Makanan tradisi iban

15
HINAVA Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak yang disajikan semasa Hari Gawai. ASAL-USUL Diperkenalkan oleh pelayar dari China kepada masyarakat Iban di Sarawak. Dahulunya,ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja.Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya,mereka menambahkan isi ikan yu, udang,sotong dan sebagainya.Isi ikan juga dipotong menjadi kecil. PANTANG LARANG Kebersihan dan kesegaran amatlah

Transcript of Makanan tradisi iban

HINAVAHinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak yang disajikan semasa Hari Gawai.

ASAL-USULDiperkenalkan oleh pelayar dari China kepada masyarakat Iban di Sarawak. Dahulunya,ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja.Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya,mereka menambahkan isi ikan yu, udang,sotong dan sebagainya.Isi ikan juga dipotong menjadi kecil.

PANTANG LARANGKebersihan dan kesegaran amatlah dititikberatkan.Ikan,udang atau sotong haruslah yang segardan terus dimasak.

Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai .

PENGANAN IRIK

CAKAR AYAM

AYAM PANSUHSalah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari GawaiManok Pansoh atau ayam kampung yang dimasak dalam buluh adalah makanan suku kaum Iban yang paling digemari. Buluh yang digunakan untuk memasak ayam tersebut memberikan satu rasa tersendiri kepada makanan tersebut.

Manok Pansoh sangat terkenal dan sesuai dimakan ketika sarapan pagi, tengahari, makan malam mahupun pada bila-bila masa. Ia akan lebih sedap jika dimakan bersama nasi pulut atau lemang

Cara Membuat / Memasak Manok Pansuh:Pucuk Ubi Muda akan digosok bersama garam sehingga layu dan akan dijadikan penutup untuk Buluh nanti , anda boleh masukkan Daun Ubi juga kedalam buluh .Potong Ayam dalam bentuk Kiub .Tumbukkan Serai , bawang putih dan merah serta halia ( Jangan hancurkan dengan pengisar anda perlu menumbuk dengan cara tradisional )Masukkan ayam dan semua ramuan tadi berserta Pucuk Ubi kedalam Buluh .Daun ubi selebihnya digunakan sebagai Penutup untuk Buluh tadi.

PEKASAM ENSABIJeruk  atau  pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.

MIDIN BELACANMidin  belacan  makanan  tradisional  orang  Iban .

KASAMKasam ikan atau "Pekasam" sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat Iban.Merupakan satu kemestian bagi kaum Iban menghidang makanan bersama-sama pekasam.

UMAIMenu pembuka selera kaum Iban, merupakan makanan popular di Sarawak.

Makanan tradisional kaumIbanTuak Tuak merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dikalangan masyarakat asli atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakansejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya.Bagi masyarakat Kelantan pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaituminuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.Di Malaysia terdapat dua jenis tuak yang diketahui iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.

Tuak berasTuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masadahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil “BerasPulut”. Beras tersebut akan direndam bersama air di dalam tempayan ataudikenali sebagai “Tajau”. Proses tersebut akan mengambil masasekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan berastersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil “Nasi Tapai”. Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaituselain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu, gawai burung dan sebagainya. Selain daripada mayarakat Iban, terdapat jugamasyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengancara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudaratseperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.

Tuak nipah/kelapaTuak(nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanyatuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa/nipah. Mayang kelapaatau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotongdan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akandikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagaiair nira yang boleh diminum tanpa kandungan alcohol. Selepas itu air iniakan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadialcohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari.Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkanterlalu lama, ia akan menjadi cuka secara semula jadi tanpa perlumencampurkan bahan asing

SIBU: Sambutan Gawai Dayak yang diraikan oleh masyarakat Dayak di Sarawak tidak lengkap tanpa ‘air tuak’ iaitu sejenis minuman keras tradisi yang dihasilkan daripada beras pulut.Antara proses membuat air tuak ini ialah dengan memasak beras pulut berkenaan dan kemudiannya memerapnya dengan ramuan utama iaitu ragi atau ‘chiping’ dalam bahasa Iban yang juga diperbuat daripada tepung beras.Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu yang turut membuat air tuak ini dengan cara mereka sendiri.Peniaga ragi di Pasar Tani Permai Sibu, Cathleen Sidum, 42, berkata, pelbagai saiz dan bentuk ragi boleh didapati di pasaran yang dijual dengan harga yang berpatutan.“Ragi penting sebagai ramuan utama dalam penghasilan air tuak.Permintaan terhadap ragi meningkat setiap kali menjelang sambutan Gawai Dayak,” jelasnya ketika ditemui, semalam.Katanya lagi, ragi yang dibuat secara tradisional oleh sepupunya, Cathrine Anggok yang mempunyai pengalaman lapan tahun dalam pembuatan ragi, biasanya akan dipasarkan di sekitar Sibu Jaya, Arip, Selangau dan Tatau.“Ragi diperbuat daripada tepung beras yang diadun dengan lengkuas, serbuk lada putih dan kayu manis.Biasanya, ragi dijemur selama tiga hari dalam keadaan panas terik sebelum dibungkus untuk dipasarkan.“Kebiasaannya, menjelang Gawai Dayak, kira-kira 200 paket yang mengandungi 16 biji ragi setiap paket berjaya dijual dengan harga RM6 sepaket,” ujar beliau.Menurut Cathleen, penghasilan air tuak kini mempunyai pelbagai perisa seperti tuak jagung, tuak lengkuas, tuak durian belanda, tuak kacang merah dan lainlain.

Pansoh manok Kasam

Penganan

Pernah makan "Manok Pansuh" tak ? iaitu masakan dalam buluh yang istimewa daripada kaum Iban di Sarawak. Jadi hari ini Mr J nak kongsikan sedikit cara memasak dan bahan - bahan serta resepi rahsia tersebut.

Bahan - bahan yang diperlukan :

1 Ekor Ayam ( Ayam tua lagi sedap )2 Batang Serai3 Ulas Bawang Merah4 Ulas Bawang Putih dan Sedikit HaliaSedikit Garam (agak - agak)

Pucuk Ubi Muda ( Daun Jabang dalam bahasa Sarawak )

Cara Membuat / Memasak :Pucuk Ubi Muda akan digosok bersama garam sehingga layu dan akan dijadikan penutup untuk Buluh nanti , anda boleh masukkan Daun Ubi juga kedalam buluh .Potong Ayam dalam bentuk Kiub .Tumbukkan Serai , bawang putih dan merah serta halia ( Jangan hancurkan dengan pengisar anda perlu menumbuk dengan cara tradisional )Masukkan ayam dan semua ramuan tadi berserta Pucuk Ubi kedalam Buluh .Daun Ubi selebihnya digunakan sebagai Penutup untuk Buluh tadi.