Analisis & Cadangan Model Polisi Maklumat Malaysia - Mini Kolokium KUIS 29 Disember 2011

46
MOKMIN BASRI P35237 Penyelia: Prof Dr Zawiyah bte Mohd Yusof Dr Norazan bte Mat Zin 29 Disember 2011. Dewan Kuliah Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Transcript of Analisis & Cadangan Model Polisi Maklumat Malaysia - Mini Kolokium KUIS 29 Disember 2011

MOKMIN BASRI P35237

Penyelia:

Prof Dr Zawiyah bte Mohd Yusof Dr Norazan bte Mat Zin

29 Disember 2011.

Dewan Kuliah Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Pendahuluan Maklumat memainkan peranan penting kepada

pembangunan negara dan masyarakat.

Institusi maklumat, infrastruktur maklumat dan sumber maklumat perlu diurus dengan sistematik berasaskan kepada polisi (Pajaro & Betancourt 2007a).

Pendahuluan Kerangka konsep mula digubal & amalan polisi

maklumat dilaksana sejak 1950-an (Schwuchow 1999).

Kajian PM berkembang secara ketara mulai tahun 1970-an (Lamberton (1974) dan yang terkini kajian oleh Arnold (2007), Koga (2010) & Case (2010).

Latar Belakang Kajian Kebanyakan negara menyedari kepentingan

membangun polisi maklumat. Kepelbagaian matlamat menjadi bukti bahawa polisi maklumat menjadi satu aspek penting dalam polisi awam (Norman 2006).

Dibangun sebagai tindak balas terhadap peluang atau ancaman daripada teknologi digital serta kesan dari ekonomi global yang kompetitif (Moore 2005).

Latar Belakang Kajian Membantu pemodenan kerajaan, membangun

ekonomi berasas maklumat, menyedia persekitaran e-dagang yang baik, memperbaiki keberkesanan pendidikan, mengelak penyisihan dalam masyarakat dan memperkasa identiti budaya negara (UNESCO t.th).

Menjadikan pengurusan maklumat kerajaan menjadi berkesan (Kamar 2006).

Latar Belakang Kajian Kajian tentang polisi maklumat menjadi minat dalam

kalangan pengkaji bidang sains maklumat (Hahn 2003).

Sejak 1973 lagi Borko menjangka antara isu utama kajian dalam sains maklumat pada tahun 2000 adalah berkaitan polisi maklumat serta implikasinya pada semua peringkat.

Latar Belakang Kajian Beberapa pengkaji didapati menjalan kajian analisis

status terkini polisi maklumat negara tertentu.

Arnold (2007) - Afrika Selatan sebagai kajian kes

Soler (2007) - mengkaji evolusi dan status terkini polisi maklumat di Amerika Latin dan Caribbean.

Hosman & Howard (2010) - mengkaji interpretasi sejarah dan kesan polisi ICT di negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia.

Latar Belakang Kajian Polisi maklumat di Malaysia dikaji secara ilmiah

bermula Wijasuriya (1979), Oli (1982), Abdus Sattar (1993), Ruzaini (1996), Sajjad (1996), Ramli (2001), Xue (2005) dan terkini oleh Ahmad Naqiyuddin (2008a).

Namun didapati hanya memfokus kepada isu tertentu berkaitan dengan maklumat tanpa melihat polisi maklumat sebagai satu kerangka yang menyeluruh.

Latar Belakang Kajian Pada tahun 1982, Oli mengemuka kerangka konsep

Sistem Maklumat Kebangsaan (NATIS) untuk Malaysia.

Pada tahun 1991, Oli mengemuka pula kerangka Polisi Kebangsaan Perkhidmatan Maklumat dan Perpustakaan di Malaysia.

Latar Belakang Kajian Kajian Abdus Sattar pada tahun 1993 masih terbatas

kepada bidang perkhidmatan maklumat dan perpustakaan.

Kajian Sajjad (1996) didapati berkisar sekitar perkhidmatan maklumat dan perpustakaan.

