panduan lengkap permohonan kelulusan pelan dan ...

12
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN Bahagian Sumber dan Perancangan Tadahan Jabatan Kawal Selia Air dan Pembetungan 1 Julai 2022

Transcript of panduan lengkap permohonan kelulusan pelan dan ...

PANDUAN LENGKAP

PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI

LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

Bahagian Sumber dan Perancangan Tadahan

Jabatan Kawal Selia Air dan Pembetungan

1 Julai 2022

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA MS

A. PENGENALAN 3

B. TERMINOLOGI 4

C. PENGEMUKAAN PERMOHONAN 5

D. KEPERLUAN DOKUMENTASI 5

E. PENILAIAN DAN KELULUSAN 6

F. LAIN-LAIN KEPERLUAN PEMATUHAN 6

G. PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB PEMOHON 7

H. RUJUKAN 8

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A: Carta Alir

Lampiran B: Format Surat Iringan Pemohon

Lampiran C: Senarai Semak

Lampiran D: Format Laporan Cadangan Teknikal

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

3

A. PENGENALAN

1. Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pemaju dan perunding (disebut

sebagai “pemohon”) bagi menjelaskan tatacara permohonan kelulusan pelan dan

spesifikasi bagi pembinaan (baru atau menaik taraf) Loji Rawatan Air (LRA) dan

komponen yang berkaitan sama ada berstatus awam atau pun persendirian.

2. Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

(Akta 655) serta perundangan subsidiarinya berkaitan dan Uniform Technical

Guidelines for the Design of Water Treatment Plants and Related Water Supply System

Components (disebut sebagai “UTG-WTP”) SPAN.

3. Panduan ini adalah khusus untuk pemantauan dan kawalan SPAN selaras dengan

ketetapan di bawah Seksyen 45 (1) Akta 655 yang menyatakan:

Tiada seorang pun boleh membina, mengubah, mengubah suai, memutuskan

sambungan atau menutup sesuatu sistem bekalan air melainkan jika pelan dan

spesifikasi yang berkaitan yang menghendaki kelulusan Suruhanjaya telah diluluskan

terlebih dahulu secara bertulis oleh Suruhanjaya”.

4. Skop LRA dan komponen yang berkaitan adalah seperti gambar rajah di bawah

berdasarkan kepada Part A.3.1 UTG-WTP.

5. Permohonan kelulusan bagi pembinaan kolam simpanan awam sehingga sistem

retikulasi air luaran awam hendaklah merujuk kepada operator bekalan air negeri

yang telah dilantik SPAN sebagai Agensi Perakuan Bekalan Air sebagaimana

peruntukan di bawah seksyen 174 Akta 655.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

4

B. TERMINOLOGI

1. Dalam panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

“bekalan air”

- rawatan air yang diambil dari alur air dan pengagihan dan pembekalan air yang telah

dirawat kepada pengguna untuk tujuan minuman dan kegunaan am;

“rawatan air”

- proses bagi meningkatkan kualiti air mentah bagi menjadikannya untuk tujuan

minuman dan kegunaan am yang mematuhi Standard Kualiti Air Minum

Kebangsaan. Rawatan tersebut melibatkan proses secara fizikal (tapisan atau

mendapan) atau melalui penggunaan bahan kimia atau melalui proses biologi atau

merupakan kombinasi mana-mana proses ini.

“menaik taraf”

- kerja-kerja untuk meningkatkan serta menambah baik mana-mana bahagian atau

komponen (berdasarkan kepada skop panduan ini) kepada standard yang lebih

tinggi dengan tujuan meningkatkan kapasiti simpanan dan/atau keupayaan

pengeluaran.

“pelan”

- maklumat apa-apa jenis lakaran atau lukisan, kedudukan, susun atur atau jajaran

lokasi struktur atau komponen (berdasarkan kepada skop panduan ini) termasuk

keluasan tanah, sempadan, alamat lengkap premis, lokasi bangunan dan

kelengkapan cadangan tapak.

“spesifikasi”

- maklumat standard teknikal yang menerangkan secara terperinci berkenaan

komponen-komponen yang berkaitan berdasarkan kepada skop panduan ini.

2. Tafsiran bagi lain-lain perkara-perkara selain di atas hendaklah merujuk kepada Akta

655, perundangan subsidiari berkaitan dan UTG-WTP.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

5

C. PENGEMUKAAN PERMOHONAN

1. Permohonan boleh dikemukakan secara pos atau serahan tangan ke alamat seperti

berikut:

Pengarah Eksekutif

Jabatan Kawal Selia Air dan Pembetungan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Aras Satu, Prima Avenue 7,

Jalan Teknokrat 6

63000 CYBERJAYA

Selangor

2. Hanya permohonan yang didapati lengkap sahaja (merujuk kepada perkara D di

bawah) yang akan diproses dan dinilai.

