Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

299
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Transcript of Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Jabatan Pendidikan Politeknikdan Kolej Komuniti

PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASIJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Kementerian Pengajian Tinggi

PRODUK INOVASI PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2019

PRODUK INOVASI PELAJAR 20192

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej KomunitiCetakan 2020

© Hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada Penerbit dan Pemilik Hakcipta Perpustakaan Negara Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi

Diterbitkan oleh:

PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASIJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej KomunitiKementerian Pengajian Tinggi

ARAS 7, Galeria PjH, Jalan P4W,Persiaran Perdana, Presint 4,62100 Putrajaya.

No. Tel : +603-8891 9000Fax : +603-8891 9300Email : [email protected] Sesawang: http://www.mypolycc.edu.my/

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 5

SIDANGREDAKSI

PENAUNG 1

Haji Mohamad Amin bin HamatMenjalankan Tugas Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

PENASIHAT

Dr. Ishak bin MohamadPengarah, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK

PENOLONG KETUA EDITOR

En. Mohd Shahrir bin Abd RahimPusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK

Pn. Suzianah binti SaharPusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK

EDITOR

Dr. Sharifah Rahifa binti Syed MustafaPoliteknik METrO Kuala Lumpur

Dr. Ruslawati binti Abdul WahabPoliteknik Port Dickson

Pn. Nor Syahidah binti Abdul Mutalib Kolej Komuniti Hulu Langat

Pn. Norazila binti SubohKolej Komuniti Hulu Langat

Pn. Elena binti Anwar Kolej Komuniti Pekan

EDITOR BAHASA Dr. Faraziah binti Hassan Politeknik Nilai

En. Azizi Mursidy bin Zainol AbidinPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

REKABENTUK GRAFIK

Pn. Diana binti Jais Politeknik Muadzam Shah

En. Muhammad Nasuha bin YusopPoliteknik Muadzam Shah

PENAUNG 2

Ts. Zainab binti AhmadTimbalan Ketua Pengarah (Perancangan)Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

KETUA EDITOR

Dr. Wan Nor Aishah binti Wan OmarTimbalan Pengarah Unit InovasiPusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK

Pn. Zunaidah binti RazaliPusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK

Dr. Wan Rosemehah binti Wan OmarPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pn. Julaiha binti Omar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pn. Nurul Aida binti Mohd NordinKolej Komuniti Kuala Langat

En. Fauzul Azhan bin Abdul AzizPoliteknik Ungku Omar

Pn. Renukha Prelatha Politeknik METrO Tasek Gelugor

Dr. Ahmad Razimi bin Mat LazimPoliteknik Nilai

Pn. Norhidayah binti IsmailPoliteknik Muadzam Shah

PRODUK INOVASI PELAJAR 20196

SENARAIKANDUNGAN

6-8

18-55

57-103

105-136

138-197 271-292

259-269

246-251

231-244

199-229

Kata Aluan,Prakata & Penghargaan

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 5

PRODUK INOVASI PELAJAR 20198

KATA ALUANKETUA PENGARAH JPPKK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan syabas dan jutaan tahniah kepada Jawatankuasa Penerbitan, warga Pusat Penyelidikan dan Inovasi JPPKK serta semua pihak yang begitu komited menyumbang kepakaran, tenaga dan masa bagi menjayakan penerbitan Buku Produk Inovasi Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2019.

“Penerapan budaya inovasi” dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti amat penting dalam menghasilkan warga yang berfikiran kreatif serta mampu menjana idea-idea yang akan memberi impak positif kepada Politeknik dan Kolej Komuniti. Secara tidak langsung, penerbitan ini juga dapat menyumbang dalam membina dan memantapkan generasi TVET yang unggul untuk terus bergerak berasaskan pengetahuan dan inovasi. Pemantapan ini termasuk mempertingkatkan kerjasama dalam kalangan penyelidik Politeknik dan Kolej Komuniti dengan industri, institusi penyelidikan, firma perunding dan organisasi yang mempunyai akses kepada pengetahuan global dan dapat disesuaikan dengan keperluan tempatan.

Justeru, penglibatan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam penghasilan produk inovasi dapat membangun dan memantapkan keupayaan penyelidikan dan inovasi di Politeknik dan Kolej Komuniti supaya mampu bersaing di peringkat global. Akhir kata, saya mendoakan semoga pelajar-pelajar dapat melangkah maju dalam penghasilan produk-produk inovasi yang lebih kreatif dan inovatif. Semoga produk inovasi yang dihasilkan mampu memberi manfaat berguna untuk diaplikasikan oleh komuniti dan industri tempatan.

Sekian, terima kasih.

Ts. Haji Mohamad Amin bin Hamatb.p Ketua PengarahJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 9

PENGHARGAANPENGARAH PPI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Buku Produk Inovasi Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2019 telah berjaya diterbitkan. Buku inovasi ini dihasilkan sebagai satu motivasi kepada pelajar dan pensyarah. Ucapan terima kasih yang tulus dirakamkan kepada Unit Inovasi, Pusat Penyelidikan Dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Sidang Redaksi buku ini serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Buku ini memberi ramuan inspirasi sebagai rujukan bagi membina budaya inovasi dalam kalangan pelajar. Inovasi adalah usaha yang dirancang untuk mengembangkan produk atau perkhidmatan atau sumbangan atau penambahbaikan daripada produk yang sedia ada. Inovasi dapat menghasilkan kaedah yang lebih bermanfaat dalam menjimatkan kos dan mengoptimumkan hasil kerja. Ia dapat menjadi satu kuasa yang mampu mengubah cara kerja kita, membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa.

Saya berharap semoga usaha murni ini dapat mewujudkan persekitaran yang positif dan meningkatkan inisiatif berterusan dalam membudayakan ekosistem inovasi. Semoga produk inovasi pelajar yang dihasilkan berimpak tinggi agar dapat bersaing dalam kalangan institusi TVET yang lain tidak kira dalam atau luar negara sekaligus mendapat tempat di dalam industri dan komuniti.

Sekian, terima kasih.

Dr. Ishak bin MohamadPengarahPusat Penyelidikan dan InovasiJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi

PRODUK INOVASI PELAJAR 201910

PRAKATAKETUA EDITOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpahan rahmatNya maka Unit Inovasi Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berjaya menerbitkan Buku Produk Inovasi Pelajar Politeknik dan Kolej komuniti Malaysia 2019.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dan usaha yang tidak berbelah bahagi serta bekerjasama baik dengan Unit Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK dan Sidang Redaksi sehingga terbitnya Buku Produk Inovasi Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2019 ini.

Penerbitan buku inovasi ini merupakan satu inisiatif oleh Unit Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi bagi pengumpulan produk inovasi yang berjaya dihasilkan. Ianya perkongsian idea yang menjadi satu sumber rujukan bagi menyemai minat pelajar untuk berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk inovasi yang lebih efektif.

Justeru, diharapkan usaha penerbitan Buku Produk Inovasi Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2019 ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk menghasilkan produk inovasi yang berkualiti dan berimpak tinggi. Besar harapan kami agar usaha murni ini dapat berterusan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar.

Semoga setiap langkah yang kita ambil adalah langkah ke arah kejayaan dan kecemerlangan agar dapat mencapai matlamat yang lebih jauh ke hadapan.

Sekian, terima kasih.

Dr. Wan Nor Aishah binti Wan OmarTimbalan Pengarah Unit InovasiPusat Penyelidikan dan InovasiJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 11

SENARAIPRODUK PELAJAR

KLUSTERKejuruteraan Elektrik dan Elektronik

BIL

123456789

10111213

1415161718192021222324252627282930313233343536

3738

M/S

18192021222324252627282930

3132333435363738394041424344454647484950515253

5455

NAMA PRODUK

PH METER ALTERNATIFSMART CHARGING CENTERSMART DOORBLUETOOTH CONTROL CAR JACKCAR POWER WINDOW DETECTORSMART STARTER CONTROLPORTABLE TRAFFIC LIGHTSTATIONERY VENDING MACHINE USING RFID CARDSAFETY BABY CAR SEATWALL CLIMBING ROBOTALL-IN-ONE GENERATORSMART LOCKER DEVICEMONITORING AND CONTROLLING AGRICULTURE SYSTEM USING IOT APPLICATIONTEMPAT WUDHU AUTOMATIKINSECTICIDAL CONTROL SYSTEM FOR HARUMANISAUTOMATION DOOR LOCK SYSTEM USING ARDUINOBUS MONITORING USING IOT SYSTEMHOSTEL SAFETY SYSTEMALCOHOL ALERT WITH ENGINE LOCKING SYSTEMAUGMENTED REALITY ELECTRONIC CIRCUITAUTO COOLING SENSELED MATRIX SCORE BOARD USING BLUETOOTH APPLICATIONIOT MULTISENSOR PROTECTION SYSTEM DEVICEKWH METER TRAINERMINI AIR COOLEREZI HOME SECURITYSOLAR CCTVPORTABLE AUTOMATED POTTED PLANT WATERING SYSTEMSMART EGG INCUBATOR SYSTEMWASTE TRAP MACHINEAS-SYST (ASSIGNMENT SUBMISSION SYSTEM)SECURE & SAFE LABORATORY (SSL)HOMES (HOUSE MONITORING ENVIRONMENT SYSTEM)SECURE & SAFE LABORATORY (SSL)MULTIPURPOSE PENPEMBANGUNAN KIT INOVASI PEMBELAJARAN PENUAIAN TENAGA MELALUI THERMOELEKTRIKPOWER BANK SISTEM JANAKUASA SEMULAROBOT GRASS (PEMOTONG RUMPUT HALAMAN SEPARA AUTOMATIK)

INSTITUSI

PTSBPSAPMJPMJPMJPMJ

PTSBPPDPSAPSPPSPPKSPMK

POLIMASPOLIMASPOLIMAS

PMKPKKPMKPTSBPMKPSASPSASPSASPSASPSASPSASPUOPUOPKT

KKSBJKKSBJKKSBJKKSEG

KKSEGAMAT2KKSS

KKTAWKKTAW

PRODUK INOVASI PELAJAR 201912

SENARAIPRODUK PELAJAR

KLUSTERKejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

BIL

123456789

1011121314151617181920212223242526272829303132333435363738394041

42

M/S

5758596061626364656667686970717273747576777879808182838485868788899091929394959697

98

NAMA PRODUK

MESIN PEMBUNGKUSAN AISKRIM MALAYSIAi-EMERGENCY GRILL LAWN MOWER SOLAR HYBRIDWATERING PLANT SENSOR SYSTEMEZEE PAPER LIFTERONLINE STUDENTS PROJECT MANAGEMENT SYSTEMCEILING INSTALLER MACHINETHE ROBOT DUCTING CLEANERDIY SUPER TUBE CUTTERADVANCE BLIND SPOT MONITORING SYSTEMMULTIPOWER ELECTRICAL BICYCLECOLOUR SORTING SYSTEM - LEARNING AIDELECTRICAL POWERED LAWN MOWERBLUETOOTH CONTROL LAWN MOWERSOLAR HEAT STORAGE SYSTEM MODULEELECTRONIC FUEL CONTROLLERECO WIND CHILLOIL PALM FRUIT COLLECTORDEVELOPMENT OF ALTERNATOR TESTERCLASSROM FOLDING CHAIRWC ERGOALAT PENGERING TOPI KELEDARANDROID CONTROLLED BUTTONLESS CAR AUTOMATIC FIRE BLANKETBUCKLE PADLOCKEXTRA COOLING RADIATOREZ LIFTERFABRICATION OF SEED CORN SEPARATION MACHINEFISH FEEDER MACHINECAR FINGERPRINT AND RFID IGNITION SYSTEMFOOD ORDERING SYSTEM WITH SEATING ARRANGEMENT (F.O.S.S.A) FULLY AUTOMATIC COCONUT EXTRACTORI-MAIL BOXMESIN PELERAI BIJI JAGUNG INOVATIFOCCUPANT LEFT INSIDE VEHICLE WARNING SENSORPORTABLE ELECTRONIC SENSOR TRAINER (PEST)PORTABLE PNEUMATIC WITH AUGMENTED REALITY TRAINING KITRADAS PENGUKUR KELAJUAN DIGITALREMOTE CONTROL TRASH COLLECTOR CATAMARAN BOATSPORTY SCARF OLEH HIJAB BYAUPGRADING MPS SORTING STATION TOWARDS INDUSTRY 4.0 USING IOT & HMIVEHICLE ROLL OVER ALERT SYSTEM (VRAS)

INSTITUSI

PMSPIS

PTSBPUOPUOPUOPUOPUOPUOPUOPUOPMSPMSPUOPUOPUOPUOPUOPPD

PMMPPDPIS

PSASPSAPSA

PSASPBSPSPPKK

POLIMASPOLIMAS

PISPKKPSP

PSASPTSBPTSBPSASPBDPSISPTSB

PSAS

SENARAIPRODUK PELAJAR

KLUSTERKejuruteraan Awam dan Senibina

BIL

BIL

4344454647

123456789

1011121314151617181920212223

242526272829303132

M/S

M/S

99100101102103

105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127

128129130131132133134135136

NAMA PRODUK

NAMA PRODUK

VIBRATION ACTIVATED DOOR LOCKING SYSTEME.R.S INKMOBILE SUSPENSION CHANGINGPELENTUR BESI MUDAH ALIHPROTOTYPE STEERING WHEEL FUNCTION WITH DIFFERENTIAL

FLEXIBLE TRASH TRAPi-EMERGENCY GRILL GLOWING ROAD LINES POWERED BY SOLAR PANEL WITH LEDKINETIC PEDESTRIAN ENERGY HARVESTING (KINEPED)TRASH TRAPROBOT PAINTER FOR ROAD KERBPROJEK REKABENTUK DAN PENGHASILAN AKINATIVE TABLEPAVING BLOCK BERALASKAN GETAH HYBRID ENVIRONMENTAL BRICKPAPAN PARTIKEL SABUT TEBU DAN HAMPAS TEBUAR LIFTEREKSA SMART RECYCLE BINTRANSFER AID DEVICEADJUSTABLE TOOLMOTORIZ BARROWTHERMOELECTRIC GENERATORSEA WATER PURIFIERAUTOMATIC WINDOW SMOKE DETECTORSMART SAFETY LOCKERPAINT ROLLER GUNROOFING EASY LADDER (REL)FIRE EXIT DETECTORSERAT SEMULAJADI SEBAGAI PENGGANTI PAD TELINGA DALAM EARMUFF INDUSTRIINNOVATED HAND AUGERPAM TANDAS BERSUMBERKAN AIR HUJANPUZZLE TRIANGLETRIPOD VESTCCM (CLEAN CULVERT MASTER)RAIN COVER FOR TOTAL STATIONMY ERGO.3.0MULTI BAGDD MORTAR SHOE 2.0

INSTITUSI

INSTITUSI

PBSKKSELAYANG

KKSPEKKBDAKKBDA

PPDPSMZA

PUOPUOPUOPUOPKK

PSMZAPSISPPDPKSPKKPKKPSASPSA

PSASPSASPSA

PSASPSAS

POLISASPSASPSIS

PSAPOLISAS

PTSBPTSBPTSBPTSB

KKSELAYANGPTSB

KKJEL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 11

PRODUK INOVASI PELAJAR 20191414

KLUSTERTeknologi Maklumat

BIL

12

3456789

1011121314151617

1819202122232425

2627282930313233

3435363738394041

M/S

138139

140141142143144145146147148149150151152153154

155156157158159160161162

163164165166167168169170

171172173174175176177178

NAMA PRODUK

EKSPLORASI TELE-MOBOTKOSWER PEMBELAJARAN INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN AUGMENTED REALITY @ ARCoV1PEMBANGUNAN PORTABLE EXTENDED INTERNET ACCESS (PEXIA)R-PHOTO RASPBERRY PI PHOTOWHIZ HOUSE: SMART ADBLOCKEREASY GO NIAGAE-COMMERCE WITH BLOCKCHAIN TECHNOLOGYE-MECHEMPLOYEE MANAGEMENT SYSTEM (EMS)FACE RECOGNITION SYSTEMFIRE AND GAS DETECTORFLEXZZ ENCRYPTIONIOT APPLICATION LAMP MONITORINGITN CAM APPLICATIONAPLIKASI i-TRAVEL CALCULATORLOCATION BASED NOTIFICATION FOR JTMK PUO USING GEOFENCE TECHNOLOGYAPLIKASI MY MASJIDAPLIKASI MYCASA XOKU SMART CARD PARKINGPROTOTYPE NETWORK FOR MULTIAREA OSPFRECYCLE AND REWARDING PLASTIC BOTTLE VENDING MACHINESMART ATTENDANCE DUMBLEDOORSMART TABUNGACCIDENT DETECTION AND TRACKING SYSTEM (AD-TRACSYS) MENGGUNAKAN TEKNOLOGI INTERNET OF THINGSVEHICLE TRACKING SYSTEMPORTABLE FLOOD DETECTOR SYSTEMSMART INVENTORY SYSTEMAUTOMATIC LIGHT SYSTEMSMART CITY: STREETLIGHT ENERGY SAVINGNETWORK MAPPING USING VRHANDICAPPED I-CARDSEMUASETTLE.COM-LAMAN SESAWANG BAGI AJEN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIKDRIVER DROWSINESS DETECTORTHIRD EYE (REMOTE STAFF MANAGING SYSTEM)AUTOMATIC CAT FEEDER WITH NOTIFICATIONSMART NAVIGATION BLIND STICKSHIP SIMULATION: BEAT THE OCEANAR ZOMBIESMY JAWIFIRE SIMULATION SIMS

INSTITUSI

KKGRIKKMT

KKSELANDARKKSEGAMAT2

KKPSAPMJPSAS

PMTGPSASPMJ

PMTGPUO

PMTGPSMZA

PKTPHTPUO

PHTPHTPKTPMJPUOPBUPMJ

KKSELANDAR

PKTPKT

POLIMASPSPPBUPSISPBU

POLISAS

PKSPBUPSPPSP

PMKLPMKLPSIS

PMKL

SENARAIPRODUK PELAJAR

BIL

4243444546474849505152535455565758

5960

M/S

179180181182183184185186187188189190191192193194195

196197

NAMA PRODUK

FRUITY MYOVER FLOODAR COLOURSMCDEQ BAKERY ORDERING SYSTEMSMART CAR PARKING SYSTEMATTENDANCE STUDENT USING RFIDVISUAL MOTOR SI APPLICATIONMEDICURE MEDICAL MACHINEAPLIKASI e-LI KKPSAPLIKASI VR TOUR UNTUK PEMBELAJARAN PANGKALAN DATABOARDPi-KITEZ7LAYER2WINIR REMOTE AUTOMATION DEVICEWILDLIFE ANIMALS AUGMENTED REALITYSMK PADANG KALA E-DISCIPLINE MANAGEMENT SYSTEMTADIKA DESA DAMAI E-LEARNINGUNSUPERVISED MACHINE LEARNING BASED NETWORK INTRUSION DETECTION SYSTEMUSIDO MANAGEMENT SYSTEMWHIZZM FLIP NOTE

INSTITUSI

PMKLPMKLPMKL

PBTPBTPBTPSPPBT

KKPSAKKJS

KKGRIKKMTPUOPUOPKT

PMTGPMJ

PMJPSAS

SENARAIPRODUK PELAJAR

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 13

PRODUK INOVASI PELAJAR 201916

SENARAIPRODUK PELAJAR

KLUSTERPelancongan dan Hospitaliti

BIL

123456789

1011121314151617181920212223

2425262728293031

M/S

199200201202203204205206207208209210211212213214215216217218219220221

222223224225226227228229

NAMA PRODUK

SAVENT ECO – FRIENDLY COASTERPROSPEROUS BPEELS NOSHBLUESKY KELUPISHERBA PILIS MODEN (PIMO HERBS)DE HACK WAXCUCA STORAGELUPINA EBANI’XFIBRAL DE’ COCO’S CRAFTKERBTEL HANDICRAFTSBREADFRUIT CORDIALPUMPKIN CRACKERSROJAK POWDER MIXCHOGO CREAMERAMLA AYURISM DRINKSWEET POTATO BUTTERKIUB KERABU YUMMYLICOUSMY TG KITBERADU D’DESABRILLIANT CB MAPJEJARI UMBUT KELAPA SAWIT DAN PEGAGASHRIMEE: SHRIMP SHELL NOODLEWRISTBAND FLOATING DEVICEFROM METRO TO MUADZAM AN INTEGRATED EDUTOURISM PILOT PROJECTCOCONUT DREGS NOODLESSAMBEE JAMUR TIRAMMALAY COMMUNITY (AR BOOKLET KIT)CEMPEDAK BERGEDILSMART BREATHABLE BANDAGEMARTABAK PIZZABATEKAT TRAVEL PILLOW NECKART ON FEET, SLIPPER BATIK TERENGGANU

INSTITUSI

PISPIS

PKKPMMPMBSPMBSPMBSPMBSPMBSPMKLPMKLPMKLPMKLPMKLPMKLPMKUPMKUPMKUPMKUPMKUPMKUPMKUPMKU

PMKUPMKU

PSISPSA

KKKLAKKTAWKKKLA

PHT

KLUSTERAgroteknologi dan Bio-Industri

KLUSTERTeknologi Makanan

BIL

BIL

123456789

10

11121314

1234567

89

10111213

M/S

M/S

231232233234235236237238239240

241242243244

246247248249250251252

253254255256257258

NAMA PRODUK

NAMA PRODUK

RACUN ORGANIK BAGI MENGAWAL SIPUT GONDANG EMAS (SGE)GREEN FISHBALLPIGMENTASI SISIK IKAN BETTADURIAN SKINTRAVELLA CUBELIVE FEED AUTO FEEDERALAT PENGGREDAN IKANBIO-CRACKERSMARTPHONE CONTROLLED AUTOMATIC FISH FEEDERRHINOCEROS BEETLE TRAPPER USING ECO SYSTEM SOUND, SMELL AND LIGHT FOR SMALL MEDIUM PALM OIL PLANTATIONSISTEM TERNAKAN BERTINGKAT LOBSTER AIR TAWARAUTOMATED WATER QUALITY MONITORING DEVICEFERRO-NUCIFERATHE CHICK’S SATA

AROMA KIUB SERAIDURIAN SEEDSKEREPEK NANASSERUNDING RUMPAI LAUTSERUNDING UDANGSMART FOOD HEATERPENGGUNAAN KULIT UBI KAYU SEBAGAI PENGGUMPAL BANTUAN DALAM PENGHASILAN TAUHUCRISPY COCONUT SNACKJEM JERAMI NANGKAKEMILI FLOURPASTA KULIT BUAH NAGASOS CILI PETAISOS CILI UDANG KERING

INSTITUSI

INSTITUSI

PJKPJKPJK

PMMPHTPSSPJKPJKPJK

PMM

PSSPSS

KKMTPHT

PSAPTSBPSA

PMKUPTSBPMMPKS

KKJELKKPSAKKSPEKKPSAKKPSAKKPSA

SENARAIPRODUK PELAJAR

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 15

PRODUK INOVASI PELAJAR 201918

KLUSTERPerkhidmatan

BIL

123456789

101112131415161718192021

22

M/S

271272273274275276277278279280281282283284285286287288289290291

292

NAMA PRODUK

SELF LEARNING: MOBILE NOTES V2.1BUMC-ARMUSHQUEENSERUNDING JANTUNG PISANGQR UNIEASY SHOPPING BAGMAYO TASTE HERITAGETHREE TICKETS TO MERSING ARCHIPELAGOFLEXIBLE POWER CLEANCHARLIE REPELLENTELAUNDRY LAYOUT DOBI DR. CLEANRAK LCD MUDAH ALIHI-TRACKING SYSTEMWARESOLMAGIC LIGHTSEZ HAJJTROLI RODA 3 (TR3)TABLE ETIQUETTE SIMULATOREZ BMC BLOCKSSL MODEL CURVEKUR’MINT SOAP DAN PUFF MANDIAN LOOFAHSAFETY LAYOUT IN SEMICOND AT CELESTICA ELECTRONICS (M) SDN BHDSTUDENTS’ REFLECTION JOURNAL

INSTITUSI

PPDPUOPSAPPDPKKPKK

PMKUPSAPSPPSPPSP

PMJBPMJB

KKSELANDARKKKLAKKSEG

KKJSKKPGKKPGKKSPEPMJB

PMS

SENARAIPRODUK PELAJAR

KLUSTERRekabentuk dan Komunikasi Visual

BIL

123456789

10

M/S

260261262263264265266267268269

NAMA PRODUK

AIR COOLERBAG USED MATERIALDECKER SHOE RACKEZ BMC BLOKSFANTASY CHESS MUNCHERSMIRACLE BASKETMULTITABLE KINDERGARDEN PROMOTIONAL KIT FOR MADREVERSATILE FAN BLADE CLEANERMINUMAN BERKOTAK TANPA STRAW

INSTITUSI

KKBDAKKPG

KKSEGAMAT2KKPG

KKSELAYANGKKPG

KKBPENAWARPMSPMKPTSB

KLUSTER

Kejuruteraan Elektrikdan Elektronik

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 17

PRODUK INOVASI PELAJAR 201920

PH METER ALTERNATIFPoliteknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PRODUK PH Meter Alternatif merupakan aplikasi yang digunakan untuk mengukur nilai pH air di dalam akuarium dan dihubungkan dengan menggunakan capaian Internet of Things (IoT). Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membantu penternak memantau nilai pH dan suhu air kolam dari semasa ke semasa tanpa perlu berada di kawasan kolam sepanjang masa. Dalam penternakan akuakultur, hasil ternakan bergantung kepada ciri air kolam akuakultur. Manakala bacaan meter menunjukkan pengukuran nilai pH dan kelembapan suhu. Produk ini dibangunkan untuk memantau nilai pH kolam aqua menggunakan rangkaian pengesan jaringan tanpa wayar.

PENYATAAN MASALAH Ternakan udang di Malaysia adalah merupakan satu bidang yang mempunyai potensi dan menghasilkan keuntungan yang lumayan sekiranya pengurusan ternakan berjaya. Banyak pendapat mengatakan bahawa menternak udang ini adalah mudah dan hanya memerlukan modal untuk melaksanakannya, namun begitu ada penternak udang galah yang pernah dilaporkan mengalami kerugian besar. Salah seorang penternak udang, Mohd Sulaiman Umar, 31, pernah mengalami kerugian besar yang mencecah ribuan ringgit akibat daripada ancaman bakteria

Nama Penyelia: Mahdzir bin Jamia’anNo Hp : 0197799314

Email : [email protected]

yang hidup dalam keadaan air yang tidak terkawal selain daripada ancaman memerang yang memakan udangnya. Menurutnya, kaedah yang digunakan sama seperti di negara maju yang dapat mengekang masalah ancaman bakteria selain perubahan air terkawal untuk membolehkan kadar hidup tinggi dan pembesaran udangnya terjamin. Namun begitu, terdapat masalah lain seperti pemantauan nilai pH dan suhu yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

CIRI-CIRI PRODUK i. Element IoT digunakan bagi memantau nilai pH

pada kolam ikan dan akuarium. ii. Mikro Pengawal ESP 32 digunakan bagi

memproses data yang diperolehi dari prob pH. iii. Dengan menggabungkan elemen IoT, data

dihantar ke server dan dianalisis menggunakan Node Red dan dipaparkan melalui MQTT.

IMPAK PRODUK i. Penambahsuaian pH meter biasa ke pH meter

alternatif memudahkan penternak memantau pH dan suhu dari jarak jauh.

ii. Memajukan sistem/aplikasi berasaskan IoT bagi membantu meningkatkan kualiti penternakan udang.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 21

SMART CHARGING CENTERPoliteknik Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PRODUK Smart Charging Center adalah projek yang menerapkan konsep teknologi terkini menggunakan rangkaian Internet of Things (IoT). Rangkaian IoT ini membolehkan peranti berkomunikasi antara satu sama lain melalui capaian internet dan dapat dipantau dan dikendalikan dari jarak jauh. Selain itu, dengan penerapan IoT untuk projek ini, data seperti identiti pengguna yang menggunakan stesen pengecasan ini serta masa ia digunakan dapat dirakam dan boleh dilihat melalui telefon bimbit.

PENYATAAN MASALAHJumlah kehilangan telefon bimbit semakin meningkat dan membimbangkan dewasa ini. Di masjid terutamanya kita sering mendengar berita kehilangan telefon bimbit para jemaah yang datang akibat terlupa, tertidur ataupun mungkin dicuri ketika bersolat. Mereka mungkin meletakkan telefon bimbit ketika bersolat dan tanpa disedari telefon tersebut telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

CIRI-CIRI PRODUKi. Pengecas yang diubah suai dengan menyentuh

kad Radio-frequency identification (RFID) dan

Nama Penyelia: Wan Mohd Zamri bin Wan Ab. RahmanNo Hp : 0199085308Email : [email protected]

sistem kunci pendahuluan atau peningkatan khas di satu tempat untuk mengecas telefon.

ii. Sistem ini akan dikuasakan oleh Arduino Uno dan buzzer akan dibunyikan apabila seseorang cuba mencuri telefon.

iii. Dengan Modul Global System for Mobile communication (GSM) memperluas skop mereka dan meningkatkan bidang aplikasi ke tahap yang lebih luas.

iv. Infrastruktur GSM telah digunakan di banyak negara dan dapat digunakan sebagai komunikasi melalui isyarat yang diterima yang ditangkap oleh mesin jarak jauh.

IMPAK PRODUKi. Kesan daripada projek ini adalah untuk

mengurangkan kes kehilangan telefon bimbit yang dicuri semasa mengecas di tempat awam.

ii. Ia juga mudah dikesan jika seseorang ingin mencuri telefon bimbit ketika dicas dan ia akan menjadikan telefon bimbit dapat disimpan dengan selamat.

iii. Projek ini dapat membantu keselesaan dalam urusan harian.

iv. Projek ini dibangunkan untuk mengelakkan kecurian dan kerosakan telefon bimbit ketika mengecas

PRODUK INOVASI PELAJAR 201922

SMART DOORPoliteknik Mersing

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PRODUK Produk ini dibangunkan bertujuan untuk mengetatkan lagi pintu hadapan agar lebih selamat. Hal ini adalah kerana pintu depan merupakan pintu utama untuk seseorang masuk dan keluar. Pintu hadapan memerlukan keselamatan yang terjamin bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan. Sebagaimana yang diketahui, kes pencerobohan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, projek ini merupakan langkah untuk membendung masalah ini.

PENYATAAN MASALAH Kestabilan dan ciri-ciri pintu sesebuah bangunan menjadi elemen utama agar menjamin keselamatan aset dalam bangunan tersebut. Permasalahan daripada aspek merapatkan pintu hadapan dalam makmal menjadi isu yang dibincangkan berikutan masih terdapat kes pencerobohan. Mesej atau pesanan yang tidak dapat disampaikan kepada pemilik bangunan dan kesukaran dalam memberikan akses bagi membuka pintu juga menambah lagi isu kestabilan serta keselamatan pintu bangunanmasalah ancaman bakteria selain perubahan air terkawal untuk membolehkan kadar hidup tinggi dan pembesaran udangnya terjamin. Namun begitu, terdapat masalah lain seperti pemantauan nilai pH dan suhu yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

Nama Penyelia: Salhasmidah binti SuleimanNo Hp : 0197755437

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Smart Door ini merupakan satu inovasi yang

lengkap dengan pelbagai jenis barangan seperti buzzer, lampu led, keypad, pengesan cap jari sensor dan GSM.

ii. Ia memberikan impak yang positif melalui penggunaan keypad, pengesan cap jari sensor, buzzer, lampu led dan GSM.

iii. Finger print sensor ini boleh dimasukkan sebanyak 127 cap jari pengguna.

iv. Sesuai digunakan bagi keluarga yang besar. v. Papan kekunci ini adalah sistem kedua yang

menjadi sokongan kepada pengesan cap jari jika cap jari mempunyai masalah.

IMPAK PRODUK i. Produk ini sesuai diletakkan di pintu hadapan

seperti pintu utama rumah, pintu utama pejabat dan lain-lain.

ii. Pintu ini memudahkan pengguna untuk memantau keselamatan.

iii. Alat ini akan menghantar mesej kepada pengguna jika berlaku sebarang pencerobohan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 23

BLUETOOTH CONTROL CAR JACKPoliteknik Mersing

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Bluetooth Control Car Jack digunakan untuk mengangkat kenderaan semasa keadaan kecemasan. Peranti yang menggunakan pengangkat jenis mekanikal ini digunakan untuk mengangkat peralatan yang berjisim tinggi, komponen pada kereta untuk membolehkan penyelenggaraan kenderaan atau baik pulih kenderaan. Walau bagaimanapun, pelbagai jenis pengangkat kereta telah dihasilkan bagi mengatasi masalah semasa kerosakan tayar. Walaupun terdapat manual menukarkan tayar pancit, ia masih tidak dapat membantu warga emas atau Orang Kelainan Upaya (OKU) disebabkan ia memerlukan kerja fizikal yang boleh meningkatkan potensi penyakit tulang belakang.

PENYATAAN MASALAH Peranti pengangkat kereta di pasaran, memberikan kesukaran kepada warga emas, wanita dan OKU untuk menggunakanya kerana ia memerlukan operator berada dalam kedudukan membongkok atau mencangkung untuk mengendalikanya. Tambahan pula, dari aspek ciri keselamatan ia tidak mempunyai pengunci atau beam tambahan untuk memastikan beban kereta dapat diangkat dengan stabil. Selain itu, jek (jack) kereta sedia ada agak besar, berat dan untuk disimpan, diangkat atau digerakkan kepada kedudukan yang diperlukan semasa pengendalian kenderaan.

Nama Penyelia: Kamarul Ariff bin Abu MansorNo Hp : 077980001Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Mampu menampung bebanan di bawah 1080 kg

(Kancil 700 kg, Model Proton Saga dan Model Proton Wira).

ii. Sesuai untuk individu normal dengan menggunakan kuasa kereta dalaman dengan 12Volt.

IMPAK PRODUK i. Bluetooth Control Car Jack mempunyai

paparan Printed Circuit Board (PCB) dan ia mempercepatkan proses baikpulih.

ii. Memberi kesan terhadap trek konduktif, pad dan ciri-ciri lain yang disambungkan dari satu atau lebih lapisan lembaran tembaga yang dijanakan antara lapisan lembaran non-konduktif.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201924

CAR POWER WINDOW DETECTORPoliteknik Mersing

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Pengesan air hujan berfungsi menutup tingkap secara automatik sekiranya mengesan air hujan. Sensor Infrared pula adalah untuk mengesan objek yang bergerak melaluinya dan menghidupkan motor bagi menutup cermin kereta serta merta secara automatik. Projek inovasi ini membolehkan pengguna menutup tingkap dari jauh dengan menggunakan remote control.

PENYATAAN MASALAH Suhu di dalam kereta sangat panas jika diletakkan di kawasan parking yang tidak berbumbung. Keadaan ini juga boleh merosakkan peralatan elektronik dan aksesori kereta. Kebanyakan pemilik kereta menyelesaikan masalah kepanasan dalam kereta dengan membuka sedikit tingkap untuk pengaliran sistem pengudaraan dari luar. Hal ini boleh menimbulkan masalah apabila hujan. Risiko kereta untuk dicerobohi juga sangat tinggi. Tingkap kereta yang dibiarkan terbuka boleh menyebabkan kereta dimasuki oleh air jika hujan atau kecurian kereta.

Nama Penyelia: Zulhazmi bin KassimNo Hp : 0199315071

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Projek ini adalah inovasi yang menggunakan

sistem pengesan sensor infrared dan pengesan air.ii. Sensor ini secara automatik menutup tingkap

kereta apabila mengesan air hujan atau objek sekitar 4 hingga 6 saat.

iii. Inovasi ini mempunyai buzzer yang secara automatik akan berbunyi apabila mengesan objek di tingkap kereta.

IMPAK PRODUK Memupuk budaya mereka cipta dan menyelesaikan masalah pada agensi.i. Produk menggalakkan pengguna menjaga

keselamatan diri dan kereta.ii. Memupuk minat dalam bidang penulisan ilmiah.iii. Pendedahan agensi kepada IoT Fourth Industrial

Revolution (IR 4.0).

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 25

SMART STARTER CONTROLPoliteknik Mersing

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Direct Online Starter (DOL) digunakan sebagai sebagai suis untuk menghidupkan dan mematikan sesuatu beban elektrik seperti pump, motor, penghawa dingin dan sebagainya. Kawalannya adalah secara manual di mana pengguna perlu pergi ke panel kawalan untuk menghidupkan dan mematikan beban. Blynk merupakan satu capaian platform IoT dimana aplikasinya boleh digunakan pada telefon pintar untuk mengawal dan memantau (monitor) peralatan dari jauh dengan menggunakan talian internet.

PENYATAAN MASALAH Kerap berlaku pengguan menghadapi kesukaran dalam menghidupkan (on) dan mematikan (off) beban elektrik dari telefon pintar secara konvensional dan masalah dalam mengawal status (On, Off dan Trip) beban elektrik dari telefon pintar serta kelemahan mendapatkan notifikasi (On, Off dan Trip) beban elektrik dari telefon pintar.

Nama Penyelia: Ruslaimi bin Abd KadirNo HP : 0129885310Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Projek inovasi yang dibangunkan ini adalah

menggabungkan komponen IoT ke dalam panel kawalan DOL bagi membolehkan pengguna mengawal dan monitor beban elektrik dari telefon pintarnya.

ii. Komponen Internet of things (IoT) yang digunakan ialah Nodemcu (Esp8266) dan aplikasi Blynk.

IMPAK PRODUK i. Projek inovasi ini boleh dikomersialkan bagi

kegunaan pengguna di semua sektor yang memerlukan kawalan beban elektrik dari jarak jauh.

ii. Sebagai contoh dalam bidang pertanian, petani tidak perlu pergi ke tapak tanamannya untuk proses penyiraman hanya mengawal pump dari rumahnya menerusi telefon pintarnya.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201926

PORTABLE TRAFFIC LIGHTPoliteknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Portable Traffic Light ini direka untuk mengawal aliran lalu lintas semasa kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya dijalankan melalui kedua-dua arah aliran trafik. Di mana, kaedah konvensional beberapa orang penjaga bendera diperlukan untuk mengawal aliran lalu lintas di jalan raya dari kedua-dua arah. Sistem yang dibangunkan ini berfungsi secara automatik untuk mengawal aliran lalu lintas dengan cekap dan lancar pada sebarang cuaca.

PENYATAAN MASALAH i. Kemalangan dan kecuaian sering berlaku

kepada pekerja penyelangaraan jalan raya akibat kecuaian manusia, faktor cuaca dan bekerja pada waktu malam.

ii. Mengawal aliran trafik ketika kerja-kerja penyelengaraan melibatkan kos yang tinggi untuk membayar gaji pekerja.

iii. Risiko berlaku kemalangan kepada penjaga bendera sekiranya cuaca buruk berlaku seperti hujan dan rebut petir kerana pandangan pemandu jadi kabur.

Nama Penyelia: Yasin bin YusoffNo HP : 0199343018

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Alat ini ini menggunakan Lampu Isyarat Mudah

Alih menggunakan dua lampu led iaitu merah dan hijau yang berfungsi sebagai master dan slave.

ii. Sistem ini di kawal menggunakan litar arduino nano serta berkomunikasi menggunakan frekuensi radio RF433. Tripod tiga kaki dibuat dari keluli digunakan untuk menyokong lampu supaya kedudukannya stabil dan tahan lasak serta sesuai diletakkan di semua jenis keadaan permukaan jalan.

IMPAK PRODUK i. Produk yang dibangunkan ini dapat menjimatkan

kos pembayaran gaji pekerja.ii. Produk ini dapat mengelakkan risiko berlaku

kemalangan kepada pekerja sekiranya berkerja pada waktu malam atau keadaan cuaca buruk.

iii. Mudah dibawa, tahan lasak dan boleh dipercayai.iv. Kos penyelengaraan yang rendah.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 27

STATIONERY VENDING MACHINE USING RFID CARD Politeknik Port Dickson

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Produk ini dibangunkan sebagai memenuhi keperluan pelajar dan pensyarah bagi mendapatkan alat tulis dengan cepat dan mudah pada bila-bila masa tanpa menggunakan tanpa memerlukan transaksi tunai. Penggunaan RFID card sebagai salah satu kaedah bayaran adalah untuk menggalakkan cashless society di kalangan warga politeknik.

PENYATAAN MASALAH Pelajar dan pensyarah politeknik mengalami kesukaran untuk mendapatkan alat tulis dengan cepat disebabkan jarak kelas atau pejabat yang jauh daripada kedai runcit atau koperasi. Mereka juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan alat tulis pada masa tertentu disebabkan ketiadaan kedai yang beroperasi di luar waktu pejabat di dalam kampus politeknik.

Nama Penyelia: Fauziah binti Che MatNo Hp : 0195784161Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Vending Machine yang dibangunkan mempunyai

dua slot untuk 2 jenis alat tulis. ii. Menggunakan sistem RFID untuk menggantikan

pembayaran secara tunai. iii. Vending machine akan ditempatkan di kawasan

yang sesuai seperti di kawasan bilik kuliah dan dewan peperiksaan.

IMPAK PRODUK i. Dengan penghasilan produk ini, akan

memudahkan pensyarah dan pelajar mendapatkan alat tulis dengan mudah dan cepat.

ii. Ia juga dapat menggalakkan budaya cashless society di politeknik.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201928

SAFETY BABY CAR SEATPoliteknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Kemalangan boleh berlaku dari pelbagai keadaan sama ada disebabkan oleh kecuaian manusia ataupun masalah teknikal. Pembangunan projek ini adalah mengetengahkan idea yang sesuai untuk menjaga keselamatan bayi di dalam kereta dan cara penggunaanya. Sistem yang dibangunkan ialah dengan menggunakan limit switch, Arduino Uno dan perkakas asas yang lain untuk membuat penyambungan serta limit switch digunakan untuk mengenalpasti kehadiran objek. Oleh demikian, sebarang kehadiran objek, penggera akan beri amaran kepada ibu bapa. Kaedah ini digunakan kerana ada ibu bapa yang perlu menghantar anak mereka dan dalam waktu yang sama mereka bergegas untuk pergi ke tempat kerja.

PENYATAAN MASALAH Kajian ini dikembangkan berdasarkan kadar kes kematian kanak-kanak dan kecuaian ibu bapa yang meninggalkan atau terlupa anak mereka berada di dalam kereta. Kecuaian ini boleh mengundang kecelakaan dan paling serius boleh menyebabkan berlakunya kematian. Segelintir ibu bapa ada yang tidak sedar akan kehadiran anak mereka bersama di dalam kereta.

Nama Penyelia: Maslizah binti MunahdarNo Hp : 0126863635

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Sistem yang dibangunkan ini mudah untuk

diaplikasikan.ii. Harga untuk memasang sistem ini adalah sangat

berpatutan.iii. Sistem yang praktikal untuk digunakan.iv. Menggunakan limit switch, Arduino Uno

dan perkakas asas yang lain untuk membuat penyambungan.

IMPAK PRODUK i. Mampu meningkatkan pengesanan kehadiran

bayi di dalam kereta dengan pantas.ii. Dapat mengurangkan risiko kecerderaan pada

kanak-kanak.iii. Produk yang mesra alam dan memberi

kemudahan kepada ibu bapa yang sibuk bekerja setiap hari.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 29

WALL CLIMBING ROBOTPoliteknik Seberang Perai

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Projek ini dibangunkan bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja seperti mencuci habuk atau sesawang di bahagian dinding yang agak tinggi. Robot ini berupaya memanjat dinding yang tinggi dengan menggunakan alat kawalan jauh. Keupayaan robot ini memanjat dinding dengan menggunakan kekuatan motor yang menyedut dan mampu melaksanakan operasi mencuci di setiap laluan robot dan kawasan yang sukar dicapai di dinding. Selepas melaksanakan operasi pembersihan, robot ini akan kembali ke bawah.

PENYATAAN MASALAHMelaksanakan operasi pembersihan sesawang atau habuk di kawasan yang tinggi terutamanya di bahagian bumbung dan dinding agak sukar dilakukan terutamanya jika melibatkan individu yang rendah dan memerlukan peralatan tambahan seperti tangga dan alatan lain. Sesetengah individu agak takut dan gementar apabila perlu memanjat tempat yang tinggi walaupun menggunakan tangga bagi melaksanakan kerja-lerja pembersihan. Hal ini sekali gus menghadkan kemampuan individu untuk melaksanakan kerja-kerja di kawasan yang berisiko tinggi.

Nama Penyelia: Amir bin Abu BakarNo Hp : 0194365007Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Robot yang dibangunkan ini adalah kombinasi

perkakasan elektronik dan bahasa pengaturcaraan C. Kombinasi perkakasan adalah seperti Papan Litar Arduino Nano, Litar Bluetooth, dan Litar Brushless dan DC Motor.

ii. Robot ini beroperasi menggunakan bekalan kuasa 11.1V untuk mengoperasi litar motor.

iii. Arduino Nano digunapakai untuk mengendalikan litar motor dan litar kawalan jauh.

iv. Litar kawalan jauh digunakan untuk menggerakkan motor agar robot ini mampu dikendali dengan baik.

IMPAK PRODUKi. Wall Climbing Robot berpotensi untuk memanjat

dinding yang tinggi untuk menjalankan kerja pembersihan berdasarkan kawalan yang dilakukan.

ii. Keupayaan mencuci habuk dan sesawang di tempat yang tinggi amatlah dikagumi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201930

ALL-IN-ONE GENERATORPoliteknik Seberang Perai

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK All-in-one Generator merupakan satu generator mudah alih yang merangkumi pelbagai kegunaan. Menggunakan teknologi berasaskan produk Pulcro, All-in-one Generator adalah kaedah penjanaan kuasa yang menggunakan hanya 12Volt motor yang tidak menggunakan minyak sebagai sumber tenaga elektrik. Projek ini menerangkan kajian kitar semula tenaga untuk mencapai kebolehgunaan dan mesra alam (tiada bahan api). Sistem kitar semula berlaku apabila elektrik keluar dari motor ke bateri dan kembali ke motor. Penjana yang diperbuat daripada komponen mudah untuk komponen asas ialah 12V DC motor, bateri dan transformer.

PENYATAAN MASALAH Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk penjanaan elektrik, seperti tenaga kimia (nuklear), tenaga solar, tenaga angin dan kuasa hidroelektrik. Kaedah penjanaan tenaga generasi ini telah lama digunakan dalam kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, penggunaan penjana elektrik menggunakan motor biasanya menggunakan minyak dan tidak mesra alam. Pembakaran yang terhasil untuk memacu motor akan menyebabkan pelepasan gas toksik daripada petrol, diesel, propana gas asli. Ini akan menjadikan penjana tidak sesuai

Nama Penyelia: Nur Alina Zureen binti RosliNo Hp : 0194464321

Email : [email protected]

ditempatkan di dalam rumah. All-in-one Generator adalah kaedah penjanaan kuasa tanpa minyak sebagai sumber tenaga elektrik.

CIRI-CIRI PRODUK i. Projek ini menerangkan kajian kitar semula

tenaga untuk kebolehgunaan dan mesra alam (tiada bahan api).

ii. Sistem kitar semula berlaku apabila elektrik keluar dari motor ke bateri dan kembali ke motor.

IMPAK PRODUK i. Membantu dalam menghasilkan produk ke arah

sumber tenaga boleh diperbaharui dan mampan (renewable and sustainable energy source).

ii. Hasil ujikaji yang dijalankan didapati penjana kitar semula elektrik berkesan untuk penggunaan komponen elektronik.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 31

SMART LOCKER DEVICEPoliteknik Kuching

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Locker atau almari tempat penyimpanan barang merupakan satu alat yang semakin diperlukan pada hari ini. Locker boleh dibahagikan bergantung kepada keperluan seperti locker rumah, asrama, pejabat, locker awam dan banyak lagi yang digunakan untuk memudahkan pengguna. Keselamatan locker merupakan satu faktor yang amat perlu dititikberatkan disamping mudah dicapai oleh pengguna. Locker lama yang sedia ada perlu menggunakan kunci atau kod rahsia yang perlu dimasukkan pada papan kekunci di pintu locker tersebut dan ini memerlukan pengguna berada pada tempat locker mereka berada.

PENYATAAN MASALAH Keselamatan adalah perhatian utama semua orang. Semua orang mahu menyimpan barang berharga mereka di tempat yang selamat. Locker sedia ada memerlukan pengguna berada berdekatan locker semasa proses membuka dan mengunci (lock dan unlock) locker mereka. Pengguna tidak mendapat notifikasi jika locker mereka di kunci (lock) atau dibuka (unlock) oleh individu lain. Dengan menggunakan sistem ini, pemilik boleh mengakses locker mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa keraguan tentang keselamatan locker tersebut.

Nama Penyelia: Shahida binti NordinNo Hp : 0196020768Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk ini menggunakan frekuensi GSM

(Global System for Mobile communication) tanpa pendawaian (Wireless) dan SIM Card pula digunakan untuk mengaktifkan frekuensi GSM tersebut.

ii. Pemilik perlu memasukkan kod keselamatan yang telah disetkan dan menghantar ke nombor SIM pada sistem locker dan satu notifikasi short message service (SMS) akan dihantar untuk memberitahu locker telah di unlock atau sebaliknya di lock.

iii. Menggunakan maksimum 10 digit password yang disetkan pada programming.

IMPAK PRODUK i. Tidak melibatkan kos yang tinggi dan mampu

milik oleh pelbagai lapisan masyarakat.ii. Memudahkan pemilik sebagai contoh jika

mereka tiada di rumah dan surat atau barang berdaftar perlu dihantar ke rumah mereka, mereka hanya perlu unlock locker mereka dan penghantar barang boleh meletakkan barang tersebut dan pemilik boleh lock semula locker mereka dari mana sahaja mereka berada.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201932

MONITORING AND CONTROLLING AGRICULTURE SYSTEM USING IOT APPLICATIONPoliteknik Melaka

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Sistem yang dibangunkan menggunakan konsep Internet of Thing (IoT) yang membolehkan para petani menggunakan pelbagai teknik seperti ketepatan dan pertanian lestari untuk menghadapi cabaran di ladang. Rangkaian sensor tanpa wayar digunakan untuk memantau keadaan ladang dan pengawal mikro digunakan untuk mengawal dan mengautomasikan proses kerja ladang. Untuk memantau dan mengawasi keadaan dari jauh menerusi telefon pintar iaitu imej dan video, kamera wireless telah digunakan.

PENYATAAN MASALAH Salah satu masalah yang dikenalpasti ialah pasaran pertanian menghendaki bekalan yang berkualiti dan kuantiti secara konsisten, tambahan, ladang-ladang tanaman di Malaysia masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak sistematik. Tanaman memerlukan penjagaan yang rapi seperti kelembapan suhu, nutrisi, air dan udara perlu sentiasa di pantau oleh petani dari masa ke semasa untuk mengelakkan tanaman yang mudah layu, pembesaran terbantut dan di serang penyakit. Selain itu, kelemahan kaedah tradisional ialah petani tidak dapat menilai keadaan semasa dengan hanya pemerhatian secara kasar.

CIRI-CIRI PRODUK i. Terdiri daripada dua bahagian utama iaitu

Nama Penyelia: Mohd Aly Rajaie bin HalimNo Hp : 0129685556

Email : [email protected]

bahagian pertama ialah sistem sensor, yang terdiri daripada sensor pengesahan suhu dan kelembapan, sensor pengesanan hujan, sensor paras air, sensor pengesanan jarak dan bahagian kedua sistem kawalan, ianya merangkumi sistem penyiraman automatik kepada pertanian.

ii. Dua jenis arduino yang digunakan adalah Arduino Mega, dan juga Arduino Node MCU (untuk IoT).

iii. Arduino Mega digunakan sebagai kawalan kepada sensor-sensor yang digunakan serta kawalan kepada penyiraman air.

iv. Arduino Node MCU pula, ianya digunakan sebagai medium penghantaran data Arduino Mega kepada telefon pengguna.

v. Data ini di gunakan untuk memantau keadaan tumbuhan secara terus dengan menggunakan aplikasi Blynk.

IMPAK PRODUK i. Produk ini menggunakan sistem IoT bagi

memantau secara berkala data-data seperti tahap kelembapan tanah dan tahap pembesaran tumbuhan.

ii. Menjimatkan masa kerana ia dilengkapi dengan sistem kawalan pam air (water pump) dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

iii. Mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti pertanian tradisional.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 33

TEMPAT WUDHU AUTOMATIKPoliteknik SultanAbdul Halim Mu`adzam Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Berwuduk menjadi syarat mutlak bagi seorang muslim yang mahu mengerjakan ibadah solat 5 waktu dan beberapa kegiatan bagi umat Islam yang diwajibkan bersuci atau wuduk terlebih dahulu. Tujuan utama projek ini adalah untuk menyediakan tempat mengambil wuduk secara lebih efisien untuk pesakit dan Orang Kurang Upaya atau OKU. Projek ini adalah untuk memudahkan pesakit mengambil wuduk untuk melaksanakan ibadah solat. Selain daripada itu, ianya menjimatkan penggunaan air serta mengelakkan pembaziran. Seterusnya, projek ini juga berupaya mengelakkan pesakit daripada tergelincir disebabkan keadaan lantai yang licin semasa mengambil wuduk.

PENYATAAN MASALAH Pada masa kini, kebanyakan pesakit / OKU tidak dapat berwuduk dengan sendiri apabila mereka hendak menunaikan solat. Selain itu, pesakit di hospital menggunakan air dengan banyak dan menyebabkan pembaziran. Di samping itu, pesakit juga mengalami kesukaran untuk bergerak ke tandas untuk mengambil wuduk. Oleh itu, kami membuat penyelesaian masalah ini dengan mereka bentuk teknologi mengambil wuduk untuk orang sakit/ OKU di hospital.

Nama Penyelia: Irma Suryani binti Abu BakarNo Hp : 0124605216Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Pesakit/OKU adalah golongan sasaran yang

boleh menghasilkan kan produk ini.ii. Ia dapat mengurangkan beban petugas hospital

dan jururawat ketika membantu pesakit berwuduk.

iii. Pengguna (pesakit/OKU) boleh menukar posisi pili air mengikut kesesuaian.

iv. Air pili hanya mengalir ketika pengguna meletakkan tangan mereka di bawah pili.

v. Lebihan air berwuduk akan mengalir ke dalam bekas yang disediakan.

vi. Peralatan utama produk ini adalah Arduino Uno, Relay 4x5V, IR sensor, motor pump 12V dan pili air.

IMPAK PRODUK i. Teknologi produk ini penting dalam membantu

pesakit/OKU menyempurnakan wuduk. ii. Tambahan pula, ia dapat menjimatkan kos

penggunaan air. Fungsi utama produk ini adalah untuk membantu pesakit/OKU mengambil wuduk.

iii. Teknologi yang digunakan ini dapat meningkatkan lagi kualiti kemudahan di hospital.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201934

INSECTICIDAL CONTROL SYSTEMFOR HARUMANISPoliteknik Sultan Abdul Halim

Mu`adzam Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Mangga Harumanis merupakan satu hasil pertanian yang boleh menjana pendapatan yang tinggi. Tanaman ini sesuai ditanam di kawasan yang beriklim panas seperti di Perlis dan utara Kedah dan berbuah di sekitar bulan Jun. Harga harumanis yang berkualiti tinggi boleh mencecah hingga RM40 sekilogram. Namun begitu, ia memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan hasil yang berkualiti. Ini termasuk proses membaja dan meracun mengikut jadual yang tertentu. Projek ini merupakan perlaksanaan satu sistem yang direka untuk memudahkan pekebun-pekebun pokok harumanis untuk meracun serangga di kebun harumanis mereka.

PENYATAAN MASALAH Serangga perosak sentiasa menyerang pokok harumanis. Proses penyemburan racun serangga perosak pokok harumanis masih melibatkan tenaga manual. Ini membawa kepada pembaziran wang untuk mengupah tenaga kerja. Tambahan pula, proses meracun perlu diadakan pada selang masa tertentu mengikut pertumbuhan pokok dan musim. Penggunaan tenaga manual juga mengambil masa yang lama. Pekerja yang menjalankan kerja penyemburan racun serangga perosak juga terdedah kepada titisan bahaya racun serangga perosak yang biasanya dalam bentuk cecair.

Nama Penyelia: Azniza binti ZainulNo Hp : 0194795816

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Masa untuk menyembur racun serangga dapat

diaturkan dengan memasukkan data ke dalam aturcara yang mengawal pengawal mikro Arduino Mega.

ii. Projek ini juga dapat mengesan paras racun serangga yang berada di dalam tong yang diisi racun.

iii. Apabila paras racun serangga yang berada di dalam tong racun tersebut kurang, maka pengesan ultrasonic akan menghantar isyarat melalui telefon bimbit.

iv. Tuan rumah boleh mematikan elektrik dengan menggunakan aplikasi Blynk dari luar sekiranya pemilik rumah terlupa mematikan elektrik semasa keluar.

IMPAK PRODUK i. Projek ini berupaya membantu para pengusaha

ladang harumanis yang semakin meningkat ini untuk menyembur racun serangga secara menyeluruh serta dapat menjimatkan masa untuk menyembur racun serangga.

ii. Di samping itu, ia dapat mengurangkan pendedahan para pekerja ladang kepada racun serangga perosak yang memudaratkan kesihatan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 35

AUTOMATION DOOR LOCK SYSTEM USING ARDUINO Politeknik Sultan Abdul Halim

Mu`adzam Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Kebanyakan sistem yang dibangunkan seperti sistem terbenam, rangkaian sensor tanpa wayar, sistem kawalan, automasi (termasuk rumah dan automasi bangunan), dan lain-lain kesemuanya menjurus ke arah platform teknologi pintar Internet of Things (IoT). Sistem automasi rumah akan mengawal pencahayaan, iklim, sistem hiburan, dan peralatan. Ini mungkin juga merangkumi keselamatan rumah seperti kawalan akses dan sistem penggera. Apabila dihubungkan dengan Internet, peranti rumah akan menjadi komponen penting dalam IoT.

PENYATAAN MASALAH Penggunaan sistem kunci pintu konvensional memerlukan kunci untuk membuka pintu. Masalah yang timbul apabila penghuni rumah kerap terlupa untuk mengunci pintu dan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kehilangan kunci ataupun kecurian. Sistem ini dapat menyelesaikan masalah pintu rumah yang tidak dikunci. Ditambah lagi, apabila peralatan elektrik seperti lampu tidak dimatikan, arus elektrik sentiasa berjalan akan mengakibatkan bil elektrik meningkat melebihi jangkaan.

Nama Penyelia: Siti Aishah binti HanisNo Hp : 0136138411Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Ia dikendalikan secara manual atau automatik. ii. Peralatan yang digunakan dalam projek ini ialah

Arduino Uno, Relay, Keypad, Solenoid, NodeMcu ESP8266, LCD, Electric Distribution Box dan Switch.

iii. Tuan rumah diminta memasukkan kata laluan yang diperolehi sebelum memasuki rumah. Apabila kata laluan dimasukkan, pintu akan dibuka dan elektrik akan dihidupkan dan mereka dapat mengawal suis menggunakan Blynk selain dapat mematikan elektrik dengan menggunakan aplikasi Blynk dari luar sekiranya pemilik rumah terlupa mematikan elektrik semasa keluar.

iv. Tuan rumah akan mendapat pemberitahuan dari aplikasi IFTTT jika kata laluan diubah oleh sesiapa sahaja yang menukar kata laluan.

IMPAK PRODUK i. Sistem keselamatan yang lebih baik kerana

mengelakkan kehilangan kunci. ii. Menjimatkan elektrik kerana dapat mengawal

penggunaan peralatan elektrik walaupun berada jauh daripada rumah.

iii. Penggunaan aplikasi Blynk lebih mudah dipelajari dan sesuai untuk pelajar.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201936

BUS MONITORING USING IOT SYSTEMPoliteknik Melaka

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Isu pemantauan penumpang bas sangatlah penting kerana terdapat beberapa kes pemandu bas meninggalkan penumpang tanpa disedari. Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan sistem yang boleh mengetahui kehadiran penumpang dalam bas dengan menggunakan sistem kod QR. Projek ini menggunakan kod QR khas untuk setiap kerusi penumpang. Projek ini dapat mambantu pemandu bas mengenalpasti status penumpang di dalam bas dan dapat mengelakkan pemandu bas meninggalkan penumpang tanpa disedari.

PENYATAAN MASALAH Kes pemandu bas meninggalkan penumpang tanpa disedari disebabkan kecuaian pemandu dalam mengenalpasti status penumpang dan perjalanan bertolak lewat disebabkan pemandu perlu mengenalpasti status penumpang. Insiden ini pernah berlaku seorang warga emas yang ingin pulang ke kampung halamannya terhalang kerana ditinggalkan di R&R Bukit Besi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu bas dimana pemandu bas tersilap membuat pengiraan bilangan penumpang dan pemandu bas tidak ada masa yang lama sekaligus terpaksa mengejar masa untuk memulakan kembali perjalanan.

Nama Penyelia: Muhamad Khairan bin SaariNo Hp : 01139112770

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Sistem ini juga menggunakan aplikasi seperti Bus

Monitoring bagi memaparkan status setiap kerusi dalam 3 warna yang berbeza seperti hijau, merah dan warna utama iaitu kelabu.

ii. Apabila penumpang mengimbas kod QR khas ia akan mengubah warna tempat duduk pada aplikasi Bus Monitoring dari warna kelabu kepada warna hijau menunjukkan penumpang sudah berada di dalam bas.

iii. Setelah itu, jika penumpang turun daripada bas, warna tempat duduk pada aplikasi Bus Monitoring akan berubah kepada warna merah.

iv. Menggunakan dua aplikasi dan menghantar maklumat tanpa wayar.

IMPAK PRODUK i. Menjimatkan masa pemandu daripada

mengenalpasti status penumpang secara manual.ii. Mengelakkan kejadian penumpang tertinggal

tanpa disedari pemandu.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 37

HOSTEL SAFETY SYSTEMPoliteknik Kota Kinabalu

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Hostel Safety System direka bentuk untuk menambah baik sistem keselamatan bilik hostel terutamanya pada pintu dan tingkap hostel. Sistem kunci automatik dibangunkan untuk mengesan kemasukan pencuri menggunakan Passive Infrared Sensor. Projek ini menggunakan tenaga solar dan bateri supaya sistem tetap berfungsi walaupun dengan ketiadaan tenaga elektrik. Pengesan asap ditambah untuk mengesan kebakaran dan melindungi alat elektronik yang digunakan. Beberapa perisian dan peralatan digunakan seperti Arduino UNO sebagai pengawal mikro dan Blynk USB untuk menghantar amaran kepada pengguna apabila kejadian pecah masuk berlaku.

PENYATAAN MASALAH Asrama merupakan tempat yang selalu berlaku kecurian dan selalunya kejadian lambat disedari oleh mangsa. Oleh itu, satu sistem kunci keselamatan yang dihubungkan dengan internet untuk amaran pantas perlu direka bagi menambahbaik sistem keselamatan hostel.

Nama Penyelia: Ts. Koo Kean EngNo Hp : 088401800Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Passive Infrared Sensor digunakan untuk

mengawal sistem kunci keselamatan.ii. Menggunakan tenaga simpanan solar dan bateri

jika ketiadaan bekalan elektrik.iii. Mempunyai sistem pengesan asap.iv. Arduino UNO sebagai pengawal mikro dan

perisian Blynk sebagai aplikasi pemberitahuan amaran.

IMPAK PRODUK i. Menambahbaik sistem keselamatan bilik asrama

sedia ada.ii. Kebolehan penerimaan amaran pecah masuk

secara pantas.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201938

ALCOHOL ALERT WITH ENGINE LOCKING SYSTEMPoliteknik Melaka

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Idea penciptaan produk inovasi ini dihasilkan bagi mengelakkan kenderaan yang dipandu oleh pemandu mabuk berada di atas jalan raya. Sistem akan mengesan paras alkohol pemandu sebelum memulakan perjalanan dan sekiranya pemandu berada pada paras alkohol yang melebihi normal, maka sistem akan menyekat sistem pemula kenderaan. Seterusnya, lokasi kenderaan akan terus dihantar kepada ahli keluarga atau rakan bagi membolehkan mereka datang dan membantu pemandu mabuk tersebut untuk pulang ke rumah dengan selamat.

PENYATAAN MASALAH Kes kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh pemandu mabuk sering menjadi isu utama di akhbar dan media sosial. Kesan kemalangan tersebut mengakibatkan kerosakan harta benda malah ada yang meragut nyawa. Lebih menyedihkan lagi, pemandu lain yang berada di jalan raya turut menjadi mangsa. Individu yang mabuk berada pada keadaan tidak normal untuk memandu kenderaan dan tidak waras untuk memaklumkan ahli keluarga atau rakan mereka di mana lokasi terakhir mereka. Tiada sistem/produk keselamatan kenderaan sedia ada di pasaran yang mampu menghalang individu yang mabuk dari memandu kenderaan mereka di atas jalan raya.

Nama Penyelia: Mohd Nezuan bin OthmanNo Hp : 0135971947

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Sistem akan mengesan paras alkohol pemandu

sebaik sahaja pemandu memasuki kenderaan.ii. Apabila sistem mengesan paras alkohol pemandu

melebihi paras yang dibenarkan, maka sistem akan mengunci sistem pemula kenderaan supaya kenderaan tidak boleh dipandu.

iii. Seterusnya, sistem akan menghantar isyarat lokasi terakhir kenderaan tersebut berada kepada ahli keluarga atau rakan melalui sistem Global Positioning System (GPS) kepada sistem short message service (SMS) atau IoT menggunakan sumber bekalan dari bateri kenderaan 12V / 10A bagi membolehkan ia untuk beroperasi dan seterusnya menghidupkan modul peltier.

IMPAK PRODUK i. Ia mampu mengelakkan pemandu mabuk

daripada berada di atas jalan raya dan mungkin membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain dengan cara mengunci fungsi penghidup “starter” kereta.

ii. Harga produk yang mampu milik dan mudah dipasang di setiap kereta dengan modifikasi yang minimum.

iii. Ahli keluarga atau rakan boleh mengetahui lokasi terakhir kenderaan pemabuk sebaik sahaja sistem mengesan kehadiran paras alkohol di dalam kenderaan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 39

AUGMENTED REALITY ELECTRONIC CIRCUIT Politeknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Aplikasi Augmented Reality (AR) Electrical Circuit mengandungi asas pembelajaran litar elektrik yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Projek ini menawarkan pengetahuan dan kemahiran dalam asas litar elektrik seperti menjelaskan komponen elektrik yang terdapat dalam asas litar elektrik dan memaparkan keupayaan suatu komponen elektrik, sambungan litar elektrik dan jenis litar elektrik yang dibina. Projek ini membantu mengurangkan kos untuk penggantian komponen yang rosak, disamping itu membantu pensyarah menjimatkan masa dalam penyediaan alat bantu mengajar dan menjadikan suasana PdP lebih interaktif dengan melibatkan pembelajaran kendiri pelajar.

PENYATAAN MASALAH Perkembangan teknologi dan komunikasi kebelakangan ini telah membawa perubahan dalam bidang pendidikan. Bagi kelas yang melibatkan kursus asas elektronik khususnya, kadang kala guru menghadapi masalah contohnya mentol yang tidak menyala, bateri yang tamat tempoh, komponen yang rosak dan litar pintas. Selain itu, bahan kimia yang terdapat di dalam komponen contohnya bateri yang dibuang tidak dapat dikitar semula

Nama Penyelia: Ida Safinar binti AzizNo Hp : 0194440828Email : [email protected]

akan mengganggu ekosistem alam sekitar. Oleh itu, teknologi Augmented Reality (AR) dilihat dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran litar elektronik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

CIRI-CIRI PRODUK i. Aplikasi ini dapat memaparkan komponen yang

sebenar secara 3D dan ciri-cirinya. ii. Menunjukkan hasil penyambungan litar siri dan

selari yang melibatkan perintang, bateri dan mentol. Menunjukkan kod dan warna perintang, litar gabungan bahan-bahan pengalir dan penebat.

IMPAK PRODUK i. Dapat membantu dalam proses pembelajaran

supaya lebih menarik. ii. Menjimatkan kos komponen dan kos pembelian

penggantian komponen.iii. Menjimatkan masa penyediaan bahan mengajar. iv. Menjadi bahan pembelajaran untuk pembelajaran

kendiri pelajar.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201940

AUTO COOLING SENSEPoliteknik Melaka

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Auto Cooling Sense merupakan suatu peranti yang direka bentuk untuk kegunaan kenderaan seperti kereta. Dengan cuaca persekitaran yang tidak menentu di Malaysia, suhu panas boleh menyebabkan suhu di dalam kenderaan meningkat dengan sangat tinggi. Idea melaksanakan projek ini timbul apabila berlakunya beberapa kes bayi atau kanak-kanak yang mati kerana tertinggal di dalam kenderaan ibu bapa yang diparkir di kawasan terbuka. Diharapkan dengan adanya projek ini, ia akan dapat membantu mengawal suhu di dalam kenderaan dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berulang.

PENYATAAN MASALAH Suhu panas yang meningkat menyebabkan tahap kelembapan di dalam kenderaan seperti kereta berkurang. Kereta yang berjemur di panas dan terbiar dalam tempoh yang lama, boleh menyebabkan kerosakan malah berbahaya serta pernah menyebabkan kes kematian. Satu kajian pernah dilakukan dan menunjukkan suhu kenderaan yang terbiar di tempat lapang boleh mencapai lebih dari 40°C. Sehubungan itu, satu alat yang boleh mengawal suhu di dalam kenderaan adalah sangat praktikal dan dapat membantu pengguna kenderaan mengatasi masalah kerosakan kenderaan mereka.

Nama Penyelia: Dr Rosnani binti AffandiNo Hp : 0197102923

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Projek ini menggunakan sistem Arduino, yang

diprogramkan untuk mengawal semua litar di dalam sistem Auto Cooling Sense.

ii. Selain itu, ia juga menggunakan sensor DHT22 untuk mengesan udara panas yang terhasil di dalam kenderaan.

iii. Seterusnya, modul peltier akan menghasilkan udara sejuk bagi menyejukkan suhu panas di dalam kereta.

iv. Sensor akan mengesan udara panas (30°C) di dalam kenderaan, untuk membolehkan modul peltier beroperasi.

v. Modul Peliter ini akan berhenti secara automatik apabila suhu di dalam kereta menjadi normal (27°C).

vi. Untuk sumber bekalan kuasa, projek ini menggunakan sumber bekalan dari bateri kenderaan 12V/10A bagi membolehkan ia untuk beroperasi dan seterusnya menghidupkan modul peltier.

IMPAK PRODUK i. Produk ini dapat mengawal suhu di dalam

kenderaan seterusnya dapat membantu mengatasi masalah kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh suhu panas.

ii. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada bayi dan kanak-kanak yang tertinggal di dalam kenderaan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 41

LED MATRIX SCORE BOARD USING BLUETOOTH APPLICATION Politeknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK LED kini telah banyak digunakan kerana ia merupakan satu teknologi inovatif yang lebih kreatif. Projek ini dicipta untuk memaparkan nombor bagi mengira skor yang diperolehi untuk setiap pasukan dalam permainan tertentu seperti bola sepak, futsal, bola tampar, bola baling, ping pong, bola jaring, badminton dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, Politeknik Sultan Azlan Shah masih menggunakan sistem tradisional untuk memaparkan nombor skor sesuatu pertandingan.

PENYATAAN MASALAH Penggunaan sistem konvensional unuk memaparkan nombor skor sesuatu pertandingan telah menimbulkan beberapa masalah iaitu pengadil perlawanan memerlukan banyak pergerakan untuk menukar nombor pada kad skor. Proses menukar nombor skor mengambil masa yang agak lama. Sesetengah perlawanan hanya menggunakan kad skor yang dicetak berwarna hitam dan putih sahaja.

Nama Penyelia: Shaiful Bahari bin Mohamad NoraniNo Hp : 0126488444Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan telefon pintar Android berasaskan

Bluetooth dan secara manual.ii. Pengguna boleh menggunakan dua kaedah

dalam Android Smartphone seperti untuk mengira skor yang diperolehi untuk setiap pasukan dalam permainan atau untuk membuat untuk memaparkan nombor untuk pemain masuk dan keluar.

iii. Nombor skor pada sistem aplikasi Bluetooth iaitu SFE Score Board di telefon pintar hanya boleh mengira untuk nombor menaik langkah 1 sahaja.

iv. Sistem aplikasi Bluetooth SFE Score Board boleh digunakan pada jarak sejauh melebihi 10 meter daripada panel paparan LED.

v. Jarak jelas penglihatan untuk cahaya panel LED tersebut mampu mencecah sehingga 30 meter.

IMPAK PRODUK i. Memberikan kemudahan kepada semua dengan

menggunakan paparan skor LED. ii. Mengurangkan kebergantungan kepada

penggunaan kad skor. iii. Kemudahan kawalan secara tanpa wayar dengan

menggunakan aplikasi Bluetooth melalui telefon pintar dan juga boleh digunakan secara manual.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201942

IOT MULTISENSOR PROTECTION SYSTEM DEVICEPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK IOT Multisensor Protection System Device direka khas sebagai satu alat sistem pemantauan keselamatan. Produk ini bertindak sebagai satu alat pengesan yang mampu mengesan sebarang kebocoran gas ataupun kebakaran kecil. Penghasilan projek ini adalah dengan menggunakan Node MCU (ESP8266 Wifi Module) sebagai pengaturcaraan mikro untuk membenarkan isyarat WIFI digunakan dan menjadi perantaraan dengan telefon pintar menerusi aplikasi Blynk. Selain itu, Node MCU mampu mengawal sensor yang terdiri daripada pengesan gas, pengesan api dan pengesan asap.

PENYATAAN MASALAH Kebanyakan sistem keselamatan yang berada di pasaran hanya memfokuskan keselamatan pekerja di industri dan kurang tumpuan terhadap institusi pengajian. Antara masalah keselamatan yang berkemungkinan dihadapi oleh institusi pengajian adalah masalah kebakaran yang berpunca daripada kebocoran gas seperti gas LPG yang boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dapat diatasi. Masalah kebakaran juga boleh terjadi disebabkan litar pintas dan kegagalan fius berfungsi dalam Distribuition Box (DB). Kebakaran di kotak DB kelihatan kecil pada peringkat awal namun ianya mampu mengancam nyawa sekiranya api tersebut

Nama Penyelia: Shah Erawati binti MokhtarNo Hp : 0163234482

Email : [email protected]

merebak dan melibatkan kebakaran pada litar yang bersambung kotak DB (Pendawaian).

CIRI-CIRI PRODUK i. Penggunaan alat ini hanya difokuskan kepada

pengguna telefon pintar Android menerusi aplikasi Blynk.

ii. Penggunaan alat ini hanya direka pada skala jarak dekat iaitu tidak melebihi 50 meter.

iii. Penggunaan pengesan asap difokuskan hanya di tandas pelajar lelaki.

iv. Penggunaan pengesan api difokuskan hanya di DB bilik pensyarah.