Ahmad Naqiyuddin (2008a) mengemuka kerangka polisi khusus bagi menghadapi cabaran isu yang bersifat teknikal iaitu berkaitan percantuman digital di Malaysia

Latar Belakang Kajian Perkara yang disebut di atas merupakan bukti

pengkaji masih berbeza pandangan tentang status polisi maklumat di Malaysia.

Justeru, sebahagian dari pengkaji mendakwa bahawa Malaysia mempunyai polisi maklumat yang menyeluruh (Xue 2005) manakala sebahagian lagi berpandangan sebaliknya (Arnold 2002b; Moore 2005).

Latar Belakang Kajian Amalan Polisi Maklumat Malaysia

Sekitar tahun 1980-an, terdapat lebih 2000 institusi rasmi dibangun bagi memberi perkhidmatan pusat atau penyebaran maklumat (Katni 1988).

Katni mendapati wujud aktiviti berkaitan pengurusan maklumat yang bertindan antara sektor yang ada berikutan ketiadaan usaha bersepadu yang baik.

Latar Belakang Kajian Badan kerajaan berkaitan maklumat adalah pelbagai &

menyebabkan kekeliruan.

Cth, untuk mendapat maklumat berkaitan perancangan sosio-ekonomi, tidak dapat dipastikan jabatan mana yang perlu dirujuk.

Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Unit Kajian Sosio-Ekonomi (SERU), MAMPU atau Jabatan Perangkaan Negara (JPN)?

Latar Belakang Kajian Selari dengan perkembangan ICT dan kesedaran

potensi ICT sebagai sektor penting dalam ekonomi, Malaysia mengorak langkah menjadikan ICT sebagai budaya dalam masyarakat.

Bagi mengkoordinasi dasar, rancangan dan tindakan pada peringkat nasional, Majlis IT Kebangsaan (NITC) ditubuh pada tahun 1986.

Latar Belakang Kajian Namun, koordinasi tidak berlaku dengan sewajarnya.

Salleh (2008) mendakwa ketiadaan kesepaduan dalam kalangan agensi yang terlibat di Malaysia menjadi punca kepada kegagalan 7 aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC).

Objektif Kajian Mengenalpasti isu yang mendasari polisi maklumat

melalui sorotan susastera.

Mengenalpasti sektor polisi maklumat bagi isu yang dikenal pasti dalam objektif (i).

Mengenalpasti interaksi dan hubungkait antara sektor polisi maklumat bagi membentuk satu model polisi maklumat yang bersepadu.

Objektif Kajian Menganalisis polisi maklumat sedia ada di Malaysia

mengguna model yang dicadangkan oleh kajian.

Mengenal pasti lompang atau masalah yang wujud dalam bidang polisi maklumat di Malaysia.

Menentu status polisi maklumat Malaysia.

Kualitatif

FALSAFAH/ PARADIGMA KAJIAN STRATEGI KAJIAN

(prosedur & hala tuju khusus Creswell 2009)

Postpositivism

Konstruktivis

Anjuran/ Penyertaan

Pragmatik

(Generate knowledge and meaning from

experience & idea)

Kuantitatif Campuran

Ethography

Grounded Theory

Kajian Kes

Kajian Fenomena

Kajian Naratif

Kajian Tinjauan

Kajian

Eksperimentasi

Kajian Berjujukan

Kajian Serentak

Kajian Transformatif

Reka Bentuk Kajian

Kuantitatif

Kualitatif

Campuran

Kualitatif

METOD KAJIAN

(strategi bagi pengumpulan data (Bryman & Bell 2003; Glazier 2004)

Kuantitatif Campuran

Metod Emerging

Temubual Soalan Terbuka

Data Temubual, Data Cerapan,

Data Dokumen, & Data Audio-Video

Analisis Teks dan Imej

Interpretasi Tema,

Corak terjemahkan

Tetapan Awal

Soalan Berasaskan Instrumen

Data Persembahan, Data Sikap,

Data Cerapan, dan Data Bancian

Analisis Statistik

Interpretasi Statistik

Kedua metod: Tetapan Awal & Emerging

Temubual Terbuka & Tertutup

Bentuk data pelbagai

Analisis Statistik dan Teks

Merentas interpretasi pangkalan data

Polisi maklumat merupakan satu bidang kajian yang

masih tercari-cari metod analisisnya Burger 1993,

Rowlands 1996 & Duff 2004.

