Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

19
Pengenalan Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual , guru-guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar.Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai.Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi- strategi pengajaran dan pembelajaran, ini adalah supaya ,guru-guru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan ,manakala pelajar pula merasa seronok belajar pendidikan seni. Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah : 1. Pembelajaran masteri 2. Kajian masa depan 3. Konstruktivisme 4. Belajar cara belajar 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelaran akses kendiri 7. Kemahiran berfikir 8. Teknologi komunikasi dan maklumat 1

Transcript of Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Page 1: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Pengenalan

Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual , guru-guru perlu bijak menggunakan strategi

pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar.Guru-guru perlu membuat

perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan

objektif pengajaran akan tercapai.Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan

yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran, ini adalah

supaya ,guru-guru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan ,manakala pelajar

pula merasa seronok belajar pendidikan seni.

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh

digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah :

1. Pembelajaran masteri

2. Kajian masa depan

3. Konstruktivisme

4. Belajar cara belajar

5. Kecerdasan pelbagai

6. Pembelaran akses kendiri

7. Kemahiran berfikir

8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

9. Pembelajaran konseptual

10. Pembelajaran Kontekstual

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia

ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka , dengan pemilihan strategi yang sesuai,pengajaran

dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar,seronok dan objektif akan tercapai dengan

mudah dan berkesan.Dengan strategi yang sesuai,pelajar-pelajar dapt memahami isi

pelajaran dengan mudah dan berkesan dan ini tentunya akan memberi kebaikan kepada guru

dan pelajar.

1

Page 2: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Soalan 1

Buat banding beza strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dengan

menggunakan pengurusan grafik.

(i)Banding beza yang pertama dibawah ini ialah antara strategi kontruktivisme dengan teori

kecerdasan pelbagai.

Aspek Strategi

Kontruktivisme Teori kecerdasan pelbagai.

Definisi Pendekatan pembelajaran yang

memberi peluang murid

membina sendiri

pengetahuan ,konsep aktif

melalui pengalaman sedia ada

merupakan teori fungsi

kognitif ,setiap orang mempunyai

kebolehan dalam kelapan-lapan

kecerdasan. Tahap kebolehan

antara kelapan-lapan kecerdasan

berbeza dalam setiap individu.

Ciri-ciri -Pengetahuan baru dibina

berasaskan dari pengetahauan

lepas.

-berhubung dengan bahan dan

idea melalui inkuiri

-membuat refleksi selepas

interaksi dengan bahan atau idea.

-kebolehan menjana masalah

baru untuk diselesaikan.

-berkeupayaan membuat sesuatu

yang bernilai dalam linkungan

suatu budaya.

Aplikasi

Pelajar hubungkaitkan idea asal

dengan idea baru,kemudian

membuat hipotesis dan mencipta

penyelesaian mereka sendiri

untuk membuat keputusan.

untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapi dalam situasi

sebenar dengan menggunakan

kesemua kelapan-lapan

kecerdasan

Rumusan Strategi ini dapat menyusun

pengetahuan baru dengan

Setiap individu memiliki

kelapan-lapan kecerdasan dengan

2

Page 3: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

teliti,kerja yang dilakukan sendiri

,akan menguatkan struktur minda

manusia

tahap yang berbeza,guru perlu

bijak mencungkil kecerdasan

dalam setiap pelajar.

(ii) Banding beza yang kedua dibawah ini ialah antara strategi Teknologi komunikasi dan

maklumat (ICT) dengan Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) .

Aspek Strategi

Teknologi komunikasi dan

maklumat (ICT)

Pembelajaran Akses Kendiri

(PAK)

Definisi Alat tambahan kepada

pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan menggunakan ICT

Menggunakan suatu pendekatan

pengajaran dan pembelajaran

yang berpusatkan murid.

Ciri-ciri Menggunakan kemudahan ICT

dalam membuat kerja seni dan

diberi peningkatan mutu dalam

komunikasi visual.

Pelajar belajar sendiri

menggunakan akses di bawah

pengawasan dan bimbingan

guru.guru perlu menyediakan

aktiviti pembelajaran yang sesuai

mengikut minat dan keperluan

pelajar,pelajar dapat belajar

sendiri atau kumpulan sendiri

mengikut kemampuan mereka

Aplikasi Penggunaan ICT untuk

pengajaran dan pembelajaran

seni sebagai media supaya lebih

berkesan dan menarik.

Pelajar membuat aktiviti yang

disediakan guru secara bebas

tanpa tekanan mengikut

kemampuan mereka.dan mencari

penyelesaian sendiri.

