204.pdf - Tentera Darat Malaysia

90
1

Transcript of 204.pdf - Tentera Darat Malaysia

1

88

1204

Alhamdulillah memanjat kesyukuran kehadrat Illahi dengan limpah inayahNya, kita masih dikurniakan suasana kehidupan yang aman dan damai. Namun begitu, harus kita sedari

bahawa kemakmuran yang dinikmati kini adalah hasil titisan darah dan pengorbanan pejuang-pejuang negara bagi memastikan generasi akan datang hidup dalam persikitaran yang bebas merdeka. Tanpa pengorbanan mereka, belum tentu kita akan merasai apa yang telah dikecapi kini. Menyentuh mengenai pengorbanan, dari istilah bahasanya pengorbanan adalah bermaksud pemberian iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai tanda kebaktian, kasih dengan ikhlas manakala dalam bahasa Arab pula ia disebut qurban iaitu dari kata dasar qarraba yang bermaksud mendekatkan dan dari sudut istilah pula membawa maksud, segala bentuk daya usaha yang membawa diri seseorang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Baru-baru ini, seluruh umat Islam telah meraikan satu lagi hari yang mulia iaitu Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Hari yang diraikan ini merupakan satu peristiwa yang besar buat umat islam rentetan daripada peristiwa Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail kerana patuh ke atas perintah Allah S.W.T. Begitu besar pengorbanan yang sanggup dilakukan oleh Nabi Ibrahim namun Allah S.W.T Maha Penyayang dan Maha Pengasih tidak akan menyeksa hamba yang patuh kepadaNya lantas memberikan kibash sebagai pengganti korban buat anaknya, Nabi Ismail. Sesungguhnya, jelas pengajaran daripada peristiwa ini di mana sesuatu pengorbanan pasti akan mendapat balasan yang tidak terkira nikmatnya. Sebagai contoh, pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu dalam merealisasikan impian rakyat untuk bebas daripada cengkaman penjajah akhirnya pada hari ini, genaplah 58 tahun negara kita, Malaysia meraikan kemerdekaannya dengan bertemakan “Sehati Sejiwa” yang melambangkan perpaduan yang utuh mengekalkan kedaulatan dan asas kekuatan sesebuah negara. Justeru, marilah kita terus bersama-sama berganding bahu serta meneguhkan lagi ikatan ukhwah sesama kita agar kedaulatan negara akan sentiasa terpelihara. Pengorbanan yang telah diberikan haruslah kita hargai dan dipahat terus ke dalam hati kita selamanya kerana ekoran dari itu, Malaysia bukan sahaja dikenali sebagai sebuah negara yang aman bahkan menjadi benchmark

kepada negara-negara lain yang sedang membangun dan disegani di mata dunia meskipun pernah dijajah satu ketika dahulu. Jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang negara satu ketika dahulu tidak pernah dilupakan. Bagi terus menghargai pengorbanan yang telah diberikan, sambutan Hari Pahlawan telah dijadikan sebagai salah satu acara tahunan. Acara ini adalah bagi memperingati individu-individu yang telah gugur di medan perang dalam mempertahankan kedaulatan negara agar isinya dapat menikmati keamanan berterusan. Justeru, marilah bersama-sama kita bertafakur sejenak dan mendoakan kesejahteraan para syahid yang gugur agar mereka memperolehi syafaat sebagai pejuang yang mempertahankan negara, agama dan bangsa. Rentetan daripada itu, semangat juang yang telah dipamerkan oleh pejuang tanah air dahulu tidak seharusnya dibiarkan terkubur bersemadi bersama jasad-jasad mereka. Semangat itu seharusnya dibawa dari generasi ke generasi amnya oleh para pasukan keselamatan dan khasnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 82 tahun setelah penubuhan ATM diyakini mematangkan lagi ketumbukan ini sebagai benteng pertahanan negara. HUT ATM yang disambut baru-baru ini bukan hanyalah sekadar sebagai sambutan “Hari Jadi” sahaja namun ia adalah sebagai tanda keutuhan ATM yang teguh bertahan sekian lama menjadi tunjang kesejahteraan dan kedaulatan seiiring dengan tema pada tahun ini “ATM Perkasa Kedaulatan Terpelihara”. Oleh sedemikian, saya menyeru kepada semua warga ATM dan TD khususnya untuk terus bersikap bersedia untuk berkorban agar kemerdekaan yang telah dimiliki kini kekal selamanya serta terus memastikan ATM adalah sebuah ketumbukan yang mampan, kredibel dan disegani di mata dunia. Namun disebalik menghayati segala peristiwa pengorbanan ini, menjadi kerisauan kepada semua pihak kerana dikhuatiri penghayatan yang terlalu taksub akan menimbulkan tindakan yang ekstrimis. Pemahaman dan pengertian yang berbeza telah menjerumuskan individu tertentu untuk berkorban dengan cara yang salah seperti menyertai kumpulan jihad yang salah seperti Islamic State (IS). Diingatkan kepada semua warga TD agar sentiasa peka dengan persekitaran serta saling mengingatkan antara satu sama lain, sekiranya timbul sebarang kekeliruan rujuklah kepada golongan bijak pandai yang diiktiraf agar dapat memberikan panduan yang tepat untuk menangani segala kemusykilan agar tidak mudah terperangkap dengan hasutan golongan-golongan ekstrimis ini. Akhir kata, suka untuk saya ingatkan pengorbanan yang tidak mengharapkan balasan pasti akan menerima pulangan yang lumayan. Kepada warga TD, tanamkan sikap sedia bekorban dalam diri kerana yakinlah dengan adanya sikap sebegini, pasti keberanian, kejujuran dan juga keikhlasan akan turut mengiringi. Sesungguhnya, mereka yang mati di jalan Allah S.W.T adalah syahid dan syahid ganjarannya adalah syurga. Fahamilah erti pengorbanan sebenar agar tindakan kita bukanlah sesuatu yang sia-sia.

P E N A K ET U A P E N G A R A N G

2

Sidang Editorialwww.btdmonline.net | 204

PENAUNGJen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

KETUA PENGARANGMej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor

PENASIHAT KEWARTAWANANKol Zulkifli Dato’ Hj Tahir

PENGARANGMej Hj Ahmad Nazran Hj Ashari

EDITORKapt Aminin Hafizhin Minhad

WARTAWANLt Azuan Firdaus Abd Aziz, Sjn Saiful Fazley Rusli,Kpl Nurulhaswani Ruzaini, Pbt Ainur Aisyah Yahaya, Sharifah Yaso dan Luqmanul Arif Abd Karim

JURU GAMBARSSjn Mohd Shahril Mat Ali dan Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

GRAFIKSSjn Nor Rizam Hamad dan En Mohd Rizal Ghazali

PENGURUSANPW II Mohamad Solor Hj Ismon

KORESPONDEN

TRUP TD Kapt Muhammad Arajah Benjare, Kpl Amuthan Paraman, Pbt Nurul Hanis Suhaimi, Pbt Najeeha Nordin

MEDAN BARAT Mej Suria Sulaiman, Kpl Mohd Qayyum Ismail,LKpl Fawzia Idayu, Pbt Zahiruddin Abdullah

MEDAN TIMUR/1 DIVISYENSSjn Zulkapli Alias, Sjn Lim Rantai, Kpl Roslan Abdullah, LKpl Saiful Kasim, LKpl Aneng Lambop dan Pbt Mohd Nazrul Abdullah

2 DIVISYENKpl Mazlan Rosli, Kpl Mohd Nazri Bakai, Kpl Rosli Omar dan LKpl Ahmad Firdaus Mohamed

3 DIVISYENMej Hamri Hassan, SSjn Mohd Rozaimi Abdullah,Kpl Syarianah Abd Karim, Kpl Mohd Hafiz Hamzah

4 DIVISYENKapt Khairul Naim Khasim, Kpl Mohd Fauzi Abdul, Kpl Mohd Zulkifli Awang, Kpl Zul Ashwal Hawash Khan, LKpl Nurhaslinda Zakaria, Pbt Mohd Rizal Abdullah

KUALA LUMPURMej (Ust) Ramizi Remli, Sjn Taha Mohd Taib, Kpl Mohd Zahir Saidin, Kpl Mohd Nazer Abu Bakar dan LKpl Mohd Nazari Ramli

4|COVER STORY 82 Tahun Mematangkan Angkatan Tentera Malaysia

PAPARAN MENARIK BULANAN4|Bersama Pemimpin

24|HUT GGK50|Trup Td54|MKTD58|Medan Timur/1Div62|2 Div63|3 Div71|4 Div

6| Perutusan PAT Ringkasan Perutusan PAT sempena HUT ATM Ke- 82

30| Pusat Latihan TD Perajurit Muda Tamat Latihan

74| Perspektif Patriotisme Dari Perspekti Islam

42| Jiwa Murni1 Skn RAJD Ringan Beba SSjn (B) Musa Ghazali

Eks LINUD32PARA tonjol kepakaran di mata dunia

Kejayaan dan kecemerlangan tanpa pengalaman, tekad jati diri, serta minat yang bersungguh-sungguh tidak akan membuahkan hasil. Ikuti wawancara khas, Pbt Ainur Aisyah Yahaya menemubual Kpl (B) Abd Rashid Mahmud, 55, seorang

pesara tentera yang kini telah berjaya menguruskan kedai makan

d a n m e m b e r i k a n p e r k h i d m a t a n

k a t e r i n g s e t e l a h meninggalkan dunia ketenteraan.

44|SUDUT INSPIRASI

3204

BTDM mengalu-alukan artikel, idea dan kritikan anda agardapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu adanama penuh dan di tandatangani. Segala sumbangan artikel

boleh disalurkan terus kepada:

Pengarang BTDM, Tingkat 8-11,Markas Tentera Darat,

Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR

ataue-mail: [email protected] Faks: 03-26985536/03-26923195

Tel: 03-20716290

RENCANA4|Bersama Pemimpin

24|HUT GGK50|Trup Td54|MKTD58|Medan Timur/1Div62|2 Div63|3 Div71|4 Div

59 Tahun Kemerdekaan Teguhkan Perpaduan Rakyat

SUKANTomoi Siam Dalam TD

Hari Pahlawan Kenang Jasa Perajurit

18

83 4635|Sudut Pengorbanan Wira yang tidak didendang

38| Sejarah Penubuhan MalaysiaMenceritakan Detik Penubuhan Malaysia

78|KesihatanKanser Usus

76| AgamaJudi Pencetus Permusuhandan Perosak Akidah

Eks LINUDPARA tonjol kepakaran di mata dunia

74 PATRIOTISMEDari Perpekstif Islam

KRONOLOGI/INFORMASI

22|Kronologi Mencapai Kemerdekaan

87| Informasi Panji-Panji ATM

4

C O V E R S T O R YOleh: Pbt Ainur Aisyah YahayaGambar: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

KUALA LUMPUR: Seramai 29 pegawai dan 488 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam perbarisan sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-82 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli Mohd Zin dengan tema ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 17 Sep 2015. Sebanyak 15 panji-panji Rejimen/Skudron Perkhidmatan ATM terlibat secara langsung dalam perbarisan ini merangkumi panji-panji dari 8 RAMD, 6 RRD, 2 KAD, 71 RSD, 2 DIV, 1 RAD (PARA) dan 72 KPD dari Tentera Darat Malaysia (TDM), bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Panji-panji KD Pelanduk, KD Malaya, KD Panglima Hitam dan KD Rajawali manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melibat-kan Panji-panji No 1 Skudron, No 7 Skudron, No 15 Skudron dan Kolej Tentera Udara manakala Ketua Perbarisan adalah Komander Md Zain Zakaria TLDM. Dalam perbarisan ini turut menyaksikan seramai 10 warga ATM menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan 10 staf penjawat awam menerima Sijil Kepujian PAT dan penerima Anugerah Kesiagaan PAT bagi Perkhidmatan TDM ialah Markas 3 Div, TLDM ialah Skn 502, KD Rajawali dan TUDM ialah Pangkalan Udara Gong Kedak. Dalam ucapan PAT, beliau menyatakan ATM sebagai tiang seri kedaulatan dan pertahanan negara mestilah berada pada tahap kesiagaan yang tertinggi pada sebilang masa. “Berkat dengan pegangan prinsip Profesionalisme Angkatan yang didukung selama ini telah memperkukuhkan kepercayaan dan sokongan rakyat terha-dap ATM dan sokongan ini tekah memberi suatu legitimasi dan pengiktirafan kepada ATM untuk terus melangsungkan peranannya sebagai perisai negara” tegasnya. Turut hadir, PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, PTU, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, mantan-mantan Panglima ATM, panglima-panglima, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota LLP dari tiga cabang perkhidmatan.

5204

DiUsia

Tahun

ATM

“ATM sebagai tiang seri kedaulatan dan pertahanan negara mestilah berada pada tahap kesiagaan yang tertinggi pada sebilang masa”

C O V E R S T O R Y

6

Perutusan PAT Sempena Perbarisan HUT ATM Ke-82

B E R S A M A P E M I M P I N

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasu-kan tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensi hingga terbentuk

menjadi sebuah angkatan konvensional yang digeruni dan dihormati. Selama 82 tahun pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi ATM. Sebagai tiang seri kedaulatan dan pertahanan negara ATM mesti berada pada tahap kesiagaan yang tertinggi pada sebilang masa bagi meng-hadapi perkembangan lanskap Geo-Strategik semasa dan

keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Berkat dengan pegangan prinsip ‘Profesionelisme Angkatan’ yang didukung selama ini serta sokongan padu rakyat, memberi suatu legitimasi dan pengiktirafan kepada ATM untuk terus melangsungkan peranannya sebagai ‘Perisai Negara’. Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai ancaman dari dalam mahupun luar, pengurusan pertahanan dan keselamatan nasional perlu mengorak langkah seiring dengan perkem-bangan semasa. Cabaran ini menuntut satu ‘Transformasi

Fourth Dimension Malaysian

A r m e d Forces atau ‘4D

MAF’, pelan tindakan ini akan mentransformasi ATM menjadi satu ‘Angkatan Berspektrum Penuh’ atau A Full Spectrum Force yang Versatil (Versatile), Kredibel (Credible) dan Seimbang (Balanced).

7204

B E R S A M A P E M I M P I NAngkatan’ dibuat agar segala respons atau tindakan ang-katan tentera adalah sejajar dengan tuntutan semasa. Melalui pelan strategik pembangunan keupayaan ATM, yang dikenali sebagai Fourth Dimension Malaysian Armed Forces atau ‘4D MAF’, pelan tindakan ini akan men-transformasi ATM menjadi satu ‘Angkatan Berspektrum Penuh’ atau A Full Spectrum Force yang Versatil (Versatile), Kredibel (Credible) dan Seimbang (Balanced). Angkatan baru ini akan mampu menangani ancaman dalam satu spektrum bermula dengan ancaman tradisional hinggalah ancaman bukan tradisional. Pelaksanaan transformasi ini akan berteraskan kepada keseimbangan trilogi ‘Man’, ‘Machine’ dan ‘Method’. Satu ‘Angkatan Berspektrum Penuh’ memerlukan perancangan yang jitu dan komitmen yang kental. Secara tidak langsung ianya juga akan memperkembangkan per-anan dan tugas setiap warga ATM. Warga ATM di setiap pering- kat perlu melipatgandakan

usaha serta iltizam mereka untuk menjayakan pelan

‘Transformasi Angkatan’ ini. Aspek kualiti kehidupan dan ke-

bajikan warga Angkatan Tentera serta keluarga mereka akan terus diperjuangkan.

Dengan mengambil kira bebanan tugas yang digalas oleh warga ATM kini, kerajaan perlu menyediakan inisiatif-inisiatif serta menambahkan lagi ganjaran dalam terma-terma perkhidmatan warga ATM agar ianya selaras dengan bebanan yang dipikul. Disamping itu, pembinaan infrastruktur serta kemudahan fasiliti yang sedang dan akan dilaksanakan dengan giatnya pasti-nya akan dapat meningkatkan moral dan memperkasakan lagi daya juang Warga ATM untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik. Dikesempatan itu juga, PAT turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli Badan Kebajikan

Keluarga Angkatan Tentera atau ‘BAKAT’ di atas sokongan dan dokongan isteri-isteri kepada suami masing-masing dalam melaksana tugasan mereka. Kepada kepimpinan BAKAT di semua peringkat, beliau merakamkan seting-g i - t i n g g i p e n g -hargaan

Satu ‘Angkatan Berspektrum Penuh’ memerlukan perancangan yang jitu dan komitmen yang kental. Secara tidak langsung Ianya juga akan memperkembangkan peran-an dan tugas setiap warga ATM.

di atas sumbangan serta bakti isteri-isteri dalam menen-tukan kesejahteraan keluarga warga ATM. Kepimpinan tertinggi ATM sedar bahawa peranan BAKAT mampu un-tuk menyumbang kepada kecemerlangan ATM dan akan terus memberi sokongan yang padu kepada BAKAT dalam merencana dan melaksanakan program dan aktivitinya. Sebagai akhir kata, PAT mengucapkan syabas dan teri-ma kasih kepada semua warga Angkatan Tentera Malaysia di atas perkhidmatan cemerlang yang disumbangkan. Bersesuaian dengan tema kemerdekaan yang ke-58 ‘Sehati Sejiwa’, warga ATM diseru untuk memperbaharui iltizam bagi memartabat dan memperkasakan ATM agar kedaulatan tanah air yang tercinta akan terus terpelihara.

‘ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara’Perisai Negara

Sentiasa Bersepadu

8

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli Gambar: Sjn Vijay Gaunder al Arikrishnan

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah mence-mar duli ke Majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2015 yang dianjurkan oleh Polis Diaja Malaysia (PDRM) bertempat di Dataran Merdeka pada 31 Jul 2015.

Kenang Jasa PerajuritHARI PAHLAWAN

9204

B E R S A M A P E M I M P I N

Kenang Jasa PerajuritHARI PAHLAWAN

Istiadat Perbarisan melibatkan lima detasmen terdiri dari Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), PDRM dan Pesara PDRM diketuai oleh Ketua Perbarisan, Deputi Superintendan Polis (DSP) Muhammad Zani serta Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD). Sambutan Hari Pahlawan ini menjadi acara tahunan di peringkat kebangsaan khusus untuk memperingati serta mengenang jasa perwira-perwira yang berjuang menegakkan keamanan dan kebebasan negara daripada penjajahan, ancaman komunis serta pihak luar satu ketika dahulu hingga kini. Terdahulu dari itu, SPB YDPA melakukan Pemeriksaan KKU dan acara diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir, deklamasi sajak pahlawan, persembahan sejarah pejuang-pejuang negara serta tiga kali laungan Daulat Tuanku. Turut hadir Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Timbalan PM, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkefli Mohd Zin.

10

B E R S A M A P E M I M P I NOleh: SSjn Nor Rizam Hamad Gambar: Mohd Rizal Ghazali

SELANGOR: Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, berke-nan mencemar duli merasmikan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam ke-34. Berkekuatan seramai 1620 Pegawai Kadet PALAPES, terdiri daripada 750 Pegawai Kadet Lelaki dan 870 Pegawai Kadet Wanita dari 18 Universiti Awam Malaysia, bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 15 Ogos 2015.

11204

B E R S A M A P E M I M P I N

PALAPES Ke-34Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet

“ t e r u s k a n b e r k h i d -mat didalam p e r k h i d -matan tentera setelah tamat pengajian di universiti”

Bertemakan Watan Mendaulat Nusa, Istiadat pentauliahan dimulai dengan perbarisan pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES di padang kawad UPM seterusnya penyampaian watikah tauliah yang diadakan di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Perbarisan Pentauliahan Diraja diketuai oleh Pegawai Rendah Muda Muhammad Syahiran Abd Sukor dari UPM manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan PW I Imran Chee dari Universiti Malaysia Perlis (UMP). Pancaragam pengiring adalah dari gabungan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dalam titah ucapan Sultan Selangor, Baginda menyeru kepada Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan supaya sen-tiasa menabur bakti kepada Pasukan amnya dan negara khasnya apabila menamatkan pengajian kelak, serta sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesukarelawan kelak. “Gunakan ilmu yang dipelajari sebaiknya di pasukan kelak, sentiasa menjaga semangat patriotik disamping siap sedia berkorban untuk negara serta menjadi insan yang berguna dan terapkan semangat, disiplin tentera dalam diri”. Pegawai Kadet terbaik setiap universiti awam diperkenalkan kepada Sultan Selangor dalam satu majlis ramah mesra ringkas di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Turut hadir, Menteri Besar Selangor YB Mohamed Azmin Ali, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Roslan Saad TUDM, Naib Canselor UPM Kol (K) Prof Dato’ Dr Mohd Fauzi Hj Ramlan.

12

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

KUALA LUMPUR: Seramai empat pegawai kanan Tentera Darat dinaikkan pangkat yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 5 Ogos 2015. Mendahului senarai Brig Jen Dato’ Azmy Yahya dinaik-kan pangkat Mej Jen berkuatkuasa 17 Jul 2015 menjawat jawatan sebagai Panglima Pemerintahan Operasi Khusus, Kol Zarondin Md Amin dinaikkan pangkat Brig Jen men-jawat jawatan sebagai Panglima 8 Bgd, Lt Kol Fazal Abdul Rahman dinaikkan ke pangkat Kol menjawat jawatan sebagai Pengarah Operasi Bahagian Operasi Latihan Pertahanan, Markas ATM dan Mej Cheong Seow Foong dinaikkan ke pangkat Lt Kol kekal sebagai Ketua Detasmen Markas 12 Bgd, Skuadron Komunikasi Statik Markas Tentera Darat, Markas ATM – Komlek (RPS).

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 95 pega-wai dan 112 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) dalam Istiadat Pengurnian DKAT Malaysia tahun 2015 yang dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu’ Tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam sesi pertama di Balairung Seri Istana Negara pada 20 Okt 2015. DKAT dimulakan dengan tiupan Nafiri menandakan SPB Yang di-Pertuan Agong dan Pemaisuri Agong berangkat masuk ke Balairong Seri lalu istiadat Pengurniaan dimulakan

DKAT Iktiraf Pahlawan Negara

Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Sukarela

KUALA LUMPUR: Seramai tiga pegawai awam Pejabat Menteri Pertahanan di pakaikan pangkat Mej Kehormat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat

Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, Pegawai-pegawai Kanan Markas Tentera Darat dan isteri-isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.

dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang disempur-nakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 9 Okt 2015. Pemakaian pangkat dimulai dengan pemakaian pang-kat Mej Kehormat kepada Pegawai Khas MENHAN, Dato’ Pirdaus Ismail di ikuti dengan Ketua Komunikasi MENHAN, Azmi Akop dan Setiausaha Akhbar MENHAN, Fadzli Mohamad Kamal yang mana semua yang di pakaikan pan-gkat dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Asisten Ketua Staf OPLAT, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar dan pegawai-pegawai kanan MKTD. - Sjn Saiful Fazley Rusli

dengan pengurniaan pingat terdiri dari Pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Panglima Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT). Dalam masa yang sama tujuh dif kenamaan asing turut dikurniakan DKAT melibatkan lima daripadanya menerima PGAT Kehormat manakala dua lagi menerima PAT Kehormat. Turut hadir Menteri Pertahanan, Dato’ seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. - PW II Mohamad Solor Hj Ismon

13204

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menghadiri perhimpunan bulanan MINDEF yang di adakan di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 3 Ogos 2015. Dato’ Seri Hishamuddin dalam ucapannya meminta seluruh warga MINDEF untuk memberi tumpuan

Perhimpunan Bulanan KEMENTAH

Oleh: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

KUALA LUMPUR: Yang Teramat Mulia Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Tunku Temenggong Kedah berangkat mencemar duli ke Majlis Santapan Makan Malam Rejimental sempena sambutan Hari Ulang Tahun RAMD Ke-82 bertempat di hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2015. Ketibaan YTM Tunku Sallehuddin di sambut oleh Pengerusi RAMD, Lt Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim dan diiringi oleh YTM Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Panglima Besar Kedah.

MMR HUT RAMD Ke-82

Majlis dimulakan dengan acara bergambar bersama mantan-mantan pengerusi dan pegawai-pegawai kanan RAMD seterusnya Tunku Temenggong Kedah beredar ke de-wan santapan dan diakhiri dengan acara memotong kek HUT RAMD

khususnya kepada usaha menjayakan pelan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) melalui lima pendekatan iaitu meningkatkan kesiapsiagaan aset dan kemudahan fizikal ATM, meningkatkan keupayaan bagi berhadapan ancaman bukan tradisional termasuklah meningkatkan keselamatan di Sabah, menambahbaik aspek kebajikan anggota dan veteran ATM, memperkukuh sektor inovasi dan pengkomersialan industri pertahanan dan menjay-akan program transformasi PLKN. Perhimpunan diserikan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Kementerian Pertahanan, Penyampaian Sijil Penghargaan Makmal Transformasi PLKN, Penyampaian Surat Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dan Penyampaian Mock Cheque Bounti BSKN. Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Mohd Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, panglima-panglima dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan pegawai tinggi tentera dan awam serta sebahagian warga mindef yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

serta penyampaian cenderahati. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, mantan-mantan PAT, PTD, Pegawai-pegawai RAMD serta isteri masing-masing.

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif SME Ordnance Sdn Bhd Jen Tan Sri Mohd Shahrom Dato’ Hj Nordin (Bersara) menyerahkan Replika Senjata Colt M4 Carbine mewakili 30 laras senjata kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 9 Sep 2015. Tujuan penyerahan dan penerimaan senjata tersebut adalah untuk kegunaan Tim Menembak TD dan seterus-nya PTD menyerahkannya pula kepada Panglima Markas Latihan Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki. Turut hadir AKS P&P Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal, AKS OPLAT Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar. - Luqmanul Arif Abdul Karim

PTD Terima Replika Senjata Carbine M4

14

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

KUALA LUMPUR: General United States Army Pacific Command (USARPAC), General Vincent K. Brooks melaku-kan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 10 Sep 2015. Terdahulu dari itu, ketibaan beliau di perkarangan Kementerian Pertahanan di sambut oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia Markas Tentera Darat (MK TD), Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kuarter Suku. Kunjungan tersebut merupakan siri lawatan rasmi beliau ke Malaysia dalam mengukuhkan hubungan ker-jasama ketenteraan yang sedia terjalin antara United States Army dan Tentera Darat Malaysia khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.Turut hadir AKS OPLAT Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, AKS Perisikan Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor serta deligasi USARPAC.

Kunjungan Hormat General Vincent K. Brooks Ke Atas PTD

KUALA LUMPUR: Seluruh warga KEMENTAH mengucap-kan jutaan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan para penyumbang yang mendermakan sebanyak 26 ekor lembu untuk dikorbankan serta Majlis Perasmian Ibadah Korban yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut (PTL) selaku Pemangku Panglima Angkatan Tentera Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar di Masjid Khalid Al-Walid pada 24 Sep 2015. Seramai 200 petugas penyembelihan terlibat dalam acara menyembelih dan melapah daging korban dimana acara tersebut dimulakan oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat. Turut hadir Pengarah Bahagian Operasi KAGAT Kolonel Hj Mohamad Saodi Hj Kassim, para pegawai, dan jemaah awam. - SSjn Mohd Shahril Mat Ali

Tahlil HUT ATM ke-82

KUALA LUMPUR: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir dalam Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Hari ATM Ke-82 yang turut dihadiri Panglima ATM, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin yang bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 18 Sep 2015. Sebaik sahaja selesai Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, majlis diteruskan dengan bacaan khutbah khas sempena HUT ATM Ke-82 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Mamat. Khutbah pada hari ini membicarakan tentang jasa ATM yang banyak memberikan sumbangan kepada kesejahter-aan rakyat dan membantu dalam kemajuan ummah serta memastikan rakyat di negara ini dapat beribadah kepada Allah dengan selamat dan aman. Turut hadir PTD Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, PTU Jen Tan Sri Dato’ Seri Roslan Saad, mantan-mantan PAT, pegawai-pegawai ATM dan jemaah awam. - Luqmanul Arif Abdul Karim

Sambutan Aidil Adha KEMENTAH 1436H

15204

TAHNIAH…Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mencemar duli menyampai-kan Anugerah Jaguh Sukan GGK tahun 2014 kepada LKpl Azman Mansor dari Rejimen 11 GGK yang mewakili sukan tinju, disaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, bertempat di Kem Sri Iskandar pada 24 Ogos 2015. - Mohd Rizal Ghazali, gambar:Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

PELANCARAN BUKU…Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mencemar duli menyempurnakan Pelancaran Buku Jubli Emas GGK ke-50 yang menceritakan tentang sejarah awal penubuhan GGK dari dulu hingga kini yang turut dihadiri Tunku Mahkota Johor, DYMM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abd Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin,PAT, Jen Tan Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin dan PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Kem Sri Iskandar pada 20 Ogos 2015.- Mohd Rizal Ghazali, gambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

B E R S A M A P E M I M P I N

MERDEKA…sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58 dengan tema Sehati Sejiwa dimeriahkan dengan kehadiran ribuan rakyat pelbagai lapisan umur dan kaum serta turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Ketibaan baginda berdua tepat jam 8 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diiringi ke pentas utama dan dipertontonkan dengan pelbagai acara dan persembahan patriotik bertempat di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2015.- Sjn Saiful Fazley Rusli

Oleh: Pbt Ainur Aisyah Yahaya

KUALA LUMPUR: Seramai 600 warga Kementerian Pertahanan dan anggota tentera menyertai Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pertahanan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Wira Mohd Johari Baharum bertempat di Padang Kawad Kementah pada 10 Okt 2015. Objektif Hari Sukan Negara diadakan adalah untuk menerapkan budaya hidup cergas dan aktif dalam sukan di kalangan rakyat disamping memupuk semangat perpaduan, pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan agar dapat meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat serta mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringat akar umbi. Acara dimeriahkan lagi dengan senamrobik yang diketuai oleh jurulatih dari Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) serta Larian Mesra (fun run) sejauh 1.7

Hari Sukan Negara Terap Budaya Hidup Cergas

kilometer. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

16

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: Mohd Rizal Ghazali

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM dimasyhurkan sebagai ahli kelima Hall of Fame Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang disempurnakan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Dato’ Sabri Zali pada 1 Okt 2015 di Dewan Trisakti, MPAT.

Majlis Pemasyhuran Kelima MPAT

PRIHATIN…Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zain meluangkan masa melawat mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Raja Abdul Rashid Raja Badiozaman (Bersara) yang mengalami minor stroke di HAT Mizan pada 13 Sep 2015. Turut mengiringi lawatan tersebut adalah Ketua Pengarah BPK, Lt Jen Dr Datuk Razak Md Yusof , Pengarah Direktorat Bantuan BSPP, Kol Nazeri Ismail dan Pegawai Staf Am Jabatan Arah Risik, Lt Kol Mohd Raslam Hj Dollah. - Sjn Suziana Selimin

KUA L A LU M P U R : S e ra m a i 3 0 ahli Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) ATM membuat lawatan ke wad Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan bersempena Hari ATM Ke-82 yang dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Dato’ Hjh Umi Kalsom Wan Awang pada 8 Okt 2015. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping beramah mesra diantara satu sama lain serta memantau kebajikan dan permasalahan yang dihadapi oleh pesakit serta memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit. Turut hadir Timbalan Pegawai Memerintah HAT Tunku

BAKAT ATM Lawat HAT Tunku Mizan

Sebanyak empat majlis pemasyhuran telah dilaksanakan semenjak ia mula diperkenalkan, pemasyhuran ini merupakan penganugerahan peghormatan tertinggi kepada alumni MPAT yang masih berkhidmat serta memegang jawatan tertinggi di dalam perkhidmatanya. Pemasyhuran ini adalah kerana berjaya mencapai tahap tertinggi dalam perkhidmatan. Dalam ucapan PTU, beliau menyatakan dirinya kerdil berbanding dengan penghargaan yang diberikan oleh MPAT kepada

beliau, beliau turut menyatakan kejayaan TUDM melalui transformasi yang dibuat adalah hasil daripada kerjasama warga TUDM. Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ahli Lembaga Gabenor Maktab, Alumni Peserta Kursus MPAT, Panglima-panglima Perkhidmatan dan pegawai-pegawai ATM

Mizan, Brig Jen Datuk (Dr) Mohd Norazmi Mohd Yasin, pegawai dan anggota LLP. - Pbt Ainur Aisyah Yahaya

17204

B E R S A M A P E M I M P I N

Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Wira Mohd Johari Baharom merasmikan Majlis Meraikan Mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Panglima Perkhidmatan yang merupakan satu sambutan khas sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-82 bertempat di Wisma Perwira ATM pada 9 Okt 2015.

Majlis Hail To The Chief

Dalam Ucapan PAT, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hj Zulkifeli Mohd Zain, beliau menyatakan bahawa majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan penghor-matan khususnya kepada mantan-mantan peneraju ATM dan Panglima Perkhidmatan atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada negara amnya, serta ATM khasnya. “Majlis ini menjadi tradisi ATM

semenjak 15 tahun yang dulu yang mana pada masa sama kita dapat bertanya khabar kepada mereka yang telah bersara agar hubungan yang sedia ada lebih erat lagi,”katanya. Turut hadir PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar dan PTU, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad

Pelancaran Jejak JeneralKUALA LUMPUR: “Jejak Jeneral” se-buah program dokumentari 13 episod terbitan khas Capital TV, memapar-kan barisan individu yang pernah memegang tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Majlis pelancaran dan sidang akhbar rancangan dokumentari diadakan di Auditorium KEMENTAH dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin pada 3 Ogos 2015. Dokumentari ini merupakan per-tama kali diterbitkan dan sekaligus membuka lembaran baru dalam seja-rah penyiaran negara. Rancangan ini memaparkan pengalaman, kejayaan serta kenangan panglima-panglima terdahulu dan ianya diharapkan menjadi satu inspirasi dan dorongan kepada generasi akan datang amnya dan warga ATM khasnya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital TV, Noor Azman Yusof dalam ucapan pembukaan berkata: “Adalah menjadi kerugiaan amat besar jika kisah dan pengalaman panglima-panglima ini dibiarkan tenggelam ber-sama arus permodenan. Pengorbanan pemimpin angkatan tentera bersama

pasukannya bukanlah pengorbanan yang kecil, mereka bermati-matian mempertahankan tanah air, bermandi darah dan keringat demi keamanan dan kesejahteraan tanah air un-tuk ditinggalkan kepada generasi seterusnya.” Lebih menarik, dokumentari ini memaparkan episod khas bersama PAT yang berkongsi detik peristiwa berdarah pencerobohan Lahad Datu secara eksklusif. Rancangan dokumentari ini di-tayangkan di HyppTV, saluran 420, pada setiap selasa, jam 8.30 malam

bermula 4 Ogos 2015 sepanjang bu-lan kemerdekaan. Turut hadir KSU KEMENTAH, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota LLP dan mantan panglima. - Mohd Rizal Ghazali

18

58 Tahun Kemerdekaan Teguhkan Perpaduan RakyatOleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

Apabila berbicara tentang kemerdekaan, ianya membawa maksud tentang kebebasan. Dalam konteks perjuangan menentang penjajah, negara sudah merdeka 58 tahun tetapi dalam konteks perjuangan

membebaskan diri dari perasaan tidak puas hati, sombong, angkuh dan hasrat dengki sejauh mana ianya dapat dicapai? Ibarat sudah terang lagi bersuluh, kita semua tahu natijah jika perasaan itu terus menguasai diri. Kemerdekaan yang sekian lama dipertahankan akan hilang begitu sahaja. Lalu apa yang akan kita wariskan kepada generasi akan datang? Bumi yang tandus? Atau mungkin sungai merah dek darah yang mengalir? “Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ianya dikehendaki untuk mendapatkannya dengan cara pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. Itulah ungkapan keramat Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan bagi yang tidak mengenal serta menghargai erti kemerdekaan, mustahil untuk memahami ungkapan tersebut. Malangnya, setelah 58 tahun kita merdeka ada pihak yang sengaja cuba mencalar keamanan, keharmonian dan perpaduan yang sedang kita nikmati. Ada si Tanggang yang cuba mencabar konsep ketuanan melayu dan ada individu yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak malah lebih teruk mempertikaikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sejak 58 tahun lalu hingga ke hari ini, tarikh keramat 31 Ogos tidak pernah kita lupakan. Tanya saja pada kanak-kanak mereka akan tahu pada tarikh itulah negara kita mencapai kemerdekaan. Tarikh itu juga mengingatkan kita kepada perjuangan dan pergorbanan generasi terdahulu untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan yang bukan sahaja menguasai ekonomi dan politik malah cuba mencorakkan masyarakat negara kita. Sewajarnya perjuangan generasi terdahulu dikenang dan dihargai kerana atas pergorbanan merekalah kita dapat menghirup udara kemerdekaan hingga ke hari ini. Sejak membebaskan diri dari belenggu penjajahan, Malaysia bangkit untuk menjadi negara bangsa yang dihormati dan berdaulat. Walau sedikit digugat oleh krisis politik dalaman yang agak rencam ketika ini serta ditambah pula d e n g a n nilai mata wang negara yang kian merosot

dan menjunam namun Malaysia mampu bertahan. Malah nama negara terus harum di peringkat global. Lima dekad mungkin tempoh yang singkat untuk membina

5 8 TA H U N M E R D E K A

nama apatah lagi untuk bergerak seiring dengan negara yang telah berkurun mencapai kemerdekaan. Menjadi kelaziman, setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan pasti ada tema dan logo yang dipilih. Tema Hari Kebangsaan

18

19204

mula diperkenalkan pada tahun 1970 iaitu setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 manakala logo mula diperkenal secara rasmi pada tahun 1976 dan rakyat diberi penghormatan untuk mereka bentuk logo yang bersamaan dengan tema pada setiap tahun bagi tujuan memberi perasaan kecintaan kepada negara. Kemerdekaan ke-58 ini penuh bermakna apabila konsep Tema Hari Kebangsaan 2015 pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa menggambarkan keutuhan, perpaduan, kesefahaman, bersatu dalam menempuh saat kejayaan dan detik kesusahan seluruh rakyat negara ini. Rakyat Malaysia dituntut supaya taat setia tanpa berbelah bahagi, jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta. Tanpa rasa curiga apatah lagi mewujudkan onak duri dalam usaha untuk memporakperandakan negara. Lebih malang lagi jika wujud tindakan cuba menggulingkan negara, ternyata mengundang kemusnahan dan ketidaktenteraman dalam kalangan warga di tanah air tercinta. Jika kita mengamati bait-bait lirik Hari Kebangsaan 2015 ternyata lagu ini menyuntik semangat dan roh perjuangan rakyat Malaysia. Lirik ini mengajak kita agar memantap jiwa lebih tabah dan kental menempuh segala rintangan dan dugaan yang menimpa negara ini. Perayaan Hari Kebangsaan 2015 bukan sekadar retorika semata-mata kerana tema kali ini mengajar rakyat Malaysia agar dapat membina semangat sehati sejiwa di mana jua kita berada. Malah mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan tidak lagi disebut kali ke berapa kerana usaha ini dapat merapatkan hubungan antara rakyat tanpa mengira mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Lirik ini jelas menyeru agar rakyat Malaysia sehati sejiwa tanpa curiga, memantap perpaduan demi kesejahteraan bersama. Malah jarak antara negeri-negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bukanlah pemisah dan penghalang ke arah keutuhan bersama. Sehati Sejiwa turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa juga kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara tercinta Malaysia. Walaupun berbeza adat resam, kepercayaan dan budaya, namun bukan faktor untuk kita berselisihan. Masyarakat yang berjiwa merdeka meletakkan kepentingan umum lebih utama daripada kepentingan sendiri. Walaupun kita berbeza budaya, tapi kita masih mampu mencari titik pertemuan demi perpaduan dan kelangsungan bangsa Malaysia. Semangat sehati sejiwa ini terbukti ketika Malaysia ditimpa musibah, bencana atau kemalangan. Kejadian banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan di Sabah serta beberapa kawasan pedalaman dirasai bersama seluruh rakyat Malaysia. Kejadian gempa bumi di Sabah juga dirasai bersama oleh warga Malaysia. Tanpa diarah dan diminta, r a k y a t Malaysia membantu secara sukarela menyelamat mangsa banjir. Jelasnya, detik suka dan duka perlu dirasakan bersama dalam satu negara. Begitu juga insiden misteri kehilangan MH370 dan tragedi

5 8 TA H U N M E R D E K A

“kami wasiatkan kepa-da zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan b e r p e g a n g te g u h kepadanya, selama itulah kamu akan aman damai dan se-lamat sejahtera”

20

MH17 yang menjadi polemik antarabangsa juga dirasai, dijiwai dalam hati nurani rakyat Malaysia. Walaupun kes ini belum lagi selesai, kita terpanggil untuk menyatakan hasrat dan doa agar semuanya mendapat jawapan yang pasti. Ini sejajar dengan salah satu prinsip towering personality iaitu individu yang berjiwa merdeka. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang proaktif, dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baharu yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang berjiwa merdeka ialah berfikiran kreatif, inovatif dan penyayang. Bukan sekadar pengguna namun mampu mencipta dan menampilkan idea-idea baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat, individu berjiwa prihatin saling bantu membantu dan bertoleransi demi kelangsungan bangsa dan negara. Antara perkara paling penting yang dapat dikutip

dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia. Semangat cintakan negara terpancar di setiap wajah ribuan insan daripada segenap lapisan dan kaum yang membanjiri Dataran Merdeka di ibunegara untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Lautan manusia termasuk pelancong asing mengambil peluang menghayati tema sambutan pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa dengan menampilkan semangat patriotisme dan kebersamaan di acara sambutan peringkat kebangsaan penuh warna-warni dan meriah. Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui persembahan bertenaga dan perbarisan oleh hampir 13,000 peserta pelbagai kontinjen termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan. Berangkat ke acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis dan barisan Menteri Kabinet serta perwakilan asing. Sejurus keberangkatan tiba, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Herdi Ismail. Ia diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), diiringi nyanyian lagu kebangsaan Negaraku. Serentak dengan itu, kedengaran 14 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja (RAD). Acara sambutan dimulakan dengan acara Derap Seragam, iaitu persembahan terbaharu oleh 900

5 8 TA H U N M E R D E K A

20

Sehati Sejiwa turut membawa maksud budaya seluruh raky-at Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa juga ke-jayaan dan rintangan yang berlaku di negara tercinta Malaysia. Walaupun berbeza adat resam, kepercayaan dan budaya, namun bukan fak-tor untuk kita berselisihan.

21204

pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disusuli persembahan serentak bersama-sama pelajar dengan melakukan kawad berirama. Penonton di lokasi turut dapat menyaksikan menerusi acara secara jelas menerusi skrin LED berukuran 108 meter panjang dan sembilan meter tinggi, iaitu skrin terbesar pernah digunakan dalam mana-mana sambutan dalam negara. Manakala bacaan ikrar di bacakan oleh lima ikon generasi muda dengan diketuai Noradzmi Baba daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah terlibat dalam acara sambutan Hari Kebangsaan sejak 1987. Anak muda kelainan upaya Muhammad Zahriff Affandi yang juga penerima anugerah Ikon Belia Negara, personaliti televisyen dan radio Fara Fauzana, Ratu ushu negara Diana Bong Siong Lin, malim gunung Mohd Rizuan Kauhinin dan guru, Louis Marie Neubert Ambrose. Mendahului acara perbarisan adalah kontinjen pembawa Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri oleh para pelatih Institut Kemahiran Belia Negara, disusuli kontinjen Eksplorasi Sehati Sejiwa. Kontinjen eksplorasi itu yang dipelopori Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan gabungan sektor kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor korporat menjelajah ke seluruh negara dengan membawa gelombang semangat patriotisme Sehati Sejiwa untuk rakyat dan ia akan menamatkan ekspedisi pada Hari Malaysia. Turut menarik perhatian adalah penyertaan sekumpulan malim gunung yang menyertai kontinjen negeri-negeri. Mereka memainkan peranan tersendiri dalam melaksanakan misi menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, 5 Jun lepas. Perarakan aset-aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya motosikal Kawasaki GTR 1400 dan Honda ST 1300 yang digunakan untuk mengawal lalu lintas, kenderaan pengiring orang-orang kenamaan dan rondaan, selain beberapa kenderaan lain turut menarik perhatian orang ramai. Manakala ATM mempersembahkan aset pertahanan terkini daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatannya iaitu darat, laut dan udara termasuklah kenderaan pembawa senjata jenis G. Wagon yang digunakan pasukan infantri untuk membuat tinjauan. Selain kenderaan perisai dan meriam deruan jet-jet aset pertahanan udara yang melintasi ruang udara sekitar Dataran Merdeka turut membuatkan penonton teruja sebaik ia melaksanakan pelbagai formasi di udara. Antara yang memukau penonton ialah formasi penerbangan sembilan pesawat Pilatus PC 7 yang digunakan sebagai

pesawat latihan asas untuk juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat pengangkut TUDM, selain 11 pesawat tempur Sukhoi SU 30 MKM. Secara keseluruhannya semangat Sehati Sejiwa perlu diterap dalam diri generasi muda masa kini ini agar mereka menghargai erti kemerdekaan seterusnya mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Program seperti Semarak Sehati Sejiwa Komuniti 1Malaysia dan program kemerdekaan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dapat membina semangat bersatu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang ada. Semangat semarak ini perlu ditekankan khususnya dengan pengisian semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda kerana erti kemerdekaan itu bakal melahirkan kekuatan ekonomi negara. Semangat perpaduan tanpa huru-hara atau semangat curiga-mencurigai antara satu sama lain perlu ditanam dan disuburkan agar rakyat Malaysia menghayati nilai dan semangat kemerdekaan sebenar. Roh dan semangat Sehati Sejiwa perlulah dihayati dan diinsafi. Jadilah rakyat yang setia kepada negara yang satu iaitu Malaysia dan sejiwa dalam menempuh segala dugaan dan rintangan bersama demi negara tercinta.

5 8 TA H U N M E R D E K A

21203

s e m a n g a t S e h a t i Sejiwa perlu diterap dalam diri generasi muda masa kini ini agar mereka menghar-gai erti kemerdekaan seterusnya mengukuh-kan semangat perpad-uan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

22

KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN27 Julai 1955 - Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955 - Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956 - Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956 - Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956 - Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka 2.

1 Mac 1956 - Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956 - Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957 - Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957 - Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

5 8 TA H U N M E R D E K A

23204

RAD Mengjangkau 58 TahunOleh: Sjn Saiful Fazley RusliGambar: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

NEGERI SEMBILAN: Seramai 40 Pegawai dan 600 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Artileri Diraja (RAD) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun RAD Ke-58 yang disempurnakan oleh Pengerusi RAD, Brig Jen Dato’ Razali Mohd Regan bertempat di Padang Kawad 51 RAD pada 15 Ogos 2015. Perbarisan di ketuai oleh Lt Kol Ahmad Bakri Hj Abdullah yang melibatkan lima kontijen terdiri dari Pemerintahan Markas Grup Artileri

Pertahanan Udara (GAPU), MK Bgd Artileri Roket, MK Artileri Div 2 Div, MK Artileri Div 3 Div dan pasukan Artileri di bawah pemerintahan MK 10 Bgd Para. Dalam ucapan Pengerusi RAD beliau menegaskan kepentingan perkhidmatan melebihi kepentingan peribadi dan hendaklah menjadi teras utama warga RAD dalam mengharungi pelbagai cabaran dan RAD sentiasa berusaha ke arah memartabatkan kerukunan dan fundamental ketenteraan dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan TD merupakan tonggak utama pertahanan negara. “Semua lapisan pemerintahan warga RAD hendaklah membudayakan latihan sebagai rukun ketenteraan yang tidak boleh luntur demi melahirkan warga tentera yang terlatih, berpengetahuan, berinovatif

dan serba boleh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di dalam pelbagai persekitaran yang multi dimensional,” katanya. Turut hadir Panglima GAPU, Brig

Jen Dato’ Yusri Hj Anwar, Komander Artileri Div 3 Div, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh, mantan Pengerusi RAD Ke-3 dan pesara-pesara RAD.

H U T

24

H U TOleh: Mohd Rizal Ghazali Gambar: SJn Vijay Gaundar a/l Arikrishnan

JOHOR BHARU: Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas, berkenan mencemar duli menyaksikan perbarisan sempena HUT ke-50 GGK serta sambutan Jubli Emas GGK bertempat di padang kawad Markas 21 GGK, Kem Iskandar, pada 25 Ogos 2015. Perbarisan terdiri daripada 18 pegawai dan 171 anggota GGK, diketuai oleh Lt Kol Alfarizan Marzukir, SMR perbarisan PW I Maibra Mauludin, diiringi pancaragam gabungan GGK dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selama 50 tahun penubuhan GGK, kini menjadi satu pasukan yang digeruni lawan dan disegani kawan, pelbagai ranjau dan rintangan serta penat lelah, keringat dan titisan darah para pejuang dahulu bagi memastikan GGK menjadi sebuah pasukan elit dan berprestasi tinggi. Dalam titah ucapan DYMM Sultan Johor, baginda mengingatkan kepada warga GGK agar tidak melupakan segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh pejuang terdahulu. Ianya menjadi tanggungjawab yang harus dipikul oleh warga GGK kini bagi mempertahankan dan memelihara segala yang dinikmati kini serta tidak leka, lalai dan mengambil mudah dengan kesenangan yang diperolehi kini. Dalam era ketenteraan semakin membangun dan moden, anggota GGK hendaklah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan yang bakal mendatang. Setiap anggota mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini dalam semua aspek ketenteraan seiring dengan perkembangan sistem pertahanan yang lebih moden serta kemajuan teknologi yang pesat. Bersempena sambutan Jubli Emas GGK ke-50, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyampaikan Pingat Peringatan Jubli Emas Gerak Khas kepada pegawai kanan tentera dan warga GGK serta pesara GGK. Dalam Majlis tersebut, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dianugerahkan Beret Hijau Kehormat oleh Panglima GGK, Brig Jen Dato’ Effendi Hj Ab Karim disaksikan oleh DYMM Sultan Johor. Turut hadir, Tunku Mahkota Johor, DYMM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abd Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, MENHAN, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein,PAT, Jen Tan Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, KS MK TD, Mej Jen Datuk Mazelan Kasap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan warga GGK serta pesara GGK.

H U T

25204

H U T

Tahun

26

Mengimbau kembali detik-detik setahun yang lalu, banyak cabaran keselamatan berbentuk tradisional yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Keadaan ini telah mewujudkan suasana

kelemahan, ketidaktentuan, kompleks dan kekaburan yang turut mencorakkan landskap geo-strategik global dan serantau. Sungguhpun demikian, kita bersyukur

Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan d a n A l l a h y a r h a m U n d a n g Re m b a u , Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan h a s r a t menubuhkan pasukan Askar Melayu.

P e n u b u h a n Tentera Darat Malaysia H a s ra t Ra j a -Raja ini telah menjadi k e n y a t a a n a p a b i l a d i dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai

25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933

82 TAHUN MEMATANGKAN ATM

kerana ATM telah membuktikan kecemerlangannya sebagai angkatan yang kredibel dalam mengekalkan kedaulatan negara sama ada di daratan, di samudera raya mahupun di angkasa raya. Keunggulan ini turut diperkasakan lagi dengan keupayaan kita mewujudkan rangkaian diplomasi dengan angkatan tentera negara-negara ASEAN dan sahabat telah membuahkan hasil dan meredakan ketegangan keselamatan, khususnya di rantau ini. Secara umumnya, sejarah Penubuhan Angkatan Tentera Malaysia dan sejarah Penubuhan Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi, Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mewujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad Ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak,

27204

Undang-Undang No. 11. Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda Melayu tampil dari pelusuk tanahair telah tampil menawarkan khidmat mereka, tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah diarahkan untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933. Skuad Pertama ini telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah dan pihak pegawai-pegawai British, selaku jurulatih sangat berpuas hati dengan kebolehan, kecekapan serta semangat keperwiraan yang ditunjukkan. Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diishtiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap. Seterusnya buat julung kali, pada 4 Nov 1936, seramai empat pemuda anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda. Mereka adalah No. 8 Ariffin bin Haji Sulaiman, No. 12 Ibrahim bin Sidek, No 13 Ismail bin Tahar dan No.25 Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang

dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Jan 1938. Dengan tercetusnya peperangan di Eropah pada 3 Sep 1939, latihan anggota Askar Melayu telah dipertingkatkan dan kekuatannya diperbesarkan.

Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia pula bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada

Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua,

seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini

mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan

Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah

berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya a p a b i l a p e r a n g tamat. Malangnya d i s e b a b k a n k e k u r a n g a n kewangan selepas perang, Tentera

Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya te lah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949.

Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Berasal dari sebuah kapal penyapu periuk api menggunakan arang batu bernama HMS PENYU dalam tahun 1954, TLDM sekarang

ini telah dilengkapkan dengan kapal-kapal berenjin turbin gas yang laju, bersenjatakan peluru-peluru berpandu untuk peperangan dari permukaan ke permukaan, dari permukaan ke udara dan meriam-meriam jarak jauh. Kemasukan TLDM ke zaman peluru berpandu adalah satu langkah yang bersejarah dalam kemajuan TLDM di mana telah memang menjadi tradisi mempergunakan kemajuan perkembangan sains dan teknologi. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-Negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya (RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958 apabila sebuah pasukan (unit) yang dikenali sebagai Tentera Udara DiRaja Persekutuan Tanah Melayu (Royal Federation of Malaya Air Force) ditubuhkan dengan rasminya. Bagaimanapun, sejarah

awal pasukan udara di Tanah Melayu dikesan sejak tahun 1936 selaras dengan penubuhan Straits Settlement Volunteer Air Force (SSVAF) oleh pentadbiran British bagi membantu pertahanan Negeri-Negeri Selat.

Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat

28

Pasukan ini dilengkapi dengan pesawat Hawker Audax. Pada tahun 1940 SSVAF diperbesarkan sebagai persediaan menghadapi ancaman perang dari Empayar Jepun yang telah mula memperluaskan pengaruhnya ke Tanah Besar China. Sebuah pasukan yang dinamakan Malayan Volunteer Air Force (MVAF) yang dilengkapi dengan pesawat Tiger Moth, Leopard Moth dan Dragon Rapide ditubuhkan. Bagaimanapun pasukan udara ini dimusnahkan oleh Jepun di Sumatera pada tahun 1942. Kemudian, dalam tahun 1950, Malayan Auxillary Air Force (MAAF) ditubuhkan di Singapura pada tahun 1950. Unit ini turut membantu operasi ketenteraan semasa Darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. MAAF inilah yang menjadi tunggak penubuhan TUDM pada tahun 1958.

Pembesaran Tentera Darat Malaysia Pada 1 Dis 1941, Batalion Kedua Askar Melayu telah ditubuhkan iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya, bagi menghadapi serangan Tentera Jepun yang sedang mara. Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis 1941. Kedua-dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni tersebut berundur ke Kuala Krai dan seterusnya Singapura. Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang bersama Tentera British menentang kemaraan musuh. Askar Melayu telah berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir

Panjang, Buona Vista Labrado dan Alexander. Selepas perang, negara dilanda pula ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diishtiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Salah satu peristiwa yang sukar dilupai dalam sejarah Tentera Darat ialah peristiwa tindakan Tentera Jepun manawan Bukit Chandu yang dipertahankan oleh Platun No. 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang diketuai oleh Lt Adnan bin Saidi. Tentera musuh, setelah gagal dalam percuban yang pertama, mengulangi serangan dengan kekuatan yang berlipat ganda. Di dalam pertempuran yang sengit ini, anggota Platun No. 7 telah berjuang dengan semangat yang gigih tanpa mengaku kalah. Lt Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis Machinegun dan mara untuk memberi semangat dan perangsang. Walaupun mengalami kecederaan, namun beliau telah menunjukkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Akhirnya tentera mush telah berjaya menawan Bukit Chandu dan Lt Adnan telah ditikam dengan benet dan mayat beliau digantung kepala ke bawah di sebatang pokok. Satu lagi peristiwa yang menyayat hati berlaku pada 28 Feb 1942, apabila seramai 8 orang pegawai Askar Melayu, setelah menjadi tawanan perang dibunuh di Pasir Panjang disebabkan keengganan mereka menanggalkan pakaian seragam tentera mereka. Selain dari anggota-anggota

anggota Platun No. 7 telah ber-juang dengan semangat yang gigih tanpa mengaku kalah. Lt Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis Machinegun dan mara untuk memberi semangat dan perangsang.

29204

Askar Melayu, ramai lagi anak-anak Melayu menceburi diri sebagai anggota dalam Federation Volunteer Forces menentang tentera musuh dan ramai yang turut terkorban. Disamping itu, ramai anak-anak Melayu yang berkhidmat dengan Tentera British seperti Royal Army Service Corps (RASC), Royal Army Ordnance Corps (RAOC), Royal Artillery

(RA) dan lain-lain pasukan yang turut berjuang. Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Feb 1942 dan anggota Askar Melayu yang masih hidup

telah menjadi tawanan perang. Apabila diperintah pulang ke

kampung masing-masing ramai dari mereka meneruskan perjuangan

menentang pemerintahan Jepun melalui pergerakan bawah tanah. Setelah negara

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang

maju dan lengkap untuk menjalankan opersi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan

TD sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.

Perbarisan HUT ATM Ke-82 Bersempena Hari ATM ke-82 tahun ini, seramai 29 pegawai dan 488 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun ATM Ke-82 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli Mohd Zin dengan tema ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 17 Sep 2015. Sebanyak 15 panji-panji Rejimen/Skudron Perkhidmatan ATM terlibat secara langsung dalam perbarisan ini merangkumi panji-panji dari 8 RAMD, 6 RRD, 2 KAD, 71 RSD, 2 DIV, 1 RAD (PARA) dan 72 KPD dari TD manakala bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) panji-panji yang terlibat dari KD Pelanduk, KD Malaya, KD Panglima Hitam dan KD Rajawali dan panji-panji dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melibatkan pasukan No 1 Skudron, No 7 Skudron, No 15 Skudron dan Kolej Tentera Udara. Perbarisan yang gilang-gemilang menggambarkan testimoni pengorbanan tidak ternilai yang telah dicurahkan oleh ATM. Ia mencerminkan manifestasi kesedaran dan kesediaan ATM untuk terus berikrar serta berkorban jiwa dan raga mempertahankan bumi pertiwi ini. Sebagai sebuah angkatan yang

profesional dan berdisiplin,

perbarisan merupakan nadi utama dalam menyuburkan lagi

Sistem Pemerintahan Regimental kearah memantapkan konsep trilogi manusia, mesin dan

metode. Dengan kehadiran detasmen dari Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara yang segak

telah mempamerkan keunggulan elemen manusia, seterusnya kecanggihan dan kapasiti aset-aset yang dimiliki telah mempamerkan keupayaan elemen mesin, manakala gaya persembahan kawad pula menonjolkan kecemerlangan elemen metode. Dengan lain perkataan,

perbarisan yang penuh bermakna ini telah menjelaskan falsafah synchronization trilogi yang menjadi halatuju ATM ke arah menjadi

Angkatan Berspektrum Penuh (Full Spectrum Force) dan mampu mengadaptasi segala cabaran pada masa akan datang sejajar dengan tema

HUT ATM Ke-82, ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara.

30

Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

NEGERI SEMBILAN: Seramai 1635 Perajurit Muda (PM) Lelaki dan 34 Perajurit Muda Wanita terlibat dalam Perbarisan Tamat Latihan PM Lelaki Siri 177/2015 dan Wanita 39/2015 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 12 Sep 2015. Latihan PM dilaksanakan selama 24 minggu yang mana latihan dijalankan secara konvensional mengikut objektif yang telah diselaraskan supaya setiap PM dapat menjalani latihan dalam waktu, tempat, kondisi serta bentuk latihan yang sama agar dapat melengkapkan PM dengan pengetahuan dan kemahiran asas ketenteraan sebelum diserapkan ke dalam pelbagai kor dalam TD. Lima PM dianugerahkan Perajurit Muda Terbaik mengikut kategori dimulai oleh PM Ahmad Azizul Mat Safie yang dianugerahkan PM Keseluruhan Terbaik dan Akademik Terbaik diberikan kepada PM Muhammad Zaireen Zailan Akram manakala Jasmani Terbaik PM Muhammad Izuan Lamat, Kawad Terbaik PM Mohammad Aniq Akmal Saini, dan Penembak Terbaik dianugerahkan kepada Perajurit Muda Mohd Akmal Aziz. D a l a m U c a p a n P T D , b e l i a u mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua PM atas kejayaan menamatkan latihan yang serba mencabar dan beliau turut melahirkan

perasaan bangga sekaligus mengucapkan syabas dengan kesungguhan yang diberikan serta menghormati semangat untuk mempertahankan kedaulatan tanah air dan bumi yang tercinta ini. “Saya berharap saudara dan saudari sekalian akan menjadi anggota tentera yang mantap fizikal, kental mental, kukuh spiritual, dan tahap intelektual yang tinggi sekaligus menjadi pewaris generasi yang akan datang serta muncul sebagai warga TD yang berkualiti dan memiliki jiwa pahlawan yang sejati kerana profesyen ketenteraan adalah satu kerjaya yang mulia,” tegasnya. PTD turut mengingatkan ke p a d a P M a ga r t i d a k menjadi duri dalam daging dan menjadi perosak kepada kegemilangan yang telah dibina kukuh oleh warga terdahulu dan perkara sedemikian t idak akan dibiarkan berlaku di dalam TD. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat ( T P T D ) , L t J e n D a t o ’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki serta keluarga PM.

P U S AT L AT I H A N

31204

PERAJURIT MUDA TDTamat Latihan

P U S AT L AT I H A N

32

Seawal jam 0655 pagi tanggal 21 Oktober 2015 Penduduk Kampung Budi, Tanjung Laboh Batu Pahat dikejutkan dengan letupan mortar dan juga

bunyi tembakan senjata dari arah Kem Pengakap Jubli Intan yang mengakibatkan setengah penduduk merasa gusar akan pekara tersebut. Penduduk kampung mula beranggapan berlakunya serangan yang tidak diingini oleh pihak pengganas yang selama ini tidak pernah berlaku di kampung mereka sehinggakan bunyi tembakan berlarutan selama sejam. Akhirnya kekusutan penduduk terungkai kerana letupan dan bunyi tembakan tersebut merupakan latihan dari Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) dalam Eksesais LINUD MALINDO Siri 1/2015 atau Lintas Udara Malaysia Indonesia. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Eksesais LINUD MALINDO ikuti liputan Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Luqmanul Arif Abd Karim dan Jurugambar BTDM, SSjn Mohd Shahril Mat Ali. Eksesais LINUD MALINDO merupakan satu Operasi Taktikal Bilateral di antara dua negara yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam taktik terkini dalam melaksanakan Operasi Paracut atau Lintas Udara

Kompeni Infantri Para. Selain itu eksesais ini dapat meningkatkan hubungan profesional dan saling boleh operasi di antara TDM dengan TNI-AD serta meningkatkan sinergi kedua-dua angkatan dalam melaksanakan Airborne Ops dan pada masa yang sama dapat bertukar pengalaman dan kepakaran diantara ke dua-dua negara. Secara dasarnya, eksesais ini merangkumi dua peringkat iaitu peringkat pertama merangkumi Persiapan, Pembukaan Eksesais dan Cross Training pada 14 hingga 15 Okt 2015 manakala peringkat kedua merangkumi empat fasa iaitu Fasa Perancangan bermula dari 16 himgga 17 Okt 2015 melibatkan aktiviti seperti persiapan aturgerak dan persiapan tempur, penyampaian perintah serta pengetahuan Para Ground Training yang memantapkan pengetahuan anggota.

melalui pertukaran kemahiran dalam latihan bersama selain dapat menilai keberkesanan doktrin dan PROTAP MALINDO yang diguna pakai oleh kedua-dua negara serta membolehkan pegawai dan PTT Kanan merancang, mengendali dan mengawal eksesais bersama di peringkat

Eks LINUD MALINDO Gabungan Mantap Dua Negara

33204

Fasa Kedua pula melibatkan pergerakan dan persediaan di Lapangan Terbang Batu Berendam pada 19 Okt 2015 di mana ianya melibatkan persediaan anggota TDM dan TNI-AD untuk menjalankan Operasi Penerjunan ke Zon Gugur (ZG). Fasa Ketiga ialah Fasa Penerjunan dimana pada peringkat permulaan latihan, anggota kedua-dua negara

akan melakukan penerjunan statik ke kawasan ZG Nenas, Simpang Renggam tetapi berikutan faktor cuaca yang buruk seperti jerebu tebal telah menghalang eksesais ini untuk menjalankan

Operasi Paracut ke ZG Nenas. Akhir sekali di Fasa Keempat melibatkan Operasi Mara

Secara Taktikal dari ZG Nenas ke Tanjung Laboh di mana para anggota akan melalui jalan-

jalan di sekitar kawasan perkampungan. Mereka akan membersihkan paksi mara

seperti menawan jalan perhubungan yang pent ing ia i tu jambatan, persimpangan laluan utama, dan sebagainya. Sebaik sahaja sampai di lokasi yang berdekatan dengan kawasan objektif, mereka akan melaksanakan tinjauan akhir ke atas objektif dan akhir sekali menawan dan mempertahankan kawasan objektif yang bertempat di Kem Pengakap Jubli Intan.

Operasi Paracut atau Lintas U d a r a i n i m e l i b a t k a n penyertaan seramai 163 pegawai dan anggota Lain-

lain Pangkat (LLP) dari pasukan 9 RAMD di pihak

TDM manakala di pihak TNI-AD melibatkan p e n g l i b a t a n seramai 41 pegawai

serta Perajurit Komando

Cadangan Strategis Angkatan Darat (KOSTRAD) Bataliyon Infantri 305 LINUD KOSTRAD. Menurut Ketua Kompeni Eksesais LINUD MALINDO merangkap wakil Pegawai Memerintah 9 RAMD Para, Kapt Salmuazhari Md Salleh, beliau berpendapat bahawa latihan ini adalah satu pelaksanaan yang mantap dimana hasil latihan bilateral ini dapat memberi pengalaman baru kepada kedua-dua pihak semasa melaksanakan latihan berbentuk Conventional Warfare (CW) dan Operasi Paracut. Walaupun terdapat perbezaan bahasa serta istilah terhadap Prosedur Teknik Taktik (TTP) namun dengan adanya Force Integration Training (FIT) atau Latihan Integrasi Seangkatan telah memberi impak yang baik serta membolehkan pelaksanaan eksesais berjalan dengan lancar dan teratur. Selain itu, beliau menambah latihan ini wajar diteruskan pada masa hadapan kerana penganjurannya dapat memupuk semangat kerjasama yang erat di antara kedua-dua negara. Sebaik sahaja selesai Operasi Menawan dan Mempertahankan kawasan objektif, latihan diteruskan dengan Perbarisan Penutup eksesais yang disempurnakan oleh wakil TDM, Pengarah Operasi dan Latihan (OPLAT) TD, Kol Khalid Sah Hamzah dan turut dihadiri oleh wakil TNI-AD, Komander 17 Briged Infantri Airborne, Kol Elkines Villando. Dalam ucapan penutup oleh wakil TNI-AD, beliau berharap agar hubungan erat yang terjalin ini akan terus kekal dan teguh di masa hadapan. Selain itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TDM kerana menerima TNI-AD dan saling berkongsi ilmu pengetahuan di antara kedua-dua negara. Secara keseluruhannya latihan ini dapat memberi kerjasama diantara kedua-dua buah negara serta dapat menambah baik cara latihan disamping mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia yang telah lama terjalin. Eksesais LINUD MALINDO Siri 1/2015 diakhiri dengan pertukaran dan pemakaian sayap penerjunan dari kedua-dua negara dimana anggota perbarisan saling bertukar sayap penerjunan sebagai simbolik terjalinnya hubungan akrab diantara kedua-dua negara sepanjang latihan diadakan.

34

E KS E S A I SOleh: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

PERAK: Seramai 1061 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) terdiri dari pasukan dibawah naungan Markas 2 Bgd dan pasukan 25th Infantry Division dari US Army Pacific Command (USARPAC) terlibat dalam Eksesais Kris Strike siri 19/2015 selama 14 hari bermula dari 9 hingga 22 Sep 2015. Perasmian pembukaan eksesais disempurnakan oleh Panglima Pemerintahan Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bersama General United States Army Pacific Command (USARPAC), General Vincent K. Brooks bertempat di Padang Kawad 2 RRD. Latihan ini merupakan eksesais

Eratkan Hubungan Dua NegaraEksesais Kris Strike

Bilateral diantara TDM dan USARPAC dibawah Program Bilateral Training And Consultative Group (BITACG) yang dianjurkan oleh Markas 2 Divisyen dan semasa majlis pembukaan turut diadakan acara meletakan keris sebagai tanda simbolik perasmian serta perbarisan bagi pemakaian toha kepada pegawai pelaku yang terlibat eksesais. Objektif eksesais adalah untuk meningkatkan tahap interoperability diantara trup yang mengambil bahagian dengan menambah pengetahuan taktikal dan prosedur operasi staf diantara kedua-dua negara melalui percambahan pengetahuan selain dapat melatih prosedur pos pemerintah di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan. Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Fadzil Mokhtar, Panglima 2 Bgd, Brig Jen Mas’od Hj Muhammad, pegawai-pegawai kanan TDM dan USARPAC serta anggota LLP kedua-dua negara yang terlibat.

35204

Pengalaman dan pengorbanan warga Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat khas-nya tidak dapat dibayar dengan wang mahupun

harta benda. Lebih mendukacitakan generasi-generasi baharu khususnya dalam ATM tidak mengenali pejuang-pejuang terdahulu yang telah berkorban demi memper-tahankan kedaulatan negara. Justeru, bagi menghargai dan mengangkat para pejuang agar dikenali dimata ATM satu iniasatif telah diambil oleh Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) dengan memaparkan ruangan sudut pengorbanan untuk menjadi tatapan kepada generasi kini agar lebih menghargai dan mengenali para pejuang. Ikutilah wawancara Wartawan BTDM PW II Mohamad Solor Hj Ismon bersama Kpl Mohd Yusuf Abdullah, 88 yang menceritakan kembali pengalaman suka dan duka serta pengorbanan be-liau semasa berkhidmat di dalam ATM semasa era sebelum kemerdekaan, darurat dan konfrontasi.

Wira Yang Tidak Di Dendang

Ketika ditemui beliau menyatakan pengalaman dan pengorbanan yang dilaluinya semasa berkhidmat sebagai seorang anggota tentera pada era sebelum merde-ka amat susah untuk menikmati kemakmuran dan kes-ejahteraan seperti yang dialami oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Anak kelahiran Ulu Yam, Ulu Selangor ini me-masuki Tentera Darat pada 24 Ogos 1948 di Port Dickson. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat Latihan Rekrut yang kini dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) beliau diserapkan ke Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) yang baru ditubuhkan pada 1 Jul 1948 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Batalion ini merupakan batalion perta-ma yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua, semasa tercetusnya darurat pada tahun 1948 sehingga 1960. Asas keanggotaan batalion ini adalah daripada batalion pertama dan batalion kedua RAMD yang ditubuhkan t e r l e b i h d a h u l u . Pa d a a wa l p e n u b u h a n nya , kebanyakan pegawai terdiri daripada rakyat British. Pegawai Memerintah pertama 3 RAMD adalah, Lt Kol W.O. Walton. Pegawai-pegawai Melayu hanya terdiri daripada pegawai-pegawai yang berpangkat Kapt dan ke bawah. Pada awal penubuhannya, 3 RAMD ditempatkan di Negeri Sembilan selama setahun bermula Jul 1948 hingga Mei 1949 dan seterusnya bertukar ke Pengkalan Chepa, Kelantan mulai Mei 1949 hingga Mac 1955, Seterusnya ke Batu Gajah, Perak mulai Mac 1955 hingga Dis 1961. Seterusnya pada bulan Dis 1961 hingga Nov 1977, 3 RAMD ditempatkan semula ke Kepala Batas, Kedah. Pada bulan Nov 1977 hingga Nov 1980 batalion ini ditempatkan di Kuala Lumpur, namun pada akhir tahun 1980 batalion ini kemudian dipindahkan ke

S U D U T P E N G O R B A N A N

36

S U D U T P E N G O R B A N A N

Miri Sarawak sehingga Nov 1984, sebelum kembali ke Kem Desa Pahlawan Kelantan pada Nov 1984 sehingga Okt 1995 dan kemudiannya Kem Lok Kawi, Sabah bermu-

la Okt 1995 se-hingga sekarang. Itulah antara rentetan per-jalanan 3 RAMD sejak ia ditu-buhkan hingga sekarang yang m e n e m p u h i pelbagai pen-g a l a m a n d a n p e n g o r b a n a n yang dilalui oleh setiap pegawai dan anggotanya u n t u k m e m -p e r t a h a n k a n kedaulatan ta-

nah air tercinta sehingga ke titisan darah terakhir. Kpl Yusof yang sinonim dengan panggilan Yusof tiger ketika berkhidmat dalam Tentera Darat bersama 3 RAMD menceritakan kembali bagaimana pasukannya terlibat

Hanya tiga anggota sahaja yang terselamat dalam serang hendap te r s e b u t . M a n a k a l a d i p i h a k p e n g ga n a s ko m u n i s p u l a d i -a n g g a r k a n 3 0 o r a n g m a t i . Pada tahun 1952, semasa op-erasi di Pahang, pasukan diaturgerak bagi melaksanakan tugas operasi selama setahun. Markas batalion di tempatkan di Gali dan Markas Taktikal di kawasan Raub. Sepanjang melaksanakan operasi 3 RAMD ber-jaya membunuh 14 orang pengganas komunis dan merampas pelbagai kelengkapan, serta dokumen dan makanan musuh. Pada bulan Jan 1953, 3 RAMD kembali ke Kelantan bagi melaksanakan gerakkan operasi

pada 27 Jul 1953 manakala pada t a h u n y a n g sama satu siri serang hendap d i l a k s a n a k a n yang membawa k e p a d a kejayaan Kompeni B m e m b u n u h p e n g g a n a s komunis . Pada 5 M a c 1 9 5 4 , Kompeni B yang di ketuai o leh Mej Brown ber-jaya membunuh tiga pengganas komunis semasa serang hendap

dengan lapan gerakan operasi melibatkan beberapa siri pertempuran yang menyaksikan rakan seperjuangan yang gugur dalam pertempuran tersebut. Antara peristiwa yang segar di ingatan beliau adalah pertempuran di Sungai Semur, Hulu Kelantan, sekitar kawasan Gua Musang pada 23 Mac 1950. Peristiwa tersebut menyaksikan Platun 12 Kompeni D yang diketuai oleh Lt M Hassan Yasin yang berkekuatan 26 anggota diserang hendap oleh pengganas komunis berkekuatan seramai 250 orang. Dalam pertem-puran tersebut seramai 17 anggota terkorban termasuk Lt M Hassan, manakala enam anggota yang mengalami ke-cederaan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Peristiwa tersebut menyaksi-kan Platun 12 Kompeni D yang diketuai oleh Lt M Hassan Yasin yang berkekuatan 26 anggota diserang hendap oleh pengga-nas komunis berkekuatan sera-mai 250 orang

d i P a s i r K e l a n g , K u a l a K r a i K e l a n t a n . Pada 15 Okt 1954, kompeni campuran yang diketuai oleh Mej Brown berjaya membunuh lima pengganas komunis dipercayai terlibat dalam pertempuran di Sungai Semur manakala pada Jan 1955, satu lagi siri serang hendap berjaya membunuh tiga pengganas komunis, namun pada masa sama seorang anggota terkorban iaitu Sjn Khalil Burok. Semasa operasi di Negeri Perak pada 18 Feb 1955, Pasukan diaturgerakan ke kawasan Parit, Bota dan Tanjung Tualang. Pada bulan Nov 1955, 3 RAMD ber-jaya menawan seorang pengganas komunis dan pada 4 Dis 1995 pasukan berjaya menawan sebuah khemah musuh bersama alat pencetak. Seterusnya, pada 23 Dis 1955 semasa serang hendap pasukan berjaya mem-bunuh tiga pengganas komunis. Manakala pada 21 Feb 1957 Platun 8 yang di ketuai oleh Lt Hood berjaya membunuh 4 pengganas komunis di Tronoh, di susuli dengan kejayaan pasukan membunuh Tien Kei seorang Ahli Jawatankuasa Daerah komunis dalan gerakan Bintang pada tahun 1958. Sepanjang pasukan berada di Negeri Perak, pasukan berjaya membunuh 60 orang pengganas komunis dalam satu gerakan yang dinamakan Gerakan Bintang yang dilaksanakan selama tujuh tahun. Semasa konfrontasi Malaysia/Indonesia, 3 RAMD digerakan ke Sabah pada tahun 1963 dimana ketika per-tempuran di Kalabakan, pada 29 Dis 1963 pos Kalabakan

sehingga bulan Jan 1955. Semasa melaksanakan operasi, Pbt Yaakob terkorban di tembak oleh pengganas komunis

37204

S U D U T P E N G O R B A N A N

diserang oleh tentera Indonesia dan mengorbankan seorang pegawai serta tujuh anggota selain 16 anggota yang lain cedera. Mereka yang terkorban adalah Mej Zainal Hj Yaakub, LKpl Abdullah Abdul Rahman, LKpl Ismail Mat, Pbt Md Zain Yaakub, Pbt Sharudin Yasin, Pbt Abdul Aziz Ghani, Pbt Ismail Mansor dan Pbt Yusuf Sulung. Pada 27 Jan 1964, Platun 5 diketuai Lt M Ishar bertempur dengan musuh, berjaya membunuh seorang tentera Indonesia dan merampas dua laras senapang, 12 grenade serta peluru. Seterusnya pada 28 Jan 1964 Platun 6 di ketuai Lt M Abdul Aziz membuat serang hen-dap di Estet Merutai dan berjaya membunuh tiga musuh.

kesiapsiagaan tanpa mengira perubahan zaman. Segala susah payah dan pengorbanan mereka mungkin tidak ramai yang mengetahui, namun dengan adanya coretan ruangan sudut pengorbanan BTDM dapat menyelitkan erti kemerdekaan dan kemajuan yang kita nikmati sekarang. Marilah kita sama-sama merenung dan mengambil iktibar daripada mereka-meraka yang telah lama berkorban untuk kesenangan kita sekarang. Kita sebagai generasi sekarang sepatutnya sen-tiasa mendekati dan menghubungi serta memberi s o k o n g a n k e p a d a b e b e r a p a b e k a s t e n t e r a terdahulu yang masih ada untuk mengambil sejarah, pengalaman dan pengorbanan daripada mereka untuk kita terus berjuang mempertahankan bumi Malaysia daripada di jajah semula. Ingatlah segala yang kita ni-kamati sekarang adalah perjuangan dan pengorbanan mereka-meraka yang telah pergi selamanya meninggal-kan kita, hanya segelintir yang masih ada namun ramai yang tidak mengetahui atau sekadar bercerita sahaja. Beliau bercerita bukan untuk menagih simpati atau menunjuk-nunjuk. Semua yang dilalui begitu menyentuh sanubari bagi sesiapa yang menemui beliau. Jadikanlah cerita yang serba ringkas ini sebagai satu tauladan dan ingatan kepada seluruh warga tentera dan generasi kini agar menghormati bekas-bekas tentera yang masih ada.

