KURSUS : SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAHKOD
:KRL 3034
PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
NAMA PELAJAR : NO KP : NO MATRIK :
JAMALUDDIN BIN KHALIB 700416-08-5237 PPG/20525/11
TAJUK :MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID MENCATAT ISI-
ISI PENTING UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN
MENGGUNAKAN PETA MINDANAMA
PENSYARAH :DR. SITI HAWA ABDULLAH
TARIKH HANTAR : MARKAH :
KRL 3034 : LATIHAH ILMIAH
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Sukatan pelajaran Bahasa Malaysia sekolah bertujuan untuk
melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Ini ternyata pada matlamat dalam beberapa
sukatan pelajaran Bahasa Malaysia. Pada umumnya, matlamat
pendidikan bahasa di sekolah dalam sukatan pelajaran
Bahasa Malaysia 1978:1983, 1987, dan 2003 ialah untuk
membolehkan pelajar menghargai dan membanggakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara
serta alat perpaduan, memahami dan menggunakan sistem
bahasa mengikut nilai dan makna serta fungsinya dalam
kehidupan seharian, dan menggunakan bahasa dengan berkesan
dalam bidang ilmu pengetahuan dan perhubungan harian. Jadi
peranan guru Bahasa Malaysia ialah untuk memastikan
matlamat ini tercapai dalam pengajarannya.
Guru Bahasa Malaysia juga memainkan peranan penting
dalam orientasi pengajaran dan pembelajaran yang mantap
bagi membolehkan mereka merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan bagi pelaksanaan dasar dan
penghayatan Falsafah Pendidikan Negara di dalam bilik
darjah. Karangan adalah satu pelajaran yang dimasukkan ke
dalam pelajaran Bahasa Malaysia sama ada di peringkat
sekolah rendah atau menengah.
Bagi mengatasi masalah ini guru haruslah memikul
tanggungjawab untuk mencari cara atau “kaedah” yang sesuai
asalkan pengajarannya memuaskan dan tercapai objektif
pengajaran karangan di sekolah rendah iaitu murid dapat
melahirkan pendapat, perasaan, fakta dan lain-lain melalui
kemahiran tulisan.
Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran
yang menarik dan berkesan serta mempelbagaikan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran yang
tidak terhad di dalam kelas serta peranan guru dalam
menjadikan pengajaran menarik dan dapat memberi kesan yang
positif kepada murid (Robiah Sidin 2003).
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan Peta
Minda untuk meningkatkan prestasi murid dalam penulisan
karangan. Menurut Bullock (1975) pernah menyatakan bahawa
masalah yang paling besar dalam pengajaran dan pembelajaran
karangan atau esei ialah wujudnya satu keadaan yang benar-
benar mencabar ketekunan, kesabaran dan dedikasi guru-guru
yang terlibat dalam pengajaran tersebut. Keadaan ini jika
dapat diperhatikan dangan teliti tidak lain daripada
masalah kesalahan ejaan, tanda bacaan, penyusunan
perenggan, pemilihan kata, penggunaan imbuhan, penggunaan
rangkai kata, klausa dan ayat, penggunaan peribahasa dan
sebagainya.
Menurut Atan Long (1978) berpendapat bahawa kemahiran
menulis adalah berbeza dengan kemahiran bertutur terutama
dari segi alat penglahiran yang digunakan. Beliau
menegaskan iaitu proses melahirkan bahasa tulisan banyak
gangguan, misalnya gangguan otot-otot tangan sewaktu
menulis dan gangguan pindahan daripada bahasa lisan kepada
bahasa tulisan. Ini adalah kerana bahasa lisan lebih
bersifat bersahaja tetapi bahasa tulisan adalah formal
sifatnya. Dalam hal ini menurut Colder (1967) berpendapat
bahawa ciri-ciri kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh
murid menurut peringkat umurnya adalah sesuai dijadikan
panduan untuk mengadakan strategi perancangan bagi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dalam
pelajaran menulis karangan.
Sebenarnya kedua-dua pendapat di atas tadi masih lagi
belum menunjukkan kaedah mengajar karangan secara konkrit
yang boleh diikuti oleh guru-guru bahasa. Ketiadaan satu
cara mengajar yang betul-betul jelas telah menyebabkan
guru-guru menyampaikan pelajaran itu dengan cara tersendiri
dan kadang-kadang langsung tidak mempunyai sebarang kaedah
pun.
1.3 PENYATAAN MASALAH KAJIAN
Penulisan karangan sering dianggap sebagai kemahiran yang
sukar dipelajari terutamanya dalam kalangan murid tahun
lima. Kemahiran mencetuskan idea adalah amat sukar
dilakukan oleh murid dan ini sudah tentu sukar bagi murid
itu untuk melakukan aktiviti penulisan karangan kerana
tidak mempunyai idea untuk disampaikan. Kemahiran tersebut
hanya bermakna sekiranya murid mempunyai bahan yang hendak
disampaikan kerana ia menjamin kelancaran, kejelasan,
keteraturan dan aliran pengucapan idea yang sistematis.
