0 Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari

43
1.0 Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari Tanggapan manusia terhadap alam sekitar, pembangunan ekonomi dan hubungan antara keduanya semakin berubah. Pada penghujung tahun 1980an, dunia telah menyaksikan satu penilaian semula yang radikal terhadap kebimbangan manusia ke atas pembangunan sumber semulajadi dan hubungannya dengan degradasi alam sekitar, kualiti hidup, kemiskinan dan perubahan ekonomi. Penilaian radikal ini telah membuka satu pendekatan baru terhadap isu-isu berkaitan sumber semulajadi dan alam sekitar (Khairulmaini, 2000). Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengimbangkan permintaan manusia dan keupayaan daya tampung alam sekitar akibat kendalian sistem ekonomi. Pendekatan ini digelar pembangunan lestari. Menurut laporan Brundlant Commission (1987), penekanan diberikan terhadap kepentingan pembangunan lestari untuk generasi akan datang. Seperti yang tertera dalam World Commission on Environment and Development 1987 pembangunan lestari didefinisikan sebagai: development that meets the needs of the present without compromising “… the ability of future generations to meet their own needs.Dalam sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992, kepentingan pembangunan lestari telah menjadi perkara penting dalam Agenda 21, Bab ke-36. Hasil persidangan tersebut Malaysia telah mengambil langkah dengan memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar bagi membantu setiap individu memperoleh nilai, komitmen, pengetahuan asas dan meningkatkan kemahiran serta membina sikap positif terhadap alam sekitar. Pendekatan seumpama Enviro-Schools , Eco-Schools , Whole-School Approaches dan New Zealand s Environmental Educational Professional Development Programme diberikan penekanan dan peneguhan optimistik di negara-negara maju. Isu yang dibincangkan adalah berkenaan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar, isu kitar semula dan isu Pendidikan Alam Sekitar. Kepentingan terhadap Pendidikan Alam Sekitar bukan sahaja merupakan masalah negara-negara maju malahan ia juga merupakan isu utama yang harus diberikan penekanan oleh rakyat Malaysia. Atas dasar kesedaran inilah maka Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengorak langkah melancarkan Program Sekolah Lestari. Idea Sekolah Lestari telah dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam 1

Transcript of 0 Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari

1.0 Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari

Tanggapan manusia terhadap alam sekitar, pembangunan

ekonomi dan hubungan antara keduanya semakin berubah. Pada

penghujung tahun 1980an, dunia telah menyaksikan satu penilaian semula

yang radikal terhadap kebimbangan manusia ke atas pembangunan

sumber semulajadi dan hubungannya dengan degradasi alam sekitar,

kualiti hidup, kemiskinan dan perubahan ekonomi. Penilaian radikal ini

telah membuka satu pendekatan baru terhadap isu-isu berkaitan sumber

semulajadi dan alam sekitar (Khairulmaini, 2000). Pendekatan ini adalah

bertujuan untuk mengimbangkan permintaan manusia dan keupayaan

daya tampung alam sekitar akibat kendalian sistem ekonomi. Pendekatan

ini digelar pembangunan lestari. Menurut laporan Brundlant Commission

(1987), penekanan diberikan terhadap kepentingan pembangunan lestari

untuk generasi akan datang. Seperti yang tertera dalam World“Commission on Environment and Development 1987 pembangunan lestari”didefinisikan sebagai:

development that meets the needs of the present without compromising“…the ability of future generations to meet their own needs.”

Dalam sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992,

kepentingan pembangunan lestari telah menjadi perkara penting dalam

Agenda 21, Bab ke-36. Hasil persidangan tersebut Malaysia telah

mengambil langkah dengan memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

bagi membantu setiap individu memperoleh nilai, komitmen, pengetahuan

asas dan meningkatkan kemahiran serta membina sikap positif terhadap

alam sekitar. Pendekatan seumpama Enviro-Schools , Eco-Schools ,“ ” “ ”Whole-School Approaches dan New Zealand s Environmental“ ” “ ’

Educational Professional Development Programme diberikan penekanan”dan peneguhan optimistik di negara-negara maju. Isu yang dibincangkan

adalah berkenaan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar, isu kitar

semula dan isu Pendidikan Alam Sekitar.

Kepentingan terhadap Pendidikan Alam Sekitar bukan sahaja merupakan

masalah negara-negara maju malahan ia juga merupakan isu utama yang

harus diberikan penekanan oleh rakyat Malaysia. Atas dasar kesedaran

inilah maka Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar mengorak langkah melancarkan Program Sekolah Lestari.

Idea Sekolah Lestari telah dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam

1

Sekitar untuk pengetua-pengetua sekolah peringkat kebangsaan pada 27

hingga 30 Ogos 2001 di Melaka (Kasthuri, 2007).

Perkara ini cukup relevan pada ketika ini apabila timbulnya isu

pemanasan global yang kian meruncing. Menurut laporan Bernama (2007),

Profesor Datuk Dr. Azizan Abu Samah dari Universiti Malaya menyatakan

bahawa kenaikan suhu bumi ialah kira-kira 2 C setahun dan kenaikan iniºberbeza dari satu rantau ke satu rantau yang lain. Menurut Profesor

Azizan lagi, 98% daripada punca utama kepada peningkatan suhu global

ini datangnya daripada pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran

bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18 lagi dan ini

termasuklah pembakaran fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.

Kesinambungan daripada penyataan di atas, di Malaysia 90% tenaga yang

digunakan adalah tenaga elektrik dan daripada jumlah itu 45% daripada

permintaan tenaga elektrik di negara ini adalah daripada sektor domestik

dan komersial yang kebanyakannya digunakan untuk lampu, pendingin

udara dan pemanas air dalam bangunan seperti rumah kediaman

(Kamarulazizi, 2003). Oleh yang demikian, Malaysia kini giat mempromosi

isu kecekapan tenaga yang menerapkan amalan penjimatan sumber-

sumber terhad, pembangunan lestari, pemeliharaan alam sekitar di

samping menjamin kualiti dan keselesaan hidup.

Pendidikan pembangunan lestari terhasil daripada impak negatif

pembangunan masa kini yang banyak menyumbang kepada kemusnahan

alam sekitar seperti kadar pencemaran yang tinggi, kepupusan hutan dan

penjejasan ekosistem kehidupan (Jamaludin, 1996). Memang tidak dapat

dinafikan, pembangunan adalah salah satu bidang yang memberi

sumbangan besar dalam meningkatkan ekonomi negara. Adalah menjadi

matlamat utama setiap negara yang membangun untuk mencapai

kemajuan dari segi ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya

demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Atas

dasar keghairahan dalam mengejar kemajuan, aspek pemeliharaan alam

sekitar semakin diabaikan dan hanya segelintir sahaja masyarakat yang

benar-benar mementingkan kualiti alam sekitar (Surtahman dan Abd.

Ghafar, 1997). Keadaan ini semakin membimbangkan bukan sahaja kepada

negara malah di peringkat antarabangsa. Natijah daripada perbuatan

manusia, kini dunia menghadapi pelbagai impak negatif antaranya

penipisan lapisan ozon, peningkatan suhu dunia dan kemusnahan sumber

kepelbagaian biologi. Usaha mengurangkan peningkatan suhu global yang

meningkat sebanyak 2 C setahun merupakan salah satu agenda pentingº

2

dalam pembangunan lestari yang mana menekankan isu kecekapan tenaga

sebagai jalan penyelesaiannya.

Kesimpulannya, isu pendidikan pembangunan lestari kini menjadi

agenda utama pendidikan dunia. Maka dalam kajian ini, tiga agenda

pembangunan lestari di ketengahkan dalam satu permasalahan. Agenda

pengetahuan tradisional dalam kajian ini berfokus kepada ciri kecekapan

tenaga dalam rumah tradisional Melayu yang selari dengan konsep sains

dalam arkitektur moden. Agenda kedua, warisan budaya bangsa dalam

kajian ini berfokus kepada senibina rumah tradisional Melayu yang kaya

dengan nilai intelek dan estetikanya. Ketiga, agenda kesedaran alam

sekitar dalam kajian ini berfokus kepada ciri-ciri kecekapan tenaga dalam

rumah tradisional Melayu yang selari dengan usaha saintis dunia dalam

menangani isu pemanasan global. Kajian ini diharapkan dapat membuka

minda rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu agar

menghargai warisan budaya bangsa sekaligus menjayakan perjuangan

pembangunan lestari.

1.1 Sejarah dan Konsep Pendidikan Alam Sekitar

1.1.1 Stockholm (1974)

Krisis alam sekitar bukan lagi sebagai ancaman masa depan. Tetapi telah

menjadi realiti kontemporari yang melebihi batas-batas toleransi dan

kemampuan adaptasi lingkungan. Pertumbuhan dan pertambahan

kerosakan alam sekitar (environmental disasters) telah mencapai dimensi

serantau. Media global dan terus memberi kesan secara dramatik.