Tanpa teori yang memadai, adalah sukar untuk

menggunakan pendekatan kuantitatif bagi menganalisis

polisi maklumat (Rowlands 1996)

Kaedah Penyelidikan Diadaptasi daripada Creswell (2009)

Dapatan Kajian Dibahagikan kepada dua:

1. Status polisi maklumat Malaysia berdasar sumber Penyata Rasmi Parlimen dan Rancangan Malaysia:

Maklumat teknikal dan saintifik

Perpustakaan,

ICT

Sosial

Maklumat kerajaan

Ekonomi dan pendidikan ICT

Dapatan Kajian Kerajaan Malaysia menangani semua sektor ini dengan

baik.

Sektor seperti ICT, dijadikan satu agenda kebangsaan melalui inisiatif MSC.

Begitu juga dengan program mengurang jurang digital melalui tabung USP, membangun Internet Desa dan Info Desa.

Dapatan Kajian Wujud hubungkait antara sektor.

Cth: ICT dikaitkan dengan peranannya sebagai pemboleh bagi komunikasi maklumat, dari proses mencipta, menyebar dan menyelenggara maklumat.

ICT itu sendiri adalah satu sektor dalam ekonomi negara. ICT turut dikaitkan dengan demokrasi maklumat iaitu kebebasan rakyat untuk capaian kepada maklumat kerajaan.

Dapatan Kajian Wujud program mengatasi buta ICT bermula dari

sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti dan orang awam.

Sektor perpustakaan dan perkhidmatan maklumat didapati terasing dari aliran utama maklumat negara.

Perpustakaan tidak berperanan sebagai penyedia dan penyelenggara maklumat negara yang utama. Perpustakaan tidak menjadi ahli dalam NITC.

Dapatan Kajian 2 Bahagian kedua Dapatan

Analisis interpretasi isu berkaitan dengan polisi maklumat Malaysia berdasarkan sumber temu bual.

Temu bual responden yang terdiri dari empat tokoh yang terlibat dalam pengubalan dan berpengalaman dalam amalan polisi maklumat Malaysia.

Dapatan Kajian Responden

Dato’ Dr. Tengku Mohd Azzman Sharifadeen - mantan Setiausaha tetap NITC & CEO MIMOS.

Tan Sri Abd. Halim Ali - Pengerusi MDeC & mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Dato’ Dr. Halim Shafie - Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia & Pengerusi Lembaga Pengarah Perpustakaan Negara.

En. Ooi Seong Ho - Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar, MOSTI.

Dapatan Kajian NITC yang berperanan sebagai badan koordinasi polisi

maklumat kebangsaan.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK)

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Serta agensi bukan berteras ICT seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Dapatan Kajian

NITA yang memfokus menangani isu sosial dan maklumat kerajaan.

MSC memfokus kepada maklumat teknikal dan saintifik, ekonomi dan ICT.

Multimedia Super

Corridor (MSC) –

targeting economic

development

National IT Agenda

(NITA) – targeting

social development

Dapatan Kajian Malaysia turut menangani isu perpustakaan namun

didapati sektor ini tidak berada dalam aliran utama polisi maklumat Malaysia.

NITC sebagai badan koordinasi peringkat kebangsaan didapati tidak berperanan dengan sewajarnya.

Pengubalan polisi penting seperti MSC dan AKM1998 adalah berdasarkan konsultasi dari pihak luar Malaysia (Dr. Terrence Austin Cutler, Principal Cutler & Co. Australia) tanpa melibatkan pihak berkepentingan yang menyeluruh dari dalam negara.

Dapatan Kajian Pemisahan komponen ICT dengan komunikasi

sebagai satu keputusan kebelakang dan tidak menguntungkan.

