Kaunseling Pelbagai Budaya (Etnik Baba dan Nyonya)

24
SKPK 6063 KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA TAJUK: ETNIK BABA NYONYA DISEDIAKAN UNTUK: PROF MADYA DR FATIMAH YUSOOFF DISEDIAKAN OLEH: NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMED P71939 NORSHAHIDA BINTI ZAMRI P72486 SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI P72498

Transcript of Kaunseling Pelbagai Budaya (Etnik Baba dan Nyonya)

SKPK 6063

KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA

TAJUK:

ETNIK BABA NYONYA

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF MADYA DR FATIMAH YUSOOFF

DISEDIAKAN OLEH:

NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMED P71939

NORSHAHIDA BINTI ZAMRI P72486

SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI P72498

2

AIMI SHAFIKA BINTI SHOUPI P72554

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

1.0 PENGENALAN

Masyarakat Baba dan Nyonya merupakan kaum minoriti yang wujud

sejak kurun ke-15. Tiga terma yang digunakan untuk mengambarkan

komuniti ini iaitu Peranakan, Straits Chinese dan Baba dan Nyonya.

Perkataan Peranakan ini dipetik dari perkataan Melayu iaitu

“anak” yang bermaksud anak kelahiran tempatan termasuk juga

anak kelahiran pendatang asing (Lee Su Kim 2008). Baba adalah

terma untuk menggambarkan lelaki manakala nyonya adalah terma

untuk menggambarkan perempuan. Terma baba berasal daripada

perkataan Melayu iaitu Bapa manakala terma nyonya berasal dari

Jawa (Lee Su Kim 2008).

Masyarakat ini dikatakan berasal dari Tanah Besar China

yang telah berhijrah ke Melaka. Sejarah kedatangan masyarakat

ini bermula dengan kedatangan rombongan Laksama Cheng Ho

bersama Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk

mengadakan hubungan diplomatik. Melalui hubungan ini, Puteri

Hang Li Po telah dikahwinkan dengan Sultan Melaka sebagai tanda

penghargaan manakala para pengiringnya yang tinggal di Bukit

Cina telah mewujudkan perkahwinan campur dengan orang Melayu.

Kesan daripada perkahwinan campur ini telah melahirkan

3

keturunan yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau masyarakat

peranakan.

Pada awalnya, masyarakat ini hanya terdapat di Melaka

sahaja dimana Melaka pada ketika itu adalah pusat pedagangan

yang menjadi persinggahan para pedagang dari seluruh pelusuk

dunia terutamanya China. Kemudiannya, perkembangan pesat yang

berlaku di negeri Pulau Pinang dan Singapura telah mendorong

masyarakat ini berhijrah ke sana. Masyarakat baba dan nyonya

ini telah mengalami penyesuaian cara hidup dan pengaruh sosio-

budaya terhadap persekitaran mereka. Keadaan ini menyebabkan

berlakunya percampuran amalan budaya yang dilakukan oleh

masyarakat ini. Kebanyakan amalan budaya yang dilakukan

dipengaruhi oleh dua budaya utama iaitu budaya Melayu dan Cina.

Bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai adat dan budaya

masyarakat baba dan nyonya pengkaji telah menjalankan kajian di

Jewelery Straits Chinese Museum di Melaka pada 17 November 2013.

2.0 BUDAYA MASYARAKAT BABA NYONYA

2.1 Kepercayaan Baba Nyonya

Masyarakat Baba kebanyakannya dipercayai menganuti agama Tao,

dan mereka mempercayai akan kewujudan dewa-dewi serta menyembah

4

8 tuhan yang akan membawa kebahagiaan kepada mereka. Walaupun

mereka mengamalkan kepercayaan yang sama seperti masyarakat

Cina yang lain, namun terdapat sedikit perbezaan kerana

masyarakat Baba akan menggunakan bahasa Melayu Baba ketika

menyembah dewa-dewi. Masyarakat Baba juga merupakan golongan

yang begitu taat dan taksub terhadap ajaran agama Buddha.

Buktinya, mereka akan meletakkan satu sudut sebagai tempat

pemujaan di ruang rehat walaupun ruangan tersebut kecil. Kaum

Baba juga akan bersembahyang pada setiap pagi sebelum melakukan

sebarang pekerjaan.

