Training and Development in Organization

download Training and Development in Organization

of 30

Transcript of Training and Development in Organization

ISI KANDUNGAN1.0 Pendahuluan.......................................................................................2 1.1Latarbelakang Organisasi....................................................................................2 1.2Pernyataan Tujuan...............................................................................................4 2.0 Penilaian Keperluan Latihan.................................................................5 2.1Perancangan........................................................................................................5 2.2Metodologi ..........................................................................................................6 2.2.1Penilaian Visi, Misi dan Matlamat Syarikat.....................................................6 2.2.2Borang Prestasi Sumber Manusia ..................................................................6 2.2.3Borang Analisis Kecekapan dan Keberkesanan Kerja.....................................6 2.2.4Borang Keperluan Latihan Kakitangan...........................................................7 2.3Penemuan ..........................................................................................................8 2.3.1Pencapaian Visi, Misi dan Matlamat Syarikat.................................................8 2.3.2Prestasi Sumber Manusia...............................................................................9 2.3.3Kecekapan dan Keberkesanan Kerja............................................................12 2.3.4Keperluan Latihan Kakitangan.....................................................................14 3.0 Rekomendasi Latihan Spesifik............................................................17 4.0 Penutup............................................................................................20 Senarai Bibliografi..................................................................................21 Lampiran...............................................................................................22 Lampiran 1 - Borang Prestasi Sumber Manusia....................................................23 Lampiran 2 - Borang Analisis Kecekapan dan Keberkesanan Kerja.......................24 Lampiran 3 - Borang Keperluan Latihan Kakitangan............................................25

1.0

Pendahuluan

1.1

Latarbelakang Organisasi

Dynamic Training Development merupakan sebuah syarikat tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2002, terdiri daripada kakitangan

berpengalaman dalam latihan, konsultansi pengurusan acara (event management), bidang promosi dan pengiklanan. Syarikat ini merupakan milik penuh dan diurus oleh usahawan Bumiputera dan disokong oleh rangkaian juruperunding yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas.

Syarikat ini berusaha secara komited untuk membantu klien mencapai pertumbuhan berterusan, keberuntungan dan produktiviti melalui latihan berkesan, konsultansi pengurusan acara dan perkhidmatan promosi dan pengiklanan.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan profesional dan nilai tambah dalam semua aspek perkhidmatan yang dinyatakan. Kepuasan

pelanggan merupakan keutamaan dengan memberikan kerjasama padu dengan ahli pekerja dan pelanggan mereka.

Visi Syarikat Untuk menjadi penyedia perkhidmatan latihan, konsultansi pengurusan acara, dan syarikat promosi dan pengiklanan yang utama di rantau ini

2|

Misi Syarikat Untuk menyediakan program latihan profesional, konsultansi pengurusan acara dan perkhidmatan promosi dan pengiklanan kepada kerajaan, organisasi kerajaan dan sektor swasta

Matlamat Syarikat Matlamat Dynamic Training Development adalah seperti berikut: (a) Menyediakan program latihan profesional kepada kerajaan, pihak bukan kerajaan dan kerajaan swasta yang dapat menepati keperluan klien berkenaan; (b) Menyediakan perkhidmatan konsultansi pengurusan acara yang profesional dan berkualiti bagi memastikan perlaksanaan acara berjalan lancar; (c) Menyediakan program perkhidmatan promosi dan pengiklanan yang menepati keperluan dan tren semasa secara profesional dan berkualiti agar klien dapat memajukan komunikasi pemasaran produk dan perkhidmatan mereka kepada khalayak ramai dengan efektif; (d) Memastikan kumpulan pekerja yang sentiasa up-to-date dengan isu-isu semasa dan dilengkapi dengan kemahiran dan

pengalaman yang secukupnya untuk memberikan perkhidmatan berkualiti; dan (e) Menyediakan suasana organisasi yang berteraskan budaya cemerlang dan bersaya saing supaya setiap pekerja memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk organisasi

3|

Pada masa ini, syarikat mempunyai 10 pekerja tetap dan rangkaian juruperunding yang mana perkhidmatannya digunakan secara kontrak dari masa ke semasa.