Kontekstualitas kemerosotan alam sekitar menyandarkan adanya bahaya

fenomenal monumental yang mengancam alam sekitar (Wijoyo, 1999; 1).

Konfrensi PBB tentang lingkungan hidup tarikh 5-16 Jun 1972 di

Stockholm yang dihadiri oleh wakil 110 negara (Siti Sundari Rangkuti,

2000:27) merupakan rasa keprihatinan terhadap kemusnahan alam sekitar.

Komprensi Stockholm, bermula dari Dewan Ekonomi dan Sosial PBB

mengadakan peninjauan terhadap hasil-hasil gerakan dasawarsa

pembangunan Dunia I (1960-1970) guna merumuskan strategik dasawarsa

pembangunan Dunia Ke - 2, (1970-1980) (Soemartono, 1996; 24). Mengenai

masalah lingkungan hidup dari wakil Sweden mengajukan saran untuk

menyelenggarakan suatu konfrensi antarabangsa tentang lingkungan hidup.

Yang pada akhirnya disepakati pada tarikh 5-16 Jun 1972 diadakan

konfrensi PBB di Stockholm - Sweden. Dengan dikeluarkan deklarasi

3

tentang pengendalian lingkungan hidup. Deklarasi Stockholm merupakan

suatu legitimasi dasar (basic legetimation) pengendalian undang-undang

bagi negara-negara yang berkumpul di stockholm.

Bagi negara-negara maju persoalan pembangunan tidak menjadi masalah

sedangkan faktor persekitaran menjadi masalah, sedangkan bagi negara-

negara membangun, diperhadapkan pada dua pilihan. Pada satu pilihan

mempercepatkan pertumbuhan pembangunan, sementara pada pilihan

yang lain faktor kelestarian lingkungan sangat diperlukan.

Walaupun demikian, Deklarasi Stockholm mengilhami negara-negara

di dunia akan pentingnya lingkungan hidup masa depan. Oleh Karena itu

telah disedari bahawa, masalah lingkungan hidup sangat menentukan

kelangsungan hidup makhluk Tuhan, termasuk manusia. Antara makhluk

dan ekologinya saling mempengaruhi dan mempunyai pergantungan

antara satu dengan yang lain. Manusia memerlukan persekitaran hidup

yang sihat, selesa, baik udara, tumbuh-tumbuhan, air maupun binatang.

Demikian juga sebaliknya. Namun, keadaan yang demikian, telah

terevolusi akibat tangan-tangan manusia, yang selalu mementingkan

kepentingannya sendiri dan kerajaan pada masing-masing negara kerana

mengejar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan, sering

mengeksploitasi dan mengeksploirasi persekitaran secara bebas tanpa

mengambil kira kesan negatifnya.

Deklarasi Stockholm telah merefleksi konsep tentang pembangunan

berwawasan lingkungan. Konsep ini bukan saja mengajak seluruh negara

dan penduduk bumi untuk meningkatkan kepedulian terhadap ancaman

kerosakan alam sekitar, tetapi juga melihat adanya kesejajaran antara

pembangunan dan pengelolaan lingkungan hidup dan bukan sesuatu yang

harus dipertikaikan antara satu dengan yang lain (Soejono, 1996; 3).

Konsep pembangunan berwawasan moden, berbeza dengan konsep

lingkungan klasik. Persekitaran klasik mengedepankan penggunaan dan

eksploitasi sumber-sumber alam sekitar dengan berbagai kepandaian

manusia untuk mendapatkan hasil yang semaksimal mungkin dan dalam

masa yang sesingkat mungkin.

Deklarasi lahir dari konfrensi Stockholm, yang mendasari kofrensi

tersebut sampai dengan dikeluarkannya Deklasrasi Stockholm merupakan

peristiwa yang sangat bersejarah bagi hukum alam sekitar (Soemartono,

1996; 29). Setelah terlaksananya konfrensi Stockholm hukum lingkungan

telah memperoleh kedudukan yang kuat, baik di peringkat nasional,

serantau dan antarabangsa. Suatu manfaat yang besar, adalah bermula

tumbuhnya kesatuan, pengertian dan bahasa diantara ahli hukum alam

4

sekitar dengan menggunakan Deklarasi Stockholm sebagai rujukan pertama

(Soemartono, 1996; 29).

Masalah alam sekitar di negara maju dengan latar belakang dan

faktor penyebab persekitaran yang berbeza, semula menimbulkan suara

yang sumbang dan berprasangka terhadap kofrensi Stockholm dari peserta

negara membangun, dengan menyatakan antara lain; Berilah kami

pencemaran asal saja kami maju (Rangkuti, 2000; 28-29 ).

Seperti ungkapan Vittachi:

It offended some of the environmentalist at Stockholm to heardelegates from the

poor world remarking out of the side of their mouth that their interest in improving

the environment was not limited to scenery and that their countries could possibly

afford a little pollution (Rangkuti, 2000: 29 ). Hal ini menunjukkan bahawa kemunduran pembangunan pada

negara-negara membangun menghadapi suatu dilematis. Dia

mengharapkan keluar dari garis batas kemiskinan dengan

mempercepatkan pembangunan, namun diperhadapkan dengan faktor

persekitaran hidup. Umat manusia. Konfrensi Stockholm telah menerima

Declaration on the Human Environment yang mengandungi 26 asas serta

menurut kesepakatan negara-negara yang mengikuti konfrensi tersebut

merupakan pedoman bagi mereka di tahun-tahun mendatang.

Deklarasi Stockholm mengakui hak asasi manusia. Hak hidup setiap

orang untuk atau akan suatu persekitaran yang baik dan sihat. Pada masa

yang sama, kenyataan itu juga memberikan kewajiban untuk memelihara

lingkungan hidup. Manusia sedemikian rupa hingga dapat dinikmati oleh

generasi-generasi yang akan datang (asas nombor 1). Menurut Muchtar

Kusuma Atmadja (1992: 21), bahawa asas Stockholm meletakkan dasar-

dasar bagi penggunaan, pengawetan dan pemeliharaan sumber kekayaan

alam berdasarkan suatu alami sedemikian rupa sehingga membolehkan

menjaga daya dukung darpada planet bumi, sumber kekayan alam dapat

diuruskan dengan baik, depletion dicegah dan penggunaan persekitaran

boleh dinikmati oleh seluruh manusia.

Selanjutnya, menurut Muchtar Kusuma Atmadja (1992: 21), apabila

asas-asas umum itu diterapkan pada laut, maka atas asas nombor 7

memberikan kewajiban kepada semua negara untuk mengambil tindakan-

tindakan bagi mencegah pencemaran laut yang membahayakan kesihatan

dan kesejahteraan manusia. Sumber kekayaan laut dan lain-lain

penggunaan persekitaran laut.

5

Di samping 26 asas tersebut, konfrensi Stockholm meluluskan 106

cadangan yang dimuat dalam Action Plan International, yang terdiri atas

tiga bagian kerangka:

a. A global assessment programme dikenali sebagai earthwatch.

b. Environmental management activities.

c. Supporting measures; education and training, public information,

and organizational and

financing arrangements (Rangkuti, 2000; 31).

Sedangkan menyangkut dengan masalah alam sekitar sedunia (global

environmental problems) sidang PBB menerima 11 resolusi mengenai

lingkungan hidup, yang dijadikan landasan bagi kebijaksanaan alam

sekitar. Untuk menunjang pelaksanaan pelan tindakan lingkungan hidup

(action plan) tersebut, yang terdiri dari:

a. Dewan Pengurus Program Alam Sekitar

b. Sekretariat yang dikepalai oleh seorang Pengarah Eksekutif

c. Dana Alam Sekitar

d. Badan Penyelarasan Alam Sekitar (Supami, 1994; 22).

Untuk melaksanakan deklarasi Stockholm tersebut dan untuk

menghadapi dekad pembangunan dunia II (1972 - 1982) diadakan kegiatan

berupa:

a. Creation of the convention on international Trade in Endangered

Species of Will Fauna

and Flora (CITES) Washington 1974.

b. Pada tahun 1975 diadakan Convention on Wetlands of International

Importence especially

as Waterfowe Habitat (Ramsar) came into force.

c. 1977. (Firat Intergovermental Converence on Environmental Education,

Tbilis, USSR).

d. 1980. A Peaceful Revolution Publication of the World Conversation

Strategy (INCN),

WWF, UNEP in Collaboration with UNESCO and FAO)

(Hardjasoemantri, 1995; 43).

