Kepimpinan Islam pada guru besar

43
KEPIMPINAN ISLAM 1.0 PENGENALAN Kepimpinan dalam islam ialah mengajak kepada maaruf dan mencegah kepada mungkar, yang merupakan sebahagian daripada tuntutan Al-Quran serta Al-Sunnah. Muhammad Asad (1980) telah menyatakan tujuan kepimpinan ialah mewujudkan masyarakat yang menegakkan kesaksamaan dan keadilan, untuk kebenaran dan mencegah kemungkaran. Islam memandang pemimpin sebagai orang yang penting untuk membolehkan pengurusan sesuatu perkara atau organisasi dilaksanakan dengan berkesan dan baik. Beberapa pendekatan dan ciri kepimpinan telah digariskan untuk menjadi panduan kepada pemimpin seperti; Konsep kesepaduan dalam perkhidmatan. Islam melihat kepimpinan sebagai amanah yang besar dan kedudukan serta kuasa yang ada tidak boleh disalah 1

Transcript of Kepimpinan Islam pada guru besar

KEPIMPINAN ISLAM

1.0 PENGENALAN

Kepimpinan dalam islam ialah mengajak kepada maaruf dan

mencegah kepada mungkar, yang merupakan sebahagian daripada

tuntutan Al-Quran serta Al-Sunnah. Muhammad Asad (1980)

telah menyatakan tujuan kepimpinan ialah mewujudkan

masyarakat yang menegakkan kesaksamaan dan keadilan, untuk

kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Islam memandang pemimpin sebagai orang yang penting untuk

membolehkan pengurusan sesuatu perkara atau organisasi

dilaksanakan dengan berkesan dan baik. Beberapa pendekatan

dan ciri kepimpinan telah digariskan untuk menjadi panduan

kepada pemimpin seperti;

Konsep kesepaduan dalam perkhidmatan.

Islam melihat kepimpinan sebagai amanah yang besar dan

kedudukan serta kuasa yang ada tidak boleh disalah1

gunakan. Pemimpin mesti tekun, rajin, menghormati orang

bawahan, penyayang, berhemah dan lemah lembut.

Tatatertib kepimpinan.

Pemimpin mesti mematuhi tatatertib pentadbiran dan

tidak dipengaruhi oleh aspek kebendaan, tidak bertaktik

kotor, mengamalkan ketelusan dan keterbukaan.

Sistem pemeriksaan kendiri.

Seseorang pemimpin yang baik perlu sentiasa melakukan

muhasabah diri untuk menilai kelemahan atau kekuatan

diri sendiri. Ini penting untuk meningkatkan kekuatan

kekuatan dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Penyalahgunaan kuasa dan kedudukan.

Islam mencegah penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin.

Untuk menjadi pemimpin yang baik, seseorang itu tidak

boleh ada perasaan pilih kasih. Pemimpin juga tidak

boleh memikirkan untuk mempunyai kroni yang boleh

2

mencetuskan perasaan ketidakpuasan hati kepada pihak

lain.

Menghapuskan karenah birokrasi.

Kecekapan kepimpinan seseorang boleh ditingkatkan jika

karenah birokrasi ditiadakan atau diminimakan dalam

pentadbiran. Konsep ‘pintu terbuka’ atau urusan terus

dengan pegawai tertentu akan meninggalkan kesan yang

sangat positif terhadap kecekapan pengurusan di

sesebuah organisasi. Banyak kerja dapat diselesaikan

dalam masa yang singkat.

Persamaan antara pemimpin dengan pengikut.

Kepimpinan tidak akan wujud tanpa pengikut. Oleh kerana

itu islam menganggap pemimpin adalah manusia yang sama

seperti kakitangan yang mereka pimpin. Dalam konteks

ini kakitangan boleh membuat teguran, memberi cadangan

dan seterusnya dalam keadaan tertentu kakitangan boleh

mengambil tindakan terhadap pemimpin.

3

Beberapa orang tokoh sarjana islam seperti Al-Farabi

(870-950/2M), Ibnu Sina (980-1037M) dan Al-Mawardi (972-

1058M), telah membincangkan ciri dan sifat seorang pemimpin.

Bagi Ibnu Sina, seseorang pemimpin yang berwibawa mestilah

mempunyai kebolehan dan keistimewaan melebihi orang lain

supaya ia boleh memimpin rakyat dan negara. Islam telah

mengetengahkan konsep insan kamil (manusia sempurna) sebagai

pemimpin berwibawa yang hanya dapat dizahirkan oleh para

nabi dan rasul (Idris 1996). Al-Farabi (1982) menyarankan 12

ciri pemimpin yang berwibawa, iaitu;

1. Kemampuan fizikal

Mempunyai sempurna tubuh badan, sihat dan bertenaga atau

berkemampuan supaya dapat menjalankan tugasnya dengan

mudah.

2. Daya ingatan yang kuat

4

Baik hafalan (ingatan) tentang sesuatu yang ia telah

faham, lihat dan juga bukan seorang yang pelupa.

3. Kecerdasan akal

Baik kefahamannya dan dapat menggambarkan setiap sesuatu

yang dilafazkan atau diucapkan, serta mengetahui apa yang

harus dibuat.

4. Bijaksana

Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu. Walaupun

hanya dengan reaksi sahaja, ia boleh memahami sesuatu

perkara.

5. Cintakan ilmu pengetahuan

Sangat suka atau berminat pada ilmu pengetahuan, senang

menerima ilmu, dan tidak berasa penat dalam menimba ilmu

pengetahuan.

6. Luas pengetahuan dan peka dengan sesuatu situasi semasa.

5

Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas

berhubung dengan sesuatu perkara yang berlaku dengan

cepat, jelas dan tepat.

7. Sederhana

Tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal mengenai

makan minum dan hubungan kelamin serta menjauhkan diri

daripada melakukan sesuatu yang hanya untuk bersuka-suka.

8. Cintakan kebenaran

Memiliki sifat kebenaran dan mencintai kebenaran dan

membenci sifat sebaliknya.

9. Berhemah tinggi

Memiliki jiwa besar atau berhemah tinggi hingga dapat

mengelakkan diri daripada perkara remeh-temeh.

10. Tidak mencintai kekayaan dan tiada kepentingan diri.

Tidak berminat untuk mengumpulkan wang ringgit dan segala

bentuk kekayaan dunia yang lain.

6

11. Adil kepada semua pihak

Bersikap prokeadilan dan antikezaliman dan penindasan,

tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang buruk.

Sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan

seumpamanya.

12. Berani dan berazam tinggi

Mempunyai keazaman yang kuat dan berani menghadapi

sesuatu perkara yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak

mudah lemah semangat atau jiwa.

Al-Mawardi (1996) pula menjelaskan terdapat 5 kriteria

seorang pemimpin yang berwibawa, iaitu;

1. Seseorang yang adil dengan kata erti yang sebenarnya

dalam semua tindakan sama ada pada dirinya atau kepada

orang lain.

7

2. Mempunyai ilmu agama (faqih) yang sempurna hingga

melayakkan diri berijtihad dalam sesuatu perkara

apabila ia perlu berbuat demikian.

3. Mempunyai anggota badan badan yang sempurna supaya ia

dapat melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan

lancar.

4. Memiliki pacaindera yang sempurna dari segi

penglihatannya atau pandangannyadan pendengarannya

kerana kecacatan dalam salah satu daripadanya boleh

mengurangkan keupayaannya mengendalikan sesuatu urusan

negara.

5. Mempunyai fikiran yang baik supaya ia dapat mengatasi

segala masalah rakyat dan mengendalikan kebajikan

mereka.

2.0 INDIKATOR UNTUK KAJIAN KEPIMPINAN ISLAM

Berdasarkan pendekatan kepimpinan Islam ini, saya

telah memilih ciri-ciri kepimpinan yang disarankan dalam

8

Al-Quran dan Hadis melalui amalan Nabi Muhammad s.a.w

serta para sahabat. Terdapat 11 ciri-ciri kepimpinan

Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis iaitu;

1. Berlemah lembut dan tidak menyusahkan

Sikap berlemah lembut bukanlah bermakna seseorang

pemimpin mesti sentiasa mengalah atau tunduk kepada

desakan pengikut tapi lebih merupakan pendekatan

menggunakan budi bicara dan mengeluarkan arahan secara

berhemah serta bersopan.

2. Sentiasa memaafkan pengikut

Amalan memaafkan pengikut juga menunjukkan seseorang

pemimpin itu tidak mempunyai sifat ego dan bangga

dengan statusnya sebagai ketua.

3. Membuat keputusan secara bersama

Membuat keputusan secara bersama semasa membincangkan

tindakan yang akan diambil dengan cara bermuafakat dan

berunding dan dikenali sebagai konsep Shura dalam

Islam.

9

4. Menunjukkan contoh atau kepimpinan melalui tauladan

Pemimpin bertanggungjawab menzahirkan teladan yang baik

melalui perbuatan dan percakapannya seperti mewujudkan

dan mengekalkan budaya positif di dalam organisasi

secara bekerja bersungguh-sungguh, komited terhadap

tugas dan melaksanakan apa yang dikatakan.

5. Berkemahiran dan kuat

Pemimpin perlu mempunyai kekuatan pemikiran dan

berkebolehan dalam bidang tertentu, bukan hanya

bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata.

6. Layanan baik terhadap pekerja

Pemimpin yang melayan pekerja dengan baik secara tidak

langsung akan meningkatkan produktiviti kerja.

7. Tanggungjawab yang berat

10

Seseorang pemimpin mesti mementingkan pengikut,

menunjukkan perasaan kasih sayang dan menjaga kebajikan

pengikut serta sentiasa berusaha untuk memberi

kesenangan dan keselesaan kepada pengikut.

8. Berlaku adil dan jangan melakukan kezaliman

Pemimpin yang baik perlu bersikap adil dan pemimpin

yang adil akan mempengaruhi pengikut kearah

kecemerlangan diri.

9. Amanah

Sifat amanah adalah menjadi darah daging Rasulullah.

Sifat ini memberi kesan yang positif kepada seseorang

pemimpin kerana pemimpin yang amanah akan melaksanakan

tugas dengan jujur dan beretika.

10. Melaksanakan tugas dengan berkualiti

Pemimpin yang menunjukkan kesungguhan dalam apa sahaja

aspek kepimpinannya akan disegani oleh pengikut dan

11

sifat ini jika menjadi amalan akan memberi banyak

manfaat kepada organisasi.

11. Tabah menghadapi cabaran

Pemimpin perlu tabah serta tidak mudah panik dengan

karenah pengikut atau ketidaktentuan situasi tetapi

berupaya menangani cabaran dengan tenang. Apabila

seseorang pemimpin tenang dan tabah, maka penyelesaian

yang lebih berkesan dapat difikirkan berbanding mereka

yang sentiasa cemas.

3.0 INVENTORI / INSTRUMEN

Instrumen untuk mengukur Kepimpinan Islam amalan Nabi

Muhamad S.A.W ini adalah dengan menggunakan soal selidik kaedah

Multifactor Leadership Questionaire (MLQ). Soal selidik ini

mengukur setiap faktor dalam teori kepimpinan Islam. Item MLQ

adalah sebanyak 44 items dan mengukur 11 skala dengan 4 item12

mengukur setiap skala. Di sekolah, borang kaji selidik MLQ ini boleh

digunakan untuk mengkaji nilai-nilai kepimpinan Islam yang

diamalkan oleh Guru Besar, guru-guru di sekolah, ataupun kepimpinan

dalam kalangan pengawas sekolah dan pemimpin-pemimpin badan

persatuan di sekolah.

Jadual di bawah menunjukkan analisis untuk setiap faktor Teori

Kepimpinan Islam amalan Nabi Muhamad S.A.W.

Konstruk No. item Jumlah

item

Berlemah lembut 6, 14, 23, 34 4

Memaafkan pengikut 10, 18, 21, 40 4

Keputusan bersama 9, 13, 26, 36 4

Contoh teladan 2, 15, 32, 41 4

Berkemahiran dan Kuat 8, 19, 29, 31 4

Layanan baik 1, 16, 35, 42 4

Adil dan tidak zalim 4, 22, 27, 43 4

13

Tanggung jawab yang berat 3, 17, 20,37 4

Amanah 5, 12, 28, 33 4

Tugas berkualiti 7, 24, 30, 38 4

Tabah 11, 25, 39, 44 4Jadual 1 : Analisis untuk setiap faktor Teori Kepimpinan Islam Amalan

Nabi Muhamad S.A.W.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Tahap Amalan Kepimpinan Islam bagi ciri Contoh Teladan Guru

Besar, di Sekolah Kebangsaan Tok Kepak.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan kepimpinan

Islam iaitu pada aspek atau indikator Contoh Teladan Guru

Besar di Sekolah Kebangsaan Tok Kepak, Kodiang, Kedah.

Sampel dipilih secara rawak melibatkan 15 orang guru serta

kaki tangan sekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Kepak. Nilai

saiz sampel adalah kecil disebabkan kajian dijalankan secara

ringkas. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen olahan

14

Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) sebanyak 44 item di

mana alat ukur ini merupakan ciptaan Bass dan Avolio.

