PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

16
Disediakan oleh: Khairul Nazry bin Talib EDISI 3 / 2013 ISSN 2232-0008 i i PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA Pada 25 hingga 28 November 2013, pasukan hoki lelaki Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang diwakili oleh 15 orang pemain dan empat orang pegawai telah mengadakan satu program perlawanan persahabatan antarabangsa dengan dua buah Institusi Pengajian Tinggi Indonesia iaitu Universitas Trisakti Jakarta dan Universitas Negeri Jakarta. Siri perlawanan persahabatan yang dipanggil “Jakarta Tour 2013” ini adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang sukan dan akademik di antara PIS dengan universiti yang telah dipilih ini. Selain itu, program ini dirangka bagi mempromosikan kejohanan Hoki TVET peringkat ASEAN di antara institusi–institusi di rantau ASEAN yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan tahun 2014. Perlawanan persahabatan pertama berlangsung pada 26 November 2013 di Stadium Hoki Senayan, Jakarta menentang Pasukan Hoki Universitas Trisakti, Jakarta. Pasukan hoki Universitas Trisakti merupakan Juara Liga DKI Jakarta untuk tiga tahun berturut-turut. Perlawanan ini diadili oleh dua orang pengadil dari Indonesia. Perlawanan berkesudahan dengan PIS menewaskan Universitas Trisakti dengan jaringan 4-2. Perlawanan ke-2 pula berlangsung pada 27 November 2013 dan pasukan yang ditentang pada kali ini adalah pasukan Universitas Negeri Jakarta. Kesudahan perlawanan ini berpihak kepada PIS dengan jaringan 1-0. Setelah tamat perlawanan, pasukan PIS dipelawa untuk bermain menentang bersama sebuah pasukan kelab yang dibarisi oleh warga Belanda yang dikenali sebagai ISCI. Pada perlawanan ini PIS telah “Politeknik Mentransformasi Kehidupan” PIS MENANG PERAK DALAM ACARA MENDAYUNG SUKMA 2013 3 PIS MENANG GANGSA DI KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI 4 CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) - CHEF SKILL REVEAL 6 INNOVATION, CAREER & ENTREPRE- NEURSHIP CARNIVAL (ICE) 2013 8 JUARA BERGANDA : SASARAN PASUKAN HOKI LELAKI PIS TERCAPAI 10 PERTANDINGAN DIKIR BARAT DAN LAGU ASLI POLITEKNIK MALAYSIA (DIAS 2013) 13 PROGRAM SEMPENA ANUGERAH KEMERDEKAAN PIALA PUSINGAN PENGARAH 14 KANDUNGAN: berjaya membelasah pasukan ISCI dengan jaringan yang agak besar iaitu 6-0. Pada hari terakhir pemain dibawa melawat ke Taman Mini Indonesia dan pusat membeli belah Mangga Dua. Ketika para pemain dibawa melawat tempat pelancongan di Jakarta, pegawai-pegawai pasukan telah mengadakan pertemuan bersama Bapak Drs. I Bonjol Siagian iaitu Ketua Biro Administrasi Kemahasiswaan Universitas Trisakti di Kampus Universitas Trisakti. Pertemuan ini telah membincangkan hubungan kolaborasi yang boleh dilakukan di samping menyentuh tentang penawaran untuk menjemput Universitas Trisakti menyertai kejohanan hoki TVET peringkat ASEAN yang dijangkakan diadakan pada tahun 2014. Pasukan PIS meninggalkan bumi Indonesia pada jam 7.30 malam 28 November 2013 dan selamat tiba di KLIA pada jam 10.30 malam. Segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar selama empat hari di negara asing diharapkan dapat mematangkan mereka pada masa yang akan datang. Bergambar bersama Kelab ISCI, Jakarta Simbolik Salam Olahraga Berasama Biro Administrasi Kemanusiaan Universitas Trisakti

Transcript of PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Page 1: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Disediakan oleh: Khairul Nazry bin Talib

EDISI 3 / 2013 ISSN 2232-0008

i i PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA

Pada 25 hingga 28 November 2013, pasukan hoki lelaki Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang diwakili oleh 15 orang pemain dan empat orang pegawai telah mengadakan satu program perlawanan persahabatan antarabangsa dengan dua buah Institusi Pengajian Tinggi Indonesia iaitu Universitas Trisakti Jakarta dan Universitas Negeri Jakarta. Siri perlawanan persahabatan yang dipanggil “Jakarta Tour 2013” ini adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang sukan dan akademik di antara PIS dengan universiti yang telah dipilih ini. Selain itu, program ini dirangka bagi mempromosikan kejohanan Hoki TVET peringkat ASEAN di antara institusi–institusi di rantau ASEAN yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan tahun 2014. Perlawanan persahabatan pertama berlangsung pada 26 November 2013 di Stadium Hoki Senayan, Jakarta menentang Pasukan Hoki Universitas Trisakti, Jakarta. Pasukan hoki Universitas Trisakti merupakan Juara Liga DKI Jakarta untuk tiga tahun berturut-turut. Perlawanan ini diadili oleh dua orang pengadil dari Indonesia.

Perlawanan berkesudahan dengan PIS menewaskan Universitas Trisakti dengan jaringan 4-2. Perlawanan ke-2 pula berlangsung pada 27 November 2013 dan pasukan yang ditentang pada kali ini adalah pasukan Universitas Negeri Jakarta. Kesudahan perlawanan ini berpihak kepada PIS dengan jaringan 1-0. Setelah tamat perlawanan, pasukan PIS dipelawa untuk bermain menentang bersama sebuah pasukan kelab yang dibarisi oleh warga Belanda yang dikenali sebagai ISCI. Pada perlawanan ini PIS telah

“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”

PIS MENANG PERAK DALAM ACARA

MENDAYUNG SUKMA 2013 3

PIS MENANG GANGSA DI KEJOHANAN

PENCAK SILAT ANTARABANGSA

PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI 4

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY

(CSR) - CHEF SKILL REVEAL 6

INNOVATION, CAREER & ENTREPRE-

NEURSHIP CARNIVAL (ICE) 2013 8

JUARA BERGANDA : SASARAN

PASUKAN HOKI LELAKI PIS TERCAPAI 10

PERTANDINGAN DIKIR BARAT DAN

LAGU ASLI POLITEKNIK MALAYSIA

(DIAS 2013)

13

PROGRAM SEMPENA ANUGERAH

KEMERDEKAAN PIALA PUSINGAN

PENGARAH 14

KANDUNGAN:

berjaya membelasah pasukan ISCI dengan jaringan yang agak besar iaitu 6-0. Pada hari terakhir pemain dibawa melawat ke Taman Mini Indonesia dan pusat membeli belah Mangga Dua. Ketika para pemain dibawa melawat tempat pelancongan di Jakarta, pegawai-pegawai pasukan telah mengadakan pertemuan bersama Bapak Drs. I Bonjol Siagian iaitu Ketua Biro Administrasi Kemahasiswaan Universitas Trisakti di Kampus Universitas Trisakti. Pertemuan ini telah membincangkan hubungan kolaborasi yang boleh dilakukan di samping menyentuh tentang penawaran untuk menjemput Universitas Trisakti menyertai kejohanan hoki TVET peringkat ASEAN yang dijangkakan diadakan pada tahun 2014. Pasukan PIS meninggalkan bumi Indonesia pada jam 7.30 malam 28 November 2013 dan selamat tiba di KLIA pada jam 10.30 malam. Segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar selama empat hari di negara asing diharapkan dapat mematangkan mereka pada masa yang akan datang.

Bergambar bersama Kelab ISCI, Jakarta

Simbolik Salam Olahraga Berasama Biro Administrasi

Kemanusiaan Universitas Trisakti

Page 2: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 2

Disediakan oleh: Mohd Fairullah bin Muhammadon

i PASUKAN HOKI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN UNGGUL DI PERSADA LIGA

PERTANDINGAN CATUR RAKAN MUDA MERDEKA JOHOR BAHRU KE 23

Pasukan Politeknik Ibrahim Sultan mengungguli persada Liga Hoki Politeknik 2013 Divisyen 1 sebagai juara liga, seterusnya mengatasi 7 pasukan politeknik yang lain. Pertandingan ini berlangsung selama empat hari bermula dari 27 Jun 2013 hingga 30 Jun 2013 di Stadium Hoki Indera Mulia Kuantan, Pahang. Apa yang menariknya dalam kejohanan ini, pasukan Politeknik Ibrahim Sultan berjaya mengatasi kesemua pasukan yang bertanding. Pasukan-pasukan yang

Pada 1 September 2013 yang lepas, seramai 5 orang pelajar dan diiringi oleh seorang pengurus telah menyertai Pertandingan Catur Rakan Muda Merdeka Johor Bahru ke 23 yang bertempat di Giant Taman Suria Johor Bahru. Pertandingan catur ini telah dianjurkan oleh Persatuan Catur Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Pioneer Heritage dan Rakan Muda Johor Bahru. Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi para peserta mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan catur. Secara tidak langsung sukan ini dapat memberi pendedahan dan penglibatan kepada pelajar bagi aktiviti diluar bilik kuliah.

Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu terbuka, bawah 17 dan bawah 12. Format pertandingan merupakan 7 pusingan Swiss dengan kawalan masa 20 minit bagi setiap pusingan. Memandangkan Politeknik Ibrahim Sultan mempunyai pemain catur yang pernah bertanding pada Sukan IPT yang lalu, serta pembabitan para peserta secara serius dalam sukan ini maka wajarlah pelajar-pelajar ini dicungkil bakatnya melalui kejohanan-kejohanan ada samada di sekitar Johor atau di luar negeri Johor bagi memberi pengalaman

Ketika Sesi Latihan

Pasukan Hoki Politeknik Ibrahim Sultan bersama jurulatiih

Menurut kapten pasukan Politeknik Ibrahim Sultan, Saudara Muhammad Fahmi bin Zainal Abidin, “kemenangan ini adalah hasil daripada kerjasama setiap ahli pasukan kami yang bertungkus lumus, menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi pada setiap pertandingan yang diharungi”. Menurutnya lagi “kejayaan ini adalah hadiah bermakna kami kepada pihak Politeknik Ibrahim Sultan yang sentiasa berusaha memartbatkan sukan hoki di peringkat tertinggi”.

bertanding dalam kejohanan ini adalah pasukan dari Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Politeknik Sultan Abdul Halim Shah (POLIMAS), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) manakala Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah (PTSB) tersingkir ke divisyen 2 pada musim akan datang kerana menduduki tangga ke bawah dalam kedudukan liga.

Disediakan oleh: Mazlina binti Mohd Tahir

Peserta catur PIS bergambar kenangan bersama

Peserta catur PIS sebelum perlawanan bermula

dan mengasah lagi bakat mereka. Melalui kejohanan yang mereka sertai ini akan memberikan mereka lebih banyak pengalaman serta tidak gementar bagi menghadapi kejohanan yang lebih besar. Sepanjang pertandingan berlangsung, semua wakil yang mewakili politeknik Ibrahim Sultan telah menunjukkan komitmen yang baik dengan memenangi 2 pusingan daripada 7 pusingan yang berlangsung. Walaupun tidak berjaya memenangi mana-mana kategori namun para peserta telah mendapat banyak pengalaman daripada pertandingan yang dianjurkan selaras dengan objektif utama memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menimba sebanyak mana pengalaman sepanjang pertandingan yang disertai. Para peserta juga tidak merasa berputus asa diatas kegagalan yang dialami malah menerima dari sudut positif bahawa penyertaan kali ini adalah untuk menambah pengalaman dan pengetahuan tentang sukan catur. Diharapkan semoga para pelajar akan terus diberi pendedahan dengan menyertai kejohanan yang lebih besar bagi membuka minda mereka disamping memahirkan mereka dengan teknik-teknik catur yang lebih berguna. Semoga sukan catur akan lebih berjaya sepertimana sukan-sukan yang lain yang telah wujud di Politeknik Ibrahim sultan.

Page 3: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 3

Pada kali ini, dua kategori dipertandingkan

iaitu kategori pengurusan dan teknikal.

Tempat pertama bagi kategori teknikal

dimenangi oleh Politeknik Balik Pulau

(Power Interface), diikuti tempat kedua iaitu

Politeknik Seberang Prai (D Pearl) dan

tempat ketiga ialah Politeknik Ungku Omar

(IKIK4U). Bagi kategori pengurusan, tempat

pertama dimenangi oleh Politeknik Kota

Bharu (G-Pro – SPMP - iExam), tempat

kedua dimenangi oleh Politeknik Merlimau

(Promest) dan tempat ketiga dimenangi

oleh Politeknik Shah Alam (FAME). Juara

keseluruhan jatuh kepada Politeknik Kota

Bharu (G-Pro -SPMP-iExam). Pemenang

bagi kedua-dua kategori secara automatik

berjaya ke peringkat seterusnya.

Pada 24 – 26 September 2013, buat pertama

kalinya Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah

menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif

dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan 2013

di Politeknik Kota Bharu (PKB). Konvensyen

ini merupakan anjuran bersama pihak PKB

dan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP).

Pada kali ini PKB telah menjadi tuan rumah

konvensyen selepas Politeknik Seberang

Prai. Sebanyak 27 kumpulan dari seluruh

politeknik telah menyertai konvensyen pada

kali ini.

PIS telah menghantar dua kumpulan iaitu

kumpulan FBI dari Jabatan Matematik, Sains

dan Komputer dengan tajuk projek

“Mengurangkan Kadar Kehilangan Peralatan

Komputer di Makmal Komputer” dan JKE

ONE dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik

dengan tajuk “Student Attendance System

with RFID”. Panel permarkahan adalah terdiri

daripada Panel MAMPU, MPC, TNB dan juga

dari pelbagai agensi dan industri.

Permarkahan terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu permarkahan viva sebanyak 60%,

Persembahan 25% dan pameran adalah

15%. Majlis penutup telah dirasmikan oleh

YBhg Datuk Mokhlis Jaafar, Pengarah

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Disediakan oleh: Norihan binti Mahmood

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT

KEBANGSAAN POLITEKNIK 2013

ISU 3 / 2013

Pada 2 Julai 2013, seorang pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan yang mewakili SUKMA Negeri Sembilan iaitu Muhammad Rasul bin Zahiri, pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) telah mempamerkan kemampuan merangkul pingat perak dalam acara yang diadakan di Empangan Batu-Gombak Selangor. Dalam kejohanan tersebut, Rasul telah berjaya memperoleh perak dalam acara Men Single Scull dengan catatan masa 08:16:33 hanya ketinggalan 12 saat dari penyandang juara Dengan kemenangan ini Rasul berjaya diserapkan ke Persatuan Sukan (PKS) sebagai atlet negara. Rasul juga telah mengambil bahagian dalam acara mendayung iaitu Men Eight. Dalam acara ini, beliau telah mendapat tempat ke-4 daripada 15 peserta yang mengambil bahagian.

PIS MENANG PERAK DALAM ACARA MENDAYUNG SUKMA 2013

Walaupun kumpulan dari PIS tidak

memenangi sebarang kategori, namun ia

dapat memberi pendedahan awal dan

banyak pengalaman yang berguna kepada

peserta yang hadir. Tahniah dan syabas

diucapkan kepada semua peserta FBI dan

JKE One yang telah bertungkus lumus dan

memberikan komitmen penuh untuk

menyertai konvensyen pada kali ini. Diharap

pengalaman pada tahun ini akan dapat

memberi motivasi dan cabaran kepada

semua ahli KIK di PIS untuk terus berusaha

menghasilkan produk yang inovatif dan

kreatif serta berjaya dalam konvensyen KIK

akan datang.

Muhammad Rasul bersama pemenang yang lain

Muhammad Rasul bin Zahiri bersama

pingat yang dimenangi

Sekalung tahniah daripada kami di Unit Sukan kepada Rasul atas kejayaan yang telah dirangkul. Semoga kejayaan Rasul ini dapat dijadikan pemangkin kepada pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan untuk bergiat aktif dalam lapangan sukan yang diceburi. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Kumpulan JKE One dari Jabatan Kejuruteraan

Elektrik PIS

Kumpulan FBI dari Jabatan Matematik Sains dan

Komputer, PIS

Disediakan oleh: Mohd Fairullah bin Muhammadon

Page 4: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 4

Disediakan oleh: Mohd Fairullah bin Muhammadon

PIS MENANG GANGSA DI KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA

PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI

i

jurulatih luar yang profesional maka wajarlah

pelajar-pelajar ini dicungkil bakatnya melalui

kejohanan-kejohanan yang besar seperti

Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala

Timbalan Perdana Menteri Edisi ke-4 2013 ini.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi di

bawah bimbingan pengurus En Mohd Fairullah

bin Muhammadon iaitu pegawai sukan PIS

dibantu oleh En Ahmad Zia bin Mhd Yusuf dan

Pada 15 hingga 22 September 2013,

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah

menyertai Kejohanan Pencak Silat

Antarabangsa Piala Timbalan Perdana

Menteri Edisi Ke-4 2013 yang diadakan di

Dataran Pahlawan, Megamall

Melaka.Kejohanan ini adalah platform

terbaik bagi para peserta mencungkil bakat

-bakat yang boleh diketengahkan dalam

sukan permainan silat olahraga. Secara

tidak langsung sukan ini dapat memberi

pendedahan dan penglibatan kepada

pelajar bagi aktiviti diluar bilik kuliah.

Kejohanan yang dipertandingkan ini

melibatkan penyertaan lebih daripada 60

penyertaan dari seluruh intitusi pendidikan

di seluruh negara. Memandangkan

Politeknik Ibrahim Sultan mempunyai Kelab

Silat Olahraga yang telah dibentuk hampir

setahun yang lalu dan dilatih khas oleh

Pelawanan sedang berlangsung

Disediakan oleh: Hanis Atikah binti Hashim

PIS UNGGUL DI KARNIVAL BIOTEK JOHOR 2013

Karnival Biotech Johor merupakan satu program di bawah Kerajaan Negeri Johor yang dianjurkan oleh Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor dengan kerjasama erat daripada pelbagai agensi. Ianya diadakan secara dwi tahunan di daerah-daerah sekitar negeri Johor. Taman Bandar dan Bukit Layang-layang, Pasir Gudang telah dipilih sebagai destinasi penganjuran untuk kali ke-2. Ia juga merupakan platform kepada orang ramai dalam meningkatkan pengetahuan, pendedahan dan kesedaran berkaitan perkembangan dan pembangunan sektor bioteknologi dan pemuliharaan biodiversiti di Malaysia amnya dan di selatan tanah air khususnya. Karnival ini telah berlangsung pada 5 – 8 September 2013 di Taman Tasik Layang - Layang, Pasir Gudang. Sempena karnival ini, pihak penganjur telah mengadakan beberapa pertandingan yang telah menarik minat para pelajar untuk bertanding dan menonjolkan bakat dan kemahiran mereka. Seramai 9 orang pelajar telah menyertai Pertandingan Gubahan Masakan dan 3 orang pelajar telah menyertai Pertandingan Gubahan Bunga. Seramai 2 orang pensyarah Jabatan Pelancongan dan

dua orang jurulatih professional, atlet kita

berjaya meraih satu pingat gangsa daripada

lebih dari 60 buah IPT yang bertanding.

Sekalung tahniah kepada saudara Ahmad

Farid bin Zamri yang berjaya mengharumkan

nama Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga

kecemerlangan ini dapat diteruskan pada

masa-masa yang akan datang dengan

persediaan yang rapi dan berterusan.

Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan telah terlibat sebagai Chef Jemputan untuk slot Demonstrasi Masakan iaitu Cik Shufiah binti Mustapa dan Cik Hanis Atikah binti Hashim. Encik Mohd. Amin bin Zakaria dan Encik Khairul Faizal bin Daros telah bertindak sebagai juri untuk Pertandingan Gubahan Masakan. Mohamad Sharul bin Hamisan pelajar semester 6, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah memperolehi tempat pertama untuk kedua-dua kategori pertandingan. Mohd. Irfan bin Mail telah memenangi tempat kedua untuk Pertandingan Gubahan Masakan dan Aishah binti Awang tempat kedua untuk kategori Pertandingan Gubahan Bunga. Melalui pertandingan seperti ini, para pelajar dapat didedahkan dengan corak pertandingan yang melibatkan peserta luar dan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta keyakinan diri seterusnya dapat membentuk keperibadian yang baik di kalangan para pelajar.

Dari kiri ; Ajwad, Pesilat PIS Hanifan Jurulatih PIS,

En Ahmad Zia ( JKM )

Demonstrasi Masakan Berasaskan Ikan Siakap oleh

Cik Shufiah Mustapa dan Cik Hanis Atikah Hashim

Mohamad Sharul Hamisan bersama hidangan

Rendang Siakap Roll yang menjuarai Pertandingan

Gubahan Masakan

Page 5: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 5

ISU 3 / 2013

Disediakan oleh: Unit Kokurikulum Politeknik Ibrahim Sultan

PERTANDINGAN MEREMPUH HALANGAN DAN ORIENTEERING TERBUKA UITM

CAWANGAN JOHOR

Antara 10 halangan yang perlu dirempuh oleh peserta

Peserta bergambar kenangan sebelum aktiviti bermula

Pada 7 September 2013 yang lalu, seramai 28 orang pelajar PIS telah menyertai Pertandingan Merempuh Halangan dan Orienteering Terbuka di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat . Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pelajar dalam mengharungi halangan yang disediakan. Secara keseluruhannya, terdapat dua pertandingan utama yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Merempuh Halangan dan Pertandingan Orienteering. Dalam pertandingan merempuh halangan, peserta perlu berlari dalam jarak 1.6 km dan merempuh

Pada 27 hingga 29 September 2013, Kelab Bahasa 1 Malaysia (KB1M), Kelab Rukunegara Politeknik Ibrahim Sultan, pelajar DUP3A dan DUP3B (Kursus Softskills), dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Pertandingan Drama Pentas Tamil (Taridra) dan Kabadi Politeknik Malaysia 2013. Program ini disertai oleh 5 buah politeknik iaitu Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim (PSAS), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu (PSMZA), Politeknik Sultan Abdul Halim Muádzam Shah, Jitra Kedah (POLIMAS) dan juga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Objektif utama progam ini adalah untuk membentuk sahsiah,kemahiran insaniah dan membentuk daya kepimpinan dalam diri pelajar serta memberi ruang kepada para pelajar PIS untuk menunjukkan bakat dalam pertandingan yang dianjurkan. Pada masa yang sama, ia dapat menjana minda pelajar bagi manghasilkan sesuatu yang kreatif serta melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam menjana Pelan Pembangunan Modal Insan.

10 halangan di Litar Rempuh Halangan di UiTM Cawangan Johor. Peserta memakai uniform medan pasukan dengan membawa haversack/beg galas pasukan masing-masing. Tembok halangan setinggi 12 kaki perlu dilalui oleh peserta disamping cabaran-cabaran yang lain. Pertandingan Orienteering adalah berdasarkan konsep Orienteering Score Relay, di mana setiap peserta dikehendaki melawat Check Point yang telah ditetapkan sahaja. Dalam pertandingan ini, peserta Politeknik Ibrahim Sultan telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan merempuh halangan dan telah menyertai pertandingan Orienteering dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua peserta!

PIS RANGKUL EMAS DALAM PERTANDINGAN “TARIDRA” DAN “KABADDI”

Program ini telah mendapat tajaan dan sokongan daripada YB Raven Krishnasamy iaitu ADUN Tenggaroh, Johor. Program yang telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS iaitu Encik Abu Bakar bin Abdul Hamid, turut dihadiri oleh Ketua Program Unit Pengurusan Pelacongan, Pn. Zaiton Sarman dan juga pelajar-pelajar PIS. Dalam pertandingan Taridra, pasukan PIS telah merangkul tempat pertama manakala pasukan PIS menjadi naib johan dalam pertandingan Kabaddi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

YB K.Raven (ADUN Tenggaroh) membuat lawatan

semasa pertandingan Kabaddi Suasana semasa pertandingan Kabaddi

Peserta bersama hadiah-hadiah yang dimenangi

Page 6: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 6

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) - CHEF SKILL REVEAL

peserta terhadap konsep keusahawanan,

mengasah pemikiran kritis ke arah

penyelesaian masalah dalam setiap tugasan

dan memupuk semangat berpasukan serta

mengukuhkan sikap kepimpinan di kalangan

peserta. Impak daripada program CSR ini

ialah ikatan perpaduan terjalin antara DUP5B

dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim

Islam Kota Tinggi, Johor serta tercetusnya

transformasi dalam bidang perniagaan dan

keusahawanan terutamanya di kalangan

pelajar.

Ucapan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung khususnya, Syarikat Appollo Sdn.

Bhd., Kementerian Pelancongan dan

Kebudayaan Negeri Johor, Pasaraya

Econsave Taman Scientex, Erwin Travel &

Tours, Puan Rozana bt Abd Razak, En. Rosli

bin Osman, Siti Habsah bt Syed Sohor, Pn.

Ruzilah bt Hassan, En. Ameruddin bin Mohd

Idris, En. Mohd Shukri bin Zainal Abidin, Pn.

Hatijah bt Boyot dan Cik Noraashikin bt Ismail

atas sumbangan yang diberikan yang

berbentuk wang tunai, makanan serta hadiah

dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Wan Rosnani binti Wan Mohamad dan Nur Hidayah binti Zulkifli

i

(PKAYI). Seramai 70 orang peserta yang terlibat

di dalam program ini yang terdiri daripada 36

orang lelaki dan 34 orang perempuan yang

berusia di antara 9 hingga 17 tahun.

Pertandingan masakan ini bertujuan untuk

menerapkan nilai-nilai keusahawanan melalui

proses pembelian bahan mentah dan menguji

daya kreativiti peserta berdasarkan menu yang

diberikan dengan menggunakan bajet yang telah

ditetapkan. Kriteria pemarkahan diberikan

berdasarkan kreativiti, kerjasama kumpulan,

keenakan masakan dan ketepatan masa.

Antara objektif program CSR ini adalah untuk

meningkatkan pengetahuan serta kemahiran

PKAYI menerima sumbangan daripada PIS

Disediakan oleh: Parahsakthi a/p Chidambaram

Pada 22 September 2013 (Ahad), pelajar

Diploma Pengurusan Pelancongan

Semester Lima (DUP5B) bersama dua

orang pensyarah iaitu Puan Nur Hidayah

Binti Zulkifli dan Puan Wan Rosnani binti

Wan Mohamad, Politeknik Ibrahim Sultan

(PIS) telah menganjurkan program CSR

dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan

Anak-anak Yatim Islam Kota Tinggi, Johor.

“CSR” merupakan singkatan perkataan

bagi Corporate Social Responsibility dan

Chef Skill Reveal yang mana Corporate

Social Responsibility membawa maksud

proses pemerkasaan komuniti melalui

penglibatan aktif secara sukarela untuk

pembangunan dan kesejahteraan bersama.

Aktiviti yang dijalankan dalam program ini

adalah seperti membersihkan kawasan

surau dan Dewan Jasa Murni serta

memasang langsir untuk menceriakan lagi

keadaan di dalam dewan tersebut.

Program ‘Chef Skill Reveal’ adalah

pertandingan masakan secara

berkumpulan yang dianggotai oleh 5 orang

peserta dari Pertubuhan Kebajikan Anak-

anak Yatim Islam, Kota Tinggi, Johor

On 27th September 2013, The Language Unit of General Studies Department organized the English Drama Competition 2013 with the help of the students from the English Language Society. The objective of this competition is to promote the learning of the language through activities outside the classroom. Besides exposing students to various ways to improve the students’ communication skills, this event is also hoped to be a platform for them to have fun, show their brilliant talents and creativity. Fairytale was the theme of this competition. Participants were from all departments (JRKV, JKM, JPH and JKE). Preliminary rounds were held were held 9-12 September at the Main Lecture Hall (DKU). This was set to select the best representative from each department for the finals. The final was held on Friday 27 September from 2.45pm to 5.00pm at PIS Main Lecture Hall (DKU). This competition was a success as it attracted many students from PIS. All the teams performed very well, displaying

JPA DRAMA COMPETITION 2013

their hidden talents with their creative storyline with music. The audience was roaring in laughter. The winner of this Drama Competition was DUP5B from JPH with their drama entitled ‘Mixed Fairytale’, second was DKM1B from JKM with their ‘Cinderaymond’, third was DJK 1A from JKE with the title ‘The Twisted Truth’ and the consolation place went to DRG 1B from JRKV with the title ‘Pinocchio’.

