Modul Elektrik Dan Elektronik

download Modul Elektrik Dan Elektronik

of 65

description

RBT 3117

Transcript of Modul Elektrik Dan Elektronik

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    1/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    TAJUK 1

    ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

    Pengenalan

    Elektrik dan Elektronik akan membantu anda melaksanakan proses pengajaranpembelajaran dengan lebih berkesan mengikut matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan. Bahagian ini merangkumi enam tajuk iaitu Asas dan Prinsip Elektrik,Konsep Asas Elektrik, Sumber Tenaga Elektrik, Komponen Elektronik, LitarElektronik Asas serta Penyambungan Pemasangan Dan Pengujian Projek.

    Hasil PembelajaranDi akhir bab ini anda seharusnya dapat

    1. mengenal pasti jenis, fungsi dan simbol komponen elektronik;

    2. mentafsir dan menterjemahkan litar skematik kepada litarbergambar dan sebaliknya;

    3. memasang dan menyambung projek elektronik yang mudah;

    4. menghasilkan projek elektronik mudah berpandukan litar

    skematik; dan lukisan bergambar.

    5. mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasamelakukan kerja-kerja penyambungan dan pemasanganprojek elektronik.

    6. melakukan ujian keterusan dan kefungsian menggunakanmeter pelbagai

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    2/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    1.1 Asas dan Prinsip Elektrik

    a. Struktur atom pengalir dan penebat

    Semua jirim terdiri daripada atom. Rajah 1.1 menunjukkan struktur asassuatu atom. Ianya terdiri daripada nukleus di bahagian tengah dan dikelilingioleh elektron. Nukleus terdiri daripada proton dan neutron. Proton bercaspositif manakala neutron tidak bercas. Kedua-dua zarah ini sentiasa kekalpada kedudukannya.

    P

    N

    elektron

    orbit

    nukleusproton (+)

    neutron

    Rajah 1.1: Struktur asas atom

    Atom mempunyai elektron yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleusdalam orbit (juga dikenali sebagai shell). Elektron membawa cas negatif danberatnya ialah 1/1840 berat proton. Bilangan elektron bergantung kepadajenis atom, misalnya karbon mempunyai 6 elektron, kuprum mengandungi 29elektron dan sebagainya. Dalam keadaan biasa bilangan elektron sesuatu

    atom adalah sama dengan bilangan proton.

    Atom mempunyai orbit berlapis-lapis. Setiap orbit mempunyai bilanganelektron dan paras tenaga yang tertentu. Orbit-orbit ini ditandakan denganhuruf K, L, M, N dan seterusnya. Orbit yang paling hampir dengan nukleusialah orbit K dan orbit yang paling luar sekali dikenali sebagai orbit valensi.Elektron yang terdapat dalam orbit valensi dikenali sebagai elektron valensi.Bilangan maksimum yang boleh ditampung oleh setiap orbit ditentukandengan menggunakan formula 2n2, di mana n mewakili nombor orbitmengikut kedudukan dari nukleus.

    Mari lihat satu contoh untuk memahami struktur suatu atom dengan lebih

    mendalam. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan elektron bagi setiap orbit bagiatom kuprum yang mempunyai 29 elektron. Rajah 1.2 menunjukkan taburanelektron dalam atom tersebut

    Orbit Bilangan Elektron

    Setiap Orbit

    K 2x(lxl)=2

    L 2x(2x2)=8

    M 2x(3x3)=18

    N 1

    Jadual 1.1: Taburan elektron atom kuprumRajah 1.2: Atomk

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    3/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam orbitnya. Elektron-elektron inikekal beredar dalam orbitnya kerana kesan daya tarikan di antara proton

    dengan elektron. Elektron yang berada hampir dengan nukleus lebih kuatterikat. Ianya sukar dikeluarkan dari orbit berbanding dengan elektron yangberada jauh dari nukleus. Jika elektron di orbit valensi dikenakan tenaga luar,ia akan keluar dari orbitnya dan menjadi elektron bebas. Terdapat berbagai-bagai cara mengeluarkan elektron dari orbitnya. Antaranya adalah secaraaruhan magnet, tindakan haba, kimia, cahaya, tekanan dan elektrik.

    Bilangan elektron valensi sesuatu atom menentukan ciri elektrik atom itu.Pertalian ciri elektrik dengan bilangan elektron valensi ditunjukkan dalamJadual 1.2.

    Bilanganelektronvalensi

    Ciri elektrik Contoh unsur

    1, 2 atau 3 Pengalir kuprum, emas aluminium

    4Bahan separuh pengalir

    (Semikonduktor)karbon, silikon, germanium

    5, 6 atau 7 Penebat posforus, sulfur

    Jadual 1.2: Kategori bahan berdasarkan bilangan elektron valensi

    Jika dua objek yang berlainan cas dihampirkan, objek tersebut akan menarikantara satu sama lain. Sebaliknya, jika dua objek mempunyai cas yang sama,

    ianya akan menolak antara satu sama lain Hukum ini digambarkan dalamRajah 1.3. Hukum ini dikenali sebagai hukum cas elektrik dan menjadi asaspenting untuk memahami bagaimana aliran arus elektrik terjadi.

    Rajah 1.3: Hukum Cas Elektrik

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    4/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    b. Sifat Pengalir dan Penebat

    Rintangan yang diberikan oleh pengalir bergantung kepada empat faktor penting:

    (1) Panjang bahan; semakin panjang suatu bahan, semakin tinggi rintangannya,(2) Luas muka keratan bahan; semakin besar luas permukaan suatu bahan,

    semakin rendah rintangannya(3) Jenis bahan; bahan yang berlainan mempunyai kerintangan yang berbeza(4) Suhu; kebiasaannya semakin tinggi suhu bahan, semakin tinggi rintangannya

    Pengalir

    Ialah bahan yang membenarkan aruselektrik mengalir melaluinya. Aliran arusdalam suatu pengalir tidak dapat bergerakbebas kerana halangan daripada elektrondan atom-atom dalam pengalir ini. Dalambidang elektrik dan elektronik halangan inidikenali sebagai rintangan.

    Suatu bahan pengalir denganrintangan yang rendah adalah pengaliryang baik. Kebanyakan logam sepertikuprum, aluminium, emas besi danplumbum adalah bahan pengalirelektrik yang baik.

    Penebat

    Adalah bahan yang tidak membenarkanarus elektrik mengalir melaluinya. Satubahan penebat yang baik mempunyairintangan yang sangat tinggi. Contohbahan penebat ialah plastik, kertas,getah, PVC dan kain. Kebanyakanpenebat digunakan sebagai bahan untukmenghindarkan kebocoran arus elektrik.Namun begitu, arus masih boleh melaluisuatu bahan penebat jika dikenakan

    voltan yang cukup tinggi.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    5/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Terdapat satu lagi kelas bahan yang dinamakan bahan separuh pengalir(semikonduktor). Sifat rintangan bahan ini adalah di antara pengalir dan penebat.Silikon dan Germanium adalah contoh bahan separuh pengalir dan sering digunakandalam pembuatan komponen seperti diod dan transistor.

    Jawab soalan dibawah

    Latihan

    1.Pernyataan manakah yang benarmengenai atom?

    (A) Nukleus bergerak mengelilingi atom

    (B) Proton bergerak mengelilingi nukleus

    (C) Elektron bergerak mengelilingi nukleus

    (D) Elektron dan proton berada dalam nukleus

    2. Kumpulkan maklumat berkaitan struktur asas suatu atom. Bina satualat bantu mengajar struktur atom berdasarkan maklumat yangdiperolehi.

    3 . Takrifkan istilah:

    (i) pengalir

    (ii) penebat

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    6/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Aktiviti Tutorial

    Tutorial

    Bina projek Penguji Keterusan Litarberpandukan litar bergambar dalamRajah 1.4 Gunakan alatan tangan yang bersesuaian.Lakukan ujian keterusan bahan dalam Jadual 1.2 menggunakan hasilprojek Penguji keterusan litar yang telah anda bina. Tandakan ( )dalam ruangan berkaitan untuk menunjukkan sama ada bahan tersebutpengalir atau penebat

    +

    -

    LED

    prob Aprob B

    1k

    bahan ujian

    Komponen dan bahanyang diperlukan adalahseperti berikut:

    Bongkah penyambung(5 A)Pemegang bateri 9VDiod pemancar cahaya(LED)

    Perintang tetap 1kilo ohmWayar teras tunggalBateri 9VPena ujian

    Rajah 1.4: Projek Penguji Keterusan Litar

    Bahan Pengalir Penebat Bahan Pengalir Penebatkaca kuprumgetah tembikar

    udara plastik

    emas air

    karbon kertas

    perak kain

    Jadual 1.2: Kategori bahan pengalir dan penebat

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    7/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    .

    Rumusan

    Dalam tajuk ini, anda telah diperkenalkan dengan konsep struktur atom,penaglir dan juga penebat. Adalah dinasihatkan agar anda dapat memahmikonsep ini unutuk tajuk seterusnya.

    Bacaan Asas

    Yahya Emat (1989). Prinsip Elektrik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Buku Teks Kemahiran HidupBersepadu Tingkatan 1 , 2, 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Rujukan

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Pengajian Kejuruteraan Elektrikdan Elektronik : Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Stephen W. F. & Dale, R. P. (1984). Electricity and Electronics. NewJersey: Prentice Hall.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    8/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    1.2 Konsep Asas Elekktrik

    a. Kuantiti elektrik

    Cas

    Tenaga elektrik terdiri daripada cas positif yang dibawa oleh protondan negatif oleh elektron. Suatu objek dikatakan bercas positif jikamempunyai lebih bilangan proton, dan bercas negatif jika mempunyailebih bilangan elektron. Jika objek itu mempunyai bilangan proton danelektron yang sama banyak, ianya dikatakan neutral.

    Kuantiti cas elektrik yang dibawa oleh satu proton dan satu elektronadalah sama besar. Kuantiti cas elektrik (Q) ini disukat dalam unitcoulomb (C). Satu coulomb cas ialah jumlah cas yang dipunyai oleh6.24 x 1018proton (atau elektron).

    Contoh:

    Seutas dawai tembaga mempunyai 24.96 X 1018 elektron bebas. Berapakahjumlah cas yang terdapat dalam wayar tersebut?

