BORANG ASL-1 - Jabatan Alam Sekitar

51
1 SJK (C) CHUNG HWA, TAMPARULI LAPORAN PENYERTAAN SEKOLAH LESTARI- ANUGERAH ALAM SEKITAR 2017/2018 PETI SURAT 77, 89257 TAMPARULI, TUARAN TEL: 088-782026 EMAIIL: [email protected]

Transcript of BORANG ASL-1 - Jabatan Alam Sekitar

1

SJK (C) CHUNG HWA, TAMPARULI

LAPORAN PENYERTAAN SEKOLAH LESTARI-

ANUGERAH ALAM SEKITAR 2017/2018

PETI SURAT 77,

89257 TAMPARULI, TUARAN TEL: 088-782026

EMAIIL: [email protected]

2

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN

2.1 Kenyataan iltizam Program Sekolah Lestari – VISI & MISI 3

2.2 Organisasi Pelaksanaan Program SERASI 3-4

2.3 Objektif Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar 5

2.4 Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan 5-8

2.5 Sistem Pemantauan 8-9

2.6 Sisem Pelaporan 10

3.0 PENGHIJAUAN

3.1 Strategi dan Pelan Tindakan Penghijauan 11-13

3.2 Sistem Pengurusan Taman 13-14

3.3 Rekabentuk Taman 14-15

3.4 Proses Implementasi Penghijauan 15-16

3.5 Pengurusan sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan 16-17

3.6 Pemantapan sikap guru, pelajar dan kakitangan sekolah 18

3.7 Penggunaan produk dan teknologi hijau 19-21

4.0 KOKURIKULUM

4.1 Aktiviti dan Projek Penghijauan oleh kelab dan persatuan 22-24

4.2 Projek kesedaran 24-25

4.3 Pembangunan Sebaran maklumat 26

4.4 Jaringan 27

4.5 Pembangunan Keupayaan 27-31

4.6 Sistem pelaporan 31-32

5.0 KURIKULUM

5.1 Pendidikan merentasi bidang 33

5.2 Proses implementasi kurikulum 33

6.0 KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN SEKOLAH

6.1 Kesihatan & Kebersihan Kantin serta persekitaran sekolah 34

6.2 Pengurusan Sampah 35

6.3 Kecerian Sekolah 36-42

6.4 Keselamatan Sekolah 42

7.0 TANDAS BERSIH DAN CERIA

7.1 Penjagaan Kebersihan tandas 43

7.2 Keceriaan Tandas 44

7.3 Penjimatan air Dalam Tandas 44

7.4 Kelengkapan Tandas 45

7.5 Pengurusan tandas secara keseluruhan 45

3

8.0 INOVASI ALAM SEKITAR

8.1 Menghasilkan barangan Hiasan dengan bahan kitar semula. 46

8.2 Menghasilkan alat Membantu Pembelajaran (P&P) dari sisa 46

8.3 Menghasilkan inovasi (peralatan) untuk Menyelesaikan Masalah Alam

Sekitar (memulihara alam sekitar) 46

8.4 Projek Inovasi Penjimatan penggunaan sumber 47

8.5 Melaksanakan program inovasi 47

9.0 KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN (Markah Bonus) 48

9.1 Lampiran Sijil Anugerah 49-50

4

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan sebuah istitusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk menyebarkan

ilmu pengetahuan, menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat,tetapi juga untuk membentuk

satu rupa bangsa yang boleh dan bersedia menerima dan menghadapi perubahan dan pembaharuan.

1.1 Lokasi sekolah (peta sekolah)

1.2 Pelan Kawasan Sekolah (Prasarana)

Lorong Betik Taman

Herba

Taman Sayur

Pondok

Sampah

Taman Hijau

Pondok

Ilmu

Taman Fantasi

Pekan Tamparuli

5

1.3 Gambar Pemandangan Sekolah

1.4 Sejarah sekolah

SJK C Chung Hwa, Tamparuli ditubuhkan pada Tahun 1938 dengan nama asalnya,

Sekolah Rendah Wang Nam dan jumlah murid pada masa itu hanya 23 orang

sahaja. Selepas 77 tahun, iaitu menjelang tahun 2017 jumlah murid sekolah telah

bertambah kepada 321 orang murid.

1.5 Latar belakang Guru dan Murid

Guru dan Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM)

Guru/KTBM Lelaki Perempuan Jumlah

Guru 2 25 27

KTBM 0 3 3

Murid

Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah

265 46 1 9 321

6

2.0 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN

2.1 KENYATAAN ILTIZAM PROGRAM LESTARI / SERASI

2.1.1 Visi Hal Ehwal Murid

Menjadikan Antara Sekolah Ceria, Cemerlang Dan Kondusif Menjelang 2018.

2.1.2 Misi

Meningkat Dan Memantapkan Pengurusan HEM Dan Sahsiah Murid, Mewujudkan Suasana Dan

Persekitaran Sekolah Yang Hijau, Selamat dan Kondusif.

2.2 ORGANISASI PROGRAM LESTARI / SERASI

Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Sekolah yang ahlinya terdiri daripada pentadbir,

ahli Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS), ahli Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, guru penyelaras

atau guru penasihat, staf sokongan dan murid-murid.

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.

• Dokumentasi organisasi pelaksanaan disimpan dalam fail, laporan dibuat setiap kali

selepas perjumpaan atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

• Mesyuarat dicatat untuk membuat tindakan susulan supaya visi dan misi tercapai.

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA LESTARI / SERASI 2017/2018

Penaung : Pn.Tah Nia binti Hj Jaman (Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran)

Pengerusi 1 : Pn. Lee Ming Hiong (Guru Besar)

Pengerusi 2 : En.Chong Hon Kong (Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah)

Pengerusi 3 : En. Teo An Lun (Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru)

Timbalan Pengerusi : Pn. Lee Yen Loo (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Pn. Liaw Shoon Fui (Penolong Kanan Pentadbiran)

Pn. Sim Kwang Mui (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras : Pn. Lee Yen Loo (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : En.Maxwell FongTze Vui (Setiausaha Hal Ehwal Murid)

Bendahari : Pn.Bintan Salar (Kerani)

7

AHLI JAWATANKUASA LESTARI / SERASI 2017/2018

TUGAS NAMA GURU SENARAI TUGAS

A.PENGHIJAUAN ALAM Chong Chee Yeng

Flora Vincent Anchuh

Ng Lee Khim

Mengamalkan amalan 3R

Menganjurkan, melatih dan menyertai pertandingan.

B.KESEDARAN ALAM

SEKITAR

Wong Fui Fong

Yong Tink Tink

Ng Lee Yen

Teh Mei Kian

Penggalakkan, penanaman tumbuh- tumbuhan

Aktiviti gotong royong.

Mengadakan aktiviti dengan pendidikan alam sekitar.

Seminar, ceramah, pameran dan bengkel alam sekitar.

Taman angkat

Lawatan sambil belajar alam sekitar.

C.KECERIAAN &

KEINDAHAN

PERSEKITARAN

Hamdiah Bt. Othman Keceriaan bangunan sekolah (mural dan poster).

D. INOVASI ALAM

SEKITAR

Chin Ying Ying Melaksanakan aktiviti sekolah inovasi berkaitan

perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.

Menjayakan pameran hasil / kreativiti murid.

E.TANDAS BERSIH &

CERIA

Lowana Lee Shiu Leng

Leady Binti Primus

Tahap kebersihan dan keceriaan tandas.

F.BAJA KOMPOS Tahun 5

2 orang guru KT

Menghasilkan baja kompos dengan bahan buangan

dapur atau kantin sekolah.

G.KANTIN Echelle Chong Tahap kebersihan dan keceriaan di kantin.

