GAYA KEIBUBAPAAN MENGIKUT ETNIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI LUAR BANDAR

18
Gaya Keibubapaan Mengikut Etnik dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Luar Bandar Anuar Bin Ahmad Norhaidawati Mohd Noor ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan mengikut tema etnik dengan pencapaian akademik pelajar di luar bandar. Kajian ini berbentuk kuantitatif iaitu melibatkan analisis data deskriptif dan inferensi. Gaya keibubapaan yang dikaji merujuk kepada model gaya keibubapaan Baumrind 1971. Konstruk etnik pula merujuk kepada aspirasi, budaya dan tradisi serta kepercayaan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Manakala pencapaian akademik merujuk kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Sampel kajian ini terdiri daripada 189 pelajar tingkatan enam rendah yang bersekolah di SMK Pahi dan SMK Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan. Data gaya keibubapaan dikumpul dengan menggunakan soalan soal selidik daripada Parenting Style Questionnaire dan Parental Authority Questionnaire (PAQ). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspirasi dengan pencapaian akademik di mana, 2 =6.077 dan p<0.05. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang siginifikan antara budaya dan tradisi dengan pencapaian akademik ( 2 =1.690 dan p>0.05). Begitu juga dengan dapatan tentang kepercayaan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik ( 2 =2.889 dan p>0.05). Dapatan lain menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspirasi dengan gaya keibubapaan autoritatif, (r=.462** dan p<0.05) dan permisif (r=-.466** dan p<0.05) . Namun demikian, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya dan tradisi dengan gaya keibubapaan (r=.288** dan p<0.05). Dari segi kepercayaan, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan dengan gaya keibubapaan autoritarian (r=.048 dan p>0.05). Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik, (r=-.109 dan p>0.05). Kajian ini menunjukkan ibu bapa haruslah mempraktikkan gaya keibubapaan yang sesuai supaya berfungsi mengikut peranan masing-masing. ABSTRACT This study aims to analyse the connection between parenting style by ethnicity with academic achievement of rural students. It is also a quantitative-study with descriptive data analysis and inference. The term ‘parenting style’ refers to a model of parenting styles by Baumrind 1971. While ‘ethnicity’ centres on aspirations, culture and traditions and beliefs of the three ethnics; Malay, Chinese and Indian. The samples of this study were 189 of lower-sixth-form students studying in SMK Pahi and SMK Kuala Krai., Kelantan. While academic achievement refers to the students’ Malaysian Certificate of Education (SPM) 2012 results. Data collection on parenting style was gathered via a parenting-style questionnaire and Parental Authority Questionnaire (PAQ). The results

Transcript of GAYA KEIBUBAPAAN MENGIKUT ETNIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI LUAR BANDAR

Gaya Keibubapaan Mengikut Etnik dan Hubungannya Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar Di Luar Bandar

Anuar Bin Ahmad

Norhaidawati Mohd Noor

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan mengikut

tema etnik dengan pencapaian akademik pelajar di luar bandar. Kajian ini berbentuk

kuantitatif iaitu melibatkan analisis data deskriptif dan inferensi. Gaya keibubapaan yang

dikaji merujuk kepada model gaya keibubapaan Baumrind 1971. Konstruk etnik pula

merujuk kepada aspirasi, budaya dan tradisi serta kepercayaan ketiga-tiga kaum Melayu,

Cina dan India. Manakala pencapaian akademik merujuk kepada keputusan Sijil Pelajaran

Malaysia 2012. Sampel kajian ini terdiri daripada 189 pelajar tingkatan enam rendah

yang bersekolah di SMK Pahi dan SMK Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan. Data gaya

keibubapaan dikumpul dengan menggunakan soalan soal selidik daripada Parenting Style

Questionnaire dan Parental Authority Questionnaire (PAQ). Dapatan kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspirasi dengan pencapaian

akademik di mana, 2=6.077 dan p<0.05. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat

hubungan yang siginifikan antara budaya dan tradisi dengan pencapaian akademik

(2=1.690 dan p>0.05). Begitu juga dengan dapatan tentang kepercayaan tidak

mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (2=2.889 dan

p>0.05). Dapatan lain menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspirasi

dengan gaya keibubapaan autoritatif, (r=.462** dan p<0.05) dan permisif (r=-.466** dan

p<0.05) . Namun demikian, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya dan tradisi

dengan gaya keibubapaan (r=.288** dan p<0.05). Dari segi kepercayaan, didapati tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan dengan gaya keibubapaan

autoritarian (r=.048 dan p>0.05). Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik, (r=-.109 dan

p>0.05). Kajian ini menunjukkan ibu bapa haruslah mempraktikkan gaya keibubapaan

yang sesuai supaya berfungsi mengikut peranan masing-masing.

ABSTRACT

This study aims to analyse the connection between parenting style by ethnicity with

academic achievement of rural students. It is also a quantitative-study with descriptive

data analysis and inference. The term ‘parenting style’ refers to a model of parenting

styles by Baumrind 1971. While ‘ethnicity’ centres on aspirations, culture and traditions

and beliefs of the three ethnics; Malay, Chinese and Indian. The samples of this study

were 189 of lower-sixth-form students studying in SMK Pahi and SMK Kuala Krai.,

Kelantan. While academic achievement refers to the students’ Malaysian Certificate of

Education (SPM) 2012 results. Data collection on parenting style was gathered via a

parenting-style questionnaire and Parental Authority Questionnaire (PAQ). The results

showed there was a significant relationship between aspirations with academic

achievement where (2=6.077 dan p<0.05). The results also showed that there was no

significant relationship between culture and tradition with academic achievement

(2=1.690 dan p>0.05). Similarly, the study did not have a belief significant relationship

with academic achievement ((2=2.889 dan p>0.05). Other findings also signified there

was a significant relationship between aspiration with authoritative parenting style

(r=.462** dan p<0.05) and permissive (r=-.466** dan p<0.05). However, there is a

significant relationship between culture and traditions with parenting style (r=.288 ** and

p<0.05). In terms of belief, it was found there was no significant relationship between

trust with authoritarian parenting style (r=.048 dan p>0.05). The results showed there was

no significant relationship between parenting style with academic achievement where

(r=-.109 and p>0.05). This suggests that parents should practice appropriate parenting

style apply to their kids’ growth development to behave in accordance with their

respective roles.