3 RAMD di aturgerakkan ke Sibu, Sarawak dalam melak-sanakan operasi sebanyak tiga kali iaitu bermula mac 1965 hingga Okt 1965 di Sibu, serta Mei 1966 hingga Jun 1967 dan Jan 1968 hingga Jul 1969 di Simanggang. Semasa di Simanggang pasukan berjaya membunuh tujuh pengga-nas komunis. Semasa di Sarawak pada 22 Okt 1974, pasu-kan diaturgerakan dalam Gerakan Chincang, Platun yang diketuai oleh Lt M Abdullah Dolmat bertempur dengan musuh dan berjaya membunuh seramai lima orang musuh. Diakhir temubual Kpl Mohd Yusof memberi pandangan bagaimana keadan beliau ketika menempuh pelbagai peristiwa yang diceritakan olehnya bersama-sama pegawai-pegawai dan seluruh anggota LLP dalam 3 RAMD sehingga beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 1969. Tidak dapat dibayar dengan apa jua pun segala pengorbanan yang mereka lalui di masa itu. Kini, pilihan terletak kepada kita sama ada rent-etan yang dilalui oleh beliau adalah sebagai sejarah untuk di kenang atau sebuah cerita yang didendang. Oleh itu, kita sebagai anggota tentera genera-s i seterusnya harus sent iasa meningkatkan

Kini, pilihan terletak kepada kita sama ada rentetan yang dilalui oleh beliau adalah sebagai sejarah untuk di ke-nang atau sebuah cerita yang didendang.

38

R E N C A N AOleh: Pbt Ainur Aishah Yahaya

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah

kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi hasutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjaja-han. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 me-lalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajah paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran tetapi malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Instituation, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khusus-nya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara. Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meming-girkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Dato’ Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu, rakyat Malaya dan memelihara serta mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu. Penentangan mereka serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakn di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen digan-ti oleh seorang Menteri Besar sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan. Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Dato’ Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertuan UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Ternyata perjuangan berabad

SEJARAH PENUBUHAN

39204

R E N C A N A

“ Ru n d i n ga n te r s e b u t b e rl a n g -s u n g s e l a m a d u a m i n g g u d a n pada 9 Jul 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwell di Malborough House, London”

SEJARAH PENUBUHAN

lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Masahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya. Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut ke-merdekan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College. Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka dari-pada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daripada Utusan Melayu banyak mem-berikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyu-suri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menump-ahkan keringat, darah dan air mata. Pejuang-pejuang kebangsaan seperti Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain lagi telah me-mainkan peranan penting dalam memerdekakan tanah Melayu daripa-da penjajahan British. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British. Antaranya ialah rombongan Parti Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak dan T.H Tan ke London. Malangnya, tuntu-tan kemerdekaan telah ditolak oleh British. Alangkah bertuahnya kita apabila kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman untuk memujuk British memberi kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil dan pada 2 Jul 1957, di atas kapal Alert di Woodlands, tuntutan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu telah dipersetujui oleh British. Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, memaklumkan akan penubuhan

MALAYSIAnegara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak dan Sabah yang bertu-juan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertai manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya meno-lak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apa-bila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri. Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Jan 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri terse-but telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh lima orang ahli,

40

dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherson, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie dan Mr. H. Harris bertindak selaku setiausaha. Sepanjang Feb hingga April 1962 suruhanjaya ini menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memoran-dum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, ke-satuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih 80% bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, lapo-ran tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British. Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk menga-dakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlang-sung selama dua minggu dan pada 9 Jul 1963, satu perjan-jian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwell di Marlborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatan-gani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Harold Macmillan, Ducan Sandys dan Lord Landsdowne. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tan Siew Sin, Datuk V.T Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun manakala Sabah pula telah diwakili

oleh Datuk Mustapha Datuk Harun, Donald A. Stephen, W.K.H Jones, Khoo Siak

Chiew, W.S Holley d a n

G.D Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada P.H.E Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Lee Kuan Yew dan Goh Keng Swee. Kedua-dua nega-ra bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12 Julai 1963 iaitu Kerajaan British ber-setuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31 Ogos 1963. Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia

menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakal Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha terse-but dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan Ganyang Malaysia. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor. Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematah-kan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengishtiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963 dan majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjauan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 Sep1963, laporan telah dikeluarkan yang menge-sahkan majoriti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyatan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia. Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan upacara mem-baca deklarasi penubuhan Malaysia dilakukan dihadapan yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah.

Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri

yang baru di dalam Persekutuan

R E N C A N A

41204

Malaysia iaitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stehen Kalong Ningkan. Namun penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965. Kemerdekaan yang dikecapi amat bermakna dan kita bebas bukan seka-dar daripada penjajahan fizikal mala-han mencukupi spiritual dan mental dan erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada ceng-kaman kuasa asing seterusnya beru-saha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh pen-guasaan ilmu pengetahuan untuk mem-percepatkan proses pembangunan negara. Menyorot kembali perjuangan ke-merdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini mengalami tiga peringkat perjuangan. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasin-gan sehinggalah pada cadangan untuk menga-dakan Kongres Melayu pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baharu hari ini un-tuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan agar kita tidak mudah dijajah lagi. Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Seluruh rakyat Malaysia telah me-lalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial dika-langan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar sa-ling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diter-uskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berka-liber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, per-paduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang disytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenal-kan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan memperting-katkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar Pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menja-dikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut eko-nomi, polituk, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat. Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri

lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah ter-henti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemer-langan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahu-lu perlu menjadi inspirasi untuk kita yang terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju serta moden dan jangan dilupa bahawa sejarah penubuhan Malaysia juga berkait rapat dengan sejarah ATM walaupun penubuhan awal tentera pada 1933 namun pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963, menyaksikan kerajaan telah merombak pembentukan ketiga-tiga cabang perkhidmatan di bawah Angkatan Tentera Persekutuan yang kini tertakluk di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 dan kerajaan juga mempersetujui hari ATM disambut pada hari dan tarikh yang sama setiap tahun sempena penubuhan Malaysia.

R E N C A N A

42

1 Skn RAJDRingankan beban SSjn (B) Musa Ghazali

Projek jiwa murni yang dilaksanakan oleh 1 Skudron Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 Skn RAJD) bertujuan “membantu orang awam

dan mengeratkan hubungan silaturahim” bagi menjalinkan persefahaman dan kerjasama yang lebih erat diantara masyarakat setempat dengan pasukan tentera. Ini adalah bertepatan dengan objektif program dalam pasukan 1 Skn RAJD supaya menerapkan semangat keprihatinan kepada golongan yang memerlu-kan dikalangan masyarakat bagi mengeratkan hubungan diantara masyarakat dengan anggota tentera dan secara tidak langsung mereka dapat menjiwai budaya tentera.Usaha sebegini seharusnya diteruskan dimasa akan datang sesungguhnya jasa dan bakti anggota TD harus di puji. Kehadiran anggota tentera di dalam projek jiwa murni dan pelbagai aktiviti sosial menunjukkan bahawa tentera dan rakyat berpisah tiada. Aktiviti ini menjelaskan dasar TD yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan terutama kepada masyarakat. Sebagaimana hasrat Panglima Tentera Darat (PTD) selaras dengan Perintah Ulungnya supaya merapat-kan hubungan tentera dan awam serta menyarankan agar warga TD seharusnya memainkan peranan mendekati rakyat supaya hubungan dua hala ini terus terjalin erat. Justeru, bagi menyahut seruan serta menjalinkan

Oleh: PW II Mohamad Solor Hj IsmonGambar: Luqmanul Arif Abd Karim

semangat setia kawan berpasukan, pasukan 1 Skn RAJD di bawah pentadbiran Markas 2 RAJD 2 Div terdiri dari-pada 1 Pegawai dan 12 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) b e r g a n d i n g b a h u m e l a k s a n a k a n p e m b i n a a n semula rumah menggantikan rumah yang terbakar milik seorang bekas tentera di Kemunting Perak. Menurut Pegawai Pemerintah 1 Skn RAJD, Kapt Rizuan Abd Aziz, 37 menyatakan pasukan ini diberi tanggung-jawab untuk melaksanakan projek jiwa murni yang diluluskan oleh Markas 2 Div. Setelah tinjauan dibuat, didapati permohonan menepati syarat-syarat yang di-perlukan melalui Persatuan Perpaduan Bekas Tentera Kemunting Perak (PPBTK) dan ATM bersetuju memberi perkhidmatan kejuruteraan RAJD sekaligus meringankan beban dalam usaha beliau membina semula rumah. “Antara syarat-syarat permohonan ialah pemohon mestilah mempunyai tanah, bahan binaan serta perun-tukan kewangansendiri yang dianggarkan berjumlah RM 42,000.00. 1 Skn RAJD menyalurkan bantuan dari segi kepakaran dan tenaga seperti jurubina, juruelektrik, tukang pelan serta pelbagai kemahiran secara percuma bagi membantu proses pembinaan sekaligus dapat men-gurangkan kos pembelanjaan. Projek pembinaan rumah ini bermula 29 Sep lalu dan dijangka siap pada awal bulan Nov 2015. Sehingga kini 50 peratus rumah ini telahsiap.

1 Skn RAJD menyalurkan bantuan dari segi kepakaran dan tenaga seperti jurubina, juruelektrik, tukang pelan serta pelbagai kemahi-ran secara percuma bagi membantu proses pembinaan

Pegawai Pemerintah 1 Skn RAJD, Kapt Rizuan Abd Aziz

J I W A M U R N I

43204

J I W A M U R N IJ I W A M U R N I “Saya amat berbangga dan terharu di atas semangat kerjasama serta berpuas hati dengan hasil yang ditunjukan untuk meyumbang bakti kepada masyarakat tidak mengira apa jua keadaan. Saya berharap ker-jasama seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa mengikut keperluan perkhidmatan untuk berkhidmat kepada masyarakat selaras ojektif utama 1 Skn RAJD. ” jelasnya lagi. Bagi Ketua Trup Projek, Lt Abang Harun Abang Sulaiman, 26 berdasarkan pemantauan setiap anggota mempunyai kepakaran tersendiri dan ter-latih standing dengan kepakaran yang dimiliki oleh jurutera awam. Selain itu anggota dapat mengasah kemahiran dalam bidang masing-masing. Ini membuktikan ba-hawa anggota tentera bukan hanya berjuang di medan perang tetapi mampu melaksanakan pelbagai perkara dan berkemahiran tinggi. Penyelia Tapak Projek, Sjn Mohammad Noor Nizam Md Yusoff, 40 berkata seramai 12 anggota yang menjalankan kerja-kerja pembinaan melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin mengi-kut jadual selama 40 hari walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Kerjasama yang diberikan oleh SSjn (B) Musa dan ahli persatuan PPBTK serta penduduk setempat sedikit sebanyak menjadi semangat serta moral kepada anggota tentera yang men-jayakan projek tersebut. Secara tidak langsung perpaduan di antara tentera dan masyarakat awam bertambah baik dan kukuh. SSjn (B) Musa Ghazali, 54 menyatakan sangat terharu dan ber-puas hati serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

TD yang telah menyalurkan sumbangan tenaga kerja ser-ta kepakaran bagi membina rumahnya dan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau. Beliau tidak akan melupakan jasa baik pihak kerajaan dengan kerjasama yang diberikan oleh TD terutamanya 1 Skn RAJD yang bertungkus lumus dalam usaha ini. Sesungguhnya anggota ten-tera sememangnya bersemangat dan sentiasa membantu rakyat serta golongan yang memer-lukan dalam melaksanakan projek jiwa murni. Harapan beliau agar kerjasama seump-ama ini dapat dikekalkan dan hubungan diantara tentera dan awam terus terjalin selamanya.

44

S U D U T I N S P I R A S I

Kejayaan dan kecemerlangan sekiranya tidak diiringi dengan pengalaman, tekad jati diri,

usaha, modal serta minat yang bersungguh-sungguh pasti tidak akan menampakkan hasilnya. Kejayaan bukan datang bergolek, bahkan ia mesti disusuli dengan iltizam yang tinggi demi mencapai cita-cita yang disasarkan. Perkara ini jelas terbukti apabila seorang bekas tentera mampu bersaing dan berdiri sama tinggi sebaris dengan usahawan-usahawan yang berjaya pada masa kini. Oleh itu, ikuti wawancara khas Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Pbt Ainur Aisyah Yahaya dan jurugambar

USAha

“Kejayaan bukan datang bergolek, bahkan ia mesti disusuli dengan iltizam yang tinggi demi mencapai cita-cita yang disasarkan”

Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan m e n e m u b u a l K p l

(B) Abd Rashid M a h m u d ,

55, yang

merupakan salah seorang pesara tentera yang kini telah berjaya menguruskan kedai makan dan memberikan

perkhidmatan katering setelah meninggalkan dunia ketenteraan.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini sememangnya di usia remaja begitu meminati

bidang ketenteraan sehinggakan membuat satu pilihan yang menjadi t i t ik corak perubahan dalam hidupnya dengan menjadikan bidang ketenteraan sebagai kerjaya pilihan. Pada sekitar Okt 1979, berbekalkan minat, semangat dan kecekalan beliau mula menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson selama enam bulan untuk membentuk diri dengan asas ketenteraan. Selepas tamat latihan asas, pada tahun 1980, beliau kemudiannya melapor ke Batalion Kelapan Rejimen

Renjer Diraja (8 RRD) ketika itu bertempat di Ipoh Perak sebagai anggota repal dan beliau telah bersara dalam pasukan yang sama, pada ketika itu bertempat di Kem Terendak, Melaka semasa berpangkat Kpl. Menyentuh sedikit sebanyak sikap peribadi Kpl (B) Abd Rashid, secara zahirnya beliau kelihatan seperti seorang yang pendiam namun jangkaan wartawan BTDM jelas sama sekali meleset kerana beliau merupakan seorang peramah dan ringan mulut. Beliau juga merupakan seorang berfikiran jauh dan sentiasa bersikap rendah diri dengan orang disekeliling beliau. Sikap beliau ini, ternyata disenangi dan disukai oleh semua pihak yang berada disampingnya M e n c e r i t a k a n d e t i k a w a l permulaan beliau sebagai usahawan perniagaan, minatnya mulai timbul

Tangga Kejayaan

45204

S U D U T I N S P I R A S Iapa bi la be l ia u mengis i masa lapang selepas persaraan dengan berniaga secara kecil-kecilan. Ekoran daripada itu, beliau telah mula untuk berkecimpung dengan lebih serius dalam dunia perniagaan dengan berbekalkan segala pengalaman dan amalan yang diperolehi semasa berada di dalam dunia ketenteraan juga semasa beliau berniaga secara kecil-kecilan dahulu. Berpegang kepada prinsip "bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah" beliau cekal menghadapi segala pahit getir dan dugaan yang menimpa demi mencari sesuap rezeki untuk menyara keluarga. Berkat dari doa dan kesabaran beliau, sekitar tahun 2000 akhirnya sebuah kedai makan berjaya didirikan dengan hasil usaha dan bermodalkan wang simpanan beliau ketika berkhidmat di bawah ATM. “Di awal perniagaan, saya terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan kualiti yang baik agar dapat memuaskan hati pelanggan yang datang menjamu selera di kedai saya. Ramai rakan-rakan yang memberi semangat kepada saya dan tidak kurang juga yang ingin menjatuhkan saya, tetapi berkat usaha disertai dengan sokongan dan dorongan isteri, syukur perniagaan saya terus kekal hingga ke hari ini" ujarnya. P e r n i a g a a n b e l i a u k i n i merangkumi sebuah restoran, perkhidmatan katering dan seliaan kontrak. Perkhidmatan katering yang diusahakan beliau adalah berkonsepkan membantu pelanggan iaitu memberikan kadar harga mampu disewa dan berpatutan kepada semua pelanggannya. Restoran yang menjadi kebanggaan beliau, Redailah Enterprise beroperasi di sekitar kawasan Masjid Tanah, Melaka sememangnya menjadi tumpuan ramai. Meskipun perniagaannya kini telah maju, beliau tetap bertekad u n t u k m e m p e r k e m b a n g k a n perniagaannya ke tahap lebih tinggi terutamanya perniagaan katering, untuk dijadikan sebagai perniagaan keluarga dan kelak diwarisi anak-anak serta keturunannya pada masa akan datang. Selain daripada itu juga, beliau turut berkerja secara sambilan sebagai pemandu bas sekolah dan mengusahakan projek ladang sawit di Kuala Lipis, Pahang. K i n i h a m p i r 1 5 t a h u n perniagaannya beroperasi. Sepanjang muasir ini, beliau mempunyai prinsip tersendiri untuk terus maju ke hadapan dan menjadi usahawan

yang berjaya. Banyak perkara yang telah beliau tempuhi dan beliau tidak keseorangan menghadapi segala dugaan tersebut. Di setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang insan bergelar wanita di belakangnya. Rokiah Hassan, bukan sahaja merupakan seorang isteri dan ibu kepada lima orang cahaya mata, malah beliau adalah rakan kongsi, pembantu, penasihat dan segalanya buat Kpl (B) Abd Rashid dalam mencapai apa yang diperolehi kini. Oleh dorongan tersebut, hari demi hari beliau memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan dengan keazaman dan iltizam yang kental, untuk mengubah nasib diri dan keluarga. “Dan jangan sesekali kita lupa pada yang maha Esa kerana dari-Nya rezeki itu datang dan jika kita tidak berusaha kita tidak akan dapat menikmati kesenangan serta ketenangan yang dicari,” jelas beliau ketika mengakhiri perbualan. Tambah beliau lagi , kepada

bakal-bakal pesara disarankan agar berani mengambil langkah untuk mencuba sesuatu yang baru dan yakin pada diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan. Yakinlah sedikit sebanyak pengalaman yang diperolehi dalam dunia ketenteraan pasti akan membantu dalam membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu perkara. Pengalaman yang bermakna ini tidak semua orang dapat perolehi dan oleh sedemikian, gunakanlah ia dengan sebaik-baik mungkin. Pengajaran yang boleh diadaptasi daripada kisah Kpl (B) Abd Rashid Mahmud ialah sesuatu kejayaan tidak boleh dicapai tanpa usaha. Meskipun dunia ketenteraan dan dunia masyarakat awam terlalu banyak perbezaannya, namun ia bukanlah satu halangan untuk menggapai cita-cita dan kejayaan. Jangan terburu-buru atau ghairah untuk mengejar kekayaan hingga tergelincir dari landasan sebenar hingga merugikan diri sendiri.

46

H A R I PA H L AW A N

Oleh: Lt Azuan Firdaus Abdul Aziz

Setiap tahun pada tanggal 31 Julai, negara akan meraikan perajurit-perajurit negara yang banyak berkorban demi tanah air tercinta

dengan mengadakan sambutan Hari Pahlawan bertujuan memperin-gati jasa perajurit yang gugur dalam memper-tahankan keamanan dan kedaulatan tanah air. Tanggal 31 Julai 1960, Kerajaan Malaysia telah mengiystiharkan sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat pada tarikh tersebut yang mana ianya merupakan platform bagi mensyu-kuri keamanan yang dikecapi negara sehing-ga membolehkan kema-juan dan pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang anca-man daripada anasir-anasir luar yang tidak bertanggungjawab yang ingin menghuru-hara-kan kemakmurannya.

Simboliknya pahla-wa n a d a l a h o ra n g yang gagah dan berani, pejuang yang gagah dan perwira yang ditakuti. Oleh itu, Hari Pahlawan boleh diertikan dengan hari mem-peringati pahlawan yang terkorban di medan perang dalam mempertahankan ke-daulatan negara daripada ancaman musuh. Pahlawan negara seharusnya menjadi

46

Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy D ay s e m p e n a n a m a bunga Poppy dan men-gambil semangat dari-pada pengiktirafan ini, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua yang dikenang di seluruh dunia serta menjadikan tarikh terse-but telah ditetapkan oleh kera-jaan pimpinan Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperingati jasa pera-jurit angkatan tentera dan polis

H a r i P a h l a w a n Kenang Jasa Perajurit

47204

H A R I PA H L AW A Nsejarah yang sentiasa dikenang kerana telah

mencipta ketamadunan negara kepada bumi bertuah ini. Perjuangan mereka sama ada di era sebelum merde-ka mahupun pasca merdeka terus menjadi titik tolak bagi permulaan dalam kandungan sejarah negara. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga Poppy dan mengambil semangat daripada pengiktirafan ini, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua yang dikenang di seluruh dunia serta menjadikan tarikh tersebut telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj un-tuk memperingati jasa perajurit angkatan tentera dan polis yang terlibat secara langsung dalam kemelut perebutan dengan be-berapa pihak berkepentingan dan berlarutan selama bertahun-tahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Namun, sambutan Hari Pahlawan pertama kali dia-dakan pada 4 Ogos 1968. Upacara julung kali itu telah diadakan di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Upacara sambutan te lah dimulakan dengan bertafakur bagi mengenang pahlawan-pahlawan yang telah gugur, diikuti dengan bacaan doa dan meletakkan

kalungan bunga serta menaikkan bendera. Biarpun tarikh 31 Julai diiystiharkan Hari Pahlawan, namun acara sambu-tan tidak semestinya hanya pada tarikh tersebut. Ia ber-gantung kepada keadaan atau keperluan. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis. Sebelum tahun 2010, acara sambutan Hari Pahlawan dia-dakan di Tugu Negara. Bagaimanapun mulai tahun 2010, kerajaan telah memutuskan lokasi sambutan dilakukan di dataran yang sesuai. Sebagai permulaan, Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi sambutan. Pemindahan lokasi Sambutan Hari Pahlawan adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia. Dengan perpindahan tempat sambutan ianya turut

47203

48

melibatkan perubahan acara yang diadakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Keputusan Majlis Fatwa Malaysia menjelaskan mengenai acara sambutan Hari

Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan Last Post, berta-fakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan tugu. Dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh

48

Pemindahan lokasi Sambutan Hari Pahlawan adalah seb-agai mematuhi garis pan-duan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di ka-wasan yang mempunyai pa-tung menyerupai manusia.

49204 49203

mengenai serangan Balai Polis Kuala Krau, Pahang pada 26 Jun 1948 menyentuh perasaan penonton sebaik adegan isteri kepada mata-mata polis, Mohd Yusoff Mohamad iaitu Mahani Konel yang sarat mengandung terkorban kerana membantu suaminya mempertah-ankan balai itu daripada serangan komunis dilakonkan. Turut dipersembahkan ialah kisah ASP Mohd Zabri Abdul Hamid daripada Platun 69 Komando yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir menentang komunis di Sungai Siput, Perak dalam Ops Bamboo 2 pada 1975. Acara kemudiannnya diteruskan dengan tiupan P a l u a n Fa j a r i a i t u J a l u r g e m i l a n g d i n a i k-kan sebagai tanda memberi semangat kepada anggota tentera dan polis yang masih hidup untuk terus m e m p e r t a h a n ka n ke d a u l a t a n d a n ke a m a n a n negara. Seterusnya, laungan Daulat Tuanku dilaungkan sebanyak tiga kali sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan dan rakyat di bawah naungan baginda. Kesimpulanya Hari Pahlawan ini begitu besar ertinya dan setiap warganegara wajar mengingati tarikh 31 Julai setiap tahun sebagai satu cara mengenang budi dan bagi mengingati kembali perit jerih erti perjuangan para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi ke-makmuran negara. Mungkin, Hari Pahlawan di Malaysia tidak sehebat di negara lain, tetapi janganlah pula ia terus dilupakan. Ingatlah, kenikmatan yang dikecapi kini adalah hasil keringat dan darah pahlawan terdahulu yang mempertaruhkan nyawa mereka demi kedaulatan negara supaya pewaris kini dapat menikmati keamanan secara berterusan dan sebagai pewaris negara yang hidup kini, haruslah terus menjaga keamanan dan kedaulatan negara agar tidak mudah dicerobohi oleh anasir-anasir luar.

