PELAN KAJIAN TINDAKAN

30
PELAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH MENENGAH ELOPURA 2 SANDAKAN, SABAH TAJUK: PENGGUNAAN MUZIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK GEOGRAFI DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DISEDIAKAN OLEH: MOHD NIZAMUL BIN TUGIMAN

Transcript of PELAN KAJIAN TINDAKAN

PELAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH MENENGAH ELOPURA 2

SANDAKAN, SABAH

TAJUK:

PENGGUNAAN MUZIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK

GEOGRAFI DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD NIZAMUL BIN TUGIMAN

Isi Kandungan

Penghargaan……………………………………………………………………………………….2

Abstrak…………………………………………………………………………………………….3

Pendahuluan……………………………………………………………………………………….5

Penyataan Masalah………………………………………………………………………………...6

Objektif Kajian…………………………………………………………………………………….7

Kaedah Kajian…………………………………………………..…………………………………8

Perancanagn Tindakan…………………………………………………………………………….9

Pelaksanaan Tindakan……………………………………………………………………………10

Dapatan Kajian…………………………………………………………...………………………11

Penilaian dan Refleksi……………………………………………………………………………13

Kesimpulan………………………………………………………………………………………14

Cadangan Kajian Seterusnya…………………………………………………………………….16

Rujukan…………………………………………………………………………………………..17

Lampiran 1……………………………………………………………………………………….18

[1]

Lampiran 2………………………………………………………….……………………………19

[2]

Penghargaan

[3]

Abstrak

Masalah menghafal sesuatu fakta dan teori dalam

matapelajaran Sains dan Sastera merupakan punca pelajar di

peringkat sekolah menengah mudah berputus asa dan sukar

memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Ini

ditambah pula dengan cara serta kaedah penyampaian guru Biologi

itu sendiri yang kurang dipelbagaikan menyebabkan para pelajar

mudah berasa bosan. Akhirnya, para pelajar kurang memberi

perhatian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung

di dalam kelas.

Matapelajaran Geografi merupakan subjek yanh menuntut

ketekunan pelajar untuk menghafal banyak istilah dan menggunakan

pendekatan matematik dan pegiraan pada masa yang sama bagi

sesetengah tajuk. Oleh kerana itu, suatu kaedah ataupun cara yang

sesuai yang difikirkan menepati dengan citarasa pelajar masa kini

perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dikendalikan oleh guru Geografi akan mencapai kepuasan yang

maksimum sama ada di pihak guru mahupun murid itu sendiri.

[4]

Umumnya kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang

guru lakukan dalam mengendalikan proses pengajaran-pembelajaran.

Guru-guru terlatih adalah bijak memilih dan menggunakan kaedah

yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan diri mereka

dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan.

Pemilihan sesuatu kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada

kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran pelajar, tajuk

pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak

disampaikan, tahap pencapaian pelajar, persekitaran pembelajaran,

nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

Pembelajaran merupakan proses interaktif, iaitu hasil

aktiviti guru dan pelajar yang menjadi elemen utama dalam suasana

pembelajaran yang spesifik. Bentuk interaktif dalam pembelajaran

berkait rapat dengan kefahaman guru tentang sifat setiap individu

pelajarnya. Pendidik yang mahukan kejayaan tugasnya ke atas

individu pelajar haruslah memahami makna ‘individu’, dan mereka

mesti menghubungkan cara pengajaran dan cara pembelajaran

individu berkenaan.

[5]

Menyedari akan hakikat bahawa remaja masa kini amat gemar

dengan muzik dan nyanyian, maka saya telah menjadikannya sebagai

elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran Geografi.

[6]

Pendahuluan

Matapelajaran Geografi adalah satu matapelajaran teras dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), yang perlu

dipelajari diperingkat sekolah menengah iaitu bagi tingkatan

satu, dua dan tiga. Geografi menjadi subjek wajib yang perlu

diduduki dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Geografi adalah

kajian tentang organisasi ruangan sebagai hasil daripada pelbagai

kaitan dan interaksi antara manusia dengan manusia, manusia

dengan alam sekitar serta antra unsur-unsur alam. Pemahaman

konsep dan generalisasi tentang proses dan interaksi pelbagai

fenomena ini menjadi asas kepada kajian geografi. Pengajaran dan

pembelajaran subjek ini memberi tumpuan khusus kepada pemahaman

konsep-konsep geografi dan hubungkaitan tentang aspek-aspek

geografi dalam organisasi ruangan, penguasaan dan aplikasi

kemahiran geografi serta pemupukan nilai-nilai murni dan semangat

patriotik.