3. Permohonan yang lengkap akan diproses dan dinilai mengikut Carta Alir seperti di

Lampiran A.

D. KEPERLUAN DOKUMENTASI

1. Berikut merupakan senarai dokumen yang wajib dikemukakan:

a. Surat iringan pemohon mengikut format di Lampiran B. Surat iringan perlu

ditandatangan oleh pihak pengurusan tertinggi atau wakil yang diberi kuasa.

b. Senarai semak permohonan seperti di Lampiran C

c. Laporan Cadangan Teknikal mengikut format di Lampiran D

d. Pelan bersaiz A3: Layout atau susun atur tapak pembangunan keseluruhan

termasuk susun atur muka sauk, tapak loji dan sistem rangkaian agihan

e. Surat sokongan persetujuan daripada operator bekalan air negeri bagi sistem

persendirian sahaja.

2. Pemohon hanya perlu mengemukakan satu (1) salinan ‘hardcopy’ dan satu (1)

salinan ‘softcopy’ dalam bentuk pemacu pena (thumb drive).

3. Maklumat tambahan (sekiranya perlu atas kehendak SPAN) hendaklah

dikemukakan mengikut tatacara yang ditetapkan.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

6

E. PENILAIAN DAN KELULUSAN

1. Penilaian permohonan akan dikendalikan oleh Bahagian Sumber dan Perancangan

Tadahan (BSPT), Jabatan Kawal Selia Air dan Pembetungan, SPAN.

2. Sekiranya maklumat tambahan diperlukan, suatu notis makluman akan dikeluarkan

kepada pemohon. Pemohon diberi tempoh selama 14 hari dari tarikh notis untuk

mengemukakan maklumat yang dikehendaki. Kegagalan mematuhi tempoh tersebut

boleh menyebabkan permohonan terbatal serta merta.

3. Permohonan yang telah siap dinilai akan dibentangkan ke Jawatankuasa Teknikal,

Produk, Pembangunan dan Penyelidikan (JKTPPP) SPAN untuk dipertimbangkan

kelulusan.

4. Keputusan kelulusan akan dikeluarkan secara bertulis kepada pemohon dan SPAN

berhak untuk mengenakan terma atau apa-apa syarat kelulusan selaras dengan

peruntukan di bawah seksyen 45(6) Akta 655.

5. Tempoh sah kelulusan adalah selama 2 tahun daripada tarikh surat kelulusan

dikeluarkan. Lanjutan tempoh masa kelulusan hendaklah dikemukakan ke SPAN tidak

lewat 6 bulan dari tarikh tamat kelulusan.

6. Sebarang kerja-kerja pembinaan struktur di tapak hanya boleh dimulakan setelah

kelulusan bertulis diperoleh daripada Suruhanjaya ini. Sekiranya didapati berlaku

ketidakpatuhan ini, maka SPAN berhak untuk menangguhkan permohonan kelulusan

sehingga tindakan penguatkuasaan selesai dilakukan.

F. LAIN-LAIN KEPERLUAN PEMATUHAN

1. Spesifikasi dan reka bentuk hendaklah berpandukan kepada UTG-WTP.

2. Kontraktor yang dilantik hendaklah merupakan pemegang permit yang berdaftar

dengan SPAN selaras dengan ketetapan di bawah seksyen 50 Akta 655.

3. Produk yang dipasang hendaklah daripada pembekal berdaftar selaras dengan

ketetapan di bawah seksyen 129 Akta 655.

4. Pemohon bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan kerja-kerja mereka bentuk,

pembinaan dan pengoperasian adalah mematuhi kehendak perundangan, standard

spesifikasi dan garis panduan terkini yang ditetapkan SPAN dan lain-lain pihak

berkuasa yang berkaitan.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

7

G. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMOHON

1. Peringkat pengemukaan permohonan:

a. Memastikan dokumen yang dikemukakan adalah kemas dan teratur mengikut

senarai semak yang telah ditetapkan.

b. Memastikan maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan benar. Pengemukaan

maklumat palsu atau mengelirukan merupakan satu kesalahan di bawah seksyen

130 Akta 655.

c. Mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen tambahan dalam bentuk ‘hard

copy’ dan/atau ‘soft copy’ dalam tempoh yang ditetapkan apabila dikehendaki dari

semasa ke semasa oleh SPAN.

d. Hadir ke pejabat SPAN untuk memberi penerangan lanjut apabila dikehendaki untuk

berbuat demikian.

e. Memastikan lawatan ke tapak dilaksanakan dalam keadaan yang selamat apabila

dikehendaki untuk berbuat demikian.