Participants, lecturers and judges of the Drama Competition

Best male and female actress

Page 7: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 7

ISU 3 / 2013

Disediakan oleh: Siti Farahsuhana binti Amdan

KHIDMAT INSAN DINAMIK (PROKID) 2013

Disediakan oleh: Syarifah Hannan binti Sayed Abd Rahman

MATHEMATICS RACE 2013

Program Mathematics Race 2013 dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , Politeknik Ibrahim Sultan telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Ogos 2013 bertempat di ruang legar JMSK, Makmal Sains JMSK dan Pusat Sukan PIS. Seramai dua puluh orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah terpilih untuk menghadiri program tersebut. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan bagi meningkatkan kemahiran komputer, penggunaan matematik dan sains dalam kehidupan seharian di samping memberi nilai tambah kepada pelajar dalam meningkatkan kualiti P&P. Di samping itu, ia adalah satu usaha untuk memupuk minat yang mendalam terhadap komputer, matematik dan sains kepada pelajar seterusnya meningkatkan pemikiran kritikal di kalangan pelajar.

hari Jumaat. Seramai 168 orang pelajar SMK Tan Sri Jaafar Alba dan 116 orang pelajar SMK Lukman Hakim terlibat dalam PROKID kali ini. PROKID dimulakan dengan penyerahan pelajar daripada pengetua sekolah masing-masing kepada Pengetua KTDI pada pukul 2 petang. Program PROKID ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Tn. Hj. Rasman bin Ithnain, ADUN Sedili di kedua-dua buah sekolah. YB Tn. Hj. Rasman bin Ithnain telah hadir di SMK Lukman Hakim pada pukul 10 pagi dan SMK Tan Sri Jaafar Alba pada pukul 12 tengah hari. Beliau sempat memberikan sedikit kata-kata semangat dan dorongan kepada peserta PROKID yang bakal menghadapai SPM pada bulan November ini. Diharapkan dengan penglibatan pelajar PIS dalam menjayakan PROKID ini, sedikit sebanyak memberikan pendedahan kepada pelajar PIS tentang pengurusan organisasi dan pengurusan program kolaborasi antara IPT dan menjalinkan perhubungan antara IPT yang lain. Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar, dapat dimanfaatkan pada masa akan datang bagi memajukan lagi diri, organisasi dan Politeknik Ibrahim Sultan khususnya.

Bertempat di Anjung Lestari, Dr Hajah Siti Zunariah binti Mohd Said, selaku Ketua Jabatan JMSK, telah merasmikan program ini dan juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang di majlis penutup pada hari yang sama. Para pemenang menerima hadiah berupa wang tunai dan hamper. Dengan berlangsungnya program seperti ini, para pelajar akan lebih berminat untuk belajar sambil menjalani aktiviti luar bagi meningkatkan mutu P&P dalam kursus berkaitan komputer, matematik dan sains khususnya. Selain itu, program seperti ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.

Aktiviti latihan dalam kumpulan

Pada 5 hingga 7 Julai 2013, seramai 28 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang terdiri daripada ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah terlibat dalam menjayakan Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID) yang dianjurkan oleh Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program yang julung kali melibatkan penglibatan 3 IPTA iaitu UTM, UTHM dan PIS ini, berjaya menyuntik semangat dan motivasi pelajar tingkatan 5. Para fasilitator dan urusetia daripada 3 IPTA ini dibahagikan kepada dua buah sekolah iaitu, SMK Tan Sri Jaafar Alba dan SMK Lukman Hakim yang terletak di Kota Tinggi. Pelajar didedahkan dengan modul-modul seperti Siapa Kawan Awak, Air Terjun, Aiskrim Malaysia dan lain-lain yang telah dilaksanakan sepanjang PROKID pada hari Khamis di KTDI, UTM. Para pelajar mula bergerak ke sekolah masing-masing pada

Peserta bergambar bersama YB Tn. Hj. Rasman, YDP PIBG, Pengetua

Sekolah, Wakil KTDI UTM dan wakil Politeknik Ibrahim Sultan

Bersama-sama peserta yang menyertai program

Mathematics Race 2013

Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

bersama penggerak utama Mathematics Race 2013

Page 8: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 8

Disediakan oleh: Mohd Jamil bin Muhamad Amin

INNOVATION, CAREER & ENTREPRENEURSHIP CARNIVAL (ICE) 2013

Disediakan oleh: Siti Nazurah BInti Md Zaid dan Syamzurina Binti Md Hasnan

i KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (MY3L) PERINGKAT NASIONAL

Pada 9 – 10 Oktober yang lalu, Hari Kecemerlangan Pelajar melalui program Innovation, Career and Entrepreneurship (ICE) Carnival 2013 telah berlangsung di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Program ini merupakan satu inisiatif Politeknik Ibrahim Sultan untuk menampilkan hasil kreatif dan inovatif pelajar dalam pelbagai bidang untuk mempamerkan produk inovasi mereka kepada warga politeknik, komuniti, agensi kerajaan, industri dan syarikat persendirian yang berkaitan. Melalui program ini, pelajar akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam melaksanakan projek akhir produk inovasi dengan bimbingan pensyarah mereka. Aktiviti jualan juga turut mendorong dan menyumbang kepada pendedahan awal pelajar dalam dunia keusahawanan. ICE Carnival 2013 ini memberi ruang kepada pelajar dari setiap jabatan untuk membuka pelbagai jenis gerai jualan. Antara objektif program ini adalah untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif di kalangan pelajar bidang teknikal dan perkhidmatan, memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi pelajar yang boleh dicontohi untuk faedah warga politeknik, komuniti dan industry. Program ini juga dapat menaikkan semangat keusahawanan di

Dalam mempromosikan lagi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sebagai sebuah institusi pendidikan dalam bidang teknikal di negara ini, pada 15 – 17 Nov 2013 sekali lagi PIS telah diundang untuk menyertai Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (MY3L) Peringkat Nasional 2013 yang bertempat di SACC Convention Centre Shah Alam Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Muhyiddn Yassin Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia. Semasa karnival berkenaan, seramai 3 orang wakil dari PIS iaitu: Mohd Jamil B. Muhamad Amin (Pensyarah) dan 2 orang pelajar khas iaitu: Mohd. Fahmi Nuddin B. Mohd Pauzi dan Muhammad Fazri B. Abdullah telah terlibat. Pada karnival kali ini pihak JRKV PIS bertangungjawab membantu dalam membuat demostrasi dan praktikal illustrasi dan lukisan.

Program ini bermula dari jam 9 pagi sehingga 10 malam dan sambutan adalah amat mengalakkan kerana pihak JRKV PIS diwakili oleh dua orang pelajar berkeperluan khas (pekak & bisu). Sepanjang program ini berlangsung, gerai pameran JRKV PIS telah mendapat perhatian ramai terutama mereka yang berminat dalam hasil – hasil illustrasi dan lukisan pelajar – pelajar berkeperluan khas . Wakil JRKV PIS juga berkesempatan memberi cenderamata khas PIS kepada TPM sebagai tanda penghargaan semasa majlis perasmian program tersebut. Dengan penglibatan PIS dalam program seumpama ini, ia dapat memberi pendedahan serta mempromosikan lagi PIS dikalangan orang ramai yang ingin melanjutkan pelajaran mereka diperingat pengajian di PIS.

Wakil JRKV PIS bersama Datuk KP JPP

kalangan pelajar dalam mengendalikan perniagaan yang diurus sepenuhnya oleh mereka. Ia juga diharap dapat mewujudkan semangat kerjasama antara jabatan akademik dan unit-unit yang berkaitan dalam menjayakan sesuatu program di peringkat politeknik, membina asas keyakinan diri terhadap sesuatu reka cipta dari pelbagai aspek dan meningkatkan kadar kebolehpasaran pelajar selepas program ini berlangsung. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang karnival berlangsung, seperti persembahan projek inovasi pelajar, gerai jualan keusahawanan, pameran kerjaya agensi kerajaan dan industri, sesi temuduga secara walk-in interview, ceramah kerjaya untuk pelajar semester akhir, demonstrasi pertunjukan robot FIRA, pendawaian domestik, masakan dan ukiran buah serta peragaan fesyen. Penyertaan daripada 6 buah agensi kerajaan dan syarikat untuk pameran kerjaya dan sesi temuduga telah menjayakan program ini. Penglibatan daripada 25 buah pihak sekolah sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru, pihak IPTA dan IPTS turut memeriahkan lagi karnival tersebut.Upacara kemuncak karnival ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari terakhir carnival, dan majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Datuk Prof Madya Abu Bakar Bin Md Diah,Timbalan

KP JPKK menyampaikan cenderahati dan sijil

kepada wakil pelajar JRKV PIS

TPM Malaysia melawat ke booth pameran JRKV

PIS

Menteri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Bagi keputusan Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Semester Akhir, pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah memenangi Projek Terbaik dan Anugerah Inovasi terbaik dengan produk Potato Cutter Machine. Pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual pula memenangi anugerah Projek Harapan dengan projek Pop Art manakala Jabatan Kejuruteraan Elektrik memenangi anugerah Rekabentuk Terbaik dengan projek Picohidro. Pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti mempertaruhkan projek bertajuk Belonkak dan mendapat anugerah Pembentangan Terbaik. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Penglibatan daripada pelajar sekolah sekitar Pasir

