Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

12
DRAF UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ SRI HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS MAKAN MALAM ‘FLOURISHES 2015’ SYMPHONIC WIND OCHESTRA’, SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Terima kasih Pengacara Majlis Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat …………………………………., Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia…………………….KSU 1

Transcript of Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

Page 1: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

DRAF UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ SRI HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

DI MAJLIS MAKAN MALAM ‘FLOURISHES 2015’ SYMPHONIC WIND OCHESTRA’, SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Terima kasih Pengacara Majlis

Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Yang Berhormat ………………………………….,

Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Yang Berbahagia…………………….KSU

Yang Berbahagia ……………………. KPPM

Yang Berbahagia……………………. TKSU

Yang Berbahagia…………………….TKPPM

Yang Berbahagia ……………………TKPPM

1

Page 2: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

Yang Berbahagia …………………… TKPPM

Yang Berusaha Tn Hj Abdul Ghani bin Mohamad Niza, Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah

Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Dihormati Puan Hajah Siti Rogayah bt Yahya, Pengetua

Cemerlang Sekolah Seri Puteri serta yang dikasihi Puan Sri Datuk

Seri Hajah Noorainee Abdul Rahman, Penaung Wind Orchestra

Sekolah Seri Puteri

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin dan hadirat yang

saya hormati sekalian

1. Pertama sekali, izinkan saya merafakkan setinggi-tinggi

kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana di atas limpah kurnia,

inayah dan redha-Nya, dapat kita bersama-sama hadir di

‘Majlis Makan Malam Amal Flourishes 2015 Symphonic Wind

Ochestra’ anjuran Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, atas kesudian

2

Page 3: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

pihak penganjur dan seluruh ahli jawatankuasanya, kerana

sudi menjemput saya ke majlis yang gilang-gemilang ini.

3. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas,

kepada seluruh warga Sekolah Seri Puteri bermula dengan

Pengetua Cemerlang, para guru, kakitangan dan puteri-puteri

SSP, yang saya fikir tidak pernah berasa penat atau lelah

untuk terus mengharumkan nama sekolah dan nama Malaysia

di persada antarabangsa. Saya percaya, kejayaan demi

kejayaan yang dirangkul, bukan sahaja menaikkan nama

sekolah ini malah ia secara tidak langsung memberikan imej

yang positif kepada sistem pendidikan negara kita.

4. Secara peribadi, saya merasakan pencapaian SSP, khususnya

‘SP Winds’ ini adalah satu inspirasi kepada kemampuan

sebenar sistem pendidikan Malaysia. Sesungguhnya kejayaan-

kejayaan yang dicapai ini memerlukan satu usaha dan iltizam

yang tinggi dari semua pihak khususnya para pendidik dan

murid di sekolah ini.

3

Page 4: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

5. Kejayaan SP Winds di peringkat antarabangsa cukup untuk

membuatkan kita merasa berbesar hati, bangga dan kagum

dengan pemudi-pemudi cilik; yang mempunyai hati luar biasa

dan berani untuk bersaing di pentas dunia. Untuk itu, marilah

kita berikan mereka tepukan gemuruh sebagai tanda

semangat.

Hadirin dan hadirat sekalian,

6. Hari ini, pada hemat saya, tidak ada negara yang tidak

merangka pelan penambahbaikan pendidikan di negara

masing-masing. Pergilah ke mana sekali pun, sama ada ke

negara maju, ‘emerging markets’, atau negara yang agak

terkebelakang; semuanya merangka polisi pendidikan untuk

menjadi lebih baik, khususnya untuk kekal bersaing dalam

dunia global yang semakin kompetitif.

7. Saya sempat melihat laporan dalam ‘Education Policy Outlook

2015’, iaitu laporan polisi pendidikan negara-negara OECD,

yang menunjukkan bahawa transformasi pendidikan berlaku di

setiap negara. Beza yang terdapat dalam laporan tersebut

4

Page 5: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

hanyalah specialization atau pengkhususan. Dalam erti kata

lain, terdapat negara yang memberikan perhatian kepada soal

equality dan equity; terdapat negara yang melihat kepada

aspek assessment; ada juga yang melihat kepada faktor

school improvement.

