ALI HAJI BIN RAJA HAJI AHMAD

28
ALI HAJI BIN RAJA HAJI AHMAD Ali Haji bin Raja Haji Ahmad Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928. Latar belakang Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Raja Ali Haji merupakan keturunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya, Gurindam Dua Belas, yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Pada tahun 1822 sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Riau untuk menjumpai Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana

Transcript of ALI HAJI BIN RAJA HAJI AHMAD

ALI HAJI BIN RAJA HAJI AHMAD

Ali Haji bin Raja Haji Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.

Latar belakang

Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Raja Ali Haji merupakanketurunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya, Gurindam Dua Belas, yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.

Pada tahun 1822 sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya, RajaHaji Ahmad, menjadi utusan Riau untuk menjumpai Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana

kebudayaan Belanda seperti T. Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya.

Kira-kira tahun 1827/1243H Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja Ahmad pergi ke Makkah al-Musyarrafah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah diantara anak Raja Riau yang pertama menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal dan belajar di Mekah dalam jangka masa yang agaklama. Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat bergaul dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau sempat belajar beberapa bidang keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah. Beliau bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Barangkali ketika itulah, Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu supaya datang ke Riau, dan jika ulama tersebut bersetuju untuk datang, ulama itu akan dijadikan Mufti di kerajaan Riau. Dalam perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah (Mesir), setelah itu kembali ke negerinya Pulau Penyengat, Riau.

Pada zaman dahulu, kerajaan Riau-Johor memiliki ramai ulama antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi. Tambahan lagi, saudara sepupu Raja Ali Haji yang bernama Raja Ali bin Raja Ja’far menjadi Yamtuan Muda Kerajaan Riau VIII (tahun 1845-1857) menggantikan saudaranya Raja Abdur Rahman bin Raja Haji Yamtuan Muda Kerajaan Riau VII (taun 1833-1845). Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu untuk mengajar agama Islam, Raja Ali bin Raja Ja’far juga turut belajar dengan Raja Ali Haji.

Setelah sekian lama, Raja Ali Haji terjun ke bidang pendidikan. Beliaudikatakan telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji mempunyai kepakaran yang tinggi dalam ilmu pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorangulama besar pada zamannya.

Ramai anak murid Raja Ali Haji yang telah menjadi tokoh terkemuka, di antaranya Raja Haji Abdullah yang kemudian menjadi Yamtuan Muda Riau IX, tahun 1857-1858, Saiyid Syaikh bin Ahmad al-Hadi.

Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan Mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang akan faham Syeikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasauf beliauadalah seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan SelawatDalail al-Khairat yang dibangsakan kepada Saiyid Sulaiman al-Jazuli, yang diamalkan secara beruntun sejak datuk-datuknya terutama Raja Hajias-Syahidu fi Sabilillah yang ketika akan meninggalnya masih tetap memegang kitab selawat tersebut di tangannya, sementara pedang terhunus di tangannya yang satu lagi.

Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh pemerintah Republik Indonesia sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.

Karya

Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan kamus loghatMelayu Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara. Beliau juga menulis Syair Siti Shianah, Syair Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, serta Syair Sultan Abdul Muluk.

Raja Ali Haji juga patut dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa Tuhfat dikarang terlebih dahulu oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-undang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam (undang-undang dan politik). Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan.

Salasilah Melayu dan Bugis 1890

Tuhfat al-Nafis 1865

Bustanul-Katibin

Kitab Pengetahuan Bahasa

Gurindam Dua Belas

Syair Siti Shianah

Syair Suluh Pegawai

Syair Hukum Nikah

Syair Sultan Abdul Muluk

RAJA ALI HAJI bin Raja Ahmad dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Penyengat,sebuah pulau kecil di Riau, yang ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayudan pusat ilmu pengetahuan Islam di Kepulauan Melayu. Sebagai putera daripadagolongan bangsawan Riau, beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan pentingdalam kerajaan Riau-Johor.Raja Ali Haji mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam dan ilmupentadbiran. Pengetahuan agama yang mendalam diperolehnya daripada ulama-ulamasetempat dan luar negara. Beliau menjadi guru agama  dan mengajar bahasa Arab.Raja Ali Haji juga terdidik dengan ilmu bidang lain, dan telah menghasilkankarya dalam pelbagai bidang, iaitu agama, bahasa, sastera, sejarah, danundang-undang. Beliau turut menjadi guru agama yang mengajar tatabahasa,fikah, dan tasawuf. Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan duabuah karya yang amat penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaitu KitabBustanul-Katibin (1857) danKitab Pengetahuan Bahasa (1859).Buku tatabahasa bahasa Melayu karangannya yang berjudul Bustanul-Katibina LisSubyanil-Mutaalaminditerjemahkan (secara harfiah) ke dalam bahasa Melayusebagai Kitab Perkebunan Jurutulis bagi Kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia, danmerupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa. Naskhah Bustanul-Katibin ini telahdihasilkan dalam bentuk cap batu pada 20 Syaaban 1273H (15 April 1857) diPulau Penyengat. Buku setebal  70 halaman ini, terdiri daripada “mukadimah”(pendahuluan), 31 fasal, dan “khatimah” (penutup). Buku ini terbahagi kepada

dua bahagian. Bahagian pertama ialah penulisan tentang bahasa Melayu,sementara bahagian kedua menghuraikan tatabahasa bahasa Arab. Pada umumnyabuku ini merupakan buku tentang cara menulis huruf Arab dalam bahasa Melayudengan beberapa penyesuaian istilah bahasa Arab. Penulis berusaha menyesuaikandan menerapkan sistem tatabahasa bahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasaMelayu.Kitab Pengetahuan Bahasa yang tebalnya kira-kira 550 halaman disusun pada tahun1858 dan dicetak di Singapura pada tahun 1929. Karya ini merupakan sebuahkamus, tetapi bukan seperti kamus zaman sekarang. Lebih tepat lagi, buku inimerupakan sejenis ensiklopedia yang mengandungi pengetahuan umum, pendapat danpandangan pengarangnya tentang perkataan. Pengarang menyusun entri dengantidak menurut susunan abjad, sebaliknya menurut caranya tersendiri. Buku ini

tidak lengkap, dan berakhir setakat huruf ca ( چ� ) sahaja. Sebanyak 32 halamanyang mengandungi huraian tentang bahasa Arab yang diterapkan oleh pengarang kedalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, terutamanya apabiladitinjau dari kaca mata kini, buku ini tetap penting dan merupakan usahapertama orang Melayu dalam penyusunan kamus.

Antara karya terkenal Raja Ali Haji

Melalui kedua-dua buah karya itu, Raja Ali Haji telah memulakan proses membinadan menjadikan bahasa Melayu Riau bahasa yang kukuh dan berupaya sebagai alatpengungkapan ilmu pengetahuan. Raja Ali Haji memberikan sumbangan yang besarkepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan persuratan diKepulauan Melayu.

Raja Ali Haji turut melahirkan karya dalam bidang lain juga. Dalam bidangsejarah, beliau dianggap sebagai “pencatat sejarah Nusantara yang pertama”dengan buku Salasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis, yang merupakan antarasumber terpenting bagi sejarah Melayu. Buku Salasilah Melayu dan Bugis diterbitkanpada tahun 1911 di Singapura dalam bentuk litograf. Buku ini mengisahkan asalusul keturunan raja-raja Bugis yang mengembara menuju ke kerajaan Melayuseperti Johor, Lingga, dan Riau.Buku sejarah yang lebih luas dan terperinci kandungannya ialah  Tuhfat al-Nafis yang mula ditulis  pada tahun 1865. Buku yang terdiri daripada duabahagian ini membincangkan sejarah Singapura, Melaka, Johor, dan riwayat raja-raja Bugis.Kecintaan Raja Ali Haji terhadap kesusasteraan, khususnya puisi terserlahmelalui tulisan sejarahnya yang sering disulami syair dan puisi, sehingga dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karangannya terdapat juga beberapa rangkap puisi.Kebanyakan karya sastera  Raja Ali Haji terutamanya syair, menghuraikan halkeagamaan, misalnyaSyair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama,Syair Abdul Muluk, Syair Siti Sianah, dan Syair Hukum Nikah.Di samping itu, Raja Ali Haji juga menghasilkan dua buah karya undang-undang, iaitu Thamarat-al-Muhamed…ahli’l-Mahkamah (1896) dan Mukaddimah fi Intizam al-Wazaif al-Malik (1857).

Makam Raja Ali Haji di Pulau Penyengat, Riau

Sesungguhnya, Raja Ali Haji merupakan tokoh pengarang yang agung pada zamanpertengahan abad ke-19. Dengan bakatnya yang besar dan kecintaannya kepadailmu, bahasa dan persuratan, beliau muncul sebagai cendekiawan Melayu yangserba boleh, yang telah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang. Beliau dapatdianggap sebagai salah seorang pemikir besar dalam dunia persuratan Melayu,terutamanya dalam bidang agama, sejarah, bahasa dan kesusasteraan.

Analisis Syair Nasihat Karya Raja Ali Haji(Teh Koon Hoo)

Biografi Raja Ali HajiNama Lengkap RAH adalah Raja Ali al-Hajj ibni Raja Ahmad al-Hajjibni Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Celak alias Engku Haji

Ali ibni Engku Haji Ahmad Riau. Ia dilahirkan pada tahun 1808 Mdi pusat Kesultanan Riau-Lingga di Pulau Penyengat (kini masukdalam wilayah Kepulauan Riau, Indonesia).

Beberapa karya Raja Ali Haji yang terkenal seperti Syair Nasihatdi atas, dan Syair Nasihat Kepada Anak, lebih banyak berisikannasihat bertemakan kepemimpinan. Hal ini bisa jadi dipengaruhioleh lingkungan di mana Raja Ali Haji lahir dan dibesarkan.Kakeknya, Raja Ali Haji Fisabilillah adalah keturunan keluargakerajaan Riau. Sementara neneknya, Opu Daeng Cellak memilikigaris keturunan dari kerajaan Bugis.Selain dibesarkan di lingkungan kerajaan, Raja Ali Haji semasamudanya juga telah memangku beberapa jabatan penting. Ketika usiaRaja Ali Haji telah mencapai 32 tahun, ia beserta saudarasepupunya dipercaya memerintah wilayah Lingga untuk mewakiliSultan Mahmud Muzaffar Syah, yang pada saat itu masih berumursangat muda. Pada tahun 1845, Raja Ali Haji diangkat sebagaipenasehat keagamaan kesultanan. Selain itu, Pekerjaan sebagaipenanggung jawab bidang hukum Islam di Kerajaan Riau-Linggadiemban oleh RAH hingga ia meninggal pada tahun 1873.

Selain memangku jabatan kesultanan, Raja Ali Haji juga terkenalsebagai seorang ulama terkemuka. Oleh karena itu, karya-karyaRaja Ali Haji banyak berisikan nasihat tentang kepemimpinan dankeagamaan. Lingkungan dan pengalamannya benar-benar memberikanwarna tersendiri pada karya-karyanya yang berisikan nasihat.

Sekilas tentang KepemimpinanDalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, pemimpin diartikan dengan orangyang memimpin (Depdiknas, 2002: 874). Sementara itu, menurutMumford dalam Mar’at (1982: 8) kepemimpinan adalah keunggulanseseorang atau beberapa individu dalam kelompok, dalam prosesmengontrol gejala-gejala sosial.Jadi, kepemimpinan dapat timbul kapan dan di manapun, apabila adaunsur-unsur sebagai berikut :

1. Ada orang yang dipengaruhi atau anggota, bawahan, pengikut, kelompok yang mau diperintah, atau dikomandoi;

2. Ada orang yang mempengaruhi atau pemimpin,  yang memberi komando, pembimbing;

3. Ada pengarahan kepada suatu tujuan oleh orang yang mempengaruhi atau pemimpin (Mar’at, 1982: 37)

Analisis Isi Syair NasihatSyair Nasihat di atas digolongkan sebagai karya sastra klasik,karena memiliki ciri sbb :

Bercerita seputar kehidupan raja / kerajaan Menggunakan bahasa kemelayu-melayuan Menggunakan bahasa klise Menggunakan majas perbandingan Berbentuk syair

Dari awal hingga akhir bait syair akan sangat terasa suasanakerajaan. Berikut akan dibahas syair tersebut bait per bait.

Bait pertama :

Ayuhai segala pegawai sultan,hendaklah jaga pada jabatanKamu itu seperti intanJangan dibuangkan ke dalam hutan

Pada bait pertama, Raja Ali Haji mengungkapkan bahwa Sultanadalah figur yang sangat penting. Nasihat beliau tercantum padabaris kedua, yang bermakna seorang sultan hendaknya memilikisifat amanah. Pada baris ketiga, Raja Ali Haji menggunakan majasasosiasi, yaitu majas perbandingan yang mengungkapkan sifatmanusia seperti benda mati. Dalam hal ini, sultan oleh Raja Alidiibaratkan seperti intan yang amat berharga. Bait ini ditutupdengan baris keempat yang mengungkapkan bahwa seorang sultanharus pandai menempatkan dirinya, bukan justru mengasingkan diridari rakyatnya.