2. Peringkat pembinaan dan pengujian:

a. Memantau dan memastikan pembinaan di tapak adalah mengikut pelan dan

spesifikasi yang telah diluluskan.

b. Memastikan pengujian yang dilaksanakan mengikut kehendak dan ketetapan dalam

UTG WTP.

3. Peringkat pentauliahan dan penyerahan:

a. Memastikan proses pentauliahan sistem yang dilaksanakan mengikut kehendak dan

ketetapan dalam UTG WTP.

b. Perunding dikehendaki untuk mengeluarkan Perakuan Siap dan Pematuhan bagi

mengesahkan sistem telah siap dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang

diluluskan. Salinan perakuan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya.

c. Sistem Awam - Memastikan penyerahan kepada Pemegang Lesen dilaksanakan

secara teratur selaras dengan kehendak di bawah seksyen 47(1) Akta 655.

d. Sistem Persendirian - Mengemukakan permohonan Lesen Kelas dalam tempoh 10

hari dari tarikh Perakuan Siap dan Pematuhan sistem dikeluarkan mengikut

tatacara permohonan yang ditetapkan oleh SPAN.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

8

H. RUJUKAN

1. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655)

2. Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014

3. Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Pelesenan) 2007

4. Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Permit) 2007

5. Uniform Technical Guidelines for the Design of Water Treatment Plants and Related

Water Supply System Components

6. Uniform Technical Guidelines Water Reticulation and Plumbing

7. Garis Panduan Pelan Keselamatan Sistem Bekalan Air

8. Garis Panduan Permohonan Lesen Kelas dan Borang Berkaitan

9. Guidelines for Listing and Registration of Products and Suppliers

Dokumen rujukan boleh dimuat turun daripada laman sesawang SPAN: www.span.gov.my

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

Lampiran A

Tidak lengkap

Lulus

Lengkap

14 hari

30 hari

Tolak

Lulus

Tangguh

7 hari

CARTA ALIR

Lengkap

Penilaian Maklumat

tambahan

Pemohon

Penilaian JK

Pembentangan kepada JK Teknikal, Produk,

Penyelidikan dan Pembangunan SPAN

Surat keputusan kepada pemohon

Penyediaan Kertas Kerja Kelulusan

Pengemukaan permohonan kepada SPAN

Semakan dokumentasi. Lawatan tapak serta

pembentangan pemohon (sekiranya perlu)

Penyerahan kepada Pemegang Lesen

(Sistem Awam)

Pematuhan kepada Lesen Kelas

(Sistem Persendirian)

Tamat

Tamat

Salinan ke

SPAN

Kerja-kerja pembinaan boleh dimulakan

Kerja-kerja pembinaan selesai dan pengeluaran

Perakuan Siap dan Pematuhan Sistem oleh Perunding

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

Lampiran B

Kepada Surat (Letterhead) Syarikat

Rujukan:

Tarikh:

Pengarah Eksekutif

Jabatan Kawal Selia Air & Pembetungan

Aras 1, Prima Avenue 7, Blok 3510

Jalan Teknokrat 6

63000 CYBERJAYA

Selangor Darul Ehsan

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN

YANG BERKAITAN

- [Nama Projek]

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama-sama ini dikemukakan permohonan di atas mengikut Panduan Lengkap Permohonan

Kelulusan Pelan dan Spesifikasi Loji Rawatan Air dan Komponen Yang Berkaitan yang ditetapkan

oleh SPAN.

3. Pihak tuan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut sekiranya memerlukan penjelasan lanjut

dan apa-apa maklumat tambahan berhubung permohonan ini:

Nama E-mel Telefon

(P):

(H/P):

(P):

(H/P):

4. Saya dengan ini mengesahkan bahawa dokumen permohonan yang dikemukakan adalah lengkap

mengikut panduan di atas dan butiran maklumat yang dinyatakan adalah tepat dan benar.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………

(Nama dan Jawatan)

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

Lampiran C

SENARAI SEMAK

PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN

KOMPONEN YANG BERKAITAN

Nama Projek :

Pemaju :

Perunding :

Klasifikasi Projek : BARU MENAIK TARAF

Nota:

Pemohon hanya perlu kemukakan satu (1) salinan ‘hardcopy’ dan satu (1) salinan softcopy dalam bentuk

‘thumbdrive’.