Selain itu, masyarakat Baba juga amat menghormati jasa

nenek-moyang mereka semasa masih hidup. Sebagai contoh, seperti

jasa nenek moyang yang membolehkan mereka lahir dan menikmati

kehidupan dunia sebagai manusia sehingga beberapa generasi.

Kaum Baba percaya bahawa nenek-moyang akan mengamuk dan tidak

mahu menjaga keamanan keluarga mereka sehingga menyebabkan

pertengkaran dan penceraian. Oleh itu, kaum Baba akan

melangsungkan beberapa upacara bagi mengenang jasa-jasa nenek-

moyang mereka seperti menjalankan upacara penyembahan pada

ulang tahun kematian mereka serta akan melekatkan gambar nenek-

moyang mereka di sebuah bingkai sebagai tanda penghargaan.

Masyarakat Baba juga mengamalkan kepercayaan kepada

keramat. Kepercayaan keramat iaitu suatu kepercayaan terhadap

sesuatu yang aneh. Bagi masyarakat Baba, mereka akan membuat

sesuatu perkara yang berbentuk pemujaan di atas makam orang

5

tersebut dengan tujuan memohon pertolongan dan sebagainya.

Mereka menganggap bahawa roh si mati akan memberi kesejahteraan

kepada mereka yang hidup. Selain mempercayai kepada makam orang

yang mempunyai kelebihan, masyarakat Baba juga mempercayai

kepada busut atau batu-batu besar. Mereka menganggap bahawa

batu dan busut yang besar mempunyai kuasa. Oleh itu, terdapat

segelintir masyarakat Baba yang akan membalut busut atau batu-

batu besar dengan kain kuning sebagai langkah pemujaan. Selain

itu juga, masyarakat baba dan nyonya mempunyai kepercayaan

mengenai open roof dimana setiap rumah mesti mempunyai satu

sudut open roof. Air hujan yang masuk melalui open roof dipercayai

memberikan rezeki kepada masyarakat ini.

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa pantang-larang

yang mesti dituruti. Pantang-larang ini akan didedahkan kepada

mereka sejak dari kecil lagi supaya pantang-larang ini menjadi

satu amalan dalam diri mereka hingga dewasa. Antara pantang-

larangnya ialah, seorang itu tidak boleh membuang air kecil

merata-rata kerana akan membawa kecelakaan pada diri mereka.

Kaum Baba juga dilarang untuk bersiul dalam rumah terutamanya

anak dara, kerana akan menyebabkan susah untuk mendapat jodoh.

Selain itu ketika menyambut hari perayaan pula, masyarakat Baba

dilarang untuk membersihkan rumah kerana dianggap membuang

untung dan mendatangkan sial. Seterusnya, masyarakat Baba juga

tidak dibenarkan menyapu serpihan mercun kerana serpihan itu

dianggap tuah dan membawa jalan menuju ke syurga.

6

2.2 Masakan Baba Nyonya

Keunikan lain yang dapat dilihat dalam amalan masyarakat Baba

ialah jenis masakan Baba yang bercampur di antara masyarakat

Melayu dan Cina. Bagi masyarakat Baba, mereka akan makan

menggunakan tangan seperti masyarakat Melayu, tetapi amalan ini

hanya dilakukan di rumah sahaja. Mereka juga makan dalam

keadaan tertib dan sopan seperti masyarakat Melayu. Masakan

masyarakat Baba digelar sebagai masakan Nyoya kerana jenis

masakan mereka adalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu

yang menggunakan rempah masakan Melayu. Misalnya seperti ayam

kapitan, iaitu sejenis makanan yang dimasak menggunakan rempah

kari dan ayam tersebut perlu dimasak sehingga kering tanpa

berkuah. Masakan ini kebiasaanya dimasak pada waktu makan

tengahari dan juga dihidangkan ketika menyambut perayaan.

Selain itu, makanan yang menjadi kegemaran adalah seperti

inci kabin (ayam goreng cara Nyonya), pindang bandeng (kuah

ikan), itik tim (itik yang dimasak dengan sayur jeruk), itik

sioh (itik yang disalut rempah), pang-teh bak-wan kepiting

(babi cincang yang dicampur dengan sup ketam), nasi lemak dan

banyak lagi. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa,

namun ianya akan menjadi lebih istimewa pada hari keramaian

atau ketika menyambut sebarang perayaan. Selain itu masyarakat

Baba juga mempunyai beberapa masakan yang hanya akan

dihidangkan pada majlis-majlis tertentu. Misalnya seperti

7

masakan ‘mi sua tau’ yang dibuat dengan menggunakan ‘mi khas’.