1.2

Pernyataan Tujuan

Tujuan kertas cadangan ini adalah untuk membentangkan penilaian keperluan latihan bagi Dynamic Training Development. Ianya akan memberi penerangan tentang perancangan penilaian keperluan latihan, metodologi yang digunakan dan penemuan mengneai keperluan latihan di syarikat ini.

4|

2.0

Penilaian Keperluan Latihan 2.1 Perancangan

Penilaian

keperluan

latihan

merupakan

salah

satu

daripada

tanggungjawab Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia. Penilaian keperluan latihan ini adalah penting untuk mengenalpasti program latihan spesifik yang perlu diadakan untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja di syarikat ini. Penilaian ini bertujuan untuk mengenalpasti mana bahagian dalam organisasi yang memerlukan latihan, jenis latihan yang diperlukan dan siapakah yang akan dihantar mengikuti latihan berkenaan.

Penilaian keperluan latihan ini biasanya dilakukan pada tiga peringkat iaitu: Analisis individu menentukan samada pekerja memerlukan

latihan kecekapan ataupun tidak Analisis tugas mengenalpasti jenis dan tahap pengertahuan , kemahiran, sikap dan keupayaan kerja Analisis organisasi mengenalpasti samada organisasi dapat

mencapai matlamatnya

Walaupun Dynamic Training Development ini adalah kecil dengan bilangan kakitangan yang sedikit, keperluan latihan merupakan sesuatu yang perlu dinilai bagi memastikan prestasi dan produktiviti organisasi dan pekerja ditingkatkan dan kecekapan kerja dijamin.

5|

2.2

Metodologi

Bagi menjalankan analisis di ketiga-tiga peringkat, beberapa kaedah mendapatkan maklumat telah digunakan, Ianya dibentangkan seperti di bawah.

2.2.1

Penilaian Visi, Misi dan Matlamat Syarikat Visi, misi dan matlamat syarikat dinilai dari segi sejauhmana syarikat telah dapat memenuhi matlamat berkenaan

2.2.2

Borang Prestasi Sumber Manusia Borang Prestasi Sumber manusia disediakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia untuk menentukan pengisian jawatan dan kemahiran kakitangan sedia ada, latihan yang telah diberikan dan latihan yang masih diperlukan.

Contoh borang analisis digunakan dilampirkan dalam Lampiran 1.

2.2.3

Borang Analisis Kecekapan dan Keberkesanan Kerja Borang ini menentukan kecekapan dan keberkesanan kerja dengan menyenaraikan deskripsi dan spesifikasi kerja bagi sesuatu jawatan dan menentukan melalui pemerhatian dan temubual samada prestasi kerja tercapai.

6|

Borang ini juga akan memasukkan maklumat yang diperolehi daripada Borang Penilaian Program Latihan Profesional yang telah dikendalikan, surat aduan dan pujian daripada klien dan sebagainya.

Contoh borang analisis digunakan dilampirkan dalam Lampiran 2.

2.2.4

Borang Keperluan Latihan Kakitangan Bagi memastikan keperluan latihan kakitangan, satu soal selidik diedarkan kepada kakitangan untuk mengenalpasti kemahiran dan pengalaman sedia ada, keperluan latihan yang mereka perlukan dan sebagainya

Contoh borang analisis digunakan dilampirkan dalam Lampiran 3.

Borang-borang ini dilengkapkan berdasarkan kepada sumber maklumat dalam syarikat seperti pemerhatian, soal selidik, temu bual dan juga meneliti dokumen-dokumen dalam syarikat.

7|

2.3

Penemuan Penilaian keperluan latihan menggunakan metodologi yang diterangkan di atas telah memberi gambaran jelas tentang prestasi dan produktiviti semasa syarikat dan keperluan latihan di Dynamic Training Development.

2.3.1

Pencapaian Visi, Misi dan Matlamat Syarikat Pada amnya, Dynamic Training Development bertekad untuk menyediakan perkhidmatan latihan, konsultansi pengurusan acara dan pakej promosi dan pengiklanan kepada kerajaan, organisasi kerajaan dan sektor swasta. Dari segi kebolehcapaian visi, misi dan matlamat syarikat, didapati bahawa ianya belum dapat memenuhi matlamat dengan sepenuhnya.