Setiap guru Geografi, perlu merancang pengajaran dan

pembelajaran berlandaskan huraian sukatan buku teks Geografi.

Guru-guru boleh mengubahsuai cadanagn aktiviti pengajaran dan

[7]

pembelajaran mengikut keadaan setempat, tahap murid dan sumber-

sumber luar bilik darjah dan sekolah. Para pelajar sekolah

menengah menghadapi masalah dalam mengingati dan memahami setiap

isi-isi penting dalam sesuatu subjek. Sebagai seorang guru, saya

perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi masalah sebegini

seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan

penggunaan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

untuk subjek Geografi. Kajian ini tidaklah menetapkan penggunaan

muzik hanya boleh digunapakai dalam subjek geografi sahaja tetapi

ianya boleh juga diimplimentasikan dalam subjek-subjek teras dan

elektif yang lain.

[8]

Penyataan Masalah

Menyedari akan hakikat bahawa kebanyakan pelajar Tingkatan 1

menghadapi kesukaran untuk menyebut, menghafal, melukis dan

melabel gambar khususnya peta yang terlalu banyak yang perlu

dihafal mereka dalam mata pelajaran Geografi, maka pengkaji

mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen muzik dan nyanyian

di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Berbekalkan sedikit pengalaman dan ilmu muzik yang ada pada

saya sewaktu zaman belajar dahulu, maka saya mengambil kesempatan

ini untuk mengurangkan bebanan serta masalah yang mengganggu

pelajar selama ini khususnya pelajar yang baru menduduki

Tingkatan 1 dan baru mengenali subjek Geografi.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya, pelajar berasa agak

sukar untuk mengingati sesuatu fakta khususnya nama-nama tempat

dan aktiviti yang terlibat di setiap kawasan yang dibincangkan.

Mereka ini tidak tahu mencari kaedah yang terbaik yang dapat

membantu mereka untuk menghafal selain membaca berulangkali. Di

samping itu, kaedah pengajaran kebanyakan guru Geografi yang

terlalu bergantung kepada kaedah mengajar secara menyebut dan

[9]

menghafal sahaja yang begitu konvensional amat membosankan para

pelajar. Kebanyakan pelajar cuba mencari jalan mudah tetapi

terbaik bagi mereka untuk menghafal sesuatu fakta.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1. Menjelaskan bagaimana muzik dapat digunakan secara terancang

dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti P&P.

2. Membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti

P&P yang menarik menggunakan muzik.

3. Membantu guru menyampaikan sesuatu pengajaran secara

berkesan dan mudah difahami.

[10]

4. Menarik minat pelajar untuk fokus kepada sesuatu topik yang

dipelajari.

5. Membantu mengukuhkan daya ingatan pelajar terhadap

pelajaran.

6. Membantu para pelajar agar mampu menyebut dan menghafal

fakta-fakta Geografi.

7. Menjadikan aktiviti P&P di dalam kelas Geografi

menyeronokkan pelajar.

8. Menghapuskan rasa bosan pelajar ketika proses P&P

berlangsung.

9. Membantu pelajar menggunakan kaedah nyanyian untuk menghafal

sesuatu fakta dan teori Geografi.

[11]

Kaedah Kajian

Beberapa kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan ini iaitu:

1. Menjalankan Eksperimen

Seramai 60 pelajar daripada dua kelas Tingkatan 1 iaitu

kelas Tingkatan 1 Al-Farabi dan Tingkatan 1 Ibnu-Rusyd

terlibat dalam eksperimen ini.

2. Lembaran Kerja Pelajar (Latihan)

Dua kumpulan tersebut diberikan latihan yang sama dan mereka

diuji untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan

muzik dalam P&P.