H.DOKUMENTASI Maxwell Fong Tze Vui

Yong Fui Yun

Rebecca Yong Oi Chu

Wan Yen Khun

menyelaraskan dokumen mengenai alam sekitar atau

bilik dokumentasi.

mendokumenkan atau ‘upload’ gambar aktiviti

program ke facebook sekolah.

I.KESELAMATAN Wong Xin Jian Memantau dan memastikan keselamatan kawasan

sekolah.

J.KEBERSIHAN Nor Elmi Lo Memantau kebersihan seluruh sekolah.

8

2.3 OBJEKTIF PROGRAM SERASI

i) Memupuk nilai mesra alam sekitar semua warga sekolah dengan menggunakan pendekatan

empat komponen utama iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum.

ii) Meningkatkan tahap kesedaran dan perubahan sikap warga sekolah mengenai kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

iii) Menggalakkan integrasi warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam sekitar

dengan berkesan.

iv) Menggalakkan penjimatan guna sumber dan penggunaan 3R

v) Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan ceria bagi melahirkan warga sekolah yang

mempraktikkan amalan hidup lestari.

vi) Menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

vii) Mewujudkan persekitaran sekolah yang boleh menarik penglibatan setiap warga sekolah

dalam program SERASI.

viii) Mempertingkatkan kualiti persekitaran sekolah yang lebih selamat, bersih dan selesa bagi

merangsang proses pembelajaran agar dapat melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.

ix) Menggalakkan kerjasama di antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dalam aktiviti

penjagaan alam sekitar.

2.4 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN

Strategi dan pelan tindakan pelaksanaan pengurusan dalam menjayakan program LESTARI /

SERASI adalah seperti berikut:-

Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan

1 Perancangan

Program dan

Aktiviti

i) Penganjuran program kefahaman dan kesedaran

Penganjuran program kefahaman dan kesedaran seperti Program Minggu

SERASI, Program Keceriaan Sekolah dan Gotong-Royong Perdana

peringkat sekolah yang melibatkan murid, ibubapa, guru, kakitangan

bukan mengajar, Dewan Bandaraya Tuaran (DBT) dan agensi NGO.

ii) Penyebaran mesej Alam sekitar

Penyebaran mesej alam sekitar menerusi Program Rakan Alam Sekitar,

slot info alam sekitar semasa perhimpunan (guru bertugas menyampaikan

nilai moral), papan kenyataan sekolah (sudut SERASI) dan ‘facebook’

sekolah.

9

iii) Kempen bertemakan alam sekitar

Melaksanakan kempen-kempen berkaitan alam sekitar seperti kempen

pengurangan beg plastik, kempen menanam pokok, kempen kebersihan

tandas dan lain-lain.

iv) Pengiktirafan kepada individu dan kumpulan

Penganugerahan sijil dan hadiah kepada murid yang menyertai

pertandingan alam sekitar atau yang menyumbang dan terlibat secara aktif

dalam melaksana program pendidikan alam Sekitar.

v) Penguatkuasaan peraturan sekolah berkaitan alam sekitar

Beberapa peraturan berkaitan alam sekitar telah dilaksanakan seperti

denda (RM 1.00) ke atas murid yang membuang sampah, jadual bertugas

diwajibkan ada pada setiap kelas dan pertandingan kelas terbersih &

terceria antara kelas.

2 Penyediaan

Prasarana

Pengajaran dan

Pembelajaran

i) Dalam bilik darjah

Setiap bilik darjah mempunyai sudut pembelajaran alam sekitar yang

dikenali sebagai sudut SERASI. Ruang ini telah disediakan oleh pihak

sekolah untuk pelajar meletakkan bahan-bahan cetak, gambar, folio dan

tumbuhan / memaparkan maklumat-maklumat dan informasi berkaitan

alam sekitar.

a. Luar bilik darjah

Di luar bilik darjah pula, prasarana pembelajaran di taman-taman sekolah

seperti papan kenyataan & pusat sumber sekolah (sudut SERASI), taman

herba, sudut kaktus, stesen baja kompos, tanam sayur-sayuran, taman

Fantasi, lorong betik, kantin, tandas, tempat pengumpulan bahan kitar

semula dan dalam ‘facebook’ sekolah :

https://www.facebook.com/groups/sjkcchunghwatamparuli/.

3 Bajet Program

Sekolah

LESTARI /

SERASI

Sumber dan penjanaan kewangan

i. Sumber Bukan Bentuk Wang Tunai

a. Pokok-pokok pelbagai jenis

b. Pasu-pasu bunga

c. Baja oragnik

d. Tayar terpakai

e. Tin / Botol air

10

ii. Sumber Kewangan

a. Sumbangan individu (guru / murid), Lembaga Pengurusan Sekolah,

PIBG & agensi NGO

b. Sumbangan syarikat, kerajaan, agensi swasta

c. Hadiah kemenangan pertandingan

d. Penjanaan sendiri melalui projek sekolah

e. Peruntukan tahunan

Penyediaan Perancangan Belanjawan

Berdasarkan projek dan program yang dijalankan oleh setiap unit masing-

masing.

Laporan kewangan

Rekod pembelian dan sebagainya direkod dan disimpan di dalam fail SERASI.

4 Pembentukan

Jaringan

Bersama Pihak

Berkepentingan

i) Merancang hubungan dua hala dan kerjasama dengan pihak luar

Untuk menjayakan program LESTARI / SERASI, pihak sekolah akan

menjalin hubungan dengan pihak luar seperti :

a. Jabatan Pertanian Tuaran - Menyumbang benih pelbagai jenis

pokok

b. NGO seperti Rasa Ria Resort Tuaran dan jabatan alam sekitar -

Ceramah & kem kesedaran alam sekitar

c. Persatuan Ibu bapa & Guru – Terlibat dalam aktiviit gotong-

royong perdana dan keceriaan sekolah

ii) Merancang Aktiviti Bersama Masyarakat Setempat

Merancang dan membincang aktiviti bersama Lembaga Pengurusan

Sekolah, PIBG, ibu bapa murid, agensi kerajaan atau NGO.

iii) Pelaksanaan aktiviti jaringan

Aktiviti jaringan dirancang pada awal tahun dan dilaksanakan mengikut

jadual waktu yang ditentukan.

iv) Pelaporan aktiviti Jaringan

Laporan aktiviti jaringan disebarkan di dalam facebook sekolah, mesyuarat

guru, papan kenyataan sekolah atau surat khabar.

v) Stesen pembelajaran luar kawasan sekolah

a) Science Camp yang dianjur oleh SM Tshung Jin, Kota Kinabalu setiap

tahun. (Okt 2015, Okt 2016)

11

b) Lawatan sambil belajar ke Rasa Ria Resort (Nov 2014, Okt 2016)

c) Lawatan sambil belajar ke Syarikat Teck Guan (HOKO) (Nov 2015)

d) Lawatan Kilang Batik Tuaran (Nov 2015)

e) Lawatan sambil belajar ke akuarium UMS dan kilang pasu bunga oleh

murid tahun enam (Nov 2016)

f) Lawatan sambil belajar ke stesen kitar semula Tzu Chi Foundation oleh

pengawas dan ketua kelas (Nov 2016)

vi) Sekolah sebagai mentor kepada sekolah lain

Program SERASI seperti membuat enzyme buah-buahan menjadi mentor

kepada sekolah SJK (C) Yuk Chin, Tawau dan SJK (C) Kok Hua,

Talibong. Pihak sekolah mereka dapat belajar cara-cara membuat enzyme

buah-buahan, cara penamaman sayur melalui facebook sekolah ini

(gambar dan penerangan) dan mengadakan aktiviti yang sama kepada

murid-murid sekolah mereka.

