Post on 02-Jul-2015
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Tokoh
Ivan Petrovich Pavlov dilahirkan di Rjasan pada tanggal 18 September 1894 dan
meninggal dunia di Leningrad pada tanggal 27 Februari 1936. Pada awal tahun 1900an, Ivan
Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji
bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada
‘hukum perkaitan’ (Law of Association) yang diutarakan oleh falsafah Yunani awal seperti
Aristotle. Menurut pendapat hukum ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum
ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Berdasarkan hukum perkaitan
ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara
RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G).
Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian pencernaan
ke atas anjing. Dalam penelitian tersebut beliau melihat bahawa anjing akan mengeluarkan air
liur sebagai respons ke atas munculnya makanan. Beliau kemudian mengeksplorasi fenomena ini
dan kemudian mengembangkan satu kajian perilaku (behavioral study) yang dikondisikan, yang
dikenali sebagai teori Pelaziman Klasik (Classical Conditioning). Menurur teori ini, ketika
makanan (rangsangan tak terlazim-stimulus yang tidak dikondisikan atau tidak dipelajari)
dipasangkan dengan bunyi loceng (rangsangan terlazim-stimulus yang dikondisikan atau
dipelajari), maka bunyi loceng akan menghasilkan respons yang sama, iaitu keluarnya air liur
dari si anjing. Hasil karyanya ini menjadikannya pemenang hadiah Nobel. Selain itu, teori ini
merupakan dasar bagi perkembangan aliran psikologi behaviourisme, sekaligus meletakkan
dasar-dasar bagi penelitian mengenai proses belajar dan perkembangan teori-teori tentang
pembelajaran.
2.0 Teori Pelaziman Klasik
Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936) seorang ahli fisiologi Rusia, mambuat kajian
mengenai ‘hukum perkaitan’ (Law of Association) yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani
awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana
sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila
kita melihat kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang yang
kaya atau seorang yang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang
lampau (Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, 1998).
Pada awal tahun 1900an, Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan
saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme.
Daripada eksperimen ini, maka beliau mewujudkan teori pelaziman klasik. Teori ini juga
dikenali sebagai:-
Teori Pelaziman Pavlov
Teori Pelaziman Gantian
Teori Pelaziman Pemindahan
Teori Pelaziman Bergerak balas/Respoden
Mengikut Teorinya, setiap rangsangan menimbulkan gerak balas. Sebagai contoh, seorang ibu
meletakkan makanan yang sedap di atas meja (rangsangan) dan anaknya pergi mendapatkannya
(gerak balas). Pavlov mengatakan bahawa pembelajaran berlaku akibat kaitan rangsangan dan
gerak balas (Ee Ah Meng, 1999).
Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan antara dua rangsangan dinamakan
pelaziman. Contohnya, jika cara seorang gurumengajar Psikologi adalah menarik, pelajar akan
memberi perhatian dalam bilik kuliah. Rangsangan yang pertama adalah Psikologi dan
rangsangan kedua ialah cara mengajar yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara dua
rangsangan ini adalah positif, pembelajaran atau gerak balas positif berlaku (pelajar memberi
perhatian). Tingkah laku memberi perhatian ini akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus
memberi perhatian apabila guru tersebut mengajar Psikologi.
2.1 Eksperimen Pavlov
Semasa Pavlov sedang menkaji sistem penghadaman, secara tidak langsung beliau telah
memerhati satu cara pembelajaran. Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran
ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G).
Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing.
Beliau dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu akan
keluar. Beliau membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah ‘belajar’ mengaitkan bekas
makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya
dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian
sesuatu rangsangan. Peralatan eksperimen beliau dengan anjing ditunjukkan dalam rajah 1 dan
huraian ringkas diberikan dalam jadual di bawah.
Rajah 1: Peralatan Eksperimen
Jadual 1: Proses Pelaziman Klasik Pavlov
2.1.1 Peringkat Sebelum Pelaziman
Apabila Pavlov menunjukkan makanan kepada anjing (rangsangan tak terlazim), anjing
mengekuarkan air liur (gerak balas tak terlazim). Apabila sesuatu berlaku secara semulajadi,
istilah tak terlazim digunakan. Seterusnya, Pavlov membunyikan loceng (rangsangan terlazim),
tidak ada gerak balas atau respon dari anjing berlaku. Apabila sesuatu terjadi secara tidak
semulajadi, istilah terlazim digunakan. Tidak ada respons yang direkodkan kerana air liur tidak
keluar daripada mulut anjing tersebut.
2.1.2 Peringkat Semasa Pelaziman
Dalam peringkat ini, Pavlov membunyikan loceng. Kemudian selepas beberapa saat,
makanan ditunjukkan kepada anjing tersebut dan ini dilakukan beberapa kali. Loceng
(rangsangan terlazim) dibunyikan dan selepas itu anjing diberi makanan (rangsangan tak
terlazim). Dapat diperhatikan bahawa anjing mengeluarkan air liur dari mulutnya (gerak balas
tak terlazim) selepas aktiviti ini dilakukan berulang kali.