PERKARA ADA TIADA

Surat iringan pemohon

Laporan Cadangan Teknikal

(1) Latar Belakang Projek

(2) Rasional Cadangan Loji Persendirian (Jika Berkaitan)

(3) Kajian Ketersediaan dan Kualiti Sumber Air Mentah

(4) Cadangan Spesifikasi Sistem Rawatan

(5) Pemilikan dan Penyenggaraan

(6) Lain-Lain Perkara Berkaitan

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

[ ]

Pelan susun atur tapak pembangunan keseluruhan (muka sauk, loji dan

sistem rangkaian agihan) bersaiz A3

Surat sokongan daripada operator air negeri berkenaan (sistem

persendirian sahaja)

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN KELULUSAN DAN SPESIFIKASI LOJI RAWATAN AIR DAN KOMPONEN YANG BERKAITAN

Lampiran D

FORMAT LAPORAN CADANGAN TEKNIKAL

(1) LATAR BELAKANG PROJEK

a. Tujuan dan objektif projek

b. Kategori sistem - sistem awam / sistem persendirian

c. Klasifikasi pembinaan – baru / naik taraf/ ubah suai atau modifikasi

d. Perincian maklumat pemaju / agensi pelaksana, perunding, kontraktor utama, pembekal sistem dan

lain-lain entiti utama yang terlibat.

e. Maklumat khusus untuk sistem awam sahaja

i. Kelulusan tempoh operasi rancangan perniagaan

ii. Sumber pembiayaan dan kelulusan yang diperolehi

iii. Kaedah dan tatacara perolehan bagi pelantikan perunding dan kontraktor utama

f. Perincian skop kerja projek

g. Anggaran kos projek – keseluruhan dan mengikut komponen/skop berkaitan

h. Maklumat sistem terdahulu sekiranya merupakan kerja menaik taraf

i. Bilangan akaun/pengguna /premis yang akan mendapat bekalan air dari sistem tersebut

j. Jadual kerja projek dari peringkat perancangan, reka bentuk, pembinaan sehingga pengoperasian

k. Kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada)

(2) RASIONAL CADANGAN LOJI PERSENDIRIAN (Jika Berkaitan)

a. Rasional dan penerangan jelas keperluan untuk membina loji persendirian. Justifikasi hendaklah

disokong dengan maklumat serta dokumen berkaitan

(3) KAJIAN KETERSEDIAAN DAN KUALITI SUMBER AIR MENTAH

a. Lokasi sumber air mentah

b. Jenis sumber air – sungai / air bawah tanah/ empangan/ laut/ kolam tadahan

c. Rasional dan justifikasi pemilihan jenis sumber air

d. Kajian kuantiti air mentah (yield)

e. Laporan pengujian kualiti air mentah dan pematuhan kepada piawaian berkaitan

f. Kelulusan abstraksi air mentah daripada agensi berkaitan bawah Kerajaan Negeri

(4) CADANGAN SPESIFIKASI SISTEM RAWATAN

a. Kajian permintaan/penggunaan air serta kaedah yang diguna pakai.

b. Proses pra rawatan (sekiranya ada), kapasiti reka bentuk, jenis sistem rawatan (konvensional atau

advance) dan asas pemilihan sistem/ teknologi yang diguna pakai

c. Perincian komponen yang terlibat bagi setiap proses rawatan

d. Keupayaan sistem rawatan - julat/parameter ciri-ciri kualiti air mentah yang boleh diterima untuk proses

rawatan serta tahap (%) keberkesanan penyingkiran (removal efficiency)

e. Sasaran piawaian kualiti air terawat

(5) PEMILIKAN DAN PENYENGGARAAN

a. Maklumat entiti pemilikan sistem bekalan air

b. Maklumat entiti pihak yang mengoperasikan sistem (operator) termasuk kawasan agihan (jika berkaitan)

sistem bekalan air

(6) LAIN-LAIN PERKARA YANG BERKAITAN

a. Maklumat berkenaan pengendalian dan pelupusan sisa air (enap cemar)

Nota Penting:

1. Kesemua komponen di atas wajib dinyatakan, yang mana berkaitan. Perincian maklumat tidak terhad kepada apa yang

disenaraikan.

2. Lain-lain dokumen sokongan seperti gambar foto, pelan, gambar rajah, pelan, lukisan spesifikasi, carta alir hendaklah

disertakan bersama.

3. Dokumen yang disediakan hendaklah teratur mengikut turutan komponen maklumat yang telah ditetapkan di atas dan

dijilid dengan kemas.