Esemen Hoki.. Ntah La....

53
1.0 SEJARAH PERMAINAN HOKI Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan hoki atau hockey berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan di England. Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada suatu peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik permainan digunakan. Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan Britain terus mengharamkannya. 1

Transcript of Esemen Hoki.. Ntah La....

Page 1: Esemen Hoki.. Ntah La....

1.0 SEJARAH PERMAINAN HOKI

Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana

perkataan hoki atau hockey berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang

menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya

didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang, pada zaman kuno

lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan

Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya

terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali

diperkenalkan di England.

Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat

dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang

mula bermainnya. Oleh kerana tiada suatu peraturan atau undang-undang

khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik permainan digunakan. Ini

sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku pergaduhan dan

pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur

ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan

Britain terus mengharamkannya.

Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh

lebih banyak negara dunia. Undang-undang tentangnya mula

direka.Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia

mendatangkan manafaat kepada permainan inI kemudiannya. Dengan

adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah permainan ini

dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah lagi bagi mereka yang

mahu mempelajarinya.

1

Page 2: Esemen Hoki.. Ntah La....

Dahulunya, permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama

atau panggilan. Contohnya di Wales ia dikenali dengan banty atau

bandy.Perkataan hockey pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu

hoquet. Adalah difahamkan, iaitu nama ini telah diinggeriskan menjadi

hockey ( hoki ).

Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka

bermulalah era baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki

yang bermain, malah kaum perempuan pun turut bermain. Pasukan

hokipertama ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab

Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan

tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861.

Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain

ialah cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang

terhad, dan mengenkan hukuman kepada pemain yang melakukan

kesalahan.

Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta

diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan

tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-

undang yang lebih baik dan kemas untuk permainanini. Pada tahun 1886

bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah

satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan ini

tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa

negara Eropah.

Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara

lain. Akan tetapi detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa

bermula apabila ia diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan

2

Page 3: Esemen Hoki.. Ntah La....

Olimpik pada tahun 1896.Walaupun ia diketepikan pada Sukan Olimpik

tahun 1924, ia diterima kembali dalam Sukan Olimpik berikutnya. Kini hoki

merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar ini.

Seperti permainan-permainan lain, hoki juga memerlukan sebuah

badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaras serta menganjurkan

pertandingan pada peringkat dunia bagi menyelaras serta menganjurkan

pertandingan pada peringkat ini. Maka pada tahun 1924, tertubuhlah

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah,

iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan

Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan yang

menjadi pengelola rasmi bagi permainan ini pada peringkat dunia.

Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-

undang serta peraturan permainan agar semua negara dunia dapat

bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga

bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia,

Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara

Juara-juara, kejohanan Eropah dan sebagainya.

Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pencabar

terkuat termasuklah India, Pakistan dan negara kita dari Asia, Belanda,

Jerman Barat, Sepanyol, dan England dari Eropah, serta Australia dan

New Zealand. Dalam pertandingan-pertandingan utama dunia, sering

perebutan kejuaraan adlah di antara pasukana-pasukan ini. Amerika

Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah negara terawal

diperkenalkan dengan permainan ini, namun hingga kini persembhyannya

di peringkat dunia masih belum membanggakan.

3

Page 4: Esemen Hoki.. Ntah La....

2.0 PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA

Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh

askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892.

Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-

orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan

masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904,

perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu

di antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat

penduduk tempapatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang

mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi

salah satu acara sukan yang dimin ati di negara kita.Semua peringkat

umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926

perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara

Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan

pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha

mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan

India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India

baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk

mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu,

pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong

Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan

persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah

4

Page 5: Esemen Hoki.. Ntah La....

membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua

perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita

menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping

kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada

tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai

badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH

telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah

memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam

kejohanan dan pertandingan antarabangsa. Kemudian MHF bersama

Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik

Kebangsaan.

Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951

hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF

( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk

pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak.

Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya

dianjurkan.

Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi

perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang

ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini

terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun

anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

5

Page 6: Esemen Hoki.. Ntah La....

MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat

antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong

pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun

1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan

perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita.

Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam

Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat

kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan

hoki juga turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia. Pada tahun 1975

negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita

menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering

menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki

tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula,

tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita.

6

Page 7: Esemen Hoki.. Ntah La....

3.0 GELANGGANG, PERALATAN DAN PEMAKAIAN PENJAGA GOL

HOKI

Gelanggang

Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi bujur yang berukuran 90

meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki

amat sesuai jika dimainkan di atas padang ‘astroturf’ (rumput tiruan).

Terdapat lima garisan utama di padang hoki iaitu :

(a) garisan tepi

(b) garisan gol

(c) garisan tengah

(d) garisan 22.9 m

(e) garisan ‘D’

7

Page 8: Esemen Hoki.. Ntah La....

Peralatan

Peralatan yang digunakan dalam permainan hoki ialah :

Kayu hoki

Kasut Hoki

Bola hoki

Tiang gol hoki

Kayu hoki

8

Bola hoki

Kayu hoki

Page 9: Esemen Hoki.. Ntah La....

Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah

kanan.Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya

permukaan muka kayu yang dibenarkan.Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala

kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’.Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai

unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu.Tebal kayu dihadkan, di mana

sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya.Kayu hoki diperbuat

daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat

yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.

Kasut

Sukan hoki membenarkan pemainnya

memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang

membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes)

tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai

tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain

bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

9

Page 10: Esemen Hoki.. Ntah La....

Tiang gol terletak di tengah garisan gol. Kawasan gol bertanda garisan ‘D’ yang

berjejari 14.6 m dari tiang gol. Garisan tepi dan garisan tengah dibahagi dua oleh

garisan 22.9 m. bendera dipacakkan pada setiap hujung garisan tepi, garisan

tengah dan garisan 22.9 m.

Gol hoki : papan setinggi 0.46 m dipasang di bahagian bawah kawasan tiang gol

dan jaring dimatikan di sebelah dalam papan ini.

PEMAKAIAN PERMAINAN HOKI (PENJAGA GOL)

10

Page 11: Esemen Hoki.. Ntah La....

- Ped kaki

- Sarung tangan

- pelindung dada

- ped-ped bahu

- penutup muka

- pelindung mulut

- seluar berped

- pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)

Penutup muka (helmet) sarung tangan (gloves)

11

Page 12: Esemen Hoki.. Ntah La....

alas badan (body guard)

12

Penghadang kaki

Penendang (kickers)

Page 13: Esemen Hoki.. Ntah La....

4.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI

Menendang bola

Tidak dibenarkan menendang bola kecuali penjaga gol dalam

kawasan D nya.

Pukulan belakang kayu

Tidak dibenarkan langsung.

Halangan

Tidak dibenarkan meletakkan badan antara pemain yang bermain

bola

atau meletakkan kayu antara bola dan kayu lawannya.

Pemain yang menerima/mengawal bola dibenarkan memusing

badan apabila bergerak dengan bola.

Ofsaid

Kedudukan ofsaid dikira dalam kawasan 25 ela. Ini pun bergantung

kepada di mana ’pemain dan itu berada semasa bola dimainkan

oleh

rakan sepasukannya.

Pukulan bebas / pukulan sudut.

Situasi kesalahan.

- Pelanggaran peraturan ( sengaja atau tidak sengaja) di luar

kawasan

25 ela.

- Perlanggaran peraturan (tidak sengaja) dalam kawasan 25 ela.

- Pukulan sudut ¼ bola yang dikeluarkan ke belakang garisan gol

13

Page 14: Esemen Hoki.. Ntah La....

dengan tidak sengaja oleh pemain pertahanan.

Pukulan sudut penalti.

Situasi kesalahan.

- Perlanggaran peraturan (sengaja) dalam kawasan 25 ela.

- Perlanggaran peraturan (tidak sengaja) dalam kawasan D.

Perhatian

- pukulan/tolakan sudut penalti handaklah di luar kawasan D

Penalti strok

Situasi kesalahan.

- Perlanggaran peraturan ( sengaja) dalam kawasan D.

- Kesalahan tidak sengaja ( bola menuju ke arah gol terkena

bahagian

badan pemain pertahanan kecuali penjaga gol).

