PENJAGAAN FLORA DAN FAUNA MENURUT HADITH: HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN MANUSIA

21
PDFill PDF Editor with Free Writer and Tools PDFill PDF Editor with Free Writer and Tools

Transcript of PENJAGAAN FLORA DAN FAUNA MENURUT HADITH: HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN MANUSIA

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

723

PENJAGAAN FLORA DAN FAUNA MENURUT HADITH: HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN MANUSIA

Mohd Farhan bin Md Ariffin1 & Khadher Ahmad2

Abstrak: Pada masa kini, pembangunan merupakan aspek penting dalam mengukur kemajuan sesebuah negara. Namun, di sebalik pembangunan yang pesat hasil kerakusan manusia, terdapat berbagai krisis alam yang timbul dan semakin meruncing yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan hidup manusia. Oleh itu, penjagaan alam sekitar khasnya berkaitan tumbuh-tumbuhan dan kelangsungan spesies haiwan amat penting dan perlu diambil kira. Ianya saling berhubung kait dengan kesejahteraan manusia dan merupakan tuntutan Islam. Kertas kerja ini dilakukan bagi memberi pendedahan awal kepada masyarakat Islam, khususnya di Malaysia mengenai kepekaan Rasullullah S.A.W berkaitan isu alam sekitar berkaitan flora dan fauna dalam mengekalkan ekosistem alam sekitar. Metode utama yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis hadith-hadith berkaitan dengan penjagaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan sahaja. Kajian ini telah menemui berbagai signifikan berguna daripada saranan Rasulullah S.A.W berupa fakta-fakta sains yang turut membuktikan kebenaran hadith Rasullullah S.A.W yang agung.

Kata Kunci: Penjagaan, Flora, Fauna, Hadith, Sains, Kesejahteraan Manusia.

PENDAHULUAN

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sedang mengalami proses pembangunan yang pesat. Pada abad ke-21 ini, banyak laporan menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar.3 Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok dunia sama ada di negara membangun apatah lagi di negara maju. Krisis tersebut telah memberi impak negatif terhadap seluruh komponen kehidupan dalam alam sekitar.

Arus pemodenan dan pembangunan sudah menghanyutkan dan melalaikan manusia sehingga sewenang-wenangnya menodai sumber alam tanpa memikirkan akibatnya. Jika dilihat kepada rakyat Malaysia masa kini, mereka semakin mengabaikan dan memandang enteng terhadap kepentingan menjaga keseimbangan ekosistem alam sekitar.4

1 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana), Jabatan al-Quran & Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2 Pensyarah di Jabatan al-Quran & Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 3 Sakitiyono (2006), IPA Biologi SMP dan MTs, Jakarta: Esis, jld. 1, hal. 148. 4 Mohd Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hal. 147.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

723

Alam sekitar merupakan satu aset terpenting bagi manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Alam sekitar terdiri daripada banyak gabungan, iaitu komponen air, udara, tanah, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Alam sekitar mempunyai hubungan yang rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain dengan manusia kerana manusia hidup di dalam lingkungan alam sekitar.5 Alam sekitar banyak menyumbang jasa kepada kehidupan manusia dari sudut udara, air, makanan dan lain-lain. Setiap detik, manusia menghidu oksigen untuk bernafas dan mengeluarkan karbon dioksida. Tumbuh-tumbuhan pula akan membekalkan oksigen dan akan mengambil karbon dioksida bagi proses respirasi. Haiwan pula sebagai sumber makanan.6 Bagaimana mungkin manusia meneruskan kehidupan jika alam sekitar musnah, sedangkan manusia sangat bergantung kepada alam sekitar dan komponen-komponen di dalamnya.

Islam telah mengajar penganutnya dari semua segi sama ada ibadah, pakaian, bersuci, makanan, minuman termasuklah penjagaan alam sekitar. Islam amat menitikberatkan umatnya supaya menjaga hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia dengan makhluk yang lain. Sebagai seorang muslim, hendaklah berpegang kepada dua perkara untuk memimpin ke jalan yang diredhai Allah s.w.t, iaitu al-Quran dan al-Hadith. Perkara ini telah dinyatakan Allah s.w.t di dalam al-Quran, surah al-Nisa’: ayat 58:

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”7

Jadi, artikel pendek yang membahaskan tentang penjagaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan (flora dan fauna) menurut perspektif hadith Rasullullah s.a.w ini diharap akan menimbulkan kesedaran kepada seluruh anggota masyarakat untuk berkekalan (konsisten) menjaga ekosistem alam sekitar untuk kesejahteraan manusia sejagat.

RASULLULLAH SAW DAN ALAM SEKITAR

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t telah menyatakan lebih kurang 750 ayat daripada lebih 6000 ayat al-Quran iaitu 12.28% yang menyentuh mengenai alam sekitar secara eksplisit atau implisit. Bahkan 14 daripada 114 jumlah surah al-Quran ialah nama fenomena alam sekitar seperti matahari, malam, lembu, gempa bumi dan gajah.8

5 Ahmad Fauzi (2004), Ekonomi Sumber Daya Alam & Lingkungan: Teori Dan Aplikasi, Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, hal. 1. 6 Ariffin dan Nor`aini (1987), Pendidikan Alam Sekitar: Perspektif Persekitaran, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd, hal. 203. 7 Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 87. 8 Abdurrahman Haqqi, Ulul Albab: Fikah Alam Sekitar Patut Diajar Di Sekolah, Berita Harian, Ahad, 7 Febuari 2010, hal. 16.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

723

Begitu juga di dalam hadith Rasulullah s.a.w, terdapat banyak hadith yang menerangkan kaedah-kaedah dan kepentingan-kepentingan menjaga alam sekitar.9

Alam sekitar adalah salah satu unsur tabi`i ciptaan Allah s.w.t. Alam sekitar juga adalah buku pengetahuan bermanfaat kepada manusia. Menerusi alam sekitar juga, manusia boleh mengetahui dan mempergunakan disiplin-disiplin ilmu zoologi, botani, mikrobiologi, fizik, kimia, geologi, hidraulik dan sebagainya. Alam sekitar juga anugerah Allah s.w.t bagi memudahkan umat manusia hidup sebagai khalifah.10

Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang sangat penyayang terhadap semua unsur alam sekitar. Baginda s.a.w telah mengingatkan umatnya bahawa rahmat Allah s.w.t boleh diperolehi dengan menanam sifat penyayang kepada sesama makhluk.11 Ini dapat dilihat dari hadith yang diriwayatkan oleh `Abd Allah, dari Rasulullah s.a.w bersabda:12

ماءي " " ارحم من في األرضي ، ي رحك من في الس“Kasihanilah makhluk di bumi, nescaya kamu dikasihi makhluk (malaikat) di langit”.