Menurut Yulk.G (2002), kaedah kajian tinjauan seringkali

digunakan berbanding kaedah lain untuk kajian ke atas

sesuatu amalan pengurusan. Selain itu juga apabila

melibatkan institusi kerajaan, kaedah ini merupakan cara

yang terbaik kerana dapat menjimatkan kos dan juga tenaga

kerana setiap kajian di kementerian mempunyai prosedur-

prosedur dan karenah birokrasi yang perlu dipatuhi.

Instrumen MLQ yang digunakan dalam kajian ini mengandungi

item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan

kepimpinan Islam (contoh teladan) yang diamalkan oleh Guru

Besar di sekolah tersebut. Soal selidik MLQ ini dibina

berdasarkan soal selidik untuk kepimpinan transformasi dan

diolah berdasarkan ciri yang diberikan menurut saranan Al-

Quran dan Hadis seperti yang diamalkan oleh Rasulullah

S.A.W. Terdapat 4 item dalam instrumen MLQ yang menunjukkan

faktor contoh teladan. Item itu adalah item 2, 15, 32 dan

41. Pemilihan item ini dibina sendiri berdasarkan kajian-

15

kajian terdahulu dalam bidang kepimpinan transformasi dan

transaksi.

Berikut adalah instrumen MLQ yang telah di gunakan,

iaitu telah diedarkan kepada sampel (15 orang guru dan

kakitangan). Soalan MLQ yang diberikan (rujuk lampiran).

Item MLQ untuk mengkaji Amalan Kepimpinan Islam Guru Besar.

No. Penerangan Item

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

Memberi layanan yang baik sebagai individu bukan hanya

ahli organisasi

Budaya kerja guru besar yang tinggi dan berkeyakinan.

Mengambil tahu permasalahan luar sekolah setiap

kakitangan.

Memberi tugasan secara adil dan saksama berdasarkan

keperluan tugas dan kepakaran.

Menimbangkan soal etika dan kejujuran yang akan

mempengaruhi keputusan.

Menyampaikan matlamat dan visi sekolah dengan cara

berhemah.

16

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

Sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang

dijalankan oleh guru-guru.

Meluangkan masa mengajar dan menunjuk ajar kepada saya dan

murid.

Mengambil kira cadangan-cadangan saya.

Memaafkan saya atas kesalahan-kesalahan kecil.

Menunjukkan keyakinan bahawa setiap matlamat boleh

dicapai.

Mengiktiraf guru-guru yang menjalankan tugas dengan

cemerlang

Mengalakkan saya menyarankan idea-idea baru.

Bercakap mengenai nilai dan kepercayaan.

Mengabaikan kepentingan sendiri untuk kebaikan sekolah.

Melayan saya dengan hormat.

Sentiasa bertanggungjawab apabila berdepan dengan agensi

luar.

Peka terhadap permasalahan luar sekolah setiap staf.

Mencadangkan cara-cara baru untuk menyempurnakan tugas

atau tanggungjawab.

17

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

Berupaya membuat staf bekerjasama.

Tidak menghakimi saya berdasarkan kelemahan dan kesalahan

lampau.

Mencari perspektif berlainan apabila menyelesaikan

masalah.

Ucapan, pertuturan dan tingkah laku yang lemah lembut dan

bersopan.

Mementingkan kualiti kerja.

Sentiasa tenang dalam menyelesaikan masalah.

Semua staf terlibat dalam membuat keputusan mengenai hal

berkaitan tugas.

Diberi peluang untuk bersama-sama membina program

pembangunan sekolah.

Melaksanakan pencerapan pengajaran di bilik darjah secara

konsisten.

Sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti fizikal anjuran

sekolah dan komuniti luar.

Sentiasa mengingatkan staf mengenai misi dan visi sekolah,

jabatan dan kementerian.

18

Dapat mengaplikasikan dan menggunakan sebarang teknologi

baru yang sesuai.

Bertingkah laku yang sesuai untuk mendapat penghormatan

dari saya.

Dapat berkongsi masalah peribadi tanpa risau hal diketahui

orang lain.

Memaklumkan jangkaan beliau terhadap saya.

Saya boleh bersuara secara terbuka dengan guru besar.

Mesyuarat rasmi dan tidak rasmi sering berlaku.

Membina hubungan baik dengan semua pihak.

Guru besar sentiasa memberi maklum balas prestasi kerja

saya.

Memberi sokongan kepada saya dalam menangani masalah

desakan waris.

Memberi peluang kedua kepada saya memperbaiki kelemahan.

Mempunyai tahap etika dan moral kerja yang tinggi.

Meluangkan masa lapang bersama staf.

Memberi peluang kepada staf menilai diri sendiri.

Bertenang dalam menangani sesuatu permasalahan.

