205786956-wacana

26
PENDAHULUAN Analisis wacana mula muncul di Great Britain dan Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 50-an. Di Great Britain analisis ini muncul akibat daripada pegangan konsep “teori makna dalam konteks” yang dipelopori oleh Reymond Firth. Mengikut teori ini makna bukan merupakan idea yang terkandung secara tersendiri dan beku di dalam perkataan tetapi ia ditentukan oleh keperihalan keadaan atau konteks situasi. Dalam bahasa Melayu misalnya, perkataan cantik, sekiranya diucapkan dalam nada tenang dan situasi biasa mengandung erti apresiasi (bermaksud elok, comel dan lain-lain) tetapi kalau diucapkan dalam nada geram dan marah, ertinya bukan lagi sebagai apresiasi tetapi sindiran atau perli. Manakala M.A.K. Halliday telah terus memperjuangkan teori Firth. Bagi beliau sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan dengan fungsi bahasa dan fungsi itu ada kaitannya dengan kebudayaan alam bahasa itu sendiri. Kerana itu, huraian struktur sesuatu bahasa mestilah mengambil kira kegunaan bahasa itu dalam masyarakat.

Transcript of 205786956-wacana

PENDAHULUAN

Analisis wacana mula muncul di Great Britain dan Amerika

Syarikat dalam tahun-tahun 50-an. Di Great Britain analisis ini

muncul akibat daripada pegangan konsep “teori makna dalam

konteks” yang dipelopori oleh Reymond Firth. Mengikut teori ini

makna bukan merupakan idea yang terkandung secara tersendiri dan

beku di dalam perkataan tetapi ia ditentukan oleh keperihalan

keadaan atau konteks situasi. Dalam bahasa Melayu misalnya,

perkataan cantik, sekiranya diucapkan dalam nada tenang dan

situasi biasa mengandung erti apresiasi (bermaksud elok, comel

dan lain-lain) tetapi kalau diucapkan dalam nada geram dan marah,

ertinya bukan lagi sebagai apresiasi tetapi sindiran atau perli.

Manakala M.A.K. Halliday telah terus memperjuangkan teori

Firth. Bagi beliau sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan

dengan fungsi bahasa dan fungsi itu ada kaitannya dengan

kebudayaan alam bahasa itu sendiri. Kerana itu, huraian struktur

sesuatu bahasa mestilah mengambil kira kegunaan bahasa itu dalam

masyarakat.

Halliday turut mengatakan bahawa bahasa mempunyai tiga

fungsi iaitu fungsi alami, fungsi hubungan dan juga fungsi tekstual.

PENGENALAN

Menurut kamus dewan edisi baharu 1993, wacana adalah ucapan,

pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu

kesatuan. Manakala menurut Asmah Haji Omar pula Wacana ialah unit

bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan

hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti

ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel,

cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Malah,

menurut Kamus Webster, 1983, wacana bererti hubungan fikiran dengan

kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau

percakapan. Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai hubungan

secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok

bahasa. Secara umumnya, wacana adalah unit bahasa yang melebihi

batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah

ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan

sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan

perkembangan fikiran yang berurutan. Dengan perkataan lain wacana

adalah satu satuan bahasa yang lengkap.

Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas, terdapat

lapan unsur penting wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap atau

tertinggi kedudukannya, berkesinambungan, dalam bentuk lisan dan

juga tulisan, teratur serta bertautan, mengatasi ayat atau

klausa, kesepaduan dan mempunyai permulaan dan penutup.

CIRI-CIRI PENANDA WACANA

Bagi menyampaikan buah fikiran secara berkesan, kita

hendaklah bijak dalam mewujudkan pertalian atau perkaitan antara

idea-idea yang hendak disampaikan itu. Bagi menjamin keutuhan

sesebuah wacana, aspek semantik, leksikel, gramatikal dan juga

fonologis perlu diberi perhatian yang mendalam.

Hubungan sesebuah Wacana dari aspek Semantik dapat

dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya adalah hubungan

sebab dan akibat. Antara contoh ayat yang dapat dipetik daripada

rencana Karaoke ‘jamban’ undang risiko pekak bagi menunjukkan hubungan

sebab dan akibat adalah:

Namun, tanpa sedar, pengunjung tidak tahu sebenarnya mereka menempah bala yang akan merampas deria pendengaran selepas satu tempoh menjadikan hobi sebagai rutin, malah kewajipan pada setiap minggu, bersantai sambil memekak.

Seterusnya adalah hubungan sebab dan hasil. Contoh yang dapat

dipetik daripada rencana yang dipilih adalah:

Konsep hiburan itu dirasakan amat berbaloi bagi mereka kerana dengan membayar RM1 bagi sebuah lagu, kepuasan yang dinikmati dirasakan mencapai tahap maksimum

Selain itu, hubungan sesebuah wacana dari aspek sematik juga

menekankan hubungan sebab dan tujuan. Antara contoh yang dapat

diambil dari rencana pengarang adalah:

Pihak berkuasa perlu menetapkan satu garis panduan paras bunyi yang dibenarkan bagi mengurangkan risiko kurang pendengaran di kalangan rakyat negara ini selain memberi kefahaman bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya mengunjungi karaoke ‘jamban’ secara kerap.

Seterusnya adalah contoh bagi hubungan syarat dan hasil:

“Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia. Justeru, kekurangan pada pendengaran kurang dirasai meskipun sudah mula berlaku selepas setahun mengamalkan hobi itu.

Bukan itu sahaja, hubungan memperkuat isi juga merupakan

sebahagian daripada hubungan wacana dari aspek semantik. Antara

contoh ayat yang yang dapat dikemukakan dari rencana adalah:

Keadaan dalam karaoke ‘jamban’ lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ruangsempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri.

Seterusnya adalah hubungan aditif. Antara contoh ayat yang dapat

dipetik dari rencana tersebut ialah:

Pengunjung karaoke ‘jamban’ yang meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam seminggu di situ akan kehilangan pendengaran secara kronik selepas lima atau enam tahun mengamalkan hobi itu secara berterusan.

Hubungan semantik dari konteks atau latar wacana pula melibatkan

Kesatuan tajuk atau topik, hubungan sosial antara penutur dan

pendengar serta laras bahasa yang digunakan. Antara contoh yang

menunjukkan kesatuan tajuk atau topik bagi rencana karaoke ‘jamban’

undang risiko pekak adalah

Lebih utama lagi, masyarakat perlu sedar bahawa kebanjiran media hiburan yang semakin banyak ketika ini turut mengundang kepada risiko hilang keupayaan mendengar lebih cepat berbanding generasi sebelum ini.

Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada

pertalian unsur-unsur Leksikal yang ada di dalamnya. Hubungan itu

dapat diperincikan sebagai hubungan sinonim atau ekuivalensi

leksikal. Antara contoh ayat yang dapat dikemukakan dari rencana

adalah:

Kegilaan berhibur dengan kos rendah kini menular pulakepada satu alternatif hiburan yang bukan baru tetapisemakin mendapat sambutan iaitu pusat karaoke mini ataulebih popular dengan gelaran karaoke ‘jamban’ olehkebanyakan generasi muda.

Selain itu, unsur antonim juga merupakan sebahagian daripada

unsur-unsur leksikal. Contoh yang dapat dipetik daripada rencana

adalah:

Pastinya tidak berbaloi deria pendengaran dijadikan korban dengan bayaran semurah RM1 sedangkan hakikat yang perlu diterima semua pihak,kurniaan itu jauh lebih mahal dan berharga serta perlu dipelihara selagi berupaya.

Hiponim juga merupakan salah satu aspek yang dapat dilihat dalam

hubungan wacana dari aspek leksikal. Antara contoh ayat berbentuk

Hiponim adalah:

Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia.

Seterusnya adalah unsur Kolokasi. Contoh ayat yang dapat

diperlihat dari rencana adalah:

Beliau berkata, jika hobi itu masih diteruskan, risiko untukkehilangan pendengaran kekal pada tahap yang lebih teruk akan berlaku sekali gus menyebabkan individu akan lebih awalmengalami sindrom pekak berbanding manusia normal yang secara kebiasaannya mengalami masalah itu selepas usia 80 tahun.

Selain itu, unsur Pengulangan juga merupakan salah satu elemen

yang terlibat dalam hubungan sesebuah wacana dari aspek leksikal.

Contoh yang dapat diambil dari rencana adalah:

Orang ramai juga digalak melakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan tahap pendengaran sentiasa baik kerana dikhuatiri kehilangan deriaitu secara perlahan tanpa disedari.

Malah, keutuhan sesebuah wacana juga bergantung kepada hubungan

dari Aspek Gramatikal. Salah satu penanda gramatikal yang penting

bagi menjamin keutuhan sesebuah wacana adalah Kata penghubung.

Antara contoh ayat yang mempunyai kata hubung adalah:

“ketika itu, individu akan mula terasa kurang pendengaran dan tidak jelas dengan sebutan pertuturan orang lain”.

Ciri-ciri yang penanda wacana yang terdapat dalam rencana seperti

yang telah dikemukan di atas membantu dalam menjadikan rencana

tersebut sebagai sebuah wacana yang utuh dan baik.

JENIS WACANA

Wacana boleh diketegorikan dengan pelbagai cara. Hal ini

bergantung kepada sudut pandangan kita. Antaranya,berdasarkan

tertulis atau tidaknya wacana yang dimaksudkan, berdasarkan

langsung atau tidaknya pengungkapan wacana atau berdasarkan cara

penuturan wacana dilakukan. Seterusnya,melalui media lisan atau

bertulis, maka wacana tersebut boleh diketegorikan pula kepada

wacana lisan atau wacana tulisan. Seterusnya, berdasarkan

langsung atau tidaknya pengungkapan yang dilakukan, wacana

berkenaan boleh dikategorikan kepada wacana lagsung atau tidak

langsung. Manakala berdasarkan cara membentangkan atau cara

menuturkannya, maka wacana itu boleh dikelaskan sebagai wacaana

pembentang atau wacana penuturan. Namun, jika dilihat pada

bentuknya pula wacana demikian boleh dibahagikan kepada wacan

prosa, wacana puisi atau wacana drama. Oleh itu, rencana yang

diambil daripada sesebuah akhbar dapat diketegorikan sebagai

wacana tulisan. Hal ini kerana wacana tulisan adalah wacana yang

disampaikan secara bertulis atau melalui media tulis. Antara

ulasan yang dapat diberikan berdasarkan rencana yang diplih

daripada akhbar Berita Harian, 7 Julai 2008 termasuklah tujuan

utama rencana ini ditulis. Tujuannya adalah untuk menyedarkan

rakyat Malaysia tentang risiko untuk menjadi pekak sekiranya

salah memilih cara untuk berhibur. Rencana ini turut menonjolkan

beberapa ciri wacana yang membawa kepada sifat keutuhan wacana

tersebut. Rencana ini dapat dikategorikan sebagai rencana jenis

umum kerana banyak memberikan info-info berkaitan sebuah tempat

karaoke yang boleh mengundang masalah pendengaran kepada

pengunjungnya. Rencana ini juga merupakan rencana yang tidak

rasmi.

ANALISIS KEUTUHAN WACANA

Bagi menganalisis sesebuah teks, beberapa kaedah boleh

digunakan yang dirasakan bersesuaian dengan matlamat melaksanakan

analisis. Sebagai contoh menggunakan kaedah analisis Zellig

Harris atau kaedah analisis A.L. Becker.

Berdasarkan rencana Karaoke ‘jamban’ undang risiko pekak, petikan

ayat yang menerangkan hubungan sebab dan akibat adalah

Namun,tanpa sedar, pengunjung tidak tahu sebenarnya mereka menempah bala yang akan merampas deria pendengaran selepas

satu tempoh menjadikan hobi sebagai rutin, malah kewajipan pada setiap minggu, bersantai sambil memekak.

Petikan di atas boleh dianggap sebagai satu wacana kerana kerana

tiap-tiap ayat yang ada di dalamnya mempunyai hubungan semantik

dan gramatikal. Hubungan itu dapat dilihat daripada wujudnya

beberapa penanda wacana, iaitu mereka(dirujuk kepada pengunjung).

Petikan ini dikatakan sebagai satu kesatuan fikiran kerana

mempunyai hubungan sebab dan akibat. Pengarang mengutamakan

akibat (merampas deria pendengaran) sebelum membicarakan mengenai

sebab (menjadikan hobi sebagai rutin). Selain itu, petikan ini

dikatakan sebagai sebuah wacana kerana terdapat juga unsur

pelenyapan iaitu pada ayat (malah kewajipan pada setiap minggu)

yang menerangkan kepada “hobi”. Penggunaan kata hubung “malah”

juga membantu dalam mewujudkan sesebuah wacana yang utuh.

Seterusnya rencana ini turut memuatkan hubungan sebab dan

hasil. Antara contoh yang dapat diambil dari petikan adalah

Konsep hiburan itu dirasakan amat berbaloi bagi mereka kerana dengan membayar RM1 bagi sebuah lagu, kepuasan yang dinikmati dirasakan mencapai tahap maksimum

Petikan di atas dikatakan sebagai sebuah wacana kerana hubungan

dari aspek semantik turut ditemui dalam ayat tersebut. Malah,

ayat “hiburan amat berbaloi dengan membayar RM1” telah merupakan

sebab dan salin berkait dengan hasil iaitu “kepuasan dinikmati

dirasakan mencapai tahap maksimum”. Ini dikatakan sebagai sebuah

wacana yang baik kerana mempunyai hubungan sebab dan hasil yang

dapat dilihat dengan jelas oleh pembaca. Hal ini dapat

menunjukkan wacana yang terbentuk agak mantap dan berkesan.

Namun, petikan diatas mempunyai kekurangan dari segi penggunaan

penanda wacana dan kata hubung. Hal ini dapat menyebabkan pembaca

boleh terkeliru dan sukar untuk memahami isi yang hendak

disampaikan oleh pengarang. Selain itu, rencana ini juga

dikatakan sebuah wacana kerana pengarang turut memasukkan

hubungan sebab dan tujuan yang merupakan unsur-unsur di dalam

aspek semantik. Petikan yang menunjukkan hubungan sebab dan

tujuan ialah

Pihak berkuasa perlu menetapkan satu garis panduan paras bunyi yang dibenarkan bagi mengurangkan risiko kurang pendengaran di kalangan rakyat negara ini selain memberi kefahaman bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya mengunjungi karaoke ‘jamban’ secara kerap.

Petikan di atas merupakan sebuah wacana kerana mempunyai hubungan

sematik yang erat di antara ayat-ayat itu. Hubungan sebab

ditunjukkan pada ayat “Pihak berkuasa perlu menetapkan satu garis

panduan paras bunyi”. Manakala ayat yang menunjukkan tujuan pula

ialah “mengurangkan risiko kurang pendengaran di kalangan rakyat

negara ini selain memberi kefahaman bagi mendidik masyarakat

mengenai bahaya mengunjungi karaoke ‘jamban’ secara kerap”. Hal

ini menunjukkan bahawa ayat pertama dan kedua saling berkait

rapat dalam menyampaikan sesebuah isi. Perkaitan yang terjadi

dikatakan wacana. Hal ini menjadikan petikan itu sebuah wacana

yang utuh dan baik. Namun, penggunaan “di kalangan” merupakan

kesalahan dari segi tatabahasa. Sepatutnya pengarang menggunakan

“dalam kalangan” bagi menunjukkan kumpulan rakyat negara ini.

Penggunaan penada wacana seperti “selain” dapat menwujudkan

kesinambungan antara isi-isi yang ingin disampaikan oleh

pengarang. Kata ganti nama penunjuk “ini” di dalam ayat di atas

pula dimaksudkan dengan “rakyat Malaysia” yang telah disebut

secara tidak langsung di dalam ayat-ayat sebelum ini.

Berdasarkan rencana ini juga, pengarang turut memperlihatkan

hubungan syarat dan hasil yang secara umumnya berkaitan dengan

hubungan wacana dari aspek semantik. Contoh petikan ayat yang

menunjukkan hubungan syarat dan hasil adalah

“Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia. Justeru, kekurangan pada pendengaran kurang dirasai meskipun sudah mula berlaku selepas setahun mengamalkan hobi itu.

Dari petikan di atas, dapatlah dikatakan bahawa pengarang bijak

dalam menjalinkan isi-isi dalam bahagian ini dengan kemas. Setiap

isi atau hujah yang dikemukakan disokong dengan huraian yang

berupa keterangan lanjut. Pengarang dapat memperlihatkan kaitan

antara hubungan syarat pada ayat “penggunaan bahasa Melayu tidak

banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi”. Manakala hasil

bagi syarat tersebut pula ditunjukkan pada ayat “kekurangan pada

pendengaran kurang dirasai”. Malah pengarang juga menggunakan

beberapa penanda wacana pada petikan ini bagi menghubungjalinkan

isi-isi tersebut. Antara contoh penanda wacana yang digunakan

ialah seperti “justeru” dan juga “meskipun”. Kata ganti nama

penunjuk juga diguna oleh pengarang antaranya “di negara ini”,

“ini” tersebut menunjukkan kepada negara Malaysia yang telah

disebutkan secara tidak langsung dalam ayat-ayat sebelumnya.

Seterusnya ialah “mengamalkan hobi itu”. “Hobi itu” mempunyai

kaitan dengan tajuk yang sedang dibicarakan oleh pengarang. Hal

ini menunjukkan bahawa petikan di atas mempunyai wacana yang agak

tersusun dan isi-isinya serta huraiannya dijalin dengan kemas.

Unsur sematik yang terdapat dalam rencana turut menunjukkan

perkaitan yang timbul berdasarkan hubungan memperkuat isi iaitu

melalui petikan ayat berikut

Keadaan dalam karaoke ‘jamban’ lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ruangsempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri.

Berdasarkan petikan di atas, pengarang menggunakan penanda wacana

yang sesuai dalam menghubungkan ayat dengan ayat yang saling

mempunyai kaitan terutamamnya dalam menjelaskan isi utama iaitu

risiko berada di dalam karaoke ‘jamban’. Isi utama petikan di

atas diperkuatkan lagi maksudnya dengan huraian atau keterangan

lanjut oleh pengarang. Penggunaan kata ganti nama tunjuk “di

situ” membawa maksud kepada karaoke ‘jamban’ manakala “tubuh

individu itu sendiri” menerangkan kepada pengunjung. Petikan ini

boleh dikatakan sebagai satu wacana keran isi utamanya dapat

dihuraikan dengan baik dalam keadaan tersusun dan dapat dikesan

dengan jelas bahawa terdapat unsur hubungan memperkuat isi pada

huraiannya. Selain itu juga, rencana Karaoke ‘jamban’ undang risiko

pekak turut memperlihatkan hubungan semantik dari aspek hubungan

aditif atau kaitan sampingan. Contoh petikan yang memperlihatkan

hubungan ini ialah

“Pengunjung karaoke ‘jamban’ yang meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam seminggu di situ akan kehilangan pendengaran secara kronik selepas lima atau enam tahun mengamalkan hobi itu secara berterusan.

Petikan ini memperlihatkan hubungan aditif kerana pengarang pada

mulanya membicarakan mengenai tabiat pengunjung yang suka

meluangkan masa di karaoke tersebut. Tetapi, pengarang

kemudiannya mengaitkan isi tersebut dengan hal kehilangan

pendengaran secara kronik. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat

unsur aditif pada petikan tersebut yang disusun dengan kemas dan

menampakkan sedikit kekurangan dalam mewujudkan perkaitan antara

isi-isi tersebut. selain itu, pengarang turut menghubungkan isi-

isi tersebut menggunakan hubungan dari segi jarak masa. Antara

perkataan yang menunjukkan hubungan ini termasuklah “dua jam”,

“seminggu”,serta “selepas lima atau enam tahun”.

Penggunaan kata hubung yang sesuai dapat membantu pengarang

dalam membuat jalinan ayat yang baik serta menampakkan perkaitan

antara ayat-ayat yang digunakan. Pada petikan ini juga, pengarang

turut menggunakan kata ganti nama tunjuk “di situ” yang

menunjukkan kepada karaoke ‘jamban’ dan juga “itu” yang membawa

maksud kepada kegemaran rakyat Malaysia mengunjungi tempat

karaoke tersebut.

Unsur semantik seterusnya yang dapat dikesan dalam rencana

ini ialah dari aspek hubungan kesatuan tajuk atau topik. Contoh

petikan yang dapat diberi adalah

Lebih utama lagi, masyarakat perlu sedar bahawa kebanjiran media hiburan yang semakin banyak ketika ini turut mengundang kepada risiko hilang keupayaan mendengar lebih cepat berbanding generasi sebelum ini.

Petikan ini mempunyai hubungan dari aspek semantik kerana

menerangkan hubungan kesatuan tajuk atau topik yang membawa

maksud ayat-ayat di atas mampu menerangkan tajuk rencana yang

dipilih. Ciri-ciri kesatuan tajuk atau topik amat penting dalam

menyampaikan sesebuah idea kepada pembaca. Pengarang rencana ini

dikira agak bijak dalam membuat perkaitan antara isi-isi yang

ingin disampaikan dengan tajuk utama rencana ini. Hal ini dapat

mengelakkan pembaca daripada berasa bosan dan tidak memahami isi

rencana yang dibaca. Pengarang juga memasukkan unsur hubungan

jarak masa bagi membezakan peristiwa sekarang dengan masa dahulu.

Contohnya penggunaan kata “ketika ini” serta “sebelum ini”.

Malah, petikan ini dapat dikatakan sebagai sebuah wacana yang

bagus kerana ayat-ayat ini memperlihat pertautan yang jitu dengan

ayat sebelumnya. Ini kerana ‘kebanjiran media hiburan’ dan

‘hilang keupayaan mendengar’ ada kaitan yang erat dengan tajuk

rencana tersebut.

Sesebuah wacana yang baik dan mantap juga sering

memperlihatkan hubungan dari segi leksikalnya. Antara aspek

penting dalam unsur leksikal termasuklah aspek sinonim, antonim,

hiponim, kolokasi, dan juga pengulangan. Antara contoh ayat yang

terdapat dalam petikan yang dapat menerangkan unsur sinonim

adalah

Kegilaan berhibur dengan kos rendah kini menular pula kepadasatu alternatif hiburan yang bukan baru tetapi semakin mendapat sambutan iaitu pusat karaoke mini atau lebih popular dengan gelaran karaoke ‘jamban’ oleh kebanyakan generasi muda.

Hal ini kerana pengarang menggunakan perkataan “berhibur” dengan

“hiburan”. Hiburan dikatakan sinonim dengan berhibur kerana

membawa maksud yang sama dari segi perbuatannya serta sama dari

segi kata dasarnya. Petikan di atas dapat dikatakan sebagai

sebuah wacana kerana idea-idea yang dikemukakan mempunyai

perkaitan antara satu sama lain. Di sini pengarang bijak dalam

membuat petautan antara ayat-ayat tersebut seterusnya dapat

menyampaikan idea dengan baik dan tersusun. Unsur leksikal lain

yang dapat dikesan dalam rencana ini ialah antonim. Antara contoh

yang dapat diambil dari petikan adalah

Pastinya tidak berbaloi deria pendengaran dijadikan korban dengan bayaran semurah RM1 sedangkan hakikat yang perlu diterima semua pihak, kurniaan itu jauh lebih mahal dan berharga serta perlu dipelihara selagi berupaya.

Perkataan yang menunjukkan unsur antonim adalah “ semurah” dengan

“mahal”. Hal ini kerana perkataan mahal merupakan antonim kepada

murah. Selain itu, pengarang juga menggunakan kata ganti penunjuk

“itu” bagi menerangkan kepada deria pendengaran yang telah

dikemukakan pada ayat sebelumnya. Malah,petikan ini boleh

dikatakan sebagai sebuah wacana yang utuh dan baik kerana

pengarang dapat menggunakan kata penghubung yang sesuai seperti

“dengan”, “sedangkan”, “yang”, “dan”, serta “serta”. Kata

penghubung ini amat penting dalam mewujudkan pertautan antara

ayat-ayat mahupun antara perenggan-perenggan. Petikan ini boleh

dikatakan sebagai sebuah wacana yang mantap kerana pengarang

dapat membuat turutan yang teratur dalam mengetengahkan isi-isi

yang ada.

Unsur leksikal seterusnya yang terdapat dalam petikan adalah

hiponim. Contoh ayat bagi menunjukkan hiponim adalah

Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia.

Contoh perkataan yang menunjukkan wujudnya hiponim dalam ayat di

atas adalah “di negara ini” dengan “seluruh negara”. Selain itu,

pada petikan ini juga pengarang menggunakan kata ganti tunjuk

“ini” bagi menggantikan perkataan Malaysia yang telah disebutkan

pada ayat-ayat sebelum ini. Namun, petikan ini tidak dapat

dikatakan sebagai sebuah wacana yang utuh kerana pengarang kurang

memberi penerangan yang jelas mengenai maksud “berfrekuensi

tinggi” dan boleh menyebabkan pembaca tidak dapat memahami maksud

ayat dengan tepat. Malah, boleh mewujudkan pertanyaan kepada

pembaca. Seterusnya ialah unsur kolokasi. Antara contoh petikan

ayat dari rencana yang boleh menerangkan unsur kolokasi adalah

Beliau berkata, jika hobi itu masih diteruskan, risiko untukkehilangan pendengaran kekal pada tahap yang lebih teruk akan berlaku sekali gus menyebabkan individu akan lebih awalmengalami sindrom pekak berbanding manusia normal yang

secara kebiasaannya mengalami masalah itu selepas usia 80 tahun.

Petikan di atas dikatakan mempunyai unsur kolokasi kerana

pengarang menggunakan perkataan yang umum terlebih dahulu sebelum

memperincikan makna sampingan bagi perkataan tersebut. Perkataan

“kehilangan pendengaran” di bicarakan secara umum pada ayat

pertama tetapi di perincikan lagi dengan “sindrom pekak” pada

pengakhiran ayat. Di sini, dapat dikatakan bahawa petikan ini

mempunyai wacana yang agak baik kerana pengarang dapat menyusun

idea-idea tersebut secara kronologi berdasarkan topik utama yang

ingin di ketengahkan kepada huraian lanjutan bagi topik atau idea

tersebut. selain itu juga, pengarang turut menggunakan penanda

wacana yang sesuai dalam menghubungkan ayat-ayat tersebut.

Petikan di atas dapat dikatakan sebagai sebuah wacana kerana isi-

isi yang ingin disampaikan kepada pembaca dapat dikemukakan

mengikut turutan yang tersusun.

Rencana ini turut mempunyai unsur-unsur pengulangan yang

turut membantu dalam menjadikannya sebuah wacana yang mantap dan

utuh. Contoh petikan ayat dari rencana karaoke ‘jamban’ undang risiko

pekak adalah

Orang ramai juga digalak melakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan tahap pendengaran sentiasa baik kerana dikhuatiri kehilangan deriaitu secara perlahan tanpa disedari.

Pengulangan perkataan pada petikan di atas ialah pada perkataan

“pendengaran”. Hal ini menunjukkan pengarang turut menggunakan

perkataan yang sama dalam rencananya tetapi tetap mempunyai ciri-

ciri turutan idea yang kemas. Selain itu, pengarang juga

menggunakan kata hubung jarak masa bagi membuat perkaitan antara

ayat-ayat tersebut. Hal ini membantu menjadikan rencana ini

sebagai sebuah wacana yang berkesan dan mantap.

Selain aspek semantik dan leksikal, penanda gramatikal amat

penting dalam menunjukkan keutuhan sesebuah wacana. Penada

gramatikal yang menunjukkan keutuhan wacana antara lain ialah

kata hubung dan juga elipis. Namun, dalam rencana ini, unsur

elipis kurang digunakan berbanding kata hubung. Antara contoh

ayat yang dapat menunjukkan penggunaan kata hubung ialah

“ketika itu, individu akan mula terasa kurang pendengaran dan tidak jelas dengan sebutan pertuturan orang lain.

Berpandukan petikan ayat di atas, kata hubung yang digunakan

ialah “ketika itu”, “akan”, “dan” serta “dengan”. Penggunaan kata

hubung sangat penting dalam menjadikan sesebuah rencana mahupun

cerita mempunyai keutuhan dari segi wacananya.fungsi kata hubung

ialah untuk mewujudkan pertalian antara satu bahagian wacana

dengan bahagian yang lain. Penggunaan kata hubung di dalam

rencana ini agak bertepatan dalam mewujudkan pertalian antara

satu ayat dengan ayat yang lain. Penggunaan kata hubung juga

dapat mengelakkan pembaca bosan malah membantu mereka untuk

menuruti idea-idea yang ingin disampaikan dengan jelas.

KESIMPULAN

Wacana di atas adalah dalam bentuk rencana yang memfokuskan

kepada kesan jangka masa panjang kepada pengunjung yang gemar

menghabiskan masa mereka di pusat karaoke mini atau lebih

dikenali sebagai karaoke ‘jamban’. Gelaran yang diberikan sahaja

sudah menunjukkan bahawa tempat karaoke itu tidak elok dan boleh

mendatangkan kesan buruk kepada pengunjung. Dari segi struktur

luaran, kita dapat melihat bahawa rencana tersebut mempunyai

pengenalan, isi dan juga penutup atau kesimpulan mengenai kesan

salah memilih hiburan. Dapat disimpulkan di sini, rencana yang

dihasilkan oleh Azrul Affandi Sobry mempunyai perkaitan antara

perenggan dengan perenggan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa

rencana itu merupakan satu wacana yang agak baik. Ciri kesatuan

isi yang terdapat dalam rencana tersebut dapat dikesan dan

dikenal pasti dengan mudah kerana turutan isi-isinya disusun

dengan jelas.

Selain itu, pengarang juga sentiasa memfokuskan penulisan

beliau pada tajuk yang yang ingin disampaikan kepada pembaca.

Beliau menekankan kepada faktor yang boleh menyebabkan pengunjung

karaoke mini menjadi pekak. Beliau menyokong hujah-hujah beliau

dengan memberikan huraian serta bukti-bukti yang kukuh yang dapat

kita yakini kesahihannya. Sebagai contoh,ujian paras bunyi yang

dilakukan oleh ahli audiologi Hospital Universiti Kebangsaan

Malaysia, boleh dipercayai kerana ia merupakan fakta dan bukannya

direka-reka. Rencana di atas dikatakan sebuah wacana yang utuh

kerana memiliki unsur semantik, leksikal dan juga gramatikal.

Kita dapati pengarang berupaya menghasilkan sebuah rencana yang

kemas dan tersusun lancar. Hal ini kerana pengarang bijak dalam

menjalinkan perenggan-perenggan serta ayat-ayat dengan rapi dan

saling kait-mengait. Pengarang juga berjaya memilih perkataan-

perkataan yang bersesuaian dengan tajuk rencana dan juga isi yang

ingin disampaikan.

Malah, ketepatan penggunaan perkataan serta jalinan ayat-

ayat yang jelas dan gramatis juga membantu rencana ini menjadi

sebuah wacana yang utuh serta berkesan. Selain itu juga,

pengarang berjaya memilih perkataan yang tepat dan berjaya

menggabungkannnya menjadi frasa yang dapat menjelaskan konsep dan

maksud topik yang hendak disampaikan.

Justeru,daripada analisis yang telah dibuat, dapat

disimpulkan bahawa walaupun terdapat beberapa kelemahan dari

beberapa sudut, secara keseruhannya penulisan rencana di atas

berjaya memperlihatkan ciri-ciri sebuah wacana yang utuh. Hal ini

kerana pengarang dapat menyampaikan isi-isi yang menunjukkan ciri

kesatuan yang berfokus kepada topik atau tajuk. Malah, pengarang

juga dapat mempersembahkan isi-isi secara betautan antara satu

sama lain. Pengarang juga berjaya menggunakan perkataan-perkataan

yang bersesuaian serta menggunakan ayat-ayat yang gramatis dengan

kemas dan tersusun. Tegasnya, rencana ini dapat menunjukkan ciri-

ciri sebuah wacana yang utuh dan berkesan.