Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

35
Apakah yang anda faham dengan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian? Jelaskan satu kaedah yang sering digunakan dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen atau soal selidik kajian. Pengenalan Kertas penulisan ini akan membincangkan konsep kesahan dan kebolehpercayaan sebagaimana yang dialami oleh penulis dalam menyiapkan kajian dengan judul Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009) yang melibatkan soal selidik, ujian pencapaian, Program Sandaran dan temu bual. Definisi kesahan dan kebolehpercayaan sebagaimana yang dikemukakan oleh pakar-pakar penyelidikan diutarakan oleh penulis dengan memberikan contoh yang relevan, agar mudah difahami oleh pembaca. Adalah diharapkan dengan penulisan ini, dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pembaca tentang bagaimana usaha dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Kesahan Soal Selidik Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur (Alias 1992; Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999). Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990). Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977). Berdasarkan penerangan di atas, penulis telah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu sesuatu intrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001). Dengan itu, memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kualiti instrumen yang digunakan. Langkah pertama memastikan kualiti instrumen ialah dengan memastikan kesahan instrumen yang digunakan diikuti langkah seterusnya, iaitu menentukan kebolehpercayaan. Kesahan Instrumen Aspek kandungan adalah aspek penting dalam memastikan item ujian yang digunakan benar-benar sah. Kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen merujuk kepada sejauh mana insrumen berkenaan dapat mengukur aspek yang diperlukan Salah satu contoh kaedah yang diperlukan sering digunakan dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen atau soal selidik kajian ialah kaedah soal selidik. Untuk Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka

Transcript of Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Apakah yang anda faham dengan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian? Jelaskansatu kaedah yang sering digunakan dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaaninstrumen atau soal selidik kajian. 

Pengenalan

Kertas penulisan ini akan membincangkan konsep kesahan dan kebolehpercayaansebagaimana yang dialami oleh penulis dalam menyiapkan kajian dengan judul KeberkesananProgram Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman,2009) yang melibatkan soal selidik, ujian pencapaian, Program Sandaran dan temu bual.

Definisi kesahan dan kebolehpercayaan sebagaimana yang dikemukakan oleh pakar-pakarpenyelidikan diutarakan oleh penulis dengan memberikan contoh yang relevan, agar mudahdifahami oleh pembaca. Adalah diharapkan dengan penulisan ini, dapat memberikan gambaranyang lebih jelas kepada pembaca tentang bagaimana usaha dijalankan untuk menentukankesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen. 

Kesahan Soal Selidik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukurapa yang sepatutnya diukur  (Alias 1992; Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001;Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999). Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyaikesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukuradalah tinggi (Mohd Majid 1990).  

Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan danketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992).Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalamansesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977). Berdasarkan penerangan di atas, penulistelah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik.

Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatusesuatu intrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi bolehdipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001). Dengan itu,memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting untukmengesahkan kebolehpercayaan dan kualiti instrumen yang digunakan. Langkahpertama memastikan kualiti instrumen ialah dengan memastikan kesahan instrumenyang digunakan diikuti langkah seterusnya, iaitu menentukan kebolehpercayaan.Kesahan Instrumen Aspek kandungan adalah aspek penting dalam memastikan itemujian yang digunakan benar-benar sah. Kesahan sesuatu alat pengukuran atauinstrumen merujuk kepada sejauh mana insrumen berkenaan dapat mengukur aspekyang diperlukan

Salah satu contoh kaedah yang diperlukan sering digunakan dalam menentukan kesahan dankebolehpercayaan instrumen atau soal selidik kajian ialah kaedah soal selidik. UntukSoal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka

dan kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima orang pensyarah kananUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dirujuk untuk mendapatkan pengesahantentang kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik dan temu bual. Soalselidik dan temu bual ini terdapat dalam kajian dengan judul, Keberkesanan ProgramKelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009).

Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilaikorelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapatdilakukan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson antara skor setiap itemdengan jumlah skor mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah bersesuaiandengan teori yang dikemukakan oleh Abu Bakar (1987) dan Nunnally (1967).  MenurutAbu Bakar (1995) pula, nilai pekali korelasi yang minimum dan boleh diterima pakaiadalah 0.30. Manakala Nunally (1967, 1978) serta Nunally dan Bernstein (1994)menyatakan bahawa nilai korelasi antara item dengan jumlah skor yang melebihi 0.25adalah dianggap tinggi.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Temu BualSoal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji

kesahan muka dan kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima orang pensyarahkanan Institut Aminuddin Baki (IAB) dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentangkesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik dan temu bual. Soal selidikdan temu bual ini terdapat dalam kajian dengan judul, Keberkesanan ProgramKelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009).

Protokol temu bual dibina oleh penulis menyentuh isu-isu yang terdapat dalam penilaian reaksi,penilaian pembelajaran dan penilaian tingkah laku (Kamaruzaman, 2009). Isu seperti reaksiresponden terhadap Program Latihan NPQH, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh,pemindahan pengetahuan dan kemahiran semasa Program Sandaran, masalah yang dihadapi dancadangan untuk meningkatkan kualiti program ini dimasukkan dalam protokol temu bual. Inimerupakan satu usaha untuk menguatkan bukti daripada data yang didapati melalui soal selidik,skor ujian pencapaian dan skor Program Sandaran. Tegasnya, temu bual ini merupakan satutriangulasi iaitu satu proses untuk menguatkan bukti daripada sumber yang berlainan.

Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diujikesahan muka dan kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima orang pensyarahkanan Institut Aminuddin Baki (IAB) dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentangkesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik dan temu bual. Soal selidikdan temu bual ini terdapat dalam kajian dengan judul, Keberkesanan ProgramKelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009).

Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakannilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapatdilakukan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson antara skor setiap itemdengan jumlah skor mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah bersesuaian

dengan teori yang dikemukakan oleh Abu Bakar (1987) dan Nunnally (1967).  MenurutAbu Bakar (1995) pula, nilai pekali korelasi yang minimum dan boleh diterima pakaiadalah 0.30. Manakala Nunally (1967, 1978) serta Nunally dan Bernstein (1994)menyatakan bahawa nilai korelasi antara item dengan jumlah skor yang melebihi 0.25adalah dianggap tinggi.

Bagi Cohen (1988), nilai pekali korelasi antara 0.10 hingga 0.29 dianggapkecil, nilai pekali korelasi antara 0.30 hingga 0.49 dianggap sederhana dan  nilaipekali korelasi antara 0.50 hingga 1.00  dianggap sebagai tinggi. Bagi Norusis(1977) pula, kesahan sesuatu instrumen boleh dilihat pada nilai korelasi item yangdiperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) iaitu pekali korelasiPearson antara skor setiap item dengan jumlah skor tanpa item berkenaan.

Dalam konteks kajian tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah untukmenentukan kesahan konstruk soal selidik iaitu (1) Menggunakan nilai korelasiantara skor setiap item dengan jumlah skor,  dan (2) Menggunakan nilai korelasiitem yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation). Penulisjuga akan merujuk kepada kurikulum Program Latihan NPQH untuk menentukan kesahankonstruk. 

Bagi item-item ujian pencapaian dan skima permarkahan Program Sandaran penulismenggunakan khidmat tiga orang pakar dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Komen danteguran yang diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagimemantapkan lagi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik dan soalan temu bual yang akandigunakan. Di samping itu, komen dan teguran digunakan dalam menilai item-item yangdigunakan dalam ujian dan skima permarkahan Program Sandaran.

Salam Ukhwah,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa Kebolehpercayaan merujuk kepadaketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidiklain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza. Izinkan saya menambahmaklumat berkaitan dengan kaedah yang sering digunakan dalam menentukan kesahan dankebolehpercayaan instrumen atau soal selidik kajian. 

Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian

Saya mengambil contoh bagi kes di IAB, ujian pencapaian (Ujian Akhir Kursus UAK) yang–berbentuk item berbentuk objektif seringkali digunakan. Item-item ini berbentuk aneka pilihanatau aneka penlengkap dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B C atau D. Manakala dalamProgram Sandaran, memfokuskan kepada (1) Pengenalpastian masalah, (2) Perancangan strategik,(3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualiti peribadi. Skor-skor diberikan olehpensyarah-pensyarah apabila mereka menyemak hasil kerja peserta Program Sandaran. Kesahanitem-item yang digunakan dalam ujian pencapaian dan Program Sandaran ditentukan denganmembuat analisis item. Analisis item akan dilakukan untuk membezakan item yang baik denganitem yang lemah. Dalam konteks kajian tersebut, semua item ujian pencapaian dan ProgramSandaran telahpun dibina oleh IAB.

Analisis item bagi setiap ujian dan Program Sandaran dilaksanakan dengan menentukanIndeks Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yangdisarankan oleh Macintosh dan Morrison (1969). Wood (1961) menyatakan bahawa kesukaranitem merujuk kepada pecahan yang mendapat jawapan yang betul. Semakin besar indekskesukaran, item itu semakin senang. Bagi aras kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40peratus hingga 60 peratus iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang tinggi menunjukkan item mempunyaiaras kesukaran yang rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F yang rendah menunjukkanitem mempunyai aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-soalan yang dikemukakan kepadapeserta adalah sukar. Macintosh dan Morrisson (1969), menyatakan bahawa item dengan nilai Fyang rendah boleh dibaiki. Jadual 1 di bawah ini menjelaskan aras kesukaran (F) dan indekspembezaan (D) sebagaimana yang dikemukakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).

Jadual 1:  Aras Kesukaran dan Indeks Pembezaan

Aras Kesukaran (F)Indeks Pembezaan

(D)Kurang

daripada40 %

40 %hingga60 %

Lebihdaripada60 %

Lebih daripada 0.40 Sukar Diterima Senang0.30 0.39– Sukar Perlu dibaiki Senang0.20 0.29– Sukar Marginal SenangKurang daripada 0.20 Dibuang Dibuang Dibuang

Sumber: Macintosh dan Morrisson (1969): 67

Kebolehpercayaan Soal Selidik

Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan danketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992).Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalamansesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen(Mohd Majid 1990; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003).   Bagi Sekaran (1992) pula,nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidakboleh diterima, nilai Alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilaiAlfa yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Berdasarkan penerangan di atas, penulistelah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian

Bagi kes di IAB, ujian pencapaian (Ujian Akhir Kursus UAK) yang berbentuk item berbentuk–objektif seringkali digunakan. Item-item ini berbentuk aneka pilihan atau aneka penlengkapdengan empat pilihan jawapan iaitu A, B C atau D. Manakala dalam Program Sandaran,memfokuskan kepada (1) Pengenalpastian masalah, (2) Perancangan strategik, (3) Pelaksanaandan penilaian strategik, serta (4) Kualiti peribadi. Skor-skor diberikan oleh pensyarah-pensyarahapabila mereka menyemak hasil kerja peserta Program Sandaran. Kesahan item-item yangdigunakan dalam ujian pencapaian dan Program Sandaran ditentukan dengan membuat analisis

item. Analisis item akan dilakukan untuk membezakan item yang baik dengan item yang lemah.Dalam konteks kajian tersebut, semua item ujian pencapaian dan Program Sandaran telahpundibina oleh IAB.