Permainan bahaya.

Tidak dibenarkan menyentuh atau memukul tubuh badan pemain

lain

dengan kayu.

Penjaga gol.

Penggunaan kaki, tangan dan kayu

Pengadilan

Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan

yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan

yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan

dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam

permainan hoki:

14

Page 15: Esemen Hoki.. Ntah La....

Kad

Pemain dan pegawai pasukan akan dikenakan hukuman penggantungan seperti

berikut:

i. 1 Kad Kuning – Penggantungan sekurang-kurangnya 5 minit semasa

pertandingan.

ii. 3 Kad Hijau atau 1 Kad Kuning dan 1 Kad Hijau – digantung satu

perlawanan.

iii. 2 Kad kuning – digantung satu perlawanan

iv. Kad Merah – digantung sepanjang perlawanan tersebu

15

Page 16: Esemen Hoki.. Ntah La....

5.0 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai.

Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan

tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai

kemahiran yang telah diajar.

Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti

kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat

penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain

yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran

tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.

Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah

menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

5.1 Memukul Bola (Hitting)

16

Page 17: Esemen Hoki.. Ntah La....

Memukul bola

Hantaran dalam permainan hoki boleh dilakukan dengan cara memukul

bola. Pukulan dibuat tanpa bola bergerak (stationary) dan juga selepas

menggelecek bola.

Pegangan

Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola.

Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang

kuat. Kayu hoki dipegang dengan tangan kiri di atas secara berjabat tangan.

Kedudukan tangan kanan mestilah rapat dengan tangan kiri.

Kedudukan badan dan bola

Kedudukan badan mesti selesa dan ke depan.

17

Page 18: Esemen Hoki.. Ntah La....

Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau

pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan

dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola

tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan

permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar

menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi

jauh.

ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan

yang

terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.

iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan

tersebut sedikit berkurangan.

iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan

ketika hendak memukul bola.

v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

18

Page 19: Esemen Hoki.. Ntah La....

5.2 Menahan Bola (Stopping)

Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang

sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk

menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau

pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke

pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh

dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.

Pastikan badan terletak di belakang bola dan selari dengan arah bola.

Kayu hoki hendaklah dalam keadaan menegak dengan kepala kayu rapat

dengan permukaan padang untuk mendapat kawasan yang luas bagi

menahan bola.

Perhatikan bola sehingga ia ditahan

Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dalam keadaan tangan

kiri ke depan supaya kayu hoki dapat dicondongkan untuk mengawal bola.

Sentiasa perhatikan bola sehinggalah ia menyentuh atau terkena kayu

hoki

Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain

bersedia untuk membuat satu hantaran atau pergerakan

19

Page 20: Esemen Hoki.. Ntah La....

5.3 Menahan Bola Dalam Keadaan Mengilas (Reverse Stop)

Bawa kayu hoki dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah

pergerakan bola.

Kaki kanan dalam berkeadaan disilangkan.

Kayu hoki dikilas untuk menahan bola.

Pastikan kedudukan kepala di atas seiring dengan kedudukan bola.

Sentiasalah perhatikan bola sehingga ia ditahan.

Bersedia untuk membuat pergerakan selepas menahan bola.

20

Page 21: Esemen Hoki.. Ntah La....

5.4 Menolak, Menguis dan Menceduk

Menolak

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul,

walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara

jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak

memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada

bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan

bola.

21

Page 22: Esemen Hoki.. Ntah La....

Tolakan Kilas (Reverse push)

Digunakan apabila membuat hantaran lintang atau ke arah belakang

kepada pemain lain dalam kedudukan yang lebih baik.

Menguis (Flicking)

22

Page 23: Esemen Hoki.. Ntah La....

Bola yang dikuis akan naik. Cara ini sangat berguna semasa kuisan ke

arah gol atau semasa pukulan penalti kerana bola dikuis dengan kuat dan laju.

