KEMASUKAN ISLAM KE NUSANTARA PADA ZAMAN PROTOSEJARAH BERSANDARKAN PADA DATA-DATA ARKEOLOGI

26
17 KEMASUKAN ISLAM KE NUSANTARA PADA ZAMAN PROTOSEJARAH BERSANDARKAN PADA DATA-DATA ARKEOLOGI Md Hasri B Rajali Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Sidang Akademik 2012/2013 Sejarah & Arkeologi PENDAHULUAN Protosejarah melambangkan suatu tahap dalam sejarah tamadun manusia.Period atau zaman Protosejarah adalah perkembangan daripada kebudayaan zaman Logam. Dalam, zaman protosejarah telah wujud skrip untuk menghasilkan tulisan, kadangkala pada zaman ini juga sebahagian sarjana menyatakan tidak ada tulisan asalnya tetapi tulisan muncul apabila didatangi penghuni kerajaan lain. Namun, skrip dan bahasa yang diguna diklasifikasikan sebagai skrip dan bahasa kuno.Bahasa yang diguna biasanya bahasa Sanskrit dan skrip Pallava tetapi bahasa tempatan kuno seperti bahasa Melayu dan Jawa juga digunakan. Di Indonesia, protosejarah adalah sinonim dengan

Transcript of KEMASUKAN ISLAM KE NUSANTARA PADA ZAMAN PROTOSEJARAH BERSANDARKAN PADA DATA-DATA ARKEOLOGI

17

KEMASUKAN ISLAM KE NUSANTARA PADA ZAMAN PROTOSEJARAH

BERSANDARKAN PADA DATA-DATA ARKEOLOGI

Md Hasri B Rajali

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Sidang Akademik 2012/2013

Sejarah & Arkeologi

PENDAHULUAN

Protosejarah melambangkan suatu tahap dalam sejarah tamadun

manusia.Period atau zaman Protosejarah adalah perkembangan

daripada kebudayaan zaman Logam. Dalam, zaman protosejarah

telah wujud skrip untuk menghasilkan tulisan, kadangkala pada

zaman ini juga sebahagian sarjana menyatakan tidak ada tulisan

asalnya tetapi tulisan muncul apabila didatangi penghuni

kerajaan lain. Namun, skrip dan bahasa yang diguna

diklasifikasikan sebagai skrip dan bahasa kuno.Bahasa yang

diguna biasanya bahasa Sanskrit dan skrip Pallava tetapi

bahasa tempatan kuno seperti bahasa Melayu dan Jawa juga

digunakan. Di Indonesia, protosejarah adalah sinonim dengan

17

zaman klasik.1Menurut Jabatan Muzium Malaysia, zaman ini juga

dikaitkan dengan adanya bukti bertulis dan rekod epigrafi

namun agak terhad.Zaman Protosejarah memperlihatkan wujudnya

sistem kepercayaan dan keagamaan (Hindu-Buddha) dengan tamadun

dan budaya yang lebih kompleks.Zaman ini dapat difahami dengan

lebih jelas kerana terdapat kesan tinggalan struktur bangunan

khususnya bangunan keagamaan.Manakala ekonomi pula merangkumi

perdagangan di peringkat global.2

Secara umumnya, zaman Protosejarah ialah zaman kemunculan

kerajaan-kerajaan awal. Jika di Asia Tenggara, kerajaan-

kerajaan awal yang diketahui wujud ialah Langkasuka (abad ke-2

hingga abad ke-6 Masihi), Campa (abad ke-2 hingga abad ke-14

Masihi), Funan (abad ke-2 hingga abad ke-6 Masihi), Mo-Lo-Yu

[Jambi](abad ke-13 Masihi), Srivijaya (abad ke-7 hingga abad

ke-13 Masihi), Kataha (abad ke-5 hingga abad ke-13 Masihi) dan

banyak lagi kerajaan lain. Di Malaysia pula, warisan zaman

Protosejarah itu terdapat di beberapa kawasan.Kawasan itu

1 Stephen dan Hamid (edt), Kajian Arkeologi Malaysia, Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Malaysia, 2010, hlm 243-244.

