Kepentingan Akta Gangguan Seksual Kepada Masyarakat Malaysia Umumnya Dan Di Tempat Kerja Khususnya

28
2 Prakata Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, kita masih lagi dapat merasai nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat serta salam diucapkan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat baginda serta para tabi’in yang telah berjihad mentauhidkan kalimahNya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Norizatini bt Norali, pensyarah subjek FLKP 2003 yang mana telah memberikan saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam mempelajari subjek ini. Tidak dilupakan juga, jasa kedua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong serta bantuan dari rakan-rakan seperjuangan yang banyak menyumbangkan idea dan buah fikiran bernas dalam proses pembikinan tugasan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan untuk puan kerana telah memberikan kami mahasiswa-mahasiswi pengajian asasi semester kedua, kepercayaan untuk melaksanakan sebuah tugasan yang bertajuk “Kepentingan Akta Gangguan Seksual Kepada Masyarakat Malaysia Umumnya Dan Di Tempat Kerja Khususnya”. Dalam tugasan ini, saya akan membentangkan serba sedikit mengenai definisi gangguan seksual serta jenis-jenis gangguan seksual. Saya juga akan menghuraikan beberapa kepentingan

Transcript of Kepentingan Akta Gangguan Seksual Kepada Masyarakat Malaysia Umumnya Dan Di Tempat Kerja Khususnya

2

Prakata

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha

Mengasihani. Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kesyukuran

kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, kita

masih lagi dapat merasai nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan

Islam.

Selawat serta salam diucapkan ke atas junjungan besar

kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat

baginda serta para tabi’in yang telah berjihad mentauhidkan

kalimahNya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Puan Norizatini bt Norali, pensyarah subjek

FLKP 2003 yang mana telah memberikan saya tunjuk ajar dan

bimbingan dalam mempelajari subjek ini. Tidak dilupakan juga,

jasa kedua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong serta bantuan

dari rakan-rakan seperjuangan yang banyak menyumbangkan idea

dan buah fikiran bernas dalam proses pembikinan tugasan ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan

untuk puan kerana telah memberikan kami mahasiswa-mahasiswi

pengajian asasi semester kedua, kepercayaan untuk melaksanakan

sebuah tugasan yang bertajuk “Kepentingan Akta Gangguan

Seksual Kepada Masyarakat Malaysia Umumnya Dan Di Tempat Kerja

Khususnya”.

Dalam tugasan ini, saya akan membentangkan serba sedikit

mengenai definisi gangguan seksual serta jenis-jenis gangguan

seksual. Saya juga akan menghuraikan beberapa kepentingan

2

serta kesan negatif penubuhan akta gangguan seksual di

Malaysia. Pada penghujung tugasan ini, saya akan merumuskan

kesimpulan berdasarkan fahaman saya sendiri mengenai topik

ini.

Akhir kalam, saya berharap agar tugasan ini dapat saya

laksanakan dengan jayanya. Buang yang keruh, ambil yang

jernih. Apa yang baik dijadikan teladan, apa yang buruk

dijadikan sempadan. Semoga tugasan ini dapat memberikan

manfaat buat semua. Segala yang baik datangnya dari Tuhan

Rabbul ‘Izzati dan segala kekurangan serta kelemahan,

disandarkan kepada diri saya sendiri. Sekian.

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual? Gangguan

seksual merupakan tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh

buah fikiran manusia kerana ia adalah tingkah laku berunsur

lucah yang mana tidak diminta, tidak diundang serta tidak

ditawarkan oleh mana-mana individu yang terlibat samada secara

langsung mahupun tidak.

Gangguan seksual merupakan perlakuan tidak bermoral yang

seharusnya kita semua elakkan kerana ia meliputi gangguan yang

tidak masuk akal yang hanya membelenggu fikiran seseorang

individu yang terlibat, bukan sahaja secara fizikal malahan

mental seseorang akan turut terjejas. Salah laku ini akan

memberikan impak yang besar terhadap diri mangsa, keluarga,

agama, bangsa dan juga negara.

2

Secara umumnya, gangguan seksual boleh dikategorikan

kepada lima bahagian iaitu gangguan seksual secara lisan, isyarat,

visual, psikologi dan fizikal.