Kemajuan lebih lanjut diperoleh dengan diadakannya Adalah Hoc

Meeting of Senior Government Officials Expert in Environmental Law di

Manlevedeo, Uruguay, pada tarikh 28 Oktober sampai dengan 6 Nopember

6

1981. Dan baru pertama kalinya diadakan pertemuan Antarabangsa tentang

hukum alam sekitar (Hardjasoemantri, 1999; 12).

Tujuan pertemuan Adalah Hoc tersebut untuk membuat kerangka

kaedah dan program yang meliputi usaha-usaha peringkat antarabangsa,

serantau dan nasional untuk pembangunan dan peninjauan berlaku

hukum alam sekitar dalam satu badan yang dikenali sebagai The United

Nation Environmental Programme (UNEP) di Nairobi (Yakin, 1997; 19).

Lembaga tersebut memberikan cadangan yang berharga bagi

perkembangan hukum alam sekitar.

Perkembangan selanjutnya dalam pembangunan kebijaksanaan lingkungan

hidup PBB membentuk Badan Suruhanjaya Alam Sekitar dan

Pembangunan Dunia (World Commession on Environmental and

Development) disingkat WCED. Badan ini bertugas:

1. Mengajukan strategi jangka panjang pembangunan persekitaran menuju

pembangunan

yang berterusan di tahun 2000 dan selepas itu.

2. Mengajukan cara-cara supaya keprihatinan lingkungan hidup dapat

dituangkan dalam

kerjasama antar negara untuk mencapai keserasian antara

kependudukan, sumber alam,

alam sekitar dan pembangunan.

3. Mengajukan cara-cara supaya masyarakat antarabangsa boleh

menanggapi secara lebih

berkesan pada pembangunan berwawasan lingkungan.

4. Mengajukan cara-cara masalah alam sekitar jangka panjang dapat

ditanggapi dalam agenda

aksi untuk dekad pembangunan (Hardjosoematri, 1999; 24-15).

Pada tahun 1987, WCED memberikan laporan dengan tajuk: Our

Common Future, yang memuat banyak cadangan khusus tentang perubahan

institusi dan perubahan undang-undang. WCED memahami pentingnya

perubahan undang-undang dan institusi yang diperlukan untuk beralih ke

pembangunan berterusan dan untuk itu menggaris tindakan-tindakan yang

dikehendaki pada peringkat kebangsaan untuk mencapai tujuan tersebut

(Hardjasoemantri, 1999; 15). Tindakan tersebut diantaranya:

1. Membentuk atau mengukuhkan badan-badan untuk melindungi alam

sekitar dan mengolah

sumber daya alam.

7

2. Meningkatkan hubungan kerajaan dengan dunia industri secara timbal

balik, baik dalam

pelaksanaan kebijaksanaan hukum maupun peraturan guna wujud

pembangunan industri

berterusan.

3. Memperketat konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang ada untuk

perlindungan alam

sekitar, sumber daya alam dan pembangunan berterusan.

4. Memperbaiki pengurusan analisis mengenai dampak lingkungan dan

kemampuan untuk

merancang penggunaan sumber (Hardjosoemantri, 1999; 15).

Laporan WCED memberikan kesan yang positif terhadap penyusunan

strategi pemuliharaan baru yang menggantikan World Conservation

Strategy (WCS) dengan Caring of The Earth (CE). CE dibentuk dengan

tujuan untuk memperbaiki keadaan masyarakat dunia dengan menetapkan

dua syarat:

Pertama, untuk menjamin komitmen yang luas dan mendalam pada

sebuah etika baru, iaitu etika kehidupan berterusan dan mewujudkan

prinsip-prinsip dalam amalan.

Kedua, mengintegrasikan pemuliharaan dan pembangunan, pemuliharaan

untuk menjaga agar kegiatan-kegiatan berlangsung dalam batas daya

dukung bumi, dan pembangunan untuk memberikan kesempatan kepada

manusia di mana-mana guna menikmati kehidupan yang lama, sihat serta

memuaskan (Hardjosoemantri, 1999; 17).

1.1.2 Tblisi (1977)

Persidangan Antara Kerajaan mengenai Pendidikan Alam Sekitar

yang dianjurkan oleh UNESCO dengan kerjasama Program Alam Sekitar

Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan diadakan di bandar Tbilisi [bekas

Georgian Republik Sosialis Soviet], memandangkan keharmonian dan

konsensus yang telah berlaku dalam satu kenyataan sesungguhnya pakai

berikut beliau:

Dalam dekad kebelakangan ini, orang ramai menggunakan kuasa untuk

mengubah persekitaran telah berubah dengan pesat keseimbangan alam.

8

Hasilnya, spesies hidup yang sering terdedah kepada bahaya yang

mungkin tidak dapat dipulihkan.

Seperti yang diisytiharkan dalam Pengisytiharan Persidangan Bangsa-

Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar Manusia yang diadakan di

Stockholm pada tahun 1972, pertahanan dan pembaikan alam sekitar

untuk masa kini dan masa depan objektif mendesak manusia. Untuk

mencapai matlamat syarikat itu akan mempunyai untuk mengambil

strategi baru segera, menggabungkan pembangunan, perakaunan, terutama

di negara-negara membangun, pra-syarat untuk apa-apa kemajuan ke arah

ini. Perpaduan dan ekuiti dalam hubungan antara negara-negara yang

patut dijadikan asas perintah antarabangsa yang baru dan menyumbang

untuk mengadakan secepat mungkin semua sumber-sumber yang sedia

ada. Menggunakan penemuan sains dan teknologi, pendidikan perlu

memainkan peranan penting dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran

yang lebih baik dan memahami isu-isu alam sekitar. Pendidikan itu perlu

memupuk pembangunan tingkah laku yang positif tingkah laku yang

berkaitan dengan alam sekitar dan penggunaan negara-negara 'daripada

sumber-sumber mereka.

Pendidikan alam sekitar harus diberikan kepada rakyat semua

peringkat umur, di semua peringkat dan dalam rangka pendidikan formal

dan tidak formal. Pihak media mempunyai tanggungjawab yang besar

untuk meletakkan sumber-sumber mereka yang luas untuk berkhidmat

misi pendidikan. Pakar dalam isu-isu alam sekitar, serta orang-orang yang

tindakan dan keputusan yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar

diukur, adalah untuk menerima kursus latihan, pengetahuan dan

kemahiran dan mendapat makna sepenuhnya tanggungjawab mereka

dalam hal ini .

Pendidikan alam sekitar, difahami dengan betul, harus meneruskan

pendidikan umum untuk bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku

dalam dunia yang pesat berubah. Pendidikan sedemikian hendaklah

menyediakan individu dengan memahami masalah utama dunia

kontemporari, menyediakan kepakaran dan kualiti yang diperlukan untuk

memainkan peranan yang produktif untuk memperbaiki kehidupan dan

melindungi alam sekitar, dengan perhatian kepada nilai-nilai etika. Dengan

menggunakan pendekatan holistik, berakar umbi dalam pendidikan yang

menyeluruh alam sekitar disiplin diwujudkan lagi gambaran dalam yang

mengiktiraf kewujudan saling bergantung yang mendalam antara alam

9

semula jadi dan persekitaran tiruan. Pendidikan itu membantu untuk

menyerlahkan kesinambungan berterusan yang menghubungkan tindakan

sekarang akibat masa depan lagi menunjukkan saling bergantung antara

masyarakat kebangsaan dan keperluan untuk perpaduan di kalangan

semua manusia.

Pendidikan alam sekitar harus diarahkan ke arah masyarakat. Harus

kepentingan kepada individu dalam satu proses aktif untuk menyelesaikan

masalah dalam konteks realiti tertentu dan perlu menggalakkan inisiatif,

rasa tanggungjawab dan komitmen untuk membina hari esok yang lebih

baik. Secara semulajadinya, pendidikan alam sekitar banyak boleh

membantu untuk memperbaharui proses pendidikan. Dalam usaha untuk

mencapai matlamat ini, pendidikan alam sekitar memerlukan penyiapan

aktiviti-aktiviti tertentu untuk mengisi jurang itu, walaupun percubaan

penting yang dibuat, terus wujud dalam sistem pendidikan kita.

1.1.3 Malta (1991)

Persidangan Malta 1991 berkenaan Seminar Latihan Alam Sekitar

anjuran UNESCO, seminar ini mengesorkan bahawa matlamat utama

Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk

a) membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu

alam sekitar

b) menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu

alam sekitar

c) mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat

meningkatkan kualiti

kehidupan manusia.

1.1.4 Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)

Laporan Kabinet 1979. Hasil Laporan Jawatankuasa  Kabinet yang

ditubuhkan 1974 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar

merentas kurikulum dalam struktur KBSR dan KBSM. Di Malaysia,

Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk

mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia bertujuan untuk

memperbaiki pelaksanaannya dan melahirkan satu masyarakat yang

bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat

10

yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil Laporan Jawatankuasa

ini telah diterbitkan padatahun 1979 yang memutuskan pelaksanaan

PendidikanAlam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM).

KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas

kurikulum bermula dengan subjek Alam& Manusia bagi pelajar

tahun 4 hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas

kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik,

Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Pihak

Pusat Perkembangan Kurikulum juga telahmembina satu garis

panduan untuk guru-gurudengan mengeluarkan satu buku bertajuk “

Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum

KBSR” pada tahun 1998.

1.2 Sejarah dan Konsep Pembangunan Lestari1.2.1 Brundtland Report 1987 (World Commision on Environment and

Development- WCED)

In December 1983, the Secretary General of the United Nations, Javier Pérez de

Cuéllar, asked the Prime Minister of Norway, Gro Harlem Brundtland, to create an

organization independent of the UN to focus on environmental and developmental

problems and solutions after an affirmation by the General Assembly resolution in

the fall of 1984.[1] This new organization was the Brundtland Commission, or more

formally, the World Commission on Environment and Development (WCED).

1.2.2 Agenda 21 dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu -

PBB (Sidang

Kemuncak Bumi Rio de Janeiro 1992)

Pada tahun 1993, beberapa buah negara mula menghantar laporan

Agenda 21 kepada CSD. Selepas dua tahun pelaksanaannya, pihak CSD

sangat berpuas hati dengan sambutan dan mutu laporan yang

11

dipersembahkan, lalu telah menerbitkan Profil Negara pada 1997 sebagai

rujukan paling lengkap selepas 5 tahun pelaksanaan Agenda 21. Profil

tersebut menghimpunkan laporan negara-negara antara tahun 1994 hingga

1996. Profil Negara ini bertujuan:

- Membantu negara-negara memantau pelaksanaan inti pati Agenda

21.

- Berkongsi pengalaman dan maklumat dengan negara-negara lain;

dan

- Merekodkan usaha-usaha dan pencapaian negara-negara untuk

merealisasikan idea Agenda 21

2) Pendidikan Pembangunan Lestari (Education for Sustainable

Development – ESD)

2.1 Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) Kesedaran berkaitan alam sekitar telah membuatkan Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan Dekad ESD. Ia akan dilaksanakan

sepanjang 9 tahun iaitu dari 2005 hingga 2014. Pengisytiharaan ini telah

dipersetujui oleh negara-negara anggota PBB.

Dalam hal ini, negara-negara yang terlibat dikehendaki merealisasikan

konsep pendidikan yang selaras dengan pembangunan pendidikan lestari.

Ini membuktikan bahawa penjagaan alam sekitar juga boleh diterapkan

kepada kanak-kanak melalui medium pendidikan.

Dalam hal ini, pelbagai pihak yang datang dari pelbagai agensi

boleh membantu menjayakan Dekad ESD. Namun pihak yang paling

sesuai untuk menjayakan konsep ini ialah para pendidik. Mereka boleh

menerapkan elemen pendidikan alam sekitar di dalam pengajaran mereka

seharian.

Selain dariapda itu, kita juga boleh mengadakan pameran dan

ceramah berkaitan alam sekitar. Usaha yang sedikit akhirnya kelak akan

membawa kepada hasil yang besar sejajar dengan apa yang telah

dihasratkan oleh PBB.

2.2 Rangka Kandungan ESD

12

2.2.1 ILMU PENGETAHUAN

- Alam sekitar dan komponennya

- Keperluan manusia dan interaksi dengan alam sekitar

- Nilai alam sekitar

2.2.2 ISU SOSIAL, EKONOMI DAN ALAM SEKITAR

- Pertambahan Penduduk

- peningkatan gaya hidup

- perindustrian dan perdagangan

- kepupusan spesies

13

- kepupusan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui

2.2.3 KEMAHIRAN

- Penjagaan

- Pemuliharaan dan pemeliharaan

- Amalan seharian dalam semua aktiviti

- Gaya hidup

3) Interaksi Manusia dengan Alam dan Sumber Semula Jadi

3.1 Aktiviti mengikut sektor3.1.1 Pembalakan

Hutan Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan

seperti pokok cengal, pokok meranti, pokok merbau, pokok resak

dan pokok keranji. Pokok-pokok ini dikategorikan sebagai pokok

kayu balak. Sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia

kaya dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak

komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas yang

bernilai tinggi. Ini menjamin bekalan sumber kayu-kayan di

negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk

dieksportkan. Selain itu, kepelbagaian flora dan spesies kayu-

kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk

menggunakan spesies-spesies kayu dijalankan secara lebih

meluas.

Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara

yang penting. Ia memainkan peranan dalam pembangunan sosio-

ekonomi negara dari segi pendapatan pertukaran asing, hasil

kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Antara Januari hingga

September 1990, nilai eksport balak dan barangan kayu adalah RM

2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport negara.

Jumlah pelaburan industri berasaskan kayu bagi tempoh tersebut

adalah melebihi RM 967 juta. Punca-punca eksport sektor

14

perhutanan adalah terdiri daripada kayu gergaji, papan lapis,

kayu kumai, venir dan perabot. Jumlah hasil hutan yang dipungut

daripada royalti, premium dan sumber-sumber lain seperti

hukuman, denda dan pampasan berkaitan dengan perhutanan, lesen

dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta. Selain

itu, ia juga menawarkan pekerjaan lebih daripada 62800 orang

sama ada dalam kegiatan pembalakan atau kegiatan hiliran

seperti kilang papan dan perabot pada tempoh itu kepada

penduduk tempatan.

3.1.2 Eko Pelancongan

Eko-pelancongan memang merupakan salah satu produk yang

berdaya saing bagi industri pelancongan di pasaran global. Ini

dapat dibuktikan lagi dengan sumbangannya sebayak 5% dalam

pendapatan dalam sektor pelancongan negara kita. Bagi

memelihara sumber alam semulajadi dan kekayaan warisan budaya

yang menjadi teras bagi produk-produk eko-pelancongan.

Keperluan untuk rekreasi hutan mula dirasai sejak tahun 1967,

akibat daripada peningkatan ekonomi dan kepesatan pembangunan

negara yang membuatkan warga kota memerlukan kawasan-kawasan

untuk beriadah bagi mengelakkan dari tekanan dan kesibukan

harian. Untuk memenuhi permintaan ini Jabatan Perhutanan mula

membangunkan kawasan-kawasan hutan sebagai kawasan-kawasan

rekreasi dengan mengadakan kemudahan-kemudahan asas kepada

pengunjung seperti perkelahan, perkhemahan, merentas hutan dan

berenang.

3.1.3 Perubatan

15

Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokok-pokok yang

mempunyai nilai-nilai perubatan. Secara anggarannya, satu perempat

daripada prekripsi dadah adalah bersumber daripada tumbuhan yang

terdapat di hutan hujan tropika. Ini telah meningkatkan kegunaan

tumbuhan tempatan terutamanya dari hutan dalam bidang perubatan.

Contohnya ubat anti-Malaria dan kuinin. Kebanyakan daripada tumbuh-

tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan

terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi.

Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan

berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Biasanya ia dapat mengubati

penyakit yang akan membawa kepada maut seperti penyakit kuning.

Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional, masyarakat Melayu

meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia dan E.apiculata )

sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang

asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ali bagi mengubati

demam cacar (smallpox ) manakala serbuknya pula digunakan bagi

merawat luka atau bisul serta bagi meredakan deman malaria . Di antara

spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai

perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah / kacik Fatimah

( Labisia sp. ), mempisang (Goniothalamus sp.) dan medang

( Cinnamomum sp.). Bunga pakma (Rafflesia hasselti ) pula dikatakan

mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di

pasaran.

3.1.4 Sumber Bahan Mentah.

Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah . Hutan merupakan

tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan haiwan.

Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan

tropika. Antaranya termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah.

Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal

beberapa pokok buah-buahan tempatan seperti manggis ( Garcinia

mangostana ) dan rambutan ( Hephelium lappaceum ). Selain itu,

buah-buahan seperti limau, pisang , betik, mangga dan nanas

secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika. Tumbuh-

tumbuhan seperti halia, lada hitam, vanila, cengkih, kayu

16

manis, buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan

hujan tropika pada mulanya .

3.1.5 Sumber keluaran hasil hutan bukan kayu.

Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil

hutan bukan kayu yang mempunyai kegunaan yang berlainan. Ia

termasuklah rotan, buluh, mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan

pewarna, damar dan lain-lain.

Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di

Semenanjung Malaysia. Ia telah menjadi satu perusahaan yang

penting yang tertumpu di kawasan luar bandar. Ia lebih tertumpu

kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran

tempatan dan melibatkan aktiviti mengeksport barangan rotan

separa proses dan siap. Manau ( Calamus manan ) adalah rotan

yang paling popular diperdagangkan dan berharga tinggi.

Terdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di

Malaysia. Bagaimanapun penekanan dan penggunaannya hanya terhad

bagi jenis-jenis palma yang popular seperti rumbia, nipah dan

bertam sahaja.

Nipah ( Nypa fruticans ) tumbuh di sepanjang tebing-tebing

sungai seluruh Semenanjung Malaysia. Daun-daunnya boleh

digunakan untuk membuat atap dan barangan kraf manakala daun-

daun muda yang masih belum terbuka (anak daun ) digunakan bagi

membuat kertas pembalut tembakau rokok. Buah-buahnya pula boleh

dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi mendapatkan

nira ( palm-wine ).

3.1.6 Menyediakan Peluang Pekerjaan

17

Untuk mendapatkan hasil-hasil hutan yang telah

dibincangkan di atas, berbagai kerja dan proses telah

dilakukan. Secara tidak langsung hutan adalah majikan yang

penting bagi negara kita. Melati Mohd Arif (2007), melaporkan

bahawa sehingga bulan Mac 2007, industri perkayuan di negeri

Sarawak sahaja telah memberi pekerjaan kepada 92 360 orang

penduduk kira-kira 40% daripada keseluruhan 229 572 orang

pekerja di negeri tersebut.

3.2 Impak Kegiatan Manusia dan Isu Alam Sekitar

Semakin hari semakin pesat pembangunan yang dilakukan demi

memenuhi tuntutan-tuntutan semasa. Setiap pembangunan yang

dijalankan sudah tidak dinafikan, pasti akan membawa kepada

implikasi-implikasi yang tertentu. Begitu juga pembangunan yang

dilakukan di kawasan tanah tinggi tentu mempunyai implikasi

terhadap alam sekitar. Antara implikasi tersebut ialah :3.2.1 Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh

Pembangunan kawasan tanah tinggi juga boleh menyebabkan

berlakunya hakisan dan menyebabkan berlakunya fenomena tanah runtuh.

Tumbuh-tumbuhan semulajadi yang berfungsi sebagai tutup bumi untuk

mencegah hakisan sementara akarnya mencengkam dan mengikat tanah

supaya tidak longgar. Sekiranya kawasan tanah tinggi telah menjadi

gondol, dan apabila hujan lebat turun, hakisan akan mudah berlaku dan

kadang kala boleh menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.

Sejarah telah membuktikan pada tahun 1993 apabila berlakunya

tragedi Highland Towers yang telah mengorbankan 170 orang

mangsa. Menurut http://www.reach.org.my TV3 melalui Buletin

Utama pada17 Februari 2006 telah menyiarkan berita penggondolan

tanah di sekitar tanah tinggi Cameron Highland iaitu di Kampong

18

Pos Terisu dan Sungai Palas berdekatan dengan Ladang Teh Boh.

Penggondolan tersebut telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh

dan mengancam nyawa penduduk setempat.

3.2.2 Pencemaran Air.

Pembangunan di kawasan tanah tinggi yang berlaku dengan

berleluasa akan mewujudkan pencemaran air. Kualiti air sungai

di Cameron Highlands didapati mula tercemar kesan daripada

aktiviti pembangunan infrastruktur, penggunaan bahan kimia,

racun dan baja daripada pertanian yang tidak terkawal dan

berleluasa. Sungai yang teruk terjejas ialah Sungai Telom,

Sungai Bertam, Sungai Ikan dan Tasik Habu. Pembukaan tanah

pertanian yang kurang sistematik (tiada perangkap lumpur) telah

menimbulkan kelodakan dalam air yang tinggi sehingga

menyebabkan pemendapan di Tasik Habu. Kualiti air tasik ini

telah terjejas dengan nilai pepejal terampai sehingga 202mg/l.

Nilai ini adalah lapan kali ganda daripada standard yang

ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu pada tahap 25 mg/l

bagi air kelas satu.

3.2.3 Peningkatan Suhu.

Pembangunan di kawasan tanah tinggi akan menyebabkan

kemusnahan terhadap hutan contohnya di kawasan Tanah Tinggi

Cameron Highlands. Secara keseluruhan, min suhu tahunan di

Cameron Highlands semakin meningkat dari setahun ke setahun

terutama pada dekad 1990-an. Peningkatan suhu ini dikaitkan

19

dengan aktiviti penebangan hutan bagi dijadikan kawasan

pertanian di Lembangan Bertam. Peranan pokok sebagai agen

penyederhanaan suhu dan “penstabilan iklim” telah berkurangan.

Dianggarkan bagi setiap pokok hutan ia mampu menampung 400

liter air bagi satu-satu masa. Hasil pemerhatian mendapati

penduduk di kawasan ini ada yang menggunakan payung pada waktu

siang dan banyak premis perniagaan yang memasang kipas ekoran

peningkatan suhu. Hasil kaji selidik mendapati 77.6 peratus

responden berpendirian bahawa Cameron Highlands tidak lagi

sejuk berbanding dengan tahun 1970-an dan 1980-an khususnya di

Ringlet dan Tanah Rata.

3.2.4 Gangguan Terhadap Penempatan Orang Asli.

Kerancakan pembangunan yang dijalankan di Cameron

Highlands telah merubah persekitaran semula jadi termasuk

menggangu kehidupan manusia khususnya petempatan orang asli.

Pembangunan telah melibatkan penarahan bukit dan pembersihan

hutan yang mengganggu dan memusnahkan banyak elemen dalam

persekitaran. Kehidupan orang asli juga turut terjejas kerana

kawasan hutan yang menjadi hasil pendapatan mereka telah

diteroka umpamanya pekerjaan mencari rotan hanya dilakukan

setahun sekali berbanding sebelum ini. Malahan sungai-sungai di

kawasan petempatan orang asli ini juga menjadi cetek dan

tercemar dengan kelodak dan racun perosak yang menyebabkan

spesis akuatik semakin berkurangan. Malahan penduduk di Lembah

Menson mengatakan sungai-sungai di kawasan ini menjadi semakin

cetek dan dianggarkan kedalaman sungai telah menurun dari enam

20

kaki kepada satu kaki sahaja berbanding sepuluh tahun yang

lalu.

3.2.5 Pusat Pelupusan Sampah Yang Kurang Strategik.

Pelupusan sampah sarap yang tidak sistematik akan

menimbulkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Pelupusan sampah

secara terbuka akan menyebabkan masalah pencemaran udara (bau),

tanah, air dan pembiakan vektor penyakit. Hasil kajian

mendapati hanya wujud satu pusat pembuangan/pelupusan sampah di

Cameron Highlands, iaitu di Batu 34 yang berada pada kedudukan

1400 meter dari aras laut. Tapak pelupusan ini kurang sesuai

kerana ia berada di kawasan tanah tinggi serta berhampiran

dengan anak Sungai Bertam, iaitu Sungai Batu Pipih. Kedudukan

ini amat tidak strategik kerana kedudukan di kawasan “pintu

masuk” sebelum sampai ke Cameron Highlands memaksa setiap

pengunjung menghidu bau sampah dari kawasan ini terlebih dahulu

sebelum sampai ke Ringlet. Sampah sarap banyak terdapat di

kawasan sungai kerana pihak yang menguruskan sampah sarap telah

mengambil “jalan mudah” dengan menolak sampah ke bawah cerun di

kawasan sungai dan memburukkan lagi keadaan di kawasan ini.

Apabila hujan lebat air larian sungai akan membawa sampah sarap

lalu menyebabkan sungai menjadi kotor.

Pembakaran sampah secara semulajadi juga berlaku kerana

tiada saluran pelepasan gas yang disediakan di tapak pelupusan

ini oleh pihak yang bertanggungjawab. Pencemaran bau daripada

kawasan ini turut dialami oleh penduduk di Habu yang berada di

21

kedudukan yang lebih rendah terutama apabila tiupan angin

datang dari kawasan tersebut.

3.2.6 Kehilangan Habitat Flaura dan Fauna

Pembangunan kawasan tanah tinggi akan menyebabkan

kemusnahan habitat semulajadi kepada 50% hingga 90% spesies

tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di kawasan

tersebut. Menurut Khairudin Hj Kmaruddin (1992), satu hektar

Hutan Hujan Tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180

jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih 8000

spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies

burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies

serangga yang telah direkodkan. Di Sarawak pula 70% daripada

kawasannya adalah diliputi kawasan Hutan Hujan Tropika. Di situ

terdapat lebih 8000 spesies flora dan 2000 spesies fauna. Oleh

itu pembangunan di kawasan seperti ini pasti akan menjejaskan

habitat semulajadi flora dan fauna.

3.2.7 Pemendapan dan Fenomena Banjir

Satu lagi kesan negatif apabila berlakunya pembangunan di

kawasan tanah tinggi ialah berlakunya pemendapan yang

menjadikan sungai semakin cetek. Permukaan tanah yang terdedah

menyebabkan berlakunya hakisan apabila hujan turun. Hakisan

tanah tersebut akan menghasilkan mendapan di dasar sungai.