2Layari laman web http://blog.jmm.gov.my/2011/10/05/mengkaji-sejarah-manusia/.

17

ialah Lembah Bujang (Kedah), Lembah Kinta (Perak), Hulu

Kelantan dan Santubong (Sarawak).

Namun begitu, sumber arkeologi dalam mengkaji zaman

Protosejarah amatlah terhad kerana ia bukan sahaja memerlukan

penemuan tapak dan bahan tinggalan purba kerajaan tersebut

bahkan amat memerlukan sumber catatan bertulis daripada

daripada luar tempatan, misalnya penemuan kerajaan Chih-Tu

yang difikirkan terletak di Kelantan berdasarkan sumber

daripada China:

“The King sits on a three-tiered couch, facing north and dressed in rose-

coloured cloth, with a chaplet of gold flowers, and necklaces of varied

jewels. Four damsels attend on his right hand and on his left… To the rear

of the kings couch there is a wooden shrine in laid with gold, silver and

five perfumed woods, and behind the shrine is suspended a golden

light…”3

Ini bermaksud dalam bidang arkeologi bukan sahaja memerlukan

artifak, malah juga bergantungan dengan penulisan-penulisan

3Stephen dan Hamid (edt), Kajian Arkeologi Malaysia, Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Malaysia, 2010, hlm 244.

17

daripada catatan pihak luar yang datang ke tanah tempatan

atas tujuan (matlamat) tertentu.

Namun begitu, penulisan ini akanberfokus kepada kerajaan

yang menerima pengaruh agama Islam khususnya melihat kepada

kerajaan yang bertapak di Asia Tenggara berdasarkan penemuan

bukti arkeologi misalnya, batu nisan, tapak makam dan juga

catatan sumber asing.

KEMASUKAN ISLAM KE ASIA TENGGARA

Menurut Abdul Rahman Hj Abdullah (1989) menyatakan proses

pengislaman ke Asia Tenggara dibahagikan kepada tiga tahap; tahap

persinggahan, tahap pertapakan dan tahap penyebaran pengaruh

secara besar-besaran. Ini berlaku kerana kelangsungan aktiviti

perdagangan daripada para pedagang dari Arab dan Parsi yang

membawa barang keperluan seperti lada, rempah ratus, kemenyan,

kapur barus yang menjadi punca kedatangan orang Arab ke

Nusantara. Ada sebahagian sarjana menyakini, para pedagang Arab

dan Parsi menjadikan Nusantara ini tempat persinggahan dan juga

tempat perlindungan daripada angin monson dari negara asal ke

17

negara China. Ini berdasarkan bukti kebanyakan bahan-bahan

campuran untuk wangian-wangian purba yang dipakai dengan meluas

pada zaman Julius Caesar dan Cleopatra kira-kira 2,000 tahun

dahulu adalah berasal daripada Timur Jauh melalui kawasan

Nusantara, ini merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Institute

For Technologies Applied To Cultural Artefacts iaitu suatu badan dibawah

Italian National Research Council (CNR)4 ketika itu dipimpin oleh Prof.

Giuseppe Donato. Bahan-bahan tersebut ialah kulit kayu manis

menurut New Straits Times (19 Jun 1986).5Ini bermaksud pengaruh

Islam sudah mula merebak sebelum Masihi lagi di kawasan Nusantara

dan bukannya seperti yang dinyatakan sebahagian sarjana selepas

Masihi barulah Islam muncul di Asia Tenggara.

Tahap kedua merupakan tahap mulanya Islam membuktikan tapak

di Asia Tenggara yang bermula daripada zaman Bani Umaiyah (661

hingga 750 Masihi) dan Bani Abbasiyah (750 hingga 1258 Masihi).