1. Gangguan Seksual Melalui Lisan

Menuturkan teguran yang menyebabkan rangsangan di luar

jangkauan seseorang, mengutarakan komentar berbaur

seksual secara sengaja, mengucapkan kata-kata jenaka

dan usikan-usikan bertujuan meluahkan keinginan seks,

mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak sepatutnya serta

menyoal seseorang mengenai perkara-perkara yang

berunsur lucah serta tidak menyelesakan.

2. Gangguan Seksual Melalui Isyarat

Menjelirkan lidah atau menjilat bibir dengan sengaja

kepada individu yang ingin ditujukan, memegang makanan

dan memakannya secara provokatif, menunjukkan isyarat

tangan atau bahasa yang berbentuk lucah, renungan mata

dan perbuatan menggoda (body language) yang menyebabkan

mereka yang melihatnya akan merasa terganggu dan tidak

senang.

3. Gangguan Seksual Melalui Visual

Menayangkan mangsa material-material berunsurkan

pornografi, melukis serta melakar karikartur yang tidak

2

elok, menghantar surat, e-mail, sistem pesanan ringkas

(sms) dan sistem pesanan bergambar (mms) lucah serta

mempamerkan subjek berunsurkan seksual.

4. Gangguan Seksual Melalui Psikologi

Mengadakan undangan-undangan sosial yang tidak

diingini, kekerapan mengajak seseorang dan mengadakan

temujanji atau ajakan untuk melakukan intimasi secara

fizikal.

5. Gangguan Seksual Melalui Fizikal

Perlakuan menyentuh, menepuk, mencubit, mengurut,

mengusap, meraba, menggesel anggota badan dengan

segaja, memeluk dengan niat, menghidu, mencium dan

sebagainya.

Mangsa yang telah mengalami gangguan seksual akan

cenderung dalam melakukan tindakan yang boleh merugikan diri

mereka. Selain meninggalkan kesan terhadap diri mangsa itu

sendiri, mangsa salah laku seksual juga akan menyumbangkan

implikasi tidak baik terhadap individu lain mahupun sesebuah

organisasi.

Walaupun pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil

oleh pihak tertentu sama ada badan-badan kerajaan mahupun

pertubuhan swasta bagi membendung gejala ini dari terus

berleluasa, isu gangguan seksual masih acapkali dipersoalkan

dan ia berterusan menular dalam kalangan masyarakat.

2

Isu gangguan seksual tidak terhad kepada golongan wanita

dan kanak-kanak sahaja tetapi dalam masa yang sama, gangguan

seksual juga boleh berlaku terhadap golongan lelaki.

Kebiasaannya, isu gangguan seksual ini lebih banyak melibatkan

golongan wanita dan kanak-kanak berbanding golongan lelaki

kerana mereka merupakan kaum yang lemah dan perlu dilindungi.

Kesalahan dan jenayah salah laku seksual merupakan

perbuatan yang berat dan tidak boleh dipandang ringan. Oleh

yang demikian, akta khusus berkaitan gangguan seksual wajar

dipinda serta digubal dengan kadar yang segera.

Kebanyakan negara-negara maju dunia sudah lama

menubuhkankan serta menguatkuasakan akta gangguan seksual di

negara mereka sendiri yang mana dengan adanya akta ini,

pesalah laku seksual tidak akan terlepas dari hukuman dan

mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Di samping itu dengan wujudnya penubuhan akta sebegini di

Malaysia, secara tidak langsung ianya dapat membela nasib

mangsa-mangsa gangguan seksual yang teraniaya serta melindungi

golongan lemah dan tidak berkemampuan.

Dengan menguatkuasakan akta ini maka, keselamatan serta

kesejahteraan negara mereka terjamin. Permasalahan berkaitan

dengan salah laku seksual dapat dikawal serta ditangani dengan

baik dan secara tidak langsung,ia dapat mengekang isu gangguan

ini dari terus berleluasa.

2

Antara contoh akta-akta dan perlembagaan yang berkaitan

dengan salah laku seksual yang dikuatkuasakan di negara-negara

maju dunia adalah seperti berikut:

Amerika Syarikat: Equal Employment Opportunity Commission

Australia: The Sex Discrimination Act 1984

Denmark: Law number 1385 of December 21, 2005

Israel: The 1998 Israeli Sexual Harassment Law

Perancis: French Criminal Code Article 222-33

Russia: Article 118 of Criminal Code, Russian Federation

Switzerland: Article 4 Federal Act on Gender Equality 1995

United Kingdom: The Discrimination Act of 1975

Tidak dapat kita nafikan dengan tertubuhnya Akta Gangguan

Seksual di Malaysia akan mewujudkan fenomenanya tersendiri. Di

bawah, saya akan menyenaraikan kepentingan dan kesan negatif

penubuhan akta ini.