31 Julai setiap tahun sebagai satu cara mengenang budi dan bagi mengingati kembali perit jerih erti perjuangan para p a h l a w a n n e g a r a y a n g t e l a h b a nya k b e r ko r b a n demi kemakmuran negara.

syarak. Untuk sambutan Hari Pahlawan 2015, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menyaksikan istiadat sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka. Turut hadir Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Acara dimulakan dengan tiupan Last Post dengan Jalur Gemilang diturunkan sebagai simbolik untuk

mengenang mereka yang terkorban dan hadirin kemu-dian diperdengarkan dengan deklamasi sajak berta-juk Pahlawan yang disampaikan oleh DSP Rose Baini Kassim dan ASP Mohamed Mahat, ciptaan Mej Mohamed Awang (Bersara). Kemudianya Persembahan pentomen

50

T R U P T D

MELAKA: Batalion ke 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD ) melaksanakan Pertandingan Spartan Challenge Tahun 2015 antara kompeni yang diadakan di kawasan sekitar Zon Gugur

Spartan Challenge Uji KemantapanWarga 17 RAMD Para

Nenas,Johor dan Melaka bermula bermula 30 Jul hingga 04 Ogos 2015. Pertandingan ini merangkumi tujuh fasa bermula dari fasa pertama iaitu penerjunan bersama alatan dan RV Procedure di Zon Gugur Nenas

sejauh 4 km, fasa kedua merang-kumi Pandu Arah malam sejauh 15 km, fasa ketiga mendaki dan menuruni Gunung Ledang, fasa ke-empat jalan lasak sejauh 40 km, fasa kelima mendayung perahu tempur sejauh 25 km, fasa keenam Ammo Box Race’ 2.4 km, Assault Course 1.6 km, Combat Stretcher Race 2 km dan yang terakhir yang ketujuh iaitu menembak M4 jarak 100m Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menilai ketahanan mental dan f izikal anggota 17 RAMD Para disamping menerapkan semangat juang yang kental dan tidak mudah menyerah kalah sesuai dengan moto 17 RAMD (Para) Pantang Maut Sebelum Ajal. J u a r a u n t u k s e t i a p f a s a m e n e r i m a p i a l a d a n j u a r a ke s e l u r u h a n m e n e r i m a p i a l a pusingan dan wang tunai sebanyak RM 1000 yang di menangi oleh Kompeni C diketuai oleh Lt Abdul Qayyum. -Risik Pasukan 17 RAMD Para

KEDAH: Seramai sembilan Pegawai dan 65 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB) terlibat dalam Ujian Kecergasan Anggota (UKA) bagi peringkat kedua bertempat di sekitar pasukan pada 11 Ogos 2015. Tujuan UKA ini dilaksanakan bagi merealisasikan tahap kecergasan anggota ke tahap yang maksima supaya dapat melakukan aktiviti yang lasak ketika latihan dan operasi. Ujian dimulakan dengan larian sejauh 2.4km seterusnya diikuti oleh ujian bangkit tubi selama dua minit dan diakhiri ujian tekan tubi selama dua minit.- Pbt Zulkifle Abd Wahab.

UKA Uji Warga 165 MIB

KEDAH: Seramai 18 Pegawai dan 127 anggota Lain-Lain Pangkat Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB) terlibat dalam Ujian Jalan Laju sejauh 15 km bertempat disekitar Kota Kuala Muda pada 13 Ogos 2015. Ujian ini merupakan salah satu latihan pasukan yang dijalankan bagi setiap tahun bertujuan untuk mempert-ingkatkan sikap positif dikalangan anggota selain dapat mengukuhkan semangat setiakawan, kerjasama, disiplin dan sikap keperwiraan.- Pbt Zulkiflie Abd Wahab, Gambar: Pbt Zulkiflie Abd Wahab.

165 MIB Laksana Ujian Jalan Laju

51204

T R U P T D

Kursus APAC Mantapkan Warga 10 Bgd Para

MELAKA: Seramai 15 pegawai dan 153 anggota dari 14 unit di bawah naungan Markas 10 Bgd (Para) menghadiri Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) siri 35/2015 yang diadakan selama lima minggu bermula 1 Ogos hingga 4 Sep 2015 bertempat di Combat Village Batalion ke 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD). Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan mental dan fizikal serta memupuk semangat juang perajurit para yang kental dan berani selain menanamkan semangat airborne brotherhood di kalangan warga 10 Bgd (Para). APAC terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa kem dimana teori asas berhubung operasi lintas udara, amfibi dan air assault serta latihan peningkatan fizikal dan mental dilaksanakan sebelum mengikuti fasa kedua iaitu latihan medan yang merangkumi latihan mendaki dan menuruni Gunung Ledang, Jalan Lasak sejauh 80 km, Ikhtiar Hidup dikawasan berpaya, membaca peta dan mendayung bot tempur sejauh 25 km. Penuntut Keseluruhan Terbaik dianugerahkan kepada Lt M Mohd Fahmizal Zamri dari 17 RAMD (Para), Penuntut Ketabahan Terbaik disandang oleh SSjn Mohamad Hisam Mohd Nor dari 17 RAMD (Para) manakala Penuntut Jasmani Terbaik diberikan kepada Rjr Ralph Fernandez Garai dari 8RRD (Para) Semua penuntut yang berjaya mengharungi cabaran dan latihan yang keras ini dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan berdarah yang disem-purnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Hasagaya. - Risik Pasukan 17 RAMD Para

KEDAH: Seramai 15 pegawai dan 122 anggota Lain - Lain Pangkat dan lima pekerja awam Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB) terlibat dalam Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba Sungai Petani pada 2 Sep 2015. Tujuan latihan adalah untuk meningkatkan tahap kesiap siagaan anggota dalam menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran di pasukan disamping dapat mem-beri pendedahan dalam cara-cara memadam kebakaran. Dalam latihan tersebut pihak Bomba memberi taklimat ringkas tentang bahayanya kebakaran dan punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran selain menunjukan teknik-teknik yang betul mengunakan alat pamadam api dan cara mencegah kebakaran dari terus merebak. - Sjn Amuthan Paraman.

Warga 165 MIB Didedah Cara

Mengawal Kebakaran

BAKAT 17 RAMD Para Lawat PPDK UMI

MELAKA: Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Batalion ke 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) mengadakan lawatan amal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UMI Kem Terendak yang dihadiri Pengerusi BAKAT 17 RAMD Para di Rozita Waty Ridzuan pada 27 Ogos 2015. Lawatan bertujuan untuk meraikan anak-anak is-timewa kelainan upaya serta mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli BAKAT 17 RAMD Para dan keluarga PDDK UMI. TeriahkanlawataniniadalahPengerusi BAKAT 10 Bgd (Para), PuanNorhanitabinti A. Hamid. Pelbagai aktiviti dilaksanakan semasa lawatan dan BAKAT 17 RAMD Para pasukan turut menyumbangkan peralatan muzik bagi kegunaan anak-anak agar dapat menggalakkan lagi pergerakan dan aktiviti anak-anak istimewa. Turut hadir Pengerusi BAKAT 10 Bgd Para, Norhanita A. Hamid. - Risik Pasukan 17 RAMD Para

52

T R U P T D

JOHOR: Sebanyak dua ekor lembu dikorbankan oleh Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dalam Majlis Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Rej 881 PUTD, Lt Kol Mohamad Nazri Ahmad bertempat di be-lakang Skn Bomba pada 24 Sep 2015. Aktiviti korban ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan diantara pegawai dan ang-gota di bawah naungan Rej 881 PUTD yang tidak pulang ke kampung halaman yang mana daging korban diagihkan kepada 120 anggota yang tidak pulang berhari raya. - Sjn Mohamad Firdaus Jumain, Gambar: Pbt Suhaiman Hashim

Ibadah Korban Rej 881 PUTD

Oleh: Sjn Mohamad Firdaus JumainGambar: Pbt Suhaiman Hashim

JOHOR: Re j i m e n 8 8 1 Pa s u k a n

Serah Terima Tugas Pen Ketua Skn Udara Peninjau Tak Rej 881 PUTD

Udara Tentera Darat (PUTD) men-gadakan Majlis Serah Terima Tugas Penolong Ketua Skuadron Udara Peninjau Taktikal Rejimen 881 PUTD

di antara Mej Zulkifli Muhammad dengan Penolong Ketua Skuadron yang baharu Mej Ahmad Hisyam Ahmad Hadzir bertempat di Horizon Pasukan pada 20 Ogos 2015. Mej Zulkifli Muhammad akan menamatkan perkhidmatan pada Okt 2015 dan beliau mula mema-suki bidang tentera dari peringkat bawahan pada 1 Sep 1989 di dalam Kor Rejimen Gerak Khas dan pada 8 Jun 1993 beliau mengikuti lati-han sebagai Pegawai Kadet dan di tauliah Sayap Penerbangan dan mula menyertai Pasukan Udara Tentera Darat pada 1 Mac 96 dengan melaksanakan latihan di Pusat Latihan Terbang TUDM Alor Setar. Majlis tersebut di saksikan oleh Pegawai Memerintah Rejimen 881 PUTD, Lt Kol Mohamad Nazri Ahmad dan Ketua Skuadron Udara Peninjau Taktikal, Lt Kol Mohd Adnan Yakup.

JOHOR: Seramai 1000 anggota tentera termasuk kelu-arga di bawah naungan Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) hadir dalam Senamrobik sem-pena Hari Sukan Negara anjuran Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen 811 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bertempat di Zon Lapangan PUTD pada 16 Okt 2015. Tujuan utama senamrobik ini diadakan adalah sebagai landasan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota serta ahli keluarga masing-masing selain dapat memupuk semangat kekeluargaan serta menyahut seruan kerajaan berkenaan kempen Hari Sukan Negara. Turut hadir Pegawai Memerintah Rej 881 PUTD, Lt Kol Mohamad Nazri Ahmad dan Kem Komandan MK 7Bgd, Lt Kol Bambang Sukocho Soejalmo. - Sjn Mohamad Firdaus Jumain, Gambar: Pbt Suhaiman Hashim

Senamrobik Hari Sukan Negara

53204

17 RAMD Para Laksana Ibadah Korban

Penutup Kursus Induksi 165 MIB

Urine Test Warga 165 MIB

MELAKA: Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Para mengadakan Ibadah Qorban dan Aqiqah sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha bertempat di perkarangan Menara Ramli 17 RAMD Para pada 24 Sep 2015. Warga pasukan dan ahli BAKAT 17 RAMD Para telah sama-sama berganding bahu bergotong royong dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidiladha melibatkan sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan. Turut hadir Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Hasagaya Abdullah, Mantan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Fadzil Tajudin. - Risik Pasukan 17 RAMD Para

Oleh: Sjn Amuthan Parman

KEDAH: Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Zon Utara dengan kerjasama Detasmen Keselamatan Medan (DKM) Sungai Petani melaksanakan Ujian Saringan Air Kencing secara mengejut bertempat di Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB) pada 23 Okt 2015. Ujian saringan tersebut dilaksanakan keatas pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat 165 MIB Risik TD bertujuan untuk membanteras gejala dadah dikalangan anggota pasukan ini di dalam usaha menjadikan pasukan bebas dadah seiring dengan hasrat serta komitmen Ketua Perisikan 165 MIB, Kol Hj Wan Mohd Arifin Wan Salleh. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua lapisan warga pasukan membolehkan anggota CPK dan Det KM membuat tugas dengan lebih cepat dan berkesan

KEDAH: Seramai 38 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB) yang baharu bertukar masuk ke pasukan ini terlibat dalam Perbarisan Pebutup Kursus Induksi dan Pemakaian Pangkat yang di sempurnakan oleh Ketua Perisikan 165 MIB, Kol Hj Wan Mohd Arifin Wan Salleh bertempat di Hutan Lipur Bukit Hijau pada 9 Okt 2015. Tujuan Kursus Induksi ini adalah untuk membolehkan anggota yang baharu bertukar masuk, mengenal secara mendalam bidang tugas pasukan dan seterusnya dapat menjalankan tugas sebagai seorang operator perisikan tempur yang disegani dalam Kor Risik Diraja khususnya. - Sjn Amuthan Paraman

T R U P T D

54

Oleh: Pbt Ainur Aisyah YahayaGambar: Mohd Rizal Ghazali

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan Tim yang mewakili formasi-formasi terdiri dari Trup TD, MK PLDTD, MK PLTD, PMB TD, MK 1 Div, MK 2 Div, MK 3 Div, MK 4 Div dan Task Force 450 terlibat dalam Perbarisan Penutup Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK) peringkat TD 2015 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Lapang Sasar Kem Perdana Sungai Besi pada 11 Sep 2015. UKMHK TD ini bertujuan untuk menerapkan disiplin yang tinggi serta menilai keupayaan dan kesiagaan TD seperti keterampilan, kepimpinan, tahap kecergasan yang tinggi, semangat juang dan semangat setiakawan adalah penting dalam pertandingan ini. Johan bagi Kategori Tempur dimenangi oleh MK 4 Div, manakala Johan Kategori Bantuan Tempur dimenangi oleh formasi Trup TD, dan Johan Kategori Bantuan Khidmat dimenangi oleh MK PLDTD. Ketua Platun Terbaik Kategori Tempur dianugerahkan kepada Kapt Mohd Ridhuan Mohd Asri, manakala Ketua Platun Terbaik Kategori Bantuan Tempur dianugerahkan kepada Lt Noradri Mat Rashid, dan Ketua Perbarisan Terbaik Kategori Bantuan Khidmat dianugerahkan ke-pada SSjn Zulkifli Khamis. Dalam ucapan PTD, beliau berbangga melihat ketrampi-lan warga TD yang segak, gagah dan bersemangat serta sentiasa bersiap sedia untuk menjadi benteng pertahanan

UKMHK TD 2015UKMHK TD 2015UKMHK TD 2015UKMHK TD 2015

M K T D

UKMHK TD 2015

UKMHK TD 2015Trup TD Juara Keseluruhan

negara pada sebilang masa. “ B e r d a s a r k a n kepada pelaksanaan dan keputusan ujian yang dilaksanakan se-lama empat hari yang lepas, saya percaya ba-hawa saudara-saudara telah bertungkus lu-mus melakukan yang terbaik, menunjukkan komitmen yang tinggi serta mempamerkan semangat juang yang jitu di sepanjang ujian ini berlangsung, seter-usnya saya yakin dan percaya bahawa objektif yang digariskan dalam penganjuran ini telah mencapai matlamat sepenuhnya,” katanya. Turut hadir, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Grup Arteleri Pertahanan Udara, Brig Jen Dato’ Yusri Hj Anwar selaku Ketua Pengelola UKMHK TD, Panglima-panglima Formasi, pegawai-pegawai SMR TD dan anggota LLP.

UKMHK TD 2015

55204

UKMHK TD 2015

UKMHK TD 2015Trup TD Juara Keseluruhan

UKMHK TD 2015UKMHK TD 2015

M K T D

56

TDM Johan Tilawah Al-Quran Peringkat ATMOleh: Pbt Ainur Aisyah Yahaya

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) muncul johan ke-seluruhan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke 66 tahun 2015 dengan men-gumpul markah 232 yang dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan pada 19 Ogos 2015. Majlis dimulakan dengan sembilan peserta tilawah memperdengarkan alunan bacaan Al Quran masing-masing yang mana Johan bagi kat-egori Pegawai dimenangi oleh Mej Mohamad Rashdan Abdul Razak dari Batalion ke 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD Mek) manakala Johan untuk kategori Qari Lain-Lain Pangkat (LLP) lelaki disandang oleh PW I Hj Mohamad Nor Hj Ahmad dari TDM, dan Johan Qariah kategori

LLP Wanita/BAKAT disandang oleh Rabiatul Adawiyah Ismail dari TDM. Selepas berakhirnya majlis pe-nyampaian hadiah, PW I Hj Mohamad Nor Hj Ahmad memperdengarkan bacaan Al-Quran dan majlis dimeri-ahkan lagi dengan penyerahan kunci

kenderaan untuk Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM (STAY ATM). Turut hadir PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohd Noor, pegawai-pegawai kanan ATM, dan anggota LLP.

KUALA LUMPUR: Seramai 31 Pegawai Perhubungan Awam (PRO) KEMENTAH terlibat dalam Lawatan Rasmi ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) yang diketuai oleh Ketua Seksyen Pentadbiran Korporat KEMENTAH Dalila Abdul Majid bertempat di Wisma TV Angkasapuri pada 13 Okt 2015. Lawatan bertujuan untuk memberi pendedahan ten-tang Operasi RTM dalam menyalurkan berita kepada penonton di negara ini serta mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara ATM amnya dan TD khasnya. Sebaik sahaja selesai sesi perbincangan dan peneran-gan, para peserta lawatan dibawa ke Studio TV dan Studio Radio RTM dimana terdapatnya enam Stesyen Radio Utama seperti Klasik Nasional FM, Asyik FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, dan KL FM. - Luqmanul Arif Abdul Karim

PRO KEMENTAH Lawat RTM

KUALA LUMPUR: Seramai 24 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) wanita Kor Risik Diraja (KRD) menyertai Lawatan Kerja ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) anjuran Jawatan Kuasa Hal Ehwal Wanita (JKHEW) KRD bertempat di Bilik Gerakan KPWKM pada 13 Okt 2015. Objektif lawatan adalah untuk meningkatkan penyer-taan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara, memelihara hak-hak kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa unsur diskriminasi serta memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, eko-nomi dan politik. Selain diberikan taklimat oleh Pegawai Penerangan KPWKM, Mohd Taib Ubah, JKHEW KRD turut diberi pelu-ang untuk melawat ke Bilik Anjung Kasih dan taska khas untuk pekerja-pekerja KPWKM. Yang turut dihadiri Ketua Setiasusaha KPWKM, Dato’ Sabariah Hassan. - Pbt Ainur Aisyah Yahaya

JKHEW KRD Lawat KPWKM

M K T D

57204

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan TD

Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

KUALA LUMPUR: Seramai 31 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dari pelbagai kor TD dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disem-purnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira ATM pada 1 Sep 2015. Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat Mej Jen Datuk Baharom Hamzah yang dinaikkan pangkat Lt Jen dan lima pegawai kanan di naikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ Mohd Dalib Basir, Brig Jen Dato’ Zulkapri Rahamat, Brig Jen Mohd Zakaria Hj Yadi, Brig Jen Mohammad Ab Rahman dan Brig Jen Ghazali Hj Ismail. Seterusnya PTD memakaikan pangkat Brig Jen kepada tujuh pegawai kanan berpangkat Kol dimulai dengan Kol

Mas’od Hj Muhammad dan diakhiri Kol Nawawi Daud manakala lapan pegawai kanan dinaikkan pangkat Kol dan 10 pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol. Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap dengan kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat agar dapat menaikkan lagi imej serta nama TD. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, pegawai-pegawai kanan TD serta isteri-isteri pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.

KUALA LUMPUR: Seramai 70 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kumpulan Pertama Malbatt 850-2 yang terlibat dalam United Nations

Malbatt 850-2 Selamat Tiba Di Tanah Air

Interim Force in Lubnan (UNIFIL) telah selamat tiba ke tanah air dan disambut oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB) Lt Jen Datuk Baharom

Hamzah bertempat di Pangkalan Udara Subang pada 9 Sep 2015. Sebaik sahaja turun dari pesawat mereka terus dibawa masuk ke Dewan Balai Ketibaan untuk menden-gar ucapan dari PAB dan dalam uca-pannya, PAB mengucapkan selamat kembali ke tanah air dan meluahkan perasaan bangga melihat anggota ATM yang sentiasa Environmental Friendly serta membuatkan pasukan dari negara lain mengkagumi ketah-anan fizikal dan mental anggota ATM dalam melaksanakan penugasan. Turut hadir AKS J5 Laksamana P e r t a m a D a t o’ P a h l a w a n H j Mohamad Adib Abdul Samad, AKS J9 Brig Jen Dato’ (Dr) Hj Samsudin Hj Suirman, pegawai kanan ATM, dan Keluarga anggota Malbatt 850-2.- Luqmanul Arif Abdul Karim, Gambar: Pbt Ainur Aisyah Yahaya

M K T D

58

MMR Dan Dining In Panglima 9 BgdM E D A N T I M U R / 1 D I V/ TA S K F O R C E 4 5 0

Oleh: Cwg Risik 9 Bgd

SARAWAK: Seramai 118 pegawai be-serta pasangan dari pasukan di bawah naungan Markas Briged ke 9 Infantri Malaysia (Mk 9 Bgd) terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental dan Dining In Panglima 9 Bgd, Brig Jen Abdul Rahim Sebeli dan isteri Norhamidah Mohd Jaiz bertempat di hotel terkemuka sekitar Miri pada 26 Sep 2015. Dalam ucapan Panglima, beliau meluahkan rasa bangga di atas komit-men pegawai serta pasangan di dalam menjayakan majlis tersebut walaupun MK 9 Bgd agak sibuk dengan keper-luan penugasan harian serta terli-bat sebagai Bgd penganjur kepada beberapa acara diperingkat negeri dan Tentera Darat seperti Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Limbang dan Sambutan

Hari Ulang Tahun Ke-79, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dataran Sibu tetapi masih mampu untuk menjayakan

majlis seumpama itu. Beliau turut merakam ucapan teri-ma kasih kepada Pegawai-pegawai Sukarela dari Rej 510 (AW) yang turut sama memeriahkan majlis berkenaan.

22 RAMD Laksana Projek Jiwa MurniSABAH: Seramai 24 anggota tentera dan juga kakitangan Hospital Semporna terlibat dalam Program Jiwa Murni yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD), Lt Kol Md Hanafi Shamsudin bertempat di Pulau Danawan pada 03 Okt 2015. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubun-gan penduduk kampung dengan pasukan keselamatan selain memberi bantuan dalam bentuk perubatan seperti pergigian dan perubatan. Selain itu program ini mendapat sambutan serta perhatian daripada penduduk kampung kerana di Pulau Danawan tidak terdapat kemudahan awam seperti Klinik Desa dan jauh dari Pekan Semporna dan dengan adanya program-program seperti ini dapat membantu penduduk kampung yang masih ramai ketinggalan dalam arus pemodenan.- Risik Pasukan 22 RAMD

SABAH: Panglima Medan Timur Tentera Darat (TD), Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar melawat ke kawasan operasi sektor selatan serta beramah mesra dengan anggota Batalion ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) dan Batalion ke 8 Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) Para bertempat di Pulau Pandanan pada 28 Sep 2015. Dalam lawatan tersebut beliau menyatakan harapan supaya anggota dapat menjalankan tugas dengan berhemah agar organisasi TD terus disegani dan mengucapkan tahniah kepada Pegawai Memerintah kerana berjaya menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dalam menangani isu-isu di perairan Semporna. Turut mengiringi lawatan tersebut, Panglima 5 Bgd, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin. - Kapt Mohd Fareez Alias, Gambar: Sjn Muhammad Safar Ibrahim

Panglima PMT TD Lawat Kawasan Operasi

59204

TANDATANGAN...Panglima AT 450 Mej Jen Datuk Hj Masrani Paiman menandatangani Buku Lawatan semasa lawatan beliau ke pasukan-pasukan di kawasan Tawau yang diselaraskan oleh Batalion ke 26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) sempena perpisahan beliau bertukar keluar bertempat di Wisma Perwira 7 RAMD pada 4 Sep 2015.- SSjn Azli Md Mustafa, Gambar: LKpl Wan Muhd Azim Wan Ibrahim

M E D A N T I M U R / 1 D I V/ TA S K F O R C E 4 5 0

Kem 9 Bgd Laksana Mesyuarat KebajikanSARAWAK: Seramai enam pegawai dan 53 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Ke 9 Briged Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) terlibat dalam Mesyuarat Kebajikan Kem 9 Bgd yang dipengerusikan oleh Ketua Staf MK 9 Bgd, Lt Kol Khairuddin Zakaria bertempat di Dewan RASCOM pada 29 Sep 2015. Mesyuarat Kebajikan ini bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan yang timbul serta mem-bangkitkan usul-usul baharu untuk diketengahkan bagi tindakan pihak atasan agar dapat menambahbaikan kekurangan yang sedia ada. - Cwg Risik MK 9 Bgd.

Oleh: Cwg Risik MK 9 Bgd

SARAWAK: Seramai lima pegawai dan 21 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ke-2 Rejimen 510 Askar Wataniah yang diketuai oleh Mej Mohammad Saifulrizal Abu terlibat dalam menjayakan Program Jiwa Murni di Rumah Jaraw Sumok Sungai Plan pada 5 Sep 2015. Program ini merupakan khidmat komuniti mendekati masyarakat dalam usaha merapatkan silaturahim ke arah hubungan yang lebih baik dengan mengadakan pelbagai acara bersama penduduk rumah panjang dan antaranya pemeriksaan kesihatan dan rawatan pergigian percuma serta pengambilan ahli baharu menyertai Askar Wataniah.

Jiwa Murni Erat Hubungan Tentera Dan Rakyat

SARAWAK: Seramai dua pegawai dan 43 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 9 Skuadron Semboyan Diraja (9 SSD) dan Markas Ke 9 Briged Infantri Malaysia (9 Bgd) melakukan Pemeriksaan Saringan Air Kencing yang dilaksanakan oleh Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ) dan Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Sibu bertempat di Pejabat Latih 9 SSD pada 6 Ogos 2015. Pemeriksaan ini merupakan OP GAPRO Siri 3/2015 yang dilaksanakan bagi tujuan membanteras dan mem-bendung gejala penyalahgunaan dadah di kalangan anggota tentera yang mana tidak boleh dikompromi dan harus di-pandang serius. Turut terlibat dalam ujian saringan ini ialah PS 3 Risik, Muhammad Yuhyi Fahmi dan PS 3 GSPS, Lt Toby Chiang Pang Sheng. - Cwg Risik MK 9 bgd

CSJ Dan CPK Sibu Laksana OP GAPRO

60

TAKLIMAT...seramai 15 pegawai dan 159 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) men-dengar taklimat sebelum melaksanakan Ujian Jalan Laju sejauh 12 kilometer yang bertujuan mempertingkatkan sikap positif, semangat setia kawan, disiplin dan mental anggota bagi men-gukuhkan sikap keperwiraan di semua peringkat pegawai dan anggota agar tidak mudah luntur yang dilaksanakan di sekitar Tawau pada 28 Ogos 2015.- SSjn Azli Md Mustafa. -LKpl Wan Muhd Azim Wan Ibrahim

Sambutan HUT TYT Sarawak

Oleh: Cwg Risik MK 9 Bgd

SARAWAK: Seramai 10,000 orang awam dan tentera hadir dalam Perarakan sempena Sambutan

Ulangtahun Hari K e l a h i r a n K e -7 9 T u a n Ya n g Terutama (TYT) Ya n g d i - Pe r t u a Negeri Sarawak, T u n P e h i n S r i A b d u l T a i b Mahmud bertem-pat di Dataran Sibu pada 12 Sep 2015. Terdahulu dari itu, TYT melaku-kan pemeriksaan

Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion ke-3 Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang diketuai oleh Mej Jostin Seruling diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 17 das.

