HBAE1403 MENGGAMBAR (SMP

25
i FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ________________________________________________________ HBAE1403 MENGGAMBAR SEPTEMBER 2013 PEDALAMAN ________________________________________________________ NAMA : NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : TUTOR : NO. TELEFON :

Transcript of HBAE1403 MENGGAMBAR (SMP

i

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

________________________________________________________

HBAE1403

MENGGAMBAR

SEPTEMBER 2013 PEDALAMAN

________________________________________________________

NAMA :

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

TUTOR :

NO. TELEFON :

ii

ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Catan 2

2.1 Cat Air 2

2.2 Cat Minyak 3

3.0 Teknik Catan 4

3.1 Teknik Basah Atas Kering 4

3.2 Teknik Basah Atas Basah 5

3.3 Teknik Kering Atas Kering 6

3.4 Teknik Kecatan 7

4.0 Hasil Karya daripada Cat Air 8

5.0 Hasil Karya daripada Cat Minyak 10

6.0 Faktor Utama Penentuan Kualiti Karya 12

7.0 Teknik mewarna yang menimbulkan keunikan pada karya 13

8.0 Apresiasi Seni 14

8.1 Apresiasi Seni Catan Cat Air 15

8.2 Apresiasi Seni Catan Cat Minyak 18

9.0 Kesimpulan 22

10.0 Rujukan 23

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 1 bagi 23

1.0 Pengenalan

Lukisan adalah satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu

permukaan rata. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti

pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan terbentuk lanjutan daripada

beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain

seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Proses melakukan garisan, melorek ton dan

menggosok juga dinamakan lukisan. Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan

ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. Lukisan bergantung kepada penggunaan

garisan yang ekspresif dan nyata.

Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis

secara teliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia. Lukisan

dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan

sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

Lukisan awal telah ditemui di

dinding-dinding gua yang

dihasilkan oleh manusia purba.

Lukisan tersebut berkisar tentang

aktiviti kehidupan seharian seperti

perburuan dan pengembaraan. Di

Malaysia lukisan gua telah

dijumpai di Gua Niah, Sarawak

dan Gua tambun, Perak.

Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang

digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama,

iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin

menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Rajah 1: Catan pada dinding gua

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 2 bagi 23

2.0 Catan

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat

yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang

menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang

terdapat pada alam sekitar. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan

menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang

nyata atau abstrak

Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat

mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada

Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang

digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.

Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang

mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula

berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong

Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Jenis Warna

1. Warna Poster

2. Warna Air

3. Cat Akrilik

4. Cat Minyak

5. Cat Tempera

6. Cat Gouache

7. Fresko - Kapur plaster

2.1 Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut

sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal

sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air.

Rajah 2: Catan fresco-lukisan pada dinding,unsur

keagamaan

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 3 bagi 23

Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat

air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk

membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan

untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Rajah 3: Warna air (Water colour) Jenis TUBE Rajah 4: Warna Air Jenis KEK (water colour cake)

2.2 Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak

ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy

atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet,

kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah

teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

Rajah 5: Cat Minyak

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 4 bagi 23

3.0 Teknik Catan

3.1 Teknik Basah Atas Kering

3.1.1 Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang

kering untuk menghasilkan kesan legap.

Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan

agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan

warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi

mendapatkan kesan lut sinar.

3.1.2 Campuran Warna

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu

cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

3.1.3 Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan

yang nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin

gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke

dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan

ulangi aktiviti yang sama.

Rajah 6: Teknik Basah Atas Kering

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 5 bagi 23

3.2 Teknik Basah Atas Basah

3.2.1 Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah.

Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik

bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya.

Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna

berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak,

warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

3.2.2 Campuran warna

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-

baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna

cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang

spontan.

3.2.3 Cara

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna

disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel,

elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan

berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Rajah 7: Teknik Basah atas basah

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 6 bagi 23

3.3 Teknik Kering Atas Kering

3.3.1 Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan

kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas

lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan

memberi kesan kering berlegap.

3.3.2 Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu

dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan

warna yang telah dibancuh.

3.3.3 Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh.

Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas

yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna

pada setiap bahagian tidak bercampur.

Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin

menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian,

sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Rajah 8: Teknik Kering Atas Kering

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 7 bagi 23

3.4 Teknik Kecatan

3.4.1 Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah

sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan

kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

3.4.2 Campuran warna

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas

kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

3.4.3 Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan.

Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa

menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai

dibuat.

Rajah 9: Teknik Kecatan

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 8 bagi 23

4.0 HASIL KARYA DARIPADA CAT AIR

Pelukis : Abdullah Ariff

Tajuk : Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya

Tahun : 1960

Media : Cat Air

Ukuran : 36.4 x 54.1 cm

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 9 bagi 23

Watercolour - Fishing boat, 10.5ins x 14.5ins, signed and dated 1953

Pelukis : Yun Mun Sen

Tajuk : Fishing Boat

Tahun : 1953

Media : Cat Air

Ukuran : 10.5 x 14.5 ins

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 10 bagi 23

5.0 HASIL KARYA DARIPADA CAT MINYAK

Pelukis : Tay Hooi Keat

Tajuk : Perkampungan Nelayan

Tahun : 1956

Media : Cat Minyak

Ukuran :

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 11 bagi 23

Pelukis : Mohamed Hoessein Enas

Tajuk : Gadis Melayu

Tahun : 1950

Media : Cat Minyak

Ukuran : 49 x 39 cm

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 12 bagi 23

6.0 FAKTOR-FAKTOR MENENTUKAN KUALITI KARYA

Karya-karya yang mengutamakan imej atau subjek tertentu dengan kombinasi sapuan

berus yang kasar dan halus banyak ditekuni oleh pelukis Malaysia sebelum ini. Ini kerana

anggapan bahawa karya abstrak ekspresionisme ini menonjolkan nilai artistik sesebauh karya

tampak dengan aliran realisme dan surealisme. Meskipun begitu, banyak perubahan yang

ditonjolkan dalam setiap karya mereka. Ia begitu ketatara dari aspek catan, kombinasi

tekstural dan yang paling utama adalah pencarian identiti yang tersendiri.

Pada peringkat awal pengkaryaan, karya-karya yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh catan ini

begitu mementingkan aliran impresionisme, realisme dan surealisme. Dalam ertikata lain,

karya-karya mereka banyak menonjolkan gejolak emosi pelukisnya yang diperlihatkan

menerusi sapuan berus dan garis-garis warna yang mudah difahami dan ditafsirkan.

Tumpuan catan memperlihatkan nada ritma yang harmoni dan tenteram, emosi diperlihatkan

menerusi sapuan yang lembut dan menggunakan warna-warna kontras.

Tokoh-tokoh catan ini walaupun mengadaptasi pengaruh tokoh-tokoh ekspresionisme Barat

tetapi juga membawa konsep baru dalam ekspresionisme yang bercitrakan seni tampak

tempatan. Kemampun mengadaptasi gaya ekspresionisme Barat ini ke dalam wacanana seni

tempatan menjadikan karya-karya tokoh-tokoh ini begitu unik dan menarik.

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 13 bagi 23

7.0 TEKNIK KEDUA-DUA WARNA YANG MENIMBULKAN KEUNIKAN

Penyiapan sesebuah karya oleh seseorang pelukis jika diperhatikan dengan diteliti

sesungguhnya memerlukan waktu yang agak lama. Lapisan demi lapisan dan warna yang

agak tebal kelihatan pada kanvas, disokong dengan palitan warna tersebut yang berubah

menjadi tekstur kasar menjelaskan keadaan ini. Kesan berus yang berulang di tempat yang

sama kadang-kadang diubah diatasnya dengan warna yang lain. Keadaan ini menggambarkan

emosi pelukis itu sentiasa berubah mengikut waktu dan keadaan. Karya-karya tokoh catan ini

benar-benar menunjukkan luahan emosi pelukis. Dalam konteks ini pelukis tidak akan

memikirkan soal pembaziran warna dengan sapuan warna yang berulang di atas kanvas yang

sama.

Bagi para tokoh catan ini penyiapan karya yang memakan masa yang agak lama

bukan merupakan suatu perkara yang penting. Apa yang penting bagi para pelukis aliran ini

ialah luahan emosi semata-mata. Tidak ada yang penting daripada itu melainkan cuma luahan

emosi semata diluahkan ke dada kanvas dengan palitan dan percikan warna dan jalinan di

atas ruang pada kanvas.

Karya tokoh-tokoh ini juga agak teliti dengan garisan dan warna–warna yang rata atau

sekata. Sesuai sebagai seorang pelukis yang menggambarkan karya yang penuh dengan

luahan emosi yang digambarkan melalui garisan, ton warna dan warna yang bersahaja.

Warna-warna yang digunakan juga warna kontras, dioalh menjadi harmoni dengan bantuan

kedudukan komposisi warna yang diletakkan di tempat tertentu. Karya juga diolah dengan

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 14 bagi 23

gaya dan cita rasa seorang pelukis tempatan dengan mesej tersendiri yang menunjukkan jati

diri sebagai orang timur.