PENGENALAN

Walaupun sekolah merupakan satu institusi formal yang dipertanggungjawabkan untuk

membentuk kejayaan pelajar. Namun, peranan keluarga terutama ibu bapa tidak boleh

dipandang remeh. Oleh itu, ibu bapa perlu membina minda dan akhlak yang baik supaya

timbul suasana yang seronok dan selesa untuk anak-anak menimba ilmu. Ibu bapa yang

dapat mengamalkan tingkah laku keibubapaan yang menekankan kawalan autonomi

dengan sokongan dan penyertaan dalam aktiviti anak-anak berupaya membentuk fungsi

keluarga yang baik (Othman & Normalina, 2010). Keluarga pula dilihat sebagai institusi

sosial dan karakteristik universal yang selalu ada dalam sesebuah masyarakat yang paling

dasar dalam membentuk sebuah masyarakat (Adi Fahrudin, 2005). Keluarga juga adalah

asas sesebuah masyarakat yang di dalamnya terjalin interaksi dari segi kognitif atau

efektif antara ahli keluarga (Lily Mastura, 2007). Keluarga mempunyai hubungan yang

rapat dengan seseorang individu (Siti Aminah, 2005). Tanpa unit keluarga yang berkualiti

tidak mungkin ia mampu menyumbang ke arah pembangunan negara (Sidek Baba, 2007).

Sistem sosial yang mengisi ruang hidup setiap individu terdiri daripada

masyarakat dimana individu itu berada, budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut,

keluarga yang banyak mendidik individu itu secara tidak formal telah memberi kesan

terhadap perkembangan individu tersebut (Azizi, 2007). Ibu bapa adalah tulang belakang

dalam pembinaan keluarga yang sejahtera (Khadijah Alavi et al, 2012). Keluarga pula

berfungsi sebagai penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral, prinsip, tabiat dan

cara berfikir serta bertingkahlaku yang akan dipindahkan dari satu generasi ke generasi

yang berikutnya (Azizi, 2007). Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian

ilmu yang tinggi. Untuk tujuan ini, ibu bapa perlu memastikan bahawa perasaan cinta

terhadap ilmu ini perlu dipupuk seawal mungkin. Bermula dari rumah, ibu bapa perlu

menyediakan suasana yang kondusif yang boleh menggalakkan minat anak-anak kepada

pertumbuhan ilmu (Ratna & Nik Haslinda, 2007).

GAYA KEIBUBAPAAN DAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam

kekeluargaan dan masyarakat di Malaysia (Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad, 2009).

Fakta sejarah telah menunjukkan orang Melayu merupakan penduduk asal atau pribumi

(Najeemah Mohd Yusof, 2005). Manakala orang Cina dan orang India sebagai kaum

imigran (Khoo Kay Kim, 1980). Setelah merdeka ramai daripada kumpulan imigran dan

anak-anak imigran yang dilahirkan di Tanah Melayu mahu terus tinggal di Tanah Melayu

mahu terus tinggal di Tanah Melayu sebagai penduduk tetap (Najeemah Mohd Yusof,

2005). Namun, dalam hal mendidik anak-anak, setiap etnik berterusan mendidik anak-

anak mengikut keperluan dan berdasarkan adat resam dan kepercayaan yang mereka

bawa sejak dulu lagi. Setiap etnik menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri anak-anak

mereka mengikut kebudayaan dan adat masing-masing (Amir Hasan Dawi, 2006).

Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka,

mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja

yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada

etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan termasuklah dalam

mendidik anak-anak di rumah dan natijah akhirnya akan memberikan kesan terhadap

pendidikan anak-anak (Comber, 2007). Sehubungan itu, bagi memastikan kecemerlangan

akademik anak-anak tercapai, ibu bapa seharusnya mempersiapkan diri anak-anak mereka

dengan pembentukan sahsiah dan bersikap positif (Zukina, 2003). Namun demikian,

kaedah pengasuhan kanak-kanak atau gaya keibubapaan berbeza antara satu kelompok

ibu bapa dengan kelompok ibu bapa lain atau antara satu negara dengan negara yang lain

(Siti Aminah, 2005).

Pada peringkat awal, amalan keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa

masyarakat Melayu lebih banyak memberikan didikan kepada anak-anak berorientasikan

pendidikan agama. Tumpuan diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran al-Quran

(Ishak Ismail, 2012). Ibu bapa masyarakat Melayu lebih menekankan perhubungan dan

akhlak yang baik dalam keluarga. Kaedah pendidikan yang digunakan begitu informal

yang dijalankan di rumah, surau, madrasah dan masjid. Kemudiannya, ibu bapa

masyarakat Melayu sering mendidik anak-anak mereka berdasarkan sistem pendidikan

pondok sebagai pusat pembelajaran dan tempat tinggal pelajar (Kassim Thukiman &

Zaliza, 2009). Masyarakat Cina pula menurut Comber (2007), sejarah membuktikan

bahawa penempatan masyarakat Cina telah berlaku sejak mula mereka berhijrah ke Tanah

Melayu, sehinggalah berlakunya penjajahan Inggeris, dan berlangsung hingga ke hari ini.

Majoriti keluarga Cina tinggal di bandar, sementara orang Melayu di luar bandar.

Keadaan ini terbawa-bawa hingga masa kini. Kalau ada pun orang Melayu di bandar,

mereka lebih selesa tinggal di kawasan perumahan yang majoriti dihuni rakan

sebangsanya atau kampung-kampung baru (kampung Melayu) (Mohd Ridhuan Tee,

2010). Begitu juga dengan orang Cina yang juga cenderung tinggal di taman perumahan

yang majoriti dihuni rakan sebangsanya atau kampung baru Cina seperti yang dijelaskan

oleh Strauch (1981). Namun demikian, adalah sangat menarik melihat di mana sungguh

pun anak-anak etnik Cina tidak diberikan banyak kemudahan ke asrama penuh, ibu bapa

mereka masih mampu mendidik anak-anak dan meneruskan kejayaan pendidikan malah

terus mengungguli dari segi pencapaian (Mohd Ridhuan Tee, 2010). Ramai daripada

mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Di institusi

pengajian tinggi awam pula anak-anak etnik Cina memonopoli ijazah-ijazah kelas

pertama. Malah sehingga tamatnya tempoh asal Dasar Ekonomi Baru, kaum Melayu dan

golongan bumiputera lain belum dapat menandingi atau sekurang-kurangnya menyamai

keunggulan etnik Cina dalam bidang perniagaan dan pekerjaan yang dianggap

professional (Amir Hasan Dawi, 2006).

Masyarakat India pula merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah

satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di

negara ini (Amir Hasan Dawi, 2009). Kaum India telah memperkasakan diri untuk terus

berjaya dan berpengaruh dalam semua bidang kehidupan, pendidikan, politik, ekonomi

dan professional sejak 20 tahun kebelakangan. Dalam bidang pendidikan, seramai 1384

pelajar kaum India ditawarkan tempat di universiti-universiti awam pada pengambilan

2012/2013 (Pathma Selvarajoo, 2013). Masyarakat India sekarang telah berbeza dengan

masyarakat India sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Kaum India

tinggal di estet dan bekerja sebagai penoreh berbanding kini telah melibatkan diri dalam

pelbagai profesion. Seiring dengan perubahan ini, ibu bapa masyarakat India lebih

terbuka dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa masyarakat India turut mendidik

anak-anak mereka mengikut gaya keibubapaan yang sesuai dengan adat-adat dan

kepercayaan mereka. Pathma Selvarajoo (2013), juga menyatakan pencapaian akademik

anak-anak etnik India turut dititik beratkan untuk menjadikan mereka satu bangsa yang

berjaya. Satu ciri unik sekolah menengah di Malaysia ialah pelajar-pelajar yang terdiri

daripada tiga kumpulan dan tema etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India.

Ketiga-tiga kumpulan etnik yang dominan mempunyai kepercayaan mereka sendiri,

budaya, nilai-nilai dan norma-norma yang akan memberi kesan kepada gaya keibubapaan

yang mereka amalkan, tingkahlaku dan tindakan mereka (Najeemah, 2006). Namun

demikian, perkembangan anak dari segi fizikal (jasmani) , sosial, emosi, mental (kognitif)

dan intelek banyak dipengaruhi oleh interaksi dan gaya keibubapaan yang diamalkan

antara ibu bapa dan anak-anak. Sebahagian ibu dan bapa semesti berkerjaya untuk

menyara ahli keluarga. Di samping itu mereka memerlukan kepakaran untuk

menyempurnakan amanah, tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak

walaupun berlainan bangsa dan agama.

PERNYATAAN MASALAH

Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat di mana

keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara

keseluruhannya dan melahirkan anak-anak yang cemerlang. Namun demikian, dengan

kepesatan arus globalisasi cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan menuntut ibu

bapa memainkan peranan yang paling efektif khususnya dalam hubungan dengan anak-

anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan seiring dengan perkembangan tersebut

(Norsayyidatina, 2011). Fenomena sosial yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa

masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar khususnya dalam pencapaian akademik

mereka di sekolah, berpunca daripada kegagalan institusi keluarga berfungsi dengan baik.

Masalah ini amat membimbangkan kerana ia sudah pasti mendatangkan kesan negatif ke

atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu,

keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut Zuria (1997) dalam Nuraini Nawwar (2009), kajian yang terdahulu telah

menunjukkan bahawa tahap perkembangan seseorang remaja seperti pencapaian

akademik dan sebagainya mempunyai hubungan dengan faktor-faktor kekeluargaan

seperti gaya keibubapaan dan hubungan kekeluargaan. Memang tidak dinafikan lagi

bahawa keluarga merupakan tempat awal bagi seseorang remaja mendapat pendedahan

dan mempelajari tingkah laku. Corak keibubapaan yang betul akan menjadikan usaha

pengasuhan akan menjadi lebih berkesan tanpa mengira bangsa dan agama yang dianuti.

Mohd Taib Osman (1995), menyatakan bahawa semenjak kecil lagi perkara yang

dilakukan oleh ahli keluarga adalah merupakan sebahagian daripada proses sosialisasi

Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Taib Osman (1995), ini ia

memberi satu persoalan kepada pengkaji adakah terdapat perbezaan antara gaya

keibubapaan yang dipraktikkan oleh kaum Melayu, Cina dan India dan hubungannya

dengan pencapaian akademik.

