Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3 (Boneka Brg Hntu) Pp

13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

description

psv

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3 (Boneka Brg Hntu) Pp

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3Tarikh / Hari:Tahun: 3 BestariBidang: Membentuk Dan Membuat BinaanAktiviti: BonekaTema: Alam Semula JadiTajuk: Boneka Tongkat Burung HantuMasa: 60 Minit Media: Alat: Gunting Bahan: Pinggan Kertas, Lidi Sate, Gam, Kertas Warna, Pensel Warna, Krayon, Magic Colour, SelotepBahan Bantu Mengajar: Contoh Gambar Burung Hantu, Contoh Gambar Boneka Tongkat, Boneka Tongkat Burung Hantu Sebenar, Puzzle Burung Hantu, Audio, Pembesar SuaraElemen Merentas Kurikulum: Keusahawanan, Kreativiti Dan Inovasi

STANDARD KANDUNGANPersepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, imbangan dan penegasan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan boneka.Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti penghasilan boneka.Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan boneka.Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN3.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada boneka3.1.1Unsur Seni3.1.1.1 Bentuk konkrit3.1.1.2 Jalinan sentuh3.1.2Prinsip Rekaan3.1.2.1 Imbangan simetri atau tidak simetri3.1.2.2 Penegasan muka boneka

3.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya3.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1 Alat gunting3.2.1.1 Bahan - pinggan kertas, lidi sate, gam, kertas warna, pensel warna, krayon, magic colour, selotep3.2.2Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya

3.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

3.3.1Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif3.3.2Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya3.3.3Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan boneka

3.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual3.4.1Membuat persembahan boneka secara spontan3.4.2Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya3.4.3Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITISet Induksi (5 minit)Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.Guru memberikan setiap kumpulan satu puzzle dan meminta murid menyelesaikannya sambil diiringi muzik.Kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle tersebut diminta meneka gambar apa yang terhasil daripada puzzle tersebut.Guru mengaitkan aktiviti dengan pembelajaran.

Persepsi Estetik (7 minit)Guru menyatakan definisi boneka.Guru menunjukkan contoh gambar burung hantu.Guru menunjukkan contoh gambar boneka tongkat.Guru mempamerkan boneka tongkat burung hantu yang sebenar.Guru bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang terdapat pada contoh boneka tongkat burung hantu.Aplikasi Seni (8 minit)Guru memperkenalkan media yang digunakan.Guru membuat tunjuk cara penghasilan boneka tongkat burung hantu.Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan boneka tongkat burung hantu.Guru mengagihkan alat dan bahan kepada murid-murid.

Ekspresi Kreatif (25 minit)Murid menghasilkan boneka tongkat burung hantu dengan bimbingan guru sambil diiringi lagu. Murid menghasilkan boneka tongkat burung hantu mengikut kreativiti masing-masing.Murid menggunakan kemahiran mewarna, menggunting, menampal dan menghias semasa penghasilan boneka tongkat burung hantu.Murid memanipulasi media secara kreatif dengan bimbingan guru.Murid menghasilkan boneka tongkat burung hantu secara individu.Murid menghasilkan boneka tongkat burung hantu dengan cara :

Langkah 1 Lukiskan dada burung hantu pada bahagian sebelah dalam pinggan kertas dengan menggunakan magic colour.Langkah 2Lipatkan kedua-dua belah tepi pinggan kertas untuk membentuk sayap dan lipat bahagian atas untuk membentuk kepala burung hantu.Langkah 3Warnakan sayap burung hantu dengan menggunakan pensel warna atau krayon mengikut kreativiti.Langkah 4Tampalkan mata, kaki serta hidung burung hantu yang telah siap digunting mengikut kreativiti.Langkah 5Lekatkan lidi sate pada bahagian belakang pinggan kertas dengan menggunakan selotep.

Apresiasi Seni (10 minit)Murid mempamerkan karya yang dihasilkan.Guru memilih beberapa orang murid untuk menceritakan pengalaman semasa penghasilan karya.Murid membuat persembahan boneka secara spontan.Guru membuat rumusan tentang aktiviti pada hari ini.

Refleksi :