    Penyelesaian:

    Diberi: bilangan elektron ialah 24.96 x 1018 elektron1 coulomb ialah 6.24 X 10 18 elektron

    Oleh itu:

    24.96 X 1018 elektronCas (Q) =

    6.24 X 1018 elektron

    = 4 coulomb

    Arus

    Arus elektrik (I) disukat dalam unit ampere (A). Jika 1 coulomb cas mengalirmelalui satu titik pada pengalir setiap saat, pengalir tersebut membawa arussebanyak 1 ampere. Hubungan tersebut boleh ditulis dalam bentukpersamaan berikut:

    =

    di mana, I disukat dalam ampere, Q dalam coulomb dan t dalam saat

    Cas (Q)Arus =

    Masa (t)

    I = Q

    t

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    9/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Contoh:

    Hitung nilai arus yang mengalir dalam satu litar elektrik apabila 75 coulombcas elektrik melalui titik tertentu selama 30 saat.

    Penyelesaian

    Diberi: Q = 75 C dan t = 30 s

    = QFormula:

    t

    75COleh itu: Arus =

    30s

    = 2.5 C/s= 2.5 A

    Voltan

    Apabila dua terminal suatu bateri disambungkan oleh pengalir, arus elektrikakan mengalir. Satu terminal akan membekalkan elektron melalui pengalirtersebut manakala terminal yang satu lagi menerimanya. Pengaliran arus inidisebabkan oleh voltan (V), atau beza upaya, merentasi kedua-dua terminalbateri itu. Semakin banyak elektron yang boleh dibekal dan diterima olehterminal bateri tersebut, semakin tinggi voltannya. Voltan diukur dalam unit

    volt (V).

    Rintangan

    Rintangan ialah suatu ciri bahan pengalir yang menghalang pengaliran aruselektrik di dalamnya. Bagi satu nilai voltan (V) yang dikenakan pada suatulitar elektrik, kuantiti rintangan (R) dalam litar tersebut akan menentukanjumlah arus (I) yang mengalir.

    Kuantiti rintangan (R) disukat dalam unit ohm (). Satu bahan dikatakan

    mempunyai nilai rintangan 1 ohm apabila ianya dapat membenarkan arus 1ampere mengalir dalam litar apabila voltan 1 volt dikenakan kepadanya.

    Pertalian ketiga-tiga kuantiti ini dinyatakan dalam Hukum Ohm.

    b. Arus Terus dan Arus Ulang Alik

    Arus Terus (AT)

    Arus elektrik ialah suatu pergerakan cas-cas.Kejadian ini boleh ditunjukkan dengan

    menyambung satu mentol kepada kutub positif dannegatif satu bateri melalui wayar kuprum seperti di

    Cas (Q)Arus (I) =

    Masa (t)

    Rajah 1.5 Litar asas arus terus

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    10/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    dalam Rajah 1.5. Arus akan mengalir melalui wayar dan filamen mentolmenyebabkan mentol menyala. Arus yang terhasil daripada bateri ini mengalir dalamsatu arah sahaja dan dinamakan arus terus (AT). Mari kaji kejadian arus terusdengan lebih mendalam.

    Dalam keadaan biasa, elektron bebas dalamwayar pengalir (seperti kuprum) bergeraksecara rawak. Rajah 6menunjukkankeadaan pergerakan ini.

    Apabila kutub negatif dan positif suatu bateridisambungkan kepada hujung wayartersebut, elektron bebas bergerak dari satuatom ke atom lain dalam satu arah sepertiyang digambarkan oleh Rajah 1.7. Aliranelektron ini menghasilkan arus elektrik yangdikenali sebagai arus terus (AT).

    Kuantiti arus dalam litar sepertidalam Rajah 1.4 adalah tetapsepanjang masa. Keadaan inimenghasilkan gelombang arus terusberbentuk garis lurus. Rajah 1.8menunjukkan gelombang arus terusmelawan masa.

    Perhatikan arah aliran arus yangdigambarkan dalam Rajah 1.4 dan Rajah 1.6 Dalam kedua-dua rajah ini arusmengalir daripada kutub negatif ke kutub positif bateri. Aliran arus seperti inidikenali sebagai arus elektron. Mengikut satu ketentuan lain, arus lazim(arus konvensional) mengalir daripada kuitub ke kutub negative.

    Rajah 1.6:Pergerakanelektron secara

    rawak

    wayar kuprum

    arah pergerakan elektron

    Rajah 1.7: Aliranarus terus

    arah aliran arus

    +

    pergerakan elektron sehala

    bateri

    Arus (I)

    Masa (t)0

    Rajah 1.8: Bentuk Gelombang ArusTerus (AT)

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    11/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Arus Ulang Alik (AU)

    Bekalan elektrik daripada stesen janakuasa ke rumah, sekolah, kilang dansebagainya mempunyai ciri aliran arus yang berlainan. Arah aliran arus ini sentiasabertukar fasa dari positif ke negatif dan sebaliknya berulang-ulang. Arus seperti inidinamakan arus ulang alik (AU). Rajah 1.5 menunjukkan gelombang arus ulangalik. Bentuk gelombang seperti inidikenali sebagai gelombang sinus.

    Perubahan arah aliran arus ulangalik disebabkan oleh perubahankekutuban punca voltan secaraberselang-seli. Rajah 1.9menunjukkan bahawa nilai arusmeningkat dari sifar ke maksimumpada fasa positif dan kemudianmenurun ke sifar. Seterusnya, nilaiarus ini akan menuju tahapmaksimum pada fasa negatif dankemudian kembali ke sifar.

    Aktiviti: Buat bacaan lanjutan untuk mendapatkan maklumat lanjutmengenai jenis-jenis gelombang arus ulang alik selain daripada gelombang sinus.

    c. Hukum ohm

    Hukum ini menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui satu beban dalamtertutup adalah berkadar terus dengan voltan (V) yang merentasi beban danberkadar songsang dengan rintangan (R) beban tersebut dengan syarat suhunyatetap. Hubungan V, I dan R ini dinyatakan oleh formula berikut:

    di mana:I dalam ampere, V dalam volt dan R dalam ohm.

    Rajah 1.10 boleh membantu anda mengingati formula tersebut.

    Contoh Pengiraan:

    Rajah 1.9 Gelombang Arus Ulang Alik

    0

    Arus (I)

    Masa (t)

    maksimum positif

    maksimum negatif

    VI =

    R

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    12/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Contoh 1:

    Hitung arus yang mengalir melalui beban 24 jika sebuah bateri 12 V

    disambung merentasinya.

    Penyelesaian:

    Diberi : V = 12V, R= 24

    VFormula: I =

    R12V

    Oleh itu, Arus (I) =

    24

    = 0.5 A

    Contoh 2:

    Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 12 V dan arus yangmengalir melaluinya ialah 0.4 A. Berapakah nilai rintangan bebantersebut?

    Penyelesaian:

    Diberi: V = 12 V, I = 0.4 A

    VFormula: R =

    I12V

    Oleh itu, Rintangan (R) = = 30 ohm0.4 A

    d. Litar Siri dan SelariDalam tajuk ini anda akan pelajari jenis-jenis litar elektrik dan ciri-ciri penting setiap

    jenis litar. Anda juga akan mempelajari cara menganalisis suatu litar khususnya yangberkaitan dengan tiga kuantiti elektrik yang telah dipelajari dalam Tajuk 3.1. FormulaHukum Ohm juga akan digunakan dalam tajuk ini.

    Sesetengah pelajar mendapati tajuk ini membingungkan kerana banyak perkarayang perlu diberi perhatian dan melibatkan kerja-kerja pengiraan. Pada hakikatnya,tajuk ini tidaklah sukar untuk dipelajari. Sebagai langkah pertama, anda perlumemahami ciri-ciri litar siri dan selari termasuk yang berkaitan dengan kuantiti-kuantiti elektrik. Langkah seterusnya ialah memahami cara bagaimana sekumpulanbeban dalam suatu litar disambung adakah ianya disambung secara siri atauselari. Kemudian membuat analisis atau pengiraan kuantiti-kuantiti mengikut jenislitar yang terlibat. Sebagai permulaan, mari pelajari apakah yang dimaksudkan

    dengan litar elektrik.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    13/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Litar elektrik ialah laluan untuk arus mengalir daripada sumber elektrik, kepada satuatau lebih beban dan kembali semula ke sumber bekalan melalui dawai pengalir.Anda boleh rujuk Rajah 4 .

    Sumber elektrik mempunyai daya gerak elektrik yang mewujudkan beza upayamerentasi beban supaya arus dapat mengalir dalam litar apabila suis di tutup. Satucontoh litar yang asas adalah terdiri daripada sel, wayar, suis, dan mentol.

    Penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan harian adalah bergantung kepada litarelektrik. Tenaga elektrik dapat dimanfaatkan jika ianya ditukar kepada bentuk tenagalain seperti tenaga cahaya, haba, bunyi dan sebagainya oleh beban dalam suatulitar. Contoh beban ialah perintang, mentol, elemen pemanas, pembesar suara dansebagainya. Setiap beban mempunyai rintangan.

    Sekarang mari pelajari istilah-istilah penting berkaitan dengan litar elektrikasas.

    Litar terbuka

    Litar terbuka Rajah 1.11 ialah litar yang terputusdan tidak lengkap. Arus tidak dapat mengalirmelalui litar terbuka. Oleh itu, beban tidak boleh

    berfungsi.

    Sebab-sebab litar terbuka:(a) suis terbuka(b) wayar terputus(c) beban terbakar (d) sambungan yang longgar

    Nilai rintangan dalam litar ini adalah infiniti.

    Litar tertutup

    Litar Rajah 1.12 dikatakan litar tertutup.Sambungan antara sumber elektrik denganbeban* adalah lengkap. Arus dapat mengalirdalam litar dan beban dapat berfungsi.Contoh beban ialah:* peintang

    lampualatan-alatan elektrik

    Litar pintas

    Litar pintas berlaku apabila terdapat sentuhan diantara dua wayar terdedah (Rajah 1.13). Arus

    tidak melalui jalan asalnya. (arus mengalir tanpamelalui beban). Keadaan ini menyebabkan arus

    suis

    bebansumber

    elektrik

    pengalir Rajah 1.12: Litar Tertutup

    suis

    bebansumber

    elektrik

    pengalir

    Rajah 1.11: Litar Terbuka

    suis

    bebansumber

    elektrik

    pengalir

    bersentuhan

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    14/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    yang mengalir menjadi terlalu besar kerana wayar pengalir mempunyai rintanganyang sangat rendah. Arus yang terlalu besar boleh meningkatkan suhu wayar. Litarpintas sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan wayar pengalir dankebakaran.

    Litar elektrik ialah laluan untuk pengaliran arus. Ianya terdiri daripada sumberelektrik, wayar penyambung, dan beban atau perintang. Litar elektrik yang mudahterdiri daripada sel, wayar, suis, dan mentol. Litar elektrik penting kerana tanpanyatenaga elektrik tidak dapat digunakan dalam kehidupan harian.

    Litar siri

    Litar siri adalah susunan litar elektrik dengan hanya satu laluan arus. Arus elektriktidak ada jalan lain kerana semua komponen elektrik disambungkan secaraberurutan atau bersiri.