Bait kedua :

Ayuhai segala raja menteriSerta pegawai kanan dan kiri

Hendaklah jaga ingatkan negeriPerompak penyamun, kompak mencuri

Pada bait kedua, Raja Ali Haji memberikan nasihat kepada parapemangku jabatan secara keseluruhan. Hal ini tampak pada barispertama dan kedua yang menyebutkan raja, menteri, serta pegawaikanan dan kiri. Artinya, bahwa para pemangku jabatan di kerajaantidak bisa bekerja sendiri, namun haruslah bekerja secarabersama-sama. Antara raja, menteri, dan pegawai memiliki perandan tugas masing-masing, namun tetap memiliki tujuan yang sama.Pada baris ketiga disebutkan tugas para pemangku jabatan tersebutyaitu untuk menjaga ketentraman dan keamanan negeri. Pada bariskeempat, disebutkan bahwa perompak dan penyamun, sebagaipengganggu keamanan negeri, kompak mencuri. Artinya, musuhkerajaan itu membangun kekuatan dengan kekompakan, maka parapemimpin juga seharusnya demikian. Bait kedua secara keseluruhanjuga merupakan sindiran bagi para pemimpin zaman sekarang, yangjustru saling sikut dan saling berebut kekuasaan padahal keamanandan ketentraman masyarakat belum lagi tercipta.

Bait ketiga :

Kehidupan rakyat janganlah lupaFakir-miskin hina dan papaJangan sekali tuan nan alpaAkhirnya bala datang menerpa

Bait ketiga mengandung peringatan dan ancaman pada para pemimpinnegeri. Diawali dengan mengingatkan akan kehidupan rakyat yangberada dalam kesengsaraan. Baris pertama dan baris kedua seolahmenyampaikan pada para pemimpin bahwa di bawah sana masih banyakrakyat yang menjadi fakir-miskin, hidup susah, sengsara, danmelarat. Baris ketiga berisi nasihat agar para pemimpin tidakmelupakan tanggung jawabnya terhadap kesejahteraan rakyat. Bariskeempat ditutup dengan ancaman bahwa jika pemimpin lalai akantanggung jawabnya, maka yang datang tidak lain adalah bencana danmalapetaka.

Bait keempat :

Kacaulah negeri tidak terperiBerdengki-dengki sama sendiriUmpat dan puji sehari-hariKepada raja tidaklah ngeri

Bait keempat secara keseluruhan menggambarkan akibat yang terjadijika pemimpin sudah lupa akan tugas dan tanggungjawabnya. Iniadalah penjelasan dari bala yang diungkapkan Raja Ali Haji padabait sebelumnya. Pada baris pertama, Raja Ali Haji menggunakanmajas hiperbola yang menggambarkan kekacauan teramat dahsyat yangmelanda negeri. Baris-baris selanjutnya menegaskan bentukkekacauan yang terjadi : ancaman perang saudara, rakyat salingbenci, bahkan tidak senang dengan pemimpinnya sendiri.

Bait kelima :

Raja pun sudah hilang hebatnyaKepada segala rakyat tentaranyaSebab karena lalai alpanyaSerta dengan fasik zalimnya.

Bait ini merupakan klimaks dari bait-bait sebelumnya. Pada barispertama disebutkan bahwa seorang pemimpin bisa saja jatuhkewibawaannya. Baris kedua menggambarkan kembali bahwa rajaadalah figur sentral di tengah rakyat dan tentaranya. Dua barispertama menggambarkan seorang pemimpin yang sudah tidak lagidipercaya oleh rakyat, bahkan tentaranya sendiri. Dua baristerakhir menutup nasihat ini dengan menyebutkan sebab hilangnyawibawa seorang raja. Setidaknya ada dua sebab : lalai daritanggung jawab, dan memerintah secara zalim.

Nasihat untuk Pemimpin Masa DepanSyair Nasihat Raja Ali Haji di atas jika dicermati lebih jauh,sesungguhnya memuat nasihat-nasihat yang berlaku untuk parapemimpin seluruh zaman. Setidaknya ada beberapa tugas dantanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya :

1. Pandai menempatkan diri di tengah rakyatnya

2. Membangun kerjasama yang baik dengan menteri dan pegawainya3. Menjaga stabilitas dan keamanan negeri4. Memperhatikan kesejahteraan rakyat5. Menjalankan amanah dengan penuh tanggung jawab6. Memerintah dengan adil dan bijaksana

Selain itu, pemimpin juga harus menyadari adanya bahaya danancaman yang mengganggu negeri yang dipimpinnya, antara lain :

1. Pemberontak dan pengganggu keamanan negeri2. Perebutan kekuasaan yang menimbulkan perang saudara3. Hilangnya wibawa raja di mata rakyat

Mencermati kondisi Indonesia saat ini, agaknya apa yangdisebutkan Raja Ali Haji dalam syair nasihat sungguh benaradanya. Saat ini pemimpin sudah semakin hilang wibawa. Masyarakatsemakin antipati dengan pemerintah, sementara di kalangan pejabatsana banyak yang melakukan tindakan korupsi. Ada juga yang sampaisaling sikut karena berebut kekuasaan. Inilah tanda-tandadatangnya bala yang disebutkan Raja Ali Haji dalam syairnya.Maka, figur pemimpin yang adil dan bijaksana tentulah sangatdiharapkan oleh negeri ini. Pemimpin yang bisa menyelesaikansegala permasalahan rakyat, mulai dari kesejahteraan hinggakeamanan, dan pemimpin yang amanah serta memiliki integritas dankapabilitas yang baik. Pemimpin seperti inilah yang diungkapkanseperti intan oleh Raja Ali Haji, dan pemimpin seperti inilahyang diidamkan oleh negeri ini.Kesimpulan1. Syair Nasihat menggambarkan beberapa karakter pemimpin yang ideal2. Syair ini juga menyebutkan tantangan yang akan dihadapi seorang

pemimpin3. Syair ini mengungkapkan akibat bila seorang pemimpin hilang wibawa4. Syair ini sesuai dengan kondisi Indonesia saat ini

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Muhammad Ali Hanafiah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam.

Terdapat 2 manuskrip Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, iaitu:-

Manuskrip "A": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi percadari teks keseluruhan. Tarikh ditulis sekitar 1580, pastinya sebelum 1624.Ia dipercayai didapati oleh Peter Floris di Aceh sekitar 1604 dari koleksiErpenius yang didapati oleh Cambridge pada 1632.

Manuskrip "B": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi tek lengkap, bertarikh sebelum 1682. Didapati oleh William Mainstone pada tahun 1682, di Bantam, Jawa.

Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayatini dikatakan telah diminta dari Sultan Melaka untuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.

Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini

Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kataTun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itumengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi Hikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah. Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, makasemuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah merupakan Sastera Syiah?

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah terkenal dalam pensejarahan Melayu kerana menurut Tun Seri Lanang didalam kitabnya, Sulatus Salatin atau juga dikenali sebagai kitab Sejarah Melayu, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah ini dibaca kepada tentera-tentera Melaka bagi meniup semangat perjuangan menentang penjajahan Portugis.

Dipetik dari entri Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dari ms.wikipedia.org (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Muhammad_Ali_Hanafiah)

Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atasMelaka, seperti yang tersebut di bawah ini

Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Makakata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi Hikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah,takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalahmaka kita beri Hikayat Hamzah. Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.

Siapa Muhammad Ali Hanafiah? 

Beliau ialah Muhammad Bin Ali Bin Abi Thalib, iaitu anak kepada Sayidina Ali R.A dengan isteri yang dinikahinya selepas kematian Sayidatina Fatimah Bin Muhammad Rasulullah.Ibu Muhammad Bin Ali ialah Haulah (Ada juga yang menyebut Khaulah) dari Bani Hanifah.Beliau digelar Al-Hanafiah sempena kabilah ibunya.

Dalam kitab Hikayat Muhamad Ali Hanafiah mengandungi unsur-unsur ajaran Syiah Kaisaniah iaitu mempertahankan hak Hassan R.A dan Hussien R.A sebagai Khalifahdan perincian dendam melampau terhadap Muawiyah R.A dan puteranya,Yazid.

Turut diceritakan Hussein menyembuhkan sayap malaikat, Muawiyah tidak mahu beristeri tetapi akhirnya berkahwin dengan wanita tua dan dendam Yazid kerana ditolak pinangan dari dua wanita yang menikahi Hassan dan Hussein.

Juga dalam kitab ini diceritakan bahawa Muhammad Ali Hanafiah meninggal akibatterperangkap di dalam sebuah gua.

Syiah Kaisaniah:

Diasaskan oleh Mukhtar Bin Ubau Al-Thaqafi (khadam kepada Muhammad Bin Ali R.ABin Abi Thalib) dan Kaisan (Khadam kepada Sayyidina Ali, dan diwarisi oleh Muhammad Ali Hanafiah).Mereka mempertahankan hak kekhalifahan Hassan dan Hussein. Selepas kesyahidan kedua-duanya, Kaisan dan Mukhtar bermati-matian mempertahankan hak kekhalifahan kepada Muhammad Ali Hanafiah.

Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :

1. Yang mendakwa bahawa Muhammad Ali Hanafiah masih belum mati kerana beliau menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketikadiburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi.

2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad Ali Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas kematiannya.

Hikayat Mumammad Ali Hanafiah Dari segi perwatakan,watak-watak bulat yang dikemukakan terbahagi kepadadua kumpulan iaitu protagonis dan antagonis. Tokoh-tokoh protagonisnya ialah Ali, Hassan dan Hussain. Muawiyyah dan Yazid ialah tokoh-tokoh antagonis. Tokoh-tokoh protagonisnya digambarkan sebagai manusia yang sempurna lahir danbatinnya. Antagonisnya diberi gambaran penuh keburukan. Tokoh-tokoh protagonis digambarkan sebagai pahlawan-pahlawan yang terbilang, tiada tolok bandingnya,

serta terlalu dibesar-besarkan hingga melebihi kemampuan dan kebolehan manusia biasa.Unsur ini dapat dikesan dalam setiap peperangan yang diceritakan. Semua peperangan yang dilukiskan dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyahmelibatkan Ali dan anak-anaknya dengan Muawiyyah dan Yazid. Dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah terdapat plot cerita yang terdiri daripada beberapa bahagian.Bahagian yang pertama iaitu permulaan kehidupan N a b i   M u h a m m a d   s e r t a   H a s s a n   d a n   H u s s e i n   s e m a s a   k e ci l . N a b i   M u h a m m a d   , Fatimah, Hassan dan Hussein ialah ahlul baitiaitu penghuni rumah Nabi Muhammad yang penuh dengan cahaya keimanandan sering dikunjungi oleh malaikat. Jibrail telah mengunjung ke dalam keluarga Nabi Muhammad dan mengayun buaian Hasan dan Husain sewaktu Ali dan Fatimah sedang solat dan meramalkan masa depan mereka melalui pakaian. Bahagian kedua pula memaparkan kehidupan masyarakat islam setelah NabiMuhammad dan Fatimah wafat. Abu Bakar menjalankan pentadbiran jawatan khalifah. Dalam upacara sayembara memilih jodoh, Syaharbanun memilih Hussain sebagai bakal suminya(tradisi Arya).Kini kekhalifahan di bawah pemerintahan Umar. Beliau meneruskan tradisi melarang Marwan Hakim pulang ke Madinah. Umar wafat ditikam oleh Abu Lukluk Usman dipilih menjadi khalifah.PentadbiranUsman bersifat kroni dan nepotisme.Timbul kontroversi pelantikanantara Marwan dengan Muhammad Abu Bakar. Pengikut Muhammad Abu Bakar telah membantah.Hassan dan Hussain turut membantu Usman. Akhirnya Usman Terbunuh. Ketika menjadi khalifah, Ali sentiasa berhadapan dengan cabaran. Aisyahmembantu Muawiyah berperang dengan Ali. Setelah Muawiyah kalah, Ali, Hassan, dan Hussain kekal di Madinah. Ali Muhammad Hanafiah memerintah di buniara,Umar A l i , T a l i b   A l i   d a n   A k i l   A l i   m e m e r i n t a h   d i   B a g h d a d .M a s i b   K a k a   m e m e r i n t a h   d i Iraq, Tughan Turk, Mughan Turk menjadi pemerintah di Tabriz,manakala Ibrahim Astar memerintah tujuh.Akhirnya Ali mati dibunuh oleh Abdul Rahman Ibn Muljam. Pada bahagian ketiga,cerita bermula apabila Muawiyyah menyuruh abu Hurairah melamar Zainab binti Jaafar Tayyar

untuk Yazid tetapi peminangan itu d i t o l a k   k e r a n a   z a i n a b   m e n e r i m a   p i n a n g a n   H a s s a n .   Pa d a   m a s a   y a n g   s a m a Muawiyyah juga meminta bantuan Musa Asyari melamar bekas isteri Abdullah tetapi ditolak kerana beliau menerima lamaran daripada Hussain. Yazid mengupah isteri Hassan meracuni Hassan lalu wafat. Yazid menaikkan dendam masyarakat Arab pada zaman Jahiliah kerana banyak kalangan mereka yang mati dibunuh oleh masyarakat islam. Dendam mereka itu dilaksanakan dengan cara berperang dengan Hussain dan Hussain meminta bantuan Muhammad Hanafiyyah. Dalam peperangan dengan Yazid di Karbala banyak keluarganya yang meninggal iaitu Kasim, AliAkbar, dan Hussain sendiri wafat pada 10 Muharam, hari Jumaat. Pada bahagian keempat pula, menceritakantentang Muhammad Hanafiyyah m e n e r i m a   s u r a t   t e n t a n g   M u a w i y a h   m e r a c u n   H a s s a n   d an   Y a z i d   m e m b u n u h