IMPAK PRODUK i. Projek ini dapat memudahkan pengguna untuk

mengetahui jika berlaku sebarang kebocoran gas ataupun litar pintas yang boleh mengakibatkan kebakaran melalui notifikasi pada telefon pintar dan bunyi siren amaran kebakaran.

ii. Rekaannya yang ergonomik dan mesra alam sesuai dijadikan sebagai alat penggera keselamatan jika dibandingkan yang sedia ada di pasaran kerana kepelbagaian fungsinya untuk mengesan kebakaran, gas dan asap.

iii. Sesuai diletakkan di dalam premis dan kawasan yang berpotensi berlaku kebakaran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 43

KWH METER TRAINERPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK KWH Meter Trainer merupakan projek inovasi alat bantu mengajar bagi kursus Measurement Devices yang boleh mengukur bacaan penggunaan tenaga elektrik KWH dan kos penggunaan elektrik. Produk inovasi ini boleh memaparkan nilai KWH yang digunakan berserta kos penggunaan elektrik dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM). Dengan penggunaan KWH Meter Trainer ini, tahap pengetahuan pelajar mengenai proses pengukuran bacaan penggunaan tenaga elektrik KWH serta pengiraan kos penggunaan elektrik dapat ditingkatkan.

PENYATAAN MASALAHTiada bahan alat bantu mengajar atau trainer yang boleh mengukur bacaan penggunaan tenaga elektrik KWH dan kos penggunaan dalam kursus Measurement Devices. Pelajar kurang faham proses pengukuran tenaga KWH dan nilai kos penggunaan elektrik.

CIRI-CIRI PRODUK i. Teknologi tanpa sentuhan iaitu teknologi

Bluetooth diguna pakai dalam produk ini. ii. Menggunakan pengaturcaraan pada pengawal

mikro Adruino yang mengawal keseluruhan operasi sensor produk dan berinteraksi dengan pengguna.

Nama Penyelia: Mohd Rosdan bin Mohamad No Hp : 0125304116 Email : [email protected]

iii. Dioperasikan dengan menggunakan voltan 5 hingga 12 Volt.

iv. Produk ini boleh mengesan tahap penggunaan elektrik yang melebihi tahap yang ditetapkan dengan notifikasi melalui siren yang akan berbunyi.

IMPAK PRODUK i. Produk inovasi ini boleh memaparkan nilai

KWH yang digunakan berserta kos penggunaan elektrik dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

ii. KWH Meter Trainer dapat mengatasi masalah ketiadaan alat bantu mengajar untuk kursus Measurement Devices yang boleh mengukur bacaan penggunaan elektrik KWH dan kos penggunaan elektrik.

iii. Selain itu, dengan penggunaan KWH Meter Trainer pelajar boleh membuat perbandingan kos penggunaan antara lampu dan barangan elektrik.

iv. Amat sesuai untuk untuk rumah warga emas, ataupun personal room, mini office dan rumah persendirian yang kecil.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201944

MINI AIR COOLERPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Mini Air Cooler adalah produk inovasi untuk menghasilkan pendingin udara mudah alih dan tidak menggunakan gas merbahaya dengan kos yang mampu milik. Alat pendingin udara mengeluarkan udara secara tetap, biasanya di kawasan tertutup melalui kitaran penyejukan, di mana udara yang lebih hangat akan disingkirkan dan digantikan dengan udara yang lebih sejuk dan lembab. Tujuan penyaman udara adalah untuk memberi keselesaan dengan mengubah ciri udara biasanya melalui penyejukan udara di dalam.

PENYATAAN MASALAH Pendingin udara sedia ada di pasaran adalah mahal dan bersaiz besar. Selain daripada itu, tiada pengesan suhu bagi suhu persekitaran dan memerlukan alat kawalan jauh untuk mengawal suhu. Inovasi ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi yang memerlukan konsep penyejukan suhu persekitaran.

Nama Penyelia: Siti Zuraini binti SukiranNo Hp : 0125708271

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Saiz kecil dan mudah alih.ii. Komponen utama yang diguna ialah Peltier. iii. Thermoelectric Coolers (TEC), juga sering

dipanggil penyejuk Peltier. iv. Alat ini akan memindahkan haba dari satu sisi ke

sisi yang lain secara automatik setelah mengesan suhu persekitaran yang telah ditetapkan.

IMPAK PRODUK i. Mini Air Cooler dapat mengatasi masalah harga

pendingin udara yang mahal dan bersaiz besar. ii. Fungsi pengesanan suhu persekitaran secara

automatik memudahkan pengguna dan ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti penyimpanan makanan basah untuk tempoh masa yang lama supaya tidak mudah rosak bagi menggantikan sementara fungsi peti ais

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 45

EZI HOME SECURITYPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATAR BELAKANG PROJEK Ezi Smart Security adalah produk inovasi bagi memudahkan pengguna terutamanya mereka yang kurang upaya dan lemah untuk mengawal aplikasi elektrik seperti di dalam rumah serta dapat mengawal keselamatan rumah dengan teknologi tanpa sentuhan iaitu teknologi Bluetooth. Dengan menggunakan perisian Android, telefon pintar boleh memantau sistem asas rumah seperti penguncian pintu dan pengawalan suis peralatan elektrik dalam jarak tertentu. Produk ini sesuai digunakan di rumah warga emas, bilik persendirian, mini pejabat dan rumah persendirian yang kecil.

PENYATAAN MASALAH Pengawalan peralatan asas elektrik seperti lampu dan kipas serta penguncian pintu rumah yang digunakan selama ini adalah dilakukan secara manual. Peralatan yang melibatkan sistem keselamatan rumah pada masakini juga melibatkan kos yang agak tinggi. Inovasi ini mampu mengelakkan rumah anda menjadi sasaran penjenayah malah dapat mengurangkan risiko pecah rumah dengan kos yang lebih mampu milik.

Nama Penyelia: Siti Zuraini binti SukiranNo Hp : 0125708271Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Pengawalan peralatan asas elektrik seperti lampu

dan kipas serta penguncian pintu rumah yang diamalkan selama ini adalah secara manual.

ii. Peralatan yang melibatkan sistem keselamatan rumah pada masakini juga melibatkan kos yang agak tinggi.

IMPAK PRODUK i. Ezi Smart Security dapat mengatasi masalah

pengawalan peralatan asas elektrik dan sistem keselamatan rumah secara manual sebelum ini dan dapat mengurangkan kes pecah rumah akibat kecuaian pengguna untuk mengunci pintu rumah.

ii. Kos penggunaan tenaga elektrik turut dapat dikurangkan kerana penggunaan peralatan asas elektrik dapat dikawal menggunakan inovasi ini.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201946

SOLAR CCTVPoliteknik Sultan Azlan Shah

LATAR BELAKANG PROJEK Sistem pengawasan menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) adalah teknologi yang sangat penting pada masa kini untuk menyokong sistem keselamatan dan pengawasan di sesuatu tempat dari jarak jauh. Oleh hal yang demikian, pembangunan teknologi yang dinamakan Solar CCTV iaitu sistem pemantauan menggunakan CCTV yang beroperasi selama 24 jam berasaskan tenaga solar dapat membantu menyelesaikan masalah sistem pemantauan yang perlu beroperasi secara berterusan terutamanya ditempat yang tiada akses tenaga elektrik. Produk ini direka bentuk untuk membuat pemantauan di tempat awam terutamanya di kawasan sekolah. Projek ini dibangunkan dengan menggunakan Arduino, PIR Motion Sensor, Rechargeable Battery 12V, dan kamera CCTV. PIR Motion Sensor digunakan untuk mengesan pergerakan dan seterusnya menghantar signal untuk menghidupkan projek tersebut.

PENYATAAN MASALAH Pemantauan di kawasan sekolah tidak dapat dilaksanakan terutamanya di luar waktu persekolahan. Pemantauan berterusan daripada pihak sekolah sukar dilaksanakan kerana memerlukan kos yang tinggi dan memerlukan anggota yang ramai. Oleh itu CCTV dapat dijadikan sebagai salah satu sumber bukti sekiranya berlaku

Nama Penyelia: Norhasnina binti MokhtarNo Hp : 0137434301

Email : [email protected]

sebarang kejadian tidak diingini terutamanya di tempat awam seperti di hadapan kawasan sekolah.

CIRI-CIRI PRODUK i. PIR Motion Sensor digunakan sebagai alat

mengesan pergerakan dan boleh mengesan pergerakan sejauh satu meter.

ii. Arduino Uno digunakan sebagai pengawal peranti input dan output.

iii. Projek ini bersaiz 60cm x 90cm menggunakan solar sebagai sumber tenaga.

iv. CCTV ini boleh merakam dalam keadaan gelap dengan menggunakan sistem wireless.

IMPAK PRODUK i. Impak projek ini adalah dapat menyediakan satu

sistem pemantauan di sekolah menggunakan CCTV yang berkeupayaan beroperasi selama 24 jam menggunakan tenaga solar.

ii. Penggunaan tenaga solar sebagai bekalan utama sistem ini dilihat dapat mengurangkan kos pihak sekolah.

iii. Ini kerana tenaga solar merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak memerlukan banyak penyelenggaraan.

iv. Selain itu, PIR Motion Sensor menyokong langkah penjimatan ini kerana televisyen litar tertutup (CCTV) hanya berfungsi apabila pengawal utama PIR Motion Sensor mendapat isyarat mengesan pergerakan.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 47

PORTABLE AUTOMATED POTTED PLANT WATERING SYSTEM Politeknik Ungku Omar

LATAR BELAKANG PROJEK Produk ini dapat membantu mereka yang terlibat dalam aktiviti pertanian dalam pemantauan tanaman sebagai alternatif kepada kaedah yang sedia ada (konversional). Sistem yang digunakan menggunakan teknologi sensor bersama-sama dengan pengawal mikro dan barangan elektronik yang lain untuk bertindak seperti sistem peralihan pintar yang mengesan tahap kelembapan tanah dan mengawal pengairan tumbuhan jika perlu. Sebagai salah satu kaedah penyelesaian pertanian, sistem ini sangat membantu menjaga tanaman pasu dan tanaman spesifik yang lain agar mudah disiram.

PENYATAAN MASALAH Kita sering kali sukar untuk menyukat kuantiti air yang diperlukan untuk menyiram tumbuh-tumbuhan agar ia dapat menjadi sihat dengan tahap air yang optimum. Kesukaran untuk menyiram tumbuhan dan menentukan tahap kelembapan tanah yang sempurna kerana proses ini memerlukan tenaga dan masa seseorang.

CIRI-CIRI PRODUK i. Ia menggunakan peranti tanpa wayar yang boleh

menyambungkan pengguna ke aplikasi untuk dimaklumkan mengenai keadaan sesebuah tumbuhan itu.

Nama Penyelia: Azhar bin JaffarNo Hp : 0175666458Email : [email protected]

ii. Tumbuh-tumbuhan ini boleh disiram dalam 2 mod: iaitu secara automatik atau secara manual.

iii. Aplikasi ini mempunyai aplikasi untuk ramalan cuaca dan menu alat pengukur langkah untuk mengesan bilangan langkah pengguna.

iv. Menggunakan bahan kitar semula dan mudah alih.

IMPAK PRODUK i. Ia akan mengesan kelembapan tanah tumbuhan

di mana jika kelembapan berada melebihi paras optimum, sistem akan memutuskan aliran air daripada menyiram tumbuhan tersebut. Tetapi apabila kelembapan berada di bawah paras yang diperlukan, air akan mengalir ke tanah sehingga mecapai tahap kelembapan yang sempurna.

ii. Ia menggalakkan orang untuk menanam tumbuhan pasu tanpa menghadapi kesukaran untuk menjaganya dengan menggunakan usaha yang minimum.

iii. Ia mewujudkan cara yang menyeronokkan untuk menanam tanaman pasu dan juga sesuai untuk seseorang belajar kaedah menanam bergantung kepada jumlah air yang tepat dan kelembapan tanah yang sempurna untuk hidup sihat.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 201948

SMART EGG INCUBATOR SYSTEMPoliteknik Ungku Omar

LATAR BELAKANG PROJEK Smart Egg Incubator Systems direkacipta adalah untuk pengeraman pelbagai jenis telur. Mesin ini berfungsi untuk membantu mengurangkan kecacatan dan risiko telur yang musnah disebabkan keadaan cuaca sekeliling dimana ia dapat mengawal suhu dengan spesifikasi yang ditetapkan. Sistem ini juga menggunakan pengesan suhu untuk mengukur suhu di dalam mesin pengeraman telur dan menukar proses secara automatik mengikut kesesuaian dengan keadaan telur. Sistem ini memerlukan tempoh selama 20 hari untuk proses penetasan telur dan ia sangat mudah digunakan dengan harga yang berpatutan. Projek ini sangat mesra pengguna kerana boleh dibawa ke mana sahaja.

PENYATAAN MASALAH Mengurangkan kecacatan dan risiko telur yang rosak disebabkan keadaan cuaca di sekeliling. Inkubator yang terdapat di pasaran adalah mahal. Menjimatkan masa penternak yang perlu mengambil masa untuk menyimpan telur dalam kuantiti yang banyak untuk dihantar ke pusat pengeraman telur. Projek ini akan membantu penternak ayam dalam pengeraman proses dengan kos inkubator yang rendah dan mampu milik.

CIRI-CIRI PRODUK i. Projek ini menggunakan servo motor bagi

Nama Penyelia: Muhammad Nor Asyraf bin Ramli

No Hp : 0183998445Email : [email protected]

membolehkan rak penempatan telur ayam dapat bergerak secara automatik.

ii. Penggunaan PIR Sensor dan buzzer yang memberi isyarat bahawa terdapat anak ayam yang telah menetas. PIR Sensor untuk mengesan kehadiran ayam yang telah menetas dan buzzer akan berbunyi.

iii. Produk ini juga mudah digunakan, kos yang rendah, dilengkapi perlindungan keselamatan, ringan dan mudah alih.

IMPAK PRODUK i. Kelebihan reka cipta ini adalah sistem inkubator

yang mampu mengawal pelbagai aspek teknikal seperti kawalan suhu, pergerakan rak secara automatik dan sistem notifikasi kepada penternak.

ii. Inkubator ini boleh digunakan dengan serta merta untuk menempatkan telur ayam yang ingin di peram sehingga menetas.

iii. Inkubator ini boleh digunakan secara meluas dalam sektor penternakan dan juga bukan hanya telur ayam sahaja yang boleh digunakan malah telur unggas yang lain seperti burung, itik dan sebagainya juga dapat digunakan.

iv. Kesihatan telur ayam sangat penting untuk menjaga perkembangan embrio di dalam telur. Oleh itu, penggunaan sensor kawalan suhu amatlah memberi impak yang besar terhadap proses pengeraman telur ayam ini.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 49

WASTE TRAP MACHINEPoliteknik Kuala Terengganu

LATAR BELAKANG PROJEK Projek ini berasaskan kepada teknologi semasa dioperasikan secara automatik yang dikendalikan oleh mesin atau pengaturcaraan pengawal mikro. Sistem ini dibuat hasil daripada gabungan perisian dan perkakasan. Penggunaan pengaturcaraan pengawal mikro dan dihubungkan dengan litar mesin perangkap sampah yang mempunyai dua program pengaturcaraan pengawal mikro (Ardunio dan PIC18F4580) menunjukkan keluaran setelah dihidupkan.

PENYATAAN MASALAH Pada masa ini, pencemaran longkang menjadi masalah besar. Oleh kerana tabiat menusia yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan membuang sampah ke dalam longkang, secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran longkang dan menyebabkan berlaku banjir kilat. Bagi mengatasi masalah ini, Waste Trap Machine dicipta yang mengandungi gabungan mekanikal dan elektronik. Mesin ini dikendalikan oleh dua pengaturcaraan pengawal mikro dan ditempatkan di dalam longkang.

Nama Penyelia: Zubaidah binti Abdul RahmanNo Hp : 0125600414Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Mengutip sampah di longkang.ii. Mampu mengatasi longkang yang tersumbat.iii. Bersihkan dan kurangkan jumlah sampah di

longkang.

IMPAK PRODUK i. Komponen yang mudah diganti.ii. Prinsip operasi sangat mudah.iii. Kos lebih rendah.iv. Membantu pengumpul sampah.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 201950

AS-SYST (ASSIGNMENT SUBMISSION SYSTEM)Kolej Komuniti Seberang Jaya

LATAR BELAKANG PROJEK Inovasi AS-SYST (Assignment Submission System) ini dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku semasa proses penghantaran tugasan daripada para pelajar kepada pensyarah yang terlibat.

PENYATAAN MASALAH Pensyarah tidak mengetahui pelajar yang sudah menghantar tugasan yang diberikan. Pelajar tidak dapat berjumpa dengan pensyarah disebabkan masa yang terhad. Ia juga bagi mengelakkan kes peniruan kerana banyak pelajar meniru hasil kerja rakan sekelas yang hanya ditinggalkan di atas meja pensyarah.

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk ini dilengkapi dengan sensor Radio-

frequency identification (RFID) dan diaktifkan menerusi kad bagi mengakses maklumat para pelajar.

ii. Produk ini juga dilengkapi dengan sensor cahaya yang berfungsi untuk mengesan kehadiran tugasan yang diletakkan.

iii. Setelah tugasan berjaya dihantar, status pelajar yang telah menghantar akan dipaparkan di paparan LCD.

Nama Penyelia:Abang Irwan Hafizal bin Abang Abdollah

No Hp : 0168529130Email : [email protected]

IMPAK PRODUK i. Pensyarah dapat mengetahui status tugasan yang

dihantar oleh pelajar kerana As-Syst akan hantar notifikasi kepada pensyarah.

ii. Dapat mengelakkan budaya meniru dikalangan pelajar kerana mereka tidak akan dapat melihat kertas yang telah dihantar oleh pelajar lain.

iii. Memudahkan proses menghantar kertas tugasan dan ujian apabila tidak dapat berjumpa pensyarah secara bersemuka.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 51

SECURE & SAFE LABORATORY (SSL)Kolej Komuniti Seberang Jaya

LATAR BELAKANG PROJEK Secure and Save Laboratory (SSL) merupakan sistem yang dipasang di Makmal Komputer bagi tujuan keselamatan dan penjimatan elektrik. Sistem ini hanya membenarkan pensyarah dan staf yang berdaftar sahaja untuk membuka kunci dengan menggunakan finger print. Justeru, keselamatan bilik tersebut lebih terjamin serta rekod penggunaan makmal tersebut boleh diketahui. Manakala, untuk menghidupkan bekalan elektrik pada makmal tersebut, pengguna perlu meletakkan kad Radio-Frequency Identification (RFID) mereka pada RFID reader. Apabila kad tersebut dialihkan dari reader, bekalan elektrik akan diputuskan selepas 10 saat. Justeru, pembaziran elektrik dapat dielakkan apabila berlaku kecuaian pengguna yang terlupa mematikan bekalan elektrik dalam makmal tersebut.

PENYATAAN MASALAH Pengurusan rekod penggunaan makmal komputer tidak tersusun dan membolehkan sesiapa sahaja boleh membuka kunci makmal komputer. Sering berlaku kecuaian pengguna yang terlupa mematikan bekalan elektrik apabila selesai menggunakan komputer dan lampu di makmal tersebut.

Nama Penyelia: Mohamad Annuar bin MorzukeNo Hp : 0175696858Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Hanya Pensyarah dan Staf sahaja yang boleh

membuka kunci pintu makmal dengan menggunakan fingerprint.

ii. Bekalan kuasa makmal hanya akan dihidupkan apabila kad kerja dimasukkan dan akan dimatikan apabila kad kerja dikeluarkan dari tempat RFID Reader.

IMPAK PRODUK i. Mudah digunakan. ii. Dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.iii. Keselamatan makmal dapat ditingkatkan kerana

kunci pintu hanya boleh dibuka oleh para pensyarah dan staf sahaja.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 201952

HOMES (HOUSE MONITORING ENVIRONMENT SYSTEM)Kolej Komuniti Seberang Jaya

LATAR BELAKANG PROJEK Direka berdasarkan masalah yang sering berlaku apabila pengguna ingin memantau dan menjaga keselamatan serta persekitaran rumah ketika berada di luar mahupun di dalam rumah. Projek inovasi ini merupakan satu sistem yang menggabungkan pelbagai sensor dan sistem automasi untuk diaplikasikan di dalam sebuah rumah.

PENYATAAN MASALAH Tujuan utamanya adalah membantu pengguna memantau rumah dari pelbagai aspek seperti suhu, kelembapan, sumber air dan elektrik serta menjaga keselamatan rumah dari masalah seperti kebocoran gas dan sebagainya.

Nama Penyelia: Abang Irwan Hafizal bin Abang Abdollah

No Hp : 0168529130Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Membantu pengguna memantau keadaan rumah

ketika berada di luar kawasan.ii. Memberi notifikasi kepada pengguna sekiranya

berlaku sesuatu.iii. Mencegah sesuatu masalah daripada menjadi

lebih teruk dengan automasi dan kawalan pengguna.

iv. Dapat dipasangkan dengan mudah di setiap ruang dan sudut di dalam rumah.

v. Projek ini adalah mesra pengguna.

IMPAK PRODUK i. Pengguna dapat mengetahui keadaan rumah dari

semasa ke semasa ketika berada di luar kawasan.ii. Sesuatu masalah seperti kebocoran gas dan

sebagainya dapat dicegah lebih awal dari menjadi lebih teruk.

iii. Memudahkan sesuatu urusan kerja pengguna ketika hendak meninggalkan rumah.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 53

SECURE & SAFE LABORATORY (SSL)Kolej Komuniti Segamat

LATAR BELAKANG PROJEK LNE Wiring Kit (1S1L) merupakan kit bagi pendawaian litar elektrik satu fasa yang melibatkan pendawaian litar satu suis (satu hala) yang mengawal satu lampu. Kit ini direka bentuk bagi memudahkan pemahaman pelajar mengenai asas sambungan pendawaian elektrik yang melibatkan kabel hidup (L), Neutral (N) dan Bumi (E). Konsep kit ini adalah Do It Your Self (DIY) dimana setiap penyambungan dilakukan mengikut langkah demi langkah. Setiap jenis kabel elektrik LNE menggunakan warna yang berbeza dan dilabel mengikut nombor penyambungan. Kit ini beroperasi dengan menggunakan plug pin 13A voltan satu fasa (240V). Kit ini merangkumi aksesori pendawaian dan peralatan tangan asas bagi pendawaian elektrik. Rekaan kit yang bersaiz A4 ini ringkas dan ringan sekali gus dapat dibawa dengan mudah ke mana-mana tempat yang diperlukan.

PENYATAAN MASALAH Kesukaran memahami konsep pendawaian kabel hidup (L), Neutral (N) dan Bumi (E). Proses penyediaan aksesori pendawaian yang mengambil masa yang lama. Penggunaan bahan seperti kabel secara berlebihan. Faktor kemahiran hasil pendawaian tidak mengikut spesifikasi ukuran sebenar.

Nama Penyelia: Nurazrina binti Mohammad FaudziNo Hp : 0125854246Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Kit ini direka hasil daripada penambahbaikan

daripada produk sedia ada yang terdapat di pasaran yang lebih rumit dan berkapasiti besar agar bersesuaian dengan keperluan para pelajar Kolej Komuniti Segamat untuk memahami konsep pendawaian dengan lebih mudah.

ii. Penghasilan produk menggunakan bahan terbuang yang mudah didapati di bengkel dan bentuk rekaan adalah ringkas.

iii. Produk sangat ringan, mudah dibawa dan dikendalikan kerana telah dilabel mengikut turutan pemasangan aksesori sehingga ke pendawaian kabel.

IMPAK PRODUK Impak produk ini berguna kepada beberapa kelompok sasaran pengguna, tetapi pada asasnya ia memberi manfaat sangat besar kepada komuniti seperti :i. Pelajar Institusi Pendidikan Kemahiran TVET

(IPTA, MARA, ILP, IKBN) yang mengambil modul atau mempelajari perihal berkaitan kejuruteraan elektrik dan elektronik.

ii. Peserta Kursus Pendek (Komuniti Setempat, Pelajar Sekolah dan Pelajar Tahfiz) yang ingin mendalami kemahiran berkaitan kejuruteraan elektrik dan elektronik.

iii. Pihak Agensi dan Industri (Peningkatan kemahiran para pekerja Agensi Kerajaan dan Swasta).

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 201954

MULTIPURPOSE PENKolej Komuniti Segamat 2

LATAR BELAKANG PROJEK Multipurpose pen ini berbentuk seperti sebatang pen dan ianya bersifat ready to use dan boleh dibawa ke mana sahaja. Pengguna boleh memilih fungsi yang hendak digunakan pada satu-satu masa. Ini akan menjimatkan ruang, masa dan perkakasan serta ruang kerja akan lebih kemas dan teratur.

PENYATAAN MASALAH Terbitnya idea untuk mereka bentuk inovasi ini adalah kerana permasalahan untuk membawa pelbagai peralatan seperti test pen, pemutar skru, pemotong wayar serta pen/pensel semasa melaksanakan kerja amali di dalam bengkel.

Nama Penyelia: Norhafizai binti Md NorNo Hp : 01111068827

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Multipurpose pen ini mempunyai ciri seperti berikut:i. Berbentuk seperti sebatang pen dan boleh

berfungsi sebagai pen/pensel.ii. Mempunyai beberapa peralatan seperti test pen,

pemutar skru, dan pemotong wayar.iii. Ianya sedia untuk digunakan dan mudah dibawa

ke mana sahaja.

IMPAK PRODUK i. Menjimatkan masa.ii. Boleh digunakan pada bila-bila masa.iii. Mudah untuk di bawa ke mana sahaja.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 55

PEMBANGUNAN KIT INOVASI PEMBELAJARAN PENUAIAN TENAGA

MELALUI THERMOELEKTRIK Kolej Komuniti Sungai Siput

LATAR BELAKANG PROJEK Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) menuntut perubahan dalam kandungan bukan sahaja pendidikan teknikal, tetapi juga pendidikan secara umum. Sepanjang disiplin, penekanan baru harus diberikan kepada kemahiran tertentu dan kandungan baru harus ditambah. Oleh itu, program pendidikan baru perlu dibangunkan untuk memenuhi permintaan yang berubah dalam pengajaran dan pembelajaran.

PENYATAAN MASALAH Kini, silibus di peringkat kolej komuniti dan politeknik hanya menekankan pembaharuan tenaga elektrik (Renewable Energy) terhad kepada tenaga solar saja. Justeru, topik seperti penuaian tenaga (Energy Harvesting) merupakan satu bidang baharu dalam penerokaan teknologi terkini bagi bidang pembaharuan tenaga. Dengan itu, pengenalan sub-topik Penuaian Tenaga (Energy Harvesting) amat diperlukan di peringkat kolej komuniti dan politeknik yang berpotensi menjadi peneroka teknologi terkini di peringkat dunia teknologi pembaharuan tenaga elektrik (Renewable Energy) di Malaysia.

Nama Penyelia: Ts. Chow Khoon KeatNo Hp : 0125740730Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Pengenalan sub-topik penuaian tenaga daripada

pembaharuan tenaga bagi modul Prinsip Elekrtrik (SKE1023), dan Asas Elektronik (SKE2012) di kolej komuniti Malaysia.

ii. Kit Latihan Penuaian tenaga penjana termoelektrik dibangunkan dengan penggunaan aplikasi ketuhar terpakai.

iii. Lembaran makmal penggunaan penjana termoelektrik dibangunkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti malaysia.

iv. Aplikasi menggunakan penjana termoelektrik (TEG).

IMPAK PRODUK i. Kit produk membolehkan pengajaran dan

pembelajaran menekankan tentang penuaian tenaga.

ii. Pelajar diajar mengenai penuaian tenaga selain daripada tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga. Penuaian tenaga merupakan penyelesaian alternatif bagi kelestarian alam sekitar dalam agenda selari IR 4.0

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 201956

POWER BANK SISTEM JANAKUASA SEMULAKolej Komuniti Tawau

LATAR BELAKANG PROJEK Power Bank Sistem merupakan Janakuasa Semula dihasilkan dengan bahan sedia ada dan mampu dikomersialkan kerana bahan yang murah serta mudah untuk diperoleh. Antara bahan-bahan tersebut ialah:i. Motor DC pada alatan elektronik yang

menggunakan motor.ii. Power bank yang banyak didapati di pasaran

pada masa kini.iii. USB penaik voltan yang banyak terdapat pada

adapter pengecas peralatan elektrik.iv. Connector yang murah dan amat mudah untuk

didapati.v. Bateri jenis 18650 li-ion daripada 3 buah power

bank.Dengan menggunakan peralatan tangan yang sederhana ianya dapat membantu menyiapkan kerja-kerja penghasilan power bank dengan kadar maksimum. Modal atau harga kos untuk keseluruhan produk inovasi power bank ini sangat murah dan berpatutan.

PENYATAAN MASALAH Idea projek inovasi power bank ini tercetus apabila:i. Tenaga elektrik digunakan untuk mengecas

kembali power bank yang digunakan untuk mengecas semula telefon pintar.

ii. Hanya beroperasi apabila bateri masih dalam

Nama Penyelia: Mohd Zaki bin Mohd IsmailNo Hp : 0137550115

Email : [email protected]

keadaan bercas.iii. Penggunaan cas power bank yang tidak boleh

diperbaharui.iv. Penggunaan cas power bank tidak boleh bertahan

dalam tempoh yang lama.

CIRI-CIRI PRODUK i. Power bank ini beroperasi seperti power bank

yang biasa. Amat sesuai pada masa ketiadaan bekalan tenaga elektrik.

ii. Dengan hanya menekan suis pada hujung power bank bagi mengaktifkan cas semula beroperasi.

iii. Power bank ini beroperasi seperti sistem pengecasan bateri kereta.

IMPAK PRODUK i. Bertujuan menjimatkan penggunaan tenaga

elektrik.ii. Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan

tidak memerlukan mana-mana sumber tenaga untuk mengecasnya semula.

iii. Menggantikan sistem pengecasan biasa kepada yang lebih baik iaitu Sistem DC to DC.

iv. Dapat menjadikan masyarakat lebih berfikiran ke hadapan seiring dengan IR 4.0.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 57

ROBOT GRASS (PEMOTONG RUMPUT HALAMAN SEPARA AUTOMATIK) Kolej Komuniti Tawau

LATAR BELAKANG PROJEK Robot Grass merupakan produk inovasi pemotong rumput separa automatik. Idea tersebut terhasil apabila keadaan sekeliling rumah sering menghadapi masalah rumput yang tumbuh secara terbiar. Dengan menggunakan mesin pemotong rumput yang biasa, didapati banyak masalah yang timbul apabila mengendalikan mesin tersebut. Oleh sebab itu, idea tercetus untuk mereka cipta sebuah robot yang dapat menggantikan tugas mesin pemotong rumput padang yang biasa menjadi sesuatu yang lebih mudah.

PENYATAAN MASALAH Mesin pemotong rumput konvensional masih menggunakan sistem permotoran yang memerlukan minyak untuk berfungsi. Selain itu, sistem permotoran tersebut mengeluarkan asap yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia dan pencemaran udara. Dalam pada itu, berat mesin tersebut yang dianggarkan kira-kira 35 kg membuatkan alat itu sukar untuk dialihkan. Kos penyelenggaraan yang tinggi kerana sistem mekanikal yang kompleks menyebabkan ianya perlu diselenggara secara berkala. Faktor bunyi bising

Nama Penyelia: Mohd Zaki bin Mohd IsmailNo Hp : 0137550115Email : [email protected]

yang disebabkan oleh mesin tersebut menyebabkan pencemaran bunyi di kawasan berhampiran dengan mesin. Selain itu, kemalangan kerap berlaku semasa mengendalikan mesin pemotong rumput yang biasa.

CIRI-CIRI PRODUK i. Robot tersebut direka bagi memudahkan kerja-

kerja pemotongan rumput halaman dengan lebih selesa dan lancar.

ii. Pengendali perlu fokus terhadap robot kerana setiap pergerakan robot dikawal 99% oleh penggendali.

IMPAK PRODUK i. Projek inovasi ini mengurangkan risiko

kemalangan semasa melakukan kerja pemotongan rumput.

ii. Projek inovasi in dapat mengurangkan penggunaan minyak petrol.

iii. Inovasi ini menggantikan sistem permotoran kepada sistem arus terus (DC) yang amat popular dalam teknologi kini.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

KLUSTER

KejuruteraanMekanikaldan Pembuatan

PRODUK INOVASI PELAJAR 201956

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 59

MESIN PEMBUNGKUSAN AISKRIM MALAYSIA Politeknik Muadzam Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Mesin pembungkusan aiskrim Malaysia ini diperbuat daripada keluli tahan karat. Mesin ini beroperasi secara semi automatik dan ia dapat menghasilkan sebatang aiskrim Malaysia dalam tempoh 15 saat. Oleh itu, dalam tempoh satu minit, mesin ini dapat menghasilkan 4 batang aiskrim Malaysia berbanding kaedah lama, 2 minit bagi sebatang aiskrim.

PENYATAAN MASALAH Proses menghasilkan aiskrim Malaysia di pasaran, adalah kaedah tradisional dan manual. Terdapat adunan yang perlu dimasak dan disejukkan terlebih dahulu sebelum diisi ke dalam plastik aiskrim Malaysia. Hujung plastik aiskrim Malaysia diikat dan dibekukan selama sekurang-kurangnya dua hari. Proses ini sukar kerana memerlukan kemahiran, masa dan tenaga. Ini menyebabkan kawalan kualiti, kebersihan dan sukatan standard diabaikan. Oleh yang demikian, bagi mengembangkan lagi potensi pasaran aiskrim Malaysia, penghasilan mesin automatik ini akan menyelesaikan masalah pengusaha aiskrim Malaysia di negara ini.

Nama Penyelia: Hamlizatul Amrah binti Mohamad No Hp: 01155088688 Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Rekabentuk yang ergonomik mudah

dikendalikan separa automatik dan diselenggara.ii. Dwi fungsi, iaitu isian mengikut ukuran standard

dan pengikat bagi pengeluaran produk secara optimum.

iii. Mesin yang disteril dan hygiene bagi menjamin kebersihan terhadap pengeluaran.

IMPAK PRODUK i. Ia membantu pengusaha aiskrim Malaysia

menghasilkan pengeluaran optimum. ii. Mesin ini mempunyai spesifikasi seperti

pengukuran piawai dalam pengisian dan pengikat pembungkus dalam tempoh tertentu.

iii. Membantu meningkatkan pengeluaran dan dalam masa yang sama dapat meluaskan lagi pasaran aiskrim Malaysia agar dapat meluaskan pasaran.

iv. Dapat membina jenama tersendiri dan mampu bersaing sebaris dengan pengeluar aiskrim yang lain seperti Nestle, Kings, Walls dan lain-lain lagi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201960

i-EMERGENCY GRILL Politeknik Ibrahim Sultan

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Sistem keselamatan kereta yang dinamakan ‘Remotely Actuated Car Security System’ ini menggunakan aplikasi telefon pintar sebagai antara muka kepada pengguna. Menerusi aplikasi tersebut, pengguna tidak hanya boleh mengesan samada kunci pintu kereta telah dikunci ataupun belum, malah pengguna boleh menguncinya dari mana-mana lokasi sahaja. Sistem keselamatan kereta ini juga dilengkapi dengan satu sistem tambahan yang mengesan kanak-kanak yang tertinggal dan terkunci di dalam kereta. Sebagai langkah keselamatan, jika sistem pengesan kanak-kanak terperangkap di dalam kereta, sistem akan menurunkan sedikit tingkap agar oksigen dapat mengalir ke dalam kereta dan mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini.

PENYATAAN MASALAH Sistem keselamatan kereta telah mengalami pelbagai proses evolusi. Daripada kaedah kunci secara manual, kepada kaedah menggunakan alat kawalan jauh hingga kepada kaedah immobilizer, keyless dan sebagainya. Namun begitu, kesemua sistem tersebut masih lagi perlu diaktifkan oleh pengguna. Tidak dapat dielakkan, pengguna adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari kecuaian. Kebanyakan sistem keselamatan kereta yang disebutkan di atas menggunakan medium komunikasi isyarat radio,

Nama Penyelia: Firdaus bin Ali No Hp: 0177290002

Email: [email protected]

yang mana ianya terhad kepada sesuatu jarak sahaja. Terdapat juga beberapa sistem keselamatan yang menggunakan isyarat satelit, namun ianya tertakluk kepada caj langganan yang agak tinggi.

CIRI-CIRI PRODUK i. Untuk menghasilkan sebuah sistem keselamatan

kereta yang mampu dikawal dari mana-mana lokasi menggunakan medium komunikasi GSM.

ii. Untuk menghasilkan satu aplikasi telefon pintar bagi mengawal sistem kunci sepusat kereta.

iii. Untuk menghasilkan satu sistem pengesan kanak-kanak dan mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini.

IMPAK PRODUK i. Pengesan PIR atau CO2 digunakan untuk

mengesan sebarang pergerakan yang terdapat di dalam kereta, dan memberi notifikasi kepada pengguna menerusi aplikasi yang dibina.

ii. Selain itu juga, isyarat yang dikesan oleh pengesan PIR juga akan secara automatik mengaktifkan sistem tingkap kuasa kereta untuk diturunkan sebanyak 3 inci bagi membolehkan udara mengalir ke dalam kereta.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 61

LAWN MOWER SOLAR HYBRIDPoliteknik Tuanku Sultanah Bahiyah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Mesin digunakan kerana ia mempercepatkan kerja manusia. Di zaman purba alat tangan seperti batu dan benda tajam digunakan bagi memotong rumput. Pada masa kini, alat pemotong rumput diinovasikan bagi menggantikan alat tradisional dengan alat mesin yang dipanggil mesin rumput. Mesin ini direka dengan reka bentuk yang cantik, menarik dan kemas. Oleh itu, dengan menggunakan mesin rumput ini, kita dapat mengelakkan kawasan terbuka menjadi tumpuan haiwan berbisa yang boleh membahayakan manusia.

PENYATAAN MASALAH Pengguna mesin rumput perlu menjaga tangki minyak enjin dan biasanya pemegang panjang yang mempunyai mata plastik tajam untuk memotong rumput. Oleh itu, mesin rumput biasa memerlukan banyak tenaga kerana tangki minyak yang menjadi beban pada bahu mereka. Selain itu, ia memerlukan kecekapan pengguna untuk memotong rumput dan didapati kurang mengutamakan ciri-ciri keselamatan. Kos yang tinggi untuk petrol serta untuk pembaikan enjin dan alat ganti. Manakala, kaedah enjin trottle yang perlu ditekan atau ditarik pada mesin rumput, menyebabkan pencemaran bunyi dan mengganggu aktiviti alam sekitar dan ketenteraman awam. Oleh itu, alat baru perlu diwujudkan untuk mengurangkan masalah

Nama Penyelia: Ros Saidatunnaziah binti Md Yusoff No Hp: 0197793744Email: [email protected]

pencemaran udara dan bunyi serta menjimatkan kos. Pemotong rumput menggunakan sistem solar direka cipta dan dibina untuk mengurangkan penggunaan petrol dan sekali gus menyahut cabaran untuk menggunakan teknologi hijau dalam pembinaan produk kejuruteraan.

CIRI-CIRI PRODUK i. Mesin ini berfungsi dengan menggunakan bateri

dan tenaga solar.ii. Paip PVC digunakan sebagai badan utama

pemotong rumput.iii. Proses pemotongan difokuskan pada kawasan

rata dan halaman rumah kecil.iv. Jarak kawalan jauh jangkaan adalah sehingga 20

meter.

IMPAK PRODUK Konsep teknologi hijau merupakan penerapan satu atau lebih ilmu alam sekitar, kimia hijau, pemantauan alam sekitar dan alat elektronik untuk memantau, memodenkan, memodelkan dan memulihara alam sekitar dan sumber daya untuk mengekang kesan negatif terhadap manusia.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201962

WATERING PLANT SENSOR SYSTEMPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Majoriti rakyat di Malaysia gemar dengan aktiviti menanam. Kebiasaannya, mereka akan menyiram tanaman secara manual menggunakan air dari bekalan paip utama yang boleh menyebabkan pembaziran air. Selain itu, menyiram tanaman pada satu-satu masa untuk mengelakkan tanah kering yang boleh mempengaruhi tanaman lain. Oleh itu, untuk menjimatkan masa, tenaga dan air maka sebuah projek yang dinamakan Watering Plant Sensor System telah dihasilkan. Projek ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan juga dapat mengelakkan daripada pembaziran air serta membantu mereka menguruskan tanaman dengan baik. Penggunaan tumbuhan Devil’s Ivy dalam projek ini merupakan spesies tanaman hias yang popular di wilayah beriklim sederhana dan menjadi semula jadi di beberapa hutan tropika dan sub-tropis di seluruh dunia. Tumbuhan ini juga sesuai ditanam di tempat yang tertutup.

PENYATAAN MASALAH Dari segi pengurusan tanaman masyarakat selalu membazir air ketika menyiram tanaman. Mereka tidak tahu bila dan berapa banyak air yang diperlukan untuk menyiram tanaman dan tidak berpengatahuan menggunakan arduino dan sensor air di dalamnya kehidupan seharian.

Nama Penyelia: Firdaus bin Ali No Hp: 0177290002

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menguruskan air yang digunakan semasa tanah

kering.ii. Kerangka kerja projek berkualiti tinggi.iii. Mengetahui nilai kelembapan tanah dengan

sensor air.iv. Saiz rak tanaman.

IMPAK PRODUK Projek ini dapat membantu masyarakat di Malaysia bagaimana menjimatkan masa, tenaga dan mencegah daripada pembaziran air.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 63

EZEE PAPER LIFTERPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Kertas peperiksaan akhir akan disimpan di bilik kebal yang berada di bilik Ketua Jabatan sehingga dapat digunakan untuk peperiksaan akhir. Kertas peperiksaan mempunyai berat lebih kurang setengah tan dan memerlukan banyak tenaga untuk mengangkat. Penyimpanan kertas tersebut dari tingkat bawah ke bilik kebal di bilik Ketua Jabatan memerlukan banyak tenaga, masa dan kos untuk pekerja. Oleh itu, satu mesin dihasilkan yang dapat mengangkat kertas peperiksaan akhir dari tingkat bawah ke tingkat atas.

PENYATAAN MASALAH Masalah yang dihadapi adalah kesukaran mengangkat dan memerlukan tenaga untuk membawa dokumen peperiksaan dari tingkat bawah ke tingkat pertama untuk disimpan ke dalam bilik simpanan di bilik Ketua Jabatan. Masalah lain yang dihadapi adalah:i. Untuk membawa kertas memerlukan banyak

tenaga kerja.ii. Untuk membawa kertas memerlukan banyak

masa dan mesin di pasaran mempunyai kos yang tinggi.

iii. Tenaga kerja yang membawa kertas tersebut akan mengalami sakit di bahagian belakang dan boleh menyebabkan kesan jangka panjang.

Nama Penyelia: Muhammad Hafizzuddin bin Md TeniNo Hp: 0125531356Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Dapat mengangkat barang sehingga 100 kg.ii. Sesuai untuk kegunaan di bangunan pejabat.iii. Untuk mengangkat dokumen peperiksaan sahaja.

IMPAK PRODUK i. Aplikasi ini mudah digunakan dan pelajar serta

Penyelia dapat mengikuti perkembangannya bila-bila masa dengan hanya menggunakan aplikasi melalui telefon bimbit mereka.

ii. Aplikasi ini bukan sahaja membantu menjimatkan masa, tetapi juga memudahkan komunikasi, dan mengurangkan beban kerja Penyelaras Projek.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201964

ONLINE STUDENTS PROJECT MANAGEMENT SYSTEMPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Sistem Pengurusan Projek Pelajar dalam talian adalah aplikasi yang membolehkan pelajar dan Penyelaras Projek berinteraksi antara satu sama lain. Aplikasi hanya akan tersedia pada peranti Android. Tujuan utama aplikasi ini adalah untuk meringankan beban Penyelaras Projek dan pelajar dalam Projek Tahun Akhir mereka dan ia menggantikan aplikasi lain seperti WhatsApp, Google Classroom dan lain-lain dalam menguruskan projek. Terdapat banyak aplikasi yang tersedia di pasaran sejak pertama kali dilancarkan pada bulan Julai 2008, dan sejak itu menjadi lebih maju dan lebih mudah diperoleh, itulah sebabnya salah satu cara terbaik untuk mendekati masalah iaitu melalui aplikasi yang semua orang boleh mendapatkan akses dengan mudah melalui hujung jari mereka.

PENYATAAN MASALAH Kira-kira 800 pelajar akan terlibat dengan Projek Tahun Akhir setiap semester dan apabila berhadapan dengan sebilangan besar pelajar, ini akan membebankan Penyelaras Projek. Penyelaras Projek mempunyai tanggungjawab untuk memberikan maklumat kepada pelajar, memproses semua bentuk, dan penyusunan data. Bagi para pelajar, mereka menghadapi kekeliruan kerana tidak mengetahui perincian yang lengkap. Kebiasaannya,

Nama Penyelia: Ts. Dr Woo Tze KeongNo Hp: 0164144198

Email: [email protected]

kekeliruan yang berlaku di kalangan pelajar adalah tidak mengetahui dengan tepat berapa banyak borang yang diperlukan untuk dicetak untuk persembahan, hasilnya adalah semua soalan akan diutarakan ke aplikasi WhatsApp Penyelaras Projek.

CIRI-CIRI PRODUK i. Permohonan hanya akan tersedia untuk Jabatan

Mekanikal Politeknik Ungku Omar.ii. Aplikasi akan tersedia hanya untuk telefon

android.iii. Perancangan antara muka pengguna aplikasi

dilakukan menggunakan Adobe XD dan Adobe Photoshop.

iv. Keseluruhan aplikasi ditulis dalam bahasa Java.

IMPAK PRODUK i. Mudah digunakan dan pelajar serta Penyelia

dapat mengikuti perkembangannya bila-bila masa dengan hanya menggunakan aplikasi melalui telefon bimbit mereka.

ii. Menjimatkan masa, tetapi juga memudahkan komunikasi, dan mengurangkan beban kerja Penyelaras Projek.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 65

CEILING INSTALLER MACHINEPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Ceiling Installer Machine, CIM (Mesin Pemasang Siling) adalah projek yang direka untuk membantu pekerja-pekerja dalam sektor pembinaan. Dengan menggunakan mesin ini, ia dapat mengurangkan tenaga kerja buruh dan juga dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk pekerja memasang siling. Projek ini ditumpukan pada memegang siling, menggerudi skru melalui braket, dan pemasangan secara serentak. Mekanisme CIM ini berfungsi dengan menggunakan motor berkuasa tingkap (power window motor) sebagai alat untuk menggerudi skru melalui siling dan pendakap. Manakala, ketinggian mesin boleh diubah mengikut ketinggian siling dengan menggunakan jek silinder elektrik. CIM juga dapat membantu pekerja menangani masalah-masalah yang dihadapi ketika proses pemasangan siling.

PENYATAAN MASALAH Pada masa kini, pekerja buruh terpaksa menghadapi kesukaran dalam proses pemasangan siling, terutamanya ketika berkerja bersendirian. Untuk proses pemasangan siling, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pekerja. Selain itu, proses ini juga memerlukan tangga agar pekerja dapat membawa siling ke pendakap untuk proses menggerudi. Proses ini berisiko tinggi jika ketinggian siling terlalu tinggi daripada tapak. Ini boleh mengakibatkan kemalangan kepada pekerja semasa memanjat tangga. Seterusnya, siling ialah suatu objek yang rapuh dan mudah pecah. Oleh

Nama Penyelia: Azhar bin AbdullahNo Hp: 0135010406Email : [email protected]

itu, jika teknik pemasangan siling salah, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada siling.

CIRI-CIRI PRODUK i. CIM direka dengan mengunakan bar segi empat

berongga aluminium sebagai bahagian badan projek yang berfungsi untuk menyokong beban siling.

ii. Jek silinder elektrik sebagai mekanisme naik dan turun mengikut ketinggian siling.

iii. Fokus pada saiz siling untuk CIM iaitu 2”x2” dan 4”x2”. Saiz ini adalah bersesuaian dengan saiz siling rumah.

iv. Penggunaan 12V bateri sebagai bekalan tenaga.v. Motor tingkap kuasa (power window motor) bagi

mekanisme menggerudi skru.

IMPAK PRODUK i. Proses pemasangan siling ini dapat

mengurangkan masa pemasangan daripada masa pemasangan secara manual.

ii. Meningkatkan keselamatan pekerja daripada kemalangan seperti jatuh dari tempat yang tinggi semasa proses pemasangan siling.

iii. Meningkatkan tahap kecergasan pekerja seperti tidak perlu mendongak terlalu lama semasa pemasangan siling yang boleh mengakibatkan sakit leher dan sakit belakang.

iv. Menjimatkan kos dari segi kerugian yang ditanggung oleh pembekal seperti siling pecah dan rosak yang disebabkan oleh teknik yang salah semasa memaku siling ke pendakap.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201966

THE ROBOT DUCTING CLEANERPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Robot Ducting Cleaner adalah inovasi baru yang dapat membersihkan sistem saluran. Projek ini dapat membantu memudahkan pembersihan sistem saluran. Robot ini mempunyai dua sesikat untuk membersihkan habuk di dalam sistem saluran. Pembersih salur ini juga dapat menyedut habuk ketika pembersihan iaitu menggunakan vakum dan memindahkannya ke tangki air untuk meningkatkan kecekapan pembersihan dan memastikan sistem saluran bersih.

PENYATAAN MASALAH Pada masa kini, terdapat banyak Juruteknik yang mengalami kesukaran untuk membersihkan saluran dan memerlukan proses berkali-kali untuk menyelesaikannya. Ini akan menyebabkan pekerja membuang tenaga dan masa untuk menyiapkan kerja. Di pasaran, harga untuk pembersih saluran robot adalah sangat mahal. Projek ini merupakan robot pembersih saluran yang mempunyai kos yang rendah dan menggunakan program Arduino.

Nama Penyelia: Mohd Nazrin bin NaharNo Hp: 0126578674

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Sesuai untuk kerja penyelenggaraan dan

pembersihan.ii. Sesuai untuk saluran yang mendatar.

IMPAK PRODUK i. Projek ini mempunyai ciri-ciri yang lebih ringkas

daripada sebelumnya di mana ianya direka untuk menggunakan aplikasi kawalan menggunakan telefon pintar.

ii. Pembersih saluran ini dapat membersihkan sistem saluran serta memudahkan pembersihan sistem saluran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 67

DIY SUPER TUBE CUTTERPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Pemotong tiub adalah alat yang digunakan untuk memotong tiub tembaga. Pemotong tiub yang biasa digunakan adalah pemotong tiub roda, pemotong tiub teleskopik dan pemotong tiub rachet yang memerlukan sejumlah besar tenaga untuk memotong tiub tembaga yang dikehendaki. Kaedah sebelumnya juga memerlukan banyak usaha dan masa. Penghasilan DIY Super Tube Cutter ini dapat membantu juruteknik atau orang ramai untuk memotong tiub dengan lebih cekap.

PENYATAAN MASALAH Masalah pemotong tembaga kebiasanya memerlukan lebih banyak masa untuk memotong. Alat yang biasa digunakan memerlukan banyak tenaga kerana keperluan memutar 360 darjah untuk memotong tiub. Kebarangkalian penipisan tiub dalam jangka pendek agak kecil. Ukuran tiub tembaga yang lebih kecil lebih sukar dipotong. Alat yang biasa digunakan sukar mencengkam tiub yang lebih kecil.

Nama Penyelia: Muhammad Redzuan bin Che Nordin No Hp: 0199960068Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Projek ini digunakan untuk memotong tiub

tembaga yang tegar. ii. Ukuran tiub tembaga tegar yang boleh digunakan

ialah 20 mm hingga 28 mm. iii. Menghasilkan banyak potongan dalam masa

yang singkat.

IMPAK PRODUK Ini akan membantu pemasang atau juruteknik dan tukang paip dalam mengoptimumkan kerja mereka dengan apa jua kos untuk faedah mereka.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201968

ADVANCE BLIND SPOT MONITORING SYSTEMPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Pada masa kini, jumlah kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor semakin meningkat terutamanya dari faktor titik buta. Titik buta dalam kenderaan adalah kawasan di sekitar kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu semasa berada di dalam kawalan keadaan sedia ada. Kemalangan titik buta berlaku dalam beberapa keadaan seperti ketika menukar lorong laluan, membelok ke kiri atau kanan di persimpangan, dan sebelum meninggalkan tempat letak kereta. Fokus projek ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan ke atas pemandu Proton Saga BLM. Kereta jenis ini mempunyai ciri keselamatan tersendiri seperti beg udara dan sensor mengundur, tetapi ciri keselamatan yang ditingkatkan di dalam projek ini adalah berkonsep ekonomi. Pemasangan sensor di bahagian tertentu pada kenderaan (Proton Saga BLM) akan mengesan kenderaan lain di kawasan titik buta dengan tepat.

PENYATAAN MASALAHi. Ketidaktepatan semasa mengesan bahaya titik

buta.ii. Amaran bahaya tempat titik buta tidak berkesan

kepada pemandu.iii. Bahaya di kawasan titik buta sukar dikesan oleh

pemandu ketika ingin menukar garisan semasa memandu.

Nama Penyelia: Mohamad Azizan bin Kamaruddin

No Hp: 0125160557Email: [email protected]

iv. Kenderaan lain sukar dikesan ketika pemandu atau penumpang ingin keluar dari kenderaan.

CIRI-CIRI PRODUK i. Untuk menutup kawasan titik buta kereta sedan

terutama untuk Proton Saga BLM.ii. Menggunakan LED dan Buzzer sebagai peranti

amaran.iii. Menggunakan kawalan mikro yang merupakan

Arduino UNO.iv. Menggunakan dua jenis sensor iaitu sensor

ultrasonik dan sensor radar gelombang mikro.v. Fokus pada perubahan garis, belok kiri atau kanan

di persimpangan, dan sebelum meninggalkan situasi tempat letak kereta untuk pengesan tempa titik buta.

vi. Fokus untuk segera membuka pintu ketika pemandu dan penumpang ingin keluar dari kereta untuk mendapatkan alat pengesan kenderaan yang masuk.

vii. Penekanan pada konsep ekonomi.

IMPAK PRODUK i. Sistem ini akan memberikan ciri keselamatan

pada tahap yang tinggi di dalam kereta pengguna.ii. Pengguna juga boleh mendapatkan ciri

keselamatan yang mewah dengan harga ekonomi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 69

MULTIPOWER ELECTRICAL BICYCLEPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Basikal elektrik pelbagai guna adalah merupakan sebuah sistem prototaip berasaskan basikal elektrik yang berkuasa untuk mengecas semula bateri dalam pelbagai cara dan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk operasi pengecasan.

PENYATAAN MASALAH Kebanyakan basikal elektrik yang biasa hanya menggunakan sumber tenaga daripada pengecas untuk mengecas bateri. Ini akan menghadkan pilihan kepada pengguna untuk mengecas basikal dan perkara ini merisaukan pengguna sekiranya basikal kehabisan bateri yang memaksa mereka untuk mengecas semula bateri untuk basikal dapat bergerak. Harga pasaran untuk basikal elektrik juga adalah tinggi sehingga menyebabkan hilang minat pengguna untuk membeli sebuah basikal elektrik sendiri. Sebilangan besar masyarakat kita menggunakan kenderaan berasaskan enjin pembakaran dalam yang tidak baik untuk persekitaran, maka projek ini berhasrat untuk memasarkan kepentingan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui kepada masyarakat dan para pelajar.

Nama Penyelia:Hj Ahmad Nawir bin Hj Abdul Rani No Hp: 0194004249Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Skop atau had pelaksanaan projek harus dibuat sebagai rujukan untuk memastikan bahawa setiap pelaksanaan projek tidak mengecualikan objektif yang ingin dicapai. Terdapat beberapa skop yang mesti dilaksanakan iaitu:i. Bateri haruslah dicas oleh satu sumber kuasa

pada satu masa.ii. Sesuai untuk jarak pendek dan tidak sesuai untuk

perjalanan jauh.iii. Tenaga elektrik yang dihasikan sesuai untuk

pengecasan bateri basikal.

IMPAK PRODUK Sistem basikal elektrik pelbagai kuasa adalah sebuah sistem prototaip yang membenarkan arus elektrik untuk mengecas bateri lebih daripada satu sumber pengecasan yang menjadikannya sesuai untuk diguna pakai dalam kegunaan harian di mana pengguna boleh memilih mod pengecasan yang terdapat 3 jenis iaitu :i. Pengecasan menggunakan bekalan kuasa di

rumah.ii. Pengecasan menggunakan solar terutama semasa

basikal di letak di tempat panas.iii. Memenggunakan dinamo/generator yang

dipusing oleh tayar.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201970

COLOUR SORTING SYSTEM- LEARNING AIDPoliteknik Muadzam Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Proses ini akan mengkelaskan susuatu produk mengikut kriteria, ketegori ataupun ciri-ciri yang sama terhadap produk tersebut. Untuk lebih memahami sistem pengkelasan, alat bantu mengajar untuk mengkelaskan produk mengikut warna produk dicipta untuk menunjukkan sistem pengkelasan secara amnya.

PENYATAAN MASALAH

Pelajar-pelajar sukar untuk memahami topik sistem pengkelasan secara teori. Pelajar sukar hendak imaginasikan pergerakan sistem pengkelasan. Oleh itu sistem pengkelasan warna untuk tujuan alat bantu mengajar diperlukan untuk menunjukkan sistem pengkelasan secara praktikal.

Nama Penyelia: Mohd Sufriansyah bin Mansoor No Hp: 0135449451

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Sumber kuasa adalah menggunakan bateri atau

power bank.ii. Sistem ini menggunakan Audrino Uno sebagai

microcontroller.iii. Servo motor digunakan untuk menggerakkan

mekanisma produk.

IMPAK PRODUK Produk ini membantu pengajar untuk mengajar pelajar mengenai topik sistem pengkelasan. Projek ini membantu pelajar memahami konsep sistem pengkelasan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 71

ELECTRICAL POWEREDLAWN MOWER Politeknik Muadzam Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Pada masa dahulu, sabit digunakan untuk menebas rumput atau lalang. Namun di masa sekarang, satu alatan moden telah dicipta untuk memudahkan pekerja dengan menggantikan alatan tradisional menggunakan tangan kepada alatan mesin iaitu mesin rumput. Kebanyakkan mesin rumput yang digunakan untuk taman dan kawasan kecil adalah mesin rumput jenis galas berkuasa enjin petrol. Projek ini dihasilkan untuk mengatasi masalah yang telah dinyatakan dengan menukar sumber kuasa dari menggunakan sumber petrol kepada sumber elektrik iaitu bateri sekaligus menyelesaikan masalah bunyi, getaran serta berat motor berkuasa petrol kepada motor elektrik yang lebih ringan, senyap dan kurang getaran. Penggunaan sumber kuasa elekrik iaitu dari bateri yang boleh di cas semula secara tidak langsung memberi impak kepada penjimatan kos serta penggunaan bahan binaan yang lebih ringan dapat mengurangkan masalah kesihatan kepada pengguna.

PENYATAAN MASALAH Penggunaan mesin rumput berkuasa petrol ini mempunyai beberapa kelemahan antaranya ialah pencemaran udara yang terhasil dari pembakaran petrol sebagai punca tenaga mesin rumput serta pencemaran bunyi turut berlaku akibat dari motor mesin rumput tersebut. Ini kerana motor mesin rumput berkuasa petrol menghasilkan bunyi serta getaran yang agak kuat di mana motornya juga agak

Nama Penyelia: Khairil bin Che MatNo Hp: 0148392838 Email: [email protected]

berat dan mungkin menimbulkan masalah kesihatan pada pengguna apabila digunakan untuk suatu jangkamasa yang lama.

CIRI-CIRI PRODUK i. Mesin berfungsi dengan menggunakan kuasa

bateri yang boleh di cas semula berulang kali.ii. Penggunaan bateri sekurang-kurangnya dapat

bertahan sehingga 30 minit sebelum perlu di cas semula.

iii. Paip PVC digunakan sebagai komponen utama mesin pemotong rumput untuk mengurangkan berat mesin rumput tersebut.

iv. Proses pemotongan hanya tertumpu pada kawasan rata dan halaman rumah kecil serta sederhana sahaja.

IMPAK PRODUK i. Pemilihan teknologi hijau untuk konsep bagi

projek ini adalah penerapan mencintai alam sekitar.

ii. Menggunakan tenaga elektrik (bateri boleh dicas semula) bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga dan dapat mengurangkan pencemaran udara serta bunyi.

iii. Kegunaan perseorangan atau syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pemesinan rumput untuk digunakan sebagai aset baru dalam inventori mereka.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201972

BLUETOOTH CONTROLLAWN MOWERPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Bluetooth Control Lawn Mower adalah peranti atau robot yang membantu manusia memotong rumput secara automatik. Pertumbuhan pesat pelbagai alat dan peralatan berteknologi tinggi menjadikan tugas kita selesai dengan selesa dan canggih. Projek ini mempertimbangkan pelaksanaan robot yang boleh dikendalikan tanpa wayar menggunakan teknologi bluetooth. Mengintegrasikan perkakasan dan perisian adalah kunci utama projek ini. Dengan mengintegrasikan perkakasan dan perisian, didapati banyak teknologi boleh digunakan untuk membangunkan projek yang luar biasa. Mesin pemotong rumput ini juga direka dengan ciri yang lebih selamat. Di samping itu, kawalan bluetooth mesin pemotong rumput lebih senang digunakan oleh pengguna. Projek ini merangkumi arus, pengaturcaraan dan penyatuan kedua-duanya.

PENYATAAN MASALAH Dalam kesibukan masa hari ini, penghasilan mesin pemotong rumput secara autonomi, mudah dikendalikan, lebih cekap dan mesra alam dapat menjimatkan masa. Kaedah sebelumnya, rumput

Nama Penyelia: Mohamad Azizan bin Kamaruddin

No Hp: 0125160557Email: [email protected]

akan dipotong menggunakan pisau pemotong dan kemudian diikuti kaedah manual menggunakan mesin pemotong yang tidak mempunyai enjin.

CIRI-CIRI PRODUK i. Reka bentuk ini adalah alternatif kepada mesin

rumput berkuasa enjin dan ianya lebih mesra alam.

ii. Mesin pemotong rumput kawalan bluetooth ini akan digunakan untuk memotong rumput di halaman belakang.

iii. Mesin ini dicipta untuk dikawal oleh manusia.

IMPAK PRODUK i. Mesin pemotong rumput kawalan bluetooth ini

mampu memotong rumput sambil mengawalnya menggunakan telefon pintar tanpa menggunakan tenaga manusia yang banyak.

ii. Penggunaan sistem ini akan memberi kesan kepada aktiviti memotong rumput gaya moden dengan cara yang mudah.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 73

SOLAR HEAT STORAGESYSTEM MODULE Politeknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Projek Solar Heat Storage System Module dibina berdasarkan dua objektif utama iaitu memanaskan air hingga 30˚C di rumah dan menukar tenaga suria kepada elektrik menggunakan penjana termoelektrik. Garam digunakan sebagai medium untuk menyimpan haba sehingga 50˚C di mana berdasarkan penyelidikan garam dapat menyimpan haba untuk jangka masa yang panjang. Data eksperimen menunjukkan bahawa projek ini dapat menyimpan haba dalam lingkungan 60˚C hingga 70˚C sehingga mampu memanaskan air dalam lingkungan 40˚C hingga 50˚C. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik yang dihasilkan adalah kurang dari 1 Watt. Ini adalah kerana terdapat perbezaan minimum suhu persekitan dan garam yang berbeza. Oleh itu, projek ini dapat memanfaatkan haba untuk memanaskan air tetapi memerlukan kajian lebih lanjut mengenai penjanaan elektrik.

PENYATAAN MASALAH Malaysia berkembang dengan flora dan fauna kerana kelembapan, cahaya matahari dan jumlah hujan yang banyak diterima setiap tahun. Oleh itu, sektor industri telah mengembangkan alat elektronik yang memfokuskan pada tenaga hijau. Sebilangan besar rumah sebenarnya dilengkapi dengan panel suria sebagai cara untuk mengurangkan pergantungan dari arang batu dan bahan bakar fosil kepada

Nama Penyelia:Victor A/L AmirthamNo Hp: 0175799813Email : [email protected]

tenaga boleh diperbaharui. Panel solar direka untuk menyerap tenaga sinar UV dan menukarnya menjadi tenaga elektrik. Walaubagaimanapun, proses ini menyebabkan haba hilang ke persekitaran. Haba yang terbebas ini boleh digunakan untuk disimpan dan boleh digunakan pada masa akan datang.

CIRI-CIRI PRODUK i. Untuk memanaskan suhu garam sehingga 50˚C

dengan menggunakan Solar Heat Collector.ii. Untuk menjana kuasa 3-5 Watt menggunakan

penjana termoelektrik dan di simpan di dalam power bank.

iii. Untuk membekalkan air panas ke sistem pemanas air di rumah.

IMPAK PRODUK i. Produk ini boleh menukar tenaga haba yang

terbuang menjadi tenaga elektrik yang seterusnya memberi banyak manfaat kepada pengguna dan persekitaran.

ii. Solar Heat Storage System Module mampu memanaskan air sehingga 30˚C untuk sistem pemanas air.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201974

ELECTRONIC FUEL CONTROLLERPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Electronic Fuel Controller (EFC) ini adalah untuk mengawal penggunaan bahan bakar di dalam enjin. Seperti yang kita ketahui, bahan bakar di dalam tangki tidak akan digunakan untuk pembakaran kerana penyejatan berlaku di dalamnya. Pam dalaman mengepam bahan api terus ke tangki tangkapan untuk penyejukan. Seterusnya, pam luaran mengepam bahan bakar ke pengatur tekanan. Injap kawalan pemboleh ubah ini akan mengawal jumlah bahan bakar yang diperlukan oleh enjin berdasarkan mod yang dipilih iaitu mod normal, ekonomi dan sukan. Tujuan utama membuat projek ini adalah untuk mengurangkan karbon monoksida yang boleh menyebabkan sakit kepala, pening, muntah dan loya. Dengan sistem baru ini di dalam enjin, seterusnya penyejatan awal juga dapat mengelakkan.

PENYATAAN MASALAH Setiap kereta mempunyai tangki bahan bakar yang luas. Sesetengah pemandu mungkin tidak mengisinya dengan tangki penuh tetapi kebiasaan separuh daripadanya. Penyejatan bahan api berdasarkan pergerakan kereta. Kereta dengan ruang tangki bahan bakar lebih besar, menjadikan bahan bakar di dalam tangki lebih berubah

Nama Penyelia: Mohd Azmi bin IbrahimNo Hp: 0195118084

Email : [email protected]

menyebabkan penyejatan berlaku lebih cepat. Selain itu, isu kenaikan harga diesel dan petrol yang tidak stabil dan penggunaan bahan bakar enjin menjadi perhatian kebanyakan pemandu di jalan raya kebelakangan ini. Akhir sekali, semakin panas cuaca, semakin tinggi kemungkinan bahan api mengewap. CIRI-CIRI PRODUK i. Sistem EFC ini direka untuk enjin petrol di dalam

kereta Myvi yang menggunakan suntikan bahan bakar langsung.

ii. Eksperimen dalaman pada mesin 1.3 Myvi dalam keadaan pegun. Sistem EFC ini sesuai untuk pemandu yang menggunakan kereta setiap hari untuk keluar bekerja.

iii. Enjin ini diubahsuai dengan beberapa komponen.

IMPAK PRODUK i. Pemandu dapat mengurangkan kos pengisian

bahan bakar kereta terutama kepada pengguna harian.

ii. Penggunaan jumlah bahan bakar yang bersesuaian dapat meminimumkan pencemaran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 75

ECO WIND CHILLPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Peti sejuk Eco Wind Chill telah direka bentuk untuk satu-satunya tujuan pengawetan makanan di kawasan yang mempunyai akses terhad kepada elektrik dan wang. Peti sejuk telah mengambil kira beberapa petunjuk dari alam untuk membantu mengawet makanan di persekitaran yang sejuk. Ini seterusnya akan membantu mencegah pembaziran makanan dan kekurangan zat makanan di beberapa negara membangun. Terdapat penyelesaian mudah untuk keperluan sejagat yang tidak memerlukan elektrik, arang batu, bahan bakar fosil, atau bahkan panel solar atau turbin angin. Penambahbaikkan peti sejuk dengan mempertimbangkan semua faktor di atas iaitu penyejukan tanpa elektrik AC dengan tiga kaedah penyejukan dan sokongan bawah tanah yang paling utama telah dicapai dengan penurunan suhu yang lebih baik iaitu sekitar 5ºC hingga 23ºC dari suhu persekitaran.

PENYATAAN MASALAH Peti sejuk Eco Wind Chill telah direka bentuk untuk satu-satunya tujuan pengawetan makanan di kawasan yang mempunyai akses terhad kepada elektrik dan wang. Peti sejuk telah mengambil kira beberapa petunjuk dari alam untuk membantu mengawet makanan di persekitaran yang sejuk. Ini seterusnya akan membantu mencegah pembaziran makanan dan kekurangan zat makanan di beberapa negara membangun. Terdapat penyelesaian mudah

Nama Penyelia:Shahrul Nahar bin Omar KamalNo Hp: 0177386468Email : [email protected]

untuk keperluan sejagat yang tidak memerlukan elektrik, arang batu, bahan bakar fosil, atau bahkan panel solar atau turbin angin. Penambahbaikkan peti sejuk dengan mempertimbangkan semua faktor di atas iaitu penyejukan tanpa elektrik AC dengan tiga kaedah penyejukan dan sokongan bawah tanah yang paling utama telah dicapai dengan penurunan suhu yang lebih baik iaitu sekitar 5ºC hingga 23ºC dari suhu persekitaran.

CIRI-CIRI PRODUK i. Projek ini adalah untuk memastikan makanan

dalam keadaan baik dengan sistem penyejukan yang dapat mencapai penurunan suhu sekitar 5ºC hingga 23ºC dari suhu persekitaran.

ii. Sistem ini dapat membantu mencegah pembaziran makanan dengan menggunakan konsep semula jadi yang merupakan sumber penyejukan dari persekitaran sekitarnya.

iii. Konsep ini juga mampu untuk menjimatkan elektrik dan untuk mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar.

IMPAK PRODUK i. Tidak menggunakan sumber elektrik yang tinggi

kerana menggunakan kipas solar DC.ii. Kos projek ini tidak mahal dan mudah didapati.iii. Penggunaan kaedah konsep hijau, tidak

mendatangkan bahaya kepada pengguna.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201976

OIL PALM FRUIT COLLECTORPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Mesin Pengutip Biji Kelapa Sawit akan membantu pekerja di ladang kelapa sawit untuk mengumpulkan biji yang telah relai dan jatuh ke atas tanah. Kebiasaanya biji sawit ini dikumpul dan dikutip dengan tangan dan menggunakan pencakar. Kaedah tersebut memerlukan tenaga kerja dan mengambil masa. Kadar pengekstrakan minyak sawit boleh menurun disebabkan pengumpulan biji sawit yang tidak mencukupi seterusnya menyebabkan penuaian yang tidak sempurna dan mengakibatkan pengurangan pengeluaran minyak.

PENYATAAN MASALAH Peladang menghadapi kesukaran mengumpulkan biji kelapa sawit yang jatuh di kawasan yang tidak rata seperti mengutip dengan tangan. Ini akan menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan peladang dalam jangka masa panjang terutamanya ketika mereka mengutip biji sawit dalam keadaan duduk dan mencangkung. Masa yang diambil oleh peladang ketika memungut biji adalah lama dan ia juga boleh menyebabkan kecederaan kecil kepada peladang ketika mengumpul buah dengan menggunakan tangan.

Nama Penyelia: Mohamad Fadhil Bin Mohd SaidNo Hp: 0195733578

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk ini digerakkan dengan menggunakan

mesin kawalan elektrik untuk menggerakkan pemungut bagi mengumpulkan biji kelapa sawit yang sudah relai dan jatuh di pelbagai jenis permukaan.

ii. Dengan menggunakan mesin, peladang dapat mengumpulkan biji kelapa sawit yang relai dalam jumlah yang lebih banyak dibandingkan dengan memungut menggunakan tangan.

IMPAK PRODUK i. Mesin pengumpul biji kelapa sawit ini memberi

faedah kepada pekerja di ladang-ladang dan dapat berfungsi dengan cekap untuk memungut buah yang relai di atas tanah.

ii. Pembaziran biji yang sudah jatuh dapat dielakkan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 77

DEVELOPMENT OF ALTERNATOR TESTER Politeknik Port Dickson

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Alternator Tester atau “penguji alternator.” adalah projek yang bertujuan untuk menjadi alat uji khas untuk alternator kenderaan ringan. Idea menghasilkan projek ini diperolehi setelah melihat kesukaran pembelajaran untuk pelajar terutama pelajar automotif. Masalah ini bukan hanya melibatkan pelajar IPT tetapi juga mekanik di bengkel juga mengalami beberapa kesulitan untuk menguji alternator setelah ianya dikeluarkan dari enjin. Bagi menguji alternator ini, ia memerlukan kuasa putaran yang cukup untuk menjana arus elektrik. Skop kajian ini merangkumi saiz dan reka bentuk yang sangat terhad kerana bentuk dan saiz alternator mengikut model kereta sangat berbeza. Kitaran motor ini memberi kesan kepada jumlah arus elektrik yang dihasilkan oleh armature. Pada masa yang sama, tali pinggang penghantar digunakan untuk menyambungkan motor dan alternator. Seterusnya, arus elektrokimia boleh ditafsirkan dengan menukarkan kelajuan motor mengikut rpm. Secara keseluruhannya, kaedah pengujian konvensional menunjukkan kekurangan pengetahuan pelajar dan mengambil masa yang lama untuk melakukan pemeriksaan berbanding dengan Alternator Tester yang membolehkan proses pembelajaran dan pengetahuan para pelajar termasuk menjimatkan masa mekanik untuk

Nama Penyelia: Mohd Zubir bin AmirNo Hp : 0127625507Email : [email protected]

melakukan pemeriksaan alternator.

PENYATAAN MASALAH Setelah alternator dikeluarkan dari enjin, ia sukar untuk diuji. Masalah ini bukan hanya melibatkan pelajar IPT tetapi juga mekanik di luar kampus juga mengalami beberapa kesulitan untuk menguji selepas ia dikeluarkan. Kesukaran untuk mengetahui kadar putaran alternator dapat dicas sepenuhnya.

CIRI-CIRI PRODUK i. Reka bentuk yang mudah untuk digunakan.ii. Meter bacaan digital.iii. Putaran motor kepada alternator yang boleh

dilaras.

IMPAK PRODUK i. Boleh dijadikan alat pembelajaran.ii. Memudahkan pelajar/mekanik untuk menguji

alternator selepas alternator dikeluarkan dari kenderaan.

iii. Dapat membezakan bacaan alternator yang baik dan tidak baik.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201978

CLASSROM FOLDING CHAIRPoliteknik Merlimau

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Classroom Folding Chair idea tercetus apabila bengkel welding mempunyai kekangan untuk menyimpan dan menyusun kerusi selepas digunakan kerana ruangan yang sangat sempit. Gabungan tiga kerusi bersama meja lipat dihasilkan bagi memudahkan penyimpanan kerusi pelajar di tempat yang sempit terutama di bengkel kejuruteraan JKM PMM. Classroom Folding Chair ini dibina daripada beberapa jenis bahan untuk memudahkan ianya dilipat dan digerakkan. Bahan utama dalam penghasilan Classroom Folding Chair ini ialah besi hollow (berongga) bulat kerana keistimewaanya yang lebih tahan dan mampu menampung beban yang tinggi. Selain itu, tempat duduk dan sandarnya pula terbina daripada kain berjenis kanvas agar ianya dapat dilipat dan mengurangkan risiko keselamatan pada pengguna dan meja pada kerusi tersebut papan plywood (papan lapis). Classroom Folding Chair mempunyai roda kecil untuk digerakkan dan disimpan di tempat /ruang kelas yang kecil.