    Sambungan litar siri membolehkan arus mengalir melalui setiap komponen. Aruselektrik tidak dapat mengalir dan litar tidak berfungsi jika mana-mana bahagian padalitar terputus atau terbuka.

    Rintangan dalam litar siri

    Jumlah nilai rintangan bagi perintang yang disambung secara siri dalam satulitar adalah jumlah semua rintangan.Bagi mendapatkan jumlah rintangan dalam litar siri, formula berikut digunakan:

    Rj = R1 + R2 + R3 + + RnRj ialah jumlah rintanganR2 ialah perintang 2

    R1 ialah perintang 1R3 ialah perintang 3

    Contoh:

    Vj

    Ij

    R1

    R2 VR2

    VR1

    Vj

    IR1

    IR2

    Suis, S1

    Rajah 1.14: Litar selari

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    15/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Arus dalam litar siri

    Dalam litar siri, arus yang melalui mana-mana bahagian dalam litar adalah sama.Bagi mendapatkan jumlah arus melalui perintang dalam litar siri, formula berikutdigunakan:

    IJ = I1 = I2 = I3 . In

    Voltan dalam litar siri

    Dalam litar siri, nilai voltan pada setiap perintang akan susut. Kadar susutanbergantung kepada nilai rintangan dalam beban tersebut. Jumlah susutan voltanpada setiap beban itu adalah sama dengan voltan punca bekalan.

    Litar selari

    Litar selari adalah sambungan litar elektrik dengan dua atau lebih laluan arus. Jikasatu laluan terputus, aliran arus masih boleh mengalir melalui laluan yang lain. Oleh

    itu, litar selari digunakan untuk litar elektrik rumah.Bagi mendapatkan jumlah voltan dalam litar, formula berikut digunakan:

    Vj = V1 + V2 + V3 + + Vn

    Rintangan dalam litar selari

    Apabila perintang disambung secara selari, jumlah rintangan dalam litar itu akanberkurangan kerana tendapat lebih laluan arus. Semakin banyak laluan arus,semakin kurang jumlah rintangan. Nilai voltan adalah sama pada setiap laluan arusdalam litar selari.

    Arus dalam litar selari

    Dalam litar selari, terdapat beberapa laluan arus. Kuantiti arus yang mengalir melaluisetiap laluan bergantung kepada nilai rintangan pada laluan yang berkenaan. Jikarintangan laluan itu tinggi, arus yang mengalir berkurangan tetapi jika rintangan iturendah, arus yang mengalir meningkat. Jumlah arus dalam litar selari boleh dikiradengan menggunakan formula berikut::

    Ij = IR1 + IR2 + ..+ IRnIj ialah jumlah arus

    Voltan dalam litar selari

    Dalam sambungan litar selari, nilai voltan pada beban adalah sama dengan nilaivoltan pada setiap laluan arus. litar siri-selari digunakan di dalam radio, televisyen,dan dalam perusahaan elektrik dan elektronikBagi mendapatkan jumlah voltan dalam litar selari, formula benikut digunakan:

    Vj = V1 = V2 = V3

    Contoh pengiraan kuantiti-kuantiti elektrik dalam litar selari

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    16/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Berpandukan Rajah 1.15, tentukan: (i) jumlah rintangan Rj (ii) beza upaya VR1 dan

    VR2 (iii) jumlah arus Ij arus IR1, dan IR2 jika R1 = 20 , R2 = 30 dan Vj = 5V.

    Rajah 1.15 Litar selari

    Penyelesaian:

    Diberi: R1= 20 , R2 = 30 dan Vj = 5 V

    (i) Jumlah rintangan:

    Formula:

    1 1 1 1= + + +

    Rj R1 R2 Rn

    Oleh itu,

    1 1 1 3 + 2= + =

    Rj 20 30 60

    5 1= =

    60 12

    Rj = 12

    (ii) Beza upaya dalam litar selari adalah sama: V1 = V2 = Vj

    Oleh itu, V1 = V2 = 5V

    Vj

    Ij

    R1

    R2

    VR2

    VR1

    Vj

    IR1 IR2

    Suis, S1

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    17/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    (iii) Jumlah arus Ij:Formula: Ij = Vj/Rj

    Oleh itu, jumlah arus, Ij = 5 V/12 = 0.42 A

    Arus I1:Formula: I1 = V1/R1

    Oleh itu, arus I1 = 5 V/20 = 0.25 A

    Arus I2:Formula: I2 = V2/R2

    Oleh itu, arus I2 = 5 V/30 = 0.17 A

    Kebaikan litar selari

    (a) Semua lampu menyala dengan kecerahan yang sama terang.(b) Setiap lampu dan alat elektrik dapat dihidupkan dan dimatikan secara

    berasingan.(c) Kerosakan atau kebakaran sesuatu lampu atau alat elektrik tidak memberi

    sebarang kesan kepada perkakas yang lain.(d) Voltan yang melintasi setiap perkakas elektrik adalah sama.

    Litar siri-selari

    R1

    R2

    R3

    Rajah 1.16 Litar siri selari

    Litar siri-selari merupakan gabungan litar siri dengan litar selari dalam satu litar yangsama. Rajah 1.16 menunjukkan bentuk asas suatu litar siri-selari. Dalam contoh ini,perintang R2 dan R3 bersambung secara selari. Kedua-duanya bersambung secarasiri pula dengan perintang R1.

    Formula berikut digunakan untuk mendapatkan jumlah rintangan dalam litar selari:

    R = R1 X R2 .(1) 1/Rj = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 + 1/Rn .. (2)R1 + R2

    i. Rintangan dalam litar siri-selari

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    18/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Rintangan dalam litar siri-selari dikira berdasarkan sambungan yang dibuat. Untukpengiraan, bahagikan litar siri-selari itu kepada litar siri dan litar selari. Kira rintangandalam litar selari dahulu dan kemudian campurkan nilainya dengan rintangan dalamlitar siri.

    Cari rintangan dalam litar selari dahulu, iaitu jumlah rintangan R2 dan R3 di atas

    Gunakan formula:1 1 1

    = +Rj R2 R3

    1 1 1= +

    Rj 20 20

    1 2=

    Rj 20

    Rj = 20 / 2

    Rj = 10 ohm

    Kemudian campurkan 10 ohm itu dengan rintangan R1 = 5 ohm,oleh itu 10 ohm + 5 ohm = 15 ohm.

    Perbandingan antara litar siri dan litar selari

    Litar siri Litar selari1. Arus yang sama mengalir melalui

    semua perintang.1. Arus yang mengalir melalui setiap perintang

    adalah bergantung kepada rintangan masingmasing.

    2. Beza upaya merentasi setiap perintangR ialah I x R.

    2. Beza upaya yang sama merentasi semuacabang.

    3. Vj = V1 + V2 + V3 + + Vn 3. Ij = 11 + 12 + 13 + .. +In

    4. Rj = R1 + R2 + R3 + + Rn 4. 1/Rj = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 + ... +1/ Rn

    Litar siri-selari

    Litar siri-selari terdiri daripada litar siri dan litar selari yang digabungkanbersama. Rajah 17 menunjukkan contoh cara tiga perintang dapat digabungkandalam litar siri-selari.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    19/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    (a) (b)

    Rajah 1.17 Gabungan tiga perintang dalam litar siri selari

    Untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan setara litar siri-selari, langkah berikutboleh diikuti:

    (a) kenal pasti kumpulan perintang yang bersiri dan selari.(b) gunakan formula untuk menentukan nilai setara rintangan siri dan rintangan

    selari (RjA dan RjB).(c) gabungkan RjA dan RjB untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan Rj.

    Contoh 6:

    Jika R1= 2, R2= 2, R3 = 4, R4 = 4 dan R5 = 3 hitungkan nilai jumlah rintangan

    bagi litar Rajah 18(a) dan 18(b).

    Rajah 1.18(a) Rajah 1.18(b)

    Penyelesaian

    (a) Diberi: R1 = 2, R2 = 2, R3 = 4 dan R4 = 4

    Formula: Rj = RjA + RjB1/RjA = 1/R1 + 1/R2

    R1 R2 2 X 2

    Rintangan setara: RjA = ----------- = ----------- = 1

    R1 + R2 2 + 2

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    20/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    3.4.3 Komponen komponen Asas Sambungan Litar Elektrik

    Suis

    1. Dalam penyambungan litar, suis digunakan untuk menyambung ataumemutuskan aliran arus elektrik. Suis juga digunakan untuk menukar aliranarus melalui berbagai-bagai litar. Suis disambung secara bersiri kepadabeban dalam litar dan dipasang pada wayar hidup.

    2. Terdapat berbagai-bagai suis, antaranya ialah suis pisau dan suis togol.

    Suis pisau

    Suis pisau biasanya digunakan untuk penyambungan litar voltan rendah sahajaseperti membuat eksperimen di makmal. Contoh suis pisau mengikut kegunaan

    tertentu adalah seperti berikut:

    Untuk mengawal hanya satu litar sahaja.

    Untuk mengawal dua litar yang disambung kepada satu punca.

    Untuk mengawal dua litar berlainan pada masa yang sama.

    Untuk mengawal dua litar yang disambung kepada dua punca berasingan padamasa yang sama.

    Diminta rujuk pensyarah ketika menjalankan aktiviti ini.

    Aktiviti

    Penyambungan litar siri, selari, dan siri-selari bersuis

    Alatan dan bahan:

    Bekalan elektrik 6V A.T. wayar penyambung, 9 biji mentol 6volt pemegang mentol, 3suis pisau satu kutub satu anah, dan 3 papan litar.

    Langkah:

    (a) Sambungkan litar siri bersuis seperti Rajah 19 di bawah.

    (b) Buat penyambungan litar selari bersuis berpandukan Rajah 2 dibawah.

    (c) Buat penyambungan litar siri-selari bersuis berpandukan Rajah 3 dibawah.

    (a) Litar siri(b) Litar selari

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    21/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    (c) Litar siri-selari

    (d) Tutup ketiga-tiga suis pada litar siri, litar selari, dan litar siri-selari.(e) Perhatikan kecenahan mentol pada ketiga-tiga jenis penyambungan

    litar.

    (f) Isikan pemerhatian anda dalam lajur yang disediakan denganperkataan cerah, sederhana cerah, atau malap.

    1. Berapakah jumlah rintangan bagi litar siri-selari yang ditunjukkan dibawah?

    2. Jika mentol Z dalam rajah di bawah terbakar, mentol manakah yangakan terus menyala?

    Latihan

    Aktiviti 1.

    Anda dikehendaki memahami konsep aasas elektrik dan menghitung kuantiti arus,voltan dan rintangan dalam liatar siri dan selari.