Antara kepentingan penubuhan serta penguatkuasaan Akta

Gangguan Seksual di Malaysia adalah seperti berikut:

1. Memberi keadilan kepada mangsa yang terlibat.

2. Mengurangkan kadar pesalahlaku gangguan seksual.

3. Mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.

4. Member jaminan keselamatan kepada yang lemah.

5. Meningkatkan imej dan nama Malaysia.

6. Mewujudkan kesedaran mengenai salahlaku seksual

dalam kalangan masyarakat.

2

Sudah menjadi adat dan kebiasaan, tiada ciptaan yang

sempurna. Dengan adanya kelebihan maka wujudnya kekurangan. Di

sini saya dapat senaraikan antara implikasi dan kesan-kesan

negatif penubuhan Akta Gangguan Seksual di Malaysia:

1. Penyalahgunaan akta oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab.

2. Mewujudkan ketegangan dan suasana dingin sesama

sendiri.

3. Menyebabkan golongan yang tidak menjaga sahsiah

melampaui batas.

Kepentingan Penubuhan Akta Gangguan Seksual Di Malaysia

1.Memberi keadilan kepada mangsa yang terlibat.

Individu ataupun mangsa yang pernah terlibat dalam

fenomena seperti gangguan seksual ini pastinya akan merasakan

kesan yang mendalam terhadap diri mereka. Mereka akan

merasakan bahawa diri mereka sudah kotor dan tidak suci. Dalam

erti kata lain, mereka bagaikan sudah tiada maruah ataupun

telah kehilangan kehormatan diri.

Mangsa yang teraniaya ini akan berasa sangat marah,

kecewa dan malu dengan diri mereka sendiri, apatah lagi

apabila si pesalah laku yang telah melakukan perbuatan

2

terkutuk tersebut terlepas bebas dengan begitu sahaja tanpa

mendapat pengadilan dan penghakiman yang sewajarnya.

Individu yang telah terkena dengan tindakan terkutuk

tersebut akan merasa tertekan sehingga membawa mereka ke arah

kecelaruan minda dan keserabutan fikiran dan menyebabkan diri

mereka tidak akan terurus seperti sediakala.

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, dengan

tertubuhnya akta gangguan seksual di Malaysia, maka nasib

mereka yang teraniaya akan terbela. Mereka tidak akan

merasakan hidup mereka telah sia-sia kerana dengan adanya akta

ini, ia akan memberikan keadilan kepada mangsa. Justeru,

mereka yang menjalankan aktiviti tidak bermoral ini akan

mendapat pembalasan yang sewajarnya di muka pengadilan

Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa sistem

perundangan dan kehakiman di Malaysia merupakan sebuah sistem

yang mementingkan keadilan dan kesaksamaan. Maka dengan ini,

individu yang bersalah tidak akan dapat meloloskan diri dari

muka pengadilan.

Mereka akan menghadapi hukuman yang setimpal dengan

perlakuan mereka yang telah mengucar-kacirkan kehidupan serta

kestabilan emosi individu lain dengan sewenang-wenangnya.

Sememangnya mereka tidak perlu dikasihani agar menjadi iktibar

supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama.

2.Mengurangkan kadar pesalah laku.

2

Walaupun telah lama wujud Kod Amalan 1999, Perundangan

Seksyen 354 dan 509 Kanun Keseksaan di Malaysia, namun

perlembagaan ini tidak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman ke

atas mereka.

Mereka akan berterusan melakukan perlakuan yang sama

berulang kali kerana merasakan tiada pemantauan dari pihak

yang bertanggungjawab. Justeru, mereka tidak akan berasa serik

untuk melakukan perbuatan yang sama.