Ini dibuktikan tentang adanya penempatan orang Arab-Islam di di

Pantai Barat Sumatera pada tahun 674 Masihi dinukil daripada

4Lanjut tentang Italian National Research Council (CNR), sila layari laman web www.cnr.it/sitocnr/Englishversion/Englishversion.html.

5 Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam: Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1989, hlm 90.

17

Profesor Thomas Arnold dalam bukunya ‘The Preaching of Islam’, namun

disangkal oleh Abdul Rahman Abdullah dalam bukunya ‘Sejarah dan

Tamadun Islam’ menyatakan orang Arab-Islam tersebut dikenali

sebagai orang Ta-Shih yang tinggal di Chepo (Jawa).6Pada zaman

Khalifah Umar Abdul Aziz (717 hingga 720 Masihi) melakukan usaha

dakwah Islamiah di Nusantara, lalu berjaya mengislamkan

Srindravarman, Raja Srivijaya di Jambi tahun 718 Masihi, ini

dibuktikan dengan surat Raja Srivijaya tersebut kepada Khalifah

Umar Abdul Aziz.7Selain itu terdapat penemuan baharu sehinggakan

menamatkan perdebatan antara ahli sejarah kemasukan Islam ke

Indonesia, hal ini kerana sebelum ini ahli sejarah yakin bahawa

munculnya Islam di Indonesia berlaku di Acheh tetapi penemuan

prasasti batu nisan bertarikh 127 Hijrah atau tepatnya 745 Masihi

di Kecamatan Sandai ini bernilai tinggi untuk mengungkap bahwa

kebudayaan Islam di Ketapang seperti yang terdapat dalam foto

1.1:

6 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam(Edisi Kedua), Kedah: Pustaka Darussalam, 2007, hlm 520.

7 Lihat S. Q Fatimi, “Two Letter Form The Maharaja To The Khalifah: Islamic Studies”, Singapura: Malaysian Sociolical Research Institute, 1963, vol. 11.

17

(Sumber:http://xiipa1fans.blogspot.com/2010/03/batu-nisan-sandai-

adanya-penemuan.html).

Ini jelaslah membuktikan kemasukan Islam ke Asia Tenggara melalui

teknik diplomasi dan berlakunya dakwah (pengaruh Islam) berlaku

lebih 1,259 tahun dahulu!

Jika kita melihat kepada teori yang dihasilkan kebanyakan

ahli sejarah, ahli antropologi dan ahli arkeologi, kemasukan

Islam ke Nusantara berlaku melalui empat jurusan yakni benua

India, China, Arab dan Champa bersandarkan kepada kepada data-

data arkeologi.

Dalam Seminar ‘Sejarah Masuknya Islam ke Indonesia’ pada tahun 1963

yang dibahaskan oleh almarhum Profesor HAMKA menyatakan secara

lantang bahawa Islam dibawa ke Alam Melayu melalui Tanah Arab,

17

beliau membuktikan melalui proses pengislaman oleh Syeikh

Burhanuddin Ulakan, Syeikh Mansur, dan Syeikh Shamsudin dari

Mekah, maka oleh itu beliau tidak menolak jika para pedagang

menuju ke Kepulauan Melayu sudah semestinya akan singgah ke

beberapa tempat seperti Malabar. Ini juga dibuktikan dengan

penelitian peninggalan arkeologi di Gresik iaitu makam Maulana

Malik Ibrahim (Foto 1.2) yang pernah dicatatkan oleh Raffles

tahun 1817 dan Juynboll sekitar tahun 1910 dan 1911.8

Foto 1.2: Makam Maulana Ibrahim

(Sumber:http://jelajahnuansaindonesia.blogspot.com/2012/08/

wisata-religi-di-makam-maulana-malik.html)

8 H. Uka Tjandrasasmita, Penelitian Arkeologi Islam: Di Indonesia Semasa Ke Semasa, Indonesia: Penerbit Menara Kudus, 2000, hlm 25.