    Kuantiti Simbol Unit

    Cas

    Arus

    Voltan

    Rintangan

    Aktiviti 2

    Senaraikan perbezaan antara arus terus dan arus ulang alik.

    Perbezaan Arus terus Arus ulang alik

    Sumber

    Pengaliran arus

    Bentuk Gelombang

    Kebaikan

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    22/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Aktiviti tutorial

    Tutorial

    Anda diminta menyediakan jawapan bagi soalan berikut ketika bertemu denganpensyarah pembimbing anda.

    1. Mengikut pengalaman anda, beri satu contoh aktiviti di mana andamengingkatkan kesedaran unsur keselamatan dalam sebuah bengkel.Bincangkan.

    2. (a) Huraikan kosep struktur atom and hubungannya dengan penebat danpengalir.

    (b) Bagaimanakah konsep ini memberi implikasi terhadap pengajaran

    dan pembelajaran elektrik?3. Selaku guru KH, terangkan cara penyambungan meter pelbagai di

    dalam litar untuk mengukur voltan, rintangan dan arus , kepadamurid.

    Rumusan

    1. Litar buka ialah litar yang tidak lengkap dan terputus.Arus elektriktidak dapat mengalir melaluinya.

    2. Litar tutup ialah litar yang lengkap dan arus elektrik dapat mengaliurmelaluinya.

    3. Litar pintas berlaku apabila arus mengalir secara terus dalam litartanpa melaui beban atau jalan asalnya. Litar pintas sangat berbahaya

    kerana boleh merosakkan komponen dan menyebabkan kebakaran.4. Litar siri aadalah susunan litar elektrik dengan hanya satu laluan arus.

    Arus yang mengalir dalam litar siri adalah sama pada mana-manabahagian dalam litar.

    5. Litar selari adalah sambungan litar elektrik yang mempunyai dua ataulebih laluan arus elektrik. Jika satu laluan terputus, aliran arus masihboleh mengalir melalui lauan yang lain.

    6. Litar siri selari adalah gabungan litar siri dan litar selari. Litar siri selaridigunakan dalam kebanyakan perkakas seperti radio dan televisyen.

    7. Suis digunakan dalam litar untuk menyambung atau meutuskan aliranarus elektrik. Suis disambung secara bersiri kepaada beban dandipasang pada wayar hidup.

    8. Voltmeter digunakan untuk mengukur daya gerak elektrik (d.g.e.)atau beza upaya di antara dua titik dalam unit volt. Voltmeter mestidisambungkan secara selari dengan beban.

    Bacaan Asas

    Yahya Emat (1989). Prinsip Elektrik. Kuala Lumpumpur: Dewan Bahasa danPutaka.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Buku Teks Kemahiran Hidup

    Bersepadu Tingkatan 1 , 2, 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    23/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Rujukan

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Pengajian Kejuruteraan Elektrik danElektronik : Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Stephen W. F. & Dale, R. P. (1984). Electricity and Electronics. New Jersey:Prentice Hall.

    1.3 Sumber Tenaga Elektrik

    Selain daripada keperluan asas untuk hidup, manusia inginmeningkatkan keselesaan hidup. Bagi mencapai keinginan ini,pelbagai barangan termasuk perkakas dan peralatan elektrik danelektronik telah direkacipta. Perkembangan ini menyebabkanpermintaan terhadap tenaga elektrik meningkat dan menjadi semakinpenting. Di samping barangan pengguna, tenaga elektrik juga perludalam bidang industri dan perniagaan. Dalam tajuk ini anda akanbelajar mengenai pelbagai cara menghasilkan tenaga elektrik.

    Tenaga elektrik boleh dihasilkan daripada beberapa sumber tenaga lainseperti cahaya, haba, dan kimia. Tenaga elektrik untuk kegunaan harianbanyak dihasilkan dengan tindakan kimia dan kemagnetan. Berikut adalahbeberapa cara menjana tenaga elektrik

    Tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui proses

    a. Tindakan kimiab. Tindakan Kemagnetan

    c. Tindakan Cahayad. Tindakan Habae. Tindakan Tekananf. Tindakan Geseran

    a. Tenaga elektrik daripada tindakan kimia

    I. Terdapat sel kering dan sel basahii. Sel kering

    Rajah 1.19 Sel Kering

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    24/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    a. Digunakan untuk alat-alat yang tidak memerlukan tenaga elektrik yangbanyak .

    b. Apabila sel kering digunakan, tindakan kimia berlaku di dalam sel.c. Voltan sel kering yang biasa ialah 1.5 volt.d. Sel kering boleh didapati dalam berjenis bentuk dan saiz.e. Jenis arus elektrik sel kering ialah arus terus.

    f. Selbasah

    Rajah 20 Sel basah

    a. Sel basah dapat menghasilkan tenaga elektrik yang banyak.b. Sel asid plumbum ialah sejenis sel basah.c. Bekas sel basah dibuat daripada plastik atau getah.d. Plat positif berbilangan ganjil dan plat negatif berbilangan genap.e. Voltan sel asid plumbum biasa ialah 2 volt.

    f. Sel basah boleh dicas apabila tenaga elektrik menjadi lemah.g. Apabila paras elektrolit berkurangan, boleh dipenuhkan dengan air

    suling.h. Bacaan meter tumpat kurang daripada 1.2 menunjukkan sel itu perlu

    dicas semula.

    b. Tenaga elektrik daripada kemagnetan:

    i. Arus elektrik boleh dijanakan apabilaa. satu pengalir memotong medan magnet yang tidak bergerak

    b. medan magnet bergerak memotong pengalir yang tidakbergerak

    ii. Arus yang dihasilkan boleh ditambahkan sekiranya

    a. magnet yang lebih kuat digunakanb. bilangan lilitan pengalir ditambahc. kelajuan pemotongan di antara pengalir dengan medan magnet

    ditambah

    iii. Penghasilan arus melalui aruhan ialah prinsip yang digunakan diDalam sebuah dinamo:

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    25/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Rajah 21 Dinamo basikal

    a. Roda berpusing di dalam dinamo memutarkan magnetb. Putaran ini mengaruhkan tenaga elektrik di dalam gelung dawai yang

    dililit di sekeliling teras besic. Teras besi meningkatkan lagi arus yang dijanakand. Arus yang dijanakan oleh dinamo adalah arus ulang alik

    c. Tenaga elektrik daripada cahaya

    i. Sedikit arus elektrik terhasil apabila cahaya memancar ke ataspermukaan bahan tertentu seperti kalium, natrium, selenium dankalsium.

    ii. Tenaga elektrik yang dihasilkan seperti ini digunakan di dalamsatelit.

    iii. Sel solar digunakan untuk menukar cahaya daripada mataharikepada tenaga elektrik.

    iv. Sel-sel solar digunakan dalam kalkulator dan kamera.

    Rajah 21 Sel Solar

    a. Tenaga elektrik daripada haba:

    i. Arus elektrik boleh dihasilkan oleh dua logam berlainan yangdibelit dan dipanaskan.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    26/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    ii. Alat ini disebut termokupel dan digunakan sebagai termometeruntuk menyukat suhu haba dalam relau gas automatik dan oven.

    b. Tenaga elektrik daripada tekanan

    i. Sedikit arus elektrik boleh dihasilkan apabila tekanan dikenakanpada sejenis hablur seperti kuartz dan garam Rochelle .

    ii. Kuasa elektrik yang dihasilkan bergantung kepada banyaknyatekanan dikenakan ke atas hablur yang terkapit di antara dua platlogam.

    iii. Prinsip ini digunakan dalam alat penyala gas, alat pemain piringhitam dan mikrofon.

    Jangka

    galvani

    Rajah 22 Tenaga elektrik daripada tekanan

    c. Tenaga elektrik daripada geseran:

    i. Apabila benda-benda tertentu seperti getah keras, kaca, lilin, bulubinatang dan nilon digeserkan, elektron berpindah dari satu bahan kebahan yang lain.

    ii. Bahan yang menerima elektron itu menjadi cas negatif dan yang

    menghilangkan elektron menjadi cas positif.iii. Apabila dua bahan yang berlainan cas disambungkan, cas elektrik

    bergerak.iv. Pergerakan cas elektrik ini dipanggil elektrik statik.

    Rajah1.23Tenaga elektrik daripada geseran

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    27/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Latihan

    1. Nyatakan perbezaan antara sel primer dan sel sekunder

    Sel Primer Sel Sekunder

    2. Apakah tenaga yang terhasil apabila arus mengalir melalui elemenpemanas?

    3. Apakah sebuah motor elektrik berputar, apakah tenaga yangdihasilkannya?

    4. Apakah tenaga yang terhasil daripada diod pemancar cahaya?

    Tutorial

    Anda diminta mengenal pasti jenis-jenis sumber tenaga dan senaraikan dalambentuk pengurusan grafik.

    Rumusan

    Setelah selesai anda mempelajari tajuk ini adalah diharapkan anda telah mencapaihasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Anda dapat mengenal jenis jenis sumbertenaga. Tajuk ini juga menjelaskan konsep tenaga elektrik yang boleh ditukar kepadatenaga yang lain seperti haba, cahaya, bunyi dan mekanik. Tenaga elektrik bolehdihasilkan daripada sumber tenaga lain seperti geseran, tindakan bahan kimia,cahaya, tekanan, haba dan kemagnetan. Adalah dinasihatkan agar anda dapatmemahami konsep ini untuk tajuk seterusnya.

    Bacaan Asas

    Yahya Emat (1989). Prinsip Elektrik. Kuala Lumpumpur: Dewan Bahasa danPutaka.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Buku Teks Kemahiran HidupBersepadu Tingkatan 1 , 2, 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    28/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Rujukan

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Pengajian Kejuruteraan Elektrik danElektronik : Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Stephen W. F. & Dale, R. P. (1984). Electricity and Electronics. New Jersey:Prentice Hall.

    1.4 Komponen Elektronik

    Sebagai seorang pelajar baru dalam bidang elektrik dan elektronik, andamungkin kebingungan apabila melihat komponen-komponen yang terdapatpada satu papan litar. Anda mungkin tertanya-tanya tentang apakah nama,

    kegunaan, binaannya dan pelbagai soalan lain mengenai komponen-komponen berbagai-bagai itu. Dalam tajuk ini anda akan diperkenalkandengan jenis, simbol dan fungsi beberapa komponen elektronik.

    Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasifdan komponen aktif. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidakmenyumbang kepada gandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianyatidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasifialah perintang, pemuat dan pearuh.

    Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan angandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan

    pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibinamenggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialahtransistor, diod dan litar bersepadu.