Untuk menjaringkan gol kemahiran menguit adalah penting kerana ia tidak

memerlukan pergerakan persediaan untuk menguit bola dengan terkawal. Ia juga

boleh mengelirukan pemain lawan ke mana bola akan dihantar. Kemahiran

menguit adalah sangat berguna untuk melepaskan bola daripada kayu pihak

lawan dan menghantar hantaran jauh kepada pemain depan pasukan sendiri.

Kemahiran menguit adalah strok tolakan yang dinaikkan dan selalu berpusing.

Pegangan dan cara melakukan kemahiran menguit adalah lebih kurang sama

dengan kemahiran menolak. Persamaan di antara kedua -dua kemahiran ini

ialah pegangan, pergerakan tolakan, tiada hayunan belakang kerana pergerakan

bermula dengan kayu hoki di belakang bola, memerlukan pergelangan tangan

yang kuat dan ikut lajak yang baik.

Cara pelaksaannya adalah, letakkan bola di hadapan kaki depan. Untuk

strok bola tersebut, berat badan perlu berada di kaki belakang sehingga kayu

hoki diletakkan di bawah bola, sebelum berat badan dipindahkan ke kaki depan.

Ini menyebabkan bola mendapat peluncuran yang baik untuk melakukan sesuatu

hantaran panjang atau jaringan. Semasa melakukan kemahiran menguit, satu

pergerakan putaran yang cepat dengan pergelangan tangan akan menyebabkan

23

Page 24: Esemen Hoki.. Ntah La....

kuitan itu berputar. Strok ini sangat sukar untuk dikawal oleh penjaga gol.

Keadaan kayu semasa menyentuh bola, kayu hoki hendaklah menghadap ke

atas sedikit. Putaran adalah bahagian strok yang paling susah. Bahagian rata

kayu melakukan putaran. Cuba kekalkan sentuhan kayu dengan

bola seberapa lama yang boleh, sentuhan bermula dengan sebelah kanan bola,

kemudian sebelah bawah.

Menceduk (Scooping)

Pergerakan menceduk bola menggunakan pergelangan tangan dan

lengan untuk mendapatkan satu cedukan yang tinggi dan jauh.

24

Page 25: Esemen Hoki.. Ntah La....

Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi

sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh.

Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara.

Teknik mencedok

(a) Teknik mencedok lurus

>Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis.

>Pastikan bola dan badan seperti lakuan menguis.

>Codongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan

yang lebih tinggi.

(b) Teknik mencedok ‘shovel’

>Bediri dalam keadaan bersedia.

>Pegang kayu seperti peganganuntuk menguis.

>Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan.

>Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan

bola.

>Letakkakkan permukaan kayu di bawak bola.

>Lakukan cedokan dengan menggunakan kekutan daripada pergelangan tangan

dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

25

Page 26: Esemen Hoki.. Ntah La....

5.5 Menggelecek (Dribbling)

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu

dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan,

mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara

menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek

‘Indian’(Indian Dribble).

Menggelecek Cara India

Pemain-pemain mestilah melaksanakan gelecek cara India di hadapan

badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang,

iaitu dengan mengiringkan badan secara bersilih ganti sambil memainkan

bola dengan bahagian hadapan dan kilas kayu hoki.

Tangan kiri hendaklah sentiasa menggerakkan kayu ke belakang dan

hadapan atas bola.

26

Page 27: Esemen Hoki.. Ntah La....

Tangan kanannya pula dalam berkeadaan membolehkan kayu hoki

diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan

gerakan ketukan bagi menukar arah gerakan bola.

Menggelecek Cara ‘Roll” atau Sisi

Kawalan rapat ke atas bola amat perlu kerana bola perlu sentiasa rapat

dan dekat dengan pemain. Cara ini sangat sesuai jika bermain di atas

padang astroturf, tetapi sukar dilakukan di atas padang rumput biasa.

27

Page 28: Esemen Hoki.. Ntah La....

Menggelecek Cara bebas (Loose Dribbling)

Seperti namanya, pergerakan menggelecek cara ini memerlukan kawalan

bola yang bebas dan ia dibenarkan bergerak di hadapan kayu hoki.

Gelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian

yang baik tetapi mendedahkan pemain kepada risiko bola kawalannya

dirampas pemain lawan. Oleh sebab itu, pemain yang baik tidak akan

membiarkan bola bergerak bebas jauh daripada kayu hokinya dan

menyebabkan ia terdedah kepada dirampas oleh pemain lawan.