2.5 SISTEM PEMANTAUAN

Sistem Pemantauan dilaksanakan dengan menggunakan beberapa cara seperti berikut:-

i) Penggunaan borang pemantauan secara manual.

ii) Dilaksana secara pembentukan ahli jawatan kuasa LESTARI / SERASI dan perbincangan

dalam mesyuarat.

iii) Petunjuk permantauan - peraturan kebersihan dan keselamatan dalam buku peraturan

sekolah.

iv) Bilangan Pemantauan - pemantauan tentang kesihatan tumbuh-tumbuhan diadakan

seminggu sekali oleh pembersih sekolah, pemantauan tentang kebersihan bilik kelas adalah

setiap hari persekolahan dan lain-lain.

v) Sistem pemantauan ini sentiasa diberi perhatian oleh guru penyelaras kelab/persatuan,

guru-guru yang bertugas harian atau pembersih. Ini akan memupuk sikap

bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keindahan alam sekitar warga sekolah dan

murid-murid.

12

a) Pemantuan Kebersihan Kelas

i) Kebersihan sekolah adalah dibawah jagaan guru bertugas harian, guru menilai kebersihan

lantai, tingkat, papan tulis dan papan kenyataan setiap kelas dengan menggunakan borang

pemantauan dalam fail pemantauan setiap hari.

ii) Penilaian ini berdasarkan markah yang telah ditetapkan iaitu:

lantai = 10%, tingkap = 10%, meja = 10%, tong sampah = 10% dan koridor = 10%

Jumlah markah = 50%

iii) Guru kelas, ketua kelas dan penolong ketua kelas memberi bantuan dalam mengawal

kebersihan kelas.

b) Pemantauan Kebersihan Kawasan Sekolah

i) Kebersihan kawasan sekolah diurus oleh empat orang pekerja kontrak (Kebersihan). Mereka

adalah di bawah pemantauan PK HEM.

ii) Setiap kelas juga ditugaskan untuk menjalankan pembersihan lima minit akhir selepas

pengajaran dan pembelajaran,tugas ini diurus oleh guru darjah masing-masing.

iii) Laporan kebersihan dan keceriaan tandas sekolah dibuat dua kali setahun dan hantar kepada

PPD.

iv) PK HEM akan membuat pemeriksaan semula sekira terdapat keadaan yang tidak memuaskan.

c) Pemantau Taman Dan Kesihatan Tanaman

Pemantuan kesihatan tumbuhan dilakukan sekali seminggu iaitu hari Isnin oleh pemberish

sekolah dengan menggunakan borang pemantauan kesihatan tumbuhan.

d) Pemantaun Penjimatan Lektrik, Air dan Kertas

- Bilangan penggunaan lektrik , air bulanan dicatat oleh kerani sekolah untuk memantau

Penggunaan bagi setiap bulan.

- Para pengawas dan guru akan memastikan penggunaan elektrik setiap hari. Contohnya, kipas

setiap kelas ditutup sebelum jam 7:00 pagi, kipas dan lampu ditutup pada masa rehat dan selepas

habis persekolahan setiap hari.

13

2.6 SISTEM PELAPORAN

i) Fail Program LESTARI / SERASI

Sebuah fail disediakan untuk merekodkan dalam fail untuk setiap perjumpaan, mesyuarat,

aktiviti dan program. Ia juga mengandungi surat-menyurat dan kertas kerja program.

ii) Papan Kenyataan SERASI / Unit HEM

Aktiviti-aktiviti yang berkenaan akan dipaparkan dalam papan kenyataan.

iii) Multimedia

Setiap aktiviti yang dijalankan akan dipaparkan secara multimedia melalui television di

dalam kantin dan Pusat Sumber Sekolah.

iv) Laman Web

Facebook sekolah yang terdiri daripada 207 orang murid dan alumni sekolah.

https://www.facebook.com/groups/sjkcchunghwatamparuli/

14

3.0 PENGHIJAUAN

Bagi memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya, pihak sekolah telah menubuhkan

satu unit penghijauan sekolah yang terdiri daripada kalangan warga sekolah.

Melalui unit ini, guru-guru telah bersetuju untuk membentuk beberapa kumpulan kecil. Setiap

kumpulan tersebut bertanggungjawab menjaga dan memperindahkan taman-taman yang sedia ada

atau yang baru diwujudkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

3.1 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PENGHIJAUAN

BIL. PROGRAM STRATEGI TINDAKAN PELAKSANAAN

1

Projek Penghijauan

Gotong-royong Perdana

Semua guru, murid dan

PIBG

Bulan Mei

setiap tahun

Pertandingan Kelas

Ceria dan Bersih

sepanjang tahun

Unit Keceriaan Sepanjang tahun

Projek Taman Kaktus AJK Taman Kaktus Sepanjang tahun

Projek Taman Herba

AJK Taman Herba Sepanjang tahun

Projek Lorong Betik

AJK Lorong Betik Sepanjang tahun

Projek Taman Fantasi

AJK Taman Fantasi Sepanjang tahun

Projek Taman Sayur

AJK Taman Sayur Sepanjang tahun

Projek Taman Hijau

AJK Taman Hijau Sepanjang tahun

Projek Melabel

Tumbuhan AJK Melabel Sekali setahun

Kempen Sifar Sampah Unit Kebersihan Sepanjang tahun

15

2

Projek

Penjimatan

Sumber

Sudut Kitar Semula / Sudut SERASI

Unit Keceriaan, semua

guru dan murid Sepanjang tahun

Kempen Kesedaran

melalui Pertandingan

Mewarna

Panitia Seni, semua guru

dan murid

Bulan Januari setiap tahun

Pertandingan Reka cipta

daripada bahan terbuang

Unit Beruniform TKRS,

semua guru dan murid Bulan Julai & Ogos

Projek Membuat enzyme Unit Beruniform TKRS Waktu kokurikulum

Projek Baja Kompos Unit Keceriaan Bulan Mei

Setiap tahun

Projek Sistem Pengumpulan air hujan untuk penanaman sayur

Pembersih Sekolah Sepanjang tahun

Kempen Penjimatan Air

dan Elektrik

Guru kelas, semua guru

dan Unit Penjimatan Air

& Etektrik

Sepanjang tahun

Sudut Serasi Jawatankuasa Sudut

Sumber Serasi Sepanjang tahun

Ceramah Kitar Semula AJK Keceriaan Bulan Julai & Ogos

Kempen Pengurangan

Beg Plastik

(menggunakan eco beg)

AJK Keceriaan Sepanjang tahun

16

3.1.1 JADUAL PELAKSANAAN TAHUN 2017 & 2018

BIL PROGRAM / AKTIVITI TEMPOH

PELAKSANAAN SASARAN

HASIL /

PENCAPAIAN

1 Projek membina

Sudut Nanas

1 Tahun Mulai Jun 2017

selesai pada Dis 2017

Tapak telah dikenalpasti

2 Projek membina

Taman Buah Nona

1 Tahun Mulai Ogos 2016

selesai pada Mei 2017

Sudah ada tapak

3 Projek membina

Mini Kolam Ikan & Kura-kura

1 Tahun Mulai Jun 2017

Selesai pada Jun 2018

Tapak telah dikenalpasti

4 Projek memperluaskan

Taman Sayur

1 Tahun Mulai Jan 2018

Selesai pada Dis 2018

Tapak telah dikenalpasti

3.1.2 PEMANTAUAN DAN PENYELENGGARAAN

Pemantauan kesihatan tumbuhan dilakukan sekali seminggu (Sabtu) oleh pekebun.

3.2 SISTEM PENGURUSAN TAMAN

3.2.1 Sumber Manusia

Aktiviti menceriakan dan menghijaukan kawasan sekolah telah mula dilaksanakan sejak tahun

2009 melalui pelaksanaan sistem pengurusan taman. Sistem pengurusan ini melibatkan guru –

guru dan murid, KTBM sekolah, masyarakat luar seperti ibubapa dan pihak lembaga sekolah serta

bekas pelajar sekolah atau alumni.

