Konsep Pendidikan Seni Visual

download Konsep Pendidikan Seni Visual

of 26

Transcript of Konsep Pendidikan Seni Visual

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN Menjurus kepada seni tampak dan tidak menjurus kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

PENGENALAN Proses penghasilan seni ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini , murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan lagi kepekaan dengan membawa nilai murni dalam pendidikan sejagat.

PENGENALAN Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu; Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional

PENGENALAN Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkan dalam penghidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup.

PENGENALAN Murid akan didedahkan dengan mengenai ilmu dalam Pendidikan Seni Visual dan menerapkan budaya dalam konteks kebudayaan Malaysia

PENGERTIAN PSV PSV KBSR lebih menekankan dalam penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam proses penghasilan ini, murid seharusnya dapat memahami perasaan estetik dan daya kreativiti pelajar melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

PENGERTIAN PSV Dengan ini murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai murni dalam kehidupan.

BIDANG PSV KBSR Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional

MATLAMAT Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kretif, inovatif dan inventif. Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF PSV Penghargaan keindahan alam ciptaan Tuhan Memupuk budaya penyelidikan dalam penghasilan karya seni visual Meningkatkan pengetahuan , daya kreativiti , inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.

OBJEKTIF PSV Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Membuat diskripsi, analisi, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual Menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

OBJEKTIF PSV Menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan seni visual di Malaysia dan antarabangsa. Menjadikan bidang seni sebagai prospek kerjaya Menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup