ISU-ISU KEPENGGUNAAN ISLAM SEMASA: ANALISIS TERHADAP ISU PENGGUNAAN BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM...

38
ISU-ISU KEPENGGUNAAN ISLAM SEMASA: ANALISIS TERHADAP ISU PENGGUNAAN BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM PRODUK- PRODUK MAKANAN DAN FARMASEUTIKAL SITI RAIHANA BT MAT JID IGA 140039 HUKUM ISLAM SEMASA (IFGH6322) Jabatan Fiqh Dan Usul, 1

Transcript of ISU-ISU KEPENGGUNAAN ISLAM SEMASA: ANALISIS TERHADAP ISU PENGGUNAAN BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM...

ISU-ISU KEPENGGUNAAN ISLAM SEMASA: ANALISIS TERHADAP

ISU PENGGUNAAN BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM PRODUK-

PRODUK MAKANAN DAN FARMASEUTIKAL

SITI RAIHANA BT MAT JID

IGA 140039

HUKUM ISLAM SEMASA

(IFGH6322)

Jabatan Fiqh Dan Usul,

1

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

DISEMBER 2014

SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN

3

ULASAN LITERATUR

6

BAB 1: NAJIS

Definisi Najis

7

Kejadian Najis

7

BAB 2: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM MAKANAN

Definisi Makanan

8

Bahan Najis Dalam Produk Makanan

9

2

BAB 3: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM FARMASEUTIKAL

Definisi Farmaseutikal

12

Definisi Ubat

12

Bahan Najis Dalam Farmaseutikal

12

BAB 3: ANALISA HUKUM BAHAN BERUNSUR NAJIS

Hukum Najis Dalam Produk Makanan

16

Hukum Najis Dalam Bidang Farmaseutikal

18

BAB 4: RUMUSAN DAN CADANGAN

20

BIBLIOGRAFI

21

3

PENGENALAN

Makanan merupakan antara benda asas yang paling penting

selepas kewujudan air (H2o). Manusia memerlukan makanan untuk

meneruskan kehidupan seharian. Di dalam makanan, terdapat sumber

penting kepada badan manusia seperti karbohidrat, protein,

mineral, lemak, dan vitamin. Sebagai contoh, karbohidrat adalah

untuk penggunaan tenaga di dalam sistem tubuh badan manusia.

Kita perlu cukup seimbang dalam pengambilan zat-zat makanan

untuk kesejahteraan diri.1

Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran:

عوا ب� ت� ا ولا ت�� ب� ي� لالا ط� ح� �رض ي الا� �ا ف م لوا م� اس ك� �ها ال�ب ي* ا ا� ي�

ي�ن/ ب� دو م� م ع� ك ه ل� �ن� ا: ان/ ط ي وات@ ال�ش< ط �(168 )خ�

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah

dari apa yang ada di bumi yang halal lagi

1 Arsip Blog, Pengertian Fungsi Dan Sumber Protein, Karbohidrat, Lemak, Vitamin & Mineral, http://adesbudiana.blogspot.com/2013/10/pengertian-fungsi-dan-sumber-protein.html (akses November 29,2014)

4

baik dan janganlah kamu mengikuti jejak

langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan

itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”. (al-

Baqarah 2:168)

Pemakanan adalah aspek yang penting dalam kehidupan manusia

kerana ia memberi impak yang besar terhadap tumbesaran dan akhlak

seseorang.2 Islam menggariskan panduan dalam pemilihan makanan

yang diberi keutamaan dari aspek halal dan baik.3

Malaysia Standart 1500 turut mendefinisikan makanan halal.

Makanan halal yang dibenarkan oleh hukum syara dan menepati

syarat-syarat berikut:4

a) Makanan tersebut atau ramuannya tidak mengandungi mana-mana

bahagian atau produk haiwan yang tidak halal kepada orang

Islam mengikut hukum syara atau produk daripada haiwan yang

tidak disembelih mengikut hukum syara.

b) Makanan tersebut tidak mengandungi ramuan daripada bahan

najis mengikut hukum syara.

c) Makanan tesebut adalah selamat dan tidak memudaratkan.2 Lokman Ab. Rahman, Isu Halal Tiada Penghujung (Melaka: Alambaca Sdn. Bhd. & PKPU JAKIM, 2009) 31.3 Nor Musfirah, 139.4 Jabatan Piawaian Malaysia, Malaysian Standart MS 1500, Halal Food Production, Preparation, Handing And Storage-General Guidelines, cet. 2, (Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuan, 2009).

5

d) Makanan tersebut tidak disediakan, diproses atau dikilang

menggunakan peralatan yang dicemari bahan-bahan najis

mengikut hukum syara.

e) Makanan tersebut atau ramuannya tidak mengandungi mana-mana

bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang

tidak dibenarkan syara.

f) Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan

atau pengangkutan, makanan tersebut diasingkan dari makanan

lain yang tidak menepati keperluan seperti dalam perkara a)

b) c) d) atau e) di atas atau bahan-bahan lain yang telah

disahkan najis mengikut hukum syara.5

Sebagai umat Islam yang ingin diredhai Allah di dunia dan

akhirat, kita bukan sahaja perlu menjaga kualiti makanan kita,

bahkan juga menjaga status kehalalan dan kebaikan makanan yang

akan diproses dan dihadam di dalam tubuh kita, seterusnya

menjadi ketulan hati. Yang mana akhirnya melahirkan jati diri

kita sama ada insan yang baik atau tidak baik. Hati adalah juzuk

terpenting dalam diri manusia. Ia ibarat raja atau penguasa dalam

5 Ibid. 6

diri. Hatilah yang menentukan arah tuju kehidupan. Ramai kalangan

umat Islam prihatin tentang makanan yang halal ini sangat

sensitif dengan perkara ini. Bayangkan jika ada restoran yang

menulis dengan tulisan tangan “pork free” bagi menyatakan bahawa

restoran tersebut tidak menghidangkan makanan haram iaitu khinzir.

Bagi restoran yang menulis perkataan ini sewajarnya memahami

tujuannya dan tahu konsep halal dan haram.6

Soal berkaitan isu halal dan haram ini bukan sahaja terletak

kepada persoalan tiada hidangan daging yang haram, malah lebih

jauh dari itu, iaitu bagaimana makanan ini diperoleh daripada

sumber yang halal.7

Manakala dalam bidang farmasi pula, ubat-ubatan tidak

terlepas dari penggunaan umum manusia, di mana sumber ubat yang

digunakan terdiri dari beberapa kelompok bahan-bahan iaitu sumber

manusia, sumber haiwan, sumber tumbuhan, sumber tanah, dan sumber

air. Namun begitu, melalui teknologi moden pada masa ini,

kebanyakan ubat menggunakan bahan sintetik yang berkait rapat

dengan alkohol, gelatin dan dadah. Jadi, sebagai pengguna Islam,

6 Dr. Aminudin Mansor, Pentingnya Isu Halal Dan Haram (Sinar Harian, 2013)http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pentingnya-isu-halal-dan-haram-1.214990 (akses November 27, 2014).7 Ibid.

7

isu-isu yang bersangkutan dengan halal dan haram sesuatu ubat itu

amat dititikberatkan, supaya kita mendapat mutu dan kualiti

kebersihan seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah

s.w.t.8

Kajian ini hanya menggunakan kajian perpustakaan. Pengkaji

hanya melihat kepada buku-buku tanpa menjalankan kajian di luar.

Justeru itu, suatu analisis akan dibuat untuk menilai fenomena di dalam

isu-isu kepenggunaan Islam pada masa kini, iaitu penggunaan

bahan-bahan tidak halal yang mengandungi unsur najis di dalam

sektor pembuatan makanan dan farmaseutikal.

ULASAN LITERATUR

8Department of Islamic Development Malaysia, Joint Guidelines on Control of Medicines In Islam, Putrajaya: JAKIM, http://www.islam.gov.my/en/joint-guidelines-control-medicines-islam (akses November 29, 2014)

8

Secara umumnya, pengkaji telah membuat sorotan kajian-kajian lepas

terhadap tajuk berkaitan dengan bahan berunsur najis dalam produk-produk

makanan dan farmaseutikal. Kajian-kajian lepas dilakukan bagi melihat

pengkajian yang pernah dilakukan seterusnya mengisi kelompongan yang

terdapat pada isu yang berkaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji

membahagikan sorotan kajian lepas kepada dua pengkelasan iaitu konsep

najis, iaitu najis dalam makanan dan najis dalam farmaseutikal, dan hukum

bahan berunsur najis.

Pertama: Konsep najis

Bagi isu makanan dan minuman berunsur najis dikupas dalam buku

“Halal Food Production”9, Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru”10,

Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut Perspektif Syarak ,“ ” 11

Kedua: Hukum bahan berunsur najis

Dalam memperkatakan tentang hukum bahan berunsur najis ini, antara

kitab-kitab yang menjadi sumber rujukan utama penulis ialah, Fath al-Bari

9 Mian N. Riaz dan Muhammad M. Chaudry, Halal Food Production (London: Crc Press, t.t.) 115-120.10 Mohd Noorizzuddin Nooh, Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru (Negeri Sembilan: USIM, 2007).11 Nor Musfirah Bt Mohamad, Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut Perspektif Syarak (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012)

9

Syarh al-Bukhari,12 Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyyah,13 Mausu’ah

al-Imam al-Shafie: Kitab al-Umm,14 dan Tuhfah al-Ahwadhi bi Syarh Jamial al-Tirmizi15.

BAB 1 : NAJIS

Definisi Najis

Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik seperti darah,

air kencing dan tahi. Najis dari segi istilah dibahagikan kepada

dua iaitu najis hakiki dan najis hukmi. Najis hakiki: Kotoran

yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan,

pakaian dan tempat dia mengerjakan solat. Najis hukmi: Perkara

yang merangkumi anggota-angota badan yang menghalang sah solat.

Seperti hadas kecil dihilangkan dengan berwuduk, manakala hadas

besar dihilangkan dengan mandi.16

Kejadian Najis

12 Ahmad bin Ali bin Hajr al-Asqalani, Fath al-Bari Syarh al-Bukhari, Jil. 9, (t.tp., t.p., 2001) 564-565.13 Abd al-Rahman ibn Muhammad al-Najdi, Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyyah, jil.21, (Kaherah: Dar al-Wafa’, t.t.) 611.14 Abu Abdillah Muhammad bin Idris al-Shafie, Mausu’ah al-Imam al-Shafie: Kitab al-Umm, jil. 3, (Beirut: Dar Qutaibah, 1996) 534-535.15 Muhammad Abd al-Rahman ibn Abd al-Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi bi Syarh Jamial al-Tirmizi,16 Wahbah al-Zuhaili, 259.

10

1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau

lembut. (Contoh: Tahi, air kencing, dan air mazi)

2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan

muntah)

3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis.

**(Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh

dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua

keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia,

ikan dan belalang).17

BAB 2: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM MAKANAN

Definisi Makanan

Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk

pepejal dan cair. Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur,

17 Cikgu Faizah, Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya, http://inspirasiinformasi.blogspot.com/2011/12/jenis-jenis-najis-dalam-islam-dan-cara.html (akses November 28, 2014)

11

rupa, rasa, warna dan bau yang berlainan. Terdapat makanan

savouri18 dan makanan manis. Makanan merupakan keperluan asas

atau primer setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi keperluan

fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Kuantiti dan kualiti

makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Contoh pengambilan

makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu kurang

berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan

dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan.

Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur, jantina, aktiviti

seharian, pekerjaan, saiz badan, iklim dan tahap kesihatan.19

Kita sebagai umat Islam yang ingin menjaga kemaslahatan diri

, perlu mengambil kira soal halal dan haram makanan kita. Makanan

dibahagikan kepada dua, boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

Antara makanan haram seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Telah diharamkan ke atas kamu bangkai

binatang, darah, daging babi, binatang yang

disembelih bukan kerana Allah, yang mati

tercekik, dipukul, jatuh dari atas, yang

18 Sejenis herba.19 Wana & Lynn “Makanan Dan Pemakanan” Perak: Tanjung Malim,http://myfoodtech.blogspot.com/2010/08/makanan-dan-pemakanan.html (akses November 10,2014)

12

ditanduk, yang mati diserang oleh binatang

buas, (kecuali yang sempat kamu sembelih) dan

yang disembelih untuk berhala”. (al-Maidah 5:

3)

Bahan Najis Dalam Produk Makanan

1) Binatang yang tidak disembelih

Sembelihan bermakna menghilangkan nyawa binatang

yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih

dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.20

Binatang yang disembelih mengikut kaedah ini adalah kaedah

terbaik dalam proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging

yang bersih dan segar.21

Electro Encephalograph (EEG) dipasang pada otak lembu bagi

mencatat darjah rasa sakit ketika disembelih. Electro cardiograph

(ECG) dipasang di jantung lembu untuk merakam aktiviti jantung

20 Wahbah al-Zuhaili, 292.21 Nizarazu, Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan, http://www.nizarazu.com/kenapa-haiwan-mesti-disembelih-sebelum-dimakan/ (aksesNovember 28, 2014)

13

saat darah keluar ketika disembelih. Lembu disembelih mengikut

syariat islam dan menggunakan kaedah mesin yang digunakan oleh

barat.22 

Dari hasil kajian prof Schultz dan Dr Hazim di Hannover

University Jerman dapat diperoleh kesimpulan bahawa: Penyembelihan

menurut syariat islam menunjukan pada 3 saat pertama selepas

ternakan disembelih tercatat tidak ada perubahan pada graf EEG,

bermakna tidak ada rasa sakit. Setelah itu, ECG pada jantung

merakam aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak

mungkin darah dari seluruh anggota badan dan mengepamnya

keluar. Ia merupakan refleksi gerakan koordinasi antara jantung

dan saraf tunjang. Ketika darah keluar melalui ketiga saluran

yang terputus di bahagian leher, grafik EEG tidak naik tetapi

turun kepada angka sifar. Ia menepati prinsip Good Manufacturing

Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.23

Ia amat berbeza dengan kaedah secara pengsan/ dibius /

disetrum / dipukul kepalanya di Barat, yang mana menghasilkan

daging yang tidak sihat dan tidak sesuai dimakan. Timbunan darah

22 Detik Islam, Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa Disembelih, http://detikislam.blogspot.com/2014/10/fakta-sains-haiwan-korban-tidak-sakit.html# (akses November 28, 2014).23 Ibid.

14

beku yang tidak keluar selepas ternakan mati merupakan medium

bagi bakteria pengurai tumbuh dan merosakkan kualiti daging.24

2) Al-Jallalah

Al-jallalah ialah kategori haiwan yang memakan atau diberi makanan

kotor dan najis25 sama ada secara berkala dan konsisten, atau pun

sebahagian besar dietnya adalah makanan kotor atau tahi. Haiwan

ini pada asalnya adalah halal dimakan, namun disebabkan tabiat

pemakanannya yang tidak bersih telah mengakibatkan perubahan bau,

warna dan rasa asal isinya.26

Isu semasa berkaitan ternakan haiwan yang boleh diqiyaskan

dengan haiwan al-jallalah adalah seperti penternakan ikan patin dan

ikan keli yang dibesarkan dan diberi makanan kotoran serta najis,

dan lembu Kobe yang diberi minuman wain sejak dari kecil.27

3) Bakteria

Bakteria merupakan organism satu sel yang terdapat

dalam pelbagai saiz dan struktur. Bakteria yang yang menjadi

24 Ibid.25 Muhammad bin Mukrim Ibn Manzur, Lisan al-Arab (t.tp., Dar Sadir, 1990) 664.26 Nazih Hammad, Al-mawad al-Muharramah wa al-Najisah fi al-Ghiza’ wa al-Dawa’ Baina al-Nazariyyah wa al-Tatbiq, 16.27 Mohammad Aizat Jamaludin Et. Al., 7.