3.2.2 Pelan Dan Tatacara Pengurusan Taman

Pelan dan tatacara pengurusan taman yang diamalkan di sekolah ini adalah seperti pendedahan

konsep, matlamat, objektif penghijauan kepada warga sekolah melalui mesyuarat dan

perbincangan dari semasa ke semasa. Penubuhan AJK unit penghijauan adalah memastikan

pemantauan dan penyelenggaraan taman dapat dijalankan dengan berkesan yang bertugas

membuat laporan bagi menjalankan aktiviti susulan. Selain itu, penubuhan AJK juga bertujuan

berbincang dan mencari dana bagi memantapkan taman.

17

3.2.3 Jadual Bertugas

Jadual bertugas bagi guru – guru dan murid yang terlibat dipaparkan di papan kenyataan di

hadapan kantin sekolah, di bilik darjah dan papan kenyataan di bilik guru bagi memudahkan murid

dan guru yang terlibat merujuk jadual bertugas masing – masing untuk menjalankan tugas yang

diamanahkan.

3.2.4 Pemantauan Kesihatan Habitat Taman

Pemantauan kesihatan habitat taman dijalankan oleh empat pembersih yang bertugas. Pemantauan

boleh dilakukan melalui pemerhatian fauna yang datang dan memerhatikan keadaan tumbuhan

seperti dedaun dan ranting tumbuhan. Beberapa tugas telah dibahagikan seperti berikut bagi

memastikan kesihatan habitat taman sekolah.

3.3 REKABENTUK TAMAN

3.3.1 Keadaan Lanskap Taman

Keadaan Lanskap Taman adalah terancang dan menarik dimana nama taman adalah disesuaikan

dengan tema, kedudukan, jenis tanaman, kegunaan atau sejarah pembentukan taman tersebut.

a) Penggunaan bahan kitar semula / mesra alam

- Taman Herba di sekolah menggunakan bahan kitar semula yang mesra alam seperti

pasu tayar. Pelbagai jenis bunga ditanam di dalam tayar yang disediakan. Ini

menceriakan lagi persekitaran taman dengan pelbagai warna bunga yang disusun

dengan teratur dan kemas.

b) Bilangan dan tema taman

- Terdapat beberapa taman yang disediakan mempunyai tema yang mesra alam.

Sekolah mempunyai Taman Herba, Sudut Kaktus, Taman Hijau dan Taman Sayur.

BIL PERKARA TINDAKAN

1 Kesihatan tumbuhan

2 Kebersihan taman

3 Kesesuaian spesis tumbuhan / herba

4 Keceriaan kawasan taman

5 Sistem penyiraman tumbuhan

6 Penggunaan baja organik

7 Penggunaan air hujan

18

c) Kegunaan taman

- Taman-taman yang ada di sekolah mempunyai kegunaan yang baik dari segi

pengajaran dan pembelajaran kelas dan penjanaan kewangan. Guru-guru boleh

menjalankan aktiviti pdp yang berkaitan dengan tanaman hijau dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup. Hasil sayur-sayuran yang ditanam boleh dijual kepada ibu bapa

murid dan warga sekolah untuk mendapat wang yang boleh digunakan sebagai hasil

tambahan.

3.3.2 Kebersihan Taman

Kebersihan setiap taman adalah dibawah pengendalian pasukan pengawas sekolah. Murid-murid

tersebut akan menjalankan aktiviti memungut sampah di sekitar taman pada pukul 6:45 hingga

7:00 pagi setiap hari.

3.3.3 Penjagaan Tumbuhan Taman

Penjagaan tumbuhan taman di persekitaran sekolah adalah dibawah jagaan ahli Kelab dan

Persatuan Kokurikulum. Murid-murid akan melakukan aktiviti menyiram, merumput, membaja

dan memantau kesihatan tumbuhan pada setiap hari Rabu, 5 minit sebelum bermulanya aktiviti

kokuriklum.

3.4 PROSES IMPLEMENTASI PENGHIJAUAN

i. Program Penanaman Menggunakan Baja Kompos

Program penanaman yang menggunakan baja kompos ini telah mula dijalankan pada tahun

2013. Baja kompos yang digunakan seperti daun / rumput serta baja kompos daripada sisa

makanan. Program ini dijalankan sekali dalam masa empat hingga enam bulan mengikut

kesesuaian spesis tanaman. Murid akan memungut daun kering serta sisa makanan dari

kantin atau rumah sendiri untuk dibuat baja. Apabila baja yang dihasilkan telah matang, ia

akan digunakan untuk tanaman sayur di sekolah.

ii. Program Taman Angkat

Program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang cara

menghargai dan menjaga alam sekitar. Murid sasaran ialah murid-murid kelab dan

persatuan. Setiap kelab dikehendaki bertanggungjawab terhadap pokok tanaman di Taman

Hijau dan Taman Herba masing-masing, termasuklah membersihkan rumput, membaja dan

19

menyiram pokok tersebut mengikut jadual yang ditentukan semasa aktiviti Kokum

dijalankan.

iii. Program Penanaman, Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Pokok

Pokok yang ditanam adalah dari pelbagai jenis dan spesies. Pemeliharaan pokok adalah

dibawah tanggungjawab setiap kelab dan persatuan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Antara tugas yang dilakukan ialah membersihkan rumput, memantau kehadiran serangga

perosak dan sebagianya.

iv. Penyelenggaraan Kawasan

Kawasan sekeliling sekolah sentiasa diselenggara oleh tiga orang tukang kebun. Rumput

akan dipotong mengikut jadual supaya kawasan sekolah sentiasa terurus dan bersih.

v. Pemantauan dan penyelenggaraan tanaman

Pada waktu ko-kurikulum, setiap kelab / persatuan akan melakukan aktiviti membersih dan

membaja tanaman selama 15minit dan akan direkod di dalam buku log. Tanaman jenis

sayuran pula akan disiram oleh murid yang bertugas pada waktu pagi (6.45 – 7.00 pagi).

vi. Penglabelan nama tanaman

Setiap tumbuhan akan dilabel mengikut nama saintifik dan nama tempatan. Ini membantu

murid mengenal nama tumbuhan tersebut.

vii. Penjanaan kewangan / komersil / keusahawanan

Melalui program penanaman ini, pihak sekolah dapat menjana kewangan selain

menerapkan nilai cintai alam sekitar seperti penjualan hasil betik, nanas dan sayur-sayuran.

Ia akan membantu meningkatkan kewangan dan nilai keusahawanan sekolah.

3.5 PENGURUSAN SUMBER KE ARAH MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN

PENJIMATAN PENGGUNAAN

i) Penjimatan Air

Tangki air hujan disediakan untuk menadah air hujan untuk kegunaan menyiram sayur-

sayuran di taman sayur sekolah. Terdapat sebuah tangki yang menggunakan

- Guna air graviti feed system

- Pengumpulan air hujan

20

ii) Penjimatan Tenaga elektrik

Tidak menggunakan kipas sebelum 7.00 pagi dan 9.55 ~ 10.10 pagi (waktu rehat)

Notis penjimatan elektrik di setiap pemetik suis elektrik

Mengoptimumkan penggunaan elektrik di mana setiap ketua kelas dikehendaki

memastikan suis elektrik sentiasa ditutup apabila tiada pelajar di kelas ataupun tamat

waktu belajar

Khidmat nasihat pakar

iii) Saranan Penjimatan

Saranan untuk menjimat air dan tenaga juga dipamerkan ditempat-tempat strategik seperti

makmal sains, tandas dan kantin. Contohnya;

- Papan kenyataan : Notis dan poster

- Pengumuman: Perhimpunan pagi dan melalui LCD TV di PSS & kantin

- Proses PDP: Guru-guru mata pelajaran sewaktu proses pembelajaran

iv) Bahan pakai habis seperti kertas dan katrij pencetak

Semua bahan-bahan kegunaan pejabat seperti kertas, katrij pencetak dan sebagainya

dibawah pengawasan seorang kakitangan bukan mengajar. Bahan-bahan ini diletak didalam

stor yang mana hanya kakitangan yang bertugas sahaja dibenarkan untuk membuat

pengeluaran bahan-bahan pejabat untuk kegunaan semua kakitangan lain. Contohnya buku

kawalan kertas digunakan untuk mencatat jumlah pengeluaran kertas oleh guru-guru dan

staf.