Menurut (Barton,2006), kesan daripada situasi ini
menyebabkan tumpuan murid terjejas. Ini menimbulkan gejala-
gejala, seperti murid tidak berminat untuk menulis
karangan, murid sukar mendapat markah yang tinggi dan
murid mempelajari mata pelajaran karangan adalah semata-
mata untuk lulus peperiksaan dan bukan cenderung ke arah
menguasai kemahiran penulisan itu sendiri.
Justeru, kajian ini cuba meninjau pencapaian murid
yang menggunakan teknik peta minda dan konvensional dalam
penulisan karangan. Kesan penggunaan kedua-dua teknik dari
aspek pencapaian kemudian dibandingkan dan diukur mengikut
markah secara perbandingan peratus untuk menunjukkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik
peta minda dan konvensional.
Kelemahan daripada penggunaan teknik pengajaran yang
tidak sesuai turut mengekang keseluruhan pencapaian murid.
Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2007) pula, teknik pengajaran
konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks,
buku latihan topikal dan nota guru di papan kapur masih
menjadi amalan. Ini juga menyebabkan topik menjadi tidak
menarik, di samping menjadikan murid tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pengajaran penulisan. Selain itu timbul
kebosanan dalam diri murid yang tidak dapat menyuarakan
idea mereka sendiri.
Justeru, kajian ini cuba meninjau pencapaian murid
yang menggunakan teknik peta minda dan konvensional dalam
penulisan karangan. Kesan penggunaan kedua-dua teknik dari
aspek pencapaian kemudiannya dibandingkan berdasarkan
pencapaian markah yang diperolehi mereka. Ujian pra dan
pos akan diberikan untuk menentukan markah mereka.
Disebabkan amalan proses pengajaran dan pembelajaran
secara konvensional inilah mengakibatkan pelajar hilang
minat terhadap sesuatu pelajaran. Apabila pelajar kurang
berminat terhadap pelajaran, ini akan menyebabkan mereka
mula menganggap bahawa mata pelajaran bahasa Melayu
membosankan. Situasi ini sebenarnya adalah satu situasi
yang boleh membunuh minat mereka selama-lamanya.
Selain itu, terdapat sebilangan pelajar yang mempunyai
daya ingatan yang lemah serta tidak dapat menerima gaya
pembelajaran yang menekankan seperti syarahan, kaedah salin
dan soal jawab. Golongan seperti ini selalunya lebih
berminat terhadap gaya pembelajaran yang lebih santai.
Sebagai guru, kita sebenarnya boleh membangunkan
serta membangkitkan mereka dari igauan yang ngeri
terhadap mata pelajaran bahasa Melayu dengan memperkenalkan
kaedah yang dapat membantu mereka lari dari kepompong
tradisional, iaitu dengan membina peta minda. Kaedah ini
tidak hanya terhad kepada pelajar menulis dan melukis
sahaja, tetapi skop proses pembelajarannya amat luas
seperti pelajar boleh melakar idea secara ilustrasi yang
berkaitan dengan tajuk pelajaran mereka melalui
suratkhabar, majalah, internet selain daripada menyalin dan
menulis sahaja. Selain itu, mereka juga boleh membina peta
minda yang sesuai dengan menggunakan bentuk yang pelbagai
serta berwarna-warni. Proses ini adalah diharapkan dapat
membantu pelajar mengingat serta faham tentang sesuatu
tajuk yang dipelajari dengan lebih jelas.
1.4 SOALAN KAJIAN
Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan
mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut.
1.4.1. Adakah strategi berasaskan peta minda dapat menarik
minat murid terhadap mata pelajaran penulisan karangan?
1.4.2. Adakah terdapat perbezaan dari segi pencapaian murid
yang menjalani pendekatan peta minda berbanding murid yang
mengikuti pengajaran konvensional?
1.4.3. Adakah terdapat perbezaan dari segi kefahaman
tentang isi dan perkembangan fakta antara murid yang
menjalani pendekatan peta minda berbanding murid yang
mengikuti pengajaran konvensional?
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya kajian ini bertujuan untuk membandingkan
penggunaan teknik peta minda dengan penggunaan teknik
konvensional dalam penulisan karangan. Objektif khusus
kajian adalah untuk:-
1.5.1. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik
peta minda ke atas minat murid terhadap
pembelajaran penulisan karangan berbanding
pengajaran konvensional.
1.5.2. Mengenal pasti keberkesanan pengajaran berasaskan
peta minda ke atas pencapaian murid berbanding
murid yang mengikuti pengajaran konvensional.
1.6 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya bertumpu kepada murid tahun lima di
Sekolah Kebangsaan Kota Setia, Teluk Intan, Perak. Kajian
ini difokuskan untuk satu kelas sahaja. Murid akan
dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
A dan kumpulan B. Kumpulan A seramai 16 orang menerima
pembelajaran secara Peta Minda. Manakala kumpulan B juga
seramai 16 orang menerima pembelajaran secara tradisional.
Bilangan keseluruhan murid yang terlibat adalah seramai 32
orang. Mereka hanya sampel bagi kajian ini sahaja dan tidak
menggambarkan keseluruhan murid tahun 5 di sekolah
tersebut.
Dua kumpulan yang dibentuk ini adalah terdiri daripada
pelajar kelas yang sama, di mana tahap pengelasan mereka
mungkin berbeza mengikut tahap pencapaian akademik mereka.
Maka hasilan yang diperoleh tidak dapat memberikan gambaran
sebenar serta tidak dapat mencapai objektif kajian kerana
pelajar tersebut terdiri daripada latar belakang pendidikan
yang berbeza.
Persekitaran murid juga mempengaruhi hasil keputusan
ujian. Terdapat perbezaan ketara antara murid yang tinggal
di kawasan bandar dan luar bandar. Maka, tahap kebolehan
dan kemahiran murid dalam mengaplikasikan penggunaan Peta
Minda dalam situasi pembelajaran adalah tidak setara.
Murid tahun lima juga merupakan murid yang baru mengalami
perubahan tahap dan peningkatan kemahiran dalam subjek
bahasa Melayu. Pada tahun lima, mereka diperkenalkan dengan
bentuk dan jenis karangan sama ada berformat atau tidak
berformat. Mereka juga harus mengarang dengan jumlah
perkataan yang lebih banyak berbanding pada tahun tiga.
1.7 DEFINISI PEMBOLEH UBAH
1.7.1. Keberkesanan
Merupakan sesuatu tindakan atau hasil tindakan yang
menyebabkan sesuatu perubahan berlaku. Keberkesanan juga
merujuk kepada keupayaan untuk mewujudkan sesuatu hasil
atau perubahan yang diingini.
1.7.2. Strategi
Ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan
tindak-tanduk untuk mencapai maksud/ objektif. Strategi
juga satu perancangan yang teratur untuk mencapai matlamat
atau kejayaan. Selain itu, strategi merupakan rancangan
atau pendekatan utama yang dilaksanakan secara bersepadu.
1.7.3. Pengajaran
Pengajaran merupakan satu proses penyampaian maklumat,
memindahkan maklumat, mendorong pembelajaran dan membina
manusia supaya menjadi lebih baik. Ia lebih menumpu kepada
guru sebagai subjek.
1.7.4. Pembelajaran
Pembelajaran pula merupakan satu proses yang dilalui oleh
seseorang individu berkaitan memperoleh ilmu pengetahuan
dan maklumat daripada sesuatu sumber.
1.7.5. Peta Minda
Merupakan satu cara untuk menggambarkan hubungan antara
satu idea dengan yang lain. Ianya dipersembahkan dalam
bentuk lakaran bagi menggambarkan hubungan tersebut bermula
daripada konsep umum kepada konsep yang lebih spesifik.
Maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara
keseluruhan. Susunan sedemikian
dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras
dengan cara otak seseorang memproses maklumat.
1.7.6. Penulisan karangan
Perihal atau kegiatan menulis menggunakan alat tulis bagi
mencatat sesuatu daripada pemikiran atau percakapan.
Penulisan karangan ialah menyampaikan dan mengembangkan
idea bagi sesuatu tajuk karangan yang diberi.
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN
Penggunaan Peta Minda di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu mengenal pasti kefahaman murid
tentang sesuatu konsep. Guru boleh menggunakan Peta Minda
untuk melihat konsepsi murid pada awal, pertengahan atau
pada akhir pengajaran sesuatu pengajaran penulisan
karangan.
Maklum balas daripada sesuatu peta minda boleh
membantu guru memberi tumpuan terhadap item yang sukar
difahami oleh murid dan membetulkannya supaya murid dapat
menguasai penulisan isi, huraian isi, aspek tatabahasa,
penggunaan rangkai kata, klausa, ayat dan sebagainya.
Selain itu peta minda yang dilakarkan dapat
menggambarkan struktur kerangka pengetahuan dan dipunyai
oleh murid dan adakah murid dapat menghubungkaitkan konsep
yang dipelajari secara bermakna. Kemantapan kerangka
pengetahuan murid memberikan kelebihan kerana ia lebih
kekal lama dan mudah dipanggil semula bila diperlukan
semasa proses penulisan karangan.
