MAIN PATERI

23
MAIN PATERI SEBAGAI MUZIK TERAPI Mahadi Hussin [email protected] Unit Muzik, Jabatan Sains Sosial Abstrak Kertas kerja ini membincangkan peranan muzik dalam terapi Main Pateri . Main Pateri merupakan kaedah rawatan tradisional bagi masyarakat Melayu Kelantan untuk memulihkan semangat pesakit. Di samping penggunaan repertoire yang tertentu dalam rawatan, Main pateri juga mempunyai ensemble muzik yang tersendiri. Muzik mempunyai kesan ke atas emosi, intelek dan rohani manusia. Muzik mempunyai kekuatan untuk mengubati, meningkatkan, memulihkan dan memelihara kesihatan fizikal, mental, emosi, spiritual dan spiritual manusia. Penggunaan konsep-konsep muzik seperti melodi dalam repertoire memberikan kesan yang positif terhadap pesakit. Kata kunci: Muzik; Muzik Terapi; Main Pateri; Melodi; Ensembel Muzik Latar Belakang Dikenali dengan pelbagai nama seperti Main Teri dan Main Peteri, pengkaji lebih selesa menggunakan sebutan Main Pateri dalam penulisan ini, ini kerana ‘pateri’ dari segi maksudnya ialah membetulkan sesuatu yang rosak. Ianya merupakan satu bentuk satu terapi muzik dan teater tradisional yang menggunakan dailog, tarian serta muzik masyarakat Melayu tradisional Kelantan bagi merawat pesakit. Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani dan rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia. Kaedah pengubatannya mempunyai korelasi dengan 1

Transcript of MAIN PATERI

MAIN PATERI SEBAGAI

MUZIK TERAPI

Mahadi Hussin [email protected] Unit Muzik, Jabatan Sains Sosial

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan peranan muzik dalam terapi Main Pateri . Main Paterimerupakan kaedah rawatan tradisional bagi masyarakat Melayu Kelantan untukmemulihkan semangat pesakit. Di samping penggunaan repertoire yang tertentudalam rawatan, Main pateri juga mempunyai ensemble muzik yang tersendiri. Muzikmempunyai kesan ke atas emosi, intelek dan rohani manusia. Muzik mempunyaikekuatan untuk mengubati, meningkatkan, memulihkan dan memelihara kesihatanfizikal, mental, emosi, spiritual dan spiritual manusia. Penggunaan konsep-konsepmuzik seperti melodi dalam repertoire memberikan kesan yang positif terhadappesakit.

Kata kunci: Muzik; Muzik Terapi; Main Pateri; Melodi; Ensembel Muzik

Latar Belakang

Dikenali dengan pelbagai nama seperti Main Teri dan Main Peteri,

pengkaji lebih selesa menggunakan sebutan Main Pateri dalam

penulisan ini, ini kerana ‘pateri’ dari segi maksudnya ialah

membetulkan sesuatu yang rosak. Ianya merupakan satu bentuk satu

terapi muzik dan teater tradisional yang menggunakan dailog,

tarian serta muzik masyarakat Melayu tradisional Kelantan bagi

merawat pesakit. Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap

penyakit jasmani dan rohani yang dihidapi oleh tubuh badan

manusia. Kaedah pengubatannya mempunyai korelasi dengan

1

kepercayaan animisme yang telah begitu lama sebati dan menjadi

amalan masyarakat Melayu terutamanya di pendalaman.

Main Pateri merupakan seni muzik rakyat tradisi yang bukan sahaja

berperanan untuk memberikan hiburan, mengisi masa lapang atau

mengisi keperluan yang lebih tinggi, malahan ianya mempunyai

pengertian yang lebih mendalam dan bermakna.(Wan Abdul

Kadir.2008;7). Masyarakat Melayu mempercayai ianya satu keperluan

dalam keperluan bercorak ritual. S.Othman Kelantan dalam Zahari

(1997), menyatakan bahawa, Main Pateri mempunyai kedudukan yang

konstant dalam masyarakat Melayu, khususnya di desa-desa yang

agak terpencil. Faktor sistem perhubungan juga memberikan

sumbangan kepada fenomena ini, kedudukan pusat kesihatan dan juga

hospital yang jauh dari tempat tinggal mereka merupakan satu

masalah besar untuk mendapatkan rawatan moden.

.

Kajian Berkaitan

Penggunaan ensemble muzik dalam budaya masyarakat adalah

berkaitan dengan cara hidup sesuatu masyarakat mengikut

kepercayaan yang dianuti. Tan & Matusky (1997), dalam buku yang

bertajuk “Muzik Asia Tenggara” menyatakan dalam muzik merupakan

sebahagian yang mustahak bagi kesempurnaan sesuatu budaya.

Istilah atau label yang digunakan untuk menerangkan tentang

kebudayaan bergantung kepada sifat-sifat dan struktur kebudayaan

serta faktor ekonomi dan politik. Setiap kaum di negara kita

mewarisi kebudayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka.

2

Pengaruh politik dan kebudayaan di kalangan masyarakat telah

menwujudkan entiti muzik. Pengaruh ketamadunan juga memberi kesan

yang besar terhadap penciptaan alat muzik, era ‘gangsa’ telah

melihatkan penciptaan alat-alat idiopon seperti gong, kesi,

canang dan gamelan.

Menurut Ghouse (2003) dalam bukunya yang bertajuk “ Muzik

Tradisional Malaysia” menyatakan bahawa alat muzik yang dibawa

masuk bersama imigran ke Tanah Melayu telah menambahkan warna

dalam kebudayaan Malaysia, , kepelbagaian alat muzik tradisional

yang pelbagai asal usulnya di Malaysia menggambarkan warisan

muzik yang kaya. Walaupun alat-alat ini mungkin berasal dari

Timur tengah, China ataupun dalam kawasan Dunia Melayu lama,

namun mereka telah membentuk identiti tersendiri dalam sempadan

budaya masing-masing. Alat-alat ini menggambarkan ciri-ciri

persamaan yang mengeratkan lagi jalinan hubungan kebudayaan Dunia

Melayu lama.

Penyakit yang dirawati dengan Main Pateri

Kesihatan yang berkualiti adalah bermaksud sihat dari segi

jasmani dan rohani. Rasa resah, tiada selera makan, tiada mood,

letih, tidak bersemangat adalah berkaitan dengan rohani. Menurut

temuramah dengan Pak Mat seorang pengamal Main Pateri (11 Nov

2012), seseorang yang mengalami kemurungan , kejiwaan, tidak

normal, tidak bertenaga dan kebanyakkannya telah jatuh

semangatnya kerana angin yang tersekat (tidak sampai hajat).

Temuramah bersama Ahmad Sharifuddinbin Jusoh, seorang pemain

3

Rebab yang juga berperanan sebagai Tok Teri pada 13 Nov 2012

mengatakan penyakit stress, kejiwaan, kemurungan boleh diubati

dengan Main Pateri.

Menurut ( Azman 2011; 240), penyakit angin adalah sejenis yang

terhalang atau disebut oleh orang Kelantan sebagai ‘ sekat angin

‘. Sebagai contoh penyakit berpunca dari kemahuan pesakit yang

tidak dapat dipenuhi, misalnya gagal dalam percintaan, hasrat

pesakit itu ingin menyunting gadis idaman sebagai pasangan hidup

tidak kesampaian, oleh itu keinginan tersebut akan tersekat di

dalam badan pesakit, sebagai kesannya pesakit itu tidak mempunyai

selera makan, tidak terurus dari segi rohani dan jasmani dan

angin yang tersekat itu perlu dilepaskan Main Pateri akan

menyelami masalah yang dialami pesakit dan memberikan ucapan

semangat dan motivasi melalui lagu agar pesakit akan lebih kuat

untuk menghadapi dan melupakan masalah yang dialami , upacara

‘pelepas angin’pesakit bertujuan untuk menjadikan pesakit tadi

sebagai ‘ orang baru’ dan melupakan masalah yang dihadapi. .

Menurut (Azlina dan Yusmilayati, 2011;239), penyakit-penyakit

yang memerlukan perubatan Main Pateri adalah penyakit yang tidak

dapat dikesan dan diubati oleh perubatan moden seperti penyakit

gila, terkena buatan orang, penyakit angin dan gangguan makhluk

halus.