PENYATAAN MASALAH Setelah mengkaji dan menganalisis daripada hasil temubual bersama pensyarah/penyelia dan soal selidik kepada pelajar serta pemerhatian yang dijalankan di ruang kuliah dapati masalah utama yang dihadapi ialah keadaan yang tidak kemas di mana keadaan kerusi bermeja lipat yang tidak disusun dengan teratur mengakibatkan suasana

Nama Penyelia: Jannatunnaim binti HarunNo Hp : 0197514328

Email : [email protected]

yang tidak kemas. Selain itu, permasalahan yang dapat dinyatakan ialah tidak kondusif, di mana kawasan ruang kuliah yang terhad mengakibatkan kerusi bermeja lipat yang disediakan adalah sedikit dan tidak selari dengan bilangan pelajar pada sesuatu masa. Permasalahan yang terakhir dapat dinyatakan ialah tiada sikap tanggungjawab di kalangan pelajar dan tiada kesedaran terhadap kekemasan dengan membiarkan keadaan tidak tersusun dan tidak teratur apabila meninggalkan ruang kuliah tersebut.

CIRI-CIRI PRODUK Masalah ruang sempit dan penyimpanan kerusi dan meja. Sesuai digunakan bagi tujuan PnP di kawasan luar bilik kuliah.

IMPAK PRODUK i. Dapat mereka bentuk dan menggabungkan 3

buah kerusi menjadi satu bersama dengan meja untuk kegunaan kawasan / ruang yang sempit.

ii. Dapat menjimatkan masa.iii. Memberikan nilai kekemasan yang lebih tinggi

kerana kekemasan susunan kerusi bermeja lipat yang lebih teratur.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 79

WC ERGOPoliteknik Port Dickson

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Produk ini direka cipta untuk memenuhi kehendak pelanggan terutamanya golongan separuh atau separa lumpuh, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dalam membantu mereka ketika menjalani latihan untuk berjalan seperti biasa dengan keadaan yang selesa dan juga memudahkan urusan seharian mereka. Produk ini direka bentuk mengikut spesifikasi dan pengukuran yang tepat supaya dapat memenuhi kehendak pengguna seperti keselesaan dan lebih mesra pengguna. Kerusi roda pada masa kini, biasanya memerlukan kos yang tinggi untuk memilikinya. Keadaan ini menyukarkan orang ramai terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli atau memiliki kerusi roda yang canggih. Kerusi roda yang berada di pasaran selalunya menggunakan motor, elektrik atau sistem hidraulik dan ditawarkan dengan harga yang tinggi dalam kata mudah ia mahal dan yang terdapat di pasaran sekarang direka khusus untuk kegunaan pesakit kehendak pengguna. Objektif adalah pesakit yang mempunyai kesukaran untuk bergerak dan berjalan. Selain itu, fungsi penggunaan kerusi roda adalah untuk kemudahan pengguna bagi memenuhi keperluan mereka. Skop kajian adalah tempat penyandar belakang boleh digerakkan kebelakang maximum 65 darjah, berat tidak melebihi daripada 20 kg dan fungsi tambahan seperti penyandar belakang, Headrest, meja makan mudah alih, kusyen tempat duduk dan tempat pemijak kaki boleh buka dan tutup secara automatik.

PENYATAAN MASALAH Penyataan masalah terhadap kerusi roda sedia ada

Nama Penyelia: Sharifah Enne Suhaini binti Syed Mohd ZahariNo Hp : 0129143197Email : [email protected]

iaitu masalah saiz tidak menepati spesifikasi kerusi roda yang sedia ada. Keadaan ini akan menyukarkan pengguna untuk melakukan penyelenggaraan apabila mesin tersebut mengalami kerosakan. Kerusi roda sedia ada mempunyai kekurangan dari aspek ergonomik dan keselamatan pengguna kurang terjamin. Selain itu, kerusi roda yang dilihat di pasaran ketinggiannya agak tinggi. Hal ini akan menyukarkan pengguna untuk mencapai barang di bawah dan ia memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk mengangkat badannya naik ke atas kerusi roda tersebut. Selain itu, orang ramai terutamanya penduduk kampung lebih selesa menggunakan kerusi roda yang mudah digunakan tanpa menggunakan tenaga elektrik dan kos yang minimum bagi kerusi roda sedia ada. CIRI-CIRI PRODUK i. Penambahan Headrest boleh alih.ii. Penyelarasan penyandar belakang (65 darjah ke

belakang)- penggunaan linear actuator.iii. Penambahan kusyen pada penyandar belakang.iv. Penambahan meja makan boleh alih.v. Membuka/menutup tempat letak kaki menggu-

nakan motor DC.vi. Lebih ergonomik.

IMPAK PRODUK i. Fokus: kerusi roda sedia ada di hospital untuk

dipertingkatkan nilai dan fungsi dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding membeli kerusi roda yang baru (recycle and reuse).

ii. Harga mampu milik dengan kepelbagaian fungsi.iii. Lebih selesa dan ergonomik.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201980

ALAT PENGERING TOPI KELEDARPoliteknik Ibrahim Sultan

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK ‘Alat Pengering Topi Keledar’ adalah alat yang dicipta untuk memudahkan dan mempercepatkan menghilangkan kelembapan span dalam topi tanpa perlu menjemurnya di panas matahari. Mesin pengering topi keledar ini menggunakan tenaga elektrik yang amat mudah untuk dikendalikan. Pelbagai komplikasi akan timbul sekiranya mengalami situasi bahagian dalam topi keledar yang lembap dan basah. Mesin ini dicipta bagi mengatasi segala rungutan berikutan masalah tersebut. Projek ini menggunakan kerangka besi petak berlubang yang tahan lasak dan ringan serta senang untuk dikendalikan. Keluli digunakan supaya alat ini tahan lama. Projek ini mampu memberi manfaat kepada semua pengguna topi keledar terutama penunggang motorsikal.

PENYATAAN MASALAH Secara umumnya tiada kaedah khusus bagi mengeringkan topi keledar. Kaedah konvensional digunakan iaitu menunggu cuaca yang sesuai dan panas untuk menjemur topi keledar yang basah ataupun lembap. Selain itu, kesukaran untuk mengeringkan topi keledar disebabkan cuaca hujan di Malaysia yang tidak menentu. Masalah ini seringkali dihadapi kerana iklim Malaysia merupakan iklim Khatulistiwa yang akan melalui panas dan hujan sepanjang tahun. Masalah ini

Nama Penyelia: Zuhaila binti Mohammad No Hp : 0108231453

Email : [email protected]

akan menyebabkan kesukaran kepada penunggang motosikal yang mengenakan topi keledar setiap hari sama ada ke institut pengajian mahupun tempat kerja. Topi keledar yang lembap tersebut akan membuatkan kepala tidak selesa dan mengurangkan fokus pemanduan kepada penunggang motosikal ataupun pembonceng.

CIRI-CIRI PRODUK i. Mesin yang sistematik untuk memastikan

kebersihan dalam topi keledar.ii. Menggunakan UV Light cara untuk mengawal

dan membunuh bakteria di tempat yang lembab seperti bahagian dalaman topi kaledar.

iii. Tempoh pengeringan dalam masa 30 min hingga 1 jam.

iv. Suhu pemanasan untuk proses pengeringan ialah maksima 85˚C

v. Keluli ringan berstruktur.vi. Sesuai untuk semua model topi kaledar. Mesin

ini hanya boleh mengeringkan maksimum satu biji topi keledar dengan dimensi mesin 45 cm x 45 cm x 70 cm.

IMPAK PRODUK Untuk mempercepatkan proses pengeringan untuk topi keledar sebagai alternatif proses pengeringan semula jadi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 81

ANDROID CONTROLLEDBUTTONLESS CAR Politeknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Menurut data Bloomberg, Malaysia mencatatkan angka kematian sekitar 23 per 100,000 penduduk. Berdasarkan statistik ini, dianggarkan kira-kira 7,000 hingga 8,000 orang di negara ini mati akibat kemalangan di jalan raya pada setiap tahun bagi 30 juta rakyat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, satu inovasi produk telah dibangunkan iaitu Android Controlled Buttonless Car (ACBC) untuk mengurangkan peningkatan kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, jika terdapat kerosakan di bahagian dalaman kereta, aplikasi ACBC akan memberitahu pengguna dengan menggunakan isyarat penggera yang membolehkan pengguna memperbaiki bahagian tersebut untuk mengelakkan terjadinya kemalangan jalan raya. Sebagai tambahan, komponen yang digabungkan dalam projek ini adalah dengan memasukkan sensor cap jari di dalam kereta persendirian yang telah diubahsuai. Pelaksanaan kebenaran cap jari akan memberi kesukaran kepada pencuri untuk mencuri kereta.

PENYATAAN MASALAH Kekurangan alatan dalaman seperti sensor pengesan yang dimuatkan dalam sebuah kereta yang boleh mengesan kerosakan atau tidak kebolehfungsian sesuatu komponen dalam kenderaan. Ciri-ciri

Nama Penyelia: Mohamad Faizal Reza bin YaacobNo Hp : 0192156073Email : [email protected]

teknologi alat pengesan kecurian kenderaan tiada dalam sesebuah kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian kenderaan dengan mudah.

CIRI-CIRI PRODUK i. Perisian aplikasi yang digunakan adalah Android

Studio dan Mikro kawalan jenis PIC16F877A.ii. Menggunakan pengesan cap jari.iii. Menggunakan isyarat penggera.

IMPAK PRODUK iv. Digunakan sebagai aksesori dalam kereta bagi

tujuan ciri-ciri keselamatan.v. Mengurangkan kadar kecurian kenderaan

persendirian.vi. Sebagai pengesan komponen yang rosak atau

tidak berfungsi untuk mengurangkan risiko kemalangan dijalan raya.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201982

AUTOMATIC FIRE BLANKETPoliteknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Ruang dapur bagi kediaman domestik merupakan ruang bahaya di mana kecenderungan kebakaran berlaku adalah tinggi berbanding bahagian ruang yang lain di dalam rumah kediaman. Tinjauan mendapati kebanyakan rumah kediaman dilengkapi dengan dapur gas dan alat penyedut asap. Selimut api dan alat pemadam api mudah alih telah disarankan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk melindungi penghuni dan harta benda ketika berlaku kebakaran. Kedua – dua alat bantu ini mula dikendalikan secara manual oleh penghuni kediaman. Automatic Fire Blanket merupakan adaptasi daripada penggunaan selimut api di rumah kediaman secara manual yang ditambahbaik bagi membolehkan ianya beroperasi secara automatik.

PENYATAAN MASALAH Kejadian kebakaran di kediaman domestik adalah berpunca dari sikap lalai penghuni rumah kediaman yang meninggalkan dapur gas dalam keadaan api masih menyala. Kebanyakan rekabentuk ruang dapur di kediaman jenis teres tidak tertutup sepenuhnya bagi mengasingkannya dengan ruang berhampiran dapur tersebut. Bukaan yang disediakan untuk laluan penghuni ke ruang dapur

Nama Penyelia: Rohaza binti MajidNo Hp : 0196539822

Email : [email protected]

akan mempercepatkan lagi rebakan api dan asap panas ke seluruh ruang kediaman ketika kejadian kebakaran. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko kehilangan nyawa penghuni kediaman dan kemusnahan harta benda.

CIRI-CIRI PRODUK i. Bertindak secara automatik dan dapat memadam

kebakaran di ruang dapur gas ketika ketiadaan penghuni rumah.

ii. Selimut api yang diturunkan secara automatik dapat menghadkan rebakan api dan asap.

iii. Memutuskan bekalan oksigen dengan segera untuk mempercepatkan pemadaman api.

IMPAK PRODUK i. Mengurangkan risiko kehilangan nyawa

dan kecederaan penghuni kediaman ketika berlakunya kejadian kebakaran di rumah kediaman domestik.

ii. Mengurangkan kemusnahan harta benda di rumah kediaman ketika kejadian kebakaran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 83

BUCKLE PADLOCKPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Skop kajian ini memberi tumpuan untuk mereka bentuk dan menghasilkan ibu kunci atau mangga yang biasa terdapat di pasaran kepada Buckle Padlock yang lebih inovatif. Buckle Padlock ini diberi nama sesuai dengan fungsinya yang dilengkapi dengan alat yang mampu menghalang kecurian daripada berlaku. Inovasi yang dilakukan pada alat ini adalah dengan menambah penggera 100 decibel sebagai isyarat untuk meningkatkan keselamatan pengguna. Selain itu, Buckle Padlock juga dapat melindungi plat logam dan pasung di dalam alat daripada dipotong atau melindungi gril pintu dari diumpil atau digergaji. Tujuan utama reka bentuk ini adalah untuk menghalang, melambatkan dan menyukarkan penceroboh memasuki rumah.

PENYATAAN MASALAH Buckle Padlock yang terdapat di pasaran tidak mempunyai penggera yang boleh bertindak sebagai isyarat untuk memberi amaran kepada pencuri apabila ada penceroboh cuba memecah masuk ke dalam rumah. Buckle Padlock yang dilengkapi siren akan menjadi salah satu teknologi canggih yang banyak digunakan bagi menjaga keselamatan pengguna.

Nama Penyelia: Zetty Rohaiza binti Mohd Sahak @ IshakNo Hp : 0194882478Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Buckle Padlock gabungan biasanya dibuat

dengan “tin” logam dengan tiga tumbler di dalam disambungkan ke dail di bahagian depan. Mekanisme ini sangat serupa dengan yang digunakan di peti besi.

ii. Ia dilengkapi dengan penggera bagi membantu melambatkan tindakan pencuri.

iii. Produk ini dilindungi dengan kerangka keluli yang menyebabkannya tidak mudah dipotong, pecah dan rosak.

IMPAK PRODUK iv. Produk ini membantu mencegah kecurian. v. Produk ini juga dilengkapi penggera bagi

meningkatkan tahap keselamatan Buckle Padlock.vi. Harga yang berpatutan serta sesuai untuk semua

jenis golongan masyarakat di Malaysia.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201984

EXTRA COOLING RADIATORPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Alat tambahan penyejuk radiator merupakan satu projek yang dilaksanakan bagi tujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Projek ini memfokuskan kepada kajian, reka cipta serta membuat pelaksanaan alat tambahan penyejukan radiator. Komponen tambahan tersebut berfungsi untuk menyemburkan air pada radiator yang akan dibantu oleh satu sensor untuk membaca kenaikan suhu air dalam radiator. Oleh itu, suhu air dalam radiator dapat dikawal jika terjadinya masalah enjin terlalu panas.

PENYATAAN MASALAH Sesebuah kenderaan akan mengalami masalah terlalu panas pada enjin disebabkan oleh beberapa punca seperti radiator tersumbat, sistem air pada radiator berkarat, pam air tidak berfungsi, termostat tidak berfungsi dengan baik, penutup pada radiator sudah rosak, kipas pada radiator gagal berfungsi dan sebagainya. Kesan akibat terlalu panas pada enjin kenderaan akan mengakibatkan head bengkok, gasket akan terbakar atau pecah yang boleh menyebabkan minyak enjin bercampur dengan air. Oleh sebab itu, enjin kenderaan terpaksa dibaik pulih. Komponen tambahan yang direka ini

Nama Penyelia: Razis bin OthmanNo Hp : 0176697967

Email : [email protected]

berfungsi untuk menyemburkan air pada radiator yang akan dibantu oleh satu sensor untuk membaca kenaikan suhu air dalam radiator. Oleh itu, suhu air dalam radiator dapat dikawal jika terjadinya masalah enjin terlalu panas.

CIRI-CIRI PRODUK i. Alat tambahan penyejuk radiator.ii. Dilengkapi dengan pengesan untuk membaca

kenaikan suhu air dalam radiator.

IMPAK PRODUK i. Kos perbelanjaan rendah.ii. Dapat menyejukkan radiator.iii. Dapat menjimatkan kos jika berlakunya

kepanasan melampau.iv. Boleh mendengar amaran jika enjin terlalu panas.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 85

EZ LIFTERPoliteknik Banting

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK EZ Lifter direka berdasarkan troli konvensional yang digunakan untuk membawa barang atau peralatan yang membolehkan ia dibawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain. EZ Lifter adalah hasil inovasi dengan beberapa ciri-ciri iaitu untuk mengangkat barang atau peralatan mengikut ketinggian yang tertentu dengan tangga yang dipasang pada struktur projek bagi membolehkan pengguna untuk mencapai ke tempat yang lebih tinggi. Selain itu, produk ini juga direka untuk dikendalikan menggunakan suis manual atau melalui aplikasi di telefon pintar bagi mengendalikan proses mengangkat atau menurunkan objek.

PENYATAAN MASALAH Mengangkat objek dengan berat tertentu boleh mengakibatkan beberapa kecederaan dan jika tidak dilakukan dengan betul. Gangguan muskuloskeletal adalah kecederaan atau penyakit yang disebabkan berlebihan atau pergerakan berulang yang membawa kepada sakit belakang. Pada tahun 2016, gangguan muskuloskeletal yang melibatkan sakit belakang menyumbang kepada 38.5 peratus daripada semua gangguan muskuloskeletal yang berkaitan dengan pekerjaan (134.550 kes sakit belakang dari 349.050 kes keseluruhan) seperti yang dilaporkan oleh Bureu of Labor Statistics, U.S. Jabatan Tenaga Kerja.

Nama Penyelia: Norisza Dalila binti IsmailNo Hp : 0193160996Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan tangga yang dipasang pada

struktur projek.ii. Tapak projek yang diperbuat dari papan

untuk mengangkat berat 50kg maksimum dan membawa 80kg berat maksimum. Ketinggian bagi EZ Lifter adalah 3 kaki dan boleh di laras sehingga 4 kaki maksimum.

iii. Menggunakan winch elektrik dan sistem takal.iv. Menggunakan sistem aplikasi telefon pintar

(Blynk).

IMPAK PRODUK i. Digunakan di bengkel atau hangar bagi

memudahkan kerja-kerja pemindahan barang atau dalam keperluan pengemasan.

ii. Memudahkan pengguna membawa objek, mengangkat dan menurunkan barang atau peralatan yang berat dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

iii. Mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201986

FABRICATION OF SEED CORN SEPARATION MACHINEPoliteknik Seberang Perai

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Perniagaan jagung sebagai makanan sampingan telah menjadi ‘trend’ di kalangan pengusaha-pengusaha kecil yang berniaga di tepi jalan atau di pasar malam. Lazimnya, jagung yang dijual ini adalah jagung kukus dalam bentuk tongkol ataupun biji jagung dalam cawan. Walau bagaimanapun, proses meleraikan biji jagung menggunakan kaedah manual ini mengambil masa yang lama terutama kaedah meleraikan biji jagung menggunakan jari. Manakala, jika menggunakan pisau pula ia memerlukan tenaga kerja yang mahir dan kecekapan memotong pengguna itu sendiri agar proses memotong atau proses meleraikan biji jagung dapat dilaksanakan dengan pantas dan cepat.

PENYATAAN MASALAH Projek yang dibangunkan ini hanya memfokuskan kepada proses untuk meleraikan biji jagung bagi menghasilkan jagung ‘cup’. Proses secara manual lazimnya mengambil masa yang agak lama di samping memerlukan kemahiran dan kecekapan memotong biji jagung agar proses berkenaan berlaku dengan pantas dan cepat. Menerusi kajian yang dijalankan, proses merelai biji jagung mengambil masa purata dua setengah minit bagi setiap

Nama Penyelia: Rashidah binti IbrahimNo Hp : 0134284234

Email : [email protected]

tongkol jika menggunakan pisau. Di samping itu, proses meleraikan biji jagung menggunakan pisau juga agak bahaya kerana kebarangkalian ia boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna adalah tinggi. Jika biji jagung berkenaan adalah lembut, maka proses untuk meleraikan biji jagung juga menjadi sukar. Malahan, peratusan biji jagung yang melekat pada tongkol juga banyak dan merugikan jika menggunakan pisau.

CIRI-CIRI PRODUK i. Mata pemotong boleh dipasang dan ditanggalkan.ii. Mesin mudah alih kerana mempunyai roda.iii. Mempunyai kotak fius sebagai langkah

keselamatan jika berlaku litar pintas.

IMPAK PRODUK i. Menjimatkan masa untuk meleraikan biji jagung

kerana tujuh hingga lapan tongkol jagung dapat dileraikan bijinya dalam tempoh 1 minit.

ii. Membantu dalam meningkatkan produktiviti proses meleraikan biji jagung.

iii. Pengguna tidak perlu memegang tongkol jagung semasa proses meleraikan biji jagung.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 87

FISH FEEDER MACHINEPoliteknik Kota Kinabalu

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Penternakan ikan dalam kolam adalah industri yang dapat memberi pendapatan lumayan kepada negara. ‘Fish Feeder Machine’ dibangunkan untuk memudahkan penternak memberi makan kepada ikan didalam kolam pada masa yang tepat dan kuantiti yang sesuai dengan hanya menggunakan aplikasi Telegram. Prototaip ini dihasilkan bertujuan untuk mengawal kuantiti makanan dan juga memastikan ikan makan pada masa yang tepat dicadangkan iaitu dua kali sehari.

PENYATAAN MASALAH Pada masa kini, kehidupan manusia semakin sibuk dengan tanggungjawab dan peranan yang dimainkan. Tidak terkecuali juga pada pengusaha penternakan ikan dalam kolam, udang dan seumpamanya. Penternak ikan dalam kolam mempunyai jadual yang ketat memberi makan sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan kadar yang sesuai. Ini bertujuan memastikan ikan membesar dengan gred terbaik. Sekiranya jadual yang ketat ini tidak diikuti ia akan menyebabkan gred ikan menurun dan seterusnya kerugian pada penternak. Kerugian ini adalah disebabkan tumbesaran yang tidak menentu dan kematian akibat pencemaran kolam.

Nama Penyelia: Aliudin bin AzizNo Hp :088401938Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggabungkan sistem mekanikal dan

elektronik untuk memberi makan kepada ikan tanpa bergantung kepada kaedah manual.

ii. Mempunyai suis push button untuk kawalan secara manual dan menggunakan sistem Internet of Things (IoT) yang boleh dikawal menggunakan aplikasi Telegram.

iii. Mempunyai sistem kawalan bukaan feeder untuk mengawal jumlah makanan ikan.

IMPAK PRODUK i. Pengguna mudah untuk memberi makan kepada

ikan secara virtual menggunakan Telegram walaupun berada jauh dari kolam ternakan.

ii. Dapat menjimatkan kos operasi dan masa.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201988

CAR FINGERPRINT AND RFIDIGNITION SYSTEM

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Kajian ini adalah untuk merekabentuk, memasang dan menguji sistem fingerprint atau kad/tag RFID untuk menghidupkan enjin kereta. Kebanyakkan kereta yang ada dipasaran hanya dipasang dengan sistem kunci dan sistem penggera yang standard. Komponen yang digunakan adalah fingerprint sensor, Arduino Uno, relay module dan kad/tag RFID. Perisian yang digunakan iaitu Arduino Simulator atau singkatannya Ardusim. Perisian ini digunakan untuk memprogramkan data cap jari dan data kad/tag RFID pada Arduino untuk disimpan pada pangkalan data.

PENYATAAN MASALAH Kes kecurian kereta yang semakin meningkat adalah disebabkan kekurangan sistem keselamatan pada kereta sedia ada. Jika kunci tercicir atau pemandu terlupa mengeluarkan kunci daripada kereta akan memudahkan pencuri untuk memasuki dan menghidupkan enjin kereta. Permasalahan baharu akan berlaku sekiranya hanya sistem fingerprint sahaja dipasang bagi menghidupkan kereta. Jika berlaku kes kecemasan kepada pemandu atau cap jari tidak dapat dikesan kerana jari luka, berminyak dan sebagainya, maka kad/tag RFID akan digunakan pada masa tersebut bagi menghidupkan enjin kereta.

Nama Penyelia:Ir. Dr. Nik Ahmad Faris bin Nik Abdullah

No Hp : 0124297387Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Komponen-komponen yang digunakan untuk

membangunkan sistem ini adalah fingerprint sensor, Arduino Uno, relay module dan kad/tag RFID.

ii. Kesemua komponen yang digunakan adalah murah, senang diperolehi, mudah untuk dibangunkan dan sistem ini juga mudah untuk dipasang pada kereta.

iii. Jika padanan cap jari sama dengan cap jari yang ada dalam pengkalan data, enjin kereta dapat dihidupkan. Kad/tag RFID disediakan untuk kegunaan semasa kecemasan sahaja.

IMPAK PRODUK i. Kajian ini berjaya mencapai objektif iaitu

untuk mereka bentuk, memasang dan menguji sistem fingerprint dan kad/tag RFID bagi tujuan menghidupkan enjin kereta. Namun begitu,kunci masih diperlukan untuk menghidupkan bekalan kuasa daripada bateri.

ii. Tujuan kad/tag RFID digunakan adalah untuk menghidupkan enjin kereta semasa kecemasan sahaja. Hanya pemilik sahaja mengetahui tempat untuk mengimbas kad/tag RFID.

iii. Sistem yang dibangunkan dengan kos yang murah dan mudah untuk dipasang ini dapat menyelesaikan permasalahan kajian.

Politeknik SultanAbdul Halim Mu`adzam Shah

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 89

FOOD ORDERING SYSTEM WITH SEATING ARRANGEMENT (F.O.S.S.A) Politeknik Sultan

Abdul Halim Mu`adzam Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Food Ordering System berfungsi dengan cara membuat pesanan makanan dan minuman tanpa menulis pesanan tersebut di atas kertas, tetapi dengan menggunakan laman sesawang, atau aplikasi yang dimuat naik dalam telefon pintar. Sistem Seating Arrangement ini diperkenalkan untuk kemudahan pelangggan mengetahui sama ada dalam restoran tersebut mempunyai meja makan yang masih kosong ataupun tidak dengan bantuan paparan LED di pintu masuk restoran.

PENYATAAN MASALAH Pelanggan sukar mencari atau mengenalpasti sama ada meja makan di dalam restoran tersebut telah ditempah atau tidak. Pelayan perlu banyak berjalan atau berjalan jauh untuk mendapatkan pesanan makanan. Pelanggan perlu menunggu masa yang lama untuk memesan makanan. Pelanggan yang terlalu ramai sehingga proses pemesanan makanan menjadi lambat. Kebiasaannya keadaan restoran yang terlalu bising boleh menyebabkan kesilapan semasa memesan pesanan.

Nama Penyelia: Wan Nor Harman bin Wan Yahya No Hp : 0194057379Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Bermodelkan pelan restoran yang berbentuk

segi empat tepat dan mempunyai enclosure box sebagai panel paparan panel LED.

ii. Membuat pesanan menggunakan laman sesawang atau aplikasi telefon pintar.

IMPAK PRODUK i. Memudahkan proses pemesanan makanan di

dalam sesebuah kedai makan atau restoran.ii. Mampu menarik pelanggan dengan

menunjukkan sebuah sistem yang menarik dan interaktif.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201990

FULLY AUTOMATIC COCONUT EXTRACTORPoliteknik Ibrahim Sultan

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Mesin pemerah santan adalah satu inovasi yang dilakukan bertujuan untuk memudahkan proses memerah santan mengikut kuantiti yang diperlukan serta menjamin kebersihan santan tersebut. Proses ini juga selamat digunakan kerana 100% kerja pemerahan santan dilakukan oleh mesin. Selain itu, saiznya diinovasikan supaya lebih kecil berbanding mesin yang sedia ada sekarang. Malah, mesin yang akan dicipta ini akan memudahkan lagi pengguna untuk mengalih dan membawa mesin tersebut dengan bantuan roda di setiap kaki mesin.

PENYATAAN MASALAH Mesin sedia ada mempunyai kekurangan dari segi aspek keselamatan pengguna dan orang sekeliling. Mesin tersebut berbentuk segi empat dan mempunyai bucu yang telah ditumpulkan. Namun begitu, kecederaan tetap boleh berlaku. Selain itu, pengguna perlu memasukkan serbuk kelapa yang diparut dengan menggunakan pelocok untuk memastikan kelapa parut masuk ke dalam bahagian pemerah. Selain itu, mesin pemerah santan sekarang tidak menepati aspek kebersihan dan kualiti santan yang dihasilkan juga tidak terjamin bersih. Contohnya, tempat meletak serbuk

Nama Penyelia: Nur Atiqa binti MuhammadNo Hp : 0122354434

Email : [email protected]

kelapa yang diparut dan laluan untuk santan keluar terdedah dengan persekitaran kerana tiada penutup yang dibuat. Oleh itu, ia akan mempengaruhi kualiti santan yang dihasilkan oleh pengguna.

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk ini hanya memerlukan seorang pekerja

sahaja.ii. Menggunakan bahan jenis ‘Aluminium Composite

Panel’ kerana ia tahan karat .iii. Anggaran saiz mesin 300mmx300mmx400mm

dan menggunakan ‘Power Window Motor’ dan bateri motor berkuasa 12V dan arus elektrik 6A.

iv. Saiznya lebih kecil dan ringan serta mudah alih (portable).

v. Mesin mampu berfungsi secara ‘Fully Automatic’ menggunakan bateri sepenuhnya .

IMPAK PRODUK i. Sesuai digunakan oleh suri rumah atau Industri

Kecil dan Sederhana (IKS).ii. Mampu memerah santan sehingga 100% kerja

pemerahan dan mengasingkan hampas kelapa.iii. Lebih bersih dan selamat kerana kerja-kerja

pemerahan dilakukan sepenuhnya oleh mesin tersebut

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 91

I-MAIL BOXPoliteknik Kota Kinabalu

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Projek ini dihasilkan untuk menambahbaik peti surat pangsapuri yang sedia ada dengan menjadikannya lebih efektif menggunakan teknologi IR4.0 iaitu sistem Internet of Things (IoT). Projek ini digunakan untuk mengesan penerimaan surat dengan memberi notifikasi kepada pengguna secara fizikal menggunakan Light Emitting Diode (LED) dan sistem IoT untuk menghantar notifikasi terus kepada telefon bimbit pengguna.

PENYATAAN MASALAH Projek ini diinspirasikan daripada masalah masyarakat yang menetap di pangsapuri yang kurang peka dengan kehadiran surat pada peti-surat mereka. Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes di pangsapuri yang kehilangan surat atau berkemungkinan dicuri. Kekurangan kepekaan penduduk terhadap surat ini juga menyebabkan surat yang bertimbun-timbun selama berminggu-minggu dan berbulan-bulan hingga menyebabkan surat terkeluar daripada peti surat.

Nama Penyelia: Wong Wei Ming No Hp : 0165400630Email ; [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Peti surat ini dilengkapi dengan sistem

komunikasi berteknologi IoT. ii. Kehadiran surat ke dalam peti surat ini akan

memberi notifikasi kepada pengguna. iii. Menghantar maklumat kepada pengguna dengan

menggunakan aplikasi Telegram.

IMPAK PRODUK i. I-Mail Box akan meningkatkan kepekaan

pengguna terhadap kehadiran surat di peti surat.ii. Pengguna boleh menyemak kehadiran surat

dengan menggunakan telefon bimbit.iii. Keciciran surat yang penting dan memerlukan

tindakan segera dapat dikurangkan.iv. Produk ini akan mengurangkan lambakan surat

di peti surat.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201992

MESIN PELERAI BIJI JAGUNGINOVATIFPoliteknik Seberang Perai

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Jagung bijirin merupakan bahan utama untuk penternak dan terbahagi kepada dua iaitu jagung bijirin yang boleh menghasilkan makanan untuk manusia dan juga kepada haiwan mengikut biji benih yang ditanam. Jagung bijirin ini juga merupakan sejenis tanaman jangka pendek yang berasal daripada Amerika Tengah yang diusahakan sebagai tanaman untuk kegunaan makanan ternakan. Penghasilan biji jagung bijirin dalam kuantiti yang sedikit selalunya dilakukan secara manual menggunakan tangan di mana kekurangan kaedah ini ialah kadar pengeluaran yang rendah di samping limitasi lain seperti faktor keletihan pengguna dan mengambil masa yang lama. Pengujian operasi mesin ini membuktikan ia mampu memproses sehingga 10 tongkol jagung bijirin lebih kurang selama 2 minit 43 saat.

PENYATAAN MASALAH Seiring peredaran masa serta permintaan yang semakin meningkat, proses penghasilan biji jagung bijirin perlu berubah kepada sistem yang lebih efisien. Proses meleraikan biji jagung bijirin secara manual dengan menggunakan tangan adalah menyukarkan pengguna dan memerlukan tenaga yang banyak serta mengambil masa yang lama ketika

Nama Penyelia: Burhanudin bin MohamedNo Hp : 0195205173

Email : [email protected]

operasi meleraikan biji jagung bijirin. Proses manual mempunyai kurang aspek-aspek keselamatan kepada pekerja seperti terdedah kepada kecederaan fizikal.

CIRI-CIRI PRODUK i. Proses peleraian biji jagung dilakukan dalam

bekas silinder yang boleh ditutup dengan penutup khas yang ada pengunci untuk keselamatan.

ii. Terdapat beberapa set bilah yang mempunyai banyak mata berbentuk segitiga kecil yang dipasang di atas sebuah plat di bahagian bawah bekas silinder itu dan dipusingkan oleh motor elektrik dengan tujuan untuk memisahkan biji jagung dari tongkolnya.

iii. Saiz mesin yang kecil dan berkapasiti maksimum 10 tongkol dalam satu masa.

IMPAK PRODUK i. Senang digunakan, selamat dioperasikan,

mempunyai ciri mudah alih, menjimatkan masa dan kos.

ii. Boleh digunakan dalam bidang penyajian makanan samada di hotel, restoran atau rumah.

iii. Meningkatkan jumlah pengeluaran dan pendapatan negara sama ada dalam sektor pertanian atau penternakan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 93

OCCUPANT LEFT INSIDE VEHICLE WARNING SENSOR Politeknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Kenderaan sering menjadi perangkap bagi penumpang sekiranya tanpa pengawasan setiap masa. Ini boleh menyumbang kepada masalah keselamatan dan kesihatan jika kenderaan dibiarkan terdedah kepada matahari dalam tempoh yang terlalu lama. Sistem “Occupant Left Inside Vehicle Warning Sensor” (OLIV) dibangunkan untuk mengurangkan impak komplikasi kesihatan yang seterusnya menjadi penyebab berlakunya kematian. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk menentukan sama ada terdapat kanak-kanak yang tidak diawasi berada di dalam kenderaan. Sistem keselamatan juga diwujudkan dengan membantu pengaliran udara di dalam kabin berlaku dan ditambah dengan notifikasi amaran yang pantas kepada pemandu melalui capaian internet.

PENYATAAN MASALAH Masalah yang sering berlaku di kalangan pemandu adalah membiarkan kanak-kanak di dalam kenderaan tanpa pengawasan yang rapi. Perkara ini boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak tersebut. Mereka secara langsung tidak sedar kenderaan mereka boleh terkunci sendiri (auto-lock) dalam sela masa beberapa minit. Terdapat beberapa

Nama Penyelia: Mohd Zulfadli bin AhmadNo Hp : 0136937062Email : [email protected]

kes yang berlaku seperti di Port Dickson yang melibatkan bayi yang terkunci di dalam kenderaan sehingga membawa maut. Dengan bantuan sistem OLIV, ia dapat memberi amaran atau peringatan kepada pemandu dan juga kepada orang sekeliling tentang keberadaaan penumpang di dalam kenderaan.

CIRI-CIRI PRODUK i. Sistem akan mengesan penumpang yang masih

berada di dalam kenderaan.ii. Membantu pengaliran udara di dalam kenderaan

berlaku sekiranya penumpang terperangkap.iii. Memberi notifikasi amaran kepada pemandu

melalui sistem IoT (internet of thing).

IMPAK PRODUK i. Memberi manfaat kepada pemandu yang cuai

dengan memberi notifikasi amaran.ii. Membantu penumpang yang terperangkap

daripada kepanasan dan

PRODUK INOVASI PELAJAR 201994

PORTABLE ELECTRONIC SENSORTRAINER (PEST)Politeknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Portable Electronic Sensor Trainer (PEST) merupakan satu alat bantu mengajar yang menggunakan perisian pengaturcaraan arduino dan juga mengaplikasikan pengantaramuka menggunakan perisian MIT apps inventor sebagai medium untuk mempamerkan labsheet yang berkaitan dengan 15 jenis sensor yang telah diprogramkan menggunakan telefon pintar. PEST juga dibangunkan dengan menggabungkan perisian HP Reveal bagi membolehkan pelajar mengakses gambar sensor dan penyambungan litar pada alat bantu akan dipaparkan dipaparan telefon pintar. Ia juga sangat mesra pengguna dan berfokus kepada subjek Industrial Electronic. Masalah utama yang merangsang idea penciptaan PEST adalah kerana ketiadaan peralatan yang sesuai untuk mejalankan amali berkaitan sensor.

PENYATAAN MASALAH Pensyarah mempunyai kekangan alat bantu mengajar dalam menyempurnakan teori dan amali semasa kuliah berlangsung. Sambungan kepada breadboard tidak memberikan bacaan yang tepat dan menyebabkan kesukaran kepada pelajar dan pensyarah untuk menyemak sambungan litar. Situasi pelajar yang kurang mahir dalam mengendalikan komponen juga menyebabkan berlaku kebakaran

Nama Penyelia: Wan Nor Shela Ezwane binti Wan Jusoh

No Hp :0193404629Email : [email protected]

Integrated Circuit (IC), LED terbakar dan lain-lain situasi yang menyebabkan kerugian dalam pembelian komponen bahan luak.

CIRI-CIRI PRODUK i. Digunakan untuk amali kursus Industrial

Electronics di PTSB untuk Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi kod subjek DJM3052.

ii. Dilengkapi dengan aplikasi seperti komunikasi bluetooth dan aplikasi android.

iii. Dilengkapi dengan manual penggunaan bersama panduan menjalani amali (labsheet).

iv. Dilengkapi dengan video penyambungan litar lengkap

IMPAK PRODUK i. Melatih pelajar dalam menguasai kaedah

penyambungan litar logik bagi Program DEM, JKM berbanding menggunakan kaedah konvensional iaitu melakukan penyambungan litar kepada breadboard.

ii. Dapat menguasai teknik penulisan kod program menggunakan perisian Arduino

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 95

PORTABLE PNEUMATIC WITH AUGMENTED REALITY TRAINING KIT Politeknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Pneumatik dan Hidraulik adalah mata pelajaran teras bagi ketiga-tiga program di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu DKM, DTP dan DEM. Sehubungan itu, subjek ini mempunyai kelas teori dan amali. Melalui pemerhatian ini, didapati bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas teori agak terbatas dan kurang menyeronokkan tanpa simulasi dan bagi kelas amali penggunaan peralatan yang terhad dan hanya boleh dilakukan di dalam kelas amali sahaja dengan kepadatan pelajar yang ramai. Jadi, idea Portable Pneumatic With Augmented Reality (AR) Training Kit adalah satu inisiatif untuk membantu pelajar yang kurang memahami dalam bacaan dan melukis litar jujukan pneumatik. Dengan menggunakan telefon pintar, pelajar boleh mengimbas 10 jenis litar dan disediakan dalam buku manual.

PENYATAAN MASALAH Mata pelajaran ini banyak menggunakan simbol-simbol dalam pembinaan litar skematik. Pelajar mempunyai masalah dalam melakar litar terutama di dalam kelas teori kerana komponen sebenar dan simbol adalah berlainan. Alat bantu mengajar dan simbol bermagnet di makmal tidak boleh dibawa keluar untuk diajar di dalam kelas teori. Konsep

Nama Penyelia: Mariyati Binti Mat SoadNo Hp : 0199844074Email : [email protected]

pengajaran pensyarah ialah dengan melakar litar menggunakan simbol sahaja di atas whiteboard adalah kurang menarik dan sukar mengenal bentuk peralatan yang sebenar.

CIRI-CIRI PRODUKi. Sebuah bekas mudah alih simpanan alat-

alat amali pneumatik yang mudah dibawa dilengkapkan dengan papan litar pneumatik yang berfungsi sebagai penutup kotak alat.

ii. Litar boleh di bina di dalam kelas teori dengan merujuk kepada 10 litar yang telah disediakan dan dilaminasikan.

iii. Video litar sebenar boleh ditonton menggunakan Augmented Reality apabila pelajar mengimbas target nombor menggunakan telefon pintar .

IMPAK PRODUK i. Memudahkan pengajaran litar di dalam kelas

teori.ii. Meningkatkan kefahaman pelajar dalam

pembinaan litar.iii. Sesi pengajaran yang lebih menarik di luar kelas

amali dengan adanya Augmented Reality.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201996

RADAS PENGUKUR KELAJUANDIGITALPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Alat eksperimen pita ticker banyak digunakan di sekolah-sekolah dan juga di institut pengajian tinggi sebagai alat eksperimen untuk mencari halaju dan pecutan. Alat eksperimen pita ticker ini digunakan secara manual. Alat eksperimen tersebut ditambahbaik supaya dapat digunakan secara automatik selepas diubahsuai komponen-komponen dan bahan-bahan yang sesuai. Alat mencari halaju automatik ini dapat memudahkan pelajar serta pengguna untuk mengawalnya. Malah, hasil eksperimen alat yang di inovasi ini lebih tepat berbanding alat eksperimen pita ticker.

PENYATAAN MASALAH Masalah yang dihadapi apabila menggunakan bahan untuk membuat eksperimen, setiap bahan yang diperlukan dilakukan secara manual. Bahan yang berasingan menyebabkan sesetengah bahan tidak lengkap ataupun hilang. Selain itu, eksperimen yang sedia ada turut menjadi masalah kepada pelajar apabila hendak melaraskan ketinggian landasan mengikut bacaan tertentu. Contohnya apabila hendak melaraskan ketinggian, mereka terpaksa menggunakan buku-buku atau apa saja bahan yang boleh digunakan supaya dapat mencapai ketinggian yang diingini. Seterusnya, pita ticker yang digunakan

Nama Penyelia: Mohd Saiful Izwan bin AbdullahNo Hp :0194980144

Email : [email protected]

bagi projek ini bertujuan untuk mengira pecutan. Namun begitu, pita ticker yang digunakan mudah terputus. Hal ini akan menyebabkan pelajar terpaksa mengulangi semula eksperimen tersebut. Kereta eksperimen pada alat pita ticker digerakkan secara manual. Hal ini menyebabkan penggunaan tenaga manusia yang banyak digunakan ketika ini.

CIRI-CIRI PRODUK i. Beroperasi secara automatik.ii. Boleh digunakan sama ada di rumah atau di

kawasan makmal.iii. Produk ini kecil, ringan dan menggunakan bateri

yang boleh dicas semula.iv. Ia juga boleh digunakan dengan menggunakan

power bank. v. Bahan-bahan yang digunakan untuk produk ini

adalah tahan dan selamat digunakan.

IMPAK PRODUK i. Memudahkan dan mengurangkan tenaga yang

digunakan.ii. Mendapatkan pengiraan pecutan yang lebih

tepat.iii. Memudahkan pelajar menggunakannya kerana

kebanyakan peralatan sudah digabungkan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 97

REMOTE CONTROL TRASH COLLECTOR CATAMARAN BOAT Politeknik Bagan Datuk

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Remote Control Trash Collector Catamaran Boat digunakan di tempat-tempat di mana terdapatnya sisa-sisa sampah yang dibuang di permukaan air. Remote Control Trash Collector Catamaran Boat terdiri daripada mekanisme pemacu roda air yang mengumpul dan membuang sisa sampah dan plastik dari permukaan air. Ini juga mengurangkan kesukaran yang kita hadapi semasa pengumpulan serpihan berlaku. Remote Control Trash Collector Catamaran Boat akan mengangkat serpihan sampah dari permukaan air dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran air dan kematian haiwan akuatik. Apabila masalah pencemaran ini dapat dikurangkan, seterusnya ia dapat memperbaiki ekosistem akuatik dan pencemaran alam sekitar.

PENYATAAN MASALAH Masalah pencemaran air oleh sampah telah lama berlaku. Malangnya, sungai, terusan dan perairan lain telah disalah gunakan untuk pelupusan semua jenis sampah, terutamanya sampah plastik. Disebabkan kekurangan sistem pembuangan ia telah menyebabkan sungai, terusan dan perairan menjadi tempat pembuangan sampah sarap. Bahan

Nama Penyelia: Mohamed Hairy bin YahyaNo Hp : 0129536024Email : [email protected]

pencemaran ini akan terkumpul di sungai sehingga boleh menyebabkan pintu keluar tersekat.

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan mekanisme pemacu roda air.

IMPAK PRODUK i. Untuk mengekalkan ekosistem laut.ii. Mengurangkan masa pengumpulan sampah.iii. Mengurangkan pencemaran air.iv. Dapat memperbaiki ekosistem akuatik dan

pencemaran alam sekitar.

PRODUK INOVASI PELAJAR 201998

SPORTY SCARF OLEH HIJAB BYAPoliteknik Sultan Idris Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Produk ini amat sesuai digunakan untuk wanita muslimah yang aktif bersukan. Produk ini diberi nama “Sporty Scarf ” di mana kedua-dua sisi tudung dipotong supaya pemakai dapat meletakkan lengan mereka di dalam lubang yang dibentuk di sisi tudung tersebut. Ia bertujuan untuk menjadikan tudung yang dipakai menjadi pegun dan sukar dihembus oleh angin semasa bersukan. “Sporty Scarf ” ini diperbuat daripada material lycra yang bersifat berat dan tidak jarang. Tudung ini mempunyai pelbagai saiz dan warna.

PENYATAAN MASALAH Wanita yang aktif dalam sukan mempunyai masalah dengan tudung mereka. Kebanyakan daripada mereka berpendapat tidak semua tudung sesuai dipakai ketika melakukan senaman sama ada pada waktu pagi atau petang. Hal ini kerana kebiasaannya tudung akan terselak ke muka dan menyebabkan tudung menutupi mata serta bahagian dada terdedah. Ini menimbulkan kerisauan kepada wanita muslimah yang ingin menjaga aurat mereka daripada dipandang oleh bukan muhrim. Selain itu, keselamatan mereka juga tidak terjamin sekiranya tudung tersebut menutupi mata mereka ketika bersukan.

Nama Penyelia: Mastura binti MohamadNo Hp :0199454716

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Tidak perlu digosok.ii. Tidak perlu menggunakan pin.iii. Mudah dipakai.iv. Sesuai untuk wanita yang aktif dalam sukan.

IMPAK PRODUK i. Memastikan wanita masih kelihatan cantik

dalam semua keadaan. ii. Aurat wanita sentiasa terjaga sepanjang masa.iii. Menjimatkan masa.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 99

UPGRADING MPS SORTING STATIONTOWARDS INDUSTRY 4.0

USING IOT & HMI Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menawarkan 3 program diploma yang menjurus kepada IR4.0. Projek ini dihasilkan bagi mengatasi masalah kekurangan dana dan peralatan IR4.0 sebagai alat bantu mengajar (ABM) di institusi TVET terutama PSMZA. Projek ini menggunakan salah satu Modular Production System (MPS) Station FESTO yang sedia ada di Makmal Robotik, PSMZA iaitu ‘Sorting Station’ dan dinaiktarafkan daripada industri 3.0 ke arah Industri 4.0. Penaiktarafan ini melibatkan penambahan peralatan Human Machine Interface (HMI) untuk antara muka dengan pengguna dan memaparkan secara visual keseluruhan sistem. Sistem yang dihasilkan ini juga dilengkapi dengan Internet of Things (IoT) untuk proses kendalian dan pemantauan dari jarak jauh serta penyimpanan data yang telah diproses.

PENYATAAN MASALAH Peralatan ABM automasi yang sedia ada lebih berfokus kepada Industri 3.0 dan tidak mencukupi untuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran IR4.0 kerana hanya melibatkan pengetahuan dan kemahiran pemasangan peralatan dan aturcara asas

Nama Penyelia: Mohd Fadrul Rizal bin Ab RahimNo Hp : 0129660287Email : [email protected]

Pengawal Aturcara Logik (PLC). Sistem peralatan ABM automasi yang sedia ada tiada paparan visual menyebabkan pelajar sukar untuk mengetahui proses yang telah dan sedang berlaku pada sistem tersebut dan data yang telah diproses. Pemantauan operasi kendalian peralatan ABM perlu dilakukan dari jarak yang dekat oleh penyelia makmal atau pensyarah yang mengajar.

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan salah satu peralatan ABM

automasi sistem iaitu MPS Sorting Station.ii. Dilengkapkan dengan Human Machine Interface

(HMI).iii. Mempunyai Internet of Things (IoT).iv. Menggunakan Pengawal Resberry Pi yang

diaturcara sebagai Modbus.

IMPAK PRODUK i. Digunakan sepenuhnya dalam proses

pembelajaran dan pengajaran Kursus Programmable Logic Controller (PLC) dan Automasi Industri yang melibatkan IR4.0 dan IOT.

ii. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap komunikasi Pengawal Industri IR 4.0 dan IOT.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019100

VEHICLE ROLL OVER ALERT SYSTEM (VRAS)Politeknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai lebuh raya di kawasan cerun bukit dangaung. Kemalangan boleh berlaku di mana kereta jatuh di kawasan gaung, tindakan mencari dan menyelamat yang lambat kerana dilakukan dengan mengambil masa lebih daripada 24 jam. Sistem yang ingin dibangunkan dinamakan satu produk baru dibangunkan berdasarkan kadar kemalangan yang semakin meningkat di kawasan cerun bukit dan gaung. Pada masa kini, teknologi lebih mengutamakan penggunaan Internet of Things (IoT). Tujuan utama ciptaan VRAS adalah untuk dapat membantu mempercepatkan maklumat kemalangan oleh pengguna kereta.

PENYATAAN MASALAH Sistem yang menggunakan penghantaran mesej yang mengandungi lokasi kemalangan boleh menjadi salah satu alternatif yang bagus kerana produk ini boleh memberitahu Jabatan Bomba, polis, ambulans atau pihak berwajib lokasi kemalangan. Dengan penggunaan sistem ini, pemandu dan penumpang tidak perlu bersusah payah menekan sebarang suis kerana ia juga boleh mengambil masa yang lama untuk dihidupkan secara manual. Dengan cara ini, mereka tidak perlu menunggu pemberitahuan mengenai kemalangan oleh pihak awam. Pasukan penyelamat mestilah mengambil

Nama Penyelia: Muhammad Izad bin YusoffNo Hp :0133254202

Email : [email protected]

kira keadaan kawasan kemalangan dan mangsa kemalangan. Kedudukan kemalangan yang rumit berkemungkinan proses menyelamat akan menjadi sukar dan risiko kecederaan perlu di ambil kira.

CIRI-CIRI PRODUK i. Sistem VRA dipacu dengan Arduino Mega 2560

sebagai papan pemproses utama, penderia ADX345 sebagai input untuk mengesan sudut paksi X, Y dan Z pada kenderaan dan Liquid Crystal Display (LCD) serta Global Positioning Sistem (GPS) modul sebagai output keluaran untuk memberi info bacaan paksi dan menghantar lokasi terkini kenderaan.

ii. Sistem VRA di integrasi dengan papan litar IoT, NodeMCU ESP8266 bagi membantu penghantaran lokasi melalui saluran email melalui internet.

IMPAK PRODUK i. Peluang selamat selepas kereta terbabas

meningkat kerana sistem ini telah diprogramkan bagi menghantar lokasi yang tepat ketika berlaku kemalangan kepada pihak berkuasa atau keluarga terdekat melalui aplikasi Blynk.

ii. Sistem ini dapat membantu pihak berkuasa dalam memberi tindak balas yang cepat selepas berlaku kemalangan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 101

VIBRATION ACTIVATED DOOR LOCKING SYSTEM Politeknik Banting

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Produk ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mengunci pintu. Kebanyakan pintu sedia ada menggunakan anak kunci tradisional dan ini akan menyebabkan kesulitan kepada mereka untuk mengeluarkan kunci daripada poket dan memasukkan ke dalam lubang kunci. Penambahbaikan dari segi penggunaan ‘coding’ dan teknologi terkini adalah satu kelebihan yang diutamakan.

PENYATAAN MASALAH Kunci pintu tradisional tidak mesra pengguna untuk OKU serta mengambil masa untuk membuka dan mengunci pintu. Sistem penguncian pintu ini direka khas untuk golongan OKU yang mesra pengguna kerana ia boleh diprogramkan mengikut kesesuaian pengguna, cepat dan mudah untuk dipasang. Penggunaannya sesuai dipasang pada pintu bilik asrama untuk OKU atau tandas untuk OKU.

Nama Penyelia: Alias bin OthmanNo Hp : 0192529620Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Mengunci dan membuka kunci di pintu

menggunakan getaran (vibration).ii. Tidak menggunakan anak kunci fizikal.iii. Inovasi menggunakan ‘coding’ untuk kegunaan

golongan OKU.

IMPAK PRODUK i. Mudah dipasang pada pintu dan mesra pengguna.ii. Boleh mengurangkan masa yang diambil untuk

mengunci pintu.iii. Mengurangkan risiko kunci hilang. iv. Membantu golongan OKU untuk memudahkan

mengunci dan membuka pintu.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019102

E.R.S INKKolej Komuniti Selayang

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Secara umumnya, inovasi E.r.s.Ink ini dijalankan ialah bagi memudahkan kerja penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan menjadikannya proses yang lebih praktikal. Antara tujuan adalah untuk menghasilkan cara penggunaan bahan terbuang agar boleh digunakan semula serta ada nilai komersial dan berpotensi. Selain itu ia membantu memudahkan kesukaran yang dihadapi oleh pensyarah atau tenaga pengajar bila menghadapi masalah dakwat marker habis ketika Pdp dilaksanakan.

PENYATAAN MASALAH Tenaga pengajar serta orang awam sering kali mempunyai masalah apabila ingin mengisi dakwat pen marker papan putih. Kaedah yang selalu digunakan ialah mengisi dakwat secara manual dan sering menghadapi kesukaran. Kebanyakkan pengguna sering membuang pen marker selepas kehabisan dakwat. Hal ini, menyebabkan pengeluaran kos yang banyak untuk membeli pen marker semula dalam setiap tahun. Dengan E.R.S Ink pengguna dapat menjimatkan masa dan kebersihan terjaga. Idea ini dibuat untuk pengguna mengisi semula dakwat kerana mereka selalu tidak mempunyai banyak masa untuk mengisi semula. E.R.S Ink dicipta bagi mengatasi masalah ini.

Nama Penyelia: Raazizah binti HussainNo Hp :0196846022

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Dapat mempercepatkan proses mengisi semula

dakwat pen marker dengan dibantu oleh L.E.D signal light.

ii. Mengisi penanda dakwat dengan hanya menekan satu button dan tidak perlu mengisi secara manual.

iii. Reka bentuk yang kemas dan mudah di letakkan di dalam sesuatu ruang untuk memudahkan dakwat pen marker diisi.

iv. Produk yang kalis air dan mudah dibawa.

IMPAK PRODUK i. Menjimatkan kos kewangan, tenaga dan masa

untuk mengisi dakwat secara manual. ii. Mengelakkan masalah tangan kotor semasa

mengisi dakwat secara manual.iii. Mampu mengisi dakwat pen marker dengan

kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.iv. Mengelakkan pembuangan pen marker yang

banyak dan lebih mesra alam.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 103

MOBILE SUSPENSION CHANGING Kolej Komuniti Sungai Petani

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Inovasi Model PdP bagi selenggara sistem gantungan Semester 2 bertajuk Suspension Mobile Changing. Ia dihasilkan bertujuan sebagai intervensi dan galakan kepada pelajar tentang kemahiran menyelenggara suspension system di bengkel. Hasil usaha yang telah dibuat dan ditambahbaik, model PdP ini dihasilkan dengan menggunakan besi sepenuhnya serta sedikit bahan terpakai. Di samping itu juga, usaha ini dijalankan untuk menggalakan pelajar menjadi seorang berkemahiran dalam bidang selenggara sistem gantungan. Pelajar lebih mudah memahami semasa pembelajaran dijalankan serta memberi pemahaman kepada pelajar dalam masa yang singkat dan daya ingatan pelajar lebih kuat yang melibatkan penggunaan psikomotor dan konstruktivisme. Antara bahan utama yang digunakan di dalam inovasi ini adalah komponen Coil Spring dan Absorber. Inovasi yang dihasilkan adalah sebuah produk alat bantu mengajar ‘Suspension Mobile Changing’ untuk pelajar unit automotif Kolej Komuniti Sungai Petani .

PENYATAAN MASALAH Alat sedia ada memerlukan masa yang lama antara 8 hingga 15 minit untuk membuka suspension. Alat sedia ada yang digunakan memerlukan penggunaan

Nama Penyelia: Mohd Shahar bin HarunNo Hp : 0124906390Email : [email protected]

‘air gun’ untuk membuka serta memerlukan unit compressor dan bekalan elektrik.

CIRI-CIRI PRODUK i. Model PdP menggunakan besi sepenuhnya serta

sedikit bahan terpakai. ii. Bahan utama inovasi ialah komponen Coil Spring

dan Absorber

IMPAK PRODUK i. Meningkatkan keyakinan pelajar tentang amali

yang dijalankanii. Latih tubi amali dapat dibuat berulangkali.iii. Melahirkan pelajar yang mempunyai inovasi

yang tinggiiv. Kos bahan-bahan lebih murah.v. Pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan

secara komunikasi dua hala.vi. Model PdP ini boleh digunakan untuk

Pembelajaran Kursus Sepanjang Hayat samada Unit Automotif atau Kursus Pendek kepada golongan masyarakat setempat.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019104

PELENTUR BESI MUDAH ALIHKolej Komuniti Bandar

Darulaman

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PROJEK Produk inovasi pelentur besi mudah alih ini direka adalah untuk meringankan beban pengguna untuk melenturkan atau membengkokkan sebatang besi mengikut bentuk. Idea untuk menghasilkan produk ini diperolehi hasil daripada pemerhatian serta masalah yang sering dihadapi oleh pekerja binaan khususnya. Produk ini dapat membantu pengguna melenturkan besi dengan mudah dan mengurangkan bebanan pada tubuh pengguna sekaligus mengurangkan kesakitan badan kepada pengguna. Produk ini dicipta dengan menggunakan bahan kitar semula bagi menjimatkan kos serta ia mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan ringan.

PENYATAAN MASALAH Sektor pembinaan/ kimpalan sering terlibat dengan kerja-kerja melenturkan besi dalam proses menyiapkan sesuatu perojek binaan. Aktiviti melenturkan besi ini kadangkala mengambil tempoh yang agak lama dan menggunakan tenaga yang banyak kerana kuantiti besi yang perlu dibentuk adalah banyak. Oleh itu, produk ini dihasilkan bagi mengurangkan beban kerja pekerja yang banyak digunakan ketika hendak melakukan proses melentur besi serta mengurangkan kesakitan

Nama Penyelia: Nor Haniza binti HashimNo Hp : 0195427464

Email : [email protected]

pada belakang badan. Tempoh masa juga dapat dikurangkan kerana produk ini membantu membentukkan atau melenturkan dengan lebih cepat jika dibandingkan kaedah konvensional.

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan bahan kitar semula seperti

bearing, plat besi dan sebatang besi.ii. Ringan dan mudah dibawaiii. Tahan lasak dan tidak mudah rosakiv. Bersaiz kecil

IMPAK PRODUK i. Mengurangkan beban tenaga pengguna semasa

membentuk atau melenturkan besi.ii. iMengurangkan kesakitan badan khususnya

tulang belakang semasa membentuk atau melenturkan besi.

iii. Besi mudah dibentuk dan menjimatkan masa pengguna.

iv. Melancarkan kerja pengguna dalam bidang binaan atau kimpalan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 105

PROTOTYPE STEERING WHEEL FUNCTION WITH DIFFERENTIAL Kolej Komuniti Bandar

Darulaman

KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

LATAR BELAKANG PRODUK Prototaip sistem stereng kenderaan ini dibina bagi memudahkan para pelajar memahami serta melihat secara terus sistem stereng kenderaan berfungsi. Produk ini juga boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan proses pengajaran. Oleh itu, prototaip ini dihasilkan menggunakan differential (gigi besar) sebagai kompenen utama dalam sistem stereng. Gigi besar ini juga merupakan pusingan gear yang menunjukkan pergerakan stereng. Differential pada produk ini telah diubah suai supaya prototaip ini dapat berfungsi dan memberikan gambaran yang jelas kepada pengguna khususnya pelajar untuk memahami tentang sistem stereng.

PENYATAAN MASALAH Sistem stereng adalah bahagian yang perlu dipelajari dan difahami oleh pelajar dalam bidang automotif. Namun begitu, kadangkala pelajar sukar untuk menggambarkan pergerakan stereng kerana kedudukan sistem stereng itu sendiri yang berada di bawah enjin. Oleh itu, produk ini dihasilkan supaya pelajar dapat melihat pergerakan stereng dengan lebih dekat dan jelas. Komponen produk ini dapat dilihat secara terus oleh pengguna apabila butang on hidupkan. Differential akan bergerak untuk

Nama Penyelia: Nor Haniza binti HashimNo Hp : 0195427464Email : [email protected]

menunjukkan fungsi stereng. Penggunaan produk ini memudahkan proses pengajaran berlangsung dan membantu tenaga pengajar memberi penerangan berkaitan sistem stereng.

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk inovasi ini dihasilkan daripada bahan

kitar semula seperti kayu, bearing, paip pvc, bateri dan gam.

ii. Mempunyai butang ON dan OFF.iii. Ringan dan mudah dibawa.iv. Setiap komponen produk dapat dilihat terus oleh

pengguna.

IMPAK PRODUK i. Membantu tenaga pengajar dalam proses

pengajaran kerana ia boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar.

ii. Pelajar akan lebih memahami dan dapat melihat secara terus sistem stereng berfungsi.

iii. Membantu institusi pendidikan dalam pancapaian objektif pembelajaran.

KLUSTER

KejuruteraanAwamdan Senibina

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019104

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 107

FLEXIBLE TRASH TRAPPoliteknik Port Dickson

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

TAR BELAKANG PRODUK Kebanyakan longkang yang terdapat di setiap buah rumah dipenuhi banyak sisa-sisa pepejal seperti plastik, polistrin, daun-daun dan sebagainya. Justeru kajian ini mencadangkan untuk memastikan longkang di kawasan perumahan tidak tersumbat akibat daripada sisa-sisa pepejal. Satu Perangkap Sampah Fleksibel (Flexible Trash Trap) dicipta bagi menangani longkang sedia ada yang terdapat dalam pelbagai bentuk. Kos produk kami agak berpatutan, sangat mesra pengguna, serta mudah untuk digunakan. Sifatnya yang fleksibel berupaya memenuhi ruang pelbagai bentuk longkang berkapisiti kecil dan sederhana di kawasan perumahan.

PENYATAAN MASALAH Masalah sampah di dalam longkang pelbagai bentuk di kawasan perumahan. Merekacipta inovasi baharu tentang perangkap sampah fleksibel mengikut kesemua saiz longkang di kawasan perumahan di dalam longkang di kawasan perumahan. Kerja pembersihan longkang di kawasan perumahan sukar.

Nama Penyelia: Noormala binti RamliNo Hp: 0193143515Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Rekabentuk yang mudah dan ringan.ii. Mempunyai dua pemegang untuk mudah

mengangkat produk.iii. Mempunyai satu laluan masuk.iv. Bahan utama adalah jaring yang berupaya

menapis sisa sampah.

IMPAK PRODUK i. Sesuai untuk semua saiz longkang kawasan

perumahan, ii. Membantu mengurangkan sampah domestik

dalam longkang, iii. Menyelesaikan masalah nyamuk aedes akibat

longkang tersumbat dan masalah binatang berbisa atau merbahaya.

iv. Murah, fleksibel, mudah dihasilkan dan ringan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019108

i-EMERGENCY GRILL Politeknik Sultan Mizan Zainal

Abidin

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Kebanyakan mangsa kebakaran yang terbunuh adalah disebabkan terperangkap di dalam kediaman akibat penggunaan jeriji yang tidak boleh dibuka semasa kebakaran sedang berlaku (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia). Sistem i-Emergency Grill Arduino ialah sistem yang dibangunkan bagi memastikan jeriji lebih selamat digunakan. Ia dilengkapi dengan magnet, pengesan asap dan gas, peranti bluetooth dan penggera bunyi. Dengan penggunaan Sistem i-Emergency Grill pada jeriji, ia mampu mengurangkan risiko terperangkap sekiranya berlakunya kebakaran dan sekaligus mengurangkan kejadian kehilangan nyawa.

PENYATAAN MASALAHPenggunaan dua jenis jeriji keselamatan iaitu statik dan berkunci ini mengundang kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh penghuni kediaman ketika berlaku kebakaran. Jeriji tetap tidak dapat dibuka dengan menggunakan tenaga manusia. Jeriji jenis berkunci tidak praktikal kerana tempoh masa untuk menyelamatkan diri menjadi agak lama sekiranya penghuni kediaman berada dalam keadaan panik dan gagal menemukan kunci ketika kebakaran berlaku.

Nama Penyelia: Nor Afzan binti AriffinNo Hp: 0169225785

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Sistem i-Emergency Grill ini menggunakan

magnet dan penggera akan berbunyi menandakan jeriji tersebut telah terbuka.

ii. Sistem ini akan di sokong oleh bateri caj semula 12V sekiranya kediaman tersebut terputus bekalan elektrik. Keupayaan bateri tersebut mampu bertahan sehingga 48 jam.

iii. Sistem i-Emeregncy Grill ini juga dilengkapkan dengan peranti Bluetooth dalam jarak 600m daripada jeriji yang telah dipasangkan dengan sistem i-Emergency Grill.

IMPAK PRODUKi. Membantu penghuni untuk keluar daripada

kediaman dengan lebih cepat, mudah dan selamat jika berlaku kebakaran.

ii. Mengurangkan risiko terperangkap kepada penghuni kediaman jika berlaku kebakaran.

iii. Mengurangkan statistik kehilangan nyawa akibat terperangkap dalam kediaman semasa berlaku kebakaran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 109

GLOWING ROAD LINES POWEREDBY SOLAR PANEL WITH LED Politeknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Produk ini adalah kombinasi antara bidang Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat (IT) serta Kejuruteraan Elektrik. Poduk ini digunakan di industri pembinaan. Pembangunan produk mengaplikasikan elemen-elemen coding dan pendawaian untuk memberi impak yang dikehendaki.

PENYATAAN MASALAH Projek ini memfokuskan kepada pengguna jalan raya terutamanya para pemandu di mana didapati pada jalan raya tertentu di beberapa kawasan di Ipoh, Perak. Penanda jalan adalah kabur dan juga tidak mempunyai lampu jalan. Ini memberi masalah untuk para pemandu terutamanya pada waktu malam, di mana perkara ini membahayakan.

Nama Penyelia: Nik Mohd Iznan bin Tuan YaakubNo HP: 0139287785Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Bahan yang digunakan ialah cat thermoplastic

dan glowing powder pada waktu malam.ii. Penambahan solar panel, Arduino UNO dan

LED sebagai tenaga tambahan.

IMPAK PRODUK i. Tenaga maksimum dapat diperolehi pada waktu

siang untuk digunakan pada waktu malam. ii. Memanjangkan tempoh hayat pencahayaan pada

waktu malam sehingga 10 jam. iii. Pencahayaan daripada produk membolehkan

kadar penglihatan yang tinggi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019110

KINETIC PEDESTRIAN ENERGY HARVESTING (KINEPED)Politeknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Menggunakan inter-disiplin iaitu daripada sektor elektrik, mekanikal dan teknologi maklumat untuk menghasilkan KINEPED. Projek ini difokuskan pada tempat pejalan kaki di tempat kediaman pelajar di PUO.

PENYATAAN MASALAH Penggunaan dan permintaan terhadap tenaga elektrik semakin meningkat dan sumber tenaga konvensional adalah semakin berkurang. Malahan terdapat kerisauan terhadap perkara ini di mana satu ketika nanti sumber tenaga asli akan kehabisan.

CIRI-CIRI PRODUK i. Piezoelectric, 1 Ohm ¼ watt resistor, diodeii. Bateri rechargeable, 5mm LED merah, iii. Relay, 2 pin JST 2.0 PH male/female connector

dengan kabel, kapisitor radial elektrolitik, iv. 2 pin butang tekan (push button tactile key) serta

LED display.

Nama Penyelia: Dr Seri Bunian binti MokhtarNo HP: 0125152929

Email: [email protected]

IMPAK PRODUK LED dapat memaparkan maklumat-maklumat berikuti. Bilangan tenaga yang dipergunakan oleh produk

inovasi KINEPED ini telah dikenalpasti dan berjaya.

ii. Bilangan tenaga yang telah dipergunakan melalui inovasi ini telah dibuat perbandingan dengan MS 1525:2017.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 111

TRASH TRAPPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

ATAR BELAKANG PRODUK Satu perangkap sisa pepejal yang dikawal sepenuhnya oleh sistem motor. Produk ini direkabentuk untuk mengeluarkan sisa pepejal di longkang untuk mengelakkan sisa pepejal ini mengalir terus ke sungai. Produk ini memberi gambaran yang jelas bagaimana sistem pengeluaran sisa daripada parit atau longkang dapat dijalankan. Ujilari telah dijalankan untuk menentukan tahap keberkesanan produk tersebut pada akhirnya.

PENYATAAN MASALAH Pengeluaran perangkap sisa yang terdapat pada masa sekarang dan pembersihan sistem parit atau longkang memerlukan tenaga manusia untuk berbuat demikian. Proses ini kadang-kala tergendala atas sebab-sebab tertentu dan proses ini juga memakan masa yang agak lama di mana pengeluaran dan pembuangan sisa tidak dijalankan secara sempurna.

Nama Penyelia: Sarifah Salwa binti SapaniNo HP: 0125283236Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Perangkap sampah ini direkabentuk

menggunakan aplikasi Inventor 3D. ii. Produk ini hanya menggunakan proses aliran

untuk menggerakkan turbin bagi membolehkan proses pengeluaran sisa daripada parit atau longkang.

iii. Produk inovasi ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula

IMPAK PRODUK i. Sisa pejal (solid) boleh diurus dan dikeluarkan

daripada parit atau longkang ii. Mengurangkan penggunaan tenaga manusia

secara maksimum

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019112

ROBOT PAINTER FOR ROAD KERBPoliteknik Ungku Omar

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Proses mengecat road kerb adalah penting bagi membolehkan pemandu-pemandu di jalan raya mengesan laluan jalan mereka terutamanya pada waktu malam atau serta ada kekeliruan yang melibatkan bayang-bayang daun atau pokok yang berdekatan dengan road kerb tersebut. Ia merupakan satu proses kerja yang mengambil jangka masa yang lebih serta mempengaruhi kesihatan fizikal pekerja yang melakukannya. Isu ini menjadi dorongan untuk merekabentuk dan mencipta satu produk yang membolehkan kerja mengecat road kerb lebih mudah dan menjimatkan masa serta tenaga manusia.

PENYATAAN MASALAH Terdapat anggaran bahawa sebanyak 90% daripada kerja mengecat adalah dilakukan secara manual. Pengecat biasanya mengendalikan proses dan juga barangan mengecat secara fizikal. Ini berkecenderungan untuk menyebabkan Muscular Disorder yang melibatkan otot dikalangan pekerja yang terlibat dalam kerja mengecat road kerb, di mana pada kebiasaan pekerja-pekerjanya akan berlutut, berbongkok dan merangkak untuk menyempurnakan kerja tersebut. Pendedahan pada suhu cuaca yang tinggi juga mengurangkan tahap pelaksanaan kerja serta berpotensi untuk risiko strok panas.

Nama Penyelia: Ts. Dr. Sunitha V. DoraisamyNo HP: 0132730849

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Bahan-bahan yang digunakan untuk pembangunan produk inovasi ini adalah;i. Alat kawalan jauh kereta (remote control car),

penggelek cat (paint roller). ii. Leather plate, paip PVC dan alat kawalan

jauh (remote control) untuk tujuan mengawal pergerakan.

iii. Fungsi produk Robot Painter ini mengikut keperluan dalam proses mengecat road kerb.

IMPAK PRODUK i. Muscular Disorder telah dikenalpasti terjadi di

kalangan pekerja-pekerja road kerb.ii. Robot Painter berjaya mengurangkan isu

Muscular Disorder di kalangan pekerja-pekerja ini juga kepada tahap yang minimum.

iii. Penambahbaikan terhadap produk ini boleh meningkatkan lagi penggunaannya secara lebih berkesan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 113

PROJEK REKABENTUK DAN PENGHASILAN AKINATIVE TABLE Politeknik Kota Kinabalu

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Projek ini menggabungkan ilmu rekabentuk perabot dan pertukangan kayu dengan peralatan elektronik yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar, dengan menggunakan aplikasi Blynk. Penerapan rekabentuk projek ini memfokuskan kepada penggunaan unsur-unsur kebudayaan negeri Sabah seperti seni dan simbol tempatan. Penggunaan tanggam pula merupakan satu unsur pertukangan kayu yang dititik-beratkan di dalam projek ini. Untuk menyahut cabaran Industri 4.0, peralatan elektrik dan elektronik yang digabungkan dengan aplikasi telefon bimbit digunakan bagi meningkatkan nilai tambah produk.

PENYATAAN MASALAH Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi cabaran IR 4.0 dalam menghasilkan perabot kayu interaktif yang boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar. Ia merupakan satu projek untuk melihat asimilasi rekabentuk perabot dan pertukangan kayu dengan bahan elektronik untuk menghasilkan satu produk berupa meja kerja yang mempunyai nilai estetik dan komersil yang baik. Cabaran utama projek ini adalah untuk menterjemahkan unsur budaya dan simbol tempatan negeri Sabah iaitu Gunung Kinabalu dan motif Simpapak ke dalam rekabentuk produk dan seterusnya menggabungkan produk dengan peralatan elektronik.

Nama Penyelia: Adrian Ang bin AngkalNo HP: 0168479866Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Produk mengetengahkan rekabentuk berunsurkan;i. Berunsurkan Original Sabahan yang

menggunakan Gunung Kinabalu dan motif bangsa Murut iaitu Simpapak sebagai sumber inspirasi.

ii. Manakala alat elektronik diterapkan sebagai pengawal kunci pada laci keselamatan, yang boleh dikawal menggunakan aplikasi Blynk.

IMPAK PRODUK i. Produk mempunyai nilai estetik yang tinggi

disebabkan oleh pemilihan sumber inspirasi, dan potensi komersil ditingkatkan dalam penggunaan aplikasi.

ii. Sebagai mekanisme kawalan menggunakan telefon pintar yang lebih mesra.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019114

PAVING BLOCK BERALASKAN GETAH Politeknik Sultan Mizan Zainal

Abidin

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Paving block dihasilkan dengan menggunakan campuran semen Portland, air dan aggregat yang menjadikan struktur paving block lebih kuat dan kukuh. Selalunya, paving block dipasang di kawasan bandar dan bahu jalan sahaja tetapi ada juga pemilik rumah yang memasang paving block di halaman luar rumah bertujuan untuk penghiasan. Paving block banyak digunakan untuk menutup lapisan tanah dan dijadikan sebagai laluan pejalan kaki, halaman rumah dan sebagainya. Kajian ini untuk mengetahui kadar resapan air dan menguji ketahanan getah terhadap suhu persekitaran.