Sebagai utusan Allah s.w.t dalam membimbing manusia menguruskan alam, sudah pastinya baginda SAW paling arif mengenai alam ini. Ini dapat dilihat daripada

9 Sayangnya, terdapat juga umat Islam yang tidak menganggap perbincangan berhubung dengan penjagaan alam sekitar sebahagian daripada tuntutan Islam. Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam dan perjuangan menjaga alam sekitar adalah termasuk dalam amalan ibadah. Sedangkan, jika dikaji hadith-hadith baginda s.a.w dengan teliti, umat Islam akan dapati di sebaliknya mutiara-mutiara ilmu yang sangat bernilai dan berharga. Yang lebih bertambah malangnya, ada juga segelintir umat Islam yang tidak tahu mengenai hadith-hadith yang berkaitan dengan alam sekitar serta tidak pernah mendengar hadith yang berkenaan alam sekitar. Mohd Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hal. 145-147. 10 Islam telah menggariskan beberapa etika dalam bermuamalah dengan alam sekitar. Alam mempunyai sifatnya tersendiri menurut perspektif Islam, dan manusia haruslah memelihara dan memulihara sifat alam bagi kelangsungan hidup di muka bumi. Terdapat enam sifat bagi alam berdasarkan perspektif Islam: Pertama: Tawazun, yang bermaksud kesimbangan. Kesimbangan yang wujud akan mengahasilkan keharmonian alam. Dengan adanya peraturan Allah s.w.t, gangguan keseimbangan alam dapat dihalang daripada tercetus. Kedua: Nasim, yang bermaksud segar. Sifat kesegaran alam turut digambarkan di dalam al-Quran melalui penjelasan kesuburan tumbuh-tumbuhan yang berbagai jenis dan sifat. Ketiga: Jamal, yang bermaksud indah. Keindahan alam akan membuatkan jiwa manusia berasa tenang. Keempat: Qanaah, yang bermaksud sikap meredhai segala kurniaan yang dikecapi dari Allah demi keperluan hidup. sifat ini akan menghindari manusia daripada sifat tamak, serta akan menanamkan sifat bersyukur dalam diri manusia. Kelima: Muhabbah, yang bermaksud kasih sayang manusia dengan makhluk lain. manusia dituntut supaya memupuk perasaan kasih sayang terhadap sesama manusia dan juga makhluk lain. Keenam: Ihsan, yang bermaksud berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan kerana merasakan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Dalam konteks penjagaan alam sekitar, sifat seperti amat diperlukan bagi memastikan manusia tidak melakukan kerosakan alam. Ketujuh: Ta`awun, yang bermaksud tolong-menolong antara anggota masyarakat bagi meperoleh kebaikan serta menghindari keburukan. Sifat seperti perlu bagi mewujudkan masyarakat yang mampan. Mardzelah binti Makhsin (2007), Sains Pemikiran Dan Etika, Kuala Lumpur: PTS Professional, hal. 256. 11 Abdul Hayei Abdul Sukor (2008), Islam Dalam Sabda: Manusia Dan Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cet. 1, hal. 320. 12 Sulaiman bin Dawud bin al-Jarud, Musnad Abi Dawud al-Tayalisi, Mesir: Hajr, bahagian ( ما أسند عبد اهلل بن مسعود

عنه رضي اهلل ), jld. 1, hal. 262, no. 333.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

773

hadith yang diriwayatkan oleh `Uqbah bin `Amir bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w keluar dan menyolatkan para sahabat yang gugur di dalam perang Uhud, lalu baginda menuju mimbar dan bersabda:13

يت " إيني ف رطكم ي الن، وإيني قد أعطي يد عليكم، وإيني واللهي ألنظر إيل حوضي ، وأنا شهي، وإيني واللهي ما أخاف عليكم أن تشريكوا مفاتييح خزائيني األرضي أو مفاتييح األرضي

كم أن ت نافسوا فييها "ب عديي، ولكيني أخاف علي “Aku lebih dahulu wafat daripada kalian dan aku menjadi saksi ke atas kalian, dan demi Allah, sungguh telah melihat telagaku sekarang, dan aku diberi kunci-kunci perbendaharaan bumi atau kunci-kunci bumi. Demi Allah, aku tidak khuatir kalian melakukan perbuatan syirik sepeninggalanku, namun yang aku khuatirkan ke atas kalian adalah kalian bersaing dalam (segenap unsur) kekayaan bumi”.

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w risau akan persaingan di kalangan manusia dalam merebut kekayaan bumi. Perebutan yang dimaksudkan di dalam hadith ini adalah sifat keinginan dan kecintaan dalam diri manusia terhadap kekayaan bumi (hidupan dan galian di dalamnya).14 Daripada perebutan ini akan mendatangkan akibat yang buruk dan fitnah yang sepatutnya ditakuti manusia.15Ini merupakan salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w16 kerana perkara sebagaimana baginda sabdakan ini benar-benar berlaku pada masa kini.

Pada masa kini, manusia berlumba-lumba untuk menjadi kaya dengan segera sehingga sanggup menodai sumber alam tanpa memikirkan akibatnya ke atas ekosistem di bumi.17 Akibat daripada perebutan manusia, ia mengundang kepada berlakunya pencemaran dan kemusnahan flora dan fauna sepertimana yang telah berlaku pada masa kini.18 Justeru itu, Rasulullah s.a.w telah menggariskan beberapa panduan kepada umatnya untuk menjaga flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (haiwan) demi kesejahteraan manusia seluruhnya.

13 Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith

Raulullah s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Riqaq, bab ( ما حيذر منفس فيهازهرة الدنيا، والتنا ), jld. 4, hal. 177, no. 6426.

14 Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, ktab al-

Riqaq, bab ( حيذر من زهرة الدنيل، والتناقس فيهاما ), jld. 11, hal. 249, no. 6201. 15 Abi al-Husain `Ali bin Khalf bin `Abd al-Malik, Sharah Sahih al-Bukhari li Ibn Batal, Riyadh: Maktabah al-

Rashid, kitab al-Riqaq, bab (ما حيذر من زهرة الدنيا والتنافس فيها), jld. 10, hal. 155. 16 Al-Imam al-`Alamah Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad al-`Aini (2001), `Umdah al-Qari

Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Riqaq, bab (ما حيذر من زهرة الدنيا والتنافس فيها), jld.

23, hal. 60, no. 5426. 17 Wan Sabri Wan Hussin (2004), Etika Dan Amalan Perniagaan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, cet. 1, hal. 117. 18 Mohd. Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hal. 147.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

773

PENJAGAAN HAIWAN MENURUT HADITH

Haiwan merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk melengkapkan kehidupan manusia. selain menjadi sumber makanan, ia juga digunakan sebagai kenderaan, pengawal dan sahabat manusia. Oleh itu, Islam telah menggariskan adab-adab yang perlu dijaga dalam hubungan manusia dengan haiwan. Keharmonian interaksi yang dipelihara ini akan melahirkan kehidupan yang lebih sempurna, beradab serta bermoral.19

i. Penyayang Terhadap Haiwan

Islam mengajar umatnya supaya menyayangi haiwan kerana haiwan juga mempunyai perasaan seperti manusia.20 Banyak kisah-kisah yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai kasih sayang terhadap haiwan. Di dalam kisah-kisah tersebut, banyak pengajaran yang boleh kita dapat. Antara hadith-hadith yang mengisahkan kasih sayang kepada haiwan adalah kisah seorang pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing yang haus. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:21

سة مرت بيكلب على رأسي ركيي ي لهث، قال : كاد ي قت له العطش مرأة مومي " غفير ليها فأوث قته بيي ر ها بيذليك "ف ن زعت خف ن الماءي ف ففي ماريها ف ن زعت له مي

“Diampunkan seorang pelacur (wanita) yang bertemu dengan anjing terjelir lidahnya di hadapan perigi, baginda bersabda: anjing tersebut hampir-hampir mati kerana kehausan, maka dia menanggalkan kasutnya, lalu mengikat dengan tudungnya dan memberi anjing tersebut minum, maka diampunkan dosanya disebabkan itu.”

Menurut Doktor Umar Sulaiman, pelacur tersebut merupakan salah seorang pelacur Bani Israil yang tegar.22 Jika dilihat pada hadith ini, walaupun betapa besarnya dosa yang pelacur itu telah lakukan, tetapi atas dasar kasih sayang terhadap makhluk lain dengan menyelamatkan seekor anjing, maka Allah s.w.t berikan keampunan kepadanya. Ini juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t amat menyukai orang yang menyayangi dan membantu makhluk lain.

