Rancangan Pengajara Harian Sejarah

download Rancangan Pengajara Harian Sejarah

of 5

Transcript of Rancangan Pengajara Harian Sejarah

RANCANGAN PENGAJARA HARIAN SEJARAHMATAPELAJARAN DAN KELASSEJARAH 5 BESTARI

TEMA/TAJUKPerjuangan Kemerdekaan Negara

MASA8.00 pagi - 9.00 pagi

STANDARD KANDUNGAN7.3. Sejarah Kemerdekaan 1957

STANDARD PEMBELAJARAN7.3.2 Menamakan tokoh-tokoh yang berjuang ke arah kemerdekaan

K 7.3.5 Menyatakan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang boleh dicontohi.

K 7.3.6 Menyatakan kepentingan permuafakatan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

K7. 3.7 Menyatakan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat;

i. menamakansekurang-kurangnya 5 tokoh yang berjuang ke arah kemerdekaan

ii. menyatakan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang boleh dicontohi.

AKTIVITI1. Menonton tayangan video tentangsuasana pengisytiharaan kemerdekaan2. Murid dan guru bersoal jawab tentang

video yang dipertontonkan tadi.

3. Murid diterangkan mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan

4. Murid mencari maklumat tentang pengorbanan

tokoh-tokoh menggunakan intermet.

5. Membentangkan hasil dapatanberdasarkan bahan grafik.

ELEMEN MERENTASI KURIKULUMNilai Murni: bersyukur. patriotisme

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Elemen asas sejarah Elemen Kewarganegaraan: menghargai jasa tokoh

Kemerdekaan

STANDARD PRESTASITP 5: Murid boleh membuat penilaian tentang sejarah kemerdekaan negara

TP 6: Murid boleh menzahirkan idea yang rasional tentang kebijaksanaan pemimpin dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan negara.

BAHAN BANTU BELAJARKomputer, LCD, slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis, kertas majung ,video

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI

Orientasi (5minit)EMKBBM

1. Murid ditunjukkan slaid ms power point pejuang kemerdekaan

2. Murid ditayangkan video pengistiharan kemerdekaan 3. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan klip video yang ditayangkan:

a) Bilakah peristiwa ini berlaku?

Murid menjawab soalan guru secara lisan

b) Siapakah tokoh yang melaungkan perkataan merdeka tersebut?

Murid menjawab secara lisan

c) Jika kamu berada ketika itu, apakah perasaan kamu ?

Murid menjawab soalan guru

4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai murni: bersyukurEMK: intrapersonal, TMK, MuzikComputer , LCD, slaid ms power point.

Aktiviti 1 (20 minit)

EMKBBM

1. Guru menerangkan maklumat tentang tokoh-tokoh kemerdekaan melalui gambar yang ditayangkan .2. Murid-murid di minta menamakan semula nama tokoh-tokoh kemerdekaan.

2. murid dalam kumpulan menyusun dan menampal gambar tokoh kemerdekaan.

3. ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

5. Guru merumuskan pembentangan murid dan mengaitkannya dengan pengorbanan tokoh-tokoh yang dibentangkan tadi

Biodata ringkas tokohMuzik latar

Slaid Power Point, kad gambar. kertas majung.

AKTIVITI 2 (25 minit)EMKBBM

1. Guru meminta murid untuk mencari maklumat lengkap tentang tokoh yang diberikan menggunakan internet.

2. Murid mengisi borang pengurusan grafik dengan bimbingan guru3. Murid membentangkan hasil dapatan.

4. Guru dan murid bersama-sama memurnikan hasil dapatan melalui soal jawab.

5. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang pengorbanan yang dillakukan oleh tokoh-tokoh berkenaan.

Komputer dan Internet, kertas majung

PENUTUP (5 minit)EMKBBM

1. murid ditunjukkan semula Video pengisytiharan kemerdekaan

2. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

patriotisme