28

Page 29: Esemen Hoki.. Ntah La....

5.6 Menerima Hantaran Bola

Terima Bola dari Depan

Menerima bola merupakan kemahiran yang penting dan perlu

dikuasai oleh setiap pemain. Pemain mestilah berupaya memperoleh

serta menjaga dan mengawal bola yang telah dipukul oleh rakan

sepasukan atau pihak lawan dari semua arah dengan kelajuan dan

ketinggian yang berbeza-beza. Pemain mungkin dalam keadaan bergerak

atau tidak bergerak semasa menerima hantaran bola ini.

29

Page 30: Esemen Hoki.. Ntah La....

Terima Bola Dari Udara (Aerial Ball)

Mengawal bola di udara dengan menggunakan kayu hoki adalah

kemahiran yang agak baru. Ia diperkenalkan disebabkan oleh perubahan

peraturan di mana para pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan

(melainkan penjaga gol). Perkara ini bermaksud bahawa bagi mengawal

pergerakan bola di udara (hantaran atau lambungan tinggi) dan pergerakan bola

di bawah paras bahu, hendaklah dilakukan dengan menggunakan kawalan kayu

hoki.

Apabila bola jatuh ke atas tanah, kayu hoki hendaklah diletakkan atas

bola bagi mengelakkan bola melantun, terutamanya jika permainan diadakan di

atas padang rumput tiruan.

30

Page 31: Esemen Hoki.. Ntah La....

Terima Bola dari Kiri atau Kanan

Sama ada menerima bola dari kiri atau kanan, pemain perlu membetulkan

posisi diri masing masing terlebih dahulu dengan pantas supaya bola mudah

dihantar atau diterima serta memudahkan pergerakan mengawalnya.

5.7 Rebutan (Tackling)

Rebutan Hadapan (Forehand Tackling)

Teknik ini digunakan oleh pemain di bahagian pertahanan yang statik

dalam keadaan satu lawan satu di mana penyerang perlu menggelecek

bagi melepasi pihak lawan.

31

Page 32: Esemen Hoki.. Ntah La....

Rebutan Lonjak (Jab or Poke Tackle)

Cara rebutan bola ini bergantung kepada keadaan yang berlaku secara

mengejut di mana seorang pemain melonjak ke hadapan bola dengan

menggunakan tangan kiri. Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi

kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan

tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola supaya bola bergerak ke

belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan

dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

32

Page 33: Esemen Hoki.. Ntah La....

Rebutan Kilas (Reverse Tackling)

Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri

pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia

dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan

memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

Rebutan bola cara ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan

kiri.

Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan sebab ia dikuasai oleh

tangan kiri dan menurut peraturan, teknik ini dilakukan tanpa menghalang

kayu atau badan pihak lawan. Oleh sebab itu, teknik ini jika boleh perlu

dielakkan.

Kemahiran pergerakan ini adalah untuk memerangkap bola dengan

menggunakan ‘reverse stick’ supaya penyerang menjadi terlajak dan bola

dapat dikawal oleh pemain pertahanan.

33

Page 34: Esemen Hoki.. Ntah La....

6.0 CARA PERMAINAN HOKI

Permainan hoki melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai

sebelas orang pemain utama dan tujuh orang pemain gantian atau pemain

simpanan. Masa permainan dijalankan ialah antara 60 – 70 minit bergantung

kepada peringkat umur para pemain. Masa rehat pada separuh masa permainan

diberi. Permainan hoki ini diadili oleh dua orang pengadil.

Permainan bermula di garisan tengah. Pasukan yang memulakan

permainan mestilah membuat tolakan mula. Pihak lawan tidak boleh merampas

bola sebelum pemain kedua daripada pasukan yang memulakan permainan

menerima hantaran bola. Para pemain hanya boleh menjaringkan gol dalam

kawasan ‘D’. Jaringan boleh dilakukan secara menolak, menguis, menceduk

atau memukul bola. Jaringan boleh dilakukan berpunca daripada gerakan

serangan, melalui pukulan sudut dekat, pukulan sudut jauh atau pukulan penalti.

