IMPAK GLOBALISASI

45
Globalisasi Pendidikan Isu: Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan Globalisasi menurut kamus dewan edisi keempat ialah proses yang membolehkan sesuatu aktiviti contohnya ekonomi, kebudayaan dan lain-lain disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka kepada pengaruh luar. Manakala pendidikan menurut kamus dewan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Selain itu mengikut Plato, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisi keempat ialah usaha untuk mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran daripada kurang cekap kepada yang lebih cekap dan berkesan. Dror (1976) menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuat pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan dinamika organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku. Antara faktor penyebab berlakunya reformasi ialah

Transcript of IMPAK GLOBALISASI

Globalisasi Pendidikan

Isu: Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi DalamPendidikan

Globalisasi menurut kamus dewan edisi keempat ialahproses yang membolehkan sesuatu aktiviti contohnya ekonomi,kebudayaan dan lain-lain disebarkan atau diperluas keperingkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanyadengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbukakepada pengaruh luar. Manakala pendidikan menurut kamus dewanialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan danperkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.Selain itu mengikut Plato, pendidikan ialah suatu proses untukmembentuk individu yang berakhlak mulia.

Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisikeempat ialah usaha untuk mengubah suai atau memperbaharuisistem jentera pentadbiran daripada kurang cekap kepada yanglebih cekap dan berkesan. Dror (1976) menyifatkan reformasiatau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuatpembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapaaspek dalam sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukanuntuk menyelaraskan kehendak persekitaran semasa yang sentiasaberubah-ubah di samping mempertingkatkan dinamika organisasiserta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku. Antarafaktor penyebab berlakunya reformasi ialah

tarafpendidikan yang semakin meningkat, pertambahan bilanganpenduduk, desakan awam, peningkatan teknologi,era globalisasi, persaingan ekonomi dan sebagainya.

Walaupun Globalisasi membawa faedah kepada setiap Negaranamun kesan globalisasi amat dirasai oleh Negara-Negaramembangun dan sedang membangun seperti Malaysia kerana Negaratersebut perlu bersaing dengan Negara yang maju dalam pelbagaibidang contohnya ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.Globalisasi pendidikan banyak mempengaruhi pembangunan sumbermanusia. Glabalisasi dalam dunia pendidikan sekarang inimemang diperlukan untuk menghadapi tentangan global. Namundemikian globalisasi pendidikan hendaklah tidak meminggirkanmasyarakat kita yang termasuk dalam golongan yang lemah agarkemajuan bangsa dapat dinikmati bersama.

Mengikut pandangan lain, globalisasi merujuk kepada satucara hidup tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satusama lain. Walaupun secara umumnya globlisasi ini lebihmemberi kesan kepada ekonomi dunia, namun dalam bidangpendidikan, globalisasi juga tidak terkecuali. Di samping itu,globolisasi dalam pendidikan menyumbang kepada peningkatanmutu pendidikan di Malaysia seterusnya mewujudkan sistempendidikan yang cemerlang di seluruh dunia. Selain itu, impakglobalisasi kepada bidang pendidikan ialah pendidikan menjadisejagat atau luas iaitu dimana semua individu boleh mendapatpendidikan yang sama tanpa mengira taraf ekonomi, sosial dansebagainya.

            Dalam era globalisasi, isu dan cabaran globalisasiyang sentiasa dibincangkan ialah pengaruh perkembanganteknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang memberi kesankepada semua masyarakat terutama dalam bidang pendidikan.Kemajuan dunia globalisasi telah menukar cara pemikiran kitadalam mengikut arus pembangunan. Ledakkan maklumat yangberkaitan dengan perkembangan TMK telah meningkatkan mutupendidikan di Negara kita secara meluas tanpa batasan. Disamping itu juga, pengaruh TMK telah mempengaruhi gaya hiduprakyat Malaysia secara amnya dan pelajar secara khususnyadalam bidang pendidikan.

            Pengaruh TMK di era globalisasi ini dalam bidangpendidikan menyediakan peluang pendidikan yang luas kepada

semua individu dengan menyediakan kemudahan contohnya komputeruntuk proses pembelajaran. Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambahbagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpasempadan, kita seharusnya didedahkan dengan ilmu pengetahuanyang mencukupi supaya kita tidak ketinggalan. Justera,kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita dalammencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara yang maju dalamarus globalisasi.