Disebabkan ibu dan bapa membesar dalam persekitaran yang berlainan, biasanya

mereka akan mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Justeru itu, ibu bapa yang dalam

keadaan ini berkemungkinan mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza-beza (Sanders,

2004). Kebanyakkan ibu bapa tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila anak-anak

remaja mereka mempunyai masalah dalam pencapaian akademik. Sesetengah ibu bapa

langsung tidak membantu memainkan peranan mereka sebagai ibu dan bapa untuk

mendidik anak-anak mereka sendiri dengan gaya keibubapaan yang sesuai. Apabila anak-

anak remaja berasa mereka tidak dihargai kerana pencapaian akademik yang rendah,

maka mereka akan mencari alternatif lain sama ada mencari keseronokkan bersama

rakan-rakan yang mempunyai permasalahan yang sama (Norhafizah Abu Bakar, 2012).

Penyelidikan selama bertahun-tahun telah mengesahkan bahawa gaya keibubapaan

mempunyai kesan langsung dalam membentuk peningkatan pencapaian akademik.

Sebagai contoh, Baumrind dan ramai pengkaji lain mendokumenkan mengenai hubungan

antara amalan gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik (Nik Hairi et, al,. 2012).

Amalan keibubapaan mempunyai kesan yang kuat ke atas perkembangan emosi,

sosial dan intelek seseorang anak.Walau bagaimanapun, apa yang berlaku pada hari ini

adalah soal didikan anak-anak kebanyakannya ibu bapa serahkan kepada pihak sekolah

dan pembantu rumah. Ibu bapa lebih mementingkan keperluan dari segi material semata-

mata daripada memikirkan kawalan dan gaya keibubapaan yang bersesuaian yang perlu

diberikan kepada anak-anak bagi mengisi keperluan anak-anak. Jika ibu bapa mendidik

anak-anak tanpa ada latihan dan gaya keibubapaan yang baik maka kemungkinan ibu

bapa lebih cenderung ke arah tindakan yang lebih ekstrem (Studer & Diambra, 2010).

Berdasarkan kajian Diana Baumrind juga mengatakan bahawa, terdapat tiga jenis gaya

keibubapaan iaitu autoritarian, permisif dan autoritatif di mana ibu bapa seharusnya

memilih cara didikan yang bagaimana menjadi pilihan ibu bapa terhadap anak-anak.

Setiap didikan yang menjadi pilihan ibu bapa akan memberi kesan kepada anak-anak.

Keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan

pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang apabila

dewasa. Jelas disini menunjukkan bahawa cara didikan yang diberikan oleh ibu bapa

sangat memainkan peranan kepada anak-anak sama ada ke arah positif atau negatif.

Ranjit Singh Malhi (1997), menyarankan bahawa perkembangan diri bermula sejak

kelahiran kita lagi. Umumnya, pengalaman awal ketika zaman kanak-kanak dan masa

remaja mempunyai kesan besar terhadap perkembangan diri. Keluarga sebagai

agen pertama pemasyarakatan mengemukakan petunjuk awal kepada seorang kanak-

kanak sama ada dia diterima atau tidak, disayangi atau tidak, dan layak untuk hidup atau

tidak imej diri awal kita dibentuk oleh komen-komen tentang diri kita oleh ibu bapa kita.

Para penyelidik mendapati bahawa pertimbangan yang dibuat oleh ibu bapa bertahan

lama dalam kalangan individu hingga ke zaman dewasa.

Kajian oleh Habibah Elias & Tan Huey Yee, 2009; Othman M. Johan &

Normalina M. Nazeri, (2010); Zulkifli A. Hamid et al.,(2011); Che Hasniza Che Noh &

Fatimah Yusooff, (2011); Zarinah Arshat & Rozumah Baharudin, (2011), Nik Hairi Omar

et al., (2011), pula lebih menumpukan kepada penglibatan ibu bapa miskin di Selangor,

tumpuan aspek komunikasi dan perbualan dalam keluarga Melayu, aspek latar belakang

keluarga dan faktor sosio-ekonomi. Lantaran itu, ia telah mencetuskan minat dan

kesedaran penyelidik sebagai pendidik terhadap kepentingan gaya keibubapaan dalam

membantu pelajar pelbagai kaum di luar bandar meningkatkan kecemerlangan akademik,

bagaimanakah pendekatan ibu bapa boleh membantu pelajar meningkatkan aspirasi dalam

pendidikan? dan apakah gaya keibubapaan yang paling berkesan dalam meningkatkan

kecemerlangan akademik?. Walau bagaimanapun, dalam ibu bapa mempraktikkan cara

didikan kepada anak-anak, adakah bersesuaian diamalkan dalam keluarga dan adakah

semua remaja merasai didikan seperti mana yang diimpikan? Seperti mana yang dapat

kita lihat fenomena keluarga pada hari ini, jelas ibu bapa lebih mementingkan kerjaya

daripada kehidupan berkeluarga. Banyak masa ibu bapa ditumpukan pada kerjaya

berbanding anak-anak. Disebabkan kesibukan ini menyebabkan ibu bapa kekurangan

masa untuk bersama dan terlibat dalam pembelajaran dengan anak-anak di rumah. Oleh

itu, nilai gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa pada hari ini adakah ia

memberi kesan terhadap pencapaian akademik anak-anak. Berdasarkan kepada

permasalahan di atas, kajian berikut dilakukan untuk mengkaji perhubungan antara gaya

keibubapaan yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India dengan pencapaian

akademik anak-anak di luar bandar.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan

mengikut tema etnik dengan pencapaian akademik pelajar luar bandar. Secara khusus,

kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana wujudnya perbezaan antara gaya

keibubapaan yang diamalkan mengikut tema etnik serta mengenalpasti hubungan antara

gaya keibubapaan mengikut tema etnik dengan tahap pencapaian akademik pelajar luar

bandar. Kajian ini juga dilakukan untuk membantu para ibu bapa untuk mendapatkan

pengetahuan dan pemahaman yang lebih berkenaan persepsi anak berdasarkan amalan

keibubapaan mereka seharian. Instrumen yang digunakan dalam kajian telah digunakan

oleh pengkaji sebelumnya untuk mengkaji gaya keibubapaan. Namun begitu, kajian ini

menilai persepsi anak-anak sebagai responden kajian. Tujuannya adalah untuk

mengenalpasti pengaruh besar di dalam peningkatan potensi akademik atau intelektual

anak-anak.