Penyusunan warna dan jalinan pada setiap karya tokoh catan ini mempunyai

keunikkan dan keistimewaannya menjadikan setiap karya mereka adalah masterpiece.

Luahan warna yang sejuk menyejukkan mata memandang. Kesan jalinan, garisan dan ton

warna yang bersahaja penuh dengan kekuatan emosi yang tersembunyi dengan komposisi

warnanya.

8.0 APRESIASI SENI

Apresiasi dapat didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai

tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara

mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan

stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-

aspek kognitif.

Ia juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu

hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan

membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Apresiasi seni bertujuan untuk membolehkan seseorang memahami aspek-aspek nilai

estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam

hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan

hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual. Apresiasi seni melibatkan beberapa perkara:

i. Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis

ii. Cara pelukis menginterpretasi gambar

iii. Alat, bahan, media yang digunakan

iv. Teknik-teknik yang digunakan

v. Penilaian

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 15 bagi 23

8.1 KARYA CAT AIR

Pelukis : Abdullah Ariff

Tajuk : Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya

Tahun : 1960

Media : Cat Air

Ukuran : 36.4 x 54.1 cm

i. Menginterpretasi gambar daripada tajuk atau tema

Latar ruang dengan aplikasi 3 latar- latar depan, tengah dan belakang.

Suasana aktiviti melombong tergambar luas

Merekodkan aktiviti ekonomi negara.

Menunjukkan emosi dan sifat konsisten pelukis

ii. Teknik mewarna

Menggunakan kecairan dan kelutsinaran untuk membentuk kekuatan cahaya

yang ditimbulkan.

Basah atas basah

Permukaan kertas basah diaktifkan dengan warna dilebihkan kandungan

airnya untuk menjadikan kecairan dan kelutsinaran terjadi dengan tidak

diduga.

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 16 bagi 23

iii. Aplikasi alat, media dan bahan

Pelukis telah menggunakan peralatan seperti berus lembut, cat air dan kertas

kanvas untuk menghasilkan catan.

iv. Penilaian keseluruhan karya

Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan,

merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi

sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Karya di atas adalah

salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni

sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah

air. Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat

air di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia).

Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik ‘wash’ dan bersifat

konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya

yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri

sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air

Barat.

Latar ruang dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar

belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi

keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh

mainan cahaya, eksplorasi kecairan ‘wash’ yang terserlah dan prinsip penegasan

diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur

lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan

cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap

pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik

beratkan.

Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga

figura sedang mencangkul dan mengandar bijih.

Penonjolan ‘wash’ atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik.

Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat ‘wash’ itu sendiri yang aktif apabila basah di

atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan

itu membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan

itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya

ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 17 bagi 23

yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu

berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya

banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.

Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan

asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan

kecairan adalah perlu dan inilah ciri-ciri istimewa catan air yang mana peranan

kecairan itu berada dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya

atau menambah nilai kekuatan warna.

Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan

itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.

Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak

merunsingkan artis. Perlu diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan

adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan

kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan akan lahir sendiri melalui latihan dan

kawalan.

Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang

menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan

mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan

itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh

pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan

kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.

Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika

tersalah pilih komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah

kunci untuk warna cair mengembang dan menyerlahkan imej.

Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi

yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap

rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam.

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 18 bagi 23

8.2 KARYA CAT MINYAK

Pelukis : Mohamed Hoessein Enas

Tajuk : Gadis Melayu

Tahun : 1950

Media : Cat Minyak

Ukuran : 49 x 39 cm

v. Menginterpretasi gambar daripada tajuk atau tema

Menggadnungi garisan yang lembut

Figura seorang gadis

Menggambarkan seorang gadis Melayu asli.

Seorang gadis yang menjaga kemelayuannya di dunia moden

Fesyen gadis Melayu

vi. Teknik mewarna

Terdapat beberapa ton warna, nilai, garisan, bentuk, jalinan dan ruang.

Menggunakan teknik sapuan berus dengan baik

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 19 bagi 23

Menggunakan garisan lembut untuk menampakkan kelembutan pada rambut,

bulu kening, bulu mata dan bibir

Menggunakan garisan tebal pada kolar baju kemeja untuk menampak bayang-

bayang.

Jalinan garis halus memperlihatkan rambut tampak lebat dan sihat.