Muzik dan sumbangannya terhadap manusia

Secara hakikatnya muzik adalah satu susunan bunyi-bunyian yang

dihasilkan oleh proses alam dan karya ciptaan manusia. Mengikut

4

Kamus Dewan, muzik didefinisikan sebagai bunyi-bunyian atau

gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan

menyenangkan.

Muzik yang didengari mempunyai sifat keindahan dan menyenangkan.

Nilai-nilai keindahan ini dipanggil sebagai “ estetika”. Muzik

mampu menyirami jiwa secara fizikal dan rohani. Menurut Shahibul

(2008:3), di atas hakikat (zat) dan sifat yang terdapat pada

muzik, maka muzik sangat diperlukan dalam kehidupan manusia di

mana fitrah manusia selain amat menyukai muzik kerana nilai

estetikanya, tetapi muzik sebenarnya dapat menghidupkan dan

mendorong manusia menyatakan aspirasi hidup mereka kepada

masyarakat.

Nilai keindahan yang terdapat pada sifat muzik secara langsung

atau tidak langsung telah menyisipkan aspirasi tersebut secara

khusus dan universal sehingga ia dapat menimbulkan, membentuk dan

mengubah tingkahlaku manusia dan potensinya serta budaya yang

tercerna untuk kesejahteraan dan memurnikan kehidupan.

Hubungan Manusia dan Muzik

Manusia apabila dirujuk kepada sains, secara biologinya adalah

makhluk ciptaan Allah SWT yang dibekalkan dengan deria yang

dikenali sebagi deria rasa, deria dengar, deria lihat, deria bau

dan deria sentuh. Menurut ( Shahibol 2008;3), manusia memiliki

tiga unsur daya kecerdikan iaitu I,Q, S.Q dan E.Q yang mana

ketiga-tiga ini mampu melakar pelbagai rangsangan, kreativiti,

inovasi dan pembangunan hidup. Penyatuan di antara deria dengan

5

daya kecerdikan akan mencernakan kuasa yang luar biasa pada diri

manusia. Deria umpama input yang meresapkan sesuatu dari luar ke

dalam diri manusia. manakal ‘ daya kecerdikan’ umpama saluran ‘

output ‘ yang akan mengeluarkan aspirasi untuk memanifestasikan

segala kreativiti dan inovasi manusia(1).

Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008, Jld 3 Bil.2), Muzik

menunjukkan kewujudannya melalui gelombang-gelombang tenaga dalam

badan manusia dan persekitarannya. Setiap lagu yang didengari

akan memberikan perubahan secara tiba-tiba pada tahap emosi

manusia. Adunan muzik itu berserta liriknya pasti menjadi sesuatu

yang nostalgia seolah-olah mempunyai kuasa magnetik yang terjalin

dengan ingatan manusia. Muzik juga dapat membawa manusia kembali

kepada suatu ketika dahulu, ia juga melahirkan satu perasaan sayu

yang menggambarkan bahawa kita telah kehilangan sesuatu yang

pasti membuat kan kita menitiskan air mata.

Pihak komesial sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk

menggunakan muzik dalam mempromosikan barangan atau pun

perkhidmatan yang ditawarkan. Wang ringgit yang dilaburkan ini

merupakan suatu kenyataan kepercayaan mereka terhadap pengaruh

muzik kepada manusia. (Minnie, 1996; ms 2).

Terapi Muzik Main Pateri

Muzik mempunyai pengaruh yang besar dan mempunyai tarikan yang

amat luar biasa terhadap manusia. Muzik bukan sahaja memberi

ketengan dan inspirasi tetapi menjadi saluran untuk manusia

6

meluahkan perasan, meredakan tekanan dan sebagai bentuk mencapai

kepuasan naluri.