    1.4.1 Komponen Pasif

    a. Perintang

    Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litarelektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litarkerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagivoltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit

    untuk menyukat rintangan ialah ohm ().

    Terdapat dua jenis perintang:

    Perintang tetap perintang yangmempunyai nilai rintangan yang tetap

    Perintang boleh ubah perintang yangnilai rintangannya boleh diubah-ubah

    Contoh perintang tetap dan boleh ubah

    serta simbol skematiknya ditunjukkan dalamRajah 1. 25.Rajah 24: Contoh-contoh Perintang

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    29/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Nilai perintang tetap dinyatakan dalam bentuk kod warna. Suatu perintangtetap jenis karbon biasanya ditandakan dengan 4 atau 5 jalur warna padabadannya. Mari kita pelajari cara menterjemah kod warna perintang yangterdiri daripada 4 jalur warna.

    Rajah 1.25 menerangkan maksud jalur-jalur warna dan nombor yang diwakilioleh setiap warna.

    Warna

    Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4Digit

    PertamaDigit Kedua Pendarab Had Terima

    Hitam 0 0 100 1 1%

    Perang 1 1 101 10 2%

    Merah 2 2 102 100

    Oren 3 3 103 1000

    Kuning 4 4 104 10000

    Hijau 5 5 105 100000

    Biru 6 6 106 1000000

    Ungu 7 7 107 10000000

    Kelabu 8 8 108 100000000

    Putih 9 9 109 1000000000

    Emas 10-1 0.1 5

    Perak 10-2 0.01 10

    Tiadawarna

    20

    Contoh: Terjemahkan kod warna perintang berikut:

    hijau hitam kuning emas5 0 104 5%

    Rajah 1.25: Kod Warna Perintang

    Jalur 1 - mewakili digit pertamaJalur 2 - mewakili digit keduaJalur 3 - mewakili nilai pendarabJalur 4 - mewakili had terima

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    30/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Penyelesaian:

    Berdasarkan Rajah 1.25:

    Warna hijau mewakili nombor 5Warna hitam mewakili nombor 0Warna kuning mewakili pendarab 104 atau 10000Warna emas mewakili had terima 5%

    Oleh itu, nilai rintangan = (50 X 10000) 5%

    = 500000 5%

    nilai had terima = 500000 X 5% = 25000

    Maka,

    Had terima maksimum = 500000 + 25000 = 525000

    = 525 kHad terima minimum = 500000 25000 = 475000

    = 475 k

    b. Pemuat

    Pemuat merupakan satu komponen pasifyang dapat menyimpan cas elektrik. Iaboleh dicas dan dinyahcas. Jenis dansimbol pemuat ditunjukkan dalam rajah

    1.26.

    Pemuat mampu menghalang aliran arusterus apabila ianya dicas sepenuhnya.Sebaliknya pemuat membenarkan arusulangalik mengalir dalam litar.

    Binaan Pemuat

    Pemuat dibina daripada dua plat pengalir yangdipisahkan oleh bahan dielektrik seperti ditunjukkan

    dalam rajah 1.27. Bahan dielektrik adalah jenis penebatelektrik seperti udara, kertas, mika, dan seramik.

    Jenis Pemuat

    Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalambanyak rupa bentuk dan saiz. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor bolehdibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.

    Pemuat tetap

    Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis ini ada yangberkutub seperti pemuat elektrolitik. Anda perlu pastikan pemuat berkutub

    Jenis pemuat Simbol

    Rajah 1.26: Jenis dan simbolpemuat

    Rajah 1.27: Binaanpemuat

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    31/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    disambung pada kekutupan yang betul. Pemuat tetap jenis tidak berkutub sepertipemuat seramik, mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkirakekutupan sambungannya.

    Pemuat boleh ubah

    Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. Nilaikemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yangberkesan atau jarak antara plat.

    Kemuatan

    Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam kemuatan, C.Unit bagi kemuatan ialah farad, F. Nilai kemuatan sesuatu pemuat dinyatakan padabadan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut:

    Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat

    Nilai dinyatakan menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit

    Cara menterjemah nilai pemuat yang dinyatakan dengankod nombor ditunjukkan dalam contoh berikut:

    Kod nombor bagi pemuat dalam rajah 28 ialah 102. Dua digitpertama kod ini adalah nombor asas dan digit ketiga ialahpendarab. Jadi, nilai yang dinyatakan oleh 102 dalam rajah28 ialah:

    10 X 102 = 1000 piko Farad = 10 nano Farad = 0.001 mikro Farad.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat ialah:

    luas permukaan plat jika luas permukaan plat bertambah, nilai

    kemuatan juga bertambah; jarak di antara dua plat jika jarak di antara plat bertambah, nilai

    kemuatan akan berkurangan; jenis bahan dielektrik bahan dielektrik yang berbeza mempengaruhi

    nilai kemuatan sesuatu pemuat

    Penggunaan pemuat :

    Jenis Litar Penggunaan pemuatLitar Penapis Mengurangkan voltan riak atau meratakan gelombang untuk

    mendapatkan voltan malar

    Litar motor Pembaik faktor kuasa litarMengurangkan kesan gangguan hingar kepada alatan lain

    Litar penalaan Menentukan kadaran frekuensi penjana dan frekuensi radio

    Spesifikasi pemilihan pemuat

    Rajah 1.28: Kodnombor

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    32/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Semasa memilih sesuatu pemuat untuk menyediakan sesuatu projekelektronik, spesifikasi berikut perlu diberi perhatian:

    Spesifikasi Keterangan

    Nilai kemuatan Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakankod tercetak atau kod warna pada badan pemuat

    Had terima pemuat Had terima menunjukkan kejituan julat nilai sebenarpemuat iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimum

    Voltan kerja Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima olehpemuat sebelum pecah tebat dielektrik dilampaui.

    Pearuh / Gelung / Induktor

    Pearuh dibina daripada dawai pengalir yang dililit dalam bentuk gegelung.Rajah 1.29 menunjukkan simbol skematik pelbagai jenis pearuh. Nilai

    kearuhan sesuatu pearuh disukat dalam unit Henry, H. Kebanyakan pearuhmempunyai rintangan yang rendah. Pearuh menentang arus ulang-alik.Penentangan ini dinamakan regangan induktif, XL. Ianya biasa digunakanuntuk menghasilkan voltan aruhan.

    1.4.2 Komponen Aktif

    Diod

    Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah.

    Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-P dan jenis-N.

    Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+)

    sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Rajah 13menunjukkan diod simpang dan simbol skematiknya.

    Bahagian katod ditandakan dengan satu gelang yang tercetak berhampiran

    dengannya. Satu fungsi penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang alik kepada arus

    terus.

    Teras udara Pearuh prasetPearuh boleh ubahTeras besiTeras ferit

    Rajah 1.29: Simbol skematik jenis-jenispearuh

    Rajah 1.30: Diod simpang dan simbolskematik

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    33/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus

    apabila mendapat pincang balikan. Lihat rajah 31

    Diod pemancar cahaya (LED)

    Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat

    memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada

    anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala.

    LED biasa digunakan sebagai penunjuk.

    LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V).

    Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan

    arus berlebihan mengalir melaluinya. Rajah 1.32 menunjukkan bentuk fizikal dan simbol skematik LED.

    Ada tiga cara untuk menentukan kaki LED:

    a. Kaki yang hampir dengan permukaan rata adalah katod, danyang jauh adalah anod.

    b. Bagi LED yang baru, kaki anod lebih panjang dari kaki katodc. Hujung kaki berbentuk bendera (di dalam badan LED) adalah

    katod

    Transistor (Simpang DwiKutub) - BJT

    dicipta pada 1948

    membuka era baru dalam bidang elektronik

    sumbangan transistor kepada bidang elektronik:

    litar menjadi lebih kecil

    litar beroperasi tanpa kuasa pemanas menjimatkantenaga

    menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah

    peralatan elektronik lebih tahan lasak

    Binaan dan Simbol transistor BJT

    pincang hadapan pincang balikan

    Rajah 31 Cara memincang diod

    Rajah 32: Bentuk fizikal dan simbol skematik LED

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    34/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Terdapat dua jenis transistor BJT

    PNP --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapitoleh bahan separa pengalir jenis-P

    NPN --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapitoleh bahan separa pengalir jenis-N

    Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis transistor dalam rajah 33

    setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki

    (pin)

    nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1:

    Nama Kaki Fungsitapak (base B) mengawal arus pemungut

    pengeluar (emitter E) membekalkan cas-cas kepada pemungut

    pemungut (collector C) mengumpulkan cas daripada pengeluar

    Memincang Transistor

    Memincang Transistor NPN

    Cara memincang transistor NPN dengan betul ditunjukkan

    dalam rajah 1.33.

    Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan yang disambungkepada setiap kaki transistor. (Kesilapan semasa membuat sambungan iniakan menyebabkan transistor rosak atau tidak berfungsi).

    pengeluar dan dasar --- pincang hadapan

    pemungut dan pengeluar --- pincang balikan

    Rajah 1.33: Struktur asas dan simbol skematiktransistor

    Simbol Struktur transistor PNP Simbol Struktur transistor NPN

    pengeluar pengeluar

    dasardasar

    Jadual 1: Nama dan fungsi kaki transistor BJT

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    35/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Kendalian transistor NPN apabila dipincang dengan betul dapat diterangkan sepertiberikut:

    Lapisan tapak sangat nipis (0.0025 cm) dan mempunyai sedikit sahajalohong

    Lapisan pengeluar dan pemungut lebih tebal dan mempunyai lebih banyakelektron.

    Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul (seperti dalam

    rajah 34), proses berikut akan berlaku:

    Elektron dari sumber bekalan VBE akan menolak elektron pada pengeluar ke arahsimpang. Sebahagian kecil daripada elektron ini diresap oleh lohong di dalam tapakmanakala majoriti elektron di tarik masuk ke dalam pemungut kerana kesan tarikancas positif punca bekalan VCE. Pergerakan elektron ini menghasilkan aliran arustapak (IB), arus pemungut (IC) dan arus pengeluar (IE). Sejumlah 1 - 5% arus IEmengalir ke tapak menjadi arus tapak, IB dan 95 - 99% arus IE mengalir ke pemungutmenjadi arus pemungut, IC. Pertalian matematik bagi IE, IB dan IC ialah

    IE = IB + IC

    E

    B

    C

    Rajah 1.34: Cara memincang transistorNPN

    VCE

    pincang balikanpincang hadapan

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    36/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Memincang Transistor PNP

    cara memincang transistor PNP dengan betul ditunjukkan dalam rajah 1.35

    Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan yang disambung kepada

    setiap kaki transistor. Kaki pengeluar (E) disambung kepada punca bekalanpositif VBE, pemungut (C) disambung kepada punca bekalan negatif VCE.(Kesilapan semasa membuat sambungan ini akan menyebabkan transistor rosakatau tidak berfungsi).

    Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul (sepertidalam rajah 1.35), proses berikut akan berlaku:

    Lohong pada pengeluar ditolak ke arah simpang oleh sumberbekalan VBE. Sebahagian kecil daripada lohong bergerak kepunca bateri VBE melalui tapak. Manakala majoriti lohong disimpang di tarik masuk ke dalam pemungut kerana kesantarikan cas negatif punca bekalan VCE. Pergerakan lohong inimenghasilkan aliran arus tapak (IB), arus pemungut (IC) dan aruspengeluar (IE).

    Merujuk kepada rajah 35, perhatikan bahawa:

    arus dalaman transistor melibatkan pengaliran lohong arus luaran transistor melibatkan pengaliran elektron

    Fungsi Transistor

    Transistor berfungsi sebagai suis elektronik Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk

    menggandakan arus, voltan atau kuasa

    E C

    B

    Rajah1.35: Cara memincang transistor PNP

    pincang hadapan pincang balikan

    arus lohong

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    37/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Transistor sebagai suis

    Rajah 1.36 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi sebagai suis.

    Apabila suis S1 terbuka, simpang pengeluar-pemungut mempunyai rintangan yangsangat tinggi dan menyebabkan transistor berada dalam keadaan tidak beroperasi.Keadaan ini menyebabkan arus yang mengalir dari pengeluar ke pemungut menjaditerlalu kecil. Kesannya, tiada output dari transistor dihasilkan dan lampu dalam litaroutput tidak menyala.

    Apabila suis S1 ditutup, arus dapat mengalir dalam litar input dan menyebabkanrintangan simpang pengeluar-pemungut berkurangan. Ketika ini transistor beroperasi

    dan menyebabkan arus besar mengalir dalam litar output. Aliran arus outputmenyebabkan lampu menyala dan transistor bertindak sebagai suis tutup.

    Kesimpulannya:

    Transistor akan offjika tapak-pengeluar tidak dipincang hadapanVoltan yang mengawal arus tapak menentukan nilai arus output

    Transistor sebagai penguat (amplifier)

    Rajah 1.37 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi sebagai penguat.

    Rajah 1.36: Transistor sebagai suis

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    38/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Isyarat input a.u. sebesar 0.02V p-p dikenakan kepada tapak transistor Q1. Isyaratoutput yang dihasilkan adalah sebanyak 3V p-p (disukat menggunakan osiloskop).Gandaan voltan, AV a.u. yang diperolehi dari litar tersebut ialah :

    AV = (V keluar) /(V masuk)= 3V p-p/0.02V p-p= 150

    Ini bermakna transistor Q1 mempunyai faktor penguatan sebanyak 150 kali ganda.

    Litar Bersepadu (IC)

    Litar bersepadu ialah komponen yang mengandungi transistor

    perintang, kapasitor, diod yang disepadukan menjadi sekeping cip.

    IC boleh dikelaskan dengan berbagai cara (seperti bentuk pakej,

    bilangan komponen - LSI, VLSI, dsb.).

    Pemproses mikro adalah satu jenis IC yang sangat besar dari segibilangan komponen yand ada di dalamnya. (Contoh: IC Pentium IIImengandungi 6 juta transistor di dalamnya).

    IC juga boleh dikategorikan sebagai:

    IC analog - seperti amplifierradio

    IC digital - litar pensuisan 'on'atau 'off'

    Contoh pakej IC ditunjukkan dalam

    rajah 1.38. Rajah 39 pula menunjukkan fungsi pin

    IC 555 dan simbol skematiknya.

    Rajah 1.38: Contoh pakej IC

    Rajah 1.39 Fungsi pin dan simbol skematik IC 555

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    39/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Bahan

    Bongkah Penyambung

    Bongkah penyambung (rajah 1.40) digunakan untuk menyambung dawai

    dan komponen elektronik dalam pemasangan projek. Kelebihan menggunakan bongkah penyambung dalam pemasangan

    projek ialah pemasangan komponen boleh diubah-ubah dengan mudah. Alat tangan yang diperlukan untuk memasang komponen kepada

    bongkah penyambung ialah pemutar skru mata rata bersaiz kecil ataupena ujian sahaja.

    Aktiviti Tutorial

    TutorialTerangkan aktiviti yang dapat dijadikan sebagai satu alat bantu mengajaryang melibatkan salah satu daripada cara-cara menghasilkan tenaga elektrik.

    Masa Rehat

    Rajah 1.40: Bongkah penyambung.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    40/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Latihan:

    1. Lengkapkan maklumat mengenai komponen-komponen dalam jadualberikut:

    NamaKomponen Bentuk Fizikal SimbolSkematik Fungsi

    Perintang tetap

    Perintang bolehlaras

    Suis togel

    SPST

    Pemuatelektrolitik

    TransistorCS9012

    Transistor

    CS9013

    Perintang pekacahaya (LDR)

    Buzer

    Diod simpang

    Diod pemancarcahaya (LED)

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    41/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Aktiviti Tutorial

    Tutorial

    1. Mengapakah nilai had terima maksimum dan minimum suatu perintangperlu diketahui?

    2. Apakah yang dimaksudkan dengan giga (G), mega (M), kilo (k), mili, (m),

    mikro (), nano (n) dan piko (p) apabila digunakan untuk menyatakan nilai

    bagi sesuatu kuantiti elektrik?

    3. Terjemahkan dan kirakan nilai had terima maksimum dan minimum bagi kodwarna perintang berikut:

    a. Perang Hitam Merah Emasb. Oren Ungu Merah Emasc. Kuning Hitam Emas Emas

    4. Berikan kod warna bagi perintang-perintang berikut:

    a. 47k 20%

    b. 22k 10%

    c. 10k 50%

    d. 47 20%

    e. 4.7 50%

    5. Terjemahkan kod nombor berikut seperti yang tercatat pada pemuat seramik:

    a. 103b. 104c. 474

    5. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai rintangan sesuatu perintang.

    Rumusan

    1. Jumlah rintangan dalam litar siri adalah hasil tambah setiap rintangandalam litar tersebut.

    2. Jumlah rintangan dalam litar selari adalah lebih kecil daripada nilairintangan yang terkecil dalam litar tersebut.

    3. Nilai rintangan bagi sesuatu perintang bergantung kepada kod warnaperintang dan juga kod tercetak.

    4. Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagiperintang.

    5. Saiz perintang menunjukkan kadar kuasa maksimum yang bolehditerima oleh perintang.

    6. Perintang yan mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan

    rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    42/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Bacaan Asas

    Yahya Emat (1989). Prinsip Elektrik. Kuala Lumpumpur: Dewan Bahasa danPutaka.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Buku Teks Kemahiran HidupBersepadu Tingkatan 1 , 2, 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Rujukan

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Pengajian Kejuruteraan Elektrik danElektronik : Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Stephen W. F. & Dale, R. P. (1984). Electricity and Electronics. New Jersey:Prentice Hall.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    43/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    1.5 Penyambungan, Pemasangan dan Pengujian Projek

    Dalam Tajuk 1.4 anda telah mempelajari jenis, simbol skematik dan kegunaankomponen-komponen elektronik. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari cara-

    cara bagaimana simbol-simbol tersebut dapat disatukan untuk menghasilkanlukisan litar. Lukisan litar yang akan dipelajari ialah rajah blok, rajah litarbergambar, rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak (PCB).

    a. Lukisan Litar

    Rajah Blok

    Rajah ini terbina daripada blok-blok berlabel yang mewakili suatu litar atauperingkat. Setiap blok litar atau peringkat dilabelkan berdasarkan fungsinya.Sesuatu blok disambung antara satu sama lain menggunakan garisan-garisan anak panah untuk menunjukkan arah aliran isyarat atau pertalian diantara blok-blok. Rajah 41 menunjukkan contoh rajah blok satu sistem audio.

    Dalam rajah 41, isyarat-isyarat masukan beraras rendah daripada mikrofon diadunoleh PENGADUN AUDIO. Isyarat yang dikeluarkan oleh pengadun (masih berarasrendah) ini kemudian dimasukkan pula kepada PENGUAT KUASA AUDIO. Penguat inimengeluarkan isyarat beraras tinggi yang dapat membunyikan pembesar suara. UNIT

    BEKALAN KUASA menukarkan bekalan voltan arus ulang alik kepada voltan arusterus yang diperlukan oleh sistem tersebut.

    Rajah blok amat berguna untuk menerangkan sesuatu sistem yang kompleks denganmudah. Ianya juga menunjukkan pertalian di antara peringkat-peringkat dalam suatusistem elektronik. Rajah blok juga memudahkan kerja-kerja mengesan kerosakan.Contonya, jika tiada isyarat keluaran daripada pembesar suara sedangkan isyaratkeluaran daripada pengadun dapat dikesan, maka bahagian yang mungkin rosak ialahsama ada penguat kuasa atau pembesar suara. Dengan demikian, hanya bahagianpenguat kuasa atau pembesar suara sahaja yang perlu dibaiki.

    Rajah 1.41: Rajah Blok Sistem Penguat KuasaAudio

    Unit bekalan

    kuasa

    sumber

    bekalan AU

    Penguatkuasa audio

    Pengadunaudio

    pembesar

    suara

    mikrofon 1

    mikrofon 2

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    44/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Rajah Litar Bergambar

    Binaan sesuatu sistem elektronik bolehdipersembahkan dengan menggunakan

    rajah litar bergambar. Dalam rajah inikomponen-komponen dilukiskanmenyerupai bentuk fizikalnya yang sebenar.Rajah 1.42 menunjukkan rajah litarbergambar suatu projek yang di pasangmenggunakan bongkah penyambung.

    Rajah ini sesuai digunakan oleh orang yangbaru menceburi bidang elektronik. Ianyajuga sesuai digunakan untuk membinaprojek elektronik yang kecil dan mudah. Ciripenting rajah ini ialah ianya menunjukkansusun atur fizikal sebenar sesuatu litar.Rajah ini membolehkan kebanyakan orangmemahami suatu litar dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal.

    Rajah Litar Skematik

    Apabila sesuatu projek menjadi semakin besar,litarnya akan menjadi semakin kompleks.Bilangan dan jenis komponen yang terlibat jugabertambah banyak dan berbagai-bagai. Jika

    litar kompleks dilukis menggunakan rajah litarbergambar, ruang yang diperlukan untukmelukisnya lebih besar. Tambahan pula,pertalian di antara komponen-komponensemakin sukar dilihat. Oleh itu, rajah litarbergambar tidak sesuai digunakan untukmempersembahkannya. Rajah litar skematiklebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar ataukompleks. Rajah ini membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dandimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil. Rajah 1.43 menunjukkan rajah litarskematik bagi projek dalam rajah 1.42

    Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah litar skematik kelihatanmembingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudahmengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu.Sebenarnya, rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanyadilukis menggunakan simbol-simbol. Anda hanya perlu perbanyakkan latihan,kesabaran dan ketelitian.

    Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk mewakilisesuatu komponen tertentu. Garisan-garisan digunakan untuk menunjukkansambungan di antara komponen-komponen. Selain daripada simbol, komponen-komponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali berserta nombor) tertentu.Label ini penting untuk pengenalan komponen. Biasanya satu rajah litar skematik

    disertakan dengan senarai komponen yang mengandungi maklumat pentingmengenai sesuatu komponen.

    Rajah 42 Rajah Litar Bergambar

    Rajah 1.43: Rajah Litar Skematik

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    45/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut:

    1. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang2. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang

    kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-bezawalaupun saiz simbolnya sama

    Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlumenguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar bergambardan sebaliknya. Dengan cara ini, kefahaman anda terhadap sesuatu litar juga akanmenjadi lebih mudah.

    Rajah Papan Litar Bercetak

    Peralatan elektronik komersial biasanyadipasang menggunakan papan litar bercetak.(Papan litar bercetak seringkali dipanggil PCB -singkatan bagi Printed Circuit Board). Rajah1.44menunjukkan satu contoh projek elektronikyang dipasang menggunakan papan litarbercetak. Ciri utama PCB ialah penggunaanbalapan kuprum tercetak menggantikankebanyakan wayar-wayar penyambungkomponen-komponen.

    Beberapa kebaikan PCB:

    1. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayarpenyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang.

    2. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi3. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat cuma perlu letakkan

    komponen di tempat yang disediakan dan pateri.4. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan

    susunan komponen telah ditentukan lebih awal.5. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan

    banyak.

    Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun aturkomponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum yangmenyambungkannya. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatiansemasa melukis rajah papan litar bercetak. Pastikan anda melakar satu lubang untuksetiap pin (kaki) komponen. Kedudukan suatu komponen di atas papan litar bercetakboleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atau simbolskematiknya. Kedudukannya juga dilabelkan dengan label huruf (bernombor) untukmengelakkan kesilapan semasa memasang komponen. Rajah 1.45 menunjukkanbagaimana suatu rajah papan litar bercetak disediakan berdasarkan rajah litarskematik.

    Rajah 1.44: Papan Litar Bercetak

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    46/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum nipisuntuk dicetak. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar papan litarbercetak yang akan dihasilkan.

    Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut:

    1. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB.2. Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau

    berus keluli yang halus.3. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke

    permukaan kuprum.

    4. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprumdengan pen berdakwat kalis bahan kakis.

    5. Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutanferik klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250ghablur ferik klorida dalam 1 liter air). Berhenti menunar apabila semuabahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci bod kuprumdengan air dan keringkan bod.

    6. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kakikomponen.

    7. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter1mm.

    8. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai

    (seperti thinner)9. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai.

    Langkah selanjutnya selepas rajah litar berkaitan disediakan ialah pemasangan danpenyambungan.

    Rajah 1.45 Rajah Papan Litar Bercetak

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    47/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    b. Penyambungan dan pemasangan

    Menghasilkan Projek ElektronikPenghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara menyambungdan memasang komponen-komponen elektronik. Sesetengah cara melibatkanpenggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi. Ada pula carayang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus.

    Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau kekal.Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah sertapengujian dan pembaikan yang kerap. Komponen-komponen boleh digunakanberulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan. Pemasangan ini selalunyadigunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar, latihan, ujian dan kajianmakmal. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telahmantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian. Dalam tajuk ini andaakan pelajari cara pemasangan projek elektronik.

    Cuba anda kaji beberapa cara pemasangan projek yang biasa digunakan dalampenghasilan sesuatu projek elektronik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.46dan Rajah 1.47 hingga Rajah 1.48.

    Rajah 1.47: Pemasangan ProjekMenggunakan BongkahPenyambung

    Rajah 1.48: Pemasangan Projek

    Rajah 1.46 . Pemasangan Projek MenggunakanBongkah Kayu Berskru Atau Paku

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    48/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Susun Atur Komponen

    Pemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut:

    1. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yangdisediakan. Jika perlu, ubahsuaikan susun atur komponen denganmelukis semula rajah litar. Rajah ini perlu disesuaikan dengan carapemasangan yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponen-komponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatuprojek. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkanprojek.

    2. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada carapenyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yangdinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Beriperhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan.

    3. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelumdi pasang.

    4. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikutkedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen diperingkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar):

    a. Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor,penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier SCR dan litar

    bersepadu - IC) hendaklah disusun terlebih dahulu. Komponen lainyang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagianyang betul. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litaritu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. Andaperlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponentersebut.

    b. Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit, diodpemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikutkutubnya. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positifdan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Sambungan yang salahboleh merosakkan komponen.

    5. Setiap kali suatu komponen dipasang, pastikan kaki komponen itudisambung dengan mantap. Jika perlu, goyangkan badan komponenuntuk memastikan sambungan itu mantap. Sambungan yang longgarmenyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi.

    6. Setelah semua komponen dipasang, semak semula susun aturkomponen berdasarkan rajah litar.

    Setelah sesuatu projek siap dipasang dan disemak jangan tergesa-gesauntuk mengenakan sumber voltan. Anda perlu melakukan kerja pengujianlitar.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    49/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Pematerian

    Kerja memateri melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran tertentu.Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan. Tetapi jika pematerian tidak dilakukan

    dengan sempurna, kegagalan untuk sesuatu projek berfungsi sentiasa sediamenanti. Oleh itu, berusahalah untuk menguasai kemahiran memateri dengan baik.

    Timah pateri ialah satu aloi yang terdiridaripada campuran timah dan plumbumpada kadar 60:40 (iaitu 60% timah dan 40%plumbum). Timah pateri boleh didapatidalam beberapa saiz mengikut diameter.Timah pateri yang baik mengandungi bahanlakur atau fluks di bahagian tengahnya.Rajah 49 menunjukkan contoh timah pateriberserta bahan lakur. Fungsi bahan ini ialah:

    - membantu mengalirkan timahpateri lebur

    - mengelakkan pengoksidaan berlaku ketikakerja memateri

    - mengasingkan lapisan oksida pada tempatyang dipateri

    Apabila melebur (pada suhu sekitar 370oC), timah pateribertukar menjadi cecair yang kemudiannya melekatkanbahagian-bahagian logam yang hendak dicantum.

    Elakkan timah pateri lebur daripada terkena sambunganlain kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas.

    Alat pemateri digunakan untuk meleburkan timah pateri.Rajah 1.50 menunjukkan satu contoh alat pematerielektrik yang sering digunakan dalam kerja elektrik danelektronik. Alat ini diletakkan pada pemegang khas yangdisertakan dengan sejenis span apabila digunakan.

    Beri perhatian khusus kepada perkara-perkara berikutsemasa memilih alat pateri:

    1. Kadar kuasa 20 hingga 40 watt

    2. Hujung bit pemanas bermuncung tajamatau rencung di satu sisi

    3. Kebolehan untuk menukar ganti bit apabilaperlu

    Rajah 1.49 Timah Pateri

    Rajah 1.50 Alat Pemateri danPemegang

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    50/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Langkah-langkah memateri:

    1. Buat persediaan berikut:- alat pemateri dipanaskan secukupnya- span telah lembabkan dengan air- timah pateri disediakan secukupnya- kaki komponen yang hendak dipateri

    digosok sedikit dengan kertas las2. Panaskan kaki komponen dan balapan

    kuprum dengan hujung bit secaraserentak kira-kira 2 hingga 3 saat.

    3. Kenakan timah pateri pada kakikomponen yang telah dipanaskan danbiarkan timah melebur (Lihat Rajah 51)

    4. Alihkan timah pateri dan kemudian alatpemateri.

    5. Dapatkan hasil pematerian yang baikseperti dalam Rajah 1.52 untuk mendapatsambungan yang baik.

    Di samping alat kelengkapan pematerian,anda juga perlu mengenali dan menggunakanbeberapa alat tangan lain dengan cara yangselamat dan betul. Amalan tabiat kerja yangbaik bukan sahaja dapat mengelakkan

    kecederaan semasa bekerja tetapi juga dapatmemastikan alatan tersebut sentiasa beradadalam keadaan baik untuk satu tempoh yanglama. Beberapa alat tangan yang seringdigunakan adalah seperti dalam Rajah 1.53dan kegunaannya adalah seperti berikut:

    Playar Muncung Tirus

    - memegang benda kerja kecil, membentukdan menyerap haba semasa memateri

    - memotong dawai elektrik

    Pemotong sisi

    Rajah 1.52 Hasil PematerianRajah 1.51: Teknik Memateri

    Rajah 1.53 : Alat Tangan

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    51/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    - memotong dawai elektrik dan kaki komponenPenjalur Wayar Spring

    - menanggalkan penebat dawai elektrik

    Pemutar Skru

    - melonggar dan mengetatkanskru- dua jenis pemutar skru yang lazim digunakan ialah pemutar skru mata

    rata dan pemutar skru philip

    Penyedut Timah Pateri

    - menyedut timah pateri yang hendak ditanggalkan daripada bod litarsetelah lebur (digunakan serentak dengan alat pemateri)

    Beberapa lagi alat tangan lain mungkin diperlukan dalam kerja elektrik danelektronik. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai alatan ini daripada bahanrujukan lain.

    Pengujian Litar

    Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Langkah ini perludilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siapdipasang. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian

    kefungsian.

    Ujian Keterusan

    Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuatmempunyai keterusan. Pada masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untukmengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas.

    Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara:

    a. Pemeriksaan Visual

    Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda tertentu yangmungkin menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melaluipemeriksaan dengan mata kasar. Antara tanda-tanda yang perludiperhatikan dan kesannya adalah seperti berikut:

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    52/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Tanda-tanda visual Kesan

    Sambungan kaki komponen longgar

    Litar terbukaKerosakan fizikal pada komponen yang dipasang(seperti tanda hangus pada perintang tetap)

    Kaki komponen yang terdedah bersentuhan satusama lain

    Litar pintasTimah pateri yang melimpah melepasi balapan lain

    Timah pateri menyambungkan dua komponenyang tidak sepatutnya bersambung

    Komponen berkutub disambung dengan kekutubanyang salah

    Litar terbuka atau litarpintas ataukerosakan komponen

    Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam bahagian-bahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Keadaan ini menyebabkanprojek gagal berfungsi. Kejadian litar pintas pula bukan sahaja menyebabkanprojek gagal berfungsi tetapi juga

    b. Pemeriksaan Menggunakan Alat UjianPemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu padasesuatu litar. Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukandengan menggunakan alat pengujian tertentu. Meter pelbagai adalah satualat pengujian yang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini. Satudaripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlahrintangan keseluruhan litar yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Jikabacaannya sifar, projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya infiniti,projek mempunyai litar terbuka.

    Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini:

    1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang palingrendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).

    2. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateridan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang ditunjukkanoleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarumpenunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu tidak sifaratau infiniti. Jika projek dipasang dengan suis, ubah kedudukan tuil suisbeberapa kali sambil memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter.Anda perlu menukar julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilairintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukuroleh meter pada julat yang dipilih.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    53/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    3. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2.Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya pemeriksaansecara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yangpintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). Keadaan ini bolehdikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut:

    4. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang palingrendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).

    Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi padabalapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan bacaaninfiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja disambungmenggunakan wayar pelompat).

    5. Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di sepanjangbalapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri.

    . Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi.

    Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litarpintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki, barulah projektersebut boleh dikenakan punca voltan.

    Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelummenyambung bekalan voltan kepada projek:

    6. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yangbetul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalahwayar negatif (-).

    7. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yangdikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Voltan yanglebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang rendah tidakakan memberi kesan yang memuaskan.

    8. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK bolehdisambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik.

    Latihan:

    1. Namakan dua bahan yang digunakan untuk pemasangan projek elektroniksecara sementara dan pemasangan kekal.

    2. Bahan untuk pemasangan sementara:

    a. b.

    3 Bahan pemasangan kekal:

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    54/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    a. b.

    4. Namakan dua komponen yang boleh dipasang tanpa mengambilkirakekutubannya.

    a. b.

    3. Namakan dua komponen yang perlu dipasang mengikut kekutubanyang betul.

    a. b.

    Aktiviti Tutorial

    Tutorial

    1. Kaji rajah litar skematik dan senarai komponen projek PengesanLembapan.

    2. Pelajari contoh terjemahan rajah litar skematik kepada rajah litar bergambaruntuk pemasangan menggunakan verobod bersaiz 17 lubang X 24 baris.

    3. Terjemahkan rajah litar skematik tersebut kepada rajah litar bergambarmenggunakan sekeping verobod bersaiz 14.5 cm X 6.5 cm dalam kertasverobod yang disediakan. Sila buat beberapa salinan kertas verobodkosong ini.

    4. Semak lukisan yang anda sediakan berdasarkan rajah litar skematik.

    5. Bawa rajah litar bergambar anda semasa menghadiri tutorial untukmelakukan kerja pemasangan.

    6. Anda digalakkan untuk cuba melakukan kerja pemasangan secarabersendirian jika berkemampuan sebelum menghadiri tutorial di maktab.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    55/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    2. Lukiskan setiap komponen pada kedudukan yang betul di atas

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    56/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    3 Tandakan dengan bulatan pada komponen yang susunaturnya salah.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    57/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Rumusan:

    Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan isi-isi pelajaran yang berikut:

    Suatu projek elektronik dipasang secara sementara jika bahan seperti blok kayu

    berskru/paku dan bongkah penyambung digunakan. Pemasangan kekaldibuat dengan memateri komponen pada verobod atau papan litar bercetak.

    Susun atur komponen bagi sesuatu projek elektronik boleh dirancang

    dengan melukis rajah litar bergambar dan rajah papan litar bercetakberdasarkan rajah litar skematik.

    Komponen berkutub hendaklah dipasang mengikut kekutuban yang betul supaya

    projek dapat berfungsi dan komponen tersebut tidak rosak. Komponen yangmempunyai tiga atau lebih kaki perlu dipasang dengan kedudukan yang betuldalam litar.

    Pematerian perlu dilakukan dengan menggunakan alat, bahan dan

    teknik yang betul supaya sambungan komponen mempunyaiketerusan yang dikehendaki dan tidak pintas.

    Alat tangan perlu digunakan dengan cara yang betul dan selamat supaya

    kecederaan diri dan kerosakan alat serta projek yang dikerjakan tidak rosak.

    Terdapat empat jenis lukisan litar dalam kerja-kerja elektronik iaitu: rajah rajah

    blok, rajah litar bergambar, rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak.

    Rajah blok mewakili peringkat-peringkat dalam sesuatu litar dengan blok-blok

    berlabel yang dihubungkan dengan garisan anak panah dan membantu

    dalam memahami litar dan kerja mengesan kerosakan.

    Rajah litar bergambar menunjukkan binaan suatu litar elektronik menggunakan

    bentuk fizikal komponen. Rajah ini mudah difahami dan digunakan dalamkerja memasang litar mudah.

    Rajah litar skematik juga menunjukkan binaan litar elektronik tetapi

    menggunakan simbol-simbol skematik. Rajah ini sesuatu untuk melukis litaryang besar dan lebih bersifat teknikal.

    Rajah papan litar bercetak perlu dilukis berdasarkan rajah skematik untuk

    mencetak bod litar PCB.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    58/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    PCB dihasilkan dengan cara penunaran bod berlapik kuprum yang telah dilukis

    dengan rajah papan litar bercetak menggunakan larutan ferik klorida.

    Bacaan Asas:

    Abu Bakar Mohd. Sheikh et. al. (2000). Fokus PMR Kemahiran Hidup Bersepadu(Teras dan Kemahiran Manipulatif Tambahan). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Rujukan:

    Floyd, T. L. (1997). Principles of Electric Circuit 5th Edn. New Jersey, U.S.: Prentice-Hall International, Inc.

    Reis, R. A. (1985). Introduction to Electronic Components and Circuit Assembly.Irvine, California: EKI International Inc.

    Schuler, C. A. (1994). Electronics: Principles and Applications 4th Edn. InternationalEditions. New York: McMillan-McGraw-Hill.

    Stensel, P., Tung, T. & Soh, B.S. (2000). Keeping Up With Design Technology forUpper Secondary. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

    SELAMAT BELAJAR DAN SEMOGA BERJAYA

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    59/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Senarai Komponen:

    R1 & R2 Perintang tetap 1 kW

    R3 Perintang tetap 100 kW

    R4 Perintang tetap 10 W

    R5 Perintang tetap 220 W

    C1 Pemuat seramik 0.01 F

    TR1 Transistor CS 9013 (NPN)IC1 Litar bersepadu 555LED1 Diod pemancar cahaya (sebarang warna)S1 Suis SPST

    SP1 Pembesar suara (8W)

    Penyambung Bateri 9VBateri 9VPlat sentuhVerobodSoket IC 8 in

    Litar Skematik Pengesan Lembapan

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    60/65

    A

    E

    D

    C

    H

    G

    F

    J

    I

    K

    O

    N

    T

    V

    W

    5 10 15

    a

    k1

    54

    8

    S1

    SP 1

    Plat

    Sentuh

    TR1

    LED 1 R 1

    R 3R 2

    R 4

    R 5

    C 1

    e

    +

    c

    J 4

    J 2

    J 5

    bJ 3

    IC 1J 1

    Modul Elektrik & Elektronik

    Arah balapan kuprum

    Nota:

    Bahagian bertanta xmenunjukkan balapan kuprum perlu dipotong

    Contoh Rajah Litar Bergambar (Pemasangan verobod 17 lubang X 24 baris)

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    61/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    NAMA: ________________________________________________

    NAMA PROJEK: _________________________________________

    PROGRAM: _____________________________________________

    TARIKH: _________________________________________

    Rajah Litar Bergambar (menggunakan verobod 14.5 cm X 6.5 cm)

    A

    B

    E

    D

    C

    H

    G

    F

    J

    I

    K

    L

    O

    N

    M

    P

    R

    Q

    T

    S

    V

    U

    X

    W

    A

    B

    E

    D

    C

    H

    G

    F

    J

    I

    K

    L

    O

    N

    M

    P

    R

    Q

    T

    S

    V

    U

    X

    W

    5 10 5545352515 20 30 40 50 601

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    62/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    AHLI PANEL PENGGUBALAN MODUL PEMBELAJARAN

    Bil. Nama Kelayakan

    1. PENGERUSI

    Jasmani bin SarifMaktab Perguruan Batu PahatKM 7.75 Jln Keluang83000 Batu Pahat012-6794745

    B. Sc Electrical & Electronic Eng.TechnologyGuru SPU 12 tahunPensyarah KH (KMT) Elektrik &Elektronik 16 tahun

    2. AHLI Rosly bin IsmailMaktab Perguruan Perlis012-4321656

    B.Tech. Ed.(Hons) ElektrikM.Ed. (Teknologi Pendidikan)Pensyarah 18 tahunKemahiran Hidup 10 tahun.

    3. AHLI 2 Fauziah binti Haji Jamil

    Maktab Perguruan Sultan MizanJalan Bukit Keluang22200 Besut, Terengganu.019-9409738

    Bac Pendidikan (Sains Pertanian)

    MBA (Pengurusan Pendidikan)Guru Sains Pertanian 13 tahunGuru Kemahiran Hidup (ERT &Manipulatif) 4 tahun.Pensyarah KH 4 tahun

    4. AHLI 3Siti Khamariah binti RizuwanMaktab Perguruan Batu LintangKuching Sarawak.016-8682574

    Bac.Pendidikan ERTMsc. Pendidikan Teknik &VokasionalGuru KH 10 tahunPensyarah KH/ERT 4 tahun

    5. AHLI 4

    Norzalia binti MuhamadMaktab Perguruan Batu PahatJln Keluang83000 Batu Pahat012-6795890

    Bac. Pendidikan Sains PertanianSarjana Psikologi KaunselingGuru Sains Pertanian 12 tahunGuru KH 6 tahunKaunselor pelajar 7 tahun

    6. AHLI 5 Nor Azmah binti SujaiMaktab Perguruan KeningauJalan NabawanBeg Berkunci No 1189009 Keningau, Sabah.

    019-2087416

    Bac. Pendidikan Sains PertanianSarjana Pengurusan PendidikanGuru KH 14 tahunPensyarah KH 2 tahun.

    7. PENYELARASTn. Hj. Syed Hadzir bin Syed HussainBahagian Pendidikan Guru03-2507275

    B.Tech. Ed.(Hons) Elektrik

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    63/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT

    BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

    Gunakan pita rakaman audio atau radio.

    Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepadapensyarah dalam bentuk soft copy.

    Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

    Gunakan bahan-bahan multimedia.

    Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

    Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

    Buatkan ujikaji.

    Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

    Senarai semak.

    Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalampenyediaan modul.

  • 7/14/2019 Modul Elektrik Dan Elektronik

    64/65

    Modul Elektrik & Elektronik

    Latihan untuk menguj