Oleh yang demikian, dengan adanya akta gangguan seksual

di Malaysia, ianya dapat mencegah dari perlakuan terkutuk

tersebut. Di samping itu, melalui peruntukan akta berkenaan,

pihak berkuasa tempatan boleh menghukum individu yang telah

dibuktikan bersalah dengan hukuman yang setimpal dan mereka

dapat menentukan ganti rugi yang boleh dituntut oleh mangsa

terhadap mereka.

3.Mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.

Kewujudan akta gangguan seksual di Malaysia sudah

semestinya akan menjanjikan suasana dan persekitaran selamat

terutamanya kepada golongan yang lemah. Masyarakat dapat

menjalankan aktiviti harian mereka dengan yakin tanpa rasa

bimbang dan gusar. Ini kerana risiko berlakunya salah laku

seksual adalah di tahap yang minima.

Persekitaran tempat kerja yang selamat dapat mewujudkan

jalinan hubungan yang harmoni dan sejahtera dalam kalangan

masyarakat yang wujud di persekitaran tersebut. Masyarakat

2

Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa dapat bekerja

dan bergaul bersama dengan aman tanpa timbul rasa curiga dan

syak wasangka antara satu sama lain. Dengan ini, maka suasana

tempat kerja yang ceria, kondusif dan produktif terjamin.

4. Memberi jaminan keselamatan kepada yang lemah.

Marcapada ini, kita sering disajikan dengan berita dan

laporan mengenai salah laku seksual. Saban hari, kita dapat

saksikan kes-kes gangguan seksual yang disiarkan di dada-dada

akhbar yang mana rata-ratanya dilakukan oleh golongan yang

tidak bermoral seperti golongan Filodofia. Dengan adanya akta

seperti ini di Malaysia, keselamatan mereka yang lemah

terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak akan lebih

terpelihara di masa akan datang.

Mereka akan diberi perlindungan oleh badan-badan

berkenaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM), All Women's Action Society (Awam), Persatuan Kesedaran

Komuniti Selangor (Empower), Women's Centre for Change (WCC) dan

sebagainya. Kesejahteraan serta keselamatan rakyat juga akan

lebih terjamin dengan tertubuhnya akta ini.

5.Meningkatkan imej dan nama Malaysia.

Imej dan nama Malaysia dapat dimartabatkan di persada

antarabangsa. Ini kerana dengan wujudnya penguatkuasaan akta

gangguan seksual di Malaysia, Malaysia akan diiktiraf sebagai

2

negara yang mengambil berat serta menjaga hak-hak dan

kepentingan rakyatnya.

Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang bertunjang

dan berpaksikan ajaran Islam sebenar. Negara luar dapat

melihat keharmonian perpaduan kaum yang ada di Malaysia.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dapat hidup

bersama dengan aman damai tanpa timbulnya pelbagai

permasalahan.

Dengan adanya akta seperti ini, maka keharmonian dan

kesejahteraan negara akan lebih terjamin disamping dapat

menjadi bukti serta petunjuk di mata dunia bahawa isu gangguan

seksual merupakan suatu perkara serius yang perlu dititik

beratkan serta diambil tindakan yang sewajarnya.

6.Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Seperti yang diketahui umum, Malaysia dikenali sebagai

sebuah negara yang mementingkan keharmonian dan kesejahteraan

rakyat. Rakyatnya yang berbilang kaum saling bekerjasama dalam

menjaga keamanan dan kedaulatan Negara. Dengan adanya

kerjasama yang jitu dalam kalangan masyarakat, maka salah laku

seksual dapat dibendung.

Dengan wujudnya akta gangguan seksual di Malaysia, rakyat

akan lebih berhati-hati dalam tingkah laku serta pergaulan

harian mereka khususnya di tempat kerja. Penubuhan akta ini

akan mewujudkan kesedaran terhadap individu itu sendiri.

Secara langsung, mereka tidak akan melakukan lagi aktiviti

2

tersebut kerana takut dengan undang-undang yang akan dikenakan

terhadap mereka

. Antara langkah dan tindakan yang boleh dilakukan oleh

pihak berwajib ialah dengan mengedarkan risalah-risalah

penerangan, mengadakan ceramah berkaitan salahlaku seksual dan

sebagainya bagi mendedahkan mereka dengan kepentingan serta

kebaikan penubuhan akta ini.