Bahan-bahan yang telah dipakai akan dikumpul untuk dijual kepada pembeli kertas terpakai.

Disamping itu, pihak pengurusan juga mewajibkan supaya mengguna kertas depan dan

belakang dan menggalakkan penggunaan whiteboard di ruangan komunikasi untuk

mengurangkan penggunaan kertas dan dakwat pencetak

v) Sisa pepejal dari pejabat, bilik darjah, kantin dan makmal

- Pengurangan penghasilan sisa pepejal

- Jadual pelaksanaan / pelan perancangan

- Kreativiti pelaksanaan / kaedah pelaksanaan

- Khidmat nasihat pakar

- Pemantauan dan penilaian kendiri

- Sasaran untuk capai tanda aras kecekapan / penjimatan

21

3.6 PEMANTAPAN SIKAP GURU, PELAJAR DAN KAKITANGAN SEKOLAH

TERHADAP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Pelbagai program, latihan dalaman dan latihan luaran telah dirancang dan dilaksana untuk

memantapkan sikap warga sekolah terhadap alam sekitar seperti berikut:

BIL PROGRAM / STRATEGI / AKTIVITI PENGLIBATAN BUTIRAN

PELAKSANAAN

1. Ceramah oleh Agensi berkaitan

- Rasa Ria (2014)

- Cara membuat kompos & kitar semula

(2017 & 2018)

Pengawas &

Ketua Kelas

2. Sebaran maklumat semasa perhimpunan Guru & murid Nilai murni

3. Sebaran maklumat melalui papan kenyataan

& poster & sudut dalam kelas

Guru & murid Cinta Alam

Sekitar

4. Sebaran maklumat melalui multimedia TV&

‘facebook’ sekolah

Kantin, PSS,

Facebook

Cinta Alam

Sekitar

5. Latihan dalaman

– Menghasilkan enzim

- Menghasilkan kompos

TKRS Setahun sekali

6. Pertandingan Reka Cipta menggunakan

bahan kitar semula

- Mereka cipta alat kegunaan harian (2014)

- Mereka cipta tang lung (2017)

- Mereka cipta alat hiasan (2018)

Murid Bahan kitar

semula

7. Teknik penanaman secara ‘hands on’ Murid & Guru Taman Sayur

8. Program Keceriaan Sekolah & Gotong &

Royong bersama PIBG

ibu bapa Gotong Royong

Perdana setiap

tahun

9. Bantuan pelatih IP Kent dalam keceriaan

sekolah

- melukis mural bilik Bestari (2016)

- melabel tanaman Taman Hijau (2017)

Pelatih IP Kent

10. Aktiviti mengunjung orang utan dan mendaki

gunong di Rasa Ria- ranger (ceramah) 2014

Pengawas &

Ketua Kelas

Pemuliharaan

tumbuhan dan

orang hutan

11. Pertandingan fashion show

(Minggu SERASI 2014 & 2017)

Persatuan / Kelab Setiap dua tahun

sekali

12. Hari Kitar semula Murid dan Warga

sekolah

Dua bulan sekali

13. Lawatan Kilang

- HOKO (2015)

- Kilang batik Tuaran (2015)

: guru dan murid menghasil corak kain batik

- Pasu bunga (2016)

: guru dan murid menghasil pasu bunga

Murid Tahun 6 Setiap tahun bulan

Nov

14. Pengajaran dan pembelajaran melalui sudut

SERASI dalam bilik kelas

Guru dan murid Sepanjang tahun

22

3.7 PENGGUNAAN PRODUK DAN TEKNOLOGI HIJAU

i) Sistem pengumpulan air hujan

Terdapat sebuah tangki pengumpulan air hujan di tepi taman sayur sekolah. Air

hujan yang dikumpul disalurkan ke taman untuk menyiram pokok bunga dan yang

lebihnya digunakan untuk membersihkan parit.

ii) Baja organik / Baja kompos

Baja kompos yang dikumpul oleh pelajar dari dapur rumah / dapur kantin selepas 3 hingga 5

bulan boleh digunakan untuk membaja tanaman sayur di taman sayur. Semua pelajar

berpeluang membuat baja kompos melalui kelas mata pelajaran Sains.

23

iii) Galakkan penggunaan bahan guna semula dan kitar semula

Pendidikan tentang 3R boleh melalui :

a) Pengajaran & Pembelajaran dalam kelas

Hiasan Puisi Bahasa Cina Pengajaran Sains Pengajaran Bahasa Inggeris

b) Aktiviti / program SERASI yang telah dirancang

c) Untuk keceriaan sekolah

24

d) Untuk Menjana kewangan bagi program SERASI

Setiap tahun, pihak sekolah akan mengadakan aktiviti menjual bahan kitar semula dua

bulan sekali. Murid-murid dan warga sekolah akan membawa bahan kitar semula dari

rumah masing-masing untuk dijual dan menjana kewangan bagi program SERASI

(keutamaannya untuk melukis mural atau keceriaan sekolah).

25

4.0 KOKURIKULUM

4.1 AKTIVITI DAN PROJEK PENGHIJAUAN OLEH KELAB DAN PERSATUAN

Aktiviti Dan Projek Penghijauan (Penanaman Pokok) Oleh Kelab Dan Persatuan

1 Taman Herba

Diuruskan oleh Persatuan Bahasa Cina dan Persatuan Bahasa Malaysia

dimana ahli persatuan bertanggungjawab menjaga taman ini termasuk

menyiram, merumput dan membaja.

Melebihi 10 spesis herba ditanam.

2 Taman Sayur

Antara projek yang dilaksanakan ialah projek baja kompos dan penanaman

sayur.

Diuruskan oleh Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Seni dimana ahli

persatuan bertanggungjawab menjaga taman ini termasuk menyiram,

merumput dan membaja.

Jenis tanaman ialah sayur manis, kacang panjang, cili padi dan lain-lain.

26

3 Taman Hijau Diuruskan oleh Persatuan Kebudayaan dan Persatuan Kaligrafi dimana ahli

persatuan bertanggungjawab menjaga taman ini termasuk menyiram,

merumput dan membaja.

Melebihi 10 jenis spesis tanaman yang ditanam.

4 Sudut Kaktus

Diuruskan oleh Persatuan Rukun Negara dimana ahli persatuan

bertanggungjawab menjaga taman ini termasuk menyiram, merumput dan

membaja.

5 Sudut Bunga

Kapas

Diuruskan oleh Pustakawan PSS dimana ahli persatuan bertanggungjawab

menjaga taman ini termasuk menyiram, merumput dan membaja.

6 Kawasan

Sekeliling Pagar

Sekolah

Tanaman di sekeliling pagar sekolah adalah dijaga oleh tiga orang

pembersih sekolah.

Ikut jadual pembersih

27

7 Taman Fantasi Didirikan oleh ahli PIBG, guru dan murid pada tahun 2016.

8 Lorong Betik &

Sudut Nanas

Dirancang akan diadakan pada bulan Jun 2017.