Gudang, Johor

Page 9: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 9

ISU 3 / 2013

VISCOM SHOW KE – 17

ELECTRIC ELECTRONIC AND CONTROL EXHIBITION (EECE)

Disediakan oleh: Siti Nur Sa'adah binti Masri & Mazlisa Mohd Isa

Bertempat di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) telah berlangsungnya satu pameran akhir pelajar yang dikenali sebagai Visual Communication Show (VISCOM). Pameran pada kali ini merupakan pameran kali ke – 17 yang berlangsung selama dua hari berturut – turut bermula pada 7 Oktober 2013 dan berakhir pada 8 Oktober 2013. Datuk Dr. Arshad bin Kassim, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan telah dijemput untuk merasmikan pameran ini. VISCOM Show lazimnya akan diadakan setiap dua kali setahun bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar mempamerkan idea dan kreativiti melalui hasil kerja akhir mereka. Pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung di dalam pameran ini terdiri daripada pelajar dari program Diploma Rekabentuk

Grafik, Diploma Rekabentuk Industri, Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian serta pelajar Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekabentuk Grafik). Pameran ini dijalankan dengan bertujuan untuk menilai kemampuan, kredibiliti dan daya kreativiti pelajar – pelajar seiring dengan pasaran semasa dan seterusnya dapat mencapai Teras 2 dalam Teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu graduan berketrampilan dan kebolehpasaran. Ini kerana kerja pelajar dinilai oleh panel industri luar (PIL) dan juga panel dalaman (pensyarah). Seramai 253 orang pelajar semester akhir telah berjaya menghasilkan rekaan akhir mereka yang dijalankan selama satu semester. Sebanyak 52 buah syarikat telah berkolaborasi dengan jayanya bersama pelajar dalam projek akhir mereka. Kerjasama yang dijalankan telah menghasilkan idea dan rekaan yang pelbagai dan memuaskan. Antara yang ditekankan dalam penganjuran Viscom Show ini adalah, menjadikan VISCOM Show sebagai satu titik permulaan kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh sehingga ke peringkat global. Ianya dapat dilihat apabila hasil terbaik pelajar – pelajar di VISCOM Show akan di bawa ke Innovation, Career and Entreprenuership Carnival (I.C.E) di peringkat Politeknik sebelum dipertandingkan di peringkat kebangsaan melalui Malaysian Technology Expo (MTE) dan seterusnya ke International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX).

Disediakan oleh: Rafiza binti Hassan

Melalui proses pembentangan tersebut, seramai 19 orang pelajar yang terdiri 9 kumpulan telah terpilih untuk menyertai kursus Electric Electronic And Control Exhibition (EECE) di bawah penyeliaan 9 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Proses penilaian dilakukan melalui saringan awal daripada 10 orang pensyarah Kejuruteraan Elektrik, diketuai oleh Ketua Program, En Mazlan bin Karim@Hussein. Proses penilaian pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik bertujuan menilai dan memilih markah projek pelajar menyertai EECE daripada 80 hingga 100 markah sahaja. Pelajar yang mendapat markah 80 ke bawah akan menerima pingat kategori GANGSA. Proses Saringan Kedua adalah berdasarkan

Pada 1 Oktober 2013 yang lalu, satu pameran iaitu Electric Electronic And Control Exhibition (EECE) telah berlangsung di Ruang Legar Galeria BK8C, Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pameran ini adalah rentetan daripada kursus EE501 dan EE601. Kursus ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar dari segi pemasangan, pengujian, penganalisis dan pembaikan litar. Kursus ini juga memerlukan pelajar membuat persediaan awal. Berdasarkan garis panduan yang diberikan pada akhir semester, pelajar perlu membuat pembentangan berdasarkan model yang dihasilkan. Electric Electronic And Control Exhibition (EECE) adalah bertujuan memenuhi Course Learning Outcome projek pelajar. Antaranya pelajar dapat mereka bentuk prototaip yang sesuai dan menarik serta menghasilkan pengatucaraan, menyampaikan pembentangan dengan yakin sama ada secara individu atau berkumpulan di samping menghasilkan laporan akhir mengikut garis panduan semasa projek dihasilkan. Selain itu, pelajar dapat menghasilkan. dan mendemostrasi model projek semasa pameran projek pelajar dijalankan. Seramai 37 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) yang terdiri 15 kumpulan pelajar semester akhir melalui proses pembentangan projek pada 24 September 2013.

pemilihan daripada panel luar Industri iaitu En. Mohd Hairul B Salleh (Senior Engineer Electrical) dari R&D Electrical Panasonic Johor dan Pn.Norlianida Bt Ibrahim (Engineer Electrical) dari Hitachi Chemical Johor. Kedua - dua panel tersebut akan menilai projek pelajar hasil daripada saringan pensyarah JKE dan akan menilainya mengikut kategori Emas dan Perak sahaja. Bilangan kumpulan yang memenangi emas dan perak tidak dihadkan jika memenuhi kriteria borang daripada KPM. Bagi Kategori Emas, markah 90 hingga 100 markah dan bagi Kategori Perak 80 hingga 89 markah. Panel industri luar juga akan menentukan projek terbaik Electric Electronic And Control Exhibition (EECE) bagi sesi Jun 2013. Melalui ucapan Tuan Pengarah PIS, beliau mengharapkan pelajar dapat menghasilkan projek yang benar-benar berkualiti dan boleh menyaingi kebolehpasaran luar serta dapat mengeratkan kerjasama dengan industri luar. Diharap Electric Electronic And Control Exhibition (EECE) dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan projek yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

Semasa upacara perasmian

Antara fesyen yang di pamerkan

Datuk Dr. Arshad Bin Kassim bersama Pn Hjh

Suzanah bt Hashim meninjau tapak pameran

Sesi bergambar bersama tetamu jemputan dan panel

luar industri bersama pemenang-pemenang EECE sesi

Jun 2013

Page 10: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 10

i

Disediakan oleh: Nor Rofizah binti Johari

PROGRAM G.I.F.T JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL (JRKV)

Pada 7 September 2013 yang lalu, telah berlangsung Program G.I.F.T anjuran Jawatankuasa Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya JRKV. Program ini adalah satu wadah yang bukan sahaja merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan pensyarah jabatan, malah aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada budaya pembelajaran seni kreatif dalam mempersiap siagakan pelajar untuk menghadapi cabaran bagi semester yang berikutnya. Aktiviti-aktiviti yang dirancang juga mendidik pelajar untuk menguruskan masa dengan cekap di samping membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Program yang berlangsung di Kompleks Sukan PIS ini telah disertai hampir 200 orang pelajar dan 15 orang pensyarah. Pelajar semester 5 yang mendaftar di bawah kursus VV501 Pengurusan Majlis (event management) turut membantu melancarkan program ini di samping mempraktikkan teori

yang telah dipelajari semasa kuliah dengan suasana yang sebenar. Matlamat program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan budaya dan persekitaran pembelajaran seni kreatif . Program ini juga telah menggalakkan semangat bekerjasama di kalangan pelajar. Semoga dengan adanya program seumpama ini, ia dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar khususnya pelajar semester 1 untuk bersatu di bawah satu bumbung JRKV.

Semangat berkumpulan dipupuk dalam program yang

disediakan

Aktiviti yang dijalankan dalam program GIFT

Pemain bersama hadiah-hadiah yang dirangkul

Pengarah Politeknik yang gagal diraih pada tahun lalu, di mana PIS sekadar berpuashati sebagai Naib Johan. Kejohanan kali ini bermula dengan kejayaan yang amat baik apabila pasukan hoki PIS berjaya menundukkan pasukan Politeknik Tunku Syed Sirajudin dengan jaringan 3-0. Kecemerlangan pasukan hoki PIS diteruskan dengan membelasah pasukan Politeknik Merlimau, Melaka dengan jaringan 7-1. Pada perlawanan terakhir kumpulan X bagi menentukan juara kumpulan, Pasukan PIS sekali lagi berjaya menundukkan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan jaringan 4-0. Pada perlawanan separuh akhir, pasukan PIS

Pada 12 hingga 15 September 2013, telah berlangsung Kejohanan Hoki Piala Ketua Pengarah Politeknik bagi tahun 2013 di Stadium Hoki Bukit Serindit Melaka. Kejohanan ini disertai oleh 8 buah pasukan yang terdiri daripada 6 pasukan daripada division 1 (Liga Hoki Politeknik) dan 2 pasukan daripada division 2 . Terdahulu, pasukan hoki PIS telah merangkul Kejuaraan Liga Division 1 yang telah berlangsung di Batu Pahat dan Kuantan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000.00. Berbekalkan semangat sebagai Juara Liga Division 1, Pasukan PIS tampil dengan penuh semangat bagi merebut Piala Ketua

Disediakan oleh: Khairul Nazry bin Talib

JUARA BERGANDA : SASARAN PASUKAN HOKI LELAKI PIS TERCAPAI

sekali lagi berjaya melangkah ke perlawanan akhir seperti tahun lalu dengan menewaskan juara bertahan iaitu pasukan Politeknik Ungku Omar dengan jaringan 4-1. Perlawanan akhir berlangsung pada 15 September 2013 di antara PIS dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang (PSAS). Pada perlawanan tersebut, pasukan PIS yang dibimbing oleh bekas pemain hoki kebangsaan, En Chairil Anwar Abdul Aziz dan dibantu oleh En Shahrunizam berjaya menewaskan pasukan PSAS dengan jaringan 6-4. Pada perlawanan akhir tersebut kedua-dua pasukan turut dibarisi oleh 2 orang pemain dari Sekolah Sukan Tunku Ismail Bandar Penawar sebagai satu langkah promosi bagi kemasukan pelajar sukan ke Politeknik-politeknik Malaysia. Pihak pengurusan pasukan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain hoki PIS, jurulatih-jurulatih serta penyokong PIS yang turut hadir pada malam tersebut. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah Naib Yang Dipertua MSP yang juga Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Yang Berbahagia Datuk Dr Arshard bin Kasim, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS iaitu En Abu Bakar bin Abdul Hamid serta Setiausaha Agung MSP Y.M Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim.