Warna digunakan untuk menunjukkan kematang raut wajah dan

menggambarkan ciri-ciri gadis Melayu berkulit sawo matang

Campuran warna digunakan untuk menimbulkan kesan ruang

vii. Aplikasi alat, media dan bahan

Pelukis telah menggunakan peralatan seperti berus, warna minyak, minyak

linsid dan kain kanvas untuk menghasilkan catan cat minyak

viii. Penilaian keseluruhan karya

Karya diatas merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Mohd Hossein Enas

pada tahun 1950. Beliau menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema

figuratif sebagai tema utama iaitu figura seorang perempuan. Karya ini merakamkan

gambar seorang gadis yang mempunyai raut wajah gadis melayu yang berambut

hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memandang ke arah satu tempat

dan memakai baju kemeja.

Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis

melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya potret ini

secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga

kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu

dizaman itu.

Pelukis bijak menggunakan teknik sapuan berus dengan baik dan Berjaya

menimbulkan pandangan fokus kepada wajah gadis tersebut. Riak wajah gadis

tersebut juga menimbulkn pelbagai takrifan dan dapat dijadikan bahan dokumentasi

visual dan rujukan dalam banyak perkara.

Pelukis menggunakan garisan yang lembut pada karya ‘Gadis Melayu’ ini dan

menampakkan kelembutan pada rambut, bulu kening, bulu mata an bibir gadis

tersebut tetapi pelukis menggunakan garisan tebal pada kolar baju kemeja dan

menampakkan elemen bayang-bayang.

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 20 bagi 23

Pelukis juga mengguna unsur rupa pada telinga gadis tersebut dan

menggunakan bentuk pada hidung, mata dan kolar baju gadis tersebut yang telah

menampakkan bentuk 3 dimensi pada karya yang dinyatakan ini. Jalinan pada garis

halus yang digunakan oleh Hossein Enas menampakkan rambut gadis tersebut tampak

lebat dan sihat.

Warna yang digunakan juga menunjukkan kematangan pada raut wajah gadis

tersebut dan menggambarkan ciri-ciri gadis melayu yang berkulit sawo matang.

Campuran warna yang digunakan menimbulkan kesan ruang pada karya tersebut dan

menampakkan gadis tersebut berada di hadapan dan dibelakangnya terdapat satu

ruang yang boleh ditakrifkan sebagai dinding ataupun pemandangan yang dikaburkan.

Warna yang digunakan dalam karya ini menunjukkan kelembutan pada gadis tersebut

walaupun gadis tersebut berpakaian kemeja dan moden pada zamannya.

Jalinan garisan halus juga menimbulkan pergerakan pada rambut gadis

tersebut. Manakala mata yang agak besar dan bibir yang sedikit terbuka menimbulkan

mood yang tenang dan selesa. Gabungan elemen-elemen ini menimbulkan perasaan

harmoni. Kesan warna Berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik. Beliau juga

menggunakan warna sekunder iaitu hijau, oren dan ungu yang dicampur halus dan

menampakkan kesan ruang.

Walaupun pada karya tersebut, pemberatan ruang kosong adalah disebelah

kanan karya, tetapi karya tersebut tidak nampak cacat dan kelihatan kadar banding

warna yang digunakan menampakkan keseimbangan dan tidak membosankan kerana

terdapat ciri kemodenan pada karya tersebut. Penggunaan ton warna yang bersesuaian

dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gleap dengan baik sekali dan begitu

neutral dan semula jadi.

Gaya yang digunakan oleh pengkarya ini bersifat realistik iaitu karya yang

menggambarkan sepertimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi, peniruan

daripada bentuk asal. Beliau juga menggunakan bahan cat minyak iaitu bersifat legap

dan dan menggunakan teknik sapuan berus yang pelbagai yang menjadikan karya

tersebut kelihatan hidup dan menarik.

Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada

penggunaan warna yang dihasilkan. Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan

bersahaja dan santai. Dari segi penegasan, pelukis membuat penegasan dari segi

warna iaitu di mana terdapat warna yang agak terang dan ada bahagian tertentu

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 21 bagi 23

pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk menimbulkan satu suasana kontra

dan menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.

Dalam karya ini, pengkarya memberi makna ekspresif iaitu melahirkan rasa

bangga dan kagum terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan dengan fesyennya

pada masa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus

kekal selagi hasil karyanya ini masih ada.

Dalam karya yang telah dihasilkan, dapat dilihat warna baju gadis tersebut

melambangkan kesederhanaan tetapi masih mengikut fesyen pada zaman tersebut.

