Analisis Wacana

38
MOHD NAZELI BIN AHMAD @AHMAD ARIFIN (803269) MOHD ASIF BIN MOHD ALWI (803266) JAILANI BIN IBRAHIM (803255)

Transcript of Analisis Wacana

MOHD NAZELI BIN AHMAD @AHMAD ARIFIN (803269)MOHD ASIF BIN MOHD ALWI (803266)JAILANI BIN IBRAHIM (803255)

PendahuluanKonsep metafora telah banyak diberi definisi oleh tokoh linguistik sama ada dalam atau luar negara.

Menurut Aristotle ‘metafora’ terbentuk apabila sesuatu benda diberi nama (yakni makna) yang dimiliki oleh benda lain.

Asmah Haji Omar (1996) berpendapat metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu.

Maksud MetaforaHawkes (1986), metafora merujuk kepada satu set proses linguistik di mana sesetengah maksud subjek dipindahkan kepada objek yang lain.

John Lakoff dan Mark Johnson (1987), melihat metafora sebagai suatu alat yang menggambarkan imaginasi puitis yang kaya biasanya dianggap sebagai suatu bentuk bahasa luar biasa.

Metafora MelayuZa’ba (1934) mentakrifkan metafora Melayu sebagai ‘peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada sesuatu perkara lain (maksud dua lapis)

Metafora Melayu dibentuk melalui peribahasa dan pepatah Melayu, pantun, cerita rakyat atau lipur lara, hikayat atau karangan seperti yang terdapat dalam syair penyair agung Melayu, Hamzah Fansuri di Acheh dalam abad ke-16.

Rumusan Maksud Metafora Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis misalnya metafora yang dibentuk melalui perumpamaan atau perbandingan, atau jenis yang bersifat analogis yang disampaikan melalui pelbagai jenis simpulan bahasa, peribahasa, pepatah, bahasa kiasan dan sindiran, bidalan, ibarat dan personifikasi.

Penggunaan Metafora Dalam Wacana Yang Dikaji

Teks Ucapan Timbalan Presiden UMNO

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perasmian serentak majlis Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009

Pada 13 Oktober 2009 (ISNIN)DI DEWAN MERDEKA,

PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRAKUALA LUMPUR

Metafora dalam Teks UcapanPertemuan kali ini membawa pengertian besar bagi Parti UMNO sedang menakhoda zaman.

Kepentingan:- Memberi penegasan tentang UMNO yang menjadi parti utama memerintah negara sejak sekian lama.

* Saudara saudarilah sebenarnya mewakili “jiwa baru UMNO bagi menggalas tuntutan perubahan di tengah-tengah landskap politik negara yang baru .”

Kepentingan:Memberi peringatan bahawa para perwaklan yang terdiri daripada pemuda, puteri dan putera UMNO sangat penting seperti nyawa untuk menjalankan tugas sesuai dengan situasi politik nagara kini.

Pilihan Raya 2008 menghasilkan musibah berupa trauma yang masih berbekas di sanubari kita. Bagi kebanyakkan orang, trauma ini masih belum kebah

Kepentingan Memberi peringatan tentang pilihan raya 2008 telah memberikan kejutan setelah kehilangan parti komponan BN yang masih belum pulih sepenuhnya.

Mereka menentang suara demokrasi konon kuasa rakyat bersama mereka, mereka mengherdik kehakiman negara konon dikasi oleh adikuasa...

Kepentingan:Memberi Memberi penjelasan penjelasan bahawa perbuatan bahawa perbuatan sesetengan pihak yang mengadakan sesetengan pihak yang mengadakan demostrasi jalanan ke[[ranademostrasi jalanan ke[[rana membantah perbuatan pemimpin UMNO yang dianggap mempermainkan sistem perundangn negara.

Tradisi perjuangan kita membela bangsa tidak pernah padam meskipun kita berhempas pulas dalam gelombang sistem politik demokrasi .

Kepentingan:- Memberi peringatan bahawa semangat perjuangan UMNO tidak hilang walaupun bersaing dengan parti pembangkang.

Oleh itu marilah kita bersetia menterjemahkan amanat Presiden agar tiada lagi dia antara kita yang menjadi batu api; kaki cucuk; talam dua muka; pepat di luar ,rencong di dalam; lidah bercabang, langkah menyilang.

Kepentingan:-Memberi peringatan/amaran agar para perwakilan setia kepada parti.

Peremajaan parti menerusi penyertaan pimpinan muda dan wanita...

Kepentingan:-

Memaklumkan bahawa parti semakin matang apabila banyak penyertaan pemimpin muda.

Maka garaplah segala potensi, gilapkan kehoranian diri , tingkatkan ilmu, kuasai kemahiran...

Kepentingan:-

Memberi peringatan agar menggunakan segala kelebihan yang ada dan lengkapkan diri dengan kaagamaan.