 Hussain. Peperangan tercetus antara keluarga Muhammad Hanafiyyah menentang tentera Yazid. Peperangan hebat terus berlaku dan tangan Muhammad Hanafiyyah t e r p u t u s . I b r a h i m   A s t a r   m e n y e l a m a t k a n   M u h a m m a d  H a n a f i y y a h   d e n g a n menyambung ke bahu dan sembuh semula. D a l a m   H i k a y a t   M u h a m m a d   H a n a f i y y a h   j u g a   t e r d a p a t   la t a r   i a i t u   l a t a r m a s a , l a t a r   t e m p a t   d a n   l a t a r   m a sy a r a k a t . L a t a r   m a s a   i a l a h   p a d a   z a m a n pemerintahan Nabi Muhammad serta zaman pemerintahan sahabat-sahabat Nabi iaitu khalifah Umar,Usman, Ali dan Abu Bakar. Latar tempat pula ialah di tanah Arabtempat pemerintahan Nabi Muhammad dan latar masyarakat juga ialah masyarakat Arab yang sering berperang dengan kaum Musyrikin. BIBLIOGRAFI Ali Ahmad. 1987, karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur,kementerian Pendidikan Malaysia. Abu Hassan Sham, Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Printcorp Sd.Bhd. 1977.

Mohd Taib Osman, 1986, Sastera Sejarah Interprestasi dan Penilaian , KualaLumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ditulis Oleh Irman AbdurrahmanSebuah hikayat dari ranah kesusasteraan Melayu lama berkisah tentang peristiwa Karbala. Warisan budaya yang terlupakan.

Meski tampak lusuh, kitab itu tetap terawat. Beberapa bagian yang robek coba ditautkan dengan sejenis perekat. Tiap-tiap lembarnya menebarkan wangi kapur barus yang menjaganya dari kerusakan. Tersimpan dalam ruangan bersuhu 16°C, seperti juga kisah di dalamnya, Hikayat Muhammad Hanafiah, namakitab itu, memang tak lekang oleh zaman.

Tak banyak orang tahu bahwa hikayat berusia hampir empat ratus tahun ini menyimpan kisah sedih keluarga Rasulullah saw: kisah pembunuhan Hasan karena racun dan Husain di padang Karbala. Boleh jadi inilah catatan paling awal dalam bahasa melayu tentang peristiwa berdarah tersebut. Liau Yock Fang dari Jurusan Pengajian Melayu, Universitas Nasional Singapura, mencatat bahwa fragmen (sepanjang 60 halaman) hikayat ini sudah tersimpan di Perpustakaan Universitas Cambridge, sejak tahun 1604. Dalam salah satu bagian naskah yang dimiliki Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PNRI), tertulis tahun tahun 1191 H atau bertepatan dengan 1771 M sebagai waktu penyalinan naskah.

PNRI memiliki sembilan naskah Hikayat Muhammad Hanafiah. Beberapa halaman dari tiga naskah di antaranya telah lapuk dan hampir tidak dapat dibaca. Selebihnya naskah dalam kondisi yang baik dan tulisan di dalamnya jelas terbaca. Kesembilan bagian naskah ditulis di atas kertas Eropa dengan ukuran naskah rata antara 25 X 20 cm sampai 33 X 21 cm dan banyak baris sekitar 15 sampai 21 baris. Jumlah halaman bervariasi dari 170-an halaman sampai ada yang berjumlah 600 halaman. Semuanya ditulis dengan tulisan Arab Jawi dan dalam bahasa Melayu.

Sebagian besar peneliti meyakini Hikayat Muhammad Hanafiah berasal dari sumber Arab. Tapi, Filolog tenar asal Belanda, Van Ronkel punya cerita lain. Setelah menyelediki fragmen Cambridge, Ronkel berpendapat bahwa hikayat ini merupakan terjemahan dari bahasa Persia. Alasannya, pujian yang melimpah kepada kedua putra Ali, Hasan, dan Husain, pemakaian

gelarpengembara untuk Nabi saw yang dalam bahasa Persia adalahnabi, dan kesesuaian isinya dengan dua naskah versia Persia yang tersimpan di British Museum. L.F. Brakel yang pernah menyunting Hikayat Muhammad Hanafiah untuk memperoleh gelar doktor kesusasteraannya dari Universitas Leiden mengukuhkan pendapat Van Ronkel dengan beberapa bukti baru.

Pertama, bahwa pembagian bab dalam naskah Melayu sama dengan naskah Persia. Kedua, dalam bahasa Persia, hubungan kekerabatan dalam bahasa Arabpada nama Muhammad bin Hanafiah, dinyatakan oleh apa yang dinamakan ezafat:e ‘yang tidak dinyatakan’ sehingga menjadi Muhammad Hanafiah. Karena mengabaikan ezafat:e tadi, penyalin Melayu telah salah menuliskan nama tersebut, yakni Muhammad Hanafiah bukan Muhammad bin Hanafiah. Ketiga, banyak nama orang yang ditulis dalam bentuk Persia, seperti Ummi Kulsum dan Immi Salamah.

Meskipun demikian, Brakel juga tidak memungkiri kemungkinan hikayat ini merujuk kepada sebuah kitab sejarah dalam bahasa Arab, Maqtal al-Husain, karyaAbu Mikhnaf. Karya Abu Mikhnaf ini merupakan catatan paling awal karena sebagian besar sejarahwan Muslim merujuknya ketika menulis tentang pembataian keluarga Nabi saw tersebut.