Apabila wujudnya kesedaran mengenai salah laku seksual

dalam kalangan masyarakat, natijahnya kadar pergaulan bebas

antara kaum lelaki dengan kaum perempuan akan berkurangan dan

terbatas dengan sendirinya. Budaya salah laku seksual yang

berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia khususnya di tempat

kerja akan dapat dibendung dengan jayanya.

.

Kesan Negatif Penubuhan Akta Gangguan Seksual Di Malaysia

1. Penyalahgunaan akta.

Pelbagai andaian dan pertikaian boleh berlaku dalam satu-

satu masa dengan tertubuhnya akta ini. Antara perkara yang

mungkin berlaku ialah penyalahgunaan akta. Tidak dapat

dinafikan, akan ada kewujudan individu mahupun organisasi yang

cuba untuk menjatuhkan pihak lain dengan memanipulasi akta

ini.

2

Sebagai contoh, mereka boleh mengemukakan kes palsu dan

memfailkan saman di mahkamah. Akan ada pihak yang menjalankan

konspirasi dengan pelbagai alasan yang tersendiri. Mereka

sanggup menegakkan benang yang basah. Mereka akan menidakkan

kebenaran demi memenuhi kehendak jahat mereka.Bagi mengaburi

pandangan awam, mereka akan mengaplikasikan korupsi dengan

menghulurkan wang sogokan dan sebagainya.

Natijahnya, pihak ataupun individu yang tidak bersalah

akan dikhianati. Reputasi mereka akan tercemar. Kehormatan

serta nama baik mereka akan dipersoalkan umum. Dan akhirnya,

individu yang tidak bertangungjawab ini akan memperolehi

keuntungan serta manfaaat daripadanya.Mereka akan mendapat apa

yang mereka mahukan. Maka, fenomena gangguan seksual ini akan

terus berleluasa tanpa mendapat pembelaan serta keadilan yang

sewajarnya.

2. Mewujudkan ketegangan dan suasana dingin sesama sendiri.

Komunikasi merupakan elemen terpenting dalam kehidupan

terutamanya di tempat kerja. Sebagai manusia, kita memerlukan

antara satu sama lain serta saling bantu membantu sesama

sendiri bagi mencapai kualiti kerja yang cemerlang. Ini dapat

memastikan bahawa jalinan persahabatan yang telah terbina akan

terus kekal buat selamanya.

Dengan wujudnya akta gangguan seksual di Malaysia,

dibimbangi akan adanya kesan negatif seperti ketegangan dan

suasana dingin sesama sendiri. Keterbatasan komunikasi di

2

tempat kerja khususnya, akan mewujudkan suasana keruh dan

suram.

Ini adalah kerana mereka merasakan bahawa sekiranya

tersalah langkah dan tersilap bicara, maka interpretasi yang

tidak baik akan terhasil lalu menyebabkan ketegangan dalam

kalangan ahli yang lain.

Keadaan ini akan menambahkan lagi tekanan dalam diri

mereka. Mesej yang cuba disampaikan tidak akan berjaya

sekaligus komunikasi kurang berkesan akan timbul. Mereka hanya

menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan mereka sahaja

tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Akibatnya, tiada lagi aktiviti sosial seperti bertegur

sapa, bergurau senda, keluar bersama dan lain-lain kerana

mereka bimbang akan akta gangguan seksual itu sendiri yang

mungkin akan diguna pakai oleh individu yang tidak

bertanggungjawab untuk kepentingan diri.

Di samping itu, hubungan sesama komuniti seperti jiran

tetangga dan sebagainya mungkin akan berubah menjadi keruh

kerana mereka tidak mahu disabitkan di bawah akta ini.

Natijahnya, tiada persefahaman yang dapat dicapai. Akan

hilangnya semangat bekerjasama serta sifat bantu menbantu

antara mereka dan yang paling mendukacitakan adalah, mereka

berkelakuan seperti saling tidak mengenali antara satu sama

lain.

2

3.Golongan yang tidak menjaga sahsiah melampaui batas.

Penggubalan akta gangguan seksual mampu memberi sumbangan

dalam usaha menangani masalah keganasan serta isu-isu lain

yang berkaitan dengan salah laku seksual yang berlaku di

kalangan masyarakat Malaysia, khususnya terhadap golongan

wanita. Golongan wanita merupakan golongan yang lebih terdedah

terhadap ancaman fenomena ini. Dengan tertubuhnya akta ini,

mereka akan dilindungi dan nasib mereka akan lebih terbela.