Agenda IT dan MSC tidak dihayati oleh sebahagian kakitangan kerajaan

sistem pendidikan yang tidak menyokong industri kandungan

sistem maklumat kerajaan yang tidak cekap dan gagal memberi maklumat yang tepat dan berkesan

Dapatan Kajian bidang perpustakaan yang tidak berada dalam aliran

utama polisi maklumat Malaysia dan sistem ekonomi berasaskan maklumat yang masih belum berkembang dengan baik.

Masalah yang dikemukakan oleh responden ini perlu diambil perhatian serius khususnya apabila ingin mengubal polisi maklumat Malaysia yang bersepadu pada masa hadapan.

Rumusan Persoalan kajian berkaitan teori polisi maklumat

Apakah isu yang dikaitkan dengan bidang polisi maklumat?

Apakah sektor utama polisi maklumat?

Bagaimanakah bentuk model polisi maklumat?

Persoalan kajian berkaitan dengan amalan polisi maklumat Malaysia Adakah polisi maklumat wujud di Malaysia?

Apakah bentuk polisi maklumat Malaysia?

Apakah masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat di Malaysia?

Rumusan Isu Polisi Maklumat

Kajian ini mendapati isu yang mendasari polisi maklumat tidak mengalami perubahan mengikut tahun tertentu seperti yang didakwa oleh Eisenbeis (1989), Hill (1994) dan Schwuchow (1999).

Schwuchow mendakwa polisi maklumat berubah daripada menangani isu maklumat teknikal dan saintifik pada tahun 1950-an hingga awal 1970-an, kepada isu perkhidmatan maklumat elektronik mulai 1970-an hingga awal 1990-an.

Rumusan Kajian ini membuktikan sebaliknya.

Isu maklumat teknikal dan saintifik masih terus berkaitan sehingga kini dibuktikan dengan kajian oleh Ruenwai pada tahun 2006. Sektor perpustakaan pula terus menjadi isu polisi maklumat yang penting sejak kajian Lamberton pada tahun 1974 hingga kini (Kamar 2006; Arnold 2007; Bustamante 2007; Pajaro & Betancourt 2007).

Rumusan Kajian ini turut mendapati isu berkaitan maklumat

bertambah selari dengan perkembangan teknologi dan perubahan sistem sosial dunia.

Antara isu terkini ialah polisi maklumat bagi menangani isu masyarakat maklumat dikesan mula dikemukakan oleh pengkaji lampau mulai tahun 1990-an selari dengan pengenalan teknologi maklumat kepada masyarat (Moore 2005).

Rumusan Kajian ini berjaya mengesan 91 isu yang lazimnya

menjadi asas kepada pembangunan polisi maklumat.

Kajian ini dijangka memberi kesan kepada pihak yang terlibat dalam membangun polisi maklumat.

Kajian menunjukkan polisi maklumat yang hanya memberi penekanan kepada isu tertentu seperti ICT, hak harta intelek dan Undang-Undang Siber.

Rumusan Polisi yang menjurus kepada isu tertentu dan tidak

bersepadu dianggap sebagai pincang dan memberi kesan kepada hala tuju komunikasi dan maklumat negara.

Justeru, adalah tidak wajar pembuat polisi hanya memberi tumpuan kepada isu tertentu seperti teknologi maklumat kerana polisi maklumat mencakupi aspek yang luas meliputi sosial, ekonomi, politik dan teknologi.

Rumusan Pengkelasan Isu Polisi Maklumat

Isu polisi maklumat dalam kajian ini dapat dikelas kepada 6 sektor berdasarkan matlamat polisi maklumat dan sektor utama dalam negara.

sektor maklumat teknikal dan saintifik

sektor perpustakaan

sektor ICT

sektor sosial

sektor kerajaan

sektor ekonomi.

