Mentakrifkan maksud litar kecil akhir (kuasa dan lampu). Menyatakan jenisjenis aksesori dalam pemasangan Menerangkan jenis-jenis kabel dalam pemasangan Menjelaskan sistem penebatan dan perlindungan di dalam kabel
  • 2. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/2 4.0 LITAR PENGGUNA Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik. 4.0.1 Litar Kawalan Turutan Pengguna Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi. Komponen-komponen tersebut adalah seperti yang ditunjukan oleh Rajah 4.1 di bawah: 1 2 3 4 5 Rajah 4.1: Pemasangan Litar Kawalan Turutan 1. Fius pemutus dan perangkai neutral - sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. 2. Meter kWj - mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif. 3. Suis utama - sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan 4. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus - alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar. 5. Papan agihan - pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan. kWj INPUT
  • 3. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/3 4.0.2 Litar Akhir Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah ; a) Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya. b) Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain. c) Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. 4.0.3 Permintaan maksima Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat perlindungan pada sesuatu masa. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar. 4.0.4 Litar akhir bagi soket alur keluar Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu: a) Litar jejari litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung sekali. b) Litar gelang litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada punca masukannya di papan fius agihan. c) Sulur merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang. 4.0.5 Litar akhir lampu Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu. 4.0.6 Litar akhir alat pegun Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak boleh disambungkan ke soket alur keluar. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perlu dipasang untuk beban tersebut.
  • 4. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/4 4.1 AKSESORI PEMASANGAN DAN PERALATAN PERLINDUNGAN Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang paling banyak digunakan adalah palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Ada juga aksesori digunakan untuk tujuan perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litas pintas atau arus bocor. 4.1.1 Suis Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus dan menyambung bekalan kepada peralatan elektrik. Terdapat banyak jenis suis diantaranya ialah suis togol, suis satu hala, suis satu kutub dua hala, suis siling dan lain-lain. Rajah 4.2 : Suis 4.1.2 Soket alur keluar dan palam . Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan kepada peralatan elektrik mudah alih. Soket alur keluar mempuyai dua atau tiga alur terminal manakala palam pula merupakan bahagian yang boleh digerakkan yang mempunyai dua atau tiga pin untuk dimasukkan ke dalam soket alur keluar. Saiz piawai bagi peralatan tersebut adalah 2A, 5A, 15A dan 30A. Rajah 4.3 : Contoh Soket Alur Keluar Dan Palam
  • 5. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/5 4.1.3 Perlindungan Arus Lebihan. Arus lebihan ialah nilai arus tinggi mengalir dalam sesuatu litar dan lebih daripada kadar maksima yang dibenarkan. Ianya mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut ; a) Lebihan arus beban yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban lebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik secara mengejut pada peringkat permulaan penghidupan) b) Litar pintas - berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku. 4.14 Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan a) Jenis beban b) Keupayaan unit perlindungan c) Suhu sekeliling d) Alat khas e) Harga 4.1.5 Jenis-jenis alat perlindungan a) Fius b) Pemutus litar 4.1.6 Jenis-jenis fius a) Fius boleh dawai semula b) Fius katrij c) Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc) Jadual 4.1 : Perbezaan antara Talian Atas dan Kabel Bawah Tanah Talian Atas Kabel Bawah Tanah 1. Didirikan di kawasan luar bandar Kawasan bandar dan rumah pangsa 2. Menggunakan tiang kayu, besi dan konkrit Menggunakan kabel berpenebat yang ditanam dan tahan kerosakan mekanikal 3. Pengalir talian adalah tidak berpenebat Pengalir yang digunakan berpenebat 4. Penyelenggaraannya adalah mudah Penyelenggaraannya adalah rumit 5. Kos pembinaannya murah Kos pembinaannya tinggi Awas!! Beban lebihan menyebabkan arus litar meningkat.
  • 6. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/6 4.1.7 Fius Boleh Dawai Semula Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di perindustrian ciri-ciri : a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang boleh dikeluarkan dari tapak fius. b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari kuprum tulin. c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus. d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.2. Jadual 4.2 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula. Kebaikan Keburukan 1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat 2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius 4.1.8 Fius Katrij Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ; a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar. b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A. c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali. d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.3 Jadual 4.3 : Kebaikan dan keburukan fius katrij Kebaikan Keburukan 1. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat 2. Kapasiti pemutus tidak merosot 3. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu. 4. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat. 1. Jika elemen fius putus, keseluruhan fius tidak boleh digunakan. 2. Pemegang fius hanya sesuai dengan saiz kartrij yang tertentu.