19 Asmawati Suhid (2009), Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam: Konsep Dan Amalan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hal. 109. 20 Mohd. Fakhruradzi (2007), Tafsir Cinta, Kuala Lumpur: PTS Millenia, cet. 1, hal. 71. 21 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu pertama, Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa

Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab Bada` al-Khalq, bab ( ف شراب أحدكم إذا وقع الذباب jld. 2, hal. 448, no. 3321. Kedua al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj ,(فليفمسه فإن ف أحد جناحيه داء وف الخر شفاء

al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Salam, bab ( فضل ساقي البهائممة وإطعمامهااحملت ), jld. 4, hal. 1761, no. 2245.

22 Al-Duktur `Umr Sulaiman `Abd Allah al-Ashqar, Sahih al-Qasas al-Nabawi, Dar al-Nafais, hal. 225.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

772

ii. Larangan Membunuh Haiwan Tanpa Sebab Munasabah

Islam merupakan agama yang bersifat penyayang kepada semua makhluk. Oleh itu, Islam melarang umatnya membunuh binatang tanpa sebab-sebab yang munasabah. Rasulullah s.a.w ada menceritakan mengenai kisah seorang Nabi yang membakar sarung semut. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:23

ن تتيها، ث هازيهي فأخريج مي ن األنبيياءي تت شجرة ف لدغته نلة فأمر بي مي أمر " ن زل نبيدة " بيب يتيها فأحريق بيالناري فأوحى الله إيليهي ف هل نلة واحي

“Seorang nabi daripada nabi-nabi telah duduk dibawah sebatang pokok, dan seekor semut betina menggigitnya, maka baginda telah memerintahkan pengikutnya supaya keluar dari (kawasan) bawah pokok tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya membakar sarang semut tersebut dengan api, maka mewahyukan kepadanya: Adakah hanya kerana seekor semut betina?”.

Qadi `Iyadh berpendapat bahawa hadith ini menunjukkan harus dibunuh haiwan yang menyakiti atau menyerang kita.24 Tetapi jika difahami dari zahir hadith ini, kelihatan hadith ini bertentangan dengan syariat Islam. Menurut Islam, membakar haiwan adalah dilarang. Ini sudah bercanggah dengan sifat agama Islam itu sendiri yang penyayang kepada semua makhluk.

Menurut Imam Nawawi, bahawa para ulama menyatakan di dalam kisah ini diharuskan membunuh semut tersebut dan membakarnya mengikut syariat Nabi yang disebutkan di dalam hadith ini. Walaubagaimanapun terdapat tambahan di dalam hadith ini iaitu teguran Allah s.w.t ( فهلا نملة واحدة) yang menunjukkan tidak harus, yang merujuk kepada syariat kita. Di dalam syariat kita, tidak diharuskan untuk membakar haiwan dengan api kerana hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh mengazab haiwan dengan api dan tidak harus membunuh haiwan kecuali haiwan tersebut menyakiti kita.25

23 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Dawud dan Imam Nasa`i, iaitu pertama Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah

s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab Bada` al-Khalq, bab ( إذا وقع الذباب فومخس من الدواب فواسق يقتلن ف احلرمشراب أحدكم فليفمسه فإن ف أحد جناحيه داء وف الخر شفاء ), jld 2, hal. 447, no. 3319. Kedua, al-

Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-

`Ilmiyyah, kitab al-Salam, bab (النهى عن قتل النمل), jld. 4, hal. 1759, no. 2241. Ketiga, Abi Dawud Sulaiman bin al-

Asy`ath al-Sajastani (1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif, kitab al-Adab, bab (ف قتل الذر),

hal. 951, no. 5265. Keempat, al-Imam Abi `Abd al-Rahman Ahmad bin Shu`aib al-Nasa`i (2001), Kitab al-

Sunan al-Kubra, Beirut: Muasasah al-Risalah, kitab al-Siyar, bab (النهى عن إحراق احليوان), jld. 8, hal. 23, no. 8561. 24 Al-`Alamah al-Muhaddith al-Kabir al-Syaikh Khalil Ahmad al-Sahar Nafauri, Bazal al-Majhud fi Hal Abi

Dawud, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Adab, bab(ف قتل الذر), jld. 20, hal. 206. 25 Al-Imam al-Nawawi (1969), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyadh: al-Matba`ah al-Mesriyyah, kitab

al-Salam, bab (النهى عن قتل النمل), jld. 14, hal. 239.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

777

Berdasarkan hadith di atas, dapat simpulkan bahawa kesemua haiwan yang hidup tidak boleh dibakar dan dibunuh kecuali haiwan tersebut menyakiti atau menyerangi manusia terlebih dahulu. Walaubagaimana pun, terdapat juga hadith yang di mana Rasulullah s.a.w menyuruh menyuruh untuk membunuh haiwan tertentu. Hadith ini diriwayatkan oleh Sa`d r.a, beliau berkata:26

قا" صلى اهلل عليه وسلم أمر بيقتلي الوزغي وساه ف ويسي "أن النبي“Sesungguhnya Nabi s.a.w menyuruh supaya membunuh cicak dan menamakannya sebagai haiwan perosak”

Pengarang kitab `Aun al-Ma`bud menyatakan bahawa haiwan perosak itu terdiri daripada lima haiwan iaitu tikus, kala jengking, burung gagak, burung helang dan anjing liar. Haiwan-haiwan perosak ini boleh dibunuh sama ada di tanah halal mahu pun di tanah haram.27

iii. Penyalahgunaan Haiwan

Sebelum teknologi menguasai dunia, haiwan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia bagi memudahkan kerja manusia. Sebagai contoh, pada zaman dahulu, lembu digunakan untuk membajak tanah. Tetapi pada zaman sekarang, terdapat mesin yang dicipta khas untuk membajak tanah. Tidak dinafikan, terdapat lagi penggunaan haiwan dalam pekerjaan manusia pada masa kini. Sebagai contoh, segelintir pengusaha santan kelapa pada masa kini, masih lagi yang menggunakan perkhidmatan monyet untuk mengambil buah kelapa.

Walaubagaimana pun, terdapat juga manusia yang menyalahgunakan fungsi haiwan di dalam kehidupan manusia. Rasulullah s.a.w ada menceritakan mengenai kisah lembu yang bercakap dengan penunggangnya dalam bahasa manusia. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w solat subuh kemudian baginda berjumpa orang ramai, maka baginda bersabda:28

ا خليقنا ليل ذا إين نا رجل يسوق ب قرة إيذ ركيب ها فضرب ها، ف قالت : إينا ل نلق هي ، "ب ي حرثيذا أنا وأبو بكر وعمر وما ف قال : الناس سبحان اللهي ب قرة تكل ن بي م، ف قال : فإيني أومي

ها ث" 26 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Abu Dawud iaitu pertama al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Salam,

bab (استحباب قتل الوزغ), jld. 4, hal. 1758, no. 2238. Kedua, Abi Dawud Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajastani

(1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif, kitab al-Adb, bab (ف قتل األوزاع), hal. 950, no. 5262. 27 Al-`Alamah Abi al-Taib Muhammad Sham al-Haq al-`Azim Abadi (1969), `Aun al-Ma`bud Sharh Sunan Abi

Dawud, Madinah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Adb, bab (ف قتل األوزاع), jld. 14, hal. 173, no. 5240. 28 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu pertama, Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa

Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Anbiya`, bab (حديث الفار), jld. 2, hal. 498,

no. 3471. Kedua, al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut:

Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab Fadhail al-Sahabah Radhi Allah `Anhum, bab (من فضائل أيب بكر الصديق رضي اهلل عنه),

jld. 4, hal. 1857, no. 2388.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

773

“Ketika mana seorang lelaki menunggang seekor lembu, jika dia menaikinya maka dipukulnya (lembu tersebut), maka berkata (lembu tersebut): “Sesungguhnya kami tidak diciptakan untuk ini, tetapi kami diciptakan untuk membajak”. Maka berkata orang ramai: “Maha Suci Allah, lembu tersebut berbicara, maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku, Abu Bakar, `Umar dan lainnya beriman dengan kisah ini”.