Analisis item bagi setiap ujian dan Program Sandaran dilaksanakan dengan menentukanIndeks Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yangdisarankan oleh Macintosh dan Morrison (1969). Wood (1961) menyatakan bahawa kesukaranitem merujuk kepada pecahan yang mendapat jawapan yang betul. Semakin besar indekskesukaran, item itu semakin senang. Bagi aras kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40peratus hingga 60 peratus iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang tinggi menunjukkan item mempunyaiaras kesukaran yang rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F yang rendah menunjukkanitem mempunyai aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-soalan yang dikemukakan kepadapeserta adalah sukar. Macintosh dan Morrisson (1969), menyatakan bahawa item dengan nilai Fyang rendah boleh dibaiki. Jadual 1 di bawah ini menjelaskan aras kesukaran (F) dan indekspembezaan (D) sebagaimana yang dikemukakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).

Jadual 1:  Aras Kesukaran dan Indeks Pembezaan

Aras Kesukaran (F)Indeks Pembezaan

(D)Kurang

daripada40 %

40 %hingga60 %

Lebihdaripada60 %

Lebih daripada 0.40 Sukar Diterima Senang0.30 0.39– Sukar Perlu dibaiki Senang0.20 0.29– Sukar Marginal SenangKurang daripada 0.20 Dibuang Dibuang Dibuang

Sumber: Macintosh dan Morrisson (1969): 67

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi menyambung usaha di atas, Indeks Pembezaan, D, pula digunakan untuk membezakanantara kumpulan peserta yang memperolehi skor tinggi dengan kumpulan peserta yangmemperolehi skor rendah. Indeks Pembezaan, D, mempunyai nilai antara 1.00 hingga + 1.00.–Nilai D yang negatif menunjukkan item tersebut gagal membezakan kumpulan peserta yangmemperolehi skor tinggi dengan yang memperolehi skor rendah. Jika nilai D bersamaan dengan1.00, ini menunjukkan bahawa 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skor tinggiberjaya memberi jawapan betul dan 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skorrendah memberi jawapan salah. Manakala jika nilai D bersamaan dengan sifar, menunjukkankedua-dua kumpulan peserta memberi jawapan yang serupa bagi item berkenaan. Ini bermaksudbahawa item tersebut gagal membezakan antara kumpulan peserta yang memperolehi skor tinggidengan memperolehi skor rendah. Bagi Sax dan Newton (1997), nilai D antara 0.10 hingga 1.00menggambarkan bahawa item tersebut boleh diguna pakai. Sementara Ebel (1979) pulamenyatakan bahawa nilai D yang bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 adalah sesuai bagiitem ujian.

Bagi konteks kajian tersebut, penulis telah menggunakan item yang mempunyai nilai Dyang bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 seperti yang disarankan oleh Ebel (1979).Sementara bagi nilai F pula, penulis telah menggunakan semua item yang dianalisis untuk

mengelakkan kekurangan item bagi setiap konstruk yang dikaji. Dengan kata lain, item yangdipilih akan melibatkan item sukar, marginal dan senang seperti yang ditunjukkan dalam Jadual1. Dalam hal ini, penulis menghadapi kesukaran untuk memilih item yang mempunyai nilai Fantara 0.40 dengan 0.60 (Nunally 1978). Ini adalah kerana nilai F tidak mampu dikawal olehpenulis kerana semua item dibina oleh pihak IAB dan telah ditadbirkan kepada peserta ProgramLatihan NPQH. Oleh itu penulis berpendapat, pemilihan semua item yang mempunyai nilai Dbersamaan atau lebih besar daripada 0.20 merupakan langkah paling baik bagi kajiantersebut .                    

Selepas menentukan nilai-nilai F dan D, kebolehpercayaan ujian pencapaian dan ProgramSandaran dihitung dengan menggunakan rumus Kuder-Richardson 20 (K-R20). Bagi Siti Rahayah(2003) dan Yap et al. (1985), rumus Kuder-Richardson digunakan untuk mengelakkan memberiujian sebanyak dua kali dan mengelakkan masalah membahagi ujian kepada dua bahagian.Rumus ini boleh digunakan bagi ujian yang homogen iaitu setiap item ujian mengukur faktor-faktor kebolehan am atau personaliti yang sama. Bagi Yap et al. (1985), rumus Kuder-Richardsonini bergantung kepada konsistensi prestasi individu daripada satu item ke satu item iaituberdasarkan sisihan piawai ujian.

Nilai K-R20 adalah antara sifar (0) hingga 1.00, walaupun nilai negatif adalah mungkin.Nilai K-R20 yang tinggi menunjukkan ujian mempunyai ketekalan dalaman. Bagi Carey (1994),nilai yang melebihi 0.90 menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Nilai yang hampirdengan 0.80 adalah biasa didapati untuk ujian bilik darjah kepada peserta heterogen. Manakalanilai serendah 0.50 biasa didapati bagi kumpulan peserta-peserta homogen. Sementara bagi Ebel(1979), nilai K-R20 0.50 atau kurang adalah nilai yang biasa didapati bagi ujian pencapaian disekolah rendah, menengah atau universiti.  Bagi Carey (1994), nilai K-R20 bergantung kepadakehomogenan kumpulan, kehomogenan kandungan, panjang ujian dan kesukaran item.Seterusnya Ebel (1979) pula menambah bahawa untuk menjadikan kebolehpercayaan ujianmeningkat daripada 0.50 ke 0.90, ujian perlu lebih panjang sebanyak sembilan kali daripadapanjang asal.

Salam Ukhwah,

Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik

Satu contoh hasil analisis yang telah dibuat untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaansoal selidik dipaparkan dalam Jadual 2 seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Kesahan item soalselidik menggunakan nilai (1) Korelasi antara skor setiap item dengan jumlahskor,  dan (2) Korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation). Manakala nilai Cronbach Alpha digunakan bagi mendapatkan indeks

kebolehpercayaan setiap aspek atau konstruk berkenaan. Jadual 2 menunjukkan bahawa konstrukpenyampaian pensyarah mempunyai nilai korelasi skor item dengan jumlah skor antara 0.73hingga 0.88. Manakala nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) adalah antara 0.65 hingga 0.85. Nilai Cronbach Alpha pula adalah 0.92.

Jadual 2:  Nilai korelasi dan Alfa bagi konstruk Penyampaian Pensyarah

Konstruk Item KorelasiSkor ItemdenganJumlahSkor

KorelasiItem yang

Diperbetulkan dengan

Jumlah Skor

NilaiAlfa jika

itemdigugurka

n

Nilai AlfaKeseluruha

n

PenyampaianPensyarah

2829303132333435

0.840.790.800.880.730.840.770.82

0.780.720.740.850.650.800.690.75

0.910.920.920.910.920.910.920.91

0.92

Jadual 2 menunjukkan (1) Nilai korelasi skor item dengan jumlah skor dan (2) Nilaikorelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) adalahmelebihi 0.30. Hal ini memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai nilai kesahan yangtinggi sebagaimana yang disarankan oleh Abu Bakar (1987), Cohen (1988), Norusis (1977) danNunally (1987). Sementara itu, nilai Cronbach Alpha adalah melebihi 0.60 yang memberikan

kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik (Cresswell2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha ini merumuskan bahawa item

mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai seperti yang dinyatakan olehMohd Majid (1990), Pallant (2001), Sekaran (1992) dan Siti Rahayah (2003).

Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian Pencapaian

Sebanyak 450 item ditadbirkan oleh IAB kepada semua peserta program latihan NPQH daripadaambilan pertama hinggalah ambilan kesepuluh. Item ini ditadbirkan melalui empat fasa kursusyang mengandungi lima kertas ujian. Terdapat dua kertas ujian dalam Fasa Asas dan satu kertasujian bagi tiga fasa kursus berikutnya. Dan bagi memilih item yang sesuai dalam kajian tersebut,penulis telah melaksanakan proses yang dinamakan sebagai analisis item.

Analisis item telah dibuat terhadap 450 item iaitu bagi ujian Fasa Asas Kertas 1 (75 item),Fasa Asas Kertas 2 (75 item), Fasa Pertengahan (100 item), Fasa Khas (100 item) dan FasaBerterusan (100 item). Analisis item dilaksanakan untuk menentukan Indeks Kesukaran (FacilityIndex, F)  dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) dalam usaha menentukan kesahan

konstruk setiap item. Rumus yang digunakan dalam analisis ini ditunjukkan dalam Lampiran Jdan K. Sehubungan dengan itu, cuma item yang mempunyai nilai D bersamaan atau melebihi0.20 serta item yang mempunyai nilai F bersamaan atau melebihi 40 peratus sahaja dipilih olehpenulis untuk analisis seterusnya seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).Manakala bagi menentukan kebolehpercayaan setiap item, nilai Kuder-Richardson 20 (K-R20) bagisetiap konstruk dihitung seperti yang disarankan oleh Carey (1994).

Oleh kerana semua ujian pencapaian dalam Program Latihan NPQH ini dilaksanakansecara tertutup,  IAB tidak membenarkan sebarang item dipaparkan untuk tatapan umum. Oleh

itu penulis telah menggunakan kod bagi setiap item yang dipilih. Sebagai contoh, Jadual 3 dibawah ini akan memaparkan hasil analisis item yang telah dilaksanakan bagi item ujianpencapaian.

Jadual 3 di bawah menunjukkan konstruk Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi yangmempunyai nilai F antara 41 peratus hingga 79 peratus, nilai D antara 0.21 hingga 0.54 dan nilaiK-R20 adalah 0.65.  Bagi konstruk ini, terdapat 25 item yang terdiri daripada item yangdikemukakan dalam Fasa Asas Kertas 1 (lapan item), Fasa Berterusan (14 item) danFasa Pertengahan (tiga item).