Rumusan Model Polisi Maklumat

Kerajaan

Ekonomi

Sosial

Maklumat Teknikal dan Saintifik

•Masyarakat maklumat

•Keselamatan

Maklumat Peribadi

•…

•E-Dagang

•Maklumat Industri –

Hill 1994:21

•…

ICT •Jurang digital

•Lebuhraya maklumat

Pemangkin

Pemangkin/ Beri kesan

Perpustakaan •Kitar Maklumat

•Sistem Maklumat

•…

Penyedia

Berkembang

•E-Government

•Keselamatan

Maklumat Peribadi

•…

Ekonomi

Berasaskan

Pengetahuan

&

Masyarakat

Bermaklumat

Pen

did

ikan

Isu yang Perlu Ditangani

Perundangan Pengkelasan

Beri kesan terus

Konflik

Kit

ar

hayat

maklu

mat

Pemboleh

(Enabler)

Sektor

Trigger keperluan

Kepada perundangan

Rumusan Amalan Polisi Maklumat

Tidak wujud sebarang dokumen rasmi yang boleh dirujuk sebagai polisi maklumat kebangsaan.

Polisi maklumat Malaysia wujud dalam bentuk program

MSC dan NITA - polisi maklumat utama di Malaysia

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM1998) -kerangka perundangan yang menyelia berkaitan maklumat di Malaysia.

Rumusan Bentuk Polisi Maklumat

Polisi maklumat Malaysia adalah berbentuk umum (dengan anggapan NITA, MCS dan AKM adalah maklumat utama.

Namun polisi maklumat Malaysia didapati melangkaui skop infrastruktur maklumat.

NITA - matlamat pembangunan sosial

MSC - matlamat pembangunan ICT& ekonomi.

Rumusan Mempunyai badan penyelia dan penguatkuasa

berkaitan maklumat yang baik iaitu AKM (1998) dibawah seliaan SKMM.

Polisi maklumat di Malaysia adalah dalam bentuk yang terpisah-pisah.

NITC perlu memain peranan yang berkesan.

Perlu mempunyai sekretariat tetap di bawah kementerian tertentu

Punyai bidang kuasa yang jelas bagi menjamin koordinasi dapat dilaksana dengan cekap dan berkesan.

Rumusan Keahlian NITC juga hendaklah menyeluruh meliputi

pihak berkepentingan dari kerajaan, awam dan swasta.

NITC perlu mengembangkan skopnya kepada kandungan maklumat kebangsaan. Untuk itu, sektor perpustakaan di Malaysia perlu dilantik sebagai anggota NITC.

Kesimpulan Polisi maklumat adalah satu bidang baharu yang

belum mencapai tahap kematangan dari sudut teori akademik serta amalan.

Banyak kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti isu yang mendasari penggubalan atau pembentukan polisi maklumat.

Namun perkara ini tidak mudah dilakukan kerana pembentukan polisi maklumat adalah tertakluk kepada keperluan sesebuah negara.

.

Kesimpulan Isu yang timbul dalam sesebuah negara adalah

berbeza dengan sebuah negara yang lain.

Kajian yang lazimnya dibiayai oleh kerajaan sudah pasti perlu memenuhi keperluan kerajaan tersebut. Lantaran itu adalah mustahil untuk mengemukakan isu yang seragam bagi polisi maklumat untuk diguna pakai oleh semua negara secara global.

Hal yang sedemikian membawa kepada pembangunan model polisi maklumat yang berbagai.

Kesimpulan Pada ketika negara maju masih mengakui peranan

perpustakaan sebagai organisasi yang mahir tentang selok belok maklumat, negara sedang membangun pula mengenepikan peranan organisasi berkenaan.

Ini merupakan satu isu yang perlu ditangani jika negara sedang membangun seperti Malaysia mahu dilihat mempunyai polisi maklumat yang lengkap dan menyeluruh serta mengambil pandangan daripada pakar tempatan secara khususnya dan rakyat secara umumnya.

Kesimpulan Sesuatu polisi penting yang menentukan

pembangunan dan masa depan negara tidak wajar mengenepikan unsur tempatan

Tidak wajar terlalu memberi ruang yang luas kepada perunding luar yang tidak mahir dan memahami selok belok serta keperluan setempat

mempunyai pandangan jagat yang kurang sesuai dengan nilai yang ada.