ULASAN KEPUSTAKAAN

Persoalan etnik tidak dapat dielakkan apabila kita membincangkan mengenai pencapaian

akademik (Amir Hasan Dawi, 2009). Amla et., al., (2010) yang melihat pembangunan

dan kemajuan negara pada masa hadapan amat bergantung kepada sistem pendidikan dan

rupa bentuk pelajar yang akan dihasilkan. Pengkaji melihat pencapaian akademik

merupakan agenda penting yang sering dibincangkan. Dalam menentukan kejayaan

sesebuah sistem pendidikan, ukuran utama yang dilihat ialah pencapaian pelajar dalam

bidang akademik yang diterjemahkan dalam bentuk keputusan yang baik yang dicapai

dalam peperiksaan kebangsaan pada peringkat menengah atau kejayaan mengikuti

pengajian di peringkat lebih tinggi (Amla et al., 2007; Zalizan et al., 2001). Mohamad

Johdi Salleh et al. (2012), menyatakan ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan yang

baik merupakan faktor yang sangat tinggi membantu pelajar dalam mencapai

kecemerlangan dalam bidang akademik dan menjadi sumber inspirasi dan yang banyak

mendorong kepada kejayaan pelajar. Keluarga harus memainkan peranan penting

terutama membina minda dan akhlak yang baik supaya timbul suasana yang seronok bagi

anak-anak yang menimba ilmu pengetahuan dan mencapai kejayaan dalam akademik.

Bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak tercapai, ibubapa seharusnya

mempersiapkan diri anak-anak dengan pembentukan sahsiah, persiapan kemahiran dan

bersikap positif (Zukina, 2003).

Ibu bapa dianggap sebagai penentu penting dalam beberapa aspek perkembangan

anak-anak (Gadeyne, Ghesquiere& Onghena, 2004). Pernyataan ini disokong oleh

Zulkifli et al., (2011) yang menyatakan ibubapa memainkan peranan penting dalam

pencapaian akademik pelajar. Zukina (2003), juga menyatakan sikap ibubapa terhadap

pendidikan anak-anak penting dalam menentukan kejayaan dalam akademik. Manakala

Arnold et al., (2008), juga dalam kajiannya turut mendapati hubungan antara ibubapa dan

pelajar merupakan elemen utama dalam kemajuan pelajar. Ini menunjukkan bahawa gaya

keibubapaan mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan pencapaian akademik,

Berdasarkan faktor etnik, Sharifah Mohd Noor (1992), dalam kajiannya mendapati

bahawa etnik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik.

Menurutnya, bangsa India menunjukkan hubungan yang negatif dan signifikan dengan

pencapaian akademik. Hasil kajian yang ditunjukkan mendapati pelajar-pelajar India

tidak mencapai prestasi akademik yang baik berbanding dengan pelajar-pelajar Melayu

dan Cina. Murid-murid Cina didapati mempunyai skor pencapaian yang lebih tinggi

berbanding dengan murid-murid Melayu dan India. Selaras dengan kajian Murad (1984),

yang menunjukkan bahawa pelajar bukan bumiputera memperoleh pencapaian yang lebih

baik dalam mata pelajaran Sains berbanding dengan pelajar-pelajar lain. Kim (1996),

dalam kajiannya juga mendapati bahawa pelajar Cina memperoleh pencapaian yang

paling tinggi dalam Matematik, diikuti dengan pelajar Melayu manakala pelajar India

pula memperolehi pencapaian yang paling rendah. Rozumah Baharuddin & Nazli (1999),

telah menjalankan kajian ke atas 114 pasangan bapa dan anak dari keluarga lengkap

berbangsa Melayu dan tinggal bersama. Hasil kajian mendapati tingkah laku keibubapaan

yang ditunjukkan oleh bapa terhadap anak-anak boleh mempengaruhi pencapaian

akademik anak-anak. Penglibatan dan tingkahlaku ibu bapa melibatkan pelbagai aspek

seperti kasih sayang, galakan, dorongan pencapaian mempunyai hubungan yang positif

dengan perkembangan anak-anak.

Manakala Poh Bee Theen & Melissa (2008), menunjukkan bahawa pelajar Cina

mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar daripada kumpulan

etnik yang lain. Implikasinya, ibubapa setiap etnik harus peka tentang perbezaan

pencapaian yang wujud antara anak-anak masing-masing yang berlainan etnik supaya

jurang perbezaan pencapaian tidak terus meluas. Sekaligus ini menunjukkan bahawa

perbezaan pencapaian mengikut etnik ini mungkin disebabkan faktor gaya didikan

ibubapa di rumah.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah

menengah harian kategori luar bandar. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai

189 pelajar tingkatan enam rendah yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan

India. Pemilihan sampel di ambil mengikut nisbah etnik yang bersekolah dalam tingkatan

enam rendah iaitu Melayu seramai 94 orang (49.7%), Cina seramai 57 orang (30.7%) dan

India seramai 38 orang (19.6%). Disebabkan oleh sampel yang terlibat dalam kajian ini

terbahagi kepada beberapa sub-sampel seperti kaum Melayu, Cina dan India maka

penyelidik menggunakan persampelan rawak berstrata (berlapis) secara kuota.