15

punca pencemaran makanan contohnya seperti Salmonella, Escherichia coli,

Staphylococcus aureus, dan Clostridium perfringens.28

Antara isu membabitkan produk bioteknologi seperti yogurt

yang dihasilkan daripada aktiviti fermentasi oleh bakteria yang

dipencilkan bersumberkan najis bayi. Bagaimanapun, bahan pada

asalnya berunsur najis selepas melalui proses pemindahan dan

pemencilan bakteria baru melalui kaedah mikrobiologi yang mana

bahan akhirnya dikategorikan sebagai halal kerana tidak lagi

tercemar dengan najis bayi.29

Ini berteraskan konsep istihalah. Ia dihuraikan sebagai

perubahan dan pertukaran sesuatu bahan kepada bahan lain yang

meliputi pertukaran zat dan sifat.30 Misalnya, perubahan bentuk

fizikal dengan mengekalkan kandungannya seperti air membeku dan

berubah menjadi ais.31

Terdapat dua pandangan berkenaannya, pendapat pertama

yang memperluaskan pemakaiannya adalah dari kalangan mazhab

28 Sanitasi Makanan, Bakteria, https://fififini.wordpress.com/punca/mikroorganisma/bakteria/, (akses November28, 2014).29 Harian Metro, Najis Halal, Kolum Setempat, (19 Dis 2012) 29.30 Majlis al-A’lali al-Syuun al-Islamiah, Mausuat Jamal Abdul Nasir fi al-Fiqh al-Islam (t.tp., t.p, 1309H), 7.31 Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Ali al-Husaini al-Jurjani, al-Takrifat (Beirut: Dar al-Nafais, 2000), 23.

16

Hanafi,32 Maliki,33 dan Ibn Hazim al-Zahiri.34 Mereka

merealisasikan teori istihalah dalam skop yang lebih umum. Mereka

menerima teori ini sebagai salah satu proses yang boleh mengubah

sesuatu benda najis kepada sesuatu yang suci sama ada terjadi

secara semula jadi seperti melalui proses pemeraman arak menjadi

cuka atau tidak semula jadi menerusi percampuran dengan bahan

lain.35

Pandangan yang kedua menyempitkan realisasi teori

istihalah kepada aspek tertentu sahaja. Pandangan ini didokong oleh

ulama dari kalangan mazhab Syafie dan Hanbali. Mereka berpendapat

bahawa sesuatu bahan yang najis tidak boleh menjadi suci dengan

berubah sifatnya kecuali tiga keadaan. Pertama, arak yang

bertukar menjadi cuka dengan sendirinya. Kedua, kulit binatang

yang mati selain daripada anjing dan babi menjadi suci apabila

disamak. Ketiga adalah sesuatu yang berubah menjadi haiwan

32 Alaudin Ai Bakar bin Mas’ud al-Kasani, Badai’ Sanai’ Fi Tartib al-Syarai’ (Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah, t.t) 442.33 Muhammad bin Ahmad bin Arafah al-Dusuqi, Hasyiyat al-Dusuqi ala Syarh al-Kabir (Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah, 1980) 50.34 Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said Ibn Hazim,al-Muhalla (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1988) 138.35, Mohammad Aizat Jamaludin & Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, 174.

17

seperti haiwan berubah menjadi ulat kerana berlaku suatu

kehidupan yang baru.36

Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit

namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran

Allah SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi

ini tidak sia-sia.37

BAB 3: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM FARMASEUTIKAL

Definisi Farmaseutikal

Berkaitan dengan ubat-ubatan atau farmasi.38

Definisi Ubat

Ubat ialah bahan bagi meringankan, merawat, menyembuh,

ataupun mencegah penyakit manusia serta meningkatkan taraf

kesihatannya. Ubat boleh digunakan dengan pelbagai cara dan

bentuk. Ubat bukan sahaja boleh dimakan ataupun diminum seperti

36 Wahbah al-Zuhaili, Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, juz 1, cet.4 (Damsyiq: Dar al-Fikr,1997) 100.37 E-Fatwa “Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt” JAKIM,http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakan-bakteria-yang-diambil-daripada-najis-bayi-sebagai-agen-pemangkin- (akses November 11,2014).38 Pusat Rujukan Persuratan Melayu “ Farmaseutikal” Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=farmaseutikal (accessed November 09,2014).

18

lazimnya, namun boleh juga digunakan dengan pelbagai cara seperti

melalui dubur, faraj, suntikan, ditampal di atas kulit, ditanam

di bawah kulit, disapu dan sebagainya.39

Bahan Najis Dalam Farmaseutikal

1) Gelatin

Bagi farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan

kapsul keras, kapsul lembut, tablet, serum gantian dan suntikan.

Prof. Abdul Karim Alias, Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan

Pengajian Siswazah dari Fakulti Teknologi Industri, Universiti

Sains Malaysia menjelaskan terdapat dua jenis gelatin yang

dihasilkan di seluruh dunia. Jenis itu ialah jenis A dan jenis B.

1. Gelatin jenis A biasanya terdiri daripada sumber haiwan

porcine iaitu babi. Gelatin ini diproses menggunakan asid dan

boleh menghasilkan kuantiti gelatin yang banyak dan

berkualiti.

2. Gelatin jenis B pula diproses menggunakan alkali ataupun air

kapur dan menggunakan sumber tulang serta kulit-kulit haiwan

39 Dr. Harmy Mohd Yusoff dan lain-lain, Fikah Perubatan (Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2011), 82.

19

bovine seperti lembu, kambing dan kerbau. Gelatin yang

dihasilkan sedikit kuantitinya berbanding dengan babi.

2) Alkohol

Dalam ilmu kimia, alkohol adalah sebatian organik di

mana kumpulan hydroxyl (-OH) terikat dengan atom karbon daripada

kumpulan alkil. Formula ringkas untuk acyclic alcohol adalah CNH2N+1

OH. Secara umumnya, perkataan alkohol yang terdapat di dalam arak

atau minuman keras merujuk kepada alkohol jenis etanol. Etanol

haram digunakan dalam Islam sama ada bagi diminum, digunakan pada

pakaian ataupun sebarang kegunaan. Perkara ini kerana etanol

dihasilkan melalui proses penapaian yang menjadikannya najis.

Terdapat beberapa jenis alkohol lain seperti alkohol isopropil

(propan-2-ol) atau propanol, alkohol kayu (alcohol metil) atau

metanol, dan juga butanol. Pembentukan alkohol ini berdasarkan

bilangan kumpulan hydroxyl (-OH) yang terikat dengan atom karbon

daripada kumpulan alkil. Berbeza dengan etanol, alkohol jenis ini

tidak dihasilkan secara besar-besaran.40

40 Scribe, Chapter 2: Carbon Compounds, http://www.scribd.com/doc/219239619/Chapter-2-Carbon-Compunds (akses November 29, 2014)

20

Etanol memberi kesan kepada sistem saraf sentral

(otak dan pemikiran) yang menyebabkan rasa mengantuk, mabuk dan

ketagihan. Selain daripada itu, pengambilan alkohol juga boleh

menyebabkan kerosakan organ-organ lain termasuklah hati dan

penyebab kanser. Manakala metanol mempunyai kesan yang lebih

berbahaya kerana ia adalah racun yang boleh menyebabkan keadaan

buta dan kematian.41

Pada zaman moden ini, alkohol bukan sahaja

dihasilkan melalui proses fermentasi (penapaian) karbohidrat

daripada buah-buahan dan biji-bijian, bahkan kebanyakannya

dihasilkan melalui proses hidrasi alkenes daripada pemecahan

petroleum dan juga proses oxo (katalis). Di sini, alken bertindak

balas dengan karbon monoksida dan hidrogen. Proses-proses ini

disifatkan lebih bersih berbanding proses penapaian.42

Fungsi etanol dalam makanan lebih dikenali sebagai

pelarut. Pelarut adalah bahan yang boleh melarut sesuatu bahan

41 Bahagian Kawalan Penyakit, Garis Panduan Pengendalian Penyalahgunaan Amphetamine Type Stimulant (ATS) Dan PSikostimulant Lain Di Peringkat Primer Dan Komuniti, (Kuala Lumpur: Pertubuhan Kesihatan Sedunia Who, 2013) 12.42 Culby Halaqah Cinta, Bancuh Alkohol Cikit, http://culbyhalaqahcinta.blogspot.com/2012_08_01_archive.html (akses November 29, 2014)

21

lain.43 Pelarut pembawa digunakan untuk membantu penyebaran

warna, rasa, agen pengemulsi dan bahan tambahan makanan. Manakala

pelarut ekstraksi digunakan untuk mengekstrak minyak dan lemak

dari pengeluaran yang belum diolah dan semi-olahan.44

3) Dadah

Dadah pada umumnya adalah bahan yang banyak mendatangkan

kemudaratan berbanding kebaikan. Seperti mana arak, dadah juga

memabukkan, mengkhayalkan dan menjadikan si penggunanya ketagih.

Dadah merosakkan akal, fikiran dan sistem-sistem lain di dalam

badan. Malah menimbulkan pelbagai gejala dan impak buruk yang

besar dalam masyarakat.45

Dadah dalam perubatan:

A) Bahan narkotik- bahan ini merujuk kepada candu dan hasil-

hasilnya sama ada bersumberkan tumbuhan pokok popi ataupun secara

43 Noresah bt Baharom et. Al., Kamus Dewan, ed. 3, cet. 7, (Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka, 2002) 770.44 FAO & WHO, Evalution of Food Additives Specifications for The Identity And Purity of Food And Review of The Tehnological Efficacy of Some Antimicrobial Agents, (Rome: Food And Agriculture Organization of The United Nations, 1971) 9.45 Bahagian Kawalan Penyakit, Garis Panduan Pengendalian Penyalahgunaan AmphetamineType Stimulant (ATS) Dan PSikostimulant Lain Di Peringkat Primer Dan Komuniti (Kuala Lumpur:Pertubuhan Kesihatan Sedunia Who, 2013).

22

sintetik. Dadah jenis ini digunakan dalam bidang perubatan

sebagai ubat penahan sakit bagi menghilangkan kesakitan yang

teruk kerana serangan jantung akut, kanser dan sakit bersalin.

Contoh ubat yang biasa digunakan adalah morfin dan pethidin serta

kodein (ubat batuk).