1.8.1 Kepentingan Kepada Peningkatan Pencapaian Murid.
Bagi murid, Peta Minda boleh bertindak sebagai alat
metakognitif yang boleh membantu mereka menyusun atur
maklumat yang diperolehi ke dalam satu kerangka pengetahuan
yang lebih efektif bagi proses pemanggilan semula maklumat.
Aktiviti memetakan maklumat dapat menzahirkan kefahaman
murid dan juga meningkatkan kemahiran penggunaan strategi
pembelajaran yang lebih efektif. Proses pembelajaran
sebegini membuatkan murid berasa bahawa kefahaman yang
terbentuk adalah hasil usaha mereka sendiri dan bukan
disogok oleh guru. Perkara ini akan menimbulkan perasaan
tanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan keinginan
untuk mencari maklumat yang lebih bernas dan menarik.
Peta Minda juga merupakan sesuatu titik mula untuk
murid membuat perbincangan. Pemahaman yang murid perolehi
sebelum ini yang dipegang oleh seseorang murid boleh
dicabar apabila murid mempunyai peluang untuk bercakap
tentang maklumat yang diketahui dalam keadaan yang
ditunjukkan kemudian membuat perbandingan dangan murid lain
dengan memberi justifikasi pemilihan mereka. Ini dapat
memberi maklum balas kepada guru hasil pembelajaran pada
hari keberkesanan. Jika murid diberi peluang membina Peta
Minda sebelum pengajaran, kemudian bina satu lagi Peta
Minda selepas sesi pengajaran, pengkaji boleh membandingkan
untuk melihat sama ada pembelajaran telah berlaku atau
tidak. Pembinaan Peta Minda membolehkan murid mengaitkan
idea dan pengetahuan dalam satu aktiviti dengan situasi
pembelajaran yang lain.
Kekuatan pemetaan minda terletak kepada keupayaannya
memperjelaskan pertalian di antara konsep yang dipelajari
dan dengan itu meningkatkan kefahaman murid tentang konsep
tersebut. Selain itu pemetaan minda menyumbang ke arah
pembinaan satu kerangka alternatif kognitif yang teguh lagi
bermakna. Hal ini memungkinkan pemanggilan semula maklumat
berlaku dengan lebih berkesan di dalam situasi murid
berhadapan dengan permasalahan baru. Dengan ini
penyelidikan percaya pendekatan Peta Minda mampu
meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan.
Hasil kajian ini turut memudahkan murid untuk
penilaian terhadap tahap penguasaan mereka dalam penulisan
mereka dalam penulisan karangan yang melibatkan pengetahuan
terhadap penstrukturan ayat. Justeru, murid juga didorong
untuk terus berusaha dalam meningkatkan tahap penguasaan
yang berkaitan. Usaha ini turut memberikan panduan kepada
murid untuk memperolehi kelulusan yang terbaik dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu, selain membantu
pencapaian keseluruhan dalam peperiksaan.
1.8.2 kepentingan Kepada Minat Murid Terhadap Penulisan.
Dapatan yang posistif daripada kajian ini mendorong murid
supaya lebih berminat mengikuti pembelajaran penulisan
karangan berasaskan Peta Minda. Murid juga dapat menguasai
kemahiran penulisan karangan berlandaskan konsep-konsep
yang mudah dan lengkap. Melalui teknik pembelajaran secara
koperatif dan kolaboratif murid akan berasakan idea mereka
diterima dan dihargai. Selain daripada interaksi yang
positif antara guru dan rakan sebaya murid. Perdebatan
serta perbincangan yang aktif juga akan mewujudkan satu
fenomena yang tidak kebergantungan kepada guru semata-
mata. Ini menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu
Penulisan lebih menarik serta diminati mereka.
Dengan adanya kajian ini juga, diharapkan supaya
sedikit sebanyak kewujudannya membantu perancang dan
penggubal dasar dalam kalangan guru di sekolah rendah dalam
menentukan penggunaan teknik pengajaran berasaskan peta
minda yang sesuai dan sistematik. Ia juga boleh memberikan
input kepada pihak pentadbir sekolah tentang penjadualan
masa, keperluan ruang dan sokongan yang boleh diberi bagi
memperbaiki corak pengajaran penulisan karangan yang lebih
berkesan. Selain itu, pihak pentadbir sekolah perlu
memikirkan susun atur ruang yang lebih sesuai untuk
perbincangan di dalam kumpulan sewaktu menjalankan
aktiviti. Hasrat yang ingin dicapai tidak lain tidak bukan
adalah untuk mencapai aspirasi dalam membestarikan bidang
pengajaran dan pembelajaran.