3. Temu bual dengan Pelajar

Temubual secara rawak terhadap kedua-dua kumpulan responden

yang dilakukan bagi mendapatkan reaksi mereka berkaitan

dengan kaedah pengajaran yang dijalankan.

4. Pemerhatian

Pemerhatian terhadap tingkah laku dan tahap minat pelajar

sewaktu P&P.

[12]

Perancangan Tindakan

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, saya

memfokuskan kajian ini terhadap kaedah pengajaran matapelajaran

Geografi yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian di dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini bermaksud

pemilihan lagu dan lirik lagu mestilah sesuai dan mampu

menyatakan nama struktur dengan jelas dan betul. Saya juga

mestilah memainkan peranan dengan berkesan ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Saya harus memastikan bahawa semua

responden menyertai sepenuhnya setiap aktiviti nyanyian yang

dijalankan.

Saya berpendapat bahawa guru yang bijak seharusnya terlebih

dahulu mengetahui minat dan cita rasa pelajar mereka. Dengan cara

ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka sesuai

dengan kehendak pelajar. Ini adalah kerana untuk melahirkan

pelajar yang cemerlang, usaha dan alternatif guru perlu cemerlang

juga.

[13]

Pelaksanaan Tindakan

Di dalam melaksanakan tindakan, saya telah menjalankan dua

sesi pengajaran berdasarkan rancangan mengajar yang telah

dirancang. Sesi pengajaran pertama, saya menumpukan kepada

kumpulan kawalan iaitu kelas Tingkatan 1 Ibnu-Rusyd. Kumpulan ini

menjalankan aktiviti pembelajaran secara konvensional iaitu hanya

dengan penerangan guru serta dibantu oleh carta dan gambar rajah.

Manakala di dalam sesi pengajaran kedua, saya menumpukan

kepada kumpulan eksperimen iaitu kumpulan yang menjalankan

aktiviti pembelajaran yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian

untuk menghafal gambar rajah berlabel. Pelajar tersebut adalah

dari kelas Tingkatan 1 Al-Farabi. Guru memberi penerangan dengan

bantuan carta dan gambar rajah tetapi aktiviti dijalankan dengan

iringan muzik dan nyanyian. Rujuk contoh lirik lagu (lampiran).

[14]

Dapatan Kajian

Berpandukan analisis dapatan keempat-empat kaedah kajian

yang digunakan mendapati bahawa pelajar lebih gemar menjalani

aktiviti pengajaran Geografi dengan menggunakan elemen muzik dan

nyanyian. Berdasarkan analisis lembaran kerja didapati bahawa

responden dari kumpulan eksperimen memperoleh markah paling

tinggi berbanding responden kumpulan kawalan.

Berikut adalah graf yang di bina hasil dari pemerhatian saya

untuk kedua-dua kelas tersebut. Seramai 60 orang pelajar menjadi

responden di mana 30 orang dari kelas Al-Farabi iaitu kelas

eksperimen dan 30 orang dari kelas Ibnu-Rusyd iaitu kelas

kawalan.

[15]

0102030405060708090

100

Al-FarabiIbnu-Rusyd

Respon Pelajar di dalam Kelas Pengajaran Geografi Sewaktu

Kajian Tindakan

Kebanyakan responden kumpulan eksperimen dapat melabel

hampir kesemua struktur dengan betul berbanding kumpulan kawalan

yang hanya memperoleh markah tertinggi. Hasil temu bual pula

mendapati bahawa 100% responden dari kumpulan kawalan menyatakan

masalah untuk menghafal kesemua struktur dengan tepat dan cepat

berbanding dengan responden kumpulan eksperimen yang berpendapat

bahawa menghafal melalui nyanyian amat memberi kesan kepada

mereka.

[16]

Hampir kesemua responden eksperimen berasa amat seronok

dengan aktiviti P&P mereka apada hari tersebut kerana disamping

mendapta ilmu yang baru, mereka turut gembira dengan pendekatan

yang digunakan oleh saya iaitu menggunakan nyanyian untuk

mengingat arah angin. Manakala hamper 50% pelajar di kelas Ibnu-

Rusyd tidak gembira dengan pengajaran pada hari itu kerana

kebanyakan mereka mengatakan pendekatan yang digunakan seperti

biasa dan sama dengan hari-hari lain.