Apabila berlaku hujan lebat, sungai tidak dapat menampung

jumlah air yang banyak disebabkan oleh keadaan sungai yang

22

cetek dan disebabkan aliran air di dalam sungai yang perlahan.

Menurut Utusan Malaysia (18 Februari 2005), banjir besar telah

berlaku pada tahun 2003 di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri

Alam yang menyebabkan Kampung Budaya ditenggelami air sedalam 8

meter. Turut tenggelam ialah Taman Orkid di dalam taman

pertanian itu. Fenomena ini berlaku kerana berlakunya

pembangunan yang pesat di kawasan tersebut yang menyebabkan

hampir keseluruhan kawasan Seksyen U10, iaitu kawasan hutan

seluas 1200 hektar telah ditebang dan tanah-tanah bukit mula

diratakan oleh pihak pemaju perumahan.

3.3 Penubuhan Badan Antarabangsa, Konvensyen Antarabangsa,

Akta, dan Undang-

undang

Sebuah pertubuhan Alam Sekitar Sedunia patut diwujudkan di

bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memandangkan aspek

pengurusan aspek alam sekitar pada masa kini gagal mencapai apa

yang diharapkan.

Sejak adanya Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNEP) pada tahun 1972, cabarannya telah membesar daripada

23

sistem yang ada, kata Penasihat Sains kepada Perdana Menteri

Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid.

Katanya kerangka pentadbiran alam sekitar yang ada

sekarang tidak lagi sesuai dengan kepentingan antarabangsa

kerana ia gagal menangani isu alam sekitar yang muncul sejak

beberapa dekad yang lampau.

Di dalam konteks pencemaran sungai di Malaysia, beberapa

perundangan yg berkait dengannya telah digubal dengan tujuan

untuk mengawal serta menangani masalah pencemaran tersebut.

Antara perundangan yang terlibat bagi membantu di dalam

menangani masalah pencemaran sungai ialah Akta Kualiti Alam

Sekeliling, 1974. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam

Sekeliling, 1974 terdapat 3 subseksyen yang telah diperuntukkan

bagi mengawal serta melarang pencemaran perairan daratan

semulajadi. Berdasarkan Seksyen 25 Akta tersebut, tidak ada

seorang pun dibenarkan mengeluarkan, melepaskan atau memendap

bahan buangan ke dalam perairan daratan kecuali dilesenkan.

Mana-mana individu yang didapati telah melanggar peruntukan di

bawah seksyen ini boleh dikenakan denda tidak lebih RM 100,000

atau penjara tidak lebih 5 tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Manakala di bawah Seksyen 51(l) Akta ini, terdapat peruntukan

yang membenarkan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli menggubal

peraturan-peraturanbagi tujuan melindungi alam sekitar

termasuklah sumber air daratan. Beberapa peraturan yang telah

digubal di bawah seksyen tersebut yang mempunyai kaitan dengan

kawalan pencemaran sungai adalah seperti:

a) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan

Effluen-Effluen Perindustrian) 1979 – yang digubal bagi

24

mengawal pelepasan effluen seperti bahan tar, cecair tak

terlarut, pelarut mudah terbakar serta bahan kumbahan

daripada manamana pusat perindustrian ke dalam perairan

daratan;

b) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang

Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit) 1977 - mengawal

pelepasan effluen daripada industri minyak kelapa sawit ke

dalam alur air serta tanah. Di mana di dalam peraturan ini

terdapatnya peruntukan terhadap parameter atau had

pelepasan effluen kilang kelapa sawit yang perlu dipatuhi;

c) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang

Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978 - mengawal pelepasan

effluen industri getah asli mentah;

d) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005 - digunapakai bagi mengawal selia kegiatan

pengeluaran bahan buangan terjadual ke dalam alur air

sepertipt sungai, parit, longkang, kolam dan termasuklah

tanah serta di luar kawasan premis berlesen;

e) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang

Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan

Terjadual) 1989 - mengawasi aktiviti pengolahan dan

pelupusan buangan terjadual oleh pihak berkuasa dan dengan

cara ini aktiviti ini yang dijalankan secara haram dapat

dikawal dan seterusnya dapat mengurangkan kes pencemaran

air;

f) Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Kegiatan-Kegiatan

Ditentukan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 1987 - di bawah

peraturan ini, terdapatnya suatu peruntukan yang

25

menyenaraikan 19 aktiviti atau kegiatan-kegiatan yang

dikehendaki membuat penilaian kesan alam sekitar di mana

kesemua aktiviti tersebut berpotensi tinggi boleh

menyebabkan pencemaran air seperti industri petrokimia dan

industri kertas dan pulpa.

g) Akta Kerajaan Tempatan, 1976, turut mengandungi beberapa

peruntukan yang digubal bagi mengatasi masalah pencemaran

sungai dan saluran-saluran air daratan yang lain seperti

longkang awam danterusan yang diakibatkan oleh kegiatan

atau perbuatan manusia. Beberapa larangan khusus bagi

perbuatan tertentu telah dikenakan di bawah Seksyen 69 dan

Seksyen 70 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 ini.

3.4 Peranan pendidikan

3.4.1 Langkah-langkah Penerapan Pendidikan Alam Sekitar di

sekolah

Antaranya adalah dengan mengadakan kempen ‘Sayangi Alam

Sekitar’. Bagi menguruskan kempen ini, maka Persatuan Alam

Sekitar boleh bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melicinkan

perjalanan program yang dirancang. Antara program yang boleh

dijalankan sepanjang kempen ini diadakan ialah pertandingan

melukis poster, pertandingan mencipta dan mendeklamasikan

puisi, pertandingan menulis esei, pertandingan pidato, syarahan

dan debat, ceramah tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan

pelbagai lagi aktiviti yang boleh menarik minat pelajar.

Kesemua aktiviti ini menjurus kepada satu matlamat, iaitu

memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Tegasnya, kempen sebegini harus dilaksanakan secara

berperingkat dan berterusan agar kesedaran yang ingin ditanam

26

ranum di sukma mereka sebagai pemegang amanah kepada

kelangsungan hijaunya alam sekitar.

Selain itu, Kementerian Pelajaran perlu mengkaji keperluan

mewujudkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar sebagai

subjek elektif di sekolah. Hal ini disebabkan oleh sikap remaja

masa kini yang memandang enteng akan kepentingan menjaga alam

sekitar. Mereka juga kabur akan rasionalnya, di samping

diburukkan lagi dengan sikap tidak bertanggungjawab terhadap

alam sekitar. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sains, dan

Geografi yang telah memasukkan topik berkenaan alam sekitar,

maka pengekalan perlu dilakukan. Seandainya cadangan

mewujudkannya sebagai mata pelajaran elektif tidak

dilaksanakan, maka sekurang-kurangnya kita sudah ada persediaan

ke arah mengangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin

meruncing. Ringkasnya, silibus tentang pendidikan alam sekitar

perlu diwujudkan, tidak kiralah sebagai subjek tunggal mahupun

sisipan memandangkan kepentingannya dalam jangka panjang.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan

gotong-royong memghijaukan kawasan sekolah. Program penghijauan

ini boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok di sekitar

kawasan sekolah. Antara pokok-pokok yang boleh ditanam ialah

pokok buah-buahan dan pokok perhiasan, seperti pokok bunga.

Selain memcantikkan sekolah dan memberi hasil untuk dimakan,

penanaman pokok ini sebenarnya telah membantu penambahan

pengeluaran gas oksigen yang diperlukan oleh tubuh badan

27

manusia. Program ini sebegini juga mampu mendidik remaja agar

mengawal aktiviti penggondolan hutan secara berleluasa seperti

yang didepani oleh dunia dewasa ini. Ringkasnya, aktiviti

seperti ini sememangnya penting dalam mendidik tabiat sayang

akan alam sekitar sejak di bangku sekolah kerana melentur buluh

biarlah dari rebungnya.

Bukan itu sahaja, sekolah boleh meletakkan peraturan baru

bagi penggunaan air dan elektrik di sekolah. Hal ini bertujuan

bagi mengawal penggunaan elektrik dan air daripada terus

dibazirkan. Penggunaan elektrik dan air yang tidak terkawal

merupakan salah satu bentuk kerosakan terhadap alam sekitar.

Hal ini demikian kerana penggunaan elektrik yang berlebihan

telah membebaskan gas-gas beracun seperti monoksida yang mampu

mengancam ekosistem dan kesihatan manusia juga. Sekolah boleh

menggariskan beberapa peraturan seperti menutup lampu setiap

jam8.30 pagi misalnya, kecuali pada hari hujan dan mendung.