PENYATAAN MASALAH Penyerapan haba yang berlebihan menyebabkan permukaan paving block menjadi panas. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan ke atas permukaan paving. Contoh kerosakan adalah retak atau pecah. Hal ini disebabkan oleh, zarah-zarah butiran pasir di dalam paving block mengalami perkembangan yang melebihi daripada had yang ditetapkan. Penghasilan paving block yang tidak berkualiti menyumbang permukaannya mudah rosak kerana terdedah kepada aliran air iaitu hujan.

Nama Penyelia: Nor Faizah binti IsmailNo HP: 0139783780

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk ini dilekatkan dengan lapisan getah

setebal 1 cm sehingga 3 cm di atas permukaan Paving Block mengikut kesesuaian tempat.

ii. Bahan yang digunakan dalam produk ini ialah simen, pasir, air, getah dan gam.

iii. Dimensi paving block ialah 210 mm x 105 mm x 80 mm.

IMPAK PRODUK i. Reka bentuk ini lebih berkualiti dan dapat

meminimumkan risiko air yang bertakung di permukaan paving block.

ii. Produk ini dihasilkan menggunakan bahan kitar semula iaitu getah yang dijadikan sebagai lapisan di atas permukaan paving block.

iii. Produk yang dihasilkan juga dapat menghalang haba untuk terus ke permukaan paving block. Oleh itu, produk ini boleh dipasarkan dalam sektor industri pembinaan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 115

HYBRID ENVIRONMENTAL BRICKPoliteknik Sultan Idris Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Dalam kajian ini, plastik digunakan sebagai bahan pengganti pasir untuk menghasilkan batu bata simen pasir gred 5 N/mm2 dan 10 N/mm2 yang disebut Hybrid Environmental Brick (HEB). Kesan plastik untuk kekuatan mampatan dan kepadatan bata yang mengandungi plastik berbanding pasir sungai dikenal pasti dalam produk ini. HEB boleh dihasilkan sebagai jenis bata baru dalam industri pembinaan kerana ia mengurangkan penggunaan pasir dan simen untuk menghasilkan batu bata yang berkualiti baik dengan syarat yang diikuti.

PENYATAAN MASALAH Pengguna beg plastik paling banyak adalah dalam bidang komersial dan perindustrian. Menurut Plastic Pollution Coaliation, beg plastik mempunyai banyak bahan kimia berbahaya yang menyukarkannya untuk diuraikan dan memerlukan banyak masa untuk diuraikan. Dalam kajian ini, The Balance Small Business Article mengatakan beg plastik mengambil 10-1000 tahun untuk diurai. Tambahan terdapat sikap tidak bertanggungjawab dan amalan tidak sihat membuang beg plastik ke tempat yang tidak sepatutnya dan menyebabkan masalah seperti pencemaran tanah dan pencemaran visual.

Nama Penyelia: Anuar bin Abdul WahabNo HP: 0199337361Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. HEB menggunakan produk sisa (plastik) dalam

campuran dengan simen.ii. HEB menggunakan konsep 3 LAYER semasa

membuat proses.iii. HEB dihasilkan dengan menggabungkan dua

kekuatan gred berbeza dalam matriks bata.iv. Harga HEB RM 0.30 setiap biji.v. Biaya HEB mengurangkan kira-kira 27.68%

daripada bata pasir simen.

IMPAK PRODUK i. Mengurangkan pencemaran dengan penggunaan

semula plastik ii. Penggunaan bahan plastik sebagai bahan

tambahan dalam batu-bata lebih baik daripada bata sebelumnya.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019116

PAPAN PARTIKEL SABUT TEBU DAN HAMPAS TEBUPoliteknik Port Dickson

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUKPapan partikel adalah sejenis papan gentian. Papan ini diperbuat daripada partikel-partikel kayu kecil seperti serpihan kayu, kayu hasil daripada penggergajian ataupun debu-debu kayu dan dan dicampurkan dengan resin sentetik seperti Urea Formaldehyede atau Melamine Urea Formaldehyde dan ditekan menggunakan mesin tekanan sejuk dan juga mesin tekanan panas. Papan partikel ini merupakan bahan komposit. Papan partikel merupakan salah satu alternatif baru bagi menyelesaikan masalah kekurangan kayu sebagai binaan bangunan dan perabot.

PENYATAAN MASALAH Bahan buangan organik boleh dikitar semula bagi menghasilkan sesuatu produk yang lain seperti perabot. Bahan buangan ialah bahan yang tidak digunakan lagi. Contoh bahan buangan organik ialah sisa makanan, buah-buahan mereput, sayur-sayuran mereput serta bangkai haiwan yang sudah mereput. Penggunaan bahan gentian alternatif merupakan salah satu kaedah untuk mengurangkan pergantungan terhadap sumber berasaskan kayu. Sabut kelapa dan hampas tebu dilihat sebagai alternatif yang baik untuk menambah kekuatan mekanikal bagi papan partikel.

Nama Penyelia: Mohammed Farid bin IshakNo HP : 0132048483

Emel: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Ianya dihasilkan dengan pencampuran sabut

kelapa dan hampas tebu dengan bahan perekat iaitu resin Urea-Formaldehyde (UF),

ii. Nilai MOR dan IB didapati melepasi piawaian yang telah ditetapkan bagi penggunaan am berkeadaan kering. Nilai Ujian Thickness Swelling melepasi piawaian EN 312:2003(E).

IMPAK PRODUK i. Ini adalah salah satu inisiatif untuk mencari

sumber baru bagi menggantikan bahan kayu dalam pembuatan papan partikel. Sebagai bahan mentah, ia mempunyai kuantiti yang banyak, sumber yang boleh diperbaharui dan murah.

ii. Aplikasinya adalah penggunaan yang menekankan pada penggunaan am sahaja, ianya dapat digunakan pada struktur yang tidak menanggung beban. Contoh kegunaan adalah papan kenyataan, papan tulis, dinding panel, kemasan dinding dan sebagainya.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 117

AR LIFTERPoliteknik Kuching

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUKAR Lifter ditakrifkan sebagai suatu alat pickup kerana pasangan tiang direka untuk menaik dan menurunkan bebanan yang dikawal secara manual. Ini kerana AR Lifter dapat memudahkan, meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan guna tenaga kerja ketika melakukan kerja-kerja mengangkat dan memasang pemampat penyaman udara. Ia dapat memudahkan proses mengangkat dan menurunkan pemampat penyaman udara. Selain itu, alat ini direkabentuk dengan ciri-ciri keselamatan agar dapat mencegah risiko kemalangan ketika melakukan kerja pemasangan pemampat penyaman udara.

PENYATAAN MASALAHKemalangan berkemungkinan akan berlaku jika pelajar atau pekerja tidak melaksanakan langkah-langkah keselamatan atau memberi perhatian ketika kerja-kerja mengangkat dan memasang pemampat penyaman udara. Penggunaan tangga ini merupakan satu kaedah yang sangat berisiko yang boleh mendatangkan kemalangan kepada pekerja. Ketika proses pemasangan pemampat penghawa dingin oleh pelajar serta juruteknik antaranya menggunakan tenaga kerja yang ramai dan masa yang lama berikutan pemampat ini agak berat dan

Nama Penyelia: Shahrizal bin ShabuddinNo HP: 0197778082Email: [email protected]

bersaiz besar. Secara tidak langsung penggunakan tenaga kerja yang ramai akan meningkatkan kos pemasangan.

CIRI-CIRI PRODUK i. AR Lifter boleh mengangkat beban maksimum

60 kg untuk bangunan tingkat satu sahaja. ii. AR Lifter menggunakan 600lbs manual tangan

sebagai lif dan boleh mengangkat sehingga 1.9 meter tetapi pekerja masih boleh memasang kondensor pada 3 meter tinggi.

iii. AR Lifter hanya boleh mengangkat satu pemampat pada satu masa.

IMPAK PRODUK i. AR Lifter ini boleh digunakan dalam

melaksanakan amali penyelenggaraan dan pemasangan penyaman udara.

ii. Mengurangkan risiko kemalangan pelajar dan pekerja semasa proses pemasangan pemampat penyaman udara.

iii. Memudahkan dan menjimatkan masa proses pemasangan pemampat penyaman udara.

iv. Mengurangkan penggunaan guna tenaga ketika proses pemasangan pemampat penyaman udara.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019118

EKSA SMART RECYCLE BINPoliteknik Kota Kinabalu

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Produk ini merupakan tong sampah pintar untuk kegunaan EKSA yang diperbuat daripada sisa buangan fiber bot yang sudah tidak digunakan. Produk ini mempunyai dua fungsi utama iaitu menentukan berat sisa buangan dan menentukan harga bagi sisa tersebut secara digital.

PENYATAAN MASALAHProduk ini direka untuk mengatasi masalah ketidak-teraturan pembuangan sisa kitar semula di Politeknik Kota Kinabalu. Ia mampu untuk memberikan jumlah bacaan berat sisa buangan tersebut, dan seterusnya memberikan harga yang boleh dikutip daripada sisa tersebut jika dihantar ke pusat kitar semula. CIRI-CIRI PRODUK i. Produk diperbuat daripada sisa fiber bot. ii. Mempunyai kelengkapan elektronik (Arduino)

untuk menjalankan dwi-fungsi yang terbabit.

Nama Penyelia: Ts. Abdull Sulaiman bin IsmilNo HP: 0136937282

Email: [email protected]

IMPAK PRODUK i. Menggalakan budaya kitar semula di kalangan

warga Politeknik Kota Kinabalu.ii. Meningkatkan minat di kalangan warga

Politeknik Kota Kinabalu di dalam mengasingkan sampah mengikut jenis sampah.

iii. Memudahkan berat sisa kitar semula direkodkan dan seterusnya memberikan nilai harga kepada sisa tersebut mengikut harga pasaran terkini.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 119

TRANSFER AID DEVICEPoliteknik Kota Kinabalu

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Projek ini merupakan alat bantu memindahkan pesakit dari satu kedudukan atau tempat berbeza. Ia digunakan khas oleh jurubantu untuk memudahkan pesakit yang mengalami strok atau lumpuh beberapa bahagian anggota badan dipindahkan. PENYATAAN MASALAH Projek ini diinspirasikan daripada kesukaran yang dihadapi oleh jurubantu atau penjaga semasa menggerakan atau mengubah kedudukan atau tempat pesakit strok atau lumpuh di beberapa bahagian badan. Disebabkan kesukaran yang dialami, penjaga kadang-kala menghadapi stress atau tekanan semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Dengan bantuan alat ini, pergerakan atau perpindahan pesakit lebih memudahkan tugas penjaga dan tahap pengawasan terhadap kecederaan juga berkurangan.

Nama Penyelia: Norshahanis binti Abd KarimNo HP: 0196684473Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. iMempunyai 3 komponen utama iaitu top

surface, untuk meletakkan kaki pesakit, disc untuk memutarkan alat dan based surface untuk menyokong alat.

ii. Mempunyai dwifungsi iaitu untuk menentukan berat sisa buangan kitar semula dan mampu untuk menentukan harga sisa tersebut berdasarkan harga pasaran.

IMPAK PRODUK i. Melalui ujian yang dijalankan produk ini mampu

membantu penjaga memindahkan pesakit.ii. Produk ini sangat berguna, menjimatkan masa

dan senang digunakan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019120

ADJUSTABLE TOOLPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Inovasi ini bertujuan untuk menghasilkan alat yang boleh membantu proses ikatan bata yang lebih kemas, ketebalan mortar yang lebih konsisten dan produk yang ringan serta mudah dibawa. Adjustable Tool ini adalah bertujuan untuk membantu dalam kerja-kerja mengikat bata. Adjustable Tool ini merupakan satu inovasi yang dihasilkan daripada keluli tahan karat dan berfungsi sebagai alat untuk meletakkan mortar dengan ketebalan yang konsisten mengikut kesesuaian dan jenis bata yang digunakan samada bata tanah liat, bata pasir atau bata blok IBS.

PENYATAAN MASALAHMasalah yang sering timbul ialah kesukaran untuk mengikat bata dengan kemas, tersusun, cepat dan tanpa berlaku pembaziran mortar apabila kerja mengikat bata dilaksanakan oleh pekerja binaan yang kurang mahir serta baharu di tapak bina. Dimesi batu bata yang berbeza juga menyukarkan proses kerja bagi pekerja binaan yang kurang mahir ini menyebabkan penghasilan sisa mortar semasa proses penerapan disebabkan oleh ketebalan dan kuantiti yang tidak konsisten, ikatan batu bata yang kurang kemas serta mengambil masa yang lebih lama.

Nama Penyelia: Nor Mazana binti IsmailNo HP: 0133988689

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk inovasi ini senang dibawa dan ringan. ii. Kos penghasilan produk adalah mampu milik

dan bahan yang digunakan adalah sesuai dengan keadaan persekitaran.

IMPAK PRODUK i. Adjustable Tool dapat mengatasi masalah

pembaziran penggunaan mortar yang tidak konsisten, penjimatan masa kerja-kerja mengikat bata dapat dikurangkan serta pekerja yang kurang mahir dapat melakukan kerja mengikat bata dengan lebih baik dan lebih kemas berbanding ikatan cara konvensional.

ii. Adjustable Tool dapat membantu pelajar-pelajar semasa melaksanakan amali semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 121

MOTORIZ BARROWPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Motoriz Barrow merupakan kereta sorong inovatif untuk membantu aktiviti dalam sektor pembinaan, pertanian dan pekebunan yang berkeupayaan mengendali pergerakan ketika melalui kawasan cerun. Penambahan galas (bearing) dan penyerap hentak (absober) pada bahagian batang saf menyebabkan pengguna dapat mengawal dan mengimbangkan pergerakkan. Kereta sorong ini dapat mengenalpasti had beban yang dibawa sepanjang aktiviti pengguna. Ianya dengan menambahkan beban sensor pada bahagian hadapan alat bagi memudahkan pengguna mengetahui had beban kereta sorong tersebut.

PENYATAAN MASALAH Kereta sorong manual sedia ada tiada sistem penghenti (brek) untuk menghentikan kereta sorong dengan cepat yang menyebabkan banyak berlaku pembaziran bahan seperti pasir dan tanah terjatuh sepanjang aktiviti sedang berjalan. Permukaan jalan yang licin dan tidak rata ketika musim hujan menyebabkan pergerakkan kereta sorong terganggu dimana pengguna sukar untuk mencengkam tangan dibahagian pemegang kereta sorong tersebut. Kereta sorong manual ini juga tiada disediakan alat had beban yang menyukarkan pengguna untuk mengetahui had beban yang mereka bawa sepanjang aktivti kerja mereka.

Nama Penyelia: Noor Azila binti JamariNo HP: 0195541106Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Mempunyai sistem penghenti (brek) diletakkan

di bahagian pemegang kereta sorong ii. Penambahan penyerap hentak (absober) di

bahagian batang saf untuk tujuan mengawal impak dan pergerakkan spring bagi meminimumkan gegaran dan lantunan pergerakkan kereta sorong.

iii. Galas (bearing) juga ditambah di bahagian batang saf bagi tujuan berkeupayaan membawa beban pada kereta sorong.

iv. Beban sensor disediakan bagi mengetahui had beban yang dibawa oleh pengguna kereta sorong.

IMPAK PRODUKi. Produk ini memenuhi ciri-ciri kualiti yang tinggi

dengan keinginan pengguna yang bersesuaian iaitu dimana mempunyai sensor berat yang memudahkan pengguna mengetahui berat maksimum yang dapat dibawa oleh kereta sorong.

ii. Ini dapat memberi kesan ergonomik yang baik pada struktur badan pengguna.

iii. Mempunyai elemen nilai tambah seperti penyerap hentak yang membolehkan kereta sorong beroperasi dengan lebih baik dan penyerap tidak mudah rosak dengan menambahkan getah yang diletakkan bahagian galas demi keselamatan dan keselesaan pengguna terjamin.

iv. Produk ini memberi impak kepada kualiti hidup industri dan ekonomi negara.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019122

THERMOELECTRIC GENERATORPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUKThermoelectric Generator merupakan projek inovasi bagi menghasilkan tenaga elektrik berskala kecil daripada sumber tenaga haba terbuang. Ia berupaya menghasilkan tenaga elektrik daripada haba yang terhasil daripada sistem bangunan. Tenaga elektrik yang dihasilkan boleh digunakan pada aplikasi peranti kecil seperti pengecasan telefon bimbit. Projek inovasi ini dapat membantu mengembangkan potensi penghasilan tenaga elektrik daripada sumber haba terbuang.

PENYATAAN MASALAH Kadar pencemaran alam dan pemanasan global yang semakin tinggi akibat penghasilan tenaga sedia ada yang tidak mesra alam. Haba yang dihasilkan daripada sistem bangunan terbuang dan tidak dimanfaatkan. Haba yang terhasil daripada sistem bangunan terbuang begitu sahaja. Kebergantungan yang tinggi terhadap sumber bahan api yang tidak boleh diperbaharui bagi menghasilkan tenaga elektrik.

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk inovasi ini boleh boleh menghasilkan

tenaga daripada sumber haba yang terbuang (waste heat).

Nama Penyelia: Samlisman a/l Choi WengNo Hp: 0133187036

Email: [email protected]

ii. Produk ini menghasilkan tenaga secara bersih melalui sumber yang percuma (environmental friendly and free energy).

IMPAK PRODUK i. Thermoelectric Generator merupakan produk

inovasi yang membuktikan bahawa haba yang terbuang boleh digunakan semula bagi menhasilkan tenaga elektrik.

ii. Ia juga berjaya menunjukkan bahawa terdapat pilihan lain bagi menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber alternatif selain daripada panel suria dan kincir angin.

iii. Dalam pada masa yang sama, produk inovasi ini adalah langkah permulaan ke arah pembangunan sumber tenaga yang bersih dan lestari.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 123

SEA WATER PURIFIERPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Sea Water Purifier adalah merupakan projek inovasi alat penapis yang boleh menukarkan air laut kepada air bersih. Produk inovasi ini boleh membekalkan air bersih kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan laut. Dengan penggunaan Sea Water Purifier ini, masalah kekurang air bersih dapat diatasi kerana sumber air laut yang sentiasa ada.

PENYATAAN MASALAHKekurangan sumber air bersih bagi penduduk di sesetengah kawasan kepulauan terutamanya pada musim kemarau, penduduk sukar mendapat bekalan air bersih kerana hanya bergantung kepada air hujan semata-mata. Kajian ini dijalankan untuk membantu mereka yang mengalami masalah ini mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

CIRI-CIRI PRODUK i. Memisahkan garam daripada air laut.ii. Menapis bendasing daripada air laut.iii. Menambahkan mineral ke dalam air yang telah

ditapis.iv. Membasmi bakteria dalam air.

Nama Penyelia: Mazlina binti Mat RabiNo HP: 0195541106Email: [email protected]

IMPAK PRODUK i. Sea Water Purifier dapat mengatasi masalah

kekurangan bekalan air bersih bagi kawasan yang mengalami masalah mendapatkan bekalan air, terutamanya kawasan yang berdekatan dengan laut.

ii. Ini kerana air laut tidak boleh digunakan untuk kegunaan domestik.

iii. Produk ini menghasilkan air yang bukan sahaja sesuai untuk kegunaan domestik, tetapi kualiti air yang terhasil juga telah disahkan selamat untuk diminum.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019124

AUTOMATIC WINDOW SMOKE DETECTORPoliteknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Automatic Window Smoke Detector adalah produk inovasi untuk pengguna domestik. Produk ini dapat mengesan asap ketika berlaku kebakaran di rumah kediaman terutamanya di dapur. Tingkap akan terbuka secara automatik dan melepaskan asap. Pengesan asap aluminium jenis MQ-7 digunakan dalam penghasilan Automatic Window Smoke Detector dan tingkap jenis casement window. Tingkap kaca jenis tempered glass setebal 6 mm digunakan. Ianya menggunakan kunci magnet yang dikendalikan oleh motor yang tidak dapat dibuka secara manual. Bateri sandaran tetap digunakan sekiranya berlaku terputus bekalan elektrik. PENYATAAN MASALAHBanyak berlaku kematian dalam kebakaran akibat sedutan asap dan menyebabkan mangsa lemas dalam asap tebal dan terperangkap akibat tingkap yang berjeriji besi. Penyendat tingkap yang biasa digunakan mudah patah apabila tingkap dipecahkan oleh pencuri apabila berlaku kecurian di rumah.

Nama Penyelia: Noor Azila binti JamariNo HP: 0196926165

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menghasilkan sebuah tingkap yang boleh dibuka

secara automatik.ii. Pengunci pelekat jenis electromagnetic lock. iii. Penggera akan menghasilkan hasil bunyi apabila

sensor MQ-7 mengesan kehadiran asap.

IMPAK PRODUK i. Pengguna: Ianya mudah dipasang dan mesra

pengguna ketika digunakan. Produk ini membantu pengguna mengesan kehadiran asap tebal dan dapat menyelamatkan diri dari mangsa kebakaran sebelum bomba hadir untuk memadamkan api kebakaran.

ii. Masyarakat: Dapat membantu kediaman domestik dan bukan domestik dalam pengawalan asap kebakaran. Produk ini dapat mengurangkan bilangan kematian akibat dari kebakaran pada rumah-rumah kediaman.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 125

SMART SAFETY LOCKERPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LLATAR BELAKANG PRODUK Smart Safety Locker adalah pengubahsuaian dan inovasi terhadap pengesan gegaran bertujuan menambah ciri-ciri keselamatan dan mengurangkan risiko kecurian. Secara umumnya, pengesan gegaran adalah peranti atau sistem yang mengesan kehadiran gegaran pada Smart Safety Locker apabila berlakunya kes percubaan kecurian. Hasil produk adalah pengesan gegaran dan pembunyi isyarat yang mengesan gegaran pada Smart Safety Locker. Peralatan jenis ini digunakan untuk mengesan gegaran serta menghantar isyarat pada Global System and Mobile untuk memberi tanda amaran untuk langkah keselamatan kepada pengguna.

PENYATAAN MASALAH Smart Safety Locker ini dibina sebagai membantu untuk mengurangkan kes kecurian topi keledar yang berlaku di PSAS. Secara keseluruhannya, locker yang disediakan sebelum ini menunjukkan kurangnya keberkesanan dalam aspek keselamatan.

Nama Penyelia: Abdul Aziz bin AhmadNo HP: 01139581585Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Penggera gegaran pada Smart Safety Locker.ii. Maklumat dihantar menggunakan Global System

and Mobile (GSM).

IMPAK PRODUK i. Laci simpanan Smart Safety Locker yang sangat

kondusif dan sesuai di kawasan jabatan.ii. Smart Safety Locker mempunyai ciri-ciri

keselamatan yang memenuhi piawaian.iii. Kemudahan untuk pelajar yang mudah

untuk digunakan di samping kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah dilaksanakan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019126

PAINT ROLLER GUNPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Kemasan merupakan aktiviti terakhir dalam pembinaan. Kemasan basah meliputi pemasangan batu bata, plaster, mengecat dan pemasangan granit. Paint Roller Gun merupakan projek inovasi yang bertujuan memudahkan proses kemasan iaitu mengecat bangunan. Produk ini khususnya direka untuk pekerja-pekerja di tapak bina dan orang awam yang membuat kerja kemasan iaitu mengecat. Bahan yang digunakan untuk membuat produk ini adalah bahan yang murah dan mudah didapati seperti tiub aluminium, kain penggelek, o-ring, penutup PVC, injap bebola PVC dan beberapa bahan yang lain.

PENYATAAN MASALAH Mengecat merupakan satu kerja kemasan yang memerlukan ketelitian agar hasilnya nampak kemas dan cantik. Penggelek cat sedia ada memerlukan masa yang lama untuk membuat kerja kemasan dalam pembinaan iatitu mengecat. Di mana dalam satu bangunan yang besar pekerja perlu menuruni dan menaiki tangga untuk menambah cat yang tidak cukup. Proses mengambil cat perlu dilakukan secara berulang-ulang. Ia juga memerlukan lebih ramai pekerja. Masalah ini, telah mempengaruhi masa dan tenaga pekerja untuk menyiapkan kerja mengecat.

Nama Penyelia: Hasliza binti YusofNo HP: 0139285622

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Paint Roller Gun direka dengan tiub aluminium

yang boleh menampung cat sebanyak 506.7 ml.ii. Paint Roller Gun masa yang diambil ialah 1.09

minit bagi keluasan 1 meter persegi berbanding penggelek cat biasa ialah 2.08 minit.

IMPAK PRODUKi. Paint Roller Gun yang direka dengan tiub

aluminium yang boleh mengisi cat dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja mengecat untuk mengambil cat secara berulang –ulang bagi menyiapkan kerja mengecat.

ii. Ia sekaligus dapat memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tenaga pekerja.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 127

ROOFING EASY LADDER (REL)Politeknik SultanHaji Ahmad Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Roofing Easy Ladder (REL) merupakan satu alat inovasi yang berkonsepkan tangga dan diletakkan di atas bumbung. Alat inovasi ini direkabentuk hasil daripada pemerhatian pekerja yang naik atau turun dari bumbung tanpa sebarang sokongan. REL direkabentuk sebagai kemudahcapaian pekerja atau individu yang ingin memanjat dan menuruni bumbung dengan lebih yakin dan mudah. Dengan adanya REL ini, dapat memudahkan kerja-kerja membaiki di atas bumbung, pemasangan kabel dan sebagainya. Langkah kerja menggunakan REL adalah lebih selamat dan sihat.

PENYATAAN MASALAH Statistik daripada pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menunjukkan setiap tahun akan mempunyai kes kemalangan maut akibat terjatuh dari tempat yang tinggi. Kes ini melibatkan kecuaian pekerja semasa menjalankan kerja-kerja membaiki atap. Langkah kerja ini akan menyebabkan pekerja mudah tergelincir, tidak seimbang dan tidak selamat serta mengundang kecederaan dan kemalangan maut.

Nama Penyelia: Manizawati binti Zainal AbidinNo HP: 0199349197Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Alat ini mempunyai mempunyai 1.5 meter

panjang (5 kaki) dan boleh disambung mengikut kelebaran bumbung di tapak.

ii. Setiap sambungan pemegang (hand holder) bersaiz 300 mm. Bagi saiz pemegang REL (paip PVC) yang disambung bersaiz 150 mm.

iii. Pencangkuk (hook) yang di letakkan ke atas perabung bumbung, mempunyai 170 mm lebar dan panjang bersaiz 340 mm dan mempunyai satu lapisan getah sintetik agar ianya tidak bergerak.

IMPAK PRODUKi. Alat REL ini mesra pengguna dan mudah untuk

dikendalikan oleh individu, komuniti setempat, pekerja dan industri khasnya.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019128

FIRE EXIT DETECTORPoliteknik Sultan Azlan Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUKFire Exit Detector merupakan projek inovasi bagi membantu penghuni mengenal pasti jalan keluar bangunan berpandukan pendengaran. Penambahbaikan papan tanda keluar ini dilakukan supaya ianya dapat membantu penghuni keluar dengan berpandukan alat penggera yang dipasangkan bersekali dengan pengesan asap di pintu keluar. Papan tanda keluar sedia ada yang terdapat di setiap bangunan sememangnya diletakkan atas tujuan memberi tunjuk arah pintu keluar kepada penghuni bangunan ketika berlaku situasi yang tidak diduga atau situasi kecemasan ataupun ketika kebakaran.

PENYATAAN MASALAH Kebakaran yang berlaku menyebabkan asap tebal terhasil dan boleh menyebabkan sesak nafas dan paling teruk adalah menyebabkan kematian. Kesukaran penghuni bangunan mencari jalan keluar berpandukan penglihatan sahaja apabila asap memenuhi ruang mewujudkan sifat panik di kalangan penghuni dan membuatkan penghuni tidak dapat berfikir secara rasional. Apatah lagi jika berlaku kebakaran yang menyebabkan asap mengelabui ruang setempat dan menyebabkan jarak penglihatan amat terhad.

Nama Penyelia: Noraimi binti AhmadNo. HP: 0192196700

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk inovasi ini menggunakan alat penggera

yang membantu penghuni keluar bangunan.ii. Produk ini mempunyai pengesan asap yang

dapat mengesan asap ketika kebakaran.

IMPAK PRODUK i. Fire Exit Detector dapat meyakinkan penghuni

bangunan keluar dengan selamat berbanding papan tanda keluar sedia ada.

ii. Mereka akan keluar dengan berpandukan bunyi penggera yang dipasangkan bersekali dengan pengesan asap.

iii. Masa untuk keluar bangunan atau keluar dari ruang kebakaran akan dipercepatkan apabila ianya berfungsi sepenuhnya.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 129

SERAT SEMULAJADI SEBAGAI PENGGANTI PAD TELINGA DALAM

EARMUFF INDUSTRI Politeknik Sultan Idris Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Earmuff dikenali sebagai pelindung telinga dalam bentuk plastik keras yang yang dimasukkan span ke dalam bekas yang bersaiz yang sesuai untuk telinga. Produk ini boleh dihasilkan dengan menggunakan sisa kitar semula untuk menghasilkan produk seperti penebat bunyi. Oleh itu, bahan yang boleh dikitar semula seperti sisa tebu, getah pengikat dan sisa sabut kelapa dan polistrin boleh digunakan untuk digunakan sebagai alat ganti penyerap bunyi yang lebih tahan lama dan selamat digunakan.

PENYATAAN MASALAH Bunyi boleh menjejaskan deria pendengaran jika bunyi berulang dan selama tempoh masa. Produk sedia ada dipasarkan dengan kos yang lebih mahal. Bunyi yang kuat akan membunuh saraf di dalam telinga dalaman, terutamanya apabila kita mempunyai pendedahan yang berpanjangan kepada bunyi-bunyi ini. Ini bermakna saraf yang terakhir di telinga kita akan mengalami penurunan keupayaan untuk menterjemahkan gelombang bunyi ke dalam bunyi dan mengalami kehilangan pendengaran. Malangnya tidak ada cara untuk membaiki saraf kerosakan di dalam telinga.

Nama Penyelia: Zaifah binti Che WilNo HP: 0145109347Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk ini boleh dihasilkan dengan

menggunakan sisa kitar semula. ii. Bahan boleh dikitar semula seperti sisa tebu,

getah pengikat dan sisa sabut kelapa dan polistrin boleh digunakan untuk digunakan sebagai alat ganti penyerap bunyi yang lebih tahan lama dan selamat digunakan.

IMPAK PRODUK i. Penciptaan nilai elemen baru atau tambah baik

iaitu bahan serat tebu dan serat kelapa.ii. Pengeluaran produk adalah selamat dan mesra

alam kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia dalam pengeluaran produk ini.

iii. Produk ini telah diuji untuk memastikan kebolehkerjaan menyerap bunyi pada pengguna dan keberkesanannya pada pengguna dan pekerja kilang. Inovasi Earmuff ini mampu menandingi Earmuff yang sedia ada yang terdapat di pasaran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019130

INNOVATED HAND AUGERPoliteknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Alat yang dihasilkan ini direka untuk memudahkan pengambilan sampel tanah di makmal Geoteknik di Politeknik khasnya. Alat ini diinovasikan dari alat auger yang telah sedia ada di pasaran. Alat ini dapat membantu pelajar menjimatkan masa dan tenaga semasa menjalankan ujikaji tanah dimakmal. Auger tangan yang telah diinovasikan ini menggunakan mata auger, batang keluli karbon dan pemegang berbentuk bulat untuk dikimpal. Data perbandingan masa, tenaga dan ketepatan kandungan kelembapan diukur untuk keseluruhan proses antara alat sediaada dan alat yang telah direka.

PENYATAAN MASALAH Proses pengambilan sampel tanah menggunakan auger tangan normal memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana waktu penggalian bergantung pada jenis profil tanah. Proses penggerudian untuk mengambilan sampel tanah mungkin berjaya dilakukan dengan cepat untuk beberapa meter pertama, tetapi menjadi semakin perlahan dengan pertambahan kedalaman tana. Keadaan ini memberi kesukaran kepada pelajar dalam menjalankan amali di makmal yang hanya memperuntukkan masa selama 3 jam sahaja. Proses amali ini sering memakan masa yang lama bergantung kepada keadaan tanah yang ingin diambil sampel.

Nama Penyelia: Daliela binti IshamuddinNo HP: 0132824882

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Mata pengorek jenis Edelman. Penyambung

mata pengorek juga dibuat dengan hujungnya menggunakan konsep gerudi di mana ianya boleh digunakan menggunakan gerudi biasa.

ii. Pemegang yang digunakan adalah berbentuk-T dan dikimpalkan bersama pemegang pemberat. Pemberat juga digunakan bagi meningkatkan daya tekanan semasa proses pengorekan.

iii. Hujung pada rod penyambung tersebut berbentuk kepala gerudi bagi membolehkan mata pengorek disambungkan.

iv. Kaki tripod direka sebagai komponen yang dapat menstabilkan alat gerimit tangan semasa aktiviti pengorekan sampel dijalankan.

IMPAK PRODUK i. Data kelembapan tanah yang lebih tepat bagi

menentukan profil jenis tanah dalam aktiviti penyiasatan tanah.

ii. Masa yang diambil dan penggunaan tenaga semasa menggunakan auger tangan yang diinovasi juga dapat dikurangkan berbanding menggunakan auger tangan biasa.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 131

PAM TANDAS BERSUMBERKAN AIR HUJAN Politeknik Sultan Haji Ahmad

Shah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Produk inovasi ialah rekabentuk pam tandas bersumberkan air hujan. Parameter air hujan yang dikaji dibandingkan dengan Piawai Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (NWQS) dan World Health Organization (WHO). Parameter yang diuji dalam analisis air hujan ialah kekeruhan, pH, permintaan oksigen biokimia (BOD) dan permintaan oksigen kimia (COD). Hasil kajian mendapati bahawa kesemua bacaan parameter mematuhi piawaian dengan nilai kekeruhan, pH dan COD masing-masing berada pada julat 2 NTU, 3 NTU, 5 NTU, 6.18 mg/l, 6.26 mg/l, 6.36 mg/l dan 1.6, 2.4 mg/l.

PENYATAAN MASALAH Kebanyakkan orang pada masa ini tidak tahu menghargai kepentingan air. Ramai orang yang mengambil mudah tentang kepentingan air dan sering membazirkan air sehingga menyebabkan bekalan air kian berkurangan sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. UNESCO telah meramalkan bahawa pada tahun 2025, sebanyak 1800 juta warga dunia terpaksa hidup dalam keadaan ketiadaan air.

Nama Penyelia: Suhaimi bin YajidNo HP: 0192453648Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Parameter yang diuji dalam analisis air hujan

ialah kekeruhan, pH dan permintaan oksigen kimia (COD).

ii. Nilai kekeruhan, pH dan COD masing-masing berada pada julat 2 NTU, 3 NTU, 5 NTU, 6.18 mg/l, 6.26 mg/l, 6.36 mg/l dan 1.6, 2.4 mg/l.

IMPAK PRODUK i. Permintaan ke atas air semakin meningkat

sehingga melebihi kapasiti pembekalan air yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air yang dirawat terutamanya di kawasan bandar.

ii. Penggunaan air hujan dapat menjimatkan penggunaan air terawat dan seterusnya mengurangkan penebangan hutan untuk membina empangan yang besar.

iii. Dari perspektif ekonomi, penggunaan air hujan dapat mengurangkan bayaran bil air di rumah.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019132

PUZZLE TRIANGLEPoliteknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUKProduk ini biasanya digunakan ketika kenderaan mengalami kemalangan atau kecemasan di atas jalanraya. Produk Puzzle Triangle Warning Sign bertujuan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain bahawa terdapat kereta yang sedang dalam keadaan rosak atau mengalami kecemasan. Segitiga amaran sepatutnya diletakkan kira-kira 10-15 meter dari belakang kenderaan yang rosak atau mengalami kecemasan. Pengguna perlu mendirikan di sisi laluan yang sama supaya mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

PENYATAAN MASALAH Rekabentuk produk tanda amaran segitiga yang sedia ada sebelum ini mungkin tidak berkesan untuk digunakan di atas jalan raya akibat sifat produk yang ringan. Hal Ini boleh membuatkan pengguna tidak sedar akan keadaan semasa alat tersebut setelah ia ditempatkan di belakang kenderaan. Tahap ketahanan kelenturan alat sebelum ini bersifat nipis mengakibatkan ia mudah patah. Bahan yang nipis membuatkan alat tidak mencapai kestabilan dan ketahanan yang kukuh semasa alat diletakkan di atas jalan raya.

Nama Penyelia: Mohamad Ashraf Idham bin Khairuddin

No HP: 0195402900Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Penggunaan dua warna kuning dan merah yang

terang dan bercahaya yang dibuat berselang seli secara condong.

ii. Rekabentuk dua segitiga tepat yang digabungkan.

IMPAK PRODUK i. Tahan haba.ii. Lasak.iii. Tahap kestabilan yang tinggi.iv. Pencahayaan yang jelas.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 133

TRIPOD VESTPoliteknik Tuanku Sultanah Bahiyah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUKTripod Vest iaitu alat bantuan bagi mengurangkan risiko kerosakan tripod akibat daripada terjatuh dan kecuaian. Tripod Vest akan memudahkan proses pemindahan alat dari makmal ukur ke kawasan tapak kerja dan disamping menjimatkan tenaga kerja. Tripod Vest direka untuk menampung beban dua tripod seberat 8 kg serentak. Dihasilkan daripada vest polister yang dijahit pada bahagian belakang webbing strap bagi mengikat dua tripod.

PENYATAAN MASALAH Berdasarkan rekod, Makmal Ukur Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah mempunyai 118 alat tripod dan 27% daripadanya telah mengalami kerosakan yang teruk dan bakal bertambah sekiranya langkah penyelesaian terbaik tidak diambil. Kecuaian pengguna ketika membawa alat tripod adalah penyumbang kepada kerosakan alat ini. Kebanyakan tripod yang masih ada di makmal juga berkeadaan tidak lengkap tanpa tali pengikat boleh menyukarkan pergerakan dan membazirkan masa pelaksanaan amali lapangan.

Nama Penyelia: Khalilah binti MuhamadNo HP: 0134328573Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan Vest Polyester sebagai asas jaket.ii. Webbing Strap dijahit dibahagian belakang Vest

untuk menampung bebanan 2 tripod seberat 8 kg serentak.

iii. Pillow Cotton digunakan bagi menjarakkan Tripod dan badan pengguna.

iv. Produk ini dilengkapi dengan Light Reflective Stripe sebagai pemantul cahaya bagi mengurangkan risiko daripada berlakunya kemalangan di kawasan kerja.

IMPAK PRODUK i. Penggunaan Tripod Vest dapat mengurangkan

risiko kerosakan Tripod akibat terjatuh dan kecuaian.

ii. Penggunaannya juga sangat membantu memudahkan proses pemindahan alat dari makmal dan boleh menjimatkan tenaga kerja.

iii. Hasil inovasi ini berguna bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta menjamin keselamatan alat ukur.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019134

CCM (CLEAN CULVERT MASTER)Politeknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUK Reka bentuk prototaip perangkap yang lebih berkesan adalah penting untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Ada pelbagai cara untuk memastikan bahawa aliran air melalui sistem pembentungan culvert dan saliran dengan baik. Kajian ini dilakukan untuk menentukan aliran air berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan perangkap berbentuk bubu yang dipasang pada sistem pembentung di kawasan berkenaan.

PENYATAAN MASALAH Masalah sisa pepejal, khusus dari jatuhan ranting-ranting serta dahan-dahan pokok yang menutup aliran air yang melalui pembentung di kawasan kajian iaitu di kawasan Taman Tunku Putra, Kulim, kedah yang sering menyebabkan banjir kilat. Masalah ini telah menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan untuk melakukan kerja pembersihan. Keadaan ini akan mengakibatkan aliran air terhalang dan banjir kilat sering terjadi di kawasan perumahan berdekatan.

Nama Penyelia: Noor Liza binti Ramli

No HP: 0128911002Email:[email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Rekabentuk produk penghalang sisa pepejal

pembentung (culvert) dibuat berasaskan bentuk bubu.

ii. Rekabentuk jejari memerangkap sisa dan memastikan aliran air dapat berjalan dengan lancar.

iii. Terdapat dua bahagian perangkap secara memanjang dengan tiga sekatan pintu.

IMPAK PRODUK i. Masalah sisa pepejal yang dibawa bersama-sama

dengan aliran air serta dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar.

ii. Masalah banjir kilat yang sering terjadi di kawasan kajian akibat culvert yang tersumbat akibat dari sisa pepejal yang akan merosakkan harta benda awam dan masyarakat akibat dari banjir kilat yang terjadi.

iii. Apabila masalah alam sekitar dapat dihapuskan, risiko penyakit kronik yang disebabkan oleh pencemaran dapat dikurangkan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 135

RAIN COVER FOR TOTAL STATIONPoliteknik Tuanku Sultanah Bahiyah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PRODUKRain Cover for Total Station (RC4TS) diilhamkan dan direka cipta sebagai alternatif penggunaan payung di waktu hujan dalam usaha melindungi Total Station dari basah semasa kerja lapangan dijalankan yang menjadi penyebab kepada kerosakkan Total Station itu sendiri. Idea penciptaan RC4TS ini mengambil kira aspek perlindungan, keselamatan dan spesifikasi Total Station itu sendiri. Total Station adalah alatan utama dalam kerja dilapangan untuk mencerap bearing dan jarak. Total Station perlu dijaga rapi kerana sangat sensitif dan ketepatan datanya terjejas jika berlaku kerosakan.

PENYATAAN MASALAH Alat Total Station bercirikan elektronik menjadikan alat ini sangat sensitif dan tidak boleh terkena air. Oleh itu, payung disediakan di makmal untuk kegunaan pelajar bagi melindungi total station semasa hari hujan. Namun, pengendaliannya yang sukar dan berat menyebabkan pelajar tidak menggunakan payung ini dan memberhentikan kerja amali apabila hujan mulai turun. Ini menyebabkan kerja amali tergendala dan tertangguh seterusnya pelajar perlu menyusun semua jadual dan bergantung pada kesediaaan alat untuk proses peminjamaan semula di waktu yang lain.

Nama Penyelia: Mustaqimah binti MuhamadNo HP: 0194729248Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Bahan produk adalah kalis air, ringan dan mudah

dipasang. ii. Terdapat bukaan di bahagian lensa dan kemasan

cerutan di bahagian bawah agar kemas dan tidak menganggu alat Total Station semasa proses pengukuran dijalankan.

IMPAK PRODUK i. Kerja-kerja praktikal pengukuran dapat

dijalankan atau diteruskan oleh pelajar mahupun jurukur di lapangan walaupun ketika hujan renyai-renyai.

ii. Alat tersebut dapat dijaga dengan baik dengan menggunakan raincover tanpa perlu menghentikan kerja yang dijalankan disebabkan cuaca yang tidak menentu seperti hujan renyai dalam tempoh yang tidak panjang.

iii. Produk sangat praktikal; mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019136

MY ERGO.3.0Kolej Komuniti Selayang

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PROJEK Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan buku Time-Saver Standard for Interior Design and Space Planning, rujukan buku teknikal, serta katalog-katalog perabot dari pengeluar merupakan buku rujukan wajib untuk pelajar dan tenaga pengajar bidang rekabentuk dalaman. Kandungan data anthropometrik dan ergonomik merupakan rujukan data standard dari kajian antarabangsa. Unit pengukuran dimensi yang digunapakai kebanyakannya adalah imperial dan proses penukaran unit kepada metrik perlu dilakukan. Pengukuran dimensi telah mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pengukuran yang tepat dan betul. Implikasinya pelajar menjadi kurang yakin dan bosan dengan satu tugasan atau projek yang perlu diselesaikan.

PENYATAAN MASALAH Permasalahan utama yang dihadapi adalah rujukan buku yang menggunakan unit imperial, dimensi simbol perabot tidak terperinci, katalog pengeluar di pasaran tidak mempunyai simbol pelan perabot dan susunatur pelan tipikal yang disediakan tidak mempunyai ukuran terperinci. Jangkamasa pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang agak panjang. Penggunaan peralatan pembaris skala dan set square juga yang berulang dalam pembinaan lukisan teknikal melambatkan pergerakan pelajar yang kurang mahir.

Nama Penyelia: Alimatuzakiah binti BokhariNo HP: 0172277181

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Ciri-ciri inovasi yang telah dilaksanakan bagi Set My ERGO 3.0i. Mengandungi satu pelan bergrid 1:50.ii. Model komponen dinding yang mempunyai

ukuran panjang yang berbeza.iii. Komponen pelan perabot berdasarkan pelan

perabot di flash card.iv. Setiap komponen pelan telah dikelaskan

mengikut ruang dalaman kediaman.v. Set ini diletakkan di dalam sebuah kotak dan

disusun secara teratur agar mudah dibawa.vi. Pelan perabot dan sususunatur dibaca merujuk

flash card.

IMPAK PRODUK i. Merupakan alat bantuan mengajar dan rujukan

yang efektif dan praktikal.ii. Menjimatkan masa pelajar dalam penukaran

pengukuran dari unit imperial kepada unit metrik.

iii. Mudah mengingati dan menguasai simbol-simbol pelan, ukuran dan menyusunatur ruang.

iv. Kit mudah dibawa setiap hari kerana My ERGO 3.0 ini ringan.

v. Carian yang mudah dengan kod warna yang spesifik untuk ruang.

vi. Ringkas, mudah, kurang teks dan berwarna.vii. Mempunyai dimensi yang terperinci dalam satu

simbol perabot dan pelan tipikal.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 137

MULTI BAGPoliteknik Tuanku Sultanah Bahiyah

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PROJEK Produk Multi Bag ini mampu dimiliki dengan kos yang rendah berbanding dengan beg yang berada di pasaran sekarang. Produk tersebut dapat dipasarkan secara komersial dan secara tidak langsung turut membuka peluang perniagaan serta meningkatkan sumber pendapatan. Keunikan produk Multi Bag juga dapat memaparkan nilai-nilai kreativiti dan keunikan tersendiri. Penggunaan material atau bahan turut melibatkan bahan-bahan kitar semula. Aktiviti penghasilan produk Multi Bag menggunakan peralatan dan bahan yang mudah didapati.

PENYATAAN MASALAH Permasalahan ialah para pelajar turut gagal membawa peralatan yang lengkap atas alasan saiz kertas lukisan besar, susah dibawa, pengangkutan motorsikal, malu membawa dan takut peralatan rosak ketika membawa kertas lukisan bagi kelas pembelajaran dan pengajaran. Kertas latihan atau tugasan bersaiz A3 menjadi rosak dan renyuk kerana saiz bag yang sedia ada kurang sesuai.

CIRI-CIRI PRODUK i. Menjimatkan kos: Pelajar-pelajar tidak perlu

membeli harga beg portfolio yang terlalu mahal,

Nama Penyelia: Nazila binti MasdorNo HP : 0122594007Email : [email protected]

jika dibandingkan di pasaran sehingga mencecah ratusan ringgit.

ii. Menjimatkan masa: Rekabentuk dan susunatur ruang-ruang tersebut disusun secara ergonomik, cara ini dapat memudahkan atau menyenangkan capaian alatan.

iii. Efisien dan fleksibel: Rekabentuk beg tersebut dicipta mengikut keperluan pelajar untuk meletak peralatan teknikal, kertas A3 dan alatulis. Beg ini turut dimudahkan bagi pelajar yang membawa dengan menggunakan motorsikal serta untuk di bawa ketika berjalan-jalan.

IMPAK PRODUK i. Multi Bag boleh digunakan oleh pelajar dalam

bidang lukisan kejuruteraan, lukisan pembinaan, senibina, animasi serta bidang-bidang lain yang berkaitan.

ii. Tenaga pengajar kolej komuniti, politeknik, pusat kemahiran, IPTA, IPTS dan sekolah-sekolah boleh memperkenalkan penggunaan Multi Bag ini kepada pelajar mereka sebagai beg alternatif lukisan yang lebih murah dan mampu milik.

iii. Orang awam, remaja, ibu bapa dan komuniti juga boleh memiliki Multi Bag ini untuk kegunaan pelbagai urusan seharian.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019138

DD MORTAR SHOE 2.0Kolej Komuniti Jelebu

KEJURUTERAAN AWAM DAN SENIBINA

LATAR BELAKANG PROJEK DD Mortar Shoe direkabentuk daripada penggunaan alatan tangan yang sedia ada di bengkel. Rekabentuk produk ini memudahkan kerja-kerja amali semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) ataupun kerja pembinaan yang dilaksanakan di tapak. Kerja amali yang dimaksudkan adalah kerja melapis mortar simen dan mortar kapur pada bata biasa dan bata blok ringan (lightweight block). Produk ini digunakan bagi memudahkan pelajar atau pekerja binaan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

PENYATAAN MASALAH i. Penggunaan alat tangan yang sedia ada untuk

kerja melapis mortar adalah sukar dikendalikan.ii. Kerja melapis bata adalah sangat kotor kerana

berlakunya pembaziran apabila mortar tumpah ke lantai.

iii. Alatan tangan bagi kerja melapis mortar adalah berlainan bagi jenis bata yang berlainan. Contohnya sudip dan mortar board (bata biasa) manakala ACC Trowel (bata blok ringan).

iv. Ketebalan mortar simen bagi kerja menyusun bata biasa sukar untuk ditentukan dan mengambil masa kerja yang lama.

CIRI-CIRI PRODUK i. Dua dalam satu (2 in 1):

Boleh digunakan untuk dua kegunaan iaitu untuk melapis mortar kapur dan mortar simen

Nama Penyelia: Haniza binti SidiNo HP: 0196608116

Email : [email protected]

berbanding alatan sedia ada yang memerlukan peralatan yang berlainan bagi kerja yang berlainan.

ii. Mudah dikendalikan:Satu produk dapat memudahkan kerja-kerja pembinaan dari segi penggunaan alat yang mudah, cepat dan bersih.

iii. Aksesori Tambahan:Aksesori tambahan ini bergantung kepada jenis kerja yang hendak dilakukan. Aksesori ini digunakan untuk kerja mortar kapur di mana ianya boleh dibuka dan dipasang.

iv. Mudah dibawa:Oleh kerana produk ini mempunyai dua kegunaan, jadi ianya mudah untuk dibawa ke mana sahaja berbanding dengan yang sedia ada yang perlu membawa dua atau tiga peralatan.

IMPAK PRODUK i. Peralatan tangan yang lebih praktikal berbanding

dengan peralatan yang sedia ada.ii. Dapat mengurangkan pembaziran mortar

semasa kerja dilakukan.iii. Dapat mengurangkan penggunaan alatan tanganiv. Ketebalan mortar bagi lapisan bata biasa mudah

dilakukan.v. Tempoh masa kerja amali atau pembinaan dapat

dipercepatkan.

KLUSTER

Teknologi Maklumat

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 137

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019140

EKSPLORASI TELE-MOBOTKolej Komuniti Gerik

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK Eksplorasi Tele-Mobot adalah menggunakan kaedah pendidikan STEM. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik pelajar dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Eksplorasi Tele-Mobot adalah pembangunan motor robot dengan integrasi IoT menggunakan Telegram. Projek IoT (Internet Of Things) ini dilaksanakan di Kolej Komuniti Gerik. Ia bertujuan mengenalpasti pemahaman aturcara Python dan penggunaan microcontroller Raspberry Pi 3 model B semasa projek motor robot. Pelajar juga didedahkan integrasi Telegram dalam IoT dari mudah (menggunakan QR-code) dan akhirnya boleh membuat aturcara Python untuk memberi arahan kepada motor robot untuk bergerak menggunakan internet.

PENYATAAN MASALAH Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah secara sehala, di mana tenaga pengajar menerangkan konsep secara teori serta memberikan beberapa soalan untuk dijawab oleh pelajar kini dilihat kurang berkesan dan pelajar sukar untuk memahami konsep yang diterangkan. Oleh itu, dengan adanya alat bantu Eksplorasi Tele-Mobot ini, ia dapat membantu menarik minat pelajar untuk

Nama Penyelia: Hazila binti ShaharuddinNo HP : 0125307293

Email : [email protected]

mempelajari konsep asas, kerja berpasukan dan meningkatkan kefahaman mereka.

CIRI-CIRI PRODUK i. Memudahkan tenaga pengajar menerangkan

konsep asas.ii. Pelajar terlibat secara langsung dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.iii. Analogi litar LED digunakan bagi memahami

konsep aturcara Python melalui QR-Code bagi membantu pemahaman pelajar.

iv. Pelajar dapat memahami pembelajaran dalam dunia sebenar berdasarkan situasi yang diberi.

v. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.

IMPAK PRODUK i. Membantu meningkatkan kefahaman pelajar

dengan memberi aturcara mudah dahulu sebelum pelajar membina aturcara lebih sukar.

ii. Membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang kepentingan kerja berpasukan.

iii. Membantu pelajar memahami konsep aturcara Python.

iv. Meningkatkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 141

KOSWER PEMBELAJARAN INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN

AUGMENTED REALITY @ ARCoV1 Kolej Komuniti Masjid Tanah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK Koswer Pembelajaran Interaktif dibangunkan menggunakan Pendekatan Augmented Reality @ ARCoV 1 berdasarkan kursus Asas Rangkaian Komputer supaya pelajar lebih minat untuk belajar. Kaedah penilaian secara amali dilaksanakan iaitu dengan melakukan pemasangan kabel rangkaian untuk menilai kemahiran kognitif pelajar. Pembangunan koswer pembelajaran interaktif yang menggabungkan elemen multimedia dan augmented reality (AR) ini untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mudah selain dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan penilaian amali. Koswer ini juga dapat membantu pensyarah memudahkan lagi proses PdP.

PENYATAAN MASALAH Pembelajaran chalk and talk kurang sesuai untuk digunakan sebagai kaedah PdP pada masa kini. Perlunya kepada pembangunan Koswer Pembelajaran Interaktif berdasarkan kursus Asas Rangkaian Komputer bertujuan untuk memupuk minat yang lebih mendalam di kalangan pelajar. Sebagai tambahan, koswer pembelajaran interaktif mengandungi elemen penilaian selepas proses pembelajaran membantu proses pembelajaran menjadi lebih mudah tanpa perlu merujuk buku atau menyalin di atas kertas.

Nama Penyelia: Azizul bin Mohd YusoffNo HP: 033843703Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menyediakan papan cerita (storyboard) sebelum

membangunkan koswer pembelajaran interaktif.ii. Berpandukan helaian amali (labsheet) bagi subjek

Asas Rangkaian Komputer di Kolej Komuniti.iii. Menggabungkan elemen multimedia dan

augmented reality (AR) di dalam pembangunan koswer pembelajaran interaktif.

IMPAK PRODUK i. Kesinambungan elemen multimedia dan

augmented reality (AR) yang boleh digunakan oleh para pensyarah sebagai alat bahan bantu mengajar semasa proses PdP.

ii. Membantu para pelajar untuk meningkatkan ingatan dan capaian memori yang lebih efektif.

iii. Pelajar dapat mengawal corak pembelajaran kendiri iaitu koswer boleh digunakan dimana-mana sahaja.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019142

PEMBANGUNAN PORTABLE EXTENDED INTERNET ACCESS (PEXIA)Kolej Komuniti Selandar

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK Dalam era Pendidikan berasaskan IR 4.0, pembelajaran menjadi lebih dinamik menyebabkan penggunaan teknologi menjadi sangat penting. Oleh itu, penggunaan internet adalah satu kemestian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, internet digunakan untuk mencari bahan dan menghantar tugasan. Pembelajaran secara atas talian dijalankan bagi pensyarah yang bertugas diluar kawasan atau terlibat dengan tugasan yang memerlukan pembelajaran secara atas talian (online). Untuk tujuan itu, penyediaan infrastruktur capaian internet yang baik penting bagi membolehkan Pendidikan IR 4.0 dilaksanakan.

PENYATAAN MASALAH Sebagai Institusi Pengajian Tinggi, Kolej Komuniti Selandar (KKSL) turut menyediakan insfrastuktur internet bagi menyokong Pendidikan 4.0. Namun begitu, atas faktor keluasan kawasan, capaian internet tanpa wayar adalah terhad kepada kawasan tertentu. Selain itu, lokasi KKSL menyebabkan liputan talian telefon agak rendah bagi membenarkan capaian Internet. Hal ini menyebabkan pelajar sukar menyiapkan dan menghantar tugasan yang diberikan serta pembelajaran secara atas talian sukar dilaksanakan.

CIRI-CIRI PRODUK i. Projek ini memberi tumpuan kepada

pembangunan sistem perkakasan dan perisian

Nama Penyelia: Dr. Sharifah Nadiyah binti RazaliNo HP : 0196662488

Email : [email protected]

untuk membolehkan liputan capaian internet tanpa wayar diperluaskan.

ii. Inovasi Portable Extender Internet Access (PexIA) menggunakan MNodeMCU yang bertindak sebagai Client yang berhubung ke Router atau Modem sedia ada dan menjadi Access Point dengan menyediakan rangkaian tanpa wayar dengan Client lain bagi membolehkan Client lain mendapat capaian Internet.

iii. Portable Extender Internet Access (PexIA) berfungsi dengan menerima isyarat WiFi sedia ada, menguatkannya dan menghantar semula isyarat yang ditimbulkan dan juga meluaskan kawasan liputan rangkaian WiFi.

IMPAK PRODUK i. Portable Extender Internet Access (PexIA) akan

bertindak untuk meluaskan liputan capaian internet sedia ada selain murah dan juga mudah dipasang.

ii. Peranti ini juga boleh digunakan untuk:a. Rangkaian luaran (mesh) berkuasa bateri.b. Menyediakan rangkaian WiFi tambahan

dengan SSID atau kata laluan yang berbeza untuk tetamu.

c. Menyediakan rangkaian selamat dan terhad untuk peranti IoT.

d. Eksperimen rangkaian dengan laluan, ACL dan pembentukan lalu lintas.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 143

R-PHOTO “RASPBERRY PI PHOTO”Kolej Komuniti Segamat 2

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKR-Photo ini ialah sebuah teknologi kamera untuk menangkap gambar menggunakan alatan IoT dan disambungkan kepada aplikasi Telegram di telefon bimbit. Paparan output gambar akan dipaparkan pada telegram bot. R-Photo menjadi pilihan projek kerana kepenggunaannya yang dapat membantu pekebun-pekebun yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memasang kamera di kawasan tanaman mereka selain dapat membantu untuk membuat pemerhatian kawasan tanaman walaupun tidak berada di kawasan kebun. R-Photo yang dicipta tanpa memerlukan kos yang tinggi dan peranti R-Photo ini mampu dimiliki dengan harga yang tidak terlalu mahal selain ciptaanya yang tidak terlalu merumitkan.

PENYATAAN MASALAH i. Selalu berlaku kerosakan di kebun tanaman/

buahan kerana kurang pemerhatian.ii. Pekebun perlu ke kebun untuk memantau

dan melihat tanaman, ia mengambil masa dan melibatkan pertambahan kos.

iii. Perkembangan dan keadaan tanaman sukar untuk diketahui.

Nama Penyelia: Norhafizai binti Md NorNo HP: 0107049405Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK R-Photo dibangunkan untuk memudahkan penggunanya mendapatkan situasi atau gambaran keadaan semasa tanpa perlu ke lokasi yang dituju. Semuanya di kawal melalui Telegram. Hasil ini dapat dilaksanakan dengan gabungan Raspberry Pi dan kamera serta disambungkan ke aplikasi Telegram. Cara operasi adalah pengguna perlu mendapatkan token bot daripada Telegram dan token tersebut digunakan untuk menghubungkan Rasperry Pi dan kamera yang akan disambungkan dengan aplikasi Telegram. Kemudian melalui bot di Telegram yang telah dihubungkan, pengguna hanya perlu meminta bot untuk menjalankan operasi seperti yang terdapat di dalam pengaturcaraan di Raspberry Pi yang digunakan.

IMPAK PRODUK i. Dapat membantu pekebun meminimakan

kerosakan akibat dari gangguan makhluk perosak di kebun tanaman atau buahan mereka.

ii. Pekebun tidak perlu terlalu kerap untuk memantau dan melihat tanaman, ini sekaligus dapat menjimatkan masa dan kos pekebun.

iii. Perkembangan dan keadaan tanaman boleh di pantau pada bila-bila masa dan dimana-mana.

R-PHOTO

Komponen R-PHOTO Hasil Output di Telegram Bot

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019144

WHIZ HOUSE: SMART ZONEKolej Komuniti Pasir Salak

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK Whiz House: Smart Zone atau lebih dikenali sebagai Smart House adalah gabungan di antara Raspberry Pi 3, litar Relay, Power Supply dan dipacu oleh aplikasi Pi Relay. Objektif utama inovasi ini adalah mewujudkan sistem kawalan rumah yang lebih moden dan mewujudkan sistem kawalan rumah yang efektif bagi memastikan rumah sentiasa berada di dalam keadaan selamat, dalam masa yang sama dapat mengelak pembaziran tenaga secara tidak sedar. Disamping itu ia mengurangkan risiko kes-kes kecurian dan rompakan. Oleh itu pentingnya inovasi ini bagi memastikan rumah berada dalam keadaan selamat walaupun penghuni tidak berada di kediaman namun ia masih dapat dipantau dari jarak yang jauh sekaligus dapat menjimatkan waktu tanpa perlu berpatah balik.

PENYATAAN MASALAH Tujuan penghasilan inovasi ini adalah bagi menjamin keselamatan sesebuah rumah dalam masa yang sama dapat mengelakkan pembaziran tenaga berlaku secara tidak sedar. Kes-kes kecurian, rompakan akibat daripada kecuaian penghuni yang terlupa mengunci pintu dan kes kebakaran dari litar pintas akibat daripada peralatan elektrik yang tidak dimatikan sering menjadi masalah kepada penghuni rumah. lampu dan kipas dibiarkan terbuka ketika keluar rumah. Oleh itu melihat kepada masalah yang

Nama Penyelia:Nur Effatul Fairuz binti Zainal Apandi

No HP : 0194272369Email : [email protected]

berlaku ini, wajarlah inovasi seperti ini direalisasikan bagi mengelakkan perkara sebegini terus berleluasa.

CIRI-CIRI PRODUK i. Whiz House : Smart Zone atau Smart House adalah

gabungan di antara perisian dan perkakasan yang tersedia iaitu Raspberry Pi, Relay dan Power Supply, bagi membangun sebuah sistem kawalan Smart House.

ii. Raspberry Pi bertindak sebagai desktop mini yang dapat melaksanakan program yang telah diprogramkan kepada Raspberry Pi selain dapat menerima arahan dari atas talian melalui WiFi.

iii. Manakala relay berfungsi sebagai alat yang menjadi perantaraan bagi menyalurkan tenaga elektrik daripada sumber kuasa (power supply).

IMPAK PRODUK i. Dengan adanya Whiz House: Smart Zone ini

dapat mengurangkan risiko kes-kes seperti pecah rumah yang berpunca daripada kecuaian pemilik rumah.

ii. Selain itu juga kes kebakaran atau litar pintas dapat dielakkan. Hal ini kerana peranti ini dapat diakses di pelbagai tempat selagi mendapat capaian internet. Ini bermaksud pintu dan suis dan peralatan elektrik dapat di kawal oleh pemilik rumah walau di mana mereka berada.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 145

ADBLOCKERPoliteknik Mersing

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKNATT Software Solution (NATT) memperkenalkan Natt AdBlocker yang mana ia merupakan rangkaian lanjutan yang dibuat oleh NATT bagi mencegah ancaman adware di kalangan pengguna yang melayari internet. Serangan malware di platform internet dengan penggunaan adware sebagai medium terbaik untuk menggodam semakin meningkat dan berleluasa. Selain itu, pelayar platform internet juga terdedah dengan iklan yang tidak relevan yang mengandungi unsur-unsur pornografi yang tidak sesuai dipaparkan bagi pengguna terutamanya yang di bawah umur. Sebagai langkah pencegahan, menerusi Natt AdBlocker di Google Web Store, pengguna di seluruh dunia dapat menggunakannya bagi memastikan pelayaran internet terjamin. Natt AdBlocker telah menunjukkan peningkatan pengguna dari semasa ke semasa dan respon positif diterima setelah menggunakannya.

PENYATAAN MASALAHAdware merupakan perisian yang direka bentuk untuk membuang iklan yang berbentuk popup pada skrin yang kebiasaannya pada browser dan boleh mengganggu sistem. Pengguna mungkin akan muat turun iklan tersebut tanpa mengetahui risiko bakal dihadapi.

Nama Penyelia: Tajul Azhar bin Mohd Tajul Ariffin No HP: 0174645966Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Menghalang serangan penggodamii. Mengelakkan pengguna daripada menerima isi

kandungan web yang terlarangiii. Membantu pengguna melayari internet tanpa

gangguan popup content.

IMPAK PRODUK i. Perisian yang dibangunkan dapat membantu

menyelamatkan kanak-kanak daripada paparan laman web yang terlarang.

ii. Dapat mencipta persekitaran yang selamat kepada pengguna internet.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019146

EASY GO NIAGAPoliteknik Sultan Azlan Shah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKInovasi yang dibangunkan merupakan satu kaedah screen recording berbentuk videografi menunjukkan tutorial penggunaan fungsi perniagaan dalam Instagram, Facebook dan Whatsapp yang dapat diakses melalui aplikasi Youtube dalam telefon pintar. Inovasi yang digelar EasyGo Niaga yang dibangunkan ini bertujuan memudahkan pelajar dalam menguasai fungsi-fungsi penggunaan dalam media sosial dalam perniagaan. Nama inovasi EasyGo Niaga hasil gabungan perkataan Easy, Go dan Niaga di mana Easy bermaksud mudah, Go bermaksud pergi dan Niaga untuk tujuan perniagaan. Inovasi screen recording ini terdiri daripada proses memulakan perniagaan menggunakan media sosial bermula dari mewujudkan akaun Instagram, facebook, strategi pemasaran produk dan melakukan proses closing sales melalui Whatsapp yang boleh diakses melalui telefon pintar di mana-mana sahaja.

PENYATAAN MASALAHPengetahuan yang terhad kepada peniaga-peniaga yang ingin menggunakan media sosial dalam perniagaan seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp.

Nama Penyelia: Ruzanna Zawani binti Samsudin No HP : 0192984892

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKInovasi screen recording ini terdiri daripada proses memulakan perniagaan menggunakan media sosial bermula dari mewujudkan akaun Instagram, Facebook, strategi pemasaran produk dan melakukan proses closing sales melalui Whatsapp yang boleh diakses melalui telefon pintar di mana-mana sahaja.

IMPAK PRODUK Impak produk kepada masyarakat khususnya peniaga-peniaga sama ada yang baru atau lama yang ingin menggunakan media sosial sebagai medium promosi atau perniagaan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 147

E-COMMERCE WITH BLOCKCHAIN TECHNOLOGY Politeknik METrO Tasek Gelugor

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKTeknologi Blockchain yang membolehkan ketelusan, keselamatan dan prestasi dalam mengesahkan dan merekod transaksi.

PENYATAAN MASALAHOrganisasi secara amnya menghadapi kerumitan kepada pengguna akhir kerana sukar untuk memanfaatkan teknologi blockchain ketika proses mengadaptasi merekod transaksi. Kesukaran dalam menguruskan lejar manual atau buku tunai sebagai rujukan lejar induk akan memberi kesan kepada integriti organisasi. Organisasi bermasalah dalam pemantauan semua urus niaga dan memastikan bahawa wang dibelanjakan secara beretika.

CIRI-CIRI PRODUKSistem Blockchain menyediakan pengguna akhir dengan maklumat di format tepat pada masanya, relevan, tepat dan berguna. Semua maklumat berkaitan pengguna di simpan dalam pangkalan data berbanding ID pengguna yang unik, yang diberikan kepada vendor dan pelanggan E-Commerce dengan Sistem Teknologi Blockchain. Sebaliknya, ia boleh digunakan untuk memberikan data yang bermakna dan tepat untuk pentadbir sistem ini. Sistem ini menjana dan memberi nama unik dan 100 eter akan dihantar kepada semua pelanggan yang mendaftar ke E-Commerce. Dengan Teknologi Blockchain

Nama Penyelia: Farah Ariffah binti Abd AzizNo HP: 0133991862Email: [email protected]

yang di jana dari Ganache, ia menjadi mudah bagi pelanggan untuk mendapatkan butiran token yang dihasilkan dari pangkalan data transaksi, kerana ia juga memaparkan ringkasan yang dibeli dan perpuluhan nilai (harga gas) kepada pelanggan. E-Commerce dengan Sistem Teknologi Blockchain menunjukkan jumlah eter yang tepat dengan perpuluhan nilai (harga gas) yang akan di hantar kepada pelanggan.

IMPAK PRODUK i. Blockchain telah membawa revolusi baru seiring

dengan perkembanga Revolusi Industri 4.0 (4IR) sistem mata wang dan transaksi digital serta memainkan peranan yang besar dalam sistem perdagangan E-commerce di mana setiap transaksi, perjanjian dan proses tunggal akan mempunyai tandatangan digital mereka sendiri dan boleh dikenal pasti dan disahkan oleh sesiapa sahaja.

ii. Kontrak tertanam dalam kod, telus dan di simpan dalam pangkalan data yang dikongsi (diedarkan di kalangan rangkaian) dan mereka dilindungi sepenuhnya daripada kehilangan, penghapusan dan gangguan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019148

E-MECHPoliteknik Sultan Azlan Shah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKAplikasi eMech ini merupakan satu aplikasi baru di pasaran dan berfungsi untuk membantu pengguna kenderaan di jalan raya bagi mendapatkan bantuan untuk membaiki kerosakan sekiranya berlaku kecemasan. Aplikasi ni menggabungkan konsep Google Maps dan Grab Car dimana pengguna kenderaan dapat mengesan dan menghubungi terus bengkel berdekatan lokasi pelanggan berada dan seterusnya mekanik akan terus ke lokasi pelanggan untuk memberikan perkhidmatan pembaikan. Pengguna kenderaan hanya perlu memuat turun aplikasi E-mech. Aplikasi ini akan membantu pelanggan mengakses bengkel-bengkel kenderaan yang berhampiran dengan lokasi kerosakan untuk mendapatkan perkhidmatan segera. Prospek bagi aplikasi ini ialah pemilik-pemilik bengkel di Malaysia dan sasaran penggunanya adalah semua pemilik kenderaan bermotor yang menggunakan jalan raya.

PENYATAAN MASALAHPengguna jalan raya yang mengalami kerosakkan kereta di lebuhraya menghadapi masalah terutamanya ketika kecemasan. Pengguna tidak dapat mengetahui lokasi bengkel kenderaan terutamanya di kawasan yang tidak pernah atau tidak biasa dilalui.

Nama Penyelia: Hjh Nor Azzila binti Azmi No HP : 0192522976

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Membantu pelanggan mengakses bengkel-

bengkel kenderaan yang berhampiran dengan lokasi kerosakkan untuk mendapatkan perkhidmatan segera.

ii. Membantu pemilik bengkel mendapatkan pelanggan.

IMPAK PRODUK Impak produk kepada masyarakat khususnya pemilik-pemilik kenderaan bermotor di Malaysia dan pemilik-pemilik bengkel di Malaysia.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 149

EMPLOYEE MANAGEMENTSYSTEM (EMS) Politeknik Mersing

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKEmployee Management System (EMS) merupakan sistem yang menguruskan maklumat pekerja di dalam sesebuah syarikat. Perisian ini digunakan untuk memantau dan mengawal operasi biasa syarikat seperti permohonan cuti oleh pekerja, pertambahan data pekerja dan mengemaskini data pekerja.

PENYATAAN MASALAHKesukaran untuk menyemak rekod cuti para pekerja oleh pihak syarikat dimana data pekerja disimpan secara manual, menyukarkan pengurusan pentadbiran untuk mengemaskini data dan kehilangan data pekerja disebabkan terlalu banyak data disimpan di dalam beberapa fail.

Nama Penyelia: Azreen binti KhamisNo HP: 0123122496Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKSistem digunakan secara online dan dibangunkan menggunakan MySQL dan XAMPP.

IMPAK PRODUK i. Efektif kepada syarikat untuk menguruskan data

pekerja.ii. Data dapat disimpan dan dicapai dengan selamat

dan sempurna.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019150

FACE RECOGNITION SYSTEMPoliteknik METrO

Tasek Gelugor

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKPengimbas wajah atau Face Recognition, merupakan teknologi yang semakin berkembang pesat penggunaannya. Face Recognition ini membantu bukan sahaja untuk tujuan keselamatan malahan juga boleh digunakan sebagai penyimpan data. Sistem Face Recognition telah di bangunkan untuk pusat sumber Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG) di mana adminnya adalah Pegawai Pusat Sumber bertujuan untuk membantu pegawai pusat sumber merekod keluar masuk pelajar ke dalam Pusat Sumber. Dengan adanya face recognition ini, pelajar tidak lagi perlu beratur dan menulis nama di kaunter pendaftaran. Pelajar hanya perlu mengimbas wajah mereka sahaja di mesin pengimbas dan data pelajar yang sudah sedia tersimpan akan mengenal pasti pelajar tersebut. Apabila wajah mereka di imbas, nombor pendaftaran pelajar berserta nama akan dipaparkan pada skrin komputer admin dan data keluar masuk pelajar akan dipaparkan.

PENYATAAN MASALAHPMTG merupakan Politeknik METrO di mana bangunannya terbuka kepada laluan orang awam. Maka ia menyukarkan pihak politeknik untuk membezakan antara orang awam dan komuniti politeknik yang mengakses ke pusat sumber PMTG. Hal ini menyebabkan, pelajar yang mengakses ke pusat sumber perlu menulis nama dan nombor pendaftaran pada borang yang disediakan. Ini akan

Nama Penyelia: Siti Hajar binti Saad @ Mohd Yusoff

No HP : 0135207040Email : [email protected]

merumitkan pegawai pentadbiran pusat sumber untuk menganalisa data keluar masuk pelajar ke dalam Pusat Sumber. Ini disebabkan kadangkala ada pelajar tidak menulis nama dengan betul dan nombor pendaftaran yang salah. Selain daripada itu, pelajar juga perlu mengambil masa yang agak lama untuk masuk ke pusat sumber kerana mereka perlu beratur untuk mengisi borang terutamanya pada waktu puncak dan minggu ulang kaji.

CIRI-CIRI PRODUKi. Pangkalan data (Database) untuk menyimpan

maklumat data (mySql).ii. Webcam untuk mengimbas wajah.

IMPAK PRODUK i. Face Reognition ini akan digunakan di

perpustakaan PMTG untuk membantu Pegawai.ii. Pusat Sumber merekod data pelajar yang akses ke

pusat sumber.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 151

FIRE AND GAS DETECTORPoliteknik Ungku Omar

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKProjek ini bertujuan untuk memastikan keselamatan persekitaran daripada kebocoran gas dan kebakaran. Projek yang dibangunkan ini akan digunakan di restoran sekiranya berlaku kebocoran gas atau kebakaran. Sistem ini akan memberi amaran SMS kepada pengguna yang menggunakan Modul GSM dan samada pekerja restoran ataupun pelanggan yang berada di premis tersebut. Produk ini juga bertindak sebagai sistem amaran awal sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan situasi yang lebih serius selain daripada mewujudkan persekitaran kerja yang selamat untuk pekerja dan juga pelanggan yang datang makan di restoran.