19

Jadual 2 : Item MLQ untuk mengkaji Amalan Kepimpinan Islam.

Untuk mendapat nilai dalam kajian, responden

dikehendaki menandakan borang dengan menandakan jawapan yang

disediakan dalam borang soal selidik mengikut skala dalam

jadual di bawah. Dalam borang ini, skala likert digunapakai

dengan diberikan skala sehingga 5 mata berdasarkan tahap

setuju terhadap soalan yang diberikan. Mata 1 untuk sangat

tidak setuju sehingga mata 5 untuk sangat setuju.

Jadual 3 : Jawapan mengikut skala Likert

Garis Panduan Bagi Skor Min Amalan Kepimpinan Islam

Bagi mengukur tahap amalan yang kepimpinan Islam yang

diamalkan, suatu garis panduan bagi skor min telah20

Amalan Kepimpinan Islam Mata

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Tidak Pasti 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

ditetapkan. Bagi nilai min antara 0.00 hingga 2.33,

menunjukkan tahap amalan kepimpinan tersebut berada pada

tahap yang rendah. Jika skor min yang diperolehi berada pada

lingkungan 2.34 hingga 3.66 menunjukkan amalan kepimpinan

berada pada tahap yang sederhana, manakala skor min pada

3.67 hingga 5.00 menggambarkan tahap amalan berada pada

paras yang tertinggi. Jadual berikut merupakan garis panduan

menentukan tahap amalan kepimpinan Islam yang dikaji.

Tahap Amalan Kepimpinan

Islam

Mata

Tinggi 3.67 - 5.00

Sederhana 2.34 - 3.66

Rendah 0.00 - 2.33

Jadual 4 Tahap Amalan Kepimpinan Islam Mengikut Nilai Min

4 Item MLQ untuk mengkaji ciri amalan contoh teladan dalam

amalan kepimpinan Islam mengikut Nabi Muhamad S.A.W.

Analisis kolerasi, ujian t ataupun regresi tidak dijalankan

untuk mengukur pembolehubah ini. Begitu juga kesahan

21

konstruk dan kajian rintis boleh dibuat sekiranya kajian ini

dipanjangkan untuk kajian lebih lanjut.

Jadual 5 : Item MLQ untuk mengkaji Ciri Contoh Teladan.

22

No. Penerangan Item

2 Budaya kerja guru besar yang tinggi dan

berkeyakinan.

15 Mengabaikan kepentingan sendiri untuk kebaikan

sekolah.

32 Bertingkah laku yang sesuai untuk mendapat

penghormatan dari saya.

41 Mempunyai tahap etika dan moral kerja yang tinggi.

5.0 ANALISA KAJIAN DAN REFLEKSI

Seramai 15 orang guru dan staf berjaya melengkapkan

borang soal selidik manakala 2 orang yang tidak berjaya

mengisi borang dengan lengkap telah ditolak. Dapatan dari

soal selidik ini telah dianalisa untuk mendapatkan nilai min

dengan menggunakan perisian SSPS. Jadual dan graf skor bagi

kajian ini telah ditunjukkan seperti di dalam ruangan

lampiran. Untuk kajian ini juga, hanya soal selidik item

berkenaan indikator contoh teladan yang dikira manakala

item-item lain bagi faktor atau indikator kepimpinan Islam

lain diabaikan. Jadual di bawah menunjukkan min bagi setiap

item bagi mengkaji faktor contoh teladan dalam amalan

kepimpinan Islam Guru Besar.

23

No. Penerangan Item Min

2 Budaya kerja guru besar yang tinggi dan

berkeyakinan.

4.13

15 Mengabaikan kepentingan sendiri untuk kebaikan

sekolah.

3.87

32 Bertingkah laku yang sesuai untuk mendapat

penghormatan dari saya.

3.73

41 Mempunyai tahap etika dan moral kerja yang

tinggi.

4.07

Min keseluruhan 3.95

Jadual 6 : Min setiap item bagi indikator Contoh Teladan

Melalui kajian yang dijalankan dan dianalisa mendapati

keseluruhan nilai min bagi contoh teladan dalam kepimpinan

Islam menurut Nabi Muhamad S.A.W yang diamalkan oleh guru

besar adalah 3.95. Dan jika dilihat pada nilai tersebut

menunjukkan faktor contoh teladan berada dalam tahap amalan

yang tinggi. Menurut kajian ini juga di dapati kesemua 4

item memberikan nilai min pada tahap yang tertinggi iaitu

bagi soalan 2 nilai min adalah 4.13, begitu juga soalan 15

menunjukkan min 3.87, begitu juga soalan 32 dan 4124

memberikan nilai min yang tinggi iaitu 3.73 dan 4.07. Ini

sekaligus menunjukkan guru besar telah mengamalkan faktor

contoh teladan dalam kepimpinan Islam di Sekolah Tok Kepak

dengan baik. Ia menampakkan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Tok Kepak mempunyai keupayaan untuk merangsang guru-guru

untuk bekerja dengan lebih baik melalui contoh teladan yang

ditunjukkan oleh beliau melalui perlakuan dan gerak kerja.