Kajian ini menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Parenting Style

Questionnaire yang dibangunkan oleh Robinson et al., (1995), dan Parental Authority

Questionnaire (PAQ) yang dibangunkan oleh Buri (1991), untuk mendapatkan maklumat

tentang gaya keibubapaan autoritatif, autoritarian dan permisif daripada responden dan

membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menjawab persoalan

kajian yang dikemukakan. Soal selidik ini mengandungi 28 soalan berskala likert 5 mata

daripada sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju (S) dan

sangat setuju (SS). Dalam soal selidik, terdapat item yang dibangunkan sendiri oleh

penyelidik berdasarkan kajian-kajian lepas (Amir Hassan Dawi, 2009 & Norsayyidatina,

2010), untuk dijadikan sebagai model dan telah diubahsuai tentang aspirasi pendidikan,

budaya dan tradisi serta kepercayaan beragama ibu bapa bertepatan dengan sorotan

kajian. Untuk tujuan analisis data, kajian ini mengkategorikan skor min kepada empat

mata iaitu 1.00 hingga 2.00= Rendah, 2.01 hingga 3.00=Sederhana rendah, 3.01 hingga

4.00=Sederhana Tinggi dan 4.01 hingga 5.00=Tinggi. Untuk pekali korelasi pula, kajian

ini menggunakan skala Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), r=0.00 hingga 0.20 tahap

hubungannya sangat lemah, r=0.21 hingga 0.40 tahap hubungannya rendah, r=0.41

hingga 0.70 tahap hubungannya sederhana, r=0.71 hingga 0.90 tahap hubungannya tinggi

dan r=0.91 hingga 1.00 tahap hubungannya sangat tinggi.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hubungan Aspirasi Dengan Pencapaian Akademik

Tahap Pencapaian

Akademik

Tahap Aspirasi

Jumlah

Tahap Sederhana

(17-25)

Tahap Tinggi

(26-35)

N % N % N %

Tahap Rendah (8-19) 4 13.3 9 5.7 13 6.9

Tahap Sederhana (20-30) 25 83.3 120 75.5 145 76.7

Tahap Tinggi (31-40) 1 3.3 30 18.9 31 16.4

2=6.077

dengan p<0.05

Berdasarkan analisis yang dilakukan, dapatan kajian ini telah menunjukkan ibu bapa

pelajar bagi ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India mempunyai aspirasi yang tinggi

terhadap kejayaan anak-anak mereka dalam pelajaran. Namun demikian, hasil kajian

mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara aspirasi ibubapa dengan pencapaian

akademik. Ini adalah kerana, hasil kajian telah menunjukkan purata pencapaian pelajar

ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India berada pada tahap sederhana. Penyelidik

mengandaikan mungkin selain aspirasi yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak

untuk berjaya dalam pelajaran, masih terdapat faktor lain seperti aspek kualiti diri pelajar

seperti tahap IQ, EQ, personaliti, tingkat motivasi, minat, kesihatan diri dan pengaruh

persekitaran yang lebih luas seperti rakan sebaya, sekolah dan masyarakat itu sendiri yang

menyebabkan pencapaian akademik pelajar yang bersekolah di kawasan luar bandar

masih berada dalam tahap sederhana walaupun aspirasi ibu bapa mereka terhadap

kejayaan anak-anak adalah tinggi.

Hasil kajian mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan antara aspirasi

dengan pencapaian akademik. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Siti (2000), yang

menyatakan bahawa minat, bimbingan dan aspirasi ibu bapa terhadap anak-anak adalah

penting untuk pencapaian. Kajian ini membuktikan bahawa aspirasi ibu bapa terhadap

kejayaan anak-anak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik mereka.

Menurut Siti (2000), ibu bapa memainkan peranan menokok-tambah sistem pendidikan di

sekolah. Adelson & Douvan (1958), pula dalam satu kajian mereka terhadap tahap

aspirasi menyatakan tahap aspirasi yang tinggi akan meningkatkan ‘mood’ pencapaian

seseorang pelajar. Apabila mempunyai ‘mood’ pencapaian yang tinggi, akan

mempengaruhi penentuan matlamat pelajar dan seterusnya membantu seseorang pelajar

dalam pemilihan kerjayanya. Mungkin terdapat faktor lain yang menyebabkan pencapaian

akademik pelajar-pelajar masih berada pada tahap sederhana walaupun tahap aspirasi ibu

bapa mereka adalah tinggi. Kajian-kajian pada masa hadapan perlu melihat faktor lain

seperti persekitaran keluarga, pendidikan ibu bapa, kemiskinan dan jurang budaya, tahap

IQ, EQ, personaliti, tingkat motivasi, minat, kesihatan diri dan pengaruh persekitaran

yang lebih luas seperti rakan sebaya, sekolah dan masyarakat itu sendiri yang menjadi

penghalang kepada kejayaan mereka di luar bandar. Hasil dapatan yang diperolehi

menunjukkan ada hubungan yang signifikan antara aspirasi ibu bapa dengan pencapaian

akademik. Ini menunjukkan bahawa aspirasi ibu bapa ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan

India yang berada di kawasan luar bandar adalah tinggi untuk melihat kecemerlangan

anak-anak dalam pendidikan. Namun berdasarkan analisa terhadap pencapaian anak-anak

mereka mendapati masih berada pada tahap sederhana. Jelas menunjukkan bahawa

seseorang anak tidak mengambil berat tentang harapan ibu bapa yang ingin melihat

mereka berjaya. Dalam hal ini, anak-anak yang berada di kawasan luar bandar mungkin

tidak mempunyai kesedaran yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk

mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Hubungan Budaya Serta Kepercayaan Ibu bapa Dengan Pencapaian Akademik