‘Mi sua tau’ ini adalah salah satu makanan yang istimewa kerana

makanan ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan

umur seseorang. Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan ‘mi sua

tau’ ini bersama dengan nasi kunyit pada majlis menyambut hari

lahir seseorang.

Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi

sebahagian daripada masakan masyarakat Baba secara

keseluruhannya, tetapi kuih-muih masyarakat Cina dan Melayu

juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaum Baba. Contohnya

seperti kuih-muih Cina, iaitu kuih bakul, pulut inti daging

khinzir dan pau kacang merah adalah antara kuih yang digemari

oleh masyarakat Baba. Buktinya, seperti kuih bakul yang menjadi

kuih yang paling penting dalam setiap perayaan dan upacara yang

diamalkan oleh masyarakat Baba. Kuih bakul juga dikenali

sebagai ‘tih kuey’ yang diperbuat daripada tepung yang dimasak

dengan gula. Kuih bakul ini adalah salah satu kuih tradisional

yang masih dikekalkan sehingga sekarang. Kuih-muih masyarakat

Melayu yang digemari serta menjadi juadah yang lazat ketika

mengadakan perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol,

wajik, tapai dan bahulu. Kebanyakan masyarakat Baba mahir

dalam membuat kuih-muih masyarakat Melayu kerana dipercayai

mempunyai pergaulan yang erat dengan masyarakat Melayu.

Namun begitu, bagi masyarakat Baba dodol yang dibuat

dengan menggunakan beras yang ditumbuk halus dan ditampi adalah

8

lebih sedap berbanding tepung beras yang dikilang dan dijual di

pasaran. Kuih wajik pula adalah sama pembuatannya dengan

masyarakat Melayu. Manakala kuih bahulu yang dibuat oleh

masyarakat Baba sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu,

kerana masyarakat Baba menggunakan telur itik. Berbeza pula

dengan masyarakat Melayu yang menggunakan telur ayam, namun

ianya tetap menghasilkan rasa dan keenakan yang sama. Selain

itu, cara pembakaran bahulu juga agak unik kerana bahan api

perlu diletakkan di bahagian bawah dan atas acuan untuk

memastikan bahulu masak dengan sempurna.

2.3 Kesenian Baba Nyonya

Kesenian masyarakat Baba kebanyakannya mempunyai motif yang

berasal dari negara China. Namun begitu corak-coraknya dapat

dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau Islam. Selain itu,

peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik

ialah pada porselin. Porselin merupakan peralatan khas untuk

kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di

daerah Jiang Xi dan Guang Dong di negara China. Oleh itu

peralatan ini tidak akan dieksport. Antara ukiran corak yang

terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung ‘pheonix’,

bunga dahlia, bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda

berharga, serta bunga botan.

Selain itu, kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali

berbanding porselin kaum Baba. Hal ini kerana porselin Nyonya

kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru

9

tua, hijau dan kuning. Masyarakat Baba mempunyai peralatan khas

yang digunakan untuk menjalankan apa-apa upacara. Antaranya

ialah seperti dulang teh tembikar ‘berenamel’ warna-warni yang

dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya Peranakan. Kebiasanya

dulang ini akan digunakan ketika upacara minum teh pada hari

perkahwinan. Manakala ‘bakul siah’ pula digunakan untuk

pelbagai tujuan khasnya seperti hantaran perkahwinan dan

pemberian hadiah. ‘Bakul siah’ ini diperbuat daripada buluh,

kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit di dalamnya

diisi dengan pelbagai juadah makanan. Kadang kala bakul ini

dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat, corak hiasan dan

besarnya ‘bakul siah’ ini bergantung kepada kehendak

pemiliknya.

Dari segi kesenian muzik pula masyarakat baba nyonya

menyukai lagu ‘dondang sayang’. Lagu ini akan dimainkan semasa

upacara-upacara keramaian. Lelaki dengan perempuan akan

menyanyi secara berduet dan akan ada unsur pujuk memujuk di

dalam nyanyian tersebut.