PENYATAAN MASALAHTerdapat pelbagai jenis alat keselamatan untuk mencegah bencana kebakaran dan kebocoran gas, tetapi kebanyakan restoran mungkin tidak memilikinya kerana memerlukan kos yang agak tinggi. Peranti keselamatan juga biasanya disambungkan dengan bekalan kuasa utama dan mungkin tidak mempunyai kuasa sandaran jika terdapat pemadaman kuasa. Selain itu, sekiranya peranti keselamatan memerlukan pembaikan ia akan memakan masa sebelum peranti keselamatan dapat digunakan lagi. Sehingga waktu itu, kebocoran kebakaran dan gas yang berlaku di restoran tidak dapat dikesan.

Nama Penyelia: Munirah binti AbdullahNo HP: 0199326783Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Sistem ini akan bertindak bergantung kepada

bentuk bencana sama ada kebakaran atau kebocoran gas, kedua-duanya dikesan oleh sensor yang berbeza.

ii. MQ2 digunakan untuk mengesan kebocoran gas, manakala LM35 digunakan untuk mengesan kebakaran.

iii. Apabila berlakunya salah satu bencana, pengguna akan mendapat SMS yang dihantar melalui Modul GSM. Buzzer juga dipasang untuk memberi amaran kepada sesiapa yang berada di kawasan sekitar.

IMPAK PRODUK i. Projek dapat membantu pekerja atau pemilik

premis (restoran) sebagai langkah persediaan menghadapi bencana samada kebocoran gas atau kebakaran daripada berlaku.

ii. Sebagai panduan kepada semua pekerja dan juga pelanggan iaitu langkah-langkah keselamatan yang diperlukan untuk menjadikan persekitaran bebas daripada bencana kebakaran dan kebocoran gas.

iii. Produk ini mudah digunakan dan boleh dibina dengan kos yang berpatutan.

iv. Produk ini juga memfokuskan pada pengawasan sama ada terdapat pelepasan gas dan kebakaran. Sekiranya ada, ia akan menghantar amaran segera kepada pengguna melalui SMS.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019152

FLEXZZ ENCRYPTIONPoliteknik METrO

Tasek Gelugor

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKPenggunaan kaedah enkripsi untuk menjamin keselamatan folder fail.

PENYATAAN MASALAHPengguna yang tidak sah boleh mengakses fail kerana tiada ciri-ciri keselamatan yang membuatkan sesiapa sahaja boleh mendapat akses kepada fail dengan mudah. Semua fail yang mempunyai data penting terdedah kepada bahaya apabila tiada perlindungan yang boleh menyebabkan kecurian data berlaku. Orang yang tidak bertanggungjawab mendapat peluang untuk mengubah data sensitif atau menukar maklumat penting yang ada di dalam fail.

Nama Penyelia: Nurul Ana Syahirah binti Abdul Rahman

No HP : 0163043181Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Menyulitkan dan menyahsulitkan fail.ii. Menyembunyikan dan memaparkan fail.iii. Mengunci dan membuka kunci fail.

IMPAK PRODUK i. Pelaksanaan keselamatan dalam produk ini

merupakan aspek utama dalam projek ini.ii. Projek ini sangat menekankan tiga fungsi

keselamatan utama, iaitu penyulitan dan penyahsulitan, fail kunci, fail tersembunyi dan aplikasi kunci, perisian ini akan dapat melindungi maklumat peribadi pengguna atau maklumat sensitif syarikat.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 153

IOT APPLICATION LAMPMONITORING Politeknik Sultan Mizan

Zainal Abidin

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKProjek yang dikenali sebagai “IoT Application Lamp Monitoring” dibangunkan bertujuan untuk memberikan maklumat yang tepat dari segi pengesanan cahaya. Aplikasi ini dapat mengesan jangka hayat lampu memberi notifikasi dan berfungsi sebagai pangkalan data. Inovasi ini membolehkan pengguna menekan butang suis “ON” dan “OFF” melalui aplikasi yang dibangunkan seterusnya dapat mengurangkan kemalangan dan menjadi salah satu sistem yang dapat menerapkan teknologi bercirikan IR4.0

PENYATAAN MASALAHPenggunaan lampu untuk tempoh yang lama dan tiada petunjuk bila lampu tersebut perlu ditukar akan menyukarkan pengguna terutamanya apabila lampu tersebut mati secara tiba-tiba. Oleh itu, jika terdapat peranti yang dapat menunjukkan data mengenai lampu tersebut, kejadian yang tidak diingini boleh dielakkan. Pengguna juga tidak dapat mengetahui jumlah voltan yang digunakan. Litar pintas mungkin akan berlaku kerana voltan terlalu tinggi yang digunakan. Ia juga boleh menyebabkan kejutan elektrik kerana kecuaian pengguna seperti menolak suis ketika tangan masih basah atau terkena air.

Nama Penyelia: Nor Aidawati binti AbdillahNo HP: 0136836362Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Dibangunkan menggunakan Arduino untuk

mengawal dan memantau lampu berkonsepkan Internet of Things (IoT).

ii. Membantu mengurangkan dan mencegah kemalangan terhadap pengguna yang ingin menggunakan sistem aplikasi ini.

iii. Peranti ini akan menghantar pesanan ringkas yang mengandungi jangka hayat mentol setelah pengguna mengklik butang ON/OFF iaitu tindak balas kecemasan untuk menyahkod mesej tersebut.

IMPAK PRODUK i. Mengesan jangka hayat lampu dan panduan

pangkalan data yang sentiasa dikemaskini. ii. Sistem yang mesra pengguna, mudah difahami

dan senang digunakan. iii. Sebagai kesedaran kepada pengguna sekaligus

dapat mengelakkan berlakunya kemalangan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019154

ITN CAM APPLICATIONPoliteknik Kuala Terengganu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKMenyediakan nota khusus untuk pembelajaran pelajar Politeknik bagi Kursus Introduction to Network (ITN). Aplikasi mudah alih ini turut menyediakan gambar-gambar dan latihan untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar.

PENYATAAN MASALAHPensyarah dan pelajar terpaksa mengira IP secara manual. Oleh itu sering berlaku kesalahan ketika mengira IP tersebut. Pelajar sukar memahami nota sedia ada dan sukar mendapatkan nota ringkas dan padat untuk memudahkan kefahaman.

Nama Penyelia: Noor Muzlinda binti Mat HashimNo HP : 0169891981

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKProduk ini dibina menggunakan Android Studio dan paparan yang diperolehi adalah seperti menggunakan website. Oleh itu ia memudahkan pihak pentadbir untuk menguruskan aplikasi dan membuat laporan. Ia memudahkan pelajar untuk membuat tempahan dan boleh mendapat kelulusan yang cepat dari pentadbir.

IMPAK PRODUK Produk ini memudahkan pembelajaran pelajar dalam bentuk yang ringkas dan padat serta dapat menambah pengetahuan dengan penyediaan jawapan kepada soalan-soalan.

SCOPE

SCOPE USER

1. Student

2. Staff

3. Public

SCOPE SOFTWARE

In this development mobile apps,

used Android Studio to build apps

just like website. So easy for admin

to manage equipment, service and

filing include report. Advantages

for the student is also easy to man-

age their booking without using

manual technique that could take

so much time to get the approval

from admin.

PROBLEM STATEMENT

Lecturers and students must calculate IP Addresses manually to get the IP address

response correct IP address.

Id an IP address network that is not

accurate because it calculates the error

manually.

Students are difficult to get short and easy to understand notes.

DISADVANTAGES

Size of icon image and logo not more than 300MB, if more than hat the picture will be slow to

display.

The Quiz and note in this

application only have Chapter 1 till Chapter 4.

ADVANTAGES

The user can use note are

given because it’s very simple and compact.

Data’s user should always kept the identity such as password and

username or email.

CONCLUSION

IN CONCLUSION, WE HOPE WE CAN COMPLETE THIS PROJECT APPLICATION WITHIN THE GIVEN

PERIOD AND MEET THE CRITERIA AS THE INDUSTRY WANTS. THIS IS ALSO BECAUSE WHEN THIS APPLI-CATION HAS BEEN DEVELOPED THEN MANY USERS WHO CAN IMPROVE FROM THIS APPLICATION LIKE KNOW NETWORK ID , CAN READ SIMPLE NOTE AND CAN ANSWER THE QUIZ TO MEASURE THE LEVEL OF UNDERSTANDING OF THE SUBJECT INTRODUCTION

OF NETWORK (ITN).

SCOPE

SCOPE USER

1. Student

2. Staff

3. Public

SCOPE SOFTWARE

In this development mobile apps,

used Android Studio to build apps

just like website. So easy for admin

to manage equipment, service and

filing include report. Advantages

for the student is also easy to man-

age their booking without using

manual technique that could take

so much time to get the approval

from admin.

PROBLEM STATEMENT

Lecturers and students must calculate IP Addresses manually to get the IP address

response correct IP address.

Id an IP address network that is not

accurate because it calculates the error

manually.

Students are difficult to get short and easy to understand notes.

DISADVANTAGES

Size of icon image and logo not more than 300MB, if more than hat the picture will be slow to

display.

The Quiz and note in this

application only have Chapter 1 till Chapter 4.

ADVANTAGES

The user can use note are

given because it’s very simple and compact.

Data’s user should always kept the identity such as password and

username or email.

CONCLUSION

IN CONCLUSION, WE HOPE WE CAN COMPLETE THIS PROJECT APPLICATION WITHIN THE GIVEN

PERIOD AND MEET THE CRITERIA AS THE INDUSTRY WANTS. THIS IS ALSO BECAUSE WHEN THIS APPLI-CATION HAS BEEN DEVELOPED THEN MANY USERS WHO CAN IMPROVE FROM THIS APPLICATION LIKE KNOW NETWORK ID , CAN READ SIMPLE NOTE AND CAN ANSWER THE QUIZ TO MEASURE THE LEVEL OF UNDERSTANDING OF THE SUBJECT INTRODUCTION

OF NETWORK (ITN).

SCOPE

SCOPE USER

1. Student

2. Staff

3. Public

SCOPE SOFTWARE

In this development mobile apps,

used Android Studio to build apps

just like website. So easy for admin

to manage equipment, service and

filing include report. Advantages

for the student is also easy to man-

age their booking without using

manual technique that could take

so much time to get the approval

from admin.

PROBLEM STATEMENT

Lecturers and students must calculate IP Addresses manually to get the IP address

response correct IP address.

Id an IP address network that is not

accurate because it calculates the error

manually.

Students are difficult to get short and easy to understand notes.

DISADVANTAGES

Size of icon image and logo not more than 300MB, if more than hat the picture will be slow to

display.

The Quiz and note in this

application only have Chapter 1 till Chapter 4.

ADVANTAGES

The user can use note are

given because it’s very simple and compact.

Data’s user should always kept the identity such as password and

username or email.

CONCLUSION

IN CONCLUSION, WE HOPE WE CAN COMPLETE THIS PROJECT APPLICATION WITHIN THE GIVEN

PERIOD AND MEET THE CRITERIA AS THE INDUSTRY WANTS. THIS IS ALSO BECAUSE WHEN THIS APPLI-CATION HAS BEEN DEVELOPED THEN MANY USERS WHO CAN IMPROVE FROM THIS APPLICATION LIKE KNOW NETWORK ID , CAN READ SIMPLE NOTE AND CAN ANSWER THE QUIZ TO MEASURE THE LEVEL OF UNDERSTANDING OF THE SUBJECT INTRODUCTION

OF NETWORK (ITN).

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 155

APLIKASI i-TRAVEL CALCULATORPoliteknik Hulu Terengganu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKAplikasi direka untuk memudahkan urusan pengendali pakej dalam menyediakan sebutharga pakej pelancongan dengan lebih cepat.

PENYATAAN MASALAHKesukaran pengendali pakej pelancongan untuk menyediakan sebutharga pelancongan dengan cepat. Melalui Aplikasi yang direka ini untuk memudahkan urusan pengendali pakej dalam menyediakan sebutharga pakej pelancongan dengan lebih cepat.

Nama Penyelia: Noor Fiteri bin AbdullahNo HP: 0199566632Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Aplikasi ini mudah untuk diakses melalui Google

Playstore.ii. Mesra pengguna.iii. Cepat dan pantas dalam membantu pihak

pengendali pakej dalam menyediakan sebut harga.

IMPAK PRODUK i. Memudahkan pihak pengendali pakej dalam

menyediakan sebut harga dengan pantas.ii. Menjimatkan masa dan tenaga.iii. Berpotensi untuk dipasarkan dengan lebih

meluas didalam pihak-pihak lain.iv. Membantu menyemarakkan lagi industri

pelancongan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019156

LOCATION BASED NOTIFICATION FOR JTMK PUO USING GEOFENCE TECHNOLOGYPoliteknik Ungku Omar

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKPeranti Geofence ini dibangunkan menggunakan teknologi perkhidmatan berasaskan lokasi di mana aplikasi seperti GPS, RFID dan Wi-Fi akan bertindakbalas ketika peranti mudah alih (tag RFID) memasuki atau keluar batas maya di lokasi sekitar. Penggunaan teknologi Geofence di Jabatan Teknologi Maklumat (JTMK) PUO adalah untuk membolehkan pengguna mengetahui Geofencing dan menyediakan platform dengan memberikan notifikasi dan paparan yang lengkap bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat lokasi yang diperlukan.

PENYATAAN MASALAHPaparan maklumat di Jabatan Teknologi Maklumat seperti poster akan melibatkan kos manakala platform elektronik boleh menyebabkan miscommunication iaitu terlalu banyak maklumat dan tidak disedari oleh umum. Walaubagaimanapun, paparan pada platform maklumat adalah perlu di mana masyarakat perlu merujuk pada paparan maklumat yang disediakan. Tanpa alat bantu untuk mengesan lokasi berdekatan, mesej atau program penting tidak dapat disedari.

Nama Penyelia: Nurainah binti Abu BakarNo HP :0125867404

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Butang Map: lokasi sebenar pengguna di dalam

peta ditandai dengan penanda merah. ii. Butang Nearby Places: lokasi pengguna di dalam

peta dan lokasi yang berdekatan yang dapat dikesan dalam 10 kilometer jejari dari lokasi terkini pengguna dan ditandai dengan penanda hijau.

iii. Notifikasi yang diterima kesemuanya dapat di ulang siar pada butang Events.

IMPAK PRODUK i. Membantu dalam penyampaian maklumat dan

memastikan maklumat disebarluaskan tanpa berlakunya miscommunication.

ii. iSebagai notifikasi kepada umum untuk program yang akan datang untuk memastikan orang ramai sentiasa mendapat maklumat terkini.

iii. Peranti yang sangat membantu untuk tujuan pengiklanan dan juga pemasaran.

Rajah 1.1: Antaramuka log masuk pengguna Rajah 1.2: Susun atur daftar

Rajah 1.3: Antaramuka dashboard pengguna

Rajah 1.4: Lokasi Geofence dan peta

Rajah 1.5: Antaramuka tempat terdekat

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 157

APLIKASI MY MASJID Politeknik Hulu Terengganu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKAplikasi My Masjid telah dicipta untuk memberi kepuasan kepada masyarakat setempat dan juga pelancong sama ada dari Malaysia ataupun luar negara. Aplikasi ini juga dibangunkan untuk memberi pengetahuan dan khasnya memudahkan para pengguna. Selain itu, aplikasi ini diwujudkan bertujuan memberi penjimatan masa dan tenaga sekiranya mereka mahu mencari masjid dan sebarang aktiviti berkaitan. Ia sebenarnya dicipta sebagai insentif bagi mereka yang sukar mencari lokasi masjid di negeri ini terutama golongan musafir.

PENYATAAN MASALAHIndustri pelancongan adalah merupakan salah satu sumber ekonomi utama bagi penduduk di Terengganu. Kekerapan kedatangan pengunjung ke Terengganu ke lokasi-lokasi menarik telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Walaubagaimanapun bagi pelancong yang beragama islam mereka menghadapi kesukaran untuk mencari masjid yang berhampiran untuk menunaikan tanggungjawab solat sepanjang berada di Terengganu. Oleh yang demikian keperluan kepada inovasi ini dibangunkan merupakan sebagai penyelesaian dan juga sebagai insentif bagi mereka yang sukar mencari lokasi masjid di negeri ini

Nama Penyelia:Fahimdin bin Mohd Yusof@KamalNo HP: 0129640456Email: [email protected]

terutama golongan musafir. Dengan adanya inovasi ini untuk memudahkan pelancong untuk mencari lokasi sesuatu masjid.

CIRI-CIRI PRODUKi. Aplikasi ini mudah dicapai iaitu hanya di muat

turun (download) dari Google Playstore.ii. Aplikasi ini mesra pengguna.

IMPAK PRODUK i. Memudahkan pelancong muslim mendapatkan

maklumat lokasi sesebuah masjid.ii. Memberi penjimatan masa dan tenaga.iii. Aplikasi ini juga dicipta untuk memberi

pengetahuan dan khasnya memudahkan para pengguna yang bermusafir dalam mengikuti sebarang aktiviti yang dilakukan di sesebuah masjid.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019158

APLIKASI MYCASA XPoliteknik Hulu Terengganu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKProjek ini adalah berkaitan dengan penghasilan sebuah aplikasi yang berinformasi serta menarik untuk mengumpulkan kesemua rumah tumpangan yang berpotensi tinggi kepada pelancong di negeri Terengganu di dalam satu aplikasi. Ini kerana ekoran daripada penempatan rumah tumpangan yang kedudukannya berselerak dan agak sukar untuk mengetahui dan mencari rumah tumpangan.

PENYATAAN MASALAHFaktor permasalahan ini dapat dilihat dari sudut pelancong yang sukar membuat pilihan untuk mencari rumah tumpangan di setiap daerah di negeri Terengganu kerana kedudukannya yang berselerak dan tidak dipromosikan oleh pemiliknya.

Nama Penyelia: Nazli Hulwany binti AbdullahNo HP :0129520310

Email : [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Perisian yang digunakan untuk membangunkan

sistem ini adalah percuma.ii. Aplikasi ini boleh di muat turun dari Google

Playstore iaitu MyCasaX secara percuma.iii. Aplikasi ini mudah dan mesra pengguna.iv. Setelah di muat turun, akan tertera ikon MyCasa

X dan pengguna hanya perlu memilih destinasi yang dikehendaki.

v. Pengguna seterusnya memilih rumah yang dikehendaki dan akan tertera no telefon, lokasi GPS dan harga setiap rumah.

IMPAK PRODUK i. Inovasi akan menyemarakkan lagi industri

pelancongan khususnya rumah tumpangan.ii. Berpotensi meningkatkan produk pelancongan

rumah tumpangan tempatan diperingkat antarabangsa.

iii. Sebagai pilihan kepada pengguna untuk memilih tempat penginapan selain dari hotel.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 159

OKU SMART CARD PARKINGPoliteknik Kuala Terengganu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKDi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, parkir kenderaan yang disediakan sentiasa penuh terutama apabila tiba waktu untuk melawat pesakit. Faktor kesukaran mendapatkan parkir kenderaan menyebabkan sebilangan pelawat mengambil jalan mudah dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di ruangan khas yang disediakan bagi pemandu kenderaan OKU (Orang Kurang Upaya). Justeru itu, bagi menyelesaikan masalah tersebut, satu produk inovasi berasaskan teknologi RFID dibangunakan bagi membenarkan hanya pemandu OKU meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan. RFID merupakan teknologi yang membolehkan penghantaran data tanpa wayar di mana ianya dapat mengendalikan data melalui penggunaan gelombang elektromagnetik. Pada masa kini ianya digunakan secara meluas bagi mengesan objek di kebanyakan industri. Dengan terhasilnya produk ini ianya membolehkan pemandu OKU meletak kenderaan di tempat yang disediakan. Satu sistem pengesahan yang bercirikan IOT juga dibangunkan untuk mengenalpasti pemandu OKU dan membenarkan mereka meletak kenderaan di tempat yang disediakan.

PENYATAAN MASALAHSatu kajian yang telah dijalankan di kalangan pemandu OKU, mendapati mereka mempunyai

Nama Penyelia: Abdul Halim bin Ahmad No HP: 0199106980Email: [email protected]

masalah untuk mendapatkan parkir kenderaan yang di sediakan oleh pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Masalah ini timbul disebabkan berlakunya penyalahgunaan kemudahan parkir kenderaan OKU. Pemandu lain telah menggunakan parkir OKU kerana parkir awam telah penuh. Bagi menyelesaikan masalah ini satu sistem berasaskan RFID dan bercirikan IOT dibangunkan. Sistem parkir dengan kad pintar yang dibangunkan hanya membenarkan OKU sahaja meletakkan kenderaan di parkir yang sediakan oleh pihak hospital.

CIRI-CIRI PRODUKi. Membenarkan OKU sahaja parkir kenderaan di

tempat yang disediakan.ii. Kawalan ke atas parkir kenderaan OKU lebih

baik.iii. Pengesahan parkir adalah melalui kad pintar

menjamin kesahan parkir yang disediakan.

IMPAK PRODUK i. Produk yang dibangunkan dapat memberi

manfaat kepada golongan OKU. Kawasan parkir OKU yang disediakan oleh pihak hospital tidak salahgunakan oleh pemandu lain.

ii. Penggunaan teknologi RFID dan IOT dalam penyediaan kawalan parkir OKU boleh diperluaskan di tempat lain oleh pihak yang berwajib.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019160

PROTOTYPE NETWORK FOR MULTI-AREA OSPFPoliteknik Mersing

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKMulti-Area Open Shortest Path First (OSPF) adalah sebuah protokol routing otomatis (Dynamic Routing) yang mampu menjaga, mengatur dan mendistribusikan informasi routing antar rangkaian mengikuti setiap perubahan jaringan. OSPF berbilang kawasan ialah memisahkan kumpulan penghala ke kawasan dan mereka hanya perlu mengetahui mengenai pautan di kawasan itu yang mengurangkan jejak memori, dan membanjiri maklumat keadaan pautan. Manakala DHCP adalah alat pengurusan rangkaian yang berfungsi dengan Transmission Control Protocol (TCP) dan Internet Protocol (IP). Fungsi utama DHCP adalah untuk mengurus dan mengkonfigurasi alamat IP secara automatik pada rangkaian sehingga alamat IP setiap individu tidak perlu ditetapkan secara manual.

PENYATAAN MASALAHPembangunan Prototype Network Multi-area OSPF adalah untuk mendapatan sebuah peranti yang mempunyi ciri-ciri seperti berupaya dalam meningkatkan peningkatan perlindungan daripada penggodam di mana penyelenggaraan dan peningkatan rangkaian dapat dilaksanakan apabila terdapat informasi terbaru mengenai laporan teknikal status rangkaian. Seterusnya maklumat-maklumat tersebut secara automatik dihasilkan oleh sistem. Keperluan kepada Prototype Network Multi-area yang boleh diakses di mana sahaja dan bila-bila

Nama Penyelia: Mohd Asraf bin Abu Bakar No HP: 0127786250

Email: [email protected]

masa menggunakan rangkaian luaran dan dalaman. Selain dapat dapat menjimatkan lebih banyak barang perkakasan keperluan Prototype Network Multi-area OSPF adalah yang mudah untuk pentadbir rangkaian menjauhkan persekitaran rangkaian dari mana sahaja.

CIRI-CIRI PRODUKi. Rangkaian menggunakan protokol Multi-Area

OSPF yang bertujuan untuk memasukkan jadual routing yang lebih kecil dan alamat rangkaian dapat diringkaskan di antara kawasan.

ii. Multi-Area OSPF juga dapat mengurangkan overhead kemas kini keadaan pautan sehingga lebih sedikit router menukar LSA.

iii. Multi-Area OSPF dapat mengurangkan kekerapan pengiraan SPF.

iv. Projek ini juga menyediakan pelayan DHCP di mana pengguna akan mendapatkan alamat IP secara automatik.

IMPAK PRODUK i. Dengan membahagikan domain OSPF ke

beberapa kawasan, masalah seperti flap laluan dapat diasingkan.

ii. Mencegah serangan dan mengetepikan pengguna yang tidak dibenarkan.

iii. Dengan pembinaan hanya satu pelayan DHCP, syarikat dapat menjimatkan lebih banyak item pembinaan dan perkakasan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 161

RECYCLE AND REWARDING PLASTIC BOTTLE VENDING MACHINE Politeknik Ungku Omar

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKPada hari ini, sampah yang dihasilkan oleh tempat pembuangan sampah manusia meningkat dan projek ini adalah salah satu pendekatan baru untuk menguruskan sampah dengan berkesan. Amalan kitar semula di mana masyarakat perlu membawa sampah secara pukal ke pusat kitar semula mungkin mengganggu dan menjadi faktor yang tidak menggalakkan mereka mengitar semula. Untuk mengatasi masalah seperti itu, tong sampah kitar semula automatik yang dirancang dan dipasang di banyak tempat seperti pusat membeli-belah, tempat umum dan lain-lain dengan ganjaran dan dikembangkan kepada konsep Mesin Layan Diri. Mesin kitar semula menjadi sangat popular di negara-negara seperti Jepun, Eropah, Korea Selatan, Amerika dan China. Reverse Vending Machine (RVM) dapat mengurangkan kerja pekerja, dapat menjimatkan masa dan tenaga juga mendorong manusia dan menjimatkan kos. Dalam hal ini, ianya menerangkan tentang cara pemprosesan mesin kitar semula berdasarkan sensor pengesanan yang akan berfungsi setelah memasukkan botol plastik ke dalam mesin dan akan diperiksa oleh sensor tersebut. Mesin tersebut akan mengeluarkan ganjaran duit syiling bagi setiap botol plastik yang dimasukkan. Proses mesin kitar semula dengan menerima

Nama Penyelia: Dr Hasnim bin HarunNo HP: 0125298155Email: [email protected]

botol plastik dan memberikan duit syiling sebagai ganjaran mengikut jumlah botol plastik. Mesin kitar semula hanya menerima botol plastik sebagai barang keperluan.

PENYATAAN MASALAHi. Kurang kesedaran untuk mengitar semula bahan

yang terpakai seperti plastik.ii. Tidak ada mesin yang mesra pengguna untuk

mengumpul botol plastik di Malaysia.

CIRI-CIRI PRODUKi. Skop projek ini adalah untuk membangunkan

mesin kitar semula botol plastik untuk menggalakkan pengguna mengitar semula botol plastik.

ii. Pembangunan mesin kitar semula botol plastik secara khusus merujuk kepada sifat mekanik seperti jenis bahan untuk badan mesin dan kekuatan mesin.

IMPAK PRODUK i. Projek ini membantu masyarakat untuk

mendisiplinkan diri untuk mengitar semula.ii. Projek ini sekurang-kurangnya dapat

memudahkan semua peringkat umur untuk memahami konsep mesin kitar semula ini dengan cepat.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019162

SMART ATTENDANCEDUMBLEDOORPoliteknik Balik Pulau

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSmart Attendance ‘Dumbledoor’ merupakan satu rekabentuk pintu yang dibantu oleh teknologi IOT (Internet Of Things) yang mana kunci pintu dikawal oleh satu kad masuk yang menggunakan isyarat RFID. Dengan menggunakan kad masuk ini akan merekod maklumat kehadiran pelajar di dalam makmal atau kelas dan maklumat disimpan didalam pangkalan data untuk kegunaan pensyarah. Selain daripada itu, sistem ini juga dapat menjimatkan tenaga elektrik kerana isyarat RFID akan mengawal kesemua perkakasan di dalam kelas atau makmal jika kesemua pengguna meninggalkan atau tidak lagi menggunakan makmal tersebut.

PENYATAAN MASALAHi. Masalah kehilangan kunci bilik atau makmal

- sistem daftar dibuat secara manual sekaligus boleh merosakkan pintu.

ii. Pemantauan kehadiran pelajar secara manual - kehadiran diambil menggunakan borang kurang berkesan.

iii. Kurang penjimatan tenaga elektrik apabila pengguna lupa untuk menutup suis lampu dan juga perkasakan lain yang terdapat di dalam makmal atau bilik kuliah.

Nama Penyelia: Rosnee binti Zainol No HP: 0195478373

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Skrin LCD - Skrin LCD akan memaparkan

output pensyarah dan nama pelajar setelah mereka mendapat kad RFID.

ii. RFID - RFID ini dapat membaca dan menulis maklumat mengenai pensyarah dan pelajar ke dalam kad akses dan juga dapat mengesan kad akses antara 1 cm hingga 3 cm.

iii. Kuliah dan Laman Web Pelajar - Laman web ini memberi pensyarah dan pelajar maklumat mengenai kehadiran pelajar dan juga untuk menyemak dan menyunting maklumat tersebut.

IMPAK PRODUK i. Ganti reka bentuk kunci pintu lama yang

menggunakan kunci dengan menggunakan kad akses dan isyarat RFID untuk membolehkan pensyarah dan pelajar membuka atau menutup pintu dengan mudah.

ii. Memantau kehadiran pelajar dengan mengimbas kad RFID untuk memasukkan kehadiran ke pangkalan data dan dapat dilihat di laman web.

iii. Memutuskan kuasa alat elektrik untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 163

SMART TABUNGPoliteknik Mersing

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKTabung masjid merupakan kotak derma atau kotak pengumpulan adalah wadah untuk menerima sumbangan. Ini biasanya dijumpai di tempat awam sebagai kaedah menjana pendapatan tambahan dengan peningkatan yang kecil. Masjid, gereja, perpustakaan, muzium, dan pelbagai organisasi menggunakan kotak sumbangan ini.

PENYATAAN MASALAHBlynk tidak terikat pada papan atau jenis-jenis material yang tertentu. Sebaliknya, ia menyokong perkakasan yang telah dipilih oleh anda. Sama ada Arduino atau Raspberry Pi yang akan menghubungkan anda dengan internet melalui WiFi, Ethernet atau cip ESP8266 baru ini.

CIRI-CIRI PRODUKi. Blynk adalah platform dengan aplikasi IOS dan

Android untuk mengawal Arduino, Raspberry Pi dan sejenisnya melalui internet.

ii. Ia adalah papan pemuka digital di mana ianya boleh membina antara muka grafik untuk sesuatu projek dengan hanya drag and drop melalui peralatan widget.

Nama Penyelia: Syearifah binti Shahidan No HP: 0193399880Email: [email protected]

IMPAK PRODUK i. Projek ini dapat digunakan untuk mengesan

tahap status tabung masjid dan memaklumkan kepada pengguna secara pesanan ringkas pada telefon pintar.

ii. Projek ini sekurang-kurangnya dapat memudahkan semua peringkat umur untuk memahami konsep mesin kitar semula ini dengan cepat.

iii. Projek ini dapat digunakan untuk mengesan tahap status tabung masjid dan memaklumkan kepada pengguna secara pesanan ringkas pada telefon pintar. Peranti ini hanya boleh digunakan oleh pemilik terutama jawatankuasa masjid. Sekiranya tabung masjid penuh, pengguna akan mendapat notifikasi melalui pesanan ringkas pada telefon pintar.

iv. Peranti ini hanya boleh digunakan oleh pemilik terutama jawatankuasa masjid. Sekiranya tabung masjid penuh, pengguna akan mendapat notifikasi melalui pesanan ringkas pada telefon pintar.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019164

ACCIDENT DETECTION AND TRACKING SYSTEM (AD-TRACSYS) MENGGUNAKAN TEKNOLOGI INTERNET OF THINGS

Kolej Komuniti Selandar

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK Peratusan kematian dan kecederaan yang parah akibat kecederaan kemalangan jalan raya adalah sangat tinggi terutamanya bagi penunggang motosikal. Faktor utama yang mempengaruhi peratus kematian akibat kecederaan kemalangan jalan raya adalah masa antara kemalangan berlaku dan kehadiran responden kecemasan ke tempat kemalangan. Dengan mengurangkan masa antara kemalangan berlaku dan kehadiran responden kecemasan ke tempat kemalangan akan dapat mengurangkan peratus kematian dan kecederaan yang parah.

PENYATAAN MASALAH Berdasarkan laporan dari Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Selandar menunjukkan kekerapan pelajar terlibat kemalangan diluar waktu bekerja yang melibatkan pelajar yang tinggal di rumah sewa berhampiran kolej. Pihak kolej hanya akan mendapat makluman berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar sekiranya dimaklumkan oleh pelajar, rakan atau waris pelajar.

Nama Penyelia: Dr. Sharifah Nadiyah binti Razali No HP: 0196662488

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Dalam projek ini, arduino digunakan

untuk mengawal modul (GPS, Nodemcu dan Accelerometer). AD-TracSys akan mengesan kemalangan menggunakan modul Accelerometer.

ii. Lokasi kemalangan akan diperolehi dengan menggunakan modul GPS.

iii. Satu notifikasi akan dihantar melalui perisian Blynk untuk memaklumkan lokasi kemalangan.

iv. Ciri produk ini terdiri daripada keperluan perkakasan dan perisian.

IMPAK PRODUK Ditetapkan sekiranya kemalangan berlaku. Dengan adanya AD-TracSys ia dapat:i. Memberi notifikasi kepada pihak tertentu dengan

segera.ii. Membantu mangsa kemalangan untuk

mendapatkan rawatan dan bantuan yang diperlukan dengan kadar segera.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 165

VEHICLE TRACKING SYSTEMPoliteknik Kuala Terengganu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKHari ini sistem pengangkutan memainkan peranan penting dalam kehidupan. Kebanyakan urusan harian masyarakat pada hari ini sangat bergantung kepada kenderaan untuk pengangkutan. sistem pengangkutan akan menghadapi cabaran seperti kenderaan dicuri, hilang, atau kemalangan. Ini akan mempengaruhi orang ramai untuk mendapatkan semula kenderaan mereka. Contohnya mengetahui lokasi yang jelas kenderaan mereka. Sistem pengesanan kenderaan adalah teknologi baru yang dicipta untuk mengesan kenderaan yang dicuri atau lokasi kemalangan yang berlaku. Ia membantu pemilik kenderaan untuk mengetahui lokasi kenderaan mereka. Oleh itu sistem pengesanan ini dicipta untuk membantu dan memudahkan pencarian kenderaan dengan cepat dan berkesan.

PERNYATAAN MASALAHBerlaku kehilangan kenderaan apabila pengguna meninggalkan kenderaan meskipun kenderaan telah dikunci. Tahap keselamatan yang rendah pada sistem keselamatan kenderaan pada hari ini. Sistem yang sedia ada kebanyakannya sukar atau agak menyukarkan, mengambil masa serta tidak berkesan.

Nama Penyelia: Zuraini binti Abdul RajabNo HP: 0139456755Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Membantu syarikat penyewa kereta terutamanya

di Kuala Terengganu mendapatkan semula kenderaan yang hilang atau dicuri.

ii. Berkeupayaan untuk memberi notifikasi pada Blynk Apps apabila alat ini dipasang,

iii. Berkeupayaan untuk menghantar GPS data secara tepat berdasarkan lokasi dengan longitude dan latitude pada masa tersebut.

IMPAK PRODUKi. Memudahkan pengguna iaitu syarikat penyewa

kereta mengesan dan mendapatkan semula kenderaan yang hilang atau dicuri.

ii. Mempercepatkan masa pencarian kerana menggunakan GPS.

iii. Pengguna boleh mendapatkan bantuan pihak berkuasa dengan cepat setelah berjaya mengesan lokasi kenderaan yang hilang atau dicuri.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019166

PORTABLE FLOOD DETECTORSYSTEMPoliteknik Kuala Terengganu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKBanjir adalah salah satu bencana besar yang menimpa di banyak negeri di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia setiap tahun. Ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa, merosakkan sumber alam semula jadi, dan persekitaran serta menyebabkan kerugian yang besar kepada ekonomi. Kejadian banjir yang kerap berlaku ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti kenaikan permukaan laut dan taburan hujan yang banyak. Projek ini dibangunkan untuk memantau kenaikan paras air di bandar Kuala Terengganu terutamanya ketika berlakunya musim banjir.

PENYATAAN MASALAHPada zaman moden ini, banjir kilat sering berlaku di kawasan rendah, terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Terengganu. Banjir kilat yang kerap berlaku di Kuala Terengganu adalah berpunca daripada beberapa faktor persekitaran dan keadaan saliran. Masalah ini menjadi serius kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada harta benda awam dan persendirian, kenderaan-kenderaan kecil, kemudahan-kemudahan awam dan banyak lagi. Di samping itu, kesan yang lebih buruk boleh berlaku adalah seperti kehilangan nyawa sekiranya tiada sebarang tindakan dan pengawasan dari semua pihak yang terbabit.

Nama Penyelia: Wan Noorhishamudin bin Wan Mohd

No HP:0105781089Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Alat yang dipasang di Jalan Sultan Omar, Kuala

Terengganu berkeupayaan memantau paras air yang boleh mengakibatkan banjir kilat berlaku.

ii. Alat ini akan memaklumkan dan mengemaskini data kepada Jabatan Pengairan Saliran Terengganu (JPST) dan masyarakat setempat mengenai maklumat banjir melalui penggunaan aplikasi pada telefon pintar.

iii. Alat ini berupaya mengenal pasti lokasi yang tepat menerusi penggunaan GPS dalam kawasan yang menunjukkan kenaikan paras air yang cepat dan melebihi paras berbahaya.

IMPAK PRODUKi. Mampu memberikan maklumat kenaikan paras

air dan banjir dengan cepat dan tepat kepada masyarakat setempat dan Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu.

ii. Menyalurkan maklumat lokasi yang tepat bagi kawasan yang sedang dinaiki air kepada pihak keselamatan daerah seperti Ibu Pejabat Kontigen Kuala Terengganu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 167

SMART INVENTORY SYSTEMPoliteknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKPeniaga kecil dan sederhana mengalami masalah yang besar untuk menguruskan stok barangan mereka kerana tidak mempunyai satu sistem yang sistematik untuk melangsaikan tugasan tersebut. Untuk merealisasikan hasrat dan mengurangkan beban peniaga-peniaga tersebut, kami telah membangunkan sebuah perisian yang dapat membantu memberikan perkhidmatan kepada mereka menguruskan hal keluar dan masuk stok, mengemaskini kuantiti stok barangan secara langsung tanpa perlu memeriksa secara manual, perkhidmatan mengeluarkan invois atau resit dan juga fungsi tambahan iaitu perkhidmatan kedatangan pekerja atau worker attendance.

PENYATAAN MASALAHPengurusan stok sedia ada kurang sistematik dan telus. Pemilik kedai tidak mampu untuk mengemaskini stok dengan mudah sekiranya di bawah paras yang rendah. Pemilik kedai tidak dapat mengawal pengurusan stok sekiranya pemilik tiada di kedai.

Nama Penyelia: Isfa Kamal bin IshakNo HP: 01120507704Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Perisian ini mampu diakses oleh pengguna di

mana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan syarat mempunyai sambungan internet.

ii. Projek ini mempraktikkan Internet Of Things (IoT) iaitu menggunakan telefon pintar iaitu dengan memuat turun aplikasi yang telah dibangunkan pada telefon dan memudahkan pengguna mengaksesnya.

IMPAK PRODUKi. Pengurusan stok di premis (kedai) lebih tersusun

dengan penerimaan dan penyimpanan stok secara just in time serta pengeluaran stok dapat di awasi dan direkod dengan baik.

ii. Produk ini boleh memberi peringatan kepada pengguna sekiranya stok di bawah paras yang ditetapkan.

iii. Produk ini juga mampu memudahkan pengguna untuk mengeluarkan resit atau invois kepada pelanggan dengan mengakses pada sistem.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019168

AUTOMATIC LIGHT SYSTEMPoliteknik Seberang Perai

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKAlat penghidup dan pemutus litar atau suis merupakan sejenis alat yang sentiasa digunakan oleh penggunanya. Suis atau penderia mampu memenuhi keselesaan, keselamatan dan menjimatkan kos sara hidup. Projek ini dicipta bertujuan untuk membina suis lampu yang mampu beroperasi secara automatik, ia berfungsi sekiranya dapat mengesan pergerakan tubuh manusia. Konsep pembangunan projek ini menggabungkan konsep mekanikal, dan elektronik dalam satu projek. Konsep mekanikal dilihat dengan penggunaan penderia yang dapat mengesan haba, manakala konsep elektronik pada perisian dan perkakasannya. Perisian NodeMCU merupakan elemen utama dalam projek ini kerana merupakan asas operasi penderia yang digunakan.

PENYATAAN MASALAHPenggunaan tenaga elektrik yang berlebihan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Jika tiada pencegahan dibuat, akan mengakibatkan berlaku sesuatu perkara di luar jangkaan seperti kebakaran dan litar pintas. Oleh hal yang demikian keperluan kepada penambahbaikan sistem pendawaian yang sedia ada kepada sistem yang lebih sistematik dan mesra pengguna untuk mengelakkan berlakunya pembaziran penggunaan elektrik.

CIRI-CIRI PRODUKi. ALS ini berfungsi apabila LDR (light dependent

Nama Penyelia:

Siti Farrah binti Md HashimNo HP: 0195978411

Email: [email protected]

resistor) mendapat nilai intensiti cahaya matahari dan menghantarnya ke NodeMCU. NodeMCU akan menilai cahaya yang diterima iaitu 0-1024 intensit. Sekiranya NodeMCU menerima nilai yang rendah, maka NodeMCU berada dalam keadaan gelap (malam). Sekiranya NodeMCU menerima nilai tinggi, maka NodeMCU akan menggangap situasi berada dalam keadaan terang (siang).

ii. Apabila LDR menghantar input ke NodeMCU situasi berada dalam keadaan gelap, maka sistem akan berfungsi apabila sensor PIR mengesan pergerakan yang melalui kawasan sensor lalu akan mengaktifkan lampu. Jika sensor PIR tidak mengesan sebarang pergerakan pada kawasan sensor, maka lampu tidak akan menyala kerana tidak mempunyai sebarang pergerakan.

IMPAK PRODUKi. ALS ini dapat dikawal menggunakan aplikasi

dari mana-mana sahaja. Apabila sistem berada dalam talian, sistem dapat dikawal dari jarak jauh. Pengguna dapat menggunakan lampu tanpa perlu menekan suis. Pengguna hanya perlu melalui di kawasan yang terdapat sensor PIR untuk mengaktifkan lampu secara automatik.

ii. Sistem ini akan berfungsi pada waktu gelap (tidak mempunyai cahaya yang terang) untuk beroperasi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 169

SMART CITY: STREETLIGHTENERGY SAVING Politeknik Balik Pulau

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSmart City: Streetlight Energy Saving merupakan sistem lampu jalan yang dibangunkan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan bagi menggantikan lampu jalan yang menggunakan embedded brightness sensor. Sistem ini menggunakan teknologi komunikasi tanpa wayar dan lampu jalan bertenaga rendah. Kebiasaannya lampu jalan akan dipasang sepanjang malam dan akan di padam pada siang hari. Lampu jalan akan sentiasa menyala sepanjang malam walaupun tiada kenderaan yang menggunakan jalan tersebut. Ini akan menyebabkan pembaziran penggunaan tenaga elektrik. Oleh itu, teknik ini direkabentuk dengan mengawal paras kecerahan lampu pada masa-masa tertentu.

PENYATAAN MASALAHSistem yang digunakan pada lampu jalan sedia ada akan sentiasa menyala sepanjang malam walaupun terdapat sesetengah jalan kurang sibuk atau kurang dilalui oleh pengguna, ini akan menyebabkan pembaziran penggunaan tenaga elektrik. Contoh lampu jalan yang sentiasa dihidupkan (ON) adalah di kawasan berbukit atau jalan raya yang jarang dilalui oleh kenderaan. Ditambah dengan beberapa masalah yang berlaku pada sesetengah sistem kawalan yang tidak beroperasi secara berkesan disebabkan oleh cahaya yang sensitif, masalah penerimaan isyarat dari sistem tanpa wayar dan juga ketidaksempurnaan masa untuk suis lampu jalan

Nama Penyelia: Ts. Rosnee binti ZainolNo HP: 0195478373Email: [email protected]

dihidupkan (ON) dan suis dimatikan (OFF).

CIRI-CIRI PRODUKi. Penggunaan Arduino Microcontroller System

berfungsi untuk menyimpan aturcara yang mudah untuk mengawal kecerahan lampu jalan dan kehadiran kenderaan pada masa-masa tertentu.

ii. Light dependent resistor (LDR) berfungsi untuk mengawal autonomous - distributed - controlled light system pada lampu jalan dan Infrared Resistor (IR) digunakan untuk menyalakan lampu dengan kehadiran pejalan kaki atau kenderaan dan juga memadamkan lampu atau mengurangkan kecerahan lampu jalan jika sebarang kenderaan tidak dikesan.

IMPAK PRODUKi. Sistem ini dapat menyelesaikan masalah

menghidupkan suis secara manual dan kos pembaikan dan penyelenggaraan dapat di kurangkan dengan pengawalan penggunaan LED yang menjimatkan tenaga elektrik sekaligus menyumbang kepada kebersihan alam sekitar.

ii. Sistem ini sesuai digunakan pada lampu jalan, bandar pintar, home automation, pemantauan kawasan pertanian, parkir di hospital, pasaraya, lapangan terbang, universiti dan lain-lain lagi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019170

NETWORK MAPPINGUSING VRPoliteknik Sultan Idris Shah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKProduk Network Mapping Using VR adalah salah satu aplikasi video maya yang dibangunkan menggunakan platform Unity (Virtual Reality) dalam menerangkan asas rangkaian komputer di Politeknik Sultan Idris Shah. Aplikasi ini direka dan dibangunkan bertujuan untuk membantu mewujudkan pengalaman melihat video maya yang sebenar kepada pengguna. Dengan menggunakan aplikasi ini, pelajar dapat memenuhi dan mempelbagaikan sumber dari aspek teori yang dipelajari di dalam kelas. Aplikasi ini menawarkan interaksi simulasi dengan persekitaran dalam sudut pandangan 360 darjah. Aplikasi ini juga dapat membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam bagaimana sistem rangkaian komputer berfungsi dan mempelajari penggunaan Virtual Reality sebagai salah satu alat dalam proses pembelajaran.

PENYATAAN MASALAHPelajar tidak dapat menggambarkan keadaan yang sebenar bagaimana sistem rangkaian komputer beroperasi. Pelajar tidak dapat mengakses ketika berada tempat kritikal seperti bilik server untuk melihat pengoperasian sebenar ketika sistem sedang beroperasi di mana sistem pembelajaran semasa kebanyakanya menggunakan aplikasi perisian PowerPoint.

Nama Penyelia: Suhardi bin Che AhmadNo HP: 0199817071

Email:[email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk dibangunkan menggunakan Unity

Software 360 video untuk menghasilkan Virtual Reality Video.

ii. Pelajar dapat memuat turun aplikasi dan seterusnya dengan menggunakan VR headset pelajar dapat melihat sistem rangkaian komputer dalam bentuk realiti maya.

IMPAK PRODUKi. Dapat menarik minat pelajar dan memudahkan

pemahaman pembelajaran terutamanya mata pelajaran asas rangkaian.

ii. Memudahkan pelajar untuk mengakses kepada sistem yang menggunakan perisian android.

iii. Memudahkan pelajar melihat video 360 bagi sistem rangkaian menggunakan VR headset.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 171

HANDICAPPED I-CARDPoliteknik Balik Pulau

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKKemudahan yang disediakan kepada orang kurang upaya (OKU) seperti tandas, laluan pejalan kaki, ruang parking, pengangkutan awam dan lain-lain sering disalah gunakan oleh orang yang normal. Hal ini telah mendatangkan banyak masalah kepada golongan tersebut (OKU). Projek ini dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebut dengan menyedarkan orang ramai agar tidak menggunakan kemudahan yang disediakan kepada OKU dengan sesuka hati. Projek ini dinamakan Handicapped I-card iaitu dengan mengaplikasikan penggunaan kad akses pintu keselamatan dan sistem kad Touch n Go dan sistem ini hanya dapat di akses oleh pengguna OKU sahaja. Kemudahan seperti petak tempat letak kereta dan tandas tidak akan mudah disalah gunakan oleh pengguna yang tidak sepatutnya.

PENYATAAN MASALAHTerdapat pelbagai masalah yang biasa dihadapi oleh OKU dalam rutin harian mereka seperti meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan di zon Blue Badge dan penyalahgunaan tandas OKU oleh orang awam. Segelintir masyarakat kurang memahami tujuan mengadakan ‘Zon Khas’ di kawasan awam dan kurang kesedaran mengenai pentingnya kemudahan yang disediakan untuk OKU.

Nama Penyelia: Ts. Noorismaawi bin YusopNo HP: 0193351216Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Kad Handicapped I-card direka khas untuk

golongan OKU di mana mereka boleh membawa kad tersebut untuk menggunakan kemudahan awam. Golongan OKU ini hanya perlu mendaftar di laman web untuk mendapatkan akses dan kad. Dengan menggunakan Handicapped I-card, OKU boleh menggunakan tempat letak kereta dan tandas dengan hanya mengimbas kad untuk masuk.

ii. Unit penggera akan berbunyi sekiranya kad yang digunakan oleh orang bukan OKU dan pintu magnet tidak dapat dibuka. Hanya mereka yang mempunyai Handicapped I-card setelah mendaftar di dalam sistem dengan mempunyai bukti kad OKU sahaja akan mendapat kad tersebut.

IMPAK PRODUKiii. Memudahkan golongan OKU menggunakan

slot tempat letak kereta dan tandas OKU yang disediakan dengan kad yang dibenarkan. OKU akan mendapat hak mereka di zon khas mereka.

iv. Orang normal dapat memahami kepentingan zon khas OKU dan tidak akan menyalahgunakannya kemudahan yang disediakan. Produk ini diharap dapat memupuk kesedaran di kalangan masyarakat di negara ini untuk memahami keperluan OKU.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019172

SEMUASETTLE.COM-LAMAN SESAWANG BAGI AJEN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIKPoliteknik Sultan Haji Ahmad

Shah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKPerkhidmatan penyelenggaraan elektrik merupakan antara salah satu perkhidmatan terpenting di Malaysia. Oleh itu, pembangunan laman sesawang e-dagang ini secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME) bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan elektrik dan dapat mempromosikan perkhidmatan mereka dengan lebih meluas., Pembangunan laman sesawang e-dagang ini dapat menyediakan sistem yang lebih efisien untuk memperbaiki kelemahan dalam pengurusan syarikat.

PENYATAAN MASALAHPerkhidmatan penyelenggaraan elektrik sering menjadi masalah utama apabila pelanggan sukar mencari perkhidmatan penyelenggaraan elektrik yang boleh dipercayai kerana terdapat lambakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Kebanyakan syarikat tidak mempunyai pendaftaran syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan persijilan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Hal ini akan menyebabkan pelanggan kurang kepercayaan kepada kebolehan juru elektrik. Ditambah pula dengan syarat yang mewajibkan juruelektrik yang mempunyai sijil kelayakan dan berdaftar dengan suruhanjaya tenaga.

Nama Penyelia: Norhidayah binti KasahNo HP: 0192176954

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Penggunaan laman sesawang e-dagang ini

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pentadbir, pengguna dan syarikat.

ii. Laman pentadbir digunakan untuk pihak yang menguruskan temujanji pelanggan dengan syarikat. Laman pelanggan, membuat temu janji dalam talian dan membuat pembayaran menerusi perbangkan internet (online banking). Laman syarikat melihat temujanji baru yang di buat oleh pelanggan dan syarikat.

IMPAK PRODUKi. Pentadbir dapat mengekalkan keselamatan dan

dapat melindungi data pelanggan dan syarikat. Pentadbir dapat mengawasi temujanji daripada pelanggan serta mengikut status perjalanan temu janji pelanggan.

ii. Pengguna dapat melihat dan membuat carian maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan, maklumat bergambar yang jelas dan promosi yang dilakukan.

iii. Memudahkan urusan perkhidmatan elektrik bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana. Syarikat dapat mengemaskini status temujanji kepada pelanggan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 173

DRIVER DROWSINESSDETECTOR Politeknik Kuching

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSistem ini akan berfungsi dengan mengenal pasti keadaan mata pemandu samada berada dalam keadaan pejam atau celik. Sekiranya mata pemandu berada dalam keadaan pejam atau tutup, sistem ini akan mengeluarkan berbunyi penggera atau alarm untuk memberi amaran kepada pemandu tersebut. Penggera ini akan menyedarkan pemandu yang mengantuk atau yang mengalami masalah micro sleep dan seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Sistem ini mempunyai dua kamera, kamera pertama dipasang berhadapan dengan muka pemandu dan kamera kedua berfungsi sebagai dashcam untuk merekodkan masa sebenar pemanduan dan situasi di jalan raya. Sistem ini boleh dikawal menggunakan skrin sentuh (touch screen) untuk memudahkan pengguna melihat video yang telah direkodkan dalamnya. Sistem akan dipasang pada papan pemuka (dashboard) kereta supaya tidak menganggu penglihatan pemandu.

PENYATAAN MASALAHPemandu yang letih akan mengantuk dan menutup mata semasa memandu. Ini akan menyebabkan berlakunya kemalangan.

Nama Penyelia: Muhammad Zaidi bin Mohd AliNo HP: 0165879447Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Kecil, mudah alih, kos rendah, low Power

consumption, auto-boot device.ii. Boleh dipasang di dalam pelbagai jenis kereta.

IMPAK PRODUKi. Boleh mengurangkan kemalangan kereta yang

berlaku di jalan raya akibat mengantuk.ii. Semua orang mampu menikmati dan memiliki

sistem ini yang hanya wujud dalam kereta mewah seperti VOLVO dan BMW pada masa ini.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019174

THIRD EYE (REMOTE STAFF MANAGING SYSTEM)Politeknik Balik Pulau

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKProjek yang dinamakan Third Eye ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Syarikat Itech Automation bagi mengesan pergerakan pekerja teknikal di lapangan. Syarikat yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang ini menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan baik pulih mesin industri kepada kilang-kilang di sekitar FTZ Bayan Lepas. Syarikat memerlukan satu aplikasi menggunakan telefon pintar yang dapat memantau perkembangan pekerjanya di lapangan dan boleh mengemas kini status projek yang sedang dijalankan. Aplikasi Third Eye ini adalah sebuah aplikasi yang mesra pengguna dan boleh di muat turun ke dalam telefon pintar pengguna.

PENYATAAN MASALAHMasalah utama yang dihadapi oleh syarikat adalah untuk mengenal pasti sama ada pekerjanya sedang menjalankan tugas di tempat pelanggan dan juga status bagi setiap projek yang sedang dijalankan. Sebelum ini, syarikat ini hanya mengetahui status setiap projek melalui data yang dimasukkan oleh pekerja ke dalam pautan Google Sheet. Masalah yang timbul adalah kebanyakan pekerjanya tidak mengemaskini data mengikut tempoh yang ditetapkan.

Nama Penyelia: Tan Rhu ChoonNo HP: 0164221093

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Aplikasi ‘Third Eye’ dibangunkan dengan cara

yang menyokong penjejakan GPS sepenuh masa di dalamnya untuk pengguna yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar.

ii. Penjejakan ini hanya boleh dilakukan dalam waktu bekerja sahaja. Produk ini mempunyai IP Filing LY2019006369.

IMPAK PRODUKi. Bertindak sebagai medium pengantar antara

majikan dan pekerja di mana majikan dapat menyampaikan maklumat tugas yang perlu dilakukan kepada pekerjanya.

ii. Pekerja dapat mengemaskini status setiap projek yang dijalankan semasa berada di tempat pelanggan. Aplikasi ini juga membolehkan penyelia untuk menguruskan hal pentadbiran pekerjanya.

iii. Produk ini menyokong penggunaannya dalam telefon pintar dan juga dalam komputer.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 175

AUTOMATIC CAT FEEDER WITH NOTIFICATION Politeknik Seberang Perai

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKAutomatic Cat Feeder dibangunkan untuk memudahkan pemilik haiwan peliharaan memenuhi tanggungjawab mereka untuk memberi makan kepada kucing mereka ketika pemiliknya tiada di rumah. Projek ini dibangunkan menggunakan applikasi Raspberry Pi sebagai pengawal mikro dan sensor untuk memberi input kepada Raspberry Pi agar sistem berfungsi. Dalam sistem ini, motor servo dan pam air akan berfungsi apabila mangkuk makanan dan mangkuk air kosong. Sistem ini juga akan memaklumkan pemilik melalui aplikasi Gmail kepada pemilik ketika tingkat penyimpanan makanan dan air berada pada paras yang rendah. Sistem ini akan sentiasa mengemaskini kepada pemiliknya jumlah makanan dan air yang masih ada untuk kucing mereka.

PENYATAAN MASALAHMasalah kepada pemilik untuk menyediakan makanan dan air kepada binatang peliharaan terutamanya kucing peliharaan ketika pemiliknya tidak berada di rumah.

Nama Penyelia: Nur Wahida binti JanudinNo HP: 0123346927Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Boleh sediakan makanan dan air untuk kucing

mereka ketika pemiliknya tiada di rumah.ii. Boleh maklumkan kepada pemilik melalui

telefon bimbit mereka menggunakan Gmail ketika makanan dan air hampir habis.

IMPAK PRODUKi. Kelebihan projek ini ialah ianya mampu untuk

membekalkan makanan dan air secara automatik dan memberitahu pemilik apabila makanan dan air di dalam bekas simpanan hampir habis.

ii. Pengumpan tidak tersumbat dengan makanan di dalam tabung, untuk memberi makan yang lebih baik. Bekas simpanan pengumpan boleh ditanggalkan dan dibasuh untuk mengisi semula makanan dan air dan dapat digunakan lagi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019176

SMART NAVIGATIONBLIND STICKPoliteknik Seberang Perai

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSmart Blind Stick Navigation adalah alat bantu penglihatan untuk orang buta penglihatan yang dasarnya adalah merupakan tongkat yang telah dinaik taraf dengan gabungan teknologi terkini. Ia adalah penambahbaikan dari projek sebelum ini yang membantu mereka mendapatkan bantuan semasa menjalani kehidupan seharian. Teknologi yang digabungkan pada tongkat ini adalah Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) dan sensor di mana ia dapat membantu orang buta penglihatan mencapai tindak balas yang lebih baik dari persekitaran mereka.

PENYATAAN MASALAHOrang buta penglihatan tidak dapat menentukan halangan di jalan mereka. Orang buta penglihatan tidak dapat menghubungi sesiapa sekiranya berlaku kecemasan. Orang buta penglihatan tidak dapat mengetahui masa sebenar yang boleh membawa kepada gaya hidup yang tidak tersusun.

CIRI-CIRI PRODUKi. Sensor dapat membantu orang buta penglihatan

untuk mengelakkan diri daripada terluka oleh rintangan dalam perjalanan mereka kerana sensor bip yang berbunyi mengikut jarak.

Nama Penyelia: Izwan Affendi bin AdnanNo HP: 0126759800

Email: [email protected]

ii. Butang kecemasan dapat membantu orang buta penglihatan menghantar amaran kecemasan kepada organisasi sekiranya berlaku kecemasan.

iii. Orang buta penglihatan dapat mengetahui masa sebenar dengan menekan butang masa pada batang buta.

IMPAK PRODUKi. Membantu orang buta penglihatan untuk

mengelakkan halangan dengan menggunakan tongkat.

ii. Membantu orang buta penglihatan membuat panggilan kecemasan kepada penjaga mereka.

iii. Membantu orang buta penglihatan mengetahui masa sebenar sehingga mereka dapat mengatur masa mereka.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 177

SHIP SIMULATION:BEAT THE OCEAN Politeknik METrO

Kuala Lumpur

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKPermainan video atau mobile games berbentuk simulasi merupakan salah satu genre permainan yang semakin diminati dan mendapat tempat di pasaran. Oleh itu, permainan simulasi sewajarnya di promosikan kepada para pemain dan pembangun permainan video. Ship Simulator: Beat The Ocean merupakan permainan komputer 3D dan berkonsepkan walkthrough yang dibangunkan untuk membantu pemain belajar tentang kapal dan mengenali beberapa fungsi pengendalian di atas dek kapal. Permainan ini membolehkan pemain belajar mengenai fungsi bridge kapal dan menyelesaikan misi menyelamatkan manusia (man overboard). Permainan ini terdiri daripada dua tahap (level) dengan pelbagai jenis kesukaran.

PENYATAAN MASALAHSenibina kapal agak asing di kalangan orang awam, lebih-lebih lagi sekiranya tidak terlibat secara langsung dengan industri perkapalan. Senibina kapal dan pengendalian kapal merupakan sesuatu yang menarik untuk diterokai oleh orang awam. Justeru, permainan ini dibangunkan untuk memberi peluang kepada pemain meneroka ke dalam bahagian kapal, melakukan simulasi pengendalian kapal dan pada masa yang sama menyelesaikan misi yang diperlukan untuk menamatkan permainan tersebut.

Nama Penyelia: Rohaida binti LasuanNo HP: 0105471798Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Permainan video 3D dan dibangunkan untuk

platform PC berasaskan Windows.ii. Penggunaan warna yang menarik dan

mempunyai kesan khas (special effects) di kawasan lautan. Kawalan permainan menggunakan papan kekunci dan tetikus.

iii. Permainan video ini mempunyai dua tahap iaitu Level 1 dan Level 2. Pemain perlu menyelesaikan tutorial pengendalian kapal di dalam Level 1.

iv. Pemain perlu menyelesaikan misi menyelamatkan manusia (man overboard) dalam tempoh 60 saat di dalam Level 2. Pemain mendapat medal sekiranya berjaya menyelesaikan misi mengikut masa yang telah ditetapkan.

IMPAK PRODUKi. Menggalakkan pengguna mempelajari kapal

semasa bermain permainan aplikasi ini.ii. Permainan ini telah memenangi tempat pertama

di dalam Pertandingan Pro-I peringkat PMKL Sesi Disember 2018.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019178

AR ZOMBIESPoliteknik METrO

Kuala Lumpur

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKAR Zombies adalah permainan mudah alih dibangunkan untuk platform android. Memfokuskan kepada permainan Augmented Reality (AR) menggunakan lobi Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) sebagai persekitaran permainan untuk pelajar dan kakitangan. Permainan ini mengenai penembakan zombi. Permainan mudah alih ini mempunyai tiga tahap kesukaran yang berbeza. Perbezaan antara ketiga tahap ini adalah pengiraan membunuh zombi dalam masa yang telah ditetapkan. Pemain mesti berjalan di sekitar lobi untuk mencari zombi, menembak ketika mereka muncul dalam persekitaran hutan dan memastikan zombi tersebut mati. Pemain perlu memastikan bilangan zombi yang mati adalah mengikut bilangan dan masa yang telah ditetapkan bagi setiap peringkat permainan.

PENYATAAN MASALAHPermainan mudah alih yang memfokuskan kepada AR masih lagi terhad pada masa ini memandangkan ianya masih lagi baru dalam dunia teknologi maklumat. Sehingga kini tidak ada lagi pembangun yang membangunkan permainan berasaskan AR menggunakan persekitaran PMKL. Oleh itu, berdasarkan situasi di atas, projek ini memfokuskan pembangunan permainan berasaskan AR di mana

Nama Penyelia: Siti Kamila binti Deraman

No HP: 0132016748Email: [email protected]

watak utamanya adalah zombi. Ini kerana permainan AR mula menonjak naik di pasaran buat masa ini dan ramai pemain suka untuk bermain permainan seperti ini. Oleh itu, projek ini memberi tumpuan untuk mengembangkan permainan menembak di AR menggunakan persekitaran PMKL.

CIRI-CIRI PRODUKi. Dalam permainan ini, pemain akan membunuh

zombi yang muncul di lobi Politeknik METRO Kuala Lumpur (PMKL).

ii. Pemain boleh menonton melalui kamera dan melihat persekitaran hutan serta zombi.

iii. Pemain perlu membunuh zombi mengikut tahap kesukaran yang telah ditetapkan.

IMPAK PRODUKi. Pembangunan permainan berasaskan Platform

AR bukan sahaja untuk kakitangan dan pelajar PMKL malahan disediakan untuk para pengunjung PMKL sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan PMKL kepada orang luar.

ii. Apl realiti diperkaya menggunakan kamera telefon pemain di mana lapisan maklumat, termasuk teks atau imej boleh di masukkan ke dalam aplikasi dan mampu memaparkan pemandangan dunia nyata di hadapan pemain.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 179

MY JAWI Politeknik Sultan Idris Shah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKMyJawi adalah aplikasi pembelajaran Jawi yang sesuai digunakan dalam proses PdP pelajar Tahap 1 di Sekolah Rendah Agama. Ia dibangunkan untuk membantu pelajar mempelajari huruf Hijaiyah dan Jawi dengan lebih menyeronokkan dan interaktif. Aplikasi ini menyediakan 3 modul iaitu nota, kuiz dan Augmented Reality (AR). Pelajar dapat mengenali huruf Hijaiyah dan Jawi di dalam modul nota dan membuat latihan mengeja dalam modul kuiz. MyJawi menyediakan latihan pengukuhan yang lebih menarik dalam mengeja perkataan Jawi dengan menggunakan teknologi AR. Pengguna perlu menyusun kad imbasan yang mengandungi huruf Hijaiyah dan Jawi untuk membentuk satu perkataan Jawi. Susunan kad imbasan diimbas dengan menggunakan aplikasi MyJawi dan menghasilkan satu objek 3D sekiranya susunan tersebut adalah tepat.

PENYATAAN MASALAHSebelum inovasi ini dibangunkan, terdapat beberapa masalah iaitu pelajar tidak dapat mengetahui bunyi sebutan huruf Jawi melalui buku teks, latihan membaca dan mengeja Jawi adalah dengan menggunakan buku latihan, kurang menyeronokkan serta pelajar kurang yakin dalam menggabungkan huruf-huruf Hijaiyah dan Jawi dalam membentuk perkataan Jawi.

Nama Penyelia: Nurul Zakiah binti KasnunNo HP: 0192880410Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKAplikasi ini menyediakan 3 modul iaitu : i. Nota - Mengandungi huruf-huruf hijaiyah,

pengguna dapat mempelajari penggunaan huruf di awal, tengah dan akhir perkataan.

ii. Kuiz - Pelajar mengenali huruf Hijaiyah dan Jawi di dalam modul nota dan membuat latihan mengeja dalam modul kuiz dan uji minda.

iii. Augmented Reality.

IMPAK PRODUKAplikasi MyJawi telah diserahkan kepada Sekolah Rendah Agama Parit Baru dan telah digunakan oleh murid-murid tahap satu sekolah tersebut. Maklumbalas daripada murid-murid amat memberangsangkan.i. Pencapaian MyJawi:

- Antarabangsa: ie-RIICH’19 (Pingat Emas & Special Award : Best Booth Project)- SIC2019 (Pingat Perak)

ii. Kebangsaan: Techcreavery 2019 (Tempat Ketiga)iii. Institusi: IISCEP2019 (Tempat Kedua (Kategori

Teknikal) & Pingat Perak)iv. Jabatan: Pertandingan Projek Akhir Pelajar

JTMK (Johan)

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019180

FIRE SIMULATION SIMSPoliteknik METrO

Kuala Lumpur

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSimulator adalah permainan yang cuba mensimulasikan aktiviti dunia nyata (seperti memandu kenderaan atau menjalani kehidupan orang lain) dengan realisme sebanyak mungkin. Simulator umumnya memerlukan lebih banyak pembelajaran dan orientasi daripada permainan arked. Simulator yang baik adalah permainan simulasi pendidikan, sebagai contoh permainan simulator mengenai pengurusan kewangan untuk kanak-kanak di mana permainan ini bertujuan untuk membantu mereka mempelajari konsep-konsep penting dalam pendidikan kewangan.

PENYATAAN MASALAHBerbeza dengan penyampaian pengetahuan berasaskan kertas secara tradisional, permainan simulasi dapat menyediakan sejumlah peluang untuk mengawal dan memanipulasi sesuatu dalam persekitaran permainan maya. Projek inovasi ini bina dengan kerjasama bersama organisasi sinergi untuk pendidikan, latihan, dan simulasi memberi fokus kepada Fire Simulation Sims, bertujuan untuk mendidik pelajar kaedah yang sesuai mengawal kebakaran jika situasi yang sebenar berlaku.

Nama Penyelia: Sathya A/P Manoharan

No HP: 0124124270Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Dalam permainan ini terdapat 4 multiplayer,

setiap pemain mempunyai peranan yang berbeza. ii. Untuk mencapai misi pemain diberi tempoh

masa tertentu untuk menyelesaikan permainan tersebut.

iii. Untuk skop permainan kami membuat misi untuk rumah asap yang pemain perlu mengikuti misi objektif.

iv. Permainan ini berjaya memenuhi objektif iaitu mendidik pemain mengawal keadaan jika situasi sebenar di alam realiti berlaku.

IMPAK PRODUKi. Sebagai alternatif kepada pelajar atau pelatih

untuk memulakan latihan menggunakan pemadam api.

ii. Permainan ini berjaya memenuhi objektif iaitu mendidik pemain mengawal keadaan jika situasi sebenar di alam realiti berlaku.

iii. Untuk penambahbaikan, permainan ini akan mempunyai pangkalan data sendiri dan pemain boleh bermain dalam talian dengan konsol yang berbeza dan seterusnya boleh diaplikasikan kepada orang semua lapisan masyarakat.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 181

FRUITY MYPoliteknik METrO Kuala Lumpur

TEKNOLOGI MAKLUMAT

i. LATAR BELAKANG PROJEKFruity MY merupakan permainan 3D augmented reality (AR) dengan menggunakan platform mobil. Permainan ini dibangunkan berasaskan permainan “markerless AR” bercirikan buah-buahan tempatan dengan aspek visual yang berkesan di samping memberikan informasi tambahan yang berguna untuk para pemain. Permainan ini mengisahkan Johny seseorang budak lelaki kacukan Inggeris dan Melayu yang menetap di Amerika Syarikat bersama keluarganya. Suatu hari, Johny buat pertama kalinya pulang ke kampung datuk dan neneknya di Malaysia. Kawasan kampung tersebut mempunyai banyak pokok buah-buahan tempatan dan Johny tertarik dengan buah-buahan tersebut. Berbekalkan lastik pengembaraan Johny pun bermula. Sasaran pemainan ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas.

PENYATAAN MASALAHPermainan ini dibangunkan kerana industri permainan elektronik tempatan kurang menghasilkan permainan yang berkonsepkan augmented reality (AR). Permainan berunsurkan buah-buahan tempatan di Malaysia juga kurang dibangunkan.

Nama Penyelia: Mejar Bersekutu (PA) Mohd Rizuan bin Mat RamliNo HP: 0126606042Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKii. Mempunyai 6 aras kesukaran. Pemain perlu

menembak buah dengan mengunakan lastik getah mengikut jumlah yang telah ditetapkan bersama peluru lastik yang dibekalkan mengikut setiap aras kesukaran.

iii. Burung merupakan halangan kepada pemain untuk menyelesaikan misi permainan ini. Aset yang digunakan permainan ini menampilkan ciri-ciri buah-buahan Malaysia seperti buah durian, rambutan, manggis dan lain lain lagi.

iv. Pemain berjaya menyelesaikan setiap aras, akan diberikan infografik tentang kebaikan setiap buah pada aras tersebut.

IMPAK PRODUKi. Permainan AR ini berkonsepkan arked dan

disertakan informasi tambahan untuk pemain yang pastinya dapat membantu industri permainan elektronik tempatan dan dapat mempromosikan buah-buahan tempatan di luar negara mahupun dalam negara.

ii. Memenangi tempat pertama Pertandingan Pro-I Sesi Jun 2019 anjuran Politeknik METrO Kuala Lumpur.

iii. Memenangi tempat pertama juga Pertandingan Techreavery 2019 kategori teknologi permainan anjuran JPPKK dengan kerjasama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019182

OVER FLOODPoliteknik METrO

Kuala Lumpur

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKOverFlood adalah permainan 3D yang menggunakan platform Virtual Reality (VR). Genre untuk permainan ini adalah berbentuk pengembaraan. Projek ini dibangunkan bertujuan untuk membina pengetahuan pemain mengenai persediaan sekiranya berlaku banjir. Permainan bermula apabila Tuah mengabaikan pengumuman mengenai amaran bencana tersebut. Setelah air mula naik, Tuah terpaksa pergi ke pusat pemindahan sebelum air naik lebih tinggi. Skop umur pemain adalah 10 tahun ke atas.

PENYATAAN MASALAHPengetahuan kanak-kanak mengenai persediaan menghadapi banjir adalah rendah. Ini kerana kurang pendedahan yang diberikan kepada mereka daripada ibu bapa atau guru. Berdasarkan kajian, kanak-kanak mengambil kesempatan untuk bermain air ketika banjir berlaku. Banyak senario yang tidak diingini atau kes yang melibatkan kematian berlaku ketika musim banjir disebabkan beberapa faktor seperti kecuaian dan kurang pendedahan terhadap bahaya banjir. Permainan ini dibangunkan untuk menyampaikan pengetahuan mengenai persediaan menghadapi banjir, bahaya banjir dan juga kesan banjir kepada anak-anak melalui permainan 3D yang menarik dan menyeronokkan.

Nama Penyelia: Nusaibah binti Nasharudin

No HP: 0193052884Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Permainan ini mempunyai 3 aras kesukaran.

Pemain perlu menyelamatkan diri ke pusat pemindahan banjir dan dalam masa yang sama mengumpul item untuk melepasi aras tertentu. Halangan permainan ini kenderaan dan had masa yang telah ditetapkan pada setiap aras. Pemain perlu melepasi aras tertentu sebelum masa tamat.

ii. Permainan ini mempunyai audio dan elemen visual yang menarik dan bersesuaian dengan tema yang di ketengahkan.

IMPAK PRODUKi. Permainan ini membantu pemain mengetahui

peralatan yang diperlukan untuk menghadapi banjir dengan cara yang menyeronokkan.

ii. Permainan ini telah memenangi tempat kedua di dalam Pertandingan Pro-I Sesi Jun 2019 anjuran Politeknik METrO Kuala Lumpur. Dan memenangi tempat ketiga Pertandingan Techreavery 2019 kategori teknologi permainan anjuran JPPKK dengan kerjasama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 183

AR COLOURSPoliteknik METrO Kuala Lumpur

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKAR Colours merupakan permainan 3D Argumented Reality (AR) yang menggunakan platform mobil. Genre permainan ini adalah pendidikan. Tujuan permainan ini dibangunkan adalah untuk menghasilkan sebuah permainan untuk mengajar pemain berumur 7 hinga 9 tahun tentang warna asas dengan mengambil kira aspek visual dan audio yang berkesan. Pemain perlu mengimbas marker yang telah disediakan untuk memulakan permainan.

PENYATAAN MASALAHPermainan ini dibangunkan kerana industri permainan elektronik kurang menghasilkan permainan bertemakan AR. Selain itu, pemain boleh mempelajari tentang warna dengan cara yang lebih menyeronokkan.

CIRI-CIRI PRODUKProduk ini menampilkan ciri-ciri seperti berikut:i. Permainan ini mempunyai 2 aras kesukaran.ii. Pemain perlu mengimbas marker yang

dibekalkan untuk memulakan permainan.iii. Permainan ini mempunyai elemen audio

dan visual yang berkesan serta menarik dan bersesuaian dengan kanak - kanak.

iv. Setiap aras mempunyai latar belakang grafik dan yang berbeza.