Kepesatan arus gloablisasi ini juga akan membuatkanpemikiran generasi muda kita pada masa hadapan akan lebih jauhke hadapan dalam pelbagai bidang terutama bidang pendidikandengan bantuan pelbagai kemudahan yang disediakan. bekasPerdana Menteri pernah berkata ketika membentang rancanganMalaysia Ke Sembilan bahawa dalam kontek dunia global, modalinsan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagikemewahan. Oleh itu bekas Perdana Menteri berharap agar Negarakita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menjadiNegara yang maju menjelang 2020 seiring dengan barisan Negarayang maju yang lain dalam pelbagai bidang terutama bidangpendidikan.

Pengaruh TMK dalam bidang pendidikan mengubah corak dansistem pendidikan di Malaysia dimana pelbagai peluang-peluangpendidikan terbuka luas tanpa batasan kepada semua pelajardengan adanya pelbagai kemudahan seperti institusi pengajiantinggi awam atau swasta . Di samping itu juga, dengan adanyapengaruh TMK dalam era globalisasi ini membolehkan parapelajar melanjutkan pelajaran malalui sistem pendidikan jarakjauh yang lengkap apabila pelajar mempunyai kemahiran untukmenggunakan TMK. Pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengiramasa, tempat dan sebagainya boleh dilakukan sendiri di eraglobalsiasi sehingga mewujudkan pembelajaran tanpa sempadan.

Namun kesan negatif globalisasi terhadap pendidikanmemberikan tekanan kepada para guru untuk merancang programkurikulum agar dapat menangani keperluan globalisasi dalampendidikan. Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan bagimenghasilkan modal insan yang inovatif dan berdaya saingmenjelang Wawasan 2020. Kesan globalisasi dalam pendidikanjuga akan memingirkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Initerjadi apabila murid mendapatkan maklumat menggunakan

internet dimana sebahagian besar maklumatnya dalam bahasaInggeris. Jika hal ini berlaku, mungkin bahasa Malaysia akanmenjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat.

            Kesimpulannya, globalisasi dalam pendidikan sangatpenting dalam meningkatkan mutu pendidikan Negara kita setarafdengan Negara maju yang lain. Semua pihak harus menyedarikesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah-langkahkomprehensif bagi mencapai kemajuan bersama dalam pelbagaibidang seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasikerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Denganglobalisasi dalam pendidikan diharapkan semua masyarakatterutama dalam bidang pendidikan dapat bersaing dengan dunialuar. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarangcabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.RUJUKAN: http://www.kickstory.net/2011/10/globalisasi-pendidikan.html

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKANDEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagaicabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya,Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualitipendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihalberkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksudsebenar globalisasi.  Berdasarkan gambar rajah di bawah adasedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalampendidikan. 

                                         gambar rajah 1

                   Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaituglobalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi BahasaPerancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanyabermaksud ‘seantero dunia’.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telahmentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya ataupada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasipula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segiperhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembanganteknologi maklumat.

Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah prosesmenyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenaipergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi duniayang terbuka dan tanpa sempadan.Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas PerdanaMenteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadiPerdana Menteri Malaysia telah mengingatkan agar masyarakatMalaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehinggaberjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina

kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesanburuk kepada kita.

Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yangsignifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesionkeguruan yang semakin mencabar di negara ini. 

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-duniadalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan danekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembanganprofesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya.Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembanganyang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

                                           

Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan gurudalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan tarafprofesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluangmelanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi

memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatutempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi tarafprofesionalisme keguruan.

Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskanpengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guruperlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana gurumerupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualitiatau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guruperlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selaintanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadisumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT daninteraksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaranmengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologimaklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan prosespengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaanpengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluangmelihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara danmenyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikandi internet.

Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaikitaraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding denganguru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampumembangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.

Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagaisatu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuahnegara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modalinsan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengannegara maju yang lain.

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr.Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana MenteriMalaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak limacabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihatmenerusi rajah di bawah. 

                                                    gambarrajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidangpendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telahmencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensisumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dantidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supayadiperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun danmengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannyamemberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara danjuga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermaknamereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yangperlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuaidengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dankesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagaikemungkinan era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapicabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi.Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong

berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakannegara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualitipendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud,terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategipelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkanseperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan danpemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer danpenggunaan multimedia.

2.  Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi danpersekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagaipenerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajarandaripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Inimemberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumatsesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stailpembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagimembolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripadapelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayardan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusanbilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagimembolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan danmemberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronikdengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologimaklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dandiberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevandan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahirantertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah merekamelepasi alam persekolahan.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam halini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalamperkembangan dunia global terutama dari segi penggunaanteknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisianbaru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan

Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagimeningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Denganaplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalampengurusan pendidikan seperti:

- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuatkeputusan.- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yangpelbagai.- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memprosesdan menyimpan  data seperti laporan kehadiran pelajar.-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markahpeperiksaan pelajar.- Penempatan pelajar dalam kelas.-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.-Pembinaan jadual waktu guru.- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah sertapelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.                                                                                                             (RahmadSukor, 2006) 

      Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa prosesglobalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yangmendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia diseluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar,pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungantinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanyatelah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi.Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalahperubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remajadi bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan

negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitankeperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktivitikokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiridalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yangpositif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran.Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun,penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sediaberkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapatmenjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orangyang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikapamanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang,bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupanberagama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dandihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilaiyang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguholeh pihak pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform,persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi inputpenting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yangdijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikappositif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolongmenolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikanialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasanrelevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesanglobalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalamperkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkankualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakarandalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personalatau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat,meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT daninteraksi global membolehkan guru meluaskan konseppembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasisekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-

guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatantaraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin danmengikuti perkembangan pendidikandengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isuberbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka.Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaranyang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuankepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspeklain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagimemenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan denganmengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkanguru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain.Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatifglobalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan.Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomiNegara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budayadari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan dinegara membangun. Antara krisis pendidikan global dapatdilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkanmasalah membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan.Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan sepertimenyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikanbuku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap,pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikandiperluaskan melibatkan institusi pendidikan membangun dengannegara maju.  Apa yang pasti, program seperti ada kepentingankerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepadatenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalambidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.

Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakarandalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkanproduk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar.Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuanyang penting dalam era globalisasi.

Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektualperlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana wargapendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yangberkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalammendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dankemajuan.

Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan jugamenimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendahdalam bidang pendidikan di negara membangun dan persainganglobal meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianyamenyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurangpendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kianmemuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakansumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perludilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arusglobalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat danjuga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihandan keputusan.

Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usahamemelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundangdisebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusikeluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membinakemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkanglobalisasi.

 Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasiasas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapatdikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu bolehmengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagaialat perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasimenimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkansejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperolehpengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca.Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktivitimembaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidaklangsung menerusi kandungan bahan yang dibaca.

Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asasmengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum sains danalam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharianmelibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cubabayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiranmengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupanmereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasaikonsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikanmasalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiranmengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunyakita menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini,guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang danruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara danmelatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusikemahiran berfikir yang diaplikasikan.

Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jikadilihat sekarang, penggunaan komputer dalam membantumemudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagaialat pengajaran yang berkesan.  Kemahiran menggunakan komputerperlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarangagar perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat dielakkan.

Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalamkemahiran ini, perlunya individu diajar untuk menjadi individuyang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif.Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunantingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasadihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.

Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidupkita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidupdalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaanmenghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperolehketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari danmenggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dankecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasatersemat dalam diri setiap individu. 

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaranglobalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dansebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangansebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadapglobalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahajaatau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranyaiaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalampendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dannegatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melaluiglobalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah: -          budaya pembelajaran sepanjang hayat -          kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda danbahasa antarabangsa -          menguasai kemahiran teknologi untuk keperluanpekerjaan dan kehidupan seharian -          pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar -          perubahan peranan guru dalam bilik darjah -          peluang pendidikan terbuka luas -          persaingan sihat dalam meningkatkan mutupendidikan dan inovasi -          perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentangpengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa  kesan negatif melalui globalisasi dalampendidikan iaitu:

-          kadar pengangguran semakin meningkat -          pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaranke luar negara -          meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda -          perdagangan pendidikan -          penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaiandengan intelek dan rohani

-          berlaku penindasan dalam merampas peluang dansumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara -          pemantauan mendalam dari aspek permasalahanantisosial

       Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dannegatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuatpilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaianatau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunyapemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yangbersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikancabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dandunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yangmelibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar,penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan,serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakantentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah disebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasidan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripadaglobalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasaantarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihanteknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris

dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana,kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumatmenggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Inisecara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan BahasaInggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama.

Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumatdalam sesi pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan.Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai ledakanmaklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kinitiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumatdi dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkanilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untukdisediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana dikutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus.Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluangmelihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melaluivideo, paparan slide dan sebaganyai.

Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyakinstitusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesanke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikanyang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negarasemakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran danpakar dalam sesuatu bidang.

Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkanurusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik.Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkankita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kinipada bila-bila masa.

RUJUKAN : http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html

Kesan globalisasi terhadap bidang pendidikan di negara iniPosted on 25 Mei, 2009 by adminGlobalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan salingberkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebihmemberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidakterkecuali.Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbukakepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti

asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar,terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya dinegara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namuninstitusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapisituasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanyaInstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilihuniversiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpunberlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbandinggraduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalahkekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnyaIPTS yang bersaiz kecil.Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Halini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumatyang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selainitu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahanadalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTSyang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akanmeminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawabahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku,bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia danusaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporatpendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jikahal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akanterkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkindiabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambilberat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yangkurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yangminimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konseppendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yangberpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilanganpelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya.Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputeradengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapatmenikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Inibertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpamengira latar belakang agama dan bangsa.Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Halini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmuitu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhitugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandaitanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yangmereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecahamanah, menipu dan sebagainya.Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersediadengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapiglobalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlubersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasiini.

RUJUKAN : https://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidang-pendidikan-di-negara-ini/

undefined KESAN-KESAN GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia bolehberubah-ubah dari satu masa kesuatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia boleh berubah sejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan negara, keperluan individu dan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat rendah mahupun di peringkat tinggi.

Imperialisme pendidikan sering berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan tamadun negara. Di Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji melalui;

a.Perubahan pada kurikulum pendidikanb.Perubahan pada sistem pendidikanc.Falasafah pendidikand.Penggunaan teknologi maklumate.Pendemokrasian pendidikanf.Agama dan gejala sosialg.Integrasi nasional

       

Perubahan kurikulum pendidikan

Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan guna tenaga manusia. Justeruitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem

pendidikan Malaysia. Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapandapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR –1983) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM – 1988) telah diwujudkan untuk membentuksatu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.

Satu hakikat penting yang perlu kita sedari ialah bahawa walaupun sekolah berada di tengah-tengah masyarakat dan sentiasa terdedah kepada gelombang penghidupan, berbanding dengan tempat-tempat lain, ia masih merupakan satu-satunya tempat yang terkawal buat masa ini. Maka tidak hairanlah jika ramai mengharapkan kepada sekolah: ibu bapa mengharapkan kepada sekolah dapat menjadikan anak-anak mereka manusia; masyarakat mengharapkan kepada sekolah dapat melengkapkan generasimuda dengan nilai-nilai dan budaya bangsanya; majikan mengharapkan kepada sekolah dapat melahirkan sumber manusia yang sesuai dan berkualiti; dan negara pula mengharapkan kepada sekolah dapat menjayakan pembentukan warganegara yang baik. Sekolah dianggap sebagai benteng penyelamat anak didik, generasi muda dan pewaris bangsa.

Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentangrupa bentuk manusia, jenis ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan mutu kewujudan tamadun.  

(Hanna Hloborn Gray)

 

Perubahan pada sistem pendidikan

Reformasi pendidikan melibatkan kajian semula serta melakukan perubahan-perubahan terhadap sistem pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa. Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami reformasi.

Pengurusan dan kepimpinan bagaikan dua permukaan wang siling, iaitu wujud satu simpulan yang akrab dan bersepadu. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebaliknya. Pengurusan dan kepimpinan mestilah berkualiti dan berwibawa untuk mencapai objektif dan matlamat kumpulanatau organisasi. Aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi kritikal kerana institusi pendidikan adalah satu institusi sosial. Umpamanya, jika sesebuah kilang itu tidak dapat menghasilkan barangan yang menepati piawaiannya, barang tersebut boleh dibuang atau diproses semula. Seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik yang terbentuk itu tidak mudah untuk dirungkai atau diolah semula.

Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia darisegi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.

Dasar Pendidikan negara perlulah berdasarkan kepada suatu falsafah yang jelas. Falsafah ini hendaklah merangkumi kepentingan agama, kaum, demografi, keperluan semasa dan sebagainya. Falsafah merupakan rumusan yang mengandungi ciri-ciri sahsiah pelajar seperti yang dihasratkan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(Falsafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)Penggunaan Teknologi Maklumat

Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multi-media dimana ia telah dapat membangunkan teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat-maklumat dari seluruh dunia dapatdihubungkan terus kepada pengguna. Penggunaan teknologimaklumat secara yang betul dan bermoral akan memberi manfaat akan tetapi penyalahgunaan teknologi maklumat adalah sebaliknya. Teknologi maklumat akan meruntuhkan sempadan politik negara-negara di dunia ini.

Pendidikan di Malaysia maju setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di mana penggunakan multi-media dijadikan asas pendidikan.    

Pendemokrasian Pendidikan

Globalisasi dan imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar bandar perlu diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Masalah kekurangan guru terlatih, taraf kesihatan yang rendah dan kekurangan prasarana yang berkualiti merupakan faktor penghalang proses pembinaan sahsiah, bakat dan kebolehan kanak-kanak.

Untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan, kerajaan telah memberi peruntukan-peruntukan yang bolehdimanfaatkan termasulah membina asrama-asrama bagi membolehkan pelajar-pelajar menikmati kemudahan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan telah membina sepuluh sekolah menengah sains dan berpuluh-puluh lagi asrama diseluruh pelusuk negara.    

Agama Dan Gejala Sosial

Mari kita renung rencana berikut;

Jumlah kes juvana makin meningkat dari sehari ke sehari. Dalam tahun 1997, jumlah kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah ialah 4,590 kes dan angka ini terus meningkat. Dalam tahun 1998 terdapat 6,338 kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah. Penambahan kes dari tahun 1997 hingga tahun 1998 adalah38.08 peratus.  

(Berita Harian 18 Mei 1999)

 

Keruntuhan moral di kalangan pelajar adalah membimbangkan kerana anak-anak hari ini adalah aset negara pada masa akan datang. Dalam masa yang sama orang yang berpengetahuan yang dilahirkan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan juga terlibat dengan jenayah kolar putih. Kes-kes rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan berbagai-bagai kesalahan lain bukan sahaja melibatkan pegawai kerajaan peringkat bawahan tetapi ia juga melibatkan pegawai-pegawai atasan.

Adakah kita terlalu pantas melakukan perubahan hinggakan kita terlupa kepada nilai-nilai kemaknusiaan?Adakah Dasar Pendidikan Kebangsaan gagal memainkan peranannya?

. . . menglobalisasikan pendidikan, mencari ilmu pengetahuan tidak kira di mana , berusaha mengetahui apa yang belum kita pelajari, merekacipta dan bukan membuat inovasi sahaja. Tetapi yang paling penting sekali, sistem pendidikan bertaraf dunia harus mampu melahirkan menusia yang berperibadi, dengan nilai moralyang teguh, seorang manusia yang sempurna, bukan sahajadari aspek akademik, tetapi penuh dengan kemampuan intelektual untuk menangani cabaran masa muka.  

(Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak)

 

Teras kepada sistem pendidikan bertaraf dunia menurut acuan Malaysia ialah agama dan akhlak. Agama dan akhlak

penting untuk memelihara karamah atau kemuliaan insan dan nilai-nilai manusiawi. Keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan penting untuk membolehkan manusia memahami, menginsafi dan merealisasi dirinya sebagai hamba dan khalifah di bumi.  

(Dr Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin)

 

Faktor institusi keluarga di Malaysia telah mulai longgar, agama makin terpinggir, sikap materialistik, pengaruh media massa dan berbagai-bagai lagi. Kanak-kanak ketandusan kasih sayang lantaran ibu bapa sibuk mencari harta dunia. Anak-anak dididik oleh teman-temandan media massa. T.V menjadi rakan yang paling setia.

T.V adalah sarana yang paling utama dan paling berkesan. Ia memainkan peranan yang amat ketara yang belum pernah berlaku dalam sejarah. Pada hakikatnya individu diperkenalkan sejak lahir kepada aliran mesej dan imejnya yang kuat. T.V telahpun menjadi anggota keluarga yang utama, yang paling banyak dan yang palinglama bercerita.  

(Gerbner et. Al. 1981)

 

Meskipun begitu terdapat kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama, baik yang ditaja oleh kerajaan mahupun sekolah agama swasta. Kesedaran ibu bapa telah mendorong mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berkenaan.                

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia darisegi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.            

Dimanakah silapnya kita hinggakan keadaan seperti di atas terjadi?

Kesan positif, kesan negatif, apa yang ada dinegaramajuperlu ada di malaysia

Ambik yang baik , tolak yang tak baik Dasar Pandan Timur

Rujukan;

Hanna Holborn Gray, Magazine University Chicago, 1988RUJUKAN: http://b-naimem.tripod.com/globalisasi.htm

Wednesday, 11 February 2015

TAJUK 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA1.0 SINOPSISTajuk ini membincangkan isu-isu dan cabaran pendidikan semasa; termasuklah Integrasi Nasional, Pendemokrasian Pendidikan, Tonggak Pendidikan UNESCO, Globalisasi dalam Pendidikan, Kepelbagaian Budaya, Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Gejala Sosial. Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti dan membuat refleksi tentang cara-cara menanganiisu dan cabaran pendidikan semasa tersebut.

1.1 HASIL PEMBELAJARANPada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:i. Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa.ii. Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang integrasi nasional.iii. Menerangkan pendemokrasian pendidikan .iv. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu integrasi nasional dan      pendemokrasian pendidikan.v. Mengenal pasti tonggak pendidikan UNESCO.vi. Membincangkan ciri-ciri dalam tonggak pendidikan UNESCO.vii. Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran globalisasi dalam pendidikan.viii. Mengenal pasti ciri –ciri dalam kepelbagaian budaya.ix. Menghuraikan pengaruh dan kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi   dalam pendidikan.x. Mengenal pasti jenis-jenis gejala sosial dalam masyarakat Malaysia.xi. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu gejala sosial dalam Masyarakat.xii. Menerangkan peranan guru dalam menangani gejala sosial.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

 

1.3 Pengenalan - Isu dan Cabaran Pendidikan SemasaMalaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-

cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global. Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan,kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guruyang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

1.4.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi NasionalMalaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi nasionaldi negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaanpolisi-polisi tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan IntegrasiNasional, 2005).

1.4.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi NasionalDalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai dinegara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut: Perbezaan dalam agama dan budaya  Polisi pecah perintah British Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang berbeza di sekolah Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik  Parti politik berdasarkan kumpulan etnik

1.4.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi NasionalPendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.  Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalamkalangan kumpulan etnik yang berbeza. Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral danseni dalam semua mata pelajaran. Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003. Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.1.4.4.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolahiii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.

Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di bawah: Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik  Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial  Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik

1.4.4.2 Konsep 1 MalaysiaKonsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling penting yangdiambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke arah destinasi itu.

Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara inimesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah

penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagisebuah negara demokratik di mana semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukansemua rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.

1.5 Pendemokrasian Pendidikan1.5.1 DefinisiPendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yangdisediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakanpendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian PendidikanBanyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar berdasarkansistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim PinjamanBuku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat.

1.5.3 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian PendidikanPelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar

dari sekolah-sekolah luar bandar juga perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang. 1.5.4 Peranan Guru dalam Pendemokrasian PendidikanGuru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamatpendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang samadiberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi,latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya merekadapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum danmencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guruguruperlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksidengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.

1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO1.6.1 PengenalanPertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan,keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup bersama.

1.6.2 Belajar Untuk MengetahuiBelajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam proses pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi dan interaksi yang mana akan membantu seseorang itu mencapai kejayaan dalamhidupnya. Belajar untuk mengetahui melibatkan proses pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan yang baru.