17

Para pengkaji yang meyakini kedatangan Islam daripada benua India

seperti G. E Morrison, R.A. Kern, Van Ronkel, J.P Morquette, R.O

Winstedt, J.C. Van Leur, B.J.O Schrieke, J.L. Moens dan G. Coedes

ini telah mengkaji dengan melihat kepada suatu perbandingan. Hal

ini dilakukan oleh J.P pada tahun 1912 terhadap batu-batu nisan

kubur yang baik terdapat di Samudera-Pasai di daerah Acheh dan

Gresik dengan membandingkannya nisan kubur di Cambay, Gujerat,

Selatan India. Nisan-nisan kubur dari Samudera-Pasai berangka

tahun 822 H., 832 H. dengan nisan Malik Ibrahim tahun 822 H. dari

Gresik serta nisan kubur Umar ibn Ahmad al-Kazaruni dari Cambay

wafat tahun 734 H.9 Penelitian Morquette dari sudut bahan,

caranya, tulisan huruf-huruf Arab, tahun wafatnya, penempatan

ayat al-Qursi, dan bentuk nisannya.

(Foto 1.3: Jumpaan batu nisandi Perak yang dikatakan menyaksikan

pemerintahan kerajaan Beruas (Gangga Negara) juga merupakan

9H. Uka Tjandrasasmita, Penelitian Arkeologi Islam: Di Indonesia Semasa Ke Semasa, Indonesia: Penerbit Menara Kudus, 2000, hlm 25.; E Morrison, The Coming Of Islam To East Indies, JMBRAS Vol XXIV, Pt 1, 1951, hlm 31-36.; lihat juga Ismail Hamid,Tinjauan Umum Terhadap Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu, SARI: Jurnal Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, 1985, hlm 41-48.

17

kerajaan Melayu Tua memperkuatkan

kedatangan Islam dari India ini

disokong oleh R.O Winstedt).10

Sebahagian ahli sejarah juga menyatakan kemasukan daripada

China melalui dua jurusan iaitu darat dan laut.Dari darat,

berlaku pada masa akhir Dinasti Tang (615 Masih hingga 905

Masihi), seramai 5,000 orang rakyat asing telah dibunuh oleh para

pemberontak yang dipimpin oleh Tien Sheng Kong di wilayah Yang

Chow. Mereka yang terselamat lalu melarikan diri ke tempat lain

termasuk, Nusantara. Oleh itu, penghijrahan pelarian-pelarian

tersebut dari China membuktikan Islam datang melalui China,

secara langsung memberi peluang pihak Islam untuk bertapak ke

Nusantara. Hujah ini diperkuatkan dengan penemuan batu nisan

bertarikh 419 Hijrah atau 1028 Masihi di Pekan Pahang dan juga

batu bersurat yang bertarikh 701 Hijrah atau 1303 Masihi di Kuala

Berang Terengganu.

10 R.O Winstedt, The Advent Of Muhammddanism To The Malay Peninsula And Archipelago, JMBRAS, Vol LXX, 1971, hlm 173.

17

Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu11 ini mempunyai

energinya sendiri kerana beberapa pihak menggunakan batu bersurat

ini merupakan bukti kemasukan Islam yang pertama ke Tanah Melayu

yakni Terengganu bukannya Melaka berdasarkan tarikhnya lebih awal

dan isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang

raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam

sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang

maksiat dan segala kemungkaran.

11Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batubersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia.Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

 Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu.Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpursiap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja.Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran.Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu padatahun 1303.Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.(Sumber: http://aburedza.wordpress.com/2011/page/5/)

17

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad

Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4

Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M. Walaupun,

timbul banyak keraguan dari aspek intipati dan tarikh batu

bersurat tersebut tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi data-

data arkeologi dalam melihat kemasukan Islam ke Alam Melayu.