2.4 Perkahwinan Baba Nyonya

10

Perkahwinan kaum ini di atur oleh ibubapa dengan bantuan mak

andam. Pasangan baba dan nyonya yang bakal berkahwin ini tidak

mengenali antara satu sama lain. Pasangan ini hanya akan

berkenalan dan berjumpa pada hari perkahwinan mereka. Kebiasaan

mereka akan berkahwin pada umur 14 tahun dan diatur oleh ibu

bapa. Secara keseluruhannya, masyarakat baba dan nyonya ini

banyak mengikut adat perkahwinan masyarakat Cina berbanding

masyarakat Melayu. Antara adat masyarakat Melayu yang boleh

didapati dalam perkahwinan mereka ialah tepak sireh dan ‘mas

kahwin’ yang diserahkan kepada ibu bapa gadis. Barangan

hantaran diletakkan dalam siah hitam (barangan pakaian) dan

siah merah (makanan).

Pada hari perkahwinan, kedua-dua pengantin akan memakai

pakaian perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya. Suatu jamuan

ringan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Kedua-dua

pengantin akan bersembahyang dan dianggap sah sebagai suami

isteri oleh ibu bapa pihak perempuan.

Selepas itu mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki.

Upacara di rumah pihak lelaki diadakan secara besar-besaran

dikenali sebagai upacara 'sembahyang samkai'. Adatnya pula

dikenali sebagai 'Perkahwinan Tambo Seroni' kerana tiupan

serunai dapat didengari di sepanjang majlis perkahwinan.

Selesai sembahyang, kedua-dua pengantin memohon maaf serta

diminta halalkan segala makan minum mereka daripada kedua-dua

belah ibu bapa mereka. Ini disusuli pula oleh 'adat sojah'. Di

11

dalam adat ini kedua-dua pengantin akan menjamu teh kepada

setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika

mengikut tradisi, kedua-dua pengantin terpaksa melutut ketika

memberi secawan teh kepada orang yang disojah. Pengantin lelaki

akan dibantu oleh 'pak-chi-nek' sementara pengantin perempuan

pula oleh 'sang-ke-um'. Tugas mereka adalah membantu kedua-dua

pengantin ketika melutut dan membangun. Biasanya orang-orang

yang 'disojah' memberi 'angpau' kepada mereka. Ada juga yang

memberi barang-barang kemas berupa cincin ataupun rantai. Pada

keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada

kedua-dua mentuanya sebagai satu tanda bahawa dia sekarang

adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi

semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu.

Adat 'dua belas hari' akan diadakan dua belas hari selapas

perkahwinan. Kedua-dua pengantin akan ke rumah pengantin

perempuan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pihak

perempuan bagi merestui perkahwinan mereka. Kebiasaanyanya,

hantaran hanyalah diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak

perempuan sahaja. Manakala bagi pihak perempuan pula hanyalah

membalas dengan cara memberi ‘ang pau’ sahaja. Satu jamuan

diadakan di rumah pihak perempuan. Kedua-dua pengantin dijamu

dengan nasi lemak bersama-sama dua belas jenis sambal.

Pengantin lelaki akan memberi 'angpau' kepada mentuanya sebagai

tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak miliknya.

Sebagainya balasan, ibu bapa pengantin perempuan akan memberi

dua ekor ayam yang berbulu merah (seekor ayam jantan dan seekor

ayam betina), dua batang tebu dan dua batang lilin untuk dibawa

12

pulang bersama-sama. Kesemua barang-barang ini dibalut dengan

kertas merah kerana warna merah dipercayai membawa tuah,

kebahagian dan kerharmonian. Kedua-dua ekor ayam tersebut

dilepaskan di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan

yang keluar dahulu dari bawah katil tersebut, maka anak lelaki

akan diperolehi sebaliknya jika ayam betina yang keluar dahulu,

maka anak perempuan akan diperolehi. Ayam tersebut hendaklah

dipelihara selagi ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam

tersebut membiak, maka semakin ramai anak yang akan diperolehi.

Seterusnya sebagai balasan, bagi keluarga yang sangat kaya

mereka akan memberikan hadiah kepada ibu bapa, bapa mertua dan

juga ibu mertua sebuah jam tangan emas.