Akan tetapi, dengan penubuhan akta ini juga, ia mampu

menimbulkan permasalahan lain.

Dikhuatiri bahawa golongan wanita akan lebih berani

mendedahkan aurat dan tubuh badan mereka dengan mengenakan

persalinan yang terdedah dan mencolok mata. Mereka juga tanpa

rasa bersalah dan segan silu berpelakuan tidak sopan serta

mengghairahkan.

Ini kerana, mereka merasakan bahawa mereka bebas untuk

melakukan apa sahaja menurut kehendak dan kemahuan mereka.

Lebih menyedihkan lagi, mereka sanggup berkelakuan dengan

kelakuan yang sudah nyata menyimpang dengan ajaran agama dan

adab-adab kesopanan terutamanya dalam kalangan masyarakat

Melayu. Mereka beranggapan bahawa diri mereka terpelihara

sepenuhnya di bawah perlindungan akta ini.

2

Rumusan

Melalui kajian serta tinjauan yang telah dijalankan

berhubung isu gangguan seksual, dapat dirumuskan bahawa akta

gangguan seksual merupakan satu akta yang memainkan peranannya

yang tersendiri dalam menjana serta membentuk sesebuah negara

maju yang aman lagi sejahtera.

Sudah terang lagi bersuluh, di samping kepentingan dan

kebaikan, penubuhan akta ini juga akan menyumbang ke arah

implikasi yang negatif terhadap negara yang

menguatkuasakannya.

Pada pendapat saya, bagi memastikan akta ini

dikuatkuasakan dengan jayanya, semua pihak haruslah memainkan

peranan mereka. Baik penguatkuasa mahupun rakyat awam, tiada

individu yang terkecuali.

Sebagai pihak berkuasa, mereka perlu bersikap adil dan

telus. Mereka perlu membuktikan keintegritian mereka.

Seandainya pesalah laku telah terbukti bersalah, hukuman wajib

dilaksanakan ke atas mereka meskipun pesalah mempunyai

pertalian hubungan sesama sendiri.

Prosedur bagi menjalankan hukuman ke atas pesalah perlu

dilaksanakan dengan penuh adil dan saksama bagi mengelakkan

berlakunya penganiayaan dan ketidakadilan. Dengan ini, kita

secara tidak langsung dapat mempamerkan serta memperkasakan

kewibaan perundangan negara kita yang mana tidak mengenal

siapa itu kawan dan siapa itu lawan.

2

Di samping itu, masyarakat harus menjalani aktiviti

seharian mereka dengan berpandukan etika dan tatatertib yang

sebenar. Jauhkan diri dari menyerap budaya dan fahaman dari

Barat yang terlalu mementingkan kebebasan individu.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya kembali ke jalan yang

benar iaitu dengan mengamalkan ajaran Islam yang hakiki serta

mengaplikasikan budaya dan nilai-nilai ketimuran yang amat

menitik beratkan elemen kesopanan dan kesusilaan.

Penutup

Sebagai rakyat Malaysia, saya mahukan apa yang terbaik

untuk kepentingan semua, baik untuk kepentingan saya sendiri

mahupun kepentingan masyarakat sekalian. Sebagai

pengakhirannya, harapan saya agar rang undang-undang berkaitan

akta gangguan seksual di Malaysia diluluskan da dipinda dengan

kadar yang segera kerana ia lebih banyak menyumbangkan kesan

ke arah kebaikan berbanding keburukan.

Dengan penubuhan akta ini juga, saya mengharapkan agar ia

dapat mendidik semua pihak dengan membentuk identiti dan jati

diri mereka untuk menjadi insan yang berhemah serta menjaga

moral dan tingkah laku bagi menjamin komuniti dan persekitaran

yang sihat lagi berhemah. Dengan menjaga perlakuan mereka,

2

gejala dan fenomena tidak sihat seperti gangguan seksual dapat

kita bending.

Dari sudut perlembagaan pula, diharapkan supaya akta yang

bakal dipinda ini dapat dikuatkuasakan dengan penuh

kesaksamaan. Akta ini perlulah lengkap dari segi

perlaksanaannya, tiada elemen kesamaran dan unsur-unsur

kesulitan.