Hadith ini menunjukkan larangan menzalimi haiwan. Menurut Ibnu Hajar, haiwan tidak boleh digunakan melainkan apa yang kebiasaannya ia lakukan. Tujuan haiwan diciptakan adalah untuk disembelih dan dimakan.29 Di dalam hadith ini juga, Rasulullah s.a.w ada menyebut nama Abu Bakar dan `Umar, sedangkan pada ketika itu mereka berdua tidak ada di situ. Para ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tahu akan kebenaran iman mereka, kekuatan keyakinan mereka, pengetahuan mereka mengenai kekuasaan Allah s.w.t.30

iv. Menunaikan Hak-Hak Haiwan

Haiwan juga boleh menjadi penghibur di dalam kehidupan manusia.31 Sebagai contoh, ketika hujung minggu apabila bosan dan tidak mempunyai aktiviti yang menarik, kita boleh bermain dengan haiwan peliharaan di rumah. Tidak hairanlah jika kita melihat di rumah-rumah di Malaysia, rata-ratanya mempunyai haiwan peliharaan di rumah.32 Memelihara haiwan di rumah amatlah digalakkan, tetapi kita hendaklah memastikan hak-hak haiwan peliharaan ditunaikan. Rasulullah s.a.w ada menceritakan mengenai kisah seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing. Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn `Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:33

ها، ول ي أطعمت ها حت ماتت فدخلت فييها النار ل هي رة سجنت بتي امرأة في هي " عذين خشاشي األرضي " ها تأكل مي ي ت ركت ها، ول هي ها إيذ حبست سقت

“Seorang wanita diseksa dengan sebab seekor kucing yang ditahannya sehingga mati kelaparan, maka dia dimasukkan ke neraka kerana dia tidak memberinya makan dan minum ketika menahannya, dan dia

29 Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, kitab

Fadhail Ashab al-Nabi s.a.w, bab (قول النب صلى اهلل عليه وسلم: لو كنت متخذا خليل), jld. 7, hal. 32, no. 3538. 30 Al-Imam al-Nawawi (1969), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyadh: al-Matba`ah al-Mesriyyah, cet. 1,

kitab Fadhail al-Sahabah, bab (فضائل أيب بكر الصديق رضي اهلل تعال عنه), jld. 15, hal. 156. 31 M. Z. Azmie (2008), Sopan Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hal. 109. 32 Mohd Taib Dora & Hamdan Abd Kadir (2006), Mengurus Stres, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, cet. 1, hal. 117. 33 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu pertama, Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa

Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Anbiya`, bab (حديث الفار), jld. 2, hal. 555,

no. 2883. Kedua, Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut:

Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Salam, bab (ترمي قتل اهرة), jld. 4, hal. 1760, no. 2242.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

773

tidak pula melepaskannya hingga ia dapat memakan binatang di muka bumi”.

Menurut Ibn al-Munayyir, hadith ini menerangkan mengenai haramnya membunuh apa yang tidak diperintahkan untuk dibunuh dengan cara membuatnya kehausan, walaupun ianya seekor kucing. Memberinya minum tidak dikurniakan pahala kepadanya, tetapi menyelamatkannya cukup dikira sebagai suatu kebaikan.34

HUBUNGAN PENJAGAAN HAIWAN MENURUT PERSPEKTIF SAINS

Haiwan diciptakan oleh Allah sw.t demi kepentingan dan kesejahteraan hidup manusia. Oleh yang demikian, manusia hendaklah menjaga haiwan daripada terancam dan pupus.35 Suruhan ini telah pun diterangkan oleh Allah s.w.t sepertimana firman-Nya di dalam surah al-Baqarah, ayat 204-207:

“Dan di antara manusia ada yang pembicaraannya tentang kehidupan dunia mengagumkan engkau (Muhammad), dan dia bersaksi kepada Allah mengenai isi hatinya, padahal di adalah penentang yang paling keras (204) dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat kerosakan di bumi, serta merosak tanam-tanaman dan ternakan, sedang Allah tidak menyukai kerosakan (205)36

Haiwan merupakan salah satu sumber makanan bagi manusia. Pada masa silam, manusia hidup dengan berburu binatang buas. Di dalam Islam, terdapat syarat yang perlu dipatuhi untuk haiwan yang hendak diburu iaitu haiwan buruan harus sihat dan memberi manfaat untuk manusia baik daging, gigi, bulu mahu pun kulitnya.37 Di samping itu, pemburu tersebut hendaklah berniat berburu untuk dimakan bukannya sekadar bermain-main atau tidak mempunyai tujuan yang munasabah.38 Dalam konteks haiwan sebagai sumber makanan, ia hendaklah dimatikan terlebih dahulu dengan melalui kaedah penyembelihan mengikut syara`.39

Jelas di sini menunjukkan bahawa membunuh haiwan dibenarkan di dalam Islam tetapi dengan sebab yang munasabah seperti untuk dimakan. Akan tetapi, perbuatan membunuh haiwan tanpa sebab yang munasabah adalah dilarang di dalam Islam. Larangan ini merupakan hikmah besar kepada umat Islam. Ini kerana,

34 Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, kitab Bada`

al-Khalq, bab ( وف الخر شفاء ومخس من الدواب فواسق يقتلن ف احلرم إذا وقع الذباب ف شراب أحدكم فليفمسه فإن ف أحد جناحيه داء ), jld. 6, hal.

412, no. 3206. 35 Ahmad Fauzi (2004), Ekonomi Sumber Daya Alam & Lingkungan: Teori Dan Aplikasi, Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, hal. 1. 36 Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 32. 37 Dr. Muhammad Bakar Ismail (2008), al-Fiqh al-Wadhih (Fiqh Lengkap), Selangor: Berlian Publication Sdn Bhd, cet. 1, jld. 2, hal. 573. 38 Syekh Yusuf Qardhawi (1984), Halal Dan Haram Dalam Islam, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, cet. 4, hal. 83. 39 Dr. Muhammad Bakar Ismail (2008), al-Fiqh al-Wadhih (Fiqh Lengkap), Selangor: Berlian Publication Sdn Bhd, cet. 1, jld. 2, hal. 577.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

773

larangan ini bertujuan untuk memelihara spesies haiwan daripada pupus di muka bumi.

Pada masa kini, haiwan buruan utama di kalangan pemburu ialah kijang, ayam hutan dan kancil untuk dijadikan sebagai makanan. Haiwan juga diburu untuk dijadikan barang hiasan yang berharga seperti harimau dan buaya diburu bagi mendapatkan kulitnya, gajah untuk gadingnya dan rusa untuk tanduknya.40 Tujuan memburu untuk menjadikan haiwan sebagai barang perhiasan merupakan sebab yang tidak munasabah untuk digunakan untuk berburu kerana perbuatan beginilah yang menjadi salah satu faktor kepupusan spesies haiwan di Malaysia.

Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Tambahan suhunya yang tinggi, iaitu 27°C dan hujan yang turun sepanjang tahun menjadikan Malaysia sebuah negara yamg sesuai untuk pertumbuhan pelbagai spesies tumbuhan dan juga pembiakan pelbagai spesies haiwan.41 Namun harus diingat, bahawa haiwan juga boleh terpupus dengan disebabkan faktor penerokaan dan penebangan hutan.42

Penerokaan sumber hutan menyebabkan flora dan fauna terancam kerana kehilangan habitat untuk membiak dan kekurangan sumber makanan. Keadaan ini boleh menyebabkan beberapa spesies tumbuhan dan haiwan pupus. Hal ini dapat dibuktikan apabila beberapa spesies mamalia seperti badak Sumatera, harimau dan orang utan di Malaysia yang diancam kepupusan.43

Sekiranya haiwan-haiwan di Malaysia pupus, manusia akan mengalami masalah untuk mendapatkan sumber makanan seperti daging haiwan. Daging haiwan merupakan sumber makanan yang penting kepada kesihatan manusia. Hakikatnya, daging haiwan merupakan sumber vitamin B12 yang dapat dihadamkan dan ia amat sesuai bagi manusia.44 Kekurangan bahan ini boleh menyebabkan penyakit kurang hemoglobin pernicious anaemia pada seseorang. Ia juga dapat membawa maut di samping mendatangkan kerosakan yang teruk pada sistem saraf dan penghadaman.45

Di samping itu, haiwan juga membekalkan sumber protein kepada manusia. Protein haiwan diperlukan oleh badan manusia adalah untuk pertumbuhan sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Protein haiwan juga mengandungi semua

40 Rosmah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007), Geografi Fizikal: Teks & Rujukan Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd, cet. 1, hal. 419. 41 Wan Noor Azmi Wan Mohd Nor, Rusidah Mohd Akil & Hazlina Mansor (2008), Teks & Rujukan Lengkap Geografi PMR, Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd, hal. 126. 42 Tapir merupakan haiwan yang hidup di hutan hujan khatulistiwa. Pada tahun 1996, tapir dikelaskan sebagai haiwan terancam. Punca utama ancaman kepupusan tapir adalah kerana habitatnya musnah berikutan aktiviti penebangan pokok dan penerokaan hutan hujan khatulistiwa bagi tujuan pertanian.Siti Haslina Binti Che Hasan, Rakan Sains 111, Kuala Lumpur: Sasmumi Bakti Sdn Bhd, hal. 28. 43 Op. cit, hal. 159. 44 Dr. Danial Zainal Abidin (2007), Quran Saintifik: Meneroka Kecermelangan Quran daripada Teropong Sains, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd, cet. 3, hal. 212. 45 Ibid., hal. 211.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

773

asid amino penting. Asid amino penting tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan hanya diperolehi daripada makanan yang kita makan.46

PENJAGAAN TUMBUH-TUMBUHAN MENURUT HADITH

Tumbuh-tumbuhan merupakan lambang kekuasaan Allah s.w.t dan ia yang harus diteliti oleh manusia agar manusia mengingati bahawa Allah s.w.t yang menciptakan alam ini dan lebih menghargai alam semulajadi yang indah ini.47 Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran, surah al-An`am, ayat 99:

“Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman”.48

Tumbuh-tumbuhan merupakan makhluk Allah s.w.t yang unik kerana ia mempunyai satu ekosistemnya tersendiri. Sehingga ke hari ini, para penyelidik masih mengkaji dan mempelajari mengenai dunia tumbuhan (dunia flora) dengan membahagi-bahagikan atau mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan mengikut jenis berdasarkan sifatnya, cara pembiakan dan ekosistemnya.49

i. Galakkan Menanam Pokok

Tumbuh-tumbuhan sangat penting di dalam kehidupan manusia kerana ia membekalkan oksigen kepada manusia untuk manusia bernafas.50 Jika tumbuh-tumbuhan di bumi semakin terancam dan akhirnya pupus, bagaimana pula manusia mendapatkan bekalan oksigen bagi bernafas? Ini kerana manusia bernafas kira-kira

46 Masalah kepupusan haiwan ini mendapat tumpuan utama di mata masyarakat dunia. Oleh itu, tertubuhlah Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Foundition) pada tahun 1961 bagi menangani masalah ini. Pertubuhan ini telah memberi perhatian kepada kepupusan harimau, panda dan badak sumbu. M. Z. Azmie (2008), Sopan Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hal. 109. 46 Andrew Solway (2011), Teknologi Alam Sekitar, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, cet. 1, hal. 36.Loh Suet Ling & Audrey M.A.L (2007), Complete Text & Guide Bilingual Science Form 2, Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd, hal. 100. 47 Afzalur Rahman (2007), Ensiklopediana Ilmu Dalam al-Quran, Bandung: PT Mizan Pustaka, cet 2, hal. 189. 48 Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 140. 49 Yusuf al-Hajj Ahmad (2012), Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al-Quran & Sunnah, Selangor: al-Hidayah Publication, cet, 3, hal. 242. 50 Andi Hakim Nasoetion & Amini Nasoetion (1995), Matahari, Manusia Dan Makanan, Jakarta: Balai Pustaka, hal. 76.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

773

23000 kali dalam tempoh 24 jam.51 Oleh itu, Islam amat mengalakkan umatnya untuk bercucuk tanam. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a:52

ر أو إينسان أو بييمة إيل كان نه طي ن مسليم ي فريس غرسا أو ي زرع زرعا ف يأكل مي له ما مي بيهي صدقة

“Tidak ada seorang Muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah”.

Imam Ibnu Hajar53 dan Imam Nawawi54 berpendapat bahawa hadith ini menunjukkan kelebihan bercucuk tanam dan bertani. Ibnu Hajar menyatakan bahawa hadith ini juga menunjukkan kepada suruhan mengimarahkan bumi dengan menanam tumbuh-tumbuhan. Si penanam mendapat pahala selagi mana tanamannya dimakan walaupun si penanam tersebut telah meniggal dunia atau pun tanaman tersebut telah dipindah milik kepada orang lain.55

Tambahan dari Imam Nawawi, bahawa pahala dan ganjaran yang disebutkan di dalam hadith ini dikhususkan kepada orang Islam. Menurutnya lagi, manusia diberikan pahala ke atas apa yang telah dicuri dairpada hartanya atau apa yang dimakan daripada tanamannya oleh haiwan, burung dan lain-lain haiwan.56Kesan daripada amalan ini, dapat memupuk sikap ihsan di dalam hati manusia terhadap makhluk lain serta dapat mengajar hati manusia supaya redha dengan dengan ketentuan Ilahi.

ii. Larangan Memusnahkan Tumbuh-Tumbuhan

Di dalam kehidupan seharian, manusia amat bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber vitamin melalui pemakanan. Islam mengajar umatnya supaya mensyukuri nikmat tumbuhan dengan memeliharanya daripada diancam atau dimusnahkan.57 Allah s.w.t melarang manusia daripada merosakkan atau

51 Abdul Aziz Salim Basyarahil (2005), Hikmah Dalam Humor Kisah Dan Pepatah: Jilid 1-6, Jakarta: Gema Insani, cet. 1, hal. 180. 52 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tirmidhi iaitu pertama, Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa

Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Muzara`ah, bab (فضل الزرع و الفرس إذا أكل منه),

cet. 1, jld. 2, hal. 152, no. 2320. Kedua al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur,

Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Masafah, bab (فضل الفرس والزرع), jld. 3, hal. 1189, no.