8. Oleh hal yang demikian, Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025, telah dirangka dengan world

view yang jauh ke hadapan. Paradigma kita mengenai

pendidikan mesti diubah. Tidak cukup dengan prasarana dan

guru sahaja, masyarakat dan komuniti juga perlu dilibatkan

dalam pendidikan. Tidak cukup dengan kejayaan di peringkat

tempatan; kejayaan di peringkat antarabangsa juga harus kita

raih demi memartabatkan sistem pendidikan negara ke

peringkat yang lebih tinggi.

9. Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pasti maklum

bahawa saya selalu menekankan supaya PPPM ini menjadi

satu gelombang. Ini bukan riak-riak kecil yang berlaku di atas

kertas. Perubahan ini mesti dirasai. Minda warga pendidikan

mesti bersifat global dan “sarwajagat”. Saya dapati perkataan

5

Page 6: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

“sarwajagat” ini sendiri terdapat dalam misi dan visi SSP – dan

mutakhir ini; saya lihat SSP sudah pun menterjemahkan

maksud tersebut.

10. PPPM mesti menjadi gelombang transformasi dan perubahan,

kerana kita tidak punya banyak waktu untuk melakukan

perubahan yang ‘piecemeal’ dan berkala sifatnya. Kesemua

cita-cita dan aspirasi mesti berjalan seiring dengan keperluan

masa dan keadaan. Harus saya katakan, kejayaan yang

dirangkul oleh ‘SP Winds’ Sekolah Seri Puteri ini dan banyak

lagi sekolah-sekolah kita di luar sana merupakan manifestasi

awal bahawa transformasi ini sedang dan benar-benar berlaku.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

11. Ada pepatah yang menyatakan, ‘You can’t play a symphony

alone; it takes an orchestra to play it’. Hal ini ada benarnya

kerana untuk melakukan sesuatu persembahan yang baik,

semua ahli pasukan perlu memberikan komitmen yang sangat

tinggi. Kekuatan mental dan spiritual amat perlu dalam

menghadapi sesuatu pertandingan yang besar seperti ini. Satu

6

Page 7: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah, medium kesenian

seperti orkestra ini bukan sahaja berkesan untuk memupuk

daya tahan dan kecekalan diri pelajar malah ia juga dapat

menyuntik semangat ‘esprit de corp’ iaitu semangat

berpasukan yang tinggi dan saling membantu antara setiap

ahli pasukan yang bertanding.

12. Anak-anak SSP sebenarnya mewakili semangat dan iltizam

muda-mudi Malaysia untuk bersaing di peringkat yang lebih

tinggi. Kesungguhan, keberanian dan disiplin mereka

melambangkan keperibadian modal insan masa hadapan yang

bakal mewarisi kepimpinan negara ini satu hari nanti, Insya-

Allah.

13. Harapan saya agar penyertaan SP Winds di ‘New York Wind

Band Festival 2015 (NYWBF 2015) ini akan sekali lagi

mencatatkan kejayaan yang besar kepada Sekolah Seri Puteri

dan Kementerian Pendidikan Malaysia secara umumnya.

14. Saya mendoakan anak-anak SP Winds akan dapat

memberikan persembahan yang paling merdu dan mantap;

7

Page 8: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

sekali gus meletakkan Malaysia di mata dunia di dalam

kebitaraan (niche) wind orchestra nanti. Semoga penyertaan

di Carnegie Hall New York pada 9 Mac 2015 ini membuahkan

hasil yang diharap-harapkan oleh semua pihak.

15. Pada kesempatan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat;

Pengetua Cemerlang, Semua Guru Muzik, Guru Pengiring,

Kakitangan SSP, seluruh anggota SP Winds, pihak penaja,

dan semua ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada

kejayaan SP Winds selama ini.

16. Semoga SP Winds terus mencatatkan nama yang gemilang di

peringkat tertinggi di dalam bidang ini sekaligus

menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, jasmani, emosi dan rohani.

17. Akhir kalam, saya mengucapkan selamat bertanding dan

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan

8

Page 9: Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)

‘Majlis Makan Malam Amal Flourishes 2015 – Road to New

York”!

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah..

9