2.1.3 Peringkat Selepas Pelaziman
Tindakan loceng dan pemberian makanan secara serentak diulangi beberapa kali dan
apabila anjing mendengar bunyi loceng (rangsangan terlazim), ini menyebabkan gerak balas
terlazim (air liur anjing keluar). Pelaziman berlaku apabila loceng dibunyikan (rangsangan
terlazim) dan anjing mengeluarkan air liurnya (gerak balas terlazim), walaupun makanan tidak
ditunjukkan. Tingkah laku ini dikenali sebagai pelaziman klasik kerana anjing telah mempelajari
suatu tingkah laku yang bukan kebiasaan baginya. Mengikut Pavlov, eksperimennya juga dapat
menunjukkan banyak tingkah laku pelaziman yang lain seperti generalisasi, diskriminasi dan
penghapusan.
3.0 Konsep Rangsangan dan Tindak Balas dalam Eksperimen Pavlov
Sebelum Pelaziman
RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)RT (loceng) >>>>>>> Tidak ada gerak balas (air liur tidak keluar)
Semasa pelaziman
RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
Selepas Pelaziman
RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)
Kunci:
RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)
3.1 Konsep Tingkah Laku Pelaziman Yang Lain Dalam Eksperiman Pavlov
3.1.1 Generalisasi
Definisi generalisasi ialah organisma akan melakukan gerak balas yang sama walaupun
rangsangan yang menggerakkannya tidak serupa seratus peratus. Pavlov mendapati bahawa
apabila anjing mendengar bunyi yang hamper sama dengan bunyi loceng, kuat atau lemah atau
bunyi siren dan gong, anjing masih mengeluarkan ait liurnya (gerak balas terlazim). Ini
bermakna anjing tersebut sudah berjaya membuat generalisasi.
3.1.2 Diskriminasi
Pavlov juga menyatakan bahawa anjing berkeupayaan untuk membuat respon yang
berbeza untuk rangsangan yang hamper sama. Makanan hanya diberi apabila terdapat bunyi siren
dan tidak semasa bunyi-bunyi lain. Selepas pe;aziman, air liur anjing hanya akan keluar (gerak
balas terlazim) apabila bunyi siren (rangsangan terlazim) kedengaran. Anjing telah berjaya
membezakan atau mendiskriminasikan bunyi siren daripada bunyi-bunyi lain.
3.1.3 Penghapusan
Dalam penghapusan, rangsangan terlazim diberi (bunyi loceng) dan ia tidak diikuti
dengan rangsangan tak terlazim (makanan). Proses ini dipanggil proses penghapusan. Sebagai
contoh, jika makanan tidak diberi semasa loceng dibunyikan, air liur anjing akan semakin
berkurangan sehingga tidak keluar langsung. Maka gerak balas terlazim (air liur yang keluar)
semakin sedikit dan akhirnya hapus sama sekali.
3.1.4 Pembelajaran Semula
Selepas proses penghapusan, rangsangan makanan dan bunyi loceng diberikan secara serentak
dan anjing belajar semula untuk mengeluarkan air liurnya. Sekali lagi, anjing telah belajar
membuat perkaitan antara bunyi loceng dengan makanan. Proses inilah yang dipanggil proses
pembelajaran semula.
3.1.5 Pemulihan Serta Merta
Jika bunyi loceng diberhentikan secara serta merta, air liur anjing masih keluar untuk
seketika. Selepas itu, ia semakin sedikit dan akhirnya akan berhenti sama sekali. Proses
terlelehnya air liur untuk seketika dikenali sebagai pemulihan serta merta.
4.0 Sumbangan Psikologi Tingkah Laku Kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran
4.1 Aplikasi Prinsip-Prinsip Teori Pavlov Dalam Bilik Darjah.
Pertama ialah mengaitkan pengalaman yang positif dan baik (rangsangan) dengan
tugasan pembelajaran (gerak balas). Dalam hal ini guru perlu menggalakkan pertandingan secara
kumpulan kerana melalui kaedah berkumpulan pelajar akan belajar dengan lebih berkesan. Jika
pertandingan dibuat secara individu, pelajar mungkin akan berasa takut, dan perasaan ini
mungkin digeneralisasikan kepada pembelajaran individu yang lain.
Kedua ialah menolong pelajar untuk menghadapi situasi yang membimbangkan secara
sukarela dan berjaya. Guru perlu memberikan tugasan yang kecil sebelum menuju ke matlamat
yang lebih besar dalam bilik darjah. Ini adalah supaya pelajar tidak mengaitkan pembelajaran
dengan perasaan takut, cemas dan bimbang. Contohnya, dalam aspek ujian, guru perlu memberi
ujian-ujian kecil yang tidak dinilai terlebih dahulu supaya pelajar tidak berasa bimbang tentang
peperiksaan.
