Gambaran konflik politik di Malaysia berdasarkan maksud dan penggunaan kata-kata dan ungkapan dalam...

31
1 GAMBARAN KONFLIK POLITIK DI MALAYSIA BERDASARKAN MAKSUD DAN PENGGUNAAN KATA-KATA DAN UNGKAPAN DALAM AKHBAR Ahmad Ramizu Abdullah Salinah Jaafar Abstract Our country politics nowadays become more aggressive and chaotic because of the behavior among some of our politicians. There are some of our politicians had been accused with several issues such as moral wrong doings, bribery and also hopping for party to party that tarnishes our country image. Various comments can be delivered to identify and to evaluate the impact of those issues from politics, law and moral perspectives. Those entire things can be seen every day in daily newspapers. This pape touches on politics, but from language perspective which emphasis on conflicts through the usage of words and multiword in Malay daily newspapers. Key words: politician, issue, aggressive, chaotic Pengenalan Merriam-Webster Online Dictionary mendefinisikan perkataan politik sebagai the art or science of government b: the art or science concerned with guiding or influencing governmental policy c: the art or science concerned with winning and holding control over a government . Perkataan konflik berasal dari bahasa Latin, iaitu confligure (Manser dan Thomson (ed) (1995) yang bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain (Kamus Dewan 2007:814). Konflik terjadi kerana tidak ada dua manusia yang sama daripada semua segi, baik keinginan, kesukaan, pemikiran, pendapat dan sebagainya. Menurut George Simmel (1968), konflik merupakan suatu keadaan atau suasana yang terdapat dua orang atau lebih pihak yang mempunyai perbezaan pendapat serta tidak sehaluan. Asmah Hj. Omar (1996:2) menyifatkan kewujudan konflik sebagai keadaan tidak adanya persefahaman berhubung dengan

Transcript of Gambaran konflik politik di Malaysia berdasarkan maksud dan penggunaan kata-kata dan ungkapan dalam...

1

GAMBARAN KONFLIK POLITIK DI MALAYSIA BERDASARKAN MAKSUD DAN

PENGGUNAAN KATA-KATA DAN UNGKAPAN DALAM AKHBAR

Ahmad Ramizu Abdullah

Salinah Jaafar

Abstract

Our country politics nowadays become more aggressive and chaotic

because of the behavior among some of our politicians. There are some of

our politicians had been accused with several issues such as moral wrong

doings, bribery and also hopping for party to party that tarnishes our

country image. Various comments can be delivered to identify and to

evaluate the impact of those issues from politics, law and moral

perspectives. Those entire things can be seen every day in daily

newspapers. This pape touches on politics, but from language perspective

which emphasis on conflicts through the usage of words and multiword in

Malay daily newspapers.

Key words: politician, issue, aggressive, chaotic

Pengenalan

Merriam-Webster Online Dictionary mendefinisikan perkataan politik sebagai “the art or science

of government b: the art or science concerned with guiding or influencing governmental policy c:

the art or science concerned with winning and holding control over a government”. Perkataan

konflik berasal dari bahasa Latin, iaitu confligure (Manser dan Thomson (ed) (1995) yang

bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain

(Kamus Dewan 2007:814). Konflik terjadi kerana tidak ada dua manusia yang sama daripada

semua segi, baik keinginan, kesukaan, pemikiran, pendapat dan sebagainya. Menurut George

Simmel (1968), konflik merupakan suatu keadaan atau suasana yang terdapat dua orang atau

lebih pihak yang mempunyai perbezaan pendapat serta tidak sehaluan. Asmah Hj. Omar (1996:2)

menyifatkan kewujudan konflik sebagai keadaan tidak adanya persefahaman berhubung dengan

2

sesuatu perkara atau isu. Dalam perkataan lain, kewujudan konflik akan melahirkan suasana atau

keadaan yang tidak harmoni dan tenteram dalam perhubungan. Secara umumnya, konflik politik

tanah air melibatkan pihak yang memerintah dan membentuk kerajaan dengan pihak yang gagal

membentuk kerajaan.

Maklumat berkaitan dengan konflik politik seringkali diperoleh melalui media akhbar

tempatan yang sentiasa menyiarkan berita-berita terkini berkaitan dengan dunia politik tanahair.

Penggunaan kata yang menggambarkan konflik politik dalam penulisan berita di akhbar amat

menarik untuk dibicarakan. Data tentang konflik yang dibincangkan ini berupa tajuk berita atau

kenyataan mengenai hal-hal politik semasa tanah air yang diperolehi dalam akhbar berbahasa

Melayu. Akhbar yang dikaji ialah akhbar harian arus perdana, seperti Utusan

Malaysia/Mingguan Malaysia (selepas ini, UM) dan Berita Harian/Minggu (selepas ini BH).

Selain itu, media parti politik seperti Harakah dan Sinar Keadilan juga digunakan. Pengumpulan

data dilakukan secara rawak dengan tumpuan diberikan kepada kenyataan pemimpin politik.

Namun begitu, pandangan bukan ahli politik, tetapi yang berkaitan dengan hal politik tidak

dikesampingkan. Tempoh penelitian akhbar tersebut dilakukan adalah dari 29 Januari 2009

hingga 17 Mac 2009.

Perbincangan Kata-kata dan Ungkapan Konflik

Gambaran konflik dapat ditafsir melalui maksud kata-kata dan ungkapan yang digunakan, iaitu

dalam bentuk tindakan, atau sikap yang merenggangkan perhubungan (Alwood, 1992). Dari

aspek verbal, Asmah Hj. Omar (1998:9-11) mengklasifikasikan konflik berdasarkan ciri-ciri

intelektual, canggih dan kelantangan. Penelitian ke atas penggunaan perkataan dan ungkapan

3

dalam akhbar terpilih mengenai isu politik semasa menggambarkan kewujudan konflik. Kajian

mendapati bahawa kata-kata dan ungkapan konflik digunakan oleh ahli politik, orang awam,

pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Perbincangan tentang terdapatnya elemen

yang dibincangkan dalam perkara-perkara berikut.

Amaran

Amaran bermakna perintah, suruhan atau peringatan yang keras (Kamus Dewan 2007).