4.2 PROJEK KESEDARAN

TARIKH

DILAKSANA PROJEK KESEDARAN PENGLIBATAN CATATAN

Mei 2016

Ceramah kitar semula

Guru & Murid Agensi Kitar Semula

28

Tiga kali setahun Gotong Royong Sekolah AJK Kebersihan

Masyarakat setempat

Warga sekolah

Peringkat sekolah

Sekali dalam dua

bulan

Program Kitar Semula Warga sekolah Peringkat sekolah

Sekali Setiap

Tahun

Lukisan mural Alumni

Pihak Agensi Swasta

Warga sekolah

Bertema:

1. 1.Pemandangan dasar laut

2. 2.Keunikan Sabah

3. 3.Keistimewaan Malaysia

4. 4.Taman Herba

5. 5.Guru penyayang

6. 6.Bendera

7. 7.Bilik Bestari

8. 8. Peta i-Think

9. 9. Lukisan akuarium

Sept Esei Alam sekitar Warga sekolah Pertandingan esei alam

sekitar dalam Bahasa Cina

dan Bahasa Malaysia.

Julai Kempen NO PLASTIK DAY AJK Kebajikan Murid

Guru Kelas

Pembahagian susu sekolah

Mei Program Tutup Lampu Sedunia AJK SERASI Bermula dari jam 7:00am

hingga 8:am

Mei Minggu Alam Sekitar Sedunia

AJK SERASI Diadakan program / aktiviti

Minggu SERASI, Tahun 2016

29

4.3 PEMBANGUNAN SEBARAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR

STRATEGI TINDAKAN PELAKSANAAN

Menyebar Maklumat Alam Sekitar

dalam bilik darjah Para murid

Papan Kenyataan /

sudut alam sekitar /

sudut bacaan

Menyebar Maklumat Alam Sekitar di

luar bilik darjah AJK SERASI

Papan kenyataan Unit HEM,

pusat sumber sekolah

Menambahkan bilangan buku dan

majalah / Bahan Rujukan di Pusat

Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah Guru Pusat Sumber Sekolah

Persembahan Multimedia

AJK SERASI

Guru Penyelaras

program / aktiviti

Tayangan gambar aktiviti di

pusat sumber sekolah / LCD

TV di kantin

laporan tahunan AJK SERASI Laporan aktiviti-akiviti yang

dijalankan sepanjang tahun

Laman Web

AJK SERASI

Guru Penyelaras

program / aktiviti

Facebook Sekolah

Pengkalan data AJK SERASI Laporan aktiviti-aktiviti

direkod di dalam bentuk CD

Menulis kata-kata motivasi alam

sekitar

D Di dalam

tandas murid

AJK SERASI Kata-kata motivasi di dalam

tandas / bilik kelas

Brosur/ poster/ risalah

AJK SERASI Meletak poster mengenai 3K

di sekeliling sekolah

30

4.4 JARINGAN

JARINGAN STRATEGI TINDAKAN PELAKSANAAN

Antara Kelab dengan

persatuan sekolah

Pertandingan Fashion

Show antara kelab /

persatuan sekolah

AJK SERASI &

GURU PENASIHAT Kelab & persatuan

Antara 4 tahap

TKRS Projek membuat enzime

AJK SERASI &

GURU PENASIHAT

Unit Beruniform-

TKRS

Antara Sekolah

dengan Sekolah

Tunjukajar membuat

kompos kepada sekolah

lain

AJK SERASI Wedsite(facebook)

Antara Sekolah

dengan Agensi

kerajaan negeri

Projek penanaman pokok

bersama Jabatan

PertanianTuaran /

Rasa Ria Resort

Unit Penghijauan

Antara Sekolah

dengan masyarakat

setempat

Gotong-royong

Perdana / Keceriaan

Sekolah

AJK Kebersihan Menjemput

ibu bapa murid

4.5 PEMBANGUNAN KEUPAYAAN

PROGRAM TINDAKAN PELAKSANAAN

Lawatan sambil belajar ke Pusat

Pemuliharaan Alam Sekitar & Orang Utan

AJK SERASI

Guru Disiplin

Okt 2014

31

Lawatan sambil belajar ke Sabah Tea,

Desa & War Memorial

AJK SERASI

Guru Tahun Enam

Sept 2014

Karangan Bahasa Cina - Pemeliharaan

Alam Sekitar

AJK SERASI

Guru Bahasa Cina

Mei 2014

Karangan Bahasa Melayu - Pemeliharaan

Alam Sekitar

AJK SERASI

Guru Bahasa Melayu

Mei 2014

Pertandingan Membuat Alat Dengan Bahan

Kitar Semula

AJK SERASI

Guru Penyelaras

Jan 2014

Projek Penghasilan enzim

AJK SERASI

Guru TKRS

Setiap tahun

Projek Penghasilan Baja Kompos

AJK SERASI

Guru Sains

Setiap tahun

32

Pelancaran penggunaan beg kitar semula

Aktiviti menerima susu sekolah

]

AJK SERASI

Guru Kesihatan

Mac setiap tahun

Lawatan sambil belajar ke Kilang Hoko

AJK SERASI

Guru Tahun Enam

Nov 2015

Belajar Menanam Taugeh Dengan Botol Plastik

AJK SERASI

Guru SERASI

Okt 2015

Program Keceriaan Sekolah Oleh Murid Tahun 6

Selepas UPSR

- Keceriaan Pondok Ilmu Dengan Botol Plastik

AJK SERASI

Guru SERASI

Okt 2015

33

Lawatan Ke Kilang Batik

Belajar Mencanting Batik (Individu & Kumpulan)

AJK SERASI

Guru Tahun Enam

Nov 2015

Program Keceriaan Sekolah Oleh Pelatih IP Kent &

Murid Tahun 6 Selepas UPSR

AJK SERASI

Pelatih IP Kent

Guru SERASI

Okt 2015

Lawatan sambil belajar ke Crest Megaway Sdn.

Bhd. Kompleks Karamunsing, KK.

- Mengenali cara membuat kompos

dan melawat stesen kitar semula.

AJK SERASI

Guru Tahun Enam

Nov 2016

34

Penglibatan AJK atau kelab / persatuan dalam aktiviti dan projek :

i) AJK kebajikan Murid – projek kitar semula surat khabar terpakai

ii) AJK Kebersihan – membersihkan kawasan luar pagar

iii) AJK Pusat sumber – membuat sudut SERASI

iv) Satu kelab / persatuan KOKUM – satu taman / slot kawasan sekolah

4.6 SISTEM PELAPORAN

a) Laporan dibuat sebelum dan selepas aktiviti / program :

i) facebook web

https://www.facebook.com/groups/sjkcchunghwatamparuli

ii) LCD TV Pusat Sumber Sekolah

iii) Folio-folio aktiviti alam sekitar

b) Papan Makluman – menyebar maklumat aktiviti / program

35

c) Papan notis sepanjang koridor – mempamer hasil murid

e) Sudut SERASI di kelas dan perpustakaan

36

5.0 KURIKULUM

5.1 Pendidikan merentasi bidang - Pendidikan alam sekitar dijalankan di bilik

darjah dalam subjek teras seperti :

- Bahasa Cina

- Bahasa Malaysia

- Bahasa Inggeris

- Sains

- Pendidikan Seni Visual

- Pendidikan Islam / Moral

5.2 Proses implementasi kurikulum

Pengurusan Modul Alam Sekitar Merentas

Kurikulum

Modul Alam Sekitar Merentas Kurikulum

di gunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Kewujudan lembaran kerja (worksheet)

untuk pengajaran dan pembelajaran.

Pemahaman murid tentang elemen alam

sekitar melalui temubual atau sebagainya.

Keberkesanan penggunaan bahan kitar

semula dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

37

6.0 KEBERSIHAN & KEINDAHAN PERSEKITARAN SEKOLAH

6.1 Kesihatan & Kebersihan Kantin serta persekitaran sekolah

a) Khidmat Pemeriksaan Kesihatan

- Lawatan pegawai kesihatan untuk memeriksa pengendalian dan

kebersihan kantin.

b) Amalan kesihatan warga sekolah

- Lawatan pegawai kesihatan ke sekolah untuk memeriksa kesihatan

para murid (jarum / makan ubat cacing) dan guru (pemeriksaan TB /

kesihatan diri).

c) Pemakanan sihat / bantuan makanan

- Bantuan makanan tambahan (RMT) untuk murid miskin.

d) Kebersihan kantin

- Kebersihan sudut agihan / penjualan makanan

- Pengurusan sisa makanan (ada Pengasingan)

- Amalan kompos sisa

- Kebersihan alat memasak, pinggan mangkuk dan sebagainya

- Kebersihan tempat penyediaan makanan

- Kebersihan dalam dan luar kawasan kantin seperti siling, tingkap,

dinding, lantai dan parit.

- Penggunaan bekas makanan untuk pelajar ( guna Pinggan Mangkuk )

- Pelajar guna bekas sendiri

- Larangan penggunaan Styrofoam / Plastik

- Kebersihan longkang (dalam dan luar sekolah)

- Kebersihan bangunan sekolah

- Kebersihan & kesuburan taman

38

6.2 Pengurusan sampah

a) Pihak sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menguruskan sampah di

sekolah. Pada setiap pagi dari jam 6.45 pagi hingga 7.00 pagi, pengawas dan murid-murid

tahun 2 hingga tahun 6 akan memungut sampah di sekitar sekolah mengikut jadual waktu

yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

b) Pihak sekolah menjalankan sistem pengurusan sampah dari kelas hingga pelupusan,

sekolah mempunyai sebuat stesen kumpul sampah.

c) Pihak sekolah mengadakan dan mengamalkan Program Khas 3 R (Reduce, Reuse &

Recycle). Murid-murid terlibat langsung dalam Program Khas 3 R dengan mengumpul tin

aluminium dan kertas-kertas terguna untuk hari kitar semula. Guru-guru pula digalakkan

menggunakan sepenuhnya dua muka surat kertas putih. Di samping itu, tayar-tayar yang

terbuang telah dijadikan pasu bunga untuk menghias persekitaran sekolah.

d) Pihak sekolah telah menyediakan satu sudut sebagai penyebaran maklumat program

LESTARI / SERASI.

e) Murid-murid diminta menjalankan pengasingan sampah di kelas / tong sampah recycle

seperti botol, plastik dan kertas.

f) Pihak sekolah telah menggunakan hasil sisa kompos sebgai baja kompos untuk membaja

sayur-sayuran yang tertanam di sekolah.

g) Pihak sekolah sentiasa memastikan bahawa sekolah tanpa sampah biarpun di dalam atau di

luar kawasan sekolah. Pengawasi sekolah juga membantu menangkap kutu sampah.

Mengikut peraturan sekolah, jika murid didapati membuang sampah merata-rata, mereka

akan didenda RM 1.00 dan dimasukkan dalam tabung keceriaan sekolah.

h) Pihak ibu bapa terlibat dalam program Gotong-Royong Perdana pada setiap tahun.

i) Pihak sekolah sentiasa memastikan tidak ada pembakaran terbuka. Dengan itu, sampah-

sampah akan dipungut oleh Dewan Bandaraya Tuaran setiap hari.

j) Pihak sekolah mengadakan pertandingan reka cipta dengan bahan kitar semula.

k) Pihak sekolah mengadakan pameran bagi hasil murid yang menggunakan bahan-bahan

yang boleh dikitar semula.

39

6.3 KECERIAAN SEKOLAH

SJK (C) Chung Hwa Tamparuli telah menjalankan Program Keceriaan Sekolah mulai

bulan Januari 2015.Seramai 27 orang guru dan murid-murid tahun 3, 4,5 dan 6 yang

terlibat dalam menjalankan program ini. Program ini mempunyai sebuah pondok ilmu,

sebuah sudut SERASI, tiga taman dan dua sudut. Tiga taman dan dua sudut itu termasuklah

Taman Sayur, Taman Herba dan Taman SERASI serta Sudut Kaktus. Bagi menjalani

program ini satu jadual pembersih telah ditetapkan bagi membolehkan kerja-kerja

penyelenggaraan seperti kerja-kerja penyiraman yang rapi, penjagaan rumput dibuat dari

masa ke semasa serta sistem pembajaan yang rapi.Selain itu, pelbagai reka bentuk dan

fungsi landskap yang berbeza disediakan bagi menambah keceriaan dari masa ke semasa.

a) Reka bentuk pondok / sudut disediakan mengikut jadual di bawah :

Nama Pondok /Sudut Rekabentuk Pondok Fungsi

Pondok Membaca

Rak-rak almari rosak yang

diguna semula untuk

menyimpan bahan bacaan

Pelajar boleh membaca

bahan bacaan sementara

menunggu bas / pada waktu

rehat

Pondok Ilmu

Tempat duduk yang selesa

Terdapat sudut permainan

teng teng di tepinya

Pelajar boleh membaca

bahan bacaan sementara

menunggu bas / pada waktu

rehat

b) Menggunakan bahan kitar semula atau bahan semulajadi menjadikan pasu bunga.

Bil Bahan Pasu Bunga Bilangan

1 Tayar sebagai pasu bunga 35 tayar

2 Botol plastik sebagai pasu 20 bekas plastik

3 Coconut Shell sebagai gayung air 5 buah

40

c) Jadual berikut adalah cara penggunaan bahan kitar semula bagi penambahan

keceriaan kawasan sekolah .

Bil Jenis Bahan Buangan Jenis Kegunaan

1 Tayar

Sebagai pasu tananman /

hiasan

2 Botol plastik / mineral Sebagai bahan hiasan

3 Botol plastik - digunting dan dibentuk

Botol mineral –

Simpan daun pandan

di dalam tandas

Sebagai tempat

menyimpan pewangi

(daun pandan) tandas

4 Hasil kerja pendidikan seni murid

- tin aluminium

Hiasan (tin-tabung)

41

d) Jadual berikut menunjukkan Lukisan Mural /Poster Berunsurkan Alam Sekitar.

Bil Tajuk Lukisan Mural Lokasi Mural/ Poster

1 Mural Hidupan laut

Tangga sekolah

2 Mural binatang laut

Tandas murid perempuan

42

3 Mural binatang hutan

Tandas murid lelaki

4

Mural gunung kinabalu

Dinding taman hijau

5 Mural teknologi dan bangsa utama Malaysia

Luar dewan sekolah

43

7 Guru penyayang

Tapak perhimpunan

8 Jalur gemilang, bendera Sabah

Tapak perhimpunan

9 Mural Kolam Bunga Teratai

Taman Herba

10 Mural di luar Bilik Bestari

Bilik Bestari

44

11 Mural di luar Bilik Pusat Sumber Sekolah

Bilik Bestari

12 Mural i-Think

Bilik darjah Tingkat 2 Blok A

13 Mural Kartun Akuarium

Tempat Singki Cuci Tangan

14 Lukisan Lantai - Permainan Teng-Teng

Tepi Pondok Ilmu

45

Selain itu, setiap kelas akan dipertandingkan dalam pertandingan kebersihan kelas setiap minggu

dan ia dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Tahap 1 dan Tahap 2. Hadiah pemenang setiap

kategori secara wang tunai akan disampaikan pada Hari KOKUM sekolah (November).

Pertandingan Keceriaan Kelas Yang Bertema juga diadakan pada Minggu SERASI setiap tahun.