Jadual 3:  Nilai F, D dan K-R20 bagi konstruk  Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi

Konstruk Bil

Kod ArasKesukara

n(F)/%

IndeksPembezaan

(D)

Nilai K-R20

(r)

Pengurusan danKepimpinan

1 AS04 76 0.21 0.65

Organisasi 2 AS20 53 0.333 AS25 53 0.374 AS33 77 0.305 AS35 59 0.496 AS46 54 0.257 AS47 59 0.218 AS53 73 0.219 BT07 60 0.4410 BT10 79 0.2611 BT11 74 0.3012 BT16 59 0.2113 BT17 47 0.2314 BT18 57 0.2315 BT19 75 0.3316 BT20 42 0.2517 BT22 41 0.2118 BT23 66 0.2819 BT24 43 0.5420 BT25 45 0.3021 BT26 49 0.3222 BT27 64 0.2523 PT02 53 0.3124 PT07 51 0.2225 PT09 76 0.27

Jumlah item = 25AS Fasa Asas Kertas 1–      BT Fasa Berterusan–      PT Fasa Pertengahan–

Berdasarkan nilai yang terdapat dalam  Jadual 3, nilai D adalah melebihi 0.20 serta nilaiF adalah bersamaan atau melebihi 40 peratus. Hal ini adalah selaras seperti dinyatakan oleh

Macintosh dan Morrisson (1969). Manakala K-R20 yang dihitung mempunyai nilai di antara 0.62hingga 0.70. Nilai K-R20 melebihi 0.60 yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyaikestabilan dan ketekalan dalaman (Cresswell 2005; Sekaran 1992). Nilai K-R20ini merumuskanbahawa item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai seperti yangdinyatakan oleh Mohd Majid (1990), Pallant (2001), Sekaran (1992) dan Siti Rahayah (2003). Olehitu, item objektif bagi ujian pencapaian yang telah dipilih oleh penulis boleh diguna pakai untukanalisis seterusnya kerana mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan seperti yang dikehendaki.

Semua item ujian pencapaian yang digunakan dalam kajian tersebut  telah ditentukandengan kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh tiga orang pakar. Pendapat semua pakartelah diambil kira dalam menentukan pemilihan item ujian pencapaian ini. Di samping itu,kesahan konstruk pula ditentukan dengan melaksanakan analisis item. Dalam konteks kajiantersebut, nilai (1) Indeks Kesukaran (Facility Index) dan (2) Indeks Pembezaan (Discrimination Index)digunakan untuk menentukan kesahan konstruk item ujian pencapaian. Semua nilai indeksmenunjukkan item mempunyai kesahan yang boleh diguna pakai. Sementara itu, nilai K-R20 puladitentukan yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalandalaman yang baik. Nilai K-R20 ini merumuskan bahawa item mempunyai kebolehpercayaan yangbaik dan boleh diguna pakai dalam kajian tersebut.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Program SandaranAnalisis item juga dilaksanakan bagi empat item Program Sandaran iaitu (1) Pengenalpastianmasalah, (2) Perancangan strategik, (3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualitiperibadi. Rumus yang digunakan bagi tujuan analisis ditunjukkan dalam Lampiran A. Jadual 4 dibawah ini menunjukkan nilai yang diperoleh daripada analisis tersebut.

Jadual 4:   Nilai F, D dan K-R20 bagi Program Sandaran

Konstruk Aspek ArasKesukaran(F)/%

IndeksPembezaan

(D)

NilaiK-R20

Program Sandaran Pengenalpastian Masalah 83 0.22 0.84Perancangan Strategik 82 0.25Pelaksanaan dan PenilaianStrategik

81 0.25

Kualiti Peribadi 88 0.23

Daripada Jadual 4, didapati bahawa aspek Pengenalpastian Masalah mempunyai nilai F =83 peratus dan D = 0.22, aspek Perancangan Strategik mempunyai nilai F = 82 peratus dan D =0.25, aspek Pelaksanaan dan Penilaian Strategik mempunyai nilai F = 81 peratus dan D = 0.23,serta aspek Kualiti Peribadi mempunyai nilai F = 88 peratus dan D = 0.23. Nilai F yang tinggimenunjukkan peserta mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Manakala nilaiD yang melebihi 0.20 pula menunjukkan bahawa item mempunyai tahap kesahan yang bolehdiguna pakai seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrisson (1969). Seterusnya, nilai K-R20 adalah 0.84 yang dianggap tinggi (Cohen 1988) dan merupakan nilai biasa yang didapati bagiUjian Rujukan Kriteria seperti yang ditegaskan oleh Ebel (1979). Nilai K-R20  yang tinggi inidihasilkan oleh korelasi antara item yang tinggi kerana mengukur objektif atau kriteria yangsama.

Bagi menentukan kebolehpercayaan antara penilai (interrater reliability) untuk ProgramSandaran, penulis menghitung nilai indeks kebolehpercayaan seperti yang disarankan oleh Black(1999). Oleh kerana Program Sandaran merupakan Ujian Rujukan Kriteria maka apa yangdipentingkan adalah markah lulus yang mempunyai nilai sebanyak 40 markah. Rumus yangterdapat dalam Lampiran A digunakan oleh penulis untuk menghitung nilai indeks ini.Berdasarkan rumus ini nilai indeks kebolehpercayaan (k2) yang didapati adalah bersamaan

dengan 0.85. Nilai ini merupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik berdasarkanpendapat Landis dan Kosh (1977) (dalam Zamri dan Noriah, 2003) seperti yang terdapat dalamJadual 5. Dengan kata lain, item-item yang digunakan dalam menentukan skor bagi ProgramSandaran mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini juga menunjukkan bahawa instrumenProgram Sandaran adalah sesuai digunakan untuk menilai peserta Program Latihan NPQH.

Semua item ujian pencapaian Program Sandaran yang digunakan dalam kajiantersebut  telah ditentukan dengan kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh tiga orangpakar. Pendapat semua pakar telah diambil kira dalam menentukan pemilihan item ujianpencapaian Program Sandaran ini. Di samping itu, kesahan konstruk pula ditentukan denganmelaksanakan analisis item. Dalam konteks kajian tersebut, nilai (1) Indeks Kesukaran (FacilityIndex) dan (2) Indeks Pembezaan (Discrimination Index) digunakan untuk menentukan kesahan

konstruk item ujian pencapaian. Semua nilai indeks menunjukkan item mempunyai kesahanyang boleh diguna pakai. Sementara itu, nilai K-R20 pula ditentukan yang memberikankesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik. Nilai K-R20 inimerumuskan bahawa item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakaidalam kajian tersebut. Sehubungan dengan itu, nilai kebolehpercayaan antara penilai (interraterreliability) sebanyak 0.85 juga menunjukkan bahawa item dalam Program Sandaran boleh diguna

pakai dalam kajian tersebut . Dan dapat disimpulkan di sini bahawa empat item ujianpencapaian Program Sandaran ini sesuai digunakan dalam usaha penulis menentukan pencapaianobjektif kajian ketiga dan kelima.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Temu Bual

Protokol temu bual dibina oleh penulis menyentuh isu-isu yang terdapat dalam penilaian reaksi,penilaian pembelajaran dan penilaian tingkah laku (Kamaruzaman, 2009). Isu seperti reaksiresponden terhadap Program Latihan NPQH, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh,pemindahan pengetahuan dan kemahiran semasa Program Sandaran, masalah yang dihadapi dancadangan untuk meningkatkan kualiti program ini dimasukkan dalam protokol temu bual. Inimerupakan satu usaha untuk menguatkan bukti daripada data yang didapati melalui soal selidik,skor ujian pencapaian dan skor Program Sandaran. Tegasnya, temu bual ini merupakan satutriangulasi iaitu satu proses untuk menguatkan bukti daripada sumber yang berlainan.

Semua item dalam protokol temu bual yang digunakan dalam kajian tersebut  telahditentukan dengan kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh lima orang pakar. Pendapatsemua pakar telah diambil kira dalam menentukan pemilihan item temu bual ini. Bagi tujuanmenentukan kebolehpercayaan temu bual, analisis Indeks Cohen Kappa digunakan bertujuanuntuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan tema yang dikaji (Zamri dan Noriah2003). Penulis memadankan unit daripada data temu bual dengan tema yang dominan. Dalamhal ini, penulis telah mendapatkan khidmat tiga orang pakar analisis kualitatif untuk

menentukan Indeks Cohen Kappa dengan mengedarkan borang seperti yang terdapat dalamLampiran B.

Bagi tujuan menentukan kebolehpercayaan temu bual, analisis Indeks Cohen Kappadigunakan bertujuan untuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan tema yang dikaji(Zamri dan Noriah 2003). Hal ini dilaksanakan dengan memadankan unit daripada data temubual dengan tema yang dominan. Penulis telah mendapatkan khidmat tiga orang pakar analisiskualitatif untuk menentukan Indeks Cohen Kappa dengan mengedarkan borang seperti yangterdapat dalam Lampiran B. Seterusnya, penulis menghitung nilai persetujuan (Indeks CohenKappa) daripada borang yang diterima daripada pakar-pakar tersebut. Nilai persetujuan dihitungberdasarkan rumus berikut iaitu:

 

Sumber: Cohen (1968) dalam Zamridan Noriah (2003):4

di mana  K nilai koefisien Kappa–               fa frekuensi persetujuan–               fc frekuensi bagi 50 peratus jangkaan persetujuan–               N bilangan unit yang diuji nilai persetujuan–           

Bagi menentukan tahap persetujuan Kappa, nilai yang disyorkan oleh Landis dan Kosh(1977) dalam Zamri dan Noriah (2003) digunakan oleh penulis, seperti yang ditunjukkan dalamJadual 5 di bawah.

                                Jadual 5:   Nilai Kappa dan interpretasinya (tahap)

Nilai Kappa Interpretasinya

Kurang daripada0

Sangat lemah

0.00 0.20– Lemah0.21 0.40– Sederhana

lemah0.41 0.60– Sederhana0.61 0.80– Baik0.81 1.00– Sangat baik

Sumber: Landis dan Kosh (1977) dalam Zamri dan Noriah (2003):3

Nilai min bagi koefisien Kappa yang dihitung adalah seperti yang ditunjukkan dalamJadual 6 di bawah ini.

              fa  –  fc   K  =    ----------              N  –   fc 

Jadual 6:  Nilai persetujuan bagi koefisien Kappa

Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Min Koefisien Kappa          46 24.5–

K1 =  ------------          49 24.5–

           21.5      =  ------           24.5

      =  0.88

          47 24.5–

K2 =   ----------          49 24.5–

           22.5      =  ------           24.5

      =  0.92

          46 24.5–

K3 =   -----------          49 24.5–

           21.5      =  ------           24.5

      =  0.88

         K1  +  K2  +  K3

K  =  -------------------                     3

        0.88 + 0.92 +0.88     = ----------------------                      3

     = 0.89

Berdasarkan nilai dalam Jadual 6, Indeks Cohen Kappa (K) adalah 0.89. Nilai inimerupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik. Dengan kata lain, unit analisis yangdibuat oleh penulis adalah selari dengan tema yang dikemukakan, berdasarkan persetujuanpakar.