Lazimnya amaran dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa untuk menjaga kepentingan semua

pihak yang dilindungi. Contohnya, amaran ribut petir atau laut bergelora dikeluarkan oleh

Jabatan Meteorologi dan amaran wabak denggi oleh Kementerian Kesihatan. Dalam konteks

politik semasa tanah air, penggunaan perkataan amaran adalah seperti yang dilihat dalam contoh

berikut:

Tuanku Mirzan beri amaran jangan gugat keharmonian (BH 17/2 Selasa muka 1)

Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan amaran dikeluarkan oleh pihak yang

mempunyai kuasa untuk menjaga kepentingan negara. Tindakan tersebut dilakukan apabila

terdapat perbuatan pihak tertentu yang dianggap boleh menimbulkan konflik.

Ancam

Ancam ialah perbuatan menakut-nakutkan atau mengugut untuk mendatangkan bahaya. Tindakan

tersebut lahir daripada rasa tidak senang, marah atau bantahan terhadap tingkah laku yang telah

dilakukan oleh sesuatu pihak. Hal ini berlaku dalam perhubungan yang tidak harmoni. Dalam

konteks politik semasa tanah air, perkataan tersebut digunakan dalam media. Contohnya, berita

4

yang merujuk kepada ancaman yang diterima oleh seorang ahli politik berikutan tindakannya

yang dianggap menghina institusi kesultanan Melayu Perak.

Ancam bunuh ? (UM Selasa 17/2 muka 4)

Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan ancam menggambarkan wujud

perasaan marah dan tidak puas hati terhadap perbuatan oleh pihak tertentu.

Bantah

Bantah adalah perbuatan mempertikaikan sesuatu pihak kerana dianggap melakukan sesuatu

tindakan yang merugikan atau memudaratkan kepada pihak yang lain. Perbuatan tersebut

menggambarkan wujud suasana konflik, iaitu tidak sepakat berkaitan sesuatu hal. Hasil kajian ke

atas beberapa media menunjukkan bahawa perkataan tersebut digunakan, seperti yang boleh

dilihat dalam contoh berikut.

Pelekat kereta bantah tindakan Karpal Singh (UM,Isnin 16/2.09 muka 9)

Pertubuhan politik, NGO terus bantah (BH, Sabtu 14/2/09 muka 6)

100 berarak bantah Pengerusi DAP (BH Isnin 9/2/09 muka 6)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa perkataan bantah yang digunakan

menggambarkan ketidaksepakatan dalam sesuatu tindakan yang dilakukan.

Bercanggah

Bercanggah bermaksud bertentangan atau berlawanan pendapat, perkara, keputusan dan lain-

lain. Dalam konteks tersebut, terdapat sekurang-kurangnya dua pihak yang bertentangan

pendapat mengenai sesuatu perkara, yakni berkonflik. Dalam situasi politik semasa di Malaysia,

perkataan bercanggah digunakan dalam contoh seperti berikut:

Speaker, ADUN bercanggah (UM Isnin 3/2/09 muka 2)

5

Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa penggunaan perkataan bercanggah

menggambarkan berlaku perbezaan fikiran dalam sesuatu perkara.

Berontak

Berontak ialah perbuatan melawan pihak berkuasa atau kerajaan yang dilakukan dengan

kekerasan dan tidak mengikut undang-undang. Dalam konteks politik semasa tanah air,

perkataan memberontak digunakan dalam media yang dikaji, iaitu seperti yang boleh dilihat

contoh berikut.

Penasihat PKR diminta henti hasut rakyat memberontak (BH Sabtu 7/2 muka 8)

Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa penggunaan perkataan memberontak

menggambarkan perbuatan pihak tertentu yang melawan pihak berkuasa.

Biadab

Biadab adalah perbuatan tidak beradab, tidak ada budi bahasa atau tidak mengikut kelaziman

budaya masyarakat atau agama. Sebarang perbuatan atau perkataan yang biadab akan

menimbulkan keadaan tidak selesa dalam perhubungan. Hasil kajian mendapati bahawa dalam

situasi politik semasa, penggunaan ungkapan tersebut dalam media tanah air adalah seperti

berikut.

“Beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan perak, Sultan Azlan Shah,

amat mengecewakan Beta” Sultan Selangor (UM Sabtu14/2/09 muka 1)

Hentikan Politik Biadab (UM Ahad 15/2/09 muka 8)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa perkataan biadab digunakan untuk

menggambarkan kelakuan pihak tertentu yang melanggar kebiasaan.

6

Bidas

Perkataan bidas bermaksud kata-kata yang digunakan untuk melahirkan perasaan marah terhadap

sesuatu tindakan. Dalam keadaan yang sedemikian, suasana yang tidak harmoni atau konflik

berlaku. Kajian mendapati bahawa dalam situasi politik semasa tanah air, perkataan bidas

digunakan dalam media, seperti contoh berikut:

Pemimpin Pakatan Rakyat bidas Karpal (BH Isnin 9/2/09 muka 2)

Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan bidas menggambarkan perasaan

marah terhadap perbuatan pihak tertentu.

Cabar

Cabar adalah tindakan untuk menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu,

mempersoalkan atau mempertikaikan. Tindakan tersebut dilakukan kerana tidak senang atau

sebagai tanda membantah kepada sesuatu pihak. Dalam hal ini, tingkah laku tersebut

menggambarkan wujud suasana tidak sepakat berkaitan sesuatu hal. Berikut adalah beberapa

contoh penggunaan ungkapan tersebut dalam media yang dikaji.

Tindakan Pembangkang mencabar, menghina istitusi raja (UM Isnin 16/2/09 muka 9)

Karpal dicabar perjelas saman (BH Isn 16/2/09 muka 34)

Krisis Perak dedah usaha cabar istana (BH Isn16/2/09 muka 27)

Boleh cabar di mahkamah (BH Sel 3/2/09 muka 1)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa penggunaan perkataan cabar,

dicabar dan mencabar menggambarkan tiada persefahaman dalam sesuatu hal atau perbuatan

yang dilakukan oleh sesuatu pihak.

Celaru

7

Perkataan celaru bermakna tidak tentu arah, tidak mengikut peraturan, tiada ketentuan atau

kacau-bilau. Lazimnya ungkapan tersebut merujuk kepada suasana, fikiran atau perasaan yang

akhirnya melarat kepada perlakuan. Dalam konteks politik semasa tanah air, ungkapan tersebut

digunakan seperti dalam contoh berikut.

Perak Celaru (BH Selasa 3/2/09 muka 1)

Kecelaruan dunia politik ”dua kali lima, lima kali dua” (UM Isnin 23/2/09 muka 6)

Perak kian celaru (BH Selasa 3/3/09 muka 1)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa perkataan celaru digunakan untuk

menggambarkan suasana yang tidak teratur dalam sesuatu hal atau di sesuatu tempat.

Cemuh

Cemuh merupakan tutur kata yang bersifat celaan, kejian, ejekan atau hinaan kepada sesuatu

pihak. Perlakuan tersebut berlaku dalam suasana perhubungan yang tidak harmoni atau situasi

konflik. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan cemuh adalah seperti

yang dapat dilihat dalam contoh berikut:

Tindakan merendah, cemuh, pertikai, hina sultan ditentang (BH Jumaat 20/2/09 muka 18)

Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan celaru yang digunakan adalah untuk

menggambarkan tutur kata buruk yang dikatakan terhadap sesuatu pihak.

Dakwa

Perkataan dakwa atau tuduh ialah tindakan dalam bentuk perkataan yang menyatakan bahawa

sesuatu pihak telah melakukan kesalahan. Menurut Mohd. Radzali Masrum (2001) pula, dakwa

bermakna pengambilan suatu tindakan undang-undang, guaman atau prosiding sivil lain ke atas

8

seseorang lain. Penggunaan perkataan dakwa dalam media tempatan dapat dilihat dalam contoh

berikut:

Pembangkang dakwa SPR tidak adil (BH Khamis14/2/09 muka 5)

Dakwa Anwar, Karpal (BH Isn 16/2/09 muka 9)

Dakwa segera MB Selangor (UM Ahad 22/2/09 muka 2)

Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan dakwa digunakan untuk merujuk

kepada tindakan yang dilakukan oleh salah satu pihak yang tidak bersefahaman dalam sesuatu

perkara.

Darurat

Darurat bermakna keadaan yang serba sulit, huru-hara atau tidak aman. Darurat berpunca

daripada faktor manusia ataupun bencana alam. Dalam situasi darurat, suasananya tidak terkawal,

tidak selesa dan tidak tenteram. Kajian ke atas suasana politik semasa tanah air mendapati

bahawa perkataan tersebut digunakan dalam contoh berikut:

Isytihar darurat di Perak:Ibrahim Ali (UM Khamis 5/3/09 muka 4)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan darurat digunakan untuk merujuk kepada suasana yang

tidak menentu di negeri Perak.

Derhaka

Perkataan derhaka bermaksud menentang kekuasaan yang sah, tidak taat atau khianat kepada

negara, tuhan dan lain-lain. Penderhaka pula bermakna orang yang mengkhianati negara, suami

dan lain-lain. Lazimnya, ungkapan derhaka merujuk kepada tingkah laku yang tidak patuh atau

taat kepada pihak yang memberi perlindungan. Contohnya, anak yang derhaka kepada ibu bapa

9

atau isteri yang menderhaka kepada suami. Kajian mendapati bahawa penggunaan ungkapan

tersebut adalah seperti contoh berikut:

Melayu penderhaka sokong Karpal Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 4)

Derhaka: NGO persoa Bertindak tangani penderhaka Perak (UM Ahad15/2/09 muka 1)

Kenakan tindakan tegas terhadap penderhaka Perak (UM Ahad 15/2/09 muka 2)

Kawal emosi elak derhaka kepada istana (BH Ahd 15/2/09 muka 2)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan derhaka bermaksud perbuatan menentang

pihak yang berkuasa, manakala penderhaka pula merujuk kepada pihak yang menentang pihak

berkuasa.

Demonstrasi

Demonstrasi atau tunjuk perasaan ialah tindakan berkumpul secara beramai-ramai, berarak untuk

melahirkan bantahan atau rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Demonstrasi lazim

dilakukan untuk menggambarkan sokongan ataupun bantahan terhadap sesuatu hal. Contohnya,

demonstrasi kenaikan harga tol, demonstrasi pekerja menuntut kenaikan gaji dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan ungkapan tersebut yang digunakan dalam media;

9 mengaku tak salah sertai demonstrasi (BH Khamis 12/2/09 muka 12)

Demostrasi perbuatan biadab (BH Khamis12/2/09 muka 1)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa perkataan demonstrasi digunakan

untuk merujuk kepada perbuatan suatu pihak berkumpul beramai-ramai secara tidak sah untuk

menentang pihak yang berkuasa.

Desak

10

Desak adalah perbuatan meminta atau menuntut sesuatu dengan sungguh-sungguh. Lazimnya

desakan dibuat setelah permintaan dilakukan berulang kali sehingga dipercayai boleh membawa

kemudaratan. Penggunaan perkataan tersebut menunjukkan bahawa berlaku situasi yang tidak

harmoni dalam perhubungan. Kajian mendapati bahawa perkataan desak digunakan dalam media

tempatan, seperti dalam contoh berikut.

Desakan Karpal kena ISA (BH Sabtu 14/2/09 muka 6)

Karpal desak Anwar undur (BH Isnin 9/2/09 muka 1)

Khir Toyo desak Elizabeth letak jawatan (BH Selasa17/2/09 muka 7)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan desak dan desakan menggambarkan

permintaan secara bersungguh-sungguh supaya tindakan diambil ke atas pihak yang berbeza

pendapat.

Gantung

Gantung adalah tindakan untuk menjadikan sesuatu, seperti lesen atau keahlian dalam

pertubuhan, jawatankuasa tidak berkuatkuasa, sah atau tidak dapat bertindak sehingga keputusan

muktamad diputuskan. Tindakan tersebut berpunca dari suasana yang tidak baik dalam kalangan

pihak yang terlibat. Dalam konteks politik semasa, perkataan tersebut digunakan seperti dalam

contoh berikut.

MB, Exco BN digantung (BH Khamis 19/2/09 muka 1)

Gobind digantung 12 bulan (UM Selasa 17/3/09 muka 17)

Ahli Parlimen pernah digantung (UM Selasa 17/3/09 muka 6)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, penggunaan perkataan gantung menggambarkan

kewujudan konflik, iaitu tindakan yang dikenakan ke atas pihak-pihak yang tiada persefahaman

dalam suatu dewan mesyuarat.

11

Halang

Halang bermaksud tahan, tegah atau sekat. Tindakan ini lazim berlaku apabila sesuatu pihak

tidak bersefahaman mengenai sesuatu perkara. Dalam konteks politik semasa tanah air,

penggunaan ungkapan tersebut adalah seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikut:

Lebih 1000 penyokong halang laluan ke istana (BH Sabtu 7/2/09 muka 5)

Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan perkataan halang menggambarkan tindakan

yang diambil oleh pihak yang tidak bersetuju terhadap sesuatu pendapat dalam sesuatu perkara.

Hasut

Hasut ialah kata-kata untuk mempengaruhi sesuatu pihak supaya tidak bersetuju dengan pihak

yang satu lagi. Perbuatan tersebut berlaku dalam konteks perhubungan yang tidak baik. Dalam

konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan hasut dalam media adalah seperti berikut:

Penasihar PKR diminta henti hasut rakyat memberontak (BH Sabtu 7/2/09 muka 8)

Polis sudah buka 17 kertas siasatan kenyataan berbaur hasutan (BH Sabtu 14/2 muka 7)

Dakwa Karpal bawah Akta Hasutan (UM Khamis 26/2/09 muka 7)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, penggunaan perkataan hasut bermaksud perbuatan

untuk mempengaruhi salah satu pihak supaya berbeza pendapat.

Hina

Perkataan hina dikaitkan dengan perkataan atau perbuatan keji atau tidak hormat dan

menjatuhkan maruah sesuatu pihak. Tinjauan ke atas media kajian mendapati bahawa ungkapan

tersebut digunakan dalam contoh berikut:

Tindakan Pembangkang mencabar, menghina istitusi raja (UM Isnin16/2/09 muka 9)

12

Hina raja: Ibrahim Ali bertelagah dengan pembangkang (UM Jun20/2 muka 8)

Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan perkataan hina dan menghina menggambarkan

tindakan yang menjatuhkan maruah dan membangkitkan rasa marah sesuatu pihak.

Hukum

Hukum bermaksud balas, keputusan atau ketetapan mengenai sesuatu perkara. Dalam konteks

politik semasa tanah air, penggunaan perkataan hukum dalam media kajian adalah seperti

berikut:

Hukum BN di Bukit Gantang (Harakah 16-19 /2/09 muka 2)

Berdasarkan contoh tersebut, maksud dan penggunaan perkataan hukum menggambarkan

balasan terhadap tindakan yang tidak disenangi dan telah berlaku sebelumnya.

Injunksi

Menurut Kamus Undang-Undang (2005), injunksi ialah arahan mahkamah kepada orang

tertentu sama ada menghalangnya daripada melakukan atau meneruskan sesuatu tiindakan

(injunksi larangan) atau mengarahkannya untuk melakukan sesuatu tindakan (injunksi

mandatori). Mohd. Radzali Masrum (2001) pula menyatakan bahawa injunksi ialah perintah

untuk sesuatu pihak (selalunya defendan) melaksanakan atau menahan diri daripada melakukan

sesuatu perkara tertentu. Berdasarkan maksud dan penggunaannya, dapat difahami bahawa

perkataan injunksi hanya digunakan dalam konteks perhubungan dua pihak yang bermasalah.

Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan injuksi boleh dilihat dalam

contoh berikut:

PKR cadang Speaker Perak fail injuksi (UM Isnin 23/2/09 muka 4)

Injunksi halang adakan sidang DUN diserahkan kepada Sivakumar

13

(UM Ahad 22/2/09 muka 4)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan injuksi digunakan untuk merujuk kepada

perbuatan yang berlaku dalam kalangan pihak yang berkonflik.

Kacau

Perkataan kacau bermakna tidak teratur, tidak aman, huru-hara atau tidak menentu. Kekacauan

pula merujuk kepada suasana yang tidak aman, tidak tenteram, tidak teratur, huru-hara atau yang

seumpamanya. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan tersebut digunakan seperti

dalam contoh berikut:

Tindakan tegas terhadap pihak cetus kekacauan (BH 17/2/09 Selasa muka 8)

Dalam contoh tersebut, perkataan kekacauan menggambarkan suasana tidak aman yang berpunca

dari salah satu pihak yang berbeza pendapat.

Kekalutan

Perkataan kalut dan kekalutan digunakan untuk merujuk kepada suasana yang kusut, kacau, tidak

menentu atau tidak mengikut peraturan. Suasana tersebut boleh berlaku dengan sebab perbuatan

manusia, seperti tindakan tidak mengikut peraturan atau kebiasaan. Dalam konteks politik

semasa tanah air, perkataan kalut atau kekalutan digunakan dalam contoh berikut:

Apakah penyembuh kekalutan kita (UM Ahad 15/2/09 muka 9)

Cari ubat kekalutan politik semasa (UM Jumaat 20/02 muka 11)

Serahkan kekalutan politik Perak kepada undang-undang

(UM Khamis 5/3/ muka 11, ruangan Pendapat)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan kekalutan bermaksud suasana tidak

menentu yang berlaku kerana sebab-sebab tertentu.

14

Kecam

Kecam merupakan perkataan yang bertujuan untuk menyatakan bantahan atau perasaan marah

terhadap sesuatu tindakan yang telah dilakukan oleh sesuatu pihak. Perkataan kecam merupakan

sinonim bagi perkataan lain, seperti kritik, bidas, cela, selar dan kutuk. Dalam konteks politik

tanah air semasa, perkataan kecam gunakan dalam contoh-contoh berikut:

UMNO, NGO terus kecam Pengerusi DAP (BH Khamis 12/2/09 muka 10)

Anwar kena faham punca kecaman NGO (BH Sabtu 14/2/09 muka 2)

Pemuda PBS kecam kenyataan Anwar (BH Sabtu 7/2/09 muka 8)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, penggunaan perkataan kecam dan kecaman

menggambarkan perasaan marah di kalangan pihak yang tiada bersefahaman.

Kecoh

Kecoh bermakna suasana heboh, bising atau riuh disesuatu tempat yang lazimnya terkawal.

Kekecohan berpunca daripada tindakan satu pihak yang menyebabkan pihak lain tidak

menyetujuinya. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan tersebut digunakan dalam

contoh berikut:

Kecoh di lobi Parlimen (BH Jumaat 27/2/09 muka 1)

Ungkapan ’celaka’ Karpal cetuskan kekecohan (UM Khamis 26/2/09 muka 7)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan kecoh dan kekecohan menggambarkan

wujud perbuatan tertentu yang menyebabkan satu pihak lain marah.

Keterangan

15

Perkataan keterangan bermaksud “huraian untuk menerangkan sesuatu, penjelasan“ (Kamus

Dewan 2007). Menurut Kamus Undang-Undang (2005), keterangan bertujuan untuk

membuktikan wujud atau tidak sesuatu fakta. Keterangan terdiri daripada testimoni, keterangan

dokumentari, keterangan betul dan sekiranya boleh diterima keterangan dengan cakap. Dalam

konteks politik semasa tanah air, perkataan keterangan digunakan dalam contoh berikut:

Karpal beri keterangan 89 aduan menghina Raja (BH12/2/09 Khamis muka)

Polis ambil keterangan dua pemimpin PAS (BH 17/2/09 Selasa muka 8)

Polis ambil keterangan Elizabeth, 4 wartawan (UM18/2/09 Rabu muka 8)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan keterangan menggambarkan situasi

konflik dalam perhubungan apabila penggunaannya dikaitkan dengan dakwaan atau tuduhan.

.

Kemelut

Perkataan kemelut bermaksud keadaan atau saat yang genting atau berbahaya. Perkatan kemelut

digunakan dalam pelbagai konteks untuk menggambarkan suasana yang tidak menyenangkan,

seperti kemelut sukan, kemelut ekonomi, kemelut kewangan kemelut kepimpinan dan sebagainya.

Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan perkataan tersebut digunakan dalam contoh berikut:

Dewan Rakyat bakal hangat dengan isu kegawatan ekonomi, kemelut politik Perak

(UM Isnin 16/2/09 muka 3)

Kemelut politik mengaburi isu kenaikan harga barang keperluan

(Surat & E.Mel dlm BH 12/2/09 Khamis muka 30)

Kemelut politik jejas pelaburan (UM Selasa 24/2/09 muka 3)

Kemelut politik Perak perlukan penyelesaian (BH Selasa 3/2/09 muka 18)

Sepatutnya bubar dewan atasi kemelut Perak- PRM (Harakah 9-12 /2/09 muka 1)

16

Dalam contoh-contoh tersebut, perkataan kemelut menggambarkan wujud situasi konflik

atau keadaan yang tidak menentu dalam hal politik.

Khianat

Khianat dikaitkan dengan kelakuan jahat untuk mendatangkan kecelakaan kepada sesuatu pihak.

Lazimnya perbuatan khianat berlaku apabila hubungan dua pihak dalam keadaan berkonflik.

Dalam konteks politik tanah air, penggunaan perkataan khianat dalam media adalah seperti

contoh berikut:

Khianati rakyat (UM 20/02/09 Jum muka 3)

Pembangkang menjadi pengkhianat kepada genarasi masa depan kerana cuba

mengkhianati payung negara (BH Jumaat 20/02/09 muka 9)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan khianat dan mengkhianati

menggambarkan tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berkonflik. Pengkhianat pula

merupakan panggilan kepada salah satu pihak yang terlibat dalam konflik.

Krisis

Krisis adalah keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh menyebabkan sesuatu kejadian

buruk berlaku secara tiba-tiba. Lazimnya, dalam suasana krisis, keamanan, ketenteraman dan

keselamatan sukar dipertahankan. Dalam konteks politik tanah air, penggunaan perkataan krisis

dapat dilihat dalam contoh berikut:

Krisis Perak:Terimalah hakikat dlm Ruangan Surat Pembaca

(UM Isnin 16/2/09 muka 12)

Krisis politik di Perak bukti PR rapuh (BH Isnin 9/2/09 muka 2)

17

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, maksud dan penggunaan perkataan krisis

menggambarkan wujud situasi konflik di negeri Perak.

Kritik

Perkataan kritik bermaksud teguran keras, kecaman atau bidasan. Lazimnya kritikan dilakukan

oleh pihak yang tidak mempunyai persefahaman dalam sesuatu perkara. Dalam konteks politik

semasa tanah air, penggunaan perkataan kritik yang digunakan dalam media adalah seperti

berikut:

Anwar terima kritikan Karpal (Sinar Rabu 11/2/09 muka 2)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan kritikan menggambarkan wujud situasi konflik

atau perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara.

Langgar

Perkataan langgar bermakna rempuh, serang atau tidak patuh. Dalam situasi politik, penggunaan

perkataan tersebut menggambarkan wujud konflik apabila dikaitkan dengan kegagalan pihak

tertentu mematuhi peraturan. Oleh yang demikian, tindakan tersebut menimbulkan suasana tidak

harmoni dalam perhubungan. Contoh penggunaan ungkapan tersebut dalam media yang dikaji

adalah seperti berikut:

Suara Keadilan langgar syarat permit (BH Khamis 12/2/09 muka 12)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan langgar menggambarkan konflik apabila

peraturan yang ditetapkan tidak dipatuhi.

Lapor

18

Perkataan lapor bermaksud memberitahu atau mengadu (Kamus Dewan 2007). Lapor atau laporan

yang dikaitkan dengan konflik berlaku dalam konteks perhubungan yang tidak baik, iaitu

digunakan untuk menyokong tuntutan ataupun pendakwaan. Dalam konteks politik semasa tanah

air, perkataan lapor digunakan untuk merujuk kepada usaha yang dibuat bagi menyokong tindakan

sesuatu pihak, seperti dalam contoh berikut:

Pemuda Jerlun lapor polis isu Karpal (BH Ahad15/2/09 muka 5)

70 laporan polis diterima di Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 3)

Pemuda Perak, Melaka buat laporan Polis, SPRM (BH Jumaat 20/2/09 muka 2)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan lapor dan laporan menggambarkan wujud situasi

konflik dalam perhubungan.

Lompat

Perkataan lompat bermakna keluar atau meninggalkan sesuatu pihak. Perkataan tersebut

menggambarkan konflik dalam konteks politik apabila dikaitkan dengan tindakan individu yang

meninggalkan parti asal mereka dan menyertai parti lain. Berikut adalah beberapa contoh yang

menunjukkan penggunaan perkataan lompat dalam beberapa media tanah air.

Lompat parti tak jejas demokrasi (BH Sabtu 7/2/09 muka 30)

Lompat parti: Pinda Perkara 102(c) Perlembagaan (UM 31/1/09 muka 3)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan lompat menggambarkan wujud situasi

konflik apabila dikaitkan dengan sifat tidak setia atau tidak mempunyai pendirian yang teguh

kepada sesuatu pihak.

Maki

19

Maki ialah kata-kata kasar dan keji yang dikeluarkan untuk menghina dan marah kepada

seseorang. Perbuatan tersebut berlaku dalam keadaan pihak tertentu sedang dalam keadaan

tersangat marah dan tidak bersefahaman mengenai sesuatu hal. Dalam konteks politik semasa,

perkataan tersebut digunakan dalam contoh berikut

Mufti Perak sedih dimaki penyokong pembangkang (UM Selasa 17/2/09 muka 4)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan maki menggambarkan konflik apabila dikaitkan

dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak yang marah dan tidak bersefahaman dalam sesuatu

perkara.

Memorandum

Memorandum adalah notis ringkas, dokumen mengenai sesuatu perkara yang dipertikaikan.

Memorandum bertujuan untuk menyatakan bantahan atau sokongan terhadap sesuatu perkara.

Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan memorandum digunakan dalam contoh

berikut:

Memorandum daripada UMNO bahagian Cheras .... (UM Selasa 17/2/09 muka 4)

UMNO Cheras hantar memorandum (UM Ahad 15/2/09 muka 13)

Memorandum sokong Sultan Selangor (BH ISN 16/2/09 muka 16)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan memorandum menggambarkan konflik

apabila dikaitkan dengan tindakan menyokong ataupun menentang sesuatu pihak yang lain.

Murka

20

Murka adalah bahasa diraja dan bermaksud marah. Perkataan tersebut digunakan untuk merujuk

kepada perasaan marah oleh sultan atau raja. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan

murka digunakan seperti dalam contoh berikut:

Sultan Selangor wajar murka (UM Ahad 15/2/09 muka 4)

Sultan murka (BH Sabtu 14/2/09 muka 1)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan murka menggambarkan kewujudan konflik dalam

perkara yang melibatkan raja atau sultan.

Perhimpunan Haram

Perhimpunan haram bermaksud perhimpunan secara beramai-ramai yang tidak mendapat

kebenaran pihak berkuasa dengan tujuan tertentu. Lazimnya perhimpunan tersebut dilakukan

untuk menentang suatu tindakan atau keputusan yang telah diambil. Dalam hal yang sedemikian,

ada pihak yang berbeza pendapat atau berkonflik. Kajian mendapati bahawa dalam konteks

politik semasa tanah air, ungkapan tersebut digunakan dalam contoh berikut:

Polis kesal Pas mungkir janji adakan perhimpunan haram (UM Selasa17/2/09 hlm 6)

Berdasarkan contoh tersebut, ungkapan perhimpunan haram menggambarkan wujud

konflik, iaitu tindakan mengadakan perhimpunan yang tidak mendapat izin pihak berkuasa.

Perintah Mahkamah

Perkataan perintah bermaksud arah atau suruh. Suatu perintah atau arahan digunakan dalam

undang-undang dengan rujukan khusus kepada mahkamah keadilan (Mohd. Radzali Masrum

2001). Menurut Kamus Undang-Undang (2005), perintah atau arahan biasanya memberi erti

yang sama dengan penghakiman. Perintah dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa atau tinggi

kedudukannya kepada pihak yang lebih rendah kedudukan atau kuasa. Perkataan perintah

21

lazinyam digunakan oleh institusi, kerajaan atau individu yang memegang kuasa ke atas pihak

yang berada di bawahnya dalam rangka tugas formal (Asmah Hj. Omar 1998:113). Dalam

konteks politik semasa, ungkapan perintah mahkamah digunakan dalam tajuk beberapa media,

seperti berikut.

Nizar mohon perintah mahkamah Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 4)

Mohon 7 perintah mahkamah berhubung perlantikan Zamrbry (BH 14/2/09 muka 6)

Berdasarkan contoh tersebut, ungkapan perintah mahkamah menggambarkan konflik

dalam bentuk tindakan yang diambil bagi menghalang usaha pihak tertentu.

Pergolakan

Pergolakan bermakna kekacauan, kekalutan, kekeruhan, huru-hara atau suasana tidak tenteram

berkaitan sesuatu perkara. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan

tersebut menggambarkan kewujudan suasana politik yang tidak aman, seperti yang dapat dilihat

dalam contoh berikut:

Kenyataan khas Sultan Selangor mengenai pergolakan politik di Perak

(UM Sabtu 14/2/09 muka 1)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan pergolakan menggambarkan wujud situasi

konflik dalam perkara yang berkaitan dengan politik.

Perlekeh

Perkataan perlekeh membawa makna mengambil mudah sesuatu perkara. Perkataan tersebut

dapat dikaitkan dengan kewujudan konflik apabila terdapat satu pihak yang tidak menghormati

pihak yang lain. Dalam konteks politik, perkataan perlekeh digunakan dalam contoh berikut:

DUN tidak boleh perlekeh, pertikai kuasa Zambry (BH Jumaat 20/02/09 muka 9)

22

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan perlekeh merupakan perbuatan yang dilakukan

oleh salah satu pihak yang berkonflik.

Pertarungan

Pertarungan mempunyai maksud yang pelbagai, seperti pertempuran, perkelahian, pertandingan,

perlawanan, pertelingkahan dan perselisihan. Dalam konteks politik semasa tanah air,

penggunaan perkataan tersebut dapat dilihat dalam contoh berikut:

Pertarungan di dua bukit (UM Ahad 15/2/09 muka 6)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan pertarungan menggambarkan wujud situasi

konflik dalam perhubungan dua pihak yang berbeza ideologi .

Pertikai

Perkataan tikai bermakna berbeza, berselisih (Kamus Dewan 2007). Pelbagai kata terbitan,

seperti pertikai, pertikaikan, dipertikaikan dan mempertikaikan membawa maksud tidak

sependapat, bertentangan, berbantah, bersengketa, bertelingkah dan sebagainya. Analisis ke atas

media cetak yang dikaji menunjukkan bahawa penggunaan perkataan tersebut menggambarkan

konflik yang berlaku antara dua pihak, seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikut:

“Kenapa perlu dipertikaikan hak SPR ?...” Tan Sri Muhyuddin Yassin (Naib Presiden

UMNO) (UM, Isnin 16/2/09 muka 2)

Jangan pertikai tarikh pilihanraya kecil (UM Isnin 16/2/09 muka 7)

Nik Aziz turut pertikai (UM Isnin 16/2/09 muka 7)

Ramai pertikai gantung MB, enam Exco (BH Jumat 20/2 muka 2)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan pertikai menggambarkan wujud situasi konflik

dalam perhubungan yang melibatkan individu mahupun kumpulan tertentu.

23

Pembangkang

Pembangkang bermaksud orang yang melawan, menentang atau membantah. Panggilan

pembangkang kepada pihak tertentu menggambarkan wujud ketidaksefahaman mengenai sesuatu

pendapat atau perkara. Dalam media yang dikaji, panggilan tersebut digunakan dalam contoh

seperti berikut:

Tindakan dedah sikap sebenar pembangkang (BH Ahad 15/2/09 muka 5)

“Kita harap pemimpin pembangkang menjadikan teguran Sultan Selangor sebagai

iktibar kerana mereka yang seringkali mengaku sebagai menghormati demokrasi tetapi

mendidik pengikut menjadi masyarakat yang tidak mengikutundang-undang” Dr. Zainal

Kling:Penyandang Kursi Ghafar Baba UPSI Perak (UM Ahad 15/2/09 muka 1)

Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa (BH Sabtu 14/2/09 muka 8)

Pembangkang cuba tegakkan benang basah (UM Rabu 18/2/09 muka 9)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, panggilan pembangkang kepada pihak yang berbeza

ideologi politik menggambarkan ketidaksepakatan dalam perhubungan dengan pihak yang

membentuk kerajaan.

Politik wang

Politik wang adalah ungkapan yang bermaksud kegiatan politik yang melibatkan wang rasuah.

Dalam konteks politik tanah air, ungkapan tersebut memberikan gambaran bahawa berlaku

sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Ungkapan tersebut dapat dilihat dalam

contoh berikut:

SPRM patut campur tangan kes politik wang (UM 31/1/09 muka 10)

24

Politik wang: Biar UMNO siasat sendiri (UM 31/1/09 muka 6)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ungkapan politik wang menggambarkan wujud

konflik atau salah laku dalam urusan yang berkaitan dengan politik.

Provokasi

Provokasi adalah tindakan atau perkataan yang dilakukan untuk membangkitkan kemarahan atau

minat sesuatu pihak. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan provokasi digunakan

dalam contoh berikut:

Kesatuan Penghulu selar provokasi terhadap institusi raja (UM 17/2/09 muka 4)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan provokasi dikaitkan dengan kewujudan konflik

apabila merujuk kepada tindakan sesuatu pihak yang berbeza fahaman atau pendirian.

Pulau

Perkataan pulau bermaksud enggan menyertai atau berurusan dengan sesuatu pihak kerana tidak

bersetuju dengan sesuatu perkara. Dalam konteks perhubungan yang baik dan mesra, tindakan

memulau sesuatu pihak tidak akan berlaku. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan pulau

dalam konteks menyatakan suasana politik semasa tanah air adalah jelas menggambarkan

kewujudan konflik, seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikut:

Pakatan hina sultan: Pulau majlis angkat sumpah MB baru Perak, ugut saman

baginda (BH Sabtu 7/2/09 muka 1)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan pulau dikaitkan dengan kewujudan konflik

apabila merujuk kepada tindakan sesuatu pihak yang tidak bersefahaman.

Rampas

25

Perkataan rampas bermaksud rebut atau mengambil sesuatu dengan kekerasan atau tanpa

kerelaan. Perlakuan tersebut berlaku dalam konteks perhubungan yang tidak mesra. Dalam

konteks politik tanah air semasa, perkataan rampas dapat dilihat dalam contoh berikut:

Rampas kuasa (Harakah 9-12 /2 muka 1)

Umno rampas kuasa Raja-raja, huru-harakan negara (Harakah, 23-26/2 muka 2)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan rampas dikaitkan dengan konflik apabila merujuk

kepada tindakan sesuatu pihak yang mengambil sesuatu dengan cara kekerasan atau tanpa

mengikut peraturan.

Saman

Menurut Kamus Undang-Undang (2005), saman ialah perintah mahkamah kepada seseorang

supaya hadir di mahkamah pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Mohd. Radzali

Masrum (2001) pula menyatakan bahawa saman ialah suatu dokumen yang dikeluarkan dari

pejabat sesebuah mahkamah keadilan yang mengarahkan orang yang namanya disebut di

dalamnya supaya menghadirkan diri di hadapan seseorang hakim atau pegawai mahkamah.

Berdasarkan media cetak yang dikaji, didapati bahawa perkataan saman digunakan dalam contoh

berikut:

Saman difail Pakatan Rakyat tak bermakna (BH 12/2/09 Khamis muka 5)

Nizar saman MB Perak (BH 14/2/09 Sabtu muka 6)

Pakatan Rakyat tidak restu saman Sultan Perak (BH 12/2/09 Khamis muka 12)

Khalid fail saman terhadap Dr. Khir (BH 19/2/09 Khamis muka 6)

Notis saman MB tak sah (BH 16/2/09 Isnin muka 9)

Tindakan Nizar tiada beza dengan saman Karpal Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 5)

26

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui

tindakan saman yang dilakukan oleh pihak yang berbeza pendapat.

Selar

Selar bermaksud tindakan mengecap, membidas atau mengecam tindakan sesuatu pihak dengan

menggunakan kata-kata. Perkataan tersebut tidak akan digunakan dalam konteks perhubungan

yang mesra. Berikut adalah contoh penggunaan perkataan selar dalam media:

Lagi selar tindakan biadab Karpal (UM Ahad 15/2/09 muka 13)

Pengerusi DAP selar Kit Siang, Guan Eng (BH Isnin 9/2/09 muka 1)

Perdana Menteri selar tindakan Sivakumar tidak hormati keputusan Sultan Perak

(UM Jumaat 20/02/09 muka 2)

Kesatuan Penghulu selar provokasi terhadap institusi raja

(UM Selasa 17/2/09 muka 4)

Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui ucapan

pihak-pihak yang berbeza pendapat.

Samseng

Perkataan samseng dipinjam dari bahasa Cina dan bermaksud penjahat, suka merompak atau

menyamun. Ungkapan samseng politik adalah panggilan kepada sesuatu pihak yang berbeza

pendapat dalam hal politik, seperti yang digunkan dalam contoh berikut:

“Orang Melayu perlu berdiri teguh di belakang Raja-raja Melayu dalam berhadapan

dengan ancaman samseng politik ini. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan samseng

27

politik yang angkuh dan mahu kita semua tahu bahawa orang tidak berani mengambil

tindakan ke atasnya”

Bersatu hadapi samseng politik Perak (UM Ahad 15/2/09 muka 2)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui kata

panggilan kepada satu pihak yang berbeza pendapat.

Siasat

Perkataan siasat bermaksud pemeriksaan yang teliti (Kamus Dewan, 2007). Dalam konteks

perundangan, “siasatan“ bermakna suatu dokumen formal yang merekodkan keputusan suatu

siasatan yang telah dijalankan (Mohd. Radzali Masrum 2001). Siasatan dilakukan oleh agensi

penguatkuasa undang-undang, seperti pihak polis untuk menentukan kebenarannya dan

mendapatkan bukti supaya tidak berlaku penganiayaan ke atas sesuatu pihak. Dalam konteks

politik semasa tanah air, perkataan siasat digunakan dalam beberapa media, seperti berikut:

Polis sudah buka 17 kertas siasatan kenyataan berbaur hasutan

(BH Sabtu 14/2/09 muka 7)

Bukit Aman siasat (BH Sabtu 14/2/09 muka 5)

Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui tindakan

siasat yang dilakukan oleh pihak polis ke atas pihak yang dilaporkan melakukan kesalahan.

Tahan

Perkataan tahan, tegah, larang atau sekat ialah tindakan yang diambil supaya sesuatu yang

dilakukan tidak berterusan. Tindakan tersebut lazim dilakukan oleh pihak yang berkuasa ataupun

pihak yang tiada persefahaman. Berikut adalah contoh penggunaan konflik dalam politik tanah

air yang melibatkan penggunaan perkataan tersebut;

28

Ahli MT antara ditahan sertai perhimpunan (BH Sabtu 14/2/09 muka 8)

Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui tindakan

yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas pihak yang didapati melanggar peraturan.

Telagah

Perkataan telagah bermaksud berbeza pendapat atau berselisih faham melalui kata-kata.

Bertelagah pendapat lazimnya berlaku dalam konteks perhubungan yang wujud konflik. Dalam

politik semasa tanah air, penggunaan perkataan tersebut dapat dilihat sebagaimana dalam contoh

berikut:

Hina raja: Ibrahim Ali bertelagah dengan pembangkang (UM Jum 20/2/09 muka 8)

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan bertelagah menggambarkan wujud konflik, iaitu

yang melibatkan dua pihak yang berbeza pendapat dalam sesuatu isu.

Tuduh

Perkataan tuduh bermaksud mengatakan seseorang itu melanggar peraturan, undang-undang atau

melakukan kesalahan. Tuduhan dibuat oleh pihak yang mempunyai kuasa, hak ataupun pihak yang

sedang berkonflik untuk merujuk kepada sesuatu tindakan yang tidak baik. Dalam konteks politik

semasa tanah air, perkataan tuduh dan tuduhan digunakan dalam media, seperti contoh berikut:

Anwar gagal jawab tuduhan (UM, Jum 20/2/09 muka 5)

Pas tuduh media mahu runtuhkan negara (UM 18/2/09 Rabu muka 5)

Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui tindakan

suatu pihak menyatakan pihak lain melakukan perkara yang tidak baik.

Undi Tidak Percaya

29

Ungkapan undi tidak percaya adalah satu tindakan atau proses dalam prinsip demokrasi.

Tindakan tersebut menggambarkan bantahan atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. Dalam

situasi politik semasa tanah air, ungkapan tersebut digunakan dalam media seperti yang

digunakan dalam contoh berikut;

Nizar usul undi tidak percaya terhadap Zambry (UM Isnin 23/2/09 muka 4)

Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui tindakan

yang dilakukan oleh anggota kumpulan ke atas satu pihak dalam kumpulan mereka yang berbeza

pendapat.

Waran Tangkap

Waran ialah dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh majistret untuk menangkap seseorang

atau menggeledah hartanya (Kamus Undang-Undang, 2005). Waran tangkap dikeluarkan oleh

mahkamah bagi membolehkan pihak yang terlibat dengan perbicaraan ditangkap dan dibawa ke

mahkamah untuk membantu proses perbicaraan. Dalam konteks politik tanah air, didapati

bahawa waran tangkap digunakan dalam media, seperti contoh berikut:

Hakim batal waran tangkap Mohd Osman (Adun Chankat Jering)

(BH Jum 20/02/09 muka 18)

Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui tindakan

hakim ke atas pihak tertentu untuk membantu penyelesaian konflik.

Kesimpulan

Maksud dan fungsi sebenar penggunaan perkataan atau ungkapan konflik hanya dapat ditafsir

dalam konteks. Hasil kajian mendapati bahawa dalam konteks politik semasa tanah air, terdapat

banyak perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam media cetak tempatan untuk

30

menggambarkan kewujudan konflik. Hal ini menggambarkan keseriusan isu politik tanah air.

Selain itu, jumlah dan kepelbagaian perkataan dan ungkapan konflik juga menggambarkan

kemampuan bahasa Melayu untuk memperkatakan apa-apa sahaja isu, bidang atau situasi. Kajian

yang dilakukan telah mengenal pasti kata-kata dan ungkapan konflik yang berupa perbuatan,

seperti demonstrasi, lompat parti, pulau, halang, rampas, gantung dan lain-lain. Selain itu,

terdapat konflik dalam bentuk kata-kata, seperti dakwa, hasut, tuduh, selar, cabar, kritik, maki,

telagah dan lain-lain.

Rujukan

Ahmad Ramizu bin Abdullah. 2007. “Konflik dan Kuasa dalam Mahkamah Syariah:Analisis

Pragmalinguistik Kata dan Ungkapan” Tesis Ijazah Kedoktoran. Fakulti Bahasa dan

Linguistik, Universiti Malaya

Allwood, Jens, 1992. “Concepts of Conflict and Conflict Resolutions–Universal and Culture

Specific (Swedish) Aspects“, Paper presented at the Workshop on Culturally Determined

Models of Conflict and Conflict Resolution, Cameron Highlands, April 1992.

Asmah Hj. Omar, 1996. Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan, Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

________________, 1998. Concepts of Conflicts, War and Peace in the Malay Language,

Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Kamus Dewan (edisi keempat), 2007. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Undang-Undang (Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu), (cetakan ke-7), 2005.

Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Manser Martin and Megan Thomson (ed.), 1995. Times Chambers Combined Dictionary

Thesaurus, Singapore:Chambes Harrap Publisher Ltd. (hlm. 267)

Mohd. Radzali Masrum, 2001. Maksim dan Ungkapan Undang-Undang. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

31

Moraise, Elaine, 1994. “Malaysians Bussiness Talk: A Study of the Pattern of Conflict and Non

Verbal Interactions,” Tesis Ph.D. yang dikemukakan untuk memenuhi keperluan Ijazah

Doktor Falsafah, Pusat Bahasa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Politics. (2009). In Merriam-Webster Online Dictionary. Retrieved May 12, 2009, from

http://www.merriam-webster.com/dictionary/politics

Robbins Stephen P., 1986. Organizational Behaviour, Englewood Cliff New Jersey:Prentice

Hall, hlm 294-295)

Simmel George, 1968. Conflict and The Web of Group Affiliations, New York:The Free Press,

hlm. 3