Rumusan ICT berfungsi sebagai alat

sokongan kepada guru dan

pelajar untuk menyempurnakan

Untuk keberkesan program

ini ,guru perlu tingkatkan kualiti

dan pelbagaikan alat untuk

3

Page 4: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

pengajaran dan pembelajaran

supaya lebih sistematik dan

kreatif.

menarik minat pelajar

menggunakan bahan di pusat

PAK.

(iii) Banding beza yang ketiga dibawah ini ialah antara strategi pembelajaran Masteri

dengan kajian Masa depan.

Aspek Strategi

Pembelajaran Masteri Kajian masa depan

Definisi Pendekatan dan pembelajaran

berfokus kepada penguasaan

pelajar,iaitu memastikan pelajar

faham apa yang diajar dahulu

sebelum ke unit npelajaran yang baru.

Meransang minda untk berfikir

berdasarkan apa yang bakal

berlaku melauii ramalan,

imaginasi dan kreativiti yang

didasarkan kepada sejarah.

Ciri-ciri Guru memastikan pelajar telah faham

apa yang telah dipelajari, jika

sebaliknya pemulihan akan

diberikan,jika pelajar sudah

menguasai aktiviti pengayaan

disediakan,Aktiviti adalah boleh

menilai keupayaan pelajar semasa

pembelajaran.

Pelajar digalakan berfikir untuk

membuat ramalan kepada nilai-

nilai yang positif berdasarkan

sejarah, dan secara imaginasi

menyatakan keputusan yang

boleh menyelesaikan sesuatu

permasalahan.

Aplikasi Digunakan untuk mengenalpasti

penguasaan murid dalam sesuatu

pelajaran yang dipelajari, pemulihan

dan pengayaan akan diberikan

selepas mengetahui pengusaan

pelajar.

Guru memberi peluang kepada

murid untuk menggunakan

ramalan dan kreaviti untk

menyelesaikan masalah

pembelajaran mereka dan perlu

membuat kaitan dengan sejarah

Rumusan Pendekatan ini memastikan pelajar

benar-benar menguasai

pelajaran,barulah guru berpindah ke

unit pengajaran atau tajuk

Merupakan cara untk

memperolehi gambaran tentang

masa depan dengan mengkaji

sejarah yang sedang berlaku dan

4

Page 5: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

baru,memerlukan peruntukan masa

dan aktiviti yang menarik.

sudah berlaku, seterusnya

mempertimbangakan untk

membuat penyelesaian

pembelajaran.

(iv) Banding beza yang keempat dibawah ini ialah antara strategi pembelajaran secara

kontekstual dengan kemahiran berfikir.

Aspek Strategi

strategi pembelajaran secara

kontekstual

kemahiran berfikir.

Definisi Kaedah pembelajaran yang

mengabungkan isi kandungan

dengan pengalaman individu dan

masyarakat dalam kehidupan

harian

Proses menggunakan minda untk

mencari makna dan pemahaman

terhadap sesuatu serta dapat

menyelesaikan masalah

Ciri-ciri ia menghubungkaitkan

pengajaran dalam konteks

pengalaman hidup.

pelajar terlibat secara aktif

mencari idea dan fakta

pelajar menggunakan maklumat

yang ada untuk menyelesaikan

masalah masa akan datang.

Guru akan membimbing pelajar

menemui pengetahuan baru

melalui penerokaan,pengujian

dan mencari jawapan.

Ada dua kemahiran iaitu

kemahiran secara kritis iaitu

kebolehan untk menilai

kemunasabahan idea dan

kemahiran secara kreatif iaitu

kebolehan menghasilkan idea

yang asli dan generatif

Aplikasi menyelesaikan masalah dengan

mengaitkan konteks dengan

mendapat latihan berfikir secara

kritis dan kreatif untuk membuat

5

Page 6: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

pengalaman hidup.

Aktiviti melalui

penerokaan,pengujian dan

mencari jawapan.

keputusan dan menyelesaikan

masalah dengan bijak dan

menghasilkan idea atau ciptaan

yang kreatif dan inovatif

mengatasi kesilapan-kesilapan

berfikir yang terburu-buru,

bercelaru, kabur dan sempit

meningkatkan aspek kognitif dan

afektif, dan seterusnya

perkembangan intelek mereka.