1.9 RUMUSAN
Rumusannya, bab ini telah menerangkan tentang latar
belakang kajian, pernyataan masalah kajian, objektif
kajian, persoalan kajian, batasan kajian, definisi/istilah
dan kepentingan kajian.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian lepas
berkaitan dengan kaedah peta minda pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga membincangkan bagaimana kaedah peta
minda dapat meningkatkan prestasi dan minat murid terhadap
mata pelajaran penulisan karangan bahasa Melayu. Pengkaji
akan membincangkan faktor-faktor pembolehubah berdasarkan
kajian-kajian lepas yang telah dibuat sama ada di dalam
atau di luar negara.
2.2 LITERATUR YANG BERKAITAN
Peta minda dapat didefinasikan dengan berbagai-bagai
rumusan. Menurut Carrol (1997:2) dalam Jurnal, peta minda
merupakan suatu abstrak dari serangkaian pengalaman yang
didefinasikan sebagai suatu kelompok objek atau kejadian.
Abstraks bererti suatu proses pemusatan perhatian
seseorang pada situasi tertentu dan mengambil elemen-elemen
tertentu dan mengabaikan elemen yang lain.
Peta Minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada
tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar
mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah
(2001), penggunaan peta Minda semakin penting sebagai satu
kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep
atau objektif secara teratur.
Peta Minda merupakan kaedah yang berkesan untuk
mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk
ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh
Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan
bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat
secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan
yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding,
menganalisa dan sebagainya. Peta Minda adalah kebiasaan
dibina atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama
diletakkkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang
berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan
menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej,
underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta Minda
juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata
pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu
perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat
diproses oleh otak dengan lebih mudah.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Asma binti
Ishak (2005) yang membuat kajian untuk meningkatkan
kemahiran mencatat isi-isi penting dengan menggunakan
kaedah Peta Minda di Sekolah Kebangsaan Jelempok, Arau,
Perlis. Hasil daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati
bahawa terdapat peningkatan markah pada ujian pra dan pos
yang telah dijalankan. Daripada data keputusan ujian yang
dijalankan peningkatan daripada 7% (semasa ujian pra)
kepada 40% (selepas ujian pos) murid mencapai markah
tertinggi. Malah menurut pandangan responden mereka juga
bersetuju bahawa dengan menggunakan kaedah Peta Minda
mereka lebih cepat mencatat isi-isi penting berbandingkan
dengan pengajaran secara konvensional.
Kajian yang telah dijalankan oleh Altabig (2006)
tentang penggunaan Peta Minda dalam mengingati konsep
Sains ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4. Hasil dapatan
kajian tersebut menunjukkan pelajar yang berpencapaian
sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar
yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa
penggunaan Peta Minda dapat membantu pelajar-pelajar
sederhana mengingat konsep Sains bagi mendapat markah
terutamanya dalam soalan struktur kertas 2. Perkara ini
juga telah membuktikan bahawa teknik Peta Minda juga telah
dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam pelajaran
mereka.
Selanjutnya, kajian yang telah dijalankan oleh Wan
Rasyidah bt Wan Abd. Rahman (2007) mendapati bahawa
keberkesanan daripada teknik Peta Minda yang dijalankan ke
atas pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Wakaf Baharu
mendapati bahawa peningkatan peratus A selepas ujian pos
meningkat kepada 7% berbanding dengan hanya 3% sahaja pada
ujian para. Manakala peratus gagal selepas ujian para ialah
sebanyak 7% kepada 0% iaitu tiada yang gagal. Berdasarkan
keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat keberkesanan
daripada penggunaan teknik Peta Minda yang dijalankan ke
atas pelajar-pelajar tersebut.
Dahar (1948:149) menyatakan Ausubel belum menyediakan
suatu alat atau cara yang sesuai yang digunakan guru untuk
mengetahui apa yang telah diketahui oleh para pelajar.
Berkenaan dengan itu Novak dan Gowin(1985) dalam Dahar
(1988:149) mengemukakan bahawa cara untuk mengetahui
konsep-konsep yang telah dimiliki pelajar supaya
pembelajaran bermakna berlangsung dapat dilakukan dengan
pertolongan peta minda.
Menurut Arends (1977:251) peta minda dapat
menunjukkan secara visual pelbagai jalan yang dapat
ditempuh dalam menghubungkan pengertian konsep di dalam
permasalahannya. Peta minda yang dibuat murid dapat
membantu guru untuk mengetahui miskonsepsi yang dimiliki
murid dan untuk memperkuatkan pemahaman konsepsual guru
sendiri dan disiplin ilmunya. Selain itu peta minda
merupakan suatu cara yang baik bagi murid memahami dan
mengingati sejumlah informasi baru.
Ismail Zin (2006) menyatakan bahawa masalah
pengajaran yang kurang memberikan penekanan kepada unsur
pemetaan minda dalam sesuatu teknik telah menyebabkan murid
tidak bersedia untuk belajar. Oleh itu, teknik peta yang
sesuai, berdasarkan strategi pengajaran bahasa yang lebih
berkesan perlu diperkenalkan.