Nama Penyelia: Nithiyaa A/P MuniandyNo HP: 0149421956Email: [email protected]

IMPAK PRODUKi. Permainan ini mempunyai elemen menarik

seperti sfx di dalam pemandangan (scene) permainan.

ii. Elemen ini menjadikan permainan ini lebih menarik dan menyeronokkan.

iii. Permainan ini telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Pro – I Sesi Jun 2019 di Politeknik Metro Kuala Lumpur. Selain itu, permainan ini juga telah memenangi tempat kedua di dalam Pertandingan Techcreavery 2019 di dalam kategori teknologi permainan anjuran JPPKK dengan kerjasama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019184

MCDEQ BAKERYORDERING SYSTEMPoliteknik Besut

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKMcdeq Bakery Ordering Systems adalah sistem yang dibangunkan untuk memudahkan proses membuat pesanan oleh pelanggan di Mcdeq Bakery. Sistem ini dibangunkan bersesuaian dengan kehendak dan era perubahan teknologi terkini yang banyak menjadikan teknologi dalam talian (online business) sebagai satu platform dalam menjual barangan perniagaan mereka. Sehubungan dengan itu, pembangunan aplikasi Mcdeq Bakery memudahkan pengurus jualan untuk memasarkan dan menyiarkan semua item yang dijual secara dalam talian berbanding kaedah biasa iaitu menggunakan menu kertas (pamplet) atau secara manual. Ini kerana semuanya boleh diisi dan disimpan dalam sistem ini.

PENYATAAN MASALAHMasalah yang dihadapi oleh Mcdeq Bakery adalah proses kerja secara manual bagi pekerja kedai untuk mengambil pesanan pelanggan dan mengambil masa terutamanya ketika waktu puncak. Terdapat juga masalah apabila pesanan yang diperolehi dari berbagai platform di media sosial. Ini akan menyebabkan pengurusan kerja yang tidak sistematik akan menyebabkan data tidak tersusun dan akan berlaku kehilangan maklumat untuk data-data terdahulu. Oleh yang demikian dengan adanya Bakery Mcdeq Ordering System telah dapat membantu pekerja menyelesaikan masalah utama di syarikat tersebut.

Nama Penyelia: Shahrizal bin Yunus

No HP: 0139693130Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Bakery Mcdeq Ordering System adalah sistem

pesanan online yang dibina sebagai alternatif kepada kaedah manual bagi pekerja kedai untuk mengambil pesanan pelanggan.

ii. Sistem ini boleh dihubungkan dengan pelbagai platform pesanan dari media sosial yang terdapat di pasaran.

iii. Bakery Mcdeq Ordering System boleh di muat turun pada aplikasi dalam telefon bimbit sekaligus ini dapat membantu pekerja menyelesaikan masalah untuk mengambil pesanan.

IMPAK PRODUKi. Sistem ini memberikan pengalaman yang

baik kepada pelanggan kerana membolehkan pelanggan melihat maklumat pastri dan membuat pesanan dengan menggunakan peranti telefon bimbit.

ii. Aplikasi mudah alih juga memberikan kemudahan penggunaan kerana mempunyai antara muka pengguna grafik yang mudah difahami dan petunjuk minimum untuk diikuti semasa membuat pesanan melalui aplikasi.

iii. Seterusnya ia membantu kakitangan kedai roti untuk melayani pelanggan bernilai mereka dalam mengoptimumkan kelewatan minimum.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 185

SMART CARPARKING SYSTEM Politeknik Besut

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSering berlaku kepada pemandu pada masa kini, dalam mencari tempat untuk meletak kenderaan yang tersedia dan boleh dianggap sebagai satu kekangan sekaligus akan mengakibatkan pembaziran kepada masa dan penggunaan bahan bakar. Oleh itu, sedikit sebanyak mungkin akan menyebabkan pemandu terpaksa meletakkan kenderaan ditempat yang tidak sesuai atau salah. Ini sekaligus akan menyebabkan lalu lintas yang sesak di sekitar tempat letak kereta dan juga boleh mengundang kepada kemalangan. Oleh yang demikian, projek ini mencadangkan Smart Car Parking System yang dibangunkan menggunakan pelbagai sensor yang akan digunakan berasaskan Arduino UNO. Projek ini menggunakan 2 sensor inframerah untuk mengira jumlah kereta masuk dan keluar menggunakan konsep pengiraan.

PENYATAAN MASALAHPemandu merasa sangat sukar untuk mencari tempat letak kenderaan yang tersedia untuk meletakkan kenderaan mereka. Proses mencari tempat letak kereta memakan masa, membingungkan dan juga membuang bahan bakar minyak kereta. Dalam sistem letak kereta manual, beberapa pengawal perlu dilantik untuk keseluruhan pekerjaan dan mahal.

Nama Penyelia: Shahrizal bin YunusNo HP: 0139693130Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Menggunakan konsep Internet Of Things. ii. Menggunakan sensor inframerah dan arduino. iii. Boleh mengira jumlah kereta masuk dan keluar.

IMPAK PRODUKi. Dapat mengawal kesesakan lalu lintas di tempat

letak kereta.ii. Menetapkan sistem keselamatan yang dapat

mengurangkan masalah kemalangan di tempat letak kereta.

iii. Menambah bilangan pelawat dengan sistem yang mudah dan mesra pengguna.

iv. Meningkatkan reputasi pusat membeli-belah.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019186

ATTENDANCE STUDENTUSING RFIDPoliteknik Besut

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKAttendance Student Using RFID satu sistem baru yang diperkenalkan di Politeknik Besut Terengganu. Sistem ini akan membantu pensyarah untuk merekodkan data setiap pelajar yang hadir ke kuliah. Dalam projek ini, sistem RFID digunakan untuk merekodkan pelajar secara automatik. Projek ini akan menggunakan kad ID pelajar sebagai tag RFID dan pembaca RFID. Sistem RFID ini akan diselaraskan dengan perisian. Kaedah ini lebih berkesan untuk mengatasi masalah dalam proses mendapatkan rekod kehadiran secara manual.

PENYATAAN MASALAHKertas kehadiran secara manual hilang atau rosak. Kertas kehadiran secara manual mengganggu kosentrasi pelajar. Pensyarah menghadapi kesukaran untuk memantau rekod kehadiran pelajar.

Nama Penyelia: Ts Dr Jeffri Amran bin IbrahimNo HP: 0129507693

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Menggunakan RFID. ii. Mengesan kehadiran pelajar. iii. Merekod kehadiran pelajar.

IMPAK PRODUKi. Pensyarah boleh menguruskan maklumat

kehadiran pelajar ke kuliah.ii. Pensyarah boleh menyimpan dan mencetak data

kehadiran pelajar.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 187

VISUAL MOTOR SIAPPLICATION Politeknik Seberang Perai

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKVisual Motor SI Application adalah aplikasi dibangunkan khas untuk kanak-kanak autism dan dyslexia di RHC Centre, Pulau Pinang. Kanak-kanak tersebut masih menggunakan kaedah manual iaitu kaedah melakar mengikut buku “Visual Motor Integration” yang disediakan di pusat tersebut. Oleh itu, aplikasi ini dibangunkan kepada menggunakan kaedah “drag” dan “drop”. Aplikasi ini mengandungi lima tahap aktiviti di mana setiap tahap mempunyai tahap kesusahan yang berbeza. Aplikasi ini menekankan aspek warna, di mana setiap garisan akan mempunyai warna yang berbeza bagi memastikan kanak-kanak istimewa dapat membezakan setiap garisan yang disediakan. Kebanyakan kanak-kanak autism dan dyslexsia gemar menggunakan aplikasi yang telah dibangunkan berbanding kaedah manual.

PENYATAAN MASALAHBerdasarkan maklumat yang telah diperoleh dari RHC Centre, kaedah yang biasa digunakan adalah menggunakan buku. Menggunakan buku yang disediakan, kanak-kanak ini perlu melakar menggunakan pen atau pensel untuk melukis garisan mengikut titik-titik dan contoh bentuk yang telah disediakan. Mengambil kira sensitiviti

Nama Penyelia: Azilah binti Abd RahimNo HP: 0125932838 Email: [email protected]

kanak-kanak autism dan dyslexsia tentang warna, buku manual ini tidak mengambil kira sepenuhnya masalah warna tersebut. Sedangkan, kanak-kanak istimewa ini mempunyai masalah dari sensitiviti warna.

CIRI-CIRI PRODUKi. Sebuah aplikasi yang dibangunkan khas untuk

tenaga pengajar dan ibu bapa kepada kanak-kanak autism dan dyslexia yang pengguna Android.

ii. Menggunakan kaedah drag dan drop dan mempunyai lima tahap kesusahan yang berbeza.

iii. Penggunaan warna pada garisan adalah berdasarkan panduan warna yang disediakan kepada kanak-kanak autism dan dyslexsia.

iv. Grafik yang menarik sesuai dengan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak autism dan dyslexia.

IMPAK PRODUKi. Memudahkan tenaga pengajar RHC Centre dan

ibu bapa untuk memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak autism dan dyslexia.

ii. Kanak-kanak dilihat lebih tertarik menggunakan aplikasi berbanding kaedah manual.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019188

MEDICURE MEDICAL MACHINEPoliteknik Besut

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKMenjadi kebiasaan pelajar sering tidur lewat malam dan menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, sakit perut, selesema, tekanan dan ketidak selesaan tubuh yang lain. Masalah menjadi semakin rumit apabila pelajar tidak berasa sihat pada waktu tengah malam kerana pelajar mengalami kesukaran keluar mendapatkan ubat atau rawatan pada masa ini. Melalui projek ini, mesin prototaip yang serupa dengan mesin layan diri seperti mesin air layan diri boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya. Skop utama mesin prototaip ini menyediakan beberapa jenis ubat kawalan seperti Plaster, Ointment Oil, Panadol ActiFast dan Stomach Ache Pills. Menggunakan teknologi Arduino dan Radio-Frequency Identification (RFID).

PENYATAAN MASALAHPelajar yang tinggal di asrama menghadapi masalah mendapatkan ubat-ubatan ketika alami masalah kesihatan. Pelajar yang tinggal di asrama tidak mempunyai pengangkutan untuk pergi ke klinik berhampiran. Jumlah stok ubat-ubatan yang disediakan dalam peti pertolongan cemas adalah terhad. Aspek kesihatan pelajar adalah penting. Pada April 2016, Kementerian Kesihatan menerima 60 laporan keracunan makanan di sekolah-sekolah di seluruh negara yang meliputi 2325 kes dari Januari hingga April. Berdasarkan laporan tersebut, hampir majoriti pesakit tinggal di asrama.

Nama Penyelia: Norfida Erwani binti Mohd Shafie

No HP: 0193361216 Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Merupakan mesin perubatan (medical) layan

diri mampu memberikan perkhidmatan penyimpanan ubat kawalan 24 jam. Menggunakan motor servo untuk menolak dan menjatuhkan item (ubat). Item tersebut boleh dibeli dengan menggunakan duit syiling melalui coin acceptor yang dipasang pada produk.

ii. Menggunakan program komputer teknologi arduino. Mesin dilindungi dengan menggunakan kad akses Radio-Frequency Identification (RFID) pada pintu kunci. Dapat memberitahu pemilik perkhidmatan apabila stok ubat-ubatan menurun melalui SMS

IMPAK PRODUKi. Lebih mudah pelajar membeli ubat-ubatan tanpa

mengganggu privasi warden. ii. MediCure Medical Machine ini adalah mesin

perubatan (medical) yang mesra pengguna kerana ditempatkan di kawasan asrama dan dapat membantu pelajar membeli ubat yang diperlukan apabila mengalami gangguan kesihatan pada tengah malam.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 189

APLIKASI e-LI KKPSKolej Komuniti Pasir Salak

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK Aplikasi e-LI KKPS merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan untuk peranti sistem Android. Aplikasi ini mengandungi maklumat berkaitan Latihan Industri berpandukan kepada Garis Panduan Perlaksanaan Latihan Industri Kolej Komuniti [Edisi Pelajar]. Aplikasi ini merupakan pembangunan inovasi untuk kegunaan pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak yang bakal menjalani latihan industri. Pembangunan inovasi ini telah dibuat menggunakan perisian online MIT App Inventor.Tujuan aplikasi ini dibangunkan adalah untuk memudahkan pelajar mendapatkan maklumat berkaitan Latihan Industri pada bila-bila masa dan tempat. Selain daripada itu, ianya juga dapat menjimatkan wang dan kertas tanpa perlu mencetak Garis Panduan Latihan Industri.

PENYATAAN MASALAH Aplikasi ini dihasilkan berdasarkan permasalahan Garis Panduan Latihan Industri yang pelajar perolehi tidak interaktif dan sukar dicapai. Aplikasi ini dihasilkan sendiri berdasarkan perbincangan antara pelajar dan pensyarah.

Nama Penyelia: Nur Effatul Fairuz binti ZainalNo HP: 01110781702 Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Aplikasi ini diedarkan kepada pelajar melalui

Telegram atau Whatapp. ii. Pelajar memasukkan aplikasi ini ke dalam telefon

pintar atau tablet masing-masing. iii. Di dalam aplikasi ini terdapat menu Pengenalan,

Proses, Peranan Pelajar, Panduan Laporan dan Senarai Semak yang berkaitan Latihan Industri

iv. Pelajar juga dapat terus menghubungi Pegawai dan Penyelaras Latihan Industri melalui menu Hubungi.

IMPAK PRODUK Aplikasi ini memberikan banyak kebaikan kepada pelajar :i. Efisien: Dengan adanya aplikasi ini maklumat

dapat diakses dengan lebih singkat, mudah dan cepat di mana-mana sahaja melalui telefon pintar atau tablet yang pastinya sentiasa di bawa tanpa membawa cetakan (hardcopy) Garis Panduan Latihan Industri.

ii. Penjimatan kos: Mesra alam sekitar melalui penjimatan cetakan kertas yang biasanya dibuat untuk edaran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019190

APLIKASI VR TOUR UNTUK PEMBELAJARAN PANGKALAN DATAKolej Komuniti Jasin

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK Aplikasi VR tour ini dibangunkan berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai khususnya bagi kecerdasan fizikal (Bodily-Kinesthetic). Tujuan inovasi ini di laksanakan adalah untuk meneroka kesan terhadap motivasi pelajar berdasarkan pendekatan Virtual Reality di dalam kursus Pengenalan Pangkalan Data. Imej 360 bagi aktiviti pembelajaran telah dibangunkan dengan menggunakan peranti telefon pintar melalui aplikasi Google Street View.

PENYATAAN MASALAH Model ini menggunakan kaedah linear untuk penyebaran pengetahuan yang mana menyampaikan kandungan melalui kaedah konservatif slaid pembentangan, soalan latihan menggunakan teks sudah tentunya tentu tidak mencukupi untuk menampung pelajar. Setiap kursus mempunyai kurikulum yang telah ditetapkan dan pensyarah perlu menyediakan strategi penyampaian yang berkesan kepada pelajar. Kandungan kursus yang disampaikan adalah sama untuk setiap pelajar, tanpa mengira objektif pembelajaran, keutamaan, latar belakang pendidikan, kemahiran dan lain-lain. Kajian mencadangkan visualisasi kandungan yang lebih baik akan membolehkan para pelajar aktif semasa proses pembelajaran kerana ia meningkatkan keupayaan manusia memahami dan memproses maklumat.

Nama Penyelia: Rafizah binti Daud

No HP: 0132863348Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Sebanyak lima gambar yang telah dihasilkan bagi projek ini berdasarkan Lima gambar dari Google Street View yang telah diambil dengan menggunakan peranti telefon pintar. Ini kerana setiap gambar tersebut mempunyai kelebihan dan stail pembelajaran yang tersendiri. Gambar virtual reality ini dihasilkan menggunakan tiga aplikasi percuma yang disediakan oleh Google iaitu:i. Google Street View ii. Google Tour iii. Google Expeditions

IMPAK PRODUK Pengujian telah dilakukan bagi menguji sama ada inovasi ini memberi impak kepada keterlibatan dan motivasi pelajar di dalam melaksanakan aktiviti di dalam kelas. Eksperimen tersebut telah dilakukan kepada 30 orang pelajar semester 2 dan 3 selama 30 minit. Pelajar dikehendaki menonton keseluruhan imej di dalam aplikasi tersebut. Kemudian mereka perlu memilih satu imej 360 untuk menghasilkan Diagram Rajah Hubungan Entiti bagi sistem yang dicadangkan. Impak produk kepada pelajar adalah:i. Mengukur tahap interaksi pelajar berdasarkan

bilangan tontonan aplikasi.ii. Pengukuran kesan terhadap motivasi pelajar

terhadap penggunaan inovasi ini.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 191

BOARDPi-KITKolej Komuniti Gerik

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK BoardPi-Kit dihasilkan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan analogi aturcara Python litar LED dalam mempengaruhi kefahaman pelajar program Teknologi Maklumat terhadap aturcara Python motor robot. Sebelum pelajar memahami analogi berkenaan, pelajar perlu memahami konsep pemasangan litar di atas bread board dan seterusnya pemasangan litar pada Microcontroller Raspberry Pi 3. Oleh yang demikian, BoardPi-Kit adalah satu bentuk alat bantu mengajar iaitu pemudahcara dalam mempelajari konsep analogi berkenaan.

PENYATAAN MASALAH Sebelum inovasi ini di laksanakan, proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah secara sehala, di mana tenaga pengajar menerangkan konsep penggunaan breadboard dan menunjukkan contoh-contoh pemasangan LED di atas breadboard serta memberikan beberapa soalan untuk dijawab oleh pelajar. Namun proses pengajaran berlaku dalam suasana hambar dan pelajar sukar untuk memahami konsep yang diterangkan dan tenaga pengajar perlu mengambil masa untuk menerangkan berulang kali bagi membantu pelajar untuk memahaminya.CIRI-CIRI PRODUK

Nama Penyelia: Hazila binti ShaharuddinNo HP: 0125307293Email: [email protected]

i. Menggabungkan semua aspek pembelajaran dalam satu modul iaitu BoardPi-Kit.

ii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam satu bahan alat bantuan mengajar sahaja.

iii. Konsep pembelajaran adalah menggunakan kaedah belajar, bina dan eksplorasi.

IMPAK PRODUK i. Membantu meningkatkan kefahaman pelajar

tentang pemasangan litar di atas breadboard.ii. Membantu meningkatkan kefahaman pelajar

tentang pemasangan litar di atas Microcontroller Raspberry Pi 3 Model.

iii. Membantu memahami konsep aturcara Python.iv. Meningkatkan kemahiran kognitif dan

psikomotor pelajar

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019192

EZ7LAYER2WINKolej Komuniti Masjid Tanah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK Ez7Layer2Win dibina untuk memenuhi objektif pembelajaran bagi topik perkhidmatan rangkaian iaitu di dalam menerangkan lapisan model Open System Interconnected (OSI) yang mengandungi 7 lapisan utama iaitu Application, Presentation, Session, Transport, Network, Data Link dan Physical. Model Prototype OSI 7 Layer ini dibina bagi memberi pemahaman kepada pelajar tentang lapisan OSI ini dengan lebih menarik dan mudah melalui aktiviti menjawab soalan dalam bentuk permainan. IEz7Layer2Win ini mudah untuk dibawa kerana ianya ringan dan mudah alih serta aktiviti pembelajaran secara permainan ini boleh di laksanakan di mana-mana sahaja.

PENYATAAN MASALAH Pelajar sukar memahami dan menerangkan tentang 7 lapisan Open System Interconnected (OSI) yang merupakan salah satu topik yang terdapat di dalam modul SSK2023 (Asas Komunikasi Dan Rangkaian).Pelajar juga sukar untuk mengenal pasti kedudukan peranti rangkaian 7 lapisan atau Open System Interconnected (OSI) yang terdiri daripada Application, Presentation, Session, Transport, Network, Data Link dan Physical.

Nama Penyelia: Razzian binti Mat RazaliNo HP: 0123395985

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menghasilkan prototaip lapisan 7 Osi dalam

bentuk papan permainan (games board) dan dibangunkan dengan menggunakan gabungan recylce magnetic whiteboard, soft magnetic sheet, deli magnet serta litar pendawaian elektrik mudah (lampu led dan buzer sound).

ii. Menggunakan aplikasi QR-Code sebagai medium dalam menerangkan penggunaan Ez7layer2Win dalam bentuk video.

IMPAK PRODUK i. Penambahbaikan dari sudut alat bantu mengajar

(ABM) yang banyak memberikan manfaat dan kebaikan dan memudahkan pensyarah menerangkan model 7 lapisan OSI (Open System Interconnected) kepada para pelajar.

ii. Mudah di bawa ke mana-mana dan boleh menjadikan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan interaktif dalam meningkatkan pemahaman pelajar.

iii. Menjadikan pemahaman terhadap 7 lapisan Open System Interconnected (OSI) dari segi definisi, fungsi dan peranti rangkaian lebih cepat melalui papan permainan (games board).

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 193

IR REMOTE AUTOMATIONDEVICE Politeknik Ungku Omar

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEK IR Remote Automation adalah sebuah peranti kemudahan kecemasan untuk orang pekak dan bisu berkomunikasi tanpa menggunakan bahasa syarat dengan penggunaan jarak jauh infrared melalui sensor dan buzzer infrared. Buzzer digunakan dalam projek ini untuk menghasilkan bunyi bagi setiap perintah. Projek ini menggunakan sensor Infrared (IR) dan IR Remote dan peranti ini tidak perlu dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain untuk menghidupkan lampu dan memberikan akses mudah ke aplikasi rumah. Sistem ini boleh digunakan di mana sahaja kerana boleh dibawa bersama.

PENYATAAN MASALAH Di era ini, golongan orang pekak dan bisu sering menghadapi menghadapi komplikasi dalam berkomunikasi dengan orang di sekitar mereka, dimana tidak semua masyarakat tahu berbahasa isyarat. Oleh itu idea ini adalah untuk mencipta komunikasi alternatif kepada golongan pekak dan bisu untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dengan menggunakan IR Remote Automation ini pengguna dapat menyelesaikan atau meminimumkan jurang komunikasi antara orang biasa sekaligus memudahkan interaksi dua hala antara golongan tersebut dengan masyarakat sekitar.

Nama Penyelia: Nurul Ahmad Nizam bin Taher No HP: 0 16-400 2357Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Menggunakan ciri Speech-Back untuk

berkomunikasi melalui ucapan yang dirakam.ii. Dapat mengawal perkakas rumah mereka dengan

gerak isyarat yang ditentukan.iii. Penggunaan IR Remote ini adalah untuk

memotivasikan pengguna untuk menjalani kehidupan yang berdikari dengan melakukan rutin harian mereka.

iv. Sensor Infrared yang mengesan pergerakan tangan atau jari dan LCD yang memaparkan mesej mereka.

IMPAK PRODUKi. Dapat mengurangkan jurang komunikasi antara

orang-orang cacat fizikal dan orang biasa.ii. Menyediakan komunikasi melalui suara

pembesar suara melalui pergerakan tangan mereka.

iii. Menyediakan orang yang cacat fizikal untuk mengawal rutin hariannya tanpa komplikasi menggunakan sensor infrared.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019194

WILDLIFE ANIMALSAUGMENTED REALITYPoliteknik Ungku Omar

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKWildlife Animals Augmented Reality, adalah aplikasi yang menggunakan teknologi augmented reality untuk memaparkan haiwan animasi. Terdapat 12 haiwan liar yang tersedia untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun untuk belajar. Setiap haiwan menghasilkan bunyi mereka sendiri. Oleh itu, anak-anak dapat belajar dan mengenali suara binatang dan bersenang-senang menirunya. Aplikasi ini merangkumi modul kuiz untuk kanak-kanak menguji kefahaman mereka setelah meneroka kandungan dalam aplikasi ini.

PENYATAAN MASALAHPada masa ini, kanak-kanak di seluruh dunia belajar tentang haiwan yang kebanyakannya menggunakan buku dan gambar. Walau bagaimanapun, mengajar anak-anak boleh menjadi agak mencabar kerana jangka masa perhatian minda muda yang agak pendek. Anak-anak memerlukan sesuatu yang cukup untuk menarik perhatian mereka supaya mereka dapat lebih fokus. Buku tidak mencukupi untuk itu. Kekurangan bahan seterusnya untuk pelajaran pelajaran seperti buku dan kad flash boleh menjadi salah satu masalah dan sebilangan ibu bapa mungkin menganggap bahan-bahan ini cukup luas. Akhir sekali, bahan yang baik meningkatkan imaginasi kanak-kanak dan membantu mereka mengingat pengetahuan dengan lebih baik. Menggunakan bahan seperti buku dan kad flash mungkin bukan

Nama Penyelia: Nurizah binti MahmorNo HP: 012-541 2858

Email: [email protected]

kaedah yang berkesan untuk membantu mereka terlibat dalam pelajaran kerana bahan ini cukup membosankan.

CIRI-CIRI PRODUK i. Buku Augmented Reality Haiwan Liar.

• Mempunyai pelbagai haiwan berdasarkan diet mereka.

• Termasuk fakta mengenai haiwan.• Buku ini mempunyai gambar berkualiti tinggi.

ii. Haiwan Liar Augmented Reality App.• Alami teknologi AR dengan menggunakan

Kamera AR.• Dengar suara mereka.• Baca lebih banyak maklumat setiap haiwan.• Uji diri anda dengan melakukan kuiz.• Tonton video haiwan.

IMPAK PRODUK i. Aspek Mesra Alam

• Pembelajaran berterusan melalui penyertaan aktif.

• Kod / Prototaip boleh digunakan semula untuk produk lain.

ii. Potensi Aplikasi & Pasaran.• Sebaran yang luas kepada pelajar lain.• Trend semasa ke arah pendidikan STEM.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 195

SMK PADANG KALA E-DISCIPLINE MANAGEMENT SYSTEM Politeknik Kuala Terengganu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSistem Pengurusan E-Disiplin SMK Padang Kala merupakan satu kaedah pemarkahan (merit & penalti) secara automasi yang berfungsi sebagai satu instrumen bagi mengukur, mengesan dan mengawal selia prestasi disiplin pelajar dan berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam pengurusan disiplin yang mantap di sekolah. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan guru mengasingkan tahap disiplin pelajar kepada beberapa kategori.

PENYATAAN MASALAHSistem pendidikan semasa lebih memberi fokus kepada polisi pendidikan yang lebih berkesan ke arah pembentukan sahsiah dan personaliti pelajar yang lebih berdisiplin dan berdaya saing. Walaubagaimana pun, perlaksanaannya tidak berjalan atau berlangsung dengan baik dan masih terdapat kekurangan. Masalah disiplin masih belum boleh dipantau dan dikesan sepenuhnya dengan cepat kepada semua pelajar.

Nama Penyelia: Azwani binti Abdul MananNo HP: 0199814761Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Membangunkan sistem pengurusan disiplin.ii. Memudahkan guru-guru mengira jumlah merit

dan denda.iii. Memudahkan ibubapa mendapatkan maklumat

disiplin anak-anak mereka.iv. Menghasilkan laporan analisa pelajar secara

individu.

IMPAK PRODUK i. Sistem ini membantu pihak sekolah untuk

mengumpulkan maklumat terhadap tingkah laku dan sahsiah pelajar dan membolehkan ibubapa prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka dari semasa ke semasa.

ii. Pengguna boleh mencapai sistem ini dengan cepat bila-bila masa. Mereka terdiri dari pihak pentadbir (guru disiplin), guru kelas, ibubapa dan pelajar.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019196

TADIKA DESA DAMAIE-LEARNINGPoliteknik METrO

Tasek Gelugor

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSecara umum e-Learning adalah pembelajaran menggunakan teknologi elektronik untuk mengakses kurikulum pendidikan di luar dan di dalam bilik darjah tradisional terutama dengan penerapan teknologi (gamifikasi, simulasi, personalisasi, elemen sosial). Inovasi pembangunan Portal E-Learning Tadika Desa Damai adalah sebagai platrofm untuk memudahkan pembelajaran dalam talian berlaku antara guru dan anak-anak. E-Learning ini adalah aplikasi yang sangat berguna untuk guru dan anak-anak. Dalam projek ini, ibu bapa dapat memuat turun sokongan nota dengan sebarang aktiviti dan kuiz yang akan dijalankan bergantung pada subjek apa yang mereka pelajari.

PENYATAAN MASALAHSistem pengajaran dan pembelajaran semasa adalah sistem yang lebih menumpukan kepada kaedah bersemuka dan agak konversional (manual). Kaedah ini kerap menyebabkan, anak-anak dengan mudah kehilangan tumpuan mereka terhadap guru yang mengajar di hadapan kelas. Tambahan pula kecuaian atau kelalaian anak yang kehilangan atau merosakkan lembaran tugasan yang diberikan kerap dijadikan alasan untuk tidak menyiapkan tugasan mereka. Dari segi keselamatan, maklumat kanak-kanak dengan mudah hilang dan tidak teratur.

Nama Penyelia: Mohamad Azuan bin Mohamed Arshad

No HP: 0183672959Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Skop kajian ini memberi fokus kepada

pembangunan sistem memfokuskan kepada pembelajaran nota, kuiz dan pembelajaran interaktif.

ii. Layout utama di portal e-Learning akan memaparkan halaman log masuk (login). Semasa sesi pembelajaran kanak-kanak akan diberi beberapa pilihan mata pelajaran.

iii. Manakala bagi guru, akan ada sistem untuk membuat perubahan untuk mengemas kini nota dan kuiz.

IMPAK PRODUK i. Membolehkan ibu bapa mendaftar secara

online pendaftaran anak-anak mereka melalui maklumat pengesahan keselamatan.

ii. Menguruskan data peribadi kanak-kanak menggunakan sistem dalam talian.

iii. Lebih selamat seperti log masuk dan kod QR.iv. Fleksibel dan selesa untuk membuka sistem ini.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 197

UNSUPERVISED MACHINE LEARNING BASED NETWORK INTRUSION

DETECTION SYSTEM Politeknik Mersing

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKSistem (Unsupervised Machine Learning Based Network Intrusion Detection Systems) atau Watcher adalah sebuah sistem pengesanan pencerobohan rangkaian sumber terbuka dengan kemampuan pembelajaran mesin. Inovasi ini dibangunkan untuk mengesan lalu lintas berbahaya dan serangan siber yang terdapat dalam rangkaian. Keupayaan untuk mengesan lalu lintas berbahaya adalah meluas dan pelbagai kaedah yang dilaksanakan. Dengan tujuan itu, kami telah membina Sistem Pengesanan Pencerobohan Rangkaian dengan Pembelajaran Mesin yang mampu untuk terus belajar dan menyesuaikan diri dari ancaman siber yang baru muncul dan berterusan.

PENYATAAN MASALAHSerangan siber terhadap infrastruktur rangkaian sering berlaku walaupun dengan Sistem Pengesanan Pencerobohan Rangkaian yang sudah ada. Terdapat banyak penyelesaian di pasaran berdasarkan pada sekumpulan peraturan yang sudah ada dengan vektor dan kaedah serangan yang diketahui namun kurang memberikan hasil terbaik. Kekurangan Sistem Pengesanan Pencerobohan Rangkaian yang adaptif adalah suatu keperluan untuk mengatasi ancaman siber yang sedang muncul yang menyelimuti dunia moden.

Nama Penyelia: Tajul Azhar bin Mohd Tajul AriffinNo HP: 0174645966Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Pencerobohan pengesanan yang berlaku dalam

rangkaian dalam masa nyata.ii. Integrasi pelbagai Honeypots dan Sensor dengan

mewujudkan sistem yang mampu mengesan dan bertindakbalas kepada pencerobohan dan serangan.

iii. Membantu SecOps dan SOC dalam Threat Intelligence.

iv. Suapan berterusan data serangan dari Honeypots ke Sistem dan skalabiliti serta kesepaduan pelbagai Honeypot’s kepada Sistem.

IMPAK PRODUK i. Membantu SecOps dan SOC dalam Threat

Intelligence.ii. Membuat Model Pembelajaran Mesin yang lebih

matang untuk mempertahankan diri daripada ancaman.

iii. Membantu menentukan tindakan seterusnya dengan mudah.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019198

USIDO MANAGEMENT SYSTEMPoliteknik Mersing

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKUsido Management System (website) merupakan satu sistem untuk memudahkan 3 pihak yang terlibat iaitu, founder, agent dan dropship dan pelanggan. Pada pihak founder, membolehkan mereka mengetahui jumlah stok yang masih ada dalam simpanan serta memudahkan untuk menguruskan stok keluar dan masuk. Selain itu, sistem ini boleh menyimpan dan mengetahui jumlah jualan (sales) sesuatu produk. Sistem ini juga boleh mengawal dan mengetahui jumlah agen yang berdaftar secara sah. Dengan adanya sistem yang ini, pihak agen dan dropship boleh membeli dan menjual produk dengan mudah dan terurus. Selain itu, sistem ini juga boleh menyimpan data-data pelanggan dengan mudah. Pihak pelanggan dan pembeli boleh membeli pelbagai produk yang diinginkan di satu platform, dan boleh diakses pada bila-bila masa serta boleh mengetahui produk atau barang yang ingin dibeli masih didalam stok atau tiada (out of stock).

PENYATAAN MASALAHi. Agen atau “dropship” mempunyai masalah untuk

berhubung dengan pelanggan melalui aplikasi “whatsapp” kerana mesej yang “overflow” yang menyebabkan mesej lambat untuk dibalas atau terlepas pandang serta kesukaran untuk menyimpan data-data pelanggan yang terlalu banyak serta jumlah “order” yang banyak serta

Nama Penyelia: Tajul Azhar bin Mohd Tajul Ariffin

No HP: 0174645966Email: [email protected]

tidak terdapat dalam 24 jam, sistem tersedia boleh diakses pada bila-bila masa serta boleh juga diakses menggunakan telefon pintar tidak hanya di komputer.

ii. Selain itu, agen juga susah untuk menguruskan stok dan mengetahui jumlah stock yang ada atau tiada dalam simpanan dengan ini, boleh mengelakkan risiko menerima data yang salah bagi pihak pelanggan dan agen.

iii. Selain itu, sistem ini membolehkan data-data jumlah produk yang telah terjual oleh mereka direkodkan seterusnya, melalui record ini, Founder akan mengetahui sales dalam sehari serta dapat menyimpan data-data di dalam satu database. Serta boleh mengetahui jumlah agent yang berdaftar sah.

CIRI-CIRI PRODUKMenyediakan platform bagi pemasaran sebarang produk melalui online website system.

IMPAK PRODUK Memudahkan founder, agent dan dropship untuk meguruskan jualan manakala pelanggan dan pembeli boleh membeli produk dengan mudah pada bila-bila masa.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 199

WHIZZM FLIP NOTEPoliteknik Sultan Azlan Shah

TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PROJEKInovasi ini bertujuan untuk menghasilkan “WhizzM Flip Note” yang merupakan helaian nota ringkas bersama kod QR (Quick Response Code) yang membolehkan para pelajar dan pensyarah mengimbas kod tersebut lalu diakses dan boleh digunakan di dalam telefon pintar di mana-mana sahaja. “WhizzM Flip Note” ini juga mudah digunakan sama ada dari kalangan pelajar mahupun para pensyarah kerana direka bentuk dengan saiz yang kecil dan ringan serta penggunaan warna yang menarik dan sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja. Ia adalah idea inovasi yang kami bangunkan bagi memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran setiap proses yang ada dalam setiap bab dalam kursus DPB3013 Principle of Management.

PENYATAAN MASALAHPelajar yang ingin mengulang kaji pelajaran terpaksa membawa buku nota yang besar dan tidak praktikal.

Nama Penyelia: Roshidiana binti Yaakub No HP: 0126305235Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. “WhizzM Flip Note” ini juga mudah digunakan

sama ada dari kalangan pelajar mahupun para pensyarah kerana direka bentuk dengan saiz yang kecil dan ringan serta penggunaan warna yang menarik dan sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja.

ii. Projek ini adalah idea inovasi bagi memudahkan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran setiap proses yang ada dalam setiap bab dalam kursus DPB3013 Principle of Management.

IMPAK PRODUK Impak produk kepada pelajar dan pensyarah politeknik secara keseluruhaanya terutamanya dalam kursus DPB3013 Principles of Management.

KLUSTER

Pelancongandan Hospitaliti

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019198

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 201

SAVENT ECO –FRIENDLY COASTER Politeknik Ibrahim Sultan

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PRODUK Penggunaan santan di dalam kebanyakan juadah masyarakat Malaysia menyumbang kepada penghasilan hampas kelapa parut. Hampas kelapa parut yang tidak digunakan akan dibuang dan dijadikan makanan kepada haiwan ternakan. Dengan penghasilan produk ini kami mengharapkan agar dapat mengurangkan kadar pembuangan hampas kelapa malah diaplikasikan kepada pembuatan guna semula untuk dikomersialkan di industri perhotelan.

PENYATAAN MASALAH Langkah pertama dalam memulakan kajian adalah penyataan masalah tentang topik yang dipilih. Penyataan masalah ini adalah penting untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan kajian iaitu menjadikan hampas kelapa parut yang dibuang begitu sahaja sebagai bahan utama untuk menghasilkan SAVENT Eco-Friendly Coaster.

Nama Penyelia: Nor Fazirah binti KusinNo Hp: 0132561226Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Amalan pengurusan sisa pepejal dan konsep

hijau.ii. Produk menggunakan barangan kitar semula

yang tidak digunakan.

IMPAK PRODUK i. Dapat dikomersilkan secara meluas di industri

perhotelan atau restoran.ii. Pengguna dapat menggunakan Coaster dengan

lebih mudah kerana ketahanan yang kuat.iii. Produk dapat digunakan sebagai barangan

cenderamata.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019202

PROSPEROUS BPEELS NOSHPoliteknik Ibrahim Sultan

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PRODUK Prosperous BPeels Nosh merupakan produk inovasi makanan yang memaksimumkan penggunaan kulit pisang sebagai bahan asas dalam pembuatannya. Produk ini sesuai dijadikan sebagai makanan ringan, yang sihat serta berpotensi menjadi makanan sarapan kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi datang daripada kulit pisang itu sendiri. Selain kulit pisang, produk juga diperkaya dengan multigrain, buah-buahan kering seperti kismis serta madu. Emping ini dihasilkan tanpa penggunaan lemak tepu, pewarna tambahan, perasa tiruan, rendah kandungan lemak dan garam serta tinggi kandungan serat dan karbohidrat.

PENYATAAN MASALAHPisang ataupun nama saintifiknya Musa adalah daripada keluarga Musaceae. Di Malaysia, tanaman pisang diusahakan di kebanyakan negeri-negeri. Walau bagaimanapun, kawasan yang terbesar pengeluaran terletak di negeri Pahang dan Perak Zat khasiat yang tinggi pada kulit pisang sesuai untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan. Fokus utama menghasilkan formulasi terbaik snack daripada kulit pisang,diperkaya dengan multigrain serta kismis ataupun nama saintifiknya Vitis Vinifera

Nama Penyelia: Azizah binti Ahmad SahNo Hp: 0122378494

Email: [email protected]

untuk dijadikan sebagai sajian sarapan pagi serta berpotensi untuk dijadikan makanan sampingan dan makanan jajanan.

CIRI-CIRI PRODUKi. Kandungan karbohidrat, serat yang tinggi,

rendah kandungan lemak dan garam.ii. Mempunyai antioksidan yang boleh menghalang

radikal bebas dan meningkatkan penghadaman.

IMPAK PRODUKi. Zat khasiat yang tinggi pada kulit pisang sesuai

untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan.ii. Rasanya yang enak, berkhasiat dan mudah

disediakan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 203

BLUESKY KELUPISPoliteknik Kota Kinabalu

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PRODUK Projek ini menginovasikan kuih Kelupis tradisional dari segi masa penyediaan dan penggunaan kos yang tinggi dalam penyediaan bahan mentah.

PENYATAAN MASALAH Kuih Kelupis tradisional memerlukan masa yang lama untuk disediakan dan kos penyediaan juga adalah tinggi. Secara tradisional, kuah kari selalunya disediakan berasingan dan menyebabkan penyediaanya melibatkan beberapa langkah yang berbeza.

CIRI-CIRI PRODUK i. Bluesky Kelupis mempunyai inti kari ayam yang

boleh dimasak sekaligus tanpa melibatkan langkah penyediaan berbeza.

ii. Berwarna biru, berbanding Kelupis tradisional yang berwarna putih.

Nama Penyelia: Melin binti JopinNo Hp: 088493623Email: [email protected]

IMPAK PRODUK i. Lebih senang dimasak, menjimatkan masa dan

kos.ii. Warna yang lebih menarik dan meningkatkan

nilai tarikan Kelupis kepada penggemar makanan tradisional.

iii. Berfaedah untuk mengekalkan makanan tradisional Sabah ini kepada generasi akan datang.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019204

HERBA PILIS MODEN(PIMO HERBS)Politeknik Merlimau

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PRODUK Perubatan tradisional banyak menggunakan bahan-bahan tempatan asli seperti tumbuh-tumbuhan, herba, bahan-bahan semulajadi dan sebagainya untuk dijadikan sebagai ubat. Perubatan tradisional dengan istilah lainnya ialah perubatan alternatif. Antara jalan penyelesaian untuk 17 gejala selepas bersalin untuk wanita mengikut perubatan tradisional adalah pilis. Pilis adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi.

PENYATAAN MASALAHKandungan asal pilis tradisional adalah kulit kayu manis, bunga cengkih, tepung beras dan air asam jawa sahaja. Apabila ditambah baik pilis tersebut masih mengunakan bahan asal dan ditambahkan dengan beberapa bahan baru antaranya daun pudina, akar taih angin dan biji pala. Kebiasaannya pes pilis akan disapu pada bahagian muka dan anggota tertentu wanita yang berpantang. Pes ini mudah terkena kotoran dan juga mendatangkan kesan estetik yang tidak menarik kepada pakaian.

Nama Penyelia: Mohd Razali bin HasamNo Hp: 0197793619

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Reka bentuk PiMo Herbs adalah segi empat

tepat, sesuai menutupi dahi yang dibuat daripada pembalut kain kasa yang biasa digunakan untuk membalut luka.

ii. Kandungan PiMo Herbs adalah rempah biji, akar taih angin, bunga pala, biji pala, beras, dan rempah ratus terpilih serta daun pudina.

iii. Mempunyai pelekat pada bahagian kiri dan kanan pilis supaya ia tetap pada dahi pengguna walaupun semasa bergerak.

IMPAK PRODUKi. Pembungkusan inovasi yang memudahkan PiMo

Herbs untuk dibawa kemana sahaja.ii. Jaminan kekemasan dan keselesaan semasa

menggunakan PiMo Herbs.iii. Mempunyai bau yang menyenangkan berbanding

pilis tradisional sedia ada.iv. Menyelesaikan masalah sakit kepala dan angin

dalam badan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 205

DE HACK WAXPoliteknik METrO Betong

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKDe Hack Wax adalah produk inovasi yang dihasilkan daripada bahan buangan iaitu minyak masak terpakai. Produk ini berasaskan tema produk mesra alam di mana ia mementingkan pengurangkan pencemaran di mana minyak masak terpakai diguna semula untuk dijadikan produk pengilat kasut. Pelbagai bau atau perisa yang dihasilkan seperti lime, lavender, green tea dan asli.

PENYATAAN MASALAHPembuangan minyak terpakai daripada penguasaha makanan yang tidak terkawal menyebabkan pencemaran alam berlaku seperti longkang atau parit tersumbat dan sungai tercemar.

Nama Penyelia: Rossi Gundie Anak JuliusNo Hp: 0138241841Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. De Hax Wax merupakan pengilat serbaguna yang

diperbuat daripada minyak masak yang terpakai. ii. Ia mempunyai pelbagai bau atau perisa seperti

lime, lavender dan green tea.

IMPAK PRODUKi. Produk ini mampu memberi kesedaran kepada

masyarakat setempat di mana ia mampu menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan bahan yang kebiasaannya dibuang, dan secara tidak lansung, kos-kos untuk menghasilkan produk ini adalah murah.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019206

CUCA STORAGEPoliteknik METrO Betong

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKCUCA Storage merupakan satu bekas penyimpanan bahan cecair berasaskan barang terpakai yang mudah didapati, murah dan menepati ciri-ciri “Produk Hijau”. Produk ini sangat sesuai untuk diguna pakai oleh mereka yang berminat melakukan aktiviti rekreasi luar seperti berkhemah, mendaki dan sebagainya. Produk ini adalah tahan lama, ringan dan sangat mejimatkan ruang, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu produk yang sangat bermanfaat untuk pengguna.

PENYATAAN MASALAHBarang-barang terpakai yang di perbuat dari logam sering dibiarkan tanpa penggunaan semula. Barang-barang terpakai boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak disimpan atau diurus dengan betul. Dengan menukarkan barang-barang tersebut kepada tempat penyimpanan barang, ia sekaligus dapat mengurangkan pencemaran dan mempelbagaikan lagi produk - produk hijau yang terdapat di pasaran.

CIRI-CIRI PRODUKi. Tahan Lasak- produk ini di perbuat dari logam

yang tahan lama dan tidak mudah rosak. Apabila telah disapu cat, ia bukan sahaja akan kelihatan

Nama Penyelia: Ariff Shafiq bin HamidiNo Hp: 0176086794

Email: [email protected]

menarik tetapi dapat di gunakan untuk satu jangka masa yg lama.

ii. Mudah Digunakan- pengunaannya adalah mudah dan ringkas kerana ianya hanya terdiri dari kompartmen penyimpanan dibahagian dalam dan juga selak kunci untuk menutup dan membuka.

iii. Saiz yang sesuai- produk ini sangat sesuai untuk di bawa kemana-mana kerana ianya ringan dan saiz yang tidak terlalu besar. Oleh yang demikian ia tidak mengambil ruang yang banyak apabila di simpan.

IMPAK PRODUKi. Mempelbagaikan lagi produk di pasaran yang

berasaskan dari barang- barang terpakai.ii. Menyahut seruan kerajaan dalam menggunakan

“Produk Hijau” dalam kehidupan seharian.iii. Menerapkan pengunaan “Produk Hijau” dalam

sektor pelancongan rekreasi seperti Camping, Hiking dan lain - lain lagi.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 207

LUPINA EBANI’XPoliteknik METrO Betong

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKKeindahan wanita suku kaum asal Borneo seperti Kaum Iban diukur dari pakaian tradisional yang sarat dengan aksesori yang sangat menarik seperti Tangu dan Sementing Iban. Lupina Ebani’x ini dihasilkan dengan penggunaan bahan-bahan yang lebih menyerlah ketrampilannya tetapi tetap bermutu dan murah.

PENYATAAN MASALAHDiperbuat daripada koin perak atau logam yang dilampirkan satu sama lain dan menghasilkan bentuk tali pinggang. Mengambil masa terlalu lama dan sukar dibuat. Penggunaan duit syiling penjajahan tidak dibenarkan kerana duit syiling bernilai tinggi untuk Malaysia. Aksesori ini mungkin akan dilupakan jika tiada usaha untuk memeliharanya.

Nama Penyelia: Imelda Richard FuchauNo Hp: 0198069585Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Menggunakan sumber alternatif lain, iaitu

kerang seperti scallop, cowrie, Terebra Turritella dan lain-lain jenis cengkerang.

IMPAK PRODUKi. Dipasarkan secara global untuk memperkenalkan

budaya Iban.ii. Bukan sahaja bergaya dan inovatif, tetapi

juga akan menjadi produk baru untuk sektor kraftangan.

iii. Produk ini boleh diedarkan dan dipasarkan dalam industri pelancongan dan juga menghasilkan pendapatan baru untuk masyarakat tempatan, kerajaan, dan negara.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019208

FIBRAL DE’ COCO’S CRAFTPoliteknik METrO Betong

LATAR BELAKANG PROJEKFibral De ’Coco’s Craft adalah produk berdasarkan sekam kelapa. Inovasi produk terhasil dari sekam kelapa adalah kusyen ataupun bantal dan kraf tangan seperti gantungan kunci. Sabut kelapa adalah serat semula jadi yang diekstrak dari sekam kelapa. Fibral De ‘Coco’s Craft cushion adalah produk yang sesuai digunakan di dalam rumah dan kereta kerana sekam kelapa yang tahan lama, tidak beracun, tidak berbahaya dan merupakan produk hijau semula jadi yang sesuai sebagai bahan mentah untuk kraf tangan.

PENYATAAN MASALAHBerdasarkan kajian, kami mendapati bahawa pemotongan kayu telah berlangsung tanpa henti dan membuat hutan menjadi botak. Kelapa dikatakan sebagai pokok penggunaan 1,001 dengan setiap bahagian pokok mempunyai kegunaan sendiri dan dapat dihasilkan. Pada masa ini, rumah hijau semakin meningkat kerana pemotongan kayu tanpa henti. Kesan rumah hijau adalah proses di mana radiasi dari atmosfera planet memanaskan permukaan planet ke suhu di atas apa yang akan ada tanpa atmosferanya. Jadi, penyelidik akan menghasilkan produk yang dapat mengurangkan pencemaran.

Nama Penyelia: Emilyn Anak NojenNo Hp: 0145904153

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Kelebihan sekam kelapa sebagai pengganti kapas

untuk pembuatan bantal kerana kelenturannya yang sangat baik, tahan lama, tidak berbau, dan mempunyai tahap pencemaran yang rendah (Biodegradability).

ii. Bantal serat kelapa ini anti-bakteria (kuman), anti-air (apabila terkena air senang dibersihkan dan cepat kering) dan selamat digunakan.

IMPAK PRODUKi. Untuk mempromosikan sekam kelapa sebagai

produk yang berguna dan menarik dalam industri pelancongan tempatan.

ii. Menjadikan produk kraftangan ini sebagai pendapatan sekunder yang menyumbang keuntungan kepada masyarakat setempat.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 209

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

KERBTEL HANDICRAFTSPoliteknik METrO Betong

LATAR BELAKANG PROJEKKerbTel Handicrafts adalah produk yang menggunakan bahan-bahan seperti kulit telur dan kadbod telur berasaskan kertas. Tujuan keseluruhan kajian ini adalah untuk menyedari orang bahawa sampah harian seperti kulit telur bekas dan kadbod telur berasaskan kertas dapat dikitar semula dan mengubahnya menjadi cenderahati yang unik.

PENYATAAN MASALAHSebilangan besar pengguna yang memakan telur akan membuang kulit telur ke tong sampah dan sisa kulit telur juga biasanya dilihat di tepi jalan atau di sekitar restoran yang akan menyebabkan bahagian tepi jalan menjadi kotor. Berdasarkan pandangan penyelidik bahawa tidak banyak orang tahu tentang cara membuat kraftangan dari pelbagai bahan dan walaupun ada di antaranya mungkin memandang rendah produk kraftangan kerana mereka berpendapat bahawa bahan rapuh seperti kulit telur dan tempurung telur tidak mungkin dijadikan kraftangan.

Nama Penyelia: Emilyn Anak NojenNo Hp: 0145904153Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Hasil tangan kraftangan seni lebih kukuh yang

diperbuat daripada bahan rapuh.ii. Produk kraftangan daripada bahan kitar semula.

IMPAK PRODUKi. Fokus utama untuk mengembangkan kaedah

bagaimana mengubah kulit telur dan kadbod telur menjadi kerajinan yang kukuh.

ii. Perkara penting mengenai kraftangan ini adalah untuk mendedahkan kepada masayarakat setempat terutamanya untuk menghargai nilai kraftangan dari segi ekonomi dan kaedah pengeluaran serta memberi peluang kepada penduduk untuk meningkatkan pendapatan melalui kraftangan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019210

BREADFRUIT CORDIALPoliteknik METrO

Kuala Lumpur

LATAR BELAKANG PROJEKBreadfruit (Artocarpus altilis) ataupun sukun merupakan tumbuhan ruji yang berasal dari Oceania. Selain dari dijadikan makanan, terdapat pelbagai jenis kegunaan yang boleh dihasilkan dari tumbuhan ini seperti ubat-ubatan, makanan haiwan, penghalau serangga dan sebagainya. Sukun atau Breadfruit kaya dengan sumber karbohidrat, mineral dan vitamin.

PENYATAAN MASALAHMalaysia adalah sebuah negara yang turut terlibat dengan masalah penyakit diabetes dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan statistik kumpulan etnik yang mengalami masalah diabetes tertinggi adalah etnik India sebanyak 24.9%, diikuti dengan Melayu 19.9% dan Cina dengan 13.8% (Winnie Chee, 2015). Breadfruit adalah salah satu ubat tradisional diabetes yang disediakan dan dimakan untuk membantu mengawal tahap gula dalam darah. Breadfruit adalah sumber yang baik dan terdiri daripada karbohidrat, protein, serat makanan, asid lemak, pro-vitamin A, kalium, dan kalsium.

Nama Penyelia: Kapten Bersekutu (PA)Dr Sharifah Rahifa binti Syed Mustafa

No Hp: 01165281998Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk berbentuk cecair yang menghasilkan pati

minuman dari buah sukun.ii. Kordial ini perlu ditambah dengan air untuk

diminum.

IMPAK PRODUKi. Breadfruit Cordial adalah minuman sihat kerana

mengandungi pelbagai khasiat buah itu sendiri.ii. Produk ini membantu pengguna mendapatkan

khasiat buah sukun secara minuman berkordial.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 211

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PUMPKIN CRACKERSPoliteknik METrOKuala Lumpur

LATAR BELAKANG PROJEKLabu adalah salah satu jenis tumbuhan dari keluarga Curcubita termasuk timun dan labu. Labu kuning dianggap sebagai raja beta karotena. Kelebihan beta karotena dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah penyakit jantung dan kanser. Labu mengandungi kalori, lemak, protein, karbohidrat, serat, Vitamin A, Vitamin C, Kalium, Tembaga, Mangan, Vitamin B2, Vitamin E, Besi, Kalsium dan Mineral. Vitamin A dan C membantu tubuh untuk meningkatkan sistem imun dengan baik.

PENYATAAN MASALAHDi Malaysia, labu digunakan secara meluas untuk makanan tradisional seperti ‘Masak Lemak Labu’, ‘Labu Bubur’, ‘Keria Labu’ dan lain-lain. Produk ini harus dikenalkan kepada setiap generasi termasuk anak-anak, remaja dan warga emas kerana produk ini adalah salah satu makanan Sunnah. Generasi kini lebih memilih makanan segera dibandingkan dengan makanan Sunnah kerana ia lebih mudah diakses. Pengambilan makanan segera ini boleh menyebabkan kanser, obesiti, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain. Oleh itu, kami membuat produk baru berdasarkan labu kerana nutrien yang baik.

Nama Penyelia: Nur Husna binti ZainalNo Hp: 0193771767Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk berbentuk snek makanan ringan yang

berkhasiat dihasilkan dari labu.ii. Mudah dimakan dimana sahaja.

IMPAK PRODUKi. Produk yang mudah untuk dimakan dan ia

sesuai untuk setiap generasi termasuk kanak-kanak, remaja dan warga emas.

ii. Sesuai untuk dikomersilkan di pasaran dan sesuai dengan operasi hotel sebagai produk pastri.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019212

ROJAK POWDER MIXPoliteknik METrO

Kuala Lumpur

LATAR BELAKANG PROJEKMalaysia sebuah negara pelbagai kaum sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya bermula daripada pembuka selera sehingga kepada pencuci mulut. Umum mengetahui bahawa makanan pembuka selera ini selalunya mempunyai rasa yang sedikit masam dan pedas kerana rasa-rasa ini mampu menambahkan lagi selera pengguna. Rojak buah merupakan salah satu pembuka selera yang sangat sinonim di negara ini. Campuran pelbagai buah-buahan di dalam rojak ini menjadikan ia sesuai dimakan untuk semua jenis golongan.

PENYATAAN MASALAHProses menyediakan kuah rojak secara tradisional mengambil masa serta rumit untuk menyediakannya. Inovasi produk ini senang disediakan dan mempunyai rasa yang sama dengan kuah rojak yang sedia ada di pasaran. Saiz yang kecil dan ringan memudahkan pengguna membawa ia ke mana-mana sahaja serta menjimatkan masa penyediaannya.

Nama Penyelia: Nurul Hafawati binti IsmailNo Hp: 0132561226

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Campuran bahan-bahan kuah rojak menjadi

serbuk. ii. Kuah rojak yang mudah disediakan hanya perlu

menambah air ke dalam serbuk Rojak Powder Mix mengikut kuantiti yang diperlukan.

iii. iii.Sifat produk yang ringan, kering dan pembungkusan yang menarik.

IMPAK PRODUKi. Produk ini membantu pengguna untuk

menikmati kuah rojak pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dengan mudah dan segera.

ii. Produk ini mempunyai nilai komersil kerana ia adalah cara baharu menikmati kuah rojak dengan mudah dan segera.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 213

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

CHOGO CREAMERPoliteknik METrOKuala Lumpur

LATAR BELAKANG PROJEKSusu kambing biasanya diproses ke dalam keju, mentega, ais krim, yogurt dan produk lain. Susu kambing mengandungi asid lemak sederhana yang berupaya mengurangkan tahap kolesterol dan membantu merawat penyakit koronari. Di masa yang sama khasiat susu kambing ini boleh meningkatkan tahap kolesterol yang baik dan memberi manfaat tambahan kepada jantung. Susu kambing boleh memberikan lebih daripada 100% keperluan harian kalsium dewasa, dan kalsium dalam susu.

PENYATAAN MASALAHRakyat Malaysia masih kurang kesedaran kesihatan pemakanan seimbang dan ditambah dengan gaya hidup yang kurang bersenam menyebabkan mereka terdedah dengan penyakit darah tinggi. Ini termasuklah pengambilan makanan tinggi gula, garam dan kandungan lemak. Susu kambing mengandungi tinggi nutrisi, vitamin utama untuk tubuh badan dan kandungan mineral. Penghasilan

Nama Penyelia: Kapten Bersekutu (PA)Dr Sharifah Rahifa binti Syed MustafaNo Hp: 01165281998Email: [email protected]

produk inovasi Chogo Creamer menggunakan sepenuhnya susu kambing. Ini kerana susu kambing di Malaysia jarang digunakan dalam banyak produk. Kebanyakan produk berasaskan susu lembu.

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk berbentuk krim susu kambing yang

berperisa coklat. ii. Pembungkusan yang kecil dan ringan.

IMPAK PRODUKi. Produk kami adalah produk yang mesra kerana

ia mudah untuk dibawa dan digunakan.ii. Sesuai untuk hidangan makanan pastri di hotel.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019214

AMLA AYURISM DRINKPoliteknik METrO

Kuala Lumpur

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKGooseberry India yang dikenali dengan nama Amla atau Nellikai dalam bahasa Tamil mempunyai rasa yang pahit dan masam tetapi sangat berkhasiat. Disebabkan sifat antioksidannya yang kuat, ia sering digunakan di dalam ubat Ayurveda untuk meningkatkan kesihatan kulit dan rambut, dan juga untuk kekebalan badan secara keseluruhan.

PENYATAAN MASALAHSebab utama mengapa orang tidak memilih Amla sebagai pilihan makanan adalah kerana rasa yang pahit. Generasi muda masih tidak mengenali khasiat buah amla ini kerana hanya masayarakat tradisi india yang memakannya. Amla mengandungi khasiat nutrien A dan C serta chromium yang mempunyai khasiat yang berguna untuk pesakit diabetes.

Nama Penyelia: Nurul Hafawati binti IsmailNo Hp: 0132561226

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk Amla Ayurism berbentuk uncang teh. ii. Pengguna hanya perlu merendam uncang Amla

Ayurism ke dalam air panas dan terus boleh menikmati hidangan minuman ini.

IMPAK PRODUKi. Penggunaan serbuk jus Amla yang mudah dan

cepat kerana hanya perlu menambah air panas sahaja.

ii. Produk kami diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa bahan pengawet supaya pengguna boleh minum tanpa sebarang bahan tambahan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 215

SWEET POTATO BUTTERPoliteknik METrOKuala Lumpur

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKSweet Potato Butter adalah merupakan satu produk makanan yang dihasilkan dari ubi jalar spesies batom ipomoea yang berasal dari Amerika Tengah atau Selatan dan banyak ditanam di negara ini. Ubi keledek terdapat dalam pelbagai saiz dan warna yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan dan serat. Ia adalah salah satu sayur yang paling berkhasiat.

PENYATAAN MASALAHUbi keledek digunakan secara meluas dalam makanan tradisional dan makanan pelbagai kaum di negara ini seperti kuih keria, currypuff, pengat ubi dan lain-lain. Generasi kini lebih memilih proses atau makanan segera berbanding dengan makanan tradisional kerana ia lebih mudah diperolehi dan menjimatkan kos.

Nama Penyelia: Nur Husna binti ZainalNo Hp: 0193771767Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk berbentuk pes sapuan. ii. Produk mudah digunakan hanya perlu menyapu

pes sapuan keatas roti atau biskut.

IMPAK PRODUKi. Produk kami mudah dimakan dan menjimatkan

masa. ii. Sesuai untuk dikomersilkan di pasaran dan

sesuai untuk operasi hotel sebagai produk pastri.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019216

KIUB KERABU YUMMYLICOUSPoliteknik METrO Kuantan

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKKerabu adalah hidangan yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Negeri Kelantan. Satu hidangan kerabu yang lengkap mengandungi campuran sayur racik, protein dan pes serta sos khusus yang memberikan rasa masam dan pedas terhadap ulam-ulaman. Produk ini bertujuan untuk mengurangkan dan mengelakkan pembaziran bahan mentah seperti bunga kantan dan serai. Oleh itu, kiub kerabu dihasilkan sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini. Penghasilan kiub kerabu mengambilkira penilaian deria (rasa, bau, tekstur dan warna) responden. Penggunaan kiub kerabu dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan kerabu dengan mudah dan dapat dihidangkan dalam jangka masa yang singkat.

PENYATAAN MASALAHDi Malaysia, rata-rata penduduk cenderung memilih pelbagai makanan segera yang mudah di pasaran. Semakin ramai masyarakat tidak menyediakan makanan sendiri di rumah tetapi cenderung untuk membeli makanan di luar. Penyataan masalah bagi kajian ini adalah kekangan masa di kalangan pekerja dan pelajar dalam menyediakan makanan berasaskan ulam-ulaman. Manakala, bagi pelancong muslim sukar untuk mendapatkan sumber makanan halal semasa perjalanan dan sukar mendapatkan bahan mentah untuk membuat kerabu.

Nama Penyelia: Nurrul Hasanah binti Md TeniNo Hp: 0192365549

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Pembungkusan yang kecil dan padat

memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. ii. Rupa bentuk kiub yang hanya perlu digaulkan ke

dalam ulam.iii. Kiub kerabu ini tidak mengandungi sebarang

bahan pengawet, rasa dan warna tambahan.

IMPAK PRODUKi. Menawarkan produk makanan yang unik dan

berbeza dari bahan segar bagi produk berasaskan ulam-ulaman.

ii. Memudahkan penyediaan bahan dalam pembuatan kerabu dan memperkenalkan kerabu sebagai makanan tradisional kepada masyarakat di luar negara.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 217

MY TG KITPoliteknik METrO Kuantan

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKMY TG Kit adalah produk inovasi yang dapat membantu pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan dalam aktiviti praktikal sebagai pemandu pelancong, khususnya teknik pemandu pelancong. Disamping itu, MY TG Kit ini dilengkapi dengan semua kelengkapan asas yang diperlukan oleh seseorang pemandu pelancong profesional dalam melaksanakan tugas, menjalankan lawatan dan memberi maklumat yang diperlukan mengenai destinasi pelancongan. Produk inovasi ini terdiri daripada gabungan maklumat buku panduan pemandu pelancong, kit mikrofon dengan pembesar suara dan output USB kuasa solar dengan power bank.

PENYATAAN MASALAHPemandu pelancong sukar memastikan semua peralatan lengkap dan tersedia untuk menyampaikan komentari dengan jelas dan produktif. Kesukaran menyampaikan komentari kerana kekurangan peralatan lawatan berpandu. Pemandu Pelancong sukar untuk membawa semua peralatan secara berasingan dan cenderung untuk terlupa membawa

Nama Penyelia: Surayahanim binti AliNo Hp: 0134921223Email: [email protected]

peralatan tersebut. Kehabisan sumber kuasa bateri telefon pintar menjadi isu kepada pemandu pelancong kerana ia merupakan sumber rujukan dan panduan bagi memastikan aktiviti mereka berada di landasan yang betul, untuk berhubung dengan pelancong semasa lawatan dan sebagai panduan navigasi peta laluan.

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk ini terdiri daripada kebanyakan

peralatan yang diperlukan oleh pemandu pelancong profesional (buku nota, pembesar suara, mikrofon, power bank dan juga output pengecasan tenaga solar dan nota pemandu pelancong).

IMPAK PRODUKi. Membantu menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh industri pelancongan secara amnya dan pemandu pelancong secara khusus.

ii. Produk ini akan membantu pemandu pelancong untuk menjalankan tugas mereka dengan mudah.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019218

BERADU D’DESAPoliteknik METrO Kuantan

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKBeradu D’Desa adalah laman sesawang yang mengumpulkan maklumat tentang inap desa (homestay) yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Menerusi laman sesawang www.beraduddesa.com, semua maklumat dikumpulkan dengan hanya satu pautan ringkas ataupun melalui imbas kod QR yang akan terus menghubungkan pengguna ke laman tesebut.

PENYATAAN MASALAHPenyalahgunaan perkataan homestay dalam industri pelancongan pada masa kini telah menjadi penggerak utama kewujudan laman sesawang Beradu D’Desa ini. Selain kekurangan sumber informasi tentang inap desa (homestay) yang berdaftar di Malaysia, Beradu D’Desa merupakan inovasi promosi tanpa kertas yang mesra alam dan mesra pengguna bagi pengguna-pengguna yang mendambakan maklumat yang tepat dan terkini tentang inap desa di Malaysia. Kewujudan Beradu D’Desa mensasarkan agar pemain dan pengguna industri pelancongan lebih celik dan peka dalam konsep pelaksanaan inap desa (homestay) yang sebenar.

Nama Penyelia: Effa Izzati binti MahmunNo Hp: 0128865019

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Fokus kepada inap desa yang berdaftar di

Malaysia.ii. Berpusat (maklumat tentang inap desa di satu

laman sesawang tanpa perlu pautan ke laman lain dan menggabungkan semua informasi yang relevan dan penting).

IMPAK PRODUKi. Menerusi Beradu D’Desa, semua maklumat

dikumpulkan dan boleh menjadi sumber rujukan dalam industri pelancongan.

ii. Dengan adanya laman sesawang ini, pemilik inap desa (homestay) dapat menyalurkan maklumat tentang perkhidmatan mereka dan memudahkan pelancong untuk mencari maklumat dan membandingkan perkhidmatan inap desa yang menjadi pilihan mereka.

iii. Kolaborasi dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Persatuan Homestay Malaysia telah terhasil.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 219

BRILLIANT CB MAPPoliteknik METrO Kuantan

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

LATAR BELAKANG PROJEKProduk ini merupakan inovasi pendidikan yang dibangunkan bertujuan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar Politeknik Malaysia yang mengikuti Kursus DTM6052, Consumer Behaviour. Dengan berpandukan silibus Politeknik dan nota terkini, sebuah buku yang memaparkan penggunaan peta minda sebagai ringkasan kepada keseluruhan maklumat mengikut setiap bab telah diwujudkan. Selain peta minda, mnemonik juga telah dicipta sebagai alat untuk membantu ingatan dan memudahkan para pelajar mengingati fakta di dalam DTM6052.

PENYATAAN MASALAHKursus DTM6052, Consumer Behaviour merupakan kursus yang memerlukan pelajar memahami konsep dan mengingati fakta tentang sesuatu topik. Rungutan para pelajar tentang kursus ini seringkali berkisarkan tentang tahap kesukaran konsep yang dipelajari dan fakta yang terlalu banyak untuk difahami. Pencapaian pelajar Politeknik METrO Kuantan di dalam kursus ini juga menunjukkan statistik yang kurang memuaskan dan kursus

Nama Penyelia: Effa Izzati binti MahmunNo Hp: 0128865019Email: [email protected]

ini dilabel sebagai salah satu kursus sukar dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, Brilliant CB Map dibangunkan untuk membantu pembelajaran mereka.

CIRI-CIRI PRODUKi. Fokus kepada peta minda dan mnemonik.ii. Buku yang kecil dengan maklumat yang ringkas

dan padat serta mudah dibawa.

IMPAK PRODUKi. Menerusi produk ini, para pensyarah yang

mengajar kursus ini boleh menggunakan kaedah mnemonik bagi memudahkan pelajar mengingati sesuatu fakta penting. Teknik mnemonik merupakan strategi kognitif dalam meningkatkan keupayaan ingatan pelajar.

ii. Selain itu, peta minda yang dibangunkan juga dapat membantu pelajar memahami hubungan atau perkaitan dalam sesuatu maklumat atau fakta yang dipelajari.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019220

JEJARI UMBUT KELAPA SAWITDAN PEGAGAPoliteknik METrO Kuantan

LATAR BELAKANG PROJEKUmbut kelapa sawit boleh didapati daripada pokok kelapa sawit di kampung dan tanah rancangan persekutuan seperti Felda. Antara masakan tradisional yang terkenal adalah umbut masak lemak kuning, masak lemak putih dan acar umbut yang sering dijumpai di Felda kerana terdapat penanaman pokok kelapa sawit yang meluas. Produk ini diformulasi dari jejari umbut kelapa sawit dan pegaga. Hasil kajian membuktikan bahawa jejari umbut kelapa sawit dan pegaga memenuhi 93% standard kualiti, rasa, penampilan dan penerimaan keseluruhan produk.

PENYATAAN MASALAHTidak ramai diantara kita yang tahu umbut pokok kelapa sawit boleh dimakan, hasil kajian terdahulu mendapati umbut pokok kelapa sawit hanya dimakan terutamanya oleh penduduk di felda sebagai makanan semasa perayaan atau kenduri perkahwinan. Penyataan masalah yang dapat disebutkan di sini adalah apabila pokok kelapa sawit ditebang dan umbut kelapa sawit secara tidak

Nama Penyelia: Nurrul Hasanah binti Md TeniNo Hp: 0192365549

Email: [email protected]

langsung dibuang dan menyebabkan pembaziran. Ini berlaku kerana kurangnya pendedahan penggunaan umbut kelapa sawit. Selain itu, masih tiada produk makanan yang dikomersilkan berasaskan umbut kelapa sawit.

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk ini mempunyai serat dan sumber tenaga

yang tinggi. ii. Ia juga mempunyai jangka hayat yang panjang

selain mudah disediakan dan cepat, sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.

iii. Pembungkusan produk direka padat bagi memudahkan ruang penyimpanan.

IMPAK PRODUKi. Mengeksploitasi penggunaan umbut kelapa sawit

sepenuhnya. ii. Meningkatkan kesedaran mengenai pengeluaran

produk makanan sihat berasaskan tumbuh-tumbuhan.

iii. Menambah pelbagai produk makanan sejuk beku di pasaran tempatan.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 221

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

SHRIMEE: SHRIMP SHELL NOODLE Politeknik METrO Kuantan

LATAR BELAKANG PROJEKShrimee adalah produk inovasi yang dihasilkan dengan menggunakan ekstrak kulit udang tanpa campuran bahan pengawet. Kulit udang sering dibuang kerana dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh dimakan dan tidak boleh dijadikan produk. Ini memberikan kesan kepada alam sekitar disebabkan oleh sikap manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sisa makanan secara berlebihan.

PENYATAAN MASALAHPada masa kini, orang ramai tidak mengetahui tentang kebaikan kulit udang atau makanan laut. Cengkerang makanan laut biasanya menjadi sisa makanan terbuang atau sampah terutamanya dalam industri makanan. Tiada kewujudan produk yang berasaskan kulit udang atau cengkerang makanan laut di pasaran Malaysia. Pengguna takut untuk membeli produk mi di pasaran kerana kebanyakan mengandungi bahan pengawet. Bahan pengawet adalah bahan yang dapat memberi daya tahan terhadap produk tetapi memberi kesan buruk kepada pengguna.

Nama Penyelia: Sadariah binti Mohd AriffNo Hp: 01136883898Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk Shrimee adalah mi yang berasaskan sisa

makanan iaitu kulit udang. ii. Produk inovasi ini menggunakan ekstrak kulit

udang dan tidak menggunakan bahan pengawet makanan.

IMPAK PRODUKi. Inspirasi kepada pengguna atau pengeluar

perkhidmatan makanan untuk menghasilkan produk baru berasaskan sisa makanan disamping memelihara alam sekitar.

ii. Memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kelebihan kulit udang.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019222

WRISTBANDFLOATING DEVICEPoliteknik METrO Kuantan

LATAR BELAKANG PROJEKWristband Floating Device adalah salah satu alat yang dapat menolong pelajar dan pensyarah semasa menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran renang. Produk ini juga membantu pelajar di dalam kursus DTM3053 Rekreasi Marin kerana mereka boleh menguasai teknik berenang dengan bantuan alat ini. Objektif kajian ini diadakan adalah untuk menghasilkan satu alat yang membantu pelajar berasa yakin ketika berada di dalam air sewaktu latihan praktikal berenang.

PENYATAAN MASALAHPelajar Diploma Pengurusan Pelancongan yang mengambil kursus DTM3053 Rekreasi Marin kurang mahir untuk berenang dan tidak yakin apabila berada di dalam air. Pelajar lebih bergantung kepada jaket keselamatan ketika membuat latihan praktikal berenang. Walaubagaimanapun, jaket keselamatan yang digunapakai sekarang mempunyai saiz yang besar dan hanya membantu pelajar untuk terapung sahaja.

Nama Penyelia: Nurhidayah binti Hilimi No Hp: 0179820557

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Mempunyai wisel untuk ditiup ketika kecemasan.ii. Lebih mudah dipakai ketika berada di dalam air.iii. Saiz produk yang lebih kompak dan kecil.

IMPAK PRODUKi. Meningkatkan kebolehan dan ilmu pengetahuan

tentang berenang.ii. Sebagai alat inovasi baru di dalam pengajaran

dan pembelajaran.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 223

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

“FROM METRO TO MUADZAM” AN INTEGRATED EDUTOURISM

PILOT PROJECT” Politeknik METrO Kuantan

LATAR BELAKANG PROJEKPakej Edutourism merupakan satu program untuk mengembangkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan pendidikan. Sehingga ke hari ini, masih tiada pakej Edutourism yang dikembangkan dalam konteks Politeknik Malaysia dan tahap kesedaran dan kesediaan di kalangan masyarakat politeknik masih belum diketahui. Projek ini bertujuan untuk mengembangkan pakej Edutourism dan oleh itu, kajian rintis secara integrasi antara Politeknik METrO Kuantan (PMKU) dan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Pahang telah dilaksanakan.

PENYATAAN MASALAHStatistik pelancong pendidikan (edutourist) antarabangsa di Malaysia telah menunjukkan penurunan sedangkan kerajaan Malaysia mensasarkan untuk menarik 200,000 edutourist antarabangsa pada tahun 2020. Disebabkan ketetapan ini serta kekurangan pakej Edutourism yang ditawarkan oleh institusi tempatan di Malaysia, kumpulan penyelidik dari PMKU dan PMS mencadangkan pakej Edutourism yang

Nama Penyelia: Norhaslin binti Abu HassanNo Hp: 0123052091Email: [email protected]

diharapkan dapat membantu kerajaan Malaysia untuk mencapai sasaran dalam menarik pelancong pendidikan (edutourist). Integrasi pakej edutourism antara PMKU dan PMS dapat membantu dalam mempromosikan program yang ditawarkan oleh kedua-dua politeknik dan produk pelancongan tempatan.

CIRI-CIRI PRODUKi. Pakej Edutourism (Pilihan-pilihan pakej) yang

mengandungi elemen pendidikan, pengetahuan, pelancongan dan peningkatan Kemahiran.

ii. Mempunyai brosur (QR code) dan video promosi.

