Risalah Putaran Bumi Dan Hari - Jabatan Mufti Negeri Pulau ...

8

Transcript of Risalah Putaran Bumi Dan Hari - Jabatan Mufti Negeri Pulau ...

PUTARANBUMI

-

-

Gambar Rajah Menunjukkan Putaran Bumi.

Definisi:Bumi berputar pada

paksinya dari arah Timur keBarat. Bagi menghasilkan satu

putaran yag sempurna, ia mengambil masa selama sehari. Apabila dipandang dari bintang Utara Polaris, bumi kelihatan

seperti berputar mengikut garisanorbitnya yang tersendiri. Untuk

menghasilkan satu putaran yang sempurna pula, ianya

mengambil masa selamasetahun.

Kelajuan:Bersifat tidak tetap,

ianya berubah mengikut perubahan garis lintang:

• Kawasan Kutub: 0º .• Kawasan Garis Lintang: 50º (mencecah 316km/s).• Kawasan Khatulistiwa:

mencecah465km/s.

Putaran:Satu putaran

yang sempurna pada setiap 23 jam

25 minit dan4 saat.

Sidereal Day:Perkiraan mengikut

putaran yang berlakupada tempoh melihat

bintang pada kedudukannyadan melihatnya pada

kali kedua pada kondisinya.

Solar Day:Tempohnya lebih

panjang berbanding dengan Sidereal Day

sebanyak 3 minit 4 saat menjadikan tempoh putaran sempurna

iaitu 24 jam.

Kesan Putaran:• Pertukaran

Malam dan Siang.• Sistem

Pasang dan Surut Air.• Perubahan

Musim

2

PERTUKARANMALAM DAN SIANG

Proses pertukaran malam dan siang terjadi kerana bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari. Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah kepada cahaya matahari. Ini menyebabkan kawasan tersebut mengalami proses siang hari. Manakala malam pula berlaku kerana sebahagian lagi bumi terlindung daripada cahaya matahari.

Perbezaan malam dan siang di sesuatu kawasan kecuali di kawasan Garisan Khatulistiwa disebabkan kecondongan bumi iaitu 66.5° dari satah orbitnya. Di Hemisfera Selatan, penduduknya akan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam pada 22 Disember kerana matahari berada tegak di Garisan Jadi.

Manakala semua kawasan di Hemisfera Utara pula akan mengalami waktu siang lebih pendek. Pada 21 Mac dan 23 September pula, matahari akan berada tegak di Garisan

Khatulistiwa, jadi seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang.

Fenomena ekuinoks juga disebut sebagai hari tanpa bayang kerana ketika ini matahari berada tegak 90° di atas kepala. Bagi kawasan Pulau Pinang, fenomena ekuinoks tempatan akan berlaku pada 3 April (2 minit sebelum waktu Zuhur) iaitu hampir dua (2) minggu selepas tarikh ekuinoks sebenar 21 Mac. Ini kerana Malaysia bukanlah berada tepat di Garisan Khatulistiwa. Kedudukan geogra� Malaysia 5° daripada Garisan Khatulistiwa turut menyebabakan ekuinoks pada bulan September berlaku lebih awal iaitu pada 9 September berbanding ekuinoks sebenar pada 23 September.

Ketika matahari berada tegak di Garisan Sartan pada 21 jun pula, semua kawasan di Hemisfera Utara akan mengalami perjalanan siang yang lebih panjang daripada malam. Waktu siang di Hemisfera Selatan pula akan menjadi lebih pendek berbanding tempoh malamnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Ali-Imran:190).

“(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah Ali-Imran:191).

3

PASANG DAN SURUTAIR LAUT

Gambar Rajah Menunjukkan Pasang Surut Air Laut

Kejadian pasang dan surut adalah disebabkan paras alir lautan yang naik dan turun. Tarikan graviti matahari dan bulan akan menyebabkan wujudnya tarikan graviti yang memberi kesan terhadap bendalir di permukaan bumi.

Oleh kerana bulan berada lebih dekat dengan bumi, maka tarikan graviti bulan lebih berkesan berbanding dengan matahari. Air lautan tertarik ke arah bulan menyebabkan paras laut naik dan menjadi pasang.

Apabila bumi berputar, graviti bulan akan memberi kesan ke bahagian bumi yang lain. Maka kawasan baru ini akan mengalami proses air pasang, manakala kawasan sebelumnya akan mengalami proses air surut.

Kejadian pasang dan surut lebih ketara apabila bulan berada pada fasa ijtimak atau ketika bulan purnama kerana ketika ini bulan dan matahari sejajar dengan bumi. Walau bagaimanapun, kekerapan pasang surut di sesuatu perairan akan dipengaruhi juga oleh faktor-faktor arus dan keadaan �zikal perairan tempatan.

4

MONSUN

ANGIN MONSUN BARAT DAYA (Mei - September)

Monsun Barat Daya biasanya bermula pada pertengahan bulan Mei dan berakhir di penghujung September. Angin lazim pada amnya dari arah Barat Daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot.

Istilah monsun berasal dari Arab yang bermaksud musim. Monsun menerangkan keadaan sistem angin yang bertiup secara tetap dalam musim yang berbeza, dalam arah yang berlainan dalam satu musim ke musim yang lain. Antara ciri utama monsun ini adalah perbezaan yang ketara dari segi cuaca yang berkaitan dengan min (purata) edaran musim ini.

Angin monsun adalah angin musim yang bertiup dari pedalaman benua (kawasan darat) ke laut dalam musim sejuk, bertiup dalam arah bertentangan dalam musim panas. Berdasarkan perubahan ini, empat (4) musim boleh dibahagikan iaitu Monsun Barat Daya, Monsun Timur Laut dan dua (2) musim peralihan monsun yang lebih pendek.

ANGIN MONSUN TIMUR LAUT(November – Mac)

Monsun Timur Laut pula biasanya bermula pada awal bulan November dan berakhir pada bulan Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah Timur atau Timur Laut dengan kelajuan antara 10-20 knot. Negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia dan bahagian Utara serta pantai Timur Sabah lebih terjejas dengan tiupan angin yang boleh mencapai kelajuannya sehingga 30 knot atau lebih, semasa tiupan kuat udara sejuk dari Siberia (luruan angin sejuk).

Manakala semasa musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung (tanah lekuk yang berisi air) Khatulistiwa merentangi Malaysia. Dalam tempoh dari April hingga November semasa taufan kerap kali terbentuk di Barat Pasi�k dan bergerak ke arah Barat merentasi Filipina,

angin Barat Daya di kawasan Barat Laut pantai Sabah dan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih.

Angin monsun paling ketara di India, walaupun banyak kawasan lain mengalami angin monsun. Angin monsun terjadi oleh pemanasan dan penyejukkan darat dan permukaan laut yang berbeza. Sewaktu musim sejuk, kawasan sejuk tekanan tinggi berkembang di kebenuaan Asia. Tekanan tinggi disebabkan oleh udara sejuk kutub dan penyejukkan sinaran jangka panjang. Di Selatan, wujud udara panas Khatulistiwa dan kawasan ini mempunyai tekanan permukaan yang lebih rendah. Gabungan tekanan tinggi di Asia dan tekanan rendah di Khatulistiwa menyebabkan kecerunan tekanan yang menghala dari Utara ke Selatan.

Gambar Rajah MenunjukkanAngin Monsun Barat Daya

Gambar Rajah MenunjukkanAngin Monsun Timur Laut

5

MUSIM

Perubahan musim dan monsun berlaku kerana bumi condong pada sudut paksinya iaitu pada sudut 23.5°.

Ketika bumi bergerak mengelilingi matahari, bahagian bumi atau kawasan yang berlainan di bumi akan condong ke arah matahari pada masa yang berbeza.

Hemisfera Utara, Kutub Utara berada di kecondongan yang jauh daripada matahari, matahari akan kelihatan lebih rendah di langit dan waktu siang bagi hari tersebut akan menjadi pendek. Kawasan tersebut akan mengalami musim yang dipanggil musim sejuk. Manakala, apabila Kutub Utara berada di kecondongan lebih dekat dengan matahari, banyak cahaya dan haba yang akan sampai ke Hemisfera Utara.

Matahari pula akan berada tinggi di langit dan waktu siang bagi hari tersebut akan menjadi panjang. Perubahan ini

menunjukkan bahawa ketika itu musim panas sudah pun bermula. Kedua-dua musim ini turut dipanggil sebagai 'solstis'.

Selain itu, di antara kedua-dua 'solstis musim sejuk' dan 'solstis musim panas' tersebut, terdapat pula dua musim perantaraan iaitu musim bunga dan musim luruh. Ia turut dikenali sebagai 'ekuinoks'.

Kawasan yang berada di rantau ini akan mengalami perubahan cuaca secara beransur-ansur menjadi lebih panas dan lebih sejuk kerana ia masing-masing terletak di kecondongan yang sederhana hampir atau sederhana jauh dari matahari.

Namun kejadian empat (4) musim setahun ini hanya berlaku di iklim sederhana dunia di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Keadaan ini tidak berlaku di kawasan iklim Khatulistiwa seperti di negara kita Malaysia.

6

SOLSTIS

SOLSTIS MUSIM PANAS (20-21 Jun)

Semasa ‘solstis musim panas’, matahari tengah hari berada tegak di atas Garisan Sartan di Hemisfera Utara. Keadaan ini menyebabkan Hemisfera Utara mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat iaitu selama 8 jam.

Sebaliknya Hemisfera Selatan mengalami waktu malam yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu siang yang singkat iaitu selama 8 jam.

SOLSTIS MUSIM SEJUK (21-22 Disember)

Semasa ‘solstis musim sejuk’ pula, matahari tengah hari berada tegak di atas Garisan Jadi di Hemisfera Selatan. Keadaan ini menyebabkan Hemisfera Selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat iaitu selama 8 jam.

Sebaliknya, Hemisfera Utara mengalami waktu siang yang lebih pendek iaitu selama 8 jam berbanding waktu malam yang lebih panjang iaitu selama 16 jam.

Perkataan 'solstis' berasal daripada perkataan bahasa Latin Sol (Matahari) dan Sistere (berdiam). Solstis bermakna penerimaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di permukaan bumi. Solstis terbahagi kepada dua (2) peringkat iaitu 'solstis musim sejuk' dan 'solstis musim panas'.

Gambar Rajah Menunjukkan Solstis Musim Sejuk

Gambar Rajah Menunjukkan Solstis Musim Panas

7

EKUINOKS

Perkataan 'ekuinoks' berasal daripada perkataan bahasa Latin Aequus (bersamaan) dan Nox (malam).

Ekuinoks bermakna seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam masing-masing.

Pada masa ini matahari tengah hari berada tepat di Garisan Khatulistiwa. Fenomena ini juga terbahagi kepada dua (2) peringkat iaitu:

- Ekuinoks Musim Bunga (21 Mac)

- Ekuinoks Musim Luruh (23 September)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : 1. Internet & buku karangan:Prof. Dr. Mohamad bin Ilyas.2. Jabatan Mufti Negeri Johor: http://mufti.johor.gov.my/site/muatturun

Tugu Khatulistiwa- Kota Pontianak