Urbanisasi dan impak masyarakat

41
Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang 1.0 PENDAHULUAN Urbanisasi atau perbandaran merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakan di negara membangun. Laporan Bernama pada 2010 melaporkan bahawa kadar urbanisasi Negara akan meningkat hingga 75 % menjelang 2020 . Ia merupakan satu kadar yang amat tinggi seiring dengan kemajuan negara. Tanpa menafikan impak urbanisasi akan memberi kesan positif dari sudut ekonomi tetapi kesan positif tersebut dilihat selari dengan peningkatan aspek masalah lain seperti peningkatan jenayah ,kesesakan trafik , digradasi alam sekitar dan kekurangan perumahan . Jenayah yang berlaku berlaku pasti akan memberi kesan terhadap kestabilan penduduk. Menurut Shelley (1981), peningkatan kadar jenayah dikawasan urbanisasi diterangkan melalui kebolehsediaan barang dan peningkatan kadar perasaan tertekan akibat jurang ekonomi antara kaya dan miskin. Flango dan Sherbenou (2006) didalam kajian di Amerika Syarikat menyatakan bahawa kemiskinan dan urbanisasi adalah salah satu faktor peningkatan jenayah. Maka, satu kajian dilihat penting untuk melihat perkaitan antara urbanisasi dan jenayah di Negara. 1

Transcript of Urbanisasi dan impak masyarakat

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

1.0 PENDAHULUAN

Urbanisasi atau perbandaran merupakan satu fenomena yang

tidak dapat dielakan di negara membangun. Laporan Bernama pada

2010 melaporkan bahawa kadar urbanisasi Negara akan meningkat

hingga 75 % menjelang 2020 . Ia merupakan satu kadar yang amat

tinggi seiring dengan kemajuan negara. Tanpa menafikan impak

urbanisasi akan memberi kesan positif dari sudut ekonomi

tetapi kesan positif tersebut dilihat selari dengan

peningkatan aspek masalah lain seperti peningkatan

jenayah ,kesesakan trafik , digradasi alam sekitar dan

kekurangan perumahan .

Jenayah yang berlaku berlaku pasti akan memberi kesan

terhadap kestabilan penduduk. Menurut Shelley (1981),

peningkatan kadar jenayah dikawasan urbanisasi diterangkan

melalui kebolehsediaan barang dan peningkatan kadar perasaan

tertekan akibat jurang ekonomi antara kaya dan miskin. Flango

dan Sherbenou (2006) didalam kajian di Amerika Syarikat

menyatakan bahawa kemiskinan dan urbanisasi adalah salah satu

faktor peningkatan jenayah. Maka, satu kajian dilihat penting

untuk melihat perkaitan antara urbanisasi dan jenayah di

Negara.

1

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

1.1 KENYATAAN MASALAH

Jenayah di bandar merupakan salah satu masalah sosial yang

sukar diatasi . Ia memaksa Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Malaysia (KPKM) melancarkan kempen bandar selamat . Keseriusan

masalah jenayah ini telah juga telah memaksa Dato Seri Najib

Tun Razak menjadikan kadar penurunan jenayah sebagai salah

satu bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Dilaporkan

bahawa oleh Polis Diraja Malaysia,jenayah curi motosikal

menyumbang sebanyak RM180.9 juta, kereta sebanyak RM 444.9

juta dan van sebanyak RM270.4 juta. Sudah pasti angka yang

membimbangkan . justeru itu kajian ini dilaksanakan bagi

mengenal pasti apakah adakah peningkatan jenayah yang berlaku

adalah sebahagian impak urbanisasi atau sebaliknya.

Berdasarkan permasalahan kajian, penyelidik telah mengariskan

beberapa persoalan , berikut:

1) Apakah punca utama jenayah di bandar ?

2) Apakah kaitan antara urbanisasi dengan jenayah di bandar

3) Ditahap manakah keseriusan jenayah di bandar?

2

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

4) Apakah impak jenayah di bandar?

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1.2.1 Objektif Am

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji impak

urbanisasi terhadap jenayah di Bandar Serdang.

1.2.2 Objektif Khusus

1. Untuk memerihalkan latar belakang demografi responden

(jantina, bangsa, pekerjaan, pendidikan, umur dan

jangkamasa menetap) di Serdang, Selangor.

2. Untuk mengenalpasti dan menentukan tahap impak

urbanisasi di Bandar Serdang.

3. Untuk mengenalpasti dan menentukan tahap jenayah di

Bandar Serdang.

4. Untuk mengenalpasti dan menetukan tahap impak urbanisasi

dan jenayah di Bandar Serdang.

1.3 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

3

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

1.4 DEFINISI

ISTILAH

1.4.1 Urbanisasi

a) Konseptual

Urbanisasi berarti peratus penduduk yang tinggal di

daerah perkotaan. Perpindahan manusia dari desa ke kota

hanya salah satu penyebab urbanisasi.

(Ensiklopedia, Wikipedia)

b) Operasional

4

Latarbelakangdemografiresponden-jantina-bangsa-pekerjaan-pendidikan-umur-jangkamasa

Impakurbanisasi

Jenayahdi

Bandarserdang

Rajah 1.3.1 : kerangka konseptual kajian kes mengenai impak urbanisasi terhadap jenayah di

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Merujuk kepada fenoma yang berlaku di serdang akibat

daripada pembangunan yang berlaku.

1.4.2 Jenayah

a) Konseptual

Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-

undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan

perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.

( Ensiklopedia, Wikipedia)

b) Operasional

Merujuk kepada perlakuan yang menyalahi undang-undang

oleh masyarakat yang tinggal dikawasan serdang

1.4.3 Komuniti

a) Konseptual

Komuniti membawa maksud sebuah kelompok sosial dari

beberapa organisasi yang berbagilingkungan, umumnya memiliki

ketertarikan dan habitat yang sama.