IMPAK PRODUKi. Untuk mempromosikan politeknik sebagai

institusi alternatif untuk pembelajaran sepanjang hayat.

ii. Untuk membantu ahli pendidikan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan kos yang berpatutan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019224

COCONUT DREGSNOODLESPoliteknik METrO Kuantan

LATAR BELAKANG PROJEKHampas kelapa adalah sisa pengeluaran santan. Ianya tidak digunakan bagi tujuan lain kecuali sebagai makanan ternakan atau dibuang begitu sahaja. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menginovasi produk makanan dengan menggunakan hampas kelapa. Produk ini boleh berpotensi untuk bersaing dengan pelbagai jenis produk mi di pasaran. Selain itu, mi hampas kelapa mempunyai kandungan gluten rendah dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah toleransi gluten.

PENYATAAN MASALAHPada masa lalu, hampas kelapa telah digunakan sebagai makanan ternakan, baja organik atau dibiarkan reput secara semula jadi di ladang, dibuang atau dibakar. Meskipun digunakan kembali sebagai makanan atau makanan tambahan, ia juga dapat

Nama Penyelia: Nurhidayah binti RafieNo Hp: 0192622255

Email: [email protected]

digunakan sebagai baja organik melalui penukaran biojisim. Selain penghasilan sisa kelapa melalui operasi pemprosesan dalam industri berasaskan kelapa, sisa kelapa yang banyak juga dihasilkan di Malaysia dari gerai di mana jus kelapa dijual dan bahagian dalamnya dikisar untuk dijadikan santan.

CIRI-CIRI PRODUKTanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tambahan.

IMPAK PRODUKSebagai pilihan mi yang lebih sihat, terutama bagi mereka yang mementingkan kesihatan kerana tidak menggunakan penambah pewarna atau pengawet tambahan berbanding dengan produk yang ada di pasaran.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 225

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

SAMBEE JAMUR TIRAMPoliteknik METrO Kuantan

LATAR BELAKANG PROJEKSambee Jamur Tiram adalah produk berasaskan cendawan yang siap dimakan. Selain boleh disimpan untuk masa yang lama, cendawan juga boleh dimasak bersama semua jenis makanan lain. Ia juga merupakan pengganti protein yang menggalakkan kita untuk makan sayur-sayuran. Bahan membuat produk ini adalah mudah untuk dicari. Bahan utama yang digunakan ialah cendawan tiram kerana ia adalah tumbuhan yang mudah dijaga dan mudah didapati. Cendawan tiram hanya boleh ditanam di rumah dalam keadaan tidak terlalu panas dan proses menyediakan produk ini sama seperti membuat sambal lain.

PENYATAAN MASALAHLazimnya masyarakat kurang gemar memakan makanan jenis sayuran. Kekangan masa untuk memasak merupakan faktor utama pengguna memilih produk siap dimakan. Kekurangan pengetahuan mengenai cendawan tiram juga merupakan sebab penghasilan inovasi produk Sambee Jamur Tiram.

Nama Penyelia: Fitri Sani bin Mohammad Abdul Hakim & Siti Rohani binti Mohd IdrisNo Hp: 0129213748Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKPenghasilan produk tanpa bahan pengawet. IMPAK PRODUKi. Mewujudkan kedudukan pasaran dengan

menawarkan jenis bahan perisa yang unik dan berbeza dari bahan-bahan segar.

ii. Peluang untuk mencipta produk baru menggunakan cendawan tiram.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019226

MALAY COMMUNITY(AR BOOKLET KIT)Politeknik

Sultan Idris Shah

LATAR BELAKANG PROJEKMalay Community AR booklet kit merupakan sebuah buku nota kecil yang menggunakan konsep AR (Augmented Reality) dengan menggabungkan elemen multimedia seperti grafik, audio, video, Prezi, tulisan dan permainan uji minda dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kursus DTM10093: Tourism in Malaysia lebih menarik bagi sub-topik 3: Malaysian People and Culture yang mengfokuskan kepada komuniti Melayu di Malaysia. Malay Community booklet merangkumi maklumat berkenaan sejarah, perayaan, pakaian tradisi, makanan dan permainan tradisional serta seni persembahan komuniti Melayu di Malaysia.

PENYATAAN MASALAHPendidik sentiasa mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan dan di luar kotak pemikiran biasa untuk meningkatkan kualiti PdP, dan Augmented Reality (AR) merupakan salah satu teknologi baru yang menjanjikan potensi yang besar untuk digunakan dalam dunia pendidikan kini. Penggunaan aplikasi AR membantu pelajar untuk memahami sub-topik kursus dan memudahkan pensyarah menjadikan proses penyampaian maklumat lebih menarik.

Nama Penyelia: Aklimima binti AwangNo Hp: 0133614488

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Membantu meningkatkan minat para pelajar

dalam mempelajari dan menerokai maklumat yang ada di dalam buku nota kecil bagi sub topik Komuniti Melayu untuk kursus Tourism in Malaysia.

ii. Menggunakan bantuan gadget telefon pintar mereka yang telah dimuat turun perisian UniteAR atau QR Code.

IMPAK PRODUKi. Membantu meningkatkan minat para pelajar

dalam mempelajari dan menerokai maklumat yang ada di dalam buku nota kecil bagi sub topik Komuniti Melayu untuk kursus Tourism in Malaysia.

ii. Menggunakan bantuan gadget telefon pintar mereka yang telah dimuat turun perisian UniteAR atau QR Code.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 227

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

CEMPEDAK BERGEDILPoliteknik Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah

LATAR BELAKANG PROJEKCempedak Bergedil ini merupakan produk makanan sejukbeku yang boleh disimpan lebih lama. Penghasilannya menggunakan cempedak yang berkualiti membuatkan produk makanan ini mempunyai rasa yang unik dan enak. Produk ini dijamin dan menggunakan semua produk sumber asli dan bahan mentah.

PENYATAAN MASALAHProduk ini menjadi tumpuan pelajar, pekerja dan suri rumah yang ingin mempunyai pengalaman rasa yang berbeza dengan gaya yang unik. Kos untuk menghasilkan bergedil cempedak adalah berpatutan dan menjimatkan kerana kami ingin memenuhi keperluan pelanggan. Kami menjana idea tentang bergedil cempedak ini untuk membuat pelanggan kami merasa lebih selesa ketika mereka ingin makan makanan mereka dengan prosedur yang cepat.

Nama Penyelia: Kaharuddin bin OsmanNo Hp: 0108975089Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKCempedak Bergedil adalah produk sejuk beku yang mudah disediakan.

IMPAK PRODUKi. Produk ini membantu pengguna mendapatkan

makanan ringan dari bungkusan sejuk beku. ii. Kos untuk menghasilkan Cempedak Bergedil

sangat berpatutan dan menjimatkan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019228

SMART BREATHABLEBANDAGEKolej Komuniti Kuala Langat

LATAR BELAKANG PROJEKSmart Breathable Bandage merupakan projek inovasi yang memudahkan proses rawatan kecemasan terutamanya pada bahagian anggota tangan yang mengalami kepatahan atau kecederaan. Rekabentuk produk ini menggunakan netting fabrik bagi menggantikan kain anduh. Produk ini juga dapat dimanfaatkan bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar semasa mengikuti latihan cara-cara menghasilkan ikatan dan balutan dalam menggunakan kain anduh. Antara ciri-ciri istimewa produk Smart Breathable Bandage ini adalah penggunaan bahan-bahannya yang mempunyai permukaan yang lebih lembut, selesa dan terdapat pelekat velcro yang lebih kejap ikatannya berbanding produk sedia ada dipasaran.

PENYATAAN MASALAHBandage dipasaran kebiasaanya mempunyai jenis fabrik yang kedap dimana penggunaannya menyebabkan pengguna merasa panas dan cepat berpeluh pada bahagian tangan yang patah atau cedera. Ianya juga menimbulkan rasa tidak selesa pada bahagian bahu dan leher kerana tali yang digunakan memberi tekanan kepada anggota tersebut. Pada aspek latihan rawatan kecemasan

Nama Penyelia: Mastura binti MahmudNo Hp: 0165223451Email: [email protected]

pula, kaedah cara-cara membuat ikatan dan balutan dengan menggunakan kain anduh agak sukar untuk dipraktikkan dengan pantas. Kecekapan dan kepantasan dalam menghasilkan ikatan semasa rawatan kecemasan memerlukan kemahiran.

CIRI-CIRI PRODUKi. Mudah disarungkan kepada anggota tangan yang

mengalami kepatahan atau kecederaan.ii. Penggunaan netting fabrik yang selesa dan tidak

panas ini membenarkan pengudaraan berlaku disekeliling anggota yang cedera atau patah.

iii. Projek inovasi Smart Breathable Bandage menggunakan Augmented Reality.

IMPAK PRODUKi. Produk ini direka bagi memberi tugas

menyelamat lebih efisen dan efektif.ii. Mengelakkan daripada pengguna merasa sakit

pada bahagian bahu dan tengkuk. iii. Penggunaan klip memudahkan pengguna

memakai kain anduh tersebut dengan pantas. iv. Smart Breathable Bandage ini bersifat multi-

fungsi dan ergonomik.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 229

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

MARTABAK PIZZAKolej Komuniti Tawau

LATAR BELAKANG PROJEKMartabak merupakan sejenis makanan yang popular yang boleh didapati dalam pelbagai versi dan perisa. Martabak pizza pula adalah masakan fusion yang menggabungkan citarasa tempatan dengan Itali. Fenomena trend pemakanan rakyat Malaysia yang berani mencuba jenis masakan terbaharu telah menghasilkan martabak pizza ini. Dengan kos penyediaan yang lebih murah juga penyediaan dalam masa yang singkat. Maka, hasil makanan dapat dinikmati dengan lazatnya.

PENYATAAN MASALAHMartabak Pizza merupakan produk makanan yang menggabungkan citarasa timur dan barat dengan hasrat bersaing dalam industri makanan martabak yang sedia ada di pasaran. Ketika ini martabak dikaitkan dengan pemakanan dari Asia Selatan

Nama Penyelia: Siti Masturah binti Mat ShahNo Hp: 0132297162

Email: [email protected]

kerana penggunaan rempah ratusnya yang banyak dengan aroma tersendiri. Ianya tidak mendatangkan minat kepada segelintir golongan muda yang selalu menginginkan kelainan.

CIRI-CIRI PRODUKi. Martabak pizza adalah gabungan daripada dua

citarasa timur dan barat ke satu jenis yang baru.ii. Martabak pizza ini adalah pancake yang diintikan

dengan sos tomato, ayam, daging, sayuran, bawang dan keju parut.

IMPAK PRODUKi. Produk ini memberi kepelbagaian rasa di pasaran

untuk pilihan pengguna.ii. Martabak pizza mudah disediakan dan

mempunyai rasa yang unik.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019230

BATEKAT TRAVELPILLOW NECKKolej Komuniti Kuala Langat

LATAR BELAKANG PROJEKBatekat Travel Neck Pillow merupakan bantal sokongan kepala yang dihiasi fabrik elemen batik dan pelikat. Produk inovasi bercirikan tradisional ini sesuai dipasarkan kepada para pelawat yang datang melancong ataupun rakyat Malaysia sendiri yang berhasrat untuk melancong ke luar negara. Ciri-ciri istimewa yang ditampilkan melalui produk ini adalah tahap keselesaan apabila digunakan dan rekabentuknya yang ‘trendy’.

PENYATAAN MASALAHIdea penghasilan produk inovasi BATEKAT Travel Pillow Neck ini terhasil daripada pemerhatian yang dijalankan ketika melancong samada di dalam atau ke luar negara menggunakan pengangkutan udara, darat dan air dimana, kebanyakkan pelancong dan pengembara mengalami masalah keselesaan untuk tidur atau melelapkan mata semasa perjalanan ke sesuatu tempat pelancongan. Oleh kerana ketidakselesaan itu, mereka hanya dapat tidur dan merehatkan mata hanya seketika. BATEKAT Travel Pillow Neck akan menyokong kepala anda dengan baik dan selesa seterusnya pengguna akan mendapat tidur yang nyenyak.

Nama Penyelia: Siti Noor Baizura binti Kamarudin

No Hp: 0126037402Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Praktikal, mudah digunakan dan memberi

keselesaan kepada pelancong.ii. Melambangkan ciri tradisional dan unik.

IMPAK PRODUKi. Mempromosi budaya negara Malaysia melalui

penggunaan sarong batik dan pelikat.ii. Dijadikan cenderahati dan ole-ole untuk dibawa

pulang ke negara asal pelancong.iii. Menjadi produk utama pilihan pelancong dan

pengembara untuk dijadikan alat penyokong leher semasa merehatkan diri dalam perjalanan.

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 231

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

ART ON FEET,SLIPPER BATIK TERENGGANU Politeknik Hulu Terengganu

LATAR BELAKANG PROJEK Art On Feet, Slipper Batik Terengganu telah dibuat melibatkan elemen inovasi dan direka khas bagi memudahkan pengguna untuk membawa kerana ianya sangat kecil dan diletakkan didalam pakej yang kecil dan senang untuk dimuatkan ke dalam beg tanpa memakan ruang yang banyak. Produk ini juga menggunakan seni batik Terengganu dan pada pakej produk ini terdapat kod QR dimana pengguna boleh mengimbas kod QR tersebut melalui aplikasi telefon dan akan keluar maklumat berkenaan seni batik yang ada pada selipar tersebut. Produk ini direka bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang batik Terengganu di kalangan pelancong. Seterusnya, produk ini juga direka bertujuan untuk mengkomersialkan produk yang berasaskan batik Terengganu dengan harga yang mampu milik selain dapat memartabatkan nilai warisan kraftangan tempatan di pasaran.

PENYATAAN MASALAH Inovasi ini dibuat dengan menerapkan elemen inovasi dan direka khas bagi memudahkan pengguna untuk membawa kerana ianya sangat kecil dan diletakkan didalam pakej yang kecil dan senang untuk dimuatkan ke dalam beg tanpa memakan ruang yang banyak. Inovasi ini juga dibuat bagi mengatasi masalah selipar hotel yang sering diabaikan dan tidak menarik dimata pengguna.

Nama Penyelia: Firdaus bin Mohamad SharifNo Hp: 017-3101295Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan seni kain batik Terengganu pada

selipar. ii. Terdapat kod QR mengandungi maklumat

berkenaan seni batik dimana pengguna boleh mengimbas kod QR melalui aplikasi telefon bimbit.

IMPAK PRODUKi. Produk ini direka bertujuan untuk meningkatkan

pengetahuan tentang batik Terengganu di kalangan pelancong.

ii. Produk ini juga direka bertujuan untuk mengkomersialkan produk yang berasaskan batik Terengganu dengan harga mampu milik.

iii. Dapat memartabatkan nilai warisan kraftangan tempatan di pasaran.

KLUSTER

Agroteknologidan Bio-Industri

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019230

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 233

RACUN ORGANIK BAGI MENGAWAL SIPUT GONDANG EMAS (SGE) Politeknik Jeli

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

LATAR BELAKANG PROJEKProduk yang dihasilkan adalah racun organik yang mesra alam dan selamat tanpa menggunakan sebarang campuran bahan kimia berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar. Ia berfungsi untuk mengawal Siput Gondang Emas (SGE) di sawah padi. Produk ini mampu mengurangkan pembiakan SGE pada tanaman padi. Ia juga menjimatkan kos bagi mengawal perosak.

PENYATAAN MASALAHi. Masalah serangan perosak utama tanaman padi

iaitu Siput Gondang Emas (SGE).ii. Penggunaan bahan kimia secara berlebihan

sebagai pilihan bagi mengawal kerosakan tanaman.

iii. Pencemaran alam sekitar dan keselamatan makanan akibat penggunaan bahan kimia berlebihan.

Nama Penyelia: Zuraikai binti MazahaNo Hp: 0134845106Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Dihasilkan daripada bahan semulajadi.ii. Produk adalah mesra alam dan selamat tanpa

menggunakan sebarang campuran bahan kimia berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar.

iii. Bahan-bahan yang digunakan adalah mudah diperolehi serta menjimatkan kos.

IMPAK PRODUKi. Telah diuji keberkesanan di petak sawah padi

SRI-Mas (Malaysian Agroecology Society for Sustainable Resource Intensification).

ii. Produk ini diaplikasikan di syarikat dan pertubuhan NGO dalam bidang pertanian, antaranya adalah MCG Fertigation & Training.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019234

GREEN FISHBALLPoliteknik Jeli

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

LATAR BELAKANG PROJEKProduk ini dihasilkan daripada surimi iaitu isi ikan. Bebola ikan dicampur dengan daun cekur manis (Sauropus androgynus leaves) untuk memberikan kesan warna hijau kepada produk tersebut. Daun cekur manis mempunyai kadar antioksida yang tinggi.

PENYATAAN MASALAHi. Warna bebola ikan (fishball) putih kurang

menarik perhatian terutama kanak-kanak.ii. Perlu ada tambahan khasiat dalam bebola ikan.

Nama Penyelia: Mohd Sumazlin bin MahamedNo Hp: 0199843230

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Saiz yang lebih kecil daripada bebola di pasaran

supaya ia memudahkan penggemar bebola ikan untuk makan.

ii. Bebola ikan ini berwarna hijau iaitu warna yang dihasilkan dari bahan semulajadi iaitu daun cekur manis.

IMPAK PRODUKi. Dijual pada Hari Peladang, Penternak dan

Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) 2019.ii. Copyright No. : LY2019003760.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 235

PIGMENTASI SISIK IKAN BETTAPoliteknik Jeli

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

LATAR BELAKANG PROJEKSisik yang cantik, penampakan warna yang paling menarik sekaligus memberi pemandangan indah dalam akuarium adalah faktor paling penting dalam perniagaan ikan hiasan. Sisik ikan mempunyai ‘chromatophores’ iaitu sejenis sel yang mempunyai pigmen berwarna. Semakin lama ikan hiasan dibela, semakin pudar sel pembawa warna ini kerana kekurangan diet semulajadi. Disebabkan itulah, ikan hiasan diberi pellet bewarna yang rata-ratanya adalah pewarna sintetik.

PENYATAAN MASALAHMakanan dan pemakanan adalah pengurusan yang sangat penting dalam akuakultur untuk memastikan pertumbuhan ikan yang bagus. Namun, berbeza dengan industri ikan hiasan, konsep makanan untuk pertumbuhan adalah tidak sesuai kerana ikan hiasan sebaliknya perlu kelihatan cantik dan menarik tanpa mengambil kira pertumbuhannya.

Nama Penyelia: Nur Farahiah binti ZakariaNo Hp: 0134265837Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Ikan yang diberi makan daripada sumber

semulajadi boleh merangsang pembentukan carotenoid yang menarik pada sisik ikan kerana menyamai cara pemakanan semulajadinya.

ii. Pewarna pellet ikan daripada sumber semulajadi (daun pandan, bunga telang dan kunyit).

IMPAK PRODUKi. Menghasilkan sisik ikan yang berbeza warna

dengan memberikan makanan dari sumber yang berlainan.

ii. Pellet ikan yang dihasilkan dijual dengan harga yang lebih murah kerana berasaskan sumber semulajadi yang boleh didapati dengan mudah dan mampan selain tumbuh meliar atau boleh ditanam kerana adaptasi terhadap persekitaran yang baik.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019236

DURIAN SKINPoliteknik Merlimau

LATAR BELAKANG PROJEKPerniagaan yang akan dijalankan adalah perniagaan menghasilkan produk-produk daripada kulit durian. Aktiviti - aktiviti yang dijalankan bagi menghasilkan produk iaitu ‘fire starter’ dan ‘hamster bedding’ ialah melalui proses pengutipan kulit durian, proses pembersihan, proses pengeringan, proses pengeluaran dan pembungkusan kepada bakal pembeli.

PENYATAAN MASALAHSisa pembuangan pepejal atau makanan telah menjadi punca kepada isu pencemaran. Salah satu daripada penyumbang utama kepada isu ini ialah pembuangan kulit durian. Memandang serius isu ini, maka pihak penyelidik telah terpanggil untuk membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan masalah ini. Penyelidik telah mencadangkan produk inovasi yang telah dihasilkan daripada kulit durian iaitu ‘fire starter’ dan ‘hamster bedding’.

CIRI-CIRI PRODUKi. Amat ringan dan mudah untuk dibawa. ii. Tidak mudah pecah - pembungkusan dan

penghantaran.iii. Tahan lama - Produk yang disediakan tidak

mudah rosak.

Nama Penyelia:Izatul Syazreen binti Mohd Ismail

No Hp: 0142623052Email: [email protected]

iv. Margin keuntungan yang tinggi – kos yang rendah bagi penghasilan produk.

v. Produk yang selamat - Produk dihasilkan daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia.

vi. Mampu milik - Harga yang ditawarkan amat murah.

vii. Mudah digunakan.

IMPAK PRODUKi. Pengurangan bahan buangan yang boleh

membantu pengeluaran yang lebih efisyen.ii. Menaikkan imej syarikat yang menghasilkan

produk utama daripada bahan terbuang.iii. Memberikan nilai tambah dari segi ekonomi

kepada pengusaha atau masyarakat.iv. Memberikan serta membuka peluang perniagaan

kepada generasi muda.v. Menaikkan imej Malaysia di mata dunia kerana

produk ini boleh dipasarkan ke pasaran global.vi. Pengurangan kebergantungan produk inovasi

daripada luar negara.vii. Hasil penyelidikan dan inovasi bakal memberi

manfaat kepada masyarakat atau negara.viii.Pengurangan kos penyelenggaraan di pihak majlis perbandaran.

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 237

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

TRAVELLA CUBEPoliteknik Hulu Terengganu

LATAR BELAKANG PROJEKProduk ini ialah brosur 3D untuk dijadikan rujukan yang serba lengkap kepada pelancong. Maklumat-maklumat ini disalurkan melalui laman web khas yang telah dibangunkan. Rekaan brosur ini berbentuk empat segi dan bahan yang digunakan adalah terdiri daripada kayu mersawa dan juga pelekat yang bermotifkan corak songket negeri Terengganu. Pemilihan kayu adalah jenis yang ringan, dan pelekat pula digunakan untuk melekatkan gambar-gambar di dalam ‘Travella Cube’. Terdapat kod QR yang dipaparkan pada tapak bahagian di luar ‘Travella Cube’. Kod QR ini perlu diimbas untuk mendapatkan maklumat tentang produk pelancongan negeri Terengganu.

PENYATAAN MASALAHBrosur kerap menjadi bahan buangan dan sampah sarap semata-mata. Brosur pakej pelancongan yang kurang menarik dan membosankan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan negeri Terengganu. Di samping itu juga kurang maklumat yang terperinci tentang produk-produk pelancongan yang ingin dipromosikan.

Nama Penyelia: Wan Nor Azida binti Wan AliNo Hp: 0123504891Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Ringan, mudah dibawa kemana sahaja dan

mengandungi maklumat yang padat.ii. Serbaguna antaranya boleh dijadikan bekas

pensil atau dicabut sebagai puzzle. iii. Menggunakan teknologi terkini iaitu kod QRiv. Penghasilan brosur daripada kayu mersawa yang

kalis air dan tahan lasak.

IMPAK PRODUKi. Membantu pensyarah dan pelajar dalam

memperolehi maklumat yang lebih terperinci dan mudah difahami oleh mereka melalui ‘Travella Cube’ ini.

ii. Produk inovasi ini juga memberikan impak yang positif kepada industri pelancongan negara.

iii. Membolehkan aktiviti promosi dijalankan dengan lebih mudah dan menarik oleh mana-mana agensi yang berkaitan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019238

LIVE FEED AUTO FEEDERPoliteknik Sandakan

LATAR BELAKANG PROJEKLive Feed Auto-Feeder adalah satu projek inovasi pemberian makanan ikan secara automatik tanpa menggunakan tenaga manusia. Sistem ini menggabungkan mesin makanan mekanikal secara automatik bagi makanan hidup iaitu Zooplankton (Daphnia) yang diuji terhadap ikan hiasan (guppy). Sistem ini juga menggunakan penapis biologi yang bertujuan untuk menghapuskan dan membersihkan kotoran dalam air sekaligus menjaga kualiti air ternakan. Penapis air ini mampu mengawal kualiti air agar berada dalam keadaan yang optimum dan tidak menjejaskan pertumbuhan ikan malahan menggalakan pertumbuhan. Sistem ini juga berskala kecil dan sesuai untuk dijadikan hiasan dan boleh juga dikomersialkan. Tambahan pula sistem ini sesuai diletakkan dimana ruang sahaja sebagai contoh dipejabat, ruang tamu dan juga di bahagian pameran. Disamping itu, Live Feed Auto-Feeder juga dilengkapi dengan sistem pemasa (timer) untuk ditentukan masa pemberian makanan kepada ternakan.

PENYATAAN MASALAHi. Stok makanan semulajadi yang terhad dan sukar

didapati.ii. Memerlukan penapis untuk memastikan kualiti

air sentiasa dalam keadaan yang baik dan optimum.

iii. Pemberiaan makanan yang sukar dikawal.

Nama Penyelia: Nik Salwani binti Nik YusoffNo Hp: 0145770084

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKProduk ini terdiri daripada: i. Tempat simpanan makanan, tempat pembiakan

Daphnia, soket, Timer, Penapis , tempat ternakan (akuarium) , pam air, penggunaan Dinamo (220-240 voltan) sebagai sumber untuk mengerakkan botol dan Pengawal kelajuan (50-220 voltan) untuk mengerakkan botol Daphnia dari Dinamo.

ii. Arus elektrik dialirkan dari plug dan terus menggerakkan timer untuk mengerakkan Dinamo.

iii. Timer telah ditentukan untuk berfungsi pada masa tertentu.

iv. Dinamo berfungsi sebagai komponen dengan bantuan mesin pengawal untuk mengerakkan botol yang mengandungi Daphnia untuk dibagi makan kepada ternakan.

IMPAK PRODUKi. Sistem Live Feed Auto-Feeder dapat digunakan

dengan baik serta berfungsi sebagai mesin pemberiaan makanan secara automatik dengan bantuan pemasa.

ii. Produk yang dicipta ini mampu menjimatkan masa dan tenaga berbanding pemberian makanan ikan secara manual.

iii. Dapat merealisasikan idea yang baru dalam penciptaan mesin pemberian makanan secara automatik.

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 239

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

ALAT PENGGREDAN IKAN Politeknik Jeli

LATAR BELAKANG PROJEKAlat Penggredan Ikan Pelbagai Saiz (APIPS) merupakan satu alat yang dihasilkan bagi kegunaan semasa proses penggredan atau pengasingan ikan hidup. Dengan penggunaan alat ini, ia membantu dalam mengurangkan tekanan serta kadar kematian ikan serta dapat mengurangkan tenaga kerja mahir semasa proses penggredan dilaksanakan. Saiznya yang kecil menjadikan ianya sangat praktikal kerana mudah untuk dikendalikan dan boleh dibawa ke mana sahaja terutamanya ke lapangan bagi melaksanakan proses penggredan ikan.

PENYATAAN MASALAHProses penggredan ikan cara konvensional atau tradisional akan memberikan kesan yang negatif kepada ikan terutamanya untuk ikan yang bersaiz kecil seperti kebanyakan spesis ikan hiasan. Ikan perlu ditangkap menggunakan jaring atau penyauk seterusnya diukur dan dilepaskan ke dalam tangki atau kolam mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, proses penggredan ikan cara konvensional memerlukan tenaga kerja mahir dan kecekapan yang tinggi bagi mengelakkan kematian ikan selepas proses penggredan dilaksanakan.

Nama Penyelia: Siti Hajar binti SulaimanNo Hp: 0137855083Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Diperbuat daripada gentian kaca (fiberglass)

terpakai.ii. Panel penggredan mempunyai 3 saiz lubang

berbeza bertujuan untuk menggred ikan mengikut saiz yang dikehendaki.

IMPAK PRODUK i. Memudahkan proses penggredan serta

pengasingan ikan hidup. ii. Menjimatkan tempoh masa penggredan dan

pengasingan ikan berbanding proses penggredan konvensional.

iii. Membantu dalam mengurangkan stress serta kadar kematian ikan.

iv. Amat mudah untuk dikendalikan dan boleh dibawa ke mana sahaja terutamanya ke lapangan kerana saiznya yang kecil.

v. Impak yang positif kepada penternak dan pengusaha dalam bidang akuakultur di Malaysia.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019240

BIO-CRACKERPoliteknik Jeli

LATAR BELAKANG PROJEKTempe adalah sejenis makanan bertekstur padat yang terhasil daripada proses fermentasi menggunakan kacang soya yang telah bertindak balas dengan sejenis kulat yang dikenali sebagai Rhizopus Oligosporus. Industri penghasilan tempeh semakin berkembang pesat diseluruh dunia termasuklah Malaysia selepas ia mula terkenal sebagai alternatif kepada penggunaan daging akibat daripada peningkatan penyakit akibat glutamate yang sering disebabkan oleh diet berasaskan daging haiwan.

PENYATAAN MASALAHPermintaan terhadap industri tempe yang semakin meningkat telah menyebabkan masalah pembuangan sisa pepejal yang berlebihan terutama dalam bentuk kulit kacang soya.

CIRI-CIRI PRODUKi. Bahan mentah - Menggunakan kulit kacang soya

yang telah dikumpul daripada pusat penghasilan tempe dan dibersihkan.

ii. Bernutrisi - Tinggi kandungan serat, bahan antioksida serta rendah kandungan lemak.

iii. Ketersediaan - Bahan yang digunakan mudah untuk didapati.

iv. Mudah - Penyediaan yang cepat, mudah dan tidak merumitkan.

v. Berperisa - Mempunyai rasa semula jadi daripada kulit kacang soya.

Nama Penyelia:Nur Anisza Hanoum binti Naseron

No Hp: 0133642105Email: [email protected]

IMPAK PRODUK i. Menyediakan alternatif penggunaan tepung di

dalam industri pembuatan makanan.ii. Mengurangkan pembuangan sisa pepejal

daripada industri penghasilan tempe dan seumpamanya.

iii. Mempunyai kebaikan nutrisi yang sihat untuk dimakan oleh pengguna.

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 241

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

SMARTPHONE CONTROLLEDAUTOMATIC FISH FEEDER Politeknik Jeli

LATAR BELAKANG PROJEKInovasi rekacipta ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu mesin pemberi makanan ikan automatik yang menggunakan mikro pemprosesan PIC P16F877. Ia sebagai pengawal utama yang diletakkan di kawasan kolam rumah. Objektif kajian adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku seperti faktor pemberian makanan ikan yang tidak sistematik, mengurangkan lebihan makanan ikan di dalam kolam dan mencipta satu alat yang lebih sistematik dan lebih praktikal. Penghasilan produk ini juga melibatkan kerja-kerja berkaitan elektronik, elektrik dan juga kerja kayu. Untuk mengawal tetapan masa, peranti elektronik seperti pengeset masa dan juga pengawal mikro digunakan. Peranti ini membolehkan masa pemberian makanan yang lebih sistematik mengikut masa yang telah ditetapkan. Lebihan makanan juga dapat dikurangkan dengan penggunaan peranti elektronik ini di mana makanan yang diberikan di dalam sukatan tertentu berdasarkan tetapan masa.

PENYATAAN MASALAHPengusaha ternakan ikan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membayar gaji pekerja. Pengusaha ternakan ikan perlu mengambil pekerja dan mengeluarkan kos bulanan untuk

Nama Penyelia: Mohd Mukriz bin Mohd KasimNo Hp: 0189752509Email: [email protected]

gaji pekerja. Pengusaha ternakan ikan juga perlu menanggung kerugian besar jika mana-mana pekerjanya terlupa ataupun tidak memberi makanan kepada ikan pada masa yang betul dan tepat.

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk ini terdiri daripada tempat simpanan

makanan, injap, gear dan penggunaan raspberry sebagai alat kawalan.

ii. Makanan dimasukkan ke dalam tabung makanan berbentuk silo dengan bahagian bawahnya berbentuk kon dan dipasang injap.

iii. Injap ini akan terbuka sekiranya gear digerakkan menggunakan telefon pintar.

IMPAK PRODUK i. Menjimatkan masa dan tenaga berbanding

pemberian makanan ikan secara manual. ii. Merealisasikan idea yang baru dalam penciptaan

mesin pemberian makanan secara automatik. iii. Memberi keunikkan dan kelainan yang tinggi

dalam penghasilan mesin ini.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019242

RHINOCEROS BEETLE TRAPPER USING ECO SYSTEM SOUND, SMELL AND LIGHT FOR SMALL MEDIUM PALM OIL PLANTATION

Politeknik Merlimau

LATAR BELAKANG PROJEKPembangunan produk prototype berinovasi agro teknologi secara lazimnya sektor peladangan kelapa sawit menggunakan perangkap yang dimasukkan dengan bahan penarik berasaskan kimia atau menyembur racun perosak kumbang badak. Maka hasil dapatan daripada tinjuan serta maklumbalas daripada pekerja di ladang-ladang kelapa sawit yang berdekatan dengan Politeknik Merlimau, maka idea ini tercetus ke arah penyelesaian mesra alam tanpa menganggu eko-sistem sedia ada.

PENYATAAN MASALAHUntuk mengatasi masalah serangan kumbang badak selaku perosak utama pokok-pokok kelapa sawit muda. Terdapat banyak pokok muda mati di bahagian atas pucuk-pucuk serta tangkai utama yang ditebuk oleh perosak kumbang ini. CIRI-CIRI PRODUKMenggunakan tiga elemen deria eco-system (suara, cahaya dan bau) untuk memerangkap kumbang badak yang menjadi perosak utama tanaman kelapa sawit yang khususnya berumur antara 1-3 tahun.

Nama Penyelia: Simmathiri A/L ApplanaiduNo Hp: 0166817277

Email: [email protected]

IMPAK PRODUK i. Dapat membantu peladang-peladang industri

kecil dan sederhana yang mengusahakan ladang-ladang kelapa sawit antara 1-100 ekar dengan tujuan mengurangkan kesan daripada serangan kumbang badak dan juga membantutkan proses pengembangan anak-anak kumbang.

ii. Hasil produktiviti keluaran biji kelapa sawit atau tandan buah dapat ditingkatkan secara langsung.

iii. Dapat mengelakkan atau mengurangkan kesan penggunaan bahan kimia dalam eco-sistem pertanian seperti mana digunapakai sekarang.

iv. Produk ini juga berpotensi ke arah pembangunan produk komersial di masa akan datang. Ia juga menggunakan teknologi “Arduino” , micro SD port, sensors, LED lights dan pembesar suara serta gabungan cecair dan minyak, pada waktu siang hari sejenis bunyi “hiss” akan dikeluarkan untuk menghalau kumbang daripada menyerang pokok-pokok muda atau tangkai buah yang muda.

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 243

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

SISTEM TERNAKAN BERTINGKATLOBSTER AIR TAWAR Politeknik Sandakan

LATAR BELAKANG PROJEKSistem ternakan bertingkat lobster air tawar ini telah direka cipta untuk mengelakkan masalah seperti kadar kelangsungan hidup dan kadar pertumbuhan yang lambat terhadap ternakan lobster. Sistem ini direka khas bagi mengkaji kadar pertumbuhan dan kadar kelangsungan hidup lobster air tawar. Sistem ini telah direka khas perumahnya dan disediakan setiap satu perumah satu saluran makanan supaya faktor kanabalisma tidak terjadi dan kadar pertumbuhan bagi lobster dapat meningkat dengan baiknya. Sistem ini juga mempunyai sistem penapisan tersendiri bagi menjaga kualiti air supaya berada pada tahap yang optimum.

PENYATAAN MASALAHAntara masalah yang dihadapi dalam penternakan lobster air tawar adalah kanibalisma yang menyebabkan kadar kematian yang tinggi bagi spesis tersebut. Selain itu, persaingan makanan juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan proses tumbesaran lobster air tawar menjadi lambat dan terbantut.

Nama Penyelia: Awangku Shahrir bin NaqiuddinNo Hp: 0193480092Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Sistem Ternakan Lobster Bertingkat air tawar

diwujudkan dalam konsep menegak (vertical) dimana ia dapat mengurangkan penggunaan ruang/kawasan dan dapat memaksimumkan produktiviti lobster tersebut di dalam ruang yang terhad.

ii. Setiap perumah individu lobster (compartment) mempunyai satu saluran khas yang direka untuk menyalurkan makanan kepada lobster. Ini membolehkan lobster memperolehi kadar pemakanan yang optimum untuk tumbesaran yang maksimum.

iii. Sistem ini mempunyai sistem penapisan (filter) yang terdiri daripada penapis fizikal dan biological supaya ia dapat menjaga kualiti air agar sentiasa bersih dan baik.

IMPAK PRODUK i. Dapat menghasilkan satu sistem yang berkesan

terhadap kadar kelangsungan hidup lobster (survival rate) dan memberi impak yang baik kepada tumbesaran yang optimum kepada lobster.

ii. Menjaga kualiti air yang baik sekaligus menjimatkan masa dan tenaga untuk menguruskan ternakan lobster ini.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019244

AUTOMATED WATER QUALITYMONITORING DEVICEPoliteknik Sandakan

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

LATAR BELAKANG PROJEKProjek Automated Water Quality Monitoring Device (Aquamatic) ini merupakan salah satu sistem di mana ia memaparkan penggunaan IR 4.0. Sistem ini menggunakan Arduino UNO sebagai mikro pengawal dan juga penggunaan Internet of Things (IOT) pada sistem memainkan peranan penting dalam mengawal kualiti air secara automatik tanpa perlu dipantau setiap masa.

PENYATAAN MASALAHi. Kaedah konvensional yang sering digunakan

untuk menukar air dan memeriksa kualiti air tangki ternakan adalah secara manual.

ii. Masalah yang timbul dalam industri juga adalah bahan buangan daripada ikan yang berlebihan yang mengandungi kadar ammonia tinggi terutamanya industri ternakan yang berskala besar.

iii. Sekiranya kualiti air tidak berada dalam keadaan yang optimum, ini boleh menyebabkan ikan tertekan (stress) dan seterusnya membawa kepada kematian.

CIRI-CIRI PRODUKi. Projek Automated Water Quality Monitoring

Device (Aquamatic) ini merupakan salah satu sistem di mana ia memaparkan penggunaan

Nama Penyelia: Ruzaini binti AhmadNo Hp: 0128661057

Email: [email protected]

IR 4.0. Sistem ini menggunakan Arduino UNO sebagai mikro pengawal dan juga penggunaan Internet of Things (IOT) pada sistem memainkan peranan penting dalam mengawal kualiti air secara automatik tanpa perlu dipantau setiap masa.

ii. Sistem ini dibina untuk memudahkan penjagaan kualiti air ternakan secara automatik dengan berkesan terutamanya pada waktu malam supaya mengekalkan kualiti air dalam kadar optimum. ianya juga meningkatkan kadar kelangsungan hidup ternakan yang sensitif pada suhu rendah.

iii. Sistem ini direka bentuk mudah alih iaitu mempunyai roda bagi memudahkan sistem dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

IMPAK PRODUK i. Sistem Aquamatic ini dapat mengekalkan

parameter kualiti air untuk sentiasa berada dalam keadaan optimum bagi meningkatkan produktiviti.

ii. Sistem ini memberi kesan atau impak yang positif dalam meringankan penggunaan tenaga kerja dan efektif. Ia berjaya dibina dan berfungsi serta memberi impak yang positif untuk diaplikasikan dalam skala industri ternakan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 245

FERRO-NUCIFERAKolej Komuniti Masjid Tanah

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

LATAR BELAKANG PROJEK Simen ferro adalah gabungan simen, pasir, air dan rangka besi. Tujuan inovasi ini lebih kepada pembuatan produk landskap iaitu menggunakan teknik simen ferro dengan bahan alternatif semula jadi. Penghasilan simen ferro telah dijalankan menggunakan gabungan simen dan sabut kelapa bagi menggantikan pasir dalam pembuatan produk simen ferro. Hasil dapatan inovasi ini menunjukkan bahan terbuang jenis sabut kelapa dapat digunakan sebagai produk landskap simen ferro. Produk landskap simen ferro yang mengguna sabut kelapa menjadi lebih ringan, mesra alam, mudah selenggara dan mudah alih berbanding produk landskap simen ferro menggunakan pasir.

PENYATAAN MASALAH Binaan asal yang menggunakan campuran pasir dan simen memberi kesan jisim binaan yang berat dan sukar untuk diangkat oleh seorang pengguna. Lambakan sabut kelapa yang masih kurang lagi di komersialkan sebagai bahan alternatif terutama sebagai bahan binaan.

Nama Penyelia:Nor’akma binti OsmanNo Hp: 0122270966Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menghasilkan produk simen ferro yang ringan

dan mudah alih menggunakan campuran sabut kelapa sebagai pengganti pasir.

ii. Menghasilkan produk simen ferro menggunakan bahan kitar semulajadi dalam campuran mortar.

iii. Memberi impak positif kepada tanggapan masyarakat terhadap produk simen ferro yang lebih ringan dan mudah alih.

IMPAK PRODUK i. Berat bangku menggunakan bahan sabut kelapa

didapati lebih ringan 40% daripada berat bangku yang menggunakan bahan dari pasir.

ii. Sabut kelapa sebagai bahan penggantian pasir dalam simen ferro berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk kitar semula.

iii. Bagi penghasilan satu set meja ferro-nucifera mampu mengurangkan kos pembuatan sebanyak 30% daripada pembuatan simen ferro.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019246

THE CHICK’S SATA Politeknik Hulu Terengganu

AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

LATAR BELAKANG PROJEK Produk yang diberi nama The Chick’s Sata merupakan satu inovasi terhadap makanan tradisional di Terengganu yang merupakan antara salah satu produk pelancongan. Usaha ini mampu menjadikan industri pelancongan dan makanan tradisional lebih berdaya saing sekaligus dapat meningkatkan pendapatan industri pelancongan.

PENYATAAN MASALAH Antara punca yang menyebabkan makanan seperti sata tidak digemari oleh masyarakat masa kini adalah akibat daripada pengaruh besar yang dibawa oleh pelbagai makanan yang moden dan lebih relevan dengan perkembangan kemajuan bahan makanan dan teknologi seperti makanan barat, makanan segera dan makanan ringan. Selain itu, generasi muda juga tidak tahu atau jarang-jarang didedahkan dengan keistimewaan dan kelebihan makanan tradisional sehingga menyebabkan mereka gagal untuk mengenali budaya sendiri. Hal ini kerana kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisional, pembungkusan yang tidak mudah dibawa untuk pelancong, kurangnya pengusaha makanan tradisional juga menjadi faktor makanan tradisional semakin dilupakan dan tidak digemari oleh pelancong begitu juga penduduk tempatan.

Nama Penyelia: Nazli Hulwany binti AbdullahNo Hp: 0129520310

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Tiga bahan asas perlu disediakan iaitu kelapa dan

cili.ii. Sata dibentuk menjadi bulat seperti bebola dan

dimasak menggunakan kaedah kukus. iii. Dibungkus dan dibekukan untuk disimpan

untuk tempoh masa lama.iv. Bebola sata boleh dimakan segera setelah

dipanaskan di dalam ketuhar selama tiga hingga empat minit.

IMPAK PRODUKi. Memberi nilai tambah kepada perniagaan sata

yang sedia kepada sesuatu bentuk inovasi yang baru.

ii. Bagi sektor pelancongan negeri juga ia boleh dimanfaatkan sebagai makanan ringan kepada pelancong yang mampu memartabatkan semula makanan tradisional kepada semua golongan.

iii. Menambah peluang perniagaan kepada pengusaha sata.

KLUSTER

Teknologi Makanan

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 245

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019248

AROMA KIUB SERAIPoliteknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah

LATAR BELAKANG PROJEK Aroma Kiub Serai adalah bahan bantu masakan menggantikan serai segar yang tidak tahan lama kepada penggunaan kiub. Ianya juga membantu supaya proses memasak akan lebih pantas dan mudah dalam masa yang sama masih mengekalkan rasa serai sebenar.

PENYATAAN MASALAH Umum sedia maklum bahawa harga serai segar adalah mahal namun kesegarannya tidak tahan lama. Bahan masakan beraroma ini juga sukar dibawa ketika bercuti atau melancong tetapi masih menjadi keperluan dalam masakan. Produk aroma kiub serai ini dilihat sebagai penyelesaian kepada penyataan masalah yang wujud sekian lama disamping produk ini lebih jimat, tahan lama dan dapat dibawa ke mana-mana sahaja.

Nama Penyelia: Natasya Mariz binti MohamedNo Hp: 0126981418

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Serai segar dalam bentuk kiub.ii. Tahan lama.iii. Harga mampu milik.iv. Mudah dan pantas digunakan.v. Mudah dibawa kemana-mana sahaja.

IMPAK PRODUKi. Membantu menyelesaikan masalah penyimpanan

serai segar yg cepat layu dan kering. ii. Memasak menjadi lebih mudah dan pantas

namun masih mengekalkan rasa serai sebenar.iii. Dapat dibawa kemana-mana sahaja seperti

melancong atau bercuti.

TEKNOLOGI MAKANAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 249

DURIAN SEEDSPoliteknik Tuanku SultanahBahiyah

LATAR BELAKANG PROJEK Durian Seeds merupakan satu produk inovasi bahan asas dalam industri pastri dan bakeri dengan menggunakan biji durian dan bagi tujuan pengkomersialan. Pembangunan produk Durian Seeds diadaptasi dari model Heizer J. dan Render iaitu melibatkan proses idea, kehendak pelanggan, spesifikasi produk, spesifikasi fungsi, ujian pasaran, pengenalan dan penilaian. Situasi analisis SWOT digunakan untuk menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi produk Durian Seeds. Produk berasaskan biji durian ini boleh ditambahluaskan kepada makanan ringan yang mempunyai pelbagai perisa.

PENYATAAN MASALAH Lambakan dan masalah pembaziran serta pembuangan biji durian yang belum lagi dikomersialkan di pasaran.

Nama Penyelia: Azlina binti AzmiNo Hp: 0132463264Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Malaysia mempunyai lambakan durian

yang banyak secara bermusim. Keadaan ini menyebabkan produk Durian Seeds mempunyai kekuatan untuk dikomersialkan dalam pasaran.

ii. Ini dapat mengurangkan pembaziran lambakan sisa biji durian dan memperkasakan industri pastri dan bakeri.

IMPAK PRODUKiii. Malaysia mempunyai lambakan durian

yang banyak secara bermusim. Keadaan ini menyebabkan produk Durian Seeds mempunyai kekuatan untuk dikomersialkan dalam pasaran.

iv. Ini dapat mengurangkan pembaziran lambakan sisa biji durian dan memperkasakan industri pastri dan bakeri.

TEKNOLOGI MAKANAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019250

KEREPEK NANASPoliteknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah

LATAR BELAKANG PROJEK Produk Kerepek Nanas ini dihasilkan sebagai inovasi mempelbagaikan makanan ringan (berbentuk kering) daripada buah-buahan berjus seperti nanas yang sedap dan berkhasiat di mana ianya tidak menggunakan bahan pengawet.

PENYATAAN MASALAH Penghasilan produk makanan ringan yang berkhasiat tanpa menggunakan bahan pengawet berasaskan buah-buahan berjus seperti nanas.

CIRI-CIRI PRODUK Kepingan nanas yang dipotong kecil bagi menghasilkan kerepek yang mudah dimakan, rangup dan mempunyai nutrisi yang tinggi tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan pewarna tiruan.

Nama Penyelia: Zakiah binti OthmanNo Hp: 0126445424

Email: [email protected]

IMPAK PRODUKi. Mempelbagaikan penghasilan produk berasaskan

nanas. ii. Penghasilan produk berasaskan buah-buahan

berjus yang berkhasiat.iii. Tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan yang

lebih baik untuk kesihatan.

TEKNOLOGI MAKANAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 251

SERUNDING RUMPAI LAUTPoliteknik Metro Kuantan

LATAR BELAKANG PROJEK Hasil kajian produk baru yang berasaskan rumput laut membuktikan bahawa produk ini memenuhi citarasa masyarakat Malaysia dan boleh disediakan dalam masa yang singkat. Formula yang digunakan untuk menyediakan serunding rumpai laut adalah dengan merendam rumput laut dan dipanaskan untuk mengurangkan kelembapan rumput laut. Kemudian, dimasak bersama santan dan isi ikan hancur. Setelah 70% kering, cili potong digaul sebati sehingga semuanya kering.

PENYATAAN MASALAH Masalah dihadapi adalah dari segi ketahanan tanpa menggunakan bahan pengawet. Masalah-masalah ini dijangka dapat diselesaikan dengan cara menyimpan produk pada suhu bilik semasa pembungkusan. Pelabelan pada pembungkusan dibuat dengan betul untuk membantu pengguna mengetahui lebih lanjut mengenai produk. Rumpai laut kebiasaan tidak ramai memakannya secara terus oleh itu ia sesuai untuk dibuat serunding.

Nama Penyelia: Anuar bin IsmailNo Hp: 0138916469Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Membina protein.ii. Mengawal degupan jantung yang normal.iii. Menghasilkan enzim khas yang disebut enzim

antioksidan, berperanan dalam mencegah kerosakan sel.

iv. Memberi tenaga kepada tubuh terutamanya otak dan sistem saraf.

v. Membekalkan vitamin E yang merupakan bahan antioksidan yang melindungi badan.

IMPAK PRODUKi. Produk ini sesuai untuk dibawa untuk aktiviti

pelancongan, perkhemahan dan lain-lain. ii. Produk seperti ini dapat mengurangkan masa

penyediaan untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam.

iii. Sesuai dimakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

iv. Tiada bahan pengawet yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

TEKNOLOGI MAKANAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019252

SERUNDING UDANGPoliteknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

LATAR BELAKANG PROJEK Serunding merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Melayu. Dahulu, serunding ini merupakan bekalan untuk perjalanan yang jauh, memandangkan ia tidak mudah rosak. Projek inovasi Serunding Udang ini merupakan produk inovasi makanan berasaskan udang sebagai bahan utama. Kaedah pasaran produk ialah melalui penjualan secara bersemuka, dalam talian dan lain-lain saluran yang sesuai. Konsep produk inovasi ini ialah untuk menghasilkan makanan yang sedap, mudah disediakan dan cepat dimakan sesuai dengan gaya masa kini. Projek ini melibatkan proses pembangunan produk, penetapan harga dan pembungkusan yang sesuai serta pemilihan sasaran untuk dipasarkan.

PENYATAAN MASALAH Projek ini dilaksanakan bagi membantu mengelakkan pembaziran sumber bahan mentah dimana udang diinovasikan dalam bentuk serunding. Produk ini merupakan makanan yang ringkas, cepat dan sesuai dengan pelbagai kombinasi bersama makanan lain selari dengan gaya hidup kini.

Nama Penyelia: Hanani binti Abdul GhaniNo Hp: 01110801881

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Serunding Udang ini menggunakan botol plastik

dinamik sesuai dengan konsep produk yang mudah untuk dibawa kemana-mana.

ii. Serunding Udang ini boleh dimakan terus atau dimakan bersama-sama dengan makanan lain seperti roti, bubur nasi, nasi putih dan lain-lain. Ia juga boleh digunakan sebagai inti kuih-muih seperti popiah mini, karipap, cucur badak dan lain-lain.

IMPAK PRODUKi. Pengusaha dapat mempelbagaikan produk dan

meningkatkan pendapatan industri makanan di Malaysia.

ii. Memberi nilai tambah kepada makanan tradisi masyarakat Malaysia.

iii. Memberi faedah kepada komuniti seperti nelayan dan penjual ikan bagi membantu mengurangkan kesan masalah dalam memasarkan atau menjual udang kerana permintaannya yang tidak menentu dan mengikut musim.

iv. Menjana pendapatan negara melalui sektor kepada industri pelancongan dan industri makanan.

TEKNOLOGI MAKANAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 253

SMART FOOD HEATERPoliteknik Merlimau

LATAR BELAKANG PROJEK Smart Food Heater awalnya merupakan produk tudung saji. Smart Food Heater berpotensi menghangatkan makanan tanpa perlu menukar atau mengalihkan bekas makanan. Produk ini dapat mengurangkan masa untuk makanan terhidang kerana suhu yang ditetapkan boleh membuatkan makanan yang dahulu dipanaskan mengambil masa 10 minit dan kini mengambil masa 5 minit sahaja. Ianya sesuai digunakan oleh semua golongan masyarakat. Rekabentuk Smart Food Heater yang mempunyai struktur yang keras, aluminium, pemanas dan suhu serta masa yang boleh diselaraskan. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu milik.

PENYATAAN MASALAH Fungsi tudung saji adalah untuk menutup makanan. Apabila pengguna ingin menikmati makanan dalam keadaan yang masih panas, pengguna perlu memanaskan lauk di atas dapur untuk dihidangkan. Ia akan mengambil masa yang lama untuk menyajikan makanan tersebut. Selain itu, masalah yang dihadapi ketika menggunakan produk tudung saji adalah rekabentuk produk tersebut yang mempunyai lubang boleh menyebabkan habuk yang berterbangan diudara memasuki makanan yang disimpan.

Nama Penyelia: Khairani binti Arshad No Hp: 0104028826 Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Melindungi makanan daripada serangga dan

binatang.ii. Untuk menghangatkan makanan tanpa perlu

menukar atau mengalihkan bekas makanan.iii. Mengurangkan masa untuk makanan terhidang

kerana suhu yang ditetapkan boleh membuatkan makanan lebih cepat terhidang.

IMPAK PRODUKi. Produk Smart Food Heater ini, dikombinasikan

penggunaan heater dan aluminium untuk tujuan pemanasan dan perlindungan makanan.

ii. Rekabentuk produk yang ditambahbaik dengan menutupi semua ruangan dapat mengelakkan daripada dimasuki serangga kecil dan juga habuk.

iii. Produk ini juga merupakan produk yang berteknologi tinggi.

iv. Penggunaan Smart Food Heater ini boleh digunakan tanpa pengawasan dan boleh melakukan pemanasan untuk menghidangkan makanan dalam masa 5 minit sahaja.

TEKNOLOGI MAKANAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019254

PENGGUNAAN KULIT UBI KAYU SEBAGAI PENGGUMPAL BANTUAN DALAM PENGHASILAN TAUHUPoliteknik Kuching

TEKNOLOGI MAKANAN

LATAR BELAKANG PROJEK Kulit ubi kayu merupakan salah satu bahan yang berpotensi untuk dikembangkan sebagai penggumpal. Kulit ubi kayu mempengaruhi ciri-ciri tauhu yang terhasil dan tauhu tersebut mempunyai kandungan protein dan lemak tak tepu yang tinggi serta mempunyai kestabilan penyimpanan yang baik pada suhu bilik.

PENYATAAN MASALAH Penggumpal bantuan daripada bahan semula jadi untuk mengurangkan penggunaan penggumpal kimia. Industri kecil dan sederhana telah menghasilkan sejumlah besar sisa kulit ubi kayu setiap tahun. Masalah ini telah membawa kepada dasar baru iaitu penggunaan bahan mentah secara menyeluruh untuk mengelakkan pencemaran. Penggunaan sisa pertanian pada kos rendah dan lebih alami seperti kulit ubi kayu sebagai penggumpal bantuan merupakan penyelesaian ekonomi kepada permasalahan tersebut.

CIRI-CIRI PRODUK Penggumpal tauhu adalah penggumpal yang digunakan untuk membuat susu soya mengental

Nama Penyelia: Hafizah binti NaihiNo Hp: 0109768536

Email: [email protected]

menjadi tauhu. Penggumpal tauhu terdiri daripada campuran larutan kanji kulit ubi kayu (70%) dan asid asetik (30%). Tauhu yang dihasilkan adalah lebih pejal dan lambat menjadi rosak berbanding tauhu komersial.

IMPAK PRODUKi. Dapat bersaing dengan penggumpal kimia di

dalam industri tauhu memandangkan sekarang ini para pengguna lebih cenderung untuk menggunakan produk semula jadi.

ii. Pengusaha industri tauhu dapat membuat penjimatan kos kerana penggumpal berasaskan kulit ubi kayu adalah jauh lebih murah berbanding penggumpal komersial yang lain.

iii. Mempromosikan gaya hidup sihat kerana penggumpal tersebut berasaskan bahan semula jadi dan tauhu yang dihasilkan juga tinggi protein dan lemak tak tepu.

iv. Penggumpal tauhu ini memberi kesan minimum kepada ekosistem atau persekitaran kerana penggunaan asid asetik yang kurang dalam pembuatan penggumpal tersebut.

v. Dapat dikomersialkan dalam industri tauhu dan juga industri rawatan air sisa.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 255

CRISPY COCONUT SNACKKolej Komuniti Jelebu

TEKNOLOGI MAKANAN

LATAR BELAKANG PROJEK Crispy Coconut Snack merupakan produk makanan hasil dari penggunaan hampas kelapa. Hampas kelapa merangkumi kira-kira 40% daripada isi kelapa segar dan tidak mempunyai harga pasaran. Penggunaan hampas kelapa mempunyai potensi untuk digunakan dalam penghasilan produk makanan seperti snek. Hampas kelapa mengandungi 45.3 % karbohidrat, 19.8% protein dan 12.2% serat. Penghasilan Crispy Coconut Snack yang berasaskan hampas kelapa ini dilihat boleh membantu sektor pertanian berasaskan kelapa untuk mempelbagaikan jenis produk makanan ringan berserat tinggi dalam pasaran negara mahupun luar negara.

PENYATAAN MASALAH Hampas kelapa biasanya hanya dibuang begitu sahaja tanpa mengira kandungan nutrisi yang terkandung pada hampas kelapa. Berlaku pembaziran sumber yang berkhasiat pada hampas kelapa jika ianya terbuang. Di samping itu agak sukar mencari makanan ringan atau snek yang mempunyai serat tinggi di pasaran ketika ini walapun terdapat permintaan dari pelanggan.

Nama Penyelia: Sharifah Norakhil binti Syed LoedNo Hp: 0136134554Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Crispy Coconut Snack ini mampu memberi

alternatif pemakanan sihat. Penggunaan hampir sepenuhnya hampas kelapa dalam inovasi produk juga dapat mengurangkan pembaziran nilai pemakanan hampas kelapa.

ii. Penghasilan Crispy Coconut Snack boleh diketengahkan kepada umum terutamanya kepada pengusaha santan kelapa, pengusaha kerepek dan makanan ringan di mana kepelbagaian produk boleh dihasilkan sekaligus meningkatkan pendapatan.

IMPAK PRODUK i. Crispy Coconut Snack ini mampu memberi

alternatif pemakanan sihat. ii. Penggunaan hampir sepenuhnya hampas kelapa

dalam inovasi produk juga dapat mengurangkan pembaziran nilai pemakanan hampas kelapa.

iii. Penghasilan Crispy Coconut Snack boleh diketengahkan kepada umum terutamanya kepada pengusaha santan kelapa, pengusaha kerepek dan makanan ringan di mana kepelbagaian produk boleh dihasilkan sekaligus meningkatkan pendapatan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019256

TEKNOLOGI MAKANAN

JEM JERAMI NANGKAKolej Komuniti Pasir Salak

TEKNOLOGI MAKANAN

LATAR BELAKANG PROJEK Jem Jerami Nangka merupakan produk jem sapuan yang dihasilkan daripada jerami nangka. Jerami ini mempunyai nilai nutrisi yang tinggi seperti serat dan vitamin. Rasanya pun tidak banyak berbeza dari isi nangka itu sendiri. Pemilihan jerami nangka sebagai bahan utama kerana ianya dilihat tidak mempunyai nilai komersial dan biasanya ia dibuang begitu sahaja.

PENYATAAN MASALAH Jerami nangka selalunya dibuang oleh penjual buah sebaik sahaja isi nangka habis dijual. Ianya dilihat tidak mempunyai nilai komersial dan rupa fizikalnya yang tidak menarik. Inovasi produk makanan hiliran ini adalah inisiatif mengolah bahan buangan dari buah nangka ini untuk dijadikan bahan yang boleh dimakan dan dinikmati oleh manusia.

Nama Penyelia: Jalani bin JasaNo Hp: 0197965323

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Jem ini boleh digunakan sebagai sapuan roti

malah boleh dibancuh dengan air untuk diminum.

ii. Kandungan gula adalah lebih rendah berbanding jem biasa di pasaran dimana ia boleh dinikmati oleh pesakit kencing manis.

IMPAK PRODUK i. Menambah pendapatan pekebun nangka dan

pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).ii. Mempelbagaikan produk berperisa nangka di

pasaran.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 257

KEMILI FLOURKolej KomunitiSungai Petani

TEKNOLOGI MAKANAN

LATAR BELAKANG PROJEK Kemili Flour merupakan produk inovasi yang dihasilkan daripada ubi kemili atau nama saintifiknya Stemona Curtisii. Di Malaysia, ubi kemili juga dikenali sebagai ubi keling atau kentang jembut. Ubi kemili ini selalunya banyak didapati pada hujung tahun dan awal tahun. Dari lambakan tersebut tercetusnye idea untuk memanjangkan jangka hayat produk melalui beberapa proses untuk dijadikan tepung. Produk Kemili Flour dikeluarkan dalam bentuk serbuk tanpa campuran bahan pengawet ataupun bahan kimia. Keistimewaannya ia boleh digunakan sebagai ejen pemekat dalam masakan dan juga sebagai bahan kecantikan.

PENYATAAN MASALAH Lambakan ubi kemili selalunya banyak didapati pada hujung tahun dan awal tahun. Dari lambakan tersebut tercetusnye idea untuk memanjangkan jangka hayat produk melalui beberapa proses untuk dijadikan tepung dan dalam masa yang sama mengkomersialkan produk dari ubi kemili ini. Selain itu, ide untuk mempelbagaikan produk dari ubi kemili tanpa pengawet juga tercetus bagi memaksimakan penggunaan ubi yang sedia ada di pasaran.

Nama Penyelia: Noor Nadhirah binti GhazaliNo Hp: 0194118779Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Produk Kemili Flour merupakan produk dihasilkan tanpa bahan pengawet atau bahan kimia. Selain itu,Kemili Flour merupakan produk 2 dalam 1 dimana ia boleh digunakan sebagai produk kecantikan (skrub) serta bahan masakan yang bertindak sebagai ejen pemekat.

IMPAK PRODUK Produk ini:i. Mempunyai potensi yang besar untuk

dikomersialkan.ii. Masih belum terdapat di pasaran.iii. Konsep penggunaan 2 dalam 1.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019258

PASTA KULIT BUAH NAGAKolej Komuniti Pasir Salak

LATAR BELAKANG PROJEK Inovasi ini melibatkan penggunaan kulit dalam buah naga merah yang dikenali albedo yang dikeringkan pada suhu sederhana sebelum dikisar menjadi serbuk pewarna semulajadi. Kulit buah naga yang merah merupakan salah satu bahagian makanan yang dapat dimanfaatkan menjadi pewarna semulajadi. Kulit buah naga yang merangkumi 30-35% dari keseluruhan berat buah naga ini memiliki beberapa kelebihan dibandingkan dengan isinya. Kulit buah naga yang dipakai dalam produk inovasi ini adalah kulit buah naga merah. Kulit buah naga merah juga mempunyai kandungan pigmen warna lebih tinggi berbanding isinya. Selain itu, kulitnya juga mudah diperoleh, lembut dan tidak memerlukan masa yang lama untuk diproses.

PENYATAAN MASALAH Industri makanan masih kurang menggunakan pewarna semulajadi kerana sebab-sebab berikut; memerlukan sumber yang banyak untuk diekstrak menjadi pewarna, hasil yang diperoleh selalunya mempunyai variasi dalam warna kerana bergantung kepada cara pengeringan dan kurang ekonomi kerana harganya yang mahal berbanding pewarna sintetik.

Nama Penyelia: Siti Afifa binti RamliNo Hp: 01136668578

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Pewarna merah semulajadi diekstrak daripada

kulit dalam (albedo) buah naga merah. ii. Pasta yang dihasilkan berwarna merah dan

memberikan nilai tambah kepada rupa dan dapat menarik perhatian pengguna.

iii. Pasta juga mempunyai nilai tambah dari segi kandungan antioksida kerana kandungan anti-oksida dalam albedo adalah tinggi.

IMPAK PRODUK i. Keberkesanan kos kerana menggunakan

bahagian kulit buah naga yang selalunya dibuang dan tidak digunakan.

ii. Warna merah pasta juga memberikan first impression yang baik dan mampu menarik perhatian.

iii. Tekstur kenyal dan lembut pasta ini masih terpelihara dan disukai oleh pengguna.

iv. Pasta ini juga boleh dijadikan makanan bayi 8 bulan ke atas kerana proses pengekstrakan pewarna merah semulajadi.

v. Pasta ini juga mempunyai nilai tambah dari segi kandungan antioksidan kerana albedo sangat kaya dengan antioksidan berbanding isi buah naga itu sendiri. Antioksidan ini masih terpelihara kerana albedo dipanaskan pada suhu yang sederhana sahaja.

TEKNOLOGI MAKANAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 259

SOS CILI PETAIKolej Komuniti Pasir Salak

LATAR BELAKANG PROJEK Sos Cili Petai merupakan produk sos pencicah yang dihasilkan daripada gabungan cili dan petai. Kebiasaannya variasi produk sos cili yang terdapat dipasaran adalah seperti sos cili asli, dan sos cili Thai. Oleh yang demikian produk ini telah diperkenalkan dan mempunyai rasa sos cili yang unik. Ianya sesuai digunakan sebagai bahan pencicah kepada makanan laut panggang seperti udang, sotong dan ketam. Antara khasiat petai ialah kandungan antioksidan yang tinggi, mengurangkan paras gula dalam darah dan dapat melawan bakteria.

PENYATAAN MASALAH Produk sos cili sedia ada yang berada dipasaran ketika ini tidak mengalami sebarang perubahan dan rasanya agak tipikal. Namun begitu orang ramai tetap menggunakannya sebagai bahan pencicah. Petai pula sangat sinonim dengan masyarakat Melayu dan ianya dimakan samada sebagai ulam atau dimasak. Masakan utama yang menggunakan petai adalah sambal tumis petai.

Nama Penyelia:Siti Nurhaslinda binti DamanhuriNo Hp: 0135988901Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Produk gabungan cili dan petai dengan

menggunakan ramuan berinovatif daripada petai kepada produk komersil.

ii. Sos Cili Petai ini sesuai untuk semua golongan khususnya golongan yang tidak makan petai mentah.

iii. Kelainan bagi sos sedia ada di pasaran.

IMPAK PRODUK iv. Memperluaskan khasiat cili dan petai.v. Menjana pendapatan petani kecil apa bila produk

dikomersilkan.vi. Mengkomersilkan inovasi produk pelajar

disamping menjana pendapatan sampingan pelajar.

TEKNOLOGI MAKANAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019260

SOS CILI UDANG KERINGKolej Komuniti Pasir Salak

TEKNOLOGI MAKANAN

LATAR BELAKANG PROJEK Sos Cili Udang Kering dihasilkan dengan mencampurkan udang kering yang telah dikisar ke dalam sos cili. Ia bagi mempelbagaikan penggunaan udang kering. Sos yang dihasilkan ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan pencicah dengan keropok lekor atau jemput-jemput, malah boleh digunakan untuk menghasilkan sambal atau sambal nasi lemak.

PENYATAAN MASALAH Sos cili yang berada di pasaran hanya dicampur dengan bahan berasaskan tumbuhan seperti nanas, betik. Oleh itu, inovasi produk ini menghasilkan campuran sos cili dengan bahan hasil laut. Ini bagi mempelbagaikan penggunaan udang kering.

Nama Penyelia: Jalani bin JasaNo Hp: 0134081675

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Mudah dibawa dan digunakan.ii. Boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti

menyediakan sambal, perencah.iii. Sesuai untuk semua golongan.

IMPAK PRODUK i. Mempelbagaikan produk sos cili di pasaran.ii. Menambah pendapatan pengusaha udang kering.iii. Menambah pendapatan pengusaha sos cili.

KLUSTER

Rekabentuk danKomunikasi Visual

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 259

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019262

AIR COOLERKolej Komuniti

Bandar Darulaman

LATAR BELAKANG PROJEK Inovasi adalah suatu proses penambahbaikan kepada suatu kaedah, produk atau perkhidmatan sedia ada. Tujuan berinovasi adalah untuk meningkatkan kegunaan produk, memudahkan penggunaan dan paling uatama dapat mengurangkan kos seharian. Air Cooler adalah idea yang tercetus dikalangan pelajar Sijil Komputer dan Rangkaian untuk mengatasi masalah kepanasan laptop dan komputer. Produk ini menggunakan barangan kitar semula yang mudah didapati dan sangat mudah dihasilkan. Ini memudahkan para pelajar menghasilkannya tanpa kengkangan masa dan kos.

PENYATAAN MASALAH Pelajar banyak menggunakan laptop dan komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Kegunaan laptop dan komputer dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kepanasan pada peralatan ini. Produk air cooler di pasaran banyak tertumpu pada sistem air cooler untuk pemasangan di laptop sahaja. Sistem air cooler yang berasingan perlu untuk kegunaan pada laptop dan komputer. Perkara ini memberi sedikit bebanan kos kepada pelajar. Penghasilan produk inovasi ini adalah jalan mudah dalam menangani permasalah ini.

Nama Penyelia: Nurnadia binti Abd KhalidNo Hp: 0194033301

Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan barangan kitar semula seperti

bekas plastik, mini kipas angin dan cawan plastik. ii. Produk ini tidak memerlukan wayar dan hanya

menggunakan sistem pengecasan bateri sahaja dalam pengoperasiannya.

iii. Selain digunakan pada laptop dan komputer, boleh menjadi pengganti kipas angin.

iv. Produk ini mempunyai pelbagai cara penggunaan mengikut kesesuaian pengguna. Boleh ditambah ais atau air jika pengguna ingin merendahkan suhu.

IMPAK PRODUK i. Menjimatkan kos dan tahan lama kerana

menggunakan barangan kitar semula seperti bekas plastik, mini kipas angin dan cawan plastik.

ii. Mudah dibawa kerana tidak memerlukan wayar dan hanya menggunakan sistem pengecasan bateri sahaja.

iii. Mesra pengguna kerana selain digunakan pada laptop dan komputer, boleh menjadi pengganti kipas angin.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 263

BAG USED MATERIAL Kolej Komuniti Pasir Gudang

LATAR BELAKANG PROJEK Produk inovasi Bag Used Material ialah beg sandang atau beg galas yang dihasilkan daripada bahan terpakai dan telah ditambah nilai dengan menggunakan Fabrik Kudroi dan Fabrik Linen agar ia dapat dikomersilkan mengikut permintaan dan trend terkini. Ia berpotensi untuk dikomersilkan kerana bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pelajar bidang jahitan, malah boleh digayakan mengikut citarasa fesyen terkini dan selesa. Produk ini dapat mengurangkan beban pelajar bidang fesyen dan pakaian yang sebelum ini membawa beberapa jenis beg menjadi satu beg yang serbaguna.

PENYATAAN MASALAH Produk ini terhasil apabila didapati pelajar bidang jahitan mengalami kesukaran menguruskan segala penyimpanan peralatan dan hasil jahitan yang telah mereka hasilkan. Sebelum ini, para pelajar membawa beberapa beg untuk barang peribadi, hasil jahitan dan peralatan jahitan sehingga mengalami masalah tertinggal barang, tercicir dan kehilangan barang. Selain daripada itu, peralatan pelajar berisiko basah sewaktu datang ke kelas pada musim hujan. Faktor keselamatan juga kurang kerana peralatan pelajar ada yang tajam seperti gunting dan jarum dan juga mudah patah seperti pembaris jahitan.

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan bahan terpakai seperti fabrik

jeans, getah dan langsir dan telah ditambah nilai

Nama Penyelia: Nurilyana binti Mohd YusofNo Hp: 0197268061Email: [email protected]

dengan menggunakan Fabrik Kudroi dan Fabrik Linen.

ii. Faktor kekemasan: Butang kecil kepada butang yang lebih sesuai dan berfesyen. Pemasangan zip pada sekeliling beg disediakan bagi menggelakkan barang-barang yang dibawa tercicir.

iii. Faktor keselesaan: gancu pada tali untuk pelajar-pelajar melaraskan panjang tali beg mengikut keselesaan dan kesesuaian pengguna.

iv. Faktor keselamatan: memudahkan urusan penjagaan peralatan tajam seperti gunting dan jarum.

IMPAK PRODUK i. Meringankan beban semua pelajar membawa

peralatan dan bahan yang banyak seperti fabrik, gunting, jarum dan sebagainya.

ii. Membolehkan peralatan disusun kemas dan teratur dalam satu beg.

iii. Mengelakkan barang seperti pembaris diurus dengan baik elakkan daripada bengkok dan patah.

iv. Melindungi peralatan daripada air dengan kemudahan material kalis air.

v. Produk ini telah diaplikasikan penggunaannya oleh para pelajar sepenuh masa dan peserta kursus pendek Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Kolej Komuniti Manjung Perak.

vi. Terdapat usahawan pakaian yang telah menggunakan produk ini dan sangat bersetuju dengan penghasilannya.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019264

DECKER SHOE RACKKolej Komuniti Segamat 2

LATAR BELAKANG PROJEK Kekemasan dan kebersihan itu perlu diambil dari keseluruhan aspek termasuklah diri dan persekitaran. Keperibadian yang baik bermula daripada penampilan dan cara aturan hidup yang kemas dan teratur. Decker Shoe Rack ini dicipta untuk kegunaan pelajar-pelajar diasrama, dimana setiap pelajar dihadkan kepada 2 pasang kasut sahaja dalam setiap sehari penggunaan, sedangkan pelajar mempunyai pelbagai jenis kasut untuk pelbagai kegunaan. Contohnya kasut sukan, kasut casual, selipar dan kasut kuliah. Decker Shoe Rack ini bertujuan untuk membantu pelajar supaya menyusun kasut dengan kemas dan teratur ia juga memudahkan pelajar menyusun kasut dengan menjimatkan ruang kerana Decker Shoe Rack dapat membantu pelajar.

PENYATAAN MASALAH Walaubagaimanapun, sesetengah pelajar yang mempunyai kasut yang banyak untuk meletakkan kasut di rak kasut yang sudah tentu memenuhi ruang letak kasut tersebut. Kadang-kala mereka terpaksa menindih kasut mereka dengan kasut pelajar lain.

Nama Penyelia: Norhafizai binti Md NorNo Hp: 0187656550

Email: [email protected]

Hal ini menyebabkan, diruang rak kasut kelihatan padat dan tidak kemas. Maka dengan Decker Shoe Rack ini dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar yang suka menyusun-atur dengan mudah.

CIRI-CIRI PRODUK Decker Shoe Rack menggunakan barang-barang terpakai seperti drawing board yang tidak digunakan lagi,wallsticker dan gam UHU.

IMPAK PRODUK Konsep 3M (Mudah, Murah dan Memuaskan) dalam susun atur dapat dilaksanakan dengan lancar serta memuaskan untuk penduduk asrama atau penduduk luar yang ingin kasut mereka tersusun cantik. Impak penggunaan Decker Shoe Rack ini adalah ;i. Jimat ruang.ii. Jimat kos. iii. Mudah alih.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 265

EZ BMC BLOKS Kolej Komuniti Pasir Gudang

LATAR BELAKANG PROJEK EZ BMC Bloks dihasilkan menggunakan kertas glossy card, inkjet card, pen / marker pen non permanent. Bahan ini dimasukkan dalam kit bagi memudahkan untuk dibawa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar / kursus pendek kepada golongan sasaran yang dinyatakan iaitu Persatuan Peniaga & Perniagaan Melayu Pasir Gudang, Persatuan Penjaja Pasar Malam Kawasan Pasir Gudang dan Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru. Inovasi ini mampu memudahkan tugas supaya lebih baik dan berkesan bagi semua golongan sasaran yang berkaitan.

