Ekonomi Alam Sekitar di Zoo Melaka

56
SKPS6053 EKONOMI ALAM SEKITAR PERKEMBANGAN EKONOMI PELANCONGAN DAN PENGURUSAN PERSEKITARAN MAMPAN BAGI KAWASAN PELANCONGAN: KAJIAN KES DI ZOO MELAKA, AYER KEROH NAMA NO PELAJAR ABDILLA BIN KHAIROL P72778 MOHD NASIR BIN MOHAMED P71796 MOHD SHUKRI BIN MAT SUDIN P66872 PENSYARAH DR. SARMILA BT MD SUM

Transcript of Ekonomi Alam Sekitar di Zoo Melaka

SKPS6053

EKONOMI ALAM SEKITAR

PERKEMBANGAN EKONOMI PELANCONGAN DAN PENGURUSAN

PERSEKITARAN MAMPAN BAGI KAWASAN PELANCONGAN: KAJIAN KES

DI ZOO MELAKA, AYER KEROH

NAMA NO PELAJAR

ABDILLA BIN KHAIROL P72778

MOHD NASIR BIN MOHAMED P71796

MOHD SHUKRI BIN MAT SUDIN P66872

PENSYARAH

DR. SARMILA BT MD SUM

i

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 01

1.1 Latarbelakang kawasan kajian 04

1.2 Permasalahan kajian 05

1.3 Kepentingan kajian 06

1.4 Limitasi kajian 07

2.0 Sorotan literatur 08

2.1 Konsep persepsi pelancong 09

2.2 Persepsi pelancong 10

2.3 Kesimpulan 11

3.0 Metodologi 12

3.1 Pendahuluan 12

3.2 Rekabentuk kajian 12

3.3 Instrumen kajian 12

3.4 Kaedah kajian 13

4.0 Dapatan kajian 15

4.1 Analisis responden 15

ii

4.2 Dapatan objektif pertama 17

4.2.1 Ekonomi 18

4.2.1.1 Usahawan kecil 18

4.2.1.2 Pengurusan zoo 20

4.2.1.3 Kerajaan negeri 22

4.2.1.4 Peluang pekerjaan 23

4.2.2 Sosial 23

4.2.2.1 Interaksi sosial 24

4.2.2.2 Pembelajaran tidak formal 25

4.2.3 Alam sekitar 25

4.3 Dapatan objektif kedua 26

4.4 Dapatan objektif ketiga 28

5.0 Perbincangan dan kesimpulan 29

5.1 Analisis responden 29

5.2 Analisis objektif pertama 34

5.2.1 Ekonomi 34

5.2.1.1 Perkembangan mikro ekonomi 34

5.2.1.2 Pulangan pelaburan kepada ekonomi negeri 35

iii

5.2.1.3 Pengurusan zoo yang efisien 36

5.2.2 Sosial 37

5.2.2.1 Peranan zoo terhadap masyarakat 37

5.2.3 Alam sekitar 38

5.2.3.1 Pusat pemeliharaan kepelbagaian biologi 38

5.3 Analisis objektif kedua 39

5.4 Analisis objektif ketiga 43

5.4.1 Pengurusan mapan 44

5.4.2 Aspek pengurusan 44

5.4.3 Jenis dan susunan haiwan 45

5.4.4 Penyediaan fasiliti 45

5.4.5 Sudut informasi 46

5.5 Aktiviti ekonomi dalam Zoo Melaka 46

5.6 Kesimpulan 48

Rujukan 49

1

1.0 PENDAHULUAN

Pelancongan dan impak terhadap ekonomi sesebuah kawasan pelancongan adalah sangat

ketara, kerana melalui pelancongan ini juga, ianya secara langsung melibatkan komuniti

setempat dan akhirnya memberikan impak terhadap persekitaran. Alam sekitar menurut

Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974) adalah ditakrifkan sebagai faktor- faktor

fizikal iaitu tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor biologi dan faktor sosial yang

saling bergantungan antara satu sama lain yang mengelilingi kehidupan manusia.

Kemusnahan alam sekitar adalah dipengaruhi oleh kegiatan industri perlancongan,

yang mana pernyataan tersebut luas diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Namun, pada

hari ini ianya boleh dikatakan sebaliknya, yang mana industri perlancongan kini telah

dilihat sebagai antara aplikasi yang digunapakai untuk pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Industri

perlancongan di Malaysia dipandang serius bermula sekitar 1970an. Langkah pertama

oleh Malaysia adalah melalui penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada

Ogos 1972. TDC berperanan dalam kemajuan sektor pelancongan dan rekreasi negara.

Penyediaan sumber alam sekitar adalah dominan sebagai keterusan industri

perlancongan. Selain daripada produk perlancongan yang berasaskan barang nyata,

barang tidak nyata seperti budaya dan warisan juga menjadi antara produk yang

terangkum (Jurry, 2011). Komuniti yang kreatif dan inovatif dengan kerjasama agensi

berkaitan dan sokongan kerajaan memungkinkan sesuatu sumber sedia ada mampu

dibangunkan sebagai produk perlancongan. Kesedaran komuniti ini menjadi antara

pencetus kepada kelestarian penggunaan sumber alam sekitar disamping pengekalan

budaya dan warisan setempat.

Menurut Jamaluddin (2009), kini sektor pelancongan negara giat

mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan;

pembangunan produk pelancongan seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi

peranginan bukit dan pulau, upacara-upacara bertema dan destinasi membeli-belah.

Promosi juga galak dilaksanakan untuk pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan

2

ekologi, pelancongan pertanian dan program tinggal di rumah angkat, pelancongan

budaya dan warisan, dan pelancongan pendidikan serta kesihatan (Jamaluddin, 2009).

Perkaitan antara perlancongan dan alam sekitar adalah signifikan, adalah tidak

mustahil Menurut Jurry Foo (2011), beliau melihat pelancongan sebagai, suatu kajian

manusia yang bertentangan atau seiringan dengan habitat semula jadi mereka serta

penglibatan industri yang bertindak balas dalam keperluan mereka, dan juga kesan ke atas

diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.

Manakala menurut Albuqerque K & McElroy J. (1999), menjelaskan pelancongan

sebagai, suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas,

elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan

persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri

pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara.

World Tourism Organization (WTO) pula merujuk perlancongan sebagai aktiviti

pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya

dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan

sebagainya. Definisi WTO ini secara langsung membawa kepada pengertian apa yang

dimaksudkan sebagai pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan

domestik dan pelancongan kebangsaan. Manakla menurut Biagi B. (2012), mengatakan

bahawa pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada

interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah

dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.

Menurut Jamaluddin Jahi (2009), pembangunan pelancongan sukan di Malaysia

menjadikan Malaysia cepat melangkah jauh ke arah kemajuan termasuklah dalam

peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia itu sendiri. Namun begitu, impak persekitaran

ini turut menyentuh aspek negatif kepada persekiataran alam semulajadi tersebut.

Pelancongan sukan merupakan sambutan dan harapan pihak kerajaan untuk memajukan

sektor pelancongan negara melalui langkah-langkah dalam Pelan Pemulihan Ekonomi

Negara (PPEN). Walau bagaimanapun pelancongan sukan dan alam sekitar merupakan

3

dua aspek yang penting dan perlu diberi perhatian yang serius kerana gandingan kedua-

dua mekanisme ini dapat mendekatkan individu dengan alam sekaligus menyemai rasa

cintakan alam sekitar. Satu kajian juga turut menyatakan tentang kesan pertumbuhan

ekonomi yang berlandaskan ekonomi ke atas taraf hidup dan tingkat kesejahteraan

penduduk. Dalam konteks ini dinyatakan bahawa unjuran ekonomi yang tidak seimbang

akan menyebabkan ekonomi rakyat menggugat kesejahteraan rakyat sekitarnya. Analisis

juga turut menyebut anggaran ekonomi yang menjamain kesejahteraan hidup penduduk

Putrajaya. Pada masa yang sama, satu kajian telah dilakukan yang menyentuh aspek

peranan perancang pembangunan yang menjamin kesejahteraan kualiti hidup penduduk

Putrajaya.

Menurut Haris Abd Wahab (t.t), kualiti hidup bermaksud keadaan persekitaran

seperti pemakan, keadaan, tempat tinggal, pembentungan dan sebagainya yang akan

mempengaruhi kehidupan seseorang individu. Jabatan Perdana Menteri (1999),

mendefinisikan kualiti hidup dalam konteks yang lebih luas iaitu dengan mengambil kira

sebarang aspek dan aktiviti penduduk untuk tujuan meningkatkan tahap kesejahteraan

diri, cara hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan dan taraf

kehidupan yang melebihi keperluan asa individu serta keperluan psikologi. Manakala

menurut Azahan Awang (2008), kualiti hidup meliputi dua bidang utama iaitu objektif

dan subjektif. Dari segi objektif, kualiti hidup merupakan perkara yang berkaitan dengan

kehendak social dan budaya seperti kekayaan, status sosial, dan kesihatan. Manakala bagi

subjektif pula, kualiti hidup umumnya merujuk kepada keadaan di mana individu merasa

bahagia dan kepuasan terhadap perkara yang bersangkutan dengan kehidupannya.

Takrifan ini membabitkan kebahagiaan luaran dan kebahagiaan dalaman.

Menurut Murdie et al. 1992, kualiti hidup bandar adalah berasaskan lingkungan

kepuasan hati. Ini bermaksud mereka menjadikan persepsi dan piawan perbandingan

sebagai asasnya. Ini kerana tempat yang berbeza mempunyai taraf hidup dan persepsi

yang berbeza terhadap lingkungan kepuasan. Lingkungan kepuasan ini bersasakan kepada

pengalaman hidup, sikap, nilai dan suara hati atau kehendak golongan penduduk

setempat. Dalam teras perkembangan ekonomi itu sendiri, ianya memperlihatkan satu

4

keadaan yang mana permintaan dan penawaran akan dipengaruhi oleh kesanggupan untuk

membayar. Yang mana sesuatu ekonomi pelancongan yang berlangsung, akan

dipengaruhi oleh permintaan pelancong dan penduduk di kawasan setempat yang mana

ianya akan menyebabkan penawaran terhadap sesuatu perkara akan berubah. Berdasarkan

Anang Muftiadi (t.t), permintaan seseorang individu dipengaruhi oleh harga barang,

pendapatan, harga barang pengganti dan barang pelengkap serta faktor-faktor yang

lainnya. Ini juga menunjukkan bahawa melaui faktor yang diperlihatkan tadi, ianya

mempengaruhi bagaimana ekonomi pelancongan itu berkembang dan juga membesar.

Begitu juga dengan konsep penawaran, yang mana penawaran terhadap ekonomi akan

dipengaruhi oleh permintaan, harga barang yang lain, perbelanjaan atau kos pembuatan

dan juga dari aspek keuntungan yang ingin diperolehi (matakuliah.files.wordpress.com).