( Ensiklopedia, Wikipedia)

b) Operasional

5

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Merujuk kepada masyarakat yang menetap dikawasan

serdang.

1.5 KEPENTINGA

N KAJIAN

Perbandaran seringkali dianggap sebagai petunjuk

modenisasi , peningkatan taraf hidup serta kemajuan sama ada

di negara membangun atau negara maju , kerana perbandaran

merupakan prasyarat untuk pemodenan dan perkembangan . Oleh

itu , perbandaran merupakan satu elemen penting terhadap

kemajuan sesebuah negara . Dalam kepesatan perbandaran,

pelbagai perubahan akan berlaku iaitu meliputi aspek seperti

ekonomi , demografi , politik , budaya , teknologi , sosial

dan faktor persekitaran semulajadi yang mana perubahan -

perubahan ini merupakan petunjuk kepada kepesatan

perbandaran . Namun demikian, seiring dengan kepesatan ,

perkembangan , kemajuan serta pembangunan infrastruktur ,

manusia boleh mencetuskan pelbagai fenomena sosial . Knox

( 1994 ) , menjelaskan bahawa setiap perubahan yang berlaku

dalam bandar adalah saling berhubung kait kesan daripada6

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

proses perbandaran . Justeru itu , perlulah diberi penumpuan

terhadap sejauhmanakah kepesatan urbanisasi di negara

membangun mempengaruhi peningkatan permasalahan sosial bandar

kesan daripada peningkatan penduduk bandar .

Dengan adanya kajian ini, diharapkan hasil kajian akan

dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada mereka yang

ingin mengkaji dan mengetahui lebih lanjut tentang faktor

utama yang menjadi penyebab berlaku kejadian jenayah yang

semakin serius dan sukar dibendung. Impak urbanisasi terhadap

jenayah juga akan di kupas secara terperinci di dalam kajian

ini yang mana kami menjalankan kajian ini di kawasan

berdekatan iaitu di Sri Serdang.

Kajian in bertujuan untuk membuka minda masyarakat luar

tentang kesan modenisasi terhadap jenayah dan turut membuka

peluang untuk pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan

selanjutnya untuk mengurangkan kadar jenayah di dalam negara.

Kajian ini dapat memberi impak dan kesan yang positif seperti

mengurangkan jumlah peratusan kes jenayah dan masalah sosial

yang lain.

7

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Kajian ini juga membentangkan statistik jenayah dari

Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bukit Aman di seluruh Negara

bagi tempoh 2009 sehingga Ogos 2012 (Jadual 1). Indeks jenayah

seluruh negara menunjukkan sebanyak 209,817 kes jenayah yang

dilaporkan. Angka ini telah menurun kepada 177,520 kes pada

2010 iaitu pengurangan sebanyak 32,297 kes atau 15.4%. Ia

terus menunjukkan penurunan kepada 157,891 kes pada tahun 2011

iaitu pengurangan sebanyak 19,629 kes atau 11.1%. Bagi tempoh

Januari sehingga Ogos 2012, sebanyak 101,313 kes direkodkan.

Berbanding tempoh yang sama tahun lepas sebanyak 112,348 kes

direkodkan dan ini menunjukkan kadar jenayah indeks sudah

berkurangan sebanayak 11,035 kes atau 9.8%.

8

Jadual 1.5.1 : Statistik Kes Jenayah YangDilaporkan dari 2009 sehingga Ogos 2012

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Di bawah juga disertakan jadual (Jadual 2) berkenaan

perbandingan jenayah indeks bagi tempoh Januari sehingga

Febuari 2011 dan Januari sehingga Febuari 2012. Jika

diperhatikan kebanyakkan jenayah indeks mengalami kadar

penurunan, namun untk kes jenayah kekerasan melibatkan bunuh

dan mencederakan mengalami kadar peningkatan iaitu sebanyak

3.8 dan 1.8. Manakala untuk jenayah harta benda, kes curi

motosikal dan curi van/lori/jentera berat meningkat sebanyak

1.2 dan 11. Ini menunjukan kadar jenayah masih berlaku

meskipun tidak terlalu tinggi namun ia masih berada di tahap

membimbangkan.

9

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

2.0 TINJAUAN LITERATUR

10

Jadual 1.5.2 : Perbandingan JenayahIndeks Bagi Tempoh Jan-Feb 2011 dan

Jan-Feb 2012

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Bab ini memfokuskan kepada ulasan hasil dapatan berkaitan

dengan pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Kajian

ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara impak

urbanisasi ke atas jenayah di Serdang. Bab ini membincangkan

tinjauan literatur mengikut sub topik seperti yang berikut:

2.1 Kajian literatur mengenai pemboleh ubah bersandar

2.1.1 Konsep Jenayah di Bandar

Pada hari ini dunia jenayah dan keganasan merupakan

satu fenomena yang sentiasa berkembang dan berkait rapat

dengan corak urbanisasi. Bandar-bandar besar di negara-

negara yang sedang membangun, terutamanya penduduk miskin

dan paling kurang bernasib baik, adalah orang-orang yang

paling kerap ditimpa oleh keganasan jenayah di

bandar( Motiar, 2007).

Sejak urbanisasi mempunyai kesan yang besar dalam

persekitaran sosio- ekonomi masyarakat yang diberikan,

terdapat kebaikan dan keburukan . Beberapa faedah positif,

iaitu produktiviti yang lebih tinggi , pendapatan yang lebih

baik, dan penigkatan kadar kesuburan, pemodenan, kuasa,

persekitaran politik demokratik rakyat, kemudahan awam dan

11

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

bertambah akses kepada teknologi maklumat (Eitzen, 1984).