Kipas pula perlu dihentikan sekiranya pelajar tidak berada di

dalam kelas, umpamanya pergi ke makmal dan ketika waktu rehat.

Bagi memastikan pelaksanaan peraturan ini berjaya, maka

pengawas perlu prihatin dan bertanggungjawab memantau dan

memastikan lampu dan kipas telah dimatikan sebelum meninggalkan

kelas. Jelasnya, tindakan sebegini bukan sahaja mampu

menjimatkan penggunaan air dan elektrik tetapi dapat memupuk

sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian kerana agama

Islam menyifatkan pembaziran itu merupakan amalan syaitan.

28

Malahan, Kementerian Sumber Asli boleh bekerjasama dengan

Kementerian Pelajaran bagi menjalankan program kitar semula di

sekolah. Walaupun program ini pernah diperkenalkan suatu tika

dahulu, tetapi kali ini kerajaan perlu lebih proaktif. Sebagai

contoh, kerajaan perlu menjelaskan konsep kitar semula dengan

jelas, sama ada melalui media elektronik, media cetak, mahupun

buku teks. Bahkan, kerajaan perlu melabelkan tong-tong kitar

semula dengan perkataan, bukan lagi sekadar lambang dan simbol.

Ternyata simbol yang terdapat pada setiap tong tidak banyak

membantu kerana masih terdapat remaja, malah masyarakat yang

keliru dan tersalah meletakkan bahan buangan ke dalam tong

lain. Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula di sekolah

ialah, surat khabar, kertas, tin aluminium, botol minuman

plastik, dan kaca. Hal ini secara tidak langsung menjimatkan

sumber dan mengelakkan penerokaan serta penebangan hutan secara

berleluasa.

Seperti yang kita sedia maklum, remaja cukup sinonim

dengan hiburan. Malahan, ada di antara mereka yang menjadikan

artis popular sebagai idola. Sudah terang lagi bersuluh, atas

dasar itulah kementerian perlu memanfaatkan situasi ini dengan

sebaik mungkin. Sudah tiba masanya lagu kitar semula digubah

dan dinyanyikan oleh artis popular tanah air. Lantaran itu,

ceramah yang diadakan di sekolah boleh disampaikan oleh duta

alam sekitar yang dilantik daripada kalangan artis. Meskipun

begitu, artis yang dilantik perlu mempunyai ilmu dan minat yang

mendalam terhadap pelestarian alam sekitar. Kita tidak mahu

remaja hanya berhibur, sedangnya nilai kecintaan terhadap alam

29

sekitar dikesampingkan. Sesungguhnya, kerajaan perlu mendapat

pencerahan dalam memastikan pembenihan cinta akan alam sekitar

dibugarkan dengan cara bilazim supaya percambahan itu dapat

dilakukan dengan lebih segar.

3.5 Amalan Gaya Hidup

3.5.1 Konsep Gaya Hidup Lestari

Bagi mengadaptasikan Gaya Hidup Lestari dalam kehidupan, anjakan

paradigma pada

minda seluruh ahli masyarakat, atau dengan kata lain, pelestarian minda 

amatlah diperlukan dan hal ini merupakan inisiatif paling kritikal perlu

diberi keutamaan segera .Secara ringkas, minda lestari bermaksud

pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan kesejahteraan

masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang

bersih dan selamat, sistem dan pengurusan cekap, dan dasar sertaamalan

gaya hidup selari dengan fitrah insaniah.Minda lestari menjelaskan betapa

gaya hidup mesra alam mestilah memenuhi pelbagai ciri pelestarian,

antaranya selari dengan peraturan, perundangan, mesra warga, murah dan

mudah. Berbasikal atau menaiki kenderaan awam ke tempat kerja,

membayar bil pembetungan dan mengitar semula sampah adalah

sebahagian amalan mesra alam yang tercerna daripada minda

lestari.Dalam konteks pembangunan fizikal misalnya, minda lestari

memberi penekanan kepada keseimbangan ekosistem dalam seluruh aspek

seperti perancangan, utiliti mesra alam, kaedah pembinaan dan teknologi

mesra alam. Jika anjakan minda lestari itu berjaya, maka barulah pelbagai

dasar, inisiatif, tindakan,

amalan, gaya hidup lestari dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, mura

h dan berkesan.

3.5.2 Gaya Hidup Lestari

30

Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang

perlu diaplikasi dalam semua aktiviti kita seharian. Ini

bermakna kehidupan lestari diasaskan kepada amalan dan gaya

hidup sesuai dengan keperluan generasi sekarang dan akandatang.

Dalam konteks alam sekitar, penggunaan sumber perlu dilakukan

secara optimum tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem

dan pemuliharaan flora dan  fauna. Cara hidup lestari

membabitkan penghayatan minda lestari dalam seluruhbidang

kehidupan. Sebagai individu kita boleh mengambil beberapa

langkah bagi memimumkan pencemaran alam sekitar. Antaranya

jangan gunakan beg plastic kerana ianya memakan masa

beratus tahun untuk mengurai dan reput. Gunakan bakul atau beg

sendiri ketika membeli belah. Belilah produk mesra alam yang

diktiraf, kerana ini menunjukan anda telah membantu

mengurangkan beban kepadaalam sekitar. Belilah barangan

yang mempunyai bahan pembungkusan yang bolehdiguna semula dan

dikitar semula (kertas, kaca dan logam). Pengasingan sampahyang

dihasilkan di rumah patut dibuat. Dengan cara ini kita

boleh mengumpul dan menjual barangan ini.

4) Strategi Pendidikan Lestari dalam Pengajian Sosial

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya

kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam

sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma

Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan

harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi

menjadi tonggak utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat

flora fauna dan sumberkayu-kayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut

31

setiap 22 April bagaikan tiada kesan apabila sumber-sumber alam ini

masih lagi rakus diterokai untuk manusia menikmati pembangunan. Oleh

itu, kita perlu merencanakan pembangunan yang mapan atau

pembangunan lestari. Pembangunan mapan atau pembangunan lestari

merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan

pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan

pembangunan yang seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita

harus melakukan anjakan paradigma untuk mewujudkan pembangunan

yang lestari dengan melakukan beberapa pendekatan yang pragmatik.

      Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam

menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan

sumber semula jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini

bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada

aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam

sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi

rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di

setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh dijalankan di

peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan

program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat

dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar

semula sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti

diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat

tahi ayam.  Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan

dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal

mewarisi teraju kepimpinan negara kelak. Tegasnya, program kitar semula

dapat mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.

      Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa

plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak

juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran

alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin

biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan.

Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan

sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan

pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun

32

penemuan ini masih terlalu baharu untuk dipastikan sama ada

praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut dijadikan satu

titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai

konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa

plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.

 Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan

pembangunan lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman

terhadap  individu atau organisasi yang telah didapati bersalah

memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar

wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum

pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah

setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan

memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu

tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa

sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan

batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya

tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi

perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak

begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana

mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya

sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan

denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam

mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam sekitar. 

      Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan

pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam

sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam

yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar

pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh

diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata

pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara

lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah

wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih

sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian,

33

mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila

mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan

melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan negara yang

lestari dan mapan. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat

sekolah merupakan satu langkah untuk mewujudkan pembangunan yang

lestari. 

      Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti

penanaman semula perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian

kerana  penanaman semula dapat menggantikan pokok-pokok yang

telah ditebang untuk melakukan projek pembanguan negara. Dengan

ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara tercapai.

Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara

kita perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun

begitu, kita tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa

memikirkan risiko yang bakal menimpa. Kita haruslah memiliki

minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu

diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak

harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-

masing dan mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan

pembangunan lestari tercapai. Ironinya, pembangunan lestari

dapat dicapai melalui aktiviti penanaman semula.

       Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal

pasti dapat membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan

dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama

untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan

dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal

lengan. Jika pembangunan lestari terbantut, generasi akan datang pasti

menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan

kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan

dapat  mewujudkan pembangunan yang seimbang tanpa melakukan

34

kemusnahan alam sekitar. Semoga generasi cucu cicit kita dapat

menikmati kemajuan dan pembangunan negara  dengan

diselimuti  kehijauan alam sekitar.

4.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Merentas Kurikulum

Berasaskan

Pembelajaran Melalui Pengalaman

Pada masa sekarang, amalan penggunaan barangan atau

perkhidmatan yang tidak lestari menyebabkan kuantiti sampah semakin

bertambah dan seterusnya mengakibatkan masalah kekurangan tempat

menyimpan dan memproses sampah-sarap. Di dalam konteks

pembangunan yang berdasarkan gaya hidup mewah dalam masyarakat

hari ini, pengguna banyak membazir dan telah  mencemarkan alam

sekitar ini. Oleh itu, dengan menyedari betapa seriusnya pencemaran

alam sekitar  inilah yang telah mewujudkan kesedaran baru yang dikenali

sebagai pembangunan lestari.