Melalui penawaran itu juga, ianya akan dilihat dari aspek keupayaan atau kesanggupan

untu membayar, yang mana kesanggupan seseorang individu itu boleh diukur melalui

pendapatan dan juga kualiti serta keadaan semasa sesuatu barang itu ditawarkan dalam

pasaran(Breidert C et al., 2006; Berry J et al., 2012).

1.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Zoo melaka merupakan satu kawasan zoo yang berlandaskan kepada alam sekitar dan

menjadikan tarikan alam sekitar sebagai satu tarikan kepada pelancong melalui koleksi

haiwan-haiwan eksotik dan juga haiwan-haiwan yang jarang dilihat. Keluasan Zoo

Melaka ini adalah kira-kira 21.22 ha dan terletak di jalan Lebuh Ayer Keroh 143 di

bandar Ayer Keroh, Melaka (www.cuti.my). Tarikan ke Zoo Melaka khususnya pada

tahun tahun Oktober 2011 telah menarik sebanyak 11.6 juta pelancong ke Zoo Melaka

yang merupakan angka yang terbesar untuk sektor pelancongan di melaka (Utusan

Malaysia, 2012). Tarikan utama di Zoo Melaka adalah 1200 jenis haiwan, dan 215 spesis

boleh ditemui di Zoo ini, yang menjadikannya sebagai Zoo kedua terbesar di Malaysia.

Tarikan utama di Zoo Melaka ini adalah seperti Badak Sumatera, Harimau dan juga

beberapa spesis reptilia yang lain dan juga burung-burung, serta konsep Zoo Melaka yang

lebih terbuka menyebabkan ianya lebih ke arah alam semulajadi dengan mengekalkan

sumber alam hijau di kawasan itu.

5

Zoo Melaka ditubuhkan pada 1963 bersama-sama dengan Zoo Negara Malaysia

yang mana pengurusannya adalah di bawah Jabatan Hidupan Liar dan Taman

Kebangsaan Malaysia 1979. Kawasan Zoo Melaka itu pada asalnya digunakan sebagai

kawasan pemuliharaan binatang terancam, dan dibuka kepada orang awam yang

dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

pada 13 Ogos 1987. Berdasarkan kepada senarai Pertubuhan Taman Zoologi Asia

Tenggara (SEAZA), ianya menunjukkan bahawa Zoo Melaka merupakan ahli kepada

pertubuhan ini, yang disebabkan oleh fungsinya sebagai pusat kajian hidupan liar, pusat

pembiakan, pusat pendidikan zoo dan kawasan tarikan pelancongan yang menarik.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa permasalahan yang telah dilihat yang boleh dijadikan sebagai

isu dalam kajian ini. Dalam Zoo Melaka itu sendiri, beberapa masalah yang boleh dilihat

antaranya yang melibatkan kepada penawaran yang sedia ada di kawasan tersebut. Ianya

boleh dikatakan bahawa, penawaran tersebut akan menjadi satu tarikan dan juga menjadi

barang pelengkap dalam memastikan pengunjung dan pelancong sentiasa kembali dan

juga berasa selesa di sepanjang lawatan mereka dalam Zoo itu sendiri. Melalui penawaran

itu jugalah yang membolehkan ekonomi pelancongan khususnya di Zoo Melaka akan

berkembang dan sentiasa dalam tahap yang terbaik. Penawaran yang disediakan itu bukan

sahaja akan melibatkan kepada faktor ekonomi, tetapi ianya juga akan melibatkan aspek

sosial dan juga alam sekitar, yang mana ketiga- tiga elemen ini saling berkaitan dan

memberikan impak dalam perkembangan ekonomi pelancongan di Zoo Melaka itu

sendiri.

Melalui penawaran itu juga, ianya boleh dikatakan bahawa akan terdapat

kekurangan yang mana mungkin dilihat oleh para pengunjung yang berada di kawasan

tersebut. Ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan yang menunjukkan bahawa pelancong

dan pengunjung yang datang ke kawasan tersebut mempunyai beberapa permintaan yang

mana ianya boleh dikatakan sebagai, satu keadaan yang membolehkan mereka menikmati

masa mereka ketika berada di dalam zoo itu sendiri. Bukan itu sahaja, dalam Zoo Melaka

6

itu sendiri mempunyai beberapa permasalahan yang mana ianya boleh menjadi perencat

dalam perkembangan ekonomi Zoo Melaka itu sendiri. Permasalahan yang timbul itu

bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi, tetapi ianya juga melibatkan aspek sosial dan

alam sekitar itu sendiri. Tambahan pula, perletakan kawasan Zoo Melaka berdekatan

dengan pintu masuk ke Melaka menjadikannya satu kawasan yang pertama sekali akan

dilihat. Selain darii tu juga, status Zoo Melaka sebagai pusat rehabilitasi haiwan

memberikannya satu perspektif yang berbeza dalam Bandaraya Bersejarah itu sendiri

sebagai aspek pelancongan berasaskan kepada alam sekitar dan bukannya berstrukturkan

monumen warisan UNESCO.

Oleh yang demikian, persoalan kajian yang ingin dilihat dalam kajian ini adalah

apakah penawaran yang terdapat dalam Zoo Melaka itu? Adakah ianya hanya melibatkan

kepada kemudahan semata-mata? Atau ianya juga melibatkan aspek ekonomi, sosial dan

alam sekitar? Bagaimana pula dengan permintaan pengunjung dan pelancong di Zoo

Melaka? Adakah permintaan tersebut hanya melibatkan harga dan kepuasan mereka

semata-mata? Atau ianya melibatkan aspek pandangan mereka yang terlibat dalam

aktiviti ekonomi di Zoo Melaka? Bagaimana pula dengan permasalahan yang wujud dala

Zoo Melaka itu sendiri? Adakah terdapat cadangan yang bersesuaian dalam

menambahbaik dan meningkatkan pengurusan persekitaran yang mapan di Zoo Melaka

itu? Atau ianya hanya akan melibatkan aktiviti pelancongan yakni ekonomi semata-mata?

Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah seperti berikut;

1. Mengenal pasti penawaran ekonomi pelancongan di Zoo Melaka.

2. Mengkaji permintaan penduduk setempat, pelancong dan peniaga di Zoo Melaka.

3. Memberi cadangan tentang pengurusan persekitaran yang mapan di Zoo Melaka.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah ianya dapat memberikan informasi tambahan dalam sistem

pengurusan persekitaran yang mapan. Selain itu, ianya juga dapat memberikan sedikit isu

dann juga informasi tentang pengurusan zoo yang mana ianya bukan hanya melibatkan

kepada faktor ekonomi dan alam sekitar semata-mata, tetapi ianya juga memberikan

7

impak dalam ekonomi pelancongan secara keseluruhannya. Melalui kajian ini, ianya juga

dapat memberikan info tentang bagaimana penawaran dan permintaan boleh bersaling

kaitan antara satu sama lain, serta bagaimana kesanggupan untuk membayar berfungsi

dalam keadaan ini.

1.4 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa limitasi di sepanjang perlaksanaannya, yang pertama dari

aspek responden, masa dan juga instrumen kajian. Pertama sekali adalah aspek responden

yang mana ianya melibatkan jumlah responden yang terlibat. Jumlah responden haruslah

melebihi 50 responden untuk ianya mempunyai kebolehpercayaan dan kesahihan data

yang tinggi. Selain itu juga, ianya harus memisahkan antara pengunjung, pelancong dan

peniaga di kawasan kajian. Walaupun ianya mendapat impak yang sama namun dati

aspek pendekatan dan perincian permasalahan adalah berbeza di antara jenis responden

yang terlibat.

Kedua adalah masa yang mana kajian ini dijalankan pada 8/12/2013 yang hanya

berlangsung dalam 3 jam sahaja. masa yang diperuntukkan ini adalah sangat singkat dan

ianya boleh memberi impak dalam kurangnya data dan kurangnya liputan terhadap

kawasan kajian. Seterusnya adalah dari aspek instrumen kajian, yang mana pada asasnya

kajian ini hanya bersandarkan kepada pemerhatian, dan ianya menyebabkan kajian ini

hanya akan tertumpu dari penyerapan data melalui visualisasi dan juga melalui

pencerapan terhadap kawasan kajian. Namun disebabkan keinginan untuk mendapatkan

data yang lebih, kaedah temubual mula dilaksanakan dan disebabkan oleh itu, ianya

menyebabkan borang soal selidik serta instrumen dalam kaedah temubual tidak dapat

digunakan dengan sepenuhnya. Walaupun data yang diperolehi adalah sahih, namun

disebabkan kurangnya instrumen kajian, maka data yang diperolehi boleh diragui dan

menyebabkan kesahihan data berkurangan.

8

2.0 SOROTAN LITERATUR

Menurut Mazdiah (2012), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan oleh

seseorang individu yang berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah

dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah

disediakan di kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka. Manakala menurut

Mohamad Zaki (2010) telah mentafsirkan pelancongan sebagai “gabungan fenomena dan

hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong

lain, menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat

yang lain.

Pembangunan pelancongan sudah semestinya akan memberikan kesan terhadap

alam sekitar dan juga penduduk tempatan. Pembangunan pelancongan bukan sahaja

mengundang kepada impak negatif malah memberi impak positif. Salah satu impak yang

boleh bermafaat kepada komuniti tempatan adalah perubahan taraf sosioekonomi.

Sebelum kewujudan pembangunan pelancongan misalnya pelancongan scuba, penduduk

tempatan hanya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bercucuk tanam sahaja. Setelah

kewujudan sektor pelancongan ramai komuniti tempatan bertukar pekerjaan dengan

menceburi sektor ekonomi yang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan sebagai

pekerja di resort, pemandu pelancong dan lain-lain (Jabil et.al, 2012). Sektor pekerjaan di

hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana adanya latihan

sambil bekerja. Industri pelancongan turut menyumpang kepada impak positif kerana

industri ini antara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan

kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara (Lee Kuok

Tiong dan Siti Suriani Othman, 2010).

Joseph E. Mbaiwa (2003), dalam “The Socioeconomic and Environmental

Impacts of Tourism Development on The Okavango Delta, North-Western Bostwana”

menyatakan Delta Okavango merupakan salah satu daripada kawasan yang terkemuka

sebagai kawasan pelancongan di Bostwana kerana kawasan tersebut kaya dengan sumber

hidupan liar serta mempunyai kawasan pelancongan yang cantik dan indah. Aktiviti

9

pelancongan yang berlaku di Delta Okavango akhirnya telah berkembang maju setelah

sekian lama menjadi destinasi pelancongan.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam kajian ini, ianya mendapati

bahawa pelbagai kemudahan telah dibangunkan di kawasan tersebut, antaranya ialah

hotel, pusat hiburan, lapangan terbang, kedai runcit, aktiviti perniagaan yang besar serta

menjual pelbagai barangan. Di samping itu juga, jalan raya juga telah ditar untuk

memudahkan para pengunjung sampai ke destinasi pelancongan tersebut. Aktivti

pelancongan juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar

Bostwana. Hasil ananlisis mendapati walaupun sosio-ekonomi pelancongan memberikan

impak yang positif, namun aktiviti pelancongan turut menimbulkan kesan negatif

terhadap alam sekitar. Contohnya berlaku kemusnahan ekologi, pencemaran bunyi dan

pengurusan sisa pepejal yang kurang dipertimbangkan di kawasan Delta. Hal ini terbukti

apabila terdapat timbunan sampah sarap seperti beg plastik, kertas dan botol di sepanjang

jalan dan di tapak perkhemahan Delta Okavango. Kajian yang dijalankan ini juga telah

mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah alam sekitar yang berlaku

iaitu mewujudkan dasar, pelaksanaan dan pemantauan seterusnya melibatkan penyertaan

orang awam untuk memastikan kemampanan pelancongan di Delta Okavango.