Rumusan Pembelajaran berlaku apabila

pelajar dapat memproses

maklumat dengan cara

bermakna .Minda pelajar akan

cuba mencari makna dalam

konteks dan menghubungkait

dengan persekitaran,budaya,

sosial, fizikal, dan psikologi.

Proses menggunakan minda

untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap

sesuatu,membuat pertimbangan

dan keputusan untuk

menyelesaikan masalah.

Penggunaan bahan rangsangan,

alat, latihan dan aktiviti untuk isi

Refleksi dan metakognitif,dan

dalam situasi Harian.

(v) Banding beza yang kelima dibawah ini ialah antara strategi pembelajaran konseptual

dengan kemahiran belajar cara belajar

Aspek Strategi

pembelajaran konseptual belajar cara belajar

Definisi Pengajian konseptual adalah

pelajar belajar bagaimana untuk

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik

pembelajaran sama ada belajar bersama

6

Page 7: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

mengelolakan maklumat dalam

struktur-struktur mental secara

logik.

guru atau belajar sendiri.

Ciri-ciri menumpukan pada prinsip-

prinsip penyusunan fakta-fakta

kepada idea-idea.

Memerlukan pengusaan beberapa

kemahiran seperti kemahiran

mendengar,kemahiran membaca,kemahiran

menulis,kemahiran mengambil nota dan

kemahiran mengingat

Aplikasi Digunakan untk penyelesaian

masalah bagi tahap yang lebih

tinggi

-Mentafsirkan maklumat-

maklumat yang diberi dan

menggunakannya untk mencari

jawapan

Pembelajaran cara ini boleh berkesan

Untk pelajar memberi sepenuh tumpuan

dan perhatian kepada pembelajaran hari itu

Pelajar menumpukan perhatian pada apa

yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis

oleh guru.

Rumusan Konsep ini menjadikan pelajar

benar-benar memahami fakta-

fakta dan konsep dan boleh

membuat kaitan untk

membentuk idea-idea baru bagi

penyelesaian masalah.

Pembelajaran cara ini dapat menjadikan

pelajar seorang yang boleh menjalankan

pembelajaran sendiri ,kerana pelajar sudah

pun menguasai kemahiran belajar yang

utama.

Soalan 2 Cadangkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang membentuk dan membuat binaan tahap satu dengan mengaplikasikan strategi konstruktivisme.

Rancangan Pengajaran HarianPendidikan Seni Visual

Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualTahun : Tahun 2 JupiterBilangan Murid : 39 OrangBidang Kegiatan : Membentuk dan Membuat Binaan

7

Page 8: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Tajuk : Membentuk Bekas SuratIsi kandungan : Membentuk Bekas Surat dari Piring KertasObjektif : Pada akhir pembelajaran murid

dapat:-a. menghasilkan sebuah bekas surat yang mudah b. menggunakan hasil kerja dalam kehidupan seharian.

Hasil Pembelajaran : 1.menghasilkan bekas surat dengan menggunakan piring Kertas mengikut kreativiti.ii) persembahan hasil kerja.

Alat/bahan : 2 keping piring kertas,gunting,gam,warna air,berus,bekas pembancuh warna.

Pengetahuan Sedia ada murid

: Murid pernah melihat bekas surat di rumah.

Jumlah Masa : 1 jam (60minit)Tarikh : 01.March.2010Masa : 10.10 pagi -11.10 pagi

Prosedur : 1.Guru memastikan aktiviti sesuai dengan tahap kebolehan murid2.Merancang strategi Pengajaran dan pembelajaran supaya berlaku dengan lancar dan menyeronokkan.3.Mulakan dengan set induksi4. Mempamerkan contoh hasil kerja yang sudah siap.5. Penerangan kepada murid tentang langkah-langkah yang perlu dibuat untuk membuat bekas surat.6. Membimbing murid menyiapkan bekas surat.7. Kemuncak8.Apresiasi9.Rumusan10. Penutup

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan/KBKK

Set Induksi(4 minit)

Meneka isi kandungan dalam kotak

1. Guru meminta murid meneka isi kandungan dalam kotak.

2.Seorang murid diminta mengoncang isi dalam kotak dan murid meneka.

3. Seorang murid keluar mengeluarkan isi dalam kotak

-Kotak-Lembaran surat-lembaran surat-membuat inferens

8

Page 9: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

iaitu lembaran-lembaran surat.

Langkah 1(4 Minit)

Perbincangan mengenai cara menyimpan suratsupaya kemas dan teratur.

1.Guru meminta murid nyatakan bagaimana cara mereka menyimpan surat di rumah.