Sebaliknya , faedah negatif adalah kemerosotan besar dalam

kesesakan persekitaran bandar, tekanan yang melampau

perumahan, pertumbuhan kawasan miskin dan tekanan

perkhidmatan bandar seperti pendidikan, kesihatan,

pengangkutan , air , kebersihan, elektrik, bahan api ,

pembersihan sampah , rekreasi dan lain-lain .

Walaupun ia adalah benar bahawa pembandaran menjana

pertumbuhan ekonomi , ia juga mewujudkan ketidaksamaan

pendapatan yang hebat di kalangan penduduk bandar.

Ketidaksamaan pendapatan di kawasan bandar adalah lebih

tinggi daripada di kawasan luar bandar dan juga di kawasan

bandar ia telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan

ini. Oleh itu, perbandaran di kawasan bandar telah dikira

dengan pemindahan kemiskinan dari luar bandar ke kawasan

bandar (Becker, 1967).

Malaysia juga tidak ketinggalan daripada mengalami

arus pembangunan seperti negara negara lain. Pertumbuhan

ekonomi yang pesat di Malaysia sejak dekad 1950-an telah

membolehkan negara mengorak langkah lebih jauh ke hadapan

dari segi pembangunan setanding dengan negara lain di dunia.

12

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Corak pembangunan di negara ini adalah unik dibandingkan

dengan negara-negara lain. Ini kerana Malaysia tidak

menghadapi masalah tekanan penduduk, bencana alam dan kesan

peperangan (Maimunah,1992:11-12). Pertumbuhan ekonomi negara

yang pesat membolehkan negara mengalami proses pertumbuhan

bandar yang pesat.

Kepesatan perbandaran dapat dibuktikan melalui

perbandingan penduduk yang tinggal di bandar dan luar

bandar. Merujuk kepada trend perbandaran negara bagi tempoh

1970-2000, adalah jelas bahawa terdapat peningkatan dari

segi peratusan bilangan penduduk yang tinggal di bandar

berbanding luar bandar, iaitu peratusan penduduk di bandar

telah meningkat daripada 26.8 peratus pada tahun 1970 kepada

34.2 peratus pada tahun 1980 dan 50 peratus pada tahun 1990.

Pada tahun 2020 peratusan penduduk bandar dijangkakan akan

mencecah 73 peratus. (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000).

Selain itu, kepesatan perbandaran bukan sekadar

menunjukkan kepada peningkatan penduduk di bandar,

mewujudkan bandar-bandar yang dinamik, tetapi juga

menimbulkan permasalahan perbandaran atau ‘urban problems’

yang menjejaskan kesejahteraan penduduk bandar jika ianya

13

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

tidak dirancang dengan sempurna (Kerajaan Negeri Pulau

Pinang, 1998:2). Azmi (1998) pula berpendapat bahawa,

walaupun peningkatan penduduk di kawasan bandar membuktikan

tercapainya perbandaran, namun ia akan menimbulkan masalah

ke atas bandar berkenaan untuk menampung keperluan penduduk

dari segi penyediaan prasarana, kemudahan awam dan

sebagainya. Hal ini telah mengakibatkan penduduk terpaksa

hidup dalam suatu persekitaran yang tidak sihat sehingga

menimbulkan masalah yang kemungkinan membawa kepada

peningkatan berlakunya pelakuan jenayah di bandar (Kerajaan

Negeri Pulau Pinang, 1998: 105; Pokhariyal dan Muthuri,

2003).

2.1.2 Jenis jenayah di Bandar

Merujuk kepada laporan perbandingan pelakuan jenayah

antara negara-negara terpilih, iaitu perkiraan ke atas

setiap 100,000 orang penduduk, didapati kes jenayah di

negara ini masih pada tahap yang terkawal (Utusan Malaysia,

19 Januari 2001). Namun demikian, merujuk kepada statistik

trend jenayah negara, didapati indeks jenayah negara

14

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

menunjukkan peningkatan setiap tahun (Mohd Reduan, 1990;

Berita Harian, 10 November 1989; Utusan Malaysia, 25 Mac

1995 dan 19 Januari 2001; Mingguan Malaysia, 5 Mei 2002).

Indeks jenayah negara meningkat daripada 70 823 kes

pada tahun 1980 meningkat kepada 156 455 kes pada 2004

dengan peningkatan sebanyak 85 632 kes atau 120.9peratus

bagi tempoh 24 tahun. Jenayah harta benda merupakan antara

jenayah yang lebih kerap berlaku berbanding dengan jenayah

kekerasan walaupun jenayah kekerasan lebih mendapat liputan

meluas oleh pihak media massa (Berita Harian, 13 Januari

2004). Senario kes jenayah yang berlaku di peringkat negara

turut dialami di negeri contohnya Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Negeri, kejadian jenayah di

negeri Pulau Pinang dilaporkan berlaku pada setiap 47.4

minit sepanjang tahun 2000 dengan kes jenayah harta benda

mencatatkan kekerapan yang tertinggi. Kes jenayah harta

benda di negeri ini dilaporkan berlaku pada setiap 52.6

minit dan jenayah kekerasan pula berlaku pada setiap 8 jam.

Kes curi kenderaan dilaporkan berlaku setiap hari, sebuah

motosikal dilaporkan dicuri pada setiap 3 jam, dan satu kes

samun berlaku pada setiap 11 jam (Utusan Malaysia, 5 Januari

15

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

2001). Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun

2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2002:110).

2.2 Kajian literatur mengenai pemboleh ubah bebas ke atas

pemboleh ubah bersandar

2.2.1 Impak urbanisasi terhadap jenayah di Bandar

Urbanisasi merujuk kepada proses pertumbuhan di

kawasan bandar. Meskipun terdapat pelbagai takrif yang boleh

diberikan kepada makna urbanisasi, dapat difahami bahawa

urbanisasi dalam makna teringkas adalah perubahan pekerjaan

dari luar Bandar ke Bandar yang menjadi petunjuk peningkatan

ekonomi. Ada pelbagai impak positif yang dapat diambil dari

proses ini namun ia juga turut mengundang aspek negatif

terutamanya jenayah.

Kadar jenayah dan kadar urbanisasi adalah satu

perkara yang seiring , ia dibuktikan oleh Krivo dan Peterson

(1996) bahawa jenayah sering berlaku pada Bandar Bandar

besar. Ini disebabkan kadar kepadatan penduduk yang tinggi

yang menyebabkan mudah berlaku jenayah seperti jenayah harta

benda.

16

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Urbanisasi yang tidak terancang akan menghasilkan

kesan domino yang berpanjangan. Kepadatan penduduk tinggi

akan menyebabkan persaingan didalam banyak hal seperti

perumahan, pekerjaan, makanan dan keperluan yang lain.

Feisher (1966) menyatakan bahawa kurang sumber kewangan yang

kukuh akan mengakibatkan perilaku jenayah di Bandar.

Selain daripada itu, urbanisasi telah menyebabkan

percambahan budaya dengan kepelbagaian kepercayaan dan

kelakuan, perbezaan didalam etnik, bangsa dan nilai norma.

Kesemua ini adalah faktor yang menanam benih jenayah

(leones, 2004). Gaya hidup dibandar juga sedikit sebanyak

telah mengubah pola perhubungan manusia. Wirth (1938)

sebagai contoh menyatakan bahawa masyarakat Bandar telah

mengubah corak perhubungan daripada kumpulan primary

(keluarga dan sanak saudara ) kepada hubungan secondary

(jiran tetanga dan rakan sekerja). Hubungan secondary ini

menghasilkan konflik apabila jarang mengenal atau

menghabiskan masa bersama orang yang mereka kenal. Tambah

Wirth lagi, kejadian ini akan diakhir dengan perpisahan

keluarga ,penyalahgunaan alcohol, jenayah dan pelbagai aspek

negative yang lain.

17

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Perkembangan remaja juga perlu diberi tumpuan

didalam menilai peningkatan jenayah akibat urbanisasi.

Dapatan daripada temuramah yang dijalakan terhadap Ketua

Balai Polis Serdang juga menyatakan remaja mudah terlibat

didalam aktiviti jenayah berkumpulan. Aktiviti jenayah

secara kumpulan secara tidak langsung member motivasi untuk

melakukan jenayah secara ulangan. Direkodkan bahawa di

Negara ini terdapat lebih kurang 285 kumpulan penjenayah

muda (Sidhu, 2005) .

Meskipun kehidupan bandar menjanjikan pekerjaan,

tetapi pertambahan penduduk sebenarnya menyekat peluang

pekerjaan. Jenayah dan kurang pekerjaan adalah sesuatu yang

berkait. Kajian sarjana seperti Becker(1995), Raphael dan

Winter (1998), white and witt (2001) semuanya menunjukan

bahawa jika tiada pekerjaan , secara psikologi individu

cenderung untuk menjadi ganas dan menyebabkan jenayah

meningkat.

Kebanjiran warga asing juga merupakan salah satu

faktor meningkatnya jenayah, kumpulan ini adalah pekerja

yang mempunyai tahap pengupayaan rendah dan untuk satu

jangka masa yang pendek. Mengikut statistic yang dikeluarkan

18

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Polis Diraja Malaysia terdapat 30 000 pekerja asing memenuhi

penjara Negara. Ini jelas menunjukan indikator bahawa

kebanjiran warga asing juga adalah penyebab jenayah kerana

seraca logiknya mereka antara kumpulan yang tinggal di

persekitaran urban. (che soh, 2012)

2.3 Rumusan

Tinjauan literatur mendapati fenomena jenayah di bandar tidak

boleh bergantung kepada satu bentuk penjelasan sahaja. Didapati faktor –faktor kepada penyumbang peningkatan jenayah di bandar masa kini

amat membimbangkan banyak pihak.

Secara amnya, faktor populasi dan sosioekonomi telah lama

mendapat perhatian para pengkaji sebagai satu faktor penyumbang

kepada peningkatan kes jenayah dalam bandar. Namun, walaupun kajian

mengenai urbanisasi ke atas jenayah di bandar kurang dikaji, namun

beberapa pendapat boleh digunakan sebagai rujukan dalam mengkaji

fenomena antisosial ini.

Perhatian daripada beberapa pihak terutamanya institusi

kekeluargaan, kerajaan dan lain-lain agar mencari langkah bagi

membendung fenomena ini daripada terus merebak.

19

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

3.0 METADOLOGI KAJIAN

Metadologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang

paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan

tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi

melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang

dirangka adalah melibatkan rekabentuk kajian, lokasi kajian,

persampelan, instrumen dan pengukuran, pengumpulan data dan

analisis data.

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian berkaitan dengan tajuk ini

iaitu trend kes jenayah di bandar, rekabentuk kajian yang

dipilih ialah berbentuk kualitatif. Pendekatan kualitatif

ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran

yang boleh diamati bergantung kepada pengamatan seseorang

individu di dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-

orang di persekitarannya. Untuk lebih memantapkan lagi dapatan

20

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

kajian ini, sesi temubual dilakukan bersama penduduk setempat

dan Ketua Balai Polis Serdang yang turut terlibat secara

langsung dalam memerhati peningkatan kes jenayah yang berlaku

di kawasan sekitar.

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian

kes iaitu satu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu

kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun

kejadian yang terikat oleh tempat dan waktu. Kajian kes

dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna dan

memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Proses pengumpulan

data berdasarkan Creswell (1998) iaitu mengenalpasti tapak atau

individu, mendapatkan akses dan membina rekod,mengumpul data,

merekod maklumat, menyelesaikan isu-isu lapangan dan menyimpan

data.

Di dalam kajian yang kami lakukan, kami telah melaksanakan

tiga skop pelaksanaan kajian berasakan kaedah kualitatif iaitu

kaedah pemerhatian dan temubual.

1. Soal selidik

21

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Kumpulan kami telah melaksanakan soal selidik

terhadap responden kami iaitu penduduk di sekitar Sri

Serdang. Responden yang kami soal selidik berjumlah 15

orang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Kami menetapkan bahawa responden yang kami soal selidik

mestilah tinggal di kawasan Sri Serdang selama 10 tahun

dan ke atas. Dari segi pekerjaan reponden pula terdiri

daripada penjawat awam dalam sektor kerajaan dan individu

yang bekerja sendiri. Kumpulan kami telah menyediakan 10

soalan yang berkait dengan situasi dan keadaan jenayah

serta impak urbanisasi terhadap kes jenayah di sekitar

kawasan Sri Serdang

2. Pemerhatian.

Kumpulan kami juga melakukan kaedah pemerhatian.

Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian

secara terus dan pemerhatian melalui penglibatan. Kaedah

pemerhatian secara terus ini melibatkan perhatian secara

lansung iaitu pemerhatian kami terhadap pembangunan di

kawasan Sri Serdang, cara hidup, pekerjaan dan bilangan

22

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

rambang penduduk Sri Serdang. Teknik ini memerlukan kami

berkomunikasi secara terus dengan penduduk Sri Serdang.

Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari

bidang antropologi ( kajian tentang kehidupan

masyarakat ). Kumpulan kami telah melibatkan diri dengan

masyarakat Sri Serdang untuk lebih memahami keseriusan kes

jenayah di kawasan itu.

3. Temubual

Di samping borang soal selidik, maklumat juga

diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secara terus

dengan pihak yang dipilih. Berdasarkan kaedah temu bual,

kumpulan kami dapat memperolehi maklumat berkaitan kes

jenayah di Sri Serdang dengan lebih jelas dan tepat.

Kumpulan kami telah menemubual Ketua Polis Sri Serdang

iaitu ASP Zamzam Yunus. Melalui temubual yang dijalankan,

kumpulan kami dapat lebih memahami situasi jenayah di Sri

Serdang dengan lebih jelas dan tepat.

3.2 LOKASI KAJIAN

23

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Lokasi kajian yang kami pilih adalah di kawasan Sri

Serdang kerana kawasan ini antara kawasan panas yang kerap

berlaku kes jenayah dan paling terbaru ialah kejadian

pergaduhan sehingga terjadi situasi tembak menembak yang

mengorbankan satu nyawa di kawasan Sri Serdang iaitu di

kawasan flat lama bersebelahan Universiti Putra Malaysia.

3.3 POPULASI KAJIAN

Populasi kajian ini terdiri daripada beberapa orang

penduduk yang tinggal di kawasan Serdang terutama sekali bagi

penduduk yang telah dilahirkan di Serdang atau telah menetap

lama di Serdang dan juga Ketua Balai Polis Serdang.

3.4 PERSAMPELAN

Populasi yang diambil merupakan penduduk setempat yang

menetap dan bekerja di kawasan Serdang, Selangor. Bagi kajian

ini, seramai 15 orang responden yang ditemu bual termasuklah

penduduk dan seorang Ketua Polis di Balai Polis Serdang. Bagi

kajian ini, pemilihan sampel dijalankan secara tujuan berlapis

bagi memastikan kajian yang dijalankan bertepatan dengan

24

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

kehendak pengkaji. Melalui kajian ini, ciri sampel yang

diperolehi akan hamper sama dengan ciri populasi dan hasil

kajian ini akan dapat digeneralisasikan. Seramai 14 orang

penduduk setempat dan seorang Ketua Balai Polis dipilih bagi

menjadi informan kajian ini. Setiap responden ini telah

diberikan dahulu soalan kaji selidik bagi memastikan

persetujuan dan kerelaan daripada mereka bagi menjalani sesi

temubual akan dijalankan pada waktu itu atau selepas

mendapatkan waktu temujanji dilakukan bersama mereka.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Bagi mengumpulkan data dan maklumat daripada responden,

borang soal selidik digunakan sebagai alat utama untuk

mengumpul setiap maklumat yang diperlukan berdasarkan 10

soalan yan disediakan. Sesi temubual secara mendalam dilakukan

bagi mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat setempat

terhadap kes jenayah yang berlaku di sekeliling kawasan

penempatan mereka. Berdasarkan jawapan kepada 10 soalan yang

diberikan, pengkaji dapat melihat sejauh manakah tahap

kesedaran peningkatan kes jenayah yang berlaku serta langkah-

25

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

langkah mencegah yang diambil bagi mencegah jenayah berlaku

kepada diri dan masyarakat sekeliling.

3.6 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data ini diperolehi melalui kaedah sekunder,

iaitu melalu temubual yang mendalam. Proses pengumpulan data

dilakukan dan dikumpul sepanjang bulan Oktober dan November

2013. Sesi temubual dilakukan terhadap 15 orang responden yang

hanya menjawab 10 soalan yang dijelaskan bagi mengelakkan

kekeliruan maklumat dan bagi mendapatkan hasil kajian yang

lebih mendalam dalam bidang yang dikaji ini.

3.7 ANALISIS DATA

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah kualitatif.

Semua maklumat yang diperolehi dari informan akan dianalisis

secara deskriptif.

3.8 RUMUSAN

26

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Kajian ini dilakukan dengan begitu terperinci bagi menjawab

persoalan-persoalan kajian dan mencapai objektif kajian yang

telah ditetapkan. Setiap jawapan yang diberikan informan

dianalisis dan dibentangkan dalam bab seterusnya.

4.0 ANALISA KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bab ini membincangkan tentang hasil kajian yang

diperoleh daripada temubual secara mendalam dengan beberapa

orang penduduk dan juga seorang ketua balai polis si Serdang.

Perbincangan yang dibuat adalah berdasarkan objektif kajian

yangtelah digariskan iaitu mengenalpasti factor dan impak

daripada jenayah yang berlaku di kawasan Serdang, Selangor.

27

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Status keadaan yang diterangkan oleh responden adalah

berdasarkan pemerhatian dan juga pengalaman menjadi mangsa

jenayah di kawasan Serdang memandangkan majority daripaada

mereka telah menetap lama di Serdang malahan ada juga yang

bekerja disana. Kaedah kualitatif ini memberatkan usaha untuk

mencari dan memberikan keterangan serta pemerhatian bukan

numerikal walaupun terdapat keterangan yang merujuk kepada

statistik.

Kebanyakan kajian dalam bidang ini memberikan keterangan,

interpretasi, atau makna dalam sesuatu proses komunikasi.

Kaedah ini juga lebih merupakan usaha untuk memberikan

keterangan tentang sifat dan keadaan manusia dengan

menggunakan pandangan umum tentang apa-apa saja tindakan

sosial. Justeru, penyelidikan kualitatif tidak tertumpu ke

arah pengutipan maklumat yang banyak. Sebaliknya, kaedah ini

berusaha untuk memperoleh maklumat berkualiti dengan

memberikan tumpuan terhadap sampel yang kecil. Segala hasil

kajian adalah berpandukan kepada transkrip temu bual yang

boleh dirujuk pada bahagian Lampiran 1.

28

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

4.1.1 PEMERHATIAN

Data yang dikumpul telah diperiksa dengan menggunakan

pemerhatian dan rakaman video serta catatan lapangan.

Pemerhatian yang dimaksudkan dalam kajian kes ini adalah

melalui media massa yang ada iaitu media cetak dan media

elektronik. Banyak kajian yang menunjukkan berlaku kes jenayah

yang berlaku di kawasan Serdang.Selain itu, teknik temu bual

digunakan bagi memperkukuh dan memperlengkapkan data yang

diperoleh daripada pemerhatian kajian kes..

4.1.2 TEMU BUAL YANG MENDALAM

Bentuk temu bual yang dijalankan adalah dalam bentuk tidak

formal (Spradley, 1980) dan lebih menyerupai “conversation

interview” (Patton,1980) atau “conversation with a

purpose” (Marshall and Rossman, 1989). Temu bual yang

dijalankan juga adalah tidak distrukturkan, Soalan yang

diberikan kepada pihak polis adalah berlainan dengan

soalan yang ditanya kepada penduduk setempat.

Walaubagaimanapun, soalan masih berfokus kepada objektif

kajian iaitu mengenalpasti faktor dan kesan hasil daripada

29

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

kes jenayah yang wujud dalam kajian kes. Sebarang maklumat

dan perkataan yang disebutkan oleh responden merupakan

data penting kajian. Tindak balas yang relevan akan

dicatatkan kata demi kata.

Melalui kaedah ini seseorang pengkaji boleh memperoleh

kefahaman yang meluas dan sempurna dengan cara “mendalami”

sesebuah topik tertentu. Pada masa yang sama, pendekatan

ini unik atas sebab yang berikut:

i. Sampel yang lebih kecil akan digunakan.

ii. Pengkaji boleh memberikan keterangan yang terperinci

tentang sebab di sebalik jawapan responden.

iii. Ia juga mengizinkan pemerhatian yang lebih lama

tentang respons..

4.2 PERBINCANGAN

Berikut adalah beberapa transkrip temubual antara

penyelidik dengan beberapa orang responden yang tediri

daripada Ketua Balai Polis dan penduduk.

4.2.1 TRANSKRIP TEMU BUAL

30

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

A) RESPONDEN PERTAMA

31

Sharifah : Boleh saudari perkenalkan diri? (nama, umur,

pekerjaan, kawasan tempat tinggal)

Respondan 1 : Nama saya Ajidah Bte Jusoh berusia 38

tahun dan menetap di Sri Serdang dan mengambil upah

menjahit di rumah.

Sharifah : Sudah berapa lama saudari menetap di kawasan

Sri Serdang?

Responden 1 : Hampir 14 tahun saya menetap di sini

bersama suami dan anak-anak.

Sharifah : Selama tinggal di Serdang, sudah berapa

banyak kes jenayah yang pernah anda dengar/lihat?

Responden 1 : Kerap juga saya dengar daripada jiran

mahupun surat khabar.

Sharifah : Pernahkah anda menjadi mangsa jenayah?

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

32

Responden 1 : Saya rasa dalam 1 hingga 2 kes jenayah

yang dilaporkan dan yang terbaru adalah kes pecah masuk

rumah di kejiranan ini.

Sharifah : Bagi pendapat anda, apakah punca jenayah yang

berlaku?

Responden 1 : Pada saya kos sara hidup yang tinggi

terutama di kawasan bandar sangat mempengaruhi

berlakunya jenayah.

Sharifah : “Semakin pesat sesebuah tempat itu, semakin

tinggi kadar jenayah yang berlaku”, apakah pendapat anda

tentang pernyataan tersebut?

Responden 1 : Saya setuju dengan pernyataan itu kerana

kadar kenaikan harga barang dan harga minyak membuatkan

ramai orang merungut dan tidak mustahil ada yang

mengambil jalan mudah seperti merompak, ragut, pecah

rumah dan sebagainya.

Sharifah : Dengan kejadian/peningkatan jenayah yang ada,

adakah kesan langsung yang berlaku kepada anda

(individu), keluarga dan masyarakat sekeliling?

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Berdasarkan daripada dialog daripada responden yang

pertama, pengalaman kawan-kawan responden yang banyak

menjadi mangsa jenayah sangat menakutkan dirinya sendiri

dan ahli keluarganya yang lain. Isu pecah rumah, ragut dan

kecurian seringkali didengari berlaku atas faktor kos sara

hidup yang semakin tinggi. Hal ini menunjukkan responden

menyokong fakta yang mana urbanisasi sebuah kawasan itu,

menggalakkan peningkatan kes jenayah yang berlaku.

Responden juga telah telah meletakkan skala 5 yang

menunjukkan kes jenayah domestic yang berlaku

sekelilingnya tidak terlalu serius.

B) RESPONDEN 2

\

33

Mohammad Firdaus: Boleh perkenalkan diri saudara?

(Nama,umur, pekerjaan, kawasan tempat tinggal)

Responden: Nama saya Iman Fahmi B. Zainal

Abidin, berumur 28 tahun. Saya bekerja sebagai

seorang peruncit di sebuah kedai di Sri Serdang.

Kini, saya menetap di kawasan Sri Serdang.

Mohammad Firdaus : Sudah berapa lama menetap di

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

34

Mohammad Firdaus: Dengan memberi dari skala (1-10),

berapakah skala yang menunjukkan tahap keseriusan jenayah

yang ada di Serdang? (1-kurang serius, 10- terlalu

serius)

Responden: 8, kerana bagi saya kes jenayah di

Serdang agak serius.

Mohammad Firdaus: Secara rawaknya, dalam sebulan berapa

kekerapan jenayah yang anda dengar atau lihat?

Responden: Dua hingga 3 kali.

Mohammad Firdaus: Bagi pendapat anda, apakah punca

jenayah berlaku?

Responden: Bagi saya, kurangnya kesedaran dan

kepekaan daripada masyarakat sendiri.

Mohammad Firdaus: Boleh perkenalkan diri saudara?

(Nama,umur, pekerjaan, kawasan tempat tinggal)

Responden: Nama saya Iman Fahmi B. Zainal

Abidin, berumur 28 tahun. Saya bekerja sebagai

seorang peruncit di sebuah kedai di Sri Serdang.

Kini, saya menetap di kawasan Sri Serdang.

Mohammad Firdaus : Sudah berapa lama menetap di

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Menurut responden kedua, yang telah tinggal agak lama di

Serdang iaitu pada waktu kecil lagi, beliau lebih

menyatakan secara terus yang mana kes jenayah yang ada di

kawasan Serdang ini agak serius memandangkan beliau

sendiri juga telah menjadi mangsa jenayah. Responden juga

bersetuju bahawa urbanisasi setempat yang melibatkan

populasi penduduk asing juga menjadi salah satu faktor

peningkatan jenayah yang berlaku. Responden juga telah

telah meletakkan skala 8 yang menunjukkan kes jenayah

domestik yang berlaku sekelilingnya agak terlalu serius.

RESPONDEN 3

35

Mohammad Firdaus: Dengan memberi dari skala (1-10),

berapakah skala yang menunjukkan tahap keseriusan jenayah

yang ada di Serdang? (1-kurang serius, 10- terlalu

serius)

Responden: 8, kerana bagi saya kes jenayah di

Serdang agak serius.

Mohammad Firdaus: Secara rawaknya, dalam sebulan berapa

kekerapan jenayah yang anda dengar atau lihat?

Responden: Dua hingga 3 kali.

Mohammad Firdaus: Bagi pendapat anda, apakah punca

jenayah berlaku?

Responden: Bagi saya, kurangnya kesedaran dan

kepekaan daripada masyarakat sendiri.

Responden: Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling

kawasan tempat tinggal anda dan tidak membawa barang

berharga yang banyak apabila di luar kawasan rumah.

Luqman : Boleh perkenalkan diri saudara?

(nama,umur, kawasan tempat tinggal)

Responden : Nama saya Azman Suwardi, berumur 25 tahun

dan saya tinggal di kawasan Sri Serdang

Luqman : Sudah berapa lama menetap di Kawasan

Serdang? Dan tinggal bersama siapa?

Responden : Saya dilahirkan disini.

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

36

Luqman : Dengan memberi dari skala (1-10), berapakah

skala yang menunjukkan tahap keseriusan jenayah yang ada di

Serdang? (1-kurang serius, 10- terlalu serius)

Responden : 5, kes jenayah disini hampir serius berbanding

di kawasan lain.

Luqman : Secara rawaknya, dalam sebulan berapa

kekerapan jenayah yang anda dengar atau lihat?

Responden : Sekali

Luqman : Bagi pendapat anda, apakah punca jenayah

berlaku?

Responden : Mungkin aktiviti persekolahan yang tidak

dipantau.

Luqman : " Semakin pesat sesebuah tempat itu, semakin

tinggi kadar jenayah yang berlaku", apakah pendapat anda

tentang penyataan tersebut?

Luqman : Boleh perkenalkan diri saudara?

(nama,umur, kawasan tempat tinggal)

Responden : Nama saya Azman Suwardi, berumur 25 tahun

dan saya tinggal di kawasan Sri Serdang

Luqman : Sudah berapa lama menetap di Kawasan

Serdang? Dan tinggal bersama siapa?

Responden : Saya dilahirkan disini.

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Menurut responden ketiga, yang memang dilahirkan di

Serdang, beliau menyatakan secara terus yang mana kes

jenayah yang ada di kawasan Serdang ini agak serius

memandangkan beliau sendiri juga telah menjadi mangsa

jenayah. Responden juga bersetuju bahawa urbanisasi

setempat yang melibatkan populasi penduduk asing juga

menjadi salah satu faktor peningkatan jenayah yang

berlaku. Responden juga telah telah meletakkan skala 5

yang menunjukkan kes jenayah domestik yang berlaku

sekelilingnya tidak terlalu serius.

37

Luqman : Dengan memberi dari skala (1-10), berapakah

skala yang menunjukkan tahap keseriusan jenayah yang ada di

Serdang? (1-kurang serius, 10- terlalu serius)

Responden : 5, kes jenayah disini hampir serius berbanding

di kawasan lain.

Luqman : Secara rawaknya, dalam sebulan berapa

kekerapan jenayah yang anda dengar atau lihat?

Responden : Sekali

Luqman : Bagi pendapat anda, apakah punca jenayah

berlaku?

Responden : Mungkin aktiviti persekolahan yang tidak

dipantau.

Luqman : " Semakin pesat sesebuah tempat itu, semakin

tinggi kadar jenayah yang berlaku", apakah pendapat anda

tentang penyataan tersebut?

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penemuan daripada kajian yang dijalankan, beberapa

jenis jenayah utama yang berlaku dalam bandar telah dikenalpasti,

antaranya jenayah kekerasan yang terdiri daripada bunuh, rogol, samun

berkawan bersenjata api, samun bersenjata api, dan jenayah harta benda

yang terdiri daripada curi, curi van atau kereta, ragut dan pecah rumah

dan penyalahgunaan dadah. Masalah jenayah dan penyalahgunaan dadah

merupakan jenayah yang paling banyak berlaku di kawasan bandar yang

membangun dengan pesat dengan kadar populasi yang tinggi. Komitmen

dan kerjasama daripada semua pihak, lebih-lebih lagi pihak pemimpin

dan agensi kerajaan diperlukan bagi mengatasi masalah jenayah di

bandar, terutamanya di bandar Serdang.

Semua pihak perlu memandang serius akan perkembangan atau

peningkatan jenayah di bandar kerana perkembangannya dalam

masyarakat boleh mempengaruhi aspirasi pembangunan negara pada masa

hadapan. Ini kerana sebilangan besar yang terlibat dalam gejala jenayah

ini terdiri daripada golongan muda belia yang bakal mewarisi tampuk

pemerintahan negara pada masa hadapan. Tanpa komitmen daripada

semua pihak dan langkah penguatkuasaan susulan, golongan ini akan

mudah hanyut dan terjerumus ke dalam kancah masalah lain yang

seterusnya boleh menggugat pencapaian pembangunan negara pada masa

depan. Pemantauan dan penguatkuasaan undang- undang adalah penting

dalam membendung masalah jenayah di bandar yang berlaku.

38

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

BIBLIOGRAFI

Abdul Samad H. (2010). Urbanisasi di Malaysia: Mengaitkan

Kepelbagaian Proses ke Bentuk Perbandaran. Malaysian Journal of

Environmental Management. 11(2) , 21-31

Abdul Qaiyum Lodhi & Charles Tilly. (1973). Urbanization, Crime, and

Collective Violence in 19th-Century France. American Journal of

Sociology, Vol. 79, No. 2 , pp. 296-318

Ahmad A. S. (2011). Kesan Kitaran Ekonomi Terhadap Peningkatan Kadar

Indeks Jenayah di Malaysia. Prosiding PERKEM VI, 1, 492 – 501

Amar Singh, S. (2005). The Rise of Crime in Malaysia: An Academic

and Statistical Analysis. Journal of the Kuala Lumpur Malaysia

Police Collge. Vol. 4:1-28.

Becker, G.S. (1968). Crime and Punishment: An Economic Approach.

Journal of Political Economy, 76:169-217

Edward L. Glaeser & Bruce Sacerdote. (1999). Journal of Political

Economy. Journal of Political Economy, Vol. 107, No. 6 , pp. 225-

S258

Erdal G. (2003). Crime in Urban Areas: An Empirical Investigation.

Eskisehir Osmangazi University. 1-18

39

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Fleisher, Belton M. (1966), The effect of income on delinquency. The

American

Economic Review, Volume 55(1/2), pp. 118-137.

Gerben J. N. Bruinsma. (2007). Urbanization and Urban Crime: Dutch

Geographical and Environmental Research. Crime and Justice, Crime

and Justice in the Netherlands , Vol. 35, No. 1, pp.453-502

Haris, Abd Wahab(2004). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung

Malaysia : Tinjauan Daripada Perspektif Masyarakat Malaysia. Jati,

9, 55-74

Hafiz H., J. (2006). Urbanization and Crime: A Case Study of

Pakistan. Pakistan Institute of Development Economics Islamabad. 1-

28

Julie, E., S. (2001). Disorder in Urban Neighborhoods-Does It Lead

to Crime?. American Journal of Sociology .105 (3) ,603–51.

Jamaludin Mustafa. (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan

Bandar Selamat Di Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah.Universiti

Sains Malaysia. 1-24

Kneebone, E., & Raphael, S. (2011). City and Suburban Crime Trends

in Metropolitan America. METROPOLITAN OPPORTUNITY SERIES. 1, 1-22

Krivo, Lauren J. and Peterson, Ruth D. (1996) Extremely

Disadvantaged Neighborhoods

and Urban Crime, Social Forces, 75 (2), 619-650.

40

Impak Urbanisasi Terhadap Jenayah Di Bandar Serdang

Louis W. (1938) Urbanism as a Way of Life.The American Journal of

Sociology, Vol. 44, No. 1.

Mazlan C. Soh (2012). Crime and Urbanization: Revisited Malaysian

Case. Social and Behavioral Sciences 42 ( 2012 ) 291 – 299

Meagan, E., C. (2005). Geographies of Urban Crime: An Intraurban

Study of Crime in Nashville, TN; Portland, OR; and Tucson, AZ. U.S.

Department of Justice. 1-198.

Mohd Dahlan A. Malek, & Ida Shafinaz M. Kamil. (2008). Jenayah Dan

Masalah Sosial Di Kalangan Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber.

UUM. 1-8

Norizan Hj Md Nor. (2007). Jenayah Dan Perbandaran: Satu Kajian Di

Daerah Timur Laut

Pulau Pinang. Seminar Kebangsaan Geografi 2007 “ Dunia Tanpa

Sempadan. 1-16

41