Gambar Kenangan pasukan hoki PIS bersama piala

dan hadiah yang dimenangi

Page 11: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 11

ISU 3 / 2013

PROGRAM KEMBARA MINDA 2013

KEM TRANFORMASI TERCIPTA (KEM 2T)

Disediakan oleh: Mohd Fazrin bin Hamdan dan Ahmad Zulfadhli bin Zamree

Tanggal 07 September 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Program Kembara Minda 2013 yang bertemakan ”Kembara Ilmu, Transformasi Minda”. Bertempat di Dewan Kuliah Utama PIS, program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Noor Azmi Bin Hj. Asmawi, Ketua Jabatan Pengajian Am. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang melibatkan seramai 52 orang pelajar khas ini adalah terdiri daripada dua jabatan induk iaitu Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan Jabatan Rekabentuk & Komunikasi & Visual. Aktiviti yang diadakan

Tanggal 20 hingga 22 September 2013, Kem 2T telah berlangsung di Tiram Indah Village, Ulu Tiram. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan ahli Kelab Rakan Muda Masjid (KRMM), telah menyertai kem ini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membimbing para pelajar untuk mengetahui tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah serta membentuk pelajar untuk mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek. Berkonsepkan ‘kejayaan’, K2T bermatlamat mengenengahkan cara hidup sejahtera berlandaskan prinsip-prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan untuk diamalkan dan dikongsi manfaatnya bersama-sama dalam mengharungi impak globalisasi demi melahirkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Aspek kehidupan yang disentuh antaranya ialah kepimpinan, kerohanian, budaya ilmu, kebajikan dan kemasyarakatan, seni dan hiburan, sukan dan rekreasi, motivasi serta mesra alam.

Banner Program Kem 2T

Bertemakan “Langkah Menuju Jaya”, modul yang dijalankan adalah Knowing Me Knowing You, Kembara Si Buta, Kini & Hijrah, Meniti Angin Malam, Ku Sayang Ibu dan Ayah, Southern Race, Islamic Race, Ibadah dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

berbentuk eksplorasi, melibatkan 7 kumpulan pelajar khas dan terdapat 4 check point. Setiap pelajar perlu menyelesaikan tugasan bagi melayakkan mereka untuk ke check point yang seterusnya. Hadiah yang disediakan bagi pemenang program ini adalah secara berkumpulan. Ianya telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu drama terbaik, gimik terbaik, eksplorasi terbaik serta kumpulan terbaik secara keseluruhan. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap arahan-arahan yang diberikan melalui aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada seperti melukis, membaca dan berfikir dalam kehidupan sebenar. Program ini juga dapat

Persembahan Gimik Mengikut Kumpulan membina daya fikir dan kreativiti di kalangan pelajar khas PIS dalam mempersembahkan gimik serta drama. Di samping itu, program ini dapat menanamkan sifat tolong-menolong dan bekerjasama antara ahli kumpulan serta melahirkan pelajar yang hebat di kalangan pelajar khas di Politeknik Ibrahim Sultan. Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini serta kepada Ketua Jabatan Pengajian Am, Encik Noor Azmi Bin Hj. Asmawi selaku perasmi penutupan Program Kembara Minda. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan pasaraya UO Angsana dan En Sadzali atas sumbangan hadiah kepada para pemenang Program Kembara Minda.

Disediakan oleh: Ummul Hafizah binti Ali

Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Ketua

Jabatan Pengajian Am

Peserta melukis bangunan pentadbiran dalam

aktiviti pertama explorace

Pelajar khusyuk mendengar ceramah dalam Slot

Kuliah Aktiviti tazkirah yang berlangsung di surau

Page 12: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

90 orang penderma yang terdiri daripada

pelajar dan kakitangan PIS, namun hanya 76

orang sahaja yang layak menderma atas

beberapa faktor yang tertentu.

Kempen ini bermula seawal jam 9.00 pagi

dan berakhir pada jam 4.30 petang. Pelajar

dan pegawai daripada pihak hospital yang

terlibat berkumpul sebelum bermulanya

program menderma darah bagi menyediakan

Mukasurat 12

Disediakan oleh: Muhammad Irfan bin Abdul Aziz

KEMPEN DERMA DARAH HSA-PIS JUN 2013

i

Pada 26 Jun 2013, satu program kempen

derma darah HSA-PIS Jun 2013 diadakan di

Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan.

Program ini merupakan program yang sering

dijalankan bersama pihak Hospital Sultanah

Aminah dan Majlis Perwakilan Pelajar,

Politeknik Ibrahim Sultan. Tujuan utama

kempen seumpama ini adalah untuk membuka

ruang dan peluang kepada semua pelajar PIS

ke arah jiwa sukarelawan sempena

mempromosikan kempen derma darah dan

organ anjuran pihak hospital seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis

Perwakilan Pelajar telah mengambil langkah

awal bagi menyahut seruan daripada pihak

Kementerian Pengajian Tinggi untuk

menjayakan misi tersebut dengan mewujudkan

jaringan kolaborasi bersama Unit Tabung

Darah negeri Johor bagi meneruskan moto

“Derma Darah Menyelamatkan Nyawa”.

Program pada kali ini telah disambut baik oleh

Majlis dirasmikan oleh Pn Hjh Normala

sahsiah di kalangan belia, khususnya belia di sekitar Pasir Gudang. Selain itu, program ini dapat memupuk perpaduan dan semangat kerjasama di kalangan belia dan seterusnya dapat mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya Karnival Belia 2013 adalah seperti pameran makanan tradisi iaitu “Ekspo Juadah Ujong Tanah Jauhar” yang bertujuan memperkenalkan pelbagai menu makanan tradisi yang asli dari Johor Darul Takzim. Selain itu, terdapat jualan daripada pengusaha Industri Kecil & Sederhana (IKS) di sekitar Johor. Karnival Belia 2013 turut menganjurkan perlawanan bowling yang disertai para belia di sekitar Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Untuk menarik lagi ramai

Pada tarikh 13 Oktober 2013 (Ahad), para pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering Semester Lima (DHK5A & DHK5B), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan program Karnival Belia 2013 dengan kerjasama dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Puan Hajah Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir menjayakan majlis ini ialah Datuk Dr. Arshad bin Kassim, Pengarah Politeknik Premier Ibrahim Sultan. Program yang bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang ini, telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk menjadikan aktiviti sosial yang sihat sebagai platform lain untuk pembangunan

Disediakan oleh: Nor Hashina binti Bahrudin

PROGRAM KARNIVAL BELIA 2013

belia, program ini turut disertakan pertunjukan aksi drift dan juga car club gathering yang sangat mendapat sambutan. Sepanjang perjalanan program Karnival Belia 2013 ini, para pelajar turut melakukan program khidmat masyarakat untuk meraikan golongan kurang berkemampuan melalui aktiviti program My Kasih. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama anak-anak My Kasih bagi menyemarakkan lagi semangat keusahawanan di kalangan pelajar. Dijalankan juga aktiviti jualan pakaian terpakai dan cenderahati. Dengan penganjuran program ini, diharap ianya dapat mencapai objektifnya dan seterusnya mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran, berkempimpinan dan berkualiti kepada agama, masyarakat dan negara.

Aksi car drift yang dipersembahkan

Aktiviti jualan pakaian terpakai bagi program MyKasih

Proses menderma darah berlangsung

tempat di dewan serbaguna tersebut seawal

jam 8.00 pagi bagi melancarkan program pada

kali ini. Aktiviti seperti kempen derma darah ini

seharusnya dapat dijalankan dengan

melakukan kempen dan taklimat menderma

secara berperingkat. Peserta program telah

dibekalkan makanan sebelum memulakan

aktiviti menderma darah untuk mengelakkan

penderma lemah selepas melakukan proses

menderma. Program berjalan dengan lancar

dan akan diteruskan lagi untuk siri yang

seterusnya.