Dynamic Training Development belum bertapak kukuh dalam penyediaan latihan profesional di mana syarikat ini masih sukar mendapatkan kontrak menyediakan latihan profesional.

Permintaan kepada program latihan tahun lalu tidak banyak, iaitu hanya lebih kurang satu latihan jangka pendek dalam tempoh masa 2 2 bulan. Kebanyakan klien adalah pihak kerajaan sahaja dan belum berupaya mendapatkan permintaan tinggi dari pihak swasta. Sasaran program latihan yang dikendalikan pada tahun ini hanya mencapai 50% sahaja. Beberapa program latihan dibatal atau ditunda atas sebab-sebab tertentu.

8|

Perkhidmatan konsultansi pengurusan acara juga masih kurang mendapat sambutan dan pihak syarikat masih mempergiatkan pemasaran untuk mencapai lebih ramai klien. Sasaran tahun ini juga belum tercapai.

Perkhidmatan promosi dan pengiklanan juga kurang mendapat sambutan dan hanya kontrak kecil-kecilan (di bawah RM25,000) sahaja yang dapat dilaksanakan bagi tahun lalu dan sekarang.

2.3.2

Prestasi Sumber Manusia Prestasi sumber manusia dapat dikenalpasti melalui jumlah pengisian dan inventori kemahiran kakitangan masa kini. Hasil penilaian dalam Jadual 1 di bawah menunjukkan terdapat dua kekosongan iaitu untuk jawatan Pegawai Tadbir (meletak jawatan pada bulan Ogos lalu) dan Pegawai Kerja (meletak jawatan pada bulan Mei lalu).

Ini menunjukkan perlunya tugas dan tanggungjawab Pegawai Tadbir dilakukan oleh Penolong Pengurus manakala Eksekutif Pemasaran dilatih menggantikan tugas Pegawai Kerja apabila terdapat program latihan atau pengurusan acara. Kerani Am pula bertugas memfail dan rekod, menjadi penyambut tetamu dan juga menolong kerja-kerja pemasaran.

9|

Jadual 1: Prestasi sumber manusia Dynamic Training Development Nama No 1 2 Jawatan Pengurus Penolong Pengurus Status Pengisian Jumlah 1 1 Diisi 1 1 Kosong 0 0 Spesifikasi Kerja

Ijazah Sarjana/ Sarjanamuda Pengalaman kerja lebih 5 tahun Ijazah Sarjanamuda (pengurusan dan perniagaan) Pengalaman kerja 3 tahun ke atas Ijazah/Diploma Pengurusan dan Sumber Manusia Pengalaman kerja 2 tahun ke atas Ijazah/Diploma Perakaunan Pengalaman kerja 2 tahun ke atas STPM/Ijazah/Diploma Pemasaran Pengalaman kerja lebih 2 tahun SPM/STPM Pengalaman kerja 6 bulan ke atas Ijazah Sumber Manusia/Latihan Pengalaman kerja lebih 2 tahun

3

Pegawai Tadbir

1

0

1

4

Pegawai Akauns

1

1

0

5

Eksekutif Pemasaran

2

2

0

6

Kerani Am

1

1

0

7

Pegawai Latihan/Kerja Jumlah

3 10

2 8

1 2

Jadual 2 di bawah pula menunjukkan inventori prestasi dan kemahiran pekerja yang membentangkan apa yang ada dan

10 |

belum dimiliki tetapi didapati perlu berdasarkan kepada deskripsi tugas dan spesifikasi kerja.