  • 7. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/7 4.1.9 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi. Ciri-ciri ; a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam. b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk mineral. c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda. d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.4. Jadual 4.4 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi Kebaikan Keburukan 1. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat. 2. Dapat mengawal arus yang tinggi. 3. Kapasiti pemutusan yang tinggi. 4. Mempunyai tanda pemutusan. - Paling mahal. - Mengambil masa untuk menggantikan fius yang baru. - Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu. - Sukar didapati. 4.1.10 Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius ; a) Elemen fius- adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang berlebihan mengalir melaluinya b) Arus nominal - arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen fius. c) Arus fiusan - arus minima yang boleh mencairkan elemen fius. d) Faktor fiusan - nisbah arus fiusan dengan kadaran arus. 4.1.11 Pemutus Litar Ia merupakan peralatan mekanikal yang digunakan untuk membuka dan menutup litar dalam keadaan biasa (untuk tujuan penyelenggaraan) dan juga dalam keadaan litar pintas. Bila berlaku litar pintas ia akan terpelantik secara automatik.
  • 8. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/8 AKTIVITI 4A Takrifkan:- a) litar pengguna b) litar kawalan turutan c) litar akhir Lukiskan gambar rajah berlabel satu litar kawalan utama Nyatakan fungsi peralatan pemasangan yang berikut a) fius pemutus b) meter kWj c) papan agihan Senaraikan 2(DUA) kebaikan dan 2(DUA) keburukan fius boleh dawai semula. 4.5 Apakah yang dimaksudkan dengan litar pintas? Semoga Berjaya !!
  • 9. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/9 MAKLUM BALAS 4A 4.1 a. Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna b. litar kawalan turutan adalah berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan penyuisan, alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi c. Llitar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. 4.2 Rajah litar kawalan turutan 4.3 a. Fius pemutus- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna b. Meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar c. bayaran tarif. d. Papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan 4.4 Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula Kebaikan Keburukan Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius 4.5 Litar pintas - berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku. kWj
  • 10. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/10 4.2 KABEL Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Kabel berupaya : a) mengalirkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke dalam peralatan-peralatan elektrik atau mesin elektrik dengan selamat. b) menghalang berlakunya denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya. 4.2.1 Binaan Pada amnya ia mengandungi beberapa bahagian/lapisan seperti Rajah 4.4 di bawah. 4.2.1.1 Pengalir/Teras a) Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi. b) Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah, mudah di bentuk dan mudah untuk proses pemetrian. c) Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan. Contoh ukuran kabel, 7/1.04 mm 7= 7 lembar 1.04 mm= garispusat setiap lembar pengalir luas keratan rentas keseluruhan pengalir 4.2.1.2 Penebat. Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus keluar. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak, varnish cambric, vulcanised bitumen, PVC dan getah. 6.0 mm2 INPUT
  • 11. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/11 4.2.1.3 Pelindung mekanikal. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape) atau galvanizes steel wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur. 3 2 1 Rajah 4.4 : Gambar rajah binaan kabel . 4.2.2 Teras Kabel Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan ditunjukkan dalam Rajah 4.5. 1. Teras tunggal 2. Kabel 2 teras 3. Kabel 3 teras 4. Kabel teras berbilang. Rajah 4.5 : Jenis-jenis teras kabel
  • 12. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/12 4.2.3 Syarat-Syarat Pemilihan Kabel Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat, ekonomikal, beberapa syarat/peraturan perlu diambil kira: a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan susutan voltan dalam had yang ditetapkan. b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat. c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya. d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang teruk e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan yang digunakan. 4.2.4 Faktor Pemilihan Jenis Kabel a) Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling b) Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan c) Jangka masa ketahanan yang dikehendaki d) Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi e) Perbelanjaan yang dianggarkan f) Rupabentuk g) Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan. 4.2.5 Kord Dan Kabel Boleh Lentur Ia merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir yang banyak dan halus. Ia lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel biasa. Jadual 4.5 adalah perbandingan di antara kord dan kabel boleh lentur. Jadual 4.5 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur Kord boleh lentur Kabel boleh lentur 1. Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi kord ialah 4.0 mm2 atau kurang Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi kabel ialah lebih 4.0 mm2 2. Disambung di antara siling ros dan pemegang lampu anting-anting Disambungkan untuk kadaran beban yang lebih besar 3. Disambungkan antara plug atau palam dan alat-alat mudah alih Disambungkan di antara palam dan alat-alat tetap
  • 13. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/13 Nama kabel adalah bergantung kepada; a) Perlindungan mekanikalnya b) Penebatan yang digunakan c) Teras pengalir kabel tersebut 4.2.6 Jenis-Jenis Kord Dan Kabel Boleh Lentur 1. Penebat PVC kembar selari penebat pengalir 2. Penebat PVC kembar berpintal 3. Penebat PVC beranyam iii iv i ii i. pengalir ii. salut PVC iii. anyaman benang iv. salut PVC Rajah 4.6 Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur.