Tiap-tiap naskah Hikayat Muhammad Hanafiah berkisah tentang hal yang berbeda meskipun masih berikisar seputar terbunuhnya kedua cucu kesayangan Rasulullah tersebut. Naskah pertama paling banyak mengisahkan tentang gugurnya anak-anak Ali, seperti Hasan dan Husain di Karbala pada masa kekuasaan Yazid. Meskipun jelas, beberapa bagian tampak sudah lapuk dan robek. Isi naskah pertama ini sudah pernah ditransliterasi dan diberi penjelasan oleh seorang peneliti Belanda, Prof. Pijnappel pada 1870. Sayangnya PNRI tidak memiliki hasil penelitian itu.

Naskah kedua mengawali cerita dengan kisah nabi-nabi lama, mistik Nur Muhammad, kisah Fatimah dari Siria, masa muda Nabi Muhammad, pernikahan Nabi saw, hingga zaman Khalifah Ali. Naskah ketiga mengisahkan persahabatan Muhammad bin Hanafiah dengan beberapa orang. Ia mendapat lukadalam perang tetapi dengan keajaiban lukanya sembuh. Yazid dapat mengalahkan musuh-musuhnya lalu kemenakannya ditunjuk menjadi raja Damaskus dan kawin dengan cucu Abu Bakar. Akhirnya Muhammad Hanafiah berhasil mengalahkan musuh-musuhnya seorang diri.

Berbeda dengan naskah-naskah yang lain, naskah keempatHikayat Muhammad Hanafiah yang dimiliki PNRI memiliki cerita yang sangat berbelit-belit.

Selain itu, bahasanya pun sukar dipahami. Naskah kelima merupakan bagian terpanjang, yakni mencapai 600 halaman. Tebalnya naskah ini, salah satunya, disebabkan oleh hurufnya yang sangat besar. Satu hal lagi, selainnaskah keenam, yang kelima ini merupakan bagian yang memuat waktu penyalinan dengan lengkap, yaitu 11 Rabi’ul Awwal 1288 H.

Naskah yang keenam yang bertanggal 6 Sya’ban 1281 H ini memuat kisah kematian Yazid pada bab III, tetapi di dalamnya, tidak diceritakan kemenangan Muhammad bin Hanafiah yang banyak dibicarakan dalam naskah-naskah lain. Naskah ketujuh merupakan sebuah eksemplar yang baik meski sebagian rusak. Naskah ini mengisahkan tentang perikehidupan Nabi saw secara panjang lebar.

Naskah kedelapan dimulai dengan uraian tentang kewajiban-kewajiban bagi para pengikut Nabi saw, sementara kelahiran Hasan dan Husain baru terdapatpada halaman 88. Naskah terakhir memuat cerita peperangan antara Ali dengan Muawiyah, pembunuhan Hasan dengan racun dan Husain di padang Karbala oleh Yazid. Kemudian dilanjutkan dengan pembalasan dari Muhammad bin Hanafiah kepada Yazid. Yazid dapat dikalahkan tetapi Muhammad bin Hanafiah malang juga nasibnya. Ia mati bersama musuh-musuhnya dalam sebuahgua.

Dengan kandungan yang sarat nilai, naskah-naskah Hikayat Muhammad Hanafiah jelas sangat berharga untuk diteliti. Tetapi penelitian filologi yang menuntut keahlian interdisiplin tampaknya kurang diminati para peneliti dan mahasiswa kita. Justru peneliti asing yang banyak meneliti-meneliti naskah-naskah tersebut. Ibarat peribahasa “kacang lupa akan kulitnya”, kita kerap memandang sebelah mata terhadap warisan budaya nenekmoyang. [irman abdurrahman]

Dan Muawiyah pun Menolak Beristri

Dari banyak kisah yang dituturkan dalam Hikayat Muhammad Hanafiah, peristiwa Karbala, termasuk cerita yang mengawali dan mengikutinya, paling banyak menyita halaman dari hikayat ini.

Bagian kedua ini biasa disebut dengan Hikayat Maktal Husain. Berikut petikannyayang sengaja ditransliterasi sesuai ragam bahasa aslinya.

Tatkala Husain masih muda, ada malaikat yang kedua sayapnya tertunu, turun ke dunia. Husain menyapu bahu malaikat itu dengan tangannya. Dengan takdir Allah, sayap malaikat itu pun baik

lalu ia kembali ke udara. Jibrail berkata bahwa malaikat itu tidak akan turun ke bumi melainkan pada waktu Husain dibunuh oleh segala munafik. Adapun semasa Hasan dan Husain masih kecil itu,Jibrail selalu turun ke dunia bermain-main dengan mereka. Sekali peristiwa, sehari sebelum hari raya, Jibrail membawa pakaian untuk Hasan dan Husain. Hasan memilih pakaian hijau dan diramalkan akan mati kena racun; Husain memilih pakaian merah dan diramalkan mati terbunuh di Padang Karbala. Muawiyah mendengar bahwa dari keturunannya akan lahir pembunuh cucu Muhammad dan bersumpah tidak mau beristeri. Pada suatu malam, ia pergi buang air dan beristinjak dengan batu. Zakarnya disengat oleh kala. Ia tidak terderita sakitnya. Menurut tabib, sakitnya hanya akan hilang jika ia berkawin. Maka berkawinlah ia dengan seorang perempuan tua yang tidak boleh beranak lagi. Dengan takdir Allah, perempuan tua itu melahirkan seorang anak yang diberi nama Yazid.

Setelah Ali wafat, Muawiyah menjadi raja. Sekali peristiwa, Muawiyah mengirim seorang utusan pergi meminang Zainab, anak Jafar Taiyar untuk menjadi isteri anaknya, yaitu Yazid. Zaainab menolak pinangan Yazid, tetapi menerima pinangan Amir Hasan. Karena itu Yazid pun berdendam dalam hatinya, hendak membunuh Amir Hasan dan Amir Husain, bila ia naik kerajaan. Sekali peristiwa, Yazid ingin berkawin dengan isteri Abdullah Zubair yang sangat baik parasnya. Muawiyahberja menipu Abdullah Zubair menceraikan isterinya. Isteri Abdullah Zubair tiada mau menjadi isteriYazid. Sebaiknya, isteri Abdullah Zubair itu berkawin dengan Amir Husain. Yazid makin berdendam dalam hatinya, “Jika aku kerajaan, yang Hasan dan Husain itu kubunuh juga, maka puas hatiku.”