Struktur terapi ini melibatkan ensemble muzik. Tokoh utama dalam

permainan ini ialah Tok Teri dan tokoh yang kedua penting ialah

Tok Minduk. Peranan Tok Minduk dan Tok Teri amat penting,

ensemble muzik sebagai pembantu, menurut Evelyn (1975;221)

“ Two intermediaries are needed__the bomoh, who goes into the trance and is possed bya series of spritis, and the mindok , or interrogator”

Peranan Tok Minduk dan Tok Teri amat penting, kedua-dua tokoh ini

akan melakonkan watak-watak penting untuk menyelami emosi pesakit

dan memberikan semangat yang baru kepada pesakit melalui dailog-

dailog (Ucapan Tok Teri) , nyanyian Menurut Amber (2004;121), Al-

Farabi menulis dalam bukunya yang bertajuk Meaning Of Intelect

membincangkan muzik dari segi teraputik terhadap jiwa manusia.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi pernah mengaitkan muzik dengan naluri,

emosi individu sehingga membentuk bakat, perasaan dan

keperibadiannya.

Contoh ucapan Tok teri untuk menyelami emosi pesakit.

Ore lain sega mega

Jatoh ko nik kurus kering

Sakit tak segar deme tak kebah

Mandi tak basah selimut tak lindung

Make tak kenyang

Kalu sungguh nik nak tanggung

7

Saka ayah zuriat mak bonda

Nik baka baik

Nik tanggung biar baik

Maksud ucapan Tok Teri di atas bertujuan untuk memberikan

kesedaran kepada pesakit bahawa beliau tidak sepatutnya berada

dalam keadaan yang sebegitu, beliau harus bangkit dari kegagalan.

Muzik telah digunakan untuk pemulihan(healing), memelihara dan

meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. Penggunaan muzik

dapat mengubah kondisi dari segi kognitif, sosial dan emosi.

Setiap manusia berupaya memberi respon kepada muzik. Tujuan muzik

terapi moden dan tradisional ada persamaan dan perbezaannya, pada

dasarnya kedua-dua jenis ini bertujuan untuk penyembuhan.

Pengkaji mendapati terapi muzik moden merentasi pelbagai domain

seperti kebolehan kognitif (pendidikan), tingkahlaku(kanak-kanak

austisme, OKU serta hiper-active), perkembangan emosi, kemahiran

motor, kemahiran sosial melalui pengalaman muzikal dapat

melibatkan mereka dengan aktiviti nyanyian, mencipta lagu,

menghayati muzik serta perbincangan ilmiah mengenai muzik.

Proses terapi Main Pateri melibatkan penggunaan pancaindera

manusia sebagaimana prosedur props yang disediakan semasa

rawatan. Ini bertujuan untuk memberikan semangat yang baru kepada

pesakit.

Pancaindera PropsLihat segala perhiasan yang

berwarna-warni, lilin yang

bercahaya, bunga-bungaan dan

8

kostume.Bau bauan yang wangi (setanggi,

kemenyan, bunga-bungaan)Rasa lemak, manis (manisan, ayam

panggang, pulut)Dengar Muzik, nasihat, motivasi

Howard Gardner (1999) mengenalpasti Kecerdasan Muzikal dalam

teorinya 7 kecerdasan pelbagai (7 Multiple Inteligent). Menurut beliau,

kecerdasan muzikal melibatkan kepada nada, rentak yang dapat

bergerak balas terhadap elemen-elemen yang melibatkan perasaan.

Di pasaraya yang besar dan ekslusif sering memainkan muzik-muzik

yang dianggap bermutu tinggi seperti karya-karya dari era

Rennaisance sehingga ke era Classical untuk memberikan ketenangan

kepada pelanggannya supaya selesa untuk membeli-belah, fenomena

ini berbeza bila dibandingkan dengan muzik yang dimainkan oleh

pasaraya yang bersifat low cost products yang memainkan karya-karya

semasa yang terdiri dari pelbagai rentak. Ianya kelebih bersifat

satu fomaliti yang mana setiap penjualan produk perlu diiringi

dengan muzik. Peranan ensemble muzik dalam Main Pateri memberikan

satu kekuatan dalam proses pengubatan kerana ianya memberikan

sokongan dari segi harmony kepada rebab dan nyanyian Tok Mindok.

Begitu juga jika kita sedang mendeklamasi puisi, dengan adanya

iringan muzik yang tepat ianya memberikan satu pembacaan yang

penuh penghayatan. Begitu juga dipihak pendengar, mesej yang

9

ingin disampaikan melalui puisi itu akan lebih cepat menyerap

kepada pendengar jika ianya dilatari dengar muzik yang 1betul.