Petugas hospital menyediakan peralatan

Page 13: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Sempena Pertandingan Irama Warisan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia 2013, Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar wakil budayawan Teraju Ujong Tanah menyertai Pertandingan Dikir Barat dan Lagu Asli Politeknik Malaysia (DIAS 2013). Kumpulan Gempita Ujong Tanah diberi mandat beradu dalam pertandingan Dikir Barat, manakala wakil artis dari kumpulan Swara Ujong Tanah iaitu Saudara Muhamad Fakhrullah bin Farrok dan Saudari Noraini binti Abdul Wahb beradu dalam pertandingan Lagu Asli. Pertama kali menyertai pertandingan Dikir Barat memang mencabar kewibawaan budayawan Politeknik Ibrahim Sultan apatah lagi negeri selatan tanah air ini agak asing dengan kebudayaan Dikir Barat. Berteraskan nilai bakat dan jati diri, Teraju Ujong Tanah hanya menggunakan kebolehan pelajar dalam persiapan pasukan. Latihan vokal penyanyi, Juara Dikir, Juara Karut dan paduan gerak Awak-awak semuanya

PERTANDINGAN DIKIR BARAT DAN LAGU ASLI POLITEKNIK MALAYSIA (DIAS 2013)

menggunakan idea dan tenaga pelajar. Cabaran yang diberikan ini adalah ruang untuk pelajar membuktikan keupayaan mereka dan pastinya keputusan yang diraih lebih bernilai dan bermakna. Alhamdulillah, cabaran yang diberikan oleh rakan peserta dari politeknik seluruh Malaysia cukup hebat untuk festival kali ini, kerja kuat dan usaha serta sokongan semua menghasilkan kejutan apabila Saudari Noraini binti Abdul Wahb menyadang tempat Kedua Nyanyian Lagu Asli kategori Perempuan dan Persembahan Terbaik Nyanyian Lagu Asli. Manakala Kumpulan Gempita Ujong Tanah menyandang Anugerah Khas Juri kategori Dikir Barat DIAS 2013. Teraju Ujong Tanah mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua hingga kejayaan ini tercipta terutama kepada En. Abdul Razak bin Salim, En. Johaini bin Ibrahim, En. Rozainudin Mohd Lazim, Pn. Nor Haniza binti Junid dan En. Mohd Farhairudin bin Anuar.

Disediakan oleh: Johaini bin Ibrahim & Nor Haniza binti Junid

Mukasurat 13

ISU 3 / 2013

kutipan derma tersebut, sebanyak 20 set cenderahati yang mengandungi alat permainan yang boleh menjana IQ, buku, novel, t-shirt, stokin dan alat kraftangan dapat disediakan. Proses penyerahan cenderahati yang bernilai RM685 telah disempurnakan oleh wakil JKE PIS, iaitu Pn. NorHidayu binti Shahadan kepada wakil HSIJB, Matron Inna binti Lamin pada 6 Julai 2013 bertempat di wad PPC. Pada 9 Julai 2013, seramai 20 orang staf JKE PIS selaku penyumbang utama telah dijemput untuk bersama-sama MAKNA menghadiri Majlis Perasmian Perkhidmatan Paediatric Palliative Care (PPC). Majlis berlangsung tepat jam 3.00 petang setelah ketibaan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Semasa majlis, hadirin ditayangkan dengan video mengenai latar belakang wad PCC, keadaan pesakit dan keluarga serta aktiviti yang dijalankan di wad berkenaan. Keadaan pesakit dan ketabahan keluarga yang ditayangkan

Pada Selasa, 9 Julai 2013 yang lalu, bertempat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) telah berlangsung Majlis Perasmian Perkhidmatan Paediatric Palliative Care (PPC) yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Wad PPC ini diilhamkan susulan daripada lawatan Duchess of Cambridge, Kate Middleton ke Hospis Malaysia pada September 2012. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 2013 di HSIJB dan turut dikenali sebagai Children Care Team. Paramedik yang terlibat terdiri daripada doktor dan jururawat yang berkhidmat untuk keluarga dan kanak-kanak yang kurang sihat atau dikategorikan dalam keadaan Life limiting dan Life threatening. Sehubungan dengan itu, pihak HSIJB memohon kerjasama daripada agensi bukan kerajaan iaitu Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Pertubuhan Kebajikan Negeri Johor (Johor i-Care) untuk mencari penyumbang bagi menyediakan 20 cenderahati kepada pesakit kanak-kanak yang mendapat rawatan di wad PPC. Justeru itu, pihak MAKNA telah membuat permohonan sumbangan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik,Politeknik Ibrahim Sultan melalui surat bertarikh 1 Julai 2013. Dengan itu, Tn Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman selaku Ketua Jabatan JKE telah meluluskan permohonan tersebut dan berbesar hati untuk melancarkan satu kutipan derma khas di bawah Kelab Kebajikan dan Rekreasi JKE. Hasil daripada

Disediakan oleh: Yusmahaida binti Yusoff dan Mohamad Yusof bin Sulaiman

MAJLIS PERASMIAN PERKHIDMATAN PAEDIATRIC PALLIATIVE CARE (PPC) DI

HOSPITAL SULTAN ISMAIL

Bergambar bersama En. Chua di LTE Lab

melalui video tersebut amat menyentuh hati tetamu yang hadir. Acara diteruskan dengan lawatan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah di wad PPC. Pihak JKE PIS amat berbesar hati apabila DYMM Raja Zarith Sofiah sudi menyampaikan sumbangan daripada JKE PIS kepada pesakit kanak-kanak tersebut. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Aktiviti diteruskan oleh agensi bukan kerajaan (Red Bubbles) bersama para pesakit. Aksi dua orang Dr Clown (Dr Shy dan Dr Bubbles) bukan sahaja menceriakan para pesakit, malah keluarga dan para tetamu juga turut terhibur. Suasana ceria terhenti seketika apabila Dr Bubbles membacakan doa untuk kesejahteraan para pesakit, keluarga dan para penderma. Sekalung ucapan terima kasih daripada keluarga dan juga kakitangan PPC untuk JKE PIS atas sumbangan dan kehadiran staf JKE PIS. Malah JKE PIS turut mendapat surat penghargaan dan terima kasih daripada pihak MAKNA atas kerjasama dan usahasama yang telah diberikan.

Fakhrullah bin Farrok dan Noraini bt. Abdul Wahb;

Artis Swara Ujong Tanah

DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris

Shah (kiri) berkenan menceriakan wad PCC

Antara staf PIS yang terlibat menjayakan program

Page 14: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

PAMERAN SEMPENA KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013

Mukasurat 14

Disediakan oleh: Tuan Rozilaazwani binti Tuan Mat

PROGRAM SEMPENA ANUGERAH KEMERDEKAAN PIALA PUSINGAN PENGARAH

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

i

untuk membeli 40 helai bendera bersaiz 16’x90’. Kempen ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan staf JKE dan memupuk kesepaduan dalam menyambut kemerdekaan. JKE juga telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei, Mendeklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik yang terbuka kepada semua pelajar JKE sahaja. Sebanyak 18 esei kemerdekaan telah dinilai oleh para juri. Manakala 10 kumpulan telah berentap dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik. Di samping itu, 10 buah sajak telah dideklamasikan dalam pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan. Seterusnya pada 4 September 2013 telah berlangsung Majlis Perasmian Anugerah Kemerdekaan Piala Pusingan Pengarah PIS Peringkat JKE. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Suzanah binti Hashim,

Pada 16 Ogos hingga 13 September 2013, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan beberapa program kemerdekaan di peringkat jabatan bertujuan untuk membentuk jati diri pelajar dalam konteks mengukuhkan identiti sebagai rakyat Malaysia, menggalakkan budaya 1 Malaysia dan seterusnya memupuk semangat kenegaraan. Lantaran itu, JKE telah mengadakan beberapa pertandingan berkaitan kemerdekaan di peringkat jabatan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan nyanyian lagu patriotik, mendeklamasi sajak, menulis esei serta kempen mengibar Jalur Gemilang. Program ini melibatkan semua pelajar dan staf JKE, PIS. Pada 26 hingga 30 Ogos 2013, satu kempen “1 Pensyarah 1 Bendera” telah diadakan. Para pensyarah JKE telah menyumbang wang tunai berjumlah RM238.00 dan 34 helai bendera. Keseluruhan sumbangan telah dibelanjakan

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak dan penyampaian anugerah

Timbalan Pengarah (Akademik). Majlis ini juga dihadiri oleh En. Norizam bin Sekak, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ketua Jabatan JKE, Ketua-ketua program, para pensyarah dan pelajar-pelajar JKE. Kesemua program yang telah dilaksanakan telah dapat menyuntik semangat cintakan negara di kalangan pelajar politeknik dan juga staf PIS.

Peserta menyanyikan lagu patriotik

Disediakan oleh: Khairul Faizal bin Daros

Pada 25 Ogos 2013, sempena program jelajah Kembara Mahkota Johor 2013, Politeknik Ibrahim Sultan telah mendapat penghormatan untuk mengadakan pameran di salah satu booth yang telah disediakan. Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah dipilih sebagai jabatan yang bertanggungjawab untuk mengadakan pameran tersebut yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bali Chaah, Segamat. Pameran ini telah melibatkan seramai 11 orang pelajar dari program Diploma Hotel dan Katering bersama empat pensyarah pengiring. Aktiviti yang dijalankan semasa pameran berlangsung adalah mengukir buah – buahan dan sayuran, membuat biskut dan membentuk coklat, dan penyediaan dan kemasan meja makan. Objektif pameran ini adalah untuk mempromosikan nama politeknik Ibrahim

Suasana ketika pameran sedang berlangsung

Sultan di seluruh negeri Johor khususnya. Ia juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kebolehan berinteraksi dengan masyarakat setempat dan golongan diraja. Membuka ruang kepada pelajar mendekatkan diri dengan penduduk setempat dan meningkatkan nilai kebolehpasaran dan jati diri pelajar. Selain dari itu ia juga dapat memperkenalkan Politeknik Ibrahim Sultan kepada penduduk kampung agar dapat mendorong mereka belajar di politeknik. Melalui aktiviti ini juga pelajar mendapat peluang untuk mempamerkan pengetahuan dan ketrampilan mereka dalam bidang pelancongan dan hospitaliti kepada semua pihak berkepentingan seperti bakal majikan, persatuan industri, bakal pelajar, masyarakat umum dan mendapatkan pengiktirafan dari pihak industri terhadap potensi pelajar lulusan politeknik.