  • 14. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/14 4.2.7 Fungsi Kabel dan Pengenalan Warna Jadual 4.6 : Pengenalan warna kabel FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA Pengalir perlindungan Hijau dan kuning Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru Fasa R bagi litar 3 fasa Merah Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning Fasa B bagi litar 3 fasa Biru Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam Jadual 4.7 : Kabel Yang Digunakan Oleh TNB JENIS VOLTAN PVC INSULATED -Single core -Twin core -Multicore LV LV LV PAPER INSULATED -Single core -Belted -Screened 6.6kV, 11kV, 22kV,33kV LV, 6.6kV, 11kV 22kV, 33kV OIL FILLED -3 Core self contained -Single core self contained 22kV, 33kV, 132kV 132kV XLPE -Aerial cable -Single core -XLPE 3 core 11kV, 33kV{SAXKA) 11kV, 22kV,33kV,132kV 11kV
  • 15. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/15 AKTIVITI 4B 4.6 Berikan takrifan istilah yang berikut :- i. Kabel ii. Pengalir kabel iii. penebat kabel iv. Pelindung mekanikal 4.7 Lakarkan dan labelkan rajah binaan kabel penebatan PVC. 4.8 Nyatakan DUA faktor utama yang perlu difikirkan sebelum membuat pemilihan saiz kabel. 4.9 Berikan TIGA sebab mengapa pengalir kabel biasanya diperbuat dari kuprum. 4.10 Tukarkan saiz kabel 7/2.14mm dalam bentuk luas keratan rentas. Tunjukkan pengiraan anda. Semak jawapan anda pada maklum balas di sebelah.
  • 16. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/16 MAKLUM BALAS 4B 4.6 i. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik ii. Berfugsi membawa bekalan elektrik iii. Penebat adalah bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus mengalir keluar iv. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya 4 4.7 2 3 1 1. pengalir 2. salut PVC 3. anyaman benang 4. salut PVC Faktor pemilihan saiz kabel i. suhu/kepanasan ii. tahap voltan 4.9 Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah, mudah di bentuk dan mudah untuk proses pematerian(soldering) 4.10 d= 7 x 2.14mm A= d2 = (7 x 2.14)2 = 176.24 mm2 4 4
  • 17. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/17 SELAMAT MENCUBA MENmencubaMENCUBA Penilaian Kendiri 1. Takrifkan:- i. litar pengguna ii. litar akhir iii. kabel 2. Lukiskan gambar rajah satu litar kawalan turutan serta nyatakan fungsi bagi setiap komponen dalam litar tersebut. 1. Berikan sebab-sebab berlakunya arus lebihan 2. Senaraikan kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi 3. Lukiskan binaan utama kabel serta nyatakan fungsi bagi setiap binaan tersebut. 4. Nyatakan 2(DUA) kegunaan kord boleh lentur. 5. Nyatakan 4 (EMPAT) faktor pemilihan jenis kabel. Untuk mengukur prestasi, anda mestilah menjawab semua soalan penilaian kendiri ini untuk dinilai oleh pensyarah anda
  • 18. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/18 MAKLUM BALAS KENDIRI 1 ( i). Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna ii. litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. iii. Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik 2. 1 2 3 4 5 1. fius pemutus dan perangkai neutral- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna 2. meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif. 3 suis utama- sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan 4. pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus- alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar. 5. papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan. 3. Sebab-sebab arus lebihan berlaku ialah ; i. lebihan arus beban yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban lebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik secara mengejut pada peringkat permulaan penghidupan) ii. litar pintas- berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku. kWj
  • 19. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/19 4. Kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi; Kebaikan Keburukan 1. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat Paling mahal 2. Dapat mengawal arus yang tinggi Mengambil masa untuk menggantikan fius yang baru 3. Kapasiti pemutusan yang tinggi Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu 4. Mempunyai tanda pemutusan Sukar didapati 5. Komponen utama binaan sebuah kabel adalah seperti rajah 3 2 1 1. Pengalir/Teras Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi. Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah, mudah di bentuk dan mudah untuk proses pematerian. Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan. 2. Penebat. Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus mengalir keluar. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak, varnish cambric, vulcanised bitumen, PVC dan getah. 3. Pelindung mekanikal. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape) atau galvanizes steel wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.
  • 20. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/20 6. Dua kegunaan kod boleh lentur ; i. Disambung di antara siling ros dan pemegang lampu anting-anting. ii. Disambungkan antara plugatau palam dan alat-alat mudah alih 7. Faktor pemilihan jenis kabel i. tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling ii. jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan iii. jangka masa ketahanan yang dikehendaki iv. kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi v. perbelanjaan yang dianggarkan vi. rupabentuk vii. lampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan. BOLEH TERUSKAN KE UNIT 5