SARAWAK: Markas 9 Briged (MK 9 Bgd) mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yassin sempena Pelajar Menduduki Peperiksaan UPSR Sesi 2015 peringkat MK 9 Bgd bertempat di Masjid Al Mujahid, Kem RASCOM pada 7 Sep 2015. Majlis bacaan surah yassin dan tahlil dipimpin oleh Pegawai Staf Agama, Mej (Ust) Shahrin Md Saad disertai oleh ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera 9 Bgd dan anak-anak anggota. - Cwg Risik MK 9 Bgd.

MK 9 Bgd Anjur Solat Hajat

KORBAN...pasukan Batalion ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melaksanakan ibadah korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha bersama Komander Angkatan Tugas Bersama 2 bertempat di Kem Sri Wangsa Semporna pada 24 Sep 2015. - Kapt Mohd Fareez Alias, Gambar: Sjn Muhammad Safar Ibrahim

IBADAH KORBAN...sambutan Hari Raya Aidil Adha Pasukan Batalion ke 26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah diadakan buat kali pertama semenjak pasukan ditubuhkan semula dengan acara dimulakan dengan Solat Sunat Aidil Adha dan disusuli dengan penyembelihan lembu korban bertempat di Surau Kem Kukusan Tawau pada 23 Sep 2015. - SSjn Azli Md Mustafa, Gambar: Lkpl Wan Muhd Azim Wan Ibrahim

A c a r a d i t e r u s k a n d e n g a n Perbarisan Rapat Raksasa yang diketuai oleh Timbalan Komander Rej 510 AW, Lt Kol Jagjit Singh Indar Singh yang melibatkan 108 kontijen terbahagi kepada enam kumpulan iaitu, Kumpulan Generasi Harapan Bangsa, Kumpulan Dasar d a n Pe ra n c a n g a n , Ku m p u l a n Pengurusan, Kumpulan Pengurusan d a n P e n t a d b i r a n , Ku m p u l a n Keselamatan dan Penguatkuasaan. Turut hadir Panglima Pemerintahan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw dan Panglima 9 Bgd, Brig Jen Abdul Rahim Sebeli.

M E D A N T I M U R / 1 D I V/ TA S K F O R C E 4 5 0

61204

Oleh: Cwg Risik MK 3 Bgd

SARAWAK: Seramai 54 pegawai dan 264 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) terlibat dalam Eksesais Kekar Malindo Siri 39AB/2015 yang disempurnakan oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw ber-tempat di Singkawang, Kalimantan Barat Indonesia. Latihan ini berobjektif untuk meningkatkan keceka-pan fungsi pemerintah dan pegawai staf diperingkat formasi dan pasukan dalam operasi gabungan dan memperkasakan keupayaan kedua-dua pihak b a g i m e l a k s a n a k a n o p e r a s i p e p e r a n g a n t e r b u k a s e l a i n d a p a t m e n g e r a t k a n kerjasama hubungan dua hala antara TDM dan TNI-AD. Dalam ucapan pembukaan oleh Panglima 1 Div, beliau menyatakan eksesais ini merupakan satu platform untuk ke dua-dua angkatan berkongsi dan menguji doktrin, standard operating procedure (sop) dan garis panduan di samping ianya juga merupakan satu

KEKAR MALINDO Perkukuh Hubungan Dua Negara

langkah untuk memperkukuhkan lagi tahap kesiapsiagaan angkatan tentera masing-masing dalam menghadapi sebarang ancaman. "Marilah sama-sama kita tunjukkan bahawa TDM dan TNI-AD adalah sebuah ketumbukan yang teguh dan tidak boleh diganggu atau di-usik keakrabannya kerana kita adalah tulang belakang, nadi dan teras kekuatan angkatan tentera negara masing-masing, "tegasnya. T u r u t h a d i r P a n g l i m a 3 Bgd, Brig Jen Md Yusof Aziz , PA N G DA M X I I / Ta n j u n g p u r a , Mayor Jeneral TNI Toto Rinanto.

M E D A N T I M U R / 1 D I V/ TA S K F O R C E 4 5 0

62

Serah Terima Tugas Panglima 8 BGD2 D I V

POTRET...pegawai naugan MK 8 Bgd bergambar kenangan bersama Mantan Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Azmy Hj Yahya semasa Majlis Makan Malam Rejimental sempena penghargaan mantan Panglima 8 Bgd bertempat di hotel terkemuka sekitar Kota Bharu pada 15 Ogos 2015. – Kpl Elyas Mamat, Gambar: Sjn Hamdi Mohd Zain.

TA N G G U N G J AWA B . . . m a n t a n Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Markas 8 Bgd (MK 8 Bgd), Datin Norma Hj Ramli dan Pengerusi BAKAT 8 Bgd yang baharu, Puan Azizah Abu Bakar menandatangani Buku Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 8 Bgd dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 8 Bgd bertempat di Rumah BAKAT 8 Bgd pada 17 Ogos 2015. – Kpl Elyas Mamat, Gambar: Pbt Nur Syamimi Zulkifly.

Oleh: Sjn Hamdi Mohd ZainGambar: Kpl Elyas Mamat

KELANTAN: Seramai 22 Pegawai dan 250 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas 8 Bgd (MK 8 Bgd) terlibat dalam Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 8 Bgd bertempat di Padang Kawad MK 8 Bgd pada 17 Ogos 2015.

Serah Terima Tugas di antara Mantan Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Azmy Hj Yahya dengan Panglima 8 Bgd yang baharu, Brig Jen Zarondin Md Amin disaksikan oleh Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Fadzil Mokhtar. Turut hadir Pegawai Memerintah pasukan dibawah naungan MK 8 Bgd serta anggota LLP.

63204

3 D I V

Trup TD 2 Johan UKM TD Tahun 2015

Oleh: Pbt Ainur Aisyah Yahaya Gambar: Sjn Vijay Gaundar al Arikrishnan

MELAKA: Sebanyak 10 Tim yang mewakili formasi-formasi terdiri dari Trup TD 1 (Gabungan 10 Bgd PARA dan Bn 165 Risik TD), Trup TD 2 (Gabungan GGK dan PUTD), Trup Medan, PUTD, PLTD, 1 Div, 2 Div, 3 Div, 4 Div dan Task Force 450 terlibat dalam upacara Penutup Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) TD 2015 yang diadakan di Tapak 400m, Kompleks Lapang Sasar Terendak, Melaka pada 21 Ogos 2015. Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah merasmikan upacara penutup UKM TD yang telah berlangsung selama enam hari bermula pada 16 Ogos 2015 sehingga 21 Ogos 2015. Pertandingan ini bertujuan meningkatkan standard kemahiran menembak individu dan melahirkan pegawai serta anggota TD yang mempunyai multiskill serta sebagai platform yang terbaik bagi pemilihan bakat-bakat baru untuk mewakili Pasukan Menembak TD ke Pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2015 yang akan dia-dakan di Bangkok, Thailand pada penghujung tahun ini. Jaguh UKM TD 2015 disandang oleh Kpl Mohd Ariffin Tumin dari Trup TD 1, manakala The King’s Man Tacthlon TD 2015 disandang oleh Sjn Nur Aizam Hamali dari Trup TD 1, dan seterusnya Trup TD 2 dinobat sebagai Johan keseluruhan Pertandingan UKM TD Tahun 2015. Dalam ucapan PTD, beliau menyatakan sudah sekian lama pertandingan UKM TD ini tertumpu ke-pada aspek kemahiran tertentu seterusnya percaya

bahawa cabaran dan evolusi ketenteraaan pada masa kini, perlu menjadikan pertandingan ini lebih relevan. “Tentera Darat telah sekian lama mengidamkan kejuaraan AARM dan kali terakhir TD membuktikan kejaguhan kita di AARM ialah pada tahun 1979 se-terusnya saya berharap, UKM TD ini mampu menjadi platform terbaik untuk kita mencari bakat-bakat baru bagi menganggotai Tim Menembak TD,” katanya. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kasssim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose selaku Ketua Pengelola Pertandingan UKM TD Tahun 2015, Panglima-Panglima, Pegawai-pegawai Kanan, SMR TD, anggota LLP dan para peserta.

64

3 Div Anjur Majlis Korban

Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka

3 D I V

MELAKA: Sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan dalam Majlis Korban

Oleh: PR 3 Div

MELAKA: Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) terlibat dalam perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 dan turut membantu mengurus dan menyelia perbarisan peringkat negeri Melaka yang diadakan di Dataran Pahlawan pada 31 Ogos 2015. Sambutan Hari Kebangsaan terse-but turut mempamerkan aset-aset ketenteraan dan agensi awam yang begitu mendapat sambutan dari se-luruh rakyat negeri Melaka. Antara tetamu Kehormat yang hadir adalah TYT Negeri Melaka, Tun Dato Seri Utama Mohd Khalil Yaakob dan isteri, Ketua Menteri Melaka, Dato Seri, Brig Jen (K) Ir Haji Idris Hj Haron dan isteri, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain.

Serah Terima Tugas Tim Panglima 7 BgdJOHOR: Seramai 12 pegawai dan 177 anggota Lain- Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas 7 Briged (MK 7 Bgd) terlibat di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Timbalan Panglima 7 Bgd yang diketuai oleh Lt Kol Roslee bertempat di Padang Kawad Rej 501 (AW) pada 11 Jul 2015. Timbalan Panglima 7 Bgd, Kol Jamaludin Royan Menerima Tabik Hormat dan memeriksa perbarisan anggota, seterusnya upacara mendatangani Dokumen Serah Terima Tugas Timbalan Panglima 7 Bgd di antara Kol Jamaludin Royan dan Kol Romaino Mohamad dan penyerahan Tongkat Kuasa Timbalan Panglima. Turut hadir Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ AB Aziz Hj Abdullah dan Komander Rej 501 AW Brig Jen Dato’ Tajuddin Joned. - Kpl Azlan Kadri, Gambar: Lkpl Mohd Budiman Abdul Ghani.

sempena Hari Raya Aidiladha 2015 anjuran Markas Divisyen Ketiga

Infantri Malaysia (MK 3 Div) ber-tempat di perkarangan Masjid As-Syuahada pada 24 Sep 2015. Majlis dimulakan selepas jemaah selesai melaksanakan solat sunat Aidiladha dan acara korban dimu-lakan dengan simbolik penyerahan pisau korban oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain kepada , PS 3 Agama 3 Div, Mej (Ust) Zulhazmi Yatim Mustafa, selaku ketua bagi acara menyembelih. Turut hadir Komander Artileri Div 3 Div, Panglima 10 Bgd Para dan pegawai-pegawai kanan dari Kem Terendak. - PR 3 Div

65204

3 D I V

POTRET...Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 3 Divisyen (Div), Datin Zainuriah Hj Mustapha bergambar kenangan bersama ahli BAKAT 3 Div sempena Pertandingan Bowling BAKAT 3 Div yang bertujuan mengeratkan hubun-gan sesama ahli BAKAT dan turut dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi BAKAT pasukan bertempat di Melaka International Bowling Centre pada 1 Okt 2015.- PR 3 Div

Oleh: PR 3 Div

NEGERI SEMBILAN: Seramai 11 pegawai dan 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 11 Kor Armor Diraja (KAD) yang diketuai Pegawai M e m e r i n t a h 1 1 K A D, L t Ko l Muhamad Azly Abd Aziz terlibat dalam Perbarisan Penyerahan Status Pemerintahan bertempat di Kem Syed Sirajuddin pada 1 Okt 2015. Perbarisan dimulakan dengan aca-ra menandatangani Sijil Penyerahan Status Pemerintahan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato Sri Zulkiple Haji Kassim dan seterusnya beliau menyerahkan sijil dan tombak pasukan 11 KAD kepada Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain, Panglima 3 Div. T D t e l a h m e l a k u k a n s a t u

11 KAD Bertukar Status Pemerintahan

anjakan besar apabila melaksanakan p e r u b a h a n P e m e r i n t a h a n pasukan 11 KAD yang memegang aset Kereta Kebal Pendekar dari Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat ke Markas Divisyen ke 3 Infantri Malaysia (3 Div) yang terkenal dengan gelaran Pasukan Gabungan Penggempur kini dipertanggung-jawabkan dengan satu pasukan yang memiliki aset strategik negara. Perbarisan diteruskan dengan gimik Panglima 3 Div melaku-kan tembakan dari kereta kebal Pendekar ke arah sasaran dan seterusnya disusuli dengan acara membuka dan memasang lambang formasi pada kereta kebal Pendekar. Turut hadir Panglima-panglima formasi di bawah naungan 3 Div, pegawai-pegawai dan anggota LLP.

66

14 RAMD (MEK) Bertukar Saluran Pemerintahan

3 D I V

Oleh: PR 3 Div

NEGERI SEMBILAN: Batalion ke 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (14 RAMD ) Mekanise (mek) mengadakan Perbarisan Pertukaran Saluran Pemerintahan 14 RAMD Mek yang sebelum ini berada di bawah Pemerintahan Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Bgd) ditukarkan ke bawah Pemerintahan MK 4 Bgd (Mek) bertempat di Padang Kawad MK Garison Gemas pada 14 Sep 2015. Perbarisan diteruskan dengan acara menandatangani dokumen serah menyerah antara Panglima 1 Bgd, Brig Jen Dato’ Adnan Abu Bakar dengan Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Ahmad Tajudin Abd Ghani disaksikan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain bertu-juan memantapkan lagi MK 4 Bgd (Mek) sebagai sebuah Briged Mekanise. Turut hadir Panglima 7 Bgd, Brig Jen AB Aziz Hj Abdullah dan , Komander Artileri Div 3 Div, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh.

MELAKA: Seramai 100 pasangan tentera di bawah naungan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) yang anak mereka akan menduduki peperiksaan UPSR, PT 3 dan SPM menyertai Program Seni Keibubapaan peringkat Terup 3 Div yang disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain bertempat di Dewan Perwira Terendak pada 2 Okt 2015. Program yang dikenali sebagai Parenting Skill Programe ini bertu-juan untuk menambahkan penge-tahuan mereka dalam pengurusan rumahtangga dan seni ibu bapa dalam mendidik anak-anak Dalam ucapan Panglima 3 Div beliau mahukan semua peserta men-gambil peluang bagi mendapatkan sebanyak mungkin ilmu-ilmu men-guruskan dan seni keibubapaan bagi

Terup 3 Div Laksana Program Seni Keibubapaan

membantu anak-anak mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan selain mendapatkan anak-anak yang berakhlak tinggi. - PR 3 Div

NEGERI SEMBILAN: Markas Garison Gemas mengadakan Pertandingan Sukan Petanque bersempena persaraan SMR Markas Garison Gemas, PW 1 Januri Parno yang diadakan di perkarangan Dewan Serbaguna Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 4 Ogos 2015. Pertandingan melibatkan antara cawangan dan turut disertai oleh ahli BAKAT Markas Garison Gemas dan telah dimenangi oleh Tim Pemerintah Garison Gemas, Kol Radzuan Hj Abu Bakar. - Kpl Muhammad Taufik Samsudin, Gambar : Kpl Khuzaimi Paimon

MK Garison Gemas Anjur Pertandingan Petanque

67204

3 D I V

Derma Darah Sempena Hari KebangsaanNEGERI SEMBILAN: Seramai 20 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Garison Gemas terlibat dalam melaksanakan Program Jiwa Murni bersama ma-syarakat setempat bagi menjayakan Acara Menderma Darah sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 ber-tempat di Klinik Kesihatan FELDA Jelai pada 27 Ogos 2015. Pembabitan warga tentera bersama penduduk setem-pat dalam menjayakan acara ini memberi gambaran positif terhadap sikap saling membantu serta tanggungjawab bersama dalam membantu golongan yang memerlukan. Turut Hadir Pemerintah Garison Gemas, Kol Radzuan Haji Abu Bakar dan ADUN Gemas, YB Tuan Abd Razak Abd Said.- Kpl Muhammad Taufik Samsudin, Gambar: Kpl Khuzaimi Paimon

Oleh: Kpl Muhammad Taufik SamsudinGambar: Kpl Khuzaimi Paimon

NEGERI SEMBILAN: Sambutan Hari Kebangsaan ke-58 Peringkat Negeri Sembilan berlangsung meriah

Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan

NEGERI SEMBILAN: Seramai 20 orang pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Garison Gemas terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas SMR Markas Garison Gemas bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 04 Ogos 2015. PW I Januri Parno akan menamatkan perkhidmatan-nya dan menyerah tugasnya kepada PW I Ali Noramali disaksikan Pemerintah Garison Gemas Kol Radzuan Haji Abu Bakar. - Kpl Muhammad Taufik Samsudin, Gambar: Kpl Khuzaimi Paimon

SMR MK Garison Gemas Yang Baharu

CERAMAH...Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain memberi ceramah berkenaan bahaya dan ancaman Gerakan Islamic State (IS) kepada semua peringkat pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat di bawah naungan MK 3 Div melibatkan pasukan 73 Kn KPD, 73 BOD, 73 Wksp Div, 3 Rej KPTD, 3 RSD, MK Garison Terendak, SBTD Terendak bertujuan memberi nasihat dan peringatan agar tiada pegawai dan anggota yang terjebak dengan kegiatan Islamic State yang jelas menyalahi undang-undang apatah lagi ajaran Islam yang suci pada 10 Sep 2015.- PR 3 Div

dengan penglibatan 60 buah kontinjen perbarisan yang membabitkan 11,000 orang peserta mewakili Badan-Badan Kerajaan Negeri, parti komponen Barisan Nasional peringkat negeri, agensi kerajaan dan pasukan keselamatan bertempat di hadapan Bangunan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 31 Ogos 2015. Markas Briged pertama Infantri Malaysia (MK 1 Bgd) diketuai oleh Panglima 1 Bgd, Brig Jen Dato’ Adnan Abu Bakar dan dibantu oleh Pemerintah Garison Gemas, Kol Radzuan Hj Abu Bakar sebagai penganjur program Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri turut mem-buat kelainan apabila mempertontonkan persembahan tar-ian perang yang melibatkan seramai 1,050 warga tentera. Turut hadir Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku M u n a w i r d a n Tu n k u A m p u a n B e s a r N e g e r i Sembilan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohammad Hj Hassan dan isteri.

68

Oleh: Sjn Shairun Hishan ShaariGambar: LKpl Mohd Bahtiar Mokhtar

JOHOR: Seramai lima pegawai dan 48 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 7 Workshop Briged (7 Wksp Bgd) terlibat

Pemeriksaan Tadbir Tahunan 7 Wksp Bgddalam Pemeriksaan Tadbir Tahunan Pasukan 2015 yang disempurnakan oleh Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Ab Aziz Hj Abdullah pada 15 Sep 2015. Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Ab Aziz Hj Abdullah sangat berpuas hati dengan persembahan oleh pasukan 7 Wksp yang mana pemeriksaan yang dilaksanakan setiap 18 bulan akan dihadapi oleh semua pasukan secara khususnya bagi penambahbaikan kualiti dan mutu pentadbiran sesuatu pasukan. Dalam ucapannya, beliau amat menekankan aspek disiplin anggota agar tidak terjebak dengan gejala

sosial dan dadah yang semakin meruncing di kalangan anggota tentera serta turut menegaskan agar semua per-ingkat anggota menjauhkan diri daripada sebarang unsur pengaruh syiah atau Islamic State sama ada melalui media massa atau media sosial.

BAKAT ATM Lawat PPDKJOHOR : Seramai 20 orang kanak-kanak istimewa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) diraikan sem-pena Lawatan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) ATM, Puan Sri Dato’ Hajah Umi Kalsom Wan Awang bertempat di PPDK Kem Batu 3 pada 24 Ogos 2015. Kunjungan Pengerusi BAKAT ATM adalah kerana ke-perihatinan dan ehsan beliau terhadap kesinambungan objektif penubuhan PPDK dalam kelompok keluarga tentera khasnya dan orang awam amnya agar dapat me-ringankan beban keluarga kanak-kanak istimewa. Turut hadir Timbalan Pengerusi BAKAT Darat, Datin Seri Noor Akmar Yaakob, Pengerusi BAKAT 3 Div, Datin Zainuriah Hj Mustapha dan Pengerusi BAKAT 7 Bgd Datin Norazimah Abdul Aziz. - Sjn Shairun Hishan Shaari, Gambar: Kpl Nuur Hamiidah Zuber

MELAKA : Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 3 Divisyen (3 Div) menganjurkan Pertandingan Boling BAKAT Peringkat 3 Div melibatkan BAKAT Bgd-Bgd di bawah pemerintahan 3 Div yang dirasmikan oleh

Pertandingan Boling Eratkan Hubungan BAKAT 3 Div

Pengerusi BAKAT 3 Div, Datin Zainuriah Hj Mustapha bertempat MITC pada 1 Okt 2015. Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan hubun-gan silaturrahim dan ukhwah di antara ahli BAKAT di bawah pemerintahan 3 Div yang mana pertandingan terbahagi kepada lima kategori iaitu acara Individu Ahli BAKAT, Berkumpulan Ahli BAKAT, Individu Pengerusi BAKAT, Berkumpulan Pengerusi BAKAT dan Individu Penasihat BAKAT.Johan keseluruhan Pertandingan Boling BAKAT Peringkat 3 Div dimenangi oleh BAKAT 1 Bgd manakala BAKAT 7 Bgd mendapat Johan acara Individu Ahli BAKAT, Johan acara Individu Penasihat BAKAT, Naib Johan acara Berkumpulan Ahli BAKAT dan tempat ke tiga untuk acara Individu Pengerusi BAKAT. - Sjn Shairun Hishan Shaari, Gambar: Kpl Nuur Hamiidah Zuber

3 D I V

69204

JOHOR : Pada 24 Ogos 2015 yang lalu,Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 7 Bgd menganjur-kan Majlis Ramah Mesra Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM ber-sama BAKAT 3 Div yang dirasmikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Dato’ Hajah Umi Kalsom Wan Awang bertempat di hotel terkemuka sekitar Kluang pada 24 Ogos 2015. Majlis tersebut bertemakan Klasik Melayu Moden yang mana pelbagai acara diadakan seperti Pameran Tradisional oleh setiap formasi, Pertandingan Menghias Ke k , G u b a h a n S o f t Toys d a n persembahan-persembahan menarik oleh ahli-ahli BAKAT setiap formasi seperti tarian, nyanyian, lakonan spontan dan cabutan nombor bertuah. Dalam ucapan Pengerusi BAKAT ATM, beliau menasihatkan kepa-da semua ahli BAKAT agar sen-tiasa mengekalkan hubungan si-laturrahim diantara ahli disetiap di

Ramah Mesra Pengerusi BAKAT ATM Dan BAKAT 3 Div

Oleh: Sjn Shairun Hishan ShaariGambar: Kpl Nuur Hamiidah Zuber

NEGERI SEMBILAN: Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 3 Divisyen (3 Div) menganjurkan Pertandingan Menembak BAKAT Peringkat 3 Div melibatkan Bgd-Bgd di bawah pemerintahan 3 Div yang dirasmikan oleh Pengerusi BAKAT 3 Div, Datin Zainuriah Hj Mustapha bertempat di Lapang Sasar Menyala, Port Dickson pada 8 Sep 2015. Pertandingan menembak ini diba-hagikan kepada empat kategori iaitu acara menembak Individu Ahli BAKAT, Berkumpulan Ahli BAKAT, Individu Pengerusi BAKAT dan Berkumpulan Pengerusi BAKAT dengan menggu-nakan senjata raifal dan pistol. Acara seperti ini dapat memberi pendedahan kepada ahli-ahli BAKAT naungan 3 Div tentang cara dan teknik untuk menembak, cara-cara mengendalikan senjata disamping berusaha untuk mengumpul markah tertinggi dalam acara yang diper-tandingkan selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pertandingan Menembak BAKAT 3 Div

Johan keseluruhan Pertandingan Menembak BAKAT Peringkat 3 Div dimenangi BAKAT 1 Bgd manaka-la BAKAT 7 Bgd menjadi Johan

Menembak Individu Pengerusi BAKAT 7 Bgd serta mendapat tem-pat ke tiga keseluruhan Pertandingan Menembak BAKAT Peringkat 3 Div.

peringkat formasi melalui acara-acara kerohanian dan sosial bagi meningkatkan produktiviti diri ahli dan penubuhan BAKAT itu sendiri. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Seri Noor Akmar Yaakob, Pengerusi BAKAT 3 Div, Datin Zainuriah Hj

Mustapha dan Pengerusi BAKAT 7 Bgd, Datin Norazimah Abdul Aziz. BAKAT 7 Bgd, Datin Norazimah Abdul Aziz. - Sjn Shairun Hishan Shaari, Gambar: Kpl Nuur Hamiidah Zuber.

3 D I V

70

Oleh: Sjn Shairun Hishan ShaariGambar: LKpl Mohd Bahtiar Mokhtar

JOHOR: Seramai dua pegawai dan 30 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion ke 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAJD) terlibat dalam Majlis Korban Perdana Parlimen Sembrong sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein ber-tempat di Kampung Gajah, Sembrong pada 26 Sep 2015. Acara korban tersebut dianjurkan oleh Parlimen Sembrong yang melibatkan tentera dan sebagai salah satu Program Tentera Bersama Rakyat di bawah kawasan tanggungjawab Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd). Turut hadir Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Ab Aziz Hj. Abdullah, Adun Kahang, YB Vidyanathan Ramadhani

MK 7 Bgd Terlibat Korban Perdana Parlimen Sembrong

dan Ketua Penolong Pegawai daerah Kluang, Mohd Hilmi Yaakob.