2.1 KONSEP PERSEPSI PELANCONG

Persepsi didefinisikan sebagai satu proses di mana individu menerima, memilih, mengatur

dan menginterpretasi untuk mencipta satu gambaran yang bermakna (Mayo dan Javis,

1981). Persepsi adalah suatu konsep yang penting dan kompleks dalam geografi manusia

yang telah bermula pada tahun 1960. Persepsi bergantung kepada dorongan dan

kemampuan organ pancaindera termasuk pengalaman individu yang lama dan sekarang

atau sikap individu yang bertindak melalui penilaian, kehendak, ingatan, perasaan hati,

keadaan sosial dan harapan (Saarinen, 2001). Persepsi akan mempengaruhi individu

membuat keputusan melancong. Persepsi adalah penting kepada perancang dan pengurus

destinasi pelancongan untuk menggalakkan imej baik sesuatu destinasi pelancongan

kepada orang ramai (Boniface dan Cooper, 1994). Persepsi pelancong boleh didefinisikan

10

sebagai suatu proses menterjemahkan maklumat yang dialami dari dunia luar ke dunia

dalam mental (Decrop, 1999). Maklumat yang diterima dapat membentuk pengetahuan

dan kemahiran yang baru terhadap tindak balas dengan persekitaran yang menghasilkan

kepercayaan dan perasaan. Misalnya, destinasi percutian mungkin akan berhubung

dengan beberapa ciri seperti iklim, kebudayaan, alam sekitar dan sebagainya di mana

pelancong mempunyai perasaan terhadap sifat tersebut (Decrop, 1999).

Sikap dan persepsi itu sendiri tidak dapat menjelaskan bahawa mengapa seseorang

individu ingin melancong. Individu yang mempunyai inisiatif permintaan melancong

kerana adanya desakan daripada motivasi (Boniface dan Cooper, 1994). Motivasi wujud

apabila individu ingin memenuhi kepuasan (Mill dan Morrison, 1992). Pelancong

dimotivasi melalui dua faktor iaitu keinginan untuk mengembara atau merantau di mana

individu ingin melihat sesuatu tempat, orang dan budaya yang berlainan (wanderlust) dan

keinginan mengunjungi tempat yang lebih selesa dari rumah terutama berkaitan dengan

iklim (sunlust) (Boniface dan Cooper, 1994; Walmsley dan Lewis, 1993; Pearce, 1982).

Robert, C. Lucas menyatakan bahawa terdapat banyak persepsi yang berlainan

bergantung kepada mod pelancongan yang dijalankan (Saarinen, 2001). Cohen telah

mengenal pasti bahawa terdapat lima jenis mod pelancongan iaitu mod rekreasi, mod

pelencongan, mod pengalaman, mod eksperimen dan mod kewujudan (Walmsley dan

Lewis, 1993).

2.2 PERSEPSI PELANCONG

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi persepsi pelancong, antaranya adalah faktor

fizikal, sosial, budaya, teknologi, ekonomi dan politik. Dalam aspek fizikal elemen-

elemen seperti sumber semula jadi iaitu pemandangan bentuk muka bumi, flora dan fauna

dan keadaan cuaca merupakan kesan persekitaran yang mempengaruhi persepsi (Murphy

et al., 2000). Selain itu faktor cuaca juga akan mempengaruhi persepsi pelancong

terhadap sesesuah lokasi pelancongan. Sebagai contoh semasa musim tengkujuh di

kawasan pantai timur kadar kedatangan pelancong akan menurun disebabkan cuaca yang

tidak baik.

11

2.3 KESIMPULAN.

Sebagai kesimpulan pemahaman terhadap persepsi pelancong dalam membuat keputusan

untuk perjalanan pelancongan dapat menilai perkembangan industri pelancongan di

Malaysia. Hubungan ini dapat dinilai melalui perkembangan industri pelancongan yang

ditunjukkan dalam laporan oleh pihak kerajaan, dan pemahaman terhadap persepsi

pelancongan dapat mengembangkan dan membantu industri pelancongan menilai tahap

penawaran sedia ada dan membuat penambahbaikan yang bersesuaian.

12

3.0 METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Berdasarkan rujukan dan carian yang dilakukan, kajian khusus berkaitan Zoo Melaka

secara komprehensif masih belum dilakukan oleh mana-mana pihak. Limitasi kajian ini

dimana Borang Soal Selidik yang digunakan adalah menjurus kepada kajian kawasan

pelancongan di Melaka secara umum memerlukan maklumat tambahan untuk membantu

melengkapkan laporan ini.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Memandangkan pelaksanaan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana perkembangan

ekonomi pelancongan serta menggariskan pengurusan persekitaran mampan dalam

konteks untuk memastikan kelestarian kawasan pelancongan di Zoo Melaka, maka kajian

ini merupakan kajian berbentuk emperikal yang dijalankan secara kuantitatif. Kaedah ini

bertujuan menganalisa data yang diperolehi melalui borang soal selidik dan temubual

yang dijalankan terhadap sampel yang dipilih secara rawak untuk dijadikan input dalam

perbincangan dan cadangan bagi pembentukan kawasan pelancongan lestari khususnya di

Zoo Melaka.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kaedah soal selidik dikenal pasti sebagai instrumen yang sesuai bagi mendapatkan data

untuk dianalis dalam kajian ini. Menurut Sekaran (2009), soal selidik merupakan

instrumen yang paling berkesan dalam pengumpulan data. Soal selidik untuk kajian ini

mengandungi 3 bahagian. Bahagian I menjelaskan tentang demografi responden serta

penglibatan komuniti, Bahagian II pula melibatkan kepada tahap kepuasan responden,

dan Bahagian III berkaitan dengan cadangan.

Rekabentuk soal selidik adalah Fixed Alternative dengan skala pengukuran

Dichotomous dan skala Likert. Kaedah ini membolehkan responden menjawab borang

soal selidik secara lebih santai tanpa mengganggu aktiviti yang sedang dilakukan. Namun

13

demikian, borang soal selidik ini merupakan borang yang digunakan untuk kajian

kawasan pelancongan di Melaka secara umum. Oleh yang demikian, bagi tujuan

penyediaan laporan ini maklumat diolah dari borang soal selidik yang dijawab oleh

responden di kawasan Zoo Melaka sahaja.

Selain itu, kaedah temubual turut digunapakai dalam kajian ini. Temubual

dilakukan bagi memperolehi data berkaitan aktiviti ekonomi yang terdapat di kawasan

kajian. Responden adalah terdiri dari kalangan pengusaha perniagaan yang melibatkan

kafe, kiosk, khemah jualan dan lain -lain. Melalui kaedah ini, aspek permintaan dan

penawaran berkaitan dengan ekonomi perlancongan dapat dikenalpasti dan dibuat analisa

ringkas untuk tujuan perbincangan. Kaedah terakhir yang digunakan adalah pemerhatian.

Pelaksanaan kaedah ini diperkukuhkan lagi dengan bantuan peralatan seperti kamera dan

alat tulis untuk merekodkan pemerhatian bagi melengkapkan maklumat yang diperlukan

dalam aspek berkaitan terutamanya aspek sosial dan alam sekitar.

3.4 KAEDAH KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini dilakukan ke atas kajian kes Zoo Melaka, Ayer Keroh. Zoo

Melaka telah dibangunkan pada tahun 1963 oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka.

Pemilihan kawasan ini adalah berdasarkan faktor lokasinya yang strategik dan merupakan

salah satu tarikan pelancongan utama di Melaka.

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 14 responden pada 7 Disember 2013

bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kesemua responden telah

melengkapkan borang soal selidik yang telah diberikan. Lokasi edaran borang soal selidik

adalah di dalam kawasan Zoo Melaka terutamanya di kawasan berehat seperti kafe dan

wakaf (gazebo) untuk mendapatkan kerjasama dari responden dalam suasana yang lebih

santai.

Temubual pula dijalankan terhadap responden yang menjalankan perniagaan di

dalam kawasan Zoo Melaka. Sejumlah 7 responden telah ditemubual. Perlaksanaan

temubual dijalankan dalam bentuk kasual bagi membolehkan peniaga melayan pelanggan

14

dan pada masa yang sama memberikan komitmen dalam menjawab soalan yang

diutarakan. Sebelum kaedah pemerhatian dilaksanakan, aspek - aspek yang perlu dikaji

atau dibuat pemerhatian disenaraikan terlebih dahulu bagi memastikan maklumat yang

tepat diperolehi kerana masa yang diperuntukkan agak singkat. Pemerhatian lebih

tertumpu kepada aspek berkaitan sosial, alam sekitar dan pengurusan zoo secara umum.

Gambar-gambar yang diperolehi akan digunakan untuk mengolah dapatan kajian dan

akan dijadikan rujukan dalam perbincangan.

15

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 ANALISIS RESPONDEN

Perkara Zoo Melaka

Bilangan Peratus

UMUR

15-19 1 7.14

20-24 3 21.43

25-29 3 21.43

30-34 2 14.29

35-39 2 14.29

40 ke atas 3 21.43

Jumlah 14 100.00

JANTINA

Lelaki 8 57.14

Perempuan 6 42.86

Jumlah 14 100.00

ETNIK

Melayu 9 75.00

India 0 0.00

Cina 3 25.00

Lain-lain 0 0.00

Jumlah 12 100.00

AGAMA

Islam 9 64.29

Hindu 0 0.00

Buddha 2 14.29

Kristian 3 21.43

Jumlah 14 100.00

TARAF PERKAHWINAN

Bujang 8 57.14

Berkahwin 6 42.86

Jumlah 14 100.00

PEKERJAAN

Sendiri 2 15.38

Kerajaan 4 30.77

Swasta 7 53.85

Jumlah 13 100.00

PENDAPATAN RESPONDEN

missing 6 42.86

1-1000 1 7.14

1001-2000 3 21.43

16

2001-3000 4 28.57

3001 ke atas 1 7.14

Jumlah 14 100.00

TAHAP PENDIDIKAN

Diploma/Ijazah 10 76.92

Sekolah

rendah

0 0.00

sekolah

menengah

3 23.08

Lain-lain 0 0.00

Jumlah 13 100.00

TEMPAT TINGGAL KINI

missing 1 7.14

Ipoh 1 7.14

Johor 2 14.29

Kuala Lumpur 1 7.14

Melaka 2 14.29

Perlis 2 14.29

Pulau Pinang 1 7.14

Selangor 2 14.29

Shah Alam 1 7.14

UK 1 7.14

Jumlah 14 100.00

BILANGAN PENGUNJUNG BERSAMA

1-4 7 63.64

5-8 4 36.36

9 ke atas 0 0.00

Jumlah 11 100.00

STATUS KUNJUNGAN

Penduduk

setempat

2 14.29

Pelawat 3 21.43

Pelancong 9 64.29

Jumlah 14 100.00

17

4.2 DAPATAN OBJEKTIF PERTAMA

Kewujudan Zoo Melaka sejak sekian lama iaitu hampir 50 tahun menyaksikan

perkembangan kawasan ini sebagai tarikan pelancongan penting di negeri Melaka.

Kedudukannya yang strategik di laluan masuk utama menuju ke Bandar Melaka

menjadikan kawasan ini lokasi wajib untuk dilawati sama ada waktu tiba ataupun sewaktu

meninggalkan Melaka terutama bagi pelancong dalam negara. Angka tertinggi pernah

dicatatkan ialah pada tahun 2007 dengan jumlah pelawat seramai 619,194 orang.

Manakala secara purata, jumlah pelawat setiap tahun adalah seramai 400,000 orang

(Bernama, 2012).

Kehadiran jumlah pelawat yang besar ini memungkinkan perkembangan

penawaran dalam aspek tertentu untuk membentuk ekosistem ekonomi yang dinamik dan

mampu menyumbang kepada penjanaan pendapatan kepada Kerajaan Negeri Melaka.

Berdasarkan maklumat dari laman web Kerajaan Negeri Melaka, sektor perlancongan

merupakan agenda penting untuk dibangunkan sebagai penyumbang utama ekonomi

Melaka selaras dengan salah satu Misi Pelancongan Melaka untuk "Memajukan industri

pelancongan agar menjadi penyumbang utama kepada Pertumbuhan Ekonomi (GDP) dan

Penjanaan Peluang Pekerjaan Negeri Melaka" (Kerajaan Negeri Melaka, 2013).

Kewujudan Zoo Melaka juga telah membentuk aspek penawaran selain ekonomi

yang turut menjadi faktor yang dikaji dalam penyediaan laporan ini. Aspek penawaran

tersebut ialah sosial dan alam sekitar yang merupakan faktor penting untuk kemampanan

ekonomi pelancongan dalam konteks kawasan kajian. Sehubungan itu, bab ini akan

memaparkan dapatan kajian bagi aspek penawaran ekonomi, sosial dan alam sekitar

untuk dijadikan input perbincangan bagi melihat kaitannya dengan kemampanan ekonomi

pelancongan di Zoo Melaka.

18

4.2.1 EKONOMI

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan sebelum ini, kehadiran pelawat secara purata

seramai 400,000 orang setahun tentunya mendatangkan kesan positif terhadap

perkembangan ekonomi mikro kawasan kajian. Aktiviti ekonomi di kawasan kajian boleh

dikategorikan melalui penglibatan usahawan kecil, pengurusan zoo, Kerajaan Negeri serta

peluang pekerjaan yang dihasilkan.

4.2.1.1 USAHAWAN KECIL

Melalui pemerhatian, terdapat sejumlah besar gerai terdapat di luar perkarangan zoo yang

menjual barangan cenderamata dan makanan ringan seperti air dan snek. Manakala di

dalam kawasan zoo pula, jenis perniagaan adalah kafe makanan, kiosk makanan ringan

serta khemah jualan barangan dan perkhidmatan.

Gambar 4.1.1.1a Gerai Jualan di kawasan luar zoo

Gerai jualan di luar perkarangan zoo yang menawarkan barangan cenderamata dan

makanan ringan. Kedudukannya yang strategik berhampiran kawasan meletak kenderaan

memudahkan pelawat membeli cenderamata sebelum pulang. Aktiviti jual beli ini

19

membantu meningkatkan ekonomi setempat. Kafe jualan makanan bagi memenuhi

keperluan pelawat untuk mendapatkan makanan yang lebih berat dan suasana yang lebih

selesa dengan kemudahan yang disediakan seperti kerusi, meja dan kipas angin.

Gambar 4.1.1.1b Gerai Jualan di kawasan dalam Zoo Melaka

Gambar 4.1.1.1c Tema gerai (Kiosk) yang mesra alam

Kafe jualan makanan dalam bentuk lebih santai dengan lokasinya di bawah pokok

memberi suasana berbeza kepada pengunjung. Kiosk yang menjual makanan ringan dan

20

mudah dibawa untuk dinikmati ketika melawat kawasan zoo. Khemah jualan yang

menawarkan barangan dan perkhidmatan yang lebih tertumpu kepada aktiviti bersama

keluarga seperti henna, belon dan sebagainya.

4.2.1.2 PENGURUSAN ZOO

Pihak pengurusan zoo turut mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan dengan

bilangan pelawat yang semakin meningkat bagi tujuan membiayai pengurusan dan

penyelenggaraan zoo yang kini telah diswastakan. Antara tindakan yang telah diambil

adalah menaikkan harga tiket, menyediakan program amal, menggalakkan program

penajaan haiwan, kedai cenderamata Zoo Melaka dan gerai jualan makanan di

perkarangan masuk ke zoo.

Gambar 4.1.1.2 Kaunter Jualan Tiket

Bayaran tiket yang dinaikkan tidak menghalang pelawat dari mengunjungi Zoo

Melaka terutamanya pada musim cuti persekolahan. Terdapat juga aktiviti bergambar

sambil menderma yang diperkenalkan oleh pihak pengurusan zoo bagi membantu

membiayai penyelenggaraan zoo dan terdapat juga program penajaan haiwan membantu

mengurangkan kos penyelenggaraan.

21

Gambar 4.1.1.2b Aktiviti bergambar

Gambar 4.1.1.2d Penajaan dari pihak luar

22

Gambar 4.1.1.2e Gerai sagu hati

4.2.1.3 KERAJAAN NEGERI

Dalam konteks Kerajaan Negeri, pulangan ekonomi yang diterima adalah secara langsung

dan tidak langsung. Secara langsungnya, kutipan bayaran tempat letak kereta dan cukai

yang dikenakan ke atas pengusaha perniagaan serta pengurusan Zoo Melaka. Kehadiran

pelancong yang ramai memberi pulangan ekonomi secara tidak langsung dari

perbelanjaan yang dibuat sepanjang tempoh berada di Melaka. Kutipan bayaran parking

memberi pulangan ekonomi kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Peningkatan jumlah

kehadiran pelancong terutamanya pada musim cuti sekolah membantu meningkatkan

kegiatan ekonomi negeri Melaka.

23

Gambar 4.1.1.3a Kawasan letak kereta

Gambar 4.1.1.3b Tempat tiket letak kereta

4.2.1.4 PELUANG PEKERJAAN

Pelancongan merupakan sektor yang melibatkan perkhidmatan. Menurut kajian (Nurul,

Poo & Norlida, 2012) pelancongan meliputi lima (5) subsektor utama dalam sektor

perkhidmatan iaitu hotel, restoran, pengangkutan, perdagangan runcit serta subsektor

hiburan dan rekreasi. Dalam konteks Zoo Melaka, peluang pekerjaan secara langsung

adalah daripada sektor perdagangan runcit dan sebagai pekerja Zoo Melaka itu sendiri.

4.2.2 SOSIAL

Selain penawaran Zoo Melaka dalam aspek ekonomi, aspek sosial turut menjadi faktor

yang dikaji dalam laporan ini. Pembangunan Zoo Melaka ataupun kawasan pelancongan

yang lain mampu dijadikan medium untuk perkembangan sosial yang lebih sihat. Aktiviti

pelancongan mampu menyumbang terhadap peningkatan kesejahteraan sosial yang

mempengaruhi kualiti hidup secara lebih positif (J. Hamzah et al., 2013). Berdasarkan

pemerhatian, Zoo Melaka merupakan kawasan yang menjadi ruang kepada interaksi

sosial, medium pembelajaran tidak formal dan menghidupkan suasana kawasan tersebut

sama ada pada waktu siang ataupun malam melalui pengisian aktiviti yang dilaksanakan.

24

4.2.2.1 INTERAKSI SOSIAL

Melalui pemerhatian, pelawat yang mengunjungi Zoo Melaka secara keseluruhannya

hadir secara berkumpulan ataupun berpasangan. Komposisi kaum adalah pelbagai, namun

secara majoritinya adalah kaum Melayu. Ketika pemerhatian dijalankan, kelibat

pelancong dari luar negara tidak begitu kelihatan di dalam kawasan zoo. Melalui interaksi

sosial yang berlaku ini, ianya juga mampu meningkatkan aktiviti sosial yang pelbagai

dalam Zoo Melaka itu sendiri.

Gambar 4.2.2.1a Interaksi Sosial di Kawasan Kajian

4.2.2.2 PEMBELAJARAN TIDAK FORMAL

Zoo Melaka yang mengenengahkan pameran pelbagai spesies haiwan dari kumpulan

mamalia, reptilia, amfibia, burung dan serangga eksotik memberi peluang kepada

kewujudan aktiviti pembelajaran tidak formal kepada pelawat. Selain mengenali haiwan-

haiwan tersebut secara lebih dekat, golongan pelajar terutamanya dapat menjadikan Zoo

Melaka sebagai tempat rujukan tambahan bagi mengukuhkan lagi pembelajaran yang

diperolehi di sekolah.

25

Gambar 4.2.2.2 Pembelajaran Tidak Formal Melalui Interaksi Dengan Alam Semulajadi

4.2.3 ALAM SEKITAR

Kewujudan Zoo Melaka yang mengekalkan sebahagian besar kawasan hijau sebagai

penyesuaian kepada suasana persekitaran untuk membolehkan haiwan yang terdapat di

dalamnya hidup memberi impak positif terhadap keseimbangan persekitaran mikro

kawasan kajian. Berdasarkan pemerhatian, keadaan ini memberi peluang kepada

kewujudan ekosistem di dalam kawasan zoo serta memastikan kesinambungan kawasan

hijau di persekitaran kawasan kajian yang berjiranan dengan kawasan pelancongan lain

iaitu Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, Dataran Sejarah, Taman Botanikal Melaka,

Taman Buaya Melaka serta Ayer Keroh Golf and Country Club.

Gambar 4.2.3 Keadaan Alam Sekitar di Zoo Melaka

26

4.3 DAPATAN OBJEKTIF KEDUA

Perkara

Lokasi Kajian: Zoo

Melaka

Bilangan Peratus Min

PAMERAN HAIWAN

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak puas hati 0 0

Tidak pasti 7 50

Berpuas hati 4 28.57

Sangat berpuas hati 3 21.43

Jumlah 14 100 3.71

KEBERSIHAN KAWASAN PELANCONGAN

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 2 14.29

Tidak pasti 7 50

Berpuas hati 4 28.57

Sangat berpuas hati 1 7.14

Jumlah 14 100 3.29

KUALITI PERSEKITARAN PELANCONGAN BAIK

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 1 7.14

Tidak pasti 6 42.86

Berpuas hati 5 35.71

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 3.57

PEMANDANGAN ALAM SEKITAR

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 2 14.29

Tidak pasti 6 42.86

Berpuas hati 5 35.71

Sangat berpuas hati 1 7.14

Jumlah 14 100 3.36

KESELAMATAN PELANCONG/PELAWAT

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 4 28.57

Tidak pasti 3 21.43

Berpuas hati 5 35.71

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 3.36

27

JARINGAN DAN AKSES PENGANGKUTAN

Sangat tidak puas hati 1 7.14

Tidak berpuas hati 1 7.14

Tidak pasti 6 42.86

Berpuas hati 4 28.57

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 3.36

JARINGAN MAKLUMAT

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 5 35.71

Tidak pasti 3 21.43

Berpuas hati 5 35.71

Sangat berpuas hati 1 7.14

Jumlah 14 100 3.14

KEMUDAHAN REHAT

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak puas hati 0 0

Tidak pasti 2 14.29

Berpuas hati 10 71.43

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 4

KEMUDAHAN MAKANAN

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 0 0

Tidak pasti 5 35.71

Berpuas hati 7 50

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 3.79

KEMESRAAN MASYARAKAT

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 0 0

Tidak pasti 4 28.57

Berpuas hati 8 57.14

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 3.86

PERKHIDMATAN MAKLUMAT PELANCONGAN

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 1 7.14

Tidak pasti 3 21.43

Berpuas hati 8 57.14

28

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 3.79

KEMUDAHAN TEMPAT LETAK

Sangat tidak puas hati 1 7.14

Tidak berpuas hati 1 7.14

Tidak pasti 3 21.43

Berpuas hati 7 50

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 3.57

PENGENDALIAN ACARA ATAU PROGRAM

Sangat tidak puas hati 1 7.14

Tidak berpuas hati 2 14.29

Tidak pasti 4 28.57

Berpuas hati 5 35.71

Sangat berpuas hati 2 14.29

Jumlah 14 100 3.36

PROMOSI

Sangat tidak puas hati 0 0

Tidak berpuas hati 3 21.43

Tidak pasti 2 14.29

Berpuas hati 6 42.86

Sangat berpuas hati 3 21.43

Jumlah 14 100 3.64

4.4 OBJEKTIF KETIGA

Bil Perkara Penjelasa

01. Pengurusan Mapan Pengurusan mapan

Tahap kepuasan

02. Aspek Pengurusan Persembahan pameran

Pengalaman untuk pelancong

03. Jenis dan susuan haiwan Penyusunan yang sistematik

Penambahbaikan tentang

penggunaan ruang

04. Penyediaan fasiliti Keselesaan

Keselamatan

Kebersihan

05. Sudut informasi Menarik

Rantaian informasi

Trivia

29

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 ANALISIS RESPONDEN

Graf 5.1a Graf Analisis Responden: Jantina

Berdasarkan kepada jumlah responden yang terlibat ianya mengambil kira sebanyak 14

orang responden yang mana majoritinya adalah lelaki (8 orang; 57.14%), manakala

perempuan hanyalah 42.86% (6 orang). Ini menunjukkan bahawa responden yang paling

senang didekati adalah lelaki yang mungkin disebabkan aspek keselesaan antara gender.

Bagi kumpulan umur pula, majoriti responden adalah yang berumur 20-24, 25-29 dan 40

ke atas yang menunjukkan peratusan sebanyak 21%. Manakala responden yang berumur

15-19 tahun hanyalah sebanyak 7%.

30

Graf 5.1b Graf Analisis Responden: Umur

Graf 5.1c Graf Analisis Responden: Etnik

Dalam kajian yang dilaksanakan ini, majoritinya etnik yang terlibat adalah etnik

Melayu yang mewakili sebanyak 64% (9 orang) dan etnik Cina sebanyak 36% (5 orang).

Hal ini secara tidak langsung memudahkan dari aspek capaian data kerana penggunaan

bahasa melayu menjadi bahasa perantaraan utama. Namun, ianya tidak bermakna bahawa

responden etnik Cina tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi penggunaan kosa kata yang

terhad menyebabkan sebahagian maklumat susah untuk difahami. Disebabkan majoriti

responden adalah etnik Melayu, maka dengan itu, majoriti responden yang beragama

Islam adalah sebanyak 64%. Selebihnya adalah mereka yang beragama Buddha (14.29%)

dan Kristian (21.43%).

Graf 5.1d Graf Analisis Responden: Agama

31

Graf 5.1e Graf Analisis Responden: Taraf Perkahwinan

Kebanyakan responden yang terlibat adalah mereka yang bujang iaitu sebanyak 8

orang (57.14%) dan mereka yang berkahwin adalah sebanyak 6 orang (42.86%). Dalam

prospek pekerjaan pula, ianya menunjukkan bahawa mereka yang bekerja dalam sektor

swasta merupakan bilangan responden yang paling banyak yang mana ianya mewakili

sebanyak 53.85% (7 orang), manakala mereka yang bekerja sendiri merupakan responden

yang paling sedikit iaitu sebanyak 2 orang (15.38%). Bagi mereka yang bekerja dalam

sektor kerajaan pula adalah sebanyak 30.77% (4 orang).

Graf 5.1f Graf Analisis Responden: Pekerjaan

28.57% merupakan jumlah responden yang mempunyai pendapatan diantara

2001-3000 ke atas, manakala mereka yang mempunyai pendapatan 3001 ke atas adalah

sebanyak 7.14% manakala sebanyak 42.86% responden tidak menyatakan pendapatan

32

mereka, yang mana ianya mungkin disebabkan ingin menjaga kerahsiaan pekerjaan

mereka.

Graf 5.1g Graf Analisis Responden: Pendapatan

Bagi tahap pendidikan pula, ianya menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai

pendidikan peringkat Diploma/Ijazah adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 76.92%

(10 orang). Selain itu, ada juga di antara mereka yang hanya mempunyai pendidikan pada

tahap sekolah menengah yang mana mereka ini merupakan pekerja yang bekerja di Zoo

Melaka iaitu sebanyak 23.08%.

Graf 5.1h Graf Analisis Responden: Tahap Pendidikan

Majoriti pelancong dalam negara adalah pengunjung utama di Zoo Melaka ini,

yang mana mereka berasal dari Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 92.86%, manakala

sebanyak 7.14% pula adalah pelancong dari luar negara iaitu United Kingdom. Namun

33

begitu, dalam kalangan responden yang terlibat, ianya tidak menunjukkan bahawa

terdapatnya responden yang berasal dari Sabah dan Sarawak sebagai pelancong mahupun

pekerja dalam Zoo Melaka ini sendiri.

Graf 5.1i Graf Analisis Responden: Asal

Dalam kunjugan pelancong dan pengunjung ke kawasan tersebut, ianya

menunjukkan bahawa ada di atara responden yang datang berseorangan dan ada juga

yang berpasangan serta dalam kumpulan yang ramai. Bagi jumlah reponden yang

berkunjung ke Zoo Melaka di antara 1-4 orang adalah sebanyak 63.64% (7 orang).

Manakala yang datang ke kawasan tersebut dengan jumlah di antara 5-6 orang adalah

sebanyak 36.36%. walaupun dalam pemerhatian yang dijalankan, ianya juga ada

mendapati bahawa jumlah pengunjung yang datang dalam jumlah yang melebihi 10 orang

juga turut ada, namun ianya adalah dalam aktiviti Hari Keluarga untuk sesuatu syarikat,

dan ia bukannya aktiviti dalam keluarga itu sendiri.

34

Graf 5.1j Graf Analisis Responden: Bilangan Berkunjung

Dalam status kunjungan responden pada masa tersebut, ianya menunjukkan

bahawa pelancong merupakan jumlah yang terbesar sekali iaitu sebanyak 64.25%. bagi

mereka yang cuma datang melawat ke kawasan tersebut adalah sebanyak 21.43%,

manakala penduduk setempat yang juga merupakan pekerja di kawasan tersebut adalah

sebanyak 14.29% daripada jumlah responden yang ada.

Graf 5.1k Graf Analisis Responden: Status Kunjungan

5.2 ANALISIS OBJEKTIF PERTAMA

Bab sebelum ini menyatakan dapatan kajian aspek penawaran Zoo Melaka dari segi

ekonomi, sosial dan alam sekitar. Seterusnya dapatan kajian tersebut dibincangkan dalam

bab ini melalui rujuk silang dengan sumber yang diperolehi sama ada jurnal, laporan

ataupun arkib keratan akhbar dari laman web memandangkan limitasi laporan ini dari segi

sumber dan masa. Rujuk silang ini dibuat untuk menyokong perbincangan, kesimpulan

dan cadangan yang dikemukakan.

5.2.1 EKONOMI

5.2.1.1 PERKEMBANGAN MIKRO EKONOMI

35

Penawaran aspek ekonomi dapat dilihat dalam kepelbagaian bentuk aktiviti ekonomi yang

berkembang melalui peranan usahawan kecil, pihak pengurusan Zoo dan Kerajaan Negeri

Melaka. Perkembangan ini adalah seiring dengan kemampuan Zoo Melaka untuk menarik

kunjungan pelawat setiap tahun. Bilangan pelawat mempengaruhi kegiatan ekonomi di

Zoo Melaka terutamanya jika perbandingan dibuat pada hari biasa dan musim cuti

sekolah. Berdasarkan senario ini, dapat disimpulkan bahawa penawaran aspek ekonomi

berkadar langsung dengan permintaan iaitu tahap konsistensi jumlah pelawat setiap tahun

ke Zoo Melaka.

Sehubungan dengan itu, usaha perlu diteruskan oleh pihak berkaitan seperti

Kerajaan Negeri Melaka, PERHILITAN dan Pengurusan Zoo Melaka untuk memastikan

kelestarian Zoo Melaka. Langkah ini penting bagi memastikan kemampuan Zoo Melaka

sebagai ikon pelancongan Melaka dapat dikekalkan. Sekiranya berlaku degradasi

terhadap imej Zoo Melaka, tentunya akan merencatkan perkembangan pelancongan di

kawasan ini yang pastinya meninggalkan kesan terhadap mikro ekonomi setempat.

5.2.1.2 PULANGAN PELABURAN KEPADA EKONOMI NEGERI

Laporan 'Blue Print Melaka Maju Negeriku Sayang 2011-2020' mencatatkan bahawa,

sehingga tahun 2008 sektor pembuatan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi

negeri Melaka. Kemudian pada tahun 2010, sektor ini menyumbang kepada KDNK

sebanyak RM7.0 bilion atau 45.4%. Pengurangan ini berpunca dari pengenalan sektor

perkhidmatan terutamanya sub-sektor perlancongan yang menjadi penyumbang penting

terhadap pertumbuhan KDNK Negeri Melaka. Berdasarkan laporan tersebut juga, jumlah

pelancong pada tahun 2010 meningkat kepada 377% berbanding pada tahun 2000 dengan

anggaran janaan pendapatan dalam tempoh tersebut sebanyak 12.7 bilion (UPEN Melaka,

2011).

Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha untuk merancang strategi pelancongan

Melaka yang lebih berdaya saing dan mampan telah menetapkan 12 sub-sektor

pelancongan yang perlu diberi perhatian. Zoo Melaka merupakan program yang

terkandung di bawah Sub-Sektor Pelancongan Rekreasi. Program ini merupakan antara

36

yang terpenting di bawah Sub-Sektor Pelancongan Rekreasi selepas program 'River

Cruise Sungai Melaka' (Kerajaan Negeri Melaka et.al, 2013). Sehubungan itu, jumlah

peruntukan yang telah dilaburkan sebelum pengurusan Zoo Melaka diswastakan tentunya

diharapkan memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk kutipan hasil

percukaian dan janaan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Perkembangan ini

dijangka lebih baik jika sekiranya pengurusan Zoo yang baru dilantik mampu menaiktaraf

imej Zoo Melaka pada tahap yang lebih baik sesuai dengan hasrat untuk menjadikannya

antara yang terbaik di Rantau Asia setanding dengan Zoo Singapura (Utusan, 2013).

Namun demikian, penilitian terperinci harus dilakukan supaya sebarang tindakan yang

dilakukan tidak menjejaskan kehadiran pelawat ke Zoo Melaka terutamanya dari segi

harga tiket dan konsep pembangunan Zoo Melaka.

5.2.1.3 PENGURUSAN ZOO YANG EFISIEN

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengunjung, harga tiket Zoo Melaka telah

dinaikkan kepada RM15.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Hasil carian

lanjut yang dibuat menerusi laman web Utusan Malaysia, kenaikan telah bermula pada

Disember 2011 di mana harga asal tiket untuk dewasa adalah RM7.00 telah dinaikkan

kepada RM10.00 dan kanak-kanak dikekalkan pada harga tiket RM4.00 (Utusan, 2011).

Kemudian pada tahun 2013, berikutan pengambilalihan pengurusan Zoo oleh syarikat

swasta harga tiket telah dinaikkan kepada RM15.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk

kanak-kanak (Sinar Harian, 2013). Daripada maklumat ini, dapat dirumuskan bahawa

kenaikan harga tiket pada tahun 2011 dilihat tidak menjejaskan kehadiran pelawat ke Zoo

Melaka kerana berdasarkan laporan, kehadiran pelawat pada tahun 2012 adalah sejumlah

750,000 orang (Sinar Harian et.al, 2013). Senario ini menggambarkan bahawa, kenaikan

harga tiket tidak menjejaskan bilangan pelawat yang mengunjungi Zoo Melaka. Namun

demikian, bermula tahun 2013 dan tahun-tahun berikutnya analisa lanjut perlu dibuat

untuk melihat kesan kenaikan harga tiket yang terkini terhadap bilangan pelawat yang

mengunjungi Zoo Melaka. Kenaikan harga tiket yang diimbangi dengan pembangunan

dan pengurusan Zoo Melaka yang lebih menarik dan mampan mampu mengekal

momentum peningkatan jumlah pelawat yang dicatat ketika ini.

37

5.2.2 SOSIAL

5.2.2.1 PERANAN ZOO TERHADAP MASYARAKAT

Melalui pemerhatian yang telah dinyatakan dalam bab sebelum ini, Zoo Melaka dilihat

dapat memainkan peranan dalam membentuk interaksi sosial yang lebih sihat di kalangan

masyarakat selain mampu menjadi medium pembelajaran tidak formal untuk penambahan

pengetahuan tentang haiwan dan alam sekitar. Dalam hal ini, pembangunan ruang dan

infrastruktur Zoo serta kaedah pameran haiwan yang bersesuaian merupakan faktor

penting untuk memastikan Zoo yang dibangunkan dapat memainkan peranan seperti

yang dihasratkan.

Dalam situasi masyarakat kini yang kian sibuk dengan urusan harian, peluang

berada di tempat awam merupakan masa produktif untuk berinteraksi dengan ahli

keluarga dan masyarakat. Bagi membentuk suasana yang menyokong kepada aktiviti ini

secara positif, rekabentuk ruang fizikal mempunyai kaitan secara langsung dengan

interaksi sosial (J.L. Brand, 2009). Penyediaan ruang berserta infrastruktur yang

bersesuaian perlu dirancang untuk memenuhi tuntutan perlakuan sosial secara individu

dan berkumpulan bagi mengukuhkan peranan Zoo sebagai pusat interaksi sosial

masyarakat.

Selain itu, pendekatan konsep pembangunan Zoo Melaka perlu dibuat penilaian

dan kajian terperinci supaya mampu menarik pelancong luar negara untuk

mengunjunginya. Kajian 'bench marking' dengan Zoo serantau yang dilihat lebih berjaya

perlu dilakukan untuk menilai kelebihan dan kekurangan yang perlu di buat

penambahbaikan. Kehadiran lebih ramai pelancong asing ke Zoo Melaka tentunya

memberi ruang kepada interaksi sosial merentasi budaya yang mampu menghasilkan

kesan sampingan yang positif sama ada dari sudut sosial mahupun ekonomi. Zoo

merupakan alternatif terbaik masyarakat untuk mengenali pelbagai spesies haiwan secara

lebih dekat dan interaktif selain memahami peranan individu tentang hubungan dengan

alam sekitar dan kepentingan untuk memeliharanya (Falk, J.H et al., 2007). Berdasarkan

penyataan ini, pengurusan Zoo perlu dilengkapkan dengan input akademik dari disiplin

38

ilmu yang betul supaya kaedah pengurusan haiwan dan perkongsian informasi yang

dilaksanakan adalah tepat. Selain itu, aktiviti - aktiviti yang bersifat lebih akademik

dengan penglibatan pakar bidang yang berkaitan dalam bentuk persembahan yang

interaktif dan menarik mampu menjadikan Zoo Melaka sebagai lokasi terbaik untuk

memperoleh pengetahuan secara tidak formal. Melalui kaedah ini, masyarakat dapat

mendalami secara lebih terperinci tentang haiwan dan alam sekitar serta peranan yang

boleh dimainkan masyarakat untuk memeliharanya.

5.2.3 ALAM SEKITAR

5.2.3.1 PUSAT PEMELIHARAAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) yang diterbitkan pada tahun 1998 telah

menyatakan Zoo sebagai kemudahan pusat pemeliharaan ex-situ spesies haiwan di luar

habitat asal mereka. DKBK di bawah Strategi V : Memperkukuh dan Mengintegrasikan

Program Pemuliharaan telah menggariskan Pelan Tindakan untuk 'Memperkukuh

keupayaan dan peranan kemudahan ex-situ dalam aktivti dan penyelidikan pemuliharaan

dengan tujuan untuk melengkapi pemuliharaan in-situ'. Penyataan ini wajar dijadikan

justifikasi untuk menambahbaik persekitaran Zoo Melaka yang lebih mampan bagi

membuka ruang kepada pelaksanaan aktiviti penyelidikan secara lebih sistematik dan

komprehensif sejajar dengan aspirasi untuk menjadikannya sebagai pusat pemeliharaan

kepelbagaian biologi.

Lokasi Zoo Melaka yang berjiranan dengan kawasan pelancongan lain yang

berteraskan kehijauan seperti dinyatakan dalam bab sebelum ini turut menyerlahkan

potensi Zoo Melaka dan kawasan persekitarannya sebagai hab kepelbagaian biologi

kawasan perbandaran yang perlu dikekalkan. Dalam hal ini, pihak Kerajaan Negeri perlu

mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan inisiatif mewartakan keseluruhan

kawasan Zoo dan persekitarannya sebagai kawasan hijau bagi memastikan pelaksanaan

pembangunan di kawasan ini adalah dalam acuan yang lestari.

39

5.3 ANALISIS OBJEKTIF KEDUA

Perkara Min

Kemudahan Makanan 3.79

Pengendalian Acara Atau Program 3.36

Promosi 3.64

Keselamatan Pelancong/Pelawat 3.36

Jaringan Dan Akses Pengangkutan 3.36

Jaringan Maklumat 3.14

Kemesraan Masyarakat 3.86

Perkhidmatan Maklumat

Pelancongan

3.79

Kemudahan Tempat Letak 3.57

Kemudahan Rehat 4.00

Pameran Haiwan 3.71

Kebersihan Kawasan Pelancongan 3.29

Kualiti Persekitaran Pelancongan 3.57

Pemandangan Alam Sekitar 3.36

Purata Keseluruhan 3.56

Jadual 5.3a Jadual Analisis Keseluruhan Min

Graf 5.3a Graf Analisis Keseluruhan Min

40

Berdasarkan kepada borang soal selidik yang disediakan, ianya melibatkan tentang apa

yang diinginkan oleh pelancong dan juga penduduk setempat di Zoo Melaka itu sendiri.

Yang mana permintaan mereka dalam perkara ini adalah min sebanyak 3.56, yang mana

ianya menunjukkan bahawa mereka tidak pasti apa yang diinginkan untuk menambahbaik

keadaan Zoo Melaka itu sendiri. Namun jika dilihat dari aspek majoriti yang ingin

sesuatu, ianya boleh dikatakan bahawa, 56% dari responden yang terlibat sememangnya

menginginkan kemudahan yang baik, kemudahan kewangan yang senang, pemandangan

alam sekitar yang indah serta keadaan masyarakat yang lebih mesra pelancong.

Perkara (Alam Sekitar) Min

Pameran Haiwan 3.71

Kebersihan Kawasan

Pelancongan

3.29

Kualiti Persekitaran

Pelancongan

3.57

Pemandangan Alam Sekitar 3.36

Purata keseluruhan 3.48

Jadual 5.3b Jadual AnalisisKeseluruhan Min: Alam Sekitar

Graf 5.3b Graf Analisis Keseluruhan Min: Alam Sekitar

Bagi elemen alam sekitar itu sendiri, ianya menunjukkan purata min sebanyak

3.48, yang mana ianya menunjukkan bahawa terdapat responden menginginkan pameran

haiwan di Zoo Melaka yang banyak; yang mana ianya bukan melibatkan infrastruktur

41

tetapi lebih kepada haiwan yang terdapat di Malaysia. Responden juga menginginkan

kebersihan kawasan pelancongan di Zoo Melaka, yang mana ianya melihat tentang

keadaan kawasan Zoo yang agak berselerak dan banyak semak samun yang boleh dilihat

di sepanjang jalan di Zoo melaka itu sendiri. Dari aspek kualiti pelancongan dan

pemandangan alam sekitar pula, responden menginginkan keadaan yang lebih baik dari

keadaan semasa, kerana responden yang datang ke kawasan ini adalah mereka yang

menginginkan ketengan dan juga ingin melihat sesuatu yang baru dan segar supaya wang

yang mereka guna untuk amsuk ke dalam Zoo Melaka adalah berbaloi.

Perkara (Sosial) Min

Keselamatan Pelancong/Pelawat 3.36

Jaringan Dan Akses Pengangkutan 3.36

Jaringan Maklumat 3.14

Kemesraan Masyarakat 3.86

Perkhidmatan Maklumat

Pelancongan

3.79

Kemudahan Tempat Letak 3.57

Kemudahan Rehat 4.00

Purata Keseluruhan 3.58

Jadual 5.3c Jadual Analisis Keseluruhan Min: Sosial

42

Graf 5.3c Graf Analisis Keseluruhan Min: Sosial

Dari aspek sosial pula, ianya menunjukkan keseluruhan purata min sebanyak 3.58,

yang juga menunjukkan bahawa terdapat majoriti mereka yang menginginkan

penambahabaikan dari aspek sosial di Zoo Melaka itu sendiri. Dalam aspek sosial ini,

ianya melibatkan lebih kepada kemudahan, sebagai contohnya kawasan tempat letak

kereta dan bas yang agak terhad di kawasan Zoo Melaka itu sendiri, dan akhirnya ianya

menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan jalan tersebut. Bukan itu sahaja,

responden yang berada di sana juga menginginkan maklumat pelancongan yakni

informasi tentang Zoo dan Haiwan yang ada dalamnya adalah dalam persembahan

maklumat yang mudah dilihat dan menarik perhatian mereka yang datang ke kawasan

tersebut. Tambahan pula, responden juga menginginkan kemesraan yang baik dari

masyarakat Zoo Melaka itu sendiri yang membolehkan mereka berasa selesa untuk

bersiar-siar dalam Zoo Melaka itu sendiri, serta kemudahan yang baik.

Perkara (Ekonomi) Min

Kemudahan Makanan 3.79

Pengendalian Acara Atau

Program

3.36

Promosi 3.64

Purata Keseluruhan 3.60

Jadual 5.3d Jadual Analisis Keseluruhan Min: Ekonomi

43

Graf 5.3d Graf Analisis Keseluruhan Min: Ekonomi

Dalam aspek ekonomi pula, ianya melibatkan interaksi pekerja dengan pelancong

di Zoo Melaka serta dari aspek kemudahan yang berlandaskan kepada perniagaan seperti

gerai makanan, , pengendalian acara dan program serta pempromosian Zoo Melaka. Ianya

dapat ditunjukkan dalam min sebanyak 3.60, yang mana menunjukkan bahawa mereka

yang menginginkan kemudahan tersebut adalah majoriti yang menginginkannya. Namun

begitu, dari aspek pengendalian acara atau program, ianya mempunyai min terendah yang

mana ianya menunjukkan bahawa acara yang dijalankan harsulah lebih banyak dan

bervarisasi supaya kelihatan menarik. Dalam aspek kemudahan makanan pula, ia

sepertinya tiada permasalahan yang besar, kerana mungkin banyak gerai makanan di

kawasan dalam Zoo Melaka yang menjadikan kawasan tersebut agak mesra pelanggan.

5.4 ANALISIS OBJEKTIF KETIGA

Seperti dijelaskan dalam perenggan ulasan terhadap penawaran Zoo Melaka, dapat dinilai

keberadaan Zoo Melaka yang menjadi sumber tarikan utama kepada industri pelancongan

di Negeri Melaka, sehubungan dengan itu Zoo Melaka harus ditadbir dan diuruskan

dengan cekap untuk menjamin keberadaan Zoo Melaka terus menjadi sumber tarikan

kepada pelawat dan pelancong. Pada 1 Februari 2013, berlaku peralihan pengurusan Zoo

Melaka dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kepada

sebuah syarikat swasta iaitu Konsortium KKW Sdn. Bhd. (KKW), tujuan peswastaan

pengurusan Zoo Melaka adalah untuk meningkatkan kemampuan Zoo Melaka menjadi

sebuah Zoo yang terbaik di rantau asia setanding dengan Zoo Singapura.

Sasaran pihak kerajaan selepas penswastaan ialah untuk menarik pengunjung

sehingga satu juta orang dengan janaan pendapatan RM 8 juta setahun, berbanding

kedatangan pengunjung tahun 2012 sekitar 750 000 pengunjung. Berdasarkan

pemerhatian dan temuramah semasa kajian dibuat, pihak pengurusan baru perlu membuat

penambahbaikan terhadap beberapa aspek bagi menjamin keselesaan pengunjung dan

mengundang pelawat untuk datang berulang kali. Penambahbaikan harus dibuat dengan

44

segera untuk memastikan sasaran pihak kerajaan terhadap kedatangan pelawat di Zoo

Melaka seterusnya pelancong di Melaka tercapai.

5.4.1 PENGURUSAN MAPAN.

Aspek pengurusan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembangunan dan

perkembangan sesebuah industri termasuklah industri pelancongan, peranan pihak

pengurusan terutamanya pengurusan Zoo Melaka harus ditingkatkan dalam mencari

pembaharuan untuk memberikan kepuasan kepada pengunjung dan memberikan

pengalaman yang menarik untuk dinikmati semasa melawat Zoo Melaka.

Satu kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan Zoo

Melaka untuk menilai tahap kepuasan yang diperolehi oleh pengunjung bersesuaian

dengan kos dan masa yang diluangkan semasa melawat Zoo Melaka. Tahap kepuasan

pelancong terhadap sesuatu fasiliti pelancongan dapat diukur. Bagi menilai tahap

jangkaan kepuasan pelawat atau pelancong di Zoo Melaka, persoalan berikut harus dinilai

sebelum sebarang keputusan dalam pengurusan dibuat untuk menjamin kemampanan

industri pelancongan, iaitu “apa yang dijangkakan atau diharapkan” dan “apa yang

diperolehi atau dinikmati” oleh pelancong. Perbandingan antara kedua-dua elemen ini

seterusnya menghasilkan suatu output yang dirujuk sebagai “kepuasan”. Kepuasan

menjadi pengalaman yang bermakna dan indah buat pelancong. Seterusnya, pengalaman

yang positif menggalakkan pelancong mengunjungi semula sesuatu destinasi

pelancongan.

5.4.2 ASPEK PENGURUSAN.

Secara umumnya, dua elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan

Zoo Melaka iaitu aspek apa yang dipersembahkan kepada pengunjung dan aspek

pengalaman yang diperolehi semasa berada di Zoo Melaka, kedua-dua elemen tersebut

adalah berkaitan dengan persoalan diatas yang akan berhubungkait dengan dengan tahap

kepuasan pengunjung. Disamping itu pihak pengurusan juga perlu menilai dan mencari

kekuatan baru sebagai nilai tambah untuk memberikan satu pengalaman positif kepada

45

pengunjung. Berikut adalah huraian sebagai langkah-langkah penambahbaikan kepada

pengurusan Zoo Melaka melalui pengalaman yang dirasai sendiri oleh pengkaji semasa

kajian dibuat.

5.4.3 JENIS DAN SUSUNAN HAIWAN

Pihak pengurusan perlu mempelbagaikan jenis-jenis haiwan sebagai tarikan dan

memberikan kepuasan dan pengalaman yang positif kepada pengunjung, sebagai contoh

haiwan yang perlu ditambah ialah hidupan akuatik seperti sepesis ikan, mengambil

contoh Zoo Negara yang telah menyediakan kepelbagaian haiwan yang lengkap. Ianya

penting dalam aspek kepuasan pelanggan dan aspek Dari pemerhatian dan temubual yang

dijalankan, masih terdapat ruang yang boleh ditambahbaik dari aspek susunan haiwan.

5.4.4 PENYEDIAAN FASILITI

Tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti sokongan dapat dinilai berasaskan kepada

lima kriteria pertimbangan penting, iaitu keselesaan, keselamatan, kebersihan, kecukupan

dan kebolehfungsian fasiliti yang disediakan. Dari aspek pengurusan fasiliti di Zoo

Melaka, didapati masih terdapat kekurangan yang perlu dilakukan penambahbaikan

sebagai contoh terdapat tandas awam yang tidak berfungsi, kemudahan tong sampah yang

masih tidak mencukupi, disamping penyediaan tong kitar semula sebagai galakan dan

pendidikan kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti kitar semula sepanjang berada di

Zoo. Ini bertepatan dengan program ekopelancongan yang dilaksanakan selain selaras

dengan kempen pihak kerajaan negeri iaitu pembangunan kearah teknologi hijau.

Dari aspek keselamatan, terdapat kes dimana pengunjung telah diserang oleh

haiwan yang terlepas dari kandang Zoo pada penghujung tahun 2011 (Harian Metro

2011), kejadian tersebut telah menimbulkan kesan negetif terhadap tahap keselamatan di

Zoo Melaka, namum penambahbaikan telah dilakukan seperti dalam kenyataan pihak

pengurusan selepas kejadian tersebut. Bagi meningkatkan kepercayaan pelawat terhadap

keselamatan semasa berada di Zoo, pihak pengurusan perlu menyediakan garis panduan

46

keselamatan kepada pengunjung sebelum memasuki Zoo selain menyediakan kaunter

urusetia yang banyak disepanjang laluan dalam Zoo tersebut.

5.4.5 SUDUT INFOMASI

Penyediaan sumber maklumat dan sudut ruangan informasi juga perlu ditambahbaik dan

dipelbagaikan untuk memberikan maklumat yang berguna kepada pelawat sepanjang

berada di Zoo Melaka. Pelancongan berasaskan pengetahuan dapat memberikan

pengalaman yang positif kepada pelawat selain terdapat juga pelawat dari kalangan

pelajar sekolah yang akan menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka. Untuk

penambahbaikan sumber maklumat, pihak pengurusan perlu menambah bilangan ruangan

infomasi berdasarkan susunan haiwan, maklumat am tentang haiwan yang terdapat dalam

kandang, dan aspek pendidikan untuk pemeliharan dan perlindungan terhadap haiwan

yang bakal pupus. Pihak pengurusan juga boleh menggunakan teknologi untuk

menyalurkan maklumat kepada pelawat selain mewujudkan hubungan yang interaktif dari

aspek pemaparan visual dalam memberikan maklumat kepada pelawat. Pengunaan

teknologi ini juga akan meningkatkan taraf Zoo Melaka untuk menjadi Zoo yang terbaik

di asia seperti disasarkan oleh pihak kerajaan.

