PSIKOMOTOR DALAM KHSR

6
PENULISAN BIDANG PSIKOMOTOR DALAM KHSR Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar. Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia .) Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan , adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna. Taksonomi Bloom Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:

description

nota mengenai psikomotor dalam KHSR

Transcript of PSIKOMOTOR DALAM KHSR

Page 1: PSIKOMOTOR DALAM KHSR

PENULISAN BIDANG PSIKOMOTOR DALAM KHSR

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam

pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar

di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi

mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas,

pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,

pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani

paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari

sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang

menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi

(mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani

untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali

kedua-duanya boleh ditukar guna.

Taksonomi Bloom

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang,

yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom,

pengajaran boleh terbahagi kepada:

Bidang Kognitif

Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.

Bidang Afektif

Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.

Bidang Psikomotor

Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan

sukan.

Page 2: PSIKOMOTOR DALAM KHSR

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam

keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini

selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar

menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor);

bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk

belajar menulis(bidang afektif).

Topik dalam pedagogi

Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam. Pembincangannya boleh

dibahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu:

Perkaedahan pengajaran

Teori pembelajaran dan pengajaran

Pada lazimnya, seorang bakal guru akan menerusi kedua-dua bidang ini sebelum

menjadi seorang guru. Tetapi bersamping itu, dia juga harus mempelajari perkara-

perkara seperti pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah,

Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar dan sebagainya.

Page 3: PSIKOMOTOR DALAM KHSR

PENGENALAN

Secara am , mata pelajaran KH dan pelajaran lain adalah tidak jauh beza dari aspek/domain pembelajaran iaitu :

kognitif,

Psikomotor,

afektif.

DEFINISI PSIKOMOTOR

Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti :

- kemahiran hidup,

-pendidikan jasmani,

-Seni Visual,

-Seni Tari.

KOGNITIF:

Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.

Cth :

- pelajar lebih banyak menggunakan kemahiran

berfikir di dalam aktiviti pembelajaran.

AFEKTIF

Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.

Cth :

- murid mempunyai minat dan motivasi sendiri untuk

belajar.

Page 4: PSIKOMOTOR DALAM KHSR

KAITAN DI ANTARA 3 BIDANG TERSEBUT

Di dalam keadaan pembelajaran semulajadi, ketiga-tiga bidang tersebut akan saling berkaitan diantara satu sama lain.

( Psikomotor Kognitif Afektif )

( Rujukan : Taksonomi Bloom )

DOMAIN PSIKOMOTOR

Di dalam bidang Kemahiran Hidup, penggunaan psikomotor lebih kepada :

- memanipulasi alatan kerja,

-melakukan amali,

- mematuhi langkah-langkah keselamatan di dalam

P&P.

KEPENTINGAN PSIKOMOTOR DALAM KHSR

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik

TUJUAN

untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.

SELAIN ITU,

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini.

Page 5: PSIKOMOTOR DALAM KHSR

JADI

Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah ( serta boleh mereka cipta ). Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.