Amalan lestari adalah amalan menggunakan barangan atau

perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas supaya mencapai kualiti

hidup yang lebih tinggi dengan masa yang sama pula mengurangkan

penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar

supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang. Amalan lestari

amat mengutamakan penggunaan sumber air, tenaga dan sumber-sumber

asli yang lain secara berhemat. Penggunaan alternatif-alternatif kepada

sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu

juga digalakkan. Selain daripada penggunaan sumber asli dengan

berhemat, penggunaan teknologi yang bersih dan mesra alam juga dapat

mencapai kualiti hidup yang tinggi.

  Masyarakat yang lestari akan wujud sekiranya pengguna dan

pengeluar dapat sama-sama mengamalkannya serta mempengaruhi kawan-

kawan sekeliling turut mengikuti penggunaan lestari. Dengan ini generasi

akan datang mempunyai peluang terus menggunakan keperluan asas

dengan mudah. Amalan lestari boleh diaplikasikan dengan begitu senang

di semua tempat samada di rumah, di pejabat, di pusat beli-belah atau

semasa belajar di sekolah. Kehidupan kita selalu berkait rapat dengan

lestari jika kita lebih prihatin terhadap alam sekitar. Ramai orang kurang

mengaplikasikannya kerana mereka menganggap pengaruh tingkah-laku

35

seseorang itu tidak besar. Namun pemikiran sedemikian harus diubah

kerana pengaruh besar akan dapat dinampak sekiranya setiap orang juga

mengamalkannya.

Penjimatan elektrik amat penting kerana penggunaan tenaga yang

cekap boleh memanjangkan hayat penggunaan barangan elektrik serta

boleh memelihara alam sekitar melalui pengurangan Kesan Rumah Hijau”dan pemanasan sejagat. Penggunaan lestari dapat diamalkan di semua

tempat dalam kehidupan seharian. Kertas kitar semula serta penggunaan

kedua-dua belahnya digalakkan supaya dapat mengurangkan bilangan

pokok yang perlu ditebang. Ini adalah kerana untuk menghasilkan satu

tan kertas, sebanyak 17 batang pokok yang terpaksa ditebang dan

diproses. Bagi mereka yang bekerja boleh mengamalkan amalan lestari

dengan berkongsi kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara,

kesesakan jalan raya dan menjimatkan perbelanjaan.

Selain daripada amalan yang disebut di atas, kita juga boleh cuba

menanam sayur-sayuran secara hidroponik di sekitar kawasan rumah.

Cara penanaman ini tidak memerlukan ruang tanah yang luas, sayur-

sayuran yang ditanam segar, bebas kimia racun perosak serta sihat

dimakan. Sisa-sisa sayuran dan buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai

baja organik. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai aktiviti keluarga pada

hujung minggu. Kos perbelanjaan rumah dikurangkan serta hubungan

antara ahli keluarga juga dapat dieratkan melalui amalan lestari ini.

Tiba masanya bagi kita sebagai penghuni planet bumi mengubah

sikap yang tidak berhemah dan tidak bertanggungjawab terhadap alam

sekitar supaya alam sekitar yang dinikmati oleh masyarakat sekarang ini

dapat diwarisi kepada generasi akan datang. Di samping itu, amalan

lestari ini akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang lebih prihatin

terhadap alam sekitar dan hidupan lain seterusnya memberi kualiti hidup

yang lebih tinggi dan selesa kepada semua golongan dalam masyarakat

ini.

4.2 Sumber pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar

4.2.1 Gagne: Bahan bercetak.

36

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for

Instruction (1975) memperkenalkan sebuah teori mengenai

bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses

pembelajaran.

Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan

diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia.

Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian

dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada

penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan

pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori

beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling

mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai

bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif.

Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh

diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan

tidak bergambar.

Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah

dan gambar. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan

pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai dengan teori beliau

di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set

di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk

ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek.

Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan

tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai

teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan

bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan

cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang

37

diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang

kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat

ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan.

4.2.2 Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen

Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu

mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam

keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Dalam

mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai

pemproses, pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga

menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses

kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi

pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan.

Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti

sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber tersebut, murid akan

memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana

aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung

murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-

pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui pengalaman.

Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid

meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini

mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori.

Oleh yang demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam

teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar

pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada

peringkat yang rumit.

38

4.2.3 Bandura: Relia dan Model

Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan

oleh Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan

pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian

terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain,

individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan

tingkah laku tersebut.

Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan

pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal

ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran

meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan

tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan

peneguhan positif.

Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti

kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-

murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian

dan pemikiran.

Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam

sesebuah kelas. Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap

dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oelh

murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang

menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik

darjah.

4.2.4 Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat

39

Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam

perkembangan minda murid. Kebanyakan daripada kemahiran

kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan

sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem

biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu

persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka

mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan

cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid.

Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan

alat. Bahan boleh membantu guru menjelaskan apa yang hendak

diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan

pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan,

penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman,

unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta

pendorong pengajaran terancang.

40

RUJUKAN

http://www.jmarcano.com/educa/docs/tbilisi.html

http://pismpsas0109.blogspot.com/2009/12/tugasan-bagi-subjek-

pendidikan.html

http://www.scribd.com/doc/80516686/Pendidikan-Pembangunan-Lestari-

Intipati-Persidangan-Mengenai-Alam-Sekitar

http://adzjamros.blogspot.com/

http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/manusia-alam-sekitar.html

http://abihulwa.blogspot.com/2011/07/isu-antarabangsa-pbb-perlu-

tubuh-badan_28.html

http://anelyza.blogspot.com/2012/05/6-cara-cara-melaksanakan-

pembangunan.html

http://www.scribd.com/doc/91955553/Malta-1991-Dan-Laporan-Kabinet

http://www.majalahsains.com/2010/03/teknologi-hijau-semua-pihak-

perlu-berperanan/

http://www.majalahsains.com/2010/03/amalan-lestari-untuk-

kesejahteraan-sejagat/

http://hassansitam.blogspot.com/2012/03/sumber-pengajaran-dan-

pembelajaran.html

41

http://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_semula_jadi

http://www.searchya.com/?

q=Impak+kegiatan+manusia+dan+isu+alam+sekitar&f=4&a=SearchooD&

cd=2XzuyEtN2Y1L1QzutDtDtByDzy0C0B0AyE0E0C0ByBtDyBzytN0D0Tzu0

CyEzztBtN1L2XzutBtFtBtFtCtFyEtAtBtN1L1Czu0U1E0T1F0D1F2W1G1V0S

1I1P1G1Q1P1C&cr=1373320635&ir=

http://en.wikipedia.org/wiki/Brundtland_Commission

Abd Rahim Md Nor, 2004. Geografi Tingkatan 3, Pulau Pinang:

Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Abd Rahim, N. 1991. Hutan Merendahkan Suhu, Mencegah

Pencemaran Dunia.

Dewan Masyarakat ;Disember :4 8 ms.– Cheah Li Pheng.(tiada tarikh). Hutan Hujan Tropika di Malaysia dan

Kegunaannya.

Chong Hui Ling & Chong Yoon Choi, 2003. Geografi Tingkatan 1,

Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, 2005. Kutipan Hasil Hutan 2005.

http://forestry.pahang.gov.my [Online] (02 Jun 2008)

Kepentingan hutan untuk kehidupan. Dewan Kosmik (November

1995).

Khairudin Hj Kamaruddin, 1992. Hutan Hujan Tropika Semenanjung

Malaysia. Kepong, Selangor : Institut Penyelidikan Perhutanan

Malaysia.

Melati Mohd Arif. 18 Jun 2007. Usaha Tingkatkan Pengurusan Hutan

Secara

Berkekalan Di Sarawak. http://www.bernama.com.my [Online] (01 Jun

2008)

Mohammad Ismail, 2004. Geografi Tingkatan 2, Selangor: Penerbit

Fajar Bakti

42

Sdn. Bhd.

Mohd Shahwawid Hj Othman, 1995. Ekonomi Sumber Hutan. Kuala

Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nasib tanah tinggi Cameron Highlands, 20 Februari 2006,

http://www.reach.org.my

[Online] (01 Jun 2008)

Noria Jusoh (___), Hutan, tumbuhan dan kegunaannya kepada

manusia.

Rape ah Ahmad, Khalijah Maimon, Aziah Ismail & Foo Ho Loke, ’

2002. Geografi Tingkatan 1 (KBSM), Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn.

Bhd.

Yeoh Siok Tee & Mohan a/l Palaniandy, 2007. HBSS3103 Manusia

dan Alam Sekitar, OUM: Meteor Doc, Sdn. Bhd.

43