1.6.3 Belajar Untuk MelakukanBelajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses pembelajaran sehinggaseseorang dapat melakukannya perubahan kepada persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja

berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor pentingdalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalamBelajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.

1.6.4 Belajar Untuk Menjadi ApaBelajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah PendidikanKebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukancara hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagaiseorang manusia yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah danpembelajaran berasaskan projek.

1.6.5 Belajar Untuk Hidup BersamaBelajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu mestidiberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaanindividu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.

1.6.6 Cabaran kepada guruDalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksidengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.

1.6.7 Cara guru menangani cabaran

Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.

1.7 Globalisasi dalam Pendidikan1.7.1 DefinisiGlobalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara,masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdaganganglobal, komunikasi, imigresen dan pengangkutan. Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.

1.7.2 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi PendidikanImpak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut: Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.  Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan. Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi. Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara. Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran. Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global. Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi. Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan. Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.  Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.

1.7.3 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan

Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut: Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan  Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi Pentadbiran pendidikan Pembangunan identiti pelajar Kualiti Guru Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran Peningkatan dalam beban kerja Sikap guru dalam pengajaran di zaman global Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi Pengaruh negatif kepada identiti pelajar  Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

1.7.4 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam PendidikanSekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalahsatu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitifyang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, disamping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi.Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

1.8 Kepelbagaian Budaya1.8.1 DefinisiMalaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyaimasyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiridaripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada

kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikanbudaya mereka). 

1.8.2 Isu Pendidikan SemasaFenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar. Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar : Positif Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya   Membentuk interaksi sosial yang baik   Memperkembangkan bakat Negatif  Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan  Masalah komunikasi dan bahasa   Sukar mewujudkan persefahaman   Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

1.8.3 Cabaran Kepada GuruDalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah. Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana :i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).iii. menghargai keunikan budaya.iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama.v. bersekutu memajukan bangsa.

1.8.4 Cara Menangani Isu Kepelbagaian BudayaJika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan

perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.

Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untukmengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut : Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan  Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan. Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya Mempelbagaikan kaedah pengajaran Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid  Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi1.9.1 DefinisiPerkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secarakeseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

1.9.2 Isu Pendidikan SemasaAndaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telahtersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secaraautomatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan ataukegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan? Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini. 1.9.3 Cabaran Kepada GuruCabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap. Kemahiran Teknologi Maklumat GuruSejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran ini. Pengetahuan Teknologi Maklumat GuruPengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapanpenggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer,tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga. Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan PembelajaranSikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah. Perisian Penyampaian Teknologi MaklumatPerisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugaslain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, grafik, menggunakan teknologi Internet, laman web serta pengetahuan bagaimana komputer berfungsi. Tetapi sejauh manakah guru-guru dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut? Mendidik Pelajar Menggunakan Internet Secara BerkesanSelain cabaran dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap guru, guru juga menghadapi cabaran bagaimana hendak mendidik generasi muda menggunakan internet secara berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada pengaruh negatif internet. Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet, tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah kemahiran lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet, pembinaan laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan pengajaran subjek. Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan

secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. 1.9.4 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan KomunikasiUsaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika Kementerian Pelajaraningin meningkatkan pendedahan dan penerimaanguru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah: sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.  prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi. tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir. peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK.  hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

1.10 Gejala Sosial1.10.1 DefinisiGejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melandagolongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengansatu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri.Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yangmenguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kiniterlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja. 1.10.2 Isu Pendidikan SemasaPada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin

mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosialyang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah: Faktor Ekologi Keluarga  Faktor Ekologi Sekolah  Rakan Sebaya  Media massa/Internet Modenisasi.Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa, tetapi ia sudah menjadi kudis yang semakin bernanah dalam masyarakat. Jika tidak ditangani dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar untuk diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial ini. Guru khusunyamemainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak muda supaya menjadi remaja dan belia yang menyumbang kepada kemajuan negara. 1.10.3 Cabaran Kepada GuruSejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan. Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru. 1.10.4 Cara Menangani Isu Gejala SosialDengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat dirumuskan seperti berikut:

Peranan Ibu Bapa mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang betul  meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka mengamalkan nilai-nilai agamaPeranan Guru merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan individu pelajar  mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menarik minat murid mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan dengan murid yang bermasalah

memupuk nilai-nilai murniPeranan Rakan Sebaya menjadi role model  memberi motivasi medengar dan memberi sokonganPeranan Diri Sendiri  mengubah sikap negatif  yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan dekatkan diri dengan TuhanPeranan Polis penguatkuasaan undang-undang

1.11 Laporan dan Analisis Berkaitan Pencapaian Pendidikan Negara1.11.1 Analisis Pencapaian Pendidikan Dalam NegaraAntara matlamat yang hendak dicapai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Dengan berpandukan KPI ini yang mementingkan konsep pencapaian, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju kepada pembentukan modal insan. Dalam usaha meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara, pihak kementerian telah mengiktiraf 66 buah sekolah sebagai status Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Sebenarnya kejayaan sekolah-sekolah berkenaan adalah hasil daripada pelbagai program pendidikan yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikandi negara kita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut pencapaian pendidikan dalam negara anda digalakkan membuat bacaan luas dengan merujuk pengkelasan sekolah yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian iaitu;i. Pendidikan Integrasiii. Pendidikan Inklusifiii. Sekolah Kurang Muridiv. Sekolah Kluster Kecemerlanganv. Sekolah Jalinan Kasihvi. Sekolah Dalam Hospital

1.11.2 Analisis Pencapaian Pendidikan Peringkat AntarabangsaKeputusan TIMSS 2011, menunjukkan pelajar-pelajar di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains. Keputusan tidakmemberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam pentaksiran untuk 2009 PISA. Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu, TIMSS dan PISA,menunjukkan keputusan pencapaian pelajar Malaysia yang membimbangkan (moe.gov.my/en/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013). Namun terdapat banyak kejayaan yang cemerlang pelajar dan sekolah di seluruh negara setanding dengan piawaian antarabangsa. 

RUJUKAN: http://shuanghoryh.blogspot.com/2015/02/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html

MONDAY, 7 JANUARY 2013

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Pada abad ke 21, perkembanganmendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkinutama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu

cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi

dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana

kesan globalisasi  juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet.

Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa

Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa

Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa

ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi

bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan

menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah

pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.

Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat  membuat tanggapan

negatif yang sering kita dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis

pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat

meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja

salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat

pelajar untuk mengikuti PTV. Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah

vokasional kepada sekolah teknik dan vokasional. Di

mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai

kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan

sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambungpelajaran mereka ke politeknik atau IPT. Menuju kearah negara

perindustrian, di mana banyak kilang dan sektor pembinaan memerlukantenaga mahir. Oleh itu, mereka yang mempunyai pengetahuan dankemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah cerah. (SufeanHussein (1996).

Menurut  Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan pendidikan

negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupunmenubuhkan cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selarasdengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat KecemerlanganPendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti luar di negarakita merupakan satu persaingan yang sihat, namun Institusi PengajianTinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasiini. Para pelajar sudah tentu akan memilih universiti luar yangterkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal inilah yang berlaku dalamrealiti sebenar apabila graduan IPT diluar negara menjadi graduankelas kedua. Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan kemahiranyang ada pada mereka digunakan untuk tujuan negatif seperti pecahamanah, memindahkan duit orang lain ke dalam akaun sendiri danberbagai-bagai lagi. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihatdalam konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melaluiperubahan dan perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa.Penganjakan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk mencapaimatlamat dan objektif pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, didalam petikan rencana “Pendidikan Sebagai Satu Industri” dalamDewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, “Selepas kemerdekaan sistempendidikan negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengandasar untuk menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, duniapendidikan kita berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya jugasudah melewati dimensi baru dan lebih daripada sekadar memberi ilmukepada masyarakat”.Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia

dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada

menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu,

kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada

fenomena globalisasi ini. Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya

mempunyai perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan.

Tumpuan yang keterlaluan pada salah satu hujungnya akan meruntuhkan ketiga-

tiga bidang ini. Jika Malaysia ingin menjadi negara industri yang sihat dan

kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains asas

yang kukuh serta pengaliran pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.

Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan  :Dewan Masyarakat.

Sufean Hussein (1996).Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

RUJUKAN: http://gengsp2012.blogspot.com/