Bukti yang menarik kemasukan Islam ke China melalui

peristiwa peperangan pada tahun 1651 di Sungai Oxus ( Sir Daryan)

antara tentera Muslimin yang diipimpin oleh Saad Bin Abi Waqqas12

dengan tentera Parsi yang bergabung dengan tentera Maharaja Yong

Hui dari Dinasti Tang. Data-data arkeologi yang dijumpai yang

merekod peristiwa ini ialah sumber China, Chee Chea Sheezo

(Perihal Kehidupan Nabi) tulisan Lui Tschih, kewujudan makam Saad

Bin Abi Waqqas (lihat foto 1.5) dan juga pembinaan masjid di

Chang-an, Jiangning ( Nanjing sekarang), dan Guangzhou dibina

oleh Saad Bin Abi Waqqas sendiri.13

Foto 1.512Saad Bin Abi Waqqas merupakan sepuluh sahabat Rasulullah yang dijanjilkan mendapat syurga. Beliau juga pemimpin tentera Khalifah Uthman Bin Affan yang dikirimkan delegasi ke ibu kota Changan untuk menentang tentera Parsi,

13 Lihat Ibrahim Tien Ying Ma, Perkembangan Islam di Tiongkak , Jakarta: Bulan Bintang, 1979, hlm 24-25.

17

Dari jurusan laut pula, Islam datang ke Selatan China

dikatakan dilakukan oleh Saad Bin Lubaid dan Yusuf ke Chuan Chow,

Chang Chow dan Kwang Chow (Canton). Bukti kehadiran mereka

bersandarkan pada pembinaan masjid pertama di Kanton iaitu Kwang

Tah See (Masjid Menara Cemerlang) dan Masjid Chee Lin See (Masjid

dengan Tanduk Satu).14 Selain itu, terdapat perkampungan pedagang

Arab turut disebut dalam catatan Dinasti Tang pada tahun 618

Masihi dan 626 Masihi merupakan tahun berlakunya proses

pelaksanaan syariat Islam yang telah dijalankan dibeberapa buah

bandar.

Namun bagaimana dengan pengaruh Islam di Borneo (Pulau

Kalimantan)? Bagaimanakah, bila dan apakah data-data arkeologi

membuktikan ia bertapak? Terdapat juga ahli sejarah masih

14Ibrahim Tien Ying Ma, Perkembangan Islam di Tiongkak , Jakarta: Bulan Bintang, 1979, hlm 41-42.

17

mempertahankan dakwah Islam turut tersebar ke Borneo dalam masa

yang singkat, ini kerana dalam tahun 977 Masihi, Po-Ni telah

menghantar utusan ke negeri China dengan diketuai oleh seorang

bernama Pu Ali (Abu Ali). Menurut catatan kronikal Sung Lien dari

China da menyebut tentang Ma-ho-ma Sh ah (sebutan hamper menyamai

Sultan Muhammad Syah) yang telah menghantar utusan pada tarikh

yang sama. Adakah ini bermaksud Po-Ni ini orang yang sama bernama

Ma-ho-ma Sh ah.15 Namun begitu, terdapat banyak jumpaan batu nisan

di Brunei yang menjadi persoalan sama ada kerajaan China Islam

pernah berkerjasama dengan pihak Borneo ataupun Kalimantan,

terdapat data-data arkeologi yang meliputi batu nisan yang

dijumpai di Brunei dan juga catatan epigrafi seperti:

(a) Batu nisan ‘Makhadarah binti Ali’

-Berusia 440 Hijrah (1048 Masihi).

-Dijumpai di Jalan Residency, Brunei.

15 Lihat C.A Majul, Muslims in the Philipines, Quezon City: The University of the Philipines Press, 1973, hlm 39.;Mohd Rais, Malaysia Kita: Sejarah Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara, Kuala Lumpur: INTAN, 1991, hlm 70.

17

-Turut disebut nama pemrintahan Sultan Abdul Majid (anak Muhammad

Syah al-Sultan).16

(b) Batu nisan‘puteri Sultan Abdul Majid Bin Muhammad’

-Bertarikh 1078 Masihi.17

(c)Batu nisan ‘Tuan Pukung Chih Mu’

-Bertarikh 1264 Masihi.