KesimpulanPenulis telah menjelaskan bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan setiap item yang

digunakan dalam penilaian kajian ditentukan. Di samping menggunakan khidmat pakar, penulisturut menggunakan kaedah statistik dengan mengemukakan nilai seperti korelasi skor itemdengan jumlah skor,  korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-TotalCorrelation),  Indek Kesukaran (F) dan  Indeks Diskriminasi (D) bagi menentukan kesahan itemyang digunakan. Sementara nilai Cronbach Alpha dan Kuder-Richarson 20 (K-R20) dikemukakan

bagi menentukan kebolehpercayaan item yang diguna pakai.  

Rujukan

Abu Bakar Nordin. 1986. Asas penilaian pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Longman

Malaysia Sdn. Bhd.Alias Baba. 1992. Statistik untuk penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.Black, T. R. 1999. Doing quantitative research in the social sciences – an integrated approach to research

design, measurement and statistics. London: Sage Publications.Carey, L. M. 1994. Measuring and evaluating school learning. Ed. ke-2. Boston: Allyn and Bacon.Cohen, J. 1968. Weighted Kappa a nominal scale aggreement with provision for scaled–

disagreement or partial credit. Psychological Bulletin, 70: 213-220. Dlm. Zamri Mahamod& Noriah Mohd Ishak. 2003. Analisis Cohen Kappa dalam penyelidikan bahasa – satupengalaman. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Anjuran

Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 20 Ogos.–Cohen, J. W. 1988. Statistical power analysis for the behavioral sciences  Ed. Second. Hillsdale, New

Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.Creswell, J. W. 2002. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and

qualitative research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.Creswell, J. W. 2005. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and

qualitative research (3rd Ed.). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.Creswell, J. W. 2010. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and

qualitative research (4th Ed.). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.Cronbach, L. J. 1946. Response sets and test validity. Educational and psychological

measurement 6:672-683.Ebel, R. L. 1979. Essentials of Educational Measurement  Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall Inc.Kamaruzaman Moidunny. 20039. Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan

Kebangsaan (NPQH). Disertasi Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Landis, J. & Kosh, G.G. 1977. The measurement of observer agreement for categorical data.Biometrics, 33:159-174. Dlm. Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak. 2003. Analisis CohenKappa dalam penyelidikan bahasa – satu pengalaman. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Guru

Peringkat Kebangsaan. Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 20 Ogos.–Macintosh, H. G., & Morrisson, R. B. 1969. Objective testing. London: University of London Press

Ltd.Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.Norusis, M. J. 1977. SPSS professional statistic 7.5. North Michigan Avenue, Chicago.Nunnally, J. C. 1967. Psychometric theory. New York: McGraw-Hill Book Company.Nunnally, J. C. 1978. Psychometric theory. Ed. ke-2. New York: McGraw-Hill Book Company.Nunnally, J. C. & Bernstein, I. R. 1994. Psychometric theory. Ed. ke-3. New York: McGraw-Hill,

Inc.Pallant, J. 2001. SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version

10). Buckingham Open University Press.Sekaran, U. 1992. Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York: John Wiley &

Sons, Inc.Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep & amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat

Pembangunan Akademik UKM.

Tabachnick, B. G. & Fidell, L. S. 2001. Using multivariate statistics. Ed. ke-4.London: Allyn and Bacon.

Tuckman, B. W. 1999. Conducting educational research. Ed. Ke-5. California: Wadsworth Thomson

Learning.Wood, D. A. 1961. Test construction - development and interpretation of achievement test. Ohio: Charles

E. Merril Books, Inc.Yap, Y. K., Wan, C. S. & Ismail Abu Bakar. 1985. Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Edisi

Baru. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak. 2003. Analisis Cohen Kappa dalam penyelidikan bahasa – satu

pengalaman. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Anjuran

Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 20 Ogos.–

CATEGORY: RESEARCH METHODS

in scientific wayVALIDITY & RELIABILITY DALAM KAJIAN   KUANTITATIF July 26, 2011 14 Comments

Sememangnya bukan senang nak menjalankan research lebih-lebih lagi untuk menyiapkan penulisan tesis, tak kiralah tahap mana tesis tersebut sama ada degree, master atau phD ke…semuanya ada cabaran masing-masing. Mungkin antara aspek yang sering kita pandang ringan adalah mengenai validity dan reliability sesuatu kajian. Fuhh! sebenarnya tak semudah yang kita sangka.

Dalam kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian survey (tinjauan) selalunya kita menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat mendapatkan data. Dan sebelum data dikumpul, seseorang penyelidik perlu menjalankan pilot study terlebih dahulu untuk melihat sama ada borang soal selidik (questionnaire) tersebut benar-benar valid dan reliable untuk diedarkan. Kat sini pentingnya bagi penyelidik untuk memahami bagaimana nak ukurvalidity dan reliability.Yang biasa kita buat (saya pun buat untuk tesis master – just ukur realibility tengok alpha cronbach saja) kita ingat pilot study untuk menguji tahap kebolehpercayaan instrumen semata-mata. Tetapi sebelum itu sepatutnya penyelidik melakukan validity test terlebih dahulu untuk menguji sejauhmana instrumen tersebut benar-benar mengandungi item-item konstruk yang tepat. Ini boleh dilakukan dengan menguji construct validity (kesahan konstruk) melalui analisis faktor. Selain construct validity, jenis validity yang lain ialah seperti face validity, content validity dan juga criterion-related validity.Pada entri  ini saya nak bincangkan mengenai kepentingan melakukan analisis faktor bagi mendapatkan kesahan konstruk. kesahan konstruk ini merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ia merujuk kepada pengukuran konstruk instrumen dengan tepat berdasarkan teori yang berkaitan. Namun, sebelum menjalankan analisis faktor terdapat syarat yang perlu dipenuhi oleh penyelidik; skala pengukuran seharusnya berskala interval atau ratio dan pastinya mencapai standard normal distribution, manakala bilangan item soal selidik responden haruslah sekurang-kurangnya lima kali banyak daripada bilangan item. Sebagai contohnya soal selidik kita mempunyai 30 item, jadi saiz responden sekurang-kurangnya perlu mencapai jumlah 150 orang. Ini kerana analisis faktor memerlukan saiz responden yang besar.

Reliability pula dikaitkan dengan tahap kebolehpercayaan instrumen iaitu sejauhmana instrumen tersebut boleh dipercayai dan tekal. Antara cara dan kaedah yang popular dalam menentukan reliability ialah melalui internal consistency – alpha cronbach. Selain itu, penyelidik boleh menggunakan test-retest dan equivalent-form reliability. Bagi pilot study untukujian kebolehpercayaan tidak memerlukan responden yang ramai. Cukup dengan 30 orang responden sahaja. Nilai alpha cronbach yang boleh diterima dan baik adalah di antara 0.6-0.9.RATE THIS:

      1 Vote

PARADIGMA KAEDAH PENYELIDIKANApril 9, 2011 Leave a comment

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan membincangkan mengenai paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan. Sebenarnya andaian asas atau paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan juga penting dalam menentukan kaedah yang akan dipilih. So, post kali ini akan membincangkan mengenai paradigma yang mendasari sesebuah penyelidikan.Andaian paradigma ini perlu kita faham barulah kita yakin dengan pilihan metode yang kita pilih. Seperti yang kita tahu ada dua kaedah penyelidikan utama iaitu kaedah kajian kuantitatif dan kaedah kajian kualitatif. Di samping itu, kita turut tahu mengenai kaedah yang semakin mendapat tempat dalam penyelidikan hari ini iaitu kaedah mixed-methods(InsyaAllah nanti kita bincangkan kemudian mengenai paradigma mixed methods).Kita juga tahu kaedah kuantitatif mementingkan data numerik dan kaedahkualitatif mementingkan data yang tidak dapat diukur secara kuantiti dan faktor yang bersandarkan numerikal. Pegang pada asas ini dan kita boleh memilih kaedah mana yang lebih selesa dan dekat serta sesuai dengan kemahiran kita. Dan ia sebenarnya didasari dengan andaian asas/paradigma/perspektif/world view yang akan kita bincangkan ini. Kemahiran kita menguasai kaedah penyelidikan banyak bergantung kepada sejauhmana kita memahami paradigma perspektif kedua-dua pendekatan tersebut sama ada kuantitatif ataupun kualitatif.Banyak debat yang membincangkan kedua-dua metode ini sebenarnya. Jika penyelidik tersebut terlalu taksub dan realistik dengan analisis

berangka, mereka beranggapan bahawa metode kuantitatif lah yang terbaik. Namun, ada juga yang tidak berpuas hati dengan kajian kuantitatif. Mereka berpendapat bukan semua perkara bersifat mekanikal. Mereka bersetuju dengan kajian kualitatif dan berpendapat bahawa kajian kualitatif lebih memahami fenomena dunia sosial dan dapat menjelaskan hubungan interaksi manusia.

Kajian kuantitatif lebih berpegang dengan perspektif positivisme dan pasca-positivisme. Positivisme dipelopori oleh Aristotle, Francis Bacon, August Comte dan Immauel Kant. Selepas Perang Dunia ke-2, aliran pasca-positivisme mula berkembang mengantikan fahaman positivisme. Melalui paradigma pasca-postivisme, para penyelidik cuba menjalankan penyelidikan untuk menguji teori dan hipotesis kajian. Danpengukuran penyelidikan yang dijalankan lebih kepada pengukuran objektif yang dapat dilihat.

Manakala penyelidik kajian kualitatif lebih berpegang dengan perspektif intepretivisme/konstruktivisme yang memahami realiti pengalaman manusia berdasarkan kehidupan mereka sendiri. Pengukuran kajian kualitatif lebih bersifat subjektif. Ini bermakna penyelidik intepretif/konstruksionis mampu menginterpretasi kepelbagaian makna dan bersifat relatif (cara yang berbeza) bergantung kepada setiap individu yang berbeza.

Apa yang saya boleh katakan ialah tidak ada yang mana lebih di antara kajian kuantitatif mahupun kualitatif. Semuanya bergantung kepada permasalahan, persoalan dan objektif kajian kita. Sama ada kajian kuantitatif mahupun kualitatif masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada yang betul-betul sempurna. Cuma tanya diri sebagai seorang penyelidik, metode penyelidikan mana yang kita lebih selesa. Apabila jelas kepakaran dan kemahiran bidang penyelidikan kita, arahkan permasalahan dan persoalan kajian kita berdasarkan asas paradigma kajian yang akan kita terokai. Good luck!

RATE THIS:

      

1 Vote

KAEDAH PENYELIDIKAN IIApril 2, 2011 Leave a comment

Dalam bab kaedah penyelidikan, terdapat beberapa subtopik yang sering menjadi perbincangan penting antaranya; pemilihan reka bentuk kajian, teknik pengumpulan data, kaedah persampelan dan saiz sampel, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, skala pengukuran serta analisis statistikal dan analisis tema yang digunakan dalam kaedah penganalisaan data. Justeru, pengkaji yang benar-benar berminat untuk menjalankan penyelidikan seharusnya perlu menguasai aspek-aspek dalam kaedah penyelidikan dengan baik.

Walaubagaimanapun, kaedah penyelidikan kajian kualitatif dan kuantitatif berbeza pendekatannya. Secara umumnya, kaedah kuantitatif bersandarkan angka dan merumuskan data-data dalam bentuk numerikal yang bersifat objektif. Manakala kaedah kualitatif lebih menjawab persoalan fenomena yang membentuk makna dari perspektif subjektif. Kajian kualitatif tidak bersandarkan numerikal malah tidak menumpukan pengutipan maklumat yang banyak berbanding kajian kuantitatif.

Antara aspek lain yang seharusnya menjadi penentuan dalam pemilihan kaedah penyelidikan ialah mengenai andaian asas yang mendasari kaedah penyelidikan yang dipilih sama ada berpaksikan paradigma pasca-positivis, interpretif mahupun pragmatisme. Dengan kata lain, seseorang pengkaji perlu memahami setiap andaian asas yang mendasari sesebuah kaedah penyelidikan sebelum membuat keputusan mengenai kaedahyang ingin digunakan.

InsyaAllah, jika ada kelapangan masa dan ruang serta peluang, saya akan membincangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai andaian asas atauparadigma dalam setiap kaedah penyelidikan yang dijalankan. Tunggu ya!

RATE THIS:

      Rate This

KAEDAH PENYELIDIKANApril 2, 2011 Leave a comment

Sukar sebenarnya untuk mendapatkan bahan dan artikel mengenai kaedah dan metode penyelidikan dalam Bahasa Melayu. Jika kita google terms dan keywords dalam Bahasa Melayu banyak yang keluar adalah artikel-artikel penulisan dari Indonesia. Mungkin para penyelidik di Malaysia turut berkongsi maklumat dan ilmu dalam Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Melayu. Juga terfikir atau apakah kita masih belum berkongsi sepenuhnya ilmu mengenai kaedah penyelidikan yang kita ada. Malah artikel jurnal dan bahan dalam Bahasa Inggeris banyak mendominasi jikakita menggunakan pencarian google. Para pelajar kita seharusnya melihatini sebagai cabaran dalam menguasai bahasa. Tidak salah sebenarnya jika kita  dapat menimba ilmu daripada penulisan-penulisan sarjana Barat terutamanya mengenai metode penyelidikan yang sebenarnya lagi hebat daripada kita. Dalam kita masih merangkak-rangkak menggunakan analisis multivariat, mereka sudahpun pakar dalam menguasai SEM (amos). Khusus untuk para pelajar yang sedang menjalankan tesis atau yang bersiap sedia untuk menjalankan tesis/kertas projek, antara persediaan yang penting ialah perlunya menguasai kaedah penyelidikan. Ini penting agar kita faham dan jelas mengenai fokus kajian penyelidikan kita sama berminat menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif ataupun kualitatif. Selamat berjuang.RATE THIS:

      2 Votes

PENTINGKAH PROBABILITY SAMPLING?March 31, 2011 Leave a comment

Prosedur persampelan penting untuk menentukan analisis data kajian. Kajian kuantitatif menekankan kaedah persampelan yang betul bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang berkualiti iaitu dengan menggunakan probability sampling (persampelan kebarangkalian).Probability sampling sering menjadi pilihan pengkaji pendekatan kuantitatif kerana melalui prosedur jenis ini, menghasilkan generalisasi yang dapat dikaitkan dengan ciri-ciri populasi daripada pemilihan sampel yang

dikaji. Oleh itu, pemilihan sampel yang baik dan tepat dapat mewakili populasi daripada pemboleh ubah yang dikaji.Dengan kata, kaedah kajian kuantitatif mementingkan ciri-ciri pemilihan sampel secaraprobability sampling bagi mendapatkan generalisasi populasi kajian. Justeru, probability sampling penting kerana setiap sampel mempunyai peluang yang sama apabila dipilih secara rawak. Ini berbeza dengan kajian kualitatif yang tidak mementingkan saiz sampel dan generalisasi.Terdapat 4 jenis probability sampling (persampelan kebarangkalian) yang utama; persampelan rawak mudah, persampelan sistematik, persampelan berstrata dan persampelan kluster.Jika ada masa dan ruang insyaAllah akan diperbincangan secara lebih mendalam mengenai jenis-jenis persampelan tersebut.

RATE THIS:

      2 Votes

INTERVENING VARIABLEMarch 30, 2011 Leave a comment

Dalam bidang penyelidikan terutamanya penyelidikan secara kuantitatif,  antara aspek yang seharusnya difahami dan dikuasai oleh seseorang penyelidik ialah mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah kajianatau variabel. Pemboleh ubah kajian yang utama yang sering dibincangkan ialah pemboleh ubah bebas (independent variable-IV) dan juga pemboleh ubah bersandar (dependent variable-DV). Semakin mendalam sesebuahkajian itu turut bergantung tentang sejauhmana penyelidik menggunakan faktor-faktor pemboleh ubah dalam menjelaskan kajian selain daripada hubungan dan perkaitan faktor IV dan DV sahaja. Antara pemboleh ubah yang sering menjadi kayu ukur causal effects dalam kajian ialahintervening variable atau juga dikenali sebagai mediating variable. Variabel ini berperanan sebagai faktor pengantara yang menghubungkan di antara IV dan DV.  Sebagai contohnya satu hipotesis kajian telah dibuat iaitu pelajar yang terdedah kepada karakter media (melalui symbolic modeling) lebih bertingkah laku negatif berbanding pelajar yang tidak terdedah kepada media. Pendedahan media menjadi IV kajian, tingkah laku negatif

sebagai DV. Manakala symbolic modeling melalui karakter media menjadi intervening variable yang menjadi pengantara sebagai sebab-kesan/akibat dalam kajian tersebut. Justeru, dari aspek analisisstatistikal, intervening variable boleh dikawal dan menggunakan analisis parametrik seperti korelasi spara dalam usaha melihat sejauhmana perkaitan di antara IV dan DV kajian.RATE THIS:

      Rate This

MIXED METHODS RESEARCHAugust 29, 2010 Leave a comment

Bazeley, P. (2003). Teaching mixed methodsTwo most suitable mixed methods for my research; explanatory research analysis and exploratory research analysis. For instance, i would prefer the exploratory research analysis. There are a few reason to differentiate between the two designs; either the weight is for qualitative approach or quantitative approach. But the researcher should expert in both of the research methods if they decide in applying the mixed methods research.Below are the brief comparison between the explanatory and exploratory design analysis;Sequential Explanatory Strategy (separate stages)

Priority in 1st stage (QUANTITATIVE) Collect & analyze QUANTITATIVE Collect & analyze qualitative Integrated during interpretation phase May or may not have theoretical perspective Purpose: use qualitative to assist in explaining and interpreting the

QUANTITATIVE Useful with unexpected QUANTITATIVE results – qualitative examines in

detail Strength: separate stages in design, description, reporting Weakness: length of time b/c of 2 separate stages (esp if equal

emphasis)Sequential Exploratory Strategy (2 stages)

Priority in 1st stage (QUALITATIVE) Collect & analyze QUALITATIVE

Collect & analyze quantitative Integrated during interpretation phase May or may not have theoretical perspective Quantitative assists interpretation of QUALITATIVE Purpose: explore a phenomenon (determine the distribution of a

phenomenon within a chosen population); developing and testing new instrument (psychometrics)

Strength: separate stages in design, description, reporting Weakness: length of time b/c of 2 separate stages; can be difficult

to build from the QUAL analysis to quan data collectionRATE THIS:

      Rate This

KAJIAN PENYELIDIKAN MIXED   METHODS August 12, 2010 Leave a comment

Terdapat tiga reka bentuk kajian penyelidikan; iaitu kajian kualitatif, kajian kuantitatif dan kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kedua-dua penyelidikan kuantitatif dan kualitatif ini berbeza pendekatannya dari aspek pengumpulan dan penganalisaan data. Pemilihan pendekatan kajian bagi seseorang penyelidik sama ada kajian kuantitatif ataupun kualitatif bergantung kepada permasalahan kajian dan persoalan kajian yang ingin diterokai. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai kekuatan dan kekurangan yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Continue reading →RATE THIS:

BUKU RESEARCHAugust 7, 2010 2 Comments

Baru beli tiga buah buku tentang kajian penyelidikan. Buku yang sangatbaik dalam membincangkan kajian penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

1. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan.2. Creswell, John W. (2009). Research design.3. Creswell, John W. (2008). Educational research.

Walaupun agak mahal maklumlah 2 buku import tapi berbaloi sebab banyakinput dan idea baru untuk diletakkan dlm chapter 3 nanti. Alhamdulillah.

RATE THIS:

TRINGULASI KAJIANJuly 12, 2010 1 Comment

Triangulasi memastikan data yang tidak dapat dikumpul dengan satu kaedah akan menggunakan kaedah yang lain. Tringulasi data dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat dan menyakinkan mengenai konsep yang dikaji.

triangulationRATE THIS:

STATISTIK INFERENSIJuly 8, 2010 Leave a comment

CorstonColman2000InferentialStatisticalDecisionTreeRATE THIS:

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EFEKTIF DI   IPT July 8, 2010 Leave a comment

Kursus P&P, Program Pemantapan Tenaga Akademik, UKM

5-10 Julai 2010, Hotel Residence, UNITEN

http://repository.um.edu.my/649/5/BAB%203.pdf

Salam Ukhwah,

Saya bersetuju dengan hujah yang cikgu lontarkan bahawa sesuatu penyelidikan yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan memastikan kesahan penyelidikan itu. Izinkan saya menambah sedikit maklumat yang saya perolehi melalui pembacaan saya. Kesahan dankebolehpercayaan Instrumen Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu sesuatu intrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001). Dengan itu, memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kualiti instrumen yang digunakan.

Langkah pertama memastikan kualiti instrumen ialah dengan memastikan kesahan instrumen yang digunakan diikuti langkah seterusnya, iaitu menentukan kebolehpercayaan. Kesahan Instrumen Aspek kandungan adalah aspek penting dalam memastikan item ujian yang digunakan benar-benar sah. Kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen merujuk kepada sejauh mana insrumen berkenaan dapat mengukur aspek yang diperlukan (Mohd Majid Konting, 2000). Dalam konteksini, instrumen yang digunakan ialah soalan ujian dan soal selidik. Bagi memastikan kesahan kandungan item ujian, pembinaan item ujian telah dilaksanakan oleh guru mata pelajaran matematik Tingkatan 2 di sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah dengan berdasarkan sukatan pelajaran matematik Tingkatan 2 yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setelah selesai penggubalan item berkenaan, item disemak pula oleh guru kanan 144 mata pelajaran berkenaan bagi memastikan item yang diuji benar-benar sah. Sementara item soal selidik digubal berdasarkan pengubahsuaian daripada soal selidik yang telah diakui sebagai sah. Kemudian disemak pula oleh dua orang pensyarah Universiti Utara Malaysia yang pakar dalam bidang berkenaan serta seorang pensyarah bahasa bagi memastikan struktur bahasa yang digunakan adalahtepat. Setelah semua prosedur bagi memastikan kesahan instrumen yang dilaksanakan, satu kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.

Salam Ukhwah,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza. Saya ingin menambah sedikit maklumat yang saya perolehi melalui pembacaan saya iaitu berkaitan dengan

penyelidikan kuantitatif seperti yang cikgu nyatakan dalam ruangan forum cikgu.

Dalam bidang penyelidikan terutamanya penyelidikan secara kuantitatif,  antara aspek yang seharusnya difahami dan dikuasai oleh seseorang penyelidik ialah mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian atau variabel. Pemboleh ubah kajian yang utama yang sering dibincangkan ialah pemboleh ubah bebas (independent variable-IV) dan juga pemboleh ubah bersandar (dependent variable-DV). Semakin mendalam sesebuah kajian itu turut bergantung tentang sejauhmana penyelidik menggunakan faktor-faktor pemboleh ubah dalam menjelaskan kajian selain daripada hubungan dan perkaitan faktor IV dan DVsahaja. Antara pemboleh ubah yang sering menjadi kayu ukur causal effects dalam kajian ialahintervening variable atau juga dikenali sebagai mediating variable. Variabel ini berperanan sebagai faktor pengantara yang menghubungkandi antara IV dan DV.  Sebagai contohnya satu hipotesis kajian telah dibuat iaitu pelajar yang terdedah kepada karakter media (melalui symbolic modeling) lebih bertingkah laku negatif berbanding pelajar yang tidak terdedah kepada media. Pendedahan media menjadi IV kajian, tingkah laku negatif sebagai DV. Manakala symbolic modeling melalui karakter media menjadi intervening variable yang menjadi pengantara sebagai sebab-kesan/akibat dalam kajian tersebut. Justeru, dariaspek analisis statistikal, intervening variable boleh dikawal dan menggunakan analisis parametrik seperti korelasi spara dalam usaha melihat sejauhmana perkaitandi antara IV dan DV kajian.

Kebolehpercayaan Instrumen Bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan, dua siri ujian telah dilaksanakan, iaitu mengenalpasti (i)

Cronbach`s alpha, (ii) analisis confirmatory factor (CFA) 3.8.2.1 Analisis Cronbach`s Alpha Ujian Cronbach`s Alpha dijalankan bagi menentukan ketekalan dalaman (Churchill, 1979). Kaedah ini mengandaikan bahawa setiap item dianggapsebagai satu ujian yang setara dan semua korelasi antara item yang diukur adalah sama. Seandainya nilai R menunjukkan nilai yang tinggi, maka 145 instrumen yang digunakan adalah tinggi nilai kebolehpercayaannya (Ary, Jacob &Razavieeh, 1996). Hasil ujian ketekalan dalaman Cronbach`s Alpha ke atas variabel sikap terhadap bahasa Inggeris dan sikap terhadap matematik dalam kajian ini adalah seperti berikut. Jadual 3.7 Ringkasan Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Konstruk Bilangan Item Nilai Alpha Sikap Terhadap Bahasa Inggeris Sikap Terhadap Matematik Ujian Matematik 18 17 15 .88 .87 .72 Secara umumnya, instrumen sikap yang digunakan mempunyai nilai alpha yang tinggi. Dalam hal ini Nunnally (1978) berpendapat nilai alpha yang melebihi 0.70 adalah tekal bagi setiap dimensi yang digunakan. Ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan item ini boleh diterima kerana melebihi .70. 3.8.2.2 AnalisisComfirmatory Factor (CFA) Model Persamaan Struktur (SEM) mempunyai dua aspek utama, iaitu model pengukuran dan model struktur. Kedua-dua model berkenaan menentukan model sebuah model yang lengkap. Dua proses yang 146 dicadangkan dalam SEM ialah menganggar model pengukuran terlebih dahulu sebelum menguji model sebenar yang fit (sesuai) (Hair et al., 1998). Melalui pendekatan CFA, penyelidik menguji secara statistik sama ada sampel data dapat mengesahkan model yang dicadangkan. Berbeza dengan analisis faktor yang bertujuan mendapatkan jumlah faktor yang terdapat dalam sesuatu pemboleh ubah, mengenal pasti korelasi antara faktor berkenaan serta menentukan item yang digunakan mengukur pemboleh ubah yang ditentukan. Dalam CFA, penyelidik telah menentukansecara khusus model teoritikal berasaskan keutamaan (a priori) (Schumacker & Lomax, 2004). Jadual 3.8 menunjukkan hanya satu model faktor yang diterima dalam kajian ini. Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan antaraobserver variables dengan setiap konstruk berdasarkan skala ujian yang telah dijalankan.

http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2014/12/004-KEBOLEHPERCAYAAN-INSTRUMEN-PENGHAYATAN-AKIDAH.pdf

KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN PENGHAYATAN AKIDAH, KETENANGAN HATI DAN KETENANGANROHANI MENGGUNAKAN FAKTOR ANALISIS Norsaleha Mohd. Salleh1 , Ab. Halim Tamuri2, Zainora Daud3 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Kajianini bertujuan untuk mengenal pasti keboleh percayaan instrument penghayatanakidah (akidah), ketenangan hati (hati) dan ketenangan rohani (rohani)menggunakan analisis faktor. Instrumen akidah, hati dan rohani adalah soalselidik yang diubahsuai oleh pengkaji. Instrumen ini digunakan untuk mengujigolongan remaja, terdiri daripada pelajar sekolah menengah kebangsaan di

malaysia. Bagi mendapatkan keboleh percayaan yang memuaskan, pengkajimelakukan kesahan kandungan dan kesahan muka terhadap soal selidik yangdibina, membuatu jianrintis terhadap sejumlah peserta kajian, menentukan nilaikeboleh percayaan alpha cronbach serta membuat factor analisis.Walaubagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan kepada penggunaan factoranalisis sahaja. Dapatan kajian mendapati keputusan ujian kaiser-meyer-olkin(kmo) dan bartlett terhadap semua angkubah adalah signifikan dengan nilai kmo0.911 (p = 0.000), yang menunjukkan nilai 0.90 ke atas adalah mengkagumkan.Keputusan ini menunjukkan bahawa semua angkubah mempunyai nilai faktorabilitiyang mencukupi dan analisis faktor boleh diteruskan. Kata Kunci: instrumen,penghayatan akidah, ketenangan hati, ketenangan rohani, analisis faktorInternational Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)KL, 17-18 November 2014 783 | P a g e Pengenalan Analisis Faktor merupakansalah satu alat untuk mengukur kebolehpercaan sesuatu instrumen. Selaindaripada itu, analisis faktor juga digunakan untuk mengenalpasti konstrukyangmenunjukkan korelasi kepada beberapa variabel kajian. Ia juga digunakan untukmengenalpasti kewujudan konstruk atau variabel baru yang lebih kecil bagimenggantikan variabel tidak berkorelasi dari serangkaian variabel asli yangberkorelasi. Lazimnya ujian analisis faktor ini dilaksanakan selepas kajianrintis dengan syarat-syarat yang tertentu. Walau bagaimanapun, analisis faktorjuga boleh dilaksanakan diakhir kajian sebenar bagi melihat kebolehpercayaanitem dan kontruk bagi memastikan ujian regresi ke atas variabel bolehditeruskan atau tidak. Kebanyakan kajian yang menggunakan analisis faktoradalah kajian psikometrik dan kajian tinjauan yang menggunakan instrumenkajian sendiri yang ditelah diubahsuai. Definisi Analisis Faktor Analisisfaktor adalah prosedur yang sering digunakan bagi mengenalpasti, mengurangkanserta menyusun sebilangan besar item soal selidik ke dalam konstruk-konstruktertentu di bawah suatu variabel bersandar dalam kajian (Chua 2009). Analisisfaktor adalah suatu teknik interdependensi (interdependence technique), dimanatidak ada pembahagian variabel menjadi variabel bebas dan variabel bersandardengan tujuan utama ialah mendefinisikan struktur yang terletak di antaravaraibel-variabel dalam analisis. Analisis ini menyediakan alat-alat untukmenganalisis struktur korelasi antara sejumlah besar variabel denganmenerangkan korelasi yang baik antara variabel, yang diandaikan untukmempersembahkan dimensi-dimensi dalam data (Hair et al. 2010). Sementara ituKerlinger (1990) mengungkapkan faktor analisis sebagai gagasan atau konsepsuatu hipotesis yang mendasari suatu soal selidik, skala, item dan pengukuran-pengukuran dalam banyak hal. Jadi analisis faktor bermanfaat untuk mengurangipengukuran-pengukuran dan soal selidik yang beragam supaya menjadi sederhana.Jadi, pada prinsipnya analisis faktor digunakan untuk mengkategorikan beberapavariabel yang memiliki kekuatan korelasi untuk dijadikan satu faktor, sehingga

dimungkinkan dari beberapa International Research Management and InnovationConference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 784 | P a g e atribut yangmempengaruhi satu komponen variabel dapat diringkas menjadi beberapa faktorutama yang jumlahnya lebih sedikit (Pallant 2011). Terma yang biasa digunakandalam faktor analisis ialah faktor beban (factor loading). Ia memberikanmaklumat sejauhmanakah faktor menentukan skor ujian dibina denganmembandingkannya dengan pengukuran lain. Jika perbandingan dibuat denganpengukuran lain yang mengukur konstruk yang sama, faktor beban yang tinggimemberikan bukti kesahan menumpu. Jika perbandingan dibuat dengan pengukuranlain yang mengukur konstruk yang berbeza menurut ramalan teori, faktor bebanyang sederhana dan rendah akan memberikan bukti kesahan membeza bagi kesahankonstruk (Cohen 2010). Syarat pelaksanaan analisis faktor Menurut Chua (2009)tiga perkara perlu diambil kira semasa melaksanakan analisis faktor adalahjenis skala pengukuran, bilangan item soal selidik dan saiz responden. Bagianalisis faktor, data yang dikumpulkan daripada responden kajian haruslah datayang bertaburan normal. Chua (2009) mencadangkan skala pengukuran yang sesuaidigunakan bagi tujuan analisis faktor adalah Skala Likert yang mempunyai empatskala ke atas. Mana kala skala 1-2 tidak sesuai untuk digunakan kerana skalaseumpama ini jarang bertaburan normal sekali gus ia tidak memenuhi syarattaburan normal. Bagi melaksanakan analisis faktor, ia memerlukan saizresponden yang besar dengan jumlah minimumnya adalah 100 orang. Chua (2009)berpendapat bilangan responden hendaklah lima kali lebih banyak daripadajumlah item yang disediakan. Contoh yang diberikan ialah 30 item yangdigunakan untuk analisis faktor, saiz sampel adalah sekurangkurangnya 30 x 5iaitu sekurang-kurangnya 150 orang sampel. Jenis analisis faktor i-Confirmatory Factor Analysis (CFA) Model yang dibina untuk menggambarkan,menjelaskan atau menghitung data empirikal. Konstruk daripada model iniberdasarkan pada informasi yang utama mengenai sifat dari InternationalResearch Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18November 2014 785 | P a g e struktur data atau isi dari teori (Joreskog &Sorbon, 1989 dalam Crowley & Fan, 1997).Menurut Singgih (2007), alat inidigunakan untuk menguji sebuah measurement model. Melalui alat ini akandiketahui apakah indikator yang ada benar-benar dapat menjelaskan konstruk.Dengan melakukan CFA sebuah indikator dianggap tidak kuat berpengaruh ataujuga dapat menjelaskan konstruk. ii- Exploratory Factor Analysis (EFA) Modelyang diaplikasikan untuk mengeksplorasi data yang ada mengenai jumlahkarakteristiknya, sifat-sifat yang menarik dan hubungan-hubungan yang mungkinada. Exploratory Factor Analysis (EFA) ini berguna untuk tujuanmenggenerasikan struktur, modelmodel teoritikal dan menguji hipotesis(Gorsuch1983). Menurut Panter et al. (2004) aplikasi dari Exploratory FactorAnalysis (EFA) adalah untuk mengenalpasti makna, konstruk atau dimensi yang

dikembangkan oleh kovarians yang diperhatikan meliputi sifat, respon, tandadan simpton. Tatacara Analisa Faktor Singgih (2007)mencadangkan beberapatatacara bagi melaksanakan analisis faktor, i- Membuat matriks korelasiantarasetiap subfaktor. Seterusnya dilakukan pengujian Measure of SamplingAdequacy (KMO) dengan Kaiser Meyer Olkin (KMO). ii- Menentukan faktor atauekstraksi faktor dengan menggunakan Principle Component Analysis (PCA) karenadapat mengambil atau menyedot varians sebanyak-banyaknya (Fruchter, 1954).iii- Untuk menghentikan ekstraksi faktor menggunakan tolak ukur eigen valuediatas i. iv- Melakukan rotasi dari faktor yang telah terbentuk. Tujuan rotasiuntuk memudahkan dalam interpretasi. Metode rotasi yang digunakan adalahrotasi orthogonal dengan metode varimax. Pemilihan metode rotasi orthogonalkarena strukturnya sederhana International Research Management and InnovationConference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 786 | P a g e dan metodevarimax untuk memudahkan interpretasi bagi peneliti mengenai faktorfaktor yangdiperoleh. Penggunaan analisis faktor terhadap instrumen kajian Dalam tulisanini analisis faktor digunakan sebagai satu teknik menentukan kesahan konstrukbagi instrumen penghayatan akidah, ketenangan hati dan ketenangan rohani.Ketiga-tiga instrumen ini adalah hasil ubahsuai pengkaji dengan merujuk kepadainstrumen tertentu. Instrumen Penghayatan akidah mempunyai 85 item, KetenanganHati mempunyai 78 item dan Ketenangan Rohani mempunyai 44 item. Mana kalasampel yang diuji adalah seramai 1520 orang. Pengkaji menetapkan nilaipemberat yang diterima adalah 0.40 ke atas berdasarkan saiz sampel seramai1520 orang (Hair et al. 1998). Walaupun Tabachnick & Fidell (2001)mencadangkan nilai pemberat adalah melebihi 0.30, beliau menyarankan nilaipemberat yang baik adalah melebihi 0.60. Pandangan ini selari dengan Pallant(2005) yang meletakkan nilai pemberat yang minimum adalah 0.60. Kaedah inipernah digunakan oleh Ibrahim (2006) dalam menilai pemberat bagi instrumenpentaksiran kecerdasan pelbagai. Keputusan ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) danBartlett terhadap semua angkubah adalah signifikan dengan nilai KMO 0.911 (p =0.000). Menurut Kaiser (1974 dalam Norusis 1990), nilai 0.90 ke atas adalahmengkagumkan. Keputusan ini menunjukkan bahawa semua angkubah mempunyai nilaifaktorabiliti yang mencukupi dan analisis faktor boleh diteruskan. JADUAL 3.6Keputusan Ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett bagi konstrukPenghayatan Akidah, Ketenangan Hati dan Ketenangan Rohani. Kaiser-Meyer-OlkinMeasure of Sampling Adequacy 0.911 Bartlett’s Test of Sphericity Approx. Chi-Square 9924.332 Df 36 Sig. 0.000 International Research Management andInnovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 787 | P a g eJadual 3.7 menunjukkan keputusan analisis faktor menggunakan kaedah pencabutanprincipal component analysis (PCA) dengan menggunakan putaran varimaks.Peratusan varians kumulatif bagi lapan faktor mewakili 100% daripada varians.Jumlah faktor ditentukan oleh nilai eigen melebihi 1 dan keputusan Scree

(lihat rajah 3.3). Faktor satu hingga lapan diperoleh daripada lukisan Screedalam Rajah 3.3. Keputusan juga menunjukkkan kesemua angkubah mencapaikriteria faktor pemuatan (faktor loading) melebihi 0.40. Angkubah yangmengandungi elemen Ketenangan Rohani terkumpul di bawah faktor 1, angkubahyang mempunyai elemen Penghayatan Akidah terkumpul di bawah faktor 2 – 3,manakala angkubah yang mempunyai elemen Ketenangan Hati terkumpul di bawahfaktor 4-8. Ini bermakna kesemua konstruk Penghayatan Akidah, Ketenangan Hatidan Ketenangan Rohani sebenarnya boleh dikelaskan kepada tiga dimensi utamaiaitu akidah, hati dan rohani seperti yang dibuat pembahagian dalam instrumenSkala Penghayatan Akidah, Skala Ketenangan Hati dan Skala Ketenangan Rohani.Dengan itu dapatan ini mengukuhkan pembuktian kesahan konstruk instrumenPenghayatan Akidah, Ketenangan Hati dan Ketenangan Rohani. Rajah 3.3 ScreePlot bagi analisis faktor Akidah, Hati dan Rohani JADUAL 3.7 Keputusananalisis faktor dengan putaran varimaks bagi semua angkubah Angkubah Faktor 1Faktor 2 Fakt 3 Akida Fakt 4 Faktor 5 Faktor 6 Faktor 7 Faktor 8 InternationalResearch Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18November 2014 788 | P a g e Rohan i Akida h 1 h 2 Hati 1 Hati 2 Hati 3 Hati 4Hati 5 Taubat_puas 0.798 Tilawah_terima 0.783 Doa_puas 0.751 Ibadat_terima0.746 Zikir_puas 0.741 Ibadat_puas 0.731 Doa_terima 0.722 Taubat_terima 0.720Zikir_Terima 0.660 Takut_sosial 0.464 Sedih_sosial 0.408 Kitab_amal 0.746Rasul_amal 0.684 Allah_amal 0.605 Malaikat_amal 0.487 Akhirat_amal 0.479Takut_diri 0.446 Kitab_faham 0.685 Akhirat _faham 0.668 Rasul_faham 0.658Rasul_rasa 0.647 Malaikat_rasa 0.601 Akhirat_rasa 0.601 Malaikat_faham 0.574Allah_rasa 0.572 Kitab_rasa 0.544 Allah_faham 0.529 QQ_faham 0.421Benci_akhirat 0.58 International Research Management and Innovation Conference2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 789 | P a g e 9 Malu_rabbani 0.54 5Dengki_akhirat 0.49 2 Dengki_rabbani 0.46 2 Marah_akhirat 0.43 7 Benci_rabbani0.42 6 Marah_sosial 0.648 Sayang_sosial 0.590 Dengki_sosial 0.556 Benci_sosial0.461 Malu_sosial 0.406 Sayang_diri 0.569 Benci_diri 0.540 QQ_amal 0.402Sedih_diri 0.853 Dengki_diri 0.737 Marah_diri 0.898 Nilai eigen 0.861 0.6580.441 0.34 2 0.299 0.259 0.226 0.166 % varians 9.565 7.314 4.901 3.80 3 3.3222.879 2.512 1.845 % varians Kumulatif 73.424 80.738 85.638 89.4 41 92.76395.642 98.155 100.00 International Research Management and InnovationConference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 790 | P a g e PenutupKesimpulannya analisis factor merupakan satu alat yang boleh membantu pengkajimengenalpasti kesahan konstruk dan item yang betul bagi setiap konstrukdanvariabel. Walaubagaimanapun setiap ujian analisis factor hendaklah mengikutsyarat yang ditentukan seperti jumlah item dan sampel yang layak untukdilakukan analisi. Ujian analisis factor keatas instrument Penghayatan Akidah,Ketenangan Hati dan Ketenangan Rohani menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, di mana setiap item berada dalam konstruk yang di

kehendaki. Ujian ini juga menunjukkan semua variabel mempunyai nilai faktorabiliti yang mencukupi dan analisis faktor boleh diteruskan.

erdapat  beberapa  ujian  piawai  (standardised  tests)  yang  boleh  digunakan  untuk tujuanpengukuran dan penilaian.  Kesahan  dan kebolehpercayaan  instrumen  amat  penting  bagi mempertahankan  kejituan  instrumen  daripada terdedah  kepada  kecacatan.  Semakin tinggi  nilai  dan  tahap  kesahan  dan  kebolehpercayaan instrumen  maka  semakin  jitu data-data  yang  akan  diperoleh  bagi  menghasilkan  kajian  yang  baik dan berkualiti(Ghazali, 2002). Kesahan  merujuk  kepada  ujian  mengukur  apa  yang  sepatutnya  diukur (Tuckman,  1978).

