peraturan-pj-suaian (1)

2
 Nama permainan  : Bola Tampar Beroda Kategori murid-murid berkeperluan khas : Palsi Selebrum Konsep: Membolehkan murid-murid bermasalah fizikal untuk bermain bola tampar. Bola tampar yang biasa digantikan dengan Jinggle bola pantai yang lebih ringan dan berbunyi supaya murid-murid bermasalah otak dapat bermain berdasarkan bunyi yang dikeluarkan. Cara bermain bola tampar beroda ini sama seperti bola tampar biasa !uma ada perubahan dari segi peraturan dan peralatan yang digunakan. Peralatan yang digunakan: Jinggle Bola pantai "diameter: #$!m% &aring badminton "'#m ( )m% tempat duduk beroda. Peraturan- peraturan : 1.0 Ukuran '.' *kuran bagi gelanggang permainan ialah '$m ( )m '.+ ,etinggian &aring ialah '.$m '.# ,etinggian tiang ialah '.m 2.0 Jumlah pemain +.' Setiap pasukan terdiri daripada # orang pemain 3.0 Pengiraan ata #.' Setiap pasukan mendapat satu mata sekiranya ber&aya mematikan bola atau pihak laan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima ser/is memenangi satu ralipasukan tersebut akan mendapat peluang ser/is dan &uga satu mata. #.+ Setiap perlaanan dimainkan dengan kiraan mata rali ' mata bagi set pertama "perlu memperoleh kelebihan + mata &ika seri pada mata '-'% manakala bagi set penentuan

description

pj

Transcript of peraturan-pj-suaian (1)

Nama permainan : Bola Tampar Beroda

Kategori murid-murid berkeperluan khas: Palsi Selebrum

Konsep: Membolehkan murid-murid bermasalah fizikal untuk bermain bola tampar. Bola tampar yang biasa digantikan dengan Jinggle bola pantai yang lebih ringan dan berbunyi supaya murid-murid bermasalah otak dapat bermain berdasarkan bunyi yang dikeluarkan. Cara bermain bola tampar beroda ini sama seperti bola tampar biasa, cuma ada perubahan dari segi peraturan dan peralatan yang digunakan.

Peralatan yang digunakan: Jinggle Bola pantai (diameter: 30cm), jaring badminton (13m x 6m), tempat duduk beroda.

Peraturan- peraturan :1.0 Ukuran1.1 Ukuran bagi gelanggang permainan ialah 10m x 6m 1.2 Ketinggian jaring ialah 1.05m1.3 Ketinggian tiang ialah 1.5m

2.0 Jumlah pemain2.1 Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pemain

3.0 Pengiraan Mata3.1 Setiap pasukan mendapat satu mata sekiranya berjaya mematikan bola atau pihak lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali,pasukan tersebut akan mendapat peluang servis dan juga satu mata.3.2 Setiap perlawanan dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata bagi set pertama (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 15-15) manakala bagi set penentuan, ia dimainkan dengan kiraan mata rali 8 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 8-8). 3.3 Pengiraan bola dalam dan bola keluar3.3.1 Bola dalam: bola yang menyentuh lantai gelanggang bermain termasuk garisan sempadannya.3.3.2 Bola keluar: sebahagian bola yang menyentuh lantai di luar garisan sempadan gelanggang.

4.0 Cara Bermain4.1 Servis 4.1.1 Ketiga-tiga pemain dalam satu pasukan akan bergilir-gilir untuk membuat servis. 4.1.2 Pemain perlu kekal di tempatnya semasa membuat servis.4.1.3 Pemain-pemain dari mana-mana pasukan tidak boleh bergerak sehingga bola servis dilepaskan.4.1.4 Bola servis boleh diumpan atau dihadang oleh pihak lawan.4.1.5 Pergerakan servis dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi.

4.2 Semasa Bermain4.2.1 Murid-murid tidak boleh meninggalkan tempat duduk beroda yang dikhaskan.4.2.2 Tidak ada pemain libero.4.2.3 Pemain boleh kontek bola dengan mana-mana bahagian badannya.4.2.4 Pemain dibenarkan bermain dengan menggunakan sebelah tangan dan menanduk bola.4.2.5 Pasukan dibenarkan 2 kali masa rehat.4.2.6 Cara menerima bola tampar adalah menyangga, mengumpan dan mengadang.4.2.7 Sesuatu pasukan tidak dibenarkan memukul bola 4 kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan kecuali mengadang.