Peranan pemimpin ensemble untuk memilih karya muzik yang betul

amat penting, dalam proses Main Pateri, permainan lagu yang

sesuai hanya akan dapat membangkitkan angin pesakit, dalam erti

kata yang lagu sesuai akan lebih mempercepatkan tindak balas

kepada pesakit.

Ensemble Main Pateri

Peranan muzik dalam terapi ini amat penting kerana ia dapat

memberikan roh(soul) kepada proses rawatan ini sendiri. Warna tone

setiap alat mempunyai kualiti yang tersendiri, rebab alat muzik

utama, tanpa fret dapat memainkan bunyi yang melibatkan micro-ton

yang jarang terdapat dalam skel muzik barat. Timbre yang mendayu-

dayu seolah memanggil-manggil roh-roh. Aspek nyanyian pula yang

mempunyai melodinya yang conjuct dan disjunct , ciri-ciri yang

suram, gelap dan merayu-rayu amat menyeramkan. Sebutan liriknya

seakan-akan menunjukkan keresahan dan kensengsaraan yang begitu

mendalam menyentuh jiwa halus manusia. Gabungan antara bunyi

muzik dan melodi nyanyian serta lirik dapat membangkitan semangat

pesakit sehingga ada yang telah terlantar beberapa lama mampu

untuk bangun menari bersama Tok Teri. Apakah keistimewaan yang

terdapat dalam melody lagu-lagu dalam terapi ini, apakah gubahan

sebegini adalah gubahan yang spesifik untuk makhluk halus? .

“ Composers and performers of all cultures, theorist of diverse schools1 Muzik yang betul bermaksud, jika tema sajak itu menggambarkan perasaan yang kecewa, patah hati maka muzik yang bernada minor adalah amat bersesuaian.

10

And styles, aestheticians and critics of many different persuasions are are allAgreed that music has meaning and is somehow communicated to bothPartcipants and listeners. This much, at least, we may take for granted.But what contitutes musical meaning and by what process it is comunicatedHas been the subject of numerous and often heated debates” (meyer, 1956,pg 1)

Peralatan Ensemble Main Pateri

Ensemble yang mengiringi Main Pateri terdiri dari Rebab sebagai

alat muzik utama, sepasang gong, gedombak, sepasang canang dan

sepasang kesi. Terdapat juga pemimjaman alat dari teater

tradisional Wayang Kulit seperti alat Serunai, Geduk dan

Gedombak( bergantung kepada babak dan lagu yang dimainkan).

i) Rebab

Sejenis alat Chordofon (‘lut’ yang digesek) bertali tiga,

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pucuk rebung,batang dan

muka. Memainkan intro, descant, counter-point kepada nyanyian Tok

Minduk dan Tok Teri. Rebab mempunyai badan kayu berbentuk segi

tiga. bahagian mukanya dibalut dengan kulit perut lembu.

( Matusky, 1997; 27) Di penjuru sebelah kiri atas bahagian muka

dilekatkan dengan kulit getah lebah yang di panggil susu untuk

mengukuhkan getaran kulit dan mengeluar bunyi yang merdu. Alat

muzik Main Teri yang utama ialah Rebab, iaitu dari keluarga alat

muzik Chordofon, berbentuk seperti sebuah gitar bertali tiga,

menurut (Roger2007;), penciptaan alat muzik ini dikatakan telah

dipengaruhi oleh alat muzik dari Asia Barat. Kemasukan alat ini

ke Asia Tenggara dipercayai dibawa oleh pedagang Arab. Fungsi

11

alat ini ialah sebagai intro kepada lagu, keynote kepada lagu,

memainkan melodi bersama nyanyian, bridge kepada verse.Mempunyai

badan kayu berbentuk segitiga, mukanya ditutup dengan kulit perut

lembu. Bahagian belakang badab rebab diliputi dengan kain dan

benang yang berwarna-warni. Sebatang kayu tebal tanpa fret

berfungsi sebagai leher alat ini. Di hujung leher rebab

dilengkapi dengan ‘ kecopong’ yang diukir seperti pucuk rebung

dan dicatkan. Tiga utas tali yang diperbuat dari loga dipasangkan

di bahagian bawah badan bentuk segitiga. Tiga pemulas diletakkan

di bawah kecopong untuk ‘tuning’. ketiga-tiga tali tadi ditiunkan

dari register terendah kepada register tertinggi. Rebab digesek

menggunakan tali nylon yang ditegangkan pada kayu.