Gol dikira jika bola melintasi garisan gol pihak lawan.

Pukulan sudut jarak dekat (short corner)

(a) Seorang pemain penyerang akan menolak bola kepada rakan-

rakannya yang menunggu di luar kawasan ‘D’.

34

Page 35: Esemen Hoki.. Ntah La....

(b) Pemain-pemain penyerang akan cuba menjaringkan gol dengan

menggunakan

strategi mereka

35

Page 36: Esemen Hoki.. Ntah La....

Penalti Flick

Penalty stroke atau flick adalah satu tembakan bebas yang dilakukan dengan

satu dorongan jarak(push) atau menyentik bola (flick) pada suatu titik dari depan

gawang dengan jarak 6.5 m dari garis tengah gawang, sebagai hukuman dari

pelanggaran keras yang dilakukan di dalam daerah setengah lingkaran oleh

pemain bertahan terhadap pemain penyerang lawan.

Pemain yang melakukan tembakan penalty hanya diijinkan melakukan

satu langkah dan mengangkat bola, hanya dengan satu kali sentuhan. Teknik

dasar yang biasa digunakan oleh para pemain dalam melakukan tembakan

penalty adalah push atau flick.

Push adalah salah satu teknik dasar dalam hoki yang biasa digunakan

dalam melakukan operan bola (passing), namun teknik ini dapat digunakan

dalam melakukan tembakan ( shooting ) terutama di dalam daerah setengah

lingkaran saat permainan berlangsung atau pada saat melakukan tembakan

penalty tentunya dengan kecepatan yang tinggi dan akurasi penempatan bola

yang tepat pada tempat yang sulit dijangkau penjaga gawang.

Saat melakukan gerakan push tangan harus menggenggam stik dengan

nyaman , tangan kiri berada di atas pada puncak stik, sedangkan tangan kanan

berada dibawahnya dengan jarak kira-kira sepertiga sampai dengan setengah

dari panjang stik normal. Posisi tangan kanan yang diturunkan dimaksudkan

untuk memberikan kontrol yang lebih besar. Genggaman tangan pada stik harus

kuat, tubuh dalam posisi membungkuk dengan menekuk kedua lutut. Kaki

sebelah kiri dan bahu harus menunjukan pada arah jalannya bola.

Posisi stik harus dipertahankan sampai selesai melakukan dorongan

terhadap bola sampai mencapai sasaran yang diinginkan atau sejalan dengan

alur dari bola. Koordinasi gerakan dilakukan dalam waktu yang bersamaan

36

Page 37: Esemen Hoki.. Ntah La....

setelah ada aba-aba dari wasit, Berat badan dipindahkan dari tumpuan awal

pada kaki kanan ke kaki kiri dengan melangkahkan kaki kiri pada saat gerakan

mulai dilakukan. Dorongan bola dilakukan dengan kekuatan maksimal untuk

memperoleh kecepatan yang tinggi, ketepatan sasaran dilakukan dengan fokus

pada sasaran untuk memperoleh akurasi yang tinggi pada daerah yang sulit

dijangkau penjaga gawang lawan.

7.0 Kawalan Gol (Goalkeeping)

Pergerakan secara turutan kawalan gol secara ‘single padding’

37

Page 38: Esemen Hoki.. Ntah La....

Kemahiran Menjaga Gol

-Menahan Bola.

Seorang penjaga gol akan menahan bola dengan menggunakan kakinya

pada permukaan kaki yang rata, bukan pada bahagian hadapan kaki. Hal ini

kerana, jika penjaga gol menggunakan bahagian hadapan kaki, bola yang akan

ditahan tidak tetap dan mungkin akan masuk ke dalam gawang gol. Selain itu,

jika bola yang datang itu tidak menyentuh bumi, maka penjaga gol bolehlah

menahan bola manggunakan penghadang kaki, badan, kayu dan menggunakan

tangannya.

-Menggelongsor.

Menggelongsor juga merupakan salah satu cara yang merbahaya yang

dilakukan oleh penjaga gol untuk menyelamatkan gol. Kadang kala penjaga gol

terpaksa menggelongsorkan keseluruhan kakinya dan ada ketika juga, penjaga

gol akan menggelungsurkan seluruh badannya demi menghalang bola dari

masuk ke dalam gol.