UCAPAN DASARYAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ. ABDUL

RAZAK PRESIDEN UMNO

SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009 PADA 15HB OKTOBER 2009 (KHAMIS)

JAM 9.00 PAGIDI DEWAN MERDEKA,

PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRAKUALA LUMPUR

BEBERAPA CONTOH METAFORA DALAM

Contoh 1Sesungguhnya Dewan Merdeka ini telah beberapa dekad menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa, silih berganti, perjalanan suka duka, pahit maung dan manisnya sebuah parti keramat yakni UMNO, parti kita semua.

Kepentingan : lebih menarik, penekanan makna

Contoh 2semangat juang dalam jiwa pemimpin UMNO yang tidak pernah pudar; bahkan terus mekar, terus bersedia untuk bersama-sama dalam sebuah perjuangan yang belum selesai, demi membina bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kepentingan : penekanan makna / lebih menarik

Contoh 3Perhimpunan Agung kali ini mencatat beberapa mercutanda. Pertamanya, satu sejarah secara peribadi kerana inilah ucapan dasar sulung saya, selaku Presiden UMNO sejak mengambil alih pucuk pimpinan, secara rasmi pada bulan Mac yang lalu. Syukur, peralihan kuasa yang tertib, lagi licin bersandarkan tradisi mulia UMNO, telah berlangsung dan dimungkinkan oleh YABhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Kepentingan : ungkapan menarik / peneguhan makna

Contoh 4perhimpunan ini akan menjadi titik

monumental, kepada UMNO yang akan meninta perjalanan di atas lembaran baru, dengan semangat baru, pendekatan baru dan hala tuju yang baru.

Kepentingan : lebih menarik, kesan makna, penghujahan / membentuk pengetahuan atau idea

Contoh 5kita harus menerima kemenangan ini dengan tenang, penuh tawadhuk dan rasa kerendahan hati. Seperti kata pepatah Inggeris ‘One swallow does not make a summer’, takkanlah dek kerana seekor burung lelayang, kita merasakan musim panas sudah tiba, atau, disesuaikan dalam simpulan bahasa Melayu ‘Janganlah kerana mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan’.

Kepentingan : menguatkan makna, membantu penghujahan,

Contoh 6Sejarah adalah guru yang terbaik. Musim dan masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Kata George Santayana, seorang pemikir tersohor bahawa: “Mereka yang engkar dari memahami dan tidak belajar daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang sama”. Pokoknya, peristiwa sejarah bukan sahaja untuk dicontohi dan diikuti, tetapi, ia menunjang sebagai peringatan dan sempadan terbaik kepada umat manusia bagi mengurus realiti semasa untuk melakar hari muka dengan lebih berjaya.

Kepentingan : Membantu penghujahan

Contoh 7manusia yang mendapat pengajaran betul serta benar daripada peristiwa sejarah, boleh mengelak daripada melakukan kesilapan dan tindakan yang akan membawa kepada kejatuhan sesebuah negara mahupun tamadun. Maknanya, untuk menongkah masa depan yang cemerlang, kita perlu berakar teguh, dengan beriktibar daripada sejarah dan sistem nilai. Barulah kita berupaya untuk tegak menghadapi masa mendatang, dengan persediaan yang rapi serta serasi menurut hambatan zaman. Oleh kerana itulah, saya memilih tajuk ucapan pagi ini sebagai “Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan

Kepentingan : irama yang menarik dan indah, keseragaman, menegaskan makna

Contoh 8saya dengan ikhlas menyeru kepada semua orang Melayu, demi maslahah ummah, marilah bersama-sama membentuk satu saf yang berasaskan pertautan pemikiran dan tindakan untuk merungkai kekusutan, memulihkan silaturrahim serta memacu kepentingan bersama. Sepertimana pepatah lama, air dicincang tidak akan putus, buanglah yang keruh, kita ambillah yang jernih, agar bangsa yang mulia ini terus dimartabatkan

Kepentingan : Penghujahan, dan kesan

Contoh 9Saya ingin berpesan, janganlah segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekali pun kita menyandang jawatan tinggi. Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Malah rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka, sukar didekati, apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung.

Kepentingan : anologi penghujahan, makna yang mendalam.

Contoh 10kita adalah kerajaan yang empati dan prihatin dengan keadaan sebenar hidup seharian rakyat, bukan sahaja di desa, sementelahan juga kehidupan rakyat di kota kerana ada antaranya yang masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pokoknya, rakyat berasa lega bahawa mereka tidak sendirian dalam keluh kesah tentang makan pakai, kos sewa rumah mereka, susu dan kain lampin anak, membawa kepada perbelanjaan pengangkutan seharian yang ditanggung.Retorik : peribahasa

Kepentingan : Penghujahan dan makna

Contoh 11Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung.

Kepentingan : irama menarik, makna yang mendalam.

Contoh 12Kendati tergantung awan di langit, Telah terlanjur kubentangkan layar, Walau badai datang menggulung, Walau berdentum guruh di langit, Walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku berbalik haluan.