ii) Sepasang Tetawak

Dikenali juga sebagai ‘gong’(knobbed gong) diklasifikasikan

sebagai alat dari keluarga ‘idophone’. Ianya digantung kepada

secara tegak. Dipalu dengan sebatang kayu yang yang dibalut getah

atau kain pada penghujungnya. Berfungsi sebagai penanda masa,

gong yang besar iaitu gong ibu (tawak ibu) mempunyai pic yang

rendah, manakala gong yang kecil (tawak anak) menghasilkan pic

yang tinggi.

iii) Canang

Merupakan dua gong kecil yang berbusut yang diletakkan secara

mendatar di dalam kotak kayu. Di pukul menggunakan dengan pemukul

kayu yang dibalut dengan getah di hujungnya. Sama juga seperti

12

tetawak kedua-duanya mempunyai pic yang berbeza. Berperanan

sebagai ‘beat marker’ dalam lagu.

iv) Kesi

Alat simbal kecil yang diperbuat dari gangsa atau besi. Sepasang

kesi di ikat dengan tali tebal dan sepasang lagi dipasang pada

sekeping papan. Pemain akan memukulkan kesi yang diikat dengan

tali dengan kesi yang dipasang pada papan. Ianya akan

menghasilkan bunyi berdering, nyaring dan bunyi yang meredam

(damp sound). Berfungsi sebagai ‘ beat marker ‘.

v) Gendang

Merupakan alat dari kumpulan memranofon, dram dua muka kulit

serta baluh berbentuk tong panjang. Baluh berbentuk cembung

diperbuat dari kayu nangka. Gendang terdiri dari dua jenis iaitu

gendang anak dan gendang ibu. Kulit yang digunakan adalah dari

belulang kambing dan lembu dan ditegangkan dengan tadi rotan.

Timre dan sukukata bagi gendang adalah ‘ cak’ dan ‘ ting’bagi

gendang anak. Timbre ‘ duh’ adalah untuk gendang ibu.

vi) Gedombak

Baluh gedumbak diperbuat dari kayu nangka yang berbentuk seperti

piala dengan kaki yang panjang. belulang kambing diletakkan pada

permukaan kepala dan diikat dengan tali rotan. Untuk alat ini

timbre yang dikeluarkan adalah ‘ duh’, ‘cap’ dan ‘ting’. Timbre

‘dong’ dimainkan apabila satu tapak tangan memukul bahagian

tengah muka kulit dan baluh bahagian kaki dibiarkan terbuka.

Timbre ‘cap’ dihasilkan jika satu tapak tangan memukul bahagian

13

tengah muka dan bahagian kakinya ditutup. Timbre ‘ ting’

dihasilkan apa bahagian kaki ditutup dan bahagian muka dipikul

bahagian tepi dengan jari. Timbre ‘duh’ dihasilkan dengan satu

tapak tangan memukul bahagian tengah dan tanpa melepaskannya.

(Matusky.2008;10)

Genre Repertoire Dalam Main Pateri

Penggunaan muzik dalam upacara pengubatan ini biasanya mengikutbabak-babak tertentu.

Babak satu: Lagu Bertabuh sebagai lagu pembukaan

Babak Dua: lagu Bertabik (lagu bebas dan gembira), lagu

pergendangan.

Babak Tiga: Sesi Rawatan ‘ Gerak Angin’ (menyelami masalah

pensakit), lagu-lagu dinyanyi semasa watak-watak melakonkan

peranan bertujuan untuk mengesan masalah pesakit.