2.5 Pakaian Baba Nyonya

Pakaian masyarakat Baba Nyonya lebih mirip kepada masyarakat

Melayu. Hal ini dapat dilihat pada beberapa jenis pakaian kaum

Nyonya misalnya baju cekak musang yang hampir serupa dengan

baju kurung namun baju tersebut lebih ketat. Baju ini akan

dipadankan dengan kain sarong atau kain pelikat. Selain itu,

kaum Nyonya juga gemar memakai baju kebaya labuh. Baju kebaya

labuh ini akan dihiasi dengan pelbagai kerongsang dan

dipadankan dengan kain batik sarong, manakala rambut pula akan

disanggul dengan sanggul menarik. Baju kebaya labuh lebih

lembut dan nipis, oleh itu lebih sesuai dipakai oleh golongan

wanita muda.

13

Selain itu, masyarakat Baba Nyonya juga mempunyai baju

khas yang perlu dipakai oleh kaum Nyonya ketika hari

perkahwinan iaitu baju ‘koon’. Baju ‘koon’ berbentuk panjang

dan labuh serta akan dihiasi dengan sulaman pada kain baldu.

Ketika memakai baju ini, rambut akan dihias dengan sanggul

bunga yang dihias dengan ikatan yang dipanggil buntut belangkas

kerana cucuk sanggulnya berbentuk lintang bulat. Bagi Baba pula

ialah ‘teng sah beh kuah’ iaitu baju cekak musang yang

berbutang kain sangkut dan seluar kilat kosong dan dipadankan

dengan topi berwarna hitam. Baju ini dinamakan ‘teng sah’ yang

bermaksud baju labuh, ‘beh kuah’ yang bermaksud baju pendek

yang dipakai di luar ‘teng sah’.

Rekaan kasut yang digemari oleh masyarakat Baba dan Nyonya

ialah kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tangan

yang dihasilkan dari jalinan manik halus yang dijahit pada kain

terpal. Kini, kasut manik diberi rekaan moden serta ditambah

tumit.

2.6 Perayaan Baba Nyonya

Masyarakat Baba Nyonya banyak mengadaptasi perayaan masyarakat

Cina. Antaranya seperti, Tahun Baru Cina, Tung Cek, Cheng Beng,

Sembahyang Hantu, Sembahyang Bulan, Ong Yah dan Perayaan Bulan

Mei. Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada bulan pertama

14

takwim orang cina. Masyarakat Baba Nyonya akan membersihkan

rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-

muih dan perlbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli

keluarga dan saudara mara sebelum Tahun Baru Cina disambut.

Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina, semua ahli

keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga

tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam

tersebut. Pelbagai jenis makanan akan disajikan di atas meja

besar. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai tanda

kemeriahan. Pada keesokan paginya kaum Baba akan bersembahyang

untuk mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut.

Selepas itu, sanak saudara akan datang berkunjung dengan

membawa perlbagai juadah serta buah limau mandarin. Mereka yang

telah berkeluarga wajib memberikan ‘angpau’ kepada mereka yang

masih bujang. Angpau yang diberikan mestilah dalam sampul yang

berwarna merah dan mempunyai dua keping duit kertas walaupun

nilainya kecil.

Selain perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk

memperingati Dewa Tua Pek Kong juga diraikan oleh masyarakat

Baba Nyonya. Perayaan ini dilakukan pada hari keempat perayaan

Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian pintu rumah

akan diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna

putih dan merah. Pada hari tersebut juga masyarakat Baba Nyonya

akan menghidangkan peralatan sembahyang datok pauh, iaitu tiga

cawan air teh, dua batang lilin dan 12 batang colok. Ketika ini

masyarakat Baba Nyonya akan berdoa semoga dipanjangkan umur dan

15

dimurahkan rezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan

Tung Chek bagi masyarakat cina.

Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada

bulan kedua dalam kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai

Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng, beberapa helai kertas

perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang

dipercayai hidup di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan

dengan menggunakan colok dan kertas emas yang kubur. Upacara

sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas

emas yang dibakar di hadapan patung dewa sambil berdoa untuk

kesejahteraan roh yang telah mati terutamanya nenek moyang

mereka. Selain itu, masyarakat Baba Nyonya juga akan mengadakan

persembahan lauk ketika bersembahyang iaitu roh akan

dihidangkan dengan gula tarik, kacang, arak dan makanan lain.