Jadual 2: Inventori Prestasi/Kemahiran Pekerja No 1 Jawatan Pengurus Kemahiran sedia ada Kelayakan akademik Kemahiran pengurusan Kemahiran Perniagaan 2 Penolong Pengurus Pengalaman kerja Kelayakan akademik Kemahiran pengurusan Pengurusan pemasaran Kemahiran Perniagaan 3 Pegawai Tadbir Pengalaman kerja Kelayakan akademik komunikasi Kemahiran yang tidak dimiliki Pengurusan e-dagang

Pengurusan perniagaanglobal Pembangunan Kurikulum Pengurusan e-dagang Pengurusan pentadbiran pejabat

Pengurusan perniagaanglobal TOT Tidak berkenaan (Jawatan telah dikosongkan) Pengurusan Pejabat Pengurusan Pentadbiran & Cukai Pengurusan (ePerolehan) perindustrian PMS

Pengurusan & pentadbiran Pengurusan sumber manusia Kemahiran Aplikasi komputer

4

Pegawai Akauns

Pengalaman kerja Kelayakan akademik Pengurusan akauns Pengurusan Pendapatan Undang-undang dan Pekerjaan Pengalaman kerja EPF

5

Pegawai Lathan 1 Kerja

Kelayakan akademik

Penyampaian efektif Kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris

Kemahiran pengurusan latihan Pembangunan kurikulum

11 |

Pengurusan acara 6 Pegawai Lathan 2 Kerja Pengalaman kerja Kelayakan akademik Kemahiran pengurusan latihan Pembangunan kurikulum Pengurusan acara 7 Pegawai Lathan 3 Kerja Pengalaman kerja Kelayakan akademik Kemahiran pengurusan latihan Pembangunan kurikulum Promosi dan Pengiklanan 8 Eksekutif Pemasaran 1 Pengalaman kerja Kelayakan akademik Kemahiran Perniagaan Pengurusan pemasaran 9 Eksekutif Pemasaran 2 Pengalaman kerja Kelayakan akademik Kemahiran Perniagaan Pengurusan pemasaran 10 Kerani Am Pengalaman kerja Kelayakan akademik

Penulisan laporan Penyampaian efektif Kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris Penulisan laporan Promosi dan pengiklanan Tidak berkenaan (Jawatan telah dikosongkan) Pembangunan web laman

komunikasi Kemahiran interpersonal Kemahiran komputer Pembangunan web aplikasi laman

komunikasi Kemahiran interpersonal Kemahiran komputer Kemahiran Kemahiran komputer Kemahiran pemasaran komunikasi aplikasi komunikasi aplikasi

Kemahiran pentadbiran pejabat Pengendalian telefon Kemahiran PR Pengalaman kerja

Bahasa Inggeris

2.3.3

Kecekapan dan Keberkesanan Kerja

12 |

Kecekapan keupayaan

dan

Keberkesanan Training

Kerja

bergantung

kepada

Dynamic

Development

melaksanakan

program atau perkhidmatan sasaran dan komen daripada klien. Hasil penilaian ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah. Ianya menunjukkan kecekapan dan keberkesanan penyediaan

perkhidmatan utama syarikat ini.

Jadual 3:

Inventori Kecekapan dan Keberkesanan Kerja (bagi tempoh tahun 2006 bulan Jun 2007) Tahap Pelaksanaan Bil. Bil. Bil. sasaran dilaksana gagal 18 30 20 10 20 12 8 10 8

No 1 2 3

Jenis Perkhidmatan Latihan Korporat & Profesional Promosi & pengiklanan Pengurusan Acara

Jadual 4 pula memberikan senarai alasan kepada kegagalan perlaksanaan ditetapkan. perkhidmatan mengikut sasaran yang telah

Jadual 3: Inventori Alasan Kegagalan Perlaksanaan Program/Perkhidmatan Sasaran (bagi tempoh tahun 2006 bulan Jun 2007)

13 |

No 1

Jenis Perkhidmatan Latihan Korporat & Profesional

Bil. tidak terlaksana

Alasan Dibatalkan Klien (2)

8

Tidak cukup peserta (4) Tidak cukup kakitangan (1) Tiada kemahiran (1) Dibatalkan Klien (3)

2

Promosi & pengiklanan

10

Tidak sambutan promosi (5) Tiada kemahiran (2) Dibatalkan Klien (1)

3 Pengurusan Acara 8

Tidak sambutan promosi (3) Tidak cukup kakitangan (2) Pertembungan masa (2)

2.3.4

Keperluan Latihan Kakitangan Bagi memastikan keperluan latihan kakitangan, satu soal selidik diedarkan kepada kakitangan untuk mengenalpasti kemahiran dan pengalaman sedia ada, keperluan latihan yang mereka perlukan dan sebagainya. Berdasarkan kepada maklumbalas daripada pekerja dan perbandingan dengan deskripsi dan spesifikasi kerja, keperluan latihan kakitangan dikenalpasti.