Babak Empat: Penutup Angin ( pujukan, nasihat diselang dengan

muzik pergendangan)

Mood Lagu Nama Lagu Catatan1. Sedih/ “Belah” 1. Kisah Barat -kepelbagaian

variasi-mengikut babak Lagu dari teaterlain seperti wayangkulit, silat, makYong

2. Mengambo3. Mengulit4. Hala

2. Gembira 1. Dewa Muda2. Kijang Mas3. Joget4. Sedayung Laju5. Tari Ragam

3. Lagu Semangat 1. Pergendangan2. Sedayung mak Yong

14

2. Konsep Muzikal

Melodi

Melodi merupakan satu garisan linear bunyi (pic) yang

berturutan dan keadaan senyap yang bergerak menerusi

masa. Setiap melodi adalah kombinasi pic yang unik,

apabila digabungkan ianya akan menbentuk satu kontur.

Susuanan melodi boleh mengambarkan mood sesebuah lagu,

misalnya lagu yang bertemakan kegembiraan atau

kesedihan. Melodi boleh bergerak secara menaik dan

menurun(conjuct) dan melompat (disjunct). Melodi akan

berubah apabila pic dan not diubah.

Contoh : Melodi Lenggang Kangkong

1.6.2 Pic

Pic adalah aras bunyi, samada bunyi tersebut adalah

bunyi tinggi, bunyi rendah atau bunyi pertengahan.

Ianya berasaskan kepada bilangan getaran per saat.

Ukuran untuk pic ialah hertz. Rebab menghasilkan pic

yang pelbagai.

15

Pic rendah Pic tinggi

Pic secara bertangga

Pic secara melompat

Pic secara mendatar

1.6.3 Irama

Irama adalah rangkuman faktor detik, tekanan, tempohmasa (duration) dan tempo.

i. Detik

16

Merupakan unit denyutan dalam sesebuah lagu, ianya

bergerak sepanjang lagu, berterusan. Merupakan elemen

fundalmental dan penting dalam sesebuah

karya.Jangkamasa dari satu detik ke detik yang lain

diukur melalui nilai not. Detik adalah tetap seperti

denyutan nadi manusia. Canang atau kesi memainkan detik

dalam repertoire Main Pateri.

1.6.4 Tempo

Tempo adalah istilah untuk menyatakan kelajuan sesebuah

lagu. lagu biasanya di ciptakan dalam berbagai tempo,

ada lagu rancak, perlahan dan sederhana. Biasanya lagu

yang berunsur ceria dalam bentuk rancak dan sederhana,

sementara lagu yang berbentuk sedih temponya lebih

perlahan. Dalam repertoire Main pateri mempunyai

kepelbagaian tempo yang menujukkan dramatik dalam

repertoire.

1.6.5 Tekanan (Accent)

Semasa memainkan alat muzik atau menyanyi sesuatu corak

irama sering terdapat detik yang dirasakan diberi lebih

kuat atau diberi penegasan dari detik-detik yang lain.

17

menguatkan deti-detik yang tertentu dipanggil tekanan.

Simbol yang menandakan detik yang diberi tekanan ialah

(< dan >).

1.6.6 Lirik

Lirik adalah barisan kata-kata yang disusun sebagai

melodi dalam sesebuah karya. Lirik adalah sebuah cerita

yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Lirik

mempunyai format sama seperti sebuah karangan iaitu

pendahuluan, klimak dan juga penutup. Dalam kontek

muzikal, lirik dibahagikan kepada rangkap, korus dan

rangkap penutup. Ianya ditulis mengikuut cerita yang

ingin disampaikan, misalnya cerita sedih, kecewa,

gembira, semangat patriotik dan sebagainya. Terdapat

lirik yang ditulis maksudnya secara terus (tiada

perlambangan) dan ada yang berpuitis, kedua-dua cara

ini mempunyai tujuan yang sama iaitu menyampaikan

cerita. Cara penyampaiannya pula bergantung kepada

penyanyi, jika penghayatannya yang sangat mendalam

( pemahaman kepada maksud lirik, penggunaan register

18

suara yang tepat) akan lebih cepat meresap kepada

pendengar.

1.6.8 Skel

Adalah satu ciri pic yang disusun secara menaik atau

menurun mengikut jeda tertentu dan menwujudkan kesan

nada atau tonaliti. Skel yang biasa digunakan ialah

skel Major dan Minor.

Ciri-ciri Melodi dalam Lagu Main Pateri

Melodi dalam lagu-lagu Main Pateri dipersembahkan oleh Tok Mindokdan Tok Teri secara solo atau duet. Tok Mindok akan menyanyisambil menggesek rebab, rebab akan memainkan melodi yang samadengan lagu yang dinyanyikan menghasilkan tekstur heterophony ataumemainkan kaunter lagu. Variasi yang dinyanyikan atau yangdimainkan dalam melodi bergantung kepada kebijaksanaan penyanyiatau pemain rebab.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada melodinya ialah dari segi pic,skel, jeda dan kontur lagu. Kontur lagunya tidak mempunyailompatan yang tinggi, banyak terdapat melodi yang bertangga (step-wise) dan terdapat baris melodi yang mendatar. Menjadi satukemestian corak irama melodinya mempunyai unsur-unsur staccato,glissando dan vibrato. Semua skel memfokuskan kepada pic-pic utama(key-note), dan juga melibatkan jeda semitone dan mikroton.

Keratan lagu Sedayung Makyung

19

Kontur Melodi Sedayung Makyung Dalam Main Pateri

DCB (B

b)AGFAe.......e.....e....... A-be________ke______lu_____ar

DCBA

20

GF Yo lah be weh_____ka-lu___jan-ge nak la______ma

DCBAGF A lah ham-ba_________________a- beweh______________

Dari segi jeda ( intervals), melodi lagu ini mempunyai jarak majorke 2, major ke 3. Menurut Matusky (1997;36), kerapkali keluasanjeda dua (augmented) diutamakan dalam skel serta pic-pic terdekat( neighbouring tone) yang terdiri daripada ton penuh atau semitone.Menurut temuramah bersama Pak Dik, beliau seorang tok minduk,nyanyian(melodi) yang mendayu-dayu boleh membuatkan pesakitmenangis secara bersungguh-sungguh kerana ianya dapat menyentuhke lubuk jiwa. Pengkaji mendapati penggunaan sukukata yangmelismetik banyak digunakan dengan nilai not yang panjang.

Perbincangan

Muzik amat rapat dengan kehidupan manusia, sumbangannya kepadamanusia amat luas. Penggunaan muzik dalam perubatan jiwa manusiaadalah satu pendekatan yang amat jelas untuk menyentuh hatinurani. Muzik sebagai medium untuk meluahkan apa yang tersiratdan tersurat.Terapi Main Pateri perlu dilihat sebagai satu kaedahperubatan yang setaraf dengan bidang perubatan psikologi moden.Seni perubatan ini perlu diberi penghormatan kerana telahberbakti kepada masyarakat melayu sejak dulu, walau pun perubatan

21

barat telah mencipta terapi muzik moden, hakikatnya masyarakatkita telah lama menggunakannya. Penghargaan diri adalah satukeperluan yang amat tinggi bagi manusia, terapi ini membantumanusia untuk mendapatkannya, repertoire yang dimainkan bagaikanmemujuk dan memberikan semangat baru kepada pesakit. Segala anginyang tersekat dihuraikan melalui terapi ini agar segalakesimbangan psikologi yang diperlukan dapat dipenuhi. Setiapmanusia akan lebih ceria jikalau keperluan fizikal dan psikologidapat dipenuhi.

Rujukan

Kementerian Pendidikan malaysia. (1998).Buku Sumber dan Aktiviti Pendidikan Muzik: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

Matusky & Tan.(1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik: The Asian Centre. Penang dan Kuala Lumpur.

Meyer, L. B. (1956). Emotion and meaning in Music, Chicago: University of

Chicago Press

Mohamed Ghouse Nasuruddin. (2003). Muzik tradisional melayu. DBP. Kuala

Lumpur.

Sohibul Fadil Sabikin. (2008). Aspirasi Pembangunan masyarakat dan Buday Melalui Muzik.

Seminar Seni Muzik kebangsaan. kuala Lumpur. Sharil-l Lai Sujak. (2008). Terapi Muzik. Majalah Pentas Jld.3 Bil 2 April-Jun 2008 Wan Abdul Kadir (2008). Perubahan dan identiti seni muzik kebangsaan. Seminar Seni Muzik.

Kuala Lumpur

22

Zahari bin Daud (1982).Main Puteri Satu cara Perubatan Tradisi”, Perbadanan Muzium Negeri

Kelantan, Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan.

http://gardnerschool.org

.

23