Peta minda merupakan salah satu daripada strategi
organisasi. Strategi organisasi bertujuan membantu pelajar
meningkatkan pembelajaran. Salah satu penyataan dalam teori
Ausubel adalah bahawa faktor paling penting mempengaruhi
pembelajaran adalah apa yang telah diketahui pelajar
(pengetahuan awal). Agar pembelajaran jadi bermakna,maka
konsep baru harus dikaitkan dengan konsep-kosnep yang ada
dalam struktur kognitif pelajar (Suryadi menambahkan iaitu
yang disebut Teknik Konstruktivisme ).
Menurut Khairiah Ahmad (dipetik daripada kajian yang
dijalankan oleh Wan Rashidah 2007) satu perkara dalam
pengajaran karangan masa ini ialah guru-guru biasanya
terlalu terpengaruh dengan keperluan menyediakan murid-
murid untuk menghadapi peperiksaan. Kesan daripada keadaaan
ini ialah format pengajaran guru dan kalangan murid-murid
menjadi terhad sekali, tidak begitu mudah ubah. Misalnya
pelajaran karangan biasanya bermula dengan guru memberi
tajuk, kemudian guru dan murid membincangkan serba sedikit
isinya dan seterusnya murid-murid diminta menulis karangan
mereka dalam 500 patah perkataan dalam masa yang tinggal
(lebih kurang 40 minit). Beginilah kaedahnya tiap-tiap kali
diadakan pelajaran karangan. Pendekatan ini menyebabkan
murid lemah dari segi mengemukakan isi yang tepat dan
bernas, huraian yang kemas serta penggunaan wacana yang
betul.
Pengajaran tradisional terlalu menekankan kepentingan
guru sebagai pemberi maklumat dan pelajar hanya merupakan
agen yang pasif sahaja. Keadaan ini boleh diperbaiki jika
guru mengambil inisiatif untuk melibatkan pelajar secara
lebih aktif di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah.
Satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan
menggunakan pendekatan konstruktivis seperti kitar
pembelajaran. Kesukaran murid menangani longgokan maklumat
pula boleh dibantu dengan penggunaan pengelola awal (graphic
organizer) seperti peta minda untuk membantu menyusun atur
maklumat di dalam minda secara lebih berkesan.
2.3 RUMUSAN
Daripada hasil tinjauan literatur, dapat disimpukan bahawa
terdapat banyak kajian kes telah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji lepas yang telah berusaha mengenalpasti kelemahan
murid dalam penulisan karangan dan mengatasinya
menggunakan strategi pemetaan. Kekuatan peta minda terletak
kepada keupayaannya menyusun strategi agar segala isi
pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan
lebih mudah. Dalam hal ini, penggunaan peta minda dan
pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan
pembacaan serta memudahkan otak membuat membuat analisis
untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENDAHULUAN
Kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan strategi
pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan berasaskan
Peta Minda untuk meningkatkan prestasi murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu Penulisan yang diadakan di Sekolah
Kebangsaan Kota Setia, Teluk Intan, Perak. Berdasarkan
tujuan di atas, bab ini akan membincangkan mengenai reka
bentuk kajian, responden kajian, sampel kajian, tatacara
pegumpulan data dan tatacara penganalisan data.
3.2 REKABENTUK PENYELIDIKAN
Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian
kuantitatif secara eksperimen. Reka bentuk biasanya
dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Bentuk kajian
ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat
serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang
dilakukan. Murid dibekalkan dengan kertas kajang untuk
menjawab soalan karangan.
Bilangan murid di dalam kelas 5A ialah seramai 32
orang. Murid dipilih bukan berdasarkan keputusan ujian-
ujian di sekolah. Ini adalah kerana murid dipilih secara
rawak dan hanya melibatkan satu kelas sahaja. Murid-murid
dipilih daripada kalangan lelaki dan perempuan. Mereka
menjalani sesi pembelajaran kaedah Peta Minda sebagaimana
yang terkandung dalam kajian ini. Pengkaji menjalankan
ujian pra kepada semua pelajar dan pemerhatian dibuat dalam
tempoh 6 minggu. Pada akhir minggu keenam pengkaji telah
memberikan ujian pos. Manakala borang soal-selidik hanya
diberikan pula kepada murid kumpulan kajian Keputusan
murid-murid daripada kedua-dua kumpulan kajian dan kawalan
direkod dan dibandingkan.
Dalam melaksanakan proses kajian ini, guru telah
menetapkan satu rangka kerja yang teratur bagi mengesahkan
kajian tersebut. Satu carta aliran dirangka bagi
melaksanakan kerja yang digunakan dalam proses kajian
ini. Kerangka kerja konsep ini boleh dijadikan
pembolehubah bagi menggambarkan perjalanan proses kajian
yang dijalankan. Bermula daripada proses membahagikan
kumpulan antara Kumpulan Kajian (eksperimen) yang juga
dipanggil kumpulan A. Manakala satu kumpulan lagi ialah
Kumpulan Kawalan yang juga dipanggil Kumpulan B. Proses
kajian selanjutnya dipaparkan seperti carta aliran pada
Rajah 3.1 di bawah.