-Terdapat inskripsi Jawi tercatat nama Sulaiman bin Abdul Rahman

bin Abdullah Nurullah wafat pada 821 Hijrah atau 1418-1419

Masihi.18

Adakah penyebaran dakwah Islam di Kalimantan (Pulau Borneo)

ini ada perkaitan dengan misi diplomatik sebanyak 37 misi khas

yang berlangsung dari tahun 618 hingga 905 Masihi seperti yang

dicatatkan oleh Dinasti Tang? Atau misi dakwah ini dirancang

16Abdul Latif Hj Ibrahim, Penemuan Batu Nisan Bertarikh 404 H (1048 M) di Brunei, Dewan Budaya, 1979, hlm 6.;Mohd Rais, Malaysia Kita: Sejarah Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara, Kuala Lumpur: INTAN, 1991, hlm 70.

17Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam (Edisi Kedua), Kedah: Pustaka Darussalam, 2007, hlm 530.

18Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam (Edisi Kedua), Kedah: Pustaka Darussalam, 2007, hlm 530.

17

semenjak penubuhan kerajaan Madinah Munawarah oleh Nabi Muhammad

S.A.W. lalu menjadi suatu delegasi umat terkemudian baginda?

BATU NISAN TERTUA: KAJIAN DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU

Bermula pada 6 Ogos 1980, Malaysia digemparkan dengan penemuan

batu nisandi Pekan, Pahang oleh beberapa ahli sejarah dan ahli

arkeologi dengan bantuan pegawai dari Jabatan Agama Pahang. Hal

ini kerana dengan penemuan artifak ini maka berlakunya bukti

pencerahan kemasukan Islam terawal ke Tanah Melayu bukannya dari

Terengganu melalui bukti Batu Bersurat bertarikh 702 Hijrah di

Kuala Berang.

Maka pengesahan jumpaan batu nisan ini disahkan oleh Encik

Mohd Mohktar bin Abu Bakar selaku Setiausaha Lembaga Muzium

Negeri Pahang pada waktu itu seperti berikut:

Mengikut makalah yang dituliskan oleh Dato’ Sir Mahmud bin Mat dalam

The Malayan Historical Journal Vol. 2 Num. 2 keluaran Disember 1955,

suatu hari pada bulan Jun 1953, penduduk Kampung Permatang Pasir

Pulau Tambun Pahang menggali lubang kubur untuk mengkebumikan

17

mayat seorang kanak-kanak perempuan; lebih kurang 3 setengah kaki

dalam, mereka terjumpa sebuah batu nisan sebelah kaki tersedia…

bertulis dengan ayat al-Quran dan Syair Arab dengan tulisan khat

Sulus….

…Dengan bantuan bekas Kadi Kuantan Tuan Haji Sulaiman bin Husian,

tarikhnya berusia 914 Hijrah. Akan tetapi dengan bantuan Ustaz Haji

Abdul Wahab bin Haji Abdullah, Nazir Sekolah Menengah Agama Pahang,

dengan terjemahan ilmiah kepada ayat-ayat al-Quran Syair dalam

bahasa Arab dapat dibuat dan tariklh yang tertera pada batu nisan itu

ialah:

“Waktu subuh hari rabu

14 haribulan Rubie-awal

Tahun Hijrah 419”19

19 Mohd Mokhtar Bin Abu Bakar, Batu Nisan Bertulis di Kampung Pulau Tambun Pekan Pahang,Lembaga Muzium Negeri Pahang, 1980, bab permulaan.; Mohd Rais, Malaysia Kita: Sejarah Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara, Kuala Lumpur: INTAN, 1991, hlm 72.; layari juga laman sesawang http://malaycivilization.ukm.my/MalayPortal/CONTENT/index.htm?url=/idc/groups/portal_halim/documents/ukmpd/halim_y00011hal.jpg&docname=HALIM_Y00011HAL&ext=jpg&isBook=1&scxt=true

17

Ini jelas menunjukkan bahawa sudah 1015 tahun hijrah yang

lampau dan membuktikan kedatangan Islam di rantau ini lebih awal

daripada apa yang dibuktikan oleh Batu Bersurat yang dijumpai di

Kuala Berang bertarikh 702 Hijrah.