Maka berapa lamanya, Muawiyah pun matilah dan kerajaan pun jatuh ke tangan Yazid. Mulailah Yazid melaksanakan niatnya untuk membunuh Amir Hasan dan Amir Husain. Ia berhasil memujuk seorang hulubalang di Madinah (menurut suatu cerita, salah seorang isteri Hasan sendiri) meracuniHasan. Setelah Hasan wafat, pikirannya tidak lain daripada membunuh Husain saja. Ia mengirim surat kepada Utbah, seorang hulubalang di Madinah, dan memintanya membunuh Husain dengan menjanjikan harta dan anugerah. Seorang hulubalang yang bernama Umar Saad Malsum juga dikirim untuk membunuh Utbah. Biarpun begitu, Utbah masih tidak berani membunuh Husain. Katanya jika Husain ada di dalam Madinah, mereka tidak dapat mengalahkannya. Karena itu mereka meminta raja Kufah, Ubaidullah Ziyad namanya, supaya menipu Husain ke Kufah. Husain menerima jemputan raja Kufah untuk pergi ke Kufah. Ummi Salamah mengingatkan Husain tentangbahaya yang mengancamnya. Pada malam itu Husain juga bermimpi berjumpa dengan segala nabidan malaikat. Nabi Muhammad memberitahu bahwa surga sudah berhias menantikan ketibaannya.Sungguhpun begitu, Husain berangkat juga ke Kufah bersama-sama dengan pengikutnya yang tidak banyak itu.

Hatta berapa lamanya sampailah mereka ke suatu tempat. Unta dan kuda Husain merebahkan dirinya, tiada mau berjalan lagi. Mereka lalu mendirikan kemah di situ. Adapun segala kayu yang mereka tetak, berdarah balak. Baharulah mereka ketahui bahwa tempat itu ialah Padang Karbala, tempat kematian Husain yang diramalkan Nabi Muhammad dahulu. Hatta mereka pun kekurangan air, karena air sungai sudah ditebat oleh tentera Yazid. Air yang di dalam kendi kulit juga sudah

terbuang, karena digorek tikus. Apa boleh buat. Terpaksalah mereka menahan dahaga yang sangat.Maka mulai peperangan itu. Pengikut Husain, satu demi satu syahid. Akhirnya anaknya sendiri, Kasim dan Ali Akbar, juga mati. Barulah ketika itu Husain teringat meminta bantuan kepada saudaranya, Muhammad Hanafiah, yang menjadi raja Buniara. Sesudah itu ia pun terjun ke dalam medan perang. Banyak musuh dibunuhnya. Sekali peristiwa, ia berjaya menghampiri sungai. Biarpun begitu, ia tidak meminum air itu, karena teringat kepada sahabat taulannya yang mati syahid disebabkan dahaga itu. Maka Husain pun lemahlah lalu gugur ke bumi. Betapa pun demikian, tiada seorang pun berani menghampirinya. Akhirnya Samir Laain yang susunya seperti susu anjing lagi hitam itulah yang maju ke depan dan memenggal leher Husain. Adapun Husain syahid itu pada sepuluh hari bulan Muharam, harinya pun hari Jumaat. Tatkala Husain syahid itu, arasy dan kursi gempar, bulan dan matahari pun redup, tujuh hari tujuh malam lamanya alam pun kelam kabut.

Setelah Husain syahid, maka segala isi rumah Rasul Allah terampaslah oleh tentera Yazid. Akan tetapi, seorang pun tiada berani menghampiri Ummi Salamah. Seorang lasykar yang merampas anak perempuan Ummi Salamah, dengan kudrat Allah, matanya menjadi buta. Yazid berjanji akan memberi diat kematian Husain, jika Ummi Salamah rela dengan dia. Ummi Salamah menolak. Yazidsangat marah. Apabila Fatimah, anak perempuan Ummi Salamah, meminta air minum, yang diberikannya ialah kepala Husain yang diceraikan dari badannya.

Naskhah Kesusasteraan Lama Melayu: Sorotan Sejarah Di Nusantara

Agama Islam dikatakan mula bertapak di alam Melayu pada kurun ke13 Masihi. Antara wilayah yang terawal memeluk Islam adalahPerlak, Pasai dan Samudera iaitu wilayah-wilayah yang sekarangini menjadi negeri Aceh, di Sumatera Utara. Islam bertambah kuatpemerintahannya  di nusantara ini apabila kerajaan Majapahit yangterkenal itu dikalahkan oleh Radin Patah bersama-sama denganSembilan orang Ulama Islam yang termahsyur dengan gelaran Wali

Sanga yakni Wali yang Sembilan. Adapun perkembangan Islam ke alamMelayu ini telah berlaku pada kurun ke 15 Masihi dan dikatakansaling beriring-iringan dengan kuasa-kuasa besar barat. Pada awalperkembangannya, kaedah atau metod yang digunakan oleh ulama danpendakwah Islam adalah menggunakan jalan dakwah yakni pertuturanatau komunikasi dalam menyampaikan ajaran dan fahaman Islam.Sumber kitab-kitab risalah dakwah yang digunakan pada mulanyaadalah berhuruf Jawi yang berasaskan huruf  ‘Arab dan hanya dapatdilengkapkan sesudah disertakan huruf-huruf tambahan menurutkaedah huruf Parsi iaitu huruf cha, nga , ga dan nya. Kemudiandaripada itu barulah dapat disusun kaedah-keadah ejaan jawi danbermulalah usaha-usaha menterjemahkan kitab-kitab risalah sepertihuraian kaedah, rukun dan aturan Islam, Iman dan Ihsan yang wajibdiketahui oleh seorang Muslim. Seterusnya timbullah apa yangdinamakan kesusasteraan Islam di sisi orang Melayu yang sebelumkedatangan Islam itu telah terkenal dengan kesusasteraan Hinduseperti cerita Pandawa Lima dan cerita Seri Rama yang berperangdengan Maharaja Ravana dalam Kitab Mahabharata. Maka bermulalahera kesusasteraan Melayu Islam yang berkembang mekar menggantikankesusasteraan Hindu itu.

Sederhananya usaha menterjemahkan kitab-kitab atau risalah-risalah Islam pada zaman itu di lihat belum memadai dalammemperkenalkan kesempurnaan dan kebesaran Islam kepada orang-orang yang baru hendak mengenal atau cuba hendak meyakini ajaran-ajarannya. Salah satu jalan yang dirasakan berkesan dalammelaksanakan tugas suci ini ialah menerusi kesusasteraan. Inidapat dipastikan bahawa ramai pengembang-pengembang Islam telahbanyak menggunakan lapangan kesusasteraan bagi memperkenalkanriwayat-riwayat seperti kisah para Rasul dan Nabi, tentangpahlawan-pahlawan dan mujahid Islam dalam menegakkan syiar Islamdan sebagainya. Barangpasti cerita atau riwayat seumpama inidilihat mampu menarik perhatian dan cepat tersebar kepada orang-orang yang baru mula hendak mengenal dan memahami ajaran Islamitu. Antara hasil naskhah kesusasteraan lama Melayu yangberintikan Islam itu adalah Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat  NabiMuhamad Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nabi Yusof dan hikayatbeberapa orang nabi-nabi lagi yang kemudiannya dihimpunkan dalamsatu kitab yang dinamakanKessasul Anbia’ atau kisah para nabi. Kisah