1553. Ketiga, al-Imam al-Hafiz Muhammad bin `Isa bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Riyadh:

Maktabah al-Ma`arif, kitab al-Ahkam, bab (ما جاء ف فضل الفرس), hal. 327, no. 1382. 53 Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, kitab fi al-

Harth, bab (فضل الزرع و الفرس إذا أكل منه), jld. 5, hal. 5, no. 2320. 54 Al-Imam al-Nawawi (1969), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyadh: al-Matba`ah al-Mesriyyah, cet. 1,

Kitab al-Masafah wa al-Muzara`ah, bab (فضل الفرس والزرع), jld. 10, hal. 213. 55 Op. cit. 56 Op. cit. 57 Norhibah binti Hasan Zawawi (1999), Konsep Islam Terhadap Pemuliharaan Alam Sekitar, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, cet. 1, hal. 72.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

773

memusnahkan tumbuh-tumbuhan, ini sepertimana firmanNya di dalam surah al-Baqarah, ayat 205:

“Dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat kerosakan di bumi, serta merosak tanam-tanaman dan ternakan, sedang Allah tidak menyukai kerosakan”.58

Di dalam hadith Rasulullah s.a.w juga, terdapat larangan baginda s.a.w kepada umatnya daripada merosakkan atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Hadith tersebut mengisahkan bahawa Rasulullah s.a.w yang melarang umatnya daripada memotong pokok bidara. Hadith ini diriwayatkan oleh `Abd Allah bin Hubshi r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:59

درة صوب الله رأسه في الناري من قطع سي“Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah s.w.t akan rendahkan kepalanya di dalam neraka”.

Imam Abu Dawud di dalam Sunannya apabila ditanya mengenai maksud hadith ini, beliau menyatakan:

“Hadith ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh orang bermusafir dan haiwan, maka Allah s.w.t rendahkan kepalanya di dalam neraka.”60

Pengarang kitab al-Nihayah menyatakan, ada yang berpendapat bahawa memotong pokok di tanah haram Mekah adalah haram, dan memotong pokok di Madinah adalah dilarang kerana ia merupakan tempat berteduhnya manusia.61Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w memberi amaran kepada kita dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya mengambil tindakan kepada si pemotong pokok bidara kerana pokok merupakan tempat manusia dan haiwan berteduh. Perbuatan ini merupakan satu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan maka balasannya adalah neraka.62

iii. Dibenarkan Memotong Pokok Atas Sebab Tertentu

Dalam konteks larangan memusnahkan tumbuh-tumbuhan, umat Islam dilarang menebangkan pokok terutama pokok yang berbuah yang memberikan manfaat kepada manusia tanpa sebab yang munasabah kecuali di dalam waktu peperangan.

58 Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 32. 59 Abi Dawud Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajastani (1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif,

Kitab al-Adb, bab (ف قطع السدر), cet. 1, hal. 947, no. 5239. 60 Al-`Alamah al-Muhaddith al-Kabir al-Syaikh Khalil Ahmad al-Sahar Nafauri, Bazal al-Majhud fi Hal Abi

Dawud, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Adab, bab (ف قطع السدر), jld. 20, hal. 181, no. 5239. 61 Al-`Alamah Abi al-Taib Muhammad Sham al-Haq al-`Azim Abadi (1969), `Aun al-Ma`bud Sharh Sunan Abi

Dawud, Madinah: al-Maktabah al-Salafiyyah, bab al-Adab, bab (ف قطع السدر), cet.2, jld. 14, hal. 153, no. 5217. 62 Mohd. Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hal. 145.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

733

Di dalam peperangan, kita dibolehkan memotong pokok-pokok yang terdapat di ladang musuh.63 Dalam hal ini, Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Hashr, ayat 5:

“Apa yang kamu tebang di antara pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka (itu terjadi) dengan izin Allah, dan kerana Dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik”.64

Ayat ini menunjukkan bahawa harus dipertimbangkan manfaat pokok kurma yang berbuah sekiranya hendak memotongnya. Jika pokok-pokok yang dipotong itu boleh dapat melemahkan musuh, maka hendaklah dipotong pokok tersebut. Tetapi sekiranya ia tidak mendatangkan sebarang manfaat, maka tidak harus dipotong pokok tersebut.65

Terdapat juga di dalam hadith Rasulullah s.a.w yang menunjukkan dibolehkan memotong pokok. Antara hadith yang menunjukkan dibolehkan memotong pokok sepertimana yang diriwayatkan oleh `Abd Allah r.a, beliau berkata:66

ي الب وي رة " ، ريي ، وقطع وهي ي صلى اهلل عليه وسلم " أنه حرق نل بني النضي عني النبيري" ان: "هان على سراةي بني لؤي حرييق بيالب وي رةي مستطي وها ي قول حس

Daripada Nabi s.a.w bahawa baginda menebang dan membakar pohon kurma milik bani Nadhir, iaitu kebun di daerah Buwairah. Hassan berkata: Sungguh hina kaum keluarga bani Lu`ay kerana kebakaran di Buwairah merebak.

Hadith di atas menunjukkan bahawa boleh dipotong atau ditebang pokok sekiranya terdapat keperluan dan kemaslahatan padanya. Hadith di atas adalah merujuk kepada bani Nadhir ketika berperang. Sekiranya dengan memotong pokok tersebut dapat mengalahkan musuh, maka ia boleh dipotong. Tetapi di dalam hal ini, ulama` berselisih pendapat kerana mereka mengatakan bahawa yang dibolehkan memotong pokok adalah pokok yang tidak berbuah dan semasa berperang.67

Bersama hadith di atas, Imam Bukhari membawakan satu lagi hadith di dalam kitabnya. Menurut Ibnu Hajar, hadith ini merujuk kepada pembinaan masjid Nabawi, iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a:68

63 Abdullah Salim (1988), Akhak Islam Membina Rumahtangga Dan Masyarakat, Selangor: Thinker`s Library Sdn. Bhd, hal. 127. 64 Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 546. 65 Dr. Lathifah Ibrahim Khadhar (2005), Ketika Barat Memfitnah Islam, Jakarta: Gema Insani, cet. 1, hal. 188. 66 Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Harth wa al-Muzara`ah, bab (قطع الشجر والنخل), jld. 2, hal. 154, no. 2326. 67 Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, kitab fi al-

Harth, bab (قطع الشجر والنخل), jld. 5, hal. 12, no. 2259. 68 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu pertama Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

733

ع ، ف قطي أمر رسول اللهي صلى اهلل عليه وسلم بيالنخلي“Rasulullah s.a.w memerintahkan pokok kurma agar ditebang”.

Kesimpulan daripada kedua-dua hadith ini membuktikan bahawa dibolehkan memotong atau menebang pokok kurma sekiranya terdapat keperluan padanya atau untuk mengalahkan musuh di medan perang.69

HUBUNGAN PENJAGAAN TUMBUH-TUMBUHAN DARI PERSPEKTIF SAINS

Tumbuh-tumbuhan diciptakan oleh Allah sw.t demi kepentingan dan kesejahteraan hidup manusia. Oleh yang demikian, manusia hendaklah menjaga tumbuh-tumbuhan daripada terancam dan pupus bukan hanya sekadar kepentingan manusia hari ini tetapi juga untuk generasi manusia masa depan.70 Allah s.w.t telah pun memberi peringatan kepada manusia sepertimana firman-Nya di dalam surah al-Mulk, ayat 16:

“Sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit akan membuat kamu ditelan bumi ketika ia tergoncang”.71

Bagi melaksanakan perintah Allah s.w.t dalam menjaga tumbuh-tumbuhan daripada terancam dan pupus, Rasulullah s.a.w telah menggariskan beberapa panduan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan daripada terancam dan pupus.