6.4 Keselamatan sekolah

a) Reka bentuk landskap sekolah yang kaitan dari segi keselamatan iaitu garisan

merah dan biru. Garisan merah adalah kawasan larangan untuk murid masuk atau

lalu di kawasan tersebut manakala garisan biru adalah kawasan menunggu kereta

untuk murid tahun 1 dan 2 selepas waktu persekolahan.

b) Mempunyai infrastruktur seperti penapis air, telefon awam dan pemadam api.

c) Lalu lintas sekolah dikawal oleh pengawal sekolah.

d) Papan tanda amaran atau label dilekat di tempat-tempat yang berbahaya supaya

murid-murid dapat mengikut peraturan untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

e) Pelan kecemasan disediakan dan dilekat di seluruh bilik sekolah. Ia menunjukkan

tempat berkumpul jika berlaku kebakaran

f) Pondok pengawal disediakan untuk pengawal berehat.

g) Jawatankuasa keselamatan ditubuhkan. Aktiviti tahunan seperti kawad keselamatan

akan dijalankan pada semester 1 dan semester 2 pula sekolah akan menjemput

bomba Tuaran menjalani Taklimat Keselamatan Semasa Menghadapi Kebakaran.

Garis merah – Larangan murid

bermain di tempat yang tidak

selamat.

Pondok pengawal sekolah

Garis biru– Larangan murid

Tahun 1 & 2 bermain di tepi

kelas yang sedang belajar.

46

7.0 TANDAS BERSIH DAN CERIA

7.1 Penjagaan Kebersihan tandas

Keadaan kebersihan tandas

Penglibatan pelajar dalam penjagaan tandas – kempen kebersihan tandas

Skuad tandas (memeriksa / membersih tandas)

- Dibersih dan diperiksa oleh empat orang pembersih mengikut jadual tugas.

Bahan pencuci semulajadi (enzyme yang dibuat oleh murid)

Tandas tidak berbau dan mengguna cara semulajadi mengatasi bau

- Disimpan bekas yang diisi daun pandan.

Inovasi penjagaan kebersihan lantai tandas

- Kempen penjagaan kebersihan lantai tandas akan diadakan pada bulan Jun 2014 ( guna

selipar khusus untuk masuk tandas)

47

7.2 Keceriaan Tandas

Tandas murid sekolah ini pernah mendapat Tempat Ketiga dalam Pertandingan Tandas

Ceria, anjuran Majlis Guru Besar Peringkat Daerah Tuaran pada tahun 2010. (Sijil telah

dilampirkan)

Keceriaan Tandas seperti hiasan gambar, bunga plastik, poster, dll

7.3 Penjimatan air

Notis penjimatan air ( jimatkan air / tutup paip air dll)

Sebagai peringatan kepada semua pengguna supaya tidak membazirkan air.

Inovasi penjimatan air

- Bekalan air hujan

Pembinaan sebuah tangki untuk usaha pengumpulan air hujan sebagai punca air

alternatif untuk menyiram sayuran di Taman Sayur.

Usaha penjimatan air secara keseluruhannya

-Baldi digunakan untuk menakung air hujan sekiranya hari hujan pada masa

persekolahan. Air tersebut akan digunakan untuk menyiram pokok-pokok

bunga serta sayur-sayuran yang ditanam di dalam kawasan sekolah.

48

7.4 Kelengkapan Tandas

Alat kelengkapan tandas yang ada seperti gayung, baldi, sinki, bakul sampah, penyapu,

sabun, cermin muka, pewangi, tisu dan lain-lain.

Penggunaan bahan kitar semula seperti gayung dari botol plastik terbuang, baldi dari bekas

terbuang dan lain-lain.

7.5 Pengurusan tandas secara keseluruhan

Penggunaan tandas yang sistematik (cth: satu bilik tandas untuk satu atau dua kelas)

Perancangan pengagihan penggunaan bilik tandas dikhaskan bagi murid perempuan adalah

seperti berikut:

Mempunyai sistem pemantauan kebersihan (borang)

Penolong Kanan HEM mengemaskini semua borang yang perlu diisi mengikut keperluan

dari semasa ke semasa.

Pengiktirafan tandas terbersih dan terceria peringkat daerah, tahun 2010.

- Sijil Pengiktirafan telah dilampirkan.

Keadaan parit di kawasan tandas (tiada sampah & rumput pendek & air tidak bertakung

49

8.0 INOVASI ALAM SEKITAR

8.1 Menghasilkan barangan hiasan dengan bahan kitar semula.

8.2 Menghasilkan alat membantu pembelajaran (P&P) dari sisa

- Para guru menghasilkan alat bantu mengajar dengan bahan buangan seperti membuat kad

perkataan dengan mengunting kepingan kotak susu sekolah, mengajar murid membuat

model kereta dengan kotak buangan , membuat tabung wang dengan tin aluminium (mata

pelajaran Seni)

8.3 Menghasilkan inovasi (peralatan) untuk menyelesaikan masalah alam sekitar

(memulihara alam sekitar)

Contoh : Menghasilkan gayung air dengan ‘coconut shell’

50

8.4 Projek inovasi penjimatan penggunaan sumber - raincatchment system

8.5 Melaksanakan program inovasi

Antara projek khas sekolah yang kretif dan unik adalah seperti berikut:

a) Projek ‘raincatchment system’/ sistem pengumpulan air hujan.

Projek ini banyak memberi sumbangan kepada sekolah terutamanya dalam penjimatan

penggunaan air di sekolah. Air hujan yang ditakung digunakan untuk menjalankan tugas

pembersihan sekolah seperti tugas membersihkan longkang dan tandas. Air hujan yang

ditakung juga digunakan dalam tugas penjagaan taman sekolah dan digunakan untuk

menyiram pokok bunga dan sebagainya. Projek ini secara tidak langsung juga telah

melibatkan Program kecekapan dan penjimatan penggunaan sumber dan hal ini memberi

sumbangan yang besar kepada sekolah.

b) Pengiktirafan warga sekolah yang memberi sumbangan.

Pengiktirafan untuk warga-warga sekolah yang telah memberi sumbangan dalam bidang

alam sekolah ini akan dijalankan pada Hari Kokurikulum di mana anugerah pengiktirafan

akan disampaikan kepada warga sekolah dalam kategori individu ataupun dalam kategori

kumpulan. Untuk kategori individu, pengiktirafan akan diberikan kepada mereka yang

telah memberi sumbangan dalam program alam sekitar yang dijalankan di sekolah.

Manakala untuk kategori kumpulan pula, pengiktirafan akan diberikan kepada kelas yang

terbersih dan terceria. Pengiktirafan yang diberikan diharapkan dapat menyampaikan

penghargaan sekolah kepada warga-warga sekolah atas sumbangan yang diberikan

seterusnya mengharapkan komitmen yang berkekalan dan berterusan daripada warga

sekolah terutamanya dalam tugas penjagaan alam sekitar.

51

9.0 KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN

9.1 Pihak sekolah mendapat Anugerah Pertandingan Tandas

Terbersih & Terceria pada peringkat daerah Tuaran pada tahun 2010.

9.2 Pihak sekolah membina sebuah taman sayur dengan sumbangan ikhlas para

ibu bapa murid dan sokongan pihak LPS pada tahun 2013.

9.3 Pihak sekolah memenangi hadiah dan wang tunai sebanyak RM 500.00 dalam

pemenangan Anugerah SERASI (Sekolah Rakan Alam

Sekitar) Peringkat Negeri Sabah - Saguhati

tahun 2013/2014.

9.4 Pihak sekolah memenangi sebuah trophy dan wang tunai sebanyak RM 2000.00

dalam pemenangan Anugerah SERASI (Sekolah Rakan

Alam Sekitar) Peringkat Negeri Sabah -

Tempat Ketiga tahun 2015/2016.