Pada amnya, kakitangan peringkat eksekutif (Pengurus dan Penolong Pengurus) perlu didedahkan kepada pengurusan edagang, pengurusan perniagaan global dan pemasaran efektif. Penolong Pengurus memerlukan kemahiran pentadbiran pejabat dan pengurusan sumber manusia untuk menanggung kerja

14 |

Pegawai Tadbir yang dikosongkan akibat perletakan jawatan. Ada baiknya juga Pegawai Akauns diberikan kemahiran pengurusan pejabat untuk membantu mengurus pejabat. Kerani Am juga wajib diberikan kemahiran pengurusan pejabat yang lebih tinggi supaya boleh membantu dalam ketiadaa Pegawai Tadbir.

Kelemahan utama syarikat ini dilihat daripada strategi pemasaran perkhidmatan dan jaringan kerjasama (networking) syarikat untuk mendapatkan kontrak. Oleh yang demikian, syarikat perlu melibatkan semua kakitangan dalam peningkatan kemahiran pemasaran dan komunikasi. Ini dapat meningkatkan

keberkesanan pemasaran perkhidmatan syarikat ini.

Memandangkan program latihan merupakan aktiviti syarikat yang utama, pengurus, penolong pengurus dan pegawai latihan (termasuk pegawai Akauns) mestilah diberi kemahiran

melaksanakan program latihan. Ini mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja dan kemahiran apabila ada tuntutan latihan.

Kemahiran

IT

mestilah

sentiasa

dipertingkatkan

untuk

membolehkan semua kakitangan mengembangkan kemahiran IT sedia ada. Ini kerana perubahan yang cepat dalam bidang IT. Begitu juga, kesemua kakitangan perlu dilatih dalam penggunaan teknologi baru seperti pengendalian penyampaian latihan

15 |

menggunakan multimedia, pembangunan bahan pembelajaran mutlimedia, dan sebaginya.

Semangat kerja berpasukan sangat penting khususnya untuk syarikat kecil seperti Dynamic Training Development. Oleh itu, program latihan pengukuhan semangat kerja berpasukan mestilah diteruskan. Begitu juga dengan pembangunan diri dan motivasi kerja.

16 |

3.0

Rekomendasi Latihan Spesifik Rekomendasi latihan spesifik merujuk kepada keperluan latihan setiap kakitangan dalam syarikat ini. Berikut adalah beberapa program latihan spesifik yang saya cadangkan untuk diikuti oleh kakitangan dalam syarikat ini.

1.

Pengurusan e-dagang Pengurusan e-dagang merupakan suatu kemahiran perniagaan yang mesti ada bagi usahawan bumiputera masa kini. Ianya membantu meningkatkan keluasan pasaran perkhidmatan sedia ada. Pengurus dan Penolong Pengurus wajib untuk mengikuti program latihan ini.

Cara pengendalian latihan ini boleh dilakukan secara formal melalui kursus jangka pendek anjuran penyedia latihan profesional ataupun melalui kursus online.

2.

Pengurusan Perdagangan Global Pengurus dan Penolong Pengurus juga harus mempunyai kemahiran pengurusan perdagangan global untuk mengambilkira keperluan semasa dan akan datang. Syarikat mempunyai visi untuk menyediakan

perkhidmatan terunggul di rantau ini dan dengan itu, kemahiran pengurusan perdagangan global dapat membantu meningkatkan

kecekapan perlaksanaan program di peringkat global.

17 |

3.