1. Rasulullah s.a.w menggalakkan kita untuk menanam pokok.72

2. Rasulullah s.a.w melarang kita daripada merosakkan atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan.73

3. Rasulullah s.a.w yang menunjukkan dibolehkan memotong pokok atas sebab tertentu.74

Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Harth wa al-Muzara`ah, bab ( قطع الشجر jld. 2, hal. 154. Kedua, Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih ,(والنخل

Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah,kitab al-Masajid wa Mawadhi` al-Solat, bab ( ابتناء مسجد النب صلى اهلل عليه .jld. 1, hal. 373, no. 524 ,(وسلم69 Op. cit. 70 Fachruddin M. Mangunjaya, Husain Heriyanto & Reza Gholami (2007), Menanam Sebelum Kiamat: Islam, Ekologi Dan Gerakan Lingkungan Hidup, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, ed. 1, hal. 7. 71 Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 563. 72 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Tirmidhi iaitu pertama, Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa

Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Muzara`ah, bab (فضل الزرع و الفرس إذا أكل منه),

cet. 1, jld. 2, hal. 152, no. 2320. Kedua Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur,

Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, jld. 3, Kitab al-Masafah, bab (فضل الفرس والزرع), hal. 1189, no.

1553. Ketiga, al-Imam al-Hafiz Muhammad bin `Isa bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Riyadh:

Maktabah al-Ma`arif, kitab al-Ahkam, bab (ما جاء ف فضل الفرس), hal. 327, no. 1382. 73 Abi Dawud Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajastani (1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif,

Kitab al-Adb, bab (ف قطع السدر), cet. 1, hal. 947, no. 5239.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

732

Kesemua larangan ini merujuk kepada penjagaan tumbuh-tumbuhan. Terdapat hikmah di sebalik semua larangan ini dan ianya telah pun dibuktikan dengan satu tragedi yang menggemparkan dan pertama kali terjadi dalam sejarah Malaysia iaitu sebuah kondominium 12 tingkat yang berusia 14 tahun, Highland Towers, di Taman Hillview, Ulu Kelang, yang terletak di lereng bukit telah tumbang pada hari sabtu, 11 November 1993, pada jam 1.35 tengah hari. Dalam tragedi yang menghayat hati ini, hanya dua orang mangsa yang terselamat manakala yang lainnya mati. Dari tragedi inilah masyarakat Malaysia baru sedar betapa pentingnya kehadiran tumbuh-tumbuhan di bumi ini. 75

Timbul persoalan di sini, apakah kaitannya larangan Rasulullah s.a.w dengan tragedi ini? Jawapan ini telah pun dirungkai oleh kajian sains. Tragedi keruntuhan kondominium Highland Towers ini adalah berpunca daripada kejadian tanah runtuh di lereng bukit tersebut.76

Kejadian tanah runtuh atau dikenali dengan runtuhan batu atau tanah secara tiba-tiba merupakan fenomena semula jadi yang berlaku di kawasan tanah tinggi yang berkecerunan curam melebihi 450° terutamanya dikala hujan turun dengan lebat. Akibat daripada pembangunan yang kian pesat membangun menyebabkan kawasan ini turut dibangunkan untuk tujuan pembinaan lebuh raya, jalan raya, petempatan dan juga tempat peranginan. Keadaan ini menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan ditebang dan tanah diratakan. Kesannya, kawasan tadahan air terganggu dan larian air permukaan menjadi semakin laju. Ketidakmampuan tanah menyimpan dan menyerap air hujan yang berlebihan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.77 Proses ini dikenali sebagai kesotan tanah.

Kesotan (gelinciran) tanah (landslides) merupakan pergerakan tanih yang menuruni cerun secara perlahan disebabkan oleh kecerunan kawasan bukit yang semakin landai iaitu 2° sehingga 4°. Ini akan menyebabkan daya tarikan graviti menjadi lemah. Kehadiran air hujan pula yang turun tanpa henti untuk tempoh yang lama akan menyebabkan air meresap ke permukaan tanih sehingga mencapai tahap tepu dan seterusnya melonggarkan lapisan tanih. Kandungan air yang tepu bertindak sebagai bahan pelincir. Isipadu beban bergantung kepada sama ada proses luluhawa yang berlaku adalah pesat atau tidak di kawasan berkenaan.78

Penebangan hutan juga akan mendedahkan permukaan tanah kepada tindakan hakisan air larian permukaan. Ketiadaan cengkaman akar tumbuh-tumbuhan dan litupan pokok akan melemahkan struktur tanah. Cerun bukit yang terdedah, mudah

74 Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Harth wa al-

Muzara`ah, bab (قطع الشجر والنخل), jld. 2, hal. 154, no. 2326. 75 Antara tragedi lain yang pernah berlaku di Malaysia ialah kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa (15 Mei 1999 dan 6 Disember 2008), Hulu Langat (21 Mei 2011), kejadian banjir kilat, banjir lumpur dan banyak lagi. Razzi Armansur (2008), Dunia Itu Penuh Wang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, cet. 1, hal. 137. 76 Ibid., hal. 138. 77 Rosmah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007), Geografi Fizikal: Teks & Rujukan Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd, cet. 1, hal. 334. 78 Ibid., hal. 105.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

737

mengalami hakisan tanah, kesotan tanah dan tanah runtuh semasa hujan lebat.79 Di sinilah peranan tumbuh-tumbuhan amat penting bagi menguatkan struktur tanah.

Salah satu daripada fungsi tumbuh-tumbuhan adalah penyerap air dan mineral. Air dari tanih akan masuk ke tumbuhan melalui hujung akar dan rerambut akar. Dengan adanya rerambut akar menyebabkan kawasan penyerapan air menjadi luas. Air yang diserap oleh rerambut akar akan menuju ke pembuluh kayu (xilem). Pengangkutan air yang larut tersebut mengalir dari sel ke sel dengan horinzontal, iaitu dari sel epidermis sehingga ke korteks dan endodermis sehingga ke pembuluh kayu. Air yang sampai di pembuluh kayu akan disalurkan ke daun untuk dijadikan bahan fotosintesis. Proses ini dinamakan osmosis.80

Di samping itu juga, pembinaan petempatan di cerun memerlukan penanaman batang konkrit bagi mengukuhkan kestabilan bangunan. Dalam keadaan ini, batang konkrit yang ditanam akan menyebabkan air meresap ke dalam tanih dengan lebih mudah. Keadaan ini akan melemahkan struktur tanih apabila terlalu banyak digenang air. Berat beban bangunan mungkin tidak mampu ditampung oleh tanih cerun yang akhirnya akan menyebabkan tanih mengalami kesotan secara perlahan-perlahan atau runtuh secara tiba-tiba.81

Tanah runtuh ini juga memberikan kesan dan impak yang negatif kepada masa akan datang kerana pokok-pokok baru menghadapi kesukaran untuk tumbuh di permukaan lapisan tanah yang tinggal serta haiwan akan kehilangan habitatnya.82

Daripada tragedi yang dahsyat ini telah membuka mata rakyat Malaysia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Berbagai pendapat yang diberikan daripada tragedi ini yang menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sudah mulai sedar akan kepentingan alam sekitar. Dato` Ishak Hj Baharom, Mufti Selangor berkata, “Bukit-Bukau dan gunung-ganang adalah pasak kepada bumi ini. Seboleh-bolehnya bukit dan gunung jangan diusik kerana apabila pasak diusik, kekuatannya sudah tidak ada lagi.”83