Ketiga ialah mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara situasi
yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul.
Genaralisasi:
Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pada kebiasaannya pemindahan
pembelajaran akan berlaku dari situasi A kepada situasi B. Hal ini disebut sebagai generalisasi.
Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan.
Contohnya, sesetengah pelajar berasa takut untuk manghadapi peperiksaan UPSR, dalam situasi
sebegini, guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan
menduduki peperiksaan yang hamper sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, pelajar tidak akan
berasa begitu takut kerana dia sudah biasa menjalani ujian bulanan.
Diskriminasi Rangsangan:
Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat
membezakan rangsangan-rangsangan yang kurang penting dengan yang lebih penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar tentang
objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu matapelajaran. Dengan itu, pelajar akan
memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif
pelajaran. Sekiranya perkara ini berlaku, maka ini menunjukkan bahawa pelajar telah dapat
membuat diskriminasi antara maklumat penting dan yang kurang relevan.
Keempat ialah pelajar boleh mempelajari sesuatu dengan mengaitkan antara rangsangan
dan gerak balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang
diingini atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke dalam kelas
(rangsangan) pelajar berdiri dan mengucapkan salam (gerak balas). Tanpa arahan guru, pelajar
akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.
Kelima ialah rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
rangsangan dikaitkan dengan gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim. Contohnya,
seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas, maka
kerja yang kemas akan berterusan walaupun tiada lagi pujian daripada guru.
Pujian kerja kemas kerja kemas berterusan
Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif dengan mengadakan
perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
Keenam ialah motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan
pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran
yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru perlu
memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian, hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya
untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar
dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Ketujuh ialah penghapusan, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan, maka
ia boleh dikikis secara perlahan-lahan. Umpamanya, guru boleh mengikis perasaan takut yang
dialami oleh pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, jika pelajar takut
untuk membuat pembentangan di hadapan kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara
berperingkat. Pertama sekali, guru membiarkan pelajar tersebut membaca di hadapan kumpulan
yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian pelajar tersebut membentangkan isi bacaannya di
hadapan kumpulan yang sama secara berdiri dan akhir sekali, barulah pelajar itu, diberi peluang
untuk membuat pembentangan di hadapan kelas. Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang
dialami oleh pelajar tersebut.
5.0 Dua Contoh Soalan
1. Berikan 2 contoh aplikasi prinsip-prinsip teori Pavlov dalam bilik darjah.
Genaralisasi:
Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pada kebiasaannya pemindahan
pembelajaran akan berlaku dari situasi A kepada situasi B. Hal ini disebut sebagai generalisasi.
Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan.
Contohnya, sesetengah pelajar berasa takut untuk manghadapi peperiksaan UPSR, dalam situasi
sebegini, guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan
menduduki peperiksaan yang hampir sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, pelajar tidak akan
berasa begitu takut kerana dia sudah biasa menjalani ujian bulanan.
Diskriminasi Rangsangan:
Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat
membezakan rangsangan-rangsangan yang kurang penting dengan yang lebih penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar tentang
objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu matapelajaran. Dengan itu, pelajar akan
memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif
pelajaran. Sekiranya perkara ini berlaku, maka ini menunjukkan bahawa pelajar telah dapat
membuat diskriminasi antara maklumat penting dan yang kurang relevan.
2. Jelaskan perbezaan di antara teori pelaziman klasik Pavlov dan teori pelaziman operan.
Pelaziman Klasik Pelaziman Operan
Tingkah laku Tidak sukarela (individu tidak dapat mengawal tingkah laku)
Sukarela (individu dapat mengawal tingkah laku)
Urutan Tingkah laku muncul selepas rangsangan.
Tingkah laku adalah kesan daripada rangsangan.
Cara pembelajaran berlaku Rangsangan tidak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim.
Kesan tingkah laku mempengaruhi pembelajaran berikut.
Pelapor utama Pavlov ThorndikeSkinner
6.0 Perbincangan Dan Kesimpulan
Menurut teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan yang dilakukan.
Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee
Ah Meng 1994).
Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas.
Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala
pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Contohnya,
apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri.
Jadi, daripada situasi tersebut, arahan yang diberikan oleh guru ialah rangsangan, manakala
tindakan berdiri ialah gerakbalas.
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan
daripada rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut
dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali
sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang
dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan
apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).
Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan
ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan
Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke
atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan
atau keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan
keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.
Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan oleh para
pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah :
gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk
melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia
ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin
mengajarkan perkataan “bola” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan
tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad
perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti
tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku apabila
ditunjukkan kad perkataan kepadanya.
Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim
dengan gerak balas terlazim. Contohnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan
kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim
yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi
memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru
memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah,
guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup
sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.
Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini
bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu
mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu
seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.