PENYATAAN MASALAH Masalah dikenalpasti dalam perlaksanaan proses PdP dan kursus pendek. Bagi modul Keusahawanan, sub topik Business Model Canvas, hasil pemerhatian dan pembelajaran, kami sebagai pelajar mencari penyelesaian masalah pembelajaran Business Model Canvas yang kurang berkesan dan tiada peralatan pembelajaran yang menarik. Tambahan lagi, latih tubi yang kerap diperlukan bagi memberi ruang pelajar menguasai dengan lebih baik. Produk ini membolehkan pelajar melaksanakan perbincangan, bertukar-tukar pendapat dan hanya mengisi maklumat secara berkumpulan dengan lebih mudah dan efektif dalam EZ BMC Blocks.

Nama Penyelia: Siti Mahani binti Shaik IsmailWan Ajrul Asward bin Wan HashimNo Hp: 0126244006Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan kertas glossy card dan inkjet card. ii. Ia dilengkapi dengan pen / marker pen non

permanent.iii. Ketiga-tiga bahan ini akan dimasukkan dalam

satu kit bagi memudahkan ia untuk dibawa dan digunakan.

iv. Menjimatkan masa kerana tidak perlu melakar blok sendiri.

v. Menarik kerana terdiri daripada pelbagai warna.

IMPAK PRODUK i. Meningkatkan keberkesanan sesi PdP. ii. Membantu dalam proses perlaksanaan kursus

pendek.iii. Meningkatkan kemahiran dan kefahaman bagi

memulakan, menjalankan dan menguruskan perniagaan dengan lebih baik.

iv. Mengurangkan kos percetakan dan menjumatkan masa.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019266

FANTASY CHESS MUNCHERSKolej Komuniti Selayang

LATAR BELAKANG PROJEK Fantasy Chess Munchers adalah sebuah permainan video game yang telah dicipta oleh pelajar Diploma Games Art Semester 1, Kolej Komuniti Selayang. Permainan ini dicipta untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan kanak-kanak tentang pentingnya pemilihan pemakanan sihat untuk tumbesaran mereka. Jika kesedaran tentang amalan pemakanan sihat ini tidak dipupuk dari kecil maka kesannya akan dikhuatiri mampu menjejaskan tahap peratusan kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhannya pada masa akan datang. Permainan ini mempunyai 3 peringkat cabaran (game level). Cabaran 1 (Level 1) berdasarkan pemilihan makanan untuk menu sarapan pagi. Cabaran 2 (Level 2) berdasarkan pemilihan makanan untuk menu makan tengahari. Cabaran 3 (Level 3) berdasarkan pemilihan makanan untuk menu makan malam. Sekiranya pemain memilih makanan yang sihat markah akan bertambah dan badannya lebih sihat. Manakala jika pemain memilih makanan yang tidak sihat markah akan menurun dan badannya semakin lemah.

PENYATAAN MASALAH Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7 peratus daripada mereka mengalami masalah obesiti atau kegemukan. Faktor pemakanan dilihat penyumbang

Nama Penyelia: Syariza binti Mohd Samuri

No Hp: 0167761769Email: [email protected]

utama masalah obesiti ini dengan pengambilan diet yang tidak seimbang serta kurangnya aktiviti fizikal. Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes atau gemuk ketika dewasa. Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.Oleh itu, mendapat inspirasi untuk mencipta game ini bertujuan memberi kesedaran kepada golongan kanak-kanak tentang pemilihan pemakanan sihat dan seimbang.

CIRI-CIRI PRODUK i. Cepat dan efektif.ii. Berinteraktif.iii. Melalui telefon pintar.iv. Melalui permainan video game.

IMPAK PRODUK Diharapkan dengan wujudnya permainan video game ini, dapat membantu memberi kesedaran kepada golongan kanak-kanak terutamanya tentang pemilihan pemakanan yang sihat pada waktu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 267

MIRACLE BASKETKolej Komuniti Pasir Gudang

LATAR BELAKANG PROJEK Idea merekacipta Miracle Basket ini tercetus apabila sekumpulan pencipta mengenalpasti masalah yang wujud semasa proses menjahit menggunakan mesin jahit high speed yang melibatkan aktiviti memotong benang dan lebihan kain. Rekaan ini berjaya menyelesaikan masalah pengguna terhidu habuk dan sisa benang dan penyakit berkaitan dengan hidung dan kerongkong seperti selsema dan batuk. Udara di dalam makmal akan lebih bersih. Kesimpulannya, Miracle Basket memberikan aura keajaiban dalam usaha mempastikan ruang kerja kemas walaupun ketika proses menjalankan aktiviti jahitan.

PENYATAAN MASALAH Masalah dikenalpasti apabila terdapat sisa benang bertaburan di atas lantai dibersihkan semasa proses menjahit menggunakan mesin jahit high speed yang melibatkan aktiviti memotong benang dan kain. Ini disebabkan jarak tong sampah dengan mesin jahit agak jauh dan sifat fizikal benang yang sangat ringan. Pelajar pula cenderung menggunakan laci mesin jahit untuk mengumpul sampah yang menyebabkan barang alat ganti menjadi mudah karat. Risiko pengguna terhidu habuk dan sisa benang menyebabkan penyakit hidung dan kerongkong seperti selsema dan batuk.

Nama Penyelia: Nazaliah binti IsmailNo Hp: 0197420667Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Menggunakan fabrik yang sesuai dan besi dan peralatan aloi yang ditempah khas untuk pembuatan produk.

OBJEKTIF : i. Membantu pengguna mesin jahit high speed

untuk membuang lebihan benang dan kain ketika melaksanakan proses menjahit.

ii. Membantu menjimatkan masa untuk menjahit dan mengemas ruang kerja.

iii. Membantu menjimatkan ruang untuk meletakkan tong sampah di bawah mesin jahit.

iv. Mengurangkan risiko kemalangan di ruang kerja.

IMPAK PRODUK i. Produk yang mesra pengguna.ii. Tiada produk yang seumpama ini di pasaran.iii. Produk rekaan ini berjaya menyelesaikan

masalah yang dihadapi.iv. Produk ini telah diaplikasikan penggunaannya

oleh para pelajar sepenuh masa dan peserta kursus pendek Kolej Komuniti Pasir Gudang.

v. Terdapat juga berapa usahawan pakaian yang telah menggunakan produk ini dan sangat bersetuju dengan penghasilannya.

vi. Menjimatkan masa dan tenaga kepada pelajar bidang fesyen dan pakaian yang menggunakan mesin jahit semasa proses pembelajaran di Makmal Jahitan.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019268

MULTITABLE KINDERGARDEN Kolej Komuniti

Bandar Penawar

LATAR BELAKANG PROJEK Multi Table Kindergarden merupakan satu produk inovasi untuk meningkatkan kemudahan aktiviti pembelajaran di pusat pendidikan kanak-kanak. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran yang digunakan di pusat pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai ruang yang terhad dan efektif digunakan. Produk yang sesuai dan menjimatkan ruang adalah satu keperluan bagi membantu pusat pembelajaran kanak-kanak. Penghasilan produk Inovasi Multi Table Kindergarden merupakan salah satu usaha yang boleh digunakan untuk keperluan tersebut. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan kayu dan papan lapis yang mempunyai 4 kotak laci yang boleh dibuka disetiap sudut meja tersebut yang boleh digunakan untuk menyimpan bahan aktiviti pembelajaran, sebagai meja makan dan tempat permainan kanak-kanak.

PENYATAAN MASALAH Dalam analisa yang dibuat, Perabot seperti meja yang digunakan kebanyakkan mempunyai masalah seperti berikut :i. Kawasan pembelajaran yang terhad untuk

meletak meja yang banyak.ii. Aktiviti pembelajaran yang pelbagai memerlukan

kemudahan meja untuk permainan.iii. Ruang penyimpanan yang terhad untuk

menyimpan bahan aktiviti permainan dan pembelajaran.

Nama Penyelia: Fairulnizar bin RahmanNo Hp: 0167503096

Email: [email protected]

Melihat kepada kedua-dua situasi tersebut, satu inisiatif inovasi boleh dilakukan bagi membantu dalam menghasilkan idea produk yang mempunyai nilai komersilan, mudah dihasilkan, kos yang rendah, afektif penggunaanya dan membantu mereka yang memerlukan.

CIRI-CIRI PRODUK i. Meja yang pelbagai guna sesuai untuk di tadika

dan taska.ii. Kos penghasilan yang murah iaitu RM40. iii. Bahan untuk menghasilkanya mudah diperolehi.

IMPAK PRODUK i. Mempunyai pelbagai kegunaan selain fungsi

sebagai meja tetapi digunakan untuk aktiviti permainan dan makan.

ii. Menjimatkan ruang untuk penyimpanan bahan aktiviti permainan.

iii. Boleh dipasarkan kepada pelanggan kerana mempunyai ciri-ciri pengkomersilan pada produk.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 269

PROMOTIONAL KIT FOR MADREPoliteknik Muadzam Shah

LATAR BELAKANG PROJEK Inovasi ini menyediakan item promosi untuk syarikat seperti beg kertas, baju T, bunting, brochure, dan company booklet. Pemilihan tema yang lebih spesifik dan sesuai dengan rekabentuk yang lebih menarik. Syarikat Madre Collection telah dipilih atas faktor keselesaan dan kesesuaian. Kajian mengenai rekabentuk dan rekaletak serta idea-idea dibentangkan kepada pihak terlibat. Percetakan item promosi menggunakan cetakan digital offset dan screen printing bergantung pada kesesuaian sesuatu produk.

PENYATAAN MASALAH i. Syarikat Madre Collection mempunyai masalah

dari segi mempromosikan barangan mereka.ii. Kurang menggunakan kaedah promosi melalui

bahan bercetak dan hanya mengunakan media sosial.

iii. Teknologi yang maju menyebabkan sesetengah syarikat kurang mengunakan bahan promosi yang berasaskan percetakan.

iv. Rekacipta pada bahan bercetak kurang menarik.v. Perincian mengenai syarikat atau produk kurang

jelas menyebabkan maklumat tidak sampai.

Nama Penyelia: Muhammad Nasuha bin YusopNo Hp: 0109151686Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Flyers / brochure: memberikan maklumat

mengenai promosi bulanan syarikat serta boleh menarik minat ramai berdasarkan susunatur rekacipta.

ii. Booklet: memberikan pengetahuan mengenai maklumat syarikat dan produk pada orang awam.

iii. Beg Kertas: menampakkan lagi cara pengunaan pembungkusan yang menarik serta menarik minat ramai.

iv. Bunting: digunakan untuk mempamerkan berkaitan syarikat dan produk pada orang ramai.

IMPAK PRODUKDapat memberi dan menyampaikan maklumat yang berkesan kepada orang ramai berkaitan mengenai syarikat dan produk sekaligus dapat meningkatkan jualan syarikat.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019270

VERSATILE FAN BLADE CLEANERPoliteknik Melaka

LATAR BELAKANG PROJEK Produk ini direka bagi memudahkan tugas membersihkan kipas siling, di mana kebiasaannya terdapatnya masalah membersihkan debu atau habuk yang bertebaran di atas lantai semasa proses pembersihan kipas. Asbestos adalah sejenis bahan yang digunakan dalam pembuatan siling. Ia adalah bahan serat dari bahan mineral bukan logam yang digunakan sebagai pembuatan bumbung rumah, siling, penyangga dari haba atau kebakaran dan lain-lain. Asbestos mengeluarkan gentian halus, yang berterbangan oleh angin dan boleh mengundang bahaya jika ia disedut masuk ke dalam paru-paru.

PENYATAAN MASALAH Semasa proses membersihkan habuk pada bilah kipas, pengguna perlu menggunakan tangga atau kerusi kerana ketinggian kipas tersebut. Ini pasti sukar bagi pengguna, kerana ia berada di atas kepala pengguna. Ketinggian bilah kipas menjadikannya sukar untuk dibersihkan tanpa menggunakan tangga dan ianya berisiko tinggi untuk jatuh jika kita tidak berhati-hati semasa proses pembersihan. Pembersih bilah kipas ini direkabentuk untuk membantu pengguna untuk membersih secara efektif. Pembersih yang sedia ada di pasaran secara

Nama Penyelia: Norraihan binti Mohd Aini No Hp: 0193425858

Email: [email protected]

amnya mempunyai had panjang, dan hanya boleh membersihkan sebahagian bilah kipas sahaja. Semasa proses pembersihan ini dilakukan, habuk dari bilah kipas mudah jatuh dan bertebaran ke lantai.

CIRI-CIRI PRODUK i. Kekuatan produk dimana ia mempunyai kayu

panjang sehingga dapat membersihkan tempat yang lebih tinggi tanpa menggunakan tangga atau kerusi.

ii. Ia tidak mudah rosak jika jatuh ke tanah kerana menggunakan material tahan lasak.

iii. Harga produk juga berpatutan dan mampu milik. iv. Produk ini juga direka mesra alam kerana ia

tidak menggunakan sebarang penggunaan elektrik atau apa-apa yang boleh mencetuskan pencemaran.

v. Produk ini mudah digunakan dan tidak memerlukan tenaga kerja tambahan.

IMPAK PRODUKProduk ini tahan lebih lama kerana ia tidak menggunakan air untuk membersihkan bilah kipas dan lebih mudah untuk dibersihkan selepas penggunaan.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 271

MINUMAN BERKOTAK TANPA STRAWPoliteknik Tuanku SultanahBahiyah

LATAR BELAKANG PROJEK Produk minuman tanpa straw adalah produk inovasi yang dihasilkan dalam usaha untuk membantu memelihara alam sekitar daripada pencemaran bahan plastik yang semakin membanjiri alam sekitar. Produk ini mengetengahkan produk yang bebas straw plastik tetapi masih menyediakan penyedut minuman sebagai alternatif untuk menyedut minuman daripada material yang sama dengan kotak minuman.

PENYATAAN MASALAH Dianggarkan 31 juta plastik straw telah diguna dan dibuang oleh rakyat Malaysia setiap hari. Sebatang straw mengambil masa sehingga 200 tahun untuk proses penguraian. Pelbagai impak negatif yang boleh terjadi kepada alam sekitar akibat pembuangan plastik yang semakin tidak terkawal. Penghasilan minuman kotak tanpa straw adalah satu usaha ke arah menyelamatkan alam sekitar daripada terus tercemar dengan unsur plastik yang tidak berkesudahan.

Nama Penyelia: Suzana binti MuhammadNo Hp: 0194549070Email: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Minuman tanpa straw adalah produk inovasi

yang menggabungkan straw di dalam kotak minuman dari material yang sama.

ii. Straw minuman masih wujud tetapi bersekali dengan kotak minuman.

iii. Terdapat satu lubang yang dibuat di dalam kotak minuman bagi membolehkan minuman di dalam kotak mengalir dan boleh disedut keluar daripada kotak.

iv. Kotak minuman ini direkabentuk berbentuk berlian.

IMPAK PRODUKMinuman kotak tanpa straw, merupakan inovasi produk yang akan menyumbang kepada pengurangan pencemaran alam sekitar di mana straw plastik langsung tidak dibekalkan di luar kotak seperti kebiasaan minuman kotak lain di pasaran.

REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

KLUSTER

Perkhidmatan

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019270

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 273

SELF LEARNING: MOBILE NOTES V2.1 Politeknik Port Dickson

LATAR BELAKANG PROJEKProduk mobile notes merupakan inovasi alat bantu mengajar diantara pensyarah dan pelajar di Politeknik Malaysia. Produk ini menggunakan metodologi peralatan sokongan telefon pintar, tablet serta peranti mudah alih yang dikendalikan melalui sistem pengoperasian seperti Windows, Mac OS, Linux, dan sebagainya. Produk inovasi ini praktikal untuk digunapakai bagi pensyarah dalam mempertingkatkan pemahaman pelajar melalui proses pembelajaran “multimedia interactive” tanpa mengira waktu atau di mana pelajar itu berada.

PENYATAAN MASALAHProses PdP tidak lagi tertumpu pada penggunaan buku atau dokumen bercetak, tetapi penggunaan alat-alat teknologi dan peranti mudah alih sebagai bahan bantu mengajar sama ada di dalam atau di luar kelas telah membantu proses PdP untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran secara M-Learning iaitu belajar menerusi peralatan mudah

Nama Penyelia: Sufandi bin Mohd JohanNo Hp: 0183119081Email address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Peralatan: telefon pintar, PDA, tablet dan

komputer. ii. Produk ini mudah di simpan, saiz tidak besar.iii. Kaedah yang digunakan adalah Self learning,

Customize learning to student.iv. Produk boleh dikemaskini mengikut keperluan

pelajar masa kini.

IMPAK PRODUKi. Menjimatkan masa pembelajaran untuk

pensyarah dan pelajar kerana aplikasi ini tersedia dalam telefon pintar mereka.

ii. Bahan-bahan seperti nota dan pengajaran dipindahkan dalam telefon pintar dan tablet pelajar.

iii. Menggalakkan usaha kolaboratif di kalangan pendidik.

iv. Membuka peluang dikalangan pendidik untuk mendapatkan khidmat nasihat membangunkan projek inovasi seumpama ini.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019274

BUMC-ARPoliteknik Ungku Omar

LATAR BELAKANG PROJEKAplikasi BUMC-AR yang telah dicipta menggunakan Augmented Reality ini menjadi salah satu contoh aplikasi yang dapat digunakan pada zaman industri 4.0 ini. AR menyediakan interaksi gabungan di antara persekitaran nyata dan maya yang merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dan dicapai dalam persekitaran maya yang lain. Aplikasi BUMC-AR akan merapatkan jurang antara dunia maya dan dunia nyata. Seseorang yang membaca buku BUMC-AR dengan bantuan kamera web akan dapat melihat animasi 3D secara langsung dari halaman halaman buku tersebut. Buku BUMC-AR mempunyai potensi yang besar untuk menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran yang interaktif.

PENYATAAN MASALAHPenggunaan Augmented Reality dalam pembelajaran dan pengajaran adalah sangat terhad. Pelajar sukar memahami mengenai Business Model Canvas yang mempunyai isi dan maklumat yang sangat padat sehingga menyukarkan pelajar memahami subjek itu. Sejajar dengan permintaan dunia dan masalah tersebut, aplikasi ini dibangunkan menggunakan konsep Revolusi Industri 4.0. Aplikasi ini dicipta dengan supaya berfungsi dan memberi impak yang positif kepada pelajar, institusi dan negara.

Nama Penyelia: Dr. Annafatmawaty binti IsmailNo Hp: 0192911819

Email Address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk ini mampu meningkatkan tahap

pemikiran dan ingatan para pelajar dalam jangka masa yang panjang.

ii. Mudah untuk diakses tidak kira waktu atau tempat.

IMPAK PRODUKi. BUMC-AR mampu memberi penjelasan yang

lebih baik daripada Konsep Kompleks dan Abstrak.

ii. Pelajar akan memahami konsep yang lebih baik apabila mereka menggambarkan dalam realiti.

iii. Pelajar akan dapat belajar dengan cepat dengan penggunaan model 3-dimensi.

iv. Dapat digunakan oleh peniaga-peniaga yang baru memulakan perniagaan.

v. Tiada alat tambahan diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran interaktif.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 275

PERKHIDMATAN

MUSHQUEENPoliteknik Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah

LATAR BELAKANG PROJEKMushqueen adalah serunding berasaskan cendawan sisir. Ia merupakan menu baru yang dihasilkan dari sumber cendawan khusus bagi penggemar cendawan. Pelbagai khasiat diperolehi dari serunding cendawan ini di samping menjadi menu kepada semua golongan termasuk golongan yang vegetarian. Mushqueen dapat menyaingi serunding berasaskan sumber protein iaitu daging lembu memandangkan rasa cendawan itu sendiri dikatakan menyamai keenakan rasa daging.

PENYATAAN MASALAHi. Kekurangan variasi menu serunding berasaskan

sayur-sayuran di pasaran berbanding serunding yang berasaskan haiwan dan hasil laut.

ii. Kesukaran penggemar menu serunding dari golongan vegetarian untuk menikmati serunding berasaskan sayur-sayuran dapat diatasi.

iii. Masalah obesiti dapat dikurangkan apabila penggemar serunding daging dapat menggantikannya dengan serunding cendawan sisir yang mana keenakan cendawan sisir dikatakan menyamai keenakkan rasa daging selain menikmati nutrisi yang seimbang.

iv. Penggemar snek yang kurang berkhasiat dapat menukar snek mereka dengan Mushqueen yang menawarkan snek yang enak, berkhasiat dan mudah dibawa ke mana-mana.

Nama Penyelia: Umi Kalthom binti AbdullahNo Hp: 0192253870Email address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Snek yang enak, ringkas dan berkhasiat.ii. Tanpa bahan pengawet dan perisa tambahan.iii. Boleh dinikmati sebagai juadah utama, iaitu

dimakan bersama nasi impit, ketupat, nasi panas, pulut kukus dan sebagainya.

iv. Pembungkusan di dalam botol plastik yang ringan dan mudah dibawa oleh pengguna.

v. Rasa cendawan sisir adalah seakan-akan sama dengan rasa daging.

IMPAK PRODUKi. Kepelbagaian produk serunding sedia ada

dengan serunding berasaskan cendawan sisir di dalam pasaran makanan segera.

ii. Meningkatkan ekonomi pertanian bagi penanaman cendawan sisir.

iii. Memberi kemudahan kepada golongan vegetarian yang gemarkan serunding selain membantu wanita berkerjaya yang kesuntukan masa menyediakan menu hidangan yang berkhasiat dan seimbang.

iv. Menjana pendapatan bagi pengusaha kecil sederhana yang menghasilkan produk serunding berasaskan cendawan sisir.

v. Bagi sektor pelancongan, ia boleh dimanfaatkan sebagai pilihan makanan ringan, ole-ole atau buah tangan kepada pelancong selain memperkenalkan variasi menu makanan tradisional kepada semua golongan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019276

SERUNDINGJANTUNG PISANGPoliteknik Port Dickson

LATAR BELAKANG PROJEKBanana Flows direkacipta dengan menggunakan bahan utama iaitu jantung pisang dan adunan resepi yang tersendiri. Pada kebiasaanya, jantung pisang dijadikan sebagai ulam dan gulai lemak sahaja. Resepi inovasi ini memberikan rasa yang enak, dan mempelbagaikan kegunaan jantung pisang. Tekstur serunding jantung pisang menyamai dengan tekstur serunding daging yang ada dalam pasaran pada masa kini. Produk ini mengekalkan khasiat serta kebaikan sedia ada pada jantung pisang. Mengikut kajian terdahulu, jantung pisang mempunyai serat seperti daging dan menjadikan makanan diet kepada pengguna yang mempunyai masalah kesihatan pada masa kini (diabetis, darah tinggi, obesiti, kolesterol dan lain-lain). Banana Flows boleh dinikmati bersama-sama nasi impit, nasi putih dan roti di mana jua berada.

PENYATAAN MASALAHDalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang tidak pernah menemui titik noktah dalam perkembangannya, masyarakat kita seringkali dikejutkan dengan isu pengabaian amalan pemakanan yang seimbang. Tiada satu pun jenis makanan dapat memberi kesemua tenaga, nutrien dan komponen makanan yang kita perlukan. Selain itu, jantung pisang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan khususnya bagi yang ingin menjalankan program diet, kerana jantung pisang mengandungi

Nama Penyelia: Nor Hashimah binti Ab HamidNo Hp: 0183735832

Email Address: [email protected]

serat tinggi dan hanya sedikit lemak. Justeru, Banana Flows dicipta dan diinovasikan sebagai alternatif diet untuk makanan seimbang yang dihasilkan dalam bentuk serunding agar terpelihara khasiatnya serta aromanya.

CIRI-CIRI PRODUKi. Menggunakan bahan sisa.ii. Pembungkusan menarik, stabil, kedap udara

“Airtight” dan produk tahan lama. iii. Mudah untuk dibawa, siap sedia di makan bagi

pelancong dan golongan bekerjaya.

IMPAK PRODUKi. Menghasilkan produk inovasi berasaskan

jantung pisang yang mempunyai tekstur hampir sama dengan serunding daging. Ini memberi peluang masyarakat yang tidak makan daging boleh menikmati serunding.

ii. Khasiat yang terdapat dalam jantung pisang mampu memberikan 100% manfaat kepada pengguna.

iii. Memberi alternatif atau pilihan kepada pengguna dalam produk serunding yang sedia ada dalam pasaran.

iv. Produk ini dilihat sebagai inovasi yang mampu menjana pendapatan dan berpotensi untuk dipasarkan dengan lebih meluas dalam industri pemakanan.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 277

QR UNIEASYSHOPPING BAG Politeknik Kota Kinabalu

LATAR BELAKANG PROJEKProjek ini merupakan satu projek kempen kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai untuk menggalakkan pengguna menggunakan bag beli-belah dengan sistem ganjaran ketika melakukan pembelian.

PENYATAAN MASALAHProjek ini mengetengahkan permasalahan penggunaan plastik ketika membeli-belah di kalangan pengguna di samping kesedaran faedah penggunaan beg beli-belah yang masih rendah. Permasalahan ini menyumbang kepada pembuangan sisa plastik yang banyak menyebabkan kebimbangan terhadap kesan alam-sekitar. Melalui kempen kesedaran dan pendidikan melalui ganjaran ini, pengguna digalakkan untuk membeli beg beli-belah di mana-mana pusat perniagaan, dan pada setiap pembelian Kod QR akan diberi dimana hadiah ganjaran boleh dituntut pada masa yang sama.

CIRI-CIRI PRODUKi. Kod QR akan disertakan pada setiap beg beli-

belah yang dibeli, di mana pengguna boleh mengimbas kod tersebut untuk menuntut ganjaran yang disediakan.

ii. Kod QR boleh diimbas dengan menggunakan pengimbas QR melalui telefon bimbit atau apa-apa mesin yang boleh mengimbas kod QR.

Nama Penyelia: Alexander JiranNo Hp: 0138515909Email address: [email protected]

IMPAK PRODUKi. Menggalakkan pengguna untuk membeli dan

menggunakan beg beli-belah, di samping mendapat ganjaran atas keprihatinan penggunaan beg tersebut.

ii. Mendidik pengguna secara tidak langsung tentang kesedaran faedah penggunaan beg beli-belah.

iii. Membudayakan penggunaan meluas beg beli-belah di premis-premis perniagaan.

iv. Pengurangan penggunaan beg plastik dalam pembelian memberi impak kelestarian alam sekitar.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019278

MAYO TASTE HERITAGEPoliteknik Kota Kinabalu

LATAR BELAKANG PROJEKProduk ini menggunakan ramuan tempatan atau tradisional, iaitu daripada Tuhau atau dikenali dengan nama saintifiknya etlingera coccinea yang merupakan makanan tradisional suku kaum Kadazan dusun di Sabah. Mayo Taste Heritage adalah pengeluar makanan yang membawa produk berteraskan konsep hijau (mesra alam) dalam industri pemakanan yang sihat, unik dan berdaya saing dalam pasaran domestik dan juga antarabangsa. Produk ini mengeluarkan tiga jenis perisa iaitu Mayonnaise Tuhau Original, Mayonnaise Tuhau Cheese dan Mayonnaise Tuhau Spicy. Selain daripada Tuhau, bahan lain yang digunakan ialah minyak sayuran, gula, garam, telur, cuka dan jus lemon. Bahan yang digunakan sangat mudah untuk didapati dan tidak mencemarkan alam sekitar. Pengguna boleh menikmati produk ini dengan mayonis tanpa bahan pengawet tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

PENYATAAN MASALAHProduk ini mengetengahkan isu pembuatan pemakanan sihat, unik dan kompetitif di pasaran kepada para pelanggan. Ia merupakan produk yang masih baharu di dalam pasaran dan kurang dikenali ramai. Kebaikan produk ini iaitu tidak memudaratkan kesihatan dan setanding dengan produk dipasaran domestik dan antarabangsa.

Nama Penyelia: Dr. Melvin MojikonNo Hp: 0127211272

Email Address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Menambahkan citarasa tempatan di dalam resepi

mayonis biasa.ii. Menggunakan ramuan bahan-bahan tempatan

iaitu tradisional dan moden.iii. Tanpa bahan pengawet tambahan.

IMPAK PRODUKi. Menambahkan ciri-ciri tempatan atau tradisional

pada mayonis biasa untuk menarik pelanggan.ii. Penghasilan produk tempatan yang boleh

menembusi hingga ke pasaran antarabangsa.iii. Berteraskan konsep hijau.iv. Berkonsepkan pemakanan inovatif hibrid.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 279

PERKHIDMATAN

THREE TICKETS TO MERSINGARCHIPELAGO Politeknik METrO Kuantan

LATAR BELAKANG PROJEKThree Tickets to Mersing Archipelago adalah satu produk untuk memperkenalkan kepulauan Mersing, Johor yang kurang terkenal dan kurang dipromosikan. Video perjalanan buku harian atau Vlog ini mengandungi maklumat mengenai anggaran kewangan, penggunaan kemudahan yang ada serta mempamerkan keindahan 5 pulau iaitu Pulau Tinggi, Pulau Sibu Kukus, Pulau Lima, Pulau Mentinggi dan Pulau Rahsia. Selain itu, video buku harian perjalanan ini juga tidak memerlukan kertas dan mudah disampaikan kepada semua orang melalui media sosial. Sebagai nilai tambah kepada produk, video realiti maya juga dibangunkan untuk memberikan pengalaman menarik bagi sesiapa yang ingin mencubanya.

PENYATAAN MASALAHi. Kekurangan maklumat pelancongan dan promosi

mengenai Pulau Tinggi yang boleh dicapai.ii. Buku harian perjalanan yang sedia ada di pasaran

agak kurang menarik.iii. Kekurangan promosi menyebabkan Pulau Tinggi

kurang dikenali pelawat atau pelancong.iv. Pelawat atau pelancong tidak mendapat

maklumat yang tepat mengenai anggaran kos perjalanan ke pulau tersebut menyebabkan mereka tidak memilih pulau ini sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan.

Nama Penyelia: Dr. Mohd Fadly bin LamriNo Hp: 0132983007Email address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Dua versi video penuh dan versi realiti maya

(Kotak VR).

IMPAK PRODUKi. Mempromosikan pulau yang jarang diketahui

umum di Kepulauan Mersing kepada pelancong melalui pengalaman video dan realiti maya (VR).

ii. Pelawat atau pelancong mendapat maklumat dan merasai pengalaman sebenar di Kepulauan Mersing melalui video dan realiti maya (VR) yang dihasilkan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019280

FLEXIBLE POWER CLEANPoliteknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah

LATAR BELAKANG PROJEKFlexible Power Clean atau singkatannya F.P.C merupakan produk yang direka untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan saluran perangkap lantai yang sering tersumbat akibat daripada rambut, tisu, sabun dan benda asing lain yang terperangkap. F.P.C ini sangatlah mudah untuk digunakan kerana ianya mudah alih, ringan, mata berus yang boleh ditukar dan boleh dicas kembali untuk penggunaan yang kerap.

PENYATAAN MASALAHPerangkap lantai di asrama, rumah dan premis makanan sering tersumbat kerana bahan buangan dari bahan asing memasuki saluran seperti tisu, rambut dan sabun yang jatuh dan menyebabkan selak terperangkap. Di samping itu, premis pekerja makanan akan membuang sisa makanan secara terus ke dalam perangkap lantai yang mengakibatkan minyak dan pengumpulan sisa di pinggir paip dan dari masa ke masa lemak akan lebih tebal di pinggir saluran. Pada satu peringkat saluran paip akan menyusut dan akan tersumbat. Apabila saluran

Nama Penyelia: Jamilah binti Hj AbbasNo Hp: 0192153954

Email Address: [email protected]

tersumbat, bau-bauan yang busuk akan berlaku. Masalah saliran tersumbat juga berlaku disebabkan lumut tebal dan sisa asing seperti sisa makanan, dedaunan dan tanah di pinggir longkang. Ini akan menyebabkan proses pembersihan menjadi sukar dan keadaan tersumbat akan berlaku. Tetapi alat sedia ada seperti berus tidak banyak membantu kerana memerlukan banyak tenaga digunakan.

CIRI-CIRI PRODUKi. Kalis air.ii. Tidak menggunakan arus voltan tinggi.iii. Tidak tajam.

IMPAK PRODUKProduk ini dapat menjimatkan tenaga pengguna dan kos untuk membersihkan kekotoran dalam perangkap lantai.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 281

PERKHIDMATAN

CHARLIE REPELLENTEPoliteknik Seberang Perai

LATAR BELAKANG PROJEKCharlie Repellente ini bertujuan untuk menghalau atau membunuh serangga yang dikenali Charlie di kawasan kolej kediaman pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP). Charlie merupakan serangga di mana bentuk fizikalnya kecil tetapi merbahaya. Produk ini berbeza dengan penyembur aerosol yang sedia ada, kerana ia menggunakan bahan-bahan alam semula jadi. Selain kos yang rendah, kaedah pembuatannya juga mudah kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang berbahaya.

PENYATAAN MASALAHPelajar yang menghuni kolej kediaman di PSP mengalami masalah dan penyakit yang disebabkan oleh serangga Charlie. Lokasi PSP yang berhampiran dengan kawasan tanaman padi menyebabkan serangga Charlie menyerang atau memasuki sekitar PSP seperti kolej kediaman pelajar dan perumahan pekerja. Cecair hemolimf dalam serangga ini mengandungi toksin berbisa dan jika terkena bahagian kulit manusia boleh menyebabkan penyakit kulit yang dikenali sebagai dermanitis lineris.

Nama Penyelia: Mohammad Najib bin AdnanNo Hp: 0124827702Email address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk ini dalam bentuk cecair berfungsi untuk

menghalau dan membunuh serangga Charlie.ii. Produk ini menggunakan bahan-bahan organik

daripada alam semula jadi.iii. Kos pembuatan yang murah dan mudah.

IMPAK PRODUKi. Charlie Repellente memberikan impak positif

kepada pelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman untuk mengatasi masalah serangga tersebut.

ii. Perbelanjaan untuk penghasilan produk yang lebih murah dan mesra alam berbanding produk lain di pasaran.

iii. Produk ini menggunakan sepenuhnya bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019282

LAUNDRY LAYOUT DOBIDR. CLEANPoliteknik Seberang Perai

LATAR BELAKANG PROJEKLaundry Layout Dobi Dr. Clean merupakan produk yang menyediakan kemudahan tempat penyidai pakaian semasa di premis kedai dobi segera atau Coin Laundry. Ianya dihasilkan dengan besi aloi yang mudah didapati dan tahan lasak. Di samping itu penggunaannya dilihat menjimatkan ruang dari kesesakan pakaian basah yang perlu disidai.

PENYATAAN MASALAHMasalah yang dihadapi oleh pihak Dobi Dr.Clean ini adalah dari segi susun atur mesin membasuh serta mesin pengering dan peralatan di dalam premis tersebut. Penyusunan peralatan di dalam premis tersebut perlu diperbaharui kerana strategi penyusunan dari mesin basuh, tempat pengeringan, tempat melipat baju dan meggosok baju tidak sistematik dan tidak mengikut aliran proses yang sepatutnya dan ia membuatkan pergerakan pekerja dobi tersebut agak terbatas.

CIRI-CIRI PRODUKi. Diperbuat daripada bracket 88 besi aloi dan “pipe

mount bracket” yang mudah untuk didapati di kedai-kedai besi mahupun barang terpakai.

ii. Menjimatkan ruang di tempat penyidaian pakaian yang sudah dibasuh dan diseterika.

iii. Ruang yang mininum digunakan dan mampu menampung 3 hingga 5 gantungan pakaian.

iv. Kos yang rendah.

Nama Penyelia: Suraya binti Yope @ YahyaNo Hp: 0124983411

Email Address: [email protected]

IMPAK PRODUKi. Impak Produk Terhadap Kos.

• Penjimatan kos dari segi aspek pembuatan dan pembelian besi adalah lebih murah.• Upah bagi pembuatan besi ini adalah tidak tinggi dan mampu dimiliki oleh setiap pengguna.• Menepati kehendak pengguna seperti panjang dan ketahanan serta kemampuan produk itu berbeza dengan produk yang telah siap di pasaran yang mana tetap dan tidak boleh diubah suai.

ii. Impak Produk Terhadap Masa.• Produk ini dapat mempercepatkan lagi proses sebelum dan selepas cucian di mana pihak dobi akan dapat menyiapkan pakaian dalam waktu yang diminta pelanggan.

iii. Impak Produk Terhadap Syarikat.• Syarikat dapat mencapai sasaran dalam waktu yang telah ditetapkan. • Membantu syarikat lebih berfikiran terbuka terhadap teknologi pada masa kini yang mana mampu memudahkan urusan mereka. • Menambahkan lagi hasil pendapatan dobi dari segi pemasaran produk baharu dan servis dobi melalui jualan produk ini di masa akan datang kepada pihak dobi yang lain. • Menjadi contoh kepada dobi moden yang lain dari segi penggunaan inovasi yang terkini.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 283

PERKHIDMATAN

RAK LCD MUDAH ALIHPoliteknik Seberang Perai

LATAR BELAKANG PROJEKRak LCD Mudah Alih merupakan peralatan untuk menempatkan peralatan ICT iaitu LCD yang digunakan dalam proses PdP. Sejajar dengan matlamat ini, penggunaan peralatan seperti LCD, komputer mudah alih dan sebagainya menjadi satu keperluan bagi mewujudkan suasana PdP lebih komprehensif. Namun dalam hal ini, aset-aset ini perlu dikawal dan dijaga dengan teliti agar kelangsungan penggunaan dapat dikekalkan.

PENYATAAN MASALAHKekangan dihadapi oleh Jabatan Perdagangan PSP di mana pensyarah perlu membawa projector LCD mudah alih ke bilik-bilik kuliah yang tidak dilengkapi LCD. Pengendalian secara manual ini telah menimbulkan beberapa masalah antaranya penggunaan buku teks pelajar bagi melaraskan ketinggian LCD. Selain itu wayar HDMI dan komputer mudah alih yang berselerak, tidak tersusun di atas lantai turut mengundang risiko pelajar dan pensyarah terlanggar wayar dan boleh mengakibatkan kemalangan serta menyebabkan proses PdP lewat bermula.

Nama Penyelia: Dr. Khairul Bariyah binti OthmanNo Hp: 01118831607Email address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. Produk yang dihasilkan sangat mudah

dikendalikan. ii. Penjimatan masa semasa mengendalikan

projector LCD.

IMPAK PRODUK i. Rak LCD Mudah Alih dapat menjimatkan kos

kerana bahan pembinaan produk inovasi ini terdiri daripada bahan yang murah dan mudah didapati seperti paip Polyvinyl Chloride (PVC), papan lapis dan cat sembur.

ii. Risiko kemalangan semasa proses PdP juga dapat dielakkan kerana produk inovasi ini dihasilkan dengan menekankan ciri-ciri keselamatan dan dilengkapi dengan poket wayar.

iii. Keselamatan aset-aset jabatan dapat dijaga dengan baik.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019284

I-TRACKING SYSTEMPoliteknik Metro Johor Bahru

LATAR BELAKANG PROJEKI-Tracking System membantu syarikat pengangkutan menganalisis dan merekod semua pergerakan trak serta menjadikan perkhidmatan lebih efisyen. Sistem ini berupaya membantu mengenalpasti berapa banyak bahan bakar yang diisi semula kepada lori dan trak, bahagian lori mana yang rosak dan perlu diservis atau diperbaiki dimana ia membolehkan syarikat mengaplikasi kecekapan kos yang baik untuk perkhidmatan bahan bakar dan kenderaan. Di samping itu, sistem juga membantu dari segi kecekapan masa untuk mengesan laluan dan perjalanan terbaik bagi trak untuk menghantar barang kepada pelanggan. I-Tracking System ini boleh diakses dari komputer atau telefon pintar. Ini bermaksud bahawa sistem ini dapat digunakan dalam situasi yang pelbagai kerana sangat mudah alih dan dapat digunakan di mana-mana dan pada bila-bila sahaja.

PENYATAAN MASALAHI-Tracking System dicadangkan kerana didapati terdapat banyak masalah yang berlaku di syarikat seperti:i. Pasukan operasi tidak dapat mengesan lokasi

trak.ii. Penggunaan diesel menjadi tinggi dan tidak

terkawal.iii. Tidak dapat mengesan laluan sebenar, kelajuan

dan trafik jalan raya yang digunakan oleh trak.

Nama Penyelia: Erlia binti Nasir No Hp: 0137294477

Email Address: [email protected]

iv. Sebilangan penghantaran ditangguhkan kerana masalah trak tidak dapat dikenal pasti.

CIRI-CIRI PRODUKi. Fuelstick - I-Tracking System ini dapat memantau

bahan bakar dan jumlah kilometer pemanduan.ii. Jalur laju - Untuk mengelakkan saman dari polis. iii. GPS-Mengesan kedudukan trak semasa

penghantaran dan mencadangkan laluan paling efisyen untuk menuju ke mana-mana lokasi yang diinginkan.

IMPAK PRODUK i. Ketepatan - Syarikat mengetahui semua tentang

perjalanan trak, kelajuan dan penggunaan minyak.

ii. Kecekapan Kos - Ia mengukur penggunaan bahan bakar yang digunakan oleh kenderaan dan menghitung penggunaan bahan bakar untuk dioptimalkan di masa depan.

iii. Kecekapan masa - I-Tracking System ini mempunyai ciri di mana pemandu akan diberitahu laluan paling efisyen ke destinasi yang ingin dituju.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 285

PERKHIDMATAN

WARESOLPoliteknik Metro Johor Bahru

LATAR BELAKANG PROJEKAplikasi WareSOL dihasilkan dengan matlamat mengurangkan dokumentasi yang diperlukan dalam pergudangan, komunikasi mudah antara pelanggan dan gudang, membangun nilai pergudangan terhadap pelanggan dan mudah diakses untuk pemantauan pergudangan. Aplikasi ini dapat membantu organisasi untuk memiliki sistem gudang yang berkesan dan cekap dan membawa kejayaan pergudangan.

PENYATAAN MASALAHGudang biasa mempunyai masalah dalam inventori mereka yang merupakan inventori yang tidak tepat sama ada gudang awam, gudang peribadi, atau gudang penyimpanan berkawal yang mereka miliki dan beberapa masalah seperti mengekalkan tahap stok yang tidak betul dan penambahan inventori usang. Ini kerana mereka tidak mempunyai kemudahan yang betul atau tinggi. Sebilangan stok tidak dilabel dan ketika pelanggan memerlukan barangnya, barang itu tidak tersedia. Pasukan gudang harus membuka sistem mereka di komputer yang berada di pejabat untuk mencari lokasi penyimpanan. Ini membawa kepada pembaziran masa.

Nama Penyelia: Mohd Ezry bin Muhammad Rizal TanNo Hp: 0176817131Email address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUKi. WareSOL yang telah dibuat oleh laman web dan

DeTrack sebagai platform tambahan.ii. WareSOL akan dijadikan laman web untuk

pertanyaan pelanggan, maklumat gudang dan borang maklum balas.

iii. DeTrack akan menjadi platform sokongan untuk mengesan barang, menyerahkan dokumentasi, pengagihan dan maklumat pekerjaan.

iv. DeTrack akan digunakan oleh gudang dan pasukan operasi untuk memasukkan butiran pekerjaan dan pemandu akan mula menggunakannya untuk mengesan pergerakan barang.

v. DeTrack boleh digunakan sama ada di laman web atau aplikasi.

IMPAK PRODUK i. Menjalin hubungan baik antara organisasi dan

pelanggan.ii. Membolehkan pelanggan memantau barang

mereka di gudang dengan menggunakan aplikasi.iii. Mengurangkan kesalahan manusia yang

berkaitan dengan data dan dokumentasi.iv. Membantu, pelanggan dengan mudah meminta

dan membuat pesanan penyimpanan.v. Membantu kakitangan gudang memantau susun

atur dengan mudah ketersediaan.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019286

MAGIC LIGHTSKolej Komuniti Selandar

LATAR BELAKANG PROJEK Magic Lights merupakan satu produk yang dihasilkan daripada bahan buangan pewangi udara. Bekas pewangi udara yang telah habis diguna dijadikan sebagai alat lampu perhiasan dan ditambah sedikit dengan pewangi yang asli iaitu daun pandan. Penghasilan produk ini sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah pembuangan sampah.

PENYATAAN MASALAH Masalah jumlah sampah yang semakin bertambah muncul apabila jumlah penduduk yang semakin meningkat di samping penawaran pelbagai jenis produk di pasaran yang kebanyakannya menggunakan pelbagai bahan seperti plastik dan kertas sebagai medium pembalut kepada bahan tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat kelemahan yang timbul di samping cuba mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kitar semula.

Nama Penyelia: Shaliza Amira binti Sarif No Hp: 0136073671

Email Address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Bahan yang dihasilkan adalah bekas pewangi

pakai buang. ii. Di dalam bekas pewangi ini mengandungi

mentol, wayar dan plug. iii. Produk dapat menghasilkan cahaya malap

dengan penggunaan lampu yang menjimatkan elektrik.

iv. Produk ini sesuai untuk digunakan sebagai lampu tidur, perhiasan, hiasan pelamin dan dapat dijadikan pendapatan sampingan.

IMPAK PRODUK i. Kelestarian alam sekitar dengan membantu

mengurangkan masalah pembuangan sampah berleluasa dan pencemaran alam yang tidak terkawal.

ii. Mengurangkan penghasilan sisa plastik dan boleh menjimatkan kos.

iii. Pembangunan bidang perniagaan dengan memasarkan produk dan boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 287

PERKHIDMATAN

EZ HAJJKolej Komuniti Kuala Langat

LATAR BELAKANG PROJEK EZ HAJJ dibangunkan sebagai panduan bagi mempelajari topik ibadah haji. Ia merupakan integrasi teknologi Augmented Reality (AR) yang mempunyai board yang mana digunakan untuk menjadikan info dalam bentuk animasi, video, audio, model 3D dan laman web. EZ Hajj ini boleh digunakan oleh Pelajar Tingkatan 4, bakal jemaah haji dan sesiapa sahaja yang ingin mempelajari berkaitan ibadah haji dengan mudah, secara kendiri, bila-bila masa sahaja dan fleksibel tanpa had dan menjimatkan masa.

PENYATAAN MASALAH Masih ramai yang tidak mengingati dan memahami cara mengerjakan haji secara turutan. Dalam masa yang sama PdP masih dalam bentuk chalk and talk. Selain itu, modul bakal Jemaah haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji terlalu lama iaitu selama 17 minggu bagi meliputi semua modul.

Nama Penyelia: Syamimah Salmi binti A WahabNo Hp: 0122443075Email address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Penjimatan masa.ii. Kefahaman jelas - Pelbagai bentuk info untuk

memudahkan kefahaman pelajar memahami topik.

iii. Bahan seperti gambar, video dan audio digunakan di dalam EZ Hajj.

iv. Fleksibel masa dan tempat - boleh digunakan bila-bila masa dan di mana sahaja.

IMPAK PRODUK i. Penjimatan masa: hanya 1 jam sahaja diperlukan

untuk topik ibadah haji.ii. Kefahaman jelas: pelajar dan jemaah haji dapat

memahami dengan lebih mudah.iii. Fleksibel masa dan tempat: boleh dipelajari bila-

bila masa dan di mana sahaja.iv. Analisa soal selidik: mendapati rata-rata

responden masih kurang arif berkaitan ibadah haji.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019288

TROLI RODA 3 (TR3)Kolej Komuniti Segamat

LATAR BELAKANG PROJEK TR3 merupakan satu produk yang dihasilkan dengan matlamat untuk memudahkan pengguna membawa barang yang banyak. Penyimpanan barang dengan baik dan tersusun memberi suasana yang selesa dan kondusif di dalam makmal. Justeru, penggunaan produk ini memperlihatkan perlaksanaan sesuatu tugas itu lebih sempurna. Selain itu juga, produk ini juga telah memberi kemudahan kepada warga Kolej Komuniti Segamat khususnya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang kecil.

PENYATAAN MASALAH Reka bentuk bangunan Kolej Komuniti Segamat yang bertingkat-tingkat menyukarkan untuk mengangkat barang dari tingkat bawah ke tingkat atas. Maka ianya akan mengakibatkan kesakitan kepada keadaan fizikal pengguna kerana mengangkat barang yang berat ke tempat tinggi. Selain itu juga, kekangan ini menjadikan jangka masa pemindahan barang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain mengambil masa yang panjang.

CIRI-CIRI PRODUK Beberapa ciri produk ini :i. Asas produk ini dengan menggunakan konsep

kitar semula dari bahan terpakai, yang mana dihasilkan dari rod besi terpakai dan plat besi terpakai.

Nama Penyelia: Normah binti AuyobNo Hp: 0126483148

Email Address: [email protected]

ii. Produk ini boleh diperbuat dengan modal yang sangat rendah kerana kos penghasilan produk adalah kurang daripada RM50.00.

iii. Reka bentuk produk ini ringkas dan mudah.

IMPAK PRODUK Produk ini boleh memberikan manfaat beberapa situasi dan keadaan :i. Membantu kelancaran penggunaan di Kolej

Komuniti Segamat bagi beberapa situasi yang memerlukan proses pengangkutan barang dari tingkat rendah ke tingkat yang tinggi.

ii. Membantu para pelajar sekiranya ingin keluar dari rumah sewa atau asrama mereka, apabila melibatkan pengangkutan banyak barang-barang yang berat.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 289

TABLE ETIQUETTESIMULATOR Kolej Komuniti Jasin

LATAR BELAKANG PROJEK Inovasi ini merupakan sebuah simulasi bagi meja makan yang dilengkapi dengan semua peralatan yang diperlukan seperti sudu, garfu, pinggan, gelas, cawan dan lain-lain peralatan yang diperlukan yang mana peralatan ini dibuat dengan menggunakan papan putih dan juga magnet pada peralatan meja makan supaya ia boleh digerakkan mengikut keperluan. Pengguna Table Etiquette Simulator boleh menyusun semua peralatan yang berada di meja makan mengikut kedudukan yang telah ditetapkan, di mana semua peralatan tersebut boleh digerakkan di atas meja simulasi yang telah dibangunkan.

PENYATAAN MASALAH Kekangan masa dan kewangan kadangkala tidak dapat dielak dalam situasi dimana subjek teori yang memerlukan aplikasi secara bersama dibuat antara pelajar dan pensyarah seperti topik etika di meja makan. Maka satu produk simulasi diperlukan untuk mengatasi masalah ini supaya proses PdP boleh dilaksanakan secara teori dan amali di dalam kelas bagi memastikan semua pelajar dapat mengaplikasikan ilmu teori yang telah dipelajari.

CIRI-CIRI PRODUK Inovasi ini merupakan sebuah simulasi bagi meja makan yang dilengkapi dengan semua peralatan yang diperlukan seperti sudu, garfu, pinggan, gelas,

Nama Penyelia: Azilahwati binti AdamNo Hp: 0123575477Email address: [email protected]

cawan dan lain-lain peralatan yang diperlukan yang mana peralatan ini dibuat dengan menggunakan papan putih dan juga magnet pada peralatan meja makan supaya ia boleh digerakkan mengikut keperluan.

IMPAK PRODUK i. Inovasi ini boleh membantu pensyarah dan

pelajar mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari secara bersama di dalam bilik kuliah.

ii. Dapat menjimatkan kos jika tiada peruntukan kewangan untuk melaksanakan sesi praktikal etika di meja makan di luar.

iii. Dapat mempersiapkan bakal graduan kolej komuniti dengan kemahiran tambahan berkaitan etika di meja makan.

iv. Produk ini juga mudah dibawa dan mesra pengguna di mana semua pelajar boleh melihat dan melaksanakan etika di meja makan secara simulasi.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019290

EZ BMC BLOCKSKolej Komuniti Pasir Gudang

LATAR BELAKANG PROJEK EZ BMC Bloks dihasilkan menggunakan glossy card dan inkjet card. Ia dilengkapi dengan pen atau marker pen non permanent. Ketiga-tiga bahan ini akan dimasukkan dalam satu kit bagi memudahkan ia untuk dibawa dan digunakan samada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar atau kursus pendek kepada golongan sasaran yang dinyatakan iaitu Persatuan Peniaga & Perniagaan Melayu Pasir Gudang, Persatuan Penjaja Pasar Malam Kawasan Pasir Gudang dan Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru. Inovasi ini dilihat dapat memudahkan dan memberikan impak yang lebih baik dan berkesan bagi semua golongan sasaran yang berkaitan.

PENYATAAN MASALAH Bagi modul Keusahawanan, sub-topik Business Model Canvas, hasil pemerhatian dan pembelajaran, pelajar menyatakan bahawa cara pembelajaran BMC akan jadi lebih mudah dan menarik sekiranya ia dijelaskan lebih mudah dan berkesan.

Nama Penyelia: Siti Mahani binti Shaik IsmailNo Hp: 0126244006

Email Address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK Menggunakan kertas glossy card dan inkjet card. i. Ia dilengkapi dengan pen atau marker pen non

permanent.ii. Menjimatkan masa kerana tidak perlu melakar

blok sendiri.iii. Menarik kerana terdiri daripada pelbagai warna.

IMPAK PRODUK i. Meningkatkan keberkesanan sesi PdP. ii. Membantu dalam proses perlaksanaan kursus

pendek.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 291

SL MODEL CURVEKolej Komuniti Pasir Gudang

LATAR BELAKANG PROJEK SL Model Curve dihasilkan menggunakan mini white board yang telah diubahsuai. Inovasi ini dilihat dapat memudahkan dan memberikan impak yang lebih baik dan berkesan bagi semua golongan sasaran yang berkaitan dalam perlaksanaan proses PdP, inovasi dan kreativiti juga penting bagi membolehkan maklumat yang disampaikan kepada pelajar atau peserta berkesan dan menepati topik yang diajar.

PENYATAAN MASALAH Bagi modul Prinsip Ekonomi, sub-topik Permintaan, Penawaran dan Keseimbangan Pasaran, hasil pemerhatian dan pembelajaran, kami sebagai pelajar mendapati cara pembelajaran topik akan jadi lebih mudah dan menarik sekiranya ia lebih mudah untuk difahami dan berkesan. Pelajar boleh menggunakan model ini untuk memahami konsep permintaan dan penawaran berdasarkan graf. Model ini membolehkan pelajar melihat kesan kenaikan atau penurunan harga barang ke atas kuantiti yang diminta atau kuantiti yang ditawarkan.

Model ini membolehkan pelajar melihat bagaimana keseimbangan pasaran boleh berlaku. Model ini juga membolehkan PdP dalam bilik kuliah lebih interaktif dan berkonsepkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia juga mampu untuk meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam PdP kerana

Nama Penyelia:Wan Ajrul Asward bin Wan HashimNo Hp: 0126477248Email address: [email protected]

ianya menggabungkan pengetahuan dan juga kemahiran psikomotor dalam kalangan pelajar.

CIRI-CIRI PRODUK i. Menggunakan mini white boardii. Ia dilengkapi dengan pen atau marker pen non

permanent.iii. Mudah untuk dibawa.iv. Menjimatkan masa kerana tidak perlu melakar

keluk.v. Menarik kerana terdiri daripada pelbagai warna.

IMPAK PRODUK i. Lebih praktikal kerana pelajar akan melaksanakan

aktiviti semasa proses PdP berlangsung.ii. Menjimatkan masa kerana tidak perlu melakar

keluk di papan putih. iii. Meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar

untuk mempelajari kursus ekonomi.iv. Hasilnya berpotensi untuk digunasama oleh

institusi-institusi pendidikan yang lain.v. Peningkatan hasil dan mutu kerja.vi. PdP menjadi lebih interaktif dengan wujudnya

komunikasi dua hala.vii. PdP menjadi lebih menarik.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019292

KUR’MINT SOAP DAN PUFF MANDIAN LOOFAHKolej Komuniti Sungai Petani

LATAR BELAKANG PROJEK Sabun mandi Kur’mint diperbuat daripada kurma dan madu. Ia didatangkan dengan puff mandian loofah yang telah diubahsuai untuk kemudahan pengguna.

PENYATAAN MASALAH Sabun mandian ini direka khas bersama puff mandian loofah. Disamping melembabkan kulit sabun ini juga mampu membantu mengurangkan masalah kulit kusam. Produk yg direka untuk semua peringkat usia juga disertakan bersama dengan puff mandian loofah bertujuan untuk memudahkan pengguna menggunakannya dengan lebih baik dan tidak berlaku pembaziran dan kerosakan ke atas sabun tersebut.

Nama Penyelia: Norashikin binti AbdullahNo Hp: 0194760734

Email Address: [email protected]

CIRI-CIRI PRODUK i. Berasaskan kurma dan madu.ii. Didatangkan bersama puff loofah.iii. Berbentuk pepejal.

IMPAK PRODUK i. Boleh mendapat sambutan di pasaran

memandangkan belum ada lagi sabun yang direka bersama dengan puff.

ii. Boleh membantu menyelesaikan masalah kulit kusam.

iii. Melembabkan kulit.

PERKHIDMATAN

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 293

PERKHIDMATAN

SAFETY LAYOUT IN SEMICONDAT CELESTICA ELECTRONICS (M)

SDN BHD Politeknik Metro Johor Bahru

LATAR BELAKANG PROJEKKeselamatan di tempat kerja sangat penting bagi setiap pekerja di industri kerana semua pekerja mesti bekerja dalam suasana yang selamat dan terlindung. Kesihatan dan keselamatan adalah faktor utama bagi semua industri untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja dan majikan. Adalah tugas dan tanggungjawab moral syarikat untuk menjaga perlindungan pekerja.Setiap orang yang meninggalkan rumahnya untuk bekerja pada waktu pagi harus kembali ke rumahnya pada waktu petang dalam keadaan sihat. Pernahkah anda membayangkan bahawa orang yang anda sayangi tidak akan pulang? Atau anda mendapat panggilan bahawa dia berada di hospital kerana beberapa kejadian berlaku? Fikiran ini hanya menjadikan kita angsa. Inilah satu-satunya sebab mengapa penting menyediakan persekitaran kerja yang selamat.Prosedur kesihatan dan keselamatan di tempat kerja adalah penting untuk kesejahteraan pekerja dan majikan kerana kehilangan manusia tidak dapat diukur dan tidak dapat ditoleransi, seperti kehilangan atau kecederaan boleh menyebabkan kerugian besar kepada keluarga.Oleh itu, untuk projek ini, kami membuat laluan dengan pita cahaya. Projek ini bertujuan untuk mewujudkan garis di dalam gudang antara pekerja dan forklift dengan menggunakan cahaya dalam pita gelap. Cahaya dalam pita gelap lebih tertumpu pada pemadaman kerana pita bercahaya ini menghasilkan cahaya dalam gelap.

Nama Penyelia: Erlia binti NasirNo Hp: 0177141734Email: [email protected]

PENYATA MASALAHBerdasarkan kajian yang dibuat dari kumpulan kami di Celestica Electronics (M) Sdn Bhd, kami telah mengkaji dengan teliti mengenai tahap keselamatan di gudang. Terdapat beberapa masalah yang berlaku di gudang semasa pemerhatian kami. Pertama sekali, forklift dan pekerja, kedua-duanya mempunyai laluan yang sama di gudang, yang berisiko tinggi. Kedua, masalah ini akan banyak mempengaruhi semasa pergantian tengah malam terutama jika berlaku pemadaman. Kemalangan akan tidak dapat dielakkan sekiranya tiada tindakan diambil.

CIRI-CIRI PRODUKGlow in the dark tape adalah salah satu kaset yang mencerminkan warna hijau. Produk ini bertujuan untuk dilekatkan pada jalan di dalam gudang untuk mengelakkan kemalangan antara forklift atau pekerja terutamanya semasa pemadaman. Semua industri mempunyai risiko keselamatan tetapi pihak pengurusan harus meluangkan masa mereka untuk memikirkan dan menyusun strategi mengenai perkara-perkara yang diperlukan oleh syarikat keselamatan untuk memastikannya sepanjang masa.

IMPAK PRODUKProduk ini berguna untuk pengguna berikut:i. Untuk mengurangkan kemalangan pada waktu

malam.ii. Untuk membezakan antara forklift dan laluan

pekerja.iii. Mengawal keselamatan di gudang.

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019294

STUDENTS’ REFLECTIONJOURNALPoliteknik Muadzam Shah

LATAR BELAKANG PROJEK Students’ Reflection Journal merupakan satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, isu, pencapaian atau bidang yang dipelajari di dalam kelas dan perlu diberi penekanan yang bertujuan membantu pelajar mengimbas, menilai, membuat inferensi, rumusan, analisis dan asas untuk tindakan susulan.

PENYATAAN MASALAH Subjek Management Information Systems (MIS) menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan berdasarkan pencapaian pelajar. Bagi Sesi Disember 2017 seramai 10 orang dari 20 pelajar mendapat nilai mata gred 2.67 ke bawah dalam jumlah markah akhir. Kaedah pengajaran tradisional telah digunakan dengan kemudahan infrastruktur dan bahan bantu pengajaran. Penglibatan pelajar hampir tidak wujud dalam proses pembelajaran berkonsep pemusatan guru menyebabkan pelajar tidak berminat.

CIRI-CIRI PRODUK i. Merupakan dokumentasi pengalaman,

pemikiran, persoalan, pandangan dan kesimpulan yang merupakan catatan dalam pengalaman pembelajaran dalam subjek tertentu.

Nama Penyelia: Hamlizatul Amrah binti Mohamad

No Hp: 01155088688Email: [email protected]

ii. Ia menyediakan rekod peristiwa, keputusan dan tindakan, data dikumpul, pelajar dapat membuat pengubahsuaian menjadikannya lebih baik, meningkatkan tahap profesionalisme, peluang mengkaji semula objektif pengajaran dan tidak melihat semua permasalahan sebagai terasing, penggayaan kepada kelas, meningkatkan keyakinan melalui peningkatan motivasi dan kepercayaan.

IMPAK PRODUKMelalui Students’ Reflection Journal, pelajar dapat:i. Menyimpan catatan penglibatan di kelas untuk

pembelajaran kendiri.ii. Menilai tugas dan tanggungjawab yang telah

dijalankan.iii. Menjadikannya asas dan panduan untuk

tindakan susulan.iv. Meningkatkan kepekaan dan keprihatinan tenaga

pengajar terhadap bidang tugas dan pelajar.v. Menjadikannya sebagai bahan perbincangan

bersama tenaga pengajar.vi. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap

subjek teori.

PERKHIDMATAN

KREDIT

1. Politeknik Ungku Omar (PUO)Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak.t: 05-545 7622 / 7656 / 7260 f: 05-547 1162http://www.puo.edu.my

2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.t: 09-5655300 samb. 345http://www.polisas.edu.my

3. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah.t: 04-9146100 / 04-9146200 f: 04-9146130http://www.polimas.edu.my

4. Politeknik Kota Bharu (PKB)Km 24, Pangkal Kalong, Kok Lanas,16450 Ketereh, Kelantan.t: 09-7889126 / 344 / 641http://www.pkb.edu.my

5. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)Km 22 Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.t: 082-845596 / 7 / 8 @ Whatsapp: 010-8588906http://www.poliku.edu.my

6. Politeknik Port Dickson (PPD)Km 14, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa,Negeri Sembilan.t: 06 - 662 2014 / 2036http://www.polipd.edu.my

7. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat,Kota Kinabalu Industrial Park,88460 Kota Kinabalu, Sabah.t: 088-401800 / 088-401816https://polikk.mypolycc.edu.my

8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)Persiaran Usahawan, Seksyen U1,40150 Shah Alam, Selangor.t: 03-51634000 / 1157 / 1158 / 1159 / 1161https://psa.mypolycc.edu.my

9. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)Km 10, Jalan Kong Kong,81700 Pasir Gudang, Johor.t: 07-261 2060 / 1070 / 1032http://www.pis.edu.my

10. Politeknik Seberang Perai (PSP)Jalan Permatang Pauh,13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.t: 04-5383322 samb. 5110 / 1009 / 1008http://www.psp.edu.my

POLITEKNIK

11. Politeknik Melaka (PMK)No. 2, Jalan Ppm 10, Plaza Pandan Malim,75250 Balai Panjang, Melaka.t: 06-3376000 / 6054 / 6058 / 6118http://www.polimelaka.edu.my

12. Politeknik Kuala Terengganu (PKT)Jalan Sultan Ismail,20200 Kuala Terengganu, Terengganu.t: 09-6322000 / 09-6204100 samb. 2055http://www.pkt.edu.my

13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)Km 8, Jalan Paka,23000 Dungun, Terengganu.t: 09-8400800 / 0996 / 0901 / 0980 / 0988http://www.psmza.edu.my

14. Politeknik Merlimau (PMM)KB 1031, Pejabat Pos Merlimau,77300 Merlimau, Melaka.t: 06-2636687 samb. 1181 / 1183 / 1185 hotline : 01156944427http://www.pmm.edu.my

15. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)Behrang Stesen,35950 Behrang, Perak.t: 05-4544431 samb. 4109http://www.psas.edu.my

16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)Kulim Hi-Tech Park,09000 Kulim, Kedah.t: 04-4033333 samb. 2166 / 2164http://www.ptsb.edu.my

17. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)Sungai Lang,45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan.t: 03-32806255 / 6256 / 6257 / 6258https://psis.mypolycc.edu.my

18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis.t: 04-9886200 samb. 6202 / 6203 / 6206http://www.ptss.edu.my

19. Politeknik Muadzam Shah (PMS)Lebuhraya Tun Abdul Razak,26700 Muadzam Shah, Pahang.t: 09-4502005http://www.pms.edu.my

20. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)Km 7.5, Jalan Oya,96400 Mukah, Sarawak.t: 084-874001 samb. 8015 / 8014http://www.pmu.edu.my

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 293

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019296

KREDIT

21. Politeknik Balik Pulau (PBU)Pinang Nirai Mukim 6,11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.t: 04-8689000http://www.pbu.edu.my

22. Politeknik Jeli (PJK)Jalan Raya Timur - Barat,17600 Jeli, Kelantan,t: 09-9443600 / 09-9443648http://www.pjk.edu.my

23. Politeknik Nilai (PNS)Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.t: 06-7980 491 / 441 / 408https://pns.mypolycc.edu.my

24. Politeknik Banting (PBS)Persiaran Ilmu, Jln Sultan Abdul Samad,42700 Banting, Selangor.t: 03-31201625 samb. 299https://pbs.mypolycc.edu.my

25. Politeknik Mersing (PMJ)Jalan Nitar,86800 Mersing, Johor.t: 07-7980001http://www.pmj.edu.my

26. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)Jln Pengkalan Gawi, Kuala Jeneris,21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,Terengganu Darul Iman.t: 09-6825555http://pht.mypolycc.edu.my

27. Politeknik Sandakan (PSS)Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang,90000 Sandakan, Sabah.t: 089-228351http://www.pss.edu.my

28. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)No. 2-14, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa,54200, Kuala Lumpur.t: 03-42514631 / 03-42518000http://pmkl.mypolycc.edu.my

29. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11,25000 Kuantan, Pahang.t: 09-5659000 samb. 9023http://www.pmku.edu.my

30. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)No 64, Jalan Suria 19, Taman Putera,81100 Johor Bahru, Johor.t: 07-3358851 / 52http://www.pmjb.edu.my

31. Politeknik METrO Betong (PMBS)1-2, Fasa 2, Bandar Baru Betong,95700 Betong, Sarawak.t: 083-472676http://www.pmbs.edu.my

32. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)No.25, Jalan Komersial 2, Pusat Komersial Tasek Gelugor,13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.t: 04-5732789http://www.pmtg.edu.my

33. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)Hub Pendidikan Pagoh, Km 1, Jln Panchor,84600 Pagoh, Johor.t: 06-9742288 samb. 2218 / 2219http://www.ptsn.edu.my

34. Politeknik Besut (PBT)PT 7222 Kg. Raja,22200 Besut, Terengganu.t: 09-6950627 f: 09-6950627www.polibesut.edu.my

35. Politeknik Bagan Datuk (PBD)No 1, Pt 8121, Lorong Lagenda 1, Medan Niaga Lagenda,36400 Hutan Melintang, Perak.t: 05-6413416 / 05-6413205 / 05-6413570https://pbd.mypolycc.edu.my

36. Politeknik Tawau (PTS)Km 36 Jalan Apas Balung,91009 Tawau, Sabah.t: 089-950500http://www.politawau.edu.my

KREDIT

1. Kolej Komuniti Pasir SalakJalan Lebuh Paduka, Changkat Lada,36800 Kg Gajah, Perak.t: 05-6552300http://www.kkpsa.edu.my

2. Kolej Komuniti Pasir GudangNo. 61, Jln Kijang, Tmn Scientex,81700 Pasir Gudang, Johor.t: 07-2525316 / 07-2525626http://www.kkpg.edu.my

3. Kolej Komuniti Bandar DarulamanNo. 17, Bandar Darulaman Jaya,06000 Jitra, Kedah.t: 04-9182 503 / 505 / 514http://www.kkbda.edu.my

4. Kolej Komuniti Kuala LangatJalan Sultan Suleiman Shah, Jugra,42700 Banting, Selangor.t: 03-31202030http://www.kkkla.edu.my

5. Kolej Komuniti Masjid TanahPaya Rumput,78300 Masjid Tanah, Melaka.t: 06-3843703http://www.kkmt.edu.my

6. Kolej Komuniti Seberang JayaLot Pt 2811-2822, Lorong Desa Pauh 1, Taman Desa Pauh,13700 Perai, Pulau Pinang.t: 04-3902897 f: 04-3902750http://www.kkseberangjaya.jpkk.edu.my

7. Kolej Komuniti Segamat 2Km 4 Jalan Jementah, Batu Anam,85100 Segamat, Johort: 07-9498227http://www.kksegamat2.edu.my

8. Kolej Komuniti SelandarJalan Batang Melaka,77500 Selandar, Melaka.t: 06-5253122 / 5253155http://www.kkselandar.edu.my

9. Kolej Komuniti Sungai PetaniNo. 77, Lengkok Cempaka 1, Pusat Bandar Amanjaya.08000 Sungai Petani, Kedah.t: 04-4412909 / 3909http://www.kkspe.edu.my

10. Kolej Komuniti TawauBatu 4, Jln Apas, Perdana Square Commercial Centre(Peti Surat 61607), 91000 Tawau, Sabah.t: 089-913400http://www.kktaw.edu.my

11. Kolej Komuniti GerikBukit Nasah, 33300 Gerik, Perak.t: 05-7916199 / 05-7916299http://www.kkgri.edu.my

12. Kolej Komuniti JasinKm 24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar,77300 Merlimau, Melaka.t: 06-2631616http://www.kkjs.edu.my

13. Kolej Komuniti JelebuJalan Seperi,71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.t: 06-6138381 / 01110806415 (whatsapp)http://www.kkjel.edu.my

14. Kolej Komuniti SegamatNo. 24-34, Jalan Putra 1/1, Bandar Putra,85000 Segamat, Johor.t: 07-9431633http://www.kkseg.edu.my

15. Kolej Komuniti Bandar PenawarJalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar,81930 Kota Tinggi, Johor.t: 07-8225800http://www.kkbpenawar.edu.my

16. Kolej Komuniti SelayangPersiaran Pegawai, Km 16 Jalan Ipoh,68100 Batu Caves, Selangor.t: 03-61368200http://www.kkselayang.edu.my

17. Kolej Komuniti Sungai SiputKampung Sungai Sejuk, Peti Surat 390,31100 Sungai Siput (U), Perak.t: 05-5971440 / 05-5971445http://www.kkss.edu.my

KOLEJ KOMUNITI

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019 295

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019298

SINGKATAN

BIL

123456789

1011121314151617181920212223242526272829303132333435363738394041424344454647484950515253

NAMA INSTITUSI

Politeknik Ungku OmarPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPoliteknik Ibrahim SultanPoliteknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahPoliteknik Sultan Haji Ahmad ShahPoliteknik Kota BharuPoliteknik Kuching SarawakPoliteknik Port DicksonPoliteknik Kota KinabaluPoliteknik Seberang PeraiPoliteknik MelakaPoliteknik Kuala TerengganuPoliteknik Sultan Mizan Zainal AbidinPoliteknik Merlimau MelakaPoliteknik Sultan Azlan ShahPoliteknik Tuanku Sultanah BahiyahPoliteknik Sultan Idris ShahPoliteknik Tuanku Syed SirajuddinPoliteknik Muadzam ShahPoliteknik MukahPoliteknik Balik PulauPoliteknik Jeli KelantanPoliteknik NilaiPoliteknik Banting SelangorPoliteknik MersingPoliteknik Hulu TerengganuPoliteknik Sandakan SabahPoliteknik METrO Kuala LumpurPoliteknik METrO Johor BahruPoliteknik METrO KuantanPoliteknik METrO Betong SarawakPoliteknik METrO Tasek GelugorPoliteknik Tun Syed Nasir Syed IsmailPoliteknik Besut TerengganuPoliteknik Bagan DatukPoliteknik Tawau SabahKolej Komuniti Pasir SalakKolej Komuniti Pasir GudangKolej Komuniti Bandar DarulamanKolej Komuniti Kuala LangatKolej Komuniti Masjid TanahKolej Komuniti Seberang JayaKolej Komuniti Segamat 2Kolej Komuniti SelandarKolej Komuniti Sungai PetaniKolej Komuniti TawauKolej Komuniti GerikKolej Komuniti JasinKolej Komuniti JelebuKolej Komuniti SegamatKolej Komuniti Bandar PenawarKolej Komuniti SelayangKolej Komuniti Sungai Siput

SINGKATAN

PUOPSAPIS

POLIMASPOLISAS

PKBPKSPPDPKKPSP

PMKPKT

PSMZAPMMPSASPTSBPSISPTSSPMSPMUPBUPJKPNSPBSPMJPHTPSS

PMKLPMJB

PMKUPMBSPMTGPTSNPBTPBDPTS

KKPSAKKPG

KKBDAKKKLAKKMTKKSBJ

KKSEGAMAT2KKSELANDAR

KKSPEKKTAWKKGRIKKJS

KKJELKKSEG

KKBPENAWARKKSELAYANG

KKSS

PRODUK INOVASI PELAJAR 2019299

PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASIJABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Aras 7, Galeria PjH, Jalan P4W,Persiaran Perdana, Presint 4,

62100 W.P Putrajaya

Tel: 03 8891 9000

PRODUK INOVASI PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2019 ini dihasilkan bagi mengumpul semua produk inovasi pelajar yang mendapat pengiktirafan semasa pertandingan sama ada di peringkat politeknik atau peringkat kebangsaan. Buku ini mengandungi 267 produk inovasi pelajar yang dibahagikan kepada sembilan (9) kluster bidang yang terdiri daripada kluster Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (38), Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (47), Kejuruteraan Awam dan Senibina (32), Teknologi Maklumat (60), Pelancongan dan Hospitaliti (31), Agroteknologi dan Bio-industri (14), Teknologi Makanan (13), Rekabentuk dan Komunikasi Visual (10) dan Perkhid-matan (22). Buku ini juga mengandungi penerangan berkaitan produk berserta gambar bagi memudahkan pembaca mendapat pengetahuan dan penerangan yang jelas serta boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada para pensyarah, pelajar semester akhir dan juga pihak industri yang berminat untuk mengkomersialkan produk tersebut.