Akta ini perlulah telus, berintegriti dan tidak bersifat

berat sebelah. Pihak yang bersalah akan dijatuhkan hukuman

tidak kira pangkat, harta mahupun nama. Semua individu adalah

setara di sisi perundangan, tiada perbezaannya. Dengan ini, ia

akan menjamin keselamatan serta memberi keadilan buat semua

pihak.

Penguatkuasaaan akta yang baik akan mempamerkan

kewibawaaan dan ketegasan pelaksanaan perundangan di Malaysia.

Secara tidak langsung, imej dan maruah serta kedaulatan negara

kita dapat dimartabatkan di mata dunia. Persepsi dunia

terhadap Malaysia akan berubah dengan tertubuhnya akta ini.

Semoga dengan perlaksanaan dan penguatkuasaaan akta gangguan

seksual di Malaysia akan memacu negara kita ke arah

kebaikan,kemajuan serta kemaslahatan ummah.

2

Lampiran

23 Feb - Akta Gangguan Seksual Diwujud

Berita Harian, November 14, 2008

KUALA LUMPUR: Akta Gangguan Seksual akan diwujudkan bagi

menangani isu keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita,

termasuk menghapuskan gangguan seksual di tempat kerja.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Noriah Kasnon berkata pihaknya sedang membincangkan akta itu

bersama Kementerian Sumber Manusia berhubung cara terbaik

meningkatkan usaha menangani masalah berkaitan wanita selain

garis panduan sedia ada.

"Pada masa kini, Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan

Gangguan Seksual yang dilancarkan pada 1999 adalah satu-

satunya garis panduan yang digunakan kerajaan bagi menangani

masalah itu," katanya selepas merasmikan Seminar Keganasan dan

Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka,

di sini semalam.

2

Beliau berkata gangguan seksual berlaku dalam apa juga bentuk

sama ada fizikal, lisan, isyarat dan gangguan psikologi, iaitu

sesuatu sangat serius dan kesalahannya diperuntukkan mengikut

Kanun Keseksaan.

Noriah berkata kementerian juga sentiasa mengadakan

perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan termasuk

Majlis Peguam dalam membincangkan mengenai isu berkaitan

wanita khususnya gangguan seksual.

"Selaku wanita dan individu, saya yakin semua orang perlu

privasi dalam kehidupan. Cadangan akta itu akan dilihat dan

dibincangkan lebih lanjut," katanya.

Beliau juga berkata bilangan kes gangguan seksual di kalangan

wanita lebih tinggi daripada yang dilaporkan memandangkan

kebanyakan mangsa masih mempunyai perasaan malu dan takut

untuk membawa kes kepada pihak berkuasa.

Dari 2005 hingga 2008, 3,906 kes gangguan seksual termasuk kes

rogol dan cabul dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 27

kes tindakan tatatertib membabit-kan sektor awam dilaporkan

oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, berkata

2

berdasarkan statistik, punca kes keganasan rumah tangga yang

dilaporkan kepada PDRM, sehingga Mac tahun lepas antara lain

akibat penagihan dadah (sembilan kes), mabuk dan judi (lapan

kes) dan perebutan anak (tujuh kes).

Bagi 2007 pula menunjukkan 60 kes membabitkan perselisihan

faham disebabkan pihak ketiga bagi pasangan suami isteri dan

25 kes bagi penagihan dadah, mabuk dan judi serta 36 kes dalam

perebutan anak.

276 Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dilaporkan Sejak 1999

BERNAMA, Disember 15, 2009

2

KUALA LUMPUR: Sebanyak 276 kes gangguan seksual di tempat

kerja dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia sejak Kod

Amalan Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di tempat kerja

dilancarkan pada 17 Ogos 1999.

"Daripada jumlah itu, 271 bilangan kes gangguan seksual

diselesaikan manakala baki lima kes masih dalam siasatan,"

kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan

semasa menjawab soalan Senator Loga Chitra pada persidangan

Dewan Negara di sini.

Mengulas lanjut Maznah berkata, terdapat lima jenis gangguan

seksual iaitu berbentuk lisan, isyarat, visual, psikologi dan

fizikal.

Menjawab soalan tambahan Loga yang meminta penjelasan mengenai

tindakan undang-undang sedia ada untuk melindungi gangguan

seksual, Maznah berkata, terdapat undang-undang sedia ada yang

boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah terbabit.