Tahap Pencapaian Tahap Budaya tradisi Jumlah

Akademik Tahap

Rendah

(8-19)

Tahap

Sederhana

(20-30)

Tahap

Tinggi

(31-40)

N % N % N % N %

Tahap Rendah (8-19) 1 7.7 9 69.2 3 23.1 13 100.0

Tahap Sederhana (20-

30) 12 8.3 115 79.3 18 12.4 145 100.0

Tahap Tinggi (31-40) 2 6.5 26 83.9 3 9.7 31 100.0

2=1.690

dengan p>0.05

Dapatan kajian menunjukkan bahawa budaya dan kepercayaan ibu bapa tidak mempunyai

hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Secara keseluruhan, pengkaji

melihat pencapaian akademik pelajar berada pada tahap sederhana. Hasil analisis

inferensi menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar Melayu, Cina dan India adalah

berada pada tahap sederhana. Data yang diperolehi menjelaskan kebanyakkan pelajar

berada pada tahap sederhana iaitu seramai 145 orang. Jumlah pelajar yang berada di tahap

tinggi ialah seramai 31 orang dan selebihnya berada di tahap rendah iaitu seramai 13

orang. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa faktor budaya dan tradisi serta

kepercayaan beragama yang berbeza-beza tidak mempengaruhi pencapaian akademik

anak-anak remaja ini. Perbezaan yang dapat dilihat berbanding dapatan kajian Raizah Uli

(2001), yang menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh faktor

etnik, budaya, tradisi serta kepercayaan agama yang berbeza-beza. Berdasarkan analisa

yang dibuat oleh penyelidik tentang penerapan budaya dan tradisi oleh ibu bapa terhadap

anak-anak mendapati terdapat persamaan dengan pendapat Raizah Uli (2001).

Perbezaan Antara Gaya Keibubapaan Yang Diamalkan Oleh Ibu Bapa

Berdasarkan Tema Etnik.

Dapatan kajian juga menunjukkan ibu bapa pelajar-pelajar di dapati menghargai dan

bersikap mesra namun tegas terhadap anak-anak mereka. Budaya dan peraturan yang

dibentuk seawal usia anak-anak dalam keluarga dikuatkuasa dengan tegas. Ibu bapa

menggunakan rasional dan pujukan untuk mendapat kerjasama anak dalam mematuhi

peraturan dan budaya yang ditetapkan. Penemuan ini membuktikan bahawa terdapatnya

hubungan antara budaya dan tradisi dengan gaya keibubapaan autoritatif dan permisif.

Tetapi tidak mempunyai hubungan dengan gaya keibubapaan autoritarian. Selaras dengan

pendapat Mohamed Hatta (2003), yang menyatakan gaya keibubapaan yang autoritatif

hendaklah ditekankan dalam didikan di rumah agar anak-anak dapat mengalami proses

pembelajaran dengan lebih tenang kerana mereka merasakan bahawa setiap kejayaan

yang diperolehi akan sentiasa dihargai. Peraturan dan budaya dalam keluarga juga

diterapkan dengan gaya keibubapaan yang diamalkan iaitu gaya keibubapaan autoritatif.

Namun demikian, penyelidik mendapati ibu bapa di luar bandar tidak mengamalkan gaya

keibubapaan permisif iaitu memanjakan anak-anak. Bertepatan juga dengan kajian

Nooraini (2002), yang menjelaskan bahawa ibu bapa perlu mengambil pendekatan

belaian dalam ketegasan dan berusaha mengelakkan diri daripada bertindak secara

kekerasan. Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan antara

gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa yang terdiri daripada ketiga-tiga kaum

Melayu, Cina dan India. Mereka mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif dalam

mendidik anak-anak. Namun dari segi kepercayaan yang diamalkan dalam keluarga

ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India masih terdapat hubungan yang kuat antara

kepercayaan dengan dua gaya keibubapaan iaitu gaya keibubapaan autoritatif dan

permisif.

Dapatan ini menyokong kajian yang dilakukan oleh Azlina et al., (2001), ke atas

pelajar di institut pengajian awam. Menurut Azlina et al., (2001), sebanyak 185 responden

dalam kajian tersebut mempunyai jenis amalan keibubapaan yang bersifat autoritatif. Hal

ini menunjukkan bahawa remaja yang meningkat ke alam dewasa memerlukan

kebebasan, ingin merasai disayangi dan diambil oleh ibu bapa mereka. Akan tetapi, pada

masa yang sama, ibu bapa turut menerapkan ke dalam diri anak-anak tentang kepercayaan

dalam agama mereka masing-masing. Ibu bapa menerapkan nilai baik dan nilai buruk ke

dalam diri anak-anak remaja mereka. Kepercayaan dengan agama masing-masing

membolehkan anak-anak lebih hidup berdikari dan merasakan diri mereka dipercayai oleh

kedua ibu bapa dengan memberi peluang kepada mereka untuk berdikari dan membuat

sesuatu perkara atau keputusan yang berkaitan diri mereka sendiri

Hubungan Gaya Keibubapaan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di

Luar Bandar

Pemboleh ubah Pencapaian Akademik

r p

Gaya Keibubapaan -.109 .135

Gaya Keibubapaan Autoritatif -.024 .748

Gaya Keibubapaan Autoritarian -.109 .134

Gaya Keibubapaan Permisif -.037 .612

Dapatan kajian juga menunjukkan ibu bapa ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India

mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif berbanding gaya keibubapaan autoritarian dan

permisif. Dapatan kajian ini menyokong pendapat Mohamad Safii (2013), yang

mendapati ibu bapa pelajar yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif di dapati

menghargai dan bersikap mesra namun tegas terhadap anak-anak mereka Berdasarkan

dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa ibu bapa yang mempraktik gaya keibubapaan

autoritatif tidak semestinya dapat mengesahkan kejayaan akademik yang cemerlang

khususnya di peringkat remaja akhir yang dikaji, begitu juga pemilihan gaya keibubapaan

bersifat autoritarian dan permisif tidak semestinya menyebabkan anak berjaya atau gagal

secara signifikan. Dapatan ini tidak menyokong kajian oleh Mohamad Johdi Salleh et al.,