Page 15: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

Mukasurat 15

ISU 3 / 2013

Disediakan oleh: Maisarah Binti Zakariah

KURSUS KEPEGAWAIAN KELAB BELIA DAN SUKAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Disediakan oleh: Nur Eliana binti Abdullah

Semua peserta berkumpul untuk pelepasan

mengenai keselamatan jalan raya, dan secara tidak langsung ia juga menyumbang ke arah penurunan kes kematian akibat kemalangan jalan raya, terutamanya yang melibatkan pejalan kaki. Program ini juga membantu peserta untuk lebih berhati - hati semasa menggunakan jalan raya. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat dengan pelajar dari sekolah dan IPTA tempatan. Program ini telah dihadiri seramai 500 orang peserta dan 102 orang daripadanya ialah wakil pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Semua peserta mendaftar di tempat permulaan iaitu di Kolej Vokasional Azizah, Johor dan tamat di Ruang Promosi Larkin Sentral, Johor. Semua peserta berjalan sambil membawa sepanduk yang di bekalkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor bagi meningkatkan kesedaran para pengguna jalan raya. Setelah selesai semua aktiviti, peserta diberi makanan sebelum program LONG SHORT WALK berakhir.

Pada 6 Julai 2013, satu program The Long Short Walk telah diadakan di ruang promosi Larkin Sentral, Johor. Program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Negeri Johor ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor merupakan satu program yang dianjurkan bagi memberi peluang kepada semua peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar IPT serta masyarakat setempat bagi memberi kesedaran

Oleh itu, program seperti ini perlu

dilaksanakan bagi memacu usaha agar dapat

melahirkan kecemerlangan Unit Sukan

seiring untuk mencapai matlamat politeknik

yang akan berstatus Universiti pada tahun

2015. Selain itu, pelajar-pelajar juga dapat

melatih diri agar sentiasa proaktif bukan

sahaja dalam bidang akademik, malahan

bidang kokurikulum serta pengurusan. Oleh

yang demikian, pihak Unit Sukan berharap,

dengan adanya kursus ini akan dapat

membantu dan membimbing pelajar-pelajar

ke arah menjadi insan yang seimbang

daripada pelbagai aspek seperti jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sumber modal

Pada 19 hingga 21 Julai 2013 yang lepas,

seramai 40 orang ahli Kelab Belia dan Sukan,

Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan

Kursus Kepegawaian Kelab Belia dan Sukan di

Suara Chalet Resort, Mersing, Johor. Kursus

ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 40

orang ahli daripada Kelab Belia dan Sukan dan

dua orang penasihat kelab iaitu En Mohd

Fairullah bin Muhammadon dan En Mohamed

Rafi bin MS Solaiman.

Kursus Pengurusan Kepegawaian Kelab Belia

dan Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan adalah

merupakan sebuah organisasi yang

diwujudkan oleh Unit Sukan, Politeknik Ibrahim

Sultan bagi melicinkan lagi sistem pengurusan

organisasi Unit Sukan, Politeknik Ibrahim

Sultan, sekaligus merapatkan lagi hubungan di

antara pelajar dengan staf Unit Sukan. Kursus

seperti ini membolehkan para peserta untuk

terlibat secara langsung dengan kejohanan-

kejohanan yang dilakukan oleh Unit Sukan

serta mempelajari bagaimana selok belok

pengurusan sesuatu kejohanan sukan itu

dilaksanakan. Kursus Kepegawaian Kelab

Sukan dan Rekreasi ini adalah merupakan

Kelab Sukan dan Rekreasi yang pertama yang

akan dilaksanakan pada tahun ini.

PROGRAM THE LONG SHORT WALK

insan yang akan menggarap kesinambungan

kecemerlangan negara.

Dalam kursus ini, para peserta perlu melalui

modul-modul seperti Kesedaran Potensi Diri,

Pengurusan Kendiri, Mental Warior, Kuasai

Arus Komunikasi berkesan dan halangan.

Selain dapat membantu meningkatkan

pencapaian kecemerlangan sistem

pengurusan Unit Sukan Politeknik Ibrahim

Sultan, kursus ini juga mampu membentuk

sebuah Kelab Sukan dan Rekreasi yang

proaktif dan dinamik. Di samping dapat

memahirkan para peserta mengenai cara

pengurusan sesebuah organisasi dan

kejohanan-kejohanan sukan di Politeknik

Ibrahim Sultan.

Semoga dengan adanya program ini,

kecemerlangan sistem pengurusan dan

pentadbiran Unit Sukan Politeknik Ibrahim

Sultan dapat ditingkatkan lagi di masa akan

datang, secara tidak langsung akan menjaga

nama baik serta imej Politeknik Ibrahim Sultan

dalam merealisasikan matlamat politeknik

untuk menjadi sebuah institusi bertaraf

universiti menjelang tahun 2015.

Para peserta diiringi oleh paluan kompang

Majlis penutup di rasmikan oleh Y.B Datuk Ir. Haji

Hasni bin Haji Mohammad

Barisan peserta program

Page 16: PASUKAN HOKI PIS KE JAKARTA - Ibrahim Sultan Polytechnic

ISU 3 / 2013

Disediakan oleh: Hajjah Rohamiah binti Muda

i

BULETIN PREMIER POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, KM 10,

JALAN KONG KONG 81700 PASIR GUDANG, JOHOR

TEL: 07 2612403 / 2423 [email protected]

www.pis.edu.my

KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT ZON

SELATAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 2013

SIDANG REDAKSI

Pengerusi

Datuk Dr Arshad Bin Kassim

Timbalan Pengerusi

Pn Hjh Suzanah binti Hashim

En Norizam Bin Sekak

Ketua Editor

Dr Hjh Siti Zunariah binti Mohd Said

Penolong Ketua Editor

Pn Norihan binti Mahmood

Editor

Pn Emy Zulyiana binti Mohd Nor

Rekabentuk

Pn Syarifah Hana binti Syed Zubin

Wakil Jabatan/Unit

En Baniamin bin Abu Bakar (PRO)

Pn Ismalyza bt Mt Arif (JRKV)

Pn Nazra bt Aris (JKE)

Pn Mazlina bt Mohd Tahir (JKM)

Pn Maisarah bt Zakariah (JPH)

En Yeow Chee Kheong (JPA)

Pn Rohamiah bt Muda (Pruf)

Pada 12 Disember 2013 yang lepas, Program Kolokium Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Zon Selatan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Inovasi, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bertempat di bangunan Centre of Technology (COT), PIS. Pogram kolokium ini terbahagi kepada dua kategori iaitu, pembentangan kertas kajian dan pertandingan poster inovasi. Sebanyak 31 kertas kajian telah berjaya dibentangkan dan sebanyak 22 buah poster inovasi telah dipertandingkan. Peserta kolokium yang menyertai pembentangan kertas kajian adalah dari Politeknik Padang, Indonesia, Politeknik Merlimau, Melaka, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan, Politeknik METrO, Johor Bahru, Kolej Komuniti Segamat dan mejoriti peserta adalah dari Politeknik Ibrahim Sultan sebagai tuan rumah. Manakala semua peserta pertandingan poster inovasi adalah dari PIS.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dr Prasanna Kesavan selaku Pengarah Program serta Majlis Perasmian di Dewan Utama bangunan COT. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah PIS, Datuk

Dr. Arshad bin Kassim. Majlis diteruskan dengan ucaptama yang disampaikan Profesor Madya Dr. Yusri bin Yusof, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pertandingan poster inovasi diadili oleh dua orang panel luar, iaitu Dr. Aede Hatib bin Musta’mal@Jamal, Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Teknikal & Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan En. Kasmani bin Kasrim dari Hardware Engineer, PCB Designer (IPC CID-Certified) TRW Automotive Sdn. Bhd. Panel pembentangan kertas kerja adalah seramai tujuh orang iaitu Tn. Syed Shikh bin Syed A. Kadir, En. Jahabar Jainul Abideen bin Shahul Hameed, En. Noor Azmi bin Hj.Asmawi, Pn. Eliza binti Seth, Pn. Hjh. Normala binti Abdullah@Dollah, Ustaz Khairul Nizam bin Mohd Khalid dan Pn. Fa'izah binti Hamzah.

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Kpt. Norizam bin Sekak, Timbalan Pengarah (SA), PIS. Pada masa yang sama, diumumkan pemenang bagi pertandingan poster inovasi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini menjadi motivasi dan mencetuskan idea baru kepada yang lain.

PEMENANG PERTANDINGAN POSTER INOVASI:

NamaPensyarah Tajuk Inovasi Tahap

1 Zarhana binti Yusoff Khatijah binti Md. Saad

Basic 24 Color Wheel Matching Guide Card

Perak

2 Aidi bin Sulaiman Jamaliah binti Jamian

Automation Control Training Kit

3 Hamzah bin Zakaria Jefery bin Hassan Saidatul Nizan binti Nasroddin

Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran

(P&P) di Dalam Sistem War Room

4 Irinah binti Abdullah Abd Razak bin Senan Siti Zahara binti Mohd Ariff

Cheap Smartboard Interactive

5 Yap Teck Hong Norehan bin Misran Ung Ean Na

Corn Isolator

6 Nordin bin Zakaria Predraw Supporting (Archery)

Gangsa 7 Hjh Nor Haniza binti Mohamad Dr Prasanna Kesavan Hjh Hanifah binti Jambari

Valid-8

8 Mohd Norazizul Fadli bin Abu Bakar Zaidani bin Basri Tengku Mahadi bin Tengku Muda

Inflatable Practical Tawaf Kit