Pengurusan Pemasaran efektif Salah satu daripada masalah utama syarikat ini adalah program pemasarannya yang tidak agresif. Ini mungkin disebabkan tugas pemasaran diserahkan bulat-bulat kepada Eksekutif Pemasaran. Dalam konteks pemasaran masa kini, daya saing dalam perniagaan hanya dapat dicapai sekiranya semua ahli syarikat mengkomunikasikan program pemasaran yang sama. Oleh itu, semua kakitangan mesti dilibatkan dalam program latihan ini.

Latihan secara formal (mengikuti kursus anjuran penyedia latihan) boleh diberikan kepada kakitangan pengurusan (pengurus, penolong pengurus dan Eksekutif Pemasaran). Bagi kakitangan lain (Kerani Am, Pegawai Tadbir dan Pegawai Akauns), latihan diberikan secara dalaman.

4.

Pembangunan Laman Web Penolong pengurus perlu memegang tanggungjawab untuk

membangunkan laman web syarikat. Walau bagaimanapun, kakitangan lain seperti Pegawai Kerja dan Eksekutif Pemasaran mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran ini juga supaya boleh mengambil peluang dalam e-dagang.

Program latihan ini dicadang diadakan dengan mengambil konsultan luar untuk memberi latihan dalaman kepada kakitangan berkenaan.

18 |

5.

Kemahiran Aplikasi Multimedia Kemahiran aplikasi multimedia seperti penggunaan Macromedia Flash, Director 8, Dreamweaver, dan sebagainya meningkatkan kemahiran teknikal kakitangan khususnya bagi pegawai latihan, Eksekutif

Pemasaran dan juga kerani am.

6.

Kemahiran Interpersonal Kemahiran interpersonal khususnya kemahiran Bahasa Inggeris adalah sangat perlu bagi Pegawai Latihan/Kerja. Eksekutif Pemasaran dan juga Kerani Am supaya mereka dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Ini meningkatkan imej korporat syarikat dan memberi keyakinan kepada klien semasa pengendalian aktiviti/program.

Syarikat boleh memilih untuk mendapatkan latihan secara formal ataupun menggunakan latihan berasaskan komputer.

7.

Pembangunan Semangat Kerja Berpasukan Pembangunan semangat kerja berpasukan hendaklah sentiasa disemai dari masa ke semasa melalui program latihan informal seperti Program Jati Diri di Outward Bound School, dan sebagainya. Kesemua kakitangan perlu terlibat dalam latihan ini.

19 |

4.0

Penutup Pada amnya, penilaian keperluan latihan ini dapat mengenalpasti sejauh mana pencapaian atau prestasi organisasi melalui penelitian visi, misi dan matlamat syarikat. Selain dari itu, penilaian kepada kecekapan dan keberkesanan tugas serta padanan kemahiran dan kecekapan pekerja dengan deskripsi dan spesifikasi kerja membantu untuk mengenalpasti program latihan yang boleh membantu meningkatkan prestasi organisasi, keberkesanan dan kecekapan kerja serta perkembangan diri pekerja.

Kesimpulannya, amalan penilaian keperluan kerja secara sistematik membantu memastikan syarikat memantapkan kecekapan dan keberkesanan sumber manusia dan proses kerja supaya produktiviti terjamin.

20 |

Senarai Bibliografi Bramham, J. (1996). Human Resource Planning. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn Bhd Maimunah, A. (1994) Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti National Electrification Adminstration (2005). Training Needs Assessment (TNA) Form, Quezon City, Philippines, Laman web: http://www.nea.gov.ph/resource/pdf/ bulletin/mag/tna.pdf OUM (2007). BBDH 4103 Human Resource Management. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia

Tan, K. H. (1995). Organizing Human Resources. Kuala Lumpur: Times

21 |

Lampiran

22 |

Lampiran 1 - Borang Prestasi Sumber ManusiaStatus Jawatan Tarikh Tempoh Taraf dijawat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Pengurus Penolong Pengurus Pegawai Tadbir Pegawai Perakaunan Pegawai Kerja Pegawai Kerja Pegawai Kerja Eksekutif Pemasaran Eksekutif Pemasaran Kerani Am Menjawat Jawatan