JOHOR: Seramai 500 anggota tentera dan awam yang bekerja di bawah naungan Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) hadir dalam Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Jengking yang di rasmikan oleh Menteri

MENHAN Rasmi Gelanggang Futsal Jengking

7 Bgd Laksana Ibadah KorbanJOHOR: Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) mengadakan Majlis Korban sempena sambu-tan Hari Raya Aidiladha yang disempurnakan oleh Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Ab Aziz Hj Abdullah bertempat di Dewan Mahkota pada 24 Sep 2015. Majlis korban tersebut adalah tradisi sejak dahulu lagi yang mana Panglima 7 Bgd akan bersama-sama dengan anggota menyambut Hari Raya Aidiladha dengan bersama-sama bergotong-royong menyempurnakan ibadah korban. Dalam ucapan Panglima 7 Bgd, beliau menasihatkan anggotanya agar sentiasa bersabar dengan ujian yang diberikan Allah S.W.T dan mengikut cara ketaatan dan kepatuhan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam peristiwa korban yang mana harus dijadikan panduan serta diterapkan dalam diri semua anggota dalam melaksanakan tugas yang diberi agar tugas tersebut dapat disempurnakan dengan jujur, ikhlas, amanah

Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bertempat di sekitar perkarangan PERNAMA, Kem Mahkota, Kluang pada 26 Sep 2015. Gelanggang Futsal Jengking ini telah dibina oleh pasu-kan 8 Skn Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dengan kekuatan keanggotan yang terlibat seramai seorang pegawai dan 21 anggota dengan tempoh pembinaan perlaksanaan selama empat bulan yang bertujuan sebagai kemudahan fasilitas sukan kepada pasukan dan ahli kelu-arga di Kem Mahkota agar dapat bergerak cergas dalam sukan futsal. Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Medan Barat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Ab Aziz Hj. Abdullah dan ADUN Mahkota, YB Jais Sarday. - Sjn Shairun Hishan Shaari, Gambar: LKpl Mohd Bahtiar Mokhtar

di atas arahan yang diberikan. - Sjn Shairun Hishan ShaariGambar: LKpl Mohd Bahtiar Mokhtar

3 D I V

71204

SELANGOR: Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal melakukan lawatan ulungnya yang pertama ke MK 11 Bgd bertujuan melihat sendiri dengan lebih dekat dan mengetahui keadaan pasukan dalam melaksanakan tugas harian pada 7 Okt 2015.

Ketibaan beliau disambut oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Badrul Hisham Muhammad dan menerima tabik hormat dari Kawalan Kuarter dan seterusnya diberi tak-limat lawatan berkaitan perkara Gerakan, Pentadbiran, Perisikan dan Logistik di Bilik Mesyuarat MK 11 Bgd. Dalam ucapan lawatannya, beliau mahukan semua warga 11 Bgd lebih peka dan proaktif dalam menjalankan tugas agar misi dan visi 4 Div tercapai dalam mengha-rungi arus permodenan TD dan menasihati agar aspek kebersihan dititik beratkan agar dapat mencerminkan persekitaran kem yang cantik secara tidak langsung akan meningkatkan semangat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna. Turut hadir PS 1 Ordnans MK 4 Div, Lt Kol Shaari Idris, pegawai-pegawai MK 11 Bgd dan anggota LLP. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang

Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul KadirGambar: LKpl Mohd Zulkifli Awang

KUALA LUMPUR: Seramai 14 pegawai dan 229 ang-gota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) yang diketuai oleh Pegawai

Serah Terima Tugas Panglima 4 DivMemerintah 4 Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Lt Kol Adnan Ajis terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 4 Div bertempat di Padang Kawad 6 Rejimen Renjer Diraja (RRD pada 15 Sep 2015. Perbarisan diteruskan dengan acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa di antara Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail dengan pengganti beliau Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal. Dalam ucapan mantan Panglima 4 Div, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga 4 Div kerana sepanjang pemerintahannya seluruh warga 4 Div memberikan kerjasama yang baik bagi menentukan setiap misi, tugas, dan arahan yang

dipertanggungjawabkan kepada Div dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Turut hadir Ketua Staf Am MK Pemerintahan Medan Barat TD, Mej Jen Dato’ Mohd Shukri Ahmad yang mewakili Panglima Medan Barat TD.

KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 60 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) Markas 12 Briged (MK 12 Bgd) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf MK 12 Bgd yang diadakan di Dataran Hijau MK 12 Bgd pada 7 Jul 2015. Serah Terima Tugas tersebut diantara Lt Kol Anuar Abdul Wahab dengan Lt Kol Suhaimi Hj Shamsuddin disaksikan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Mohd Nazri Abidin dan turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah pasukan di bawah naungan MK 12 Bgd.- Cwg Risik MK 12 Bgd

Serah Terima Tugas KS MK 12 Bgd

Panglima 4 Div Lawat MK 11 Bgd

4 D I V

72

KUALA LUMPUR: Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 4 Div mengadakan Majlis Ramah Mesra Pengerusi BAKAT 4 Div bersama ahli-ahli BAKAT 4 Div bertempat di Wisma Perwira 4 Div pada 3 Okt 2015. Majlis tersebut diadakan buat pertama kali beliau mengambil alih Pengerusi BAKAT 4 Div pada 15 Sep 2015 yang bertujuan untuk beramah mesra dengan ahli-ahli BAKAT selain dapat merancang semula aktiviti BAKAT 4 Div menjadi aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat ke-pada semua pihak tanpa mengabaikan keluarga terutama anak-anak. Majlis dimulakan dengan melihat sudut kraftangan daripada BAKAT Trup Div, BAKAT 11 Bgd dan BAKAT 12 Bgd yang menghasilkan kraftangan yang kreatif serta mempunyai nilai seni yang tinggi dan diteruskan den-gan acara suai kenal oleh pengerusi serta ahli-ahli bagi merapatkan silaturrahim dikalangan ahli BAKAT 4 Div. Dalam ucapan oleh Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Anitha Ahmad beliau berharap kebajikan menjadi

Ramah Mesra Pengerusi BAKAT 4 Div

intipati yang paling utama dalam pengendalian aktiviti BAKAT agar terpancar keceriaan ahli BAKAT meng-hadiri sesuatu aktiviti tersebut selain ahli pula harus memberikan komitmen yang tinggi di dalam setiap perancangan atau aktiviti BAKAT. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, Gambar: LKpl Fatin Izzati bte Amir.

Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir. Oleh: Kpl Mohd Zulkifli bin Awang

KUALA LUMPUR: Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) menjadi johan bagi kategori Pasukan Tempur dalam Pertandingan Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK) Peringkat TD bertempat di Kem Perdana Sungai Besi dari 7 hingga 11 Sep 2015. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada Trup TD, Trup Medan TD, MK Latihan TD, MK Log TD, MK 1 Div, MK 2 Div, MK 3 Div, MK 4 Div dan TF 450 yang ber-

4 Div Johan Pasukan Tempur UKMHK TDtujuan untuk melahirkan anggota yang berketerampilan, berani, berdi-s i p l i n t i n g g i , b e r k e m a h i r a n d a n b e r p e n g e t a h u a n s e p e r -timana yang dimahukan oleh TD. UKMHK mempertandingkan tiga kategori utama iaitu pasukan tempur, bantuan tempur dan bantuan khidmat yang mana MK 4 Div menjadi johan bagi kategori Pasukan Tempur dan tempat keenam bagi kategori Pasukan Bantuan Tempur manakala kategori Pasukan Bantuan Khidmat MK 4 Div mendapat tempat kedua seterusnya berjaya menjadi naib johan keseluruhan. Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja

Mohamed Noor dan dalam ucapan PTD beliau ber-kata UKMHK merupakan satu pertandingan yang memerlukan semangat setiakawan yang tinggi, ker-jasama yang erat sebagai satu tim, ketahanan mental dan fizikal serta kemahiran dalam asas kawad dan menembak yang mana dapat mendisplinkan setiap ang-gota. “Latihan yang dirancang dan berobjektif sahaja d a p a t m e m b a n g u n k a n m o d a l i n s a n y a n g b e r k e y a k i n a n t i n g g i d a n s e m u a a n g g o t a perlu bersaing dengan sihat untuk bergelar juara berlandaskan hasil latihan yang berkualiti,’’ katanya.

TANGGUNGJAWAB...mantan Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Gabungan Kem 12 Bgd, Noormazah Mohamed menyerahkan Dokumen Serah Menyerah Tugas kepada Pengerusi BAKAT Gabungan 12 Bgd yang baharu, Nor Rehan Ismail, disaksikan oleh Pengerusi BAKAT 12 Bgd, Hasnah Harun dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Gabungan Kem 12 Bgd bertempat di Anjung Seri, MK 12 Bgd pada 1 Ogos 2015.- Cwg Risik MK 12 Bgd

4 D I V

73204

Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul KadirGambar: LKpl Fatin Izzati Amir

KUALA LUMPUR: Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 4 Div mengadakan Majlis Serah Terima Tugas dan Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 4 Div yang baharu diantara Datin Faridah Hanim Ahmad dengan Datin Anitha Ahmad bertempat di Ruang Indera MK 4 Div pada 15 Sep 2015. Dalam ucapan mantan Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Faridah Hanim Ahmad beliau berharap kerjasama dan kesetiaan yang telah diberikan oleh semua ahli BAKAT kepada beliau selama setahun sembilan bulan sebagai pengerusi BAKAT 4 Div dapat diteruskan kepada Pengerusi yang baharu bagi meneruskan kesinambungan aktiviti BAKAT yang telah dirancang dalam memperka-sakan aktiviti BAKAT 4 Div. Beliau juga mahukan semua ahli BAKAT 4 Div agar terus memberikan komitmen yang tinggi di dalam setiap

BAKAT 4 Div Terima Pengerusi Baharu

perancangan atau aktiviti BAKAT yang akan dianjurkan sebagai satu aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat ke-pada semua pihak tanpa mengabaikan keluarga terutama anak-anak kerana kejayaan anak-anak dan suami akan membuktikan kejayaan ahli BAKAT itu sendiri. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah semua Pengerusi-pengerusi BAKAT di bawah naungan MK 4 Div.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan oleh Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) dalam Majlis Korban dan Akikah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2015 bertempat di Masjid Kem Wardieburn pada 26 Sep 2015. Dalam majlis tersebut Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal menyerahkan parang sebagai sim-bolik bermulanya acara korban kepada PS 2 KAGAT MK 4 Div, Mej (Ust) Mohd Rizwan Abdul Radzi untuk mengetuai acara penyembelihan lembu-lembu korban dan akikah. Proses melapah, memotong daging korban di buat secara bergotong-royong mengikut kumpulan bagi mem-percepatkan proses pembungkusan dan majlis diakhiri dengan pengagihan daging-daging kepada peserta korban dan akikah yang disempurnakan oleh Panglima 4 Div. Turut hadir Panglima 12 Bgd, Brig Jen Mohd Nadri Abidin serta Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohammed Feizol Anuar Dato’ Hj Ayob. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, Gambar: LKpl Mohd Zulkifli Awang

MK 4 Div Laksana Ibadah Korban

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai dan pasangan di bawah naungan Markas Briged ke 4 Infantri Malaysia (MK 4 Div) terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Sempena Penghargaan Panglima 4 Div bertem-pat di Wisma Perwira TD pada 5 Sep 2015. MMR ini diadakan bagi meraikan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail yang akan bertukar keluar ke MK Tentera Darat dan men-jawat jawatan sebagai Inspektorat TD dengan penuh adat tradisi ketenteraan bagi meneruskan kesinambungan tradisi officer corps yang telah warisi sejak dahulu. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera-hati kepada Panglima 4 Div yang disempurnakan oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Badrul Hisham Muhammad sebagai tanda ingatan dan peng-hargaan warga 4 Div. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang.

MMR Penghargaan Panglima 4 Div

4 D I V

74

A G A M A

PATRIOTISMEDari Perspektif Islam

OLeh: Mej Mohd Ramizi RemliPS 2 Penerbitan, Jabatan Arah KAGAT

Tidak dapat dinafikan bahawa asal-usul patriotisme adalah daripada budaya masyarakat Barat yang mereka warisi secara turun-temurun. Perkataan

patriotisme itu sendiri berasal daripada bahasa Yunani ‘Patria’ atau ‘Patris’ yang bermaksud tanah air (fatherland or homeland). Secara lebih lengkap maksud patriotisme ialah cintakan kepada tanah air dengan kesanggupan untuk menumpahkan hati budi kepadanya. Disebabkan perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani dan kemudian digunakan oleh bahasa Inggeris maka secara khusus perkataan ini mempunyai hubung kait dengan sejarah perkembangan budaya masyarakat Eropah daripada zaman Yunani sehingga zaman Barat Moden. Bagaimanapun ini tidaklah menafikan kewujudan nilai yang sama dalam masyarakat Timur dan masyarakat Islam. Nilai dan semangat patriotik yang menunjukkan kecintaan terhadap negara atau watan cukup banyak dipersembahkan melalui pengkisahan Al-Quran dan hadis. Sebagai contoh, Al-Quran merakamkan gambaran semangat cintakan tanah air Nabi Ibrahim a.s yang mengangkat t a n g a n m e m o h o n d o a k e p a d a A l l a h S W T u n t u k k e a m a n a n d a n k e s e j a h t e r a a n b u m i Meka h. F irma n Al lah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah, ketika Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian”. (Al-Baqarah:126). Demikian juga Nabi Muhammad SAW mempunyai nilai kasih sayang kepada tanah air yang cukup sebati t e r h a d a p b u m i k e l a h i r a n b a g i n d a , i a i t u Mekah. Hal ini kerap digambarkan oleh hadis baginda SAW. Antaranya dialog baginda dengan bumi Mekah tatkala terpaksa berhijrah ke Madinah: “Engkau wahai Mekah merupakan satu bumi yang baik d a n p a l i n g a ku c i n ta i , ka l a u s ek i ra nya

“mempertahankan negara dengan maksud memelihara agama juga adalah sebahagian daripada maqasid”

kaummu (pendudukmu) tidak mengeluarkan a ku d a r i m u n es ca ya a ku t i d a k a ka n menetap di mana-mana tempat selain d a r i p a d a m u ” . ( R i w a y a t At-Tirmizi).

Menurut Prof. Emiritus Dr. Hisham Sharabi, patriotisme dalam Islam dikenali sebagai wataniyah yang diamalkan dalam sempadan sesebuah negara yang tidak akan sesekali membelakangi prinsip agama. Ini kerana dalam kerangka Maqasid As-Syariah atau matlamat syarak,

agama senantiasa terletak pada kedudukan atau hierarki tertinggi dalam senarai kewajiban untuk

dipelihara, dipertahan dan dimartabatkan.

Dalam konteks ini, mempertahankan negara dengan maksud memelihara agama juga adalah sebahagian daripada maqasid. Ini kerana kebangkitan Islam dengan asbab wujudnya Madinah Al-Munawwarah

sebagai Negara Islam yang pertama. Malah pembentukan perlembagaan pertama dalam sejarah tamadun manusia yang dikenali dengan nama Piagam Madinah oleh Nabi SAW juga adalah satu manifestasi kepentingan pemeliharaan agama melalui pembentukan negara bangsa yang kuat. Secara lebih mendalam, patriotisme sebenarnya merujuk kepada semangat jihad di jalan Allah. Bagaimanapun jihad bukanlah merujuk kepada satu kepentingan yang sempit tetapi meninggikan kalimah

A G A M A

75204

PATRIOTISMEOLeh: Mej Mohd Ramizi RemliPS 2 Penerbitan, Jabatan Arah KAGAT

Gambar Hiasan“Bagaimanapun jihad bukanlah merujuk kepada satu kepentingan yang sempit tetapi meninggikan kalimah Allah yang melibatkan kepentingan yang lebih sejagat”

Gambar Hiasan

Allah yang melibatkan kepentingan yang lebih sejagat . Jihad dalam konteks ini bertujuan untuk menegakkan peradaban manusia seluruhnya supaya berada di landasan yang diredai Allah. Konsep jihad yang diutarakan ini seharusnya dilihat dari kaca mata yang positif, iaitu bertujuan untuk m e w u j u d k a n p e r d a m a i a n d a n keseimbangan, bukannya perbalahan dan melampau. Melalui semangat perjuangan, pemujaan kepada nafsu, perkara-perkara yang melampaui batas agama, kekejaman atau penindasan, pencabulan hak dan serangan musuh dapat dipatahkan atau dilenyapkan. Sekiranya tiada penghayatan konsep perjuangan kesemua perkara negatif tersebut akan bermaharajalela kerana tiada lagi kuasa pengimbang seterusnya te rh a p u s l a h ke h a r m o n i a n d a n kesaksamaan dalam kehidupan sejagat. Justeru, semangat patriotisme ya n g s e b e n a r s e j a j a r d e n g a n kehendak syariah perlu ditanam, dibajai dan disuburkan di segenap sanubari warganegara tanah air yang tercinta ini. Segala elemen yang menggugat keamanan dan kestabilan hendaklah dibanteras dan dihapuskan. S e ga l a p e r te l i n g k a h a n ya n g merugikan juga perlu dielakkan. Kebersamaan dan kesepaduan dalam apa jua usaha untuk mencapai kebaikan untuk negara hendaklah diutamakan. Mudah-mudahan negara kita sentiasa berada di bawah lindungan Ilahi dengan dilimpahi segala bentuk kemakmuran.

A G A M A

76

Tidak dinafikan bahawa setiap orang yang berada di dunia ini mengharapkan kehidupan yang selesa dan bahagia. Di antara punca keselesaan dan kebahagiaan

pula ialah sumber kewangan yang kukuh. Justeru, Islam menggalakkan umatnya mencari nafkah yang halal untuk kehidupan yang baik lagi mendapat keredhaan Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan judi itu, serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu)”. (Al-Maidah: 91) Ayat ini menerangkan mengenai bahaya al-khamar (arak) dan al-maisir (judi). Kedua-duanya merupakan jalan syaitan untuk mencetuskan permusuhan dan kebencian di kalangan manusia. Bahkan dengan kesibukan berjudi, syaitan juga dapat memalingkan hati manusia daripada mengingati Allah SWT, sehingga akhirnya tidak memperoleh apa-apa kebaikan di dunia dan di akhirat. Islam melarang semua bentuk urus niaga yang menyebabkan keuntungan kewangan diperoleh hanya berdasarkan nasib atau spekulasi dan bukannya dengan usaha gigih untuk mendapatkannya. Para ulama telah sepakat bahawa pelbagai bentuk dan jenis al-maisir adalah haram berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (al-khamar) arak dan (al-maisir) judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...” (Al-Baqarah: 219) Setiap permainan atau perbuatan yang menguntungkan satu pihak dan merugikan pihak lain termasuk dalam al-maisir yang diharamkan. Al-Maisir (judi) tidak semestinya dengan bermain daun terup, poker, permainan slot kuda, nombor ekor dan seumpamanya sahaja. Bahkan, setiap perkara yang ada unsur pertaruhan sama ada dalam bentuk wang atau apa sahaja harta adalah dikira sebagai judi. Walaupun pada asalnya perkara yang dilakukan adalah harus seperti sukan bola sepak, badminton, golf

J U D IOLeh: Mej Mohd Ramizi RemliPS 2 Penerbitan, Jabatan Arah KAGAT

Pencetus Permusuhan dan Perosak Akidahdan sebagainya, namun j ika mengandungi u n s u r t a r u h a n (harta atau material) kepada semua pihak, di mana pihak yang menang berhak mengambil (merampas) harta atau material daripada pihak yang kalah, maka ia dikatakan al-maisir. Perbuatan ini dilarang keras oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “ D a n janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang batil (yang salah menurut syarak)…” (Al-Baqarah: 188) Kini, judi siber begitu popular dengan permainan yang melibatkan pertaruhan wang secara haram menerusi internet. Setiap orang yang terlibat dengan perjudian ini perlu membayar nisbah pertaruhan yang ditetapkan dan pihak yang kalah hendaklah menyerahkan wang taruhannya kepada pihak yang menang. Permainan ini hukumnya haram kerana mendapatkan wang dengan cara yang salah dan zalim. Hasil daripada sumber yang haram akan menjadikan hidup hilang keberkatannya. Bahkan, sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT malah dijanjikan dengan azab yang amat pedih di akhirat kelak. Sebagaimana kebiasaannya apabila seseorang kaki judi itu kalah, mereka mudah terdorong melakukan perkara yang dilarang oleh syarak bagi mendapatkan wang atau modal untuk berjudi walaupun terpaksa mencuri, peras ugut, rasuah dan menipu. Akibatnya institusi kekeluargaan akan menjadi kucar-kacir dan musnah. Tanggungjawab dan amanah mereka terhadap isteri dan anak-anak terabai. Nafkah zahir tidak mampu diberi kerana segala harta dan wang ringgit telah dihabiskan dalam perjudian. Malah ada yang sanggup meminjam daripada ah long untuk mendapatkan wang segera asalkan dapat berjudi bagi memenuhi impian menjadi kaya yang tidak pernah menjadi realiti. Sedarkah kita? Bahawa inilah perangkap judi siber yang telah berjaya meruntuhkan institusi kekeluargaan

A G A M A

77204

dan merosakkan jati diri umat Islam hari ini. Ia menjadi bukti bahawa musuh Islam sentiasa berusaha menggunakan apa sahaja cara untuk menyesat dan melemahkan umat Islam termasuklah dalam bentuk permainan dan hiburan. Melalui perjudian ini, musuh-musuh Islam mengaut keuntungan, sementara umat Islam pula menjadi mangsa dan menanggung kerugian. Betapa ramai dikalangan umat Islam di negara ini yang telah menjadi bankrap sehingga mewujudkan golongan gelandangan akibat terperangkap dalam aktiviti judi siber masa kini. Apa yang amat mendukacitakan kita ialah, laporan menunjukkan bahawa sebahagian besar pelanggan tetap kafe-kafe siber yang terlibat dalam aktiviti perjudian atas talian ini adalah dalam kalangan orang Islam sendiri termasuk golongan profesional, kanak-kanak sekolah, para remaja dan golongan dewasa.

“laporan menunjukkan bahawa sebaha-gian besar pelanggan tetap kafe-kafe si-ber yang terlibat dalam aktiviti perjudi-an atas talian ini adalah dalam kalangan orang Islam sendiri termasuk golongan profesional, kanak-kanak sekolah, para remaja dan golongan dewasa”

Sesungguhnya, Islam telah meletakkan satu asas, bahawa pencarian rezeki itu hendaklah daripada punca dan daya usaha yang betul-betul halal dan bersih. Sekiranya seseorang bapa itu berjudi, sudah tentu hasil pendapatannya adalah haram. Bagaimana jika hasil kemenangan daripada berjudi itu dibelikan makanan untuk ahli keluarganya. Maka, samalah dengan dia menyuapkan batu-batu daripada api neraka ke dalam mulut anak isterinya. Sanggupkah kita melakukan demikian kepada keluarga kita? Hadis daripada Jabir Bin Abdullah RA bahawa Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Tidak masuk syurga orang yang daging tubuh badannya tumbuh daripada bahan makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”. (Riwayat Ahmad) Sesungguhnya tabiat berjudi juga boleh merosakkan akidah. Apabila mereka terlibat dengan unsur-unsur pemujaan bagi mendapatkan nombor ekor. Kegiatan memuja kubur, pokok besar, keris hikmah, dan tangkal azimat boleh membawa syirik kepada Allah. Terdapat juga peminat nombor ekor yang menemui bomoh untuk mendapatkan nombor bertuah. Bomoh tersebut akan menggunakan sihir dan tipu daya bagi memenuhi hajat pemohon dengan memuja atau melalui amalan “menurun”. Perbuatan seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Nauzubillahiminzalik. Punca berlakunya judi adalah disebabkan lemahnya iman seseorang itu, kurang jati diri, kecetekan akal fikiran dan bersikap sambil lewa terhadap hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT. Oleh itu, langkah yang boleh diambil dalam menghindarkan diri daripada terjerumus dengan kegiatan judi ini, antaranya ialah mengukuhkan keimanan. Iman adalah salah satu kekuatan yang dapat melindungi manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan menjamin kesejahteraan keluarga. Setiap individu muslim hendaklah memiliki pengetahuan agama Islam dan menghayatinya agar tidak tergelincir daripada ajaran dan akidah Islam. Berlakunya kemungkaran dan pelbagai gejala sosial hari ini antaranya adalah disebabkan oleh pudarnya semangat umat Islam untuk menegakkan dan melaksanakan amar makruf di antara sesama mereka.

Semua pihak bertanggungjawab membanteras segala bentuk perjudian yang berlaku. Tidak wajar kiranya bebanan ini diletakkan ke bahu pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan sahaja. Malah setiap individu, masyarakat, ibu bapa, guru-guru atau pendidik perlu peka terhadap masalah ini. Setiap orang Islam mestilah memahami bahawa amalan berjudi perlulah dibanteras kerana ia boleh mencetuskan permusuhan, meruntuhkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan ancaman kepada negara.