5.5 AKTIVITI EKONOMI DALAM ZOO MELAKA

Dalam Zoo Melaka itu juga, ianya melibatkan beberapa aktiviti seperti pengambilan

gambar bersama amskot haiwan serta menunggang gajah, yang mana aktiviti

inidijalankan oleh pihak pengurusan Zoo Melaka dan mengenakan bayaran RM10-RM15

untuk bergambar bersama maskot, haiwan dan memberi gajah makan. Perolehan dari

keuntungan aktiviti ini sebenarnya digunakan untuk mengurus Zoo Melaka dalam

pembelian makanan haiwan, ubatan dan penyelenggaraan Zoo Melaka. Aktiviti ini dibuka

setiap hari pada musim cuti sekolah dan hari minggu pada hari-hari biasa. Dalam aktiviti

yang dijalankan ini, pihak Zoo Melaka memperoleh sebanyka RM 17, 000 pada musim

cuti sekolah dan kira-kira RM 3000 hingga RM 10,000 pada hari-hari biasa.

47

Selain itu, aktiviti perniagaan yang ada di kawasan ini juga ada melibatkan kiosk

makanan dan minuman ringan, yang mana tender kepada pengusaha yang akan

diperbaharui setiap tahun. Kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM150, namun

ianya juga berbeza mengikut jenis kiosk dan saiz kiosk tersebut. Dalam anggaran

pendapatan bagi pengusaha ini adalah dalam RM 1,500 sehingga RM 2,500 pada bulan

biasa dan RM 3,000 sehingga RM 5, 000 pada musim cuti sekolah. Namun begitu,

terdapat juga isu yang wujud yang mana di antara wujudnya tekanan dari aspek ekonomi

terhadap pengusaha dalam Zoo Melaka kerana pihak pengurusan Zoo Melaka

membenarkan kiosk jualan untuk dibuka di kawasan perkarangan luar Zoo Melaka. Selain

itu, terdapat juga isu penyelenggaraan yang mana, kemudahan dari aspek pemerolehan air

adalah susah dan penyediaan bagi setiap gerai atau satu paip untuk satu kawasan gerai

adalah sangat sukar untuk ditemui. Ini menunjukkan bahawa keadaan pengusaha dalam

kawasan Zoo Melaka itu juga dalam keadaan yang kurang baik.

Bagi kafe jualan makanan dan minuman pula, tendernya sama seperti kiosk yang

mana deberikan kepada pengusaha dan diperbaharui setiap tahun, dengan kadar sewa

RM750 bagi setiap satu lot kedai. Anggaran pendapatan yang diperolehi oleh pengusaha

kafe ini adalah RM 2, 500 sehingga RM 4, 500 pada bulan biasa dan RM 5, 000 hingga

RM 8, 000 pada musim cuti sekolah. Isu yang sama juga dipertekankan dalam kafe ini,

yang mana tekanan ekonomi diterima serta penyelenggaraan kafe juga kurang diberi

perhatian.

Dalam kawasan Zoo Melaka itu juga, terdapatnya khemah jualan sementara yang

hanya dibuka pada musim cuti sekolah biasa sahaja. antara jenis perniagaan yang

dikenakan adalah lukisan henna, barangan perhiasan dan sebagainya. Bayaran sewa yang

dikenakan adalah melalui peratusan keuntungan yang diperolehi, dan anggaran

pendapatan yang diperolehi adalah RM 500 sehingga RM 2, 5000.

48

5.6 KESIMPULAN

Dalam aktiviti pelancongan di Zoo Melaka ini, ianya menunjukkan bahawa penawaran

yang disediakan oleh pihak Zoo Melaka boleh dikatakan mempunyai keadaan yang baik

dan mempunyai aktiviti yang agak menyeronokkan dan berinformasi khususnya kepada

budak-budak sekolah. Dalam aspek permintaan pula, ianya bukannya ingin menunjukkan

kelemahan dan kekurangan namun lebih kepada penambahbaikan terhadap kawasan

pelancongan yang berasaskan alam semulajadi ini. Ianya juga bertujuan untuk menambah

kedatangan serta keselesaan pelancong di kawasan kajian. Terdapat juga beberapa isu

yang dihadapi oleh peniaga di kawasan kajian yang melibatkan persaingan serta isu

penyelenggaraan oleh pihak Zoo Melaka. Bagi para pengunjung itu juga, mereka sanggup

untuk membayar tiket kemasukan ke dalam Zoo Melaka kerana ianya hanya sekali

setahun, maka dengan itu ianya masih berada dalam keupayaan mereka untuk berbelanja.

49

RUJUKAN

“Melaka Yakin Tarik 126 Juta Pelancong” dalam http://www.utusan.com.my/

utusan/Selatan/20121207/ws_02/Melaka-yakin-tarik-126-juta-pelancong diakses

pada 30 dis 2013.

“Sejarah Zoo Melaka” dalam http://www.cuti.my/Sub/Melaka/ayerkeroh/ark_mzoo.htm

diakses pada 30 dis 2013.

”Teori Permintaan dan Penawaran” dalam http://matakuliah.files.wordpress.com/

2007/09/te-mik-1.pdf diakses pada 30 disember 2013.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Malaysia)(1974)

Albuqerque K & McElroy J. 1999. Tourism and Crime in The Caribbean. Annals of

Tourism Research (Vol. 26: 968-984).

Anang Muftiadi. t.t. Ilmu Kaji Ekonomi. Dalam http://usepmulyana.files.wordpress.com/

2008/07/handout-ek-25.pdf diakses pada 30 disember 2013.

Azahan Awang, Abdul Hadi Harman Shah dan Kadaruddin Aiyub. 2008. Penilaian

Makna Kualiti Hidup dan Aplikasinya dalam Bidang Pengurusan Persekitaran di

Malaysia. Akademika 72 (Januari): 45 – 68. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Berry J, Fischer G dan Guiteras R. 2012. Eliciting and Utilizing Willingness to Pay:

Evidence from Field Trials in Northern Ghana dalam http://www.economics

.cornell.edu/jwb295/BFG-BDM-April-2012.pdf diakses pada 30 disember 2013.

Biagi B, Brandano M. G and Detotto C. 2012. The Effect Of Tourism On Crime In Italy:

A Dynamic Panel Approach. Open-Assessment E-Journal (Vol. 4: 1-27).

Boniface B. G dan Cooper C. P. 1994. The Geography Of Travel and Tourism. Oxford:

Butterworth Heinemann.

50

Brand, J.L. 2009. “Physical Space and Social Interaction. Haworth White Paper” dalam

http://www.cog.com/documents/PhysicalSpaceandSocialInteraction.pdf diakses

pada 29 Disember 2013.

Breidert C, Hahsler M. dan Reutterer T. 2006. A Review Of Methods For Measuring

Willingness-To-Pay. Austria: Vienna University.

Decrop, A., 1999. Triangulation In Qualitative Tourism Research. Tourism Management

(Vol. 20: 157-161).

Falk, J.H. et al. 2007. Why Zoos & Aquariums Matter: Assessing the Impact of a Visit.

Silver Spring, MD: Association of Zoos & Aquariums.

Haris Abd Wahab. (tt). Kesejahteraan Sosial dan Pembangunan Komuniti: Pendekatan

dan Indikator. Universiti Malaya: Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial.

J. Hamzah et al. 2013. Impak Pelancongan terhadap Kualiti Hidup Bandar: Perspektif

Penduduk Putrajaya. Jurnal Akademika. 83(1) 2013:45-56.

Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Rosmiza Zainal. 2012. Implikasi Sosioekonomi

Pembangunan Pelancongan Penyelaman Scuba Terhadap Komuniti Pulau Di

Malaysia: Satu Tinjauan Awal. GEOGRAFIA: Malaysian journal of society and

space

Jamaluddin Md. Jahi. 2009. Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap

Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental

Management 10(2): 71-88

Jurry Foo. 2011. Sistem Tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti.

Geografia Online Malaysia Journal of Society and Space.

Kerajaan Malaysia. 1998. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan. Kuala Lumpur:

Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

51

Laman Web Kerajaan Negeri Melaka. http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/12-

subsektor/pelancongan-1 diakses pada 24 Disember 2013

Lee Kuok Tiong dan Siri Suriani binti Othman. 2010. Pertumbuhan Dan Pelestarian

Industry Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-Pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur

Sabah, Malaysia. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial

Mayo, E and Jarvis, L.1981. The Psychology of Leisure Travel. Boston: CBI Publishing.

Mazdiah binti Musidi. 2012. Kajian Pelancongan di Kampung Luanti, Ranau, Sabah.

Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Sains Sosial

Mbaiwa J E. 2003. The Sosioeconomic and Environmental Impacts of Tourism

Development on The Okavango Delta, North-Western Bostwana. Journal of Arid

Environments (Vol. 54: 447-467).

Mill, R. C., dan Morrison, A. M. 1992. The Tourism System. Englewood Cliffs: Prentice

Hall.

Murdie et al. 1999. Urban Quality of Life: Critical Issues and Option. Singapura: NUS

Press

Murphy P., Pritchard M. P. dan Smith B. 2000. The Destination Product and Its Impact

on Traveller Perceptions. Tourism Management (Vol. 21: 43-52)

News Straits Times (NST). 2012. “State govt to take over Zoo Melaka by year's end”

dalam http://www.nst.com.my/state-govt-to-take-over-zoo-melaka-by-year-s-end-

1.174621 diakses pada 24 Disember 2013.

Nurul Ain Mokhtar, Poo Bee Tin dan Norlida Hanim Mohd Salleh. 2012. Analisis

Keperluan Tenaga Manusia dalam Industri Pelancongan di Malaysia. Prosiding

PERKEM VII, JILID 1 (2012) 633 - 640.

52

Pearce, P.L. 1982. The Social Psychology of Tourist Behaviour. New York:Pergamon

Press.

Saarinen, J. 2001. The Transformation of a Tourist Destination: Theory and Case Studies

on the Production of Local Geographies in Tourism in Finnish Lapland. Nordia

Geographical Publications 30(1): 105.

Sekaran, U., and Bougie, R. 2009. Research Methods for Business: A Skill Building

Approach, (5th edition). United Kingdom: John Wiley & Sons Ltd.,

Sinar Harian. 2013. “Tiket Zoo Melaka naik” dalam http://www.sinarharian.com.my

/edisi/melaka-ns/tiket-zoo-melaka-naik-1.127450 diakses pada 24 Disember 2013.

Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka. 2011. Blue Print Melaka Maju Negeriku

Sayang 2011-2020. Melaka.

Utusan Malaysia. 2011. ”Tiket Zoo Melaka naik mulai 2 Januari” dalam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1230&pub=Utusan_Malay

sia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm diakses pada 24 Disember 2013.

Utusan Malaysia. 2013. ”KKW ambil alih pengurusan Zoo Melaka berkuat kuasa 1

Februari” dalam http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130102 diakses

pada 24 Disember 2013.

Walmsley D. J dan Lewis G. J. 1993. People And Environment: Behavioural Approaches

In Human Geography. Michigan: Longman Scientific & Technical.