Sembahyang Bulan juga merupakan salah satu perayaan yang

diamalkan oleh masyarakat Baba Nyonya. Perayaan ini disambut

pada 15 haribulan lapan dalam kalendar cina. Sembahyang Bulan

akan dilakukan di rumah ‘akhay-akhay’ iaitu rumah kecil yang

halaman rumahnya dihias cantik. Semasa upacara itu dilakukan,

berpuluh batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan

pelbagai jenis makanan lazat dihidangkan. Kuih bulan diletakkan

di tengah-tengah dan dikelilingi kuih-kuih lain seperti waajik,

dodol, kuih bakul, teh cina dan sebagainya.

16

2.7 Kematian

Kematian bagi masyarakat baba dan nyonya adalah satu perkara

yang begitu menyedihkan. Masyarakat ini percaya sekiranya

berlaku kematian mereka perlu berkabung selama tiga tahun. Pada

tahun pertama perkabungan, mereka akan memakai pakaian berwarna

hitam dan putih sahaja manakala pada tahun kedua dan ketiga

mereka memakai pakaian berwarna biru dan hijau. Sepanjang

tempoh perkabungan ini, masyarakat baba nyonya dilarang

menyambut sebarang perayaan dan berkahwin bagi keluarga

terdekat. Hal ini sebagai tanda penghormatan buat si mati dan

keluarga.

3.0 AMALAN BUDAYA BABA NYONYA

Pengkaji telah menjalankan sesi temubual bersama pekerja di

Jewelery Straits Chinese Museum iaitu Veelie dan anaknya Chia yang

merupakan keturunan baba nyonya. Pengkaji ingin melihat sama

ada Nyonya Veelie masih lagi mengamalkan budaya baba nyonya

dalam menjalani urusan kehidupan sehariannya. Berikut merupakan

hasil temubual yang telah dijalankan:

Aspek yang

dinilai

Penerangan

Kepercayaan Menganut agama Buddha dan masih lagi mempunyai

kepercayaan terhadap nenek moyong. Tidak

mempercayai keramat dan tidak mengamalkan open

17

roof. Masih berpegang kepada pantang larangan

tidak membersihkan rumah ketika menyambut hari

perayaan dan tidak menyapu serpihan mercun.Masakan Tidak makan menggunakan tangan sebaliknya

menggunakan chop stick atau sudu. Masih

mengamalkan semua jenis masakan dan kuih baba

nyonya. Paling mengemari pindang bandeng dan

asam pedas. Kesenian Porselin hanya digunakan untuk perhiasaan

sahaja. Manakala dari segi kesenian muzik pula

masih mengekalkan lagu ‘dondang sayang’.Perkahwinan Tidak mengamalkan adat baba nyonya dalam

perkahwinan. Perkahwinan dalam keluarga dibuat

di hotel atau restoren dan hanya berlangsung

selama satu hari sahaja. Hantaran hanya

berbentuk angpau tanpa ada tambahan lain.

Upacara minum teh hanya berlaku sekali sahaja di

majlis perkahwinan yang dihadiri oleh kedua

belah pihak ibu dan bapa pengantin. Pasangan

juga mempunyai hak untuk memilih pasangan

sendiri.Pakaian Nyonya Veelie hanya memakai kebaya untuk

berkerja sahaja dan pada hari tidak berkerja

hanya memakai pakaian biasa. Pakaian perkahwinan

anaknya adalah kemeja dan kot. Tidak memakai

pakaian baba nyonya.Perayaan Menyambut semua perayaan seperti baba nyonya.Kematian Masih lagi mengamalkan perkabungan selama 3

18

tahun tetapi tidak terlalu mengikut adat warna

pakaian untuk tahun perkabungan.

Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa nyonya Veelie

tidak secara sepenuhnya mengamalkan adat dan budaya masyarakat

baba nyonya walaupun beliau merupakan keturunan baba nyonya.

Menurut beliau, adat baba nyonya sesetengahnya tidak lagi

praktik untuk di amalkan pada masa kini. Sebagai contoh,

menurut beliau adat 12 hari perkahwinan sangat tidak praktik

kerana pada masa kini kos dan masa sangat berharga dan

sekiranya adat ini dilaksanakan maka beliau perlu mengeluarkan

perbelanjaan yang banyak.