Ketua Pengarang Berita Harian, A. Nazri Abdullah menulis dalam ruangan komentarnya, “Kehidupan manusia diikat oleh tiga perhubungan iaitu hubungan dengan Allah, manusia dan alam. Seringkali manusia hanya mengutamakan aspek manusia dalam projek pembangunan. Manusia mahu selesa dan bahagia untuk mereka, sedangkan dalam proses ini mereka sebenarnya mengubah selesa dan bahagia alam”.84Manakala Presiden FOMCA, Hamdan Adnan, semasa temuramah di TC3

79 Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, et. all (2009), Focus Ace PMR 2009: Geografi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, hal. 396. 80 Saktiyono (2004), IPA Biologi SMP dan MTs Jilid 2, Indonesia: Penerbit Erlangga, hal. 144. 81 Rosmah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007), Geografi Fizikal: Teks & Rujukan Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd, cet. 1, hal. 110-111. 82 David Moollcombe (1996), Misi Penyelamat Planet Bumi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, cet. 1, Hal. 14. 83 Razzi Armansur (2008), Dunia Itu Penuh Wang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, cet. 1, hal. 139. 84 Ibid.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

733

memberitahu dengan tegas, “Kita mencederakan alam sekitar, sekarang alam sekitar mencederakan kita kembali”.85

Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya untuk menanam pokok dan melarang dengan keras umatnya daripada memotong pokok tanpa sebab yang munasabah. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w membenarkan umatnya untuk memotong pokok sekiranya terdapat keperluan yang mendesak. Galakan dan larangan baginda ini adalah merujuk kepada penjagaan pokok kerana pokok sangat penting dalm kehidupan manusia. di samping menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan, pokok juga mempunyai kepentingan lain seperti pencengkam tanah khususnya di tanah di kawasan cerun dan berbukit. Ketiadaan tanah di kawasan cerun dan berbukit, akan menyebabkan kejadian tanah runtuh sepertimana yang telah terjadi di Malaysia. Keadaan seperti ini akan mengganggu gugat kesejahteraan manusia.

Kesemua benda yang ada di bumi ini mempunyai kewujudan dan kepentingan sosialnya tersendiri. Ini dapat dibuktikan dengan hadith yang oleh `Abd Allah bin Mughaffal, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

ها كل أسود بييم ن ن األممي ألمرت بيقتليها كليها، فاق ت لوا مي " " لول أن الكيلب أمة مي“Seandainya anjing bukan termasuk umat dari berbagai umat (yang ada), pasti aku menyeruh kalian membunuhnya. Kerana itu, bunuhlah anjing yang berwarna hitam pekat”.

Hadith ini menunjukkan mengenai hakikat alam yang telah ditetapkan al-Quran, iaitu semua makhluk hidup termasuklah yang tidak berakal memiliki peranannya tersendiri yang berbeza antara satu sama lain. Dari sini, wujudnya hubungan antara sesama makhluk.86Abu Sulaiman al-Khitabi berpendapat bahawa hadith ini menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak suka akan kemusnahan dan kepupusan sesuatu umat. Ini kerana, di sebalik kesemua ciptaan Allah s.w.t terdapat hikmahnya tersendiri.87

KESIMPULAN

Empat belas abad yang silam sebelum sains moden menyedari kepentingan alam sekitar kepada manusia dan kaedah menjaganya, Rasulullah s.a.w sudah pun menyatakannya di dalam hadith. Pada zaman Rasulullah s.a.w, tidak terdapat satu pun peralatan yang canggih dan moden untuk mengkaji alam sebagaimana yang digunakan oleh saintis pada masa kini, tetapi bagaimana baginda s.a.w boleh mengetahuinya. Ini menunjukkan bahawa agama Islam merupakan agama yang benar.

Jelaslah di sini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap penjagaan alam sekitar. Tanggungjawab setiap muslim dalam menjaga alam sekitar adalah wajib dan haram hukumnya sekiranya seorang muslim merosakkan alam sekitar. Alam ini

85 Ibid. 86 Ibid., hal. 185. 87 Ibid., hal. 186.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

733

diciptakan oleh Allah s.w.t sebagai kemudahan kepada manusia dalam melunaskan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi Allah s.w.t. Sebagai khalifah, manusia mempunyai tiga tanggungjawab yang perlu digalas iaitu memastikan perhubungan manusia dengan Tuhan, perhubungan manusia sesama manusia dan perhubungan manusia dengan alam sejagat ditunaikan dengan baik dan penuh teliti. Oleh itu, Allah s.w.t telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w bagi mengajar dan membimbing manusia untuk menjaga ketiga-tiga hubungan tersebut.

Mutiara-mutiara yang bernilai tinggi terletak di dasar lautan yang dalam, susah untuk dilihat dari daratan. Bagi mendapatkannya, manusia haruslah berusaha menyelam ke dasar lautan bagi memperolehi mutiara tersebut. Mutiara yang dimaksudkan itu adalah hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang merupakan khazanah yang tidak ada tolak banding nilainya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Salim Basyarahil (2005), Hikmah Dalam Humor Kisah Dan Pepatah: Jilid 1-6, Jakarta: Gema Insani

Abdullah Salim (1988), Akhak Islam Membina Rumahtangga Dan Masyarakat, Selangor: Thinker`s Library Sdn. Bhd

Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah

Abi Dawud Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajastani (1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif

Afzalur Rahman (2007), Ensiklopediana Ilmu Dalam al-Quran, Bandung: PT Mizan Pustaka Al-`Alamah Abi al-Taib Muhammad Sham al-Haq al-`Azim Abadi (1969), `Aun al-Ma`bud Sharh

Sunan Abi Dawud, Madinah: al-Maktabah al-Salafiyyah Al-`Alamah al-Muhaddith al-Kabir al-Syaikh Khalil Ahmad al-Sahar Nafauri, Bazal al-Majhud fi

Hal Abi Dawud, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-

Kutub al-`Ilmiyyah. Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-

Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah

Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah

Al-Imam al-Hafiz Muhammad bin `Isa bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif

Al-Imam al-Nawawi (1969), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyadh: al-Matba`ah al-Mesriyyah Andi Hakim Nasoetion & Amini Nasoetion (1995), Matahari, Manusia Dan Makanan, Jakarta:

Balai Pustaka Andrew Solway (2011), Teknologi Alam Sekitar, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara

Malaysia Berhad David Moollcombe (1996), Misi Penyelamat Planet Bumi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn

Bhd Dr. Danial Zainal Abidin (2007), Quran Saintifik: Meneroka Kecermelangan Quran daripada

Teropong Sains, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd Dr. Lathifah Ibrahim Khadhar (2005), Ketika Barat Memfitnah Islam, Jakarta: Gema Insani Fachruddin M. Mangunjaya, Husain Heriyanto & Reza Gholami (2007), Menanam Sebelum

Kiamat: Islam, Ekologi Dan Gerakan Lingkungan Hidup, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

733

Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, et. all (2009), Focus Ace PMR 2009: Geografi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

Loh Suet Ling & Audrey M.A.L (2007), Complete Text & Guide Bilingual Science Form 2, Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

M. Z. Azmie (2008), Sopan Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Mohd. Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Norhibah binti Hasan Zawawi (1999), Konsep Islam Terhadap Pemuliharaan Alam Sekitar, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Razzi Armansur (2008), Dunia Itu Penuh Wang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Razzi Armansur (2008), Dunia Itu Penuh Wang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Rosmah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007), Geografi Fizikal: Teks & Rujukan Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd

Saktiyono (2004), IPA Biologi SMP dan MTs Jilid 2, Indonesia: Penerbit Erlangga Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan

Perkataan, Selangor: Masar Enterprise Yusuf al-Hajj Ahmad (2012), Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al-Quran & Sunnah,

Selangor: al-Hidayah Publication

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools