Ciri ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang 1

11
Ciri-ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang Disediakan oleh: Ainul Amirah Azmee Aziha Tawang Laila Farhin Ab Manaf Nur Eidaa Namberom Nur Syuhada Ibrahim

Transcript of Ciri ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang 1

Ciri-ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang

Disediakan oleh:Ainul Amirah Azmee

Aziha TawangLaila Farhin Ab ManafNur Eidaa NamberomNur Syuhada Ibrahim

Part 1:

- Berjiwa merdeka dan perkasa

- Kerohanian dan akhlak keguruan

- Berilmu, beramal dan berbakti

• Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan.

(Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)

• Dalam konteks guru cemerlang, bermaksud individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah.

• Bagi seseorang guru cemerlang yang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain.

• Dalam konteks profesion keguruan, guru cemerlang yang professional dan komited haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional iaitu:

i. Mempunyai kecemerlangan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.

iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

• Sebagai seorang guru cemerlang yang professional, mereka harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.

• Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun.

• Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif.

• Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu.

• Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

• Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat.

- bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman.

- perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet.

- globalisasi dunia

• Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.

• Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak.

• Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan.

• Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.