Kepentingan pemimpin sebagai contoh teladan dalam Islam

tidak dapat dinafikan apabila Allah mengutuskan Rasulnya

sebagai pemimpin membawa contoh teladan yang baik kepada

umatnya. Hal ini telah dinyatakan Allah S.W.T. dengan

berfirman:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri

Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa

mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta

dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa

susah dan senang).”

(Al-Ahzab: 21)

25

Melalui contoh teladan yang ditunjukkan guru-guru akan

berusaha untuk bekerja dengan lebih komited dan kuat apabila

guru besar tersebut juga memiliki budaya kerja yang kuat dan

berkeyakinan tinggi. Selain dari itu, kesungguhan yang

ditunjukkan oleh guru besar dengan mengorbankan kepentingan

diri demi untuk kemajuan sekolah akan menambah motivasi guru

untuk bekerja selain secara tidak lansung menjadi contoh

kepada guru, staf serta murid. Elemen terpenting untuk

seorang guru besar untuk menjadi contoh yang baik apabila

memiliki moral dan sahsiah yang tinggi selain etika kerja

yang kuat. Dan menurut Idris (1996) pemimpin

bertanggungjawab menzahirkan teladan yang baik melalui

perbuatan dan percakapannya seperti mewujudkan dan

mengekalkan budaya positif di dalam organisasi secara

bekerja bersungguh-sungguh, komited terhadap tugas dan

melaksanakan apa yang dikatakan.

Pembinaan sahsiah amat penting dalam kepimpinan Islam

kerana ianya mencakupi soal tauhid kepada Allah dan juga

sosial dalam umat masyarakat. Menurut al-Mawardi (1996),

26

seorang pemimpin Islam itu perlu beradab mengikut akhlak

Islam, supaya mampu menjadi contoh teladan (qudwah) untuk

diikuti oleh orang yang dipimpinnya. Justeru pemimpin itu

perlu sentiasa memastikan kebersihan jiwa dan rohani dengan

sentiasa menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan

kelemahannya sendiri lalu memper-baikinya. Hasilnya, guru

besar yang berupaya menjadi contoh teladan akan melahirkan

ketauhidan dan keimanan yang tinggi selain sahsiah yang

terpuji bukan sahaja di kalangan guru dan staf malahan

menjadi ikutan kepada murid yang akhirnya mengembangkan dan

meningkatkan daya usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam

pendidikan.

27

6.0 KESIMPULAN

Menurut Abdullah Sufyan (2006), dalam Islam, kepimpinan

dilihat sebagai tanggungjawab, bukan sebagai kuasa. Hal ini

kerana kepimpinan dalam Islam wujud pada setiap peringkat.

Bermula dari kepimpinan peringkat rumah dan meluas sehingga

ke peringkat global. Dan setiap ciri kepimpinan ini Islam

mencirikan kaedah yang berbeza pada setiap peringkat. Namun

begitu, kesamaan bagi setiap peringkat ini Islam ialah

berasaskan falsafah Tauhid iaitu keesaan Allah dan kesatuan

asal dan tujuan manusia. Manakala objektif suatu kepimpinan

Islam adalah untuk mencapai al-Falah iaitu kejayaan di dunia

dan di akhirat. Jika seseorang pemimpin itu hanya menitik

beratkan kejayaan dunia maka ini dianggap terkeluar daripada

prinsip-prinsip kepimpinan Islam. Dalam usaha untuk membawa

seluruh pengikut mencapai objektif ini, Islam menuntut

setiap pemimpin untuk berusaha menjadi contoh atau role

model di kalangan umat yang dipimpin. Kepentingan peranan

28

pemimpin sebagai contoh teladan banyak berlaku di zaman

Rasulullah dan para sahabatnya seperti yang telah

diceritakan menurut Ibnu Asakir dan As-Syaikiri daripada

Juwairiyah r.anha.

KATANYA: Abu Darda’ telah meminta keizinan daripada Umar r.a. untuk

pergi ke negeri Syam. Umar r.a berkata: “Aku tidak akan mengizinkan

kamu pergi ke Syam melainkan bertugas untukku sebagai gabenor.” Abu

Darda’ berkata: “Aku tidak mahu menjadi gabenor.” Umar r.a. menjawab:

“Oleh itu aku tidak akan mengizinkan kamu pergi ke Syam.” Kata Abu

Darda’ r.a: “ Aku akan pergi tetapi dengan syarat aku hanya akan

mengajar sunnah nabi s.a.w. kepada mereka dan bersolat bersama

mereka.” Maka Umar r.a. pun mengizinkan Abu Darda’ pergi.

Jelas daripada cerita ini menunjukkan bagaimana Nabi Muhamad

telah meninggalkan suatu ciri kepimpinan yang diikuti dengan

baik oleh para sahabat di mana kepimpinan melalui contoh

teladan sebagai antara asas penting kepimpinan dalam Islam.

Seharusnya pemimpin Islam hari ini lebih peka mengenai ciri

ini dan mula menerapkan elemen ini dalam teras kepimpinan

mereka.29

7.0 RUJUKAN

30

Abu Al-Hasan Aliy Al-Mawardiy (1996), Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa

Al-Wilayah Al- Diniyyah (Hukum-Hukum Pemerintahan Dan Kekuasaan

Agama), diterjemahkan

Oleh Uthman bin Haji Khalid, Kuala Lumpur: Institut

Pengajian Tradisional Islam.

Ahmad Sufyan Che Abdullah (2006), "Kepimpinan Islam Dalam

Tuntutan Era Globalisasi", dalam Dimensi Pengurusan Islam: Mengurus

Kerja dan Mengurus Modal Insan (Suntingan: Ab Mumin Ab Ghani,

Fadillah Mansor), Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Ismail Mustapha (2008), Kepimpinan Pendidikan Teori dan Amalan,

Kuala Lumpur: Penerbit Pure Honey Enterprise

Khalim Zainal, Abdul Salam Yussof, Zaharah Hassan (2009),

Kepimpinan, Kuala Lumpur: Pusat Pengajian Umum

Universiti Kebangsaan Malaysia

31

Yulk, G. (2002). “Leadership in Organizations”. 5th. Ed. New Jersey:

Prentice-Hall Inc.

8.0 LAMPIRAN

Case Processing Summarya

Cases

Included Excluded Total

N Percent N Percent N Percent

Budaya 15 100.0% 0 .0% 15 100.0%

Kepentinga

n

15 100.0% 0 .0% 15 100.0%

Tingkahlak

u

15 100.0% 0 .0% 15 100.0%

Moraletika 15 100.0% 0 .0% 15 100.0%

a. Limited to first 100 cases.

32

Jadual Rumusan Contoh Teladan dalam Kepimpinan Islama

Budaya Kepentingan Tingkahlaku Moraletika

1 5.00 4.00 4.00 5.00

2 3.00 3.00 3.00 3.00

3 5.00 4.00 4.00 4.00

4 4.00 5.00 4.00 4.00

5 3.00 3.00 4.00 4.00

6 4.00 4.00 4.00 4.00

7 4.00 4.00 3.00 4.00

8 4.00 4.00 3.00 3.00

9 4.00 3.00 4.00 5.00

10 4.00 3.00 3.00 4.00

33

11 4.00 3.00 3.00 3.00

12 4.00 4.00 4.00 4.00

13 5.00 5.00 5.00 5.00

14 4.00 5.00 4.00 5.00

15 5.00 4.00 4.00 4.00

Total N 15 15 15 15

Mean 4.1333 3.8667 3.7333 4.0667

Std.

Deviation

.63994 .74322 .59362 .70373

Minimum 3.00 3.00 3.00 3.00

Maximum 5.00 5.00 5.00 5.00

Sum 62.00 58.00 56.00 61.00

a. Limited to first 100 cases.

34

35

36

37

Soal selidik Kepimpinan Islam Amalan Guru Besar

ARAHAN:

Sila baca penyataan dengan teliti. Segala maklumat anda adalah

SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja.

Kerjasama anda meluangkan masa amatlah dihargai dan didahului

dengan ucapan jutaan terima kasih.

Fikirkan dengan betul penyataan mengenai gaya kepimpinan yang

diamalkan oleh Guru Besar anda. Bulatkan salah satu dari lima

nombor yang dirasakan bertepatan dengan diri beliau berdasarkan

maksud skala seperti berikut.

SKALA: 1 = Sangat tidak setuju

2 = Tidak setuju

3 = Tidak pasti

4 = Setuju

5 = Sangat setuju

38

No Soalan Skala

1 Memberi layanan yang baik sebagai individu bukan

hanya ahli organisasi

1 2 3 4 5

2 Budaya kerja guru besar yang tinggi dan

berkeyakinan.

1 2 3 4 5

3 Mengambil tahu permasalahan luar sekolah setiap

kakitangan.

1 2 3 4 5

4 Memberi tugasan secara adil dan saksama

berdasarkan keperluan tugas dan kepakaran.

1 2 3 4 5

5 Menimbangkan soal etika dan kejujuran yang akan

mempengaruhi keputusan.

1 2 3 4 5

6 Menyampaikan matlamat dan visi sekolah dengan

cara berhemah.

1 2 3 4 5

39

7 Sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam

aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru.

1 2 3 4 5

8 Meluangkan masa mengajar dan menunjuk ajar kepada

saya dan murid.

1 2 3 4 5

9 Mengambil kira cadangan-cadangan saya. 1 2 3 4 5

10 Memaafkan saya atas kesalahan-kesalahan kecil. 1 2 3 4 5

11 Menunjukkan keyakinan bahawa setiap matlamat

boleh dicapai.

1 2 3 4 5

12 Mengiktiraf guru-guru yang menjalankan tugas

dengan cemerlang.

1 2 3 4 5

13 Mengalakkan saya menyarankan idea-idea baru. 1 2 3 4 5

14 Bercakap mengenai nilai dan kepercayaan. 1 2 3 4 5

15 Mengabaikan kepentingan sendiri untuk kebaikan

sekolah.

1 2 3 4 5

16 Melayan saya dengan hormat. 1 2 3 4 5

17 Sentiasa bertanggungjawab apabila berdepan dengan

agensi luar.

1 2 3 4 5

18 Peka terhadap permasalahan luar sekolah setiap

staf.

1 2 3 4 5

19 Mencadangkan cara-cara baru untuk menyempurnakan 1 2 3 4 5

40

tugas atau tanggungjawab.

20 Berupaya membuat staf bekerjasama. 1 2 3 4 5

21 Tidak menghakimi saya berdasarkan kelemahan dan

kesalahan lampau.

1 2 3 4 5

22 Mencari perspektif berlainan apabila

menyelesaikan masalah.

1 2 3 4 5

23 Ucapan, pertuturan dan tingkah laku yang lemah

lembut dan bersopan.

1 2 3 4 5

24 Mementingkan kualiti kerja. 1 2 3 4 5

25 Sentiasa tenang dalam menyelesaikan masalah. 1 2 3 4 5

26 Semua staf terlibat dalam membuat keputusan

mengenai hal berkaitan tugas.

1 2 3 4 5

27 Diberi peluang untuk bersama-sama membina program

pembangunan sekolah.

1 2 3 4 5

28 Melaksanakan pencerapan pengajaran di bilik

darjah secara konsisten.

1 2 3 4 5

29 Sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti fizikal

anjuran sekolah dan komuniti luar.

1 2 3 4 5

30 Sentiasa mengingatkan staf mengenai misi dan visi

sekolah, jabatan dan kementerian.

1 2 3 4 5

41

31 Dapat mengaplikasikan dan menggunakan sebarang

teknologi baru yang sesuai.

1 2 3 4 5

32 Bertingkah laku yang sesuai untuk mendapat

penghormatan dari saya.

1 2 3 4 5

33 Dapat berkongsi masalah peribadi tanpa risau hal

diketahui orang lain.

1 2 3 4 5

34 Memaklumkan jangkaan beliau terhadap saya. 1 2 3 4 5

35 Saya boleh bersuara secara terbuka dengan guru

besar.

1 2 3 4 5

36 Mesyuarat rasmi dan tidak rasmi sering berlaku. 1 2 3 4 5

37 Membina hubungan baik dengan semua pihak. 1 2 3 4 5

38 Guru besar sentiasa memberi maklum balas prestasi

kerja saya.

1 2 3 4 5

39 Memberi sokongan kepada saya dalam menangani

masalah desakan waris.

1 2 3 4 5

40 Memberi peluang kedua kepada saya memperbaiki

kelemahan.

1 2 3 4 5

41 Mempunyai tahap etika dan moral kerja yang

tinggi.

1 2 3 4 5

42 Meluangkan masa lapang bersama staf. 1 2 3 4 5

42

43 Memberi peluang kepada staf menilai diri sendiri. 1 2 3 4 5

44 Bertenang dalam menangani sesuatu permasalahan. 1 2 3 4 5

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

43