perjuangan pada zaman Islam  mula berkembang dan kisah kegagahanpahlawan Islam dalam peperangan pada zaman itu adalah antarakisah-kisah yang amat digemari  oleh orang-orang Melayu. Antarahikayat-hikayat  pahlawan Islam yang awal sekali diterjemahkan kedalam bahasa Melayu adalah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat MuhammadAli Hanafiah, Hikayat Raja Handak yang meriwayatkan tentangkegagahan Sayyidina Ali dan Hikayat Raja Badar. Ini dibukti dandisahkan dalam buku Sejarah Melayu tentang dua buah hikayat iaituHikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah (kedua-duanya diterjemahkan dari bahasa Parsi) yang sering dibaca dandijadikan rujukan oleh orang-orang Melayu terdahulu sebelumkejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511Masihi. Dalam buku Sejarah Melayu tersebut ada menghuraikankesahihan ini yang mendokumenkan kisah pada malam sesudahFeringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melakaseperti frasa di bawah :

Maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan suroh berhadhir senjata. Makahari pun malam-lah; maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanyabertunggu dibalai-rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, “ Apa kita buatbertunggu dibalai-rong diam-diam sahaja? Baik kita membacha hikayat perang,supaya kita beroleh faedah daripadanya.” Maka kata Tun Muhammad Onta, “Benarkata tuan-tuan itu, baik-lah Tun Indera Sagara pergi memohon Hikayat MuhammadHanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patek-patek itu mengambil faedahdaripada-nya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari.” Maka Tun Indera Sagarapun masok menghadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya di-persembahkan-nya ka-bawah duli Sultan Ahmad. Maka Sultan Ahmad di-anugerahiHikayat Amir Hamzah; maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, “Katakankapada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerah-kan Hikayat MuhammadHanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu saperti MuhammadHanafiah; hanya jikalau pun dapat seperti Amir Hamzah pun pada-lah; maka kita beriHikayat Hamzah.”

Daripada permulaan kata buku Sejarah Melayu (naskhah Shellabear)itu dapat dipastikan kesusasteraan lama Melayu itu adalahkebanyakkan bercorak atau mencontohi aliran bentuk  Mathanawi(Mesnewi) yakni sejenis syair Parsi yang lazimnya dimulai denganmukaddimah atau permulaan kata memuji Allah dan Rasulnya. Petikanayat di atas turut menjelaskan juga bahawa hasil kesusasteraanlama Melayu merupakan satu instrumen dan bukti yang kesusasteraanitu bukanlah hanya menjadi bahan bacaan dan rujukan umat padaketika itu malah digunakan ia sebagai pelajaran dan penaiksemangat dalam menghadapi perang. Menariknya lagi tentangkesusasteraan lama Melayu ini ialah pengarangnya dapatmenerangkan sesuatu peristiwa itu secara terperinci iaitu denganmenyebut satu-persatu tarikh, tahun, hari bahkan hingga saatketika terjadinya ia seperti contoh berikut:

Tatkala hijratu ‘l-nabiyyi sallu ‘LLahu ‘alaihi wa’s-salamu sa-ribu dua puloh satu tahun,kepada tahun Dal, pada tahun Dal, pada dua belas hari-bulan Rabi’il-Awwal, kapadahari Khamis, waktu al-dhoha, pada ketika Shamsu, pada zaman kerajaan marhummangkat di-Acheh, Sultan ‘Alau’d-din Ri’ayat Shah zillu ‘LLahi fi’l-‘alam anak Sultani ‘I-ajalli ‘Abdi’l-Jalil Shah, diriwayatkan…

Perkembangan kesusasteraan lama Melayu yang berpengaruh Islam dinusantara sama ada bercorak Parsi atau pun Arab pada asasnyadapat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu :

Zaman Kerajaan Pasai  (1280 hingga 1400 Masihi)                  

Zaman Kerajaan Melaka ( 1400 hingga 1511Masihi)                  

 Zaman Kerajaan Acheh dan Johor ( 1511 hingga 1650 Masihi)

Kesusasteraan lama Melayu telah mula berkembang di negeri Pasaiiaitu negeri yang paling awal menerima Islam di alam nusantara.Kebanyakkan hasil kesusasteraan tersebut adalah bersifatkeagamaan dan bahagian terbesar daripada nakhahnya adalahberbahasa Parsi. Apabila negeri Melaka berdiri dan bertambah kuatkerajaannya maka di situlah menjadi tempat tumpuan pengembang-pengembang agama dan ulama-ulama Islam. Walaupun usaha-usahadijalankan bagi kemajuan dan perkembangan sastera paza zamanKerajaan Melayu Melaka itu, tetapi dicatatkan zaman kegemilangankesusasteraan lama Melayu di Nusantara ini adalah padapertengahan pertama pada kurun ke 17 Masihi. Kejatuhan KerajaanMelayu Melaka pada 1511 Masihi telah menjadikan Kerajaan Achehberdiri dalam puncak pemerintahannya. Beberapa buah buku-bukukesusasteraan Melayu yang tinggi kualitinya tercipta pada zamantersebut di antaranya adalah Sulalatun’l-Salatin yang disusunpada 1612 Masihi, Taj ul-Salatin pada tahun 1603 Masihi danBustan ul-Salatin pada tahun 1638 Masihi.

Hakikatnya banyak hasil-hasil naskhah kesusasteraan lama Melayuyang telah hilang dan musnah sepanjang peredaran zaman yang telahmengharungi pelbagai peristiwa sejarah oleh bangsanya. Dikatakanantara peristiwa yang menyebabkan banyak naskhah-naskhahkesusasteraan lama Melayu itu hilang dan musnah adalah sewaktuKerajaan Melayu Melaka berperang dengan kuasa Portugis. Istanaraja yang menjadi tempat penyimpanan buku-buku dan kitab-kitabtelah binasa di makan api akibat dibakar oleh pihak musuh yangdatang menyerang. Selain itu, peristiwa yang lebih besar yangmenyebabkan kehilangan hasil-hasil kesusasteraan lama Melayu ituadalah terbakarnya kapal yang bernama the Fame pada 2 Februari1824 yakni kapal pelayaran Britain yang membawa muatan barang,

dokumen (perpustakaan lama Melayu) dan khazanah yang dicuri dandirampas untuk di bawa pulang ke negara asal mereka.