Hanya 10% daripada pelajar di kelas Al-Farabi menghadapi

masalah mengantuk di kelas sewaktu proses P&P manakala sebilangan

besar pelajar di kelas kawalan menghadapi masalah tersebut.

Tumpuan responden di kelas Ibnu-Rusyd merosot lebih setengah

daripada bilangan pelajar dari kelas eksperimen. Ini menunjukkan

cara pengajaran dan alternative guru amat memainkan peranan

penting dalam mencuri tumpuan pelajar.

80% pelajar di kelas eksperimen mempunyai kefahaman yang

maksimum berbanding hanya 40% dari bilangan keseluruhan pelajar

di kelas kawalan. Responden dari kelas Al-Farabi juga menunjukkan

sebilangan besar dari mereka mampu menghafal dengan tepat

[17]

pengajaran pada hari itu berbanding responden di kelas Ibnu-

Rusyd.

Penilaian dan Refleksi

Berdasarkan perancangan tindakan, pelaksanaan kajian dan

dapatan kajian didapati bahawa kaedah ini telah memberi kesan

yang amat positif kepada para pelajar khususnya kepada kumpulan

pelajar yang agak lemah di dalam kemahiran menghafal serta

melabel gambar rajah. Bagi pihak saya pula, kaedah ini amat mudah

untuk dikendalikan selagi ada kemahuan malah ia memberikan

suasana pengajaran danpembelajaran yang menghiburkan. Di samping

membantu pelajar melabel dan menghafal, kaedah ini juga dapat

membantu pelajar mengenengahkan bakat mencipta lirik lagu atau

pantun mahupun seloka.

Kemungkinan masalah yang akan timbul adalah kepada guru yang

tidak mempunyai bakat muzik dan nyanyian. Tetapi, sebenarnya itu

bukanlah merupakan masalah besar kerana guru tersebut boleh

mendapatkan khidmat guru/individu lain yang boleh memainkan

[18]

muzik iringan terlebih dahulu ataupun boleh ditukar kepada bentuk

pantun, seloka mahupun gurindam.

[19]

Kesimpulan

Kejayaan seseorang guru didalam pengajarannya adalah apabila

ilmu ataupun mesej yang mahu disampaikannya dapat dinikmati atau

dikuasai oleh pelajar pelajarnya. Guru yang baik adalah guru yang

dapat menggunakan segala kepakaran dan bakat yang dimilikinya

untuk dikongsi oleh para pelajarnya didalam sesi pengajaran dan

pembelajarannya. Sesekali, guru-guru perlu memikirkan minat dan

kecenderungan murid muridnya untuk digunakan sebagai pemangkin

bagi ‘memancing’ minat mereka.

Sebagai contohnya, kebanyakan pelajar amat gemar akan muzik

dan nyanyian mahupun berpantun, berseloka dan sebagainya.

Menyedari akan hakikat tersebut, maka kajian ini menggunakan

elemen muzik dan nyanyian bagi menarik minat pelajar dan

sekaligus membantu pelajar terbabit menghafal fakta-fakta mahupun

sturuktur-struktur berlabel bagi sesebuah gambar rajah. Di

samping berjaya melabel dan menghafal struktur-struktur tersebut,

pelajar terbabit juga berasa seronok ketika mengikuti pelajaran

di kelas. Ini sekaligus, merangsang pelajar untuk meminati mata

pelajaran Sains dan Sastera, khususnya Geografi. Para pelajar

[20]

sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap mata

pelajaran Geografi.

Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya

pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat,

intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi sesuatu

matapelajaran dalam kehidupan pelajar.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu

matapelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar.

Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran

lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda

kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi

pengajaran yang bersifat `spoon feed’, induktif dan khutbah yang

hanya menentingkan supaya murid menerima sahaja apa yang disogok

oleh guru tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan

perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era

perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat

moden.