Berikut merupakan keterangan terperinci tentang inskripsi batu

nisan tersebut;20

Terjemahan:

1. Wahai Allah yang

menjelaskan

2. Ketahuilah sesungguhnya

dunia itu

3. Seperti rumah tumpangan

4. Berihat di waktu Isyak

(malam) dan dia

20Laman sesawang, http://malaycivilization.ukm.my/MalayPortal/CONTENT/index.htm?url=/idc/groups/portal_halim/documents/ukmpd/halim_y00011hal.jpg&docname=HALIM_Y00011HAL&ext=jpg&isBook=1&scxt=true.

17

Terjemahan:

1. Di atas mereka dan

2. Tiada mereka

3. Berduka cita

4. Berpindah

5. Waktu subuh (pagi)

Terjemahan:

1. Dan dimasukkan

2. Ke dalam syurga

3. Menanglah dan tidaklah

4. Hidup didunia ini

5. Dan sembilan belas

17

Terjemahan:

1. Pahala kamu

2. Pada hari kiamat

3. Maka barangsiapa yang

dijauhkan

4. Dari neraka

5. Tiada takut

Sumber:

http://malaycivilization.ukm.my/MalayPortal/CONTENT/index.htm?

url=/idc/groups/portal_halim/documents/ukmpd/

halim_y00011hal.jpg&docname=HALIM_Y00011HAL&ext=jpg&isBook=1&scxt

=true.

Berdasarkan pengamatan ahli kajian, bentuk nisan tersebut

mempunyai nilai khat yang tinggi dan ukiran yang amat halus dan

17

cermat. Ini kemungkinan si mati itu mempunyai kedudukan yang

tinggi dalam masyarakat. Namun begitu, kemungkinan besar batu

nisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan teori kedatangan

Islam dan bukti pengislaman di Pantai Timur Semanjung Malaysia.

KESIMPULAN

Para pengkaji sememangnya mengakui terlalu banyak penjelasan

sejarah kemasukan Islam ke nusantara sehinggakan menimbulkan

banyak isu perbahasan dan teori yang yang ditenggelamkan jika

wujud suatui lagi teori akan masa hadapan. Josselin de Jong

menjelaskan:

Masuknya orang-orang Melayu Semenanjung Tanah Melayu ke dalam

agama Islam, harus ditinjau dalam hubungan yang luas ini, terutama

sekali Islam di Malaya harus dilihat dalam hubungan dengan kejadian-

kejadian di Sumatera dan Jawa. Sebab itulah maka tidak dapat dielakkan

bahawa bab tentang Islam di Malaya ini, lebih tepat kalau diberi judol

Islam di Kepulauan Melayu.21

Namun begitu, setiap teori yang diwujudkan atas dasar data-

data arkeologi seperti penemuan artifak dan hasilan epigrafi

yang agak terhad, apatah lagi dalam mengkonstruk zaman

21 Josselin de Jong, Agama-Agama di Gugusan Pulau-Pulau Melayu, Kuala Lumpur: OxfordUniversity Press, 1965, hlm 73.

17

Prasejarah yang bukan sahaja memerlukan sumber tempatan sendiri

bahkan memerlukan sumber asing seperti catatan Arab, Parsi, dan

juga China. Dari pengamtan kebanyakan sumber asing, golongan

yang banyak memberi data kepada penjelasan sejarah Islam ke

Nusantara kebanyaknnya terdiri daripada golongan pedagang maka

ini dimaksudkan kebanyakan sarjana seperti Van Leur yakin

menyatakan Islam dikembangkan oleh para pedagang, manakala

kerajaan China seperti Dinasti Tang banyak menyumbangkan

catatan kronikalnya bagi memperkukuhkan lagi hujah para

pengkaji yang berkaitan dengan teori mereka.

BIBLOGRAFI

Abdul Rahman Abdullah. 2007. SejarahdanTamadun Islam (EdisiKedua).