Rajah 3.1 Carta Aliran : Kajian Yang Akan Dijalankan.
Guru
Murid
3.3 PERSAMPELAN
Sampel kajian ini terdiri daripada murid tahun lima di
Sekolah Kebangsaan Kota Setia, Teluk Intan, Perak. Kesemua
murid yang dipilih merupakan murid yang pernah diajar oleh
guru sebagai guru biasa di sekolah ini. Murid akan terdiri
keputusan
Ujian Pos
Ujian Pra
daripada murid lelaki dan murid perempuan untuk menjadi
sampel kajian eksperimen. Seramai 32 orang pelajar yang
dipilih untuk dijalankan kajian.
Sampel dikategorikan sebagai murid sederhana dan agak
lemah berdasarkan keputusan ujian pada awal tahun untuk
mendapatkan TOV (Take Of Value). Murid tahun lima dipilih
kerana pada tahun inilah mereka diperkenalkan dengan
karangan yang berformat dan tidak berformat. Karangan yang
dihasilkan mestilah mengikut format yang betul (bergantung
kepada tajuk) dan memerlukan pemeringkatan perenggan dan
bilangan perkataan yang agak panjang berbanding dengan
semasa mereka berada di tahun 4.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra
dan ujian pos. Ujian pra dijalankan untuk menilai prestasi
murid sebelum rawatan manakala ujian pos diadakan selepas
kumpulan tersebut dilaksanakan mengikut kajian Peta Minda
dan Kaedah Konvensional.
3.4.1 Ujian Pra
Soalan ujian pra terdiri daripada soalan bahagian B iaitu
menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberi. Ujian pra
diberi untuk mendapatkan gambaran awal tentang prestasi
murid terhadap gaya dan penulisan karangan mereka.
3.4.2 Ujian Pos
Set ujian yang terdiri daripada soalan bahagian B sahaja.
Ujian pos akan digunakan untuk menentukan keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan peta minda
berbandingkan dengan teknik pengajaran penulisan
menggunakan kaedah tradisional atau konvensional.
3.4.3 Borang soal selidik
Mengkaji kesan terhadap penggunaan pendekatan pengajaran
berasaskan peta minda ke atas minat murid terhadap
pembelajaran penulisan karangan berbanding pengajaran
konvensional. Borang ini juga mengesan minat dalam
penulisan karangan serta meningkatkan pengetahuan bahasa
murid.
3.5 KAJIAN RINTIS – KEBOLEHPERCAYAAN / KEESAHAN
Kajian yang telah dijalankan adalah ke atas murid tahun
empat di Sekolah Kebangsaan Kota Setia, Teluk Intan.
Seramai 32 orang murid dipilih untuk menjalankan kajian
ini. Walaupun saiz sampel lebih kecil daripada saiz sampel
sebenar namun responden yang dipilih ini setara dengan
responden kajian sebenar. Ini adalah kerana umur responden
secara keseluruhannya ialah 11 tahun. Seramai 17 orang
murid perempuan secara keseluruhannya terlibat dan 15 orang
murid lelaki. Jumlah keseluruhan murid tersebut ialah
sebanyak 32 orang.
Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan ujian yang
dijalankan pada awal tahun untuk menentukan Take Of Value
(TOV). Hasil daripada ujian tersebut menunjukkan kelemahan
murid-murid ini dalam penulisan khususnya karangan. Oleh
itu, guru merasakan perlu diadakan kajian terhadap teknik,
kaedah atau cara untuk meningkatkan subjek tersebut.
Satu kaedah ataupun teknik yang dirasakan bersesuaian
dengan untuk meningkatkan prestasi murid-murid tersebut
adalah teknik Peta Minda. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji keberkesanan teknik Peta Minda terhadap
pencapaian murid ini. Selain itu juga, pengkaji juga telah
mengukur minat murid terhadap teknik ini. Seterusnya,
pengkaji juga dapat melihat perbezaan dari segi kefahaman
tentang isi dan perkembangan fakta antara murid yang
menjalani kaedah peta minda berbanding dengan murid yang
mengikuti pengajaran secara konvensional.
Murid telah diberikan borang maklumat data peribadi
untuk mendapatkan maklumat tentang profil responden. Di
dalam borang tersebut akan dinyatakan pekerjaan bapa dan
ibu serta pendapatan mereka. Ini adalah untuk mengetahui
hubungan latar belakang keluarga dengan pencapaian mereka.