"Mereka yang disabit kesalahan melakukan perkara seperti

mengeluarkan perkataan dan isyarat seperti yang dimaksudkan

boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,

yang boleh membawa hukuman penjara hingga tempoh lima tahun

atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

2

Kod cegah gangguan seksual dalam Perintah Am

BERITA HARIAN, Ogos 6, 2002

KUALA LUMPUR, Isnin: Kod amalan mencegah dan membasmi gangguan

seksual di tempat kerja akan dimasukkan dalam peraturan

Perintah Am untuk diguna pakai oleh agensi kerajaan tidak lama

lagi.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat beberapa

pengubahsuaian bagi memasukkan kod itu dalam Perintah Am.

Ketika ini, kakitangan awam yang terbabit dengan gangguan

seksual hanya dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar

disiplin.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat

Abdul Jalil, berkata perbincangan mengenai kod itu sudah

dibuat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman,

pada dasarnya sudah bersetuju.

“Perintah Am yang ada tidak memasukkan kod amalan untuk

mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Malah,

tidak ada pengertian gangguan seksual yang jelas dalam

peraturan itu.

“Apabila kod itu dimasukkan dalam Perintah Am, tindakan lebih

menyeluruh dan tegas boleh dikenakan kepada mana-mana

2

kakitangan awam yang terbabit dengan gangguan seksual

berbanding tindakan sekarang,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan

kempen kesedaran bagi mencegah, membasmi dan menangani

gangguan seksual di tempat kerja bagi pekerja wanita sektor

swasta 2002 di Hotel Nikko.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Buruh, Tan Gaik

Kwan dan Presiden Persatuan Pegawai Perhubungan Perusahaan,

Abdullah Ahmad Ismail.

Kempen sehari itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan

Wanita dan Keluarga, Persatuan Pegawai Perhubungan Perusahaan

Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Buruh Semenanjung

Malaysia.

Kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di

tempat kerja diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia pada

1999 bertujuan memberi garis panduan kepada majikan mengenai

penubuhan mekanisme dalaman pada peringkat organisasi bagi

menangani masalah itu. Bagaimanapun, kod amalan berkenaan

hanya diguna pakai oleh syarikat swasta setakat ini.

Shahrizat berkata, pihaknya masih lagi berbincang dengan

Kementerian Sumber Manusia mengenai cadangan mewujudkan Akta

Gangguan Seksual berikutan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

mendesak supaya akta itu diperkenalkan segera.

2

“Satu jawatankuasa teknikal antara kedua-dua kementerian juga

sudah dibentuk untuk mengkaji cadangan itu dan kita harap

penggubalan akta itu akan dibuat dalam masa terdekat ini.

“Apabila kajian itu siap, kita akan kemukakan draf itu kepada

Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata, banyak perkara perlu diteliti, khususnya dari

aspek pelaksanaan bagi memastikan akta itu benar-benar dapat

membela wanita atau mangsa gangguan seksual.

Setakat ini, sebanyak 310 dilaporkan ke Jabatan Buruh dengan

satu kes membabitkan gangguan seksual ke atas pekerja lelaki.

Pada masa yang sama, 12 ceramah membabitkan 5,400 peserta

sudah diadakan manakala 10 kempen kesedaran diadakan

membabitkan lebih 3,000 majikan mengenai perkara itu.

2

Risalah kesedaran gangguan seksual terbitan Pusat Kesedaran Wanita

2

Risalah kesedaran gangguan seksual terbitan Pusat Kesedaran Wanita

2

Bibliografi

en.wikipedia.org/wiki/Sexual_harassment

www.jobsdb.com.ph/MY/EN/V6HTML/.../sexual-

harassment.htm

http://thestar.com.my/fightcrime/resources/

story.asp?file=/2006/3/11/resoureso/

20060316161439&sec=resources

http://www.lawyerment.com.my/library/doc/empl/

sxhr/

http://www.wao.org.my/news/gangguseksual.htm

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gangguanseksual/Article/index_html

http://members.tripod.com/pemudapas_b.bendera/

Pekerja_Industri/Gangguan_Seksual/

gangguan_seksual.html

www.jpa.gov.my/pekeliling/pp05/bil22/pp2205.pdf -

2010-03-30

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?

name=News&file=article&sid=2161

http://www.eprints.uum.edu.my/449/