-Menendang bola

Penjaga gol perlu menendabg bola dengan menggunakan permukaan

rata pada kakinya dan bukan pada hadapan kaki.

-Pukulan Semasa Sudut Pendek

Ketika pukulan sudut pendek berlaku, penjaga gol akan berdiri di dalam

gawang gol dalam keadaan bersedia. Kebiasaannya, penjaga gol akan

merapatkan kaki dan mendepakan tangannya. Selepas pukulan sudut pendek

bermula, maka barulah penjaga gol boleh keluar dari dalam kawasan gol untuk

memahan bola dari masuk ke dalam gol.

38

Page 39: Esemen Hoki.. Ntah La....

8.0 PERKEMBANGAN PERMAINAN HOKI SEMASA

Piala Sultan Azlan Shah medan pemanas badan ke kelayakan Olimpik 2012

KUALA LUMPUR – Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah pada 5 hingga 15 Mei ini bakal menjadi medan persediaan buat skuad hoki kebangsaan pada tahun ini bagi menghadapi perlawanan kelayakan Olimpik 2012 yang dijadual bermula tahun depan.

Selain Malaysia, kejohanan edisi ke-20 itu akan disertai oleh enam pasukan bertaraf dunia seperti New Zealand, India, Pakistan, Britain, Korea Selatan dan Australia.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Nur Azmi Ahmad berkata, penyertaan pasukan negara dalam saingan kejohanan bertaraf dunia itu mampu meningkatkan prestasi pasukan sebelum bekerja keras dalam perlawanan kelayakan Olimpik.

Tambah Nur Azmi, skuad kebangsaan akan dibimbing oleh jurulatih Tan Beng Hai manakala Stephen van Huizen mengalas tanggungjawab sebagai penyelaras.

”Pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ini saya harap pasukan kebangsaan mampu mara sehingga ke perlawanan separuh akhir kerana pasukan-pasukan yang bertanding terdiri daripada yang terbaik di arena hoki dunia.

”Kesemua pemain kebangsaan akan melapor diri pada Isnin depan sebelum menjalani latihan pusat bersama Beng Hai yang akan mengalas tanggungjawab berat,” jelas Nur Azmi.

Selepas Piala Sultan Azlan Shah skuad kebangsaan bakal menyertai Cabaran Juara-Juara 1 di Afrika Selatan, Disember ini.

Kejohanan hujung tahun ini itu adalah yang paling penting buat skuad kebangsaan kerana bukan saja menawarkan mata ranking, malah disertai oleh pasukan terbaik dunia.

39

Page 40: Esemen Hoki.. Ntah La....

Azlan ingin bantu hoki layak ke Olimpik 2012

KUALA LUMPUR – Anugerah Pemain Terbaik yang menjadi milik pemain hoki negara, Azlan Misron pada Kejohanan Hoki Piala TNB, kelmarin membakarkan lagi semangat anak muda itu untuk membantu pasukan kebangsaan layak ke Temasya Olimpik 2012 di London.

Azlan yang beraksi sebagai kapten Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada perlawanan akhir, kelmarin berjaya mengemudi pasukannya dengan cemerlang sepanjang 70 minit perlawanan untuk memperoleh kejuaraan selepas menewaskan Sapura 3-1.

Malah, yang lebih menggembirakan pemain itu apabila diumumkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) sebagai antara 25 pemain kebangsaan yang akan beraksi untuk kejohanan sepanjang 2011.

”Azam saya pada tahun ini adalah untuk terus cemerlang bersama skuad kebangsaan selain akan berusaha menempah tempat ke Sukan Olimpik bersama rakan-rakan lain yang terpilih bersama skuad kebangsaan.

”Anugerah yang saya peroleh ini adalah daripada bantuan rakan sepasukan KLHC yang bekerja keras untuk sepanjang kejohanan ini,” kata Azlan kepada Utusan Malaysia di Stadium Hoki Tun Razak selepas tamat perlawanan akhir, kelmarin.