4.0 IMPLIKASI PRAKTIS DALAM KAUNSELING

Sebagai seorang kaunselor yang cekap budaya, kaunselor perlu

memiliki tiga perkara utama seperti yang berikut:-

i. Kesedaran

Menurut Sue dan Sue (2008), sebagai seorang kaunselor,

perubahan daripada ketidaksedaran kepada sedar dan

sensitif terhadap budaya sendiri dan menghargai serta

menghormati perbezaan budaya lain sangat penting.

Kaunselor perlu sedar tentang nilai dan bias serta

bagaimana ia mempengaruhi dirinya apabila berhadapan

19

dengan klien yang mungkin terdiri daripada kepelbagaian

budaya. Persekitaran yang selesa dengan kepelbagaian yang

wujud antara kaunselor dan klien dalam aspek bangsa,

jantina, orientasi seksual, sikap, agama, kepercayaan dan

aspek sosiodemografi lain perlu diwujudkan. Selain itu,

kaunselor tidak boleh melihat perbezaan yang wujud sebagai

sesuatu yang pelik atau menyimpang daripada kelaziman (Sue

dan Sue 2008). Kesedaran tentang budaya seseorang individu

merujuk kepada kaunselor perlu memahami tentang sesuatu

tingkah laku dan nilai kesopanan dalam situasi kaunseling

budaya (Rohany 2013). Tambah Rohany (2013) lagi, kesedaran

tersebut merangkumi kepentingan kaunselor untuk meneroka

keperbezaan dinamik kebudayaan kumpulan lain.

ii. Ilmu pengetahuan

Kaunselor perlu mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang

klien atau kelompok klien dalam masyarakat setempat.

Disamping itu, kaunselor juga perlu memahami sistem

politik klien serta harus faham daripada sudut

pengaplikasian teori dan model kaunseling yang sesuai

dengan klien. Tambahan lagi, kaunselor harus sedar dimana

rujukan perlu dilakukan dalam usaha untuk lebih memahami

klien serta isu yang dihadapinya (Sue dan Sue 2008).

iii. Kemahiran

20

Sue dan Sue (2008) menggariskan kemahiran asas yang

diperlukan oleh seseorang kaunselor dalam berhadapan

dengan kepelbagaian klien. Salah satu kemahiran tersebut

iaitu kecekapan untuk memberi tindak balas secara lisan

dan bukan lisan. Seterusnya, kaunselor juga perlu

berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik agar mesej

sama ada secara lisan dan juga bukan lisan dapat menerima

dan memberi maklumbalas yang tepat serta berkesan.

Disamping itu, kaunselor perlu memahami gaya pertolongan

dan limitasi yang ada pada dirinya serta menjangkakan

kesan yang bakal dihadapi oleh klien yang berbeza budaya

(Sue dan Sue 2008).

4.1 Implikasi Praktis Terhadap Klien Baba Nyonya

i. Bahasa

Salah satu perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh

kaunselor ialah penggunaan bahasa yang sesuai dan dapat

difahami oleh klien. Kaunselor perlu peka terhadap

kemahiran bahasa klien kerana penggunaan bahasa yang

berbeza di antara kaunselor dengan klien juga boleh

menjadi penghalang proses menolong yang berkesan (Rohany

2013; Sue dan Sue 2008). Sebagai contoh, bagi klien yang

terdiri daripada etnik minoriti seperti Baba Nyonya,

kebiasaannya mereka lebih gemar dan fasih berbahasa

Melayu. Namun begitu, terdapat juga daripada kalangan

mereka yang tidak boleh berbahasa Melayu, tetapi lebih

21

mahir berbahasa Mandarin atau Inggeris. Oleh itu,

kaunselor perlu bijak menyesuaikan bahasa yang ingin

digunakan agar klien memahami, selesa dan sesi kaunseling

dapat berjalan dengan lebih berkesan. Namun harus diingat

bahawa penggunaan bahasa yang sama juga tidak menjamin

komunikasi dapat difahami sepenuhnya (Sue dan Sue 2008).