No

Nama

Jawatan

Kelayakan/Kemahiran

23 |

Lampiran 2 - Borang Analisis Kecekapan dan Keberkesanan KerjaNo 1 2 3 4 5 6 7 Jawatan Pengurus Penolong Pengurus Pegawai Tadbir Pegawai Perakaunan Pegawai Latihan 1 Pegawai Latihan 2 Pegawai Latihan 3 Eksekutif Pemasaran 1 Eksekutif Pemasaran 2 Kerani Am Nama Deskripsi kerja Spesifikasi Kerja Prestasi kerja

24 |

Lampiran 3 - Borang Keperluan Latihan KakitanganBahagian A: Inventori Penempatan KakitanganNota: Borang ini diedar kepada kakitangan untuk diisi Nama: Kategori Kerja Sekarang: Sila nyatakan kategori kerja/tugas yang anda lakukan dalam organisasi ini sekarang (nyatakan samada tugas utama atau tambahan) Pengurusan Projek Latihan Pemasaran dan Promosi Pengurusan Acara Konsultansi Fungsi Sumber Manusia Akauns dan Kewangan Sistem Maklumat dan Komputer Keselamatan Pejabat , Logistik Pengurusan Pejabat dan Kesetiausahaan Tambahan Sokongan Kakitangan Lain-lain Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Tambahan Tambahan Tambahan Tambahan Tambahan Tambahan Tambahan Tambahan Tambahan Tambahan Promosi & Pengiklanan Pengurusan Acara Latihan Jawatan: Bahagian: (Tandakan yang berkenaan) Pentadbiran & Akauns

25 |

26 |

Bahagian B: Inventori Kelayakan dan Kemahiran SemasaArahan: Isikan dengan selengkapnya Deskripsi Tugas anda (termasuk tambahan kerja): Sekarang Spesifikasi Kerja anda (dapatkan dari Pegawai Tadbir/Penolong Pengurus):

Kelayakan Anda Sekarang: Tahap Pendidikan Tertinggi: _________________________ Bidang: _________________________ Tahun Perolehan: _________ Universiti/Kolej: _________________________ Kelayakan lain, nyatakan: 1. ____________________________ 2. ____________________________ 3. ____________________________

Kemahiran Anda Sekarang: (tandakan yang berkenaan sahaja) Ms Word Ms Excel Ms Power Point Ms Access Project Management Multimedia Application, nyatakan _______________________ Multimedia Application, nyatakan _______________________ UBS Accounting Lain-lain, ______________________ Lain-lain, _______________________

27 |

Bahagian C: Inventori Latihan yang pernah dan ingin diikutiArahan: Nyatakan Jenis Latihan yang anda pernah ikuti Interpersonal Skills and Communication Personal Development Time Management Stress Management EQ for Executives Career Planning Development Others (please ________________ and Personal specify),

Communication Skills Overall Spoken English Effective Writing Skills Report and Technical Writing Skills Presentation Skills Emceeing Skills Negotiation Techniques Conflict Resolution Basic Communication for Support Level Staff Others (please __________________ Management and Supervision Essentials of Management Project Management HR Management Leadership Supervisory Skills Training Management TNA/TNI Others (please __________________ specify), specify),

Accounting and Finance Accounting for Non-Accountants Finance for Non-Financial Executives Financial Management for NGOs Budgeting and Control for Executives Others (please ________________ specify),

28 |

End User IT MS Office XP and Internet Skills Developing Access Databases with MS

Development Sector Enterprise Development Training of Trainers (TOT) Development concepts Monitoring and Evaluation Social Mobilization Resource Mobilization Counseling and Support Gender and Development specify), Community Management Skills Program Advocacy and Awareness Others (please ________________ specify),

Exploiting MS Outlook Web Development MS Project MS Excel Advanced MS Power Point Advanced Others (please __________________

Office Management and Administration Managerial Skills for Secretaries and Assistants Telephone Procedures Skills and Office

Inventory Management Others (please __________________ specify),

29 |

Arahan: Nyatakan Jenis Latihan yang ingin diikuti mengikut keutamaan dan rasional mengikuti latihan berkenaan No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama latihan Rasional Mengikutinya

30 |