Kejohanan terdekat yang menanti skuad kebangsaan pada tahun ini ialah Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah pada 5 hingga 15 Mei ini dan selepas itu akan menyertai Cabaran Juara-Juara 1 di Afrika Selatan, Disember ini.

Kejohanan hujung tahun ini itu adalah yang paling penting buat skuad kebangsaan kerana bukan saja menawarkan mata ranking, malah disertai oleh pasukan terbaik dunia.

Azlan berkata, tumpuan selepas ini adalah memberikan fokus yang penuh bersama skuad kebangsaan selepas tamat Liga Hoki Malaysia untuk musim 2011.

”Ini juga adalah tumpuan komitmen baru saya yang amat penting selepas beraksi bersama KLHC dalam liga tahun ini.

40

Pemain-pemain KLHC meraikan kemenangan menewaskan Sapura pada

perlawanan akhir merebut Piala TNB, semalam.

Page 41: Esemen Hoki.. Ntah La....

”Kini cabaran yang menanti kami akan hadapi dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat tertinggi,” jelas Azlan.

Ranking Kedudukan Hoki Dunia

Kedudukan Negara Benua Jumlah Mata

1 Australia OCE 2605

2 Germany EUR 2388

3 Netherlands EUR 2215

4 Spain EUR 2053

5 Korea ASI 2005

6 England EUR 1930

7 New Zealand OCE 1560

8 Pakistan ASI 1523

9 India ASI 1360

10 Argentina PAN 1349

11 Canada PAN 1249

12 South Africa AFR 1215

13 Belgium EUR 1210

14 Malaysia ASI 1093

15 China ASI 1085

16 Japan ASI 985

17 France OCE 818

18 Ireland EUR 750

19 Poland EUR 735

20 Austria EUR 695

21 United States PAN 685

22 Russia EUR 573

23 Scotland EUR 505

24 Czech Republic EUR 480

41

Page 42: Esemen Hoki.. Ntah La....

25 Chile PAN 441

26 Egypt AFR 403

27 Wales EUR 395

28 Italy EUR 370

29 Trinidad & Tobago PAN 301

30 Switzerland EUR 278

31 Mexico PAN 258

32 Belarus EUR 200

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

9.0 PENUTUP

Terlebih dahulu dipanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dengan

limpah dan kurnianya dapat kami siapkan tugasan kerja kursus pendek hoki ini

dalam jangka masa yang ditetapkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga

juga kami sampaikan kepada Encik Mohd Sharifuddin Abd Aziz, pengajar dan

jurulatih GERKO permainan hoki kami atas segala nasihat, tunjuk ajar dan

42

Page 43: Esemen Hoki.. Ntah La....

panduan yang telah beliau berikan. Tidak lupa salam penghargaan kami

sampaikan kepada rakan-rakan kami yang lain atas kerjasama yang mereka

berikan.

Alhamdulillah, nampaknya terlalu banyak ilmu yang amat bermanfaat

yang telah kami pelajari hasil daripada keputusan tugasan ini. Pertamanya, kami

memperoleh ilmu tentang permainan hoki. Dalam bermain permainan hoki,

terdapat pelbagai aspek perlu diambil kira. Justeru, kami harus mencari aspek

tersebut. Kami harus tahu peraturan dan undang-undang permainan ini dan kami

juga perlu mengetahui juga aspek-aspek yang lain. Terdapat beberapa aspek

yang sukar kami cari. Namun, kami berusaha mencari maklumat bagi aspek

tersebut dan akhirnya kami Berjaya jumpa aspek tersebut.

Selain itu, kerja kursus ini turut mengajar kami cara-cara untuk menyusun

sebuah tugasan dengan berkesan. Susunan tugasan ini juga perlu

diselenggarakan mengikut ketepatan masa. Maka, di sinilah kami pelajari cara

yang berkesan dalam pengurusan masa.

Akhir kata daripada kami ialah sukan hoki merupakan sukan yang sangat

menarik dan sukan ini juga mampu meningkatkan kecerdasan diri seseorang.

Ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Sharafuddin kerana telah membimbing

kami dalam sukan ini dan memberi pelbagai tunjuk ajar kepada kami mengenai

sukan ini

43