Borang maklumat murid atau profil responden diberikan
kepada murid-murid ini.
Berkemungkinan berlaku juga markah yang tidak setara
semasa kajian dijalankan. Murid yang berada dalam kumpulan
kawalan akan mendapat markah yang tinggi berbanding dengan
murid kajian. Ujian pos telah menentukan keberkesanan
teknik Peta Minda setelah enam minggu kajian yang
dijalankan.
3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data telah dijalankan oleh penyelidik di dalam
kelas tahun lima. Semua pelajar telah mengambil ujian pra
dan seterusnya mereka telah diajar seperti biasa selama dua
minggu. Separuh (kumpulan A) seramai 16 orang yang terpilih
dalam intervensi dikumpulkan dalam satu kelas di luar waktu
mengajar. Pengkaji mengambil masa empat jam seminggu untuk
kaedah yang disediakan dalam kajian ini.
Semasa sesi intervensi, pengkaji memberikan satu
penerangan ringkas mengenai tujuan sesi dan cara
pengendalian. Pelajar dikehendaki duduk di tempat masing-
masing. Pelajar diberikan masa selama 40 minit untuk
membuat ulangkaji menggunakan kaedah peta minda. Setelah
dua minggu pelajar diberikan ujian pos. Pelajar tidak
dibenarkan meniru kerana perbuatan mereka menjejaskan
kajian penyelidik. Pengkaji telah memberi borang soal
selidik untuk pelajar kumpulan A sahaja dan mencatatkan
data yang dikehendaki.
3.7 CARA PENGANALISAN DATA
Proses dimulakan dengan pengumpulan semua data termasuk
ujian pra dan ujian pos. Data telah dianalisis untuk
menentukan ukuran kepada skor komposit beberapa item,
iaitu item gaya pembelajaran, skor min dan perbezaan antara
dua item (perbezaan skor ujian pra dan ujian pos).
Perbezaan ini telah dipaparkan dalam bentuk rajah iaitu
graf selain daripada data-data dalam bentuk angka. Melalui
graf kita telah dapat melihat perbandingan markah mereka
secara visual.
Terdapat tiga cara yang digunakan oleh pengkaji untuk
menganalisis data iaitu melalui cara ujian, soal-selidik
dan pemerhatian. Ketiga-tiga cara ini dilakukan bertujuan
untuk mendapatkan kesahan dalam kajian yang dijalankan.
Keterangan mengenai cara yang dijalankan adalah seperti di
bawah.
3.7.1 Ujian
Kaedah ujian juga turut digunakan dalam kajian ini untuk
mengukur tahap kefahaman murid dalam penulisan. Dua ujian
telah dijalankan iaitu ujian pra dan pos. Ujian pra ialah
untuk menguji tahap kefahaman murid sebelum kaedah dalam
ini diaplikasikan kepada murid. Ujian pos pula telah
dijalankan untuk mengukur tahap keberkesanan teknik Peta
Minda berbandingkan kaedah konvensional. Ujian-ujian
tersebut adalah untuk membuktikan teknik Peta Minda yang
dijalankan melalui kajian ini berkesan ataupun sebaliknya.
3.7.2 Soal-selidik
Dalam menjalankan kajian ini, kaedah soal-selidik telah
diberikan kepada murid untuk mengetahui reaksi mereka
terhadap kajian yang dijalankan.Kaedah ini dijalankan
dengan mengedarkan kertas yang mengandungi 7 item soalan.
Soalan-soalan yang disediakan adalah soalan menjurus kepada
minat terhadap pembelajaran menggunakan teknik Peta Minda
dalam meningkatkan pencapaian penulisan murid-murid.
3.7.3 Pemerhatian
Semasa menjalankan kajian ini, kaedah pengumpulan data
secara kualitatif dan kuantitatif telah dijalankan. Kaedah
ini dijalankan untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai
cara murid belajar dan reaksi mereka semasa di dalam kelas.
Kaedah ini dijalankan dengan melihat reaksi mereka semasa
sesi perbincangan dan melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas.
Satu senarai semak telah disediakan supaya pemerhatian yang
dijalankan lebih spesifik dan berfokus. Segala keputusan
pemerhatian telah direkodkan ke dalam sebuah jadual.
3.8 RUMUSAN
Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian untuk
mengkaji sejauh mana intervensi dalam bentuk kitar
pembelajaran dan peta minda mempunyai kesan yang positif
terhadap pencapaian murid tentang perkembangan idea
dalam penulisan yang mereka pelajari. Kelas tambah nilai
juga diambil kira sebagai kajian. Dapatan daripada ujian
pos juga diharap menunjukkan bahawa intervensi ini berupaya
menghuraikan kefahaman murid tentang perluasan isi dan
bagaimana perkembangan idea berlaku dan akhirnya struktur
penulisan yang baik mampu dihasilkan.