Terdapat  tiga  jenis  kesahan  iaitu  kesahan  kandungan,  kesahan  gagasan  dan  kesahan  kriteria. Analisis  Rasch  boleh  digunakan  untuk  menentukan  kesahan  instrumen. Keperluan  pertama  untuk menjadikan  sesuatu  ujian  itu  berkualiti  ialah  dengan menentukan  bahawa  item-item  yang digunakan  dalam  ujian  sah.  Sesuatu  instrumen dianggap  sah  jika  ia  boleh  mengukur  apa  yang hendak  diukur.  Terdapat  tiga  garis  panduan  digunakan  untuk  menunjukkan  item  yang  sah  dalam ujian (Siti Rahayah, 2008  &Ahmad Hashim, 2004) iaitu:  1. Memastikan bahawa item bekerja dalam arah yang sama untuk mengukur  konstruk yang     hendak  diukur.2. Menjamin  suatu  item  itu  menyumbang  dalam  cara-cara  yang bermakna dan      

                berguna untuk  mengukur konstruk.          3.Memastikan bahawa ujian secara keseluruhannya adalah  mengukur konstruk. Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan(reliability) instrumen penting bagimempertahankan kejituan inatrumen daripada terdedah kepada kecacatan. semakin tinggi nilaidan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrument maka semakin jitu data-data yang akandiperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. kesahan dan kebolehpercayaanintrumen telah dipiawaikan oleh tiga agensi:                                   i.     Committee of members of the   American Education ReasearchAssociation

                               ii.   The American Psychological Associationdan  

                                          iii.   The National Council on Measurement in Education 

1. Kesahan Instrumen Temu Bual dan Pemerhatian (Kualitatif)

Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual,pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk  mengumpulkan sebanyak mungkin maklumatatau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahankajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temubual dan pemerhatian) yangdigunakan secara serentak dalam sesuatu kajianhendaklah dibuat dalam bentuk equivalentform(kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaanteknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukansahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi jugamenolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Keesahandalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagaiinstrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan prosespenyelidikan.  Miles dan Huberman (1994) berpendapat tidak ada peraturan tertentu  dalampembinaan keesahan dalam kajian kualitatif. Tetapi McCall dan Simmons (1969) menegaskan,kajian kualitatif melalui pungutan  data-data daripada temu bual dan pemerhatian jugamemerlukan keesahan data.

Campbell (1955), mencadangkan untuk menyelesaikan masalah kesahan pada data-data kualitatifkhususnya temu bual ialah dengan menggunakan teknik  morale ballot . Manakala Bailey (1978)dan Scoot (1961) mencadangkan penggunaan teknik  independent rating melalui cross-checking untukmembuat keesahan data kualitatif.  Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedahsurvey, maka kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan criteria (criteria validity) digunakanserentak bagi maksud membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihatdaripada aspek manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu,teknik  morale ballot dan  cross-checkingdigunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkannilai kesahan terhadap data, khususnya dalam temu bual . Atas saranan ini, biasanyapenyelidik akan menggunakan dua orang pemberi maklumat (seorang lelaki dan seorang wanita)bagi setiap kajian bagi tujuan temu bual.

Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai  melalui menemu bual individu  yangbenar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat  terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanyabagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang pencetus maklumat dalamlokasi kajian yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalampemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk  (construct validity) iaitu dengan caramengkategorikan peristiwa-peristiwa yang diperhatikan  kepada beberapa kelompok (clusters)bagi variabel yang dikehendaki, kemudian  membandingkan pemerhatian yang lalu denganpemerhatian sekarang. Untuk meninggikan darjah kesahan konstruk, pemerhatian perlu dibuatdengan melihat fenomena yang sama dengan maksimum perbezaan dimensi atau perspektif.

            Penyelidik biasanya akan membuat pemerhatian kepada beberapa orang yangmemberikan maklumat dengan mengkategorikannya mengikut fokus kajian. Kemudiannya membuatkelompok terhadap isi teks (transkripsi) yang digunakan. Manakala untuk meninggikan darjahkesahan konstruk, penyelidik akan membuat pemerhatian sebanyak lima hingga enam kali bagisetiap seorang pemberi maklumat selama beberapa hari. Data-data yang diperoleh melaluipemerhatian (bagi  pengajaran guru di kelas ) akan diproses dengan menggunakan tekniksegmen-segmen  pengajaran.

            Kesahan kriteria boleh diperoleh dalam pemerhati turut serta (participantobservation), penyelidik perlu membuat semakan terhadap maklumat-maklumat yang dikumpulkansama ada data tersebut penuh atau data  tidak penuh. Oleh sebab proses pemerhatianpengajaran informan dibuat sebanyak lima hingga enam kali dengan selang masa dan hari yangberlainan, maka seseorang penyelidik bolehlah berpendapat bahawa data-data yang dikehendakitelah mencukupi. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalahbagi menjamin keesahanitem-item   (instrumen) agar bersifat ;

            i.    Defensibility (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan berguna)            ii.   Accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian)          iii.  Appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian          iv.  Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor) dan         v.  Usefulness (kebolehgunaan–mampumembuat keputusan berhubung dengan apa yang                   cuba  dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut  bolehmenyediakan              maklumat yang  bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang  hendak  diukur                untuk menginferenkan data kajian ).

2. Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif)

Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiapitem . Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji  beberapa kali kepada subjek yangsama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yangsama atau hampir sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959), reliabiliti diertikan sebagai;persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melaluikaedah yang sama. Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya penggunaansoal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik  melalui kajian rintis (pilot test)yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga berupa permulaanpercubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampelsebenar.

Tujuan kajian rintis dibuat adalah  untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujianpercubaan melalui kumpulan kecil individu. Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan(reliability) item daripada aspek; aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan itemdan arahan item itu sendiri. Jumlah sampel atau responden yang digunakan dalam kajianrintis biasanya tidak kurang daripada 20 orang sampel. Instrumen yang baik adalah instrumenyang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan data dalam sesuatu kajian.Dengan itu, seseorang penyelidik tidak begitu digalakan untuk mengambil sebarang contoh,bentuk dan jenis soal selidik yang sedia ada atau yang dikeluarkan oleh agensi atau bankitem daripada sources of test information bagi penyelidikan pendidikan atau daripada pihakpengeluar dan pembekal soal selidik seperti; Mental Measurements Year books (MMY).

Dengan itu, penyelidik sepatutnya menguji sendiri kebolehpercayaan (reliability) instrumen soalselidik melalui kajian rintis dengan menggunakan salah satu teknik atau kombinasi antarabeberapa teknik untuk menguji darjah kebolehpercayaan item yang bertujuan untukmelihat internal consistency correlation coefficientitem-item. Pada umumnya terdapat tiga cara untukmenguji darjah kebolehpercayaan item (test): 

   i. Test-Retest Reliability.

                        Ia menjelaskan darjah skor yang sentiasa konsisten setiapmasa  apabila ia

                        diuji.  Instrumen yang sama dinilai secara berulang kali kepadakumpulan     

                        sampel yang sama, pada  masa yang berlainan. Dua set datayang      

                        diperoleh  akan  dianalisis menerusi analisis korelasi untukmelihat  

                        kekuatan  perhubungannya. Sekiranya pekali kolerasi (coefficientsreliability)

                        menghampiri nilai 1, maka kedua-dua set data tersebutmempunyai perkaitan

                        atau perhubungan yang kuat (instrumen mempunyai nilaikebolehpercayaan

                        yang tinggi).

            ii. Equivalent-Form Reliability

                     Dua set test yang berbeza tetapimempunyai kandungan yang sama    

                     (variabel) sama  jumlah item, sama struktur, sama aras kesukaran dansama

                     arahan). Kedua-dua instrumen tersebut akan diberikan kepada kumpulan

                     sampel yang sama pada masa  yang sama. Dua set data yang diperolehiakan

                     dianalisis cara korelasi untuk  mendapatkan  pekali kolerasi(reliability     

                     coefficients). Skor yang diperolehi daripada  kedua- dua sampel  hendaklah

                     dikoreletkan. Purata skor yang   diperolehi daripada kedua-dua testialah

                     petunjuk kepada darjah reliabiliti. Ia juga disebut sebagai   Alternate-Form

                     Reliability yang menunjukkan kepelbagaian skor   dari satu form kepada satu

                     form. Test-Retest dan Equivalent-Form Reliability boleh  dikombinasikan

                     bagi menilai stabiliti skor yang diperoleh pada setiap masa dan ditadbirkan

                     kepada sejumlah sampel kecil. Teknik ini amat baik  kerana item-item

                     boleh digeneralisasikan dalam  satu set item.

            iii. Internal Consistency

                     Kaedah ini digunakan bagi menilai ketekalan dalaman instrumen. Hanyasatu      

                     set item sahaja yang diuji kepada sejumlah kecil sampel. Terdapattiga     

                     kaedah  iaitu:-

a.       Prosedur Split-Half: bagi instrumen yang panjang dan       

sukar   ditadbir. Ia memerlukan pembahagian kepada dua kategori mengikut   nombor  genapdan nomber ganjil item, ditadbir pada dua masa yang    berlainan dengan   dua form testpada satu kumpulan sampel. RumusSpearman- Brown Correctiondigunakan.

b.       Prosedur Kuder-Richardson: Ia juga disebut sebagai  

Rationale  Equivalent  Reliability bagi menentukan bagaimana dalam satu test berhubunganantara  satu item dengan item yang lain, antara sub item dengan total item. Formula KR-20atau KR-21 akan digunakan bagi menilai reliabilitinya.        

c.        Prosedur Cronbach Alpha: Ia lumrah digunakan bagi

menilai  pekali  kolerasi koeffisyen yang berasaskan kepada purata korelasiitem- item  dalam satu test jika item-item tersebut  berbentuk standard. Jika Item- itemtidak standardised, maka purata covarian akan digunakan  dalam  analisisnya.Standardise itemAlpha adalah dibuat bagi   memperbandingkan varian perbezaan di antara dua Alpha,Alpha  dan Standardised Item Alpha.

Oleh  yang  demikian  satu  instrumen  yang  berkualiti  tinggi  perlu  dibangunkan supaya  kita boleh  mendapat maklumat yang tepat dalam sesebuah kajian.  Instrumen  ini perlu  bebas  daripada  bias jantina  dan  bias  kategori  sekolah  supaya  ia  boleh digunakan  secara  lebih  praktikal  dan menyeluruh untuk pelajar-pelajar di Malaysia.Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumendaripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dankebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagimenghasilkan kajian yang lebik baik dan berkualiti.