2.Murid memberi jawapan masing-masing.

3.Murid-murid menyatakan bentuk dan corak bekas surat yang ada di rumah dan yang pernah dilihat.

-mengingat kembali

-membuat gambaran mental

Langkah 2(10 minit)

-Memperkenalkan contoh bekas surat dari piring kertas

-Menerangkan cara-cara membuat bekas surat

i-Sediakan 2 keping piring kertas

ii-satu keping daripadanya dipotong separuh.

iii-Cantumkan potongan piring tersebut dengan piring yang tidak dipotong

iv.Hiaskan bekas surat dengan corak dan warna

v. Melekatkan tali penyangkut pada

1. Murid melihat contoh bekas surat yang ditunjukkan.

2.Wakil Murid mengambil peralatan yang disediakan oleh guru :

2 keping piring kertas,gunting,gam,warna air, berus,bekas pembancuh warna.

3. Murid mendengar arahan dan penerangan daripada guru

4. Murid diingatkan tentang keselamatan menggunakan alatan seperti gunting.

-patuh-2 keping piring kertas,gunting,gam,warna air,berus,bekas pembancuh warna.

-kerjasama-estetika-bertanggungjawab

-estetika-bertanggungjawab

9

Page 10: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

bekas surat.

Langkah 3(25 minit)

Murid melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.

1.Murid memulakan aktiviti dengan memotong piring kertas.

2. Mencantumkan bahagian-bahagian piring kertas dengan cermat dan berhati-hati.

3.Guru memantau dan membimbing murid .

4. Murid menghias dengan membuat corak yang disukai masing-masing dengan kreativiti.

5. Murid mewarnakan corak yang dilukis dengan warna air.

6. Melekatkan tali penyangkut pada bekas surat supaya boleh digantung.

KBKK-Kritis

-kreatif

-menyusun mengikut keutamaan

-menjana idea

-sabar dan cermat

-kreatif

10

Page 11: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Kemuncak(10 minit)

Lakonankepentingan menggunakan bekas surat.

1. Murid melakonkan situasi surat yang bersepah-sepah.

2.Murid mengalami kesukaran apabila meletak surat merata-rata

3. Murid menyimpan surat –surat dalam bekas surat dan menyatakan sekiranya surat disimpan menggunakan bekas surat,keadaan akan menjadi kemas dan mudah untk mencari surat apabila dikehendaki.

_Teratur

-Kreatif

-Bertanggungjawab

Apresiasi dan refleksi

(5 minit)

1. Murid membuat penilaian dan menyatakan persaan.

1. Murid dapat menilai tahap kebolehan yang ada pada mereka.

2.Murid dapat menyatakan perasaan dan pengalaman terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

-Bangga

-Dihargai

-Pelbagai kecerdasan

Penutup

(2 minit)

1 langkah-langkah membuat bekas surat.

2. kepentingan tempat menyimpan surat

3. bekas surat

1.Murid menyatakan semula langkah-langkah membuat bekas surat.

2.Menyatakan kepentingan menyimpan surat di tempat khas

3.Memberi gambaran bekas suratyang pernah dilihat.

-seronok

-bertanggungjawab

-menerima pendapat orang lain.

11

Page 12: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Rumusan

Pencapaian Objektif pelajaran Pendidikan seni visual,memerlukan banyak pengorbanan

daripada seorang guru. Guru yang komitmen,kreatif dan tidak putus asa dalam mencari ilmu

dan mempunyai kebolehan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

untuk pengajaran dalam kelas adalah sebab yang membawa kejayaan dalam pelajaran

pendidikan seni visual.

Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan dapat

menarik minat pelajar kepada pendidikan seni visual.Kaedah dan teknik yang digunakan

perlu dipelbagaikan supaya dapat meransang pelajar dan menggalakkan penglibatan pelajar

secara aktif. Rancangan Pengajaran tahunan dan Rancangan pengajaran harian yang

dirancang dan disusun rapi dapat menyenangkan pencapaian objektif. Segala aktiviti yang

dirancang perlu sesuai dengan kebolehan pelajar,keadaan bilik darjah, kebolehan dan minat

pelajar,bahan bantu mengajar dan juga melibatkan semua pelajar dalam bilik darjah.

Perkara-perkara yang tersebut perlu diambil berat oleh guru-guru bagi memastikan

kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran,ini secara langsung dapat mewujudkan satu

suasana yang menyeronokan dan sudah tentu memberi kabaikan kepada guru dan pelaja-

pelajar.

12