ii. Pendidikan

Disamping itu, kaunselor juga perlu peka terhadap tahap

atau pendidikan yang diterima oleh klien. Sebagai contoh,

dalam budaya etnik Baba Nyonya, anak perempuan wajib

dididik dan diajar untuk melakukan tugasan di rumah

terutama memasak dan menjahit. Berkemungkinan kaunselor

akan berhadapan dengan klien yang masih mengamalkan corak

pendidikan sebegini dimana anak perempuan tidak menghadiri

sesi pembelajaran formal di sekolah. Oleh itu, kaunselor

juga perlu peka dan sensitif terhadap aspek pendidikan

klien dalam sesi kaunseling kerana kandungan yang diajar

menggambarkan pilihan utama masyarakat tersebut tentang

apa yang dipercayainya penting untuk dipelajari.

iii. Kelas Sosial / Status Sosioekonomi

Seterusnya, aspek kelas sosial atau status sosioekonomi

juga perlu diberi perhatian oleh kaunselor dalam

22

menjalankan sesi kaunseling kepada klien daripada etnik

Baba Nyonya. Kaunselor yang mempunyai latar belakang

status sosioekonomi yang berbeza dengan klien mungkin akan

mengalami kesukaran untuk memahami atau mengaitkan situasi

dan kesannya terhadap kehidupan klien. Sebagai contoh,

terdapat keturunan Baba Nyonya yang sememangnya kaya raya

namun begitu tidak dinafikan wujud juga keturunan Baba

Nyonya yang kurang bernasib baik dari segi harta kekayaan

menyebabkan mereka rendah diri, putus asa dan sering

bergantung kepada individu lain. Kaunselor perlu peka

terhadap status sosioekonomi klien mereka agar dapat

memahami dan tidak wujud bias atau salah faham yang boleh

menjejaskan keberkesanan sesi kaunseling tersebut.

iv. Faktor Agama Dan Kepercayaan

Selain itu, harus diingat bahawa kaunselor juga perlu

peka, sensitif dan menghormati agama serta kepercayaan

klien. Sebagai contoh, sudah menjadi tradisi bagi

masyarakat Baba Nyonya untuk menganuti agama Tao. Bagi

aspek kepercayaan pula, terdapat pelbagai kepercayaan

utama dalam kalangan masyarakat Baba Nyonya seperti warna

merah, pantang larang, penyakit dan kaedah perubatan, dan

sebagainya. Kaunselor perlu berhati-hati agar tidak wujud

bias, stereotaip atau prejudis terhadap klien.

23

v. Faktor Adat Budaya

Adat merangkumi kesemua aspek amalan tradisi dalam

kehidupan seperti pengaruh keluarga, peranan jantina,

perkahwinan, kehamilan, kelahiran, dan kematian. Oleh itu,

adat yang diamalkan perlu difahami dan dihormati agar

kaunselor dapat memberi tindak balas yang sepatutnya.

Disamping itu, sebagaimana kebiasaan, ekspresi emosi

merupakan sesuatu yang sangat diharapkan dalam kaunseling.

Namun begitu, bagi masyarakat Baba Nyonya yang masih

berpegang teguh kepada adat budaya Cina, kawalan emosi

atau perasaan dilihat sangat penting. Ekspresi perasaan

kecewa atau marah secara terbuka adalah tidak diterima.

Begitu juga ekspresi perasaan sayang atau cinta di

khalayak ramai dianggap tidak wajar. Keadaan sebegini

memerlukan kaunselor lebih peka terhadap emosi yang

disampaikan oleh klien sama ada secara lisan dan juga

bukan lisan.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, masyarakat baba dan nyonya merupakan sebuah

masyarakat yang unik kerana telah menerima pertembungan dua

budaya iaitu Melayu dan Cina. Masyarakat ini telah menerima dan

menerapkan beberapa aspek budaya Melayu ke dalam cara hidup

24

mereka disamping terus mengekalkan kepercayaan nenek moyang

mereka. Penerimaan ini dianggap sebagai bersifat luaran. Sifat

masyarakat ini yang sentiasa cair dari segi budaya telah

menyebabkan masyarakat ini sentiasa bersedia untuk

mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran yang baru sama

ada persekitaran tempat atau waktu.

Namun begitu, generasi masyarakat baba dan nyonya masa

kini tidak lagi mengamalkan budaya masyarakat ini. Hal ini

berikutan kerana golongan muda baba nyonya telah banyak

dipengaruhi oleh kemajuan. Oleh itu, seorang kaunselor perlu

sensitif dan peka apabila berhadapan dengan klien daripada

keturunan Baba Nyonya kerana mereka mungkin menghadapi konflik

yang agak berbeza daripada klien biasa.