B) Ganja- dikenali sebagai marijuana dan kanabis terhasil

daripada tumbuhan jenis cannabis sativa dan cannabis indica. Dadah

jenis ini pernah dijadikan ubat penahan sakit pada suatu ketika

dahulu. Sekiranya disalahgunakan, ia menyebabkan mual, muntah,

cirit-birit, mata merah, dan kekejangan. Pada dos yang tinggi

pula, ia menyebabkan khayal dan menjadikan penggunanya tidak

siuman.

C) Kokain- terhasil daripada daun koka. Dalam bidang perubatan,

ia digunakan bagi membius dan menghentikan pendarahan. Kokain

memberi kesan negatif seperti gangguan bayangan ilusi fantasi dan

menghilangkan perasaan malu. Apabila berlebihan, ia boleh

23

menyebabkan sawan dan membawa kematian akibat sesak nafas dan

keracunan.46

BAB 4 : ANALISA HUKUM BAHAN BERUNSUR NAJIS

Hukum Najis Dalam Produk Makanan

1) Binatang yang tidak disembelih46 Ibid.

24

Hukum sembelihan merupakan syarat yang mengharuskan binatang

darat dimakan. Tidak ada satu pun binatang yang boleh

dimakan menjadi halal untuk dimakan tanpa disembelih secara

syara’.47 Ulama mengatakan hukum haram memakan binatang yang

tidak disembelih mengikut syariah Islam48 berdasarkan surah

al-Maidah, ayat 3.

2) Al-Jallalah

Pandangan yang mengharuskan makan al-jallalah dikemukakan

oleh Hassan al-Basri dan Malik r.a.49 Dalam keadaan ini, Imam

Malik mensyaratkan haiwan al-jallalah tersebut dikuarantinkan atau

dikurung terlebih dahulu dan berlaku proses perubahan. Proses di

sini merujuk perubahan zat di dalam badan haiwan tersebut apabila

unsur–unsur kekotoran atau najis yang ada bertukar menjadi suci

dan halal untuk dimakan.50

47 http://watashi-izuan.blogspot.com/2009/05/tesis-konsep-penyembelihan-binatang-dah.html (akses 5 Disember, 2014)48 Syeik Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Majmuk Fatawa Wa Maqalat al-Mutanawwiat, juz. 23.49 Ahmad bin Ali bin Hajr al-Asqalani, Fath al-Bari Syarh al-Bukhari, Jil. 9, (t.tp., t.p., 2001) 564-565.50 Abd al-Rahman ibn Muhammad al-Najdi, Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyyah, jil.21, (Kaherah: Dar al-Wafa’, t.t.) 611.

25

Pandangan kedua pula adalah tidak harus dimakan

sebagaimana diutarakan oleh Ahmad ibn Hanbal, al-Shafie dan Abu

Hanifah. Ahmad ibn Hanbal mengatakan haram, manakala al-Shafie

mengatakan makruh,51 dan Abu Hanifah mengatakan makruh tanzih.52

Sebagaimana maksud sabda Nabi s.a.w.:

“Rasulullah s.a.w. melarang daripada memakan

daging keldai ternakan dan dilarang makan

haiwan al-jallalah sama ada menunggang dan

memakan dagingnya”.53

Pada pandangan penulis, harus memakan al-jallalah

sekiranya tidak didapati makanan selainnya. Sekiranya, masih

banyak lagi pilihan lauk-pauk, contohnya realiti kita di

Malaysia, maka tidak harus memakan al-jallalah kerana terdapat

kotoran yang masih melekat pada isi dan darah daging haiwan al-

jallalah.

3) Bakteria 51 Abu Abdillah Muhammad bin Idris al-Shafie, Mausu’ah al-Imam al-Shafie: Kitab al-Umm, jil. 3, (Beirut: Dar Qutaibah, 1996) 534-535. 52 Al-Asqalani, 564-565.53 Muhammad Abd al-Rahman ibn Abd al-Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi bi Syarh Jamial al-Tirmizi, “Bab al-At’imah an Rasulillah, Kitab Ma Ja’a fi Akli Luhumial-Jallalah wa Albaniha”, hadis no. 1884. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1990) 549-550.

26

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi

Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16

Mac 2004, telah membincangkan mengenai hukum menggunakan bakteria

yang diambil daripada najis bayi sebagai agen pemangkin dalam

yogurt. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan

bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai

agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat telah

melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan

hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi

adalah mutanajjis.54

Pada pandangan penulis, fatwa lebih diterima pakai kerana

bakteria yang asalnya diambil dari najis bayi telah melalui

pelbagai peringkat pengasingan di dalam makmal.

Hukum Najis Dalam Bidang Farmaseutikal

1) Gelatin

54 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakan-bakteria-yang-diambil-daripada-najis-bayi-sebagai-agen-pemangkin-

27

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25

September 1984 telah memutuskan bahawa penggunaan gelatin dalam

ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana dharurat.

Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari

cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi

diharuskan.55

Penulis berpendapat dengan pandangan fatwa kebangsaan yang

mengharuskan penggunaan gelatin kerana ia telah melalui pelbagai

saringan di dalam makmal dan menggunakan kaedah umum al-balwa.56

2) Alkohol

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan alkohol yang

terhasil daripada proses selain daripada penapaian adalah suci.57

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memilih pendapat yang

mengatakan alkohol yang dihasilkan mengikut proses ini tidak

najis. Begitu juga dengan Fatwa Lajnah al-Azhar dan Fatwa Lajnah

Daimah Saudi.58

55 E-Fatwa, Gelatin Dalam Ubat, www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/gelatin-dalam-ubat (akses Disember 1, 2014).56 merupakan sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku.57 Yusoff al-Qaradawi, Fiqh Toharah, (Beirut).58 www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/gelatin-dalam-ubat

28

Nadwah Fikah Perubatan Islam ke-8, anjuran Pertubuhan Ilmu-

ilmu Perubatan Islam yang berlangsung di Kota Kuwait dari 22-24

Mei 1995 merumuskan:

“Alkohol tidak najis dari segi syarak. Maka tidak menjadi

kesalahan menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan

pencuci (antiseptik) pada kulit dan kecederaan, ubat-ubatan serta

pembunuh kuman. Ia tiada kaitan dengan arak”.59

Resolusi ke-11, Majlis Akademi Fikah, Jeddah dalam

mesyuarat kali ke-3, 1986 memutuskan:

“Diharuskan pesakit Islam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi

alkohol dalam kuantiti yang khusus sekiranya tidak didapati ubat-

ubatan lain yang bebas alkohol atas nasihat dan preskripsi doktor

yang dipercayai lagi amanah”.60

Pada hemat penulis, alkohol yang digunakan di dalam ubat

adalah harus untuk kegunaan kerana ia melalui pelbagai proses dan

diuji di dalam makmal dan selagi ia tidak mendatangkan illah

kemabukan seperti mana arak.

3) Dadah

59 http://al-ahkam.net60 http://al-ahkam.net

29

Penggunaan dadah dalam perubatan, merawat pesakit dalam

situasi dharurat perlu mengambil kira kaedah Usul Fikah berikut:

1. Dharurat mengharuskan perkara yang diharamkan. Namun,

kelonggaran yang diberikan semasa dharurat hanya dihadkan

pada waktu darurat itu sahaja.61

2. Kemudaratan yang lebih besar dihilangkan dengan kemudaratan

yang lebih ringan.62

Penulis berpendapat bahawa penggunaan dadah di dalam ubat-ubatan

adalah harus selagi mana ia berada di bawah pengawasan orang yang

bertanggungjawab terhadapnya.

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN

61 Uthman Shubayr al-Qawa id al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyah fi al-‘ ‘Shari ah al-Islamiyyah, (Jordan: Dar al-Nafa is) ‘ ’ 62 Ibrahim Bin Muhammad Al-Hariri, Al-Madkhal Ila Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Kulliyyah, (Jordan: Dar Amman, 1998)

30

Daripada perbahasan di dalam bab-bab yang terdahulu, dapatlah

dirumuskan bahawa:

Sehingga kini, Malaysia masih belum dapat menghasilkan produk-

produk Muslim sendiri, yang mana tidak melibatkan penggunaan

bahan berunsur najis dalam makanan dan ubat-ubatan. Contohnya,

semua gelatin di pasaran adalah produk yang diimport dari India,

Pakistan, China, Brazil, dan Argentina.63 Sebagai pengguna

Muslim, kita perlu mencari alternatif lain yang bersumberkan

tumbuhan seperti Vegicaps Soft.

Sains dan teknologi semasa perlu bertindak lebih aktif supaya

berupaya menghasilkan sumber bahan alternatif Muslim bagi produk

makanan dan juga farmaseutikal yang mana ia bukan lagi diperoleh

melalui alami tetapi dapat dilakukan secara sintetik atau

menggunakan bahan tiruan yang halal dan baik. Salah satunya

adalah menggunakan kaedah bioteknologi.

Masyarakat Islam semasa masih tidak ada kepakaran dalam bidang

farmaseutikal kerana ia dipelopori oleh golongan bukan Islam. Isu

63 Dr. Harmy Mohd Yusoff, 111.31

ini juga masih berpanjangan, kerana belum ada rasa keinginan

untuk masyarakat Islam menceburkan diri dalam bidang ini.

Sedangkan usaha untuk mewujudkan bahan farmaseutikal yang halal

adalah wajib bagi kita sebagai Muslim.

Keperluan kepada lebih banyak kajian sains dijalankan adalah

sesuatu yang dititik beratkan untuk menyatakan status halal

kepada sumber atau punca bahan-bahan halal sangat penting sebelum

standart piawaian dicadangkan untuk penyediaan panduan

industri.64

BIBLIOGRAFI

Bahasa Arab:

Al-Dusuqi, Muhammad bin Ahmad bin Arafah. Hasyiyat al-Dusuqi ala Syarh

al-Kabir. Kaherah: Dar Ihya’ al-

Kutub al-Arabiyyah, 1980.

Al-Jurjani, Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Ali al-Husaini. al-

Takrifat. Beirut: Dar al-Nafais, 2000.

64 Mariam Abdul Latif, “Istihalah And Istihlak In Perspective”, Academic Journal, vol. 4,Issue 3, p14, (International Journal of Health & Nutrition: 2013) 1.

32

Al-Kasani, Alaudin Ai Bakar bin Mas’ud. Badai’ Sanai’ Fi Tartib al-Syarai’.

Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah,

t.t.

Al-Qaradawi, Yusof. al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Kaherah: Maktabah

Wahbah, 1977.

Al-Zuhaili, Wahbah. Fiqh al-Islam Wa Adillatuh. juz 1, cet.4, Damsyiq:

Dar al-Fikr, 1997.

