Bab 3 Sintaksis (1)

15
SISTEM TATABAHASA : Sintaksis 1 MPU 3212 – BAHASA KEBANGSAAN A Bidang yang mengkaji proses pembentukan ayat.

Transcript of Bab 3 Sintaksis (1)

Page 1: Bab 3 Sintaksis (1)

SISTEM TATABAHASA :

Sintaksis

1

MPU 3212 – BAHASA KEBANGSAAN A

Bidang yang mengkaji proses pembentukan ayat.

Page 2: Bab 3 Sintaksis (1)

Sintaksis

- Mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.

Ayat Pelajar itu sedang membaca buku

Klausa pelajar itu sedang membaca buku

Frasa pelajar itu sedang membaca buku

Perkataan pelajar itu sedang membaca buku

Page 3: Bab 3 Sintaksis (1)

Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Tidak mempunyai subjek dan predikat. Boleh menjadi unsur kepada klausa.

Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, iaitu menjadi unsur @ konstituen dalam ayat.

Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Bentuk tatabahasa yang terkecil. Bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri. Unsur kepada frasa. 3

Page 4: Bab 3 Sintaksis (1)

KLAUSA

Klausa bebas : boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat ayat lengkap.

Contoh :

kamu sungguh berani

pelajar itu sudah berlepas

Klausa tak bebas : tidak dapat berdiri sendiri.

Contoh :

melawan perompak itu

menaiki kapal terbang

4

Page 5: Bab 3 Sintaksis (1)

POLA-POLA AYAT DASARPola Subjek Predikat

Pola 1 Frasa Nama (FN)a. Tun Mahathirb. Emak saudara saya

Frasa Nama (FN)seorang negarawan. pensyarah universiti.

Pola 2 Frasa Nama (FN)a. Lelaki itub. Borang biasiswa itu

Frasa Kerja (FK)sedang menulis. akan dikirim tidak lama lagi.

Pola 3 Frasa Nama (FN)a. Pelajar-pelajar itub. Budak berbaju hitam itu

Frasa Adjektif (FA)amat rajin. tinggi sungguh.

Pola 4 Frasa Nama (FN)a. Universiti kamib. Baju itu

Frasa Sendi (FS)di Kuala Lumpur. untuk ibu di kampung.

5

Page 6: Bab 3 Sintaksis (1)

6

Latihan 1: Nyatakan subjek dan predikat ayat serta pola ayat dasar.

1. Jalan raya itu amat sibuk setiap hari.2. Suami Puan Lim pakar perubatan terkenal.3. Rombongan pengantin lelaki itu belum tiba lagi.4. Badan gadis itu tinggi lampai.5. Para atlit itu bergerak cepat sekali.

Page 7: Bab 3 Sintaksis (1)

SUSUNAN AYATSusunan Biasa –

Subjek ayat mendahului predikat

a. Pemandangan di kawasan itu sungguh cantik.b. Tugasan itu siap juga akhirnya.c. Rombongan itu belum tiba lagid. Hadiah itu daripada pihak penganjur.

Susunan Songsang – Pendepanan Seluruh PredikatPredikat ayat mendahului subjek

a. Sungguh cantik pemandangan di kawasan itub. Siap juga akhirnya tugasan itu.c. Belum tiba lagi rombongan itu.d. Daripada pihak penganjur hadiah itu.

7

Page 8: Bab 3 Sintaksis (1)

8

Susunan Songsang – Pendepanan Sebahagian daripada Predikat

a. Pendepanan Frasa Kerja: i. Kata kerja sahaja

- Wanita itu terduduk di tepi tangga. Terduduk wanita itu di tepi tangga.

- Mereka berbaring di bawah pokok. Berbaring mereka di bawah pokok.

iii. Kata bantu dengan kata kerja

- Penari-penari itu masih berlatih di dewan. Masih berlatih penari-penari itu di dewan.

- Adik saya pernah melawat ke Putrajaya. Pernah melawat adik saya ke Putrajaya.

ii. Kata kerja dengan objek

- Kakak membeli buku di kedai itu. Membeli buku kakak di kedai itu.

- Mereka membaca buku di situ. Membaca buku mereka di situ.

8

Page 9: Bab 3 Sintaksis (1)

9

b. Pendepanan Frasa Adjektif i. Kata adjektif sahaja

- Tubuhnya lesu sepanjang hari. Lesu tubuhnya sepanjang hari.

ii. Kata bantu dengan kata adjektif

- Buah rambutan itu belum tentu manis Belum tentu manis buah rambutan itu.

9

Page 10: Bab 3 Sintaksis (1)

10

c. Pendepanan Frasa Sendi Nama i. Keseluruhan frasa sendi nama

- Arahan itu daripada Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan Daripada Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan arahan itu

ii. Hadir sebagai unsur keterangan dalam ayat

- Rombongan itu akan bertolak pada pukul 10.00 pagi. Pada pukul 10.00 pagi rombongan itu akan bertolak.

10

Page 11: Bab 3 Sintaksis (1)

Latihan 2: Tukar ayat-ayat susunan biasa berikut kepada ayat susunan songsang.

1. Emak menjahit seluar adik . 2. Pada hari pertama perniagaannya tidak banyak pelanggan. 3. Kapal terbang itu mendarat pada pukul 2.00 petang. 4. Kumpulan koir itu menjalani latihan di dewan A.

5. Pasukan bola sepak negara berlepas ke Lebanon.

11

Page 12: Bab 3 Sintaksis (1)

Latihan 3: Tukar ayat-ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa.

1. Pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara , Tan dan adiknya. 2. Dengan kakak sahaja ibu membenarkan saya ke pameran itu. 3. Bersenam kami di taman rekreasi itu. 4. Berjaya mendaki Gunung Kinabalu kumpulan murid-murid sekolah itu.

5. Terkejut ayah apabila namanya dipanggil.

12

MPW2113/BKA

Page 13: Bab 3 Sintaksis (1)

1. Ayat aktif

Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterangkan.1. Penyalahgunaan dadah mengancam

keselamatan negara.2. Ibu membelikan adik sehelai baju.

2. Ayat Pasif

Terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.

1. Keselamatan negara diancam oleh penyalahgunaan dadah.

2. Adik dibelikan oleh ibu sehelai baju.13

Page 14: Bab 3 Sintaksis (1)

Latihan 4: Tukar ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ayah mengalihkan buku-buku di dalam kotak itu.2. Ruang udara yang berjerebu itu telah menjejaskan pernafasannya.3. Kami telah membersihkan kawasan perumahan Taman Laksamana.4. Kerajaan menyeru orang ramai agar bijak berbelanja ketika menghadapi kenaikan harga barang.5. Pekerja MPSJ mengutip sampah sarap pada awal pagi tadi.

14

MPW2113/BKA

Page 15: Bab 3 Sintaksis (1)

Latihan 5: Tukar ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Buku-buku itu disepahkan oleh adiknya yang nakal.2. Pakaian itu telah saya beli semalam di Subang Jaya.3. Hutang itu baik engkau jelaskan sekarang juga.4. Gelaran itu telah dianugerahkan oleh baginda kepada tentera tersebut.5. Keselamatan negara diancam penyalahgunaan dadah.

15

MPW2113/BKA