Kedah: Pustaka Darussalam.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1989. Islam: DalamSejarah Asia Tenggara

Tradisional. Pulau Pinang: UniversitiSains Malaysia.

17

Abdul LatifHj Ibrahim. 1979. PenemuanBatu Nisan Bertarikh 404 H (1048 M)

di Brunei. DewanBudaya.

C.A Majul. 1973. Muslims in the Philipines. Quezon City: The University

of the Philipines Press.

E. Morrison. 1951. The Coming Of Islam To East Indies, JMBRAS Vol XXIV,

Pt 1.

HafidziMohd Noor. 2007. JejakRisalah di Nusantara I: ZamanPraSejarah Islam

Hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng-Ho. Selangor:

PertubuhanJamaahIslah Malaysia.

Hj. DasukiHj. Ahmad. 1982. IkhtisarPerkembangan Islam. Kuala Lumpur:

KementerianPelajaran Malaysia, DewanBudayadanPustaka.

H. UkaTjandrasasmita. 2000. PenelitianArkeologi Islam: Di Indonesia

SemasaKeSemasa. Indonesia: PenerbitMenara Kudus.

H. M Ambary. 1998. MenemukanPeradaban: JejakArkeologisdanHistoris Islam

Indonesia. Ciputat Indah: PT Logos WacanaIlmu.

Ibrahim Tien Ying Ma.1979.Perkembangan Islam di Tiongkak. Jakarta:

BulanBintang.

17

InajatiAdrisijanti. 2000. ArkeologiPerkotaanMataram Islam.

Yogyakarta: PenerbitJendela.

Ismail Hamid. 1985. TinjauanUmumTerhadapTeoriKedatangan Islam

KeAlamMelayu. SARI: JurnalInstitutBahasa,

KesusasteraandanKebudayaanMelayu.

Ismail Hussein e.t.l. 1995.TamadunMelayu (JilidTiga). Kuala Lumpur:

KementerianPelajaran Malaysia, DewanBudayadanPustaka.

Josselin de Jong. 1965. Agama-Agama di GugusanPulau-PulauMelayu.

Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Khoo Kay Kim e.t.l..(t.t). Islam di Malaysia. Selangor:

PersatuanSejarah Malaysia.

Khoo Kay Kime.t.l.. 1980. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:

PersatuanSejarah Malaysia.

MohdRais. 1991. Malaysia Kita: SejarahKedatangan Islam Ke Asia Tenggara.

Kuala Lumpur: INTAN.

MohdMokhtar Bin Abu Bakar. 1980. Batu Nisan Bertulis di

KampungPulauTambunPekan Pahang. LembagaMuziumNegeri

Pahang.

17

MohdJamilMukmin. 2004. Melaka PusatPenyebaran Islam Nusantara. Melaka:

InstitutKajianSejarahdanPatriotisme Malaysia (IKSEP).

R.O Winstedt. 1971.The Advent Of Muhammddanism To The Malay Peninsula And

Archipelago, JMBRAS, Vol LXX.

Stephen Chia dan HamidMohd Isa (edt). 2010. KajianArkeologi

Malaysia.Pulau Pinang: PusatPenyelidikanArkeologi Global

Malaysia.

S. Q Fatimi. 1963. “Two Letter Form The Maharaja To The Khalifah: Islamic

Studies”. Singapura: Malaysian Sociolical Research

Institute.

Diakses pada 12 April 2013 hingga 14 April 2013:

(1) http://malaycivilization.ukm.my/MalayPortal/CONTENT/

index.htm?url=/idc/groups/portal_halim/documents/ukmpd/

halim_y00011hal.jpg&docname=HALIM_Y00011HAL&ext=jpg&isBook=1

&scxt=true.

(2) http://blog.jmm.gov.my/2011/10/05/mengkaji-sejarah-

manusia/.

17

(3) http://aburedza.wordpress.com/2011/page/5/ .

www.cnr.it/sitocnr/Englishversion/Englishversion.html