“Setiap orang yang terlibat dengan per-judian ini perlu membayar nisbah per-taruhan yang ditetapkan dan pihak yang kalah hendaklah menyerahkan wang taruhannya kepada pihak yang menang”

A G A M A

78

KANSER USUS PEMBUNUH SENYAP

Oleh: Pbt Ainur Aishah Yahaya

Penyakit ini sering didengar tetapi kurang diberi perhatian oleh orang ramai iaitu barah kolorektal atau barah

usus. Ia paling biasa dihidapi kalangan lelaki di Malaysia dan ketiga paling banyak dihidapi wanita di negara ini yang mana ia di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di Malaysia, kaum Cina mencatatkan bilangan tertinggi, diikuti India dan Melayu. Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita hampir sama, tetapi barah yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita. Walaupun punca utama yang menyebabkan kanser usus besar ini masih menjadi tanda tanya namun ia boleh dikesan pada peringkat awal sekali gus meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh sepenuhnya. Andai dibiarkan, ia boleh meragut nyawa. Mengikut Pendaftar Kanser Kebangsaan, lebih 3,600 kes baru dikesan setiap tahun dan lebih membimbangkan, kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

Definisi Kanser Usus

Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan

yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Tahap Perkembangan Kanser Usus

• Tahap 0 merupakan tahap yang dikenalpasti terdapatnya sel-sel kanser hanya pada lapisan paling dalam pada usus kolon atau rektum.

• Tahap 1 merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke dinding dalam usus atau rektum, tetapi belum dapat menembusi keluar.

• Tahap 2 merupakan tahap kanser yang mungkin telah menyerang rangkaian di sekitarnya, tetapi belum merebak ke kelenjar lain.

• Tahap 3 merupakan tahap di mana kanser telah merebak ke kelenjar di sekitarnya, tetapi belum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

• Tahap 4 merupakan tahap kanser yang telah merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain, misalnya hati atau paru-paru.

Tanda-Tanda Kanser Usus

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:

* Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.

* Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

KESIHATAN

79204

* Najis bercampur dengan darah.

* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

* Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

* Perut rasa memulas.

* Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

* Muntah.

* Hilang selera makan.

* Berat badan turun tanpa sebab.

* Kerap penat.

* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air atau mengalami sembelit.

Faktor Risiko Mendapat Kanser Usus

Kanser usus adalah sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan

polip (ketulan kecil) , membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses i n i m e n ga m b i l m a s a bertahun-tahun, tetapi ramai membiarkannya b e r l a k u . Te r d a p a t beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko s e s e o ra n g m e n d a p a t kanser usus. Antaranya:

• U m u r. G o l o n g a n berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

• K e h a d i r a n p o l i p dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada d i n d i n g u s u s b e s a r.

Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.

• Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

• Wanita penghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payu dara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.

• Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.

• Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

KESIHATAN

80

• Obesiti. Individu obesiti serta tidak mengamalkan gaya hidup aktif mempunyai p e l u a n g t i n g g i u n t u k menghidapi kanser usus.

• Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak m i n u m a n k e r a s b o l e h meningkatkan risiko kanser usus.

• K u r a n g b e r s e n a m . Apabila tidak aktif bersenam, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon dengan lebih lama.

Diagnosis dan Saringan Cara terbaik menangani barah usus ini ialah menerusi proses penyaringan. Negara Australia dan United Kingdom telah memperlihatkan kesan penurunan pada jumlah kematian akibat kanser kolon. Saringan perlu dilakukan bagi mengesan barah sebelum simptomnya muncul dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas disarankan menjalani saringan ini sebagai langkah pencegahan awal. Tindakan pantas mengesan dan membuang ketumbuhan atau polip sebelum ia bertukar menjadi barah adalah cara paling berkesan mencegah penyakit ini. Bagaimanapun, sekiranya barah itu sudah terbentuk dan dapat dikesan awal, ia masih meningkatkan peluang sembuh melalui pembedahan sebelum merebak ke organ lain. Beberapa ujian boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada kita menghidap penyakit kanser usus iaitu:

• Faecal Immunohistochemical Test (FIT) satu ujian yang digunakan untuk mengesan darah dalam sisa najis

wajar dilakukan dalam tempoh sekali setahun. Ia adalah kaedah saringan yang disarankan kepada sesiapa saja berusia 50 tahun ke atas. Ujian ini memberi tindak balas ke atas protin hemoglobin manusia, yang terkandung dalam sel darah merah. FIT memberikan bacaan saringan kanser lebih baik terhadap pertumbuhan barah dalam usus besar berbanding kaedah saringan lama yang dipanggil Faecal Occult Blood Test (FOBT). FIT juga lebih mudah dalam soal mengumpulkan sampel kerana ia lebih praktikal.

• Double Contrast Barium Enema iaitu memasukkan sejenis cecair ke dalam dubur pesakit, kemudian diadakan ujian sinaran-X untuk me–ngesan kanser usus.

• Flexible Sigmoidoscopy iaitu memasukkan alat yang fleksibel dengan di depannya ada kamera melalui dubur untuk meninjau bahagian kiri abdomen (rektum dan sigmoid iaitu bahagian kiri usus besar).

• Kolonoskopi. Sekiranya keputusan sampel najis positif mengandungi darah yang tersembunyi, prosedur kolonoskopi dilakukan untuk pengesahan lanjut. Kolonoskopi ialah prosedur doktor akan memasukkan tiub halus yang mudah lentur menerusi rektum sehingga ke kolon. Prosedur ini digunakan untuk mengkaji mengapa berlakunya perubahan yang sukar dijelaskan pada tabiat usus di samping melihat tanda awal kanser dalam kolon dan rektum. Prosedur ini membolehkan pakar melihat radang tisu, ketumbuhan luar biasa, ulser, pendarahan dan kekejangan otot.

• Virtual Colonoscopy iaitu menggunakan komputer dan CT Scan. Pesakit berbaring di dalam ruang khusus untuk imbasan dan komputer akan melihat kemungkinan kehadiran kanser. Bagaimanapun, alat ini belum digunakan dengan meluas.

Rawatan Kanser Usus

Terdapat empat jenis rawatan utama untuk kanser usus. Pesakit perlu membuat pemeriksaan tahap kanser yang dihadapi. Antara kaedah rawatan yang disyorkan

KESIHATAN

81204

oleh pakar adalah seperti pembedahan, kemoterapi, radioterapi dan terapi biologi.

Pembedahan

Harapan pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Sekiranya ketumbuhan yang dialami oleh pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan akan dilakukan. Cara pembedahan yang dilakukan bergantung pada lokasi ketumbuhan. Jika kanser tersebut adalah terlalu dekat dengan dubur, pesakit mungkin memerlukan beg kolostomi sementara dan kolon disambung semula selepas beberapa bulan. Lebih awal kanser dapat dikesan, lebih besar peluang pesakit dapat hidup dengan jangka masa yang lebih panjang. Pembedahan kadang-kala juga akan dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kanser terminal di mana penyumbatan keadaan usus tersekat disebabkan kanser yang terlalu besar dan menutup lubang usus, yang juga boleh menyebabkan kebocoran usus. Colonic stenting atau proses penggunaan pendawaian tiub adalah alternatif lain untuk mengurangkan sumbatan kolon daripada kanser kolon.

Kemoterapi

Kaedah kemoterapi telah dibuktikan dapat meningkatkan peluang penyembuhan bagi sesetengah pesakit. Selepas pembedahan, pakar patologi akan memeriksa spesimen dan melaporkan peringkat tumor yang dialami. Berdasarkan peringkat penyakit tersebut, pakar onkologi akan memutuskan samada pesakit akan memerlukan kemoterapi. Jika keadaan pesakit mengizinkan, kemoterapi akan diberikan kepada semua pesakit kanser peringkat III, selepas perbincangan mengenai manfaat dan kesan sampingan kemoterapi dilakukan. Bergantung kepada keadaan, segelintir pesakit pada peringkat II kanser mungkin mendapat manfaat daripada rawatan kemoterapi juga. Bagi mereka yang menghidap kanser peringkat IV, kemoterapi boleh digunakan untuk mengurangkan kesengsaraan pesakit ataupun memanjangkan jangka hayat walaupun pesakit berkemungkinan besar tidak dapat sembuh sepenuhnya daripada kanser. Kemoterapi biasanya diberi dalam bentuk pil untuk dimakan ataupun secara suntikan ke dalam salur darah melalui cara intravena. Kesan sampingan yang biasa

termasuk keguguran rambut, loya atau muntah, ulser mulut, cirit birit dan perasaan lesu.

Radioterapi

Radioterapi melibatkan penggunaan sinar-X berkuasa tinggi untuk membunuh sel kanser. Ia berkesan terhadap sel kanser di tempat yang disinari sahaja. Radioterapi biasanya digunakan dalam kanser rektum dan kadang-kadang dalam kanser kolon. Berdasarkan ujian pemeringkatan (contohnya endorectal ultrasound atau MRI), pesakit kanser rektum mungkin diberi radioterapi sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor dan mengurangkan risiko berulangnya tumor di kemudian hari. Kadangkala, radioterapi diberi selepas pembedahan jika tidak diberi sebelum pembedahan. Bagi pesakit kanser yang tidak dapat diubati dengan pembedahan, radioterapi mungkin digunakan untuk melegakan gejala seperti sakit dan pendarahan. Kesan sampingan yang biasa daripada radioterapi ialah lesu, masalah kulit di bahagian yang diberi rawatan, hilang selera makan, loya dan cirit-birit. Terapi Biologi

Terapi biologi seperti monoclonal antibodies, adalah rawatan yang menggunakan unsur-unsur yang memang terkandung dalam badan kita secara semula jadi. Ianya kadangkala digunakan dalam peringkat IV kanser kolorektum. Kesan sampingan yang paling biasa daripada terapi biologi untuk kanser kolorektum adalah lemah, cirit-birit, masalah kulit, ulser mulut, keletihan, hilang selera makan, kurang darah dan pembengkakan bahagian-bahagian badan.

Pencegahan Walaupun faktor risiko utama kanser kolon ialah gen, namun beberapa bukti menunjukkan penyakit ini boleh dicegah. Penambahan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan diet kalori rendah, berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan selalu bersenam terbukti dapat mencegah kemungkinan mendapat kanser. Sekiranya mempunyai sejarah kanser kolon dalam keluarga, risiko mendapat kanser kolon adalah tinggi dan ujian pemeriksaan awal oleh doktor adalah sangat penting. Walaupun sehingga kini tiada kaedah untuk mencegah kanser usus, tetapi dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu menjaga pemakanan dan kerap bersenam, risiko mendapat penyakit ini boleh dikurangkan. Malah ada kajian menunjukkan orang kurus mempunyai risiko 30 peratus lebih rendah berbanding orang gemuk untuk menghidap kanser usus. Bagi kesihatan yang berpanjangan, adalah perlu kita mengambil langkah untuk menjaga dan menyayangi badan kita.

KESIHATAN

82

TD Johan Bola Sepak Antara Perkhidmatan

Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli Gambar: Mohd Rizal Ghazali

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) muncul juara dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM Tahun 2015 mengalahkan Tentera Laut Diraja Malaysia yang disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Perisikan Markas Tentera Darat merangkap Pengerusi Bola Sepak Tentera Darat (PBTD), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor bertempat di Stadium Kementah pada 21 Ogos 2015. Perlawanan akhir tersebut menyaksikan Pbt Faiz Ibrahim dari TD menjadi wira apabila meledakan dua jaringan gol pada separuh masa pertama dan ke dua tanpa dibalas oleh TLDM sekaligus membantu pasukan TD muncul juara dalam perlawanan akhir tersebut. Pengerusi PBTD mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT) pada majlis penutup tersebut dengan membacakan ucapan PAT yang mengharapkan agar Majlis Sukan ATM dapat berusaha serta meningkatkan semua aspek sukan di dalam ATM bagi tujuan untuk melihat anggota-anggota ATM menyerlah di peringkat kebangsaan serta di persada antarabangsa. Salah satu daripada objektif kejohanan sukan ini adalah sebagai landasan untuk memilih atlet-atlet lelaki dan wanita yang terbaik bagi mewakili ATM ke peringkat kebangsaan seterusnya antarabangsa agar ATM terus digeruni serta diberi penghormatan oleh pihak lawan. Nilai-nilai murni ketenteraan juga mampu diterapkan di dalam pasukan ATM supaya ianya akan membantu menaikkan semangat juang tanpa mengaku kalah dengan mudah kerana ATM berupaya melahirkan satu pasukan yang bersemangat, berdaya saing, berpengetahuan, mampu mengikuti perubahan teknologi dan sentiasa mengejar kejuaraan,” katanya. Turut hadir Timbalan Panglima TLDM merangkap Pengerusi Lembaga Sukan Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, wakil Panglima Tentera Udara, Mej Jen Dato’ Abdul Mutalib Abdul Wahab, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

S U K A N

83204

Oleh: Lt Azuan Firdaus Abdul Aziz & Luqmanul Arif Abd Karim

Kehebatan dan kelincahan yang dipamerkan oleh peninju tomoi siam atau lebih dikenali sebagai Muay Thai serta pelakon h a n d a l a n Tony Jaa

dalam f i lem Ong B a k membuka mata banyak pihak di negara M a l a y s i a kerana tarikan sukan ini yang tersendiri iaitu p e n g g u n a a n anggota badan yang tertumpu k e p a d a l a p a n a n g g o t a t u b u h badan (8 Limbs of Body) iaitu buku l ima, s iku, lutut , dan kaki. Menurut para pengkaji seni mempertahankan d i r i , m e r e k a berpendapat bahawa anggota tubuh badan yang digunakan dalam M u ay t h a i b e r u p aya bertindak sebagai senjata iaitu buku lima (tangan) seperti anak panah, lengan diumpamakan sebagai pedang, siku dan lutut berfungsi sebagai kapak yang boleh mencederakan pihak lawan, dan tulang kering kaki adalah seperti kayu keras yang berfungsi untuk menjatuhkan musuh. Sejarah Muay Thai bermula dari Muay Boran atau dikenali sebagai Seni Tempur Purba yang amat digeruni kerana tekniknya begitu merbahaya serta boleh mengundang maut dan sangat efektif untuk digunakan pada hari ini tetapi di negara Thailand pasukan tentera m e n j a d i k a n n y a s e n i mempertahankan diri dalam Unarmed Combat. Muay Korat, Muay C h a i y a , M u a y T h a s a o , d a n M u a y L o p b u r i ialah seni tempur tergolong di dalam k u m p u l a n s e n i tempur purba serta dikenali sebagai anak kepada Muay Boran. Muay Korat adalah seni tempur yang berasal dari Timur Thailand dan

T o m o i S i a m d a l a m T Dterkenal dengan kekuatan Tumbukan Buku Lima yang mampu menjatuhkan seekor lembu. Muay Chaiya pula sangat terkenal di wilayah Selatan T h a i l a n d d a n kehebatan seni ini terdapat dalam k e t a h a n a n

peninjunya yang masih k e k a l

b e r t e n a g a walaupun telah bertarung untuk t e m p o h y a n g

panjang. Di bahagian Utara

Thailand terdapat s e n i tempur bernama

Muay Thasao, seni ini terkenal dengan kepantasan peninjunya yang sangat laju dalam serangan

serta fokus utama peninju adalah untuk bertarung dan

menumpaskan lawan dalam tempoh masa yang singkat. Manakala Muay Lopburi adalah seni pertahanan yang mementingkan teknik kunci pihak lawan, dimana anggota tubuh yang penting akan dikunci menggunakan kedua belah lengan dan kaki serta fokus utama penguncian adalah

kepala pihak lawan. Pada hari ini, seni tempur purba semakin dilupakan kerana faktor keselamatannya yang diragui dan kesesuaiannya t i d a k

m e n g i k u t z a m a n .

83

84

Disebabkan itu maka wujudlah Muay Thai pada lewat tahun 1868 yang dipelopori oleh Raja Chulalongkorn atau lebih dikenali sebagai Rama V iaitu Raja Negara Siam hasil pengaruh daripada Tinju Barat yang dibawa masuk oleh Pihak Perancis dan pada ketika itu juga diperkenalkan penggunaan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan parah ketika perlawanan

berlangsung. Pentas gelanggang juga dibina berdasarkan acuan barat untuk memodenkan lagi sukan tersebut dan perlawanan hingga melibatkan kematian diharamkan sama sekali. Muay Thai kini dikategorikan sebagai seni mempertahankan diri yang selamat malah diiktiraf sebagai sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa dan masih dalam Waiting List Sport untuk memasuki sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik. Sejak popularnya sukan ini, rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan sukan ini sehinggakan banyak kelab-kelab Muay Thai tumbuh seperti cendawan dan salah satunya ialah Kelab Muay Thai Red Army cetusan idea Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan Mej Jen Dato' Hj Khlir Hj Mohd Nor pada awal tahun 2013 bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu peninju tomoi di kalangan anggota Tentera Darat (TD). Organisasi kelab ini adalah kombinasi di antara anggota tentera dan orang awam dimana Mej Jen Dato' Hj Khlir menjawat jawatan sebagai Presiden manakala Salleh Hariri dipilih sebagai Naib Presiden dan Lt Azuan Fird a us Abdul Aziz sebagai Setiausaha Kehormat. Kelab ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada World Muay Boran Federation (WMBF) dan Kru(Master) Muaythai A s s o c i a t i o n d a n m e r u p a k a n s a t u -satunya wakil tunggal daripada Malaysia. Manakala pesuruhjaya Sukan Malaysia telah mengiktiraf kelab ini pada tahun 2014. Selepas tertubuhnya kelab ini semakin ramai dikalangan warga tentera melibatkan diri dalam kelab ini dan antara peninju-peninju Red Army yang sering membanggakan warga TD ialah Pbt Noramin Ibrahim yang pernah mewakili negara ke Arafura Games 2009 di Darwin, Australia, IFMA World Championship 2014, Langkawi dan Asian Indoor Games di Tehran, Iran. Diantara tali pinggang kejuaraan yang sudah dimiliki oleh beliau adalah Juara Super 8 Malaysia dan Juara Malaysia kategori 68kg

85204

dan koleksi terbaru beliau adalah tali pinggang Kuda Merah DBKL 2015 dengan menewaskan peninju dari Tajikistan dengan pukulan Knock Out (KO) pada awal pusingan pertama. Selain itu, dua lagi peninju yang pernah mengharumkan nama TD ialah Pbt Mohamad Rafi Abdul Manaf yang mewakili negara ke Sukan SEA Myanmar 2013 di Myanmar dan berjaya memperolehi pingat gangsa setelah menewaskan peninju dari Laos. Beliau juga adalah Juara 3 Wilayah Selatan Thailand, pemegang tali pinggang Menteri Besar Kelantan 2012 & Juara Malaysia b a g i k a t e g o r i 60kg. Bel iau m e n i g g a l k a n

perkhidmatan bersama Tentera Darat

dan kini bertugas sebagai anggota polis di PULAPOL, Kuala Lumpur. M a n a k a l a P b t M o h d Azwan Omar pula mewakili Malaysia sekaligus wakil tunggal TD ke IFMA World Championship 2014 dan b e r j aya m e n e wa s ka n peninju dari New Zealand untuk merebut pingat gangsa

setelah tewas kepada Juara Dunia dari Switzerland dalam perlawanan separuh akhir. Beliau juga berjaya memperolehi pingat gangsa dalam Arafura Games 2009 di Darwin, Australia dengan menewaskan peninju dari Iran. Antara tali pinggang yang berada di dalam genggamannya ialah Kuda Merah Super 8 Championship 2012-2015 dan Juara Malaysia kategori Heavyweight. Muay Thai juga membantu melancarkan peredaran darah kerana pelatih perlu melakukan regangan atau stretching. Latihan menumbuk dan menendang beg pasir pula berfungsi

untuk menjadikan tulang l e b i h

k u a t d a n d a p a t m e m b i n a s i s t e m

imunisasi badan. Ini secara tidak langsung

membantu menghilangkan kolestrol dalam badan dan

menjadikan warga TD yang mengamalkannya menjadi lebih sihat serta berupaya mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI). Sukan ini mampu

meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental di samping meningkatkan keyakinan diri warga TD ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan kerana mereka yang dilengkapi seni mempertahankan diri mampu

berfikir dengan tenang dan menghadapi situasi cemas dengan

bijaksana. Pada masa yang sama, Muay Thai ialah satu senaman yang menyihatkan badan dimana ianya

terbukti mampu membakar kalori pelatihnya sehingga 240 Kilo kalori (Kcal) setiap sesi selama dua jam. Selain itu, Muay Thai bukan sahaja mengajar pelatihnya bagaimana untuk mempertahankan diri daripada serangan dan membalas serangan, tetapi ianya juga menerapkan elemen positif seperti tatasusila, adab sopan, moral yang tinggi sepertimana yang diterapkan oleh warga TD sejak sekian lamanya. Sehubungan dengan itu diharapkan sukan Muay Thai ini mendapat pendedahan yang lebih luas dikalangan warga TD serta pengiktirafan di peringkat yang tinggi seperti mana sukan-sukan lain yang sekian lama dipertandingkan.

Sukan ini mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental di samping meningkatkan keyakinan diri warga TD

S U K A N

86

S U K A N

RAMD Juara Liga ATMOleh: Luqmanul Arif Abdul Karim Gambar: Pbt Ainur Aisyah Yahaya

KUALA LUMPUR: Perlawanan Akhir Pertandingan Bola Sepak Liga ATM Tahun 2015 di Stadium KEMENTAH pada 22 Sep 2015 melibatkan pertembungan di antara Pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Pasukan Kor Perkhidmatan Am (KPA) menyaksikan RAMD menang dengan jaringan 2 gol berbalas k o s o n g d a n m a j l i s penyampaian hadiah serta penutup disempurnakan oleh Pengarah I n f a n t r i , B r i g J e n D a t o ’ A z l a n A b d u l R a h m a n y a n g mewakili Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) iaitu Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin. R A M D m e n d a h u l u i d e n ga n jaringan penalti yang disudahkan oleh pemain berjersi nombor 13 iaitu Pbt Muhd Faiz Ibrahim dan pada separuh masa kedua permainan mereka menambah gol kemenan-gan hasil jaringan oleh LKpl Nohd Zaironi Yusof berjersi nombor 12.

A n u g e ra h Pe m a i n Te r b a i k Kejohanan telah disandang oleh Kpl Khairul Naim Hamzah dari RAMD, Penjaring Terbanyak pula dianugerah-kan kepada LKpl Mohd Zaironi Yusof, manakala Pemain Terbaik Kategori Pegawai dimenangi oleh Kapt Nor Azlan Mohd Noor dari Rejimen Renjer Diraja (RRD), Anugerah Fair Play

Liga ATM 2015 dimenangi oleh KPA dan akhir sekali Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir men-jadi milik Pbt Mohd Fauzi Mustafa. Turut hadir, Pengarah KPA Brig Jen Dato’ Nazri Abu Bakar, Setiausaha PBAT Lt Kol Jamal Yaacob, para Pegawai, dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Bola Sepak Eratkan Hubungan TDM dan British Army

KUALA LUMPUR: Satu perlawa-nan Persahabatan Bola Sepak an-tara Pasukan Pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) menentang Pasukan Pegawai British Army dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Pembangunan dan Pengurusan, Mej Jen Mohammad Abd Rahman bertempat di Stadium KEMENTAH pada 29 Sep 2015 berke-sudahan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan tiga gol. Dua gol berjaya dijaringkan oleh Nick Barnes dan Sean Tee pada separuh masa pertama permainan, manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Andy Dick pada separuh masa ke ke dua sekaligus mengesahkan kemenangan terhadap pasukan pelawat. Perlawanan persahabatan ini bertu-juan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua dua buah negara yang sudah lama terjalin. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi U.K ke Malaysia H.E. Victoria Treadell, pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).- Luqmanul Arif Abdul Karim, Gambar: SSjn Mohd Shahril Mat Ali

87204

Perkataan panji-panji membawa maksud lambang atau lambang-lambang yang dibawa oleh unit-unit tentera khususnya unit infantri. Bagaimanapun selepas itu, panji-panji ini juga digunapakai kepada lambang-

lambang dan lencana tentera berkuda dan unit-unit berkenderaan. Dalam Bahasa Inggeris, panji-panji dipanggil Colours yang mula digunakan sebagai panggilan kepada warna-warna cerah yang terdapat pada lambang infantri. Panji-panji telah digunakan sebagai satu cara pengenalan dan tanda tempat berkumpul atau markas pa-sukan semasa peperangan. Dengan perubahan yang berlaku dalam cara peperangan, Panji-panji telah dianggap sebagai satu simbol semangat dan tradisi pasukan yang membawanya. Bagi sesebuah pasukan tentera, Panji-panji merupakan simbol yang menjadi ke-muliaan setiap warga pasukan dan ianya mesti dipertahankan dari jatuh ke tangan musuh. Panji-panji amat disanjung tinggi dan diberi penghormatan yang mulia oleh setiap anggota tentera. Apabila di-bariskan, Panji-panji akan dibawa oleh pegawai muda dan diiringi oleh dua orang Sarjan Pengiring Panji-panji. Semasa Panji-panji yang dibariskan itu melintas lalu di hadapan, adalah menjadi adat resam yang menuntut supaya hadirin berdiri manakala mereka yang berpakaian seragam hendak-lah memberi tabik hormat. Secara tradisinya hanya pasukan yang mempunyai rekod kecemerlangan dalam perkhidmatan sahaja akan dianugerahkan Panji-Panji. Sebagai tanda penghormatan ke-pada sesebuah pasukan, nama peperangan yang telah terlibat akan ditandakan atau disulam di atas Panji-panji pasukan berkenaan. Tanda-tanda ini dikenali sebagai Penghormatan Perang atau Battle Honours. Sehingga kini, Penghormatan Perang yang ter-catat di Panji-panji yang di-Pertuan Agong ialah Tanah Melayu 1941-1942, Singapura 1942, Darurat 1948-1960, Congo 1960-1963, Konfrantrasi 1963-1965, Namibia 1989-1990, Kemboja 1992-1993, Somalia 1993-1995 dan Bosnia Herzegovina 1993-1998. Panji-panji meru-pakan suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Seri Padukan Baginda Yang di-PertuanAgong kepada Rejimen/Kor/Skuadron dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara. Sejarah telah mengakui bahawa pentingnya Panji-panji dalam mengekalkan semangat, moral dan identiti sesuatu perkhidmatan dan pasukan. Penganugerahan Panji-panji ini adalah sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan c e m e r l a n g o l e h p e r k h i d m a t a n d a n p a s u k a n k e p a d a n e g a r a .

Informasi Panji-panji ATM

44