(2012), yang menyatakan ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan autoritatif

merupakan faktor yang sangat tinggi membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan

dalam bidang akademik dan menjadi sumber inspirasi dan yang banyak mendorong

kepada kejayaan pelajar. Dapatan kajian mendapati gaya keibubapaan autoritatif yang

diamalkan oleh ibu bapa pelajar tidak mempunyai hubungan dengan tahap pencapaian

akademik mereka. Dapatan ini juga menolak hasil kajian Aziladeh et al., (2011), yang

menyatakan gaya keibubapaan autotitatif mempengaruhi kadar pencapaian akademik

yang tinggi. Begitu juga kajian Jeynes (2007), mempunyai hasil dapatan yang berbeza

dengan penyelidik iaitu gaya keibubapaan autoritatif mempunyai hubungan positif

dengan prestasi pelajar berdasarkan gred akademik, rekod disiplin dan tingkah laku di

sekolah. Dapatan kajian juga menolak kajian Ang & Goh (2006),yang merumuskan

bahawa gaya keibubapaan paternal dan maternal (dominan bapa atau ibu) yang autoritatif

memberi kesan positif ke atas skor akademik pelajar berbanding permisif dan autoritarian.

Namun demikian, dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Hines & Holcomb-

McHinesCoy (2013), yang dilakukan dalam kalangan pelajar lelaki Afrika Amerika di

dua buah sekolah dan merumuskan bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara

gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik. Dapatan kajian ini juga menyokong

kajian Elias & Yee (2009), di Malaysia yang mendapati gaya keibubapaan paternal dan

maternal berbentuk autoritatif, autoritarian dan permisif tidak berkorelasi positif dan

signifikan dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian dibuat berdasarkan kepada gambaran keseluruhan hasil dapatan kajian.

Perbincangan bahagian ini tertumpu kepada aspek implikasi kajian terhadap beberapa

pihak seperti ibu bapa, pelajar sekolah, kaunselor, kerajaan dan masyarakat umumnya.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai tahap

pencapaian akademik yang sederhana tanpa mengikut perbezaan tema etnik. Hasil kajian

juga melihat tidak wujudnya jurang perbezaan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh

ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan

peranan sama ada pihak ibu bapa, pelajar sekolah, kaunselor, kerajaan dan masyarakat

perlu lebih proaktif untuk memastikan kecemerlangan pelajar luar bandar pada tahap

terbaik.

KESIMPULAN

Kajian ini diharapkan dapat memberikan anjakan paradigma kepada para ibubapa untuk

melaksanakan kaedah dan gaya keibubapaan yang sesuai dengan keperluan anak-anak, ini

kerana anak-anak yang meningkat remaja akan menjadi lebih cemerlang apabila

mendapat sokongan dan kepercayaan ibu bapa. Sungguhpun agama, budaya dan tradisi,

kepercayaan sesuatu kaum berbeza-beza di Malaysia, institusi kekeluargaan akan tetap

menjadi tonggak kepada pembangunan negara. Seperti mana yang selalu disebut sebagai

1 Malaysia, ibu bapa pelbagai kaum di Malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India perlu

bersatu mendidik anak-anak menyesuaikan diri dan mengekalkan nilai-nilai murni dan

tradisional kekeluargaan.

RUJUKAN

Adi Fahrudin. 2005. Ketahanan Institusi Keluarga Dan kesejahteraan Anak.Bahan

perbincangan dalam Workshop Penguatan Institusi Keluarga Dalam

Meningkatkan Kesejahteraan Anak anjuran Pusat Kajian Perempuan dan Keluarga

(PUSKAPEGA) STKS Bandung, 21 September 2005.

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong

malim: Quantum Books

Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books

Azlina Mohd. Kosnin, Saniah Sayuti & Azizah Rajab.2001. Pengaruh Persepsi Terhadap

Tingkah Laku Keibubapaan Terhadap Penghargaan Kendiri Pelajar Awal

Dewasa.Laporan Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan. Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

Azizi Yahaya. 2007. Pembentukan Keluarga Yang Bahagia: Cara mengatasi masalah

untuk kecemerlangan keluarga. Skudai : UTM

Ishak Ismail. 2012. Budaya Nilai-Nilai Keagamaan Dan Disiplin pelajar di Sekolah

Menengah Agama Negeri Selangor Darul Ehsan. Tesis dr. Falsafah. UKM

Lily Mastura Harun. 2007. Asas Kaunseling keluarga. Shah Alam : Universiti Teknologi

Mara

Mohamad Shafii Abd.Manap. 2013. Amalan keibubapaan, pengaturan kendiri dan

tingkah laku sosial dalam kalangan remaja. Tesis PHD. Fakulti Pendidikan:

Universiti Kebangsaan Malaysia

Othman Md. Johan & Normalina.2010.Profil Gaya Didikan Ibubapa Pelajar Cemerlang

Berbanding Pelajar Lemah. (tidak diterbitkan), pp 1-9

Siti Aminah Zin. 2005. Gaya Keibubapaan Di Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Tabika

Kemas Kawasan Cheras. Projek Sarjana Pendidikan: Fakulti Pendidikan, UKM

Zaliza Md. Nasir & Nordin Ahmad. 2009. Pembangunan Sosial Dalam Hubungan Etnik.

Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik. Book 10.