Ibn Hazim, Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said. al-Muhalla. Beirut:

Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1988.

Ibn Manzur, Muhammad bin Mukrim. Lisan al-Arab. t.tp., Dar Sadir,

1990.

Majlis al-A’lali al-Syuun al-Islamiah, Mausuat Jamal Abdul Nasir fi al-

Fiqh al-Islam. t.tp., t.p, 1309H.

Nazih Hammad. al-Mawad al-Muharramah Wa al-Naiasah Fi al-Ghiza’ Wa al-Dawa’

Baina al-Nazariah Wa

al-Tatbiq. Damsyik: Dar al-Qalam, 2004.

Bahasa Melayu:

Al-Hillawi, Muhammad. Mereka Bertanya Tentang Islam. Jakarta: Gema

Insani Press, 1998.

33

Anisah Ab Ghani & Muhammad Safri Ismail. “Penentuan Piawaian Alkohol

Dalam Makanan Yang

Dibenarkan Dari Perspektif Islam”, no. 7, Jurnal Fiqh 2010.

Bahagian Kawalan Penyakit. Garis Panduan Pengendalian Penyalahgunaan

Amphetamine Type Stimulant

(ATS) Dan PSikostimulant Lain Di Peringkat Primer Dan Komuniti. Kuala

Lumpur: Pertubuhan

Kesihatan Sedunia Who, 2013.

Harmy Mohd Yusoff, Dr., Syamsul Kamal Abdullah, Ustaz, Rosediani

Muhamad. Fikah Perubatan. Kuala

Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd, 2011.

Lokman Ab. Rahman. Isu Halal Tiada Penghujung. Melaka: Alambaca Sdn.

Bhd. & PKPU JAKIM, 2009.

Mohammad Aizat Jamaludin & Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi.

“Teori Istihalah Menurut

Perspektif Islam Dan Sains: Aplikasi Terhadap Beberapa Penghasilan

Produk Makanan ” Jurnal

Syariah Jl. 17, Jan-April 2009.

Mohammad Aizat Jamaludin Et. Al. Al-Jallalah: Konsep Dan Fatwa Semasa Di

Malaysia. Serdang: UPM,

34

2012.

Mohd Noorizzuddin Nooh. Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru. Negeri

Sembilan: USIM, 2007.

Nor Musfirah Bt Mohamad. Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut

Perspektif Syarak. Kuala

Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012.

Noresah bt Baharom et. Al. Kamus Dewan. ed. 3, cet. 7, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

2002.

Bahasa Inggeris:

FAO & WHO. Evalution of Food Additives Specifications for The Identity And Purity of

Food And Review of

The Tehnological Efficacy of Some Antimicrobial Agents. Rome: Food And

Agriculture Organization of

The United Nations, 1971.

Jabatan Piawaian Malaysia. Malaysian Standart MS 1500, Halal Food

Production, Preparation, Handing

And Storage-General Guidelines. cet. 2, Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuan,

2009.

35

Mariam Abdul Latif. “Istihalah And Istihlak In Perspective”, Academic

Journal, vol. 4, Issue 3, p14,

International Journal of Health & Nutrition: 2013.

Mian N. Riaz dan Muhammad M. Chaudry. Halal Food Production. London:

Crc Press, t.t.

Laman Web:

Arsip Blog, Pengertian Fungsi Dan Sumber Protein, Karbohidrat,

Lemak, Vitamin & Mineral,

http://adesbudiana.blogspot.com/2013/10/pengertian-fungsi-dan-

sumber-protein.html.

Cikgu Faizah, Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya,

http://inspirasiinformasi.blogspot.com/2011/12/jenis-jenis-

najis-dalam-islam-dan-cara.html.

Culby Halaqah Cinta, Bancuh Alkohol Cikit,

http://culbyhalaqahcinta.blogspot.com/2012_08_01_archive.html.

Department of Islamic Development Malaysia, Joint Guidelines on

Control of Medicines In Islam, Putrajaya: JAKIM,

36

http://www.islam.gov.my/en/joint-guidelines-control-medicines-

islam.

Detik Islam, Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa

Disembelih, http://detikislam.blogspot.com/2014/10/fakta-sains-

haiwan-korban-tidak-sakit.html#

Dr. Aminudin Mansor, Pentingnya Isu Halal Dan Haram (Sinar

Harian, 2013),

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pentingnya-isu-

halal-dan-haram-1.214990.

E-Fatwa, Gelatin Dalam Ubat, www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

kebangsaan/gelatin-dalam-ubat.

E-Fatwa “Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis

Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt” JAKIM,

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakan-

bakteria-yang-diambil-daripada-najis-bayi-sebagai-agen-pemangkin.

Nizarazu, Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan,

http://www.nizarazu.com/kenapa-haiwan-mesti-disembelih-sebelum-

dimakan/.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu “ Farmaseutikal” Dewan Bahasa dan

Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=farmaseutikal.

37

Sanitasi Makanan, Bakteria,

https://fififini.wordpress.com/punca/mikroorganisma/bakteria/.

Scribe, Chapter 2: Carbon Compounds,

http://www.scribd.com/doc/219239619/Chapter-2-Carbon-Compunds.

Wana & Lynn “Makanan Dan Pemakanan” Perak: Tanjung Malim,

http://myfoodtech.blogspot.com/2010/08/makanan-dan-

pemakanan.html.

http://al-ahkam.net

.

38