Warna tersebut juga mencerminkan perbezaan zaman dahulu dan sekarang di mana

pada zaman sekarang warna baju yang menjadi kegemaran adalah warna yang lebih

terang. Dalam potret ini juga, dapat dilihat bahawa gadis tersebut memakai anting-

anting. Ini menunujukkan bahawa gadis tersebut dari keluarga yang berada tetapi

masih mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan dan kesopanan kerana pakaian tersebut

tidak mencolok mata.

Jika dilihat dengan teliti, teknik yang digunakan begitu teliti sehinggakan

perasaan gadis tersebut dapat dirasai oleh orang lain. Teknik yang digunakan iaitu

teknik sapuan lembut menghasilkan struktur warna yang sangat berkesan dan

menampakkan keaslian gadis melayu terutama pada bahagian wajahnya.

Karya potret ini secara keseluruhannya dapat dinilai membawa makna seorang

gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Pemakaian kemeja

juga merupakan fesyen gadis Melayu paa zaman tersebut. Disini pengkarya cuba

menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang

digambarkan secara natural.

Setiap garisan-garisan yang ada pada karya juga disampaikan dengan baik bagi

menimbulkan unsur pergerakan terutama pada wajah gadis tersebut walaupun figuratif

tersebut hanya menampakkan separuh badannya tetapi tidak menampakkan ketidak

kakuan dalam potret tersebut.

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 22 bagi 23

9.0 Kesimpulan

Ada satu catatan yang menyatakan bahawa warna bagi seseorang pelukis adalah lentera

tentang dirinya (Raden Salleh Sjarif Bestaman, 1807-1880). Kesimpulannya, bagi semua

pelukis di dunia, warna, catan dan imejan pada kanvas adalah sebuah catatan visual bagi

seseorang pelukis. Ia menghimpun kisah duka, rasa gembira, kekaguman dan apa

sahaja yang berada di persekitarannya. Secara umumnya karya-karya tokoh catan di atas

adalah menampilkan catatan tentang emosi, pengembaraan psikologi atau sebuah ekspresi

yang diungkapkan diatas kanvas.

Jika diperhatikan dengan teliti, sesebuah karya oleh tokoh-tokoh di atas masing-

masing dengan cara, gaya dan teknik yang tersendiri. Karya yang mereka hasil adalah

yang tersendiri berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan persekitaran mereka walaupun

mereka di bidang aliran yang sama. Karya-karya merka menunjukkan luahan emosi

ekspresionisme, realisme dan surealisme yang tersendiri. Tumpuan catan mereka

memperlihatkan nada ritma yang harmoni dan tenteram, emosi diperlihatkan menerusi

sapuan yang lembut dan menggunakan warna-warna kontras.

Seni catan di Malaysia dikatakan mula berkembang pada awal abad ke–19.

Terdapat kepercayaan menyatakan bahawa pengembara-pengembara Eropah dan

Inggeris telah meminta pelukis-pelukis Negeri-Negeri Selat berketurunan Cina atau

Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan

fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan

dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur

yang ditempatkan di Malaya. Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre catan landskap

dalam aliran realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan

sehingga abad ke-19 apabila Seni Eropah terutama Seni Perancis mula memberi

kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti

Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Tokoh-tokoh catan ini walaupun mengadaptasi pengaruh tokoh-tokoh ekspresionisme

Barat namun disamping itu juga mereka membawa konsep baru dalam ekspresionisme

yang bercitrakan seni tampak tempatan. Kemampuan mengadaptasi gaya ekspresionisme

Barat ini ke dalam wacanana seni tempatan menjadikan karya-karya tokoh-tokoh ini

begitu unik dan menarik. Hasilnya karya-karya tokoh-tokoh ini sehingga ke hari ini

menjadi bahan kritikan dan kajian oleh pengkarya seni moden.

HBAE1403 MENGGAMBAR(SMP PEDALAMAN)

Halaman 23 bagi 23

(3,733 perkataan)

10.0 Rujukan

1. Zakaria ali (1994).Kemalaysiaan seni Lukis Malaysia: Soal Identiti. Kuala Lumpur.

Balai Seni Lukis Negara

2. Katleen Chee (2011). Siri Rujukan: Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. Pelangi

Group Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

3. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia(2003). Sukatan

Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pendidikan seni Visual. Kuala

Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka

4. Sumber internet http://www.penang-artists.com

5. Sumber internet http://www.scribd.com/doc/105083887/apresisasi-tokoh-seni-lukis-

Mohd-Hoeissen-Enas

6. Sumber internet http://senishukri.blogspot.com/2012/12/abdullah-arif.html

7. Sumber internet http://cikguise08.blogspot.com/2011/09/yong-mun-seng.html