Cara pengajaran tradisional tidak boleh membantu para

pelajar dalam mempraktikkan gaya pembelajaran berkesan. Oleh itu,

[21]

gaya pengajaran guru perlu diubahsuai kepada bentuk gaya

pengajaran lain seperti gaya pengajaran inkuiri yang boleh

memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya meningkatkan

pencapaian akademik. Gaya pembelajaran berkesan di kalangan

pelajar juga banyak bergantung kepada motivasi, minat dan cara

pengajaran yang diperkenalkan guru.

[22]

Cadangan Kajian Seterusnya

Pengkaji amat berharap agar lebih ramai pengkaji yang akan

mencipta lebih banyak aktiviti yang seumpama dengan kajian ini

bagi tajuk atau kemahiran lain bagi mata pelajaran Geografi

ataupun matapelajaran lain.

Bagi guru-guru Geografi yang tiada kemahiran memainkan alat

muzik ataupun menyanyi, anda bolehlah menggunakan khidmat

individu lain untuk merakam terlebih dahulu mainan alat muzik

bagi mengiringi aktiviti nyanyian tersebut. Dicadangkan agar

pengkaji seterusnya akan memikirkan aktiviti-aktiviti lain

seperti di dalam bentuk bersyair, berpantun, tarian dan pelbagai

lagi yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian di dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran Geografi.

[23]

Rujukan

1. Ahmad Mohd. Said . 1998 . Pengarah Bahagian Pendidikan

Guru . ‘ Guru Ijazah Perlu Memiliki Ilmu Pengetahuan Terkini

. Berita Harian .3hb September 1998 .

2. Boocock, S.S. 1972. An introduction to the sociology of

learning. Boston: Houghton Mifflin Co..

3. Claxton, C.S. & Murral, P.H. 1987. Learning styles:

implication for improving education. Washington: Ashe-ERIC

Higher Education Report No. 4.

4. Maznah Ismail & Yoong Suan. 1995. Kajian terhadap pendekatan

pembelajaran pelajar. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 14 :

11-18.

5. Dunn, R. & Dunn, K. 1978. Teaching students through their

individual learning styles: a practical approach. The 14th

annual leadership institute, Jamaica. New York.

6. Dunn, R. & Dunn, K.J. 1979. Learning styles/teaching styles:

should they… can they… be matched? When its important to

them, they can. Educational Leadership. January.

[24]

[25]

Lampiran 1

Contoh Soalan Temubual:

1. Bagaimanakah perasaan kamu selepas mengikuti pelajaran

hari ini?

2. Adakah kamu berasa kelainan terhadap aktiviti pada hari

ini berbanding dengan aktiviti sebelum ini?

3. Apakah kamu berasa terhibur di sepanjang aktiviti pada

kali ini?

4. Adakah kamu berasa mudah mengingat dan menghafal sambil

menyanyi?

5. Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel dan menghafal

secara membaca ataupun secara menyanyi di mana ada lirik

lagu yang kena mengena dengan arah angin?

6. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa aktiviti

seperti hari ini telah menarik minat kamu untuk terus

meminati mata pelajaran Geografi?

7. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guru Sains

dan Sastera khususnya guru Geografi juga mampu mengajar

sambil berjenaka?

[26]

8. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guru masa

kini tidak patut dilabel sebagai guru yang serius dan

membosankan?

9. Aktiviti hari ini menyebabkan kamu akan tertunggu tunggu

apakah bentuk aktiviti yang akan saya perkenalkan pula

pada waktu seterusnya?

10. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa kaedah ini

mampu kamu gunakan sendiri untuk topik-topik yang lain?

[27]

Lampiran 2

Apa salahku apa salah ibuku

Hidupku dirundung pilu

Tak ada yang mau dan

menginginkan aku

Tuk jadi pengobat pilu

Tuk jadi penawar rindu

Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara

Tak juga aku berjumpa

Dari musim duren hingga musim

rambutan

Tak kunjung aku dapatkan

Tak jua aku temukan

Oh tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak

Siapa yang punya anak

Bilang aku aku yang tengah

malu

Sama teman-temanku

Karna cuma diriku yang tak

laku-laku

Pengumuman-pengumuman

Siapa yang mau bantu

Tolong aku kasihani aku

Tolong carikan diriku kekasih

hatiku

Siapa yang mau

[28]

[29]