Kepentingan : irama yang menarik, kesan makna.

KONSEP IKLANIklan merupakan sistem komunikasi persuasif yang berusaha mempengaruhi sasarannya secara langsung serta mendorong atau merubah tingkah laku kelompok sasarannya seperti yang dikehendaki.

Pengiklan secara sengaja mengolah iklannya secara persuasif untuk mengubah persepsi khalayak bagi meninggalkan kesan yang mendalam.

Metafora UmumKeindahan biologis wanita berfungsi sebagai kesan dan daya penarik sesuatu iklan.

Wanita cantik membawa konotasi yang berkaitan dengan kualiti, kesan mewah, keindahan, kecantikan, kesempurnaan, dan penampilan yang bergaya pada sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Semakin terkenal dan popular objek wanita yang ditampilkan, semakin tinggi kualiti, mutu dan kesan mewah yang dimiliki oleh produk tersebut.

Contoh Iklan 1: Kopi ‘Super Power’Iklan menggambarkan pasangan suami isteri yang berada dalam keadaan sugul, kepenatan atau tidak mempunyai semangat.

Apabila diberi minum kopi yang diiklan (untuk lelaki, kopi campuran herba Tongkat Ali manakala untuk perempuan, kopi campuran herba Kacip Fatimah) oleh jin, pasangan tersebut terus berlari masuk ke rumah.

Rumah pasangan itu digambarkan bercahaya dan bergoncang setelah pasangan tersebut masuk ke rumah.

Metafora 1:Iklan tersebut seolah-olah menegaskan bahawa kebahagiaan rumahtangga dalam aspek hubungan seksual bergantung kepada kekuatan tenaga pasangan suami isteri.

Membawa pemahaman bahawa produk yang ditawarkan hanya berfungsi sebagai pemberi tenaga seks kepada lelaki dan wanita bukannya fungsi lain.

Permasalahan hubungan suami isteri di bilik tidur tidak lagi menjadi perkara sulit yang tidak boleh dibincangkan secara umum.

Masyarakat dapat menerima perbincangan hal di bilik tidur secara terbuka.

Contoh iklan 2: Tuala wanita ‘Kotex’Gambaran seorang wanita yang berada dalam kegelisahan umpama berendam dalam air. Wanita tersebut digambarkan tidak dapat melakukan sebarang kegiatan harian dengan selesa akibat memakai tuala wanita yang tidak berkualiti.

Setelah wanita tersebut memakai jenama tuala wanita yang diiklankan, wanita tersebut digambarkan bebas melakukan apa-apa sahaja aktivitinya dengan selesa dan gembira.

Metafora 2:Iklan tersebut membawa pengertian bahawa wanita yang tidak menggunakan tuala wanita yang kualitinya seperti yang ditawarkan tidak boleh menjalankan tugas hariannya dengan selesa. Motivasi diri juga akan terjejas .

Golongan wanita tidak lagi malu-malu untuk membicarakan hal peribadi kehidupan mereka berbanding zaman dahulu.

Contoh iklan 3: Fair & LovelyIklan menggambarkan gadis yang dipinggirkan atau tidak dihiraukan oleh lelaki sebagai akibat daripada wajahnya yang gelap.

Setelah diperkenalkan dengan produk tersebut dan diamalkan pemakaiannya selama 3 minggu, wajahnya bertukar menjadi cerah dan berseri.

Lelaki yang pada mulanya tidak memandangnya menyedari kehadirannya dan terus mendekatinya menyebabkan gadis tersebut senyum gembira.

Metafora 3Keobsesan wanita terhadap kecantikan wajah, terutamanya soal kecerahan atau keputihan wajah.

Wanita yang tidak cerah atau putih wajahnya tidak mendapat perhatian lelaki.

Kecantikan seseorang wanita itu seolah-olah hanya terletak pada kecerahan dan keputihan pada wajahnya.

Wanita yang tidak memiliki kecerahan dan keputihan wajah seperti objek wanita dalam iklan dianggap tidak cantik dan akan dipinggirkan.

Contoh iklan 4: Marigold YogurtIklan tentang yogurt pelbagai perisaTurut memaparkan seorang perempuan muda, cantik , dan berbadan langsing yang lincah berpakaian gym yang sedang melakukan aktiviti aerobik seperti bermain gelung rotan dan sebagainya.

Pada akhir iklan, gambar menfokuskan objek perempuan tersebut memakai pakaian ketat (tight) dengan mudah.

Metafora 4Wanita yang ingin memiliki sifat seperti objek perempuan yang dipaparkan harus mengamalkan pemakanan yogurt.

Kecantikan, kelangsingan badan, dan kecergasan seseorang wanita boleh diperoleh dengan mengamalkan pemakanan yogurt.

Sifat biologikal wanita diperguna sebagai daya